Download - Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
1/19
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMUS
QKJ3013
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
TAJUK TUGASAN
KUMPULAN
UPSI 02
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NITO ANAK TONY D20112055167 014-5841002
NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK OMAR BIN MD. SALLEH
TARIKH SERAH: 8 NOVEMBER 2013
PEMARKAHAN
1 TUGASAN 1
2 TUGASAN 2
3 E FORUMJUMLAH
1. Aplikasi kemahiran merancang pengajaran Pendidikan Jasmani Suaian bagi murid-murid berkeperluan khas yang terpilih di sekolah-sekolah atau pusat-pusat Pemulihan
Dalam Komuniti.
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
2/19
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,
tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat
sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya
supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Encik Omar bin
Md. Salleh kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya
untuk membuat tugasan ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu
dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan
yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
3/19
ISI KANDUNGAN
Halaman
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Topik
2.1 Subtopik-Rancangan Pelajaran Harian 3
2.2 Subtopik-Rasional Dan Kesesuaian Rancangan Pelajaran 6
3.0 Topik-Dokumentasi Bahan 8
4.0 Topik-Perbincangan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran 13
5.0 Penutup 15
RUJUKAN 16
LAMPIRAN
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
4/19
Pendahuluan
Pendidikan Jasmani adalah satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam
sistem pendidikan di negara kita. Walaupun mata pelajaran pendidikan jasmani tidak diuji dalam
peperiksaan awam di Malaysia namun subjek ini nyata signifikan kerana merupakan satu-satunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani yang tidak disentuh oleh mata
pelajaran-mata pelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat taksonomi penting pendidikan
iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Tambahan lagi, selain daripada menjadi bidang ilmu
itu sendiri, subjek ini menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu
menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang
hayat.
Dalam konteks kaitan antara pendidikan jasmani dengan pendidikan formal, pendidikan
jasmani adalah penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke dalam masyarakat (de
Vries, 1995). Pendidikan formal ialah proses di mana masyarakat melalui sekolah, universiti dan
lain-lain institusi pengajian menurunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkumpul daripada
satu generasi ke satu generasi. Sekolah adalah salah satu institusi pengajian formal. Subjek
pendidikan jasmani di sekolah pula dirangkumkan ke dalam kurikulum persekolahan. Pendidikan
jasmani adalah satu bentuk pendidikan formal (de Vries, 1995). Malah, pendidikan jasmani
dilihat sebagai subjek yang lebih menyeluruh berbanding dengan subjek lain. Subjek-subjek lain
banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual), sedikit ruang untuk aspek rohani (afektif) dan
hampir tidak ada ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal. Aspek-aspek yang dinyatakan adalah
amat penting bagi golongan berkeperluan khas kerana sebahagian pelajar mengalami masalah
fizikal seperti pertumbuhan otot dan deria yang kurang sempurna. Aktiviti jasmani yang
disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini
mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989).
Masalah kecacatan fizikal tidak dapat dipulihkan dengan rawatan perubatan sahaja tetapi pakar
perubatan telah memperkenalkan program terapi fisio yang boleh mengurangkan masalah yangdihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1998).
Oleh yang demikain, pengajaran pendidikan jasmani suaian untuk pelajar khas yang dirancang
dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum bersepadu yang
1
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
5/19
dilaksanakan di sekolah-sekolah di negara kita.
Aktiviti jasmani suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian pada masa kini.
Malah jika dilihat daripada skop yang lebih luas, pendidikan jasmani suaian untuk golongan khas
adalah lebih kritikal daripada golongan normal.Di Malaysia tidak banyak tempat yang disediakansesuai bagi memberi peluang kepada golongan khas untuk beriadah terutamanya di luar kawasan
sekolah khas. Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran,
kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah namun golongan khas pula sukar mendapat
peluang untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti pendidikan
jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan kepada
pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang
sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999).
Banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas bagi melibatkan aktiviti pendidikan
jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan khas mengalami masalah fizikal
yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang sempurna. Misalnya terdapat
di kalangan pelajar yang mengalami otot-otot yang kurang sempurna tidak boleh melakukan
pergerakan seperti pelajar biasa. Begitu juga pelajar yang mengalami masalah deria tidak dapat
bergerak sebebas dan sepantas pelajar biasa. Ini akan menyebabkan mereka merasa rendah diri
dan tersisih. Aktiviti pendidikan jasmani yang bersesuaian perlu disediakan bagi melatih dan
melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum dalam menyediakan mereka untuk
menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Selain daripada itu, aktiviti pendidikan jasmani
suaian juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi
terhadap golongan istimewa ini.
2
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
6/19
Rancangan Pelajaran Harian
Nama Guru : Nito Anak Tony
Tarikh : 11 September 2013
Masa : 0820 hingga 0940
Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani Suaian
Darjah : Dua Bilangan Murid: 8 orang Umur Purata: Lapan Tahun
Tajuk : 1.1: Mari Bergerak
Pengetahuan Sedia Ada : a. Murid-murid biasa berjalan semasa menuju ke tempat tertentu
sama ada di rumah atau di sekolah.
b. Murid-murid biasa berlari sewaktu pergi dan balik apabila
melakukan aktiviti dengan cepat.
c. Murid-murid biasa menggerakkan tangan, kaki dan anggota
badan yang lain apabila melakukan sesuatu aktiviti.
Objektif Pelajaran : i. Murid dapat berjalan mengikut laluan dengan seimbang berpandukan
arahan guru.
ii. Murid dapat berlari mengikut arah dengan laju mengikut panduandaripada guru.
iii. Murid dapat menggerakkan tangan, kaki dan tubuh badan yang lain
dengan serentak.
Penerapan Nilai : i. Hormat
ii. Rajin
iii. Kerjasama
Sumber Pengajaran-Pembelajaran : i. Buku Teks
ii. Peralatan
iii. Padang atau gelanggang
3
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
7/19
Perkembangan
Pelajaran
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Sumber Pengajaran Dan
PembelajaranAktiviti Murid Aktiviti Guru
Set Induksi
( 10 Minit )
Pendahuluan dan
memanaskan badan.
1.Membuat latihan
bebas.
2.Melakukan senaman
pemanasan badan.
1.Mengehadkan
kawasan aktiviti.
2.Mengetuai aktiviti
senaman pemanasan
badan.
Guru
Perkembangan
Langkah I
( 20 Minit )
Larian bebas. 1.Berlari seperti burung
di dalam gelanggang.
2.Berlari seperti kapal
terbang di dalam
gelanggang.
1.Menunjukkan contoh
larian.
2.Memberi isyarat mula
dan berhenti.
Gelanggang/Padang
Langkah II
( 20 Minit )
Lari berganti-ganti. 1.Melakukan larian
berganti-ganti pada jarak
dekat.
2.Berlumba mengikut
kumpulan masing-
masing.
1.Demonstrasi larian
berganti-ganti dan
memegang baton.
2.Membahagikan murid
kepada kumpulan dan
memberi isyarat mula.
Wisel
Baton
Kon
4
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
8/19
Langkah III
( 20 Minit )
Permainan kecil.
1.Permainan Perigi
Racun
2.Permainan Main
Kejar-kejar
1.Berpegangan tangan
membentuk bulatan dan
menarik antara satu
sama lain.
2.Mengelak daripada
terjatuh dalam bulatan
atau perigi.
3.Bermain kejar-kejar
antara satu sama lain.
1.Memberi arahan
kepada murid
membentuk bulatan dan
menarik rakannya.
2.Mengawasi semua
murid melibatkan diri
dalam permainan.
3.Memastikan semua
murid melibatkan diri.
Gelung rotan
Penutup Pelajaran
( 10 Minit )
Larian setempat 1.Berkumpul mengikut
kumpulan, lari setempat,
menarik dan
menghembuskan nafas.
1.Mengarahkan murid
berkumpul, lari
setempat, menarik dan
menghembuskan nafas.
Wisel
Gelanggang/Padang
Guru
Refleksi: i. Pelajar dapat menggerakkan tangan, kaki dan anggota badan yang lain semasa melakukan aktiviti.
5
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
9/19
Rasional bagi setiap aktiviti yang terkandung dalam sesi pengajaran yang dirancang.
