@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Ulang Kaji I
SR2B
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
A. Pemahaman
Pemahaman 1:
Seni anyaman ialah salah satu kraf tangan yang unik. Pandan dan
mengkuang merupakan bahan asas yang sering digunakan untuk
anyaman. Selain itu, penggunaan buluh, rotan, bertam, kercut dan
pohon bemban juga digunakan untuk anyaman.
Namun demikian, pandan dan mengkuang mempunyai beberapa
perbezaan daripada tumbuh-tumbuhan anyaman yang lain. Salah
satunya ialah pandan dan mengkuang mudah diperoleh. Hal ini
demikian, pandan tumbuh di kawasan berpaya manakala mengkuang
pula tumbuh di kawasan berbukit dan senang ditemui di kampong-
kampung.
Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah
motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan dan haiwan. Antaranya ialah
bunga cengkih, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga durian, bunga
kundur, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan. Hal ini demikian,
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
masyarakat Melayu pada zaman dahulu sangat menghargai alam
semula jadi.
Dalam membuat kelarai, perkara utama yang harus
dititikberatkan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun
yang digunakan bagi menentukan saiz setiap corak yang dihasilkan.
Bagi mendapatkan hasil yang lebih menarik, bilah daun yang berbeza
warna akan digunakan. Selain itu, bilah-bilah daun akan dianyam
berselang-seli antara satu dengan yang lain.
Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk menyelesaikan seni
anyaman ini. Hal ini demikian, masa yang diambil untuk menyiapkan
satu-satu anyaman agak lama. Oleh itu, minat dan ketekunan amat
diperlukan untuk mempelajari seni anyaman ini.
Soalan :
1. Apakah bahan asas yang sering digunakan untuk anyaman?
A. Batu
B. Daun
C. Pandan dan mengkuang
D. Buah kelapa
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Apakah tumbuhan lain yang digunakan untuk membuat anyaman
selain pandan dan mengkuang?
i. buluh
ii. rotan
iii. bertam
iv. kercut
v. pohon bemban
vi. daun nipah
A. i, ii, iii B. i, ii, iii, iv, v C. ii, iii, iv, v, vi D. iv, v, vi
3. Di manakah pandan dan mengkuang biasa dijumpai?
A. Pandan di kawasan berpaya manakala mengkuang di kawasan
sungai
B. Pandan di kawasan sungai manakala mengkuang di kawasan
bukit
C. Pandan di kawasan cerun manakala mengkuang di kawasan
hutan
D. Pandan di kawasan berpaya manakala mengkuang di kawasan
berbukit
4. Apakah motif yang biasa digunakan dalam anyaman kelarai?
(KBAT)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
_______________________________________________
_______________________________________________
5. Apakah perkara utama yang harus dititikberatkan dalam
membuat anyaman kelarai? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
6. Mengapakah kesabaran yang tinggi diperlukan dalam membuat
anyaman kelarai? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
( %)
Pemahaman 2:
Muaz : Bagaimanakah keadaan Aizat sekarang? Saya diberitahu
oleh Adam pagi tadi bahawa dia diserang demam denggi.
Fahrin : Oh, ya! Hampir terlupa pula saya untuk memberitahu
awak. Saya mengetahui berita itu semalam. Saya
bercadang untuk melawatnya hari ini.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Muaz : Saya pun berhajat untuk melawat Aizat hari ini. Kalau
begitu, marilah kita ke hospital sekarang. Tambahan
pula, hari ini saya tidak perlu menjaga kedai runcit ayah.
Kalau hari lain pula, saya sentiasa sibuk.
Fahrin : Saya berharap Aizat cepat sembuh. Demam denggi ialah
penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut dalam
tempoh 24 jam.
Muaz : Denggi berpunca daripada gigitan nyamuk aedes. Oleh
itu, kita perlu memastikan tidak ada takungan air di
persekitaran tempat tinggal. Umpamanya tayar, botol, di
bahagian bawah peti sejuk, alas pasu bunga dan bekas
yang menakung air.
