Download - Rumusan Nota Pengurusan Pembelajaran
KPS3014 D20131063691
PENGURUSAN PEMBELAJARAN
(KPS 3014)
NAMA : MOHD HAFIZ BIN MOHD SALLEH
NO MATRIKS : D20131063691
SEMESTER : 4
KUMPULAN : G
NAMA PENSYARAH : ENCIK ABU BAKAR BIN
YUSUF
KPS3014 D20131063691
TAJUK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Pada permulaan kami didedahkan dengan beberapa tajuk-tajuk yang akan
dibincangkan dalam kuliah. Sesi pembelajaran dimulakan dengan
kumpulan yang pertama untuk membentangkan berkaitan tajuk
‘Sosiologi dan Pembelajaran’. Melalui sesi pembelajaran kali ini, guru
menerangkan dengan lebih lanjut tentang pengertian sosiologi iaitu
mempelajari masyarakat, perilaku masyarakat, dan perilaku sosial
manusia dengan mengamati perilaku kelompok yang dibangunnya serta
ilmu-ilmu yang berkaitan dengan sosiologi. Di samping itu, turut dikaitkan
dengan pencetus sosiologi, Augustu Comte yang dikenali sebagai ‘bapak
sosiologi’, Emile Durkheim (ilmuwan sosial Perancis), Herbert Spencer
(ilmuwan Inggeris) serta Lester F.Ward (ilmuwan Amerika). Ilmuwan
tersebut turut mencetuskan tahap-tahap perkembangan intelektual
termasuklah tahap teologis, tahap metafisis dan tahap positif. Guru turut
meyenaraikan antara ilmuwan besar dalam bidang sosiologi ini. Di
samping itu, guru membincangkan tentang sosiologi yang diperkenalkan
Augutu Comte termasuklah sosiologi statis dan sosiologi dinamis serta
daripada beberapa ilmuwan dalam bidang ini.
Secara amnya, sosiologi dan pembelajaran penting dalam
pendekatan pengajaran guru kerana dengan ini murid mampu
membentuk konsep diri yang positif serta meningkatkan kualiti hidup
KPS3014 D20131063691
serta daya social pergaulan bersama rakan sebayanya. Sosiologi juga
dikaitkan dengan objek iaitu masyarakat yang memerlukan ilmu sosiologi
bagi meningkatkan kemampuan seseorang untuk menyesuaikan diri atau
beradaptasi dengan lingkungan sosialnya. Setelah selesai
membincangkan berkaitan topic yang dipelajari, guru mengadakan aktiviti
yang dikenali sebagai ‘kenali rakan anda’. Setiap pelajar diagihkan
kepada beberapa kumpulan dengan diberi nombor. Pelajar tidak
mengenali antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut. Oleh itu,
aktiviti ini berupaya membuatkan pelajar tersebut kenal antara satu sama
lain. Pelajar diberi kertas dan diminta memberi ‘first impression’ terhadap
ahli kumpulan tersebut. Melalui aktiviti yang dijalankan, hal ini dapat
dirumuskan bahawa hubungan yang baik dapat diwujudkan sekiranya
pelajar memahami pengertian sosiologi dengan baik.
TAJUK 2 : INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
Sesi pembelajaran diteruskan dengan topik ‘Interaksi dan
Pembelajaran’. Guru menerangkan dengan lebih lanjut bentuk-bentuk
interaksi dalam pembelajaran. Interaksi dalam pembelajaran membawa
maksud satu jalinan hubungan di antara guru dan pelajar. Guru dan
pelajar akan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain supaya saling
melengkapi. Interaksi antara individu merangkumi 3 kategori termasuklah
percakapan guru, percakapan pelajar dan kesenyapan. Percakapan guru
terbahagi kepada pengaruh langsung dan pengaruh tidak langsung. Guru
KPS3014 D20131063691
turut mendedahkan berkaitan jenis-jenis interaksi seperti interaksi sehala,
interaksi dua hala, dan interaksi pelbagai hala.
Tambahan pula, interaksi antara pelajar dan guru amatlah penting
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) kerana ia dapat memastikan
murid faham mengenai sesuatu pelajaran. Dalam pengajaran, guru harus
memastikan objektif dan sasarannya dapat dicapai, dengan adanya
interaksi ini, ia akan meningkatkan kefahaman dan minat pelajar.
