TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR
TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN
KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
MOHD AMIRUDDIN BIN AG. DAMIT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
iii
TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN
AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN,
FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
MOHD AMIRUDDIN BIN AG. DAMIT
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI, 2009
iv
v
DEDIKASI
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan
izin, rahmat serta limpah kurnia-Nya maka kertas laporan ini dapat disiapkan dengan
jayanya.
Teramat istimewa buat,
Ayahanda dan Ibundaku,
yang mendidik dan membesarkanku, segala dorongan,
pengorbanan dan keikhlasan terhadap anakandamu ini,
hanya Allah yang dapat membalasnya.
Pensyarah-Pensyarah,
yang memberi ilmu, dorongan dan tunjuk ajar sepanjang
perjuangan di gudang ilmu ini akan ku manfaatkan
dengan sebaik mungkin untuk agama, bangsa dan negara.
Teman dan Sahabat Seperjuangan,
yang memberi sokongan ketika suka dan duka, bantuan
disaat diperlukan, dan semangat dalam meneruskan
perjuangan mengharungi liku-liku hidup, akan ku
kenang sehingga akhir hayat.
Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian
sepanjang pengajianku. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat serta hidayah dari
Allah s.w.t.
Wassalam.
vi
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayah-Nya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah
yang amat dikasihi.
Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penasihat penyelidikan, Prof.
Madya Dr. Yahya Bin Buntat yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan,
tunjuk ajar dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T.
yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan
terutamanya dari aliran Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, staf-staf dan pensyarah
Fakulti Pendidikan yang terlibat membantu secara langsung atau tidak secara
langsung dalam penyelidikan ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas ayah dan ibu yang tanpa jemu
mendoakan kejayaan anakanda serta harapan yang tinggi selama ini untuk anakmu
ini ke menara gading dengan memberi banyak dorongan dan menghulurkan bantuan
yang tidak termampu dibalas. Terima kasih di atas segala pengorbanan, sokongan
dan kasih sayang ikhlas tanpa batas.
vii
ABSTRAK
Perubahan arus kemodenan di negara ini banyak memberi impak terhadap
pendidikan masa kini. Perubahan yang mendadak ini sekaligus memberi kesan
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, bakal tenaga
pengajar perlu mengetahui tahap kemahiran tambahan diri sebagai persediaan
menempuh alam pekerjaan kelak. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap
kemahiran tambahan dalam kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik
dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan. Kajian ini dijalankan di dalam Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Seramai 118 orang responden yang terlibat
dalam kajian ini dipilih secara rawak. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Nilai pekali
kebolehkepercayaan kajian ini adalah α = 0.89. Data dianalisis dengan
menggunakan bantuan program komputer, Statistical Packages for Science Social
(SPSS) Versi 16.0. Hasil keseluruhan kajian ini mendapati bahawa tahap kemahiran
tambahan responden adalah tinggi dimana responden memiliki tahap kemahiran
yang tinggi dalam kemahiran komputer dan kemahiran berfikir. Akan tetapi
responden mempunyai tahap kemahiran yang sederhana bagi kemahiran
berkomunikasi dan kemahiran kepimpinan.
viii
ABSTRACT
Modernity current change in this country gives many impacts towards today’s
education. This change altogether gives affect on teaching and learning process at
school. So, our future educator needs to know their own additional skills as a
preparation in the future. This study is conducted to identify the level of additional
skills among the final year students of Technical and Engineering Education
Department, Faculty of Education. They are 118 respondents chosen randomly as a
participant in this study. This study is descriptive based using questionnaire as study
instrument. Reliability of coefficient value for the instrument is α = 0.89. Data
analysis was done using the Statistical Packages for Science Social (SPSS) Version
16.0. The overall result of this research identify that the respondent’s additional skills
level was high for computer skill and thinking skill. However the level of
respondent’s additional skills was found to be moderate in terms of communication
skills and leadership skills.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis i
Pengesahan Penyelia ii
Judul iii
Pengakuan iv
Dedikasi v
Penghargaan vi
Abstrak vii
Kandungan ix
Senarai Jadual xiii
Senarai Rajah xv
Senarai Singkatan dan Simbol xvi
Senarai Lampiran xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
x
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Penutup 12
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Sistem Pendidikan Masa Kini 13
2.3 Kemahiran Tambahan 14
2.4 Kemahiran Komputer 16
2.5 Kemahiran Komunikasi 17
2.6 Kemahiran Berfikir 20
2.7 Kemahiran Kepimpinan 25
2.8 Penutup 31
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 32
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Lokasi Kajian 33
3.4 Persampelan Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 34
3.6 Prosedur Kajian 39
3.7 Kajian Rintis 39
3.8 Analisis Data 40
3.9 Penutup 41
xi
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Bahagian A - Latar Belakang Responden 43
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 43
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 44
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 45
Pengajian
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan 45
Pengajian Tertinggi
4.3 Analisis Bahagian B – Maklumbalas Responden 46
4.3.1 Apakah Tahap Kemahiran Komputer 47
Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir
Jabatan Pendidikan Teknik &
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia?
