Download - Skrip Contoh Kk Pp
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
1/44
TERHAD
TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Skrip Contoh Kerja Kursus
Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)
STPM 2016
PERINGATAN:
Skrip contoh ini khusus untuk kegunaan guru sahaja.______________________________________________________________________________
Manual ini terdiri daripada 44 halaman bercetak.
Majlis Peperiksaan Malaysia 2016
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
2/44
TERHAD
TERHAD
RANCANGAN PERNIAGAAN
BUTIK RINSSUZANA COLLECTION
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
3/44
TERHAD
TERHAD
RUMUSAN EKSEKUTIF
Rancangan perniagaan ini disediakan adalah sebagai garis panduan kepada pengusaha
untuk menguruskan Butik Rinssuzana Collection. Hal ini kerana, rancangan perniagaanakan menceritakan dengan lebih jelas tentang misi, matlamat dan objektif sesebuah
perniagaan. Usahawan boleh menjadikan rancangan perniagaan sebagai garis panduan
dalam menentukan hala tuju perniagaan serta bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Selain itu, rancangan perniagaan juga bertujuan memberi kemudahan kepada
pasangan raja sehari bagi menguruskan majlis perkahwinan mereka. Rancangan
perniagaan ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci tentang pakej-pakej raja sehari
yang ditawarkan oleh Butik Rinssuzana Collection kepada pasangan raja sehari.
Pemilik bagi Butik Rinssuzana Collection ialah Norina Suzana Binti Mohamad.
Beliau berumur 27 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
di Universiti Malaya. Beliau pernah berkerja sebagai pengurus butik di butik pengantin
professional di ibu negara. Disebabkan kemahirannya dalam bidang menjahit,mereka
fesyen dan menguruskan butik amat baik beliau telah membuat keputusan dengan
membuka Butik Rinssuzana Collection bagi memperkembangkan bakatnya. Butik
Rinssuzana Collection mempunyai 27orang kakitangan. Empat pengurus utama Butik
Rinssuzana Collection tidak termasuk pengurus besar iaitu pengurus pentadbiran,
pengurus operasi, dan pengurus kewangan.
Pengusaha Butik Rinssuzana Collection menggunakan modal sendiri bagi
memulakan perniagaannya. Beliau menggunakan modal sendiri sebanyak RM 400,000.
Beliau menggunakan modal tunainya sebanyak RM250,000 serta beberapa assetnya yang
lain. Selain itu, beliau juga membuat pinjaman bank sebanyak RM300,000 bagi membeli
mesin jahit, ,mesin kelim, mesin tebuk lubang butang dan mesin sulam serta beberapa
alatan yang lain.
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
4/44
TERHAD
TERHAD
Perniagaan yang dijalankan oleh Butik Rinssuzana Collection ialah perkhidmatan
secara perundingan. Mereka amat memfokuskan perkhidmatan secara rundingan bagi
mendapatkan gambaran sebenar tentang majlis yang pasangan raja sehari inginkan.
Selain itu, Butik Rinssuzana juga mempunyai slogan iaitu KESERASIAN RAJA
SEHARI BERMULA DI SINI. Slogan berkenaan amat menitikberatkan tentang
kepuasan pelanggan tentang perkhidmatan dan produk yang disediakan. Antara pakej
bagi pasangan raja sehari adalah Pakej Ratu, Pakej Cinta, Pakej Kaseh, Pakej Sayang,
Pakej Abadi, Pakej Bahagia, Pakej Pertunangan serta Butik Rinssuzana Collection juga
menyediakan Pakej Outdoor bagi pasangan yang mahukan sedikit kelainan. Pakej
Outdoor menawarkan Pakej Seri Tanjung, Pakej Seri Mahligai dan Pakej Seri
Singahsana.
Sepanjang 4 tahun Butik Rinssuzana Collection beroperasi, jualan butik
berkenaan bertambah kerana terdapat banyak promosi dan pakej yang ditawarkan kepada
pelanggan. Pengusaha berpendapat mewujudkan pelbagai jenis pakej menyebabkan
pelanggan mempunyai pelbagai pilihan. Oleh yang demikian, keuntungan Butik
Rinssuzana Collection juga semakin bertambah.
Pesaing- pesaing bagi butik pengantin seperti Butik Rinssuzana Collection agak
banyak tetapi Butik Rinssuzana Collection tetap menjadi pilihan nombor satu penduduk
di kawasan tersebut. Hal ini kerana, kreativiti mereka agak ketinggalan dan menyebabkan
kegagalan dalam memenuhi kehendak dan kemahuan pelanggan. Berlainan pula dengan,
Butik Rinssuzana Collection yang banyak menghasilkan idea kreatif lagi segar bagi
pasangan yang raja sehari. Malah, bagi memastikan permintaan pelanggan dapat dipenuhi
Butik Rinssuzana Collection selalu melakukan penyelidikan pemasaran dan promosi
tentang berkembangan reka bentuk terkini serta cita rasa terkini bagi pelanggan.
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
5/44
TERHAD
TERHAD
1.0 PENGENALAN
Butik Rinssuzana Collection merupakan jenis perniagaan milikan tunggal dimana Norina
Suzana merupaka pemilik bagi Butik Rinssuzana Collection. Perniagaan yang dijalankan
di Butik Rinssuzana Collection adalah kelengkapan untuk majlis perkahwinan dan
pakaian pengantin serta pengapit. Dalam beberapa tahun yang akan datang, Butik
Rinssuzana Collection ingin memperbanyakkan pakej mereka. Antara yang masih dalam
perancangan ialah Pakej Berinai, Pakej Beredoi Bayi dan Pakej Khatam Al-Quran yang
akan menjadikan Butik Rinssuzana Collection sebuah butik yang lengkap dengan semua
pakej yang pelanggan perlukan.
