PENERAPAN KEMAHIRAN ‘PERSONAL QUALITIES’ DALAM
KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN
MELALUI AKTIVITI PEMBELAJARAN.
ROSMAWATI BT MAT YAZID
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN :
2008/2009
Saya ROSMAWATI BT MAT YAZID
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Nama Penyelia
Tarikh: Tarikh:
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
υ
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
PENERAPAN KEMAHIRAN ‘PERSONAL QUALITIES’ DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN
MELALUI AKTIVITI PEMBELAJARAN
(HURUF BESAR)
PROF. MADYA DR. YAHYA B. BUNTAT LOT 93, KG TELUK
KEMUNTING, 16020 BACHOK, KELANTAN.
2009/2010
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)”.
Tandatangan : .....................................................
Nama Penyelia : Prof. Madya. Dr. Yahya B. Buntat
Tarikh : .....................................................
iii
PENERAPAN KEMAHIRAN ‘PERSONAL QUALITIES’ DALAM
KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN
MELALUI AKTIVITI PEMBELAJARAN.
ROSMAWATI BT MAT YAZID
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2010
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ...............................................
Nama Penulis : Rosmawati Bt. Mat Yazid
Tarikh : ..............................................
v
Sekalung ucapan untuk:
Buat ayahanda tersayang, Mat Yazid Bin Stafa dan
Buat bonda tercinta, Che Azizah Binti Harun,
Terima kasih kerana menjaga dan memberikan asuhan sejak aku lahir ke dunia.
Buat seluruh ahli keluarga,
Terima kasih kerana banyak membantu dan memberi dorongan kepadaku
dalam menyiapkan penyelidikan ini,
Jasa dan pergorbanan kalian terlalu sukar untuk dibalas.
Terima kasih yang tidak terhingga,
Untuk insan yang sentiasa memberi semangat kepadaku,
Mohd Al-Hafiz Bin Mohamed Nordin,
Semangat dan kasih sayangmu adalah kekuatan buat diriku.
Buat rakan-rakan seperjuangan SPA, SPE dan SPJ,
Terima kasih kerana kerjasama kalian dalam penyelidikan ini,
Gelak ketawa dan suka duka yang dikongsi bersama menjadi memori bagi diriku.
Kepada Tuhan yang Maha Esa,
Petunjuk-Mu sangat kuperlukan setiap masa.
Syukur kepadaMu kerana memudahkan segala urusanku.
vi
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur diberikan kepada Allah S.W.T. yang berkuasa
kerana dengan berkatnya saya dapat menyiapkan kajian bagi Projek Sarjana
Muda ini sebagaimana yang telah dirancang.
Pada kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
membantu saya menyiapkan kajian yang telah dijalankan pada semester ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada PM.
Dr. Yahya Bin Buntat, selaku penyelia saya yang sentiasa membimbing,
memberi tunjuk ajar, nasihat dan juga panduan yang sangat berguna kepada
saya untuk digunakan dan menyiapkan kajian ini.
Akhir sekali, terima kasih juga saya ucapkan kepada ahli keluarga dan
sahabat yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya semasa
menghasilkan kajian untuk Projek Sarjana Muda ini. Sekian, terima kasih.
vii
ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penerapan kemahiran ‘Personal
Qualities’ dalam kalangan pelajar pendidikan kejuruteraan melalui aktiviti
pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti aktiviti pembelajaran
yang digunakan untuk menerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada pelajar,
elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang diterapkan kepada pelajar semasa proses
pembelajaran, elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang utama diterapkan kepada
pelajar melalui aktiviti pembelajaran dan aktiviti pembelajaran yang berupaya
membentuk kemahiran ‘Personal Qualities’ dari perspektif pelajar. Kajian ini
berbentuk deskriptif dan melibatkan sampel seramai 40 orang responden tahun 4
kursus SPA, SPE dan SPJ. Instrumen kajian yang digunakan adalah set soal selidik.
Kaedah soal selidik Skala Likert digunakan untuk mendapatkan maklumat. Dapatan
kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) versi 16.0. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah 0.94. Hasil kajian
mendapati bahawa kaedah pengajaran yang paling kerap diamalkan oleh pensyarah
ialah kaedah pembentangan. Kemahiran ‘Personal Qualities’ yang paling banyak
diterapkan kepada pelajar ialah kemahiran bersosial. Manakala elemen kemahiran
‘Personal Qualities’ yang dianggap paling utama ialah sikap bertanggungjawab dan
kaedah pengajaran yang paling berupaya menerapkan ‘Personal Qualities’ ialah
kaedah lawatan.
viii
ABSTRACT The purpose of this research is to study about the inclusion of Personal
Qualities among engineering students through learning activities. The objectives of
this research is to identify the learning activities used to inculcate the Personal
Qualities skill among students, the elements of Personal Qualities skill which was
inculcated among student during learning process, the most important elements of
Personal Qualities skill to be inculcated through learning activities and the effective
learning activities which are able to inculcate Personal Qualities skill from student’s
perspective. This research is descriptive and involved 40 respondents from fourth
year students, courses SPA, SPE and SPJ. The research instrument is questionnaire.
Likert scale was used to obtain the information. The research finding was analysed
using the 16.0 version of the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). The
reliability value of the instrument was 0.94. This research found that the most
frequently learning activity that has been used is presentation method. The most
frequently Personal Qualities skill that has been inculcated among students is social
skill. While the most important Personal Qualities skill is responsibility and the most
affective learning activities which is able to inculcate Personal Qualities is visitation
method.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENYELIDIK iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi / Istilah 11
1.10 Kesimpulan 13
x
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kualiti kendiri (Personal Qualities) 14
2.3 Elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ 16
2.4 Pembelajaran Berkesan 19
2.5 Kaedah dan Aktiviti Pengajaran Berkesan 20
2.6 Kajian-kajian Lepas 28
2.7 Kesimpulan 32
BAB III METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 33
3.3 Lokasi Kajian 34
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 34
3.5 Instrumen Kajian 35
3.6 Prosedur Mengumpul Data 38
3.7 Analisis Data 39
3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan 41
(Kajian Rintis)
3.9 Kesimpulan 42
xi
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Data Bahagian A 44
4.3 Analisis Data Bahagian B 45
4.4 Kesimpulan 64
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan Hasil Dapatan 66
5.3 Rumusan Hasil Kajian 70
5.4 Cadangan 71
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72
5.6 Kesimpulan 73
RUJUKAN 74
LAMPIRAN 77
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skor bagi faktor demografi 36
3.2 Pemilihan Skala Likert 5 Mata bagi 37
setiap soalan daripada Bahagian B
3.3 Markat Skala Kadaran 3 Mata 37
3.4 Taburan Item-item Soal Selidik 38
3.5 Pembahagian peringkat mengikut min bagi 39
soalan kajian pertama.
3.6 Pembahagian peringkat mengikut min bagi 40
soalan kajian kedua.
3.7 Pembahagian peringkat mengikut min bagi 40
soalan kajian ketiga.
3.8 Pembahagian peringkat mengikut min bagi 41
soalan kajian keempat
4.1 Jadual Taburan Mengikut Kursus 44
4.2 Jadual Taburan Mengikut Jantina 45
4.3 Jadual Taburan Mengikut Bangsa 45
4.4 Taburan analisis aktiviti pembelajaran 47
yang digunakan untuk menerapkan
Kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada
pelajar semasa proses pembelajaran.
4.5 Taburan analisis aktiviti pembelajaran 51
yang digunakan untuk menerapkan
Kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada
pelajar semasa proses pembelajaran mengikut
min keseluruhan dan kedudukan.
xiii
4.6 Taburan analisis elemen kemahiran 53
‘Personal Qualities’ yang diterapkan kepada
pelajar semasa proses pembelajaran.
4.7 Taburan analisis elemen kemahiran 55
‘Personal Qualities’ yang diterapkan kepada
pelajar semasa proses pembelajaran mengikut
min keseluruhan dan kedudukan.
4.8 Taburan analisis elemen kemahiran 56
‘Personal Qualities’ yang utama diterapkan
kepada pelajar melalui aktiviti pembelajaran
semasa proses pembelajaran .
4.9 Taburan analisis elemen kemahiran 59
‘Personal Qualities’ yang utama diterapkan
kepada pelajar melalui aktiviti pembelajaran
semasa proses pembelajaran mengikut min
keseluruhan dan kedudukan.
4.10 Taburan analisis aktiviti pembelajaran 60
yang berupaya membentuk kemahiran
‘Personal Qualities’ dalam kalangan pelajar
semasa proses pembelajaran dari perspektif
pelajar.
4.11 Taburan analisis aktiviti pembelajaran 63
yang berupaya membentuk kemahiran
‘Personal Qualities’ dalam kalangan pelajar
semasa proses pembelajaran dari perspektif
pelajar mengikut min keseluruhan dan
kedudukan.
xiv
SENARAI SINGKATAN
UTM = Universiti Teknologi Malaysia
SPA = Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Awam
SPE = Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Elektrik
SPJ = Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Jentera/Mekanikal
SPSS = Statistical Package For The Sosial Science (Version 16) for
Windows
IPTA = Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPT = Institusi Pengajian Tinggi
KI = Kemahiran Insaniah
P&P = Pengajaran dan Pembelajaran
PTV = Pendidikan Teknik dan Vokasional
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Senarai kategori kemahiran ‘employability’ 15
berserta set kemahiran untuk setiap kategori.
2.2 Model input-output pengajaran berkesan 20
berdasarkan model Slavin (1994).
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik. 75
B Analisis Data Bagi Mendapatkan Alpha 83
Cronbach’s Menggunakan SPSS.
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Negara merupakan satu panduan bagi sistem pendidikan di
seluruh negara kita. Melalui Falsafah Pendidikan Negara yang telah dibentuk, pelbagai
usaha dan rancangan pendidikan diadakan untuk mencapai target pendidikan dan
matlamat pendidikan negara. Berdasarkan Rang Undang-undang Pendidikan 1995,
sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf
dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara. Bagi melahirkan insan yang
berkualiti, pendidikan memainkan peranan penting dalam menerapkan ilmu pengetahuan
yang cukup serta kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar-pelajar.
Perubahan dan peredaran masa telah menyebabkan faktor pemilihan tenaga kerja
berubah. Pada masa kini kebolehpasaran graduan bukan lagi hanya bergantung kepada
kecemerlangan akademik seseorang semata-mata, tetapi kualiti kendiri seseorang
individu itu sendiri boleh mempengaruhi kebolehpasaran seseorang graduan. Selain
daripada kecemerlangan akademik dan ko-kur ikulum, kemahiran ‘Personal Qualities’
juga perlu diterapkan dalam kalangan pelajar sesuai dengan kehendak idustri semasa.
2
Kemahiran ‘Personal Qualities’ merupakan salah satu bahagian daripada
kemahiran ‘employability’ yang sangat berguna dalam industri. Kebanyakan majikan
menjadikan kemahiran ‘employability’ sebagai satu kemahiran yang wajib ada pada
semua graduan. Menurut Lankard (1987), ramai pekerja percaya bahawa kemahiran
‘Personal Qualities’ merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang dan menjamin
peluang untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut Robinson (2000), dalam artikel yang
bertajuk “What Are Employability Skills?” menyatakan bahawa kemahiran persediaan
pekerjaan telah dikelaskan kepada tiga set iaitu kemahiran asas akademik, kemahiran
berfikir aras tinggi dan kemahiran kualiti kendiri atau ‘ Personal Qualities’. Manakala
Sheldon (2005), menyatakan kemahiran kebolehpasaran yang diberi fokus baru ialah
nilai murni pekerja, kelakuan, personal dan kualiti kendiri pada diri seseorang pekerja.
Hal ini membuktikan bahawa ‘Personal Qualities’ juga penting bagi menempatkan diri
dan bersaing dalam industri.
Dalam institusi pendidikan, pengajar memainkan peranan penting dalam
mendidik dan menyampaikan ilmu kepada pelajar. Menurut Hussain et. al. (2008), selain
daripada ilmu akademik, pengajar juga berperanan untuk menerapkan kemahiran dan
nilai-nilai untuk melahirkan pelajar yang berpesonaliti dan sahsiah yang baik. Penerapan
kemahiran ‘Personal Qualities’ boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah yang digunakan
oleh pengajar semasa proses pengajaran dalam kelas. Graduan yang berpesonaliti dan
mempunyai nilai kendiri yang tinggi mempunyai peluang yang tinggi untuk merebut
peluang pekerjaan dalam industri.
Menurut Dasar Pendidikan Negara, terdapat banyak institusi pendidikan telah
ditubuhkan di negara kita untuk menampung jumlah pelajar yang mengikuti pendidikan
tinggi. Pembangunan ini selaras dengan kehendak kerajaan untuk mencapai kemajuan
negara pada tahun 2020 dalam bidang perindustrian, perdagangan dan pertanian. Sistem
pendidikan yang berkualiti mampu menyediakan pelajar atau diri individu untuk
memasuki sesuatu pekerjaan serta mempertingkatkan kecekapan dan kemahiran mereka
melalui sistem pendidikan yang menekankan aspek kemahiran ‘Personal Qualities’
disamping penerapan kemahiran dan aktiviti teknikal.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Kemahiran ‘Personal Qualities’ ialah satu kemahiran bukan teknikal yang perlu
diterapkan dalam proses pendidikan pada masa kini. Kemahiran ‘Personal Qualities’
merupakan sebahagian daripada kemahiran ‘employability’ yang perlu diberi perhatian
dari segi penerapannya kepada semua individu yang bakal menempuhi alam pekerjaan.
Penerapan kemahiran ‘Personal Qualities’ akan membantu seseorang individu atau
pekerja untuk melakukan sesuatu tugas dan memastikan kerja berjalan lancar. ‘Personal
Qualities’ merangkumi nilai kendiri yang ada pada individu seperti tanggungjawab,
keyakinan diri, kemahiran sosial, jujur, semangat berpasukan, kerjasama dan banyak
lagi. Nilai-nilai ini penting untuk digunakan semasa alam pekerjaan.
Memang tidak dinafikan bahawa kemahiran asas akademik dan kemahiran
berfikir aras tinggi adalah penting dalam mendapatkan pekerjaan. Tetapi kemahiran
‘Personal Qualities’ juga perlu diberikan penekanan. Pekerja pada masa kini didapati
kurang mempunyai kemahiran ‘Personal Qualities’. Menurut Hussain et. al. (2008),
mereka dikatakan tidak mampu untuk menunjukkan kebolehan yang amat diperlukan
oleh sektor pekerjaan mahupun menguasai tahap kemahiran sosial dan akhlak yang
berkesan dalam masyarakat.
Menurut Robinson (2000) pula, pekerja yang kurang kemahiran ‘Personal
Qualities’ tidak mempunyai keyakinan untuk berurusan dengan pekerja lain secara jujur
dan terbuka. Mereka juga tidak menunjukkan rasa hormat kepada pekerja-pekerja lain.
Mereka tidak boleh bekerja dalam satu kumpulan kerana tiada semangat berpasukan
dipupuk dan lebih mementingkan urusan diri sendiri sahaja. Pekerja yang tergolong
dalam golongan ini lebih suka meletakkan kesalahan pada orang lain berbanding
menyedari kesalahan sendiri dan mencari inisiatif untuk menyelesaikan masalah.
4
Pemilihan pekerja akan memberi kesan kepada sesebuah organisasi. Pekerja
yang kurang kemahiran ‘Personal Qualities’ tidak dapat membantu majikan untuk
meningkatkan prestasi syarikat mereka. Dalam kajian Zulkifli (2007), komunikasi adalah
elemen penting dalam sesebuah organisasi. Tanpa komunikasi yang berkesan, baik dan
beradab, organisasi itu akan menghadapi masalah dalaman dan masalah luaran. Masalah
dalaman adalah di antara pihak pengurusan dengan pekerja-pekerjanya. Masalah luaran
adalah hubungan organisasi dengan pelanggan-pelanggannya dan orang awam.
Dalam era pembangunan ini, majikan memerlukan individu yang berkualiti
untuk diambil sebagai pekerja. Menurut Brown (2007) :
“They want their employees to successfully meet the duties and
responsilities of their job while exhibiting a positive work ethic and
loyalty to the company. Identifying the prospective employee’s
personality traits, behaviors and job skill plays a major role in achieving
success.”
