BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
1
Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan Organisasi Kandungan
1.1 Sipnosis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan Organisasi Kandungan nya. Dalam unit
ini , pelajar akan dipandu untuk memahami bagaimana Falsafah Pendidikan Negara
mempunyai perkaitan dan dimanifestasikan dalam objektif dan sukatan pelajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah. Objektif Sukatan Pelajaran Bhasa Melayu juga akan dibincangkan
melibatkan empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Dalam aspek organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah, aspek kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan juga pengisian
kurikulum juga akan dibincangkan.
1.2 Hasil Pembelajaran
i. Menghuraikan dan menjelaskan falsafah, objektif dan organisasi kandungan
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
ii. Menganalisis dan menghuraikan objektif sukatan pelajaran yang meliputi
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
iii. Menganalisis dan menghuraikan organisasi kandungan iaitu kemahiran
bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan pengisian kurikulum.
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2
1.3 Kerangka Konsep Tajuk 1
1.3.1 Falsafah Pendidikan Negara Apakah yang dimaksudkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dengan Matlamat dan Objektif Sukatan
Pembelajaran
Objektif:- Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Organisasi Kandungan:- Kemahiran bahasa Hasil pembelajaran Sistem bahasa Pengisian kurikulum
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
3
Aktiviti 1 - Perbincangan
Apakah yang dimaksudkan dengan “ insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani?
Bagaimanakah aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diaplikasikan
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah?
1.3.2 Sukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada
kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca
dan kemahiran menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa
Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk
pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan
kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam
kalangan murid. Sukatan
pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum
Bahasa Melayu.
1.3.3 Matlamat
Matlamat kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang diajarkan
kepada muird-murid adalah untuk melengkapkan mereka dengan keterampilan
berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu,
berinteraksi dan mengendalikan urusan harian.
Aktiviti 2
Bentuk kumpulan dan bentangkan kepada kelas bagaiamana matlamat
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi boleh dibentuk dalam kalangan
pelajar. Tugasan anda boleh dibincangkan dalam kumpulan serta pensyarah
anda dan dibentangkan di hadapan kelas.
Selamat berbincang !
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
4
1.3.4 Objektif
Apakah unsur-unsur FPK yang mempunyai perkaitan dengan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah ?
Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai perkaitan dengan objektif
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah?
Telitilah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berikut:-
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSR, murid-murid anda
sepatutnya dapat:-
i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati
pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal
ii. Bertutur dan menyebut perkataan secara petah serta berintonasi dalam
pelbagai situasi.
iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,
mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan
dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai serta berkesan untuk
memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis
v. Memupuk minat membaca satu amalan kea rah membina budaya
pembelajaran berterusan
vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan
penghayan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.
vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai penulisan jenis kreatif dan berunsur
pengetahuan, menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dan betul;
viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan
sebutan yang betul dalam aktiviti kemahiran mendengar, bertutur, membaca,
dan menulis;
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya
berunsur ilmu; dan
x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme,
dan perasaan cinta akan negara.
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
5
1.3.5 Organisasi Kandungan
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang digubal berfokuskan hasil pembelajaran
ini, adalah berteraskan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan
kemahiran menulis. Hasil pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam sistem
bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum.
1.3.1 Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Kemahiran bahasa juga merupakan teras penguasaan bahasa baku.
1.3.2 Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum
Bahasa Melayu bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran Bahasa
Hasil Organisasi Kandungan
Sistem Bahasa
Pengisian Kurikulum
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
6
HASIL PEMBELAJARAN
Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu
Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid
Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran
Dapat dicapai dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan
pengisian kurikulum
Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid
1.3.3 Sistem Bahasa
Sistem bahasa merujuk Bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan,
sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.
1.4.2 Konsep Hasil Pembelajaran
Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid
Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu
Dapat dicapai dengan mengabungjalinkan Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa, dan
Pengisian Kurikulum
Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran
Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai murid
Tatabahasa Morfologi Sintaksis
Kosa Kata Umum Istilah
Peribahasa Bahasa Kiasan Simpulan Bahasa Perumpamaan Pepatah Perbilangan
Sistem Ejaan Pola keselarasan vokal Ejaan kata pinjaman Ejaan kata dasar dan
kata pinjaman
Sebutan Bahasa
Melayu Baku
Intonasi mengikut pola Jenis ayat Susunan ayat Ragam ayat
SISTEM BAHASA
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
7
Aktiviti 3
1. Huraikan perkaitan FPN dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah.
2. Sediakan satu RPH P&P Bahasa Melayu Tahun 4 yang mengaplikasikan
konsep FPN.
