Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
SPESIFIKASI KURIKULUM
SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
2013
Buku Spesifikasi Kurikulum Sains Tambahan Tingkatan 5 ini ialah terjemahan yang sah daripada buku Curriculum Specifications Form 5 Additional Science terbitan Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia, Putrajaya.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Malaysia Tel: 603-88889917 Laman Web: http//www.moe.gov.my
Cetakan Pertama 2013 © Karya Terjemahan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum © Curriculum Development Centre, 2007
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulis daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.
KANDUNGAN
Rukun Negara
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Sains Negara
Kata Pengantar
Pendahuluan
Matlamat
Objektif
Kemahiran Saintifik
Kemahiran Berfikir
Sikap Saintifik dan Nilai Murni
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Organisasi Kurikulum Sains
iii
iv
v
vi
1
2
2
3
5
11
13
18
Pengukuran dan Daya
Bidang Pembelajaran: 1. Daya 19
Jirim dalam Alam Semulajadi
Bidang Pembelajaran: 1. Tindak balas Kimia 21
Bidang Pembelajaran: 2. Petrokimia 23
Gelombang
Bidang Pembelajaran: 1. Getaran dan Perambatan 26
Gelombang
Bidang Pembelajaran: 2. Sifat Gelombang 29
Bidang Pembelajaran: 3. Gelombang Bunyi dan
Gelombang Elektromagnet 32
Perkembangan Sains dan Teknologi
Bidang Pembelajaran: 1. Bahan-bahan Termaju 35
Bidang Pembelajaran: 2. Bioteknologi 36
iii
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang
lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
vii
FALSAFAH PENDIDIKAN SAINS NEGARA
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya
Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif,
dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.
ix
PRAKATA
Aspirasi bangsa untuk menjadi masyarakat perindustrian
dapat direalisasikan melalui kemajuan dan pembangunan
sains dan teknologi secara berterusan. Demi mencapai hasrat
ini pendidikan sains yang berkualiti perlu disediakan agar
negara dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan,
berkemahiran serta berkeupayaan mempelopori pesaing lain
di peringkat antarabangsa dalam kemajuan sains dan
teknologi.
Kurikulum Sains Tambahan direka bentuk bukan sahaja untuk
menyediakan peluang kepada murid memperolehi kemahiran
dan pengetahuan sains, membina kemahiran dan strategi
berfikir, dan membina aplikasi pengetahuan dan kemahiran
dalam kehidupan tetapi juga menyemai nilai murni dan
semangat patriotisme. Adalah diharapkan proses pendidikan
menjadi wahana untuk mencapai matlamat menghasilkan
bangsa dan masyarakat yang seimbang, harmoni dan berjaya.
Kurikulum Sains Tambahan bertujuan menghasilkan murid
yang aktif melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang telah
dicadangkan. Untuk mencapai hasrat ini, murid diberi peluang
yang luas dalam penyiasatan saintifik melalui aktiviti amali dan
eksperimen. Justeru kurikulum Sains Tambahan menekankan
pendekatan inkuiri, strategi berfikir dan pembelajaran
berfikrah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bermula tahun 2012, Bahasa Malaysia boleh digunakan
sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan
pembelajaran sains dan matematik bagi murid Tingkatan 4
sehingga kohort ini tamat Tingkatan 5 pada tahun berikutnya.
Penggunaan Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia
dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di
peringkat menengah atas boleh diteruskan sehingga tahun
2015, iaitu tahun akhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
disediakan dalam dwibahasa. Langkah ini bertujuan
membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan
perubahan dari segi bahasa pengantar yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.
Kepada semua pihak yang terlibat menghasilkan spesifikasi
kurikulum terjemahan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih.
(DATO’ HAJI IBRAHIM BIN MOHAMAD) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
xi
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
PENDAHULUAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang,
harmoni dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan sains sekolah
rendah dan menengah dibangunkan dengan matlamat
membentuk individu seperti yang dihasrat.
Malaysia yang menuju kearah status negara maju, perlu
mewujudkan masyarakat yang berbudaya sains, progresif,
berilmu, berkemampuan membawa perubahan, berpandangan
jauh, inovatif serta menyumbang kepada pembangunan sains
dan teknologi dimasa hadapan. Selari dengan aspirasi ini,
pembangunan warganegara yang kritis, kreatif dan
berketerampilan, bersifat terbuka dan berdaya saing dalam
sains dan teknologi adalah diperlukan.
Kurikulum sains Malaysia merangkumi tiga mata pelajaran
sains teras dan empat mata pelajaran sains elektif. Mata
pelajaran sains teras adalah sains sekolah rendah, sains
menengah rendah dan sains menengah atas. Mata pelajaran
sains elektif ditawarkan di peringkat menengah atas dan terdiri
daripada Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan.
Mata pelajaran Sains Teras untuk sekolah rendah dan
menengah direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas
sains, menyediakan murid celik sains dan murid mampu
mengikuti sains di peringkat menengah atas. Mata pelajaran
Sains Teras menengah atas direka bentuk untuk menghasilkan
murid celik sains, inovatif dan berupaya mengaplikasikan
pengetahuan sains dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
Mata pelajaran sains elektif menyediakan murid yang
cenderung dalam bidang sains untuk menceburi kerjaya bidang
sains dan teknologi yang khusus dan profesional. Golongan
murid ini akan menjadi sumber tenaga manusia dalam sains
dan teknologi yang akan menerajui pembangunan Negara.
Setiap kurikulum mata pelajaran sains dihuraikan dalam dua
dokumen: sukatan pelajaran dan spesifikasi kurikulum.
Sukatan Pelajaran mengandungi tujuan, objektif dan garis
panduan bagi kandungan kurikulum untuk tempoh dua tahun
bagi mata pelajaran sains elektif dan lima tahun untuk mata
pelajaran Sains Teras. Spesifikasi kurikulum mengandungi
maklumat kurikulum yang meliputi tujuan dan objektif kurikulum,
penerangan kemahiran berfikir dan stategi berfkir, kemahiran
saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, stategi pengajaran dan
pembelajaran dan kandungan kurikulum. Kandungan kurikulum
mengandungi objektif pengajaran, cadangan aktiviti pengajaran,
hasil pembelajaran dan perbendaharaan kata.
1
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
MATLAMAT
Matlamat kurikulum Sains Tambahan untuk sekolah menengah
adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta
membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap
saintifik dan nilai murni.
Murid yang telah mengikuti kurikulum Sains Tambahan sekolah
menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan
mereka memperolehi pendidikan lanjutan dalam sains dan
teknologi secara rasmi dan tidak rasmi.
Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat
yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan
membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam
menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
OBJEKTIF
Kurikulum Sains Tambahan untuk sekolah menengah
membolehkan murid:
1. Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip
sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini
dengan fenomena alam semulajadi dan pengalaman
harian.