Pendidikan memainkan peranan penting sebagai pembentuk bangsa. Melalui
pendidikan, negara dapat mengeluarkan tenaga manusia mahir, melahirkan insan
harmonis, warga negara yang cekap, berketrampilan, beretika, berilmu dan beriman,
berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif. Oleh itu, proses pendidikan
mampu melahirkan seorang insan berketrampilan seperti yang disebutkan dalam
Falsafah Pendidikan Negara.
Pada masa kini, jumlah graduan yang memasuki pasaran kerja atau lepasan
pendidikan tinggi menjadi tanda kepada kejayaan sistem pendidikan. Pendidikan yang
paling berkesan ialah satu sistem pendidikan yang mampu menyampaikan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan mendidik kelakuan peribadi yang boleh digunakan untuk
memasuki alam pekerjaan. Kekurangan penerapan ‘Personal Qualities’ boleh diatasi
melalui proses integrasi semasa pengajaran pengajar dalam aktiviti pembelajaran pelajar.
5
Menurut Subria (2008), pengajian PTV di Sekolah Menengah Teknik (SMT)
adalah merupakan sumber negara melahirkan tenaga pekerja mahir terutama dalam
bidang kejuruteraan seperti kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan
mekanikal. Ketiga-tiga bidang pengajian kejuruteraan ini adalah merupakan antara
pengajian terpenting dalam memenuhi keperluan industri negara. Namun untuk
melahirkan pelajar yang mampu untuk bersaing dalam pasaran kerja, semua aspek
kemahiran perlu dikuasai termasuk penguasaan kemahiran ‘Personal Qualities’. Masalah
akan wujud jika pengajar teknikal lebih memusatkan kepada ilmu kemahiran dalam
pengajian yang diikuti hingga mengabaikan penerapan kemahiran ‘Personal Qualities’
dalam P&P. Namun untuk mencapai tahap penguasaan yang baik dalam menerapkan
kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam pengajaran, seorang pengajar teknikal perlu
membuat perubahan dalam pengajaran dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada
secara berterusan.
Menurut Shahrom (2005), pembelajaran merujuk kepada proses merubah
tingkahlaku diri seseorang akibat ia mengalami peristiwa tertentu atau hasil tunjuk ajar
oleh seseorang pengajar. Pembelajaran juga merupakan proses merubah tingkahlaku
yang aktif yang dilalui oleh seseorang individu khususnya apabila menerima maklumat
dan pengalaman baru. Setelah melalui proses pembelajaran, pelajar haruslah mampu
untuk mengaplikasikan hasil pembelajaran tersebut. Masalah akan wujud apabila
pembelajaran yang dilalui oleh pelajar tidak memberi kesan kepada pelajar.
Shahril (2004) menyatakan bahawa:
Pengajar yang pandai mendidik akan memudahkan pelajar memahami
sesuatu konsep atau kemahiran manakala pengajar yang sebaliknya akan
menyebabkan pelajar sukar untuk memahami sesuatu konsep dan
kemahiran. Iainya akan membosankan para pelajar, membuat mereka
hilang tumpuan dalam pelajaran atau ponteng sekolah. (muka surat 29)
6
Keberkesanan penerapan ‘Personal Qualities’ bergantung kepada kaedah dan
aktiviti yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pelbagai
kaedah dan aktiviti boleh dilakukan dalam proses pengajaran bagi menerap nilai-nilai
dan kemahiran ‘Personal Qualities’. Menurut Khoo (2008), pelbagai kaedah pengajaran
boleh digunakan oleh pendidik tetapi bergantung kepada latar belakang pelajar seperti
peringkat umur, pengalaman atau pengetahuan sedia ada dan minat. Masalah
pembelajaran akan wujud apabila aktiviti pembelajaran yang dijalankan tidak sesuai
dengan aras pembelajaran pelajar. Antara kaedah-kaedah yang biasa digunakan ialah
kaedah syarahan, tutorial, penyelesaian masalah dan banyak lagi. Selain itu pelbagai
aktiviti boleh dilakukan semasa proses pembelajaran seperti mengadakan projek,
lawatan sambil belajar, penyelesaian masalah, pembentangan, demostrasi dan lain-lain.
Kaedah dan aktiviti sebegini berupaya meningkatkan penerapan kemahiran ‘Personal
Qualities’ dalam kalangan pelajar.
Menurut Lustbader dan Zimet (2003), elemen ‘Personal Qualities’ seperti
motivasi diri adalah kurang disemaikan dalam kalangan pelajar. Sikap motivasi pelajar
boleh ditingkatkan dengan melakukan perubahan terhadap aktiviti pembelajaran.
Berdasarkan kajian meraka:
“Students’ learning is enhanced when they are motivated and they are more motivated when what they are learning is relevant and important to
their lives. When teachers use examples from real life, they help students stay motivated to learn.” Oleh itu, pengajar perlu menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran bagi
memastikan objektif pengajaran berjaya disampaikan disamping menerapkan kemahiran
‘Personal Qualities’. Aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan
mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep
yang diajar diterjemahkan secara jelas. Aktiviti yang dijalankan harus berupaya
mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
7
1.3 Penyataan Masalah
Kebolehpasaran graduan pada masa kini menjadi satu isu yang perlu diambil
berat. Kebanyakan institusi melahirkan graduan yang cemerlang tetapi mempunyai
kemahiran ‘Personal Qualities’ yang rendah. Hal ini dapat dilihat apabila ramai graduan
yang cemerlang tidak dapat menceburi alam pekerjaan dengan baik. Pelbagai masalah
timbul seperti kurang berdisiplin, ketepatan masa, kemahiran sosial, semangat kerjasama
dan sikap pribadi yang kurang memuaskan majikan.
Berdasarkan masalah ini, penyelidik ingin membuat satu tinjauan mengenai
penerapan kemahiran employability dari segi kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada
pelajar melalui kaedah atau aktiviti semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian
temasuklah dari segi kaedah atau aktiviti pengajaran yang banyak digunakan iaitu
kaedah persembahan atau pembentangan, kaedah projek, kaedah perbincangan
kumpulan, kaedah soal jawab, kaedah lawatan dan kaedah penyelesaian masalah.
Penyelidik juga mengkaji jenis kemahiran ‘Personal Qualities’ yang diterapkan iaitu
sikap bertanggung jawab, keyakinan diri, kemahiran sosial, kebolehan menyesuaikan
diri, semangat berpasukan dan motivasi diri, kerjasama dan amalan kerja yang baik.
1.4 Objektif Kajian
Secara keseluruhannya, kajian yang bakal dilaksanakan ini bertujuan untuk
meninjau penerapan kemahiran personal kualiti di kalangan graduan UTM Skudai.
Manakala secara khususnya, objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti aktiviti pembelajaran yang digunakan untuk menerapkan
kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada pelajar semasa proses
pembelajaran.
8
2. Mengenalpasti elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang diterapkan
kepada pelajar semasa proses pembelajaran.
3. Mengenalpasti elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang utama
diterapkan kepada pelajar melalui aktiviti pembelajaran semasa proses
pembelajaran.
4. Mengenalpasti aktiviti pembelajaran yang berupaya membentuk
kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam kalangan pelajar semasa proses
pembelajaran dari perspektif pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan empat persoalan kajian iaitu:
1. Apakah aktiviti pembelajaran yang digunakan untuk menerapkan
kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada pelajar semasa proses
pembelajaran.
2. Apakah elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang diterapkan kepada
pelajar semasa proses pembelajaran.
3. Apakah elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang utama diterapkan
kepada pelajar melalui aktiviti pembelajaran semasa proses pembelajaran.
4. Apakah aktiviti pembelajaran yang berupaya membentuk kemahiran
‘Personal Qualities’ dalam kalangan pelajar semasa proses pembelajaran
dari perspektif pelajar.
9
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklumbalas daripada pelajar-pelajar
UTM Skudai terhadap kaedah dan aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran serta jenis kemahiran ‘Personal Qualities’ yang diterapkan kepada
pelajar. Hasil kajian ini adalah bertujuan untuk memberi manfaat dan kepentingan
kepada pihak-pihak tertentu seperti berikut:
1.6.1 Pendidik atau Pensyarah
Kajian ini memberi manfaat kepada pendidik dan pensyarah kerana ia boleh
dijadikan panduan kepada mereka untuk meningkatkan kualiti pengajaran mereka
melalui aktiviti yang sesuai semasa proses pengajaran. Kajian ini juga dapat membantu
pendidik untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran yang dapat menerapkan
kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada pelajarnya dalam proses pengajaran.
1.6.2 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
Hasil daripada kajian ini juga diharapkan dapat memberi kepentingan kepada
semua pihak institusi awam ataupun swasta. Melalui kajian ini, pihak institusi dapat
mengenalpasti kemahiran ‘Personal Qualities’ yang perlu diterapkan kepada pelajar
untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan sesebuah institusi dan melahirkan graduan
yang berkualiti. Sekiranya pihak institusi mengambil langkah-langkah bagi
meningkatkan penerapan kemahiran ini, ia dapat mengharumkan nama institusi tersebut
melalui kejayaan graduannya memenuhi pasaran kerja.
10
1.7 Skop Kajian
Skop kajian bagi kajian ini ialah satu tinjauan terhadap kaedah dan aktiviti yang
digunakan oleh pensyarah UTM Skudai semasa proses pengajaran. Responden yang
dipilih adalah terdiri daripada siswa-siswi UTM Skudai tahun empat dari bidang
pendidikan teknikal iaitu SPA, SPE dan SPJ. Kajian dilakukan untuk mengetahui
penerapan kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam kalangan pelajar pendidikan
kejuruteraan melalui aktiviti pembelajaran di UTM Skudai.
1.8 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan adalah terbatas kepada beberapa perkara seperti berikut:
1.8.1 Kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah yang mengajar subjek
di Fakulti Pendidikan di UTM Skudai.
1.8.2 Sampel: menggunakan sampel secara bertujuan dimana responden dipilih
dari Fakulti Pendidikan dalam bidang pengajian pendidikan teknikal
sahaja.
1.8.3 Kajian adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik diberikan kepada
responden iaitu pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan UTM Skudai
(SPA, SPE dan SPJ).
1.9 Definisi/Istilah
Bagi memudahkan dan panduan kepada pembaca untuk memahami kajian ini,
beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini telah disenaraikan seperti berikut:
11
1.9.1 Penerapan
Penerapan bermaksud perbuatan seperti menerapkan, mengenakan pada,
menyerapkan kepada, satu perbuatan atau mempraktikkan. Dalam kajian ini, penerapan
ialah usaha yang dijalankan untuk menyerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam
diri pelajar.
1.9.2 Kemahiran ‘Employability’
Merupakan kemahiran ‘soft skill’ ataupun kemahiran bukan teknikal yang
merupakan kemahiran penting diketahui dan dimiliki oleh pelajar-pelajar terutama para
graduan hari ini. Menurut Robinson (2000), kemahiran employability ialah kemahiran
asas yang diperlukan bagi mendapatkan dan melakukan kerja dengan baik. Ia
termasuklah kemahiran, sikap dan tindakan yang membolehkan pekerja bekerjasama
dengan pekerja lain dan membuat keputusan bersama. ‘Employability’ dikelaskan
kepada tiga iaitu kemahiran asas akademik, kemahiran aras tinggi dan kualiti kendiri
ataupun ‘Personal Qualities’.
1.9.3 Kemahiran ‘Personal Qualities’
Merupakan salah satu pecahan daripada kemahiran ‘employability’. Menurut
Robinson (2000), kemahiran ‘Personal Qualities’ ialah satu kemahiran nilai kendiri.
Kemahiran ini menyentuh aspek seperti sikap dan perlakuan positif, bertanggungjawab
serta kemahiran menyesuaikan diri.
12
‘Personal Qualities’ merupakan ciri-ciri yang ada pada diri individu. Ia akan
membentuk personaliti seseorang dan membantu seseorang individu menyesuaikan diri
dengan sistuasi baru. Contoh ‘Personal Qualities’ yang diperlukan oleh majikan ialah
kesabaran dan kejujuran.
1.9.4 Pelajar
Definisi pelajar mengikut Kamus Dewan (2005) ialah seorang yang belajar sama
ada di sekolah, maktab ataupun di pusat pengajian tinggi. Dalam kontek kajian ini,
pelajar merujuk kepada pelajar Fakulti Pendidikan di UTM Skudai.
1.9.5 Pensyarah
Pensyarah adalah pendidik di universiti yang memberi pengajaran atau kuliah di
pusat pengajian tinggi. Ia merujuk kepada kakitangan akademik yang terlibat dalam
pengajaran kepada pelajar Fakulti Pendidikan UTM Skudai sama ada pengajaran teori
ataupun amali. Dalam kajian ini pensyarah yang dimaksudkan ialah mereka yang
mengajar subjek yang dipelajari oleh pelajar Fakulti Pendidikan di UTM Skudai.
1.9.6 Kaedah dan aktiviti pengajaran
Kaedah mengikut Kamus Dewan (2005) bermaksud cara atau aturan membuat
sesuatu, hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri
tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
13
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang
mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti
seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri
seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti penceritaan,
perbincangan, permainan, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah,
‘brainstorming’, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan dan lain-lain lagi.
1.10 Kesimpulan
Bab ini mengandungi pengenalan kepada kajian yang ingin dilakukan oleh
penyelidik mengenai topik penerapan kemahiran ‘Personal Qualities’ dikalangan pelajar
melalui kaedah atau aktiviti pengajaran. Ia juga mengandungi latar belakang masalah,
pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian,
batasan kajian dan senarai definisi atau istilah untuk kajian ini.
14
BAB II
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan melihat aspek ‘Personal Qualities’ sebagai satu
kemahiran ‘employability’ yang perlu diterapkan kepada graduan pada masa kini.
Selain itu, pengkaji juga akan membincangkan dengan lebih mendalam lagi tentang
kajian-kajian lepas yang telah dibuat bagi mengukuhkan huraian persoalan kajian
serta objektif kajian yang di bentuk.
2.2 Kualiti kendiri (Personal Qualities)
Kemahiran ‘Personal Qualities’ merupakan satu kemahiran ‘soft skill’ yang
perlu diterapkan kepada graduan. Kebanyakan isu yang menjadi perhatian umum
sekarang ialah tentang kemahiran bukan teknikal dalam kalangan graduan lepasan
institusi awam dan swasta. Pada masa kini, majikan memerlukan pekerja yang
mampu menjalankan tugas dengan baik dan mempunyai kebolehan yang tinggi dari
pelbagai aspek dan bukan kecemerlangan akademik sahaja. Pekerja mestilah
bertanggungjawab, dapat menyelesaikan masalah, mempunyai sikap yang baik dan
sebagainya.
15
Menurut Robinson (2000),“Emplyabilty skills are those basic skill necessary
for getting, keeping and doing well on a job”. Kemahiran employability terbahagi
kepada tiga kategori seperti yang disetkan dalam jadual berikut.
Gambar Rajah 2.1: Senarai kategori kemahiran employability berserta elemen
kemahiran untuk setiap kategori.
Menurut Zulkifli (2007), Universiti Teknologi Malaysia menyenaraikan tujuh
kemahiran generik dalam ”Atribut Graduan Universiti Teknologi Malaysia”.
Kemahiran generik ini telah dilancarkan pada Jun 2004 dan mengenalpasti tujuh
atribut iaitu kemahiran komunikasi, kerja secara pasukan, penyelesaian masalah,
mampu menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang hayat, keyakinan diri dan etika
dan integriti.
