Download - Sel Bawang
AMALI 3
1.0 Tajuk : Sel haiwan dan sel tumbuhan
2.0 Pengenalan:
Sel merupakan unit asas bagi hidupan. Sel juga merupakan unit yang berstruktur
dan berfungsi dalam semua organism hidup. Beberapa organism seperti bacteria
adalah unisel iaitu yang terdiri daripada satu sel sahaja. Organisma yang lain seperti
manusia adalah berbilang sel iaitu multisel. Sel mula digambarkan pada tahun 1665
oleh seorang ahli sains Inggeris Robert Hooke yang telah meneliti hirisan nipis
gabus melalui mikroskop ringkas. Perkataan sel dating dari bahasa latin “ cellula “
bermaksud sebuah bilik kecil. Semua sel terbentuk daripada sel yang telah wujud.
Fungsi sel adalah untuk menjalankan proses kehidupan seperti respirasi,
perkumuhan, pertumbuhan dan belahan dua. Sel terbahagi kepada 2 iaitu sel
haiwan dan sel tumbuhan. Lazimnya sel terdiri dari membrane plasma yang
mengandungi protoplasma . Protoplasma pula terbina daripada sitoplasma dan
nucleus.Struktur sel haiwan;
a. sel pipi adalah salah satu contoh bagi sel haiwan
b. sel haiwan tidak mempunyai bentuk yang tetap.
c. setiap sel haiwan dilitupi oleh membrane sel.
d. setiap sel mempunyai protoplasma yang mengandungi sitoplasma dan
nukleus
Manakala struktur bagi sel tumbuhan pula terdiri daripada:
a. Sel epidermis bawang adalah contoh sel tumbuhan.
b. Sel tumbuhan mempunyai bentuk tetap kerana mempunyai dinding sel.
c. Setiap sel dibaluti oleh plasma membran sel dan dilindungi oleh dinding
sel.
d. Setiap sel mempunyai nucleus dan sitoplasma.
e. Sel tumbuhan mempunyai kloroplas yang mengandungi klorofil. Sl
epidermis bawang tidak mempunyai kloroplas.
f. Sel tumbuhan yang matang mempunyai vakuol besar yang mengandungi
sap sel.
3.0 Objektif
Pada amali 3 ini, kita akan menyediakan slaid sel haiwan dan tumbuhan dengan
menggunakan teknik pelumuran yang betul. Semasa amali ini , kita akan dapat
memerhatikan perbezaan bentuk dan struktur yang terdapat dalam sel haiwan dan
sel tumbuhan . perbezaanya adalah dari segi bentuk dan juga struktur yang terdapat
dalam sel-sel tersebut.Bawang besar akan mewakili sel tumbuhan dan bentuknya
dapat dilihat melalui mikroskop cahaya. Sel epidermis bawang tidak mempunyai
kloroplas dan tidak mempunyai klorofil. Manakala sel pipi pula akan mewakili sel
haiwan. Dengan menggunakan bawang dan sel pipi kita akan dapat melihat
perbezaan bentuk dan struktur sel.
4.0 Bahan dan radas
Bahan yang akan digunakan untuk menyediakan slaid pipi ialah mikroskop, slaid
mikroskop, sisip kaca, penitis, forsep, pencukil gigi, metilena biru. Manakala untuk
menyediakan slaid bawang pula bahan dan radas yang akan digunakan ialah
mikroskop, slaid mikroskop, pisau kecil, larutan iodin dan juga bawang
5.0 Prosedur
5.1 Bagi menjalankan amali untuk melihat sel pipi beberapa prosedur perlu
dijalankan iaitu langkah yang pertama mengumur mulut dengan air yang bersih.
Kemudian sebelah dalam pipi dikikis dengan menggunakan sebatang kayu
pencungkil gigi. Hasil kikisan diletakkan di atas slaid kaca. Selepas itu setitis larutan
metilin biru dititiskan diatas slaid mikroskop.slaid kaca diletakan dengan cermat. Kita
perlu perhatikan agar tiada gelembung udara terperangkap di dalam slaid
mikroskop. Akhir sekali slaid kaca yang mengandungi sel pipi diperhatikan menerusi
mikroskop cahaya dengan menggunakan kanta berkuasa rendah, diikuti dengan
kanta berkuasa tinggi.
