UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK:TINJAUAN DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR SAINS SUKAN , FAKULTI PENDIDIKAN, UTM, JOHOR.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya BILHORN B. DEFRIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) 5.
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh,
_________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: DR.AZLINA BT. MOHD. KOSNIN P/S 393, KG. TALAMASON, Nama Penyelia JLN. MARAK-PARAK, 89108 KOTA MARUDU, SABAH. Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
PENGESAHAN PEMBIMBING
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (KEMAHIRAN HIDUP)”.
Tandatangan : ………………………………
Nama Pembimbing : DR. AZLINA BT. MOHD. KOSNIN
Tarikh : ………………………………
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK :
TINJAUAN DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR SAINS
SUKAN, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM, SKUDAI, JOHOR.
BILHORN B. DEFRIN
Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
………………………
(BILHORN B. DEFRIN)
AP 050037
26 MAC 2009
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
Teristimewa buat,
daddy dan mama yang dicintai….
Adik-adik yang dikasihi…
Suzie & Siznie...
Jane...pembakar semangat..
Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…
semoga Tuhan beserta senantiasa…
Terima Kasih!
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan kerana dengan berkatnya, maka kajian ini dapat disiapkan
dalam masa yang dirancang.
Pada kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih dan penghargaan kepada penyelia iaitu Dr. Azlina Bt. Mohd. Kosnin di atas segala
bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang telah
diberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian
ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak
memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea bernas.
Akhir sekali buat keluarga tersayang yang banyak memberi sokongan moral serta
semangat kepada saya. Harapan saya semoga penulisan ilmiah ini dapat memberi manfaat
kepada saya dan penyelidik-penyelidik lain dalam usaha menyalurkan ilmu dan
meningkatkan pencapaian akademik di kalangan para pelajar sejajar dengan aspirasi
negara dan Falsafah Pendidikan Negara.
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan di antara gaya pembelajaran
dan pencapaian akademik. Sampel kajian adalah seramai 37 orang pelajar tahun akhir
Sains Sukan, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. Kaedah pengukuran yang
digunakan adalah kaedah soal selidik berpandukan Index Of Learning Styles (ILS) oleh
Felder & Silverman (1991). Soal selidik ini mengemukakan 44 item soalan yang perlu
dijawab oleh responden dan menguji 4 dimensi dan 4 sub-skala iaitu Pemprosesan
(Active / Reflective Learners), Persepsi (Sensing / Intuitive Learners), Input (Visual /
Verbal Learners) dan Pemahaman (Sequential / Global Learners). Setiap dimensi ini
mengandungi 11 item soalan. Dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for Social Sience 11.5 for Windows (SPSS). Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dan pencapaian
akademik pelajar. Oleh yang demikian, gaya pembelajaran seseorang pelajar tidak akan
mempengaruhi pencapaian akademiknya.
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
ABSTRACT
The purpose of this research is to investigate the relationship between the learning
styles and their achievement in academic. The sample consists of 37 students chosen
randomly from final year sports science in faculty of education, UTM, Skudai, Johore.
The method of measurement used is questionnaires based on the Index of Learning Styles
(ILS) by Felder & Silverman (1991) that adduce of 44 questionnaires item should answer
by respondent. And verify 4 dimensions and 4 sub-scales that are Procession (Active /
Reflective Learners), Perception (Sensing / Intuitive Learners), Input (Visual / Verbal
Learners) and Comprehension (Sequential / Global Learners). Each of the dimensions
contains 11 items questions. Statistical Package for Social Science 11.5 for Windows
(SPSS) was used to analyze the data. The result shows that there is no relationship
between the learning styles and achievement in academic. Therefore, student’s learning
style does not influence the achievement in academic.