Kemahiran yang ingin dikaji oleh penyelidik dalam kajian ini ialah
kemahiran kualiti kendiri ‘Personal Qualities’. Kemahiran ini penting diterapkan
kepada graduan bagi melahirkan graduan yang mempuyai kebolehpasaran kerja yang
baik dan berkualiti. Menurut Hasdi (2009), tenaga kerja manusia yang berkualiti
mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
Kemahiran Asas
Akademik
Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi
Kualiti Kendiri ‘Personal Qualities’
• Membaca
• Menulis
• Sains
• Komunikasi
• Mendengar
• Belajar
• Memberi sebab
• Berfikir secara
kreatif
• Membuat
keputusan
• Menyelesaikan
masalah
• Bertanggung-
jawab
• Yakin diri
• Kawalan diri
• Kemahiran
Sosial
• Jujur
• Integriti
• Fleksibel
• Menguruskan
diri
• Semangat
berpasukan
• Menepati
masa
• Sikap kerja
yang baik
• Kerjasama
• Bermotivasi
diri
16
a) Pengetahuan dan kemahiran.
b) Sikap positif terhadap kerja yang dijalankan dari segi ketepatan kerja,
menerima perubahan, ketekunan dan menepati masa.
c) Sifat-sifat kejujuran, integriti, bertanggungjawab, berdisiplin dan
profesionalisma.
d) Dorongan yang tinggi dari segi ketabahan dalam menjalakan tugas serta suka
kerja-kerja mencabar.
e) Kebolehan berhubung dengan semua anggota organisasi pada setiap
peringkat secara berkesan dan bekerja secara berpasukan.
Menurut Harvey (2003), peluang untuk mendapatkan pekerjaan adalah
bergantung kepada perkembangan dari segi sikap sama ada secara implisit atau
eksplisit. Ini termasuklah atribut aras tinggi yang sangat penting seperti kemahiran
analisis, kritis dan sintesis. Kemahiran yang interaktif seperti kerjasama, kemahiran
komunikasi, kemahiran inter-personal dan ciri-ciri peribadi merupakan kemahiran
yang membolehkan graduan lebih fleksibel dan menyesuaikan diri.
2.3 Elemen kemahiran ‘Personal Qualities’
Terdapat pelbagai jenis kemahiran ‘Personal Qualities’ yang perlu ditekankan
kepada graduan. Dalam kajian ini aspek ‘Personal Qualities’ yang diambil kira
adalah seperti berikut:
2.3.1 Bertanggungjawab
Menurut Andrew (2007), bertanggungjawab bermaksud kebolehan
menentukan matlamat dan keutamaan dalam kerja dan kehidupan. Ia merangkumi
kebolehan merancang, mengurus masa, wang dan sumber-sumber lain untuk
mencapai matlamat dan bertanggungjawab di atas tindakan yang diambil.
17
2.3.2 Yakin Diri
Menurut konsep sosio-psikologi dalam Wikipedia, yakin diri adalah berkaitan
dengan keyakinan atau kepastian pada pandangan seseorang, kebolehan dan lain-lain
yang ditunjukkan secara berlebihan.
2.3.3 Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial merupakan kemahiran individu berinteraksi dengan
masyarakat sekelilingnya. Menurut Wikipedia kemahiran sosial merupakan sebarang
kemahiran yang memudahkan atau membolehkan seseorang berinteraksi dan
berkomunikasi dengan individu lain.
2.3.4 Fleksibel dan Menyesuaikan Diri
Sikap fleksibel dan boleh menyesuaikan diri adalah penting bagi setiap
pekerja. Menurut Andrew (2007), individu yang fleksibel ialah individu yang
bersikap positif terhadap sesuatu perubahan, mengiktiraf, dan menghormati pendapat
individu yang berbeza-beza. Ia merangkumi kebolehan untuk mengenalpasti dan
mencadangkan idea-idea baru dan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu kerja.
Individu berkenaan juga mampu menyesuaikan diri dengan kehendak dan situasi
semasa yang berubah-ubah. Kajian Kwok (2004) menunjukkan bahawa
perkembangan penerapan kemahiran ‘Personal Qualities’ yang luas dapat membantu
graduan menyesuaikan diri dengan semua situasi pekerjaan.
18
2.3.5 Semangat Berpasukan
Kemahiran berpasukan ialah kemahiran dan atribut yang diperlukan supaya
seseorang pekerja dapat menyumbangkan sesuatu secara produktif kepada syarikat.
(Zulkifli, 2007)
Menurut Andrew (2007), kemahiran berpasukan bermaksud bekerja dengan
orang lain dan pekerja memiliki kemahiran:
(1) Faham dan dapat menyumbangkan ke arah pencapaian matlamat
organisasi.
(2) Faham dan boleh bekerja dalam kumpulan budaya yang berbeza.
(3) Merancang dan membuat keputusan dengan orang lain dan
menyokong keputusan yang dihasilkan.
(4) Menghormati pemikiran dan pendapat orang lain dalam kumpulan.
(5) Bersikap memberi dan menerima bagi mencapai keputusan bersama.
(6) Mencari satu pendekatan kumpulan yang sesuai.
(7) Dapat menggerakkan kumpulan untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang.
2.3.6 Bermotivasi Diri
Motivasi diri merupakan kebolehan untuk memberi motivasi kepada diri
sendiri, untuk mencari sebab dan kekuatan tententu untuk melakukan sesuatu tanpa
perlu dipengaruhi oleh orang lain. Individu yang bermotivasi diri sentiasa bekerja
dalam keadaan cermat dan bersemangat tanpa putus asa. Menurut Shahril (2004),
pengajar harus berupaya untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk terus belajar
dan menyiapkan kerja-kerja yang diberi.
19
2.4 Pembelajaran Berkesan
Tugas utama seorang pengajar atau pengajar adalah untuk memudahkan
pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar bukan sahaja harus
dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka
juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna pengajar perlu
mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di
samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, pengajar kerap berhadapan dengan pelajar yang
berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran pengajar dalam
menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, pengajar boleh
menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu
yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu,
selain berpotensi memerangsangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu
membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Penerapan kemahiran Personal Qualities perlu ditekankan oleh pendidik
melalui kaedah dan aktiviti pembelajaran berkesan. Pendidik memainkan peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di sekolah ataupun di
institusi pengajian tinggi. Shahril (2004) menyatakan bahawa:
Peranan pengajar adalah penting dalam mendidik anak didiknya. Di
dalam kelas pengajar berperanan sebagai pendidik, pemudahcara atau
fasilitator. Pengajar yang pandai mendidik akan memudahkan pelajar
memahami sesuatu konsep atau sesuatu. (muka surat 29)
Pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan penyampaian
maklumat serta kemahiran berjalan lancar dan proses pembelajaran yang berkesan.
Menurut model Slavin (1994), pengajaran pengajar yang berkesan dipengaruhi oleh
empat faktor iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif dan masa.
20
Input Proses Output
Rajah 2.2: Model input-output pengajaran berkesan berdasarkan model Slavin
(1994)
2.5 Kaedah dan Aktiviti Pengajaran Berkesan
Kaedah yang sesuai akan menjamin proses pembelajaran yang berkesan
kepada pelajar. Terdapat pelbagai kaedah dan aktiviti pembelajaran yang sering
digunakan untuk mewujudkan pembelajaran yang efektif dan sesuai untuk
menerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’. Dalam kajian ini, kaedah yang dikaji
ialah kaedah syarahan, soal jawab dan penyelesaian masalah. Manakala aktiviti
pembelajaran yang dikaji ialah aktiviti pembelajaran seperti mengadakan projek,
lawatan sambil belajar, pembentangan dan perbincangan kumpulan. Penyelidik ingin
mengkaji sama ada kaedah dan aktiviti sebegini dapat meningkatkan penerapan
kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam kalangan pelajar. Adlisham (2009),
menjelaskan bahawa pengajar perlu mempunyai sikap keterbukaan, kebolehan untuk
mencuba pelbagai pendekatan pengajaran dan menimba ilmu dan maklumat
mengenai pembelajaran dan pelajar supaya pembelajaran mereka lebih berkesan.
Kualiti pengajaran
Kesesuaian aras pengajaran
Insentif
Masa
Pelbagai kaedah pengajaran
Pelbagai Alat Bantu Mengajar
Isi kandungan kemaskini
Pelbagai sistem penilaian
Mengikut aras kebolehan pelajar
Perancangan isi pengajaran
Memberi motivasi
Sistem ganjaran atau denda
Enggaged time
Time-on-task
Peningkatan
Pencapaian
Akademik
21
2.5.1 Kaedah Syarahan
Kuliah atau syarahan boleh ditakrifkan sebagai penyampaian kandungan
kursus oleh seseorang pakar dalam bidang yang tertentu kepada sekumpulan pelajar
atau pelajar tertentu yang memainkan peranan yang pasif semasa kuliah disampaikan.
Objektif utama kaedah ini adalah untuk menyampaikan ilmu dan maklumat. Kaedah
ini berguna untuk menerangkan isi pelajaran yang sukar dipelajari dengan membaca
buku dan menyampaikan isi pelajaran terbaru yang belum dapat diperoleh daripada
buku. Semasa kuliah disampaikan, para pelajar boleh belajar dengan cara mendengar,
memerhati, membuat ringkasan, mengambil nota dan meminta penjelasan.
Kandungan kuliah haruslah mudah difahami dan tidak terlalu implisit atau kompleks.
Kandungan kuliah tersebut juga harus disusun mengikut kesesuaian.
Kaedah kuliah akan lebih berkesan jika digunakan bersama-sama dengan
kaedah-kaedah lain seperti perbincangan kumpulan dan teknik alat pandang dengar.
Kaedah kuliah merupakan suatu kaedah yang cepat dan mudah untuk mencapaikan
pengetahuan kepada kumpulan pelajar yang besar dan tidak memakan masa yang
banyak. Ini disebabkan kemudahan-kemudahan yang diperlukan adalah ringkas
sahaja. Akan tetapi, kaedah ini melibatkan perhubungan sehala sahaja dan tidak
memberi seseorang pelajar peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses
latihan. Tambahan lagi, kaedah ini tidak begitu sesuai bagi pelajar yang kurang
berpendidikan atau kurang cerdas. Menurut Khoo (2008), kaedah kuliah merupakan
kaedah pengajaran satu hala yang tidak banyak melibatkan penyertaan pelajar,
perubahan tingkah laku dan kemahiran.
Menurut kajian Azizi (2007), pelajar seharusnya diberi peluang dan dorongan
untuk mengkritik, memberi cadangan dan mengutarakan soalan-soalan kepada
pengajar berkaitan pengajaran yang disampaikan. Ini bagi memperbaiki kelemahan
yang terdapat pada kaedah pengajaran pengajar khususnya kaedah kuliah yang
kurang diminati oleh pelajar. Pengajar boleh meningkatkan minat pelajar belajar
melalui kaedah ini dengan memperbanyakkan aktiviti bercerita semasa di dalam
kelas. Pengajar juga boleh selitkan lawak jenaka dalam pengajaran supaya pelajar
tidak merasa bosan.
22
Ciri-ciri penting dalam kaedah syarahan ialah:
1. Untuk menyampaikan maklumat yang telah dirancang.
2. Pelbagai ABM yang relevan digunakan.
3. Dicatat isi-isi penting di papan tulis.
4. Penyampaian dibuat secara informal dan tenang.
5. Ada perbincangan pada akhir sesi kuliah.
6. Pelajar mengambil nota penting.
7 Kerja susulan diberikan.
2.5.2 Kaedah Soal Jawab
Kaedah ini biasanya digunakan untuk melihat kefahaman pelajar terhadap
bahan yang baru disampaikan. Namun terdapat beberapa kaedah yang boleh
meningkatkan penglibatan dan sekaligus pemahaman pelajar. Bertanya soalan
kepada seluruh pelajar dan mengharapkan seseorang akan memberikan jawapan
biasanya hanya mengundang pengajar untuk memberikan jawapannya.
Dalam kaedah Socrates, pengajar akan memilih seorang pelajar dan
memberikan soalan serta menunggu jawapan daripadanya. Jika sekiranya jawapan
yang diberi kurang tepat pengajar akan memilih pelajar lain (dan lain) sehingga
jawapan yang tepat didapati. Kaedah ini mendapat kritikan kerana ianya akan
memalukan pelajar dan hanya menguntungkan segolongan kecil pelajar (pelajar yang
diberikan soalan) dalam kuliah. Walau bagaimanapun kaedah ini dapat
meningkatkan penglibatan pelajar dan boleh diubah suai dengan meminta pelajar lain
untuk menyimpulkan apa yang telah dikatakan oleh pelajar pertama. Ramai pelajar
kurang atau tidak mendengar apa yang diucapkan oleh rakan mereka dan menunggu
untuk pengajar membetulkan atau mengulang jawapan tersebut. Dengan meminta
pelajar menyimpulkan atau mengulang apa yang rakan mereka katakan akan
memupuk sikap penglibatan secara aktif di kalangan semua pelajar dan mengalakkan
pelajar menjadi pendengar yang baik sesama mereka.
23
Ciri-ciri penting semasa kaedah soal jawab:
1. Soalan diberikan dengan jelas dan tepat.
2. Memberi masa kepada pelajar untuk berfikir.
3. Memberi soalan secara rambang.
4. Peneguhan melalui maklum balas segera mengenai jawapan.
5. Pelbagai jenis soalan dan tahap kesukaran diutarakan.
6. Pelajar perlu digalakkan mengutarakan soalan.
2.5.3 Kaedah kajian kes
Kes ialah penguraian sesuatu situasi atau masalah yang sebenar atau yang
dicipta khas bagi tujuan pengajaran. Kaedah kajian kes bertujuan meningkatkan
kebolehan pelajar dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan. Kaedah ini
memerlukan pelajar mengenal pasti dan mengkaji masalah atau isu sesuatu kes dan
menentukan penyelesaiannya. Pelajar juga dikehendaki menyediakan rancangan
tindakan untuk melaksanakan keputusan mereka. Satu variasi pada kaedah kes ialah
kaedah kajian. Jika kaedah kes yang biasa digunakan, pelajar diberi semua maklumat
yang perlu untuk menyelesaikan sesuatu kes tetapi, jika proses kejadian digunakan
cuma satu kejadian kes yang genting dihuraikan.
Dari sini terpulanglah kepada pelajar untuk mengemukakan soalan-soalan
yang berkaitan untuk mendapatkan fakta-fakta dan maklumat-maklumat tambahan
untuk kes itu. Setelah semua maklumat yang penting diperolehi, pelajar boleh mula
mengkaji kes yang berkenaan secara perseorangan atau berkumpulan. Kaedah kes
membolehkan pelajar mengkaji isu-isu yang realistik. Jika kaedah ini dikendalikan
secara perbincangan, pelajar boleh bertukar-tukar pandangan dan idea dengan pelajar
yang lain.
24
Ciri-ciri penting kaedah kajian kes:
1. Memberikan penekanan kepada pelajar menggunakan maklumat dan data
sebagai asas pemikiran.
2. Pembelajaran melalui perbincangan dan soal jawab melalui perkara dalam
kes.
3. Idea dihasilkan oleh pelajar atau diberikan oleh guru.
4. Guru bertindak sebagai pemudah cara.
5. Penglibatan aktif pelajar dalam melatih pemikiran, menganalisis serta
membuat generalisasi dan kesimpulan.
2.5.4 Kaedah Projek
Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu
eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan akan menghasilkan sesuatu
daripada aktiviti tersebut. Menurut Ee. A.M (1997), ia merupakan sesuatu aktiviti
dijalankan oleh pelajar di dalam atau di luar bilik darjah dan mereka belajar melalui
proses menghasilkan sesuatu.
Kaedah projek memberi banyak manfaat kepada pelajar. Kaedah ini bertujuan
untuk memperkembangkan lagi daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman
pelajar iaitu dengan menjalankan projek dan menghasilkan sesuatu daripada
pembelajaran. Selain itu, ia juga membantu pelajar mewujudkan kerjasama dan
menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek.
Kaedah projek juga mewujudkan pengalaman kepada pelajar melaksanakan
aktiviti sebenar. Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperolehi kejayaan dan
perasaan kepuasan jika dapat menyelesaikan projek tesebut. Ilmu dan pengetahuan
juga dapat dikekalkan dan lebih berkesan. Menurut Harvey (2003), kemahiran
‘employability’ boleh dibentuk dengan menggalakkan pelajar untuk meneruskan
pembelajaran mereka dan melakukan refleksi tentang pembelajaran dan pengalaman
yang mereka perolehi. Menurutnya lagi, Pengalaman boleh dibentuk melalui
25
pembelajaran dari luar sekolah seperti melakukan projek. Perkembangan kendiri
akan bertambah melalui aktiviti ini.
