Download - Semantik 1
DEFINISI Berasal daripada bahasa Yunani:
sema →tanda/lambang Kajian fenomena makna dalam
bahasa Definisi semantik menurut beberapa
sarjana:
➢ Ogden dan Richards (1923)➢ de Saussure
Segi Tiga Semiotik
➢ Ogden dan Richards (1923)
Segi Tiga Semiotik
Konsep
Bentuk/SimbolRujukan
➢de Saussure
signified [makna]
tanda<buku>
signifier <b,u,k,u> [bunyi] intrabahasa
ekstrabahasa
LINGUISTIK AM
Semantik juga boleh didefinisikan sebagai:(a) Bidang yang mengkaji makna dalam
sesuatu bahasa.(b) Diiktirafkan juga sebagai kajian makna
linguistik bagi kata, frasa dan ayat.
- Makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal (Makna sesuatu perkataan itu sendiri) dan juga konteks( ayat yang merujuk kepada sesuatu perkataan)
Semantik leksikal(Perkataan)Semantik leksikal merupakan kajian
mengenai sesuatu perkataan tersebut bagi mendapati isi perkataan tersebut tanpa melihat keseluruhan ayatnya.
Contoh: “Ayah saya pemandu”
Perkataan Ciri-ciri
Ayah (1) Manusia(2) Lelaki(3) Dewasa(4) Bapa kepada anak
Saya (1) Manusia(2) Orang yang sedang
berkata/ dimaksudkan(3) Kata ganti nama diri
Pemandu (1) Manusia(2) Membawa kenderaan(3) Mempunyai lesen
Semantik konteks(Rujukan) Semantik konteks merupakan kajian yang
mengkaji sesuatu ayat dengan merujuk kepada sesuatu ayat lagi bagi memahami maksud ujaran/ keseluruhan ayat.
Contoh: “ Orang itu pengarah syarikat”“Orang itu abang saya”- Walaupun ayat tersebut berlainan makna,
namun ayat-ayat tersebut membuat rujukan yang sama kepada orang yang sama.
Teori Semantik1.Teori Tekanan Sosial (Adam Smith)
Bunyi yang berbeza dicipta berdasarkan pengalaman yang berbeza
Semakin banyak bunyi atau tanda digunakan dan difahami → manusia dapat berhubung dengan lebih mudah
Contohnya:Penggunaan bunyi buluh yang diketuk →
menghasilkan bunyi ‘tok-tok-tok’. Jika buluh itu diketuk 10 kali → ada orang
sakit.Jika bunyi ketukan itu panjang sedikit →
ada orang kampung yang meninggal dunia.
2.Teori Onomatopeia (J.G.Herder)Penamaan sesuatu rujukan(benda) disesuaikan
dengan bunyi yang dihasilkan oleh rujukan tersebut.
Manusia meniru bunyi haiwan atau alam, adakalanya disesuaikan untuk mudah dibunyikan.
Contoh : ‘cak-cak’ ditambah ‘ci’ menjadi ‘cicak’ ‘sir’ ditambah ‘de’ menjadi ‘desir’ ‘kerik-kerik’ ditambah ‘ceng’ menjadi
‘cengkerik’
3.Teori Seruan
Apabila seseorang kehairanan keluarlah bunyi [o], berasa sakit [uh], melihat sesuatu yg jijik [i]
Bunyi seperti ini disebut seruan
Contoh:Aduh, sakitnya kepalaku ini!
4.Teori Ding DongBunyi daripada benda → pengwujudan luaran,
bunyi daripada manusia → pengwujudan dalaman.
Muller mengatakan: apabila bunyi luaran diganti oleh bunyi dalaman → terbentuklah akar bahasa.
Contoh: Bunyi ‘gooong’ ditiru oleh manusia apabila
sejenis logam diketuk dan menghasilkan bunyi tersebut → alat tersebut dinamakan gong.
5. Teori IsyaratGerakan mimetik → gambaran wajah utk
menyatakan emosi dan perasaanGerakan pantomimik → gambaran gerak
tubuh untuk menyatakan sesuatu gagasan Gerakan artikulatoris → gerak mulut untuk
hasilkan ujaranKetiga-tiga gerakan sering digunakan manusiaNamun, gerakan artikulatoris ialah gerakan
paling lengkap digunakan semasa berkomunikasi.
Dalam keadaan tertentu, ketiga-tiga gerakan digunakan serentak.
JENIS-JENIS MAKNAi. Makna denotatif/tersuratii. Makna konotatif/tersiratiii. Makna afektifiv. Makna emotifv. Makna luasvi. Makna sempitvii. Makna gayaviii.Makna tekanan
i. Makna denotatif/tersuratMakna yang tersurat/ makna umum/ makna
leksikal/ makna kamus
→ makna yang sesuai dengan rujukan/ pemerhatian alat indera/ makna yang
nyata
Contoh:Buaya yang mengganas itu telah ditangkap.