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis i Pengesahan Penyelia ii Halaman Judul iii Pengakuan Penulis iv Dedikasi v Penghargaan vi Abstrak vii Abstract viii Isi Kandungan ix Senarai Jadual xiv Senarai Simbol dan Singkatan xvi Lampiran xvii
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
1.1 Latarbelakang Masalah 3 1.2 Pernyataan Masalah 6 1.3 Objektif Kajian 7 1.4 Persoalan Kajian 8 1.5 Kepentingan Kajian 8 1.6 Kerangka Model Kajian 10 1.7 Skop Dan Batasan Kajian 10 1.8 Konsep-Konsep Dalam Kajian 11 1.9 Kesimpulan 15
BAHAGIAN DUA
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan 16
2.1 Pembelajaran 16 2.2 Gaya Pembelajaran 18 2.3 Model-Model Gaya Pembelajaran 20
2.3.1 Model Gaya Pembelajaran Fólder & Silverman 20
2.3.2 Model Gaya Pembelajaran Money & Mumford 22 2.3.3 Model Gaya Pembelajaran Kolb 23
2.3.4 Model Gaya Pembelajaran Slavin 25
2.3.5 Model Gaya Pembelajaran Entwistle 27
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
2.4 Kajian-Kajian Lepas 28
2.4.1 Kajian-Kajian Mengenalpasti Tahap Gaya Pembelajaran 28
2.4.2 Kajian Hubungan Gaya Pembelajaran Dari Segi Jantina 30
2.4.3 Kajian Hubungan Terhadap Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik 31
2.5 Kesimpulan 32
BAHAGIAN TIGA
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 34 3.1 Rekabentuk Kajian 34 3.2 Tempat Kajian 35
3.3 Populasi & Sampel Kajian 36 3.4 Instrumen Kajian 37
3.4.1 Bahagian A (Borang Maklumat) 37 3.4.2 Bahagian B (ILS) 37
3.5 Kesahan & Kebolehpercayaan ILS 39 3.6 Skala Pemarkahan 41 3.7 Cara Permarkahan 43
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
3.8 Penerangan Skor 45 3.9 Pemprosesan Dan Penganalisisan Data 46 3.10 Prosedur Mengumpul Data 46 3.11 Kesimpulan 47
BAHAGIAN EMPAT
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 48 4.1 Bahagia A (Latarbelakang Responden) 49
4.1.1 Jadual Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 49
4.1.2 Jadual Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Kaum Dan Jantina 50
4.1.3 Jadual Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut PNGK 51
4.2 Bahagian B (Index Of Learning Styles) 52 4.2.1 Gaya Pembelajaran Keseluruhan 52 4.2.2 Gaya Pembelajaran Mengikut Jantina 56
4.2.3 Gaya Pembelajaran Mengikut Aliran Persekolahan 60
4.2.4 Analisis Tahap Pencapaian Akademik Gaya Pembelajaran 64
4.4 Kesimpulan 68
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
BAHAGIAN LIMA
BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 69 5.1 Perbincangan Hasil Kajian 70 5.1.1 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Tahun Akhir Sains Sukan 70
5.1.2 Perbezaan Dari Aspek Gaya Pembelajaran Dengan Demografi 72
5.2 Perbincangan Mengenai Tahap Pencapaian Pelajae Dengan Gaya Pembelajaran 75 5.3 Cadangan Kajian 76 5.3.1 Pelajar 76 5.3.2 Pensyarah 78 5.3.3 Pentadbiran 79 5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 80 5.5 Kesimpulan 81 LAMPIRAN A Bibliografi 83 LAMPIRAN B Borang Soal Selidik 89
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
SENARAI JADUAL
Jadual Muka surat 2.1 Dimensi Gaya Pembelajaran Felder & Silverman 22 2.2 Model Gaya Pembelajaran Kolb 26 2.3 Model Gaya Pembelajaran Entwistle 29 3.1 Pecahan 4 Dimensi & Sub-skala Gaya Pembelajaran Felder & Silverman 40 3.2 Ujian-Semula Korelasi Pearson (Liversay) 42 3.3 Cronbach Alpha Coefficients (Liversay) 42 3.4 Pecahan Item-Item Mengikut Sub-skala 43 3.5 Lampiran Pemarkahan Index of Learning Styles (ILS) 44 3.6 Rujukan Kekuatan Dan Kelemahan Setiap Dimensi Sub-skala 46 4.1.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina 52 4.1.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Kaum Dan Jantina 53 4.1.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut PNGK 54 4.1.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Aliran Persekolahan 55 4.2.1.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Bagi Gaya Pembelajaran Active & Reflective Secara Keseluruhan 56
4.2.1.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya Pembelajaran Sensing & Intuitive Secara Keseluruhan 57
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
4.2.1.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden 4.2.1.4 Bagi Gaya Pembelajaran Visual & Verbal Secara Keseluruhan 58 4.2.1.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi
Gaya Pembelajaran Sequential & Global Secara Keseluruhan 59
4.2.2.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya Pembelajaran Active & Reflective Mengikut Jantina 60
4.2.2.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya Pembelajaran Sensing & Intutive Mengikut Jantina 61
4.2.2.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya Pembelajaran Visual & Verbal Mengikut Jantina 62
4.2.2.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya Pembelajaran Sequential & Global Mengikut Jantin 63
4.2.3.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya Pembelajaran Active & Reflective Mengikut Aliran Persekolahan 64
4.2.3.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya
Pembelajaran Sensing & Intuitive Mengikut Aliran Persekolahan 65
4.2.3.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya
Pembelajaran Verbal & Visual Mengikut Aliran Persekolahan 66
4.2.3.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya
Pembelajaran Sequential & Global Mengikut Aliran Persekolahan 67
4.3.2 Analisis Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Himpunan Mata Nilai (PNGK) 69
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN SIMBOL
% - Peratus
f -Kekerapan
SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
ILS - Index of Learning Style
MBTI - Myers-Briggs Type Indicator
PNGK - Purata Himpunan Mata Nilai
PPP - Penilaian Penyampaian Pensyarah
SPH - Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi (Kemahiran Hidup)
SPS - Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi (Sains Sukan)
SPSS - Statical Package for Social Science
SPQ - Study Process Questionnaire
UWO - University of Western Ontario
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
LAMPIRAN
BAHAGIAN A (BIBLIOGRAFI)
BAHAGIAN B (BORANG SOAL SELIDIK)
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Hari ini, pendidikan di Malaysia telah banyak berubah dan berkembang semenjak
negara mencapai kemerdekaan. Perubahan pendidikan yang berlaku adalah selaras
dengan kemajuan dan kepesatan pembangunan negara khususnya dan global amnya.
Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam
pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan satu wahana
untuk membangunkan dan mempersiapkan generasi alaf baru. Sehubungan dengan itu,
perubahan ini bertepatan dan seiring dengan perkembangan ekonomi negara untuk
menjadi sebuah negara maju dan untuk mencapai wawasan 2020. Bagi menjelmakan
impian serta visi negara ini, bidang pendidikan memainkan peranan utama dan
merupakan satu medium yang amat penting dalam merealisasikan impian ini.
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
Pelajar mempunyai perbezaan di antara satu sama lain walaupun mereka berada
dalam tahap pembelajaran yang sama. Perbezaan individu ini merangkumi dari aspek
pemikiran, tindakbalas, minat, kecenderungan, pencapaian dan pemahaman. Justeru
pelajar-pelajar ini mempunyai gaya yang tersendiri untuk menerima dan bertindak-balas
dengan persekitaran. Pelajar juga berbeza dari sudut menggunakan rangsangan dalaman,
proses pembelajaran dan pendekatan yang diambil oleh setiap pelajar adalah berdasarkan
tanggapan subjektif mereka terhadap kehendak pengajar atau konteks pembelajarannya.
Pada pandangan para penyelidik, pengajar atau pendidik merupakan penggerak utama
kepada pembelajaran pelajar. Pengajaran akan lebih berkesan jika guru melaksanakan
kaedah pengajaran yang bersesuaian melalui usaha memadankan kaedah pengajaran guru
dengan gaya pembelajaran pelajar-pelajar (Dunn & Dunn,1978).
Gaya pembelajaran yang sesuai penting untuk meningkatkan pencapaian
akademik pelajar (Chambers,1991). Chambers berpendapat bahawa pelajar harus
menggunakan gaya pembelajaran sebagai kekuatan mereka dalam bidang akademik. Hal
ini kerana cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan pelajar
disemua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian
akademik sebagai tambahannya, Dunn & Dunn (1979) menyatakan bahawa apabila
kaedah, sumber dan program dipadankan dengan sifat-sifat gaya pembelajaran pelajar,
maka pencapaian akademik dan sikap pelajar akan meningkat namun sekiranya kaedah
pengajaran bertentangan dengan gaya pembelajaran pelajar maka hasilnya adalah kurang
memberangsangkan.