Interaksi sehala melibatkan pendekatan yang lebih memusatkan
kepada guru manakala interaksi dua hala melibatkan perbincangan atau
kaedah menyoal. Interaksi pelbagai hala melibatkan pendekatan
kumpulan atau kaedah projek serta kaedah menyelesaikan masalah.
Terdapat dua aktiviti yang dijalankan termasuklah ‘copy paste’, menara
impian dan bakat lakonan. Melalui aktiviti yang dijalankan, pelajar dapat
memahami interaksi yang sesuai digunakan bagi memastikan proses P&P
berjalan dengan lancar.
TAJUK 3 :KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR.
Sesi pembelajaran diteruskan lagi dengan tajuk seterusnya iaitu
‘Kajian Pengurusan Pembelajaran Pelajar’. Namun, penekanan diberikan
pada dua subtopik, perspektif multidisiplin pengurusan pembelajaran dan
kajian-kajian pengurusan pembelajaran pelajar. Guru menerangkan
dengan lebih lanjut berkaitan definisi multidisiplin dan perkaitan dengan
KPS3014 D20131063691
guru dan pelajar. Multidisiplin merujuk kepada kepelbagaian bentuk yang
dialami dalam melaksanakan pendidikan di dalam sesebuah negara
seperti bidang ekonomi, agama dan sains. Guru turut mendedahkan
ilmuwan yang membincangkan tentang multidisiplin seperti Santa Fe
Instate dan Murray Gell. Di samping itu, guru turut memperkenalkan
tokoh-tokoh yang membicarakan tentang kajian-kajian pengurusan
pembelajaran pelajar termasuklah Muhammad Bustaman dan Abd
Rahman Rashid. Antara kajian yang dijalankan bagi meningkatkan
standard kualiti pengurusan pembelajaran termasuklah pengurusan masa
guru yang berkesan, kaedah pembelajaran semasa, teknik pengajaran
yang sesuai dengan keadaan semasa dan sukatan buku teks.
Aktiviti yang dijalankan ialah menjawab soalan matematik dalam
bahasa Inggeris dan menggunakan bahan bantu mengajar dalam subjek-
subjek tertentu seperti Sejarah bagi menarik minat pelajar. Melalui aktiviti
yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa pendekatan guru itu sendiri
dalam menyampaikan maklumat kepada para pelajarnya merupakan
aspek penting bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Guru perlu
mengaplikasikan kemudahan yang sedia ada. Selain itu, perspektif
multidisiplin yang memerlukan kreativiti guru dalam memastikan proses
p&p berjalan dengan lancar. Contohnya seperti pelaksanaan PPSMI yang
membantu pelajardalam memperbaiki tahap kefahaman mereka bagi
mata pelajaran bahasa Inggeris.
TAJUK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI.
KPS3014 D20131063691
Sesi pembelajaran kali ini diteruskan lagi dengan tajuk ‘Kepimpinan
dan Organisasi’. Guru memberikan pendedahan berkaitan gaya
kepimpinan yang perlu diterapkan kepada setiap guru. Guru turut
menjelaskan tentang organisasi yang terdapat di sekolah yang diketuai
oleh pengetua, penolong-penolong kanan, guru serta pelajar. Di samping
itu, guru mendedahkan bidang- bidang tugas bagi pengetua, penolong
kanan, kaunselor dan guru kanan mata pelajaran. Selain itu, guru turut
membincangkan gaya kepimpinan yang diamalkan di sekolah
termasuklah autokratik, demokratik, laissez-faire dan kontigensi.
Autokratik merupakan kepimpinan yang bercorakkan mutlak. Guru
menerima arahan daripada pengetua tanpa banyak soal manakala
demokratik pula lebih bersifat liberal. Pengetua akan berbincang bersama
guru malahan guru diberi peluang untuk memberi pandangan serta
pendapat masing-masing. Laissez-faire pula bertentangan sifatnya
dengan autokratik dengan memberi kebebasan, kurang unsure-unsur
kawalan dan kurang memberi pandangan. Pengetua hanya bertindak
sebagai pemerhati senyap. Hal ini berbeza dengan kontingensi yang lebih
mengamalkan tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk
memimpin dan mentadbir organisasi sekolah.