1. Aktiviti pendahuluan dan pemanasan badan:
i. Menggalakkan murid-murid menggunakan masa secara berfaedah sambil menunggu
pelajaran sebenarnya dimulakan oleh guru.
ii. Memberi kesan kepada murid- murid seperti melonggarkan sendi-sendi, menggerakkan
otot-otot utama, merangsangkan kordinasi otot saraf dan menambahkan ketangkasan.
2. Aktiviti larian bebas:
i. Membuat pergerakan menurut isyarat guru seperti mula, berhenti dan tukar pergerakan.
ii. Menjalani latihan yang sama di bawah arahan dan pengawasan seorang guru.
3. Aktiviti lari berganti-ganti:
i. Murid-murid hendaklah dalam keadaan sedia menyambut dan berlari.
ii. Mata hendaklah memandang kepada baton yang akan diberikan kepadanya.
iii. Murid-murid mempraktikkan aktiviti setelah satu tunjuk cara atau penerangan ringkas
daripada guru.
4. Aktiviti permainan kecil:
i. Murid-murid dalam bulatan, menarik antara satu sama lain dan mengelak daripada
terjatuh atau ditangkap oleh rakan.
ii. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan dan menjalankan aktiviti.
iii. Memberi latihan dalam pelbagai kegiatan, memperkukuhkan lagi kemahiran asas dan
menggalakkan perkembangan sifat-sifat sosial yang positif.
5. Aktiviti larian setempat:
i. Memastikan bahawa murid-murid tenang kembali dan bersedia untuk balik ke kelas
secara teratur.
6
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
10/19
Kesesuaian rancangan pelajaran menggunakan murid berkeperluan khas.
1. Aktiviti pemanasan badan:
i. Murid berkeperluan khas dapat melakukan senaman regangan bermula dari bahagian
kepala hingga kaki.
2. Aktiviti larian bebas:
i. Murid berkeperluan khas bergerak atau berlari bebas dengan panduan atau tanpa
panduan daripada guru.
ii. Mereka boleh berlari secara bebas sama ada ke kiri atau kanan, ke depan dan belakang.
3. Aktiviti larian berganti-ganti:
i. Murid berkeperluan khas dapat melakukan kedudukan sedia sebelum memulakan
larian.
ii. Mereka mampu berlari dan memegang baton dengan baik.
iii. Mereka boleh membuat pertukaran baton dengan cara yang betul.
4. Aktiviti permainan kecil:
i. Murid berkeperluan khas boleh membentuk bulatan.
ii. Mereka dapat membuat kumpulan sendiri apabila diarahkan oleh guru.
iii. Mereka boleh memberi kerjasama semasa menjayakan aktiviti di dalam kumpulan.
5. Aktiviti larian setempat:
i. Murid berkeperluan khas mampu beratur semula mengikut barisan dan kembali ke
kelas sendiri.
7
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
11/19
Dokumentasi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
1. Aktiviti pendahuluan dan pemanasan badan.
8
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
12/19
2. Aktiviti larian bebas:
a. Berlari seperti burung.
b. Berlari seperti kapal terbang.
9
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
13/19
3. Aktiviti lari berganti-ganti.
10
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
14/19
4. Aktiviti permainan kecil:
a. Permainan Perigi Beracun.
b. Permainan Main Kejar-kejar.
11
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
15/19
5. Aktiviti penutup:
a. Larian setempat.
b. Menarik dan menghembus nafas.
12
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
16/19
Perbincangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
1. Kekuatan pelajaran yang dirancang:
a. menekankan taksonomi jasmani yang tidak disentuh oleh matapelajaran-matapelajaran lain
dalam hal berkaitan dengan empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani
dan intelektual.
b. menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid.
c. mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk
sepanjang hayat.
d. penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke dalam masyarakat.
e. pendidikan jasmani suaian dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan subjek lain.
f. aspek psikomotor dan fizikal adalah amat penting kepada golongan berkeperluan khas kerana
sebahagian pelajar mengalami masalah fizikal seperti pertumbuhan otot dan deria yang tidak
sempurna.
g. membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi.
h. pengajaran pendidikan jasmani suaian untuk pelajar khas yang dirancang dengan baik dan
bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum bersepadu.
i. melatih dan melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka
untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah.
j. menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan
istimewa ini.
k. membantu mengurangkan atau mengendurkan ketengangan yang dialami.
l. merangkumi kesihatan psikologikal, termasuk pembentukan kognitif, sosial, afektif dan moral
mereka yang mengikuti program ini.
m. memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasa seronok dan berguna.
n. meningkatkan konsep kendiri (self-concept), penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan
diri (self-confidence).
