TAJUK 7 : PERBEZAAN INDIVIDU
Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh
Apakah itu perbezaan
individu ???
Definisi Perbezaaan Individu
Merujuk kepada keunikan dan ketidaksamaan yang wujud di antara manusia yang berlainan.
Ditakrifkan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan samada daripada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dalam kalangan individu dalam sesuatu kumpulan.
Ciri-ciri Perbezaan Individu
Temperamen Tret personaliti, emosionaliti dan pola
tingkah laku yang sebahagiannya diwarisi daripada ibu bapa.
Tahap Tenaga Keadaan fizikal seseorang dari segi
bertenaga dan berstamina semasa terlibat dalam sesuatu aktiviti.
Pola Persahabatan Merujuk kepada aktiviti persahabatan
dalam kumpulan rakannya.
Hubungan Perapatan (vertikal) Ikatan kasih sayang dengan ibu bapa dan
amat istimewa dalam hidupnya.
Hubungan mendatar (horizontal) Hubungan dengan kawan-kawan
Aspek-aspek Perbezaan Individu
Aspek Fizikal
Setiap individu berbeza dari segi jantina,rupa dan saiz badan serta kemahiran jasmani.
Murid-murid juga berbeza daripada kekuatan fizikal. Secara umumnya, tingkahlaku lelaki lebih agresif daripada perempuan
Murid lelaki dapat menjalankan aktiviti lasak dengan lebih baik daripada murid-murid perempuan.
Aspek Kognitif
Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya.
Murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan.
Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan.
Contoh:Perempuan biasanya mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi daripada lelaki.
Aspek Emosi
Setiap individu menunjukkan emosi yang berbeza dalam situasi yang sama
Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana mereka berasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan.
Contoh:Murid-murid dapat menunjukkan
emosi yang berlainan apabila
melibatkan diri dalam drama atau
lakonan.
Aspek Rohani
Setiap individu mempunyai falsafah hidup dan keagaman yang berbeza dengan individu yang lain.
Mereka mempunyai agama mereka yang tersendiri.
Anak-anak akan biasa mengikuti agama ibu bapa mereka.
Contoh:Murid-murid daripada bangsa yang
berlainan akan pergi ke tempat-tempat
ibadat yang berlainan dan mempunyai
kepercayaan-kepercayaan yang berlainan.
Aspek Sosial
Setiap individu mempunyai cara kehidupan yang tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain, termasuk individu-individu dalam sebuah keluarga.
Contoh: Bapa Ali suka memancing ikan
dengan kawan-kawannya tetapi Ali
tidak suka.
Aspek Budaya
Setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang berlainan.
Setiap budaya ada norma-norma dan kepercayaan sendiri.
Contoh:Orang India tidak makan daging
lembu dan orang Melayu tidak
makan daging khinzir.
Tingkah Laku
Perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan ,interaksi dan aktiviti sosial.
Contoh:Elise sentiasa bersopan santun dan
bertutur kata baik dengan rakan-rakannya.
Kebolehan belajar mengenai belajar daripada memahami dan berinteraksi dengan persekitaran.
Definisi Kecerdasan
Pandangan Tradisional
Pandangan Moden
Secara am
Kecerdasan – Pandangan Tradisional
Kecerdasan merujuk kepada kecerdasan jenis logikal atau matematikal dan linguistik atau verbal sepertimana yang diberi keutamaan dan penekanan oleh situasi pendidikan.
Guru hanya memberi tumpuan kepada kedua-dua jenis kecerdasaan tersebut dalam proses P&P bilik darjah, pengujian, pengukuhan dan pemberian ganjaran.
Ujian Mengukur Kecerdasan
1. Ujian Stanford-Binet
Dihasilkan oleh Alfred Binet dan Theodore Simon
Tujuan: Mengenalpasti kekurangan intelek para pelajar.
Lama-kelamaan, ujian ini telah digunakan sebagai alat penapisan.
2. Ujian Scholastic Aptitude(SAT)
Terkenal di Amerika Syarikat
Tujuan: menganalisis kebolehan matematik, tatabahasa, kefahaman dan kosa kata seseorang murid bagi menentukan kelayakannya melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi atau kolej.