Jumlah modal permulaan yang digunakan pengusaha untuk membuka Butik
Rinssuzana Collection ialah sebanyak RM 400,000. Lokasi Butik Rinssuzana Collection
terletak No. D22-A-GB, Jalan Prima Saujana 2/B, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang,
Malaysia. Lokasi ini merupakan kawasan yang sangat strategik kerana terletak di tengah
bandar Kajang. Selain itu, kawasan ini juga mempunyai jumlah penduduk yang tinggi
serta pengunjung yang ramai terutama pada hari minggu. Nombor telefon bagi Butik
Rinssuzana Collection ialah 03-4333 8888
.
Butik Rinssuzana Collection mempunyai kekuatan yang tersendiri. Butik
Rinssuzana Collection mengamalkan konsep perkhidmatan secara rundingan. Konsep
tersebut mendapat tempat di hati pelanggan kerana layanan yang mereka berikan amat
memuaskan. Selain itu, bahan mentah yang digunakan juga amat berkualiti. Butik
Rinssuzana Collection juga akan membayar ganti rugi jika terdapat kesilapan berpunca
dari pihak beliaun seperti kelewatan menyiapkan tempahan atau tidak menepati
perjanjian yang telah dibuat.
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
6/44
TERHAD
TERHAD
Perniagaan Butik Rinssuzana Collection dimulakan pada 1 Januari 2011.
Pengusaha Butik Rinssuzana Collection mengupah seramai 27 orang kakitangan bagi
menguruskan pentadbiran perniagaannya. Antaranya ialah seorang pengurus pentadbiran,
seorang pengurus operasi, seorang pengurus pemasaran dan pengurus kewangan. Hal ini
bagi melancarkan operasi dan memaksimumkan kesilapan. Malah, ia juga bagi
memastikan layanan dan perkhidmatan yang mereka berikan sentiasa mendapat kepuasan
pelanggan.
3.0 OBJEKTIF
Butik Rinssuzana Collection telah menentukan beberapa matlamat bagi melancarkan
operasi perniagaannya.
Objektif yang pertama ialah memaksimumkan keuntungan. Butik Rinssuzana
Collection ditubuhkan bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum untuk
mendapatkan pulangan modal yang lumayan dalam jangka masa pendek dan jangka masa
panjang.Oleh hal yang demikian, Butik Rinssuzana Collection meminimumkan kos
perbelanjaan untuk memaksimumkan keuntungan butik.
Objektif kedua ialah meningkatkan imej butik. Butik Rinssuzana Collection
menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan majlis perkahwinan dan menjual
kelengkapan alatan majlis perkahwinan. Selain itu, layanan mesra pelanggan yang
diamalkan oleh pekerja Butik Rinssuzana Collection juga dijadikan sebagai platform bagi
meningkatkan imej butik.
Objektif ketiga ialah meningkatkan jualan. Butik Rinssuzana Collection juga
ingin meningkatkan jumlah jualan terutama bagi pakej-pajek yang ditawarkan dan
sentiasa menambak baik semua pakej gar menepati citarasa pelanggan. Ini adalah
bertujuan bagi memaksimumkan keuntungan sekaligus meningkatkan pendapatan butik.
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
7/44
TERHAD
TERHAD
Objektif yang terakhir ialah untuk membuka beberapa buah cawangan.
Dianggarkan dalam jangka masa 3 tahun yang akan datang Butik Rinssuzana Collection
bercadang untuk membuka lagi 3 cawangan di sekitar kawasan Bangi, Kuala Lumpur
dan Seremban untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum.
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
8/44
TERHAD
TERHAD
4.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT
NAMA SYARIKAT : Butik Rinssuzana Collection Sdn. Bhd
NAMA PENGASAS : Norina Suzana Binti Mohamad
ALAMAT : No. D22-A-GB, Jalan Prima Saujana 2/B,
Taman Prima Saujana,
43000 Kajang
NO. TELEFON : 03-4333 8888
NO. FAKS :03-4333 8899
E-MAIL : [email protected]
LAMAN WEB : http.//www.SUZANA.com.my
BENTUK PERNIAGAAN : Pemilikan Tunggal
MODAL PERMULAAN : RM 400,000.00
TARIKH MEMULAKAN PERNIAGAAN : 1 Januari 2011
NO. PENDAFTARAN : A-805162
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
9/44
TERHAD
TERHAD
MASA OPERASI :
Jika pelanggan perlu membuat temujanji dengan perunding pada hari Isnin yang
mana adalah hari cuti bagi butik ini, pihak Butik Rinssuzana Collection akan
mengaturkan temujanji. Butik Rinssuzana Collection sangat mengutamakan keselesaan
pelanggan dan akan cuba memenuhi citarasa pelanggan.