Kepimpinan yang dijalankan mengikut situasi. Terdapat beberapa
tokoh yang membicarakan tentang kepimpinan bilik darjah termasuklah
Hook dan Vass yang mendefinisikan kepimpinan sebagai satu kemahiran
di mana guru menggunakan kepimpinan untuk mengurus dirinya sendiri
dan berkomunikasi dengan yang lain, mengaitkan perkara yang berlaku
sehari-hari dengan interaksi dua pihak, menyampaikan visi kepada murid-
KPS3014 D20131063691
murid dan meyakinkan mereka supaya mengikut. Guru juga
menyenaraikan ciri kepimpinan berkesan yang dicetuskan oleh Shippen.
Tambahan pula, guru turut menjelaskan definisi gaya pengajaran serta
jenis gaya pengajaran yang diamalkan seperti pengajaran secara tidak
langsung dan pengajaran secara langsung. Antara aktiviti yang dijalankan
ialah kemahiran membuat lukisan yang bercorakkan alam sekitar. Aktiviti
yang dijalankan berkaitan subtopik gaya kepimpinan. Ketua yang dilantik
diminta ke hadapan dan diarahkan untuk memilih corak kepimpinan yang
ada seperti autokratik, demokratik, laissez-faire dan kontigensi serta
mengaplikasikan konsep tersebut dalam kumpulan masing-masing
KPS3014 D20131063691
TAJUK 5 : PENGURUSAN MURID.
Sesi pembelajaran diteruskan lagi dengan tajuk ‘Pengurusan Murid’.
Guru menjelaskan aspek-aspek yang perlu ditekankan dalam topik ini
termasuklah mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan
memotivasikan murid. Sistem Maklumat Murid Berkomputer ini terdapat
maklumat mengenai butir-butir peribadi murid yang telah direkodkan.
Dalam sistem ini mencakupi maklumat senarai rekod kesihatan murid
seperti penyakit alahan, semput, sakit jantung dan sebagainya. Maklumat
ini sangat penting sebagai langkah-langkah keselamatan. Rekod
kedatangan harian murid juga terdapat di dalam sistem ini. Sistem
maklumat berkomputer ini juga memudahkan urusan pertukaran sekolah
dan memudahkan pendaftaran. Guru perlu menitikberatkan pemantapan
system pengurusan pelajar seperti kad 001 pelajar, profil murid perlu
kemas dan perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku
pelajar. Selain itu, konsep kesediaan pelajar juga perlu diambil kira dari
segi kesediaan kognitif, afektif dan psikomotor.
KPS3014 D20131063691
Kesediaan kognitif lebih berkait rapat dengan mental untuk
memahami dan berfikir. Manakala, kesediaan afektif merujuk kepada
sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilainya untuk
menerima pelajaran yang disampaikan. Kesediaan psikomotor merujuk
kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal
termasuklah perkembangan fizikal iaitu fungsi anggota dan pengawalan
penyelarasan penggerak di dalam seluruh tubuh badan.
TAJUK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH.
Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua
pengurusan sumber yang perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan
sumber manusia dan sumber fizikal. sumber manusia merupakan satu
faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi
untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat
dilestarikan secara optimum. Manakala, Sumber fizikal adalah sumber
yang berkaitan dengan kebendaan atau alam semula jadi. Manakala
sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu
merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya
seperti kerusi meja untuk pelajar dan guru, papan hitam, papan
KPS3014 D20131063691
kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu mengajar (ABM) dan
sebagainya.
Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu
adalah ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu
pengurusan bilik darjah, ilmu pengurusan iklim bilik darjah, dan ilmu
pembelajaran dan pengajaran. Kesemua aspek ini perlu dikuasai oleh
seseorang guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran juga
diperlukan untuk mengurus bilik darjah. Kemahiran pengurusan sumber
fizikal, bahan mengajar, pengurusan kaunseling, kemahiran pengajaran
dan pembelajaran serta kemahiran pengurusan sumber manusia. Strategi
yang berkesan juga diperlukan sewaktu mengurus bilik darjah.
Antara strateginya adalah seperti perancangan murid, perancangan
bilik darjah, wujudkan suasana kondusif, dan menyampaikan pengajaran
dengan menggunakan teknologi terkini. Antara aktiviti adalah senaman
untuk kami hilangkan mengantuk, susunan kotak mancis untuk melihat
kumpulan mana boleh membuat satu menara yang paling tinggi dan
kukuh. Selain itu, aktiviti susunan puzzle di mana diberi satu puzzle untuk
disusun dan bagaimana untuk interaksi dengan ahli kumpulan yang lain
untuk menyiapkan tugasan dan aktiviti-aktiviti lain juga.