Arahan
Soalan 1 dibincangkan bersama rakan anda dalam kumpulan dan
dibentangkan.
Soalan 2 dijawab dalam bentuk esei dan diserahkan kepada pensyarah
anda untuk dinilai.
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
8
Tajuk 2
Konsep Penggabungjalinan , Penyerapan dan Konsep 5P
2.1. Sipnosis.
Tajuk ini membincangkan konsep dan jenis penggabungjalinan dan menjelaskan
konsep serta bentuk penyerapan yang perlu dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dalam kelas KBSR.
2.2. Hasil pembelajaran.
i. Melaksanakan aktiviti gabungjalin dalam pengajaran Bahasa Melayu.
ii. Melaksanakan aktiviti penyerapan pelbagai unsur dalam pengajaran Bahasa
Melayu.
PENGGABUNG- JALINAN DAN PENYERAPAN
TUJUAN PENGGABUNG-JALINAN
PRINSIP G/JALIN
BENTUK AKTIVITI
KONSEP
PENYERAPAN TUJUAN CONTOH
AKTIVITI
LATIHAN PEMANTAPAN
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
9
2.3 KONSEP 5P Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 5P?. Konsep ini merupakan strategi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Konsep 5P
juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan
pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan.Konsep 5P
menekankan penggabungjalinan , penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.
Rajah : Konsep 5P 2.4. Penggabungjalinan Apakah yang anda faham tentang penggabungjalinan? Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan
supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai
urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk
menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling
melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan.
2.4.1. Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:
a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.
b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.
c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.
d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.
5P
Penggabungjalinan
Penyerapan
Pengayaan Pemulihan
Penilaian
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
10
2.4.2. Prinsip-prinsip penggabungjalinan
Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.
Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.
Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.
Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.
2.4.3. Bentuk-bentuk penggabungjalinan Ada 3 bentuk penggabungjalinan : 1. Penggabungjalinan kemahiran
2. Penggabungjalinan bahan
3. Penggabungjalinan aktiviti
i. Penggabungjalinan Kemahiran
Rajah 1: Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa dalam Satu Mata Pelajaran
Rajah 2: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran
K1
K2 K3
K1
K2 K4
BM K3
K1-Kemahiran Mendengar K2-Kemahiraan Bertutur K3-Kemahiran Membaca K4-Kemahiran Menulis BM-Bahasa Melayu
K1-Kemahiran Bahasa K2-Kemahiran Muzik K3-Kemahiran Seni BM-Bahasa Melayu
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
11
ii. Penggabungjalinan Aktiviti
Anda boleh mengabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut
keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan, bacaan dan
kefahaman, dan tulisan.
Aktiviti
Lisan
Bacaan dan Kefahaman Tulisan
Berbual Berbincang Bertemu ramah Berbahas Berceramah Bercerita Berlakon
Memaham Mengesan isi penting Meringkas Membuat ayat Memberi makna Menghurai ungkapan
Esei Laporan Ulasan Ucapan Arahan Iklan Mencatat isi
Rajah 3: Penggabungjalinan Aktiviti
Untuk melaksanakan penggabungjalinan, anda perlu merancangkannya dengan
aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.
Contoh:
a. Berceramah → mencatat isi
b. Bercerita → berbincang → menulis karangan
c. Membaca → mengesan isi → mengulas → menulis ulasan
iii. Penggabungjalinan Bahan
Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan
pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.
Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan,
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
12
pengalaman, dan tahap pencapaian murid. Antara bahan yang boleh digabungjalinkan itu
adalah seperti yang berikut:
Bahan
Bahan utama
(Petikan) Bahan sokongan
(Bahan rangsangan) Bahan lisan (Rakaman)
Rencana Laporan Berita Ucapan Komentar Pengumuman Ulasan Iklan
Gambar Data Rajah Graf Carta
Ucapan Ulasan Komentar Laporan Temu bual Pengumuman Wawancara
Rajah 4: Penggabungjalinan Bahan
Anda boleh menggabungjalinkan bahan-bahan ini mengikut keperluan masa yang
diperuntukkan di samping mempunyai pertalian dan urutan yang baik.