Hari Waktu Mula Waktu Berakhir
Isnin Cuti Cuti
SelasaJumaat 8.00 pagi 7.00 malam
SabtuAhad 8.00 pagi 5.30 petang
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
10/44
TERHAD
TERHAD
5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK
NAMA PEMILIK : Norina Suzana Binti Mohamad
NO. KAD PENGENALAN : 900429-11-5568
ALAMAT : No 83, Persiaran 2, Taman Prima Sarjana, 43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
NO. TELEFON (HP) : 0129988123
NO TEL BUTIK : 03-4333 8888
NO. FAKS : 03- 4333 8889
UMUR : 26 Tahun
KELULUSAN : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan,Universiti Malaya, Kuala Lumpur
PENGALAMAN : Pernah bekerja di salah sebuah butik pengantin
professional yang terkenal sebagai perancangan majlis
perkahwinan dan menjadi pengurus salah sebuah butik di
Bangsar
KEMAHIRAN : Mereka fesyen pakaian pengantin tradisional dan moden dan
mahir dalam rekaan pelamin pengantin, menjahit dan dalam
bidang pengurusan butik pengantin.
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
11/44
TERHAD
TERHAD
6.0 LATAR BELAKANG PROJEK
Butik Rinssuzana Collection menjalankan perniagaannya di No. D22-A-GB, Jalan Prima
Saujana 2/B, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang. Lokasi tersebut amat strategik kerana
terletak di tengah bandar dan berdekatan dengan deretan kedai keperluan harian
penduduk bandar dan pinggir bandar.
Kelengkapan fasilitinya juga baik. Malah, lokasi Butik Rinssuzana Collection
juga lengkap dengan kemudahan infrastuktur kerana berdekatan dengan pusat membeli
belah, kawasan taman perumahan, dan berhampiran jalan utama. Ini memberi kemudahan
kepada pelanggan untuk mengunjungi butik tersebut. Kemudahan asas seperti air,
elektrik, jalan raya dan talian tel lengkap kerana kedudukan butik yang ditengah tengah
bandar. Malah, kenderaan awam seperti bas dan teksi juga mudah untuk didapati di
kawasan tersebut.
Premis Butik Rinssuzana Collection disewa daripada Majlis Perbandaran Kajang.
Mengikut perjanjian sewaan premis yang ditandatangan, tempoh sewaan adalah selama
lima tahun. Premis berkenaan mempunyai 2 tingkat. Tingkat 1 merupakan ruang pejabat
dan tingkat 2 merupakan bilik pameran dan tempat perbincangan pelanggan dengan
kakitangan Butik Rinssuzana Collection.
Butik Rinssuzana Collection menawarkan perkhidmatan secara rundingan kepada
pelanggan. Buat masa ini, Butik Rinssuzana Collection hanya memfokuskan kepada
pakej-pakej perkahwinan dan pertunangan. Setiap pakej yang diwujudkan sesuai dengan
ekonomi negara sekarang. Contoh, Butik Rinssuzana Collection baru beberapa bulan
melancarkan pakej ekonomi kepada pasangan yang ingin majlis yang sederhana tetapi
meriah. Ia menjadi satu tarikan yang baru kepada pelanggan. Walaupun ia pakej ekonomi
kakitangan Butik Rinssuzana Collection tetap melakukan yang terbaik. Antara pakej-
pakej yang ditawarkan ialah Pakej Ratu, Pakej Cinta, Pakej Kaseh, Pakej Sayang, Pakej
Abadi, Pakej Bahagia, Pakej Pertunangan serta Butik Rinssuzana Collection juga
menyediakan Pakej Outdoor bagi pasangan yang mahukan sedikit kelainan. Pakej
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
12/44
TERHAD
TERHAD
Outdoor menawarkan Pakej Seri Tanjung, Pakej Seri Mahligai dan Pakej Seri
Singahsana. (Rujuk Lampiran)
Butik Rinssuzana Collection juga amat berhati-hati dalam melakukan perletakkan
harga sesuatu pakej. Harga yang ditawarkan oleh Butik Rinssuzana Collection lebih
berpatutan daripada butik-butik yang terdapat di kawasan Kajang. Terutamanya, Butik
Amira Collection yang menawarkan harga yang amat tinggi tetapi layanan serta
perkhidmatannya sering bermasalah.
Butik Rinssuzana Collection melakukan promosi secara agresif bagi menaikkan
imej serta keuntungan butik. Pengusaha Butik Rinssuzana juga amat aktif dalam
melakukan promosi dengan cara mewujukan blog Butik Rinssuzana Collection. Selain
itu, promosi butik mereka dilakukan secara besar-besaran melalui media sosial dan media
cetak. Antaranya, aplikasi Facebook dan Instagram. Malah, Butik Rinssuzana
menawarkan kad keahlian bagi pasangan yang selalu berurusan dengan butik berkenaan.
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
13/44
TERHAD
TERHAD
7.0 RANCANGAN ORGANISASI
Setiap jawatan yang terdapat dalam sesebuah organisasi memainkan peranan yang
penting. Butik Rinssuzana mempunyai 15 orang tenaga kerja yang membantu
melancarkan perjalanan butik tersebut. Terdapat 5 orang pengurus utama dalam Butik
Rinssuzana Collection. Pengurus besar Butik Rinssuzana Collection bertanggungjawab
untuk mengurus dan memimpin perniagaannya ke arah hala tuju yang ingin dicapai
dalam jangka pendek dan jangka panjang. Pengurus pentadbiran bertanggungjawab untuk
menguruskan hal-hal yang berkaitan pentadbiran butik. Pengurus operasi akan mereka
bentuk pakaian yang pengantin inginkan. Manakala, pengurus pemasaran akan mengkaji
dan menilai pasaran yang akan memberikan pulangan yang besar. Pengurus kewangan
akan mengurus perbelanjaan syarikat serta akaun syarikat.
