@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Tahap SM4
Modul 401A
Nama : _____________________________
Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021
Ujian Bertulis
Kertas 1 (2 jam)
A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)
B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)
4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya
Kertas 2 (2 jam 30 minit)
A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa
1. Morfologi (6%-8%)
2. Sintaksis (6%)
3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)
4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu
Standard) (6%)
5. Peribahasa (4%)
B (35%) : Pemahaman
6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
7. Pemahaman petikan sastera (antologi) 4 soalan ; 13%)
8. Novel (2 soalan; 10 %)
C (30%) : 9. Rumusan (30%)
Ujian Lisan
Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur
A (40%) : 1 petikan / bahan ransangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)
B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)
Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)
4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Teknik Penulisan Karangan :
A. Jenis ayat dalam perenggan
Langkah 1 : Membaca soalan dan mengenal pasti
T (tema) , K (kata kunci), F(format)
Langkah 2 : Menulis isi
Langkah 3 : Menulis perenggan
AR : Ayat rangsangan
AA : Ayat arahan (kehendak soalan)
Langkah 4 : Menulis perenggan isi :
AJ : ayat judul
AH : Ayat huraian
AC : Ayat contoh
AI : Ayat impak
AP : Ayat penegas
Lankah 5 : Menulis kesimpulan
A Kspln : Ayat kesimpulan
A Cdgn : Ayat cadangan
A Pdpt : Ayat pendapat
A. Harapan: Ayat harapan
A. Pnln : Ayat penilaian
B. Teknik Menulis Perenggan
PENDAHULUAN
Jenis-jenis pendahuluan :-
i. pendahuluan jenis definisi
ii. pendahuluan jenis pendapat
iii. pendahuluan jenis suasana
iv. pendahuluan jenis persoalan
v. pendahuluan jenis peribahasa
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401A 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
vi. Pendahuluan jenis berita
(i) PENDAHULUAN JENIS DEFINISI
• memberikan takrif • makna • definisi
Contoh : Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau
peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan
remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40
021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu,
kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.
(ii) PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT
• menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh : Menurut Y.A.B Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar
berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak
boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan
pencemaran tetapi dalam masa yang sama meneruskan pembangunan.
(iii) PENDAHULUAN JENIS SUASANA
• menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.
Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-
bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami
dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami. Sepanjang perjalanan ke puncak
Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami
lalui nanti.
(iv) PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN
• mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Contoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri
mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan
boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa
sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah
faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?
(v) PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA
• memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh: Peribahasa Melayu ' ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' dan 'seperti aur
dengan tebing ' amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401A 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang menggambarkan wujudnya
hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.
(vi) PENDAHULUAN JENIS BERITA
• memasukkan tajuk utama akhbar
“ 5 Remaja Ditahan Akibat Merosakkan Telefon Awam”. Begitulah bunyi tajuk berita
utama di akhbar Utusan Malaysia keluaran 8 Januari 2010 lalu. Beirta ini
mencerminkan keseriusan perbuatan vandalisme dalam kalangan remaja.
C. PENULISAN PERENGGAN
Jenis-jenis perenggan:
i. perenggan deduktif
ii. perenggan induktif
iii. perenggan gabungan induktif dan deduktif
i. PERENGGAN DEDUKTIF
• isi penting huraian isi contoh-contoh
Contoh soalan : Laporan tentang punca-punca pelajar kurang berminat menggunakan
perpustakaan sekolah. Punca pertama, walaupun pihak perpustakaan telah cuba sedaya
upaya mendapatkan buku-buku untuk kegunaan pelajar, tetapi kebanyakan buku yang
disediakan sudah terlalu lama. Isi buku-buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan
tidak dapat memenuhi keperluan pelajar. lagipun terdapat banyak buku yang
mengalami kerosakan . Contohnya, masih terdapat buku-buku yang diterbitkan pada
tahun 60-an dan 70-an. Isi Buku yang disediakan sudah terlalu lama Huraian Isi buku-
buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak dapat memenuhi keperluan pelajar.