Buaya dalam ayat itu bermaksud sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air, tetapi boleh juga naik ke darat.
ii. Makna konotatif
Makna tersirat atau bukan literal/tersuratLebih mengutamakan nilai komunikatif
(rujukan penutur berdasarkan konteks)Contoh:
Jangan percaya sangat kata-kata Imran kerana dia itu buaya.
Buaya dalam ayat tersebut → seorang lelaki yang suka memujuk dan menipu wanita.
iii. Makna afektifMuncul akibat reaksi pendengar/ pembaca terhadap penggunaan kata
Kebalikan daripada yang disebutkanContoh:Perkataan teratak, pondok, rumah yang tidak sepertinya → makna afektif → orang yang mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri.
iv. Makna emotifMakna yang sama tetapi berbeza nilai
rasa bahasanya
Perkataan meninggal dunia, mangkat, wafat, mampus, kojol → makna emotif
Kesemua contoh kata tersebut mendukung maksud mati
Penggunaan perkataan yang berbeza menimbulkan nilai yang berbeza
v. Makna luasMakna yang terkandung dalam sesuatu
perkataan → lebih luas daripada makna sebenar.
Contoh : Universiti → institusi pengajian tinggi tempat mempelajari pelbagai bidang ilmu dan kajian ilmiah.
Makna luas universiti merangkumi pelbagai aspek seperti profesor, pensyarah, bilik kuliah dan mahasiswa.
vi. Makna sempitMakna yang terkandung dalam perkataan tersebut semata-mata.
Contoh : Siku Alia luka semasa terjatuh tadi.
Anggota badan yang luka tidak melibatkan anggota badan Alia yang lain, hanya pada bahagian siku sahaja.
vii.Makna gaya
Perkataan khas yang selalu dikemukakan oleh seseorang pengarang dalam karyanya.
Contoh: Gaya penulisan Shahnon Ahmad boleh dikenali, misalnya beliau gemar menggunakan dialek Kedah dalam penulisannya.
viii.Makna tekanan
Perkataan yang diberi penekanan semasa ujaran
Perkataan itu mewakili makna utama dalam keseluruhan ujaran tersebut.
Contoh:Amira MELAHIRKAN bayi perempuan.
Amira melahirkan bayi PEREMPUAN.
HUBUNGAN MAKNAMelihat hubungan makna antara satu perkataan
dengan perkataan lain.Kajian semantik tradisional:
i. Sinonimii. Antonimiii. Homonimiv. Hiponimv. Polisemi
i. SinonimDua perkataan atau lebih yang maknanya hampir
sama atau maknanya seolah-olah sama
Contoh:
cantik boleh disinonimkan dengan indah indah boleh disinonimkan dengan cantik
→ perkataan cantik dan indah bersinonim(kedua-dua boleh ditukar ganti)
Contoh lain:
ibu - emakkekal - abadisenang - mudah
ii. AntonimDua perkataan atau lebih yang
maknanya berlawanan.
Contoh:gemuk antonimnya kuruslelaki antonimnya perempuan
Siti masih bujang, sedangkan semua adiknya sudah berkahwin.
iii. Homonima.Contoh:
haus → kering tekakhaus → berkurangan besarnya
Dalam kamus, ditandai angka Roman (I,II dan III)
Contoh perkataan lain yang berhomonim:
mancung
mancung I makin kecil ke hujungmancung II seludang kelapa yang kering
Homonim mengandungi dua konsep, iaitu homofon dan homograf
HomofonPerkataan yang sama bunyinya tetapi
ejaan dan maknanya berbeza.
Perkataan bang dan bank sama bunyinya tetapi ejaan dan maknanya berbeza. bang → abang dan azan bank → tempat berurusan wang.
HomografPerkataan yang sama ejaannya, tetapi
sebutan dan maknanya berbeza.Contohnya:
semak [semak] dan semak [səmak]perang [perang] dan perang [pərang]
v. HiponimrMisalnya, perkataan mawar berhiponim
dengan bunga, kerana makna mawar termasuk dalam makna bunga.
Contoh perkataan berhiponim:burung - merbuk, tekukur, pipit, gagak
bunga
mawar kemboja teratai kekwa
vi. PolisemiPerkataan yang mempunyai bentuk yang
sama tetapi mendukung banyak makna. Contohnya, perkataan berat mempunyai
sembilan makna yang berbeza. Antaranya:i. tekanan bendaii. tidak ringaniii. sukar (dilakukan, diselesaikan)iv.amat sangat, kuatv. menyebelah, memihakvi.berkenaan dengan novel, drama dll yang mengisahkan perkara yang serius (seperti pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dan sebagainya)
sambungan…Mempunyai makna yang lebih luas
daripada homonim Tidak terbatas pada perkataan sahaja
tetapi juga kelompok kata dan ayat. Contoh:
i. Pemenggalan bunyiam/bil/kan/tong
ii. Imbuhanpe+latih = orang yang melatih atau
orang yang dilatihiii. Kelompok kata
makan nasi, makan angin, makan gaji, makan garam