Pengurus perkahwinan merupakan individu yang bertanggungjawab untuk
memastikan sesebuah majlis berjalan dengan lancar. Eksekutif pemasaran
bertanggungjawab untuk mengtatarias bilik pameran baju pengantin agar dapat menarik
perhatian dan minat pelanggan. Tukang jahit merupakan antara orang penting dalam
Butik Rinssuzanan Collection kerana mereka akan menjahit pakaian pengantin seperti
yang diinginkan oleh pelanggan. Manakala, jurugambar dalam Butik Rinssuzana
Collection bertanggungjawab untuk mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung.
Setiap pekerja dalam Butik Rinssuzana Collection akan diberi latihan selama 6
bulan bagi memastikan produktiviti mereka lebih kreatif dan bernas. Latihan tersebut
akan diberikan oleh pekerja butik itu sendiri. Malah, mereka mengamalkan konsep
Mentor Mentee. Pekerja senior akan mengajar pekerja junior mengikut bidang masing-
masing.
Butik Rinnssuzana Collection amat menjaga kebajikan pekerjanya. Pengusaha
butik tersebut menyatakan bahawa pekerja merupakan salah satu asset syarikat yang
terpenting. Oleh itu, beliau akan melakukan yang terbaik bagi memastikan pekerjanya
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
14/44
TERHAD
TERHAD
sentiasa selesa. Selain itu, beliau juga selalu mendengar pandangan daripada pekerja
bawahan. Butik Rinssuzana Collection mengamalkan konsep terbuka dimana pekerja
dibenarkan untuk memberikan pandangan dan pendapat dalam mesyuarat. Setiap pekerja
butik dikenakan potongan KWSP sebanyak 12%. Gaji pekerja Butik Rinssuzana
Collection dibayar tepat pada masanya. Antara contoh gaji yang yang diberikan kepada
pekerja.
Imbuhan Gaji Dan Ganjaran
Jawatan Bil.
(ORG)
Gaji / Upah Bulanan
(RM)
KWSP 12%
(RM)
Jumlah (RM)
Pengurus
Pemasaran
1 1800 216 2016
Eksekutif
Pemasaran
1 1500 180 1680
Promoter 2 750 90 1680
Jumlah 4 4050 486 5376
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
15/44
TERHAD
TERHAD
8.0 RANCANGAN PEMASARAN
8.1 Perkhidmatan Yang Disediakan
Butik Rinssuzana Collection menawarkan perkhidmatan rundingan yang amat
mesra pelanggan. Kebanyakkan pelanggan amat berpuas hati dengan layanan dan
barangan daripada Butik Rinssuzana Collecton. Kelebihan Butik Rinssuzana
Collection ialah menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran kepada pasangan
raja sehari. Kebanyakkan butik yang terdapat di Kajang tidak menyediakan
perkhidmatan sedemikian.
Antara pakej yang ditawarkan oleh Butik Rinssuzana Collection ialah
pakej Pakej Ratu, Pakej Cinta, Pakej Kaseh, Sayang, Pakej Abadi, Pakej
Bahagia, Pakej Pertunangan. Bagi menarik perhatian bakal pelanggan Butik
Rinssuzana Collection telah mencipta konsep Outdoor. Pakej Outdoor
menawarkan Pakej Seri Tanjung, Pakej Seri Mahligai dan Pakej Seri
Singgahsana. Hal ini berikutan dengan cita rasa pelanggan yang sentiasa
mengikuti peredaran masa. (Rujuk lampiran)
Pelanggan bukan sahaja berpuas hati terhadap layanan Butik Rinssuzana,
malah mereka juga amat berpuas dengan hati dengan pakaian pengantin yang
mereka tempah. Hal ini kerana, jahitannya kemas dan selesa dipakai. Pereka
daripada Butik Rinssuzana amat menitikberatkan reka bentuk yang dimahukan
oleh bakal raja sehari. Baju yang telah siap dijahit akan dibungkus dengan
plastik lut sinar untuk memudahkan ia dibawa dan diteliti oleh pasangan bagi
menggelakkan sebarang kesalahan atau kesilapan.
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
16/44
TERHAD
TERHAD
8.2 Sasaran Pasaran
Sasaran pasaran bagi Butik Rinssuzana Collection tertumpu kepada penduduk di
sekitar Taman Saujana dan beberapa kawasan di sekitar Bandar Kajang.
Permintaan pelanggan yang luar dari kawasan Bandar Kajang juga mendapat
sambutan yang hangat. Hal ini kerana, Butik Rinssuzana Collection pernah
mengendalikan majlis perkahwinan seorang anak tokoh koporat di Kuala Lumpur.
Ia menyebabkan imej dan nama Butik Rinsuzana Collection meningkat naik.
Butik Rinssuzana Collection memfokuskan kepada bakal pasangan raja sehari
berbangsa Melayu.
Kawasan Kajang merupakan kawasan yang mempunyai ramai penduduk.
Malah, ia juga dikenali sebagai pusat bandar kerana terdapat pelbagai kemudahan
asas dan kemudahan infrastruktur. Malah, Kajang juga berdekatan dengan Bandar
Baru Bangi, Putrajaya dan Serdang yang mana merupakan kawasan yang
mempunyai penduduk yang ramai dan mempunyai taraf kehidupan sederhana dan
tinggi.
