Download - rph gurisn 2.docx
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TAHUN 2
Subjek : Dunia Seni Visual
Modul 1 : Menggambar
Tarikh : 7 September 2015
Masa : 11.20 am – 12.20 pm (60 minit)
Tahun : 2 Bestari
Bilangan Murid : 36 orang murid
Tema : Alam semulajadi
Tajuk : Pemandangan
Teknik : Gurisan
Media : Alat – Pembaris, lidi
Bahan - kertas lukisan saiz a5, oil pastel/ krayon
BBM : Flash card contoh garisan, peta alir hasilkan karya gurisan
EMK : Keusahawanan dan Kreativiti
Nilai Murni : Kebersihan
Kem. Berfikir : Peta pemikiran i-think, mengumpul maklumat
STANDARD KANDUNGAN :
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti jalinan, rupa, bentuk, keseimbangan, harmoni yang terdapat pada karya seni dalam penghasilan karya gurisan.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan karya gurisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan karya gurisan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
STANDARD PEMBELAJARAN:
1.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada karya gurisan.
1.1.1 Unsur Seni 1.1.1.1 Garisan – Pelbagai jenis garisan 1.1.1.2 Jalinan - Tampak 1.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau tertier
1.1.2 Prinsip Rekaan 1.1.1.2 Harmoni – Rupa dan warna1.1.1.3 Kontra – warna lapisan hitam
1.2 APLIKASI SENI Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya gurisan.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media seperti: 1.2.1.1 Alat – Lidi,pembaris1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan a5, krayon/oil pastel
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan gurisan.
1.3 EKSPRESI KREATIF Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya gurisan secara kreatif.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif. 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya. 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya.
1.4 APRESIASI SENI Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. 1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya. 1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menyatakan jenis-jenis garisan dan maksud gurisan.
2. Menyenaraikan alatan dan bahan serta teknik dalam penghasilan karya gurisan.
3. Menghasilkan satu karya gurisan dengan kemas dengan bimbingan guru.
4. Membuat apresiasi mudah terhadap karya gurisan sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI CATATAN
PERSEPSI ESTETIK( 10 minit)Guru menunjukkan jenis-jenis garisan menggunakan kad imbas.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang jenis garisan yang mereka tahu.
Guru bertanyakan tentang pengalaman sedia ada murid.
Murid menjawab soalan guru secara lisan.
Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini.
Murid ditayangkan kad imbas yang dibuat oleh guru.
Murid ditanyakan soalan oleh guru.
Contoh soalan:1. Apakah jenis garisan yang anda
tahu?
Beralun, zigzag, lurus, selari,
lingkaran.
i-think: Jenis-jenis garisan.
BBM:Kad imbas
TEKNIK:Soal Jawab
i-think:Peta bulatan
KECERDASAN PELBAGAI: Linguistik
Kem. Berfikir:Membanding bezaMenjelas maklumat
APLIKASI SENI(15 minit)Guru menunjukkan alat dan bahan yang digunakan untuk membuat gurisan.
Guru menerangkan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan gurisan.
Guru menerangkan kepada murid bahawa mereka akan membuat gurisan bertemakan pemandangan.
Guru mengarah murid untuk membuat kumpulan kecil bagi memudahkan mereka berkolaborasi.
Murid memerhati dan meneliti cara guru menghasilkan gurisan menggunakan carta alir yang ditunjukkan oleh guru
1. Sediakan alatan dan bahan
2. Mewarna latar belakang
3. Melapis latar belakang menggunakan warna hitam.
4. Mengguris menggunakan alatan yang tajam seperti lidi atau pembaris.
STRATEGI :Penerangan,Pemudahcara,Demonstrasi
EMK :Kreativiti,Nilai murni
BBM:Carta alir
Alat – lidi, pembaris
Bahan – Kertas lukisan,
krayon.
5. Membuat kemasan dan siap.
EKSPRESI KREATIF(20 minit)Guru memberi arahan supaya murid boleh mula menghasilkan gurisan pemandangan.
Murid menggunakan alat dan bahan yang dibawa sendiri.
Murid menghasilkan gurisan mengikut arahan yang diberi oleh guru.
Murid menghasilkan gurisan dengan kreativiti mereka sendiri.
Murid menjalankan aktiviti membuat gurisan dengan kreativiti sendiri berdasarkan langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh guru.
TEKNIK:Guru memberi bimbingan
Guru menjadi fasilitator
EMK:Kreativiti
Langkah 1
Murid menyediakan alat dan bahan untuk membuat gurisan.
Langkah 2
Murid mewarna kertas lukisan untuk dijadikan latar belakang.
Langkah 3
Lindungi warna latar belakang tersebut menggunakan krayon berwarna hitam.
Langkah 4
Mengguris menggunakan alatan seperti lidi atau pembaris.
Langkah 5
Hasil karya siap dan membuat kemasan.
APRESIASI SENI(10 minit)Murid mempamerkan hasil karya mereka .
Guru mengarah murid mempamerkan hasil karya masing-masing di hadapan kelas.
Murid menceritakan perihal gurisan yang dihasilkan kepada rakan sekelas. Guru membuat penilaian hasil karya murid.
Murid diminta membuat penilaian terhadap karya sendiri dan rakan.
Membuat penilaian berdasarkan bahasa seni visual, kekemasan, kekreatifan dan kebersihan.
Kriteria:
Penggunaan alat bahanKeaslian idea berdasarkan temaKreativiti dan Kemasan.
Asas Seni Reka:
Unsur seniPrinsip rekaan
KECERDASAN PELBAGAI:Linguistik
Nilai:Keyakinan dirikeberanian
PENUTUP(5 minit)
Guru mengulangi tajuk pada hari ini dan menerapkan nilai murni.
Merumuskan tajuk dan menerapkan nilai:
NIlai Kebersihan
Nilai:Kebersihan