Bagi pelajar, persoalan pembelajaran biasanya menyentuh dua aspek utama iaitu
kemahiran belajar dan persediaan menghadapi peperiksaan. Untuk berjaya dengan
cemerlang dalam akademik, seseorang pelajar itu haruslah menguasai kedua-dua
komponen tadi. Belajar tanpa kemahiran adalah tidak berkesan, manakala belajar tanpa
strategi yang betul sukar untuk mencapai kecemerlangan. Sekiranya strategi dan amalan
pembelajaran baik dan berkesan, maka dengan sendirinya pelajar tidak akan menghadapi
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
masalah apabila menghadapi peperiksaan. Kebanyakan pelajar yang rendah pencapaian
akademiknya terdiri daripada mereka yang tidak menguasai teknik dan kemahiran belajar
yang betul.
Prestasi akademik yang cemerlang merupakan penentuan pemahaman seseorang
terhadap proses pembelajaran. Secara tidak langsung, pencapaian ini akan menentukan
masa depan yang lebih baik dan gemilang. Oleh itu, untuk merealisasikan impian tersebut,
suasana pembelajaran yang kondusif adalah amat penting. Masyarakat hari ini begitu
menitikberatkan pencapaian akademik kerana keputusan akademik yang cemerlang
menjadi kayu pengukur kepada kerjaya masa depan seseorang pelajar (Amina Noor,
1999). Menurut Griggs (1991), penggunaan gaya pembelajaran yang betul adalah amat
penting untuk meningkatkan keputusan akademik. Pencapaian ini akan membuktikan
sejauhmana gaya pembelajaran seseorang pelajar berkesan atau tidak.
1.1 Latar Belakang Masalah
Dunn & Dunn (1982) dalam Mok Soon Sang (2001), menghuraikan gaya belajar
sebagai cara bagaimana unsur-unsur daripada lima rangsangan, iaitu persekitaran, emosi,
sosial, fisiologi dan psikologi dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu untuk
memahami, berinteraksi dan bertindak-balas kepada persekitaran pembelajarannya.
Menurut Honey dan Mumford (1986), gaya pembelajaran boleh dikategorikan
kepada empat jenis iaitu aktivis, reflektis, teoris dan pragmatis. Gaya pembelajaran ini
berkait rapat dengan sikap, personaliti dan ciri-ciri seseorang individu tersebut.Gaya
belajar adalah merangkumi pemikiran luaran dan dalaman serta tingkah-laku yang
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
membolehkan pembelajaran yang berkesan mengikut Claire Weinstein (1987).Dunn
(1975) mengsyorkan agar para pendidik, pelajar dan ibubapa memahami gaya belajar
pelajar dan menganggap perbezaan yang ada pada diri seseorang pelajar itu merupakan
satu keistimewaan dan dapat menggunakan kelebihan mereka itu secara berkesan dalam
pembelajaran mereka memandangkan gaya belajar mempengaruhi pencapaian akademik.
Maka pemilihan gaya pembelajaran yang baik merupakan satu tugasan yang berat.
Memang wujud beberapa gaya belajar yang umum yang boleh diambil kira oleh pelajar,
namun ada yang menampakkan perbezaan yang agak ketara.
Amalan pembelajaran yang tidak berkesan menyebabkan pencapaian akademik
yang rendah. Menurut kajian oleh Theresa (1984), kajian didapati bahawa terdapat
hubungan yang positif di antara amalan pembelajaran dan kejayaan akademik. Sementara
itu, Dole (1985, dalam Choo Chee Seng, 2001) dalam “Laporan pelajar-pelajar maktab
terhadap penggunaan masa mereka”, pula melaporkan bahawa pelajar-pelajar secara
puratanya membazirkan 69.5 jam seminggu dan menyimpulkan bahawa pelajar-pelajar
mengendalikan masa pembelajaran dengan tidak berkesan.