4.3.2 Apakah Tahap Kemahiran Berfikir 49
Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir
Jabatan Pendidikan Teknik &
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia?
4.3.3 Apakah Tahap Kemahiran Berkomunikasi 52
Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir
Jabatan Pendidikan Teknik &
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia?
4.3.4 Apakah Tahap Kemahiran Kepimpinan 54
Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir
Jabatan Pendidikan Teknik &
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia?
xii
4.4 Analisis Keseluruhan Bahagian B. 57
4.5 Penutup 58
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Rumusan 60
5.3 Perbincangan 61
5.3.1 Latar Belakang Responden 62
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1: 63
Tahap Kemahiran Komputer.
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2: 64
Tahap Kemahiran Berfikir.
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3: 65
Tahap Kemahiran Berkomunikasi.
5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 4: 67
Tahap Kemahiran Kepimpinan.
5.4 Cadangan 70
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.6 Penutup 72
BIBLIOGRAFI 73
LAMPIRAN 77
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Elemen Dalam Kemahiran Berfikir 23
3.1 Senarai Perangkaan Pelajar Semester 2 08/09 33
3.2 Skala Likert Dengan Markah Skor 36
3.3 Pembahagian Item Soal Selidik. 37
3.4 Pembahagian Item Mengikut Elemen 38
3.5 Pembahagian Julat Skala 41
3.6 Tahap Penilaian Berdasarkan Skor Purata (Min) 41
4.1 Tahap Penilaian Berdasarkan Skor Purata (Min) 43
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 44
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 44
4.4 Taburan Responden Berdasarkan 45
Kursus Pengajian
4.5 Taburan Responden Berdasarkan 46
Pengajian Tertinggi
4.6 Taburan Responden (N=118) Mengikut 48
Peratusan, Kekerapan dan Min Bagi Tahap
Kemahiran Komputer Dalam Kalangan Pelajar
Tahun Akhir, Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM.
xiv
4.7 Taburan Responden (N=118) Mengikut 51
Peratusan, Kekerapan dan Min Bagi Tahap
Kemahiran Komputer Dalam Kalangan Pelajar
Tahun Akhir, Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM.
4.8 Taburan Responden (N=118) Mengikut 53
Peratusan, Kekerapan dan Min Bagi Tahap
Kemahiran Komputer Dalam Kalangan Pelajar
Tahun Akhir, Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM.
4.9 Taburan Responden (N=118) Mengikut 56
Peratusan, Kekerapan dan Min Bagi Tahap
Kemahiran Komputer Dalam Kalangan Pelajar
Tahun Akhir, Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM.
4.10 Taburan Purata (Min) Keseluruhan 57
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Kemahiran Berfikir 22
xvi
SENARAI SINGKATAN
α - Alpha Cronbach
ƒ - Kekerapan
% - Peratus
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
SPSS - Statistical Package for Science Social
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
N - Responden
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 77
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Ilmu adalah perkara yang penting di dalam kehidupan setiap insan. Setiap
manusia tidak akan dapat lari daripada memperolehi ilmu walau dalam mana
keadaan sekalipun. Ilmu ditakrifkan mengikut Kamus Pelajar terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka adalah kemampuan untuk mengetahui atau memaklumi kebenaran
kenyataan tentang sesuatu. Kemahiran merupakan salah satu cabang ilmu yang
wujud di dunia ini. Kemahiran telah wujud sudah begitu lama dan telah dikesan
bermula dari zaman batu lagi. Kemahiran juga merupakan salah satu aspek yang
penting dalam kehidupan seharian manusia. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3,
kemahiran bermaksud kecekapan atau kepandaian.
