Download - Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik
L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 1
UNIT 10
Baik Pulih Sistem Paip Domestik
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menerangkan proses baik pulih pili paip. 2. Menerangkan proses baik pulih tangki simbah. 3. Menerangkan proses baik pulih perangkap sinki.
10.1 PENGENALAN eperti yang telah kita bincangkan dalam bab 8, ramai pengguna tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelenggara dan membaik pulih sistem perpaipan domestik. Adakalanya kerosakan yang kecil seperti kebocoran paip, pili dan injap tidak dapat
diselesaikan sehingga memerlukan bantuan daripada tukang paip. Oleh yang demikian dalam bab ini kita akan membincangkan panduan berkaitan permasalahan yang biasa dihadapi pada sistem paip domestik, punca permasalahan serta panduan kaedah baik pulih yang boleh dilakukan sendiri. 10.2 Panduan Kerja Baik Pulih Pili Pili adalah aksesori sistem perpaipan yang banyak digunakan dirumah sebagai punca air. Pili berfungsi untuk membuka, menutup dan mengawal kadar aliran air keluar daripada sistem paip domestik. Beberapa permasalahan yang sering berlaku pada pili adalah seperti berikut: Jadual 10.1: Permasalahan dan panduan baik pulih pili
Permasalahan Punca dan panduan baik pulih
Kuantiti pengaliran air yang sedikit
Punca: Kebiasaanya disebabkan tekanan air rendah pada paip agihan atau perkhidmatan. Panduan baik pulih: Luaskan bukaan injap (kunci paip) pada paip agihan dan paip perkhidmatan.
S
L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 2
Air menitis daripada alur keluar
Punca: Getah sesendal hilang sifat keanjalan Panduan baik pulih: Ganti getah sesendal
Pili tidak dapat dikunci dengan ketat
Punca: Bebenang pada gandar rosak (haus) Panduan baik pulih: Ganti pili
Air terkeluar daripada nat pili
Punca: Pelompat rosak Panduan baik pulih: Ganti pili
Antara masalah-masalah yang terdapat pada jadual 10.1, perkara yang paling kerap berlaku ialah titisan air pada alur keluar yang berlaku terus menerus walaupun pili telah dikunci dengan ketat seperti pada rajah 10.1.
Rajah 10.1: Titisan air pada Pili bertiang.
Masalah ini boleh berlaku pada kedua-dua jenis pili bertiang dan berbibir. Walaubagaimanapun ia boleh diselesaikan dengan cara yang sama iaitu menggantikan getah sesendal dengan yang baru pada pili-pili tersebut seperti pada langkah-langkah di bawah:
i. Tutup injap pada paip agihan (kebiasaanya terletap di bahagian bawah kabinet sinki) ii. buka kunci pili untuk memastikan bahawa punca air daripada paip agihan telah ditutup
Rajah 10.2: langkah i dan ii menukar getah sesendal.
L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 3
iii. sediakan alatan dan bahan untuk kerja baik pulih seperti pada rajah 10.3
Rajah 10.3: langkah iii menukar getah sesendal.
iv. longgarkan nat pili dengan menggunakan sepana boleh laras (putarkan pada arah lawan jam)
Rajah 10.4: langkah iv menukar getah sesendal.
v. tanggalkan set gandar pili dan kenal pasti kedudukan getah sesendal vi. keluarkan getah sesendal daripada pelompat dengan menggunakan pemutar skru
Rajah 10.5: langkah v dan vi menukar getah sesendal.
L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 4
vii. Gantikan dengan getah sesendal yang baru dan pasang semula set gandar pada pili
Rajah 10.6: langkah vii dan viii menukar getah sesendal.
viii. Ketatkan semula nat pili dengan menggunakan sepana boleh laras (putaran pada arah pusingan
jam).
Rajah 10.7: langkah ix menukar getah sesendal.
Sekiranya masalah tersebut berlaku pada pili jenis berbibir langkah-langkah yang sama juga diaplikasikan. Set gandar pada pili berbibir boleh dikeluarkan dengan melonggarkan nat pili. Kedudukan getah sesendal pada pili jenis berbibir adalah seperti pada rajah 10.7.
ix.
L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 5
Rajah 10.7: Keratan rentas dan kedudukan getah sesendal pada pili berbibir.