Lihat contoh yang berikut:
1. Berita → ulasan
2. Iklan → surat permohonan → temu duga → surat jawapan.
2.4.4. Contoh penggabungjalinan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu
Tajuk pelajaran : Jasa Ibu Langkah 1 : Murid membaca sajak bertajuk “jasa ibu”.(kemahiran membaca)
Langkah II : Murid bercerita tentang jasa ibu mereka.(kemahiran lisan)
Langkah III : Murid berbincang dalam kumpulan tentang bagaiman membalas
Jasa ibu dan membuat pembentangan.(kemahiran lisan)
Langkah IV : Murid menulis ayat-ayat tentang keistimewaan ibu
mereka ( kemahiran menulis)
Langkah V : Murid mencipta kad Hari Lahir ibu dan mewarnakannya..
(kemahiran Seni Visual)
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
13
Penutup : Murid menyanyi lagu ibu dan melakukan pergerakan.
(kemahian muzik)
2.5. Penyerapan Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau
unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu
mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan
kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa
depan boleh diserapkan.
Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama iaitu aspek
pembelajaran dan aspek komunikasi.
2.5.1 Tujuan Penyerapan.
Aspek ini boleh membantu murid untuk :
a. Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan
peraturan melalui aktiviti yang dijalankan;
b. Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan;
c. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati;
d. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu;
e. Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan
f. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.
g. Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan
perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi,
dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks;
h. Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk
perkembangan diri; dan
i. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh
rakan sebaya dan masyarakat.
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
14
2.5.2. Unsur Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Terdapat 5 unsur penyerapan iaitu :
i. Ilmu Pengetahuan.
Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti
Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian
Tempatan, Muzik, Sains, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang
digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata
pelajaran lain.
Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.
Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.
Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.
ii. Nilai murni.
Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan
secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai
murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas.
Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara
terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini
boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja
kumpulan dan kerja projek.
Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik , berakhlak mulia
, berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan
lain.
iv. Kewarganegaraan
Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa Melayu mengutamakan
pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan
untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu
terhadap bangsa dan negara.
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
15
v. Peraturan sosio-budaya.
Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan
bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam nasyarakat
Malaysia.Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian
masyarakat Malaysia.
vi. Kemahiran Bernilaian Tambah.
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi membolehkan
pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dapat dunia sebenar pelajar. Antara
kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian
masa depan dan kecerdasan pelbagai.
2.6. Contoh aktiviti penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Subjek : Bahasa Melayu
Tahun : 4
Tema: Keluargaku Sayang
Tajuk: Keluarga Bahagia
Kemahiran: 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam
sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Contoh aktiviti :
Menulis ayat tunggal
Menulis ayat majmuk
Melukis gambar aktiviti keluarga ( Pendidikan Seni)
Menyenaraikan sifat-sifat anak yang baik ( Agama Islam / Moral)
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
16
2.6.1 Aktiviti
Bincangkan bersama rakan-rakan anda bagaimanakah proses pengaplikasian
aktiviti penggabungjalinan dan penyerapan boleh membantu proses pembelajaran
pelajar secara menyeluruh.
Bentangkan dan bincangkan hasil dapatan anda.
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
17
Tajuk 3
Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian
(5P)
3.1 Sinopsis
Tajuk ini akan menghuraikan konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian yang terdapat
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu . Tiga konsep ini yang merupakan sebahagian
daripada komponen Konsep 5P akan diterangkan secara khusus dan dikaitkan dengan
aktiviti-aktiviti sebagai contoh untuk menunjukkan bagaimana konsep ini diaplikasikan
dalam P&P. Perbincangan, aktiviti dan latihan disediakan untuk memantapkan
pemahaman anda mengenai tajuk ini.
3.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, para pelajar akan dapat:-
i. Menghuraikan konsep pengayaan, pemulihan dan penilaian dan hubungannya
dengan P&P Bahasa Melayu.
ii. Menghasilkan RPH yang menunjukkan konsep berkenaan dalam P&P.
3.4 Kerangka Konsep
3.3 Takrifan Pengayaan
.
Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian
TTaakkrriiffaann ddaann hhuurraaiiaann kkoonnsseepp
Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
18
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk
memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari,
daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid
sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan
daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas
mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang
telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan
pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam
bidang tertentu.
Secara berpasangan, bincangkan kepentingan aktiviti pengayaan dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran ?
3.4 Objektif Pengayaan Di bawah ini, dicatatkan beberapa objektif pengayaan. Selepas membacanya, cuba
bincangkan dengan rakan anda:
a. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk
memperluas pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu;
b. Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka;
c. Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai
sesuatu hasil kerja sendiri;
d. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai
bahan dan sumber pengetahuan;
e. Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan
pembelajaran seumur hidup.