Sasaran pasaran Butik Rinssuzana Collection tertumpu di kawasan Nilai,
Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. Malah, terdapat juga permintaan daripada
luar kawasan. Butik Rinssuzana Collection akan mempertimbang dahulu dari segi
masa dan bayaran. Butik Rinssuzana Collection acapkali mendapat permintaan
daripada kawasan Kuala Lumpur dan Melaka.
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
17/44
TERHAD
TERHAD
8.3 Promosi
Butik Rinssuzana Collection menjalankan promosi secara agresif bagi
meningkatkan imej butik serta memaksimumkan keuntungan bagi mencapai
objektif dan matlamat yang ditetapkan.
Butik Rinssuzana Collection menawarkan pakej ialah Pakej Ratu, Pakej
Cinta, Pakej Kaseh, Pakej Sayang, Pakej Abadi, Pakej Bahagia, Pakej
Pertunangan serta Butik Rinssuzana Collection juga menyediakan Pakej Outdoor
bagi pasangan yang mahukan sedikit kelainan. Pakej Outdoor menawarkan Pakej
Seri Tanjung, Pakej Seri Mahligai dan Pakej Seri Singahsana. Pakej yang
disediakan merupakan salah satu promosi bagi menarik minat pelanggan. (Rujuk
Lampiran)
Bagi menarik minat pelanggan, Butik Rinssuzana Collection mewujudkan
promosi keahlian untuk pelanggan yang selalu berurusan dengan mereka. Ahli
diberikan keistimewaaan seperti potongan harga, barangan percuma serta cabutan
bertuah. Ini kerana biasanya bakalpengantin akan bermula dengan majlis
pertunangan dan diikuti dengan majlis perkahwinan. Oleh itu Butik Rinssuzana
Collection akan memastikan pelanggan yang mengambil pakej pertunangan akan
terus berminat dan setia untuk mengambil pakej perkahwinan.
Butik Rinssuzana Collection melakukan promosi melalui media sosial dan
media cetak. Malah, Butik Rinssuzana Collection telah mewujudkan laman web
sendiri iaitu http.//www.SUZANA.com.my bagi memberikan maklumat terbaru
kapada pelanggan tentang keluaran pakaian pengantin dan rekaan terbaru
pelamin. Butik Rinssuzana Collection selalu berinteraksi dengan pelanggan
melalui laman face book (Rinssuzana Collection)dan instragram iaitu
(butik.rinssuzana.pengantin) Setiap komen dan cadangan yang diberikan oleh
pelanggan akan diambil kira.
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
18/44
TERHAD
TERHAD
Butik Rinssuzana banyak menggunakan khidmat pengiklanan di dalam
radio, media cetak seperti majalah-majalah berkaitan perkahwinan, meletakan
kain rentang di lokasi startegik dan mengedarkan risalah. Hal berkenaan banyak
membantu Rinssuzana Collection untuk berdiri dengan lebih kukuh. Setiap
promosi yang dijalankan mendatangkan keuntungan yang banyak kepada Butik
Rinssuzana. Malah, Butik Rinssuzana Collection juga menawarkan potongan
harga bagi pasangan yang melangsungkan majlis di dalam cuti sekolah.
8.4 Pesaing
Butik Rinssuzana Collection mempunyai banyak pesaing tetapi Butik Amira
Collection amat memberikan impak yang besar kepada Butik Rinssuzana
Collection. Hal ini kerana, Butik Amira Collection menawarkan pakej yang
hampir sama dengan pakej yang terdapat di Butik Rinssuzana Collection.
Perbezaan yang ketara antara Butik Rinssuzana Collection dengan Butik
Amira Collection ialah harga pakej yang ditawarkan. Butik Rinssuzana Collection
menawarkan harga yang lebih rendah berbanding Butik Amira Collection. Selain
itu, Butik Amira Collection tidak menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran
kepada pelanggan.
Butik Amira Collection sudah lama bertapak dan sudah dikenali ramai.
Malah, butik tersebut juga menjalankan promosi secara besar-besaran dan meluas.
Antaranya, Butik Amira Collection pernah disiarkan dalam Program Wanita Hari
Ini. Akan tetapi, Butik Amira Collection mempunyai banyak kelemahan seperti
tiada servis penghantaran. Malah, butik tersebut memberi layanan yang buruk
kepada pelanggan. Harga pakej yang ditawarkan di Butik Amira Collection jauh
lebih tinggi daripada Butik Rinssuzana Collection.
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
19/44
TERHAD
TERHAD
8.5 Ramalan Jualan
Jualan akan dijangka meningkat sebanyak 3% pada tahun pertama, pada tahun kedua ia akan
meningkat sebanyak 2% berdasarkan keberkesanan promosi yang dijalankan oleh Butik
Rinssuzana Collection
Bulan Jualan (Unit) Jualan (RM)*
1 19 28500
2 18 27000
3 17 25500
4 14 21000
5 23 34500
6 18 27000
7 13 19500
8 20 30000
9 18 27000
10 22 33000
11 28 42000
12 30 45000
Jumlah Tahun 1 240 360,000
Jumlah Tahun 2 247 370,000
Jumlah Tahun 3 252 378,216
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
20/44
TERHAD
TERHAD
9.0 RANCANGAN OPERASI
9.1 Proses Pengeluaran
a) Input
Pembekal akan menghantar stok setelah mendapat pesanan
daripada pengurus operasi. Pekerja akan membuat angkutan masuk
stok setelah pesanan dibuat melalui surat tanya dan surat tempahan
Pengurus operasi akan membayar deposit kepada pembekal setelah
menerima stok. Pengurus Operasi akan membuat pemeriksaan bagimemastikan barang dalam berkeadaan baik.