Lagipun terdapat banyak buku yang mengalami kerosakan Contoh Contohnya, masih
terdapat buku-buku yang diterbitkan pada tahun 60-an dan 70-an.
ii. PERENGGAN INDUKTIF
• huraian isi contoh-contoh isi penting
Contoh soalan : Sebab-sebab berlakunya kemalangan jalan raya. Selekoh yang tajam,
jalan berlopak, cahaya lampu, cahaya matahari, dan hujan juga merupakan punca
terjadinya kemalangan jalan raya . Misalnya, jalan menuju ke Genting Highland
mempunyai banyak selekoh yang tajam dan berbahaya kepada pengguna jalan
tersebut. Jelaslah kepada kita bahawa faktor alam dan keadaan jalan raya itu sendiri
juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini. Huraian
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401A 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Selekoh yang tajam , jalan berlopak, cahaya lampu, cahaya matahari, dan hujan juga
merupakan punca terjadinya kemalangan jalan raya. Contoh Misalnya, jalan menuju
ke Genting Highlands Isi Jelaslah kepada kita bahawa faktor alam dan keadaan jalan
raya itu sendiri juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini.
iii. PERENGGAN GABUNGAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF
• isi penting huraian isi contoh-contoh isi penting
Contoh Soalan: Mengatasi masalah inflasi. Akhirnya, usaha yang sepatutnya
dilakukan oleh kerajaan dalam menangani masalah ini ialah melalui kempen. Kempen
yang dijalankan secara bersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua
pihak sudah tentu akan memberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para
pengguna. Misalnya , dengan menghidupkan semula laungan, "Belilah Barangan
Buatan Malaysia". Oleh itu, kempen –kempen yang terancang hendaklah dilaksanakan
dengan kadar yang segera agar pengguna dapat disedarkan daripada lena yang
panjang. Isi Akhirnya, usaha yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dalam
menangani masalah ini ialah melalui kempen. Huraian Kempen yang dijalankan secara
bersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua pihak sudah tentu akan
memberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para pengguna. Contoh misalnya ,
dengan menghidupkan semula laungan, "Belilah Barangan Buatan Malaysia". Isi Oleh
itu, kempen-kempen yang terancang hendaklah dilaksanakan dengan kadar yang
segera agar pengguna dapat disedarkan daripada lena yang panjang.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401A 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian A . Karangan Respon Terhad / Rangsangan (30%)
1. Tips penulisan karangan respon terhad SPM
a. Tiada kata kunci
b. Hanya ada tema
c. 150-200 pp
d. Ada 2 (sekurang-kurangnya) - 3 kata kunci tersirat alam bahan : (cara /
punca / akibat)
e. Setiap maklumat mesti keluarkan 1 kata kunci
Latihan :
Maklumat di bawah berkaitan dengan budaya lepak dalam kalangan remaja. Huraikan
pendapat anda tentang budaya ini. Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga
200 patah perkataan. (Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401A 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
T : Budaya lepak dalam kalangan remaja
K : Punca dan kesan
F : Karangan umum
Isi:
Punca:
1. Pengaruh rakan sebaya
2. Kekurangan kasih sayang
Kesan:
1. Terlibat dalam masalah sosial – bohsia dan bohjan
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401A 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B . Karangan Respon Terbuka (Umum) (70%)
Tips Karangan Respon Terbuka (Umum)
a. 350-500 patah perkataan (sila ikut arahan)
b. 4 soalan
c. 4 domain
a. Domain peribadi (diri)
b. Domain awam (masyarakat)
c. Domain kerjaya
d. Domain pendidikan
Latihan :
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.
(Sila rujuk peta minda yang disediakan)
“MEDIA sosial dan teknologi mengubah cara manusia berinteraksi. Kini, jarak dan
tempat tidak lagi menjadi halangan untuk kekal berhubung. Dengan hanya satu klik di
hujung jari, jaringan interaksi sosial maya membolehkan anda kekal berhubung dengan
orang lain tanpa mengira waktu. Penggunaan teknologi moden juga mengubah
persekitaran perkembangan anak anda”
(Sumber : Sinar Harian, 12 Mei 2019)
Petikan akhbar di atas menunjukkan bahawa penggunaan teknologi moden seperti
peranti elektronik telah mengubah cara berinteraksi manusia. Tulis tentang kesan-kesan
penggunaan peranti elektronik kepada remaja.
Domain : _____________
T : Penggunaan peranti elektronik kepada remaja
K : kesan negatif
F : Umum
Isi 1 : hilang fokus dalam pelajaran
Isi 2 : merosakkan mata
Isi 3 : merencatkan kemahiran sosial
Isi 4 : menjadi pemangkin kepada siber buli
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401A 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my