Aktivi-aktiviti semasa kaedah projek:
1. Tujuan projek adalah untuk memperkembangkan daya kreatif pelajar dan
meluaskan pengalaman menjalankan projek.
2. Membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam
menghasilkan sesuatu projek.
3. Dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan
aktiviti.
4. Projek yang hendak dibuat adalah bermakna dan membawa manfaat kepada
pelajar.
5. Projek yang dijalankan adalah sesuai dengan objektif pelajaran.
6. Pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan jika dapat
menyelesaikan projek.
7. Pengetahuan kekal dan berkesan.
2.5.5 Kaedah Lawatan sambil Belajar
Kaedah lawatan merupakan satu aktiviti sokongan yang membolehkan
pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi yang sebenar. Pelajar
dapat mengumpul maklumat secara langsung dan pengajar boleh mengajar sesuatu
yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah.
Kaedah ini mempunyai banyak kelebihan. Melalui lawatan, pelajar dapat
meningkatkan pemahaman sesuatu konsep berdasarkan pengalaman secara langsung.
Lawatan juga menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan
kepada proses pembelajaran. Kaedah ini menggalakkan pelajar untuk mengaitkan
pengalaman di luar bilik darjah dengan pelajaran di kelas.
26
Menurut Harvey (2003) dalam artikel bertajuk “On employability”, pelajar
terikat dengan peluang untuk mendapatkan kemahiran ini tetapi boleh diperolehi
melalui aktiviti luar bilik darjah dan pengalaman hidup. Kaedah lawatan boleh
melatih pelajar untuk membuat perancangan, perbincangan dan pengalaman yang
sebenar untuk diaplikasikan dalam alam pekerjaan. Selain itu pelajar akan
bertanggungjawab dan bekerjasama bagi menjayakan sesebuah lawatan yang
dirancang.
Ciri-ciri penting semasa kaedah lawatan:
1. Meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara
langsung.
2. Menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan membawa kesan kepada
pembelajaran.
3. Menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman di luar bilik darjah
dengan kandungan pelajaran.
4. Memberi pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan
ingatan pelajar terhadap perkara yang diajar.
2.5.6 Kaedah Pembentangan
Pembentangan merupakan satu aktiviti pengajaran yang sering dilakukan
dalam kelas. Kaedah ini melatih pelajar untuk menyediakan bahan dan
membentangkan penemuan sama ada secara berkumpulan atau individu.
Pembentangan dilakukan di hadapan pelajar dan maklumat yang disampaikan perlu
dipastikan kebenaran. Aktiviti ini menggalakkan perbincangan secara berkumpulan
dan melatih kemahiran ‘Personal Qualities’ pelajar.
Menurut sumber internet, dalam artikel yang bertajuk “Developing
Employability Skill” mengatakan bahawa seorang yang pemalu berkemungkinan
boleh menbentangkan sesuatu isu dengan fasih dan yakin melalui perbincangan. Hal
27
ini membuktikan bahawa kaedah pembentangan boleh meningkatkan kemahiran
personal kualiti pelajar melaui perbincangan dengan kumpulan dan mewujudkan
semangat kerjasama dan semangat berkumpulan.
2.5.7 Kaedah Perbincangan Kumpulan
Bagi menyelesaikan permasalahan lebih kompleks yang memerlukan
penglibatan ramai anggota, tiga atau lebih pelajar boleh diletakkan dalam satu
kumpulan. Dalam kaedah ini pelajar akan saling membantu dalam pembelajaran.
Secara umumnya, satu kumpulan yang heterogen (dari segi jantina, bangsa dan
pencapaian akademik) adalah lebih baik terutama jika mereka harus bekerja untuk
satu jangkamasa panjang atau bagi menyelesaikan masalah yang kompleks. Namun
kumpulan juga boleh dibuat secara spontan bagi menggalakkan perbincangan dan
mengelakkan pelajar yang belum menguasai bahan atau permasalahan berasa malu
untuk bertanya. Menurut Andrew (2007), kerjasama adalah kebolehan kumpulan
untuk menyelesaikan masalah melalui perbincangan kumpulan. Ia memerlukan
komunikasi yang baik dan sokongan antara satu sama lain.
Ciri-ciri penting semasa kaedah perbincangan:
1. Terdapat isu utama diberikan berdasarkan topik dan objektif pengajaran.
2. Dirancang dengan rapi iaitu isu dan soalan disediakan untuk memberi fokus
kepada pelajar-pelajar terlebih dahulu.
3. Ada peraturan asas dan tatacara perbincangan termasuk masa dan
persembahan hasil perbincangan.
4. Guru bertindak sebagai penggerak dan fasilitator.
5. Penglibatan pelajar seramai mungkin dan mengelakkan monopoli peribadi.
6. Penilaian setiap idea yang disarankan dibuat secara objektif tanpa emosi.
6. Rumusan dan ringkasan idea-idea dikemukakan oleh wakil setiap kumpulan.
28
2.6 Kajian-kajian Lepas
Banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji kemahiran
Employability dalam kalangan pelajar. Kajian-kajian digunakan sebagai panduan
untuk menjalankan kajian ke atas kemahiran kualiti personal. Kajian tentang
penerapan kemahiran ‘employability’ melalui kaedah pengajaran yang berkesan juga
banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji tempatan dan luar negara sejak dari dahulu
lagi.
2.6.1 Kajian-kajian Dalam Negeri
Kajian Zulkifli (2007) bertujuan untuk mengenalpasti penerapan kemahiran
‘employability’ dalam kalangan pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia dari perspektif pelajar perdana. Dalam konteks kajian ini, hanya tiga
kemahiran yang dikaji iaitu kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan
kemahiran berpasukan. Hasil kajian mendapati kemahiran ‘employability’ yang
paling kerap diterapkan ialah kemahiran berpasukan diikuti kemahiran mengurus diri
dan kemahiran akademik. Elemen kemahiran ‘employability’ yang dianggap penting
ialah kemahiran berpasukan diikuti kemahiran mengurus diri dan kemahiran
akademik. Akhir sekali, kaedah penerapan yang sering diamalkan oleh pensyarah-
pensyarah ialah kaedah latihan dan kaedah perbahasan. Kemahiran berpasukan
merupakan salah satu kemahiran ‘Personal Qualities’. Kajian ini menunjukkan
bahawa penerapan kemahiran ‘Personal Qualities’ adalah penting dalam kalangan
graduan.
Azizi dan Syazwani (2007) telah menjalankan satu kajian deskriptif yang
bertujuan untuk mengetahui hubungan antara gaya pembelajaran pelajar dan kaedah
pengajaran pengajar yang diamalkan terhadap pencapaian mata pelajaran PKA di tiga
buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan. Dapatan kajian yang diperolehi
menunjukkan gaya pembelajaran auditori adalah gaya pembelajaran yang paling
29
dominan yang diamalkan oleh responden manakala kaedah demonstrasi merupakan
kaedah pengajaran yang paling dominan diamalkan oleh pengajar.
Satu kertas konsep diadakan oleh Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi
Negara (2004). Secara am, kajian ini meneliti aspek kebolehpasaran (marketability)
graduan lepasan IPT tempatan dibandingkan dengan graduan lepasan IPT luar
negara. Dalam konteks ini, kebolehpasaran perlu meliputi unsur-unsur seperti berikut
iaitu keserasian, kesetujuan dan bersesuaian (compatibility), iaitu kebolehan
membangunkan bentuk penyelesaian yang serasi dengan budaya dan matlamat kerja,
kefleksibelan (flexibility), iaitu kebolehan menyediakan khidmat kerja yang sesuai
dan sepadan dengan projek atau tugas yang sedang dijalankan. Selain itu
kebolehpercayaan (reliability), iaitu dapat bersifat responsif kepada keperluan
majikan dan pelanggan, merupakan isu yang dibincangkan. Sikap menepati masa dan
sasaran kerja serta kepekaan (sensibility) iaitu dapat menjalankan pendekatan kerja
yang menepati nilai sebenar kerja yang diperlukan oleh majikan, seperti pendekatan
bermaklumat merupakan unsur kemahiran daya saing graduan. Aspek
kebolehpasaran graduan ini pula dikaitkan dengan konsep daya saing. Dalam konteks
kertas konsep ini, berdaya saing dapat ditakrifkan sebagai sikap graduan yang
sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan lebih berjaya daripada pesaingnya
atau orang lain. Oleh itu, graduan yang mempunyai ciri-ciri berdaya saing yang sihat
ialah mereka yang bersikap mudah bertolak ansur (accomodating), sama ada dengan
majikan atau persekitaran kerja, dinamik, dan berdaya usaha (enterprising).
Kajian telah dijalankan oleh Hussain et. al (2008) tentang kualiti graduan
yang dikeluarkan oleh universiti tempatan semakin diperkatakan termasuklah
berkaitan persoalan kebolehpasaran mereka di pasaran kerja serta kebolehan
menguasai kemahiran-kemahiran asas ‘Personal Qualities’. Beberapa faktor
dikatakan menjadi penyebab kepada keadaan ini termasuklah keterlaluan penumpuan
diberikan kepada sistem peperiksaan bertulis dan proses pembelajaran pasif
berpusatkan pensyarah. Kedua-dua faktor ini menyebabkan para siswazah tidak
dapat menguasai ilmu dalam konteks yang bermakna kerana proses pembelajaran
yang mereka lalui pada peringkat sekolah sehinggalah ke universiti adalah berbentuk
“rote learning” atau pembelajaran yang menekankan kepada kebolehan daya ingatan
30
melebihi daripada kebolehan daya berfikir dan bertindak. Bagi memperbaiki keadaan
itu para pensyarah di Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia telah melaksanakan kaedah PBL (Problem Based Learning)
dan POPBL (Project Oriented Problem Based Learning) dalam proses pengajaran
subjek-subjek kemanusiaan kepada pelajar teknikal dan kejuruteraan. Para pelajar
bukan sahaja didedahkan kepada kaedah pembelajaran yang aktif dan berpusatkan
pelajar bahkan juga didedahkan dengan pengalaman sebenar dalam masyarakat
termasuklah membantu para mangsa banjir di Johor sewaktu banjir besar akhir tahun
2006 dan awal 2007. Kajian dan pemerhatian yang dijalankan terhadap perlaksanaan
kaedah-kaedah ini menunjukkan bahawa para pelajar telah menguasai banyak di
antara kemahiran-kemahiran ‘Personal Qualities’ yang amat diperlukan oleh mereka
bagi menghadapi alam pekerjaan dan kehidupan selepas tamat belajar.
2.3.2 Kajian-kajian Luar Negeri
Hasil kajian luar negara oleh Harvey (2003) yang bertajuk “On
Employability” mendapati bahawa kemahiran employability harus ditekankan dan
dikembangkan secara berterusan walaupun telah mendapat pekerjaan. Kajian
menunjukkan bahawa kemahiran employability dapat membantu melahirkan graduan
yang berkualiti dan berwibawa.
Menurut kajian Saterfiel, Mclarty dan Joyce (1995) yang bertajuk “Assesing
Employability Skills S.ERIS Digest”, mendapati bahawa konsep kemahiran
employability adalah bermula daripada pendidik. Golongan pendidik merupakan
golongan yang bertanggung jawab untuk mereka bentuk satu proses pembelajaran
dan menerapkan kemahiran yang sepatutnya. Pengkaji ini telah menentukan empat
perkara yang perlu diambil kira untuk menilai kemahiran employability graduan iaitu
kesahan kemahiran berdasarkan analisis kerja, kemahiran yang boleh diajar, tahap
persediaan menghadapi tekanan kerja dan mengakses kemahiran yang berkaitan
dengan kebolehpasaran kerja sahaja.
31
Holmes (2009) menjalankan kajian yang bertajuk “Graduate Employability:
The Graduate Identity Approach”. Kajian ini berasaskan Relational Perspective on
Learning and Skill yang menekankan kepada keperluan untuk meletakkan pelajar
dalam suatu proses sosial melalui pembentukan pembelajaran. Secara teorinya,
identiti dibentuk melalui tiga perkara iaitu falsafah, sosiologi dan psikologi. Kajian
mendapati identiti graduan tentang kemahiran ‘Personal Qualities’ dibentuk melalui
kontek sosial dan cara mereka berinteraksi.
Kwok (2004) menjalankan kajian yang bertajuk “Disciplinary Diffrences in
the Development of Employability Skills of Recent University Graduates in
Manitoba”. Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji sebanyak 20 jabatan, sekolah dan
fakulti yang dipilih di Manitoba. Seramai 1057 graduan menyertai kajian ini untuk
menyiasat pusat pengajian ini menyediakan kemahiran employability yang
mencukupi atau tidak kepada graduannya. Penemuan mendapati pelbagai pendapat
atau persepsi yang berbeza timbul di kalangan graduan tentang perkembangan dan
penggunaan kemahiran employability. Menurut dapatan kajian, graduan dalam
bidang asas atau bukan kritikal memilih untuk mengembangkan penerapan
kemahiran penulisan dan komunikasi. Manakala graduan dalam bidang teknikal
memilih kemahiran kerja berkumpulan iaitu salah satu jenis kemahiran ‘Personal
Qualities’ sebagai kemahiran employability yang penting diterapkan. Menurut kajian
ini, perkembangan penerapan kemahiran ‘Personal Qualities’ yang luas dapat
membantu graduan menyesuaikan diri dengan semua situasi pekerjaan.
32
2.7 Kesimpulan
Soroton kajian adalah penting bagi sesuatu kajian yang akan dijalankan
kerana ia akan memberi rasional bahawa maklumat penting yang digunakan dalam
sesuatu kajian itu bukanlah ciptaan pengkaji sendiri. Dalam bab ini juga, pengkaji
telah menyatakan tentang kajian-kajian lepas termasuk di dalam dan di luar negeri.
Namun kebanyakan kajian-kajian lepas ini hanyalah hanya melibatkan tentang
kemahiran employabilty secara umum tidak dikhususkan kepada kemahiran
‘Personal Qualities’ dan kaitannya dengan kaedah dan aktiviti pengajaran.
33
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan tentang metodologi iaitu
berkenaan dengan cara dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini bagi mempunyai
keputusan yang sah serta boleh dipercayai. Aspek-aspek yang digunakan menjadi asas
kepada kajian yang dilakukan nanti. Pengkaji akan membincangkan aspek-aspek seperti
rekabentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, prosedur
mengumpul data kajian, analisis data dan jangka masa kajian.
3.2 Rekabentuk Kajian
Menurut Majid (1993), rekabentuk sesuatu kajian adalah teknik dan kaedah
tertentu yang digunakan bagi memperolehi maklumat yang diperlukan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar-pelajar Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan Awam, Elektrik dan Jentera (SPA, SPE dan SPJ) di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kajian ini dijalankan bagi
melihat beberapa aspek seperti kaedah pengajaran yang diberikan oleh pensyarah dan
jenis kemahiran ‘Personal Qualities’ yang diterapkan kepada pelajar.
34
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan dengan
menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini disediakan bagi mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan responden iaitu latar belakang dan penerapan
kemahiran ‘Personal Qualities’ melalui kaedah pengajaran tertentu.
3.3 Lokasi Kajian
Lokasi kajian yang dipilih bagi kajian ini adalah Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
3.4 Populasi Kajian
Menurut Azizi et. al. (2007), tugas pertama dalam persampelan ialah
mendefinisikan populasi yang disampel secara spesifik. Manakala sampel ialah
sebahagian daripada populasi. Dalam sesuatu penyelidikan persampelan penting bagi
menentukan masalah yang dikaji dan data yang perlu dikumpul. Menurut Hasdi (2009)
penentuan populasi ini dapat menentukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang akan
digunakan semasa penyelidikan.
Kumpulan sasaran kajian ini adalah pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan Awam, Elektrik dan Jentera (SPA, SPE dan SPJ) di Fakulti Pendidikan,
UTM. Untuk kajian ini, ciri-ciri populasi yang diambil kira ialah satu set lengkap semua
kumpulan iaitu pelajar jurusan SPA, SPE dan SPJ di Fakulti Pendidikan, UTM yang
memenuhi spesifikasi.
35
Kaedah persampelan tidak rawak iaitu persampelan purposif atau bertujuan
digunakan dalam kajian. Populasi bagi kajian ini adalah 40 responden yang mewakili
bidang pengkhususan pelajar yang dipilih iaitu pelajar tahun empat SPA, SPE dan SPJ.