3.5 Aktiviti Pengayaan
Sebagai guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti
pengayaan. Antaranya adalah seperti yang berikut:
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
19
a. Menggunakan daya usaha sendiri;
b. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri;
c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental;
d. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
e. Melibatkan pembacaan luas; dan
f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial.
Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti, termasuklah:
Pembelajaran akses kendiri;
Kerja projek;
Bacaan tambahan;
Permainan dan rekreasi; dan
Pembelajaran berbantukan komputer.
3.6 Takrifan Pemulihan
Dalam konteks ini pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi
kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru
lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam
menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. (3M) Sebaik sahaja masalah
pembelajaran dikesan dan dikenal pasti, program ini akan dilaksanakan. Murid-murid
dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar
kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka
dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.
3.7 Objektif program pemulihan Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:
a) Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan
mereka;
b) Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan
dan perkembangan mental individu;
c) Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru;
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
20
d) Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih
maju;
e) Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama
ada di dalam atau di luar bilik darjah;
f) Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan
berdikari;
g) Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang
bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
Secara berpasangan, bincangkan kepentingan aktiviti pemulihan dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran ?
3.8 Takrifan Penilaian Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating,
obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses
mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang
seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Sebagai rumusannya, penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk
memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu
proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau
kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif P&P.
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
21
.
Rajah 1: Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian 3.9 Jenis-jenis Penilaian Tahukah anda?
Nota Ringkas:-
i. Ujian Formatif
ii. Ujian Sumatif
i. Perbezaan ujian formatif dan sumatif
PENILAIAN
PEMULIHAN PENGAYAAN
PENILAIAN
Terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan antara
kedua-dua jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran,
jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
22
Ujian formatif Perbezaan Ujian sumatif
1. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan.
Fungsi
1. Pensijilan atau penggredan
2. Sepanjang pengajaran
Masa
2. Pada akhir unit/kursus
3. Kognitif, psikomotor dan afektif
Penekanan
3.Kognitif
4. Terhad kepada tugasan
Sifat
4. Beraneka jenis
5. Berubah-ubah
Kesukaran
5. Senang – sukar
6. Dibentuk khas
Alat
6. Peperiksaan akhir tahun
7. Rujukan kriteria
Jenis ujian
7.Rujukan norma
3.10 Aktiviti Penilaian Bahasa
Bagaimanakah anda hendak menilai kemahiran bahasa dalam P&P anda? Berikut
merupakan contoh-contoh aktiviti yang boleh anda lakukan;
3.11 Porfolio
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti
pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis
portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan
lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang
menyeluruh.
i. Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina.
Portfolio Kerja Harian
Portfolio Hasil Terbaik
Portfolio Dokumen
ii. Bagaimana menilai portfolio?
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
23
Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada
perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran
perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.
Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima
tahap perkembangan, seperti di bawah ini.
E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf
Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal
dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap
pencapaian pelajar.
Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih
lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar
lain sahaja.
3.12 Penilaian Melalui Pemerhatian.
i. Pelaksanaan Proses Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah:
Kualiti Pemerhatian
Bentuk Perancangan
Jenis-jenis Pemerhatian
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
24
3.13 Aktiviti 1
1. Bincangkan bersama kumpulan anda bagaimana aktiviti pengayaan, pemulihan dan
penilaian digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah.
2. Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda berdasarkan
penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan dan kelemahan
kaedah penilaian tersebut.
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
25
Tajuk 4 Kemahiran Bernilai Tambah:
Konstruktivisme dan Kontekstual
4.1 Sinopsis
Tajuk ini akan membincangkan aspek konstruktivisme dan kontekstual dalam Kemahiran
Bernilai Tambah .KBT mengutamakan pengalaman di dalam bilik darjah sesuai dengan
situasi kehidupan sebenar murid serta senario dunia global. Sehubungan dengan itu,
kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan
semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang akan
dibincangkan dalam tajuk akan memberikan tumpuan khusus kepada sspek Kemahiran
Konstruktivisme dan Kontekstual dalam P&P Bahasa Melayu sekolah rendah.
4.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, para pelajar akan dapat:-
i. Menghuraikan aspek-aspek dalam P&P yang boleh dikaitkan dengan Kemahiran
Konstruktivisme dan Kemahiran Kontekstual.
ii. Mengaplikasikan Kemahiran Konstruktivisme dan Kemahiran Kontekstual dalam
P&P.