Teori Kecerdasan Triarchic Sternberg
Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner
Kecerdasan Emosi Goleman
Kecerdasan – Pandangan Moden
Teori Kecerdasan Sternberg (1984)
• Tingkah laku yang cerdas muncul hasil daripada imbangan antara kebolehan analitikal, kebolehan kreatif dan kebolehan praktikal.
Jenis kebolehan Ciri-ciri
Kebolehan analitikal
Kebolehan untuk menilai, menganalisis dan membanding beza maklumat yang diterima
Kebolehan kreatif Kebolehan untuk mereka cipta, membuat penerokaan dan usaha-usaha kreatif yang lain.
Kebolehan pratikal Satu tindakan yang membenarkan individu mengaplikasi sesuatu yang telah dipelajari.
Siapa Dia Howard Gardner?
• Lahir di Scranton pada tahun 1943
• anak kepada pelarian Nazi Jerman
• suka belajar dan minat muzik
• Professor di dalam bidang Kognitif dan Pendidikan di Havard Graduate School of Education
Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner
• mendapat pendidikan di “Post Secondary” di University Harvard
• Ia telah dilatih sebagai ahli psikologi pembangunan dan ahli psikologi saraf
Multiple Intelligence
• telah mengkaji 2 aliran kajian di dalam bidang kognitif dan simbol.
• menggunakan beberapa kapasiti: kanak-kanak normal dan pintar dan orang dewasa mengalami cacat otak.
• menerbitkan buku” Frames of Mind” -1983.
Sepanjang Kerjaya Gardner
• 1986 mula mengajar di Havard Graduate Scholl of Education di samping meneruskan penglibatan jangka panjang dalam projek zero.
• Projek Zero = kumpulan pengkaji bidang kognitif manusia yang berfokuskan kepada kesenian.
• Memegang beberapa jawatan penting dalam pendidikan:
• “Adjunct Professor”- Psikologi - Uni. Harvard
• “Adjunct Professor”- Neurologi - Boston Uni. School of Medicine
• Co-Director - Projek Zero Harvard
Antara Anugerah Yang Diterima
• MacArthur Prize Fellowship dalam tahun 1981
• menerima anugerah Ijazah 10 kepujian (ten honorary degrees) - Uni. Princeton dan Uni Tel Aviv
• 1990- orang Amerika pertama menerima anugerah Uni. Louisville’s Graweyer dalam bidanng pendidikan
Gardner Masa Kini
• merupakan pengarang kepada 18 buah buku, beratus-ratus artikel.
• terkenal dengan teori “Multiple Intelligence”.
• Pengkritik yang berfahaman mujudkan satu kecerdasan manusia yang boleh diakses/dinilai dengan pengukuran pemikiran yang standard.
• Buku terbaru - Extraordinary Minds – 1997.
Rumusan Gardner
• Setiap individu mempunyai lapan
kecerdasan
• Setiap kecerdasan berkembang tanpa
seiring
• Satu / dua kecerdasan dominan dan
berkembang sepenuhnya
• Kecerdasan saling berkait walaupun
perkembangannya tidak seiring
• Kecerdasan boleh dinilai secara
berasingan
• Kecerdasan boleh dipelajari dan dididik
• Semua kecerdasan boleh dirangsang
jika tahu caranya
Kecerdasan Pelbagai satu set kebolehan yang telah dibekalkan Allah dalam minda
manusia.
Memartabatkan
Pendidikan
Negara
Bertaraf
Dunia
Antara
elemen primer
Menjadi tanggungjawab GURU
memupuk & mengembangkan KP
ke tahap optimum
HOKI HOKA
PIZZA KECERDASAN PELBAGAI
Rose, C & Nicholl,M.J. ( 1977 ) Accerlerated Learning
For thev 21st Century New York.
Bodily-Kinesthetic
Ciri-ciri:
Berkaitan dengan kemahiran pergerakan motor halus
Cenderung kepada sukan,tarian atau lakonan
Belajar melalui aktiviti fizikal
Kerjaya yang sesuai:Atlet,penari,pelakon,doktor
bedah
Verbal-Linguistic
Ciri-ciri: Berkaitan dengan perkataan sama ada lisan atau
bertulis Mahir membaca,menulis,bercerita dan menghafal
perkataan dan tarikh-tarikh penting Gemar membaca dan mencatat nota Mudah belajar bahasa asing Kerjaya yang sesuai:Penulis,peguam,ahli falsafah, pemberita dan guru
Visual-Spatial
Ciri-ciri:
Berkaitan dengan ruang
Mahir dari segi visualisasi dan manipulasi objek secara mental
Mempunyai ingatan visual yang kuat
Cenderung kepada seni
Mahir dari segi kordinasi mata tangan.