Fahrin : Benar, nyamuk aedes mudah membiak di tempat air
bertakung. Nyamuk aedes akan aktif pada waktu pagi dan
petang.
Muaz : Sekiranya kamu mengalami demam yang berpanjangan
segeralah berjumpa dengan doktor. Demam denggi
dapat dikesan melalui ujian darah.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Fahrin : Demam denggi dapat diatasi dengan adanya kesedaran
dalam kalangan masyarakat tentang bahaya denggi.
Muaz : Eh, kita sudah sampai! Mudah-mudahan masa untuk
melawat pesakit belum tamat. Kalau tidak, kita kena
datang pada waktu petang.
Soalan :
1. Siapakah yang memberitahu Muaz bahawa Aizat dirawat di
hospital?
A. Alia
B. Aizat
C. Adam
D. Fahrin
2. Antara alat berikut, yang manakah paling berkesan untuk
menyampaikan maklumat tentang denggi?
A. Majalah
B. Telefon
C. Televisyen
D. Surat khabar
3. Perkataan membawa maut yang terdapat dalam petikan
bermaksud?
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. Hilang ingatan
B. Meninggal dunia
C. Lemah seluruh badan
D. Kegagalan otak berfungsi
4. Mengapakah Muaz mengajak Fahrin melawat Aizat pada hari
itu? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
5. Apakah punca yang menyebabkan demam denggi berlaku?
(KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
6. Bilakah nyamuk aedes akan aktif? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
7. Pada pandangan anda, apakah aktiviti yang paling sesuai
digunakan oleh masyarakat masa kini untuk memastikan demam
denggi dapat dihapuskan? (KBAT)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
( %)
Pemahaman 3:
Mawar dan Melati merupakan adik-beradik tiri. Mawar
dibesarkan oleh ibu tirinya, iaitu Kasturi sejak berusia dua tahun.
Pak Mahmud, ialah ayah Mawar dan Melati seorang saudagar batu
permata. Sebagai saudagar yang terkenal, Pak Mahmud selalu sahaja
tidak ada di rumah. Melati dan Mawar memiliki rupa paras yang
cantik. Melati, anak kandung Kasturi terlalu sombong. Mereka hanya
akan melayan Mawar dengan baik di hadapan Pak Mahmud.
Mawar seorang yang penyabar. Dia tidak pernah mengadu
kepada Pak Mahmud walaupun sering dipukul dan dikurung oleh ibu
tirinya. Pada suatu hari, Pak Mahmud pulang daripada berdagang.
Dia membawa pulang sebentuk cincin delima dan sebentuk cincin
bermata batu. Melati berebut-rebut untuk mendapatkan cincin
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
permata delima. Mawar yang banyak mengalah, mendapat cincin
permata batu.
Pada suatu hari, Mawar dan Melati keluar bersiar-siar. Dengan
bangganya Melati mempamerkan cincin yang dipakainya. Dia juga
menyindir Mawar kerana memakai cincin yang murah. Tiba-tiba,
Mawar ternampak ada cahaya berkilau-kilau pada permata cincinnya.
Semakin lama semakin bersinar-sinar cahaya itu. Permata batu itu
bertambah cantik. Melati terkejut melihat kejadian itu lalu memaksa
Mawar menanggalkan cincin itu.
Sepantas kilat Melati cuba menanggalkan cincin pada jari
Mawar. Melati mencubanya dengan sekuat tenaga. Akibatnya tangan
Melati menjadi kaku. Melati meraung dengan sekuat hatinya apabila
melihat tangannya itu. Mawar hanya terpaku melihat keadaan Melati.