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
26
Rajah 1: Kerangka tajuk KBT : Kemahiran Konstruktivisme dan Kemahiran Konstekstual
4.3 Takrifan Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat
setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan
daripada orang lain (Mc Brien & Brandt, 1997).
Selain itu Briner,M, 1999 juga menyatakan murid membina pengetahuan mereka dengan
menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situsai baru dengan mengintegrasikan pengetahuan baru
yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Rumusannya, konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid-murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia
ada. Dalam proses ini, muird akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
KONSEP KONSTEKS-
TUAL
CONTOH AKTIVITI
P&P
KONSEP KONSTRUK-
TIVISME
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
27
4.4 Contoh aktiviti dalam P&P Bahasa Melayu
i. Objektif : Membina hukum yang menghubungkan kata dasar yang bermula dengan
huruf “T” dengan imbuhan “me”
ii. Tajuk : Tatabahasa- Imbuhan Kata Kerja ( Awalan “me-“ untuk kata dasar yang
bermula dengan huruf “t”.
iii. Tahun 6
iv. BBM : Kad gambar
v. Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengetahui yang kata terbitan terdiri daripada
imbuhan dan kata dasar.
vi. Aktiviti:
Murid ditunjukkan gambar orang sedang menulis, menendang bola,
menumbuk sambal, menarik lembu dan menonton televisyen.
Pelajar menulis ayat berkaitan dengan gambar dan menggarisi kata
kerja berimbuhan seperti menulis, menendang dan sebagainya.
Murid menentukan kata dasar bagi perkataan ini dan menyenaraikannya
dalam jadual.
Kata Terbitan Kata dasar
menulis
tulis
Murid diberikan kata dasar lain seperti tonjol, tangkap, tekan dan tiru. Kemudian
murid membentuk kata terbitan jika imbuhan “me-“ diletakkan pada awal kata
dasar ini.
Murid menerangkan mengapa mereka telah membentuk kata terbitan tadi.
Murid membaca ayat-ayat berikut:-
Salleh menangis apabila dimarahi gurunya.
Rosmah menambah gula ke dalam minumannya.
Sambil menyelam Roslan telah mentelan air.
Murid menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan perkataan-
perkataan yang bergaris dan memberikan sebab.
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
28
Murid merumus peraturan yang mereka gunakan apabila menghubungkan kata
dasar yang bermula dengan huruf “t” dengan imbuhan “me”
Murid mencadangkan kata dasar lain yang bermula dengan huruf “t” tetapi tidak
mengikuti hukum ini seperti mentafsir, menterjemah dan mentelaah.
4.5 Kemahiran Kontekstual
Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan
pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan
situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara
pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga,
warga masyarakat dan pekerja.
Kaedah kontekstual merupakan kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu
sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep
yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan
seharian mereka.
Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat hubungkait antara apa yang mereka
pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.Hal Ini berlaku oleh sebab
cara mereka memproses maklumat dan motivasi pelajar tidak tersentuh melalui kaedah
pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka
perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana
dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani
kehidupan dan bekerja.
Bagaimana Kemahiran Kontekstual berlaku?
Berdasarkan kemahiran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar
memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga sesuatu
ilmu itu membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka
sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
29
Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari
maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa
seseorang itu. Hal Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan
kelihatan bermakna.
Cuba anda bincangkan faedahnya kepada pendidik?
Kemahiran kontekstual menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran
pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh
termasuk aspek sosial, fizikal dan psikologikal ke arah mencapai hasil pembelajaran yang
diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui hubungan yang bermakna
antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam nyata.
4.6 Contoh Aktiviti Kemahiran Konstektual dalam P&P Bahasa Melayu
Subjek : Bahasa Melayu Tahun 4
Tema: Unit 12 Keajaiban Alam
Tajuk : Sirih dan Pegaga
Kemahiran: 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan
menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
Aktiviti:-
Lawatan ke taman herba
Mengenal pasti pokok herba terutama sirih dan pegaga
Berbincang mengenai kegunaan herba berkenaan
Membina frasa , ayat dan esei ringkas mengenai herba berkenaan.
Aktiviti memproses herba/ daun pegaga untuk minuman kesihatan
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
30
4.7 Latihan
5.7.1 Huraikan bagaimanakah kemahiran kontekstual digunakan untuk P&P karangan
Bahasa Melayu Tahun 4 yang bertajuk “ Pertanian” kepada pelajar-pelajar sekolah orang
asli di sebuah kawasan pedalaman.