Kerjaya yang sesuai:Artis,jurutera,arkitek
Musical
Ciri-ciri: Berkaitan dengan ritma,muzik dan pendengaran Peka terhadap bunyi,ritma,pic Boleh menyanyi,bermain alat muzik dan menggubah
muzik Menggunakan lagu atau ritma untuk belajar atau
menghafal maklumat.
Kerjaya yang sesuai:Penyanyi,penggubah lagu,konduktor muzik
Logical-Matematical
Ciri-ciri:
Berkaitan dengan nombor,penaakulan dan penyelesaian masalah
Berkebolehan untuk menjana dan memanipulasi visual serta mereka cipta gambar mental dari pelbagai perspektif
Gemar menyukat,mengukur dan mengurus data
Kerjaya yang sesuai:Ahli matematik dan ahli
statistik
Intrapersonal
Ciri-ciri :
Berkaitan dengan kapasiti introspektif dan refleksi kendiri
Bersifat introvert dan gemar bekerja perseorangan
Mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi
Berupaya memahami emosi,matlamat dan motivasi sendiri.
Kerjaya yang sesuai:Ahli falsafah,ahli psikologi,
ahli teologi,penulis dan ahli
sains
Interpersonal Ciri-ciri:
Berkaitan dengan interaksi dengan orang lain.
Bersifat ekstrovert dan pandai berkomunikasi
Peka terhadap perasaan dan temperamen orang lain
Boleh bekerjasama dalam kelompok
Gemar melibatkan diri dalam perbincangan atau perbahasan.
Kerjaya yang sesuai:Ahli politik, pengurus,guru,
pegawai kebajikan sosial
dan ahli diplomat
Naturalistic
Ciri-ciri:
Berkaitan dengan alam semula jadi
Berupaya menghubungkait maklumat dengan persekitaran semula jadi
Peka terhadap alam semula jadi
Gemar menanam tumbuh-tumbuhan
Gemar berinteraksi dengan haiwan
Kerjaya yang sesuai:Ahli sains,pekebun, petani,
pencipta alam
Eksistential
Ciri-ciri:
Berkebolehan untuk menimbulkan dan membuat refleksi mengenai persoalan berbentuk falsafah berkaitan dengan kehidupan,kematian dan sebagainya.
Kerjaya yang sesuai:Ahli falsafah
Visual-Ruang
Berupaya membayangkan idea, konsep,
dan imej mental ( pemikiran 3D )
• melukis, mereka cipta
Kinestetik
Pergerakan fizikal untuk berkomunikasi
/ mahir dengan objek dan aktiviti
• main peranan/ lakonan, pergerakan, membuat model
Logik-Matematik
Memiliki pemikiran abstrak, logik, analitis ketepatan pengiraan,
saintifik, penaakulan
• permainan strategi, rekod maklumat dalam graf, lukis peta
Verbal-Linguistik
Peka kepada bahasa, makna, diksi, dan wacana
• projek bacaan/ penulisan, permainan bahasa, puisi
Interpersonal
Kebolehan memahami
perasaan, berinteraksi, dan
mempengaruhi orang lain
• projek berkumpulan, PRS, sumbang saran
Muzik
Peka kepada irama, nada, kuasa emosi, dan oprganisasi
kompleks bukan verbal
• menulis semula lirik, menggunakan muzik
dalam p&p
Intrapersonal
Kebolehan memahami perasaan,
kemahuan, dan matlamat diri secara kendiri
• belajar kendiri, refleksi diri, projek kendiri / jurnal
Naturalis
Peka kepada alam sekitar, flora
dan fauna
• aktiviti luar kelas untuk p&p, eksperimen
sains, lawatan, reka bentuk lanskap
PADANAN Mengenal pasti kekuatan diri
dan murid dalam Kecerdasan Pelbagai
Kekuatan Guru
Senarai Semak MICA ( Multiple Intelligences For Adult )
1. Pemerhatian tingkah laku semasa belajar
2. Aktiviti kegemaran murid masa lapang
3. Laporan prestasi murid
