RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 6 Ogos 2012
Hari : Isnin
Tahun : 4 Bijak
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Bidang : Kraf Tradisional
Tajuk : Tembikar
Masa : 7.40 pagi – 8.40 pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 20 orang
Aktiviti : Menghasilkan tembikar menggunakan plastisin
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat :
1. Membentuk dan membina sebuah tembikar dengan menggunakan plastisin.
2. Menghias tembikar tersebut dengan warna dan corak.
3. Menghargai hasil kreativiti dan inovasi sendiri.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengetahui apa itu tembikar.
Penerapan nilai : Menghargai dan memahami kraf tradisional sebagai warisan
bangsa. Kerjasama, ketelian dan ketekunan.
Persediaan Murid : Murid bersedia ke bilik Pendidikan Seni Visual dengan membawa
alat dan bahan yang diperlukan.
Persediaan Guru : Guru menyediakan penerangan tentang bidang Mengenal Kraf
Tradisional menerusi penggunaan ICT (slaid power point) dan
langkah-langkah aktiviti.
KBKK : Menghubungkait, menjana minda, mengaplikasi, membuat urutan
dan mereka bentuk.
BBM / ABM : Plastisin, carta langkah dan slaid power point, LCD projector dan
buku rujukan Teks Pendidikan Seni Tahun 4.
Rujukan : 1. Kementerian Pendidikan Malaysia,(2000).Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni
Visual. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia.
2. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia,(2003).Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
3. Mohd. Azlan Zakaria, (2004), Paduan Khas & Lembaran Aktiviti Pendidikan Seni
Visual (Tahun 4), Penerbitan Mega Setia Emas Sdn.Bhd. Petaling Jaya.
Langkah / Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Kuiz
Jawapan
- Tembikar.
1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Guru memberikan arahan kuiz.
3. Guru memberikan peneguhan positif kepada kumpulan yang menang.
4. Guru meminta pelajar meneka tajuk yang akan dipelajari hari ini.
5. Guru menyatakan tajuk pelajaran.
“ Tembikar.
BBM : Tembikar
Sikap : Sikap ingin
tahu murid
Pengetahuan sedia
ada : Murid telah
mengetahui apa itu
tembikar.
Teori Kecerdasan
Pelbagai.
Langkah 1
(5 minit
Video
Jenis-jenis Tembikar
Cara penghasilan
1. Dengan menggunakan slaid power
point, guru menayangkan slaid jenis-
jenis tembikar dan cara
penghasilannya.
2. Murid menonton tayangan slaid guru.
ABM : Komputer
Riba , projektor,
Slaid Power Point.
Strategi Berasaskan
Sumber
Guru bertanya :
(i) Apakah bahan
untuk menghasilkan
tembikar?
(ii) Apakah kegunaan
tembikar?
(iii) Negeri manakah yang
aktif dalam penghasilan
tembikar ?
Jawapan :
(i) Tanah liat dan air.
(ii) Bekas menyimpan
air.
(iii) Perak, daerah
Sayong.
3. Guru mengemukakan beberapa
soalan ringkas kepada murid
berdasarkan slaid yang telah
ditunjukkan.
Kaedah demonstrasi
Langkah 2
(40 minit)
Membuat tembikar 1. Guru meminta murid mengeluarkan
bahan dan alatan yang diperlukan.
2. Guru mula membimbing murid cara-
cara menghasilkan tembikar
menggunakan bantuan carta langkah.
BBM : 4 jenis
plastisin berlainan
warna, pen ‘maker’,
pisau dan carta
3. Langkah-langkah membuat tembikar :
(i) Sediakan bahan-bahan seperti 4 jenis
plastisin yang berlainan warna, pen
‘maker’, dan pisau.
(ii) Uli plastisin dengan menggunakan
pen maker dan menjadikan plastisin
itu bentuk bulat sebagai tapak
langkah.
Strategi
Pemerhatian
Strategi Berasaskan
Sumber dan
berpusatkan murid.
Kaedah
Demonstrasi
Mereka cipta.
Menjana idea.
Pendekatan Induktif
bahagian bawah tembikar.
(iii)Kemudian uli plastisin dari warna
yang berlainan pula agar terhasil
bentuk memanjang.
(iv)Seterusnya, gulungkan plastisin yang
telah digelek memanjang tadi dan
tindankan di atas tapak bawah
tembikar.
(v) Uli lagi plastisin dari warna yang
berlainan
(vi) Seperti yang telah dilakukan tadi.
Buatkan gulungan plastisin yang lebih
besar.
(vii) Seterusnya uli lagi plastisin dari
warna yang juga berlainan dari
warna tadi dan lingkarkan di atas
gulungan sebelumnya. Buatkan
gulungan yang lebih besar dari
gulungan tadi.
(viii) Buatkan gulungan seterusnya
yang semakin mengecil supaya
bentuk tembikar dapat dihasilkan.
(ix) Akhir sekali buatkan gulungan yang
lebih kecil untuk membentuk mulut
tembikar.
(x) Inilah tembikar yang telah siap
dihasilkan.
Langkah 3
(5 minit)
Sesi apresiasi dan refleksi.
Guru menerapkan nilai moral
dan memuji hasil kreativiti
yang amat memuaskan.
Guru bertanya :i. Adakah kita perlu
menghargai warisan pusaka kita ?
ii. Mengapa ?
Murid diminta mengangkat tembikar masing-masing.
Guru memuji hasil yang amat kreatif
Guru bersoal jawab dengan murid
Membanding beza.
Menganalisi.
Pendekatan Induktif
Kaedah Bercerita
Verbal Linguistik.
Jawapan :i. Yaii. Agar boleh dinikmati
oleh generasi akan datang.
Langkah 4
(5 minit)
Rumusan isi pembelajaran 1. Guru membuat kesimpulan
berdasarkan topik
yang diajar.