KPS3014 D20131063691
TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber ialah segala usaha guru bagi melengkapkan
pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui
penggunaan sumber-sumber pembelajaran. Antara sumber yang sering digunakan oleh pelajar
dan guru di sekolah ialah pusat sumber. Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah sebuah tempat
yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus
secara sistematis.
KPS3014 D20131063691
Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi
memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran
maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan
berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat sumber sekolah merupakan institusi yang paling
utama di dalam sistem pendidikan negara kerana peranan yang dimainkannya sebagai tempat
menyediakan bahan, khidmat, kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan
bahan, bahan dengan murid dan guru dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan
kecekapan dan kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini
lebih sesuai digunakan oleh guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan
rohani murid-murid. Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru
menghadapi murid pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk
murid belajar untuk kadar masing- masing pada setiap masa dan di tempat pilihan mereka.
Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran
termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna
untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai
media pendidikan. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang boleh membantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru atau murid. Antara komponen
pembelajaran berasaskan sumber ialah (1) penggunaan buku teks, (2) aktiviti penelitian, (3)
pencarian bahan dari pelbagai sumber, (4) latihan penyelesaian masalah dan (5) penggunaan
alat pandang dengar.
Strategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan
bahan pembelajaran. Bahan-bahan yang digunakan ialah seperti carta, graf, peta specimen,
model gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebih canggih adalah
pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROOM, komputer multimedia, cakera padat
interaktif, bahan daripada internet, persidangan-tele dan persidangan-video. Strategi ini
memupuk sifat-sifat sosial yang positif khasnya bila murid dan guru berkongsi sumber dan
bahan.
Selain itu, guru perlu memainkan peranan yang penting bagi menanam minat
membaca dalam kalangan murid. Dengan membaca pelbagai jenis buku, murid akan
KPS3014 D20131063691
mendapat pelbagai ilmu pengetahuan secara tidak langsung. Koleksi bahan buku dan bukan
buku yang juga boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi
keperluan guru atau murid. Seterusnya, dengan adanya pusat sumber ini hasrat kerajaan akan
tercapai iaitu bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani serta menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Oleh itu, pihak guru perlu
menjalankan pelbagai aktiviti supaya hasrat kerajaan tercapai seperti mengadakan
melaksanakan Program Galakan Membaca di sekolah. Justeru, PSS perlu membina koleksi
bahan bacaan tambahan (BBT) yang berkualiti dan pelbagai bagi menarik minat membaca
dan seterusnya amalan pembelajaran sepanjang hayat.
TAJUK 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK
DARJAH/MAKMAL/STUDIO/DLL).
Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua
pengurusan sumber yang perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan
sumber manusia dan sumber fizikal. sumber manusiamerupakan satu
faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk
kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat
KPS3014 D20131063691
dilestarikan secara optimum. Manakala, Sumber fizikal adalah sumber
yang berkaitan dengan kebendaan atau alam semula jadi. Manakala
sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu
merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya
seperti kerusi meja untuk pelajar dan guru, papan hitam, papan
kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu mengajar (ABM) dan
sebagainya.
Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu
adalah ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu
pengurusan bilik darjah, ilmu pengurusan iklim bilik darjah, dan ilmu
pembelajaran dan pengajaran. Kesemua aspek ini perlu dikuasai oleh
seseorang guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran juga
diperlukan untuk mengurus bilik darjah. Kemahiran pengurusan sumber
fizikal, bahan mengajar, pengurusan kaunseling, kemahiran pengajaran
dan pembelajaran serta kemahiran pengurusan sumber manusia. Strategi
yang berkesan juga diperlukan sewaktu mengurus bilik darjah. Antara
strateginya adalah seperti perancangan murid, perancangan bilik darjah,
wujudkan suasana kondusif, dan menyampaikan pengajaran dengan
menggunakan teknologi terkini.
TAJUK 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU.
KPS3014 D20131063691
Pelajar bersetuju bahawa disiplin ialah latihan supaya boleh
mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan. Majoriti
pelajar mengatakan bahawa kepatuhan kepada peraturan sekolah boleh
membentuk pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab dan disiplin
diadakan untuk mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah.