Sumber asal untuk mendapatkan sama ada ilmu mahupun kemahiran adalah
melalui pendidikan. Pendidikan kemahiran di Malaysia ini telah ditawarkan dari
peringkat sekolah rendah lagi dimana pelajar didedahkan dengan matapelajaran
Kemahiran Hidup. Pendidikan kemahiran ini dikhususkan lagi pada peringkat
menengah dengan wujudnya sekolah teknik dan vokasional. Akan tetapi pendidikan
di Malaysia ini sering berubah mengikut arus kemodenan dunia. Setiap kali
perubahan ini berlaku maka yang perlu bertindak dengan lebih cepat adalah para
guru yang mengajar para murid di sekolah. Ini adalah menjadi kewajiban seseorang
guru untuk mengajar sesuatu yang terkini agar anak murid tidak tertinggal ditelan
dek arus kemodenan yang semakin maju ini.
2
Keupayaan guru-guru pada masa kini dalam menyesuaikan diri mengikut
peredaran zaman kini menjadi persoalan. Sebagai seorang insan, kita tidak dapat
mengukur setakat mana kemampuan atau kebolehannya dapat pergi jauh.
Ini dapat dilihat dalam ucapan bekas Perdana Menteri Malaysia dalam
Seminar Menangani Cabaran Wawasan 2020 yang berbunyi:
“Jika seseorang individu atau bangsa mempunyai kepercayaan bahawa
kebolehannya adalah terhad, bahawa ia tidak boleh meningkat atau memperluaskan
lagi kemampuannya, maka sudah tentu ia tidak mungkin membuat sesuatu yang di
luar daripada paradigmanya.”
Tun Dr. Mahathir Mohammad (1994),
Sebagai seorang pendidik, guru perlulah menyahut cabaran-cabaran untuk
mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa
depan (Mahathir, 1994). Dari itu sebagai seorang guru perlu menyiapkan diri dengan
segala kemahiran bagi menyiapkan diri menyahut cabaran mendidik anak-anak yang
akan menentukan masa depan negara kita.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada hari ini pelbagai kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam
usaha untuk mempertingkatkan martabat pendidikan di negara kita. Kita boleh
melihat sendiri sistem pendidikan hari ini begitu dinamik dan prograsif. Guru
memainkan peranan penting untuk melaksanakan sistem pendidikan terkini yang
semakin lama semakin mencabar. Cabaran zaman moden dalam sistem pendidikan di
Malaysia ini semakin meningkat. Akan tetapi, guru seharunya lebih bersifat
responsif, proaktif serta dapat membuat penyesuaian terhadap apa sahaja perubahan
3
yang berlaku dalam sistem pendidikan akibat daripada perkembangan teknologi dan
perledakan maklumat (Ismail Zain, 2000).
Dalam aspek bidang teknik dan vokasional, pengetahuan terkini mengenai
teknologi amat dititik beratkan. Pengetahuan guru dalam bidang yang diceburinya
adalah diperlukan dalam pegajaran dan pembelajaran di sekolah. Akan tetapi, adakah
semua guru yang mahir dan berpengetahuan luas dalam bidang kemahiran utamanya,
mempunyai kemahiran tambahan yang sempurna?. Kemahiran tambahan merupakan
kemahiran spasifik yang diklasifikasikan kepada tiga kumpulan iaitu sifat individu,
sifat berkomunikasi, dan sifat menyelesaikan masalah (Ghulam R. Nabi dan David
Bagley, 1999). Di dalam sifat individu terdapat elemen didalamnya seperti
kemahiran kerjasama. Bagi sifat berkomunikasi pula terdapat elemen seperti
kemahiran bertutur atau lebih dikenali sebagai kemahiran komunikasi. Bagi sifat
menyelesaikan masalah pula, terdapat elemen seperti kemahiran berfikir dan
kemahiran komputer. Ada juga yang mengatakan kemahiran tambahan merangkumi
komunikasi, analisis masalah, pemikiran kritikal, dan kemahiran menetukan
keputusan (Nance E. Howell, et. all, 2002).