Mawar kasihan melihat keadaan Melati. Mawar menyentuh
kedua-dua belah tangan Melati. Tangan Melati boleh bergerak
semula. Dia menjerit kegirangan. Sejak kejadian itu, Melati telah
insaf dan tidak berbuat jahat kepada Mawar lagi.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 3 :
1. Apakah keistimewaan yang ada pada Melati dan Mawar?
A. Mereka berdua ialah adik-beradik
B. Mereka mempunyai ibu yang cantik
C. Mereka mempunyai paras rupa yang cantik
D. Masing-masing mempunyai sebentuk cincin
2. Mengapakah Pak Mahmud selalu sahaja tiada di rumah?
A. kerana Pak Mahmud seorang saudagar
B. kerana Pak Mahmud keluar menuntut ilmu
C. kerana Pak Mahmud bersiar-siar dengan isterinya
D. kerana Pak Mahmud berjumpa dengan pelanggan
3. Mengapakah Mawar tidak pernah memberitahu Pak Mahmud
tentang layanan ibu tirinya?
A. Mawar seorang yang prihatin
B. Mawar seorang yang penyabar
C. Mawar seorang yang selamba
D. Mawar seorang yang suka bercakap benar
4. Mengapakah Melati menyindir Mawar? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Mengapakah Melati menjerit kegirangan? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
6. Pada pandangan anda, apakah nilai murni yang dapat diperolehi
dari cerita di atas? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
( %)
Pemahaman 4:
Aini termenung di tangga rumahnya melihat keindahan
pemandangan waktu pagi. Pagi yang kekuning-kuningan memukau
pemandangan. Di situlah ayah dan ibu memerah keringat mencari
rezeki. Aini kecewa dengan keputusan SPM yang diterimanya.
Keputusannya tidak seperti yang diharapkan. “Aku mesti buktikan
kepada ibu bahawa aku mampu memiliki segulung ijazah,” bisik hati
kecil Aini.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
“Kakak sudah siap?” terpacul soalan dari bibir adiknya.
“Sudah,” jawab Aini ringkas. Hari ini Aini akan ke Kuala Lumpur untuk
bekerja. Yang pasti Aini berazam untuk mengikuti kelas malam.
Selepas bersalam dengan ayah dan ibunya, Aini menaiki teksi yang
telah lama menunggu. “Aini berjanji akan menjaga maruah diri dan
keluarga,” bisik Aini kepada ibunya.
Di Kuala Lumpur, Aini disambut oleh sepupunya. Kini,
bermulalah rutin hidup Aini sebagai pembantu kedai di sebuah kedai
buku. Aini beruntung kerana dapat membaca buku-buku untuk SPM.
Walaupun kepenatan kerana bekerja pada waktu siang dan belajar
pada malam hari, tetapi dia tidak pernah mengeluh dan merungut.
Setelah bertungkus-lumus mengulang kaji, Aini berasa cukup
bersedia untuk menjawab peperiksaan. Oleh itu, dia lebih yakin
apabila memasuki dewan peperiksaan untuk kali keduanya. Aini
berharap agar keputusan peperiksaannya kali ini lebih cemerlang.
Tiga bulan kemudian, keputusan diumumkan. Aini gembira
kerana memperoleh keputusan yang cemerlang daripada keputusannya
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
tahun lepas. Air mata kegembiraan sudah tidak dapat ditahan lagi.
Aini menyampaikan berita gembira itu kepada ibunya. “Hadiah untuk
ibu,” bisik Aini.
Soalan :
1. Apakah tujuan Aini ke Kuala Lumpur?
A. untuk bekerja
B. untuk mengisi masa lapang
C. untuk belajar
D. untuk bercuti
2. Apakah kenderaan yang dinaiki oleh Aini untuk ke Kuala
Lumpur?
A. Bas
B. Kereta
C. Kapal terbang
D. Teksi
3. Apakah pekerjaan Aini ketika berada di Kuala Lumpur?
A. Pembantu restoran
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Pembantu kedai alat tulis
C. Pembantu perkhidmatan awam
D. Pembantu kedai buku
4. Apakah janji Aini sebelum meninggalkan rumahnya? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
5. Mengapakah Aini berasa yakin menghadapi SPM untuk kali
kedua? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
6. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk membalas
jasa kedua-dua ibu bapa kita? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Tatabahasa
1. Kata Ganti Nama Diri & Kata Ganti Nama Tunjuk
A. Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan ayat yang diberikan.