Sebahagian besar pelajar berpendapat disiplin sekolah amat penting
untuk menjamin kesejahteraan pelajar, guru dan sekolah bahkan mereka
bersetuju bahawa penerangan mengenai peraturan sekolah telah
disebarkan secara terperinci kepada pelajar. Majoriti pelajar juga
berpendapat peraturan sekolah yang sedia ada perlu diubah suai
mengikut peredaran semasa tetapi ada juga pelajar yang berpendapat
peraturan yang ditetapkan di sekolah adalah sesuai dan tidak
mengongkong. Kebanyakan pelajar tidak bersetuju bahawa membentuk
disiplin secara paksaan adalah lebih berkesan kepada pelajar sekolah
kerana pelajar akan memberontak jika mereka dwipaksa melakukan
perkara yang mereka tidak suka.
Selain itu, ramai pelajar bersetuju bahawa hanya orang yang
berdisiplin sahaja boleh berjaya dan sebab itulah pelajar sentiasa
berusaha mematuhi peraturan sekolah walaupun peraturan itu tidak
rasional. Majoriti pelajar bersetuju bahawa kesedaran diri pelajar itu
sendiri lebih baik dalam membentuk disiplin yang berkesan. Oleh kerana
itu, ramai pelajar yang tidak bersetuju memakai pakaian menutup aurat
kerana terpaksa mematuhi peraturan sekolah. Dengan wujudnya
kesedaran diri sendiri berbantukan keimanan yang jitu dalam diri pelajar
KPS3014 D20131063691
dapat mendorong mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan dengan
kerelaan diri sendiri.
Guru juga memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar
selepas ibu bapa. Oleh sebab itulah hubungan yang erat antara pelajar
dan guru dapat melahirkan disiplin yang baik. Di samping itu, guru-guru
perlu menerapkan nilai-nilai murni setiap kali selepas sesi pembelajaran
sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Ramai pelajar yang tidak
bersetuju bahawa kurangnya minat dalam belajar menyebabkan mereka
melakukan kesalahan disiplin di sekolah.
Sebahagian besar pelajar bersetuju bahawa kegiatan kokurikulum
mempunyai banyak faedah kepada pelajar dan ia dapat meningkatkan
tahap dan mutu disiplin pelajar. Oleh itu, pelajar bersedia memikul
tanggungjawab apabila dilantik menjadi pengerusi persatuan atau kelab.
Guru-guru juga akan mengambil tindakan apabila pelajar tidak menghadiri
aktiviti kokurikulum untuk memastikan pelajar tidak terjebak dengan
perkara yang tidak berfaedah. Ada di antara mereka juga berpendapat
perhimpunan mingguan sekolah adalah salah satu cara untuk membentuk
disiplin pelajar. Pengawas akan mengambil tindakan ke atas pelajar-
pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Dan seterusnya guru disiplin
akan menggunakan rotan sekiranya pelajar melakukan kesalahan. Ada
juga pelajar bersetuju mengimplikasi peraturan menggantung pelajar
daripada persekolahan apabila mereka didapati bersalah melanggar
disiplin dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.
KPS3014 D20131063691
TAJUK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID.
Konsep penasihatan Zuraidah (1994), memberi nasihat adalah
strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu
yang terlibat Kamus dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk, yang baik,
peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada
seseorang tentang pelbagai hal. Gibson dan Mitchell (1999), nasihat
digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna.
Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan bertindak
Ciri-ciri penasihatan berfokus kepada permasalahan yang dihadapi
daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk
arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti
kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih
berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan. Memberi nasihat
adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika
nasihat itu meninggalkan kesan.
KPS3014 D20131063691
Tiga cara bagi menghadiri sesi kaunseling dan bimbingan iaitu
secara sukarela, rujukan (dibuat oleh pihak HEM) dan dijemput (dihantar
surat bagi menghadiri sesi tersebut). Kemudian, ciri-ciri pelajar yang perlu
diberi kaunseling dan bimbingan ialah murid yang mempunyai masalah
sahsiah, masalah peribadi dan masalah disiplin (terutamanya pelajar
asrama).
Kaedah mentadbir satu organisasi ialah secara bimbingan.