5.5.2 Sediakan satu set aktiviti untuk P&P karangan Bahasa Melayu Tahun 6 yang
mengaplikasikan kemahiran kontekstual bagi tajuk-tajuk di bawah:-
Semangat patriotisme
Inginkan rujukan lanjut? Berikut ialah contoh laman web yang anda boleh gunakan.
http://www.scribd.com/doc/3951685/PENDEKATAN-KONTEKSTUAL-DALAM-
PEMBELAJARAN
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
31
Tajuk 5
Kemahiran Bernilai Tambah : Kajian Masa Depan
5.1. Sinopsis.
Tajuk ini membantu guru memahami dan menggunakan Kajian Masa Depan di
dalam bilik darjah.
5.2. Hasil Pembelajaran.
i. Memahami konsep utama kajian masa depan.
ii. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran kajian masa
depan
iii. Mengaplikasikan kajian masa depan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
32
Rajah : KBT : Kajian Masa Depan
5.3 Konsep
Kajian masa depan merupakan satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid
agar lebih prihatin terhadap sesuatau perkara atau isu yang berlaku pada masa
lampau, masa kini dan masa depan. Hal Ini bermakna, murid akan membuat
ramalan, menjangka akibat, serta mengandaikan perubahan yang akan berlaku
supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum. Kajian masa depan juga akan
menyediakan generasi baru dengan bekalan ilmu untuk menghadapi cabaran,
dugaan dan perubahan. Pelajar boleh merancang masa depan sesuai dengan
hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif serta
bersifat dinamik yang boleh menerima serta menangani perubahan. Situasi masa
depan sukar diramal kerana perubahan sentiasa berlaku. Justeru, kita perlu tahu
bagaimana meramal dan menangani masa depan.
KONSEP-KONSEP KAJIAN MASA DEPAN & HURAIAN
AKTIVITI P&P
LATIHAN
TAKRIFAN KAJIAN MASA DEPAN
KEMAHIRAN
BERNILAI TAMBAH
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
33
5.4. Proses Pengajaran Kajian Masa Depan.
i. Mengenal pasti isu-isu.
ii. Mengetahui dan mengamalkan kemahiran
ii. Meneroka pilihan dan strategi alternatif
iii. Memahami apa yang dibuat atau difikir boleh memberi pengaruh.
iv. Meningkat keupayaan diri.
v. Mengenal pasti dan menghasilkan inovasi dan citaan sosial.
vi. Memahami bahawa kita hidup di dunia untuk melakukan amalan yang baik.
vii. Menghubungkaitkan sistem nilai masyarakat Malaysia dalam usaha
menangani isu
5.5. Objektif Pengajaran Kajian Masa Depan.
i. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan
ii. Membina sikap dan nilai masa depan.
iii. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian nasa depan.
iv. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal nasa depan
v. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal
masa depan
vi. Menyemai semangat optimistik tentang masa depan.
vii. Menyemai keyakinan diri untuk menghadapi cabaran masa depan.
viii. Melatih untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
ix. Menentukan hala tuju
5.6. Kemahiran dan Aplikasi P&P Kajian Masa Depan.
Kemahiran khusus kajian masa depan
Penjelasan
Aplikasi P&P
Pemahaman
konsep kajian
masa depan
Masa lalu,masa kini dan masa depan
saling berkaitan antara satu sama lain.
Segala tindakan dan peristiwa semasa
ada kaitan dengan masa lalu. Masa
depan dibina oleh tindakan, keputusan
i. Membuat metafora masa
depan
ii. Membandingkan aspek
peredaran masa
iii. Membandingkan budaya
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
34
dan peristiwa yang berlaku sekarang.
Proses mengenal pasti pilihan dengan
alternatif memerlukan pemahaman
tentang trend ekonomi, teknologi baru
dan perubahan sosial, persekitaran
setempat negara dan peringkat
antarabangsa.
yang kekal dan budaya
yang berubah
iv. Meninjau perhubungan
dan perkaitan antara masa
lalu,masa kini dan masa
depan,
Pengumpulan
maklumat
Pengumpulan dan analisis maklumat
membolehkan kita memahami data
masa lalu dan masa kini untuk
menentukan trend masa depan serta
membuat keputusan tentang sesuatu
perkara.
Maklumat akan dipilih,ditapis dan dinilai
untuk menghasilkan sesuatu yang
releven dan sesuai
i.Menyediakan dan
menyimpan fail
berdasarkan tema yang
dipilih.
ii. Folio kajian masa depan.