10.3 Panduan Kerja Baik Pulih Tangki Simbah. Tangki simbah adalah aksesori yang dipasang pada lekapan seperti tandas cangkung dan duduk. Digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar melalui paip simbah bagi tujuan mencuci mangkuk tandas. Terdapat dua jenis tangki simbah iaitu jenis aras rendah (dipasang satu meter dari atas lantai) dan jenis aras tinggi (dipasang pada ketinggian dua meter dari aras lantai). Tangki-tangki simbah ini diperbuat daripada plastik PVC atau tembikar. Untuk melakukan kerja baik pulih pada tangki simbah, bahagian-bahagian utama dan operasi tangki simbah perlulah terlebih dahulu dikenalpasti. Bahagian-bahagian utama tangki simbah
Rajah 10.8: Bahagian-bahagian utama tangki simbah.
paip simbah
Injap gegendang
injap bebola
paip alur masuk
tuil tarik
tiub sifon
lengan pelampung
pelampungpaip limpah
L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 6
i. Paip alur masuk membekalkan air masuk ke tangki simbah daripada paip agihan.
ii. Injap bebola Mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.
iii. Pelampung Mengawal paras air dalam tangki simbah dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung.
iv. Lengan pelampung Memegang pelampung serta mejadi penghubung antara pelampung dengan omboh pada injap bebola.
v. Injap gegendang Mengawal kemasukan air ke tiub sifon. Apabila tuil ditarik, injap gegendang akan terangkat dan membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.
vi. Tuil tarik Berfungsi untuk menarik injap gegendang ke atas bagi membolehkan air memasuki tiub sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.
vii. Paip simbah Menyalukan air keluar dari tangki simbah untuk membersihkan mangkuk tandas.
viii. Paip limpah Menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku lebihan air disebabkan kerosakan pada injap bebola atau pelampung.
Antara permasalahan-permasalahan yang sering berkaitan dengan tangki simbah adalah seperti pada jadual 10.2 di bawah.
Jadual 10.2: Permasalahan dan panduan baik pulih tangki simbah Permasalahan Punca dan panduan baik pulih
Tuil tarik longgar (loose) dan tangki simbah tidak berfungsi apibila tuil ditarik
Punca: Rantai atau tali pengangkat yang menghubungkan tuil dengan injap gegendang putus Panduan baik pulih: Ganti rantai pengangkat (lift chain)
Tangki simbah tidak mengeluarkan air sepenuhnya
Punca: Rantai pengangkat kendur Panduan baik pulih: Laraskan panjang rantai pengangkat Punca: Aras air di dalam tangki simbah rendah Panduan baik pulih: Laraskan injap bebola untuk melaraskan kedudukan maksima pelampung dalam tangki simbah
L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 7
Air keluar melalui paip limpah
Punca: Aras air di dalam tangki simbah melebihi had yang ditetapkan Panduan baik pulih: Laraskan injap bebola untuk melaraskan kedudukan maksima pelampung dalam tangki simbah
Air terus menerus keluar daripada paip simbah
Punca: Pelampung bocor Panduan baik pulih: Ganti pelampung Punca: Rantai pengangkat terlalu pendek Panduan baik pulih: Laraskan panjang rantai pengangkat Punca: Injap gegendang rosak (hilang sifat kekenyalan atau bocor) Panduan baik pulih: Ganti injap gegendang Punca: Tiub sifon bocor Panduan baik pulih: Ganti tiub sifon
Berdasarkan jadual di atas, antara masalah utama yang sering berlaku pada tangki simbah adalah berkaitan dengan pelampung, lengan, serta injap pelampung. Kegagalan pelampung, lengan serta injap pelampung berfungsi dengan baik menyebabkan masalah-masalah seperti air keluar dari paip limpah atau tangki tidak mengeluarkan air sepenuhnya.
L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 8
Rajah 10.9. Kedudukan pelampung dalam tangki simbah.
Berpandukan pada rajah 10.9, kedudukan maksima yang ideal bagi pelampung dalam tangki simbah adalah pada paras A. Sekiranya kedudukan maksima pelampung berada pada aras B, lebihan air akan masuk ke dalam
tangki simbah dan akan terkeluar semula melalui paip limpah. Sekiranya kedudukan maksima pelampung berada pada aras C, hanya sedikit sahaja air daripada paip
alur masuk akan dibenarkan memasuki tangki simbah. Ini akan menyebabkan tangki simbah hanya mampu menyimbah air dalam kuantiti yang sedikit sahaja apabila tuil ditarik.
Adakalanya masalah air keluar melalui paip limpah juga berlaku disebabkan kegagalan pelampung atau lengan pelampung berfungsi disebabkan kebocoran pada pelampung atau lengan pelampung patah.
Langkah berikut menunjukkan cara menggantikan set lengan pelampung dan injap bebola sekiranya mengalami kepatahan atau tidak lagi boleh berfungsi.
paip alur masuk
lengan pelampung
kedudukan pelampung
paip limpah
Aras A
Aras B
Aras C
L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 9
Langkah untuk melaraskan kedudukan maksima pelampung dalam tangki simbah pula adalah seperti berikut:
L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 10
10.4 Panduan Kerja Baik Pulih Perangkap Sinki. Seperti yang kita telah bincangkan dalam bab 8, perangkap berfungsi untuk menghalang bau busuk daripada saluran kumbahan masuk ke dalam rumah ataupun bangunan. Walaubagaimanapun terdapat dua permasalahan yang sering berlaku pada ketiga-tiga jenis perangkap singki iaitu:
Permasalahan Punca dan panduan baik pulih
Titisan air pada sambungan perangkap
Punca: Nat yang mengikat perangkap dengan paip saliran (slip nut) longgar. Panduan baik pulih: Ketatkan sambungan dengan memusing nat pada arah jam (sekiranya nat dan paip saliran diperbuat daripada paip uPVC gunakan daya kilas yang sederhana untuk mengelakkan nat dan paip daripada pecah).