1. “_____ berasa sungguh dukacita dengan berita tersebut,” titah
Sultan Ali.
A. Beta C. Baginda
B. Patik D. Tuan hamba
2. Azrai, Michael dan Ming Choo ialah pelajar di SK Bukit Kecil.
_____ belajar di dalam kelas yang sama.
A. Dia C. Engkau
B. Awak D. Mereka
3. “Sekolah _____ akan mengadakan hari terbuka pada bulan Jun
nanti,” kata Mamat kepada ibunya.
A. kita C. saya
B. aku D. dikau
4. Halaman rumah nenek cantik kerana _____ suka menanam
pokok bunga.
A. aku C. saya
B. kita D. dia
5. “Mengapakah _____ asyik termenung?” tanya Ikhwan kepada
Fong Leong.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. aku B. kamu C. kita D. kalian
6. “_____ perlu berusaha lebih gigih jika ingin berjaya,” nasihat
Cikgu Bahanda kepada murid-muridnya.
A. Saya C. Kalian
B. Awak D. Baginda
7. “Keluarga kami sudah menyewa rumah _____ sejak lapan bulan
yang lalu,” beritahu emak kepada Pak Sudin.
A. ini C. sana
B. situ D. begitu
8. “Rumah Doktor Radhi terletak di hujung simpang _____,” kata
Adlan sambil menunjukkan ke simpang jalan kira-kira 50 meter
dari tempatnya berdiri.
A. itu C. begini
B. situ D. begitu
9. Menemui Kakandaku Mardiana yang kini berada di Melbourne,
Australia. Adinda berharap kakanda sihat di _____ .
A. itu C. ini
B. sana D. sini
10. “Letaklah sayur-sayuran itu di _____,” kata emak kepada
kakak.
A. sini C. sana
B. itu D. situ
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
11. Jemputlah datang ke majlis hari jadi saya pada hari Ahad
_____ .
A. itu C. sini
B. sana D. ini
( %)
B. Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri dan kata ganti nama
tunjuk.
1. Benar, tuanku. Nampaknya mereka bekerja dengan tekun.
__________ juga mengamalkan sikap bekerjasama.
2. Eh, Datuk Bendahara! __________ lihat ada orang terjatuh di
situ. Silalah Datuk Bendahara pergi menyiasatnya.
3. Patik menjunjung titah __________ .
4. Apakah yang berlaku di __________, Panglima Nira?
5. Ampun, tuanku. Patik telah menyiasat di __________ . Rupa-
rupanya orang __________ tidak sihat dan kepenatan.
6. “Pementasan __________ cukup menarik. __________
seronok menyaksikannya,” kata Kin Kiat dan Rahul kepada
Sunny.
sana beta situ ini itu
situ dia kami mereka
tuanku
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
7. Namanya ialah Jarit. __________ fasih berbahasa Melayu.
8. “Kalian semua harus berani semasa berada di kawasan hutan. Di
__________ terdapat pelbagai rintangan yang perlu kamu
lalui,” pesan Cikgu Nabil.
( %)
C. Betulkan penggunaan kata ganti nama diri di bawah kemudian salin
semula ayat.
1. Saya bertiga hendak pergi ke rumah Pak Mail.
_______________________________________________
2. Jika beliau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak patik
dengan segera.
_______________________________________________
3. Dia merupakan seorang raja yang adil dan saksama di negeri ini.
_______________________________________________
4. Ammar dan Meng Yi berumur 10 tahun. Kita berdua sahabat
baik.
_______________________________________________
5. Pravit dan kawan-kawan dia pergi ke kedai. Kalian menaiki
basikal.
_______________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Betulkan kesalahan kata ganti nama tunjuk di bawah kemudian salin
semula ayat.
1. Saroja gembira mendapat keputusan cemerlang dalam ujian
baru-baru sini.
_______________________________________________
2. Raja Citra mempunyai seekor kuda. Baginda akan menunggang
kuda situ setiap hari.