2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan
prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan
harian.
3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran
saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap
saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah,
dan membuat keputusan.
5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi
serta bersedia memberi sumbangan kepada
perkembangan sains dan teknologi.
6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan
bijak dan berkesan.
7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
8. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap
pembangunan negara dan kesejahteraan manusia
sejagat.
9. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan
sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan
akal untuk memahami fenomena alam ke arah
mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat.
2
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
10. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih
sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan
dalam pemuliharaan dan pemeliharaannya.
KEMAHIRAN SAINTIFIK
Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian
masalah. Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah,
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan.
Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk
menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik seperti
menjalankan eksperimen dan projek.
Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif.
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan
murid mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara
bersistem. Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran
yang mudah kepada yang kompleks.
Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi
seperti berikut:
Memerhati
Mengelaskan
Mengukur dan
menggunakan
nombor
Membuat
inferens
Meramalkan
Menggunakan deria penglihatan,
pendengaran, sentuhan, rasa atau bau
untuk mengumpulkan maklumat
tentang objek dan fenomena.
Mengumpulkan objek atau fenomena
berdasarkan persamaan dan perbezaan
melalui pemerhatian.
Membuat pemerhatian secara kuantitatif
dengan menggunakan nombor dan alat
berunit piawai. Pengukuran menjadikan
pemerhatian lebih jitu.
Membuat kesimpulan awal yang
munasabah yang mungkin benar atau
tidak benar untuk menerangkan sesuatu
peristiwa atau pemerhatian
Membuat jangkaan tentang sesuatu
peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau data yang
boleh dipercayai.
3
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Berkomunikasi
Menggunakan
perhubungan
ruang dan masa
Mentafsirkan
data
Mendefinisi
Menggunakan perkataan atau simbol
grafik seperti jadual, graf, rajah atau model
untuk menerangkan tindakan, objek atau
peristiwa.
Memperihalkan perubahan parameter
seperti lokasi, arah, bentuk, saiz , isipadu,
isipadu, berat dan jisim sesuatu objek
dengan masa.
Memberi penerangan yang rasional
tentang objek, peristiwa atau pola daripada
data yang dikumpulkan.
Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep
Membuat
hipotesis
Mengeksperimen
pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada
masa yang sama pemboleh ubah yang lain
dimalarkan.
Membuat sesuatu penyataan umum
tentang hubungan antara pemboleh ubah
yang difikirkan benar bagi menerangkan
sesuatu peristiwa. Pernyataan ini boleh
diuji untuk membuktikan kesahihannya.
Merancang dan menjalankan aktiviti untuk
menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan
data, mentafsirkan data sehingga
mendapat rumusan daripada aktiviti itu.
secara operasi
Mengawal
pemboleh ubah
dengan menyatakan perkara yang
dilakukan dan diperhatikan.
Mengenalpasti pemboleh ubah
dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak
balas dan pemboleh ubah yang
dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan
satu pembolehubah dimanipulasikan untuk
memerhatikan hubungannya dengan
Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam
penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan
perkara yang berikut:
menggunakan dan mengendalikan bahan dan peralatan
sains dengan betul.
mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
4
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan
tepat.
membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
menyimpan bahan dan peralatan sains dengan betul
dan selamat.
KEMAHIRAN BERFIKIR
Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan
individu menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami
dan mencorak alam sekeliling.
Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah untuk
mempertingkat daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini
boleh dicapai melalui kurikulum yang menekankan
pembelajaran berfikrah. Pengajaran dan pembelajaran yang
menekankan kemahiran berfikir dan strategi berfikir adalah
teras kepada pembelajaran berfikrah.
Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam proses ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang dapat mencungkil minda murid dan mendorongnya
untuk berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan,
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis
dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis
akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum
menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif
mempunyai daya imaginasi yang tinggi, berupaya menjanakan
idea yang inovatif dan asli, serta boleh mengubah suai idea dan
produk yang sedia ada.
Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi
peringkatnya (peringkat tinggi) yang melibatkan beberapa
langkah dan setiap langkah melibatkan beberapa kemahiran
berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi
utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir.
Kemahiran Berfikir Kritis
Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir adalah
seperti yang berikut :
Mencirikan Mengenal pasti kriteria seperti ciri,
sifat, kualiti dan unsur sesuatu
konsep atau objek.
5
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Membandingkan dan
membezakan
Mengumpulkan dan
mengelaskan
Mencari persamaan dan
perbezaan berdasarkan kriteria
seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur
sesuatu objek atau peristiwa.
Mengasingkan dan mengumpulkan
objek atau fenomena kepada
Menganalisis Mengolah maklumat dengan
menghuraikannya kepada
bahagian yang lebih kecil bagi
memahami sesuatu konsep atau
peristiwa serta mencari makna
yang tersirat.
kumpulan masing-masing
berdasarkan kriteria tertentu
seperti ciri atau sifat. Pengumpulan
ini adalah berdasarkan ciri atau
Mengesan
Kecondongan
Mengesan pandangan atau
pendapat yang berpihak kepada
atau menentang sesuatu.
sifat sepunya.
Membuat urutan Menyusun objek dan maklumat
mengikut tertib berdasarkan kualiti
atau kuantiti ciri atau sifatnya
seperti saiz, masa, bentuk atau
bilangan.
Menilai Membuat pertimbangan tentang
sesuatu perkara dari segi kebaikan
dan keburukan, berdasarkan bukti
atau dalil yang sah.
Membuat kesimpulan Membuat pernyataan tentang hasil
sesuatu kajian yang berdasarkan
kepada sesuatu hipotesis.
Menyusun mengikut
keutamaan
Menyusun objek atau maklumat
mengikut tertib berdasarkan
kepentingan atau kesegeraan.
Kemahiran Berfikir Kreatif
Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif
adalah seperti yang berikut :
6
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Menjanakan idea
Menghubungkaitkan
Membuat inferens
Meramalkan
Mengitlakkan
Menghasilkan idea yang berkaitan
dengan sesuatu perkara.
Membuat perkaitan dalam sesuatu
keadaan atau peristiwa untuk mencari
sesuatu struktur atau corak
hubungan.
Membuat kesimpulan awal yang
munasabah, yang mungkin benar
atau tidak benar untuk menerangkan
sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
Membuat jangkaan tentang sesuatu
peristiwa berdasarkan pemerhatian
dan pengalaman yang lalu atau data
yang boleh dipercayai.
Membuat pernyataan umum terhadap
sesuatu perkara untuk keseluruhan
kumpulan berdasarkan pemerhatian
ke atas sampel atau beberapa
maklumat daripada kumpulan itu.