4. Profil kecerdasan murid
Kekuatan Murid
PELAKSANAAN ( PKT 1 )
PERCUBAAN
Merancang dan mencuba pelbagai
strategi pengajaran dan pembelajaran
berasaskan TKP
PELAKSANAAN ( PKT 2 )
PROSEDUR
• PERANCANGAN Bagaimana
mengaplikasi
TKP dalam P&P
• PERSEKITARAN Cara memaksimumkan
potensi persekitaran
khususnya kelas
• PROSES Aplikasi TKP
berdasarkan
kesesuaian
• PENILAIAN Mengukur prestasi
melalui kepelbagaian
cara
PELAKSANAAN ( PKT 3 )
PENINGKATAN
Mempertingkat
kemahiran menggunakan TKP
ke arah perkembangan kemahiran
berfikir
• Strategi penyelesaian masalah
• Memperluaskan pemikiran murid
• Perkembangan kognitif bloom
FOKUS
Menyokong
pembelajaran bersepadu
- sejajar FPK
Meningkatkan
Kecerdasan
Pelbagai individu
- potensi
tidak terbatas
Menerima hakikat
persamaan dan
perbezaan
individu
-kepelbagaian
-cara
belajar
Meningkatkan
harga diri,
kreativiti,
dan motivasi
-pembelajaran
menyeronokkan
Menggalakkan inovasi
dan penyelidikan baru
dalam P&P
Mewujudkan suasana
kolaboratif di asekolah
Mempelbagai
cara penilaian
Kecerdasan Emosi Goleman
• Menurut Goleman,kecerdasan emosi merujuk kepada kemampuan seseorang untuk mengenalpasti perasa,memotivasi diri dan membina ketahanan dalaman sehingga berupaya menyusun jiwa masing-masing.
Daniel Goleman (1995)
• Bukunya Emotional Intellingence telah membangkitkan kesedaran ramai tentang konsep ini (EQ). Iaitu kesan didikan kanak-kanak sehinggalah kepentingannya di tempat kerja dan hampir dalam hubungan manusia.
• Goleman (1995) menonjolkan pandangan yang lebih luas tentang EQ. Beliau menyatakan bahawa EQ mengandungi beberapa faktor: memahami emosi sendiri (knowing one’s emotions), kebolehan mengendalikan emosi (managing one’s emotion), memotivasikan diri (motivating oneself), menyedari emosi orang lain (recognizing emotions in others), dan mengendalikan hubungan sillaturrahim dengan orang lain (handling relationships).
Komponen Kecerdasan Emosi
1. Kompetensi Peribadi 1.Kesedaran kendiri Kesedaran emosi kendiri Kesedaran mengenai kekuatan dan kelemahan diri Keyakinan diri Penghormatan kendiri Kesejahteraan kendiri demi menikmati kehidupan
yang bahagia dengan penuh kesyukuran.
2.Pengurusan Kendiri
Kawalan emosi kendiri
Kebolehpercayaan
Keluwesan
Ketekunan
3.Motivasi Kendiri
Inovatif
Berorientasikan pencapaian
Inisiatif
Optimis
Kompetensi Sosial
1.Kesedaran Sosial
Empati
Berorientasikan perkhidmatan
Kesedaran organisasi
Kemampuan melayani kepelbagaian mengikut keperluan pelanggan.
2.Kemahiran Sosial
Kemahiran berkomunikasi
Kepemimpinan menjana inspirasi
Mempunyai pengaruh untuk memujuk dengan menggunakan pelbagai cara dan strategi positif
Berkolaborasi dan berpasukan
Menjadi pemangkin perubahan serta pengurusan konflik.
Implikasi Perbezaan Individu Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Kesediaan belajar
Penentuan objektif dan aras pengajaran
Kewujudan pola tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru
Perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar
EQ VS IQ
• IQ – Diukur melalui ujian kecerdasan
Wechsler Intelligence Scales.
– Kemampuan berfikir secara rasional.
