Download - Teori REBT
![Page 1: Teori REBT](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012313/55cf998b550346d0339dee67/html5/thumbnails/1.jpg)
TEORI REBT
![Page 2: Teori REBT](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012313/55cf998b550346d0339dee67/html5/thumbnails/2.jpg)
o Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan
oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun
1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat.
o Teori ini terbina apabila beliau mendapati
bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori
oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu
bentuk pemulihan yang tidak saintifik.
![Page 3: Teori REBT](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012313/55cf998b550346d0339dee67/html5/thumbnails/3.jpg)
o Pada awal tahun 1955, beliau telah
menggabungkan terapi-terapi
kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku
dan dikenali sebagai teori emosi-rasional
(RET).
o Ellis telah menjalankan kajian secara
klasikal berasaskan psikoterapi.
![Page 4: Teori REBT](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012313/55cf998b550346d0339dee67/html5/thumbnails/4.jpg)
o Hipotesis RET menunjukkan bahawa emosi
berpunca daripada kepercayaan, penilaian,
interpretasi dan tindakan daripada situasi
kehidupan.
o Di dalam proses teraputik emosi-rasional,
klien mempelajari kemahiran yang akan
digunakan untuk mengenal dan memerangi
kepercayaan yang telah tertanam lama di
dalam diri seseorang.
![Page 5: Teori REBT](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012313/55cf998b550346d0339dee67/html5/thumbnails/5.jpg)
o Teori ini lebih bersifat ‘pendidikan’
daripada perubatan yang direka
dalam keadaan di mana kaunselornya
aktif terarah dengan tepat dan
mengajar.
![Page 6: Teori REBT](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012313/55cf998b550346d0339dee67/html5/thumbnails/6.jpg)
o RET mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku.
o Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan.
o Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional.
![Page 7: Teori REBT](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012313/55cf998b550346d0339dee67/html5/thumbnails/7.jpg)
• Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak rasional.
• Kepercayaan ini perlu diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional.
![Page 8: Teori REBT](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012313/55cf998b550346d0339dee67/html5/thumbnails/8.jpg)
• Terapi ini dianggap sebagai satu
proses pembelajaran kerana kadang-
kala kaunselor bertindak sebagai
seorang guru memberi tugasan
kepada pelajar iaitu klien dalam
konteks terapi ini.
![Page 9: Teori REBT](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012313/55cf998b550346d0339dee67/html5/thumbnails/9.jpg)
Konsep ABCDE telah dinyatakan oleh
Ellis:
• A ialah penggerak pengalaman atau
peristiwa, faktor sikap atau tingkah laku yang
dialami oleh seseorang.
• B adalah sistem kepercayaan yang dianuti
oleh seseorang.
• C ialah akibat iaitu hasil daripada penilaian
oleh B ke atas A dan ditafsirkannya.
![Page 10: Teori REBT](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012313/55cf998b550346d0339dee67/html5/thumbnails/10.jpg)
• D adalah kaedah-kaedah untuk berhujah,
mengajar, mencabar dan memperbetulkan
sistem kepercayaan yang tidak rasional yang
menyebabkan individu itu mengalami suatu
reaksi emosi yang tidak rasional.
• E ialah menjadi normal dan mempunyai
sistem kepercayaan dan penilaian yang
rasional dan positif.
![Page 11: Teori REBT](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012313/55cf998b550346d0339dee67/html5/thumbnails/11.jpg)
o Bagi Ellis, terapis dan klien perlu
bekerjasama untuk mencabar kepercayaan
tidak rasional yang mengakibatkan
gangguan emosional.
o Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya
kebimbangan dan kemurungan dalam diri
seseorang.
![Page 12: Teori REBT](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012313/55cf998b550346d0339dee67/html5/thumbnails/12.jpg)
o Keadaan ini akan mengakibatkan individu itu
akan kekal berpegang dengan kepercayaan
yang tidak rasional itu.
o Kepercayaan inilah yang perlu dibantu oleh
kaunselor agar klien tersebut dapat
merasionalkan dirinya dalam menghapuskan
fahaman-fahaman dan kepercayaan yang
tidak rasional yang ada pada dirinya.