Membuat gambaran
mental
Mensintesiskan Membuat hipotesis
Menganalogikan
Membuat tanggapan atau
membayangkan sesuatu idea,
konsep, keadaan atau gagasan dalam
minda atau fikiran.
Menggabungkan unsur yang
berasingan untuk menghasilkan satu
gambaran menyeluruh dalam bentuk
seperti pernyataan, lukisan dan
artifak.
Membuat suatu pernyataan umum
tentang hubungan antara pemboleh
ubah yang difikirkan benar bagi
menerangkan sesuatu perkara atau
peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji
untuk membuktikan kesahihannya.
Membentuk kefahaman tentang
sesuatu konsep yang kompleks atau
abstrak secara mengaitkan konsep itu
dengan konsep yang mudah atau
maujud yang mempunyai ciri yang
serupa.
7
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Mereka cipta Menghasilkan sesuatu yang baru atau
melakukan pengubahsuaian kepada
sesuatu yang sedia ada untuk
mengatasi masalah secara terancang.
Strategi Berfikir
Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti yang
berikut :
Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir
yang tersebut, kemahiran menaakul merupakan satu lagi
kemahiran yang diutamakan. Kemahiran menaakul ialah
kemahiran yang digunakan untuk membuat pertimbangan
secara logik, rasional, adil dan saksama. Penguasaan
kemahiran berfikir kritis, kreatif dan strategi berfikir menjadi
lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan membuat
penaakulan secara induktif dan deduktif. Rajah 1 memberi
gambaran keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategi
Mengkonsepsikan
Membuat
keputusan
Menyelesaikan
masalah
Membuat pengitlakan ke arah membina
pengertian, konsep atau model
berdasarkan ciri spesifik sepunya yang
saling berhubung kait.
Memilih satu alternatif penyelesaian
yang terbaik daripada beberapa
alternatif berdasarkan kriteria tertentu
bagi mencapai matlamat yang
ditetapkan.
Mencari penyelesaian yang tepat secara
terancang terhadap situasi yang tidak
pasti atau mencabar ataupun kesulitan
yang tidak dijangkakan.
berfikir.
Penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir (KBSB)
melalui pengajaran dan pembelajaran sains boleh
dikembangkan melalui peringkat berikut :
1. KBSB diperkenalkan.
2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru.
3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.
4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan
diperkembangkan dengan bimbingan guru.
5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain
untuk mencapai tugasan berfikir.
6. Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB
dalam sains diberi dalam Buku Panduan Penerapan
Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam
8
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Kritis
Pengajaran dan Pembelajaran Sains ( Pusat
Pembangunan Kurikulum, 1999)
Kemahiran Berfikir
Kreatif
Perkaitan antara kemahiran Berfikir dan Kemahiran Proses
Sains
Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk
mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat
keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental
yang menggalakkan pemikiran secara, kreatif, analitis dan
sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama
Mencirikan
Membandingkan &
membezakan
Mengumpulkan &
mengelaskan
Membuat urutan
Menyusun
mengikut
keutamaan
Menaakul
Menjana idea
Menghubungkait
Membuat inferens
Meramalkan
Membuat hipotesis
Mensintesiskan
Mengitlakan
Membuat
gambaran mental
dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin
keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan.
Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang
perlu menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan. Kemahiran
berfikir utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses
sains adalah seperti berikut :
Menganalisis
Mengesan
kecondongan
Menilai
Membuat
kesimpulan
mmmm
Menganalogikan
Mereka cipta
Strategi Berfikir
Mengkonsepsikan
Membuat keputusan
Menyelesaikan masalah
Rajah 1 : Model KBSB dalam Sains
Kemahiran Proses Sains Memerhatikan
Mengelaskan
Kemahiran Berfikir
Mencirikan
Membandingkan dan membezakan
Menghubungkaitkan
Mencirikan
Membandingkan dan membezakan
Mengumpulkan dan mengelaskan
9
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Mengukur dan
menggunakan
nombor
Membuat inferens
Meramalkan
Menggunakan
perhubungan ruang
dan masa
Mentafsir data
Menghubungkaitkan
Membandingkan dan membezakan
Menghubungkaitkan
Membandingkan dan membezakan
Menganalisis
Membuat
Menghubungkaitkan
Membuat gambaran mental
Membuat urutan
Menyusun mengikut keutamaan
Membandingkan dan membezakan
Menganalisis
Mengesan kecondongan
Membuat kesimpulan
Mengitlakkan
Menilai
Mendefinisi secara
operasi
Mengawal pemboleh
ubah
Membuat hipotesis
Mengeksperimen
Berkomunikasi
Menghubungkaitkan
Menganalogikan
Membuat gambaran mental
Menganalisis
Mencirikan
Membandingkan dan membezakan
Menghubungkaitkan
Menganalisis
Mencirikan Menghubungkaitkan
Membandingkan dan membezakan
Menjana idea
Membuat hipotesis
Meramalkan
Mensintesiskan
Semua kemahiran berfikir
Semua kemahiran berfikir
10
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Pengajaran dan Pembelajaran yang Berteraskan Kemahiran
Berfikir dan Kemahiran Saintifik
Kurikulum sains ini menekankan pembelajaran berfikrah yang
berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam
kurikulum ini, hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis
secara mengintegrasi pemerolehan pengetahuan dengan
penguasaan kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran
saintifik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
menitikberatkan penguasan kemahiran bersama dengan
pemerolehan pengetahuan, di samping penerapan nilai murni
dan sikap saintifik.
Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang
berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik serta
penerangannya.
Contoh :
Hasil Pembelajaran: Membandingkan dan membezakan unsur logam dan unsur bukan logam
Kemahiran berfikir: Membanding dan membeza.
Penerangan:
Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut,
pengetahuan tentang cirri-ciri dan kegunaan logam dan bukan
logam perlu dipelajari melalui aktiviti membandingkan dan
membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan
membezakan adalah sama penting dengan pengetahuan
berkaitan unsur logam dan unsur bukan logam. SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI
Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan
nilai positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk
adalah seperti berikut :
• minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
• jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.
• rajin dan tabah.
• bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta
terhadap alam sekitar.
• menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara
untuk memahami alam.
• menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan
sihat.
• menghargai keseimbangan alam semula jadi.
• berhemah tinggi dan hormat -menghormati.
• menghargai sumbangan sains dan teknologi.
11
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
• mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.
• berfikiran kritikal dan analitis.
• luwes dan berfikiran terbuka.
• baik hati dan penyayang.
• bersifat objektif.
• sistematik.
• bekerjasama.
• adil dan saksama.
• berani mencuba.
• berfikir secara rasional.
• yakin dan berdikari.
Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku
mengikut peringkat berikut :
• menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap
melibatkan kerja amali, guru perlu sentiasa mengingatkan murid
dan memastikan mereka menjalankan eksperimen secara
berhati-hati, bekerjasama dan jujur.