– Kemampuan memecah masalah dari segi ketepatan, kecepatan dan kedalaman mengenai sesuatu tanggapan.
– Berasaskan baka /genetik semulajadi tak dapat diubah.
• EQ – Tidak dapat diukur.
– Kemampuan memahami dan mengendalikan, mengarahkan EMOSI diri sendiri serta kemampuan mengendalikan mengarahkan emosi orang lain.
– Satu subset kecerdasan sosial melibatkan kebolehan memantau emosi, sendiri dan orang lain dapat mendiskriminasikannya dan menggunakan maklumat itu untuk membimbing cara pemikiran dan tindakan seseorang itu.
Kedua-dua ini tidak berlawanan
tetapi
berinteraksi secara dinamik dalam dunia sebenar
Tiga Aspek Emosi
• Cognitive Experiental ( dijelaskan dengan perkataan.
• Behavior Expressive ( Non verbal expression mimik muka, gerak badan, gesture, posture, dll) *
• Physiological- biochemical ( aktiviti otak, suhu badan, kadar denyutan jantung dll) * Hanya BE dapat dilihat dan 2 aspek lagi sukar
dilihat.
Apa itu Emosi?
• Perkataan emosi datang dari bahasa Latin “emover” iaitu diterjemahkan:
• To move
• To excite
• or to agitate
• Pada hari ini konsep emosi meliputi semua aspek mencucapkan kasih, cinta, sayang, benci, menarik, aggresif, atau apa saja perasaan yang bermakna.
• Tanpa perasaan hidup tidak bermakna dan kosong.
“ Suatu tata susunan personal, emosi, dan Kecekapan sosial serta kemahiran yg boleh mempengaruhi untuk berjaya dalam menghadapi tuntutan persekitaran dan tekanan (Bar-On, 1997)”
Dr. Reuven Bar-On, the originator of the term “EQ”
Emotional Intelligence Competencies
“..adalah kapisiti untuk mengiktiraf perasaan kita sendiri dan orang lain,untuk memotivasikan dan mengurus emosi diri kita sendiri serta hubungan dengan orang lain..”
EMOTIONAL
INTELLIGENCE
COMPETENCE
(EIC)
Kecekapan
Personal
(PC)
Kecekapan Sosial
(SC)
KOMPETENSI
KECERDASAN EMOSI
KOMPETENSI PERSONAL
KOMPETENSI SOSIAL
Bagaimana seseorang individu
menguruskan diri sendiri
Bagaimana sesorang individu
menguruskan hubungan
KOMPETENSI PERSONAL
Kesedaran Kendiri
/ Self Awareness
Pengurusan Kendiri
/ Self Management
Menyesuaikan diri dengan
isyarat dalaman:
mengetahui
kedudukan dalaman,
keutamaan, sumber dan
intuisi
Mengurus keadaan dalaman,
dorongan dan potensi
KESEDARAN KENDIRI
Kesedaran Emosi Kendiri/ Emotional self-awareness
Kesedaran Ketepatan Kendiri/ Accurate self-awareness
Keyakinan Kendiri/ Self-confidence
Penghormatan
Kendiri/ Self-regard
Kesejahteraan/ Happiness
• mengetahui emosi sendiri
• mengesan impaknya
• menggunakan ‘gut sense’ sbg
panduan membuat keputusan
• mengetahui kekuatan seseorang
• mengetahui batasan
•Kepercayaan yang tinggi terhadap
keupayaan diri
Keupayaan dan kesedaran untuk
memahami, menerima dan menghormati
diri sendiri.