Perangkap tersumbat dan pengaliran air ke saluran kumbahan terganggu
Punca: Perangkap tersumbat oleh sampah, rambut atau sisa makanan. Panduan baik pulih: Gunakan pelocok untuk melancarkan pengaliran air atau Tanggalkan perangkap dan bersihkan sisa-sisa kotoran yang menggagu pengaliran air.
Bagi mengatasi permasalahan perangkap singki tersumbat langkah-langkah baik pulih yang perlu dilakukan adalah seperti berikut: Kaedah 1: Menggunakan pelocok
Rajah 10.10 dan 10.11
L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 11
i. Isikan sinki dengan air ii. letakkan getah pelocok menutupi lubang saliran sinki iii. pamkan pelock berulang kali tanpa mengubah kedudukan getah pelocok pada lubang sinki iv. angkat pelocok dan periksa lubang saliran sinki.
Kaedah 2: Mencuci perangkap sinki
i. Sediakan baldi atau bekas di bawah perangkap ii. longgarkan nat yang mengikat perangkap menggunakan sepana boleh laras atau pelayar
cengkam seribu (sekiranya nat dan paip saliran adalah dari jenis uPVC, longgarkan nat menggunakan tangan atau gunakan sepana boleh laras dengan daya yang sederhana)
Rajah 10.12
iii. tanggalkan perangkap dengan berhati-hati dan pastikan air yang keluar masuk ke dalam baldi
yang disediakan iv. cuci kotoran yang terdapat pada salur perangkap, saluran daripada singki dan saluran tetap
dengan menggunakan berus atau objek boleh lentur seperti pada rajah 10.13
nat
perangkap jenis P
Saliran tetap
L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 12
Rajah 10.13 v. bilas perangkap dengan air bersih vi. pasang semula perangkap pada kedudukan asal dan ketatkan kembali nat.
L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 13
RUMUSAN
I. Masalah yang paling kerap berlaku pada pili adalah seperti, kuantiti pengaliran air yang sedikit, air menitis pada alur keluar, pili tidak dapat dikunci dengan ketat, serta air terkeluar daripada nat pili.
II. Masalah titisan air pada alur keluar yang berlaku terus menerus walaupun pili telah dikunci dengan ketat boleh diselesaikan dengan cara menggantikan getah sesendal dengan yang baru pada pili-pili tersebut.
III. Tangki simbah adalah aksesori yang dipasang pada lekapan seperti tandas cangkung dan duduk. Digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar air melalui paip simbah bagi tujuan mencuci mangkuk tandas.
IV. Antara permasalahan-permasalahan yang sering berkaitan dengan tangki simbah adalah seperti tuil tarik longgar dan tangki simbah tidak berfungsi apibila tuil ditarik, tangki simbah tidak mengeluarkan air sepenuhnya, air keluar daripada paip limpah, serta air terus menerus keluar daripada paip simbah.
V. Masalah seperti tangki simbah tidak mengeluarkan air sepenuhnya dan air keluar daripada paip limpah boleh diselesaikan dengan cara melaraskan semula kedudukan pelampung tangki simbah.
VI. Terdapat dua permasalahan yang sering berlaku pada ketiga-tiga jenis jenis perangkap singki iaitu titisan air pada sambungan perangkap serta perangkap tersumbat menyebabkan pengaliran air ke saluran kumbahan terganggu.
VII. Bagi masalah perangkap sinki tersumbat, ia boleh diselesaikan dengan menggunakan pelocok untuk melancarkan pengaliran air atau manggalkan perangkap untuk membersihkan sisa-sisa kotoran yang mengganggu pengaliran air.
L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 14
PETA KONSEP
L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 15
LATIHAN KENDIRI
I. Senaraikan tiga permasalahan yang sering berlaku pada pili beserta punca-puncanya.
a. ____________________________________________________________________________ b. ____________________________________________________________________________ c. ____________________________________________________________________________
II. Nyatakan empat langkah-langkah mengikut turutan, kaedah baik pulih bagi tangki simbah yang mengalam masalahi pengaliran air keluar melalui paip limpah a. ____________________________________________________________________________ b. ____________________________________________________________________________ c. ____________________________________________________________________________ d. ____________________________________________________________________________
III. Nyatakan dua cara penyelesaian bagi permasalahan perangkap sinki tersumbat a. ____________________________________________________________________________ b. ____________________________________________________________________________