Perancangan yang rapi adalah diperlukan untuk
mengoptimumkan penerapan sikap saintifik dan nilai murni
semasa pelajaran sains. Guru perlu meneliti semua hasil
pembelajaran dalam sesuatu bidang pembelajaran yang
berkaitan termasuk hasil pembelajaran tentang penerapan
sikap saintifik dan nilai murni sebelum memulakan pelajaran.
Berikut diberi contoh objektif pembelajaran yang berkaitan
dengan penerapan sikap saintifik dan nilai murni.
Contoh :
saintifik dan nilai murni.
• memberi perhatian kepada sikap dan nilai murni.
• menghayati dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai
murni.
Peringkat ini perlu diambil kira oleh guru semasa merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains agar penerapan
sikap saintifik dan nilai murni berlaku secara berkesan dan
berterusan. Sebagai contoh, semasa pengajaran yang
Tingkatan:
Bidang Pembelajaran:
Objektit Pembelajaran:
Hasil Pembelajaran:
Tingkatan Empat
10 . Sistem Respirasi
10.5 Menghargai organ respirasi yang sihat.
1. Mengamalkan gaya hidup
sihat 2. Memelihara udara yang
sihat dan pemuliharaan persekitaran .
12
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Cadangan aktiviti
pembelajaran:
Sikap saintifik dan nilai murni:
Penerapan Unsur Patriotisme
1. Membincangkan gaya hidup yang sihat seperti menjauh daripada merokok dan kerap bersenam.
2. Melakukan persembahan power point mengenai pemeliharaan udara dan pemuliharaan persekitaran
3. Menghargai sumbangan sains dan teknologi.
Menyayangi dan menghargai alam sekitar. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri, orang lain dan alam sekitar.
Menghargai keseimbanga alam. Sistematik.
Bekerjasama.
dalam ekosistem, murid akan belajar mengenai kekayaan
biodiversiti negara, mereka akan menghargai kepelbagaian dan
keunikan sumber semulajadi negara dan meningkatkan
kecintaan kepada negara.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains
mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah
adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran
dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda
seseorang murid ke tahap yang optima. Pembelajaran berfikrah
dapat mencetuskan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti
inkuiri, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan
pembelajaran masteri. Aktiviti yang dirancang dalam
pembelajaran berfikrah mestilah yang dapat mencetuskan
pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin.
Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan
strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan
atau masalah yang beraras tinggi diberikan kepada murid dan
murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya
Kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur
patriotisme di kalangan murid. Sebagai contoh, dalam
pembelajaran proses pengkolonian dan proses sesaran di
kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan
13
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan
penerapan nilai murni dan sikap saintifik.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Inkuiri penemuan
Inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan
pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am
bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu
fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan
sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku
apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid
sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan
menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan
sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami
konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut. Kemahiran berfikir
dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri
ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri
tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan
pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai
didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri
terbimbing.
Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan
murid belajar sesuatu bila mereka membina pemahaman
mereka sendiri. Antara unsur penting dalam konstruktivisme
ialah:
guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid
pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.
pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea
asal dengan idea baru bagi menstruktur semula idea
mereka.
murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan
pengalaman serta membuat refleksi.
Sains, Teknologi dan Masyarakat
Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat
menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan
harian mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam
pendekatan seperti pembelajaran kontekstual dan pendekatan
Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM).
Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM
diwujudkan dalam kurikulum ini. Pendekatan STM
mengesyorkan pembelajaran sains melalui penyiasatan dan
perbincangan berlandaskan isu sains dan teknologi dalam
14
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi dipelajari
bersama dengan aplikasi, sains dan teknologi serta implikasi
kepada masyarakat.
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan
dengan kehidupan murid. Dalam konteks ini murid tidak belajar
secara teori sahaja tetapi dapat menghargai kerelevanan
pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. Pendekatan
kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat
seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan.
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang
memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran
yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip
bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang.
Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar mengikut
kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi,
projek dan lawatan. Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah
pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif
pembelajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam
bentuk ‘Cadangan Aktiviti Pembelajaran’. Walaubagaimanapun,
guru boleh mengubahsuaikan cadangan pengalaman
pembelajaran jika perlu.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat
meningkatkan minat murid terhadap sains. Pelajaran sains
yang tidak menarik akan membosankan murid dan seterusnya
mempengaruhi pencapaian murid dalam sains. Penentuan
kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan
kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis
kecerdasan murid serta sumber dan prasarana yang ada. Di
samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan
pakar rujuk bidang pengajarannya, guru juga berperanan
sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru
perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di
kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu
dirancang untuk murid yang mempunyai cara belajar dan
kecerdasan yang berbeza.
Berikut diberi penerangan ringkas tentang beberapa kaedah
pengajaran dan pembelajaran.
15
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Eksperimen
Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan
dalam pembelajaran sains. Murid menguji hipotesis melalui
penyiasatan untuk menemui konsep dan prinsip sains tertentu
secara saintifik. Menjalankan eksperimen menggunakan
kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran
manipulatif.
Lazimnya, langkah yang diikuti secara eksperimen adalah
seperti berikut:
Mengenal pasti masalah
Membuat hipotesis
Merancang eksperimen
- Mengawal pembolehubah
- Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- Menentukan langkah menjalankan eksperimen, kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
Menjalankan eksperimen
Mengumpulkan data
Menganalisis data
Mentafsirkan data
Membuat kesimpulan
Membuat pelaporan
Dalam kurikulum ini, adalah dicadangkan selain daripada
eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang
merekabentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka
cara eksperimen yang berkenaan, data yang boleh diukur dan
bagaimana menganalisis data serta bagaimana
membentangkan hasil eksperimen mereka.
Perbincangan
Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat
berlandaskan alasan yang sahih. Perbincangan perlu dijalankan
sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti. Guru
bertindak sebagai fasilitator dan mengetuai perbincangan
dengan bertanyakan soalan yang merangsang murid untuk
mempamer kebolehan diri.
Simulasi
Aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Contoh
simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan
penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan
sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat
yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan
yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu
prinsip ataupun untuk memahami proses untuk membuat
keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau
16
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut
dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.
Projek
Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid
untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Projek mengambil
masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran
yang formal untuk dilengkapkan. Hasil projek dalam bentuk
laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru
dan murid lain. Kerja projek menggalakkan perkembangan
kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran pengurusan
masa dan pembelajaran kendiri.
Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar
Pembelajaran sains tidak hanya terhad di sekolah sahaja.
Pembelajaran sains boleh melalui lawatan ke tempat seperti
zoo, muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan
kilang. Lawatan ke tempat-tempat sedemikian boleh
menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan
bermakna. Untuk mengoptimakan pembelajaran melalui
lawatan, ia mesti dirancang secara rapi. Murid perlu
menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa
lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan.