Pekerja am akan memindahkan barangan yang siap ke dalam bilik
pameran untuk diperagakan.
b) Proses Transformasi
Pelanggan datang ke butik mengadakan berbincangan dan
membuat pilihan ke atas produk yang ingin ditempah.
Pelanggan yang membuat keputusan untuk menempah pakaian
akan berbincang dengan pengurus perkahwinan untuk mengetahui
rekaan dan tema yang diinginkan.
Tukang jahit akan mula menjahit setelah mendapat bentuk yang
diinginkan oleh pelanggan.
c) Output
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
21/44
TERHAD
TERHAD
Eksekutif pemasaran akan menyusun atur pakaian yang telah sipa
dijahit dan akan dipamerkan dalam bilik pameran.
Pelanggan akan datang sekali lagi untuk mencuba pakaian dan
boleh memberi komen jika ingin diperbaiki.
Produk akhir iaitu pakaian yang telah disesuaikan dengan selera
pengantin akan disiapkan dua minggu sebelum majlis berlangsung.
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
22/44
TERHAD
TERHAD
9.2 Carta Aliran Proses
Angkutan masuk stok setelah pesanan dibuat terlebih dahulu
Pemeriksaan barangan dibuat bagi memastikan barangan dalam
keadaan yang baik
Barangan yang telah siap disimpan dalam stor
Barang dipindahkan untuk diperagakan di tempat pameran dalam
butik
Pelanggan datang dan membuat pilihan pakej serta pakaian
pengantin sama ada mahu ditempah, disewa atau dibeli.
Mendapat maklumat dan keterangan daripada pelanggan
Pelanggan akan menunggu untuk beberapa tempoh untuk
Menyedia dan menyiapkan pesaanan yang diinginkan
Menerima bayaran daripada pelanggan setelah majlis selesai
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
23/44
TERHAD
TERHAD
PETUNJUK:
Pengangkutan
Pemeriksaan
Simpanan
Operasi
Menunggu
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
24/44
TERHAD
TERHAD
9.3 Jenis Mesin Jahit Yang Digunakan
Jenis Mesin Jahitan Harga (RM) Bilangan Jumlah Harga (RM)
Mesin Jahit 1400 3 4200
Mesin Kelim 1350 2 2700
Mesin TebukLubang Butang
1300 2 2600
Mesin Sulam 1450 2 2900
Jumlah 5,5000 9 12,400
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
25/44
TERHAD
TERHAD
10.0 RANCANGAN KEWANGAN
10.1. KOS PELAKSANAAN PROJEK
BIL KOS PROJEK JUMLAH
1 ASET TETAP
Alatan pejabat 600
Perabot 1000
Kelengkapan 4000
Papan tanda 2000
Mesin jahit 4200
Mesin kelim 2700
Mesin tebuk lubang 2600
Mesin sulam 2900
Van 100000
JUMLAH 400002 ASET SEMASA
Pendahuluan- sewa 500
Belanja pra-operasi 1000
JUMLAH 1500
3 BELANJA-BELANJA
Gaji 64512
Alatan /bahan 30,000
Kad perniagaan 200
Pendaftaran perniagaan 1300
Lesen perniagaan 1000
Risalah 450Petrol 3000
JUMLAH 100462
2. SUMBER PEMBIAYAAN
BIL PERKARA FAEDAH TEMPOH JUMLAH BAYARAN
FAEDAHSETAHUN
1 Modal sendiri RM130000
2 Pinjaman mara 5% 10 TAHUN RM50000 RM 2500
3 Pinjaman bank 4% 10 TAHUN RM50000 RM 2000
JUMLAH RM 230000 RM 4500
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
26/44
TERHAD
TERHAD
3. PINJAMAN
JADUAL PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN
1. Jumlah pinjaman : rm 50000
Nama bank/institusi : maraTempoh pinjaman : 10 tahun
Kadar bunga : 5% SETAHUN
TAHUN BAYARAN
TAHUNAN
FAEDAH
TAHUNAN
JUMLAH
BAYARANTERKUMPUL
BAKI PINJAMAN
0 RM 5000 RM 2500 RM 0 RM 50 000
1 RM 5000 RM 2500 RM 7500 RM 45 000
2 RM 5000 RM 2500 RM 15 000 RM 40 000
3 RM 5000 RM 2500 RM 22 500 RM 35 0004 RM 5000 RM 2500 RM 30 000 RM 30 000
5 RM 5000 RM 2500 RM 37 500 RM 25 000
6 RM 5000 RM 2500 RM 45 000 RM 20 000
7 RM 5000 RM 2500 RM 52 500 RM 15 000
8 RM 5000 RM 2500 RM 60 000 RM 10 000
9 RM 5000 RM 2500 RM 67 500 RM 5 000
10 RM 5000 RM 2500 RM 75 000 RM 0
2. JUMLAH PINJAMAN : RM 50000
NAMA BANK/INSTITUSI : BANK
TEMPOH PINJAMAN : 10 TAHUN
KADAR BUNGA : 4% SETAHUN
TAHUN BAYARANTAHUNAN
FAEDAHTAHUNAN
JUMLAHBAYARAN
TERKUMPUL
BAKI PINJAMAN
0 RM 5000 RM 2000 RM 0 RM 50 000
1 RM 5000 RM 2000 RM 7000 RM 45 000
2 RM 5000 RM 2000 RM 14 000 RM 40 000
3 RM 5000 RM 2000 RM 21 000 RM 35 000