Rajah 5.1 prosedur menjalankan amali sel pipi
5.2 Bagi menjalankan amali untuk melihat sel tumbuhan beberapa prosedur
juga perlu dijalankan. sehelai daun bawang bahagian dalam diambil dengan
menggunakan forsep. Lapisan bawang ini dipotong lebih kurang 1cm x1cm.
kemudian lapisan bawang tadi diletakan di atas slaid kaca bersama dengan setitis
larutan iodin. Pastikan laipsan epidermis tadi tidak berlipat.. dengan perlahan-lahan
kaca slaid diletakkan untuk menutup specimen tanpa memerangkap gelembung
udara. Akhir sekali slaid kaca ini diperhatikan menerusi mikroskop bermula dengan
kanta berkuasa rendah, diikuti dengan kanta kuasa tinggi.bagi kedua-dua amali ini,
hasil pemerhatian sel pipi dan sel bawang boleh dilukis atau diambil gambar .
6.0 Gambarajah:
6.1 Gambar sel pipi yang diambil semasa amali 3
Rajah 6.1 Gambar sel pipi yang diambil semasa amali 3 ( 18/03/2012)
Rajah 6.1 Gambar sel pipi yang diambil melalui web www. Yahoo / images.sel pipi
Rajah sel bawang yang diambil semasa amali 3:
Gambar sel bawang yang diambil semasa amali 3 ( 18/03/2012)
Gambar sel bawang yang diambil melalui laman web www.yahoo/images.sel
bawang
7.0 Analisis data:
7.1 Perbandingan antara sel pipi ( sel haiwan ) dan sel bawang( sel
tumbuhan)
Struktur Sel haiwan Sel tumbuhan1. Saiz Umumnya lebih kecil dari sel
tumbuhanUmumnya lebih besar dari sel haiwan
2. Bentuk Ada yang berbentuk tidak tetap ( contohnya sel darah putih fagosit) dan bentuk tetap( contohnya neuron motor) bergantung kepada jenis sel haiwan.
Berbentuk tetap
3. Dinding sel Tiada Ada
4. Kloroplas Tiada Ada ( tetapi dalam sel bawang tiada kloroplas kerana bawang tiada klorofil untuk menjalankan fotosintesis)
5. Vakuol Tiada vakuol besar.Jika ada adalah kecil, banyak dan berselerak dalam sel.
Biasanya ada vakuol tengah yang besar dan dipenuhi dengan sap sel.
7.2 pemerhatian sel pipi dan sel bawang
Rajah 7.2.1 sel pipi rajah 7.2.2 sel tumbuhan
8.0 Soalan Perbincangan
8.1 Namakan jenis sel yang dijumpai pada bahagian pipi?
Sel haiwan
8.2 Mengapakah sel epidermis bawang tidak mempunyai kloroplas?
SEl epidermis tidak mempunyai kloroplas kerana sel bawang tidak menjalankan
proses fotosintesis. Oleh itu bintil-bintil kanji tidak hadir dalam sel bawang.
8.3 Banding beza sel haiwan dan sel tumbuhan
Struktur Sel haiwan Sel tumbuhan6. Saiz Umumnya lebih kecil dari sel
tumbuhanUmumnya lebih besar dari sel haiwan
7. Bentuk Ada yang berbentuk tidak tetap ( contohnya sel darah putih fagosit) dan bentuk tetap( contohnya neuron motor) bergantung kepada jenis sel haiwan.
Berbentuk tetap
8. Dinding sel Tiada Ada
9. Kloroplas Tiada Ada
10. Vakuol Tiada vakuol besar.Jika ada adalah kecil, banyak dan berselerak dalam sel.
Biasanya ada vakuol tengah yang besar dan dipenuhi dengan sap sel.
