Download - SURAT Pasang n Turunkan Khemah 2-10-12
DENGAN TANGAN
Tarikh : 2 Oktober 2012Ahli Jawatankuasa PIBG,Pegawai Sukan Tahunan SKT,
Ibubapa/penjaga murid,
Sekolah Kebangsaan Tersang 2012.Tuan/Puan,
MEMASANG KHEMAH DAN MEMBUKA KHEMAH SEMPENA SUKAN SKTDengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2.Sukacitanya ingin dimaklumkan kepada Tuan/Puan, bahawa PIBG SKT dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Tersang akan mengadakan Sukan Tahunan SKT 2012 pada 21 Oktober 2012. 3.Sehubungan dengan itu kami memohon jasa baik tuan/puan untuk datang memasang dan menurunkan khemah seperti ketetapan dibawah:
Tarikh pasang khemah:18 Oktober 2012 ( khamis)
Masa
:3.00 petang
Tempat
:Padang SKT
Tarikh buka khemah:21 Oktober 2012 ( Ahad)
Masa
:6.00 petang
Tempat
:Padang SKT
4.Diharapkan dengan kehadiran Tuan/Puan, akan dapat memeriahkan segala program dan aktiviti yang akan dijalankan.Kerjasama Tuan/Puan, amatlah diharapkan dan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian,
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menjalankan tugas,
(WAN RASNA SHAHRIZA BIN WAN RASHID)Setiausaha PIBG,
Sekolah Kebangsaan Tersang
27610 Raub, Pahang
PERSATUAN IBUBAPA & GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TERSANG,
27610 BATU MALIM, RAUB,
PAHANG DARUL MAKMUR.