13
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
17/19
2. Kelemahan pelajaran yang dirancang:
a. kekurangan guru pendidikan jasmani yang berkelayakan.
b. jumlah pelajar yang terlalu ramai untuk pengajaran yang kondusif.
c. peralatan yang tidak sesuai bagi pelajar khas.
d. pelajar khas yang dipinggirkan oleh pelajar normal.
e. cuaca yang panas dan tidak kondusif kepada pelajar khas.
f. masalah fizikal bagi pelajar-pelajar khas.
g. kurang upaya yang berbeza-beza pelajar-pelajar khas.
h. tingkah laku pelajar khas kerana terdapat mereka yang agresif.
i. masalah komunikasi antara guru biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar normal.
3. Pelaksanaan program pendidikan jasmani suaian.
Dalam melaksanakan program Pendidikan Jasmani Suaian guru juga perlu memilih
pendekatan yang bersesuaian bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Perlaksanaan
program Pendidikan Jasmani Suaian ini menggunakan 2 pendekatan yang utama iaitu:
a) pendekatan kategori dan
b) pendekatan tanpa kategori .
Pendekatan kategori melibatkan perlaksanaan program adalah berdasarkan pengkelasan
keupayaan spesifik individu dalam populasi khas. Pendekatan kategori ini khusus dikelaskan
kepada keupayaan spesifik yang sama. Jenis kategori yang digunakan ialah:
(i) Ketidakupayaan Sensori
(ii) Ketidakupayaan Intergrasi
(iii) Ketidakupayaan Motor
Pendekatan tanpa kategori lebih kepada tahap keupayaan motor dan
pengkhususannya. Pendekatan ini lebih bersifat umum dan ini membolehkan interaksi yang lebih
14
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
18/19
luas. Pendekatan ini juga dianggap berkesan di dalam bidang pendidikan kerana dapat
menghindarkan tanggapan yang negatif terhadap golongan kurang upaya.
Penutup
Pendidikan jasmani suaian terancang untuk golongan khas tidak kurang penting seperti
juga golongan normal. Faedahnya tidak terhad kepada kesihatan fizikal tetapi juga merangkumi
kesihatan psikologikal termasuk pembentukan kognitif, sosial, afektif dan moral mereka yang
mengikuti program ini. Kesempatan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti memberi peluang
kepada pelajar khas untuk merasa seronok dan berguna. Sebagai tambahan, apabila seseorang
pelajar itu berjaya menguasai sesuatau kemahiran, pelajar ini akan meningkatkan konsep kendiri
(self-concept), penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri (self-confidence)
(Hvozdovic, 2003). Keterangan ini sesuai dengan definisi yang diberikan oleh Jansma dan
French (1994) yang merujuk pendidikan jasmani suaian sebagai modifikasi aktiviti fizikal
tradisional bagi membolehkan individu kurang upaya berpeluang untuk mengambil bahagian
secara selamat, berjaya, dan mendapat kepuasan (Jansma dan French, 1994).
15
-
7/22/2019 Qkj3013 Pen. Jasmani Suaian Tugas. 1
19/19
Rujukan
Nani Menon, (2005).Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Bentong, Pahang. PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Teng Boon Tong, (1995).Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Petaling Jaya: Longman Malaysia
Sdn. Bhd.
Teng Boon Tong, (1985).Pendidikan Jasmani Di Sekolah Rendah. Petaling Jaya: Heinemann
Educational Books (Asia) Ltd.
Teo Teik Lee dan Aziz Omar, (1984).Permainan-permainan Kecil dan Istilah Pendidikan
Jasmani. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn. Bhd.
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/safaniUKM.pdf
http://www.perlaksanaan
16
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/safaniUKM.pdfhttp://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/safaniUKM.pdfhttp://www.perlaksanaan/http://www.perlaksanaan/http://www.perlaksanaan/http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/safaniUKM.pdf