11. Simpanan makanan
Makanan disimpan dalam bentuk glikogen
Makanan disimpan dalam bentuk kanji.
12. sentriol Ada Tiada
13.silium dan flagela
Sesetengah sel haiwan mempunyai silium dan flagella
Tiada
8.4 Mengapakah nukleus dikenali sebagai pusat kawalan sel
Nukleus dipanggil sebagai pusat kawalan sel kerana fungsi nucleus adalah
mengawal dan menyelaraskan semua aktiviti sel. Di dalam nukleus mengandungi
factor baka keturunan yang bertanggung jawab kepada ciri-ciri haiwan dan
tumbuhan. Struktur nukleus mengandungi nukleus , kromosom, nukleoplasma dan
membrane nukleus. Kromosom mengandungi DNA yang menentukan cirri dan
fungsi metabolik sel. Maklumat yang dibawa oleh DNA mengarah dan mengawal
aktiviti dalam sel, misalnya sintesis protein . Protein menentukan struktur dan fungsi
sel.
8.5 Apakah tisu? Berikan istilah untuk satu koleksi tisu yang menjalankan satu fungsi
yang sama?
Tisu ialah sekumpulan sel khusus yang bekerjasama untuk menjalankan satu fungsi
yang khusus.Tisu epithelium adalah tisu yang terdiri daripada satu atau lebih lapisan
sel. Tisu ini tersusun rapat dan tidak terdapat ruang di antara sel. Tisu epithelium
menjalankan fungsi perlindungan , perembesan dan penyerapan. Tisu epithelium
yang melapisi permukaan kulit, mulut dan esofaragus. Fungsinya adalah membantu
mengawal suhu badan. Tisu epithelium yang melapisi rongga badan, jantung, salur
darah dan peparu fungsinya adalah untuk pertukaran gas respirasi antara alveolus
dengan darah di dalam kapilari darah berlaku dengan cekap.manakal tisu epithelim
yang pula adalah, tisu epitelium yang melepasi dinding usus kecil. Dan akhirnya tisu
epitelium yang melapisi kelenjar, duktus dan tubul . Dan akhirnya ialah TISU
eptielium yang melepasi trakea.
8.6 Huraikan sejarah penemuan sel?
8.6.1 Galileo Galilei (Awal abad17) dengan alat dua lensamenggambarkan
struktur yang nipis dari mata serangga Galilei sebenarnya bukanlah ahli sains biologi
Orang pertama yang mencatat hasil pengamatan biologi melalui mikroskop .
Seterusnya Sel mula-mula digambarkan pada tahun 1665, oleh seorang ahli sains
Inggeris yang bernama Robert Hooke yang telah meneliti gabus melalui mikroskp
ringkas, Sel tumbuhan dan sel haiwan mempunyai beberapa perbezaan dan
persamaan. Seterusnya pada tahun 1676 seorang ahli sains Belanda Anton Van
Leeuwenhook telah menjadi orang yang pertama menemui mikroorganisma. Anton
membuat pemerhatian ke atas setitis sampel air kolam di bawah mikroskop cahaya.