Penyelidik memilih populasi daripada bidang pendidikan kerana dipercayai responden
mempunyai pengetahuan tentang kaedah dan aktiviti pembelajaran. Persampelan ini
digunakan adalah kerana bagi mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki dalam
menjawab persoalan (Azizi et al, 2007).
3.5 Instrumen Kajian
Pengumpulan data adalah sangat penting dalam penyelidikan. Menurut Majid
(2000), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan
pendidikan. Soal selidik adalah suatu instrumen yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perisian, kehendak dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, pengkaji memilih soal selidik bagi instrumen kajian kerana
ianya mudah untuk dijalankan dan cepat untuk memperoleh data dan tindak balas
daripada responden. Menurut Najib (1999), soal selidik ini digunakan adalah kerana ia
merupakan instrumen yang ringkas, mudah ditadbir dan data yang diperolehi mudah
dianalisis.
Terdapat dua komponen soal selidik yang digunakan iaitu:
i) Bahagian A – Butir-butir Diri Responden
ii) Bahagian B – Persoalan Kajian
36
3.5.1 Bahagian A – Butir-butir Diri Responden
Bahagian ini merangkumi item-item yang berkaitan dengan latar belakang dan
maklumat diri pelajar seperti kursus, jantina dan bangsa.
Demografi Faktor Skor
Kursus
SPA
SPE
SPJ
1
2
3
Jantina
Lelaki
Perempuan
1
2
Bangsa
Melayu
China
India
Lain-lain
1
2
3
4
Jadual 3.1 : Skor bagi faktor demografi
3.5.2 Bahagian B : Persoalan Kajian
Bahagian ini mengandungi item-item yang berkaitan dengan empat persoalan
kajian. Bahagian ini bertujuan untuk mengumpul data mengikut aspek persoalan kajian
yang dikaji. Setiap soalan diberi lima pilihan jawapan menggunakan Skala Likert lima
mata. Secara umumnya, pemilihan bagi Skala Likert untuk setiap item ialah seperti
berikut :
37
Likert (Skor) Maklum Balas
1 Sangat Tidak Setuju (STS)
2 Tidak Setuju (TS)
3 Tidak Pasti (TP)
4 Setuju (S)
5 Sangat Setuju (SS)
Jadual 3.2 : Pemilihan Skala Likert 5 Mata bagi setiap soalan daripada Bahagian B
Tahap Markat (Min)
Rendah 1 hingga 2.33
Sederhana 2.34 hingga 3.66
Tinggi 3.67 hingga 5
Jadual 3.3 : Markat Skala Kadaran 3 Mata
Sumber : Landell,C, (1997). Management By Menu. London. Wiley and Son Inc.
38
Bahagian Perkara Bilangan Item
A Latar Belakang responden 1 – 3
B
Persoalan Kajian 1
Apakah aktiviti pembelajaran yang digunakan untuk
menerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada
pelajar semasa proses pembelajaran.
1 – 20
Persoalan Kajian 2
Apakah elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang
diterapkan kepada pelajar semasa proses pembelajaran.
21 – 26
Persoalan Kajian 3
Apakah elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang
utama diterapkan kepada pelajar melalui aktiviti
pembelajaran semasa proses pembelajaran.
27 – 44
Persoalan Kajian 4
Apakah aktiviti pembelajaran yang berupaya membentuk
kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam kalangan pelajar
semasa proses pembelajaran dari perspektif pelajar.
45 – 51
Jadual 3.4 : Taburan Item-item Soal Selidik
3.6 Prosedur Mengumpul Data Kajian
Kajian ini hanya melibatkan pelajar SPA, SPE dan SPJ sahaja yang sedang
menuntut di tahun empat di Fakulti Pendidikan. Setelah borang soal selidik yang
disediakan mendapat kelulusan penyelia dan kesahan yang boleh diterima, penyelidik
mula mengedarkan borang soal selidik tersebut kepada responden. Penyelidik
menyerahkan sendiri borang soal selidik kepada responden supaya sebarang pertanyaan
daripada responden boleh dirujuk terus kepada penyelidik. Setelah borang soal selidik
dikumpul, penyelidik menganalisis data-data yang diperolehi daripada borang soal
39
selidik tersebut. Penyelidik juga menerima nasihat, bimbingan dan sumber bahan
daripada penyelia untuk penulisan ilmiah ini.
3.7 Analisis Data
Data-data yang dikumpul di analisis menggunakan program khas iaitu program
Statistical Packagefor the Social Sciences (SPSS) version 16 for Windows. Skor setiap
item yang dibuat berdasarkan Skala Likert 5 mata. Min, kekerapan dan peratus dikira
untuk setiap item berdasarkan persetujuan responden. Peratus dan min setiap item dikira
berdasarkan setiap item dalam borang soal selidik.
Bagi maklumat yang diperolehi dalam bahagian A, penyelidik menggunakan
nilai kekerapan dan peratusan untuk menganalisis data latar belakang responden. Bagi
maklumat bahagian B, data dianalisis berbeza mengikut setiap persoalan kajian bagi
mendapatkan keputusan yang tepat dan sesuai.
Untuk persoalan kajian pertama, iaitu tentang aktiviti pembelajaran yang
digunakan untuk menerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada pelajar semasa
proses pembelajaran. Data dianalisis menggunakan min seperti berikut:
Tahap Markat (Min)
Tidak Kerap 1 hingga 2.33
Sederhana 2.34 hingga 3.66
Kerap 3.67 hingga 5
Jadual 3.5 : Pembahagian peringkat mengikut min bagi soalan kajian pertama.
40
Bagi persoalan kajian kedua iaitu elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang
diterapkan kepada pelajar semasa proses pembelajaran, penyelidik menganalisis data
menggunakan min seperti berikut:
Tahap Markat (Min)
Rendah 1 hingga 2.33
Sederhana 2.34 hingga 3.66
Tinggi 3.67 hingga 5
Jadual 3.6 : Pembahagian peringkat mengikut min bagi soalan kajian kedua.
Bagi persoalan kajian ketiga iaitu elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang
utama diterapkan kepada pelajar melalui aktiviti pembelajaran semasa proses
pembelajaran di kelaskan berdasarkan nilai min seperti jadual berikut:
Tahap Markat (Min)
Tidak Penting 1 hingga 2.33
Sederhana 2.34 hingga 3.66
Penting 3.67 hingga 5
Jadual 3.7 : Pembahagian peringkat mengikut min bagi soalan kajian ketiga.
Bagi persoalan kajian keempat iaitu pembelajaran yang berupaya membentuk
kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam kalangan pelajar semasa proses pembelajaran dari
perspektif pelajar, penyelidik menganalisis data yang diperolehi menggunakan min seperti
berikut:
41
Tahap Markat (Min)
Tidak Berupaya 1 hingga 2.33
Sederhana 2.34 hingga 3.66
Berupaya 3.67 hingga 5
Jadual 3.8 : Pembahagian peringkat mengikut min bagi soalan kajian keempat.
3.8 Kesahan Dan Kebolehpercayaan (Kajian Rintis)
Bagi semua kajian yang mempunyai soal selidik, penyelidik perlu menjalankan
kajian rintis terhadap soal selidik yang dibuat. Menurut Majid (2000), kajian ini dibuat
bagi mengenal pasti kesesuaian dan ketepatan soal selidik yang digunakan. Kajian rintis
menentukan kesahan soal selidik sama ada berkualiti dan mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi.
Melalui kajian ini penyelidik telah mendapat maklumat tentang ketepatan soal
selidik yang digunakan. Aspek yang diberi perhatian ialah dari segi kefahaman
responden, tatabahasa, kandungan dan susunan ayat.
Kajian rintis telah dijalankan ke atas 10 orang responden. Sampel terdiri daripada
pelajar Fakulti Pendidikan UTM Skudai. Penyelidik telah menganalisis data yang
diperolehi daripada kajian rintis ini dan mendapatkan nilai pekali kepercayaan iaitu
pekali Alpha Cronbach bagi menguji kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan.
Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi daripada kajian rintis yang telah dibuat ialah 0.94.
Menurut Najib (2003), jika pekali Alpha Cronbach di antara 0.8 hingga 1.0 bermakna
item kajian boleh diterima dan tidak perlu ditukar dengan item yang lain. Segala data
yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS version 16.0 for Windows.
42
3.9 Kesimpulan
Bab ini menunjukkan bahawa kajian yang dijalankan ini melibatkan
penganalisisan data secara statistik. Populasi kajian, lokasi kajian, rekabentuk kajian,
pengujian kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur yang digunakan, prosedur
pemungutan data serta penganalisisan data adalah aspek penting bagi membantu
memastikan pengkaji menjalankan kajian secara lebih terperinci. Data-data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) version 16 for Windows.
43
BAB IV
ANALISIS DAN HURAIAN DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini membentangkan data-data yang diperolehi daripada 40 orang
responden yang terdiri daripada pelajar Fakulti Pendidikan dari kursus SPA, SPE dan
SPJ. Secara umumnya, perbincangan Bahagian A akan bertumpu kepada latar
belakang responden iaitu kursus, jantina dan bangsa. Perbincangan di Bahagian B
bertumpu kepada aktiviti pembelajaran yang digunakan untuk menerapkan
kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada pelajar semasa proses pembelajaran, elemen
kemahiran ‘Personal Qualities’ yang diterapkan kepada pelajar semasa proses
pembelajaran, elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang utama diterapkan kepada
pelajar melalui aktiviti pembelajaran semasa proses pembelajaran dan aktiviti
pembelajaran yang berupaya membentuk kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam
kalangan pelajar semasa proses pembelajaran dari perspektif pelajar. Penekanan
perbincangan adalah berdasarkan tajuk kajian iaitu penerapan kemahiran ‘Personal
Qualities’ dalam kalangan pelajar melalui aktiviti pembelajaran.
44
4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden
Bahagian ini membincangkan mengenai latar belakang responden yang
terdapat dalam soal selidik Bahagian A. Sebanyak tiga item soalan dibina bagi
mendapatkan gambaran latar belakang responden. Soalan-soalan adalah tertumpu
kepada kursus, jantina dan bangsa.
4.2.1 Kursus
Responden daripada SPA dan SPJ mempunyai bilangan yang sama dalam
kajian iaitu seramai 14 orang dan responden daripada kursus SPE ialah seramai 12
orang. Jadual 4.1 menunjukkan taburan mengikut kursus.
Jadual 4.1 : Jadual Taburan Mengikut Kursus
BIL KURSUS BILANGAN
RESPONDEN
PERATUS(%)
1 SPA 14 35
2 SPE 12 30
3 SPJ 14 35
Jumlah 40 100
4.2.2 Jantina
Responden lelaki merupakan bilangan responden yang tertinggi dalam kajian
iaitu seramai 21 orang atau 52.5 % dan responden perempuan seramai 19 orang atau
47.5 %. Jadual 4.2 menunjukkan taburan mengikut jantina.
45
Jadual 4.2 : Jadual Taburan Mengikut Jantina
BIL JANTINA BILANGAN
RESPONDEN
PERATUS(%)
1 Lelaki 21 52.5
2 Perempuan 19 47.5
Jumlah 40 100
4.2.3 Bangsa
Keseluruhan responden didapati berbangsa Melayu iaitu seramai 40 orang
dan mewakili 100% responden. Jadual 4.3 menunjukkan taburan mengikut bangsa.
Jadual 4.3 : Jadual Taburan Mengikut Bangsa
BIL Bangsa BILANGAN
RESPONDEN
PERATUS(%)
1 Melayu 40 100
2 Cina 0 0
3 India 0 0
4 Lain-lain 0 0
Jumlah 40 100
4.3 Bahagian B : Persoalan Kajian
Bahagian B bertumpu kepada aktiviti pembelajaran yang digunakan untuk
menerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada pelajar semasa proses
pembelajaran, elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang diterapkan kepada pelajar
46
semasa proses pembelajaran, elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang utama
diterapkan kepada pelajar melalui aktiviti pembelajaran semasa proses pembelajaran
dan aktiviti pembelajaran yang berupaya membentuk kemahiran ‘Personal Qualities’
dalam kalangan pelajar semasa proses pembelajaran dari perspektif pelajar.
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama : Aktiviti pembelajaran yang digunakan
untuk menerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada pelajar
semasa proses pembelajaran.
Dalam jadual 4.4 terdapat tujuh kaedah pengajaran yang merangkumi kaedah
kuliah, kaedah perbincangan, kaedah kajian kes, kaedah soal jawab, kaedah projek,
kaedah lawatan dan kaedah pembentangan. Bahagian ini mempunyai 20 item yang
mewakili kaedah pengajaran yang dikaji.
Kaedah pengajaran yang mempunyai skor min tertinggi adalah kaedah
pembentangan yang terdiri daripada item 19 iaitu pelajar diberi satu isu untuk
dibentangkan (min = 4.275) dimana seramai 15 responden mengatakan sangat setuju,
22 respoden memilih setuju, 2 respoden tidak pasti dan seorang responden memilih
tidak setuju. Untuk item 20 iaitu pelajar menyediakan bahan pembentangan (min =
4.4), seramai 17 responden memilih sangat setuju, 22 responden memilih setuju dan
seorang responden tidak pasti. Tiada responden memilih tidak setuju dan sangat tidak
setuju untuk item ini. Item 21 berkenaan pelajar membuat pembentangan tentang isu
yang diberi (min = 4.35) dimana seramai 16 responden memilih sangat setuju, 22
responden memilih setuju dan dua responden memilih tidak pasti. Tiada responden
memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk item ini. Skor min keseluruhan
kaedah pembentangan ialah 4.34.
Kaedah lain yang mempunyai skor min tinggi ialah kaedah soal jawab (min
keseluruhan = 3.91), kaedah kajian kes (min keseluruhan = 3.8), kaedah projek (min
keseluruhan = 3.79), kaedah lawatan (min keseluruhan = 3.78). Kaedah perbincangan
(min keseluruhan = 3.54) mempunyai min sederhana.
47
Kaedah penerapan yang mempunyai skor min terendah adalah kaedah
perbincangan yang terdiri daripada item 3 iaitu pensyarah memberi satu isu untuk
dibincangkan (min = 3.60) dimana seramai 3 responden mengatakan sangat setuju,
25 respoden memilih setuju, 6 respoden tidak pasti 5 orang responden memilih tidak
setuju dan seorang responden memilih sangat tidak setuju. Item 4 adalah berkenaan
dengan pensyarah menggalakkan pelajar berbincang dalam kelas (min = 3.325)
dimana seorang responden memilih sangat setuju, 23 respoden memilih setuju, 6
respoden tidak pasti, 4 responden memilih tidak setuju dan terdapat 1 responden
memilih sangat tidak setuju. Item 5 pula berkenaan Pelajar berbincang bersama
dalam membuat keputusan (min = 3.7). Seramai 5 responden memilih sangat setuju,
24 responden memilih setuju, 6 responden tidak pasti, 4 responden memilih tidak
setuju dan terdapat seorang responden memilih sangat tidak setuju. Skor min
keseluruhan kaedah kuliah ialah 3.54.
Jadual 4.4 : Taburan analisis aktiviti pembelajaran yang digunakan untuk
menerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada pelajar semasa proses
pembelajaran.
Elemen Item Persetujuan Responden Min Kuliah 1 2 3 4 5
f % F % f % f % F % 1. Pensyarah
menyampaikan maklumat yang telah dirancang.
1 2.5 1 2.5 7 17.5 23 57.5 8 20 3.9
2. Pelajar mencatat kandungan pelajaran yang disampaikan.
2 50 6 15 3 7.5 22 55 7 17.5 3.65
Keseluruhan min kaedah pengajaran kuliah 3.775
Perbincangan 3. Pensyarah memberi satu isu untuk dibincangkan.
1 2.5 5 12.5 6 15 25 62.5 3 7.5 3.6
48
4. Pensyarah menggalakkan pelajar berbincang dalam kelas.
2 5 8 20 6 15 23 57.5 1 2.5 3.325
5. Pelajar berbincang bersama dalam membuat keputusan.
1 2.5 4 10 6 15 24 60 5 12.5 3.7
Keseluruhan min kaedah perbincangan 3.54
Kajian kes 6. Pensyarah memberi masalah atau kes kepada pelajar untuk diselesaikan.