Maklumat terkini bagi isu-
isu yang berkaitan dengan
perkembangan sains dan
teknologi. Bahan diperoleh
daripada surat khabar,
majalah, CD, internet dan
pengkalan data.
Ramalan dan
analisis
Teknik ramalan dan analisis melibatkan
proses mengenal pasti kesan atau
akibat sesuatu perubahan berdasarkan
pengetahuan dan maklumat sedia ada.
Teknik ramalan dan analisis cuba
membuat bayangan dan andaian
tentang sesuatu perubahan atau
perkembangan teknologi
Mengambil kira implikasi perubahan
luaran sesuatu masalah, idea
baru,konflik yang mungkin timbul untuk
membuat pilihan dan mencari
penyelesaian.
i.Peta minda
ii. Roda masa depan.
iii. Garis masa
iv. Kitaran perubahan
v. Memberi pandangan
tentang sesuatu
pembaharuan dan
membuat pilihan berhubung
dengan penemuan baru.
vi. Menggunakan imaginasi
untuk menggambarkan
sesuatu keadaan masa
depan dan mengemukakan
pendekatan dan analisis
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
35
untuk membina agenda alaf
baru.
Imaginasi dan
kreativiti
Pencetusan dan pencambahan idea
baru ini membantu kita ke arah
mengasilkan idea inovatif untuk
meneroka dan membina masa depan
Kemahiran imaginasi dan kreativiti yang
tidak ada had, bebas dan melangkaui
batasan pemikiran.
i. Berita masa depan
menggabungjalinkan
proses penaakulan dan
kreativiti dengan lebih
mementingkan kemahiran
asas
Main peranan dalam
pelbagai situasi.Guru
menyediakan murid dengan
konsep,pemahaman dan
senario masa depan.
ii.Lembaran tugasan-
menentukan isu dan
mengumpul item bahan
daripada
internet,majalah,surat
khabar.
iii. Jenaka,kartun dan
simbol melalui
lukisan,simbol dan tanda
tanpa perkataan bagi
menyampaikan idea dan
isu penting masa depan.
iv.Fantasi dan fiksyen
sains.
Melalui penulisan fantasi
dapat merangsang
pemikiran kreatif dan kritis
Strategi
mengatasi
cabaran
Remaja selalu menunjukkan sifat
prihatin dan kebimbangan tentang masa
depan
Strategi mengatasi cabaran membantu
i. Aktiviti persediaan
membolehkan murd berani
menyatakan pandangan.
ii. Memberi pandangan dan
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
36
membina rasa optimis dan keyakinan
diri serta menangani masalah untuk
mengurangkan kebimbangan
Membantu seseorang memfokuskan
pandangan dan respon terhadap masa
depan.
Murid membina kemahiran berikut :
Mengemukakan idea den
perasaan.
Berkomunikasi
Isu,masalah dan peluang
Menyatakan kebimbangan
Menangani masalah
respon terhadap peristiwa,
perubahan dan
pembaharuan.
iii. Pandangan terhadap
masa depan
iv. Strategi mengatasi
cabaran.
Membina keyakinan diri
dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi
Proses inovasi
sosial
Merupakan cara baru untuk
menyelesaikan masalah sosial atau
meningkatkan kualiti hidup.
Teknik ini untuk mengajar kemahiran
penyelesaian masalah.
Ketidakseimbangan kesan
pekembangan teknologi.
Dengan penggunaan teknik ini manusia
dapat meningkatkan kualiti hidup pada
masa hadapan.Teknik ini juga memberi
respon terhadap masalah utama dan
dilema dalam hidup.Teknik ini
membolehkan manusia menangani
masalah sosial sebelum masalah itu
menjadi satu krisis.
Penghijrahan ke bandar mewujudkan
proses inovasi sosial.Hal ini
menyebabkan manusia menggunakan
Menjalankan peringkat
dalam proses berdasarkan
peringkat berikut :
Menyoal untuk
menentukan
masalah
Sumbang saran
untuk penyelesaian
masalah
Menilai
kebolehlaksanaan
idea.
Merancang pelan
tindakan
Menjalankan proses
inovasi
Mengenal pasti contoh
inovasi sosial dalam
negara.
