PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Disediakan oleh Unit IT dan Digitasi Page 1
TATACARA PENGGUNAAN PROQUEST
Apa dia Proquest?
Proquest adalah satu pangkalan data (database) langganan yang menyediakan bahan-bahan bacaan
digital termasuk e-buku, jurnal, surat khabar, laporan dan kertas-kertas kerja. Ahli-ahli perpustakaan
diberikan akses kepada perkhidmatan ini secara percuma sebagai tambahan bahan bacaan
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Setakat ini, sebanyak 37 202 buah e-buku boleh di akses
oleh pengguna Perpustakaan.
Cara membuat akaun proquest:
Bagi yang belum menjadi ahli perpustakaan, pengguna hendaklah mendaftar sebagai ahli
Perpustakaan melalui pendaftaran secara online atau di kaunter mana-mana cawangan dan secara
automatik, awda akan dibukakan akaun proquest.
Bagi yang sudah menjadi ahli Perpustakaan dan belum dibukakan akaun proquest, awda boleh
memohon untuk dibukakan akaun proquest di kaunter perpustakaan di mana-mana cawangan.
Cara menukar password:
Log masuk akaun awda dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang asal. Tekan
settings, kemudian tekan profile dan isikan kata laluan yang baharu ke dalam kotak yang berkenaan.
PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Disediakan oleh Unit IT dan Digitasi Page 2
Cara mengakses:
Layari portal rasmi Perpustakaan Brunei di laman sesawang www.librarybrunei.gov.bn/library/dbp.
Kemudian tekan E-BUKU dan seterusnya tekan PROQUEST: EBOOK CENTRAL dan isi nombor kad
pengenalan awda sebagai nama pengguna dan kata laluan.
PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Disediakan oleh Unit IT dan Digitasi Page 3
Setelah pengguna berjaya log masuk ke dalam sistem Proquest, pengguna boleh terus mencari nama
atau subjek bahan di dalam kotak carian seperti di dalam rajah di bawah:-
Hasil dari pencarian tersebut akan dipaparkan. Setelah itu, pengguna boleh mula memilih tajuk e-
buku yang dihendaki dan memilih sama ada membaca secara dalam talian atau memuat turun e-
buku tersebut.