Penggunaan Teknologi
Teknologi merupakan alat yang amat berkesan dan mempunyai
potensi yang tinggi untuk meningkatkan minat dalam
pembelajaran sains. Melalui penggunaan teknologi seperti
televisyen, radio, video, komputer dan internet, pengajaran dan
pembelajaran sains boleh menjadi lebih menarik dan berkesan.
Simulasi dan animasi berkomputer merupakan alat yang
berkesan untuk menjelaskan pengajaran dan pembelajaran
yang abstrak atau konsep sains yang sukar.
Simulasi dan animasi berkomputer juga boleh dipersembahkan
dalam bentuk perisian atau melalui laman web. Perkakasan
aplikasi seperti ‘word processers’, perisian persembahan grafik
dan hamparan elektronik adalah merupakan satu alat yang
bernilai untuk menganalisis dan mempersembahkan data.
Penggunaan teknologi lain seperti ‘data loggers’ dan antara
muka berkomputer dalam eksperimen dan projek dapat
membantu pengajaran dan pembelajaran sains berkesan.
17
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
ORGANISASI KURIKULUM SAINS
Kurikulum sains ini disusun atur mengikut beberapa tema.
Setiap tema mengandungi beberapa Bidang Pembelajaran
(BP), setiap BP mempunyai beberapa Objektif Pembelajaran
(OP) dan setiap OP mempunyai satu atau lebih Hasil
Pembelajaran (HP).
HP umum ditulis mengikut peringkat dalam domain kognitif dan
afektif. Peringkat dalam domain kognitif adalah mengetahui,
memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan
menilai. Peringkat dalam domain afektif adalah menyedari,
menghargai, menghayati, mengagumi, menyayangi,
mensyukuri, mendalami dan mengamalkan. HP dalam domain
afektif adalah tersirat dalam aktiviti pembelajaran yang
dicadangkan. Penerapan sikap siantifik dan nilai murni perlu
dijadikan teras dalam setiap aktiviti pembelajaran. Ini adalah
untuk memastikan penerapan nilai dan sikap secara spontan
dan semulajadi. HP dalam domain psikomotor adalah tersurat
dalam aktiviti pembelajaran.
HP ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.
Secara am, HP dalam sesuatu OP disusun secara berurutan
daripada mudah kepada yang lebih kompleks.
Walaubagaimanapun, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, aktiviti pembelajaran perlu dirancang dalam
perlakuan holistik dan integrasi yang membolehkan pelbagai
HP di capai mengikut keperluan dan konteks. Guru perlu
menggunakan strategi pengajaran untuk cuba mencapai HP
secara bersepadu mengikut susunan dalam spesifikasi
kurikulum.
Cadangan Aktiviti Pembelajaran memberi cadangan
pengalaman pembelajaran dan maklumat tentang skop dan
kedalaman sesuatu hasil pembelajaran. Cadangan Aktiviti
Pembelajaran diberi untuk membantu guru merancang aktiviti
yang perlu dijalankan bagi mencapai HP yang berkaitan. Satu
aktiviti mungkin dicadangkan untuk mencapai satu atau lebih
hasil pembelajaran. Pada masa yang sama, lebih daripada satu
aktiviti mungkin dicadangkan untuk satu hasil pembelajaran.
Guru boleh mengubahsuai cadangan aktiviti ini sesuai dengan
jenis kecerdasan, tahap kebolehan murid dan juga keadaan
sekeliling mereka. Guru digalakkan merekabentuk aktiviti
tambahan yang inovatif dan berkesan untuk meningkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran sains.
18
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
TEMA : PENGUKURAN DAN DAYA
BIDANG PEMBELAJARAN : 1. DAYA
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
1.1 Menganalisis daya
Membincangkan kesan daya ke atas suatu objek dari aspek : a) laju b) arah c) bentuk
Membincangkan maksud daya.
Membincangkan maksud kuantiti vektor.
Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan daya adalah suatu kuantiti vektor.
Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan daya paduan.
Melukis gambarajah untuk menunjukkan hasil tambah dua daya.
Menyelesaikan masalah yang mudah berkaitan dengan hasil tambah dua daya dengan menggunakan lukisan berskala.
Melukis gambarajah untuk menunjukkan leraian daya kepada
Murid boleh:
menyatakan maksud daya.
menyatakan kesan daya.
menyatakan maksud
kuantiti vektor.
menyatakan daya adalah
kuantiti vektor.
menyatakan maksud daya
paduan.
menambah dua daya untuk
mendapatkan daya paduan.
menyelesaikan masalah
yang mudah berkaitan dengan hasil tambah dua daya.
meleraikan daya kepada
komponen-komponennya.
mengenalpasti daya-daya
yang bertindak ke atas
kuantiti vektor – vector quantity
daya paduan – resultant force
leraian daya – resolution of force
keseimbangan daya – forces in equilibrium
19
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
BIDANG PEMBELAJARAN : 1. DAYA
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
komponen-komponennya. Membuat pemerhatian terhadap suatu objek statik yang berada dalam keseimbangan. Membincangkan dan mengenal pasti daya-daya yang bertindak ke atas objek statik tersebut.
suatu objek statik yang berada dalam keseimbangan.
1.2 Memahami momentum
Membincangkan maksud momentum.
Menjalankan aktiviti untuk menyiasat prinsip keabadian momentum.
Membuat pemerhatian simulasi komputer atau video berkaitan dengan : a) pelanggaran kenyal b) pelanggaran tak kenyal
Membincangkan pelanggaran kenyal dan pelanggaran tak kenyal dari aspek keabadian momentum dan tenaga kinetik.
Menyelesaikan masalah berkaitan dengan prinsip keabadian momentum.
Murid boleh :
menyatakan maksud
momentum.
menyatakan prinsip
keabadian momentum.
menyatakan maksud
pelanggaran kenyal.
menyatakan maksud
pelanggaran tak kenyal.
menyelesaikan masalah yang melibatkan prinsip keabadian momentum.
Konsep letupan tidak dibincangkan dalam prinsip keabadian momentum.
kenyal – elastic
tak kenyal – inelastic
keabadian – conservation
pelanggaran – collision
20
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
TEMA : JIRIM DALAM ALAM SEMULAJADI
BIDANG PEMBELAJARAN : 1. TINDAK BALAS KIMIA
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
1.1 Memahami formula kimia bagi sebatian ion.
Membincangkan kegunaan valensi untuk menulis formula kimia bagi sebatian ion.
Membincangkan dan menulis formula kimia bagi sebatian ion.