Hasil dari pemerhatianya Anton menyatakan bahawa mikroorganisma adalah satu
benda hidup. Manakala pada tahun 1839 Matthias J.Schleidon dan Theodore
Schwann ahli sains yang berbangsa Jerman telah mengemukakan teori sel iaitu sel
terdapat secara universal dan ianya merupakan unit asas bagi organisma. Purkinje (
1840) pula telah menemui protoplasma di dalam sel tumbuhan. Istilah sitoplasma
menyusul kemudian untuk diterima pakai.Pada tahun 1855 seorang ahli sains yang
bernama Rudolf Virchow telah mengemukakan teori biogenesis yang menyatakan
bahawa hidupan berasal daripada hidupan juga dan ini dinyatakan dengan sel baru
berasal daripada sel-sel yang wujud sebelumnya.Berikut adalah beberapa ahli sains
yang telah berjaya dan memberi pendapat tentang sel: Robert Brown : dalam
penelitiannya menemukan inti sel, dan menyatakan bahwa inti sel (nukleus)
merupakan bahan yang terpenting dalam suatu sel. Max Schultze : menyatakan
bahawa sel merupakan unit fungsional kehidupan. Rudolf Virchoff : mengatakan
bahawa setiap sel berasal dari sel sebelumnya (omne cellulla ex cellullae), sehingga
ia menyatakan bahawa sel merupakan satu unit pertumbuhan. Boveri : mengatakan
bahwa sifat menurun dari orang tua diturunkan kepada anak-anaknya melalui sel,
sehingga ia menyatakan bahawa sel merupakan unit heredita. Berikut adalah
beberapa gambar ahli-ahli sains yang telah berjaya dalam penemuan sel ini:
Ahli sains Galileo Galilei Ahli sains Robert Hooke
Anton van Leeuwenhoek Robert Brown
Rudolf Virchow Johanes Purkinje
Rudolf Virchoff Max Schultze :
Inilah bentuk sel yang diamati Hooke..Hanya
kelihatan tampak kecil kosong kerana sel-selnya sudah mati.
9.0 Perbincangan.
Sel pipi ( sel tumbuhan ) mempunyai bentuk yang tetap. Larutan ion yang
mewarnakan bahagian nucleus sel menjadi wang keperangan dan kloroplas serta
bintil kanji berwarna biru. sel bawang tidak menjalankan proses fotosintesis kerana
sel bawang tidak mempunyai klororoplas. Oleh itu bintil-bintil kanji tidak hadir dalam
sel bawang.Struktur yang boleh dilihat menerusi mikroskop cahaya ialah dinding sel,
membrane plasma, nucleus, sitolasma dan vakuol.
Manakala bagi sel pipi pula, tidak mempunyai bentuk yang tidak
tetap.metilena biru mewarnakan sitoplasma dan nucleus sel pipi mejadi warna biru.
Metilena mewarnakan bahagian nucleus menjadi perang dan sitoplasma pula
diwarnakan kuning.sel pipi tidak mengandungi bintil kanji. Oleh itu sel pipi tidak
diwarnakan biru kehitaman oleh larutan metilena biru( karbohidrat disimpan dalam
bentuk glikogen dalam sel tumbuhan). Dibawah mikroskop cahaya, struktur sel pipi
yang kelihatan ialah membrane plasma, sitoplasma dan nucleus. Sel pipi tidak
mengandungi kloroplas dan vakuol yang besar.
10.0 kesimpulan
Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap, dinding sel, membrane plasma,
nucleus, sitoplasma dan vakuol yang besar. Sel tumbuhan yang menjalankan
fotosintesis mempunyai kloroplas. Sel haiwan pula tidak mempunyai bentuk yang
tetapdan mengandungi membran plasma, sitoplasma dan nucleus. Tetapi kedua-dua
sel ini mengandungi kompenan sel yang beikut dan fungsinya juga adalah sama.
Nucleus yang terdapat dalam kedua-dua sel ini mengandungi bahan genetic,
sitoplasma yang mengandungi ion sebatian organic dan sebatian tak organic,
membrane plasma plasma fungsinya mengawal atur pergerakan bahan keluar dan
masuk ke dalam sel.sel tumbuhan mempunyai dinding sel dan vakuol yang besar
dalam sitoplasmanya dan sel tumbuhan juga menjalankan proses fotosintesis
kerana mempunyai kloroplas yang amat diperlukan dalam pross ini kecuali sel
bawang tidak mempunyai kloroplas. Manakalan sel haiwan pula tidak mempunyai
dinding sel dan kloroplas. Lazimnya vakuol tidak hadir dalam sel haiwan. Sekiranya
hadir vakuol adalah kecil dan banyak bilangannya. Oleh itu dalam sel tumbuhan dan
sel haiwan mempunyai persamaan dan perbezaan dalam kompenan sel itu sendiri.