Daripada kajian yang lepas, Rohana (2000) telah membuat kajian mengenai
tahap kemahiran tambahan di kalangan guru-guru sekolah menengah Vokasional di
Malaysia. Hasil dapatan kajian beliau mendapati secara keseluruhannya, tahap
kemahiran tambahan di kalangan guru-guru Sekolah Menengah Vokasional adalah
pada tahap yang sederhana dimana responden memiliki tahap kemahiran yang tinggi
bagi kemahiran berfikir kritis dan kreatif, tahap sederhana dalam kemahiran
komputer bagi penggunaan perisian Microsoft Word, Microsoft Excell, kemahiran
inovatif dan kemahiran berkomunikasi. Tetapi responden memiliki tahap rendah bagi
kemahiran komputer bagi perisian Autocad. Maka dengan itu jalaslah tahap
peguasaan kemahiran tambahan bagi guru-guru kini masih di tahap
membimbangkan.
Di dalam perkembangan arus perubahan teknologi dunia yang pesat kini,
penggunaan teknologi di dalam pendidikan juga semakin berubah. Contohnya seperti
yang kita dapat lihat hari ini penggunaan teknologi VSAT (Vary Small Aparture
4
Terminal) yang menggunakan teknologi setelit sebagai penerima dan menghantar
maklumat, telah digunakan di beberapa buah sekolah, kebanyakkannya di sekolah
Kluster. Sistem teknologi baru ini dapat membantu para guru dalam proses
pengajaran dan pembelajarannya. Akan tetapi, adakah guru-guru pada masa kini
sudah mempersiapkan diri dengan kemasukkan teknologi baru ini? Ada juga pada
masa kini guru-guru mempunyai masalah dalam penggunaan komputer. Hasil kajian
yang telah dilakukan menunjukkan hampir tiga daripada lima orang guru tidak tahu
menggunakan komputer (Tan Ai Ngoh, 1998). Kajian tersebut jelas membuktikan
guru-guru pada masa kini belum sepenuhnya dapat menguasai penggunaan komputer
iaitu perkara asas teknologi didalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Masalahnya kini sampai bila guru-guru kini terutamanya guru-guru teknikal dan
vokasional akan terus ketinggalan dalam perkembangan arus teknologi?
Komunikasi merupakan peralatan yang penting dalam proses pembelajaran.
Penghantaran dan penerimaan maklumat yang jelas perlu diutmakan supaya mesej
yang hendak disampaikan itu diterima oleh penerima dengan sempurna.
Penyampaian yang kurang berkesan menyebabkan mesej yang hendak dihantar itu
tidak dapat sampai ke penerimanya dengan sepurna (Markovic J. dan Axmann M.,
2007). Kebanyakkan guru pada masa kini mungkin tidak mengalami masalah
komunikasi yang terlalu ketara. Perkara ini biasanya dialami oleh pelatih baru yang
mengajar di sekolah. Maklumat dari akhbar menyatakan ada segelintir guru pelatih
tidak layak langsung menjadi guru. “Ada pelatih guru yang berambut panjang,
selekeh, loghat daerah yang terlalu tebal, bermasalah komunikasi dan lemah pula
pencapaian akademiknya,'' (Wahid, 2004). Masalah-masalah ini datang daripada jiwa
pelatih yang tidak dapat menyerap etika dan keterampilan sebagai seorang guru.
Perkara ini mungkin dapat dielakkan jika ia dapat diatasi peringkat pengajiannya.
Pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada terlalu menekankan kefahaman
pelajar melalui penerangan dan dalam masa yang sama memaksa mereka
menggunakan keupayaan mengingat yang mendorong mereka menghafal. Kaedah
ini adalah difikirkan tidak sesuai lagi dalam era yang sentiasa berubah-ubah ini
kerana sebarang keputusan adalah terlalu tegar. Konsep pengajaran bestari telah
mengubah cara penyampaian daripada penerangan semata-mata kepada mencabar
5
pelajar supaya berfikir. Ini akan mengarahkan mereka kepada pemikiran inovatif
dan kreatif.