Didapati tahap pencapaian akademik pelajar di institusi pengajian tinggi adalah
agak mendatar dan perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana untuk
membolehkan kita bersaing diperingkat global pencapaian akademik yang cemerlang
adalah penting. Menurut Awang Had Salleh (1999), permasalahan bahawa ramai pelajar
di institusi pengajian tinggi mempunyai keputusan yang akademik yang mendatar dan di
bawah tahap yang sepatutnya berlarutan semenjak zaman merdeka sehingga sekarang.
Keketaraan permasalahan tersebut amat nyata walaupun pihak institusi pengajian tinggi
dapat melahirkan para graduan yang meningkat dari segi jumlah atau kuantiti bagi
memenuhi kehendak negara namun gagal mencapai ke arah peningkatan kualiti.
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak pentadbiran institusi pengajian tinggi
bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar. Misalnya ujian kecerdasan, penilaian
penyampaian pensyarah (PPP), latihan, ceramah dan seminar, bimbingan secara peribadi
disamping program-program yang dilaksanakan oleh unit pembangunan dan sokongan
pelajar (UPSP) namun masih ramai di antara para pelajar mencapai tahap kelulusan yang
tidak memuaskan. Dalam membicarakan aspek gaya pembelajaran, penekanan juga harus
diberikan kepada peranan guru. Menurut kajian yang dijalankan oleh Abdul Rahim Abdul
Rashid (1989) menyatakan bahawa salah satu daripada peranan guru yang penting ialah
merancang dan menyusun persekitaran pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya.
Persekitaran pembelajaran mestilah menarik, mengadakan peluang-peluang pembelajaran
dan mengoptimumkan peluang-peluang tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa
pengajaran yang baik adalah pengajaran yang mengenali dan memahami perbezaan-
perbezaan individu dan kategori kecerdasan pelajar sama ada cerdas, sederhana atau
lemah.Guru perlu memahami perbezaan tersebut, kerana ia dipercayai boleh
menimbulkan masalah-masalah yang berbeza di kalangan pelajar dalam proses
pembelajaran.
Pada dasarnya, pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara
gading adalah mereka yang mempunyai latarbelakang akademik yang baik dan cemerlang
semasa diperingkat sekolah. Tetapi sebilangan daripada pelajar-pelajar tersebut bersikap
pasif dan lambat bertindak-balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Masalah seumpama ini menyebabkan keputusan pelajar tersebut kurang memuaskan.
Bagi mengatasi kekangan ini, individu atau pendidik harus mengenalpasti gaya belajar
yang diamalkan supaya dapat mengembangkan potensi dan keupayaan pelajar tersebut.
Bidang pengajaran atau pendidikan era ini sepatutnya dihubungkaitkan dengan realiti
sebenar.
Pelajar merupakan khazanah negara yang paling penting dan berharga. Ini kerana
mereka merupakan golongan yang amat diharapkan untuk meneruskan kedaulatan negara.
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
Namun kecermalangan hanya akan dapat dicapai oleh seseorang pelajar sekiranya para
pelajar tahu dan mengamalkan kaedah pembelajaran yang sesuai dan betul. Sebaliknya
gaya pembelajaran yang tidak bersesuaian dan tidak berkesan menyebabkan pencapaian
akademik yang rendah. Menurut Ronan (1996, dalam Rohazal Abdullah, 2004), gaya
pembelajaran memberi kesan terhadap kualiti pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa
gaya pembelajaran mempunyai hubungan dengan prestasi seseorang pelajar ketika
mengikuti sesuatu aktiviti pembelajaran. Dunn (1980) menyatakan bahawa kegagalan
pelajar bukan disebabkan oleh kurikulum sebaliknya mereka boleh belajar sebarang
matapelajaran sekiranya pembelajaran itu menekankan kepada gaya yang mereka gemari.
Felder dan Silverman (1998) pula mengatakan gaya pembelajaran setiap pelajar adalah
berbeza, begitu juga dengan pengajaran guru yang berbeza.Apabila perbezaan berlaku di
antara gaya pembelajaran dan gaya pengajaran berlaku, ini akan menyebabkan pelajar
cepat berasa bosan dan tidak memberi perhatian di dalam kelas, tidak membuat
peperiksaan dengan baik dan kadang-kala ada pelajar yang tertinggal dalam pelajaran.