Kaunseling. Melalui bimbingan, masalah dapat diselesaikan. Sebagai
contoh ; masalah pembelajaran. Manakala melalui kaunseling, masalah
seperti rakan sebaya, jati diri dan ibu bapa pula akan diselesaikan.
Pengurusan di sekolah ini menyelesaikan masalah melalui empat tahap
iaitu nasihat, teguran dan amaran.
TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA.
Topik ini menyentuh mengenai kepelbagaian budaya dalam
kalangan murid. Murid yang berbeza budaya ini memerlukan pengurusan
yang baik untuk menguruskannya. Pelbagai aspek yang perlu dilihat
terlebih dahulu seperti kelas kehidupan, agama, jantina, orientasi seksual,
bahasa, umur, kenegerian, kenegaraan dan juga kaum atau etnik sebelum
pengurusan pelbagai budaya itu dijalankan. Pengurusan merentasi
budaya ini juga merangkumi pembinaan persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya iaitu yang melibatkan aspek fizikal bilik darjah, dan sudut-
sudut pembelajaran dan bacaan.
KPS3014 D20131063691
Selain itu, peranan guru juga diperlukan sebagai ‘Physical
Environment Designer’. Tambahan pula kurikulum mata pelajaran yang
diajar, penerapan nilai murni dan program Rancangan Integrasi Murid
Untuk Perpaduan turut terlibat. Isu kepelbagaian budaya murid seperti
bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, masyarakat majmuk,
penyatuan jati diri Malaysia, belia generasi negara, dan sekolah wawasan
menjadi isu dalam pengurusan pelbagai budaya ini yang perlu diambil kira
oleh semua bakal guru.
TAJUK 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA.
Di dalam topik ini, pengurusan murid merupakan satu agenda
penting dalam sebuah institusi pendidikan. Pengurusan murid yang efektif
mampu memberikan impak yang mendalam terhadap personaliti murid
seperti tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif,
KPS3014 D20131063691
intrapersonal dan interpersonal. Lantaran ini kerana ianya selaras dengan
perkara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
yang mahukan sistem pendidikan di Malaysia dapat melahirkan murid
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
(JERI). Kaedah pemulihan dan pengayaan diguna pakai bergantung
kepada masalah seseorang murid itu.
Pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu
murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran
asas membaca, menulis, dan mengira (3M). Manakala, Pengayaan
merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang
dilakukan samaada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu
persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan
pengetahuan dan pengalaman disamping mengukuhkan kemahiran yang
sedang dipelajari. Terdapat juga pelbagai kecerdasan dalam kalangan
murid. Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap
kecerdasan perlu dinilai sama rata dan sama berat.
Kecerdasan murid dapat dipertingkatkan melalui peluang
pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan
dan aktiviti yang menyeronokkan. Manakala, murid berkeperluan khas
boleh ditakrifkan sebagai golongan murid istimewa yang kurang berupaya
(disabled), murid pintar cerdas (gifted), murid berisiko (at risk) dan murid
bermasalah dari segi pembelajaran dan tingkah laku. Pengurusan murid
yang dikendalikan oleh guru di sekolah dapat membantu menarik minat
murid untuk belajar dan memperkembangkan kebolehan mereka dari segi
KPS3014 D20131063691
kognitif, afektif, dan psikomotor. Dalam tajuk, apa yang dapat lihat adalah
pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas
mempunyai hubungkait di antara satu sama lain dan guru di sekolah
haruslah kreatif dalam menjalankan P&P di dalam kelas serta bijak dalam
memberikan pendidikan kepada murid mengikut tahap mereka.
KPS3014 D20131063691
TAJUK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN.
Sudah menjadi fitrah setiap manusia yang cinta akan sesuatu yang
cantik, bersih dan ceria. Begitulah juga dengan pelajar-pelajar sekolah
yang memerlukan persekitaran sekolah yang baik bagi merangsang
pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu
pengetahuan. Jadi tidak hairanlah mengapa pihak pengurusan sekolah
amat menekankan aspek iklim dan persekitaran sekolah yang baik. Mana
mungkin pelajar dapat belajar dengan tenteram sekiranya persekitaran
sekolahnya kucar kacir, kotor, berbau dan bising.
Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif
mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan menarik, hubungan
sosial yang baik antara semua warga sekolah serta suasana kerja yang
produktif. Manakala iklim negatif atau tertutup lazimnya mempunyai
keadaan sekolah yang kucar-kacir, kurang selamat, tidak tenteram dan
teratur, malah sering menghadapi konflik dan masalah disiplin (Mok Soon
Sang, 2003).
Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa
pengaruh yang penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental,
aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di dalamnya (Abdullah
Sani bin Yahya, 2007). Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa
sekolah yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan yang
lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (Mohd
Redzauddin bin Ismail, 2008). Oleh hal yang demikian, suasana dan iklim
KPS3014 D20131063691
sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar untuk belajar
dengan tenteram dan selesa.
Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang cantik dan
ceria, pelajar tidak akan jemu untuk hadir ke sekolah lagi kerana merasa
bahagia berada di kawasan sekolah. Hal ini bukan sahaja dapat
mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malah
masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan kerana emosi pelajar tidak
terganggu. Dalam masa yang sama, sesebuah sekolah yang cantik dan
menarik pasti akan mendapat pujian daripada pelbagai pihak
terutamanya ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke
sekolah. Mereka akan bertambah yakin dengan pihak pentadbiran sekolah
yang mampu mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi membantu
proses pembelajaran anak-anak mereka.
Tetapi tidak dinafikan terdapat halangan-halangan tertentu dalam
merealisasikan hasrat tersebut. Salah satu halangan terhadap
melaksanakan sesuatu projek keceriaan biasanya timbul daripada
masalah kewangan. Dalam hal ini, semua pihak patut bekerjasama
termasuklah, pengetua, guru-guru, staf-staf sekolah, para pelajar dan
pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Pihak sekolah perlu berusaha
mencari penaja, pelajar pula boleh menjalankan kutipan derma melalui
program-program tertentu, guru-guru pula membantu para pelajar
menjalankan program-program amal. Sekiranya iklim dan persekitaran
sekolah dalam keadaan yang bersih dan ceria, sudah pasti motivasi dan
KPS3014 D20131063691
prestasi pelajar dapat ditingkatkan ke tahap yang optimum seterusnya
mewujudkan budaya sekolah yang positif.
TAJUK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN.
Setiap bakal guru perlu lah membuat persediaan dari segala sudut
sebelum melangkah ke alam persekolahan. Persediaan yang rapi
membolehkan guru menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku
ketika proses pembelajaran dijalankan. Pembelajaran akan berjalan
dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan
pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran
yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu tahu untuk menyampaikan
kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa
mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan
KPS3014 D20131063691
sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya
efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah
yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran.
Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini dan menggunakan
peralatan elektronik seperti komputer, internet, powerpoint, dan video.
Walau bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya tingkah
laku dan intonasi suara, bercerita, memek muka humor, akan tetap
menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti pengajaran secara
efektif. Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan
murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi
ke pendidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid, dan murid-guru
menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan
merasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai. Murid-
murid perlu mengenali di antara satu sama lain, saling berinterkasi dan
menggunakan panggilan baik-baik. Semasa menyampaikan pengajaran
guru seharusnya mempunyai pemikiran positif dan bersangka-suka
terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati
terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humur. Memandang terus
dan telus terhadap individu murid dan melihatnya dengan penuh empati
serta.
Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis
soalan dengan tujuan tertentu berasaskan konsep penyoalan. Di antara
tujuan penyoalan ialah mendapatkan maklumat, menguji kefahaman,
menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkan jawapan,
KPS3014 D20131063691
dan mengukuhkan pemahaman. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran amat berkait rapat dengan pengurusan bilik darjah yang
berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang suasana belajar, persekitaran
harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan. Lantaran sedemikian
akan membolehkan guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan
berkesan dan pencapaian pembelajaran maksimum.
Bilik darjah merupakan medan peranan, tanggungjawab dan
amanah seseorang guru dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya.
Seseorang guru dikategorikan sebagai efektif apabila pengajaran yang
disampaikan mendatangkan kesan positif di kalingan pelajar. Tahap
efektif guru lazimnya dikaitkan dengan tahap pencapaian pelajar sama
ada dalam perolehan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan
apresiasi. Semua ini menjadi key performance index terhadap
keterampilan guru dan guru efektif. Guru berkebolehan menjangkau
perlakuan yang akan berlaku semasa pengajaran, berjenaka deduktif, dan
menggunakan kehadirannya dalam bilik darjah dengan terbaik dan
sepenuh kebaikan.