4 RM 5000 RM 2000 RM 28 000 RM 30 0005 RM 5000 RM 2000 RM 35 000 RM 25 000
6 RM 5000 RM 2000 RM 42 000 RM 20 000
7 RM 5000 RM 2000 RM 49 000 RM 15 000
8 RM 5000 RM 2000 RM 56 000 RM 10 000
9 RM 5000 RM 2000 RM 63 000 RM 5 000
10 RM 5000 RM 2000 RM 70 000 RM 0
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
27/44
TERHAD
TERHAD
4. SEWA BELI ATAU SEWA PAJAK [KALAU ADE ASET]
NAMA ASET : VAN
NAMA PEMILIK : MAY BANK BERHAD
HARGA TUNAI : RM 100 000BAYARAN DEPOSIT : RM 20 000
JUMLAH PEMBIAYAAN : RM 96 800
TEMPOH SEWA BELI : RM 7 tahun
KADAR BUNGA : 3% setahun
Tahun Bayaran
bulanan
Jumlah bayaran
tahunan
Jumlah bayaran
terkumpul
Baki pinjaman
1 1 152.38 13 828.56 13 828.56 82 971.44
2 1 152.38 13 828.56 27 657.12 69 142.883 1 152.38 13 828.56 41 485.68 55 314.32
4 1 152.38 13 828.56 55 314.24 41 485.76
5 1 152.38 13 828.56 69 142.80 27 657.20
6 1 152.38 13 828.56 82 971.36 13 828.64
7 1 152.38 13 828.56 96 800.00 0.00
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
28/44
TERHAD
TERHAD
6. PENYATA KEWANGAN PROFORMA
Perniagaan Butik Rinssuzana Collection
Unjuran penyata aliran tunai
Bagi tahun berakhir ..
Butiran Jan Feb Mac Apr Mei
Tunai [awal perniagaan] 200 [41166.38] [164857.24]
Tunai di tangan 100 100 100 100 100
Tunai di bank 130000 120000 120000 130000 130000
Jum tunai 130300 141088 151000 160000 170000
Jualan tunai 24500 30000 33000 35000 40000
Jumlah pendapatan 133300 291188 304100 325100 665200
Belanja [awal perniagaan] 40000
Gaji 64512 64512 64512 64512 64512
Peralatan 20000
Pengangkutan 3000
Bayaran balik pinjaman 4500 4500 4500 4500 4500
Alatan/bahan 30000 10000 10000 10000 10000Kad perniagaan 200
Pendaftaran perniagaan 1300
Lessen perniagaan 1000
Risalah 4500
Van 1152.38 1152.38 1152.38 1152.38 1152.38
Petrol 3000 3000 3000 3000 3000
Belanja tunai lain 1000 2000 2500 2500 3000
Jumlah belanja tunai 174166.38 85164.38
Lebihan/kurangan [41166.38] 164857.24
Aliran tunai terkumpul [41166.38] 164857.24
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
29/44
TERHAD
TERHAD
PERNIAGAAN BUTIK RINSSUZANA COLLECTION
UNJURAN PENYATA PERDAGANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR ..
BUTIRAN TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5JUALAN 24500 27440 30732.80 34420.7 38551.84
STOK AWAL 30000 38000 10000 12000 15000
BELIAN 10000 15000 12000 13000 25780
[ - ] STOK AKHIR 38000 10000 12000 15000 20000
UNTUNG KASAR 6500 40440 40732.8 18420.7 7771.84
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
30/44
TERHAD
TERHAD
PERNIAGAAN BUTIK RINSSUZANA COLLECTION
UNJURAN PENYATA PENDAPATAN
BAGI TAHUN BERAKHIR ..
BUTIRAN TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5UNTUNG KASAR 16500 40440 40732.8 18420.7 7771.84
BELANJA
PENTADBIRAN
3000 2500 3000 3000 3000
BELANJA JUALAN
DAN PEMASARAN
1000 1000 1000 1000 1000
BELANJAPENGELUARAN
3050 4590 5000 3890 2780
UNTUNG BERSIH 9450 32350 31732.8 10530.7 991.84
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
31/44
TERHAD
TERHAD
PERNIAGAAN BUTIK RINSSUZANA COLLECTION
UNJURAN KUNCI KIRA-KIRA
BAGI TAHUN BERAKHIR ..
BUTIRAN TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5Aset semasa
Tunai 25000 30000 35000 40000 45000
Inventori 30000 35000 40000 45000 50000
Jum aset semasa 55000 65000 75000 85000 95000
Aset tetap
Peralatan dankelengkapan
Kenderaan 13828.56 13828.56 13828.56 13828.56 13828.56
Jumlah aset tetap
Jumlah aset
Liabiliti semasaLiabiliti jangka
panjang
Jumlah liabiliti
Ekuiti pemilik 130000 130000 130000 130000 130000
Modal 100000 100000 100000 100000 100000
Jumlah ekuiti
Jumlah liabiliti
dan ekuiti pemilik
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
32/44
TERHAD
TERHAD
11.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kajian, pengkaji mendapati bahawa Butik Rinssuzana Collection
hampir menjadi sebuah butik yang lengkap dengan pakej- pakej menarik.