Membincangkan dan mengenalpasti: a) bilangan cas positif bagi
sebation ion b) bilangan cas negatif bagi
sebatian ion
Murid boleh :
menulis simbol ion.
membina formula kimia bagi
sebatian ion.
Ion-ion positif yang dicadangkan adalah:
K+, Na+
, H+
, Mg2+
Ca2+
Pb2+
Cu2+
, ,
Ion-ion negatif yang dicadangkan adalah:
Cl-, OH-, NO3 , -
CO 2- SO 2- 3 4
1.2 Memahami tindak balas redoks
Membuat pemerhatian simulasi komputer atau tayangan video berkaitan dengan tindak balas redoks dan membincangkan tindak balas pengoksidaan, penurunan dan redoks dari aspek berikut :
a) menerima dan kehilangan
elektron b) penambahan dan penyingkiran
oksigen
Murid boleh:
menyatakan maksud
pengoksidaan.
menyatakan maksud
penurunan.
menerangkan tindak balas
redoks.
pengoksidaan – kehilangan elektron
penurunan – menerima elektron
Agen-agen pengoksidaan dan penurunan boleh dibincangkan.
tindak balas redoks – redox reaction
pengoksidaan – oxidation
penurunan – reduction
21
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
TEMA : JIRIM DALAM ALAM SEMULAJADI
BIDANG PEMBELAJARAN : 1. TINDAK BALAS KIMIA
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
Menjalankan aktiviti untuk menyiasat tindak balas pengoksidaan dan penurunan dalam satu sel kimia ringkas.
Membincangkan dan menulis persamaan seimbang ion bagi tindak balas redoks dalam satu sel kimia ringkas.
Mengumpul maklumat berkaitan dengan tindak balas redoks dalam akumulator dan sel alkali.
menulis persamaan seimbang ion bagi tindak balas redoks dalam sel kimia ringkas.
memberi contoh aplikasi
tindak balas redoks.
22
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
TEMA : JIRIM DALAM ALAM SEMULAJADI
BIDANG PEMBELAJARAN : 2. PETROKIMIA
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
2.1 Memahami penyulingan berperingkat petroleum
Membuat pemerhatian simulasi komputer atau tayangan video bagi pembentukan, pengekstrakan dan penyulingan berperingkat petroleum.
Membincangkan :
a) petroleum adalah campuran
sebatian-sebatian hidrokarbon yang boleh diasingkan melalui penyulingan berperingkat.
b) penyulingan berperingkat. Menjalankan aktiviti untuk menyiasat penyulingan berperingkat petroleum.
Mengumpul maklumat sifat-sifat fizikal hasil penyulingan berperingkat petroleum dari aspek:
a) warna b) takat didih c) kelikatan d) kebolehnyalaan
Murid boleh:
memerihalkan penyulingan
berperingkat petroleum.
menyenaraikan semua hasil penyulingan berperingkat petroleum.
memerihalkan sifat-sifat
fizikal hasil penyulingan berperingkat petroleum.
penyulingan berperingkat – fractional distillation
sifat-sifat fizikal – physical properties
kebolehnyalaan – flammability
takat didih – boiling point
kelikatan – viscoscity
23
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
Membuat lawatan ke Pusat Sains Negara atau loji penapisan minyak.
2.2 Memahami penghasilan petrokimia
Membuat pemerhatian simulasi komputer atau tayangan video bagi proses peretakan.
Membincangkan proses peretakan, contohnya peretakan nafta.
Membincangkan kepentingan peretakan hasil-hasil penyulingan berperingkat petroleum.
Mengumpul maklumat, membincangkan dan memberi contoh:
a) hasil-hasil peretakan seperti
alkena b) kegunaan hasil-hasil peretakan c) petrokimia d) kegunaan petrokimia
Mengumpul maklumat dan membincangkan kegunaan plastik, resin sintetik dan elastomer.
Murid boleh:
menyatakan maksud proses
peretakan.
memerihalkan proses
peretakan.
menyatakan kepentingan
peretakan.
memberikan contoh kegunaan hasil peretakan (petrokimia).
menyatakan maksud
petrokimia.
memberikan contoh dan
kegunaan petrokimia.
Politena juga dikenali sebagai polietilena.
Nafta bukan naftalena.
petrokimia – petrochemical
peretakan – cracking
peretakan terma – thermal cracking
peretakan bermangkin – catalytic cracking
24
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
2.3 Menilai kepentingan petrokimia
Membincangkan tentang kehidupan manusia tanpa petrokimia.
Murid boleh:
mewajarkan kepentingan
petrokimia dalam kehidupan harian.
menyenaraikan kesan
sampingan petrokimia.
Contoh-contoh produk petrokimia:
-racun perosak -kosmetik -getah sintetik -cat -baja -tekstil -perubatan
menilai – evaluating
mewajarkan – justify
25
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
TEMA : GELOMBANG
BIDANG PEMBELAJARAN : 1. GETARAN DAN PERAMBATAN GELOMBANG
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
1.1 Memahami getaran
Membuat pemerhatian terhadap suatu sistem bergetar seperti bandul ringkas atau spring berbeban.
Membuat pemerhatian simulasi komputer atau tayangan video mengenai sistem bergetar. Membincangkan amplitud, tempoh dan frekuensi.
Membincangkan hubungkait antara tempoh dan frekuensi bagi satu sistem bergetar.
Menjalankan eksperimen untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi tempoh satu sistem bergetar seperti:
a) bandul ringkas b) spring berbeban
Membuat pemerhatian dan membincangkan resonan menggunakan bandul Barton.
Mengumpul maklumat mengenai resonan dalam kehidupan harian seperti:
Murid boleh:
menerangkan maksud
sistem bergetar dan memberi contohnya.
mendefinisikan tempoh
getaran.
mendefinisikan amplitud
getaran.
mendefinisikan
frekuensi getaran.
memerihalkan fenomena resonan.
memberi contoh
resonan dalam kehidupan harian.
T: tempoh
a: amplitud
f: frekuensi
getaran – vibration
ayunan – oscillation
spring berbeban – weighted spring
tempoh – period
bandul – pendulum
26
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
a) penalaan radio b) alat tiupan (wind instrument)
1.2 Memahami perambatan gelombang
Membuat pemerhatian simulasi komputer atau tayangan video mengenai perambatan gelombang.
Membincangkan:
a) gelombang sebagai pembawa
tenaga b) gelombang melintang c) gelombang membujur
Menjalankan aktiviti menggunakan spring slinki dan tangki riak untuk menunjukkan pergerakan zarah-zarah dalam medium berkaitan dengan arah perambatan untuk:
a) gelombang melintang b) gelombang membujur
Menjalankan aktiviti menggunakan tangki riak dan stroboskop untuk menghubungkaitkan halaju, frekuensi dan panjang gelombang.
Menyelesaikan masalah berkaitan dengan halaju, frekuensi dan panjang
gelombang menggunakan rumus v=f.