Pengaplikasian mengenai kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di kalangan guru masih rendah. Majoriti guru tidak jelas tentang
kaedah menerapkan unsur kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran , walaupun di kalangan mereka ada yang telah diberi pendedahan
secara formal (Rafiei, 1998). Konsep kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
(KBKK) perlu diterapkan dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran untuk
mencapai pembangunan pemikiran murid yang kritikal dan inovatif . Menurut Rafiei
(1998) lagi, KBKK adalah unsur penting yang dapat menghasilkan pelajar yang
berilmu serta berfikiran kritis dan kreatif, maka ia perlu diberi penekanan semula
supaya matlamat menghasilkan pelajar dan seterusnya rakyat yang berketrampilan
dapat dicapai.
Sebuah organisasi seperti di sekolah sewajarnya mempunyai kepimpinan
yang efektif. Tanpa kepimpinan yang berkesan, sekolah tersebut akan mundur dan
tidak mempunyai kekuatan. Dalam konteks sekolah, guru merupakan individu yang
penting dan berpengaruh serta mempunyai peranan yang besar dalam mewujudkan
suasana pembelajaran, tahap profesionalisme, hubungan antara kakitangan dan tahap
keperihatinan mereka terhadap perubahan suasana yang berlaku di sesebuah sekolah
dan persekitarannya. Daya kepimpinan dikalangan para guru juga dapat
mempengaruhi corak pembelajaran dan perkembangan seseorang pelajar di sekolah.
Guru adalah contoh yang terbaik bagi para pelajar selain ibu bapa mereka.
Kebanyakan pelajar akan terbentuk pemikiran dan kelakuannnya apabila melihat
kelakuan guru mereka (Chumun S., 2007). Menurut Chumun S. (2007) kepentingan
kemahiran kepimpinan di kalangan guru amat penting kerana dengan kepimpinan
guru ini dapat mempengaruhi keberkesanan pengajarannya. Menurut beliau lagi,
kajian telah membuktikan bahawa kepimpinan guru bukan sahaja untuk mewujudkan
pembelajaran berkonsepkan kerjasama didalam kelas sahaja, tetapi merupakan
sesuatu kewajipan dalam membentuk budaya kerjasama di sekolah secara
keseluruhannya.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Pendidikan Teknik dan Vokasional di negara ini mengalami perubahan dari
segi silibus matapelajarannya selaras dengan perubahan teknologi dunia yang
semakin kedepan dan maju. Setara dengan itu, para guru perlulah dilengkapi dengan
kemahiran tambahan bagi melahirkan ciri-ciri guru yang sentiasa bersedia dan
mampu menghadapi arus perubahan semasa pendidikan masa depan. Oleh itu, kajian
ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap kemahiran tambahan dalam kalangan pelajar
tahun akhir Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan , Universiti
Teknologi Malaysia sebagai persediaan untuk menempuh dan menghadapi cabaran
perubahan kearah Pendidikan yang selaras dengan kemajuan semasa. Kemahiran
tambahan yang akan dikaji merangkumi kemahiran menggunakan komputer,
kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir dan kemahiran kepimpinan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap
kemahiran tambahan dalam kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan
Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk:
i. Mengenalpasti tahap kemahiran komputer dalam kalangan pelajar tahun
akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ,
Universiti Teknologi Malaysia.
ii. Mengenalpasti tahap kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar tahun
akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ,
Universiti Teknologi Malaysia.
7
iii. Mengenalpasti tahap kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar
tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti
Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia.
iv. Mengenalpasti tahap kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar tahun
akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ,
Universiti Teknologi Malaysia.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi
menentukan objektif kajian tercapai di antaranya seperti berikut:
i. Apakah tahap kemahiran komputer dalam kalangan pelajar tahun akhir
Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ,
Universiti Teknologi Malaysia?
ii. Apakah tahap kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar tahun akhir
Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ,
Universiti Teknologi Malaysia?
iii. Apakah tahap kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar tahun
akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ,
Universiti Teknologi Malaysia?
iv. Apakah tahap kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar tahun akhir
Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ,
Universiti Teknologi Malaysia?