Felder (1996) dalam kertas kerjanya, Matters Of Style, setiap pelajar mempunyai
gaya pembelajaran yang berbeza dari segi kekuatan pendirian dan keutamaan dalam
menerima dan memproses maklumat. Ada pelajar yang lebih suka kepada fakta, data dan
algoritma, manakala ada pelajar yang suka kepada teori dan model matematik.
1.2 Pernyataan Masalah
Gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri pelajar sangat penting kerana ia
mempunyai hubungan yang kuat terhadap keputusan pencapaian akademik pelajar.Di
mana, gaya pembelajaran memberi ruang kepada pelajar untuk memperkembangkan
potensi mereka dalam mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Hasil kajian oleh
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
Doris (1993) menunjukkan bahawa gaya pembelajaran akan memberi kesan terhadap
pencapaian akademik maka beliau mencadangkan adalah sesuai jika gaya pembelajaran
bagi setiap pelajar diuji.
Berdasarkan kenyataan tersebut, maka pengkaji menjalankan satu kajian tentang
kaitan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar tahun akhir Sains
Sukan, Fakulti Pendidikan,UTM, Skudai, Johor. Hal ini penting kerana kefahaman
tentang gaya pembelajaran pelajar adalah penting untuk membantu pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengenal pasti tahap gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-
pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Sains Sukan,
UTM, Skudai, Johor, berdasarkan gaya pembelajaran Felder & Silverman.
ii. Mengenal pasti sama ada pelajar lelaki dengan pelajar perempuan
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.
iii. Mengenal pasti sama ada gaya pembelajaran pelajar dalam bidang Sains
Sukan mempunyai perbezaan dari segi aliran semasa persekolahan.
iv. Mengenal pasti sama ada pelajar dari tahap pencapaian akademik yang
berbeza menunjukkan gaya pembelajaran yang berbeza.
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
1.4 Persoalan Kajian
Kajian yang dijalankan akan menjawab soalan-soalan berikut:
i. Apakah tahap gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-pelajar
tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Sains Sukan UTM,
Skudai, Johor?
ii. Adakah pelajar lelaki dan perempuan dalam bidang Sains Sukan
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.?
iii. Adakah gaya pembelajaran pelajar dalam bidang Sains Sukan mempunyai
perbezaan dari segi aliran semasa persekolahan?
iv. Adakah pelajar dari tahap pencapaian akademik yang berbeza
menunjukkan gaya pembelajaran yang berbeza?
1.5 Kepentingan Kajian
Pengkaji merasakan bahawa kajian ini akan bermanfaat kepada para pendidik,
pelajar dan kepada pihak universiti.
a. Pendidik
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
Semoga kajian seumpana ini dapat membantu golongan pendidik menepati
kehendak dan perubahan arus globalisai dalam bidang pendidikan pada masa hadapan.
Amalan gaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan
pastinya akan mendatangkan hasil yang baik.Hal ini pastinya akan menjurus kepada
peningkatan pencapaian akademik para pelajar. Selain itu,gaya pengajaran pensyarah
yang kreatif dan bersesuain dengan gaya pembelajaran pelajar sudah tentu mendatangkan
keseronokan dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kuliah.
b. Pelajar
Kajian ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar menyelasaikan masalah
pembelajaran yang mereka hadapi dalam pembelajran dan gaya belajar mereka. Hal ini
amat penting supaya pelajar boleh memberi tumpuan yang lebih baik semasa berada
dalam kuliah.
c. Pihak universiti
Selain itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan dan sebagai panduan
kepada pihak universiti dan pelajar fakulti pendidikan untuk memperolehi keputusan
yang cemerlang dalam bidang akademik dan meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
1.6 Kerangka Model Kajian
Pembolehubah Bebas Pembolehubah Bersandar
Jantina
Active dan Reflective learners,
Sensing dan Intuitive learners,
Visual dan Verbal learners
Sequential dan Global learners
Rajah 1.1 Kerangka Model Kajian
1.7 Skop Dan Batasan Kajian
Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang
Sains Sukan UTM, Skudai Johor. Seramai 37 orang pelajar dari tahun akhir dipilih
sebagai sampel kajian.