0 0 4 10 5 12.5 28 70 3 7.5 3.75
7. Pensyarah membantu pelajar menyelesaikan masalah kes.
0 0 2 5 7 17.5 27 67.5 4 10 3.825
8. Menggalakkan pelajar berfikir kreatif dan kritis.
0 0 4 10 4 10 27 67.5 5 12.5 3.825
Keseluruhan min kaedah kajian kes 3.80
Soal Jawab 9. Pensyarah mengajukan soalan kepada pelajar tentang isi-isi pelajaran.
0 0 4 10 4 10 25 62.5 7 17.5 3.875
10. Pensyarah memberi masa untuk menggalakkan pelajar berfikir bagi menjawab soalan .
0 0 4 10 3 7.5 22 55 11 27.5 4.00
49
11. Pensyarah membuka peluang kepada pelajar untuk menjawab soalan dan pendapat.
0 0 5 12.5 3 7.5 25 62.5 7 17.5 3.85
Keseluruhan min kaedah soal jawab 3.91
Projek 12. Pensyarah memberi satu projek atau aktiviti kepada pelajar untuk dilaksanakan dalam situasi sebenar.
0 0 6 15 5 12.5 12 30 17 42.5 4.00
13. Pensyarah menyelia perkembangan projek setiap masa.
0 0 11 27.5 5 12.5 16 40 8 20 3.525
14. Pelajar dapat menghasilkan sesuatu.
0 0 6 15 5 12.5 18 45 11 27.5 3.85
Keseluruhan min kaedah projek 3.79
Lawatan 15. Pensyarah menggalakkan pelajar mengaitkan pengalaman di luar bilik darjah.
0 0 5 12.5 5 12.5 18 45 11 27.5 3.775
16. Pensyarah menggalakkan pelajar kepada situasi sebenar.
0 0 7 17.5 8 20 21 52.5 4 10 3.55
50
17. Pengetahuan dapat dikukuhkan melalui lawatan yang didakan.
0 0 3 7.5 3 7.5 24 60 10 25 4.025
Keseluruhan min kaedah lawatan 3.78
Pembentangan (presentation)
18. Pelajar diberi satu isu untuk dihuraikan dan dibentangkan.
0 0 1 2.5 2 5 22 55 15 37.5 4.275
19. Pelajar menyediakan bahan pembentangan dengan perbincangan.
0 0 0 0 1 2.5 22 55 17 42.5 4.40
20. Pelajar membuat pembentangan dan mengeluarkan idea tentang isu yang telah diberi.
0 0 0 0 2 5 22 55 16 40 4.35
Keseluruhan min kaedah pembentangan 4.34
51
Jadual 4.5 menunjukkan taburan analisis keseluruhan aktiviti pembelajaran
yang digunakan untuk menerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada pelajar
semasa proses pembelajaran mengikut min dan kedudukan. Secara keselurahan bagi
persoalan kajian pertama, analisis data menunjukkan bahawa kaedah pembentangan
yang mempunyai min tertinggi iaitu 4.34 merupakan kaedah yang paling kerap
digunakan. Kemudian diikuti oleh kaedah soal jawab (min = 3.91), kaedah kajian kes
(min = 3.8), kaedah projek (min = 3.79) dan kaedah lawatan (min = 3.78).
Kedudukan keenam ialah kaedah kuliah (min = 3.775) dan masih berada ditahap
kerap. Kedudukan terakhir dengan min terendah ialah kaedah perbincangan (min =
3.54) tetapi masih berada pada tahap sederhana kerap. Skor min keseluruhan
persoalan kajian pertama ialah 3.79.
Jadual 4.5 : Taburan analisis aktiviti pembelajaran yang digunakan untuk
menerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada pelajar semasa proses
pembelajaran dan kedudukan.
Kaedah Pengajaran Min
keseluruhan
Kedudukan Tahap
Pembentangan 4.34 1 Tinggi
Soal Jawab 3.91 2 Tinggi
Kajian Kes 3.80 3 Tinggi
Projek 3.79 4 Tinggi
Lawatan 3.78 5 Tinggi
Kuliah 3.775 6 Tinggi
Perbincangan 3.54 7 Sederhana
Min Keseluruhan Persoalan
Kajian Pertama
3.79
52
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua: Elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang
diterapkan kepada pelajar semasa proses pembelajaran.
Jadual 4.6 menunjukkan taburan analisis keseluruhan elemen kemahiran
‘Personal Qualities’ yang diterapkan kepada pelajar semasa proses pembelajaran.
Bahagian ini mempunyai 6 item yang berkaitan dengan persoalan kajian kedua.
Analisis data persoalan kajian kedua menunjukkan bahawa item 23 iaitu kemahiran
sosial (min = 4.325) merupakan elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang
mempunyai min paling tinggi dimana seramai 14 responden memilih sangat setuju,
25 responden memilih setuju dan terdapat seorang responden memilih tidak pasti.
Untuk item 25 ini, tiada responden memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju.
Elemen kemahiran lain yang mempunyai min tinggi ialah kemahiran bekerja
dalam kumpulan (min = 4.25), sikap bertanggungjawab (min = 4.125), Kemudian
diikuti oleh elemen keyakinan diri dan kebolehan menyesuaikan diri (min = 4.075).
Elemen yang mempunyai min paling rendah ialah item 26 iaitu elemen
motivasi diri (min = 4.0). Seramai 11 responden memilih sangat setuju, 21 responden
memilih setuju, 5 responden memilih tidak pasti dan hanya 3 responden memilih
tidak setuju dengan item ini.
53
Jadual 4.6 : Taburan analisis Elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang
diterapkan kepada pelajar semasa proses pembelajaran.
Item Persetujuan Responden Min 1 2 3 4 5 f % f % f % F % f %
21. Pelajar digalakkan untuk bertanggung jawab (melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan sempurna)
0 0 0 0 4 10 27 67.5 9 22.5 4.125
22. Pelajar didedahkan dengan aktiviti untuk meyakinkan diri (berfikiran positif, yakin diri, keseimbangan emosi dan rohani)
0 0 0 0 5 12.5 27 67.5 8 20 4.075
23. Pelajar digalakkan berinteraksi dengan masyarakat secara lisan dan tingkah laku yang baik ,beretika, mempunyai integriti dan melaksanakan tanggungjawab sosial.
0 0 0 0 1 2.5 25 62.5 14 35 4.325
24. Pelajar dilatih supaya berkebolehan menghadapi dan mengendali perubahan situasi, keperluan semasa dan menghadapi tekanan melalui aktiviti pembelajaran.
0 0 0 0 4 10 29 72.5 7 17.5 4.075
25. Pelajar digalakkan membuat kerja secara berkumpulan (memberi dan menerima pandangan,
0 0 0 0 4 10 22 55 14 35 4.25
54
bertolak ansur, bekerjasama, memimpin dan dipimpin)
26. Motivasi diri yang tinggi diterapkan kepada pelajar supaya tidak mudah putus asa dan bersemangat dalam melakukan sesuatu tugas.
0 0 3 7.5 5 12.5 21 52.5 11 27.5 4
Jadual 4.7 menunjukkan taburan analisis keseluruhan elemen kemahiran
‘Personal Qualities’ yang diterapkan kepada pelajar semasa proses pembelajaran
mengikut min keseluruhan dan kedudukan. Analisis data persoalan kajian kedua
menunjukkan bahawa kemahiran sosial (min = 4.325) merupakan elemen kemahiran
‘Personal Qualities’ yang paling banyak diterapkan oleh pensyarah-pensyarah
Fakulti Pendidikan, UTM. Elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ lain yang juga
banyak diterapkan ialah kemahiran bekerja dalam kumpulan (min = 4.25), sikap
bertanggungjawab (min = 4.125), elemen keyakinan diri dan kebolehan
menyesuaikan diri (min = 4.075). Elemen pada kedudukan paling rendah ialah
elemen motivasi diri (min = 4.0). Walaupun pada kedudukan paling rendah tetapi
elemen motivasi masih berada pada tahap tinggi. Min keseluruhan bagi persoalan
kajian kedua ialah 4.14 dan berada pada tahap tinggi.
55
Jadual 4.7 : Taburan analisis elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang
diterapkan kepada pelajar semasa proses pembelajaran mengikut min
keseluruhan dan kedudukan.
Kemahiran Personal Qualities Min
keseluruhan
Kedudukan Tahap
Kemahiran Bersosial 4.325 1 Tinggi
Bekerja Dalam Kumpulan atau
Semangat Berkumpulan
4.25 2 Tinggi
Sikap bertanggung jawab 4.125 3 Tinggi
Keyakinan Diri 4.075 4 Tinggi
Kebolehan Menyesuaikan Diri 4.075 4 Tinggi
Motivasi diri yang tinggi 4.00 6 Tinggi
Min Keseluruhan Persoalan Kajian
Kedua
4.14
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga : Elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang
utama diterapkan kepada pelajar melalui aktiviti pembelajaran semasa
proses pembelajaran.
Berdasarkan data analisis bagi persoalan kajian ketiga ini, jenis elemen
‘Personal Qualities’ yang mempunyai min tertinggi ialah sikap bertanggungjawab
yang terdiri daripada item 27 iaitu menjalankan tugas yang diberikan dengan
sempurna (min = 4.35). Seramai 16 responden memilih sangat setuju, 22 responden
memilih setuju dan 2 responden memilih tidak pasti. Tiada responden memilih tidak
setuju dan sangat tidak setuju untuk item ini. Item 28 adalah berkenaan berusaha
untuk menyelesaikan tugas dengan baik (min = 4.375). seramai 17 responden
memilih sangat setuju, 21 responden memilih setuju dan 2 responden memilih tidak
pasti. Tiada responden memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk item ini.
Item 29 pula adalah berkenaan menerima segala tugas yang diberikan dengan baik
(min = 4.35). Seramai 17 responden memilih sangat setuju, 20 responden memilih
56
setuju dan 3 responden memilih tidak pasti. Tidak terdapat responden yang memilih
tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk item ini. Min keseluruhan bagi elemen ini
ialah 4.36.
Kemudian elemen lain yang mempunyai min tinggi ialah elemen semangat
berpasukan dan motivasi diri (min keseluruhan = 4.3), kemahiran sosial (min
keseluruhan = 4.2) dan fleksibel (min keseluruhan = 4.175).
Elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang mempunyai min paling rendah
ialah yakin diri yang terdiri daripada item 30 iaitu berani mengeluarkan pendapat
(min = 4.1). Seramai 13 responden memilih sangat setuju, 20 responden memilih
setuju dan 5 responden memilih tidak pasti. Terdapat 2 responden memilih tidak
setuju dan tiada responden memilih sangat tidak setuju untuk item ini. Item 31 adalah
berkenaan boleh melakukan sesuatu dengan yakin (min = 4.175) dimana seramai 14
responden memilih sangat setuju, 19 responden memilih setuju dan 7 responden
memilih tidak pasti. Tiada responden memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju
untuk item ini. Item 32 ialah boleh menampilkan diri di khalayak ramai (min = 4.2).
Seramai 14 responden memilih sangat setuju, 20 responden memilih setuju dan 6
responden memilih tidak pasti. Tiada responden memilih tidak setuju dan sangat
tidak setuju untuk item ini. Min keseluruhan bagi elemen yakin diri ialah 4.16.
Jadual 4.8 : Taburan analisis Elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang
utama diterapkan kepada pelajar melalui aktiviti pembelajaran semasa proses
pembelajaran.
Elemen Item Persetujuan Responden Min
Bertanggung-
Jawab
1 2 3 4 5
f % f % f % f % F %
27. Saya menjalankan
tugas yang
diberikan dengan
sempurna.
0 0 0 0 2 5 22 55 16 40 4.35
28. Saya berusaha 0 0 0 0 2 5 21 52.5 17 42.5 4.375
57
untuk
menyelesaikan
tugas dengan baik.
29. Saya menerima
segala tugas yang
diberi dengan baik.
0 0 0 0 3 7.5 20 50 17 42.5 4.35
Keseluruhan min sikap bertanggung jawab 4.36
Yakin Diri
30. Saya berani
mengeluarkan
pendapat.
0 0 2 5 5 12.5 20 50 13 32.5 4.1
31. Saya boleh
melakukan sesuatu
dengan yakin.
0 0 0 0 7 17.5 19 47.5 14 35 4.175
32. Saya berani
menampilkan diri di
khalayak ramai.
0 0 0 0 6 15 20 50 14 35 4.2
Keseluruhan min sikap yakin diri 4.16
Kemahiran
Sosial
33. Saya senang
bergaul dengan
orang ramai.
0 0 0 0 5 12.5 22 55 13 32.5 4.2
34. Saya boleh
berkomunikasi
dengan baik.
0 0 0 0 5 12.5 22 55 13 32.5 4.2
35. Saya pandai
berinteraksi dengan
orang ramai.
0 0 0 0 5 12.5 22 55 13 32.5 4.2
Keseluruhan min kemahiran sosial 4.2
Fleksibel dan
boleh
36. Saya boleh
menerima segala
perubahan dengan
baik.
0 0 1 2.5 6 15 23 57.5 10 25 4.05
37. Saya dapat
menyesuaikan diri
0 0 1 2.5 4 10 23 57.5 12 30 4.15
58
menyesuaikan
diri
di tempat, situasi
dan orang baru.
38. Saya boleh
melakukan kerja-
kerja baru dengan
menjalani latihan
yang sesuai.
0 0 0 0 2 5 23 57.5 15 37.5 4.325
Keseluruhan min kemahiran menyesuaikan diri 4.175
Semangat
berpasukan
dan
kerjasama
39. Saya berkongsi
maklumat dengan
rakan-rakan untuk
menyiapkan suatu
tugasan.
0 0 0 0 4 10 20 50 16 40 4.3
40. Saya menerima
pendapat rakan-
rakan dengan baik.
0 0 1 2.5 5 12.5 20 50 14 35 4.175
41. Saya sedia
membantu ahli
kumpulan yang
menghadapi
masalah dalam
tugasan.
0 0 0 0 2 5 19 47.5 19 47.5 4.425
Keseluruhan min kemahiran berpasukan 4.3
Bermotivasi
diri
42. Saya sentiasa
bersemangat untuk
melakukan sesuatu.
0 0 2 5 2 5 22 55 14 35 4.2
43. Saya sentiasa
inginkan kerja yang
sempurna dan
mencapai matlamat.
0 0 2 5 2 5 20 50 16 40 4.25
44. Saya tidak mudah
putus asa
0 0 0 0 3 7.5 22 55 15 37.5 4.3
Keseluruhan min sikap motivasi diri 4.3
59
Jadual 4.9 menunjukkan taburan analisis keseluruhan elemen kemahiran
‘Personal Qualities’ yang utama diterapkan kepada pelajar melalui aktiviti
pembelajaran semasa proses pembelajaran mengikut min keseluruhan dan
kedudukan. Analisis data persoalan kajian ketiga menunjukkan bahawa sikap
bertanggungjawab (min = 4.36) merupakan elemen kemahiran ‘Personal Qualities’
yang dianggap paling penting diterapkan oleh pensyarah-pensyarah Fakulti
Pendidikan, UTM kepada pelajar. Elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ lain yang
juga dianggap penting ialah semangat berpasukan, kerjasama serta motivasi diri (min
= 4.3) dan kemahiran sosial (min = 4.20). Kemudian elemen ini diikuti oleh sikap
fleksibel dan kebolehan menyesuaikan diri (min = 4.175). Elemen yang berada pada
kedudukan paling rendah ialah sikap yakin diri (min = 4.16) tetapi masih berada pada
tahap tinggi. Min keseluruhan bagi persoalan kajian kedua ialah 4.25.
Jadual 4.9 : Taburan analisis elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang
paling utama diterapkan kepada pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut min keseluruhan dan kedudukan.