Berpuas hati dengan kehidupan sendiri,
menikmati kehidupan sendiri dan bersama orang lain
dan bergembira dengan mempamerkan emosi yang positif
PENGURUSAN KENDIRI – SELF MANAGEMENT
Kawalan Emosi Kendiri
/Emotional Self-Control
Kebolehsuaian
/Adaptability
Kebolehpercayaan
/Trustworthiness
Ketekunan
/Concientiousness
Keupayaan mengawal emosi
Keupayaan menangani perubahan
Amanah dan boleh dipercayai
Berhati-hati,cermat dan
bertanggungjawab
KOMPETENSI SOSIAL
/SOCIAL COMPETENCE
Kesedaran Sosial
/ Social Awareness
Kemahiran Sosial
/ Social Skills
Kesedaran tentang
perasaan, kemahuan dan
perihal orang lain
Penyesuaian bagi
menggalakkan respon
yang diingini daripada
orang lain
KESEDARAN SOSIAL – SOCIAL AWARENESS
Membangun Individu
lain/Developing others
Empati
/ Empathy
Kesedaran Organisasi
/ Organizational
Awareness
Berorientasi Perkhidmatan
/Service Orientation
Melayani Kepelbagaian
/Leveraging Diversity
Kesedaran keperluan pembangunan
individu lain dan membantu untuk peningkatan
• Sedar akan perasaan dan keperluan
orang lain
• mengambil berat
Boleh menjangka, mengenalpasti dan
memenuhi keperluan individu
Membina peluang-peluang melalui
pelbagai ragam manusia
Keupayaan membaca perubahan emosi
selaras dengan perubahan politik semasa.
KEMAHIRAN SOSIAL / SOCIAL COMPETENCE
Kepimpinan berinspirasi
/Inspirational leadership
Pengaruh
/ influence
Pemangkin Perubahan
/Change Catalyst
Komunikasi
/Communication
Memandu dan mendorong
desakan visi
Menggunakan pelbagai taktik
untuk memujuk
• Memulakan hala tuju baru
• Mengurus dan memimpin perubahan
Menyampaikan maklumat yang jelas
dan meyakinkan
Kelebihan Memiliki Eq Yang Tinggi
• Berupaya menghadapi emosi yang tegar (hardiness)
• Empati: Mengenali dan “membaca”emosi.
• Menangani dengan baik perhubungan.
Karakteristik Cerdas Emosi
• Mampu memotivasi diri, independen & percaya diri
• Mampu mengawal dorongan & menunda
• Memulai, tekun dan menyelesaikan tugas
• Tidak menunda, tahu bila perlu bersekikuh
• Menterjemahkan fikiran menjadi tindakan yang efektif
• Tahu dan dapat menggunakan kemampuannya
• Tidak takut risiko dan menerima kritikan
• Berusaha mengatasi kelemahan diri
• Memusatkan diri, baik pada masalah yang lebih besar
• Seimbang dalam fikiran kreatif, analitik, dan praktis.
• Banyak kajian tentang dimensi EQ telah dijalankan dengan mengukur konsep-konsep yang berkaitan dengan EQ, seperti kebolehan bersosial (social skills), kecemerlangan perhubungan inter-personal (interpersonal competence), kematangan psikologi (psychological maturity) dan kesedaran emosi (emotional awareness) – lama sebelum konsep kecerdasan emosi atau emotional intelligence diperkenalkan.
• Kajian-kajian ini mendapati bahawa penekanan tentang unsur-unsur yang ada kena mengena dengan EQ menjadikan pelajar lebih stabil dalam perhubungan dan interaksi sosial mereka berbanding dengan pelajar-pelajar yang tidak didedahkan dengan konsep EQ ini.
• Kajian juga telah melihat bagaimana kaitan positif antara EQ dengan sifat kepimpinan, pencapaian secara kumpulan, pencapaian individu, perhubungan social, perubahan dalam pengurusan, di samping menyidiakan alat pengukur kepada kejayaan tersebut. Menurut Goleman (1995: 160). “Emotional intelligence, the skills that help people harmonize, should become increasingly valued as a workplace asset in the years to come.”
Rumusan
Ingatlah bahawa, bukan hanya mempunyai kelebihan IQ tinggi sahaja tetapi perlu ada keupayaan EQ tinggi untuk menentukan kejayaan dalam semua bidang. Pada hakikat kombinasi antara IQ dan EQ yang memberi kejayaan dalam pelbagai aktiviti dalam kehidupan dan menilai keadaan kerja harian. Adalah tidak menghairankan banyak syarikat dan organasi yang besar memberi pendedahan kepada pekerjanya dalam program latihan untuk mendapatkan pengalaman berguna secara semulajadi yang dapat membantu untuk mepertingkatkan kefahaman emosi, ujudkan pengelibatan lebih efisen dalam mengurus hari ke hari dalam kerja serta kehidupan sosial telah berjuta-juta dollar dihabiskan di seluruh dunia khususnya pada pekerja kolar putih.