Pembolehubah Bersandar
Pencapaian Pelajar
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
Kajian ini juga hanya membataskan kepada faktor-faktor gaya pembelajaran yang
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kemungkinan terdapat pengaruh faktor lain
yang dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar seperti rakan sebaya,
latarbelakang keluarga, status sosioekonomi keluarga, motivasi diri, konsep kendiri dan
sebagainya yang tidak diambil kira dalam kajian ini.
1.8 Konsep-Konsep Dalam Kajian
Beberapa konsep penting yang telah digunakan di dalam kajian ini. Konsep kajian
akan diterangkan dengan lebih mendalam pada bahagian definisi konsep.
1.8.1 Definisi konsep
Bahagian ini akan menerangkan tentang beberapa definisi konsep yang digunakan
oleh penyelidik dalam kajian ini, seperti definisi pelajar, gaya pembelajaran dan
pencapaian akademik.
1.8.1.1 Pelajar
Menurut Kamus Am (1995), pelajar merujuk kepada murid atau mahasiswa.
Dalam kajian ini, pelajar adalah merujuk kepada pelajar tahun akhir Sarjana Muda
Pendidikan dalam bidang Sains Sukan, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor.
1.8.1.2 Gaya Pembelajaran
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
Menurut Kamus Dewan (2005), gaya bererti kesukaan, dan cara kelakuan yang
menjadi ciri seseorang. Pembelajaran pula bererti berusaha (berlatih dan sebagainya)
untuk mendapatkan sesuatu (kepandaian dan lain-lain). Lee (2000) pula mengatakan gaya
pebembelajaran merujuk kepada cara seseorang individu menerima, mengumpul,
memproses, mengingat dan menerangkan semula maklumat dan menghubungkannya
dengan alam sekitar.
Dalam kajian ini, gaya pembelajaran dikenalpasti dengan menggunakan model
Felder & Silverman yang mengklasifikasikan gaya pembelajaran kepada 4 dimensi dan 4
sub-skala iaitu pemprosesan (Active dan Reflective learners), persepsi (Sensing dan
Intuitive learners), input (Visual dan Verbal learners) dan pemahaman (Sequential dan
Global learners).
1.8.1.3 Pencapaian Akademik
Menurut Kamus Dewan (2005), pencapaian bererti apa yang telah dicapai atau
prestasi. Akademik pula berkaitan dengan akademik (pusat pengajian tinggi) dan bersifat
atau mengandungi ilmu pengetahuan (tinggi atau mendalam). Dengan kata lain
pencapaian akademik lebih berfokus kepada gred yang diperolehi oleh pelajar dalam
peperiksaan yang diduduki. Sekiranya seseorang pelajar itu mencapai gred yang baik
bermakna mereka mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sebaliknya.
Dalam konteks kajian ini, pencapaian akademik merujuk kepada keputusan
PNGK (Purata Himpunan Mata Nilai) pelajar tahun akhir Sains Sukan, Fakulti
Pendidikan,UTM, Skudai.
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
1.8.2 Definisi Operasional
Dalam bahagian ini, akan menerangkan tentang ciri-ciri operasional yang
digunakan iaitu Active & Reflective learners, Sensing & Intuitive learners, Visual &
Verbal learners dan Sequential & Global learners.
1.8.2.1 Active learners Dan Reflective Learners
Active learners merujuk kepada pelajar yang lebih cenderung untuk mengingati
sesuatu maklumat dengan melakukan aktiviti yang berkaitan dengannya seperti
menggunakannya, menerangkannya ataupun membincangkannya dengan orang lain.
Mereka yang suka menunjukkan gaya pembelajaran ini akan mengatakan “mari kita cuba
lihat bagaimana ianya boleh berfungsi”. Selain itu pelajar yang suka menggunakan gaya
pembelajaran Active ini lebih suka membuat kerja secara berkumpulan dan tidak gemar
pengajaran secara kuliah sahaja. Menurut Kamus Inggeris-Melayu (1992), Active
bermaksud cergas.
Sementara Reflective Learners adalah pelajar yang lebih suka memikirkan
maklumat yang diperolehi terlebih dahulu.Pelajar yang menggunakan gaya pembelajaran
Reflective biasanya berkata “mari kita fikirkan dahulu”.Golongan ini juga gemar belajar
bersendirian.