Elemen Kemahiran Personal
Qualities
Min
keseluruhan
Kedudukan Tahap
Bertanggungjawab 4.36 1 Tinggi
Semangat Berpasukan dan Kerjasama 4.30 2 Tinggi
Bermotivasi Diri 4.30 2 Tinggi
Kemahiran Sosial 4.20 4 Tinggi
Fleksibel dan Menyesuaikan Diri 4.175 5 Tinggi
Yakin Diri 4.16 6 Tinggi
Min Keseluruhan Persoalan Kajian
Ketiga
4.25
60
4.3.4 Persoalan Kajian Keempat : Aktiviti pembelajaran yang berupaya
membentuk kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam kalangan pelajar
semasa proses pembelajaran dari perspektif pelajar.
Berdasarkan data persoalan kajian keempat, kaedah yang mempunyai min
tertinggi ialah item 50 iaitu kaedah lawatan (min = 4.475). Seramai 23 responden
memilih sangat setuju, 14 responden memilih setuju dan 2 responden memilih tidak
pasti. Terdapat seorang responden memilih tidak setuju dan tiada responden memilih
sangat tidak setuju untuk item ini.
Kaedah lain yang mempunyai min tinggi ialah kaedah pembentangan (min =
4.45), kaedah perbincangan (min = 4.275), kaedah projek (min = 4.125), kaedah
kajian kes (min 4.075) dan kaedah soal jawab (min = 4.075).
Kaedah yang mempunyai min paling rendah ialah item 45 iaitu kaedah kuliah
(min = 3.45). Seramai 2 responden memilih sangat setuju, 25 responden memilih
setuju dan 4 responden memilih tidak pasti. Terdapat 7 responden memilih tidak
setuju dan 2 responden memilih sangat tidak setuju untuk item ini.
Jadual 4.10 : Taburan analisis aktiviti pembelajaran yang berupaya
membentuk kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam kalangan pelajar semasa
proses pembelajaran dari perspektif pelajar.
.
Item Persetujuan Responden Min 1 2 3 4 5
f % f % f % f % F %
45. Pengajaran
berbentuk kuliah
dapat membentuk
2 5 7 17.5 4 10 25 62.5 2 5 3.45
61
kualiti peribadi
saya seperti
menepati masa dan
disiplin.
46. Melalui
perbincangan
semasa proses
pembelajaran, saya
dapat melatih diri
menyesuaikan diri
dan berinteraksi.
0 0 0 0 2 5 25 62.5 13 32.5 4.275
47. Aktiviti
penyelesaian
masalah sesuatu
kes semasa
pembelajaran dapat
membantu saya
menjadi lebih yakin
dengan keputusan
yang dibuat.
0 0 0 0 5 12.5 24 60 11 27.5 4.075
48. Melalui kaedah
soal jawab, saya
akan lebih yakin
untuk memberi
idea dan jawapan
kepada soalan yang
dikemukakan.
0 0 0 0 4 10 29 72.5 7 17.5 4.075
49. Penghasilan suatu
projek
membolehkan saya
bermotivasi untuk
melakukan sesuatu
tanpa putus asa.
0 0 2 5 3 7.5 23 57.5 12 30 4.125
62
50. Lawatan sambil
belajar dapat
membantu saya
melatih diri dengan
situasi sebenar
untuk alam
pekerjaan.
0 0 1 2.5 2 5 14 35 23 57.5 4.475
51. Melalui kaedah
pembentangan,
saya akan lebih
yakin untuk tampil
ke hadapan.
0 0 0 0 3 7.5 16 40 21 52.5 4.45
Jadual 4.11 menunjukkan taburan analisis keseluruhan aktiviti pembelajaran
yang berupaya membentuk kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam kalangan pelajar
semasa proses pembelajaran dari perspektif pelajar. Analisis data persoalan kajian
keempat menunjukkan bahawa kaedah lawatan yang mempunyai min tertinggi iaitu
4.475 merupakan kaedah yang paling berupaya untuk digunakan dalam penerapan
kemahiran ‘Personal Qualities’. Kemudian diikuti oleh kaedah pembentangan (min =
4.45), kaedah perbincangan (min = 4.275), kaedah projek (min = 4.125), kaedah
kajian kes dan kaedah soal jawab (min = 4.075). Kedudukan terakhir dengan min
terendah ialah kaedah kuliah (min = 3.45). Min kaedah kuliah menunjukkan bahawa
kaedah ini berada pada tahap sederhana. Skor min keseluruhan persoalan kajian
pertama ialah 4.13.
63
Jadual 4.11 : Taburan Analisis aktiviti pembelajaran yang berupaya
membentuk kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam kalangan pelajar semasa
proses pembelajaran dari perspektif pelajar mengikut min keseluruhan dan
kedudukan.
Kaedah Pengajaran Min keseluruhan Kedudukan Tahap
Lawatan 4.475 1 Tinggi
Pembentangan 4.45 2 Tinggi
Perbincangan 4.275 3 Tinggi
Projek 4.125 4 Tinggi
Soal Jawab 4.075 5 Tinggi
Kajian kes 4.075 5 Tinggi
Kuliah 3.45 6 Sederhana
Min Keseluruhan
Persoalan Kajian
Keempat
4.13
64
4.4 Kesimpulan
Di dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan tentang dapatan kajian yang
diperolehi berdasarkan soal selidik yang telah diedarkan kepada 40 responden yang
terlibat. Hasil dapatan kajian ini telah menjawab persoalan kajian melalui analisis
latar belakang responden dan 51 item persoalan kajian. Hasil dapatan kajian yang
telah dianalisis akan dibuat perbincangan, rumusan dan cadangan pada bab
seterusnya iaitu bab 5.
65
BAB V
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan dapatan kajian yang telah dianalisis.
Berdasarkan kepada dapatan kajian, satu rumusan dan cadangan yang difikirkan
bersesuaian dengan objektif kajian yang telah dinyatakan akan dibuat.
Bab ini juga akan merumuskan tentang penerapan kemahiran ‘Personal
Qualities’ dalam kalangan para pensyarah Fakuliti Pendidikan dari perspektif pelajar
perdana. Objektif utama kajian ini untuk meninjau dan mengenalpasti elemen
kemahiran ‘Personal Qualities’ yang paling kerap diterapkan dan penting serta
kaedah penerapan yang digunakan.
Perbincangan dibuat merujuk kepada setiap persoalan yang mengandungi
item-item yang dijawab oleh responden berdasarkan nilai frekuensi, peratusan dan
min.
Hasil daripada perbincangan dapatan kajian tersebut, beberapa cadangan telah
dikemukakan. Pengkaji berharap agar cadangan yang diberikan ini memberi manfaat
kepada pihak-pihak yang terlibat.
66
5.2 Perbincangan Hasil Dapatan
Dalam perbincangan ini, penyelidik akan menghuraikan hasil kajian ke atas
40 responden dalam penyelidikan ini iaitu tentang latar belakang responden dan
seterusnya mengkhususkan kepada aspek-aspek persoalan kajian bagi memenuhi
objektif kajian.
5.2.1 Perbincangan Tentang Latar Belakang Responden
Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, didapati pelajar Fakulti Pendidikan
daripada kursus SPA, SPE dan SPJ yang menjadi sampel bagi kajian ini adalah
berjumlah 40 orang responden. Daripada jumlah tersebut, tidak terdapat banyak
perbezaan antara bilangan responden SPA, SPE dan SPJ, di mana SPA seramai 14
orang (35%), SPE seramai 12 orang (30%) dan SPJ seramai 14 orang (35%). Jumlah
responden tidak menunjukkan perbezaan yang ketara kerana kursus ini adalah
dibawah jabatan yang sama iaitu Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
Fakulti Pendidikan, UTM.
Jumlah responden kajian juga menunjukkan jurang yang kecil antara bilangan
responden lelaki dan responden perempuan. Berdasarkan hasil kajian, bilangan
responden lelaki ialah seramai 21 orang (52.5%) dan responden perempuan ialah
seramai 19 orang (47.5%). Keadaan ini terjadi kerana lelaki dan perempuan sama-
sama cenderung untuk menceburi bidang pendidikan kejuruteraan. Kaum lelaki
melebihi kaum perempuan kerana faktor minat dan kesesuaian untuk menceburi
bidang pendidikan teknikal.
Daripada hasil analisis data, didapati keseluruhan responden adalah terdiri
daripada bangsa Melayu iaitu seramai 40 orang (100%). Hal ini kemungkinan
disebabkan oleh kurangnya minat daripada bangsa lain seperti Cina dan India untuk
menceburi bidang pendidikan kejuruteraan.
67
5.2.2 Perbincangan Tentang Persoalan Kajian Pertama
“Apakah aktiviti pembelajaran yang digunakan untuk menerapkan kemahiran
‘Personal Qualities’ kepada pelajar semasa proses pembelajaran.”
Hasil analisis kajian ini mendapati kaedah dan aktiviti pengajaran yang paling
kerap digunakan dalam proses pengajaran ialah kaedah pembentangan. Hasil dapatan
kajian telah menunjukkan bahawa min keseluruhan kaedah penerapan kemahiran
‘Personal Qualities’ ialah pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa para pensyarah
Fakulti Pendidikan telah menggunakan serta mempelbagaikan kaedah dan aktiviti
pengajaran dalam penerapan kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka. Menurut Adlisham (2009), guru-guru perlu
mempunyai sikap keterbukaan, kebolehan untuk mencuba pelbagai pendekatan
pengajaran dan menimba ilmu dan maklumat mengenai pembelajaran dan pelajar.
Daripada tiga item kaedah pembentangan, didapati bahawa min tertinggi
ialah item 20 iaitu pelajar membuat pembentangan tentang isu yang diberi (min =
4.35). Hasil kajian telah menunjukkan bahawa para pensyarah di Fakulti Pendidikan
paling kerap mengamalkan kaedah seperti item 20 berbanding item lain dalam
kaedah pembentangan.
Kaedah perbincangan merupakan kaedah yang paling kurang digunakan
untuk menerapkan kemahiran “ Personal Qualities” tetapi masih berada pada tahap
sederhana kerap . Berdasarkan tiga item kaedah perbincangan, item yang paling
rendah ialah item 4 iaitu pensyarah menggalakkan pelajar berbincang di dalam kelas
(min = 3.325). Persetujuan responden ini menunjukkan penglibatan pelajar semasa
perbincangan dalam kelas agak tidak memuaskan Menurut Andrew (2007),
perbincangan kumpulan memerlukan komunikasi yang baik dan sokongan antara
satu sama lain untuk menghasilkan satu aktiviti perbincangan yang berkesan.
68
Berdasarkan analisis kajian, kaedah kuliah juga tidak sesuai digunakan untuk
kelas pendidikan kejuruteraan kerana kedudukan kaedah kuliah juga adalah antara
yang paling kurang digunakan. Menurut Khoo (2008), kaedah kuliah merupakan
kaedah pengajaran satu hala yang tidak banyak melibatkan penyertaan pelajar,
perubahan tingkah laku dan kemahiran. Oleh itu kaedah ini tidak dipilih oleh
pensyarah untuk diaplikasikan dalam pengajaran subjek kejuruteraan.
5.2.3 Perbincangan Tentang Persoalan Kajian Kedua
“Apakah elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang diterapkan kepada
pelajar semasa proses pembelajaran.”
Persetujuan responden menunjukkan bahawa kesemua elemen kemahiran
‘Personal Qualities’ kerap diterapkan oleh pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan pelajar didedahkan dengan
kemahiran bersosial semasa pembelajaran. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan berjaya menerapkan elemen kemahiran
‘Personal Qualities’ dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.
Menurut P. Robinson (2000), kemahiran ‘Personal Qualities’ adalah
kemahiran yang boleh diajar dan boleh diterapkan melalui persekitaran sekolah dan
tempat kerja. Matlamat dan objektif dalam menerapkan kemahiran ini perlu
ditetapkan dan kaedah pengajaran perlu dipilih untuk memastikan matlamat dan
objektif pengajaran tercapai.
69
5.2.3 Perbincangan Tentang Persoalan Kajian Ketiga
“Apakah elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang utama diterapkan
kepada pelajar melalui aktiviti pembelajaran semasa proses pembelajaran.”
Berdasarkan kepada nilai min yang tinggi iaitu didahului oleh sikap
bertanggungjawab diikuti kemahiran berpasukan, motivasi diri, kemahiran sosial,
fleksibel dan kebolehan menyesuaikan diri, dan yakin diri telah membuktikan para
pelajar SPA, SPE dan SPJ Fakulti Pendidikan,UTM sangat mengutamakan semua
elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam proses pembelajaran mereka.
Persetujuan responden menunjukkan bahawa pelajar mementingkan
penerapan sikap bertanggungjawab dalam proses pembelajaran. Menurut Andrew
(2007), bertanggungjawab bermaksud kebolehan menentukan matlamat dan
keutamaan dalam kerja dan kehidupan. Pekerja yang mempunyai sikap
bertanggungjawab akan menjalankan tugas yang diberikan dengan sempurna,
berusaha untuk menyelesaikan tugas dengan baik dan menerima tugas yang diberi
dengan baik. Menurut Lankard (1990), terdapat banyak kemahiran yang berkaitan
dengan “Personal Qualities” yang boleh diterapkan. Kebanyakannya memberi fokus
kepada topik imej peribadi, sikap individu dan tingkah laku. Sikap seperti
bertanggungjawab amat penting kerana hampir kesemua majikan memerlukan
pekerja yang boleh bertanggungjawab ke atas kerja yang diberikan.
5.2.4 Perbincangan Tentang Persoalan Kajian Keempat
“Apakah aktiviti pembelajaran yang berupaya membentuk kemahiran
‘Personal Qualities’ dalam kalangan pelajar semasa proses pembelajaran.”
Persetujuan responden menunjukkan bahawa kaedah yang paling berupaya
menerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’ ialah kaedah lawatan. Kemudian diikuti
70
oleh kaedah pembentangan, perbincangan, kaedah projek, aktiviti kajian kes dan soal
jawab, dan akhir sekali kaedah kuliah. Ini menunjukkan pelbagai kaedah diperlukan
dalam memastikan keberkesanannya dalam penerapan kemahiran ‘Personal
Qualities’ dalam kalangan pelajar.
Menurut sumber internet, dalam artikel yang bertajuk “Developing
employability skill”, seorang yang pemalu berkemungkinan boleh membentangkan
sesuatu isu dengan fasih melalui perbincangan. Melalui kaedah pembentangan secara
tidak langsung, pelajar mampu menerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’ seperti
yakin diri untuk tampil membentangkan sesuatu isu.
Kaedah kuliah dianggap kurang membantu dalam penerapan kemahiran
‘Personal Qualities’. Menurut Khoo (2008), kaedah kuliah adalah kaedah tradisional
yang digunakan untuk menyampaikan maklumat yang berbentuk fakta dan
menjelaskan kepada sejumlah besar pelajar. Kaedah kuliah juga cepat membosankan
pelajar dan pengajar sendiri tidak pasti sama ada pelajar memahami maklumat yang
disampaikan atau tidak. Oleh itu kaedah kuliah kurang membantu dalam proses
menerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’.
5.3 Rumusan Hasil Kajian
Hasil kajian yang diperolehi telah menjawab semua keempat-empat persoalan
kajian bagi penyelidikan ini. Analisis persoalan kajian pertama mendapati aktiviti
pembelajaran yang digunakan untuk menerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’
kepada pelajar semasa proses pembelajaran yang paling kerap digunakan oleh
pensyarah Fakulti Pendidikan UTM ialah kaedah pembentangan. Manakala aktiviti
yang paling kurang digunakan ialah kaedah perbincangan.
71
Analisis persoalan kajian kedua pula mendapati bahawa terdapat elemen
kemahiran ‘Personal Qualities’ yang diterapkan kepada pelajar semasa proses
pembelajaran. Antara elemen yang kerap diterapkan ialah kemahiran bersosial,
bekerja dalam kumpulan dan sikap bertanggungjawab. Elemen yang paling kurang
diterapkan ialah motivasi diri.
Hasil analisis persoalan ketiga menjawab elemen kemahiran ‘Personal
Qualities’ yang utama diterapkan kepada pelajar melalui aktiviti pembelajaran
semasa proses pembelajaran. Kemahiran yang dianggap paling utama ialah sikap
bertanggungjawab, diikuti oleh semangat berpasukan dan motivasi diri. Disamping
itu, kemahiran bersosial, kebolehan menyesuaikan diri dan yakin diri juga penting
diterapkan kepada pelajar semasa proses pembelajaran mereka.