Terdapat beberapa pakej yang masih dalam perancangan seperti Pakej Berinai,
Pakej Bertunang, Pakej Akad Nikah, Pakej Berendoi Bayi dan Pakej Khatam Al-
Quran.
Pengkaji juga mendapati bahawa Butik Rinssuzana Collection merupakan
sebuah butik yang amat mesra pelanggan dan amat mementingkan kepentingan
pelanggan. Bukan sahaja pelanggan dilayan begitu, malah pekerja juga amat
terjaga kebajikannya. Gaji pekerja akan dibayar tempat pada masanya begitu juga
dengan penghantaran barang kepada pelanggan yang tepat pada masanya.
Pengkaji berharap agar Butik Rinssuzana Collection akan selalu menberi
informasi terkini dan rekaan terbaru dalam mereka. Selain itu, pengkaji berharap
Butik Rinssuzana Collection menjadi sebuah butik yang terkenal di tanah air dan
persada antarabangsa.
Pengkaji mencadangkan agar Butik Rinssuzana Collection menambahkan
lagi pakej yang sedia ada. Contohnya, perkhidmatan catering, kompang dan
kugiran. Selain itu, pengkaji berharap agar Butik Rinssuzana Collection
menambahkan cawangan ke seluruh negeri di Malaysia.
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
33/44
TERHAD
TERHAD
LAMPIRAN
Antara pakej pelamin yang terdapat di Butik Rinssuzana Collection
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
34/44
TERHAD
TERHAD
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
35/44
TERHAD
TERHAD
Antara pakaian pengantin yang direka oleh Butik Rinssuzana Collection
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
36/44
TERHAD
TERHAD
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
37/44
TERHAD
TERHAD
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
38/44
TERHAD
TERHAD
ANTARA HIASAN BILIK TIDUR PENGANTIN
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
39/44
TERHAD
TERHAD
ANTARA GUBAHAN HANTARAN
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
40/44
TERHAD
TERHAD
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
41/44
TERHAD
41
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
42/44
TERHAD
42
Antara pakej perkahwinan yang ditawarkan di Butik Rinssuzana Collection
PAKEJ PERKAHWINAN RATU (RM 3500)
Sepasang pakaian bersanding (songket@ lace) Sepasang pakaian berinai (songket@ lace)
Tiga persalinan (wanita dan lelaki)
Hiasan meja makan beradab (8 orang) Hiasan bilik tidur dan cadar
Pelamin dan set berinai
Pintu Gerbang
Aksesori dan kasut 2 kali solekan dan tatarias
Pakej fotografi ( nikahsandingberinai@persalinan)
Bunga tangan (fresh flower )- free gift
PAKEJ PERKAHWINAN CINTA (RM 2300) Sepasang pakaian bersanding (songket@lace)
2 persalinan(wanita sahaja)
Sepasang pakaian berinai
Hiasan meja makan beradab
Pelamin Aksesori
Solekan dan tatarias Pintu gerbang
PAKEJ PERKAHWINAN QASEH RM2000
Sepasang pakaian bersanding (songket@lace) Sepasang pakaian berinai (songket@lace)
Hiasan kamar pengantin serta cadar
Pelamin
Aksesori Solekan dan tatarias
PAKEJ PERKAHWINAN SAYANG (RM 1800)
Sepasang pakaian bersanding (songket@lace) 2 persalinan (wanita sahaja)
Hiasan meja makan beradab
Pelamin
Aksesori Solekan dan tatarias
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
43/44
TERHAD
43
PAKEJ PERKAHWINAN ABADI (RM 1500) Sepasang pakaian bersanding(songket@lace)
2 persalinan (wanita sahaja)
Hiasan kamar pengantin
Pelaminn
Aksesori
Solekan dan tatarias
PAKEJ PAKEJ PERKAHWINAN BAHAGIA (RM1100) Sepasang pakaian bersanding (songket@lace)
Pelamin
Aksesori
Solekan dan tatarias
PAKEJ PERTUNANGAN (RM670)
Sepasang pakaian bertunang
Set pelamin tuning
Aksesori
Solekan dan tatarias
PAKEJ PERKAHWINAN OUTDOOR
PAKEJ SERI TANGJUNG (RM3500)
Pelamin dan dekorasi Meja makan beradab
2 pintu gerbang
2 pasang tiang bunga
Sekali make-up Sepasang baju (songket@lace)
Aksesori dan kasut
PAKEJ SERI MAHLIGAI (RM5000)
Pelamin dan dekorasi
Tempat berinai
Meja makan beradab
Karpet laluan 3 pintu gerbang
3 pasang tiang bunga Sekali makeup
Sepasang baju (songket@lace)
Aksesori dan kasut
-
7/25/2019 Skrip Contoh Kk Pp
44/44
TERHAD
PAKEJ SERI SINGGAHSANA (RM 7000)
Pelamin eksklusif dan dekorasi taman
Tempat berinai Platform
Meja makan beradab dan gubahan bunga
Karpet laluan
4 pintu gerbang 4 pasang tiang bunga
Sekali make-up
Sepasang pakaian (songket@lace)
Aksesori dan kasut