Murid boleh:
menyatakan gelombang
sebagai pembawa tenaga.
menyatakan ciri-ciri
gelombang melintang.
menyatakan ciri-ciri
gelombang membujur.
membandingkan dan membezakan gelombang melintang dan gelombang membujur.
menyatakan simbol dan
unit bagi halaju, frekuensi dan panjang gelombang.
menghubungkaitkan
frekuensi(f), halaju(v) dan panjang
gelombang().
Persamaan v=fdiperkenalkan.
perambatan gelombang – wave propagation
tangki riak – ripple tank
pembawa tenaga – energy carrier
gelombang melintang – transverse wave
gelombang membujur – longitudinal wave
halaju – velocity
27
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
menyelesaikan masalah
berkaitan dengan halaju, frekuensi dan panjang gelombang.
28
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
TEMA : GELOMBANG
BIDANG PEMBELAJARAN : 2. SIFAT GELOMBANG
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
2.1 Memahami pantulan gelombang
Menjalankan aktiviti menggunakan tangki riak untuk mengkaji pantulan gelombang daripada suatu pemantul satah.
Membuat pemerhatian simulasi komputer berkaitan dengan pantulan gelombang.
Membincangkan pantulan gelombang dan melukis gambarajah gelombang untuk menunjukkan pantulan gelombang.
Mengumpul dan mentafsir data mengenai fenomena pantulan gelombang pelbagai jenis gelombang dalam kehidupan harian.
Murid boleh:
memerihalkan pantulan
gelombang.
melukis gambarajah gelombang untuk menunjukkan pantulan gelombang.
menyatakan perubahan
yang berlaku apabila gelombang dipantulkan.
memberi contoh pantulan
gelombang dalam kehidupan harian.
Hukum Pantulan perlu dibincangkan.
pantulan – reflection
pemantul satah – plane reflector
2.2 Memahami pembiasan gelombang
Menjalankan aktiviti menggunakan tangki riak untuk menyiasat pembiasan gelombang dari segi perubahan dalam:
Murid boleh :
memerihalkan pembiasan
gelombang.
pembiasan – refraction
panjang gelombang – wavelength
29
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
a) panjang gelombang b) arah perambatan gelombang.
Membincangkan perubahan halaju dan panjang gelombang dalam pembiasan gelombang.
Mengumpul dan mentafsir data mengenai pembiasan gelombang dalam kehidupan harian.
melukis gambarajah untuk menunjukkan pembiasan gelombang.
memerihalkan perubahan
halaju, arah gelombang dan panjang gelombang dalam pembiasan gelombang.
memberikan contoh
pembiasan gelombang dalam kehidupan harian.
2.3 Memahami pembelauan gelombang
Menjalankan aktiviti menggunakan tangki riak untuk menunjukkan pembelauan gelombang.
Membuat pemerhatian simulasi komputer berkaitan dengan pembelauan gelombang.
Membincangkan pembelauan gelombang.
Menjalankan aktiviti menggunakan tangki riak untuk menunjukkan pembelauan gelombang dengan:
a) saiz celah yang berbeza b) saiz halangan yang berbeza
Mengumpul dan mentafsir data
. Murid boleh:
memerihalkan pembelauan
gelombang.
melukis gambarajah menunjukkan pembelauan gelombang.
membandingkan corak
pembelauan yang dihasilkan oleh saiz celah yang berbeza.
membandingkan
gelombang yang dihasilkan oleh saiz halangan yang berbeza.
Pembelauan kelihatan paling ketara apabila saiz celah bersamaan dengan satu panjang gelombang bagi gelombang berkenaan.
pembelauan – diffraction
celah – slit
halangan – obstacle
30
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
mengenai pembelauan gelombang dalam kehidupan harian.
memberikan contoh pembelauan gelombang dalam kehidupan harian.
2.4 Memahami interferens gelombang
Menjalankan aktiviti menggunakan tangki riak untuk membuat pemerhatian terhadap:
a) interferens gelombang b) interferens membina c) interferens membinasa
Membuat pemerhatian simulasi komputer bagi interferens gelombang.
Membincangkan:
a) interferens gelombang b) interferens membina c) interferens membinasa
Membincangkan perbezaan antara interferens membina dan interferens membinasa.
Mengumpul dan mentafsir data mengenai interferens gelombang dalam kehidupan harian.
. Murid boleh:
memerihalkan interferens
gelombang.
melukis gambarajah menunjukkan interferens gelombang.
membezakan antara
interferens membina dan interferens membinasa.
memberi contoh interferens
gelombang dalam kehidupan harian.
Nod dan antinod diperkenalkan.
Inteferens membina – constructive interference
Inteferens membinasa – destructive interference
31
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
TEMA : GELOMBANG
BIDANG PEMBELAJARAN : 3. GELOMBANG BUNYI DAN GELOMBANG ELEKTROMAGNET
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
3.1 Memahami gelombang bunyi.
Membuat pemerhatian simulasi komputer atau tayangan video mengenai gelombang bunyi.
Membincangkan gelombang bunyi sebagai gelombang membujur yang memerlukan medium untuk perambatan.
Menjalankan eksperimen untuk menyiasat kesan amplitud terhadap kenyaringan bunyi dengan menggunakan penjana isyarat audio, pembesar suara, mikrofon dan osiloskop.
Menjalankan eksperimen untuk menyiasat kesan frekuensi terhadap kelangsingan menggunakan penjana isyarat audio, pembesar suara, mikrofon dan osiloskop.
Mengumpul dan mentafsir data berkaitan dengan aplikasi gelombang bunyi dalam bidang perubatan, muzik dan penerokaan sumber semula jadi.
Murid dapat :
• memerihalkan gelombang
bunyi. • menghubungkaitkan amplitud
dan kenyaringan. • menghubungkaitkan frekuensi
dan kelangsingan. • memerihalkan kegunaan
gelombang bunyi.
.
kenyaringan- loudness
kelangsingan- pitch
penjana isyarat audio- audio signal generator
pembesar suara- loudspeaker
sumber semula jadi- natural resources
32
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
3.2 Memahami gelombang elektromagnet
Membuat pemerhatian simulasi komputer dan membincangkan idea mengenai gelombang elektromagnet sebagai gelombang melintang.
Membincangkan ciri-ciri gelombang elektromagnet dari segi:
a) medium perambatan b) kelajuan perambatan dalam
vakum Mengumpul dan mentafsir data mengenai jenis-jenis gelombang elektromagnet. Melukis dan melabel kedudukan relatif bagi pelbagai jenis gelombang elektromagnet berdasarkan frekuensi dan panjang gelombang.
Mengumpul maklumat mengenai kegunaan gelombang elektromagnet dalam bidang perubatan, pertanian, telekomunikasi dan industri.