1.8.2.2 Sensing Learners Dan Intuitive Learners
Sensing Learners adalah pelajar yang lebih cenderung membaca sesuatu yang
berkenaan dengan fakta. Sensors lebih sabar dengan maklumat-maklumat, mempunyai
kelebihan mengingati fakta-fakta dan melakukan aktiviti secara ‘hands on’. Pelajar-
pelajar jenis ini lebih mengemari untuk mempelajari fakta, menyelesaikan masalah secara
tersusun dengan contoh yang berkaitan, lebih teliti dalam menjalankan kerja-kerja amali,
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
gemar menghafal dan tidak gemar pembelajaran yang tiada hubungkait dengan kehidupan
di luar kelas.
Intuitive Learners pula lebih cenderung untuk mencari sebab, kemungkinan dan
perkaitan. Intuitors lebih baik dalam memahami sesuatu konsep baru dan sentiasa lebih
selesa dengan idea-idea abstrak dan formula matematik. Pelajar jenis ini lebih gemar
kepada sesuatu yang baru, cepat bekerja dengan keadaan yang tidak tersusun dan tidak
gemar menghafal. Pelajar jenis ini juga tidak gemar guru mengulangi pelajaran yang
telah dipelajari dan lebih suka kepada inovasi.
1.8.2.3 Visual learners Dan Verbal Learners
Visual learnes ialah pelajar yang dapat mengingati dengan baik apa yang mereka
lihat seperti gambar, lukisan, gambarajah bersiri, filem dan demonstrasi. Mereka lebih
suka guru yang mengajar menggunakan alat bantu mengajar serta menggunakan banyak
persembahan grafik dalam pengajaran.
Manakala Verbal learners adalah pelajar yang lebih biasa atau menggemari gaya
pembelajaran menerusi perkataan lukisan serta penjelasan secara berhujah. Pelajar ini
lebih suka mendengar guru atau perbincangan yang dijalankan di kelas dan suka
membaca secara kuat serta mengulanginya beberapa kali.
1.8.2.4 Sequential learners Dan Global Learners
Sequential learners adalah pelajar yang lebih cenderung dan selesa untuk
memahami sesuatu secara sistematik dan dengan mengikut urutan. Sequential yang
diambil daripada sequence bermaksud susunan yang berturutan atau angka mengikut
urutan (Kamus Inggeris - Melayu, 1992). Pelajar ini lebih mudah mengingati dan
memahami sesuatu jika sesuatu pengajaran diamalkan secara tersusun dari mudah kepada
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.
sukar dan mengikut langkah-langkah yang logik. Oleh itu, ia lebih menggemari guru
yang mengajar secara tersusun dan menunjukkan hubungkait dengan apa yang diajar
sebelum ini.
Global bermaksud pandangan menyeluruh (Kamus Inggeris-Melayu,1992) dan
Global learners adalah pelajar yang lebih cenderung mengumpulkan maklumat yang
perlu secara rawak dan seterusnya memahami sesuatu secara spontan berdasarkan
maklumat yang mereka kumpulkan itu. Selain itu, pelajar jenis ini boleh menerima
sesuatu maklumat dalam apa cara sekali pun sama ada tersusun atau tidak dan mereka
berupaya menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks secara pantas. Walau
bagaimanapun mereka sukar menerangkan sesuatu yang mereka faham secara terperinci
dengan cara bagaimana mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah itu.
1.9 Kesimpulan
Bab ini telah menyatakan mengenai pengenalan,latarbelakang masalah yang ingin
dikaji,pernyataan masalah,objektif kajian,persoalan kajian,hipotesis kajian, kepentingan
kajian,model kajian,batasan kajian dan konsep-konsep yang terlibat dan digunakan dalam
kajian ini.
Selain itu, pengkaji turut melihat sejauh manakah perhubungan di antara
pencapaian akademik dengan gaya pembelajaran pelajar.Penyelidik berharap hasil kajian
ini dapat membantu para pelajar supaya dapat mengenalpasti gaya pembelajaran yang
bersesuaian dengan diri mereka bagi meningkatkan prestasi akademik.
Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.