Hasil kajian juga menunjukkan persetujuan responden tentang aktiviti
pembelajaran yang berupaya membentuk kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam
kalangan pelajar semasa proses pembelajaran dari perspektif pelajar. Berdasarkan
hasil kajian, kaedah lawatan merupakan kaedah yang paling berupaya menerapkan
kemahiran ‘Personal Qualities’ diikuti oleh kaedah pembentangan dan kaedah
perbincangan. Kaedah kuliah merupakan kaedah yang kurang berupaya dan berada
pada tahap sederhana.
5.4 Cadangan
Berdasarkan keputusan kajian, penyelidik mencadangkan beberapa perkara
yang sesuai dengan dapatan kajian iaitu :
1. Walaupun sebahagian besar pensyarah telah melaksanakan penerapan
kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
mereka tetapi masih terdapat elemen yang kurang diberi perhatian seperti
motivasi diri. Oleh itu, pensyarah disarankan untuk memperbanyakkan
aktiviti yang boleh meningkatkan motivasi diri pelajar supaya dapat
72
melahirkan graduan yang berkualiti dan motivasi diri tinggi untuk menempuh
alam pekerjaan.
2. Para pensyarah juga disarankan supaya mempelbagaikan kaedah pengajaran
yang berkesan dalam penerapan kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam sesi
pengajaran mereka seperti kaedah pembentangan dan kaedah perbincangan.
Kaedah lawatan juga harus dijalankan kerana kaedah ini amat berkesan untuk
menerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’.
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
Kemahiran ‘Personal Qualities’ amat penting diterapkan kepada pelajar untuk
menembusi pasaran kerja dan memenuhi kehendak majikan. Bagi mendapatkan
maklumat yang lebih lengkap, penyelidik mencadangkan supaya penyelidik-
penyelidik yang akan datang untuk menjalankan kajian tentang perkara berikut:
1. Kajian mengenai kemahiran ‘Personal Qualities’ ini boleh dilanjutkan
dengan menggunakan responden daripada fakulti lain dan jumlah
responden yang lebih besar di UTM dan Institut Pengajian Tinggi Awam
yang lain.
2. Kajian juga boleh dilakukan terhadap elemen kemahiran ‘Personal
Qualities’ yang diamalkan oleh pelajar UTM Skudai di semua fakulti.
3. Kajian juga boleh dikhususkan kepada persetujuan dan penerimaan
pelajar untuk belajar semasa para pensyarah menerapkan kemahiran
‘Personal Qualities’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
73
5.6 Kesimpulan
Hasil daripada dapatan dan perbincangan telah menunjukkan elemen
kemahiran ‘Personal Qualities’ adalah sangat penting diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka. Kaedah dan aktiviti pengajaran yang sesuai
dan berkesan juga penting dalam membantu memudahkan cara penerapan kemahiran
‘Personal Qualities’. Ini bagi memastikan graduan universiti mampu mendapat
peluang pekerjaan yang lebih luas dan memenuhi kehendak pasaran kerja semasa.
74
RUJUKAN
Andrew Bong (2007). Penerapan Kemahiran Employability Di Kalangan Pensyarah
Fakulti Pendidikan UTM Dari Perspektif Pelajar Program Khas Pensiswazahan
Guru (PKPG). Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda.
Ahmad Firdaus Mohd Noor (2007). Hubungan Di antara Kemahiran Generik Dan
Pencapaian Akademik Pelajar Tahun 4 Pendidikan Teknik Kejuruteraan Fakulti
Pendidikan UTM. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda.
Azizi Yahaya, Sharin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan
(2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Blosser dan Patricia E (1988). Teaching Problem Solving—Secondary School Science.
ERIC/SMEAC Science Education Digest No 2,1998. (ERIC No. ED309049).
Brualdi dan Amy C (1998). Classroom Questios. ERIC/AE Digest. (ERIC No.
ED422407) Tudge, Jonathan –Caruso dan David (1989). Cooperative Problem
Solving in the Classroom. (ERIC No. ED310881).
75
Chynette Nealy (2005). Integrating Soft Skills Through Active Learning In The
Management Classroom. Journal of College Teaching and Learning April 2005
volume 2, No. 4.
EM Khoo (2008). Teaching Mehods Used In Primary Care. Malaysian Family Physician
2008:Volume 3 No 1 .
Boleh didapati di laman web: http://www.ejournal.afpm.org.my
Hussain Othman, Berhannudin Mohd Salleh, Syed Muhammad Dawilah al-Edrus dan
Abdullah Sulaiman (2008). Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Pengalaman (PBM dan PBMBP) bagi Meningkatkan Kemahiran Insaniah
Pelajar. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia : Journal Of Human Capital
Development.
Jack Stanley Brown,Jr (2007). A Study and Ivestigation of Learned and Inherent Traits,
Behaviours, and Skill of Adolescent Public High School Students that are
Deemed to be Essential to Successfully Secure and Maintain Employment.
Academic Business World Conference May 1, 2007.
Lankard, Bettina A (1990). Employability – The Fifth Basic Skill. ERIC Digest No 104.
(ERIC No. ED325659).
Richard M. Felder, Donald R. Woods, James E. Stice dan Armando Rugarcia (2000).
The Future Of Engineering Education : II. Teaching Methods That Work. Chem.
Engr. Education, 34(1), 26-39 (2000).
Robinson, J.P. (2000). The Workplace: What Are Employability Skills?. Vol.1. Issue 3.
76
Shahril @ Charil Hj Marzuki (2004). Amalan Pengajaran Yang Berkesan : Kajian Di
Beberapa Sekolah Menengah Di Wilayah Persekutuan Dan Selangor. Universiti
Malaya : Jurnal Pendidikan 2004.
Shahrom Mohd Zain, Noor Ezlin Ahmad Basri, Hassan Basri dan Fatihah Suja’ (2005).
Ke Arah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) Dalam Kursus Pengenalan
Kejuruteraan Sekitaran. Universiti Kebangsaan Malaysia : Seminar Pengajaran
dan Pembelajaran Berkesan 2005.
Tammy Andrew (2009). Teach Employability Skills : Soft Skill are Easy to Include in
Lesson at Every Grade Level. 15 Januari, 2009. (Artikel).
Zulkifli Awang (2007). Penerapan Kemahiran Employability Dikalangan Para
Pensyarah Fakulti Pendidikan, UTM Dari Perspektif Para Pelajar Perdana Fakulti
Pendidikan Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Teknologi
Malaysia : Projek Sarjana Muda.
77
BIL :
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG SOAL SELIDIK
TAJUK KAJIAN :
Penerapan Kemahiran ‘Personal Qualities’ Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan
Kejuruteraan Melalui Aktiviti Pembelajaran
Arahan :
Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B
Bahagian A : Maklumat Diri Responden
Bahagian B :
1. Aktiviti pengajaran yang digunakan dalam proses pengajaran.
2. Kemahiran ‘Personal Qualities’ yang diterapkan kepada pelajar.
3. Jenis kemahiran ‘Personal Qualiti’ yang paling utama.
4. Kaedah pengajaran yang berupaya dalam penerapan ‘Personal Qualities’.
Kerjasama pelajar-pelajar dalam melengkapkan borang soal selidik ini amat dihargai.
Segala maklumat peribadi adalah RAHSIA dan hanya digunakan untuk kajian ini sahaja.
Kesudian para pelajar Fakulti Pendidikan melibatkan diri dalam kajian ini saya dahului dengan
ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,
ROSMAWATI BT MAT YAZID
(4 SPA)
AP 060238
78
BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELAJAR
ARAHAN : Sila berikan maklumat yang diperlukan dengan menandakan ( √ ) di dalam
ruang yang disediakan.
1. Kursus : SPA ( ) SPE ( ) SPJ ( )
2. Jantina : Lelaki ( ) Perempuan ( )
3. Bangsa : Melayu ( )
Cina ( )
Indian ( )
Lain-lain : Nyatakan…………………….
79
BAHAGIAN B :
Arahan :
Sila nyatakan pendapat anda dengan membulatkan nombor berikut :
5 – Sangat Setuju (SS) 4 – Setuju (S) 3 – Tidak Pasti (TP)
2 – Tidak Setuju (TS) 1 – Sangat Tidak Setuju (STS)
1. Aktiviti pembelajaran yang digunakan untuk menerapkan kemahiran ‘Personal Qualities’ kepada
pelajar semasa proses pembelajaran.
Kaedah Item / Aktiviti SS S TP TS STS Kuliah 1. Pensyarah menyampaikan
maklumat yang telah dirancang. 5 4 3 2 1
2. Pelajar mencatat kandungan pelajaran yang disampaikan.
5 4 3 2 1
Perbincangan 3. Pensyarah memberi satu isu untuk dibincangkan.
5 4 3 2 1
4. Pensyarah menggalakkan pelajar berbincang dalam kelas.
5 4 3 2 1
5. Pelajar berbincang bersama dalam membuat keputusan
5 4 3 2 1
Kajian kes 6. Pensyarah memberi masalah atau kes kepada pelajar untuk diselesaikan.
5 4 3 2 1
7. Pensyarah membantu pelajar menyelesaikan masalah kes.
5 4 3 2 1
8. Menggalakkan pelajar berfikir kreatif dan kritis.
5 4 3 2 1
Soal jawab 9. Pensyarah mengajukan soalan kepada pelajar tentang isi-isi pelajaran.
5 4 3 2 1
10. Pensyarah memberi masa untuk menggalakkan pelajar berfikir bagi menjawab soalan .
5 4 3 2 1
11. Pensyarah membuka peluang kepada pelajar untuk menjawab soalan dan pendapat.
5 4 3 2 1
Projek 12. Pensyarah memberi satu projek atau aktiviti kepada pelajar untuk dilaksanakan dalam
5 4 3 2 1
80
situasi sebenar.
13. Pensyarah menyelia perkembangan projek setiap masa.
5 4 3 2 1
14. Pelajar dapat menghasilkan sesuatu.
5 4 3 2 1
Lawatan 15. Pensyarah menggalakkan pelajar mengaitkan pengalaman di luar bilik darjah.
5 4 3 2 1
16. Pensyarah menggalakkan pelajar kepada situasi sebenar.
5 4 3 2 1
17. Pengetahuan dapat dikukuhkan melalui lawatan yang didakan.
5 4 3 2 1
Pembentangan (presentation)
18. Pelajar diberi satu isu untuk dihuraikan dan dibentangkan.
5 4 3 2 1
19. Pelajar menyediakan bahan pembentangan dengan perbincangan.
5 4 3 2 1
20. Pelajar membuat pembentangan dan mengeluarkan idea tentang isu yang telah diberi.
5 4 3 2 1
2. Elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang diterapkan kepada pelajar semasa proses
pembelajaran:
Item / kemahiran yang diterapkan ialah : SS S TP TS STS 21. Pelajar digalakkan untuk bertanggung jawab
(melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan sempurna)
5 4 3 2 1
22. Pelajar didedahkan dengan aktiviti untuk meyakinkan diri (berfikiran positif, yakin diri, keseimbangan emosi dan rohani)
5 4 3 2 1
23. Pelajar digalakkan berinteraksi dengan masyarakat secara lisan dan tingkah laku yang baik ,beretika, mempunyai integriti dan melaksanakan tanggungjawab social.
5 4 3 2 1
24. Pelajar dilatih supaya berkebolehan menghadapi dan mengendali perubahan situasi, keperluan semasa dan menghadapi tekanan melalui aktiviti pembelajaran.
5 4 3 2 1
25. Pelajar digalakkan membuat kerja secara 5 4 3 2 1
81
berkumpulan (memberi dan menerima pandangan, bertolak ansur, bekerjasama, memimpin dan dipimpin)
26. Motivasi diri yang tinggi diterapkan kepada pelajar supaya tidak mudah putus asa dan bersemangat dalam melakukan sesuatu tugas.
5 4 3 2 1
3. Elemen kemahiran ‘Personal Qualities’ yang utama diterapkan kepada pelajar melalui aktiviti
pembelajaran semasa proses pembelajaran.
Elemen Item SS S TP TS STS Bertanggung jawab
27. Saya menjalankan tugas yang diberikan dengan sempurna.
5 4 3 2 1
28. Saya berusaha untuk menyelesaikan tugas dengan baik.
5 4 3 2 1
29. Saya menerima segala tugas yang diberi dengan baik.
5 4 3 2 1
Yakin diri 30. Saya berani mengeluarkan pendapat.
5 4 3 2 1
31. Saya boleh melakukan sesuatu dengan yakin.
5 4 3 2 1
32. Saya berani menampilkan diri di khalayak ramai.
5 4 3 2 1
Kemahiran sosial
33. Saya senang bergaul dengan orang ramai.
5 4 3 2 1
34. Saya boleh berkomunikasi dengan baik.
5 4 3 2 1
35. Saya pandai berinteraksi dengan orang ramai.
5 4 3 2 1
Fleksibel dan boleh menyesuaikan diri
36. Saya boleh menerima segala perubahan dengan baik.
5 4 3 2 1
37. Saya dapat menyesuaikan diri di tempat, situasi dan orang baru.
5 4 3 2 1
38. Saya boleh melakukan kerja-kerja baru dengan menjalani latihan yang sesuai.
5 4 3 2 1
Semangat berpasukan / kerjasama
39. Saya berkongsi maklumat dengan rakan-rakan untuk menyiapkan suatu tugasan.
5 4 3 2 1
40. Saya menerima pendapat rakan-rakan dengan baik.
5 4 3 2 1
82
41. Saya sedia membantu ahli kumpulan yang menghadapi masalah dalam tugasan.
5 4 3 2 1
Bermotivasi diri
42. Saya sentiasa bersemangat untuk melakukan sesuatu.
5 4 3 2 1
43. Saya sentiasa inginkan kerja yang sempurna dan mencapai matlamat.
5 4 3 2 1
44. Saya tidak mudah putus asa 5 4 3 2 1
4. Aktiviti pembelajaran yang berupaya membentuk kemahiran ‘Personal Qualities’ dalam
kalangan pelajar semasa proses pembelajaran dari perspektif pelajar.
Item SS S TP TS STS 45. Pengajaran berbentuk kuliah dapat membentuk
kualiti peribadi saya seperti menepati masa dan disiplin.
5 4 3 2 1
46. Melalui perbincangan semasa proses pembelajaran, saya dapat melatih diri menyesuaikan diri dan berinteraksi.
5 4 3 2 1
47. Aktiviti penyelesaian masalah sesuatu kes semasa pembelajaran dapat membantu saya menjadi lebih yakin dengan keputusan yang dibuat.
5 4 3 2 1
48. Melalui kaedah soal jawab, saya akan lebih yakin untuk memberi idea dan jawapan kepada soalan yang dikemukakan.
5 4 3 2 1
49. Penghasilan suatu projek membolehkan saya bermotivasi untuk melakukan sesuatu tanpa putus asa.
5 4 3 2 1
50. Lawatan sambil belajar dapat membantu saya melatih diri dengan situasi sebenar untuk alam pekerjaan.
5 4 3 2 1
51. Melalui kaedah pembentangan, saya akan lebih yakin untuk tampil ke hadapan.
5 4 3 2 1
Kerjasama anda amat dihargai.
Sekian terima kasih
83
LAMPIRAN B
Analisis Data Bagi Mendapatkan Alpha Cronbach’s Dengan Menggunakan SPSS RELIABILITY/VARIABLES=Item1 Item2 Item3 Item4 Item5 Item6 Item7 Item8 Item9 Item10 Item11 Item12 Item13 Item14 Item15 Item16 Item17 Item18 Item19 Item20 Item21 Item22 Item23 Item24 Item25 Item26 Item27 Item28 Item29 Item30 Item31 Item32 Item33 Item34 Item35 Item36 Item37 Item38 Item39 Item40 Item41 Item42 Item43 Item44 Item45 Item46 Item47 Item48 Item49 Item50 Item51/SCALE('ALL VARIABLES') ALL /MODEL=ALPHA.
Reliability
[DataSet1] G:\data 2.sav Scale: ALL VARIABLES
Case Processing Summary
N %
Cases Valid 10 100.0
Excludeda 0 .0
Total 10 100.0
a. Listwise deletion based on all variables in the
procedure.
Reliability Statistics
Cronbach's
Alpha N of Items
.940 51