Aktiviti:
Mengenal pasti
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
37
pelbagai inovasi dalam kehidupan bagi
menyelesaikan masalah tersebut,
contohnya inovasi sistem
pengangkutan, bangunan pencakar
langit dan proses pelupusan sampah.
proses inovasi
Melibatkan proses
inovasi
Membina
senario
Senario ialah satu gambaran dalaman
yang jelas tentang masa depan.
Membantu pelajar membina gambaran
jelas tentang situasi masa depan.
Senario ini boleh dibina dalam benuk
tulisan, cerita, lukisan atau pun puisi.
Senario juga boleh disampaikan dalam
bentuk bukan tulisan seperti
lukisan,rajah,graf,carta,carta pai,jadual
dan statistik
i. Cara membina senario
ii. Perbahasan kelebihan
dan kelemahan senario
dalam pelbagai situasi
Penjelasan
nilai dan masa
depan.
Penjelasan nilai dan masa depan
melibatkan murid mengkaji tanggung
jawab masyarakat dan sekolah tentang
hak dan keperluan generasi akan
datang.
Proses ini mengajar murid berfikir dan
mengamalkan nilai-nilai murni yang
boleh memandu tindakan atau pilihan
masa sekarang supaya meninggalkan
kesan positif pada generasi akan
datang.
Murid akan memllih nilai yang memberi
keyakinan kepada mereka untuk
memilih masa depan yang diingini
Aktiviti persediaan.
-Murid memahami
kedudukan diri dalam
keluarga dan menjalankan
nilai-nilai yang dihargai
dalam keluarga.
Ingatkan konsep perkara
yang kekal dan yang
berubah dalam kehidupan.
Membuat pilihan nilai
sebagai respon kepada
perubahan persekitaran
sosial dan fizikal.
Menyedari dunia bukan
sahaja milik kita tetapi juga
milik generasi akan datang.
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
38
Bagi membolehkan murid berfikr
tentang nilai murni yang diamalkan
sekarang akan memberi kesan positif
kepada masyarakat akan datang.
Dimensi
Kemapanan
Bermaksud memberi
kesedaran,menghargai dan menilai
semula serta mengambil tindakan yang
sewajarnya dalam meneroka jalan ke-
arah mewujudkan negara maju dan
masyarakat yang mapan.Setiap pihak
perlu mengekalkan kesejahteraan hidup
Keupayaan kita mencorak dan
membentuk masa depan dunia dan
kesejahteraan hidp.Memberi kesedaran
supaya menghargai dan menilai semula
dan mengambil tindak sewajarnya
dalam meneroka hala tuju supaya
dihargai oleh genarasi sekarang dan
akan datang.
Nikmat alam
Memelihara dan memahami
persekitaran.
ii. Menjana sumber
kehidupan
iii. Pemilihan had
perkembangan
Menentukan penggunaan
sumber alam untuk
mengurangkan pembaziran
supaya tidak pupus.
iv. Mengekalkan keamanan
dunia.
Mencari langkah dan
tanggungjawab
mengekalkan keamanan
5.7. Pengajaran dan pembelajaran kajian masa depan. Pengajaran dan pembelajaran penyerapan unsur kajian masa depan dijalan melalui 3 cara :
i. Menggunakan matrik sepenuhnya.
ii. Menyisipkan kajian masa depan dalam pengajaran.
iii. Mengunakan unsur-unsur kajian masa depan sebagai set induksi dalam
pengajaran dan pembelajaran.
5.7.1. Perancangan pengajaran berasaskan kajian masa depan
i. Pilih isu atau tema yang releven.
ii. Menyediakan satu perancangan yang strategik
iv. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
39
v. Boleh diaplikasikan sebagai projek kerja ko-kurikulum
vi. Peranan guru sebagai fasilitator.
Aktiviti 1.
1. Senaraikan satu set aktiviti berasaskan KBT: Kajian Masa Depan mengenai tajuk “ Keburukan Merokok” untuk Bahasa Melayu Tahun 6.
Tahniah !
Anda telah berjaya menamatkan Modul Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah dengan jayanya. Untuk memastikan anda benar-benar menguasai modul
ini, berikut disediakan 2 soalan untuk anda jawab.
1. Apakah yang anda faham mengenai maksud sukatan pelajaran dan
huraian sukatan pelajaran?
2. Pilih salah satu tajuk daripada modul ini dan buat satu esei mengenai
tajuk berkenaan. Huraian anda dalam esei berkenaan hendaklah
dikaitkan dengan proses P&P Bahasa Melayu di sekolah rendah.
Arahan:-
Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda.
Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada pensyarah/tutor
anda.
________________________________MODUL TAMAT_________________________