. Murid boleh:
menyatakan gelombang
elektromagnet sebagai gelombang melintang.
menyatakan ciri-ciri
gelombang elektromagnet.
menyenaraikan jenis-jenis gelombang dalam spektrum elektromagnet.
melukis spektrum
elektromagnet untuk menunjukkan kedudukan relatif pelbagai gelombang elektromagnet berdasarkan frekuensi dan panjang gelombang.
menyenaraikan aplikasi
gelombang elektromagnet.
Jenis-jenis gelombang elektromagnet termasuk sinar gama, sinar X, ultraungu, cahaya tampak, infra merah, gelombang mikro dan gelombang radio.
Radiasi infra merah juga dikenali sebagai radiasi haba.
qelombang mikro – microwave
ultraungu – ultraviolet
cahaya tampak – visible light
33
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
3.3 Menyedari Kesan-kesan berfaedah dan berbahaya gelombang elektromagnet
Membincangkan:
a) faedah gelombang
elektromagnet b) kesan berbahaya gelombang
elektromagnet c) kaedah menggunakan
peralatan yang mempunyai gelombang elektromagnet untuk mengurangkan kesan-kesan berbahaya gelombang elektromagnet
. Murid boleh:
menerangkan kesan
berfaedah gelombang elektromagnet.
menerangkan kesan
berbahaya gelombang elektromagnet.
mencadangkan cara
meminimumkan kesan berbahaya penggunaan peralatan yang mengeluarkan gelombang elektromagnet.
berfaedah – beneficial
berbahaya – harmful
34
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
TEMA : PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI
BIDANG PEMBELAJARAN : 1. BAHAN-BAHAN TERMAJU
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
1.1 Memahami bahan termaju
Membincangkan maksud bahan termaju.
Mengumpul maklumat mengenai bahan termaju seperti polimer (plastik), optik gentian, getah tervulkan, bahan-bahan komposit dan teflon.
Murid boleh:
menyatakan maksud bahan
termaju.
memerihalkan contoh
bahan termaju.
Bahan termaju digunakan dalam teknologi terkini.
bahan termaju – advanced materials
1.2 Memahami perkembangan bahan termaju
Mengumpul maklumat dan mentafsir data dalam bahan termaju seperti polimer (plastik), optik gentian, getah tervulkan, bahan komposit dan teflon.
Membincangkan ciri-ciri bahan termaju seperti polimer (plastik), optik gentian, getah tervulkan, bahan komposit dan teflon.
Murid boleh:
menyatakan kegunaan
bahan termaju.
memerihalkan keperluan bagi mengembangkan bahan termaju.
menerangkan melalui
contoh sifat bahan termaju.
1.3 Menilai bahan termaju
Membincangkan:
a) kepentingan bahan termaju. b) menjana idea mengenai
aplikasi yang mungkin bagi bahan termaju.
Murid boleh:
menerangkan kepentingan
bahan termaju.
mensintesis idea mengenai aplikasi yang mungkin bagi bahan termaju.
35
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
TEMA : PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI
BIDANG PEMBELAJARAN : 2. BIOTEKNOLOGI
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
2.1 Memahami penapaian dalam penghasilan makanan dan antibiotik.
Membincangkan proses penapaian.
Mengumpul maklumat mengenai penapaian dan membincangkan kegunaannya dalam:
a) industri pemakanan b) farmaseutikal iaitu penghasilan
antibiotik. Membincangkan pembuatan yogurt (susu masam).
Murid boleh:
menyatakan maksud
penapaian.
memerihalkan proses
penapaian.
memberikan contoh penggunaan penapaian dalam industri pemakanan.
memberikan contoh
penggunaan penapaian di dalam industri farmaseutikal.
menerangkan penghasilan
yogurt.
Jangan makan yogurt yang disediakan di dalam makmal sekolah.
penapaian – fermentation
tairu/susu masam – yoghurt
2.2 Memahami kultur tisu.
Membincangkan pengklonan dan kultur tisu.
Murid boleh:
menyatakan maksud kultur
tisu.
Hanya penerangan ringkas tentang kultur tisu diperlukan.
kultur tisu – tissue culture
pengklonan – cloning
36
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
Membincangkan perkara-perkara berikut:
a) proses kultur tisu. b) kelebihan dan kekurangan
kultur tisu. Membuat pemerhatian mengenai kultur tisu melalui tayangan video.
Membuat lawatan ke pusat penyelidikan pertanian yang menjalankan penyelidikan tentang kultur tisu.
menyatakan maksud
pengklonan.
memerihalkan proses kultur
tisu.
menyenaraikan kelebihan
dan kekurangan kultur tisu.
2.3 Memahami kegunaan kejuruteraan genetik.
Membincangkan gen sebagai unit asas keturunan (sistem penyimpanan data).
Membuat pemerhatian simulasi komputer atau tayangan video mengenai kejuruteraan genetik.
Membincangkan kejuruteraan genetik.
Mengumpul maklumat dan membahaskan kegunaan kejuruteraan genetik dalam:
a) penghasilan insulin. b) pengubahsuaian genetik
. Murid boleh:
menyatakan gen sebagai
unit asas dalam keturunan (sistem penyimpanan data).
menyatakan maksud
kejuruteraan genetik.
memberikan contoh aplikasi
dalam kejuruteraan genetik.
menyenaraikan kebaikan
kejuruteraan genetik.
kejuruteraan genetik – genetic engineering
37
SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 5
Objektif
Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Nota
Perbendaharaan Kata
organisma/makanan/hasil tanaman.
Mengumpul maklumat dan membahaskan kelebihan dan keburukan yang mungkin serta isu-isu moral dalam kejuruteraan genetik.
menyatakan isu-isu moral dan kekurangan yang mungkin dalam kejuruteraan genetik.
2.4 Menyedari kepentingan bioteknologi
Membincangkan konsep bioteknologi.
Membincangkan:
a) penggunaan bioteknologi dalam
industri pemakanan, perubatan, pertanian, pengeluaran dan perkhidmatan. (contoh: bakteria digunakan dalam membersihkan tumpahan minyak)
b) impak bioteknologi dalam
kehidupan Mengumpul maklumat dan membincangkan prospek (peluang masa depan) bioteknologi seperti dalam penghasilan makanan contoh GMF (genetically modified food).
Murid boleh:
menyatakan maksud
bioteknologi.
menentukan peranan
bioteknologi.
memberikan contoh-contoh
penggunaan bioteknologi.
memerihalkan impak
bioteknologi.
menjana idea atau aplikasi yang mungkin dalam bioteknologi.
Bioteknologi dalam perkhidmatan pembersihan. (contoh: bakteria digunakan dalam pembersihan tumpahan minyak).
pengubahsuaian genetik – genetic modification
peluang masa depan – prospects
38