_______________________________________________
3. Terdapat perpustakaan awam di rumah saya. Kami ke ini dengan
berjalan kaki.
_______________________________________________
4. Jam tangan berjenama Casio di kedai sini sungguh cantik sekali.
_______________________________________________
5. Saya masih ingat pokok itu. Di inilah tempat saya selalu bermain
semasa kecil.
_______________________________________________
6. Pulau Langkawi terletak di negeri Kedah. Pulau situ menjadi
tarikan pelancong.
_______________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Kelaskan kata ganti nama diri di bawah mengikut jenisnya.(i-Think)
Kata Ganti Nama
Diri Pertama
Kata Ganti Nama
Diri Kedua
Kata Ganti Nama
Diri Ketiga
( %)
F. Kelaskan kata ganti nama tunjuk di bawah berdasarkan maksudnya.
(i-Think)
-nya hamba kita tuanku mereka dia
kami encik kalian beliau anda ia
patik kamu baginda beta awak saya
begini sini itu sana ini situ begitu
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 20
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
( %)
2. Kata Kerja & Kata Hubung
A. Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan ayat di bawah.
1. Fuad suka _____ air kelapa muda kerana rasanya sedap.
A. minum C. telan
B. makan D. gigit
2. Arif _____ dari basikal ketika melalui selekoh itu.
A. tersepit C. terduduk
B. terjatuh D. terbaring
3. Mereka _____ jalan dengan berhati-hati kerana banyak
kenderaan di situ.
A. melintas C. mencari
B. menunggu D. membuat
Kata Ganti Nama Tunjuk
Penunjuk Kata Nama
Penunjuk Tempat/Arah Penunjuk
Cara/Hal/Keadaan
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 21
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Zhi Wei membantu ibu _____ stor yang berisi peralatan
berkebun.
A. kemaskan C. pengemas
B. mengemas D. mengemaskan
5. Kami _____ di hentian bas sementara menunggu hujan reda.
A. berlindung C. berteduh
B. bernaung D. beratap
6. Jefri suka _____ air kopi dan makan nasi lemak pada waktu
pagi.
A. minum C. menelan
B. makan D. menyedut
7. Semua rakan sekelas datang ke majlis hari lahir Izlan _____
Ganesh.
A. akan C. kecuali
B. sambil D. maka
8. “Saya yakin _____ kamu akan berjaya,” kata Zubaidi kepada
rakannya.
A. agar C. kecuali
B. bahawa D. manakala
9. Danish anak orang kaya _____ dia tidak sombong.
A. apabila C. sambil
B. kerana D. tetapi
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 22
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
10. Ibu membeli ikan kembung lalu memasukkannya ke dalam
peti sejuk _____ tahan lama.
A. agar C. kerana
B. serta D. sungguhpun
11. Kakak membantu ibu memasak di dapur _____ abang menolong
bapa mencuci kereta di halaman rumah.
A. serta B. tetapi C. apabila D. manakala
12. Lee Meng tidak sedar _____ dia terbeli makanan dalam
tin yang sudah luput tarikh penggunaannya.
A. agar C. apabila
B. kerana D. bahawa
( %)
B. Gariskan kata kerja transitif yang betul dalam ayat-ayat di bawah.
1. Cikgu Lim ( menerangkan , menyatakan ) kepada murid-murid
tentang teknik dan strategi bermain bola keranjang.
2. Kamal ( menampar , memukul ) bulu tangkis itu dengan kuat
untuk mencari mata kemenangan.
3. Ketua kumpulan itu ( menjulang , memikul ) piala yang dimenangi
oleh pasukannya.
4. Amir telah memenangi acara (melontar , membaling ) lembing
itu.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 23
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Penjaga gol itu berjaya ( mengelak , menepis ) sepakan penalti
daripada pihak lawan.
6. Program Kecerdasan Diri diadakan untuk ( memupuk ,
membentuk ) semangat rajin bersenam dalam kalangan warga
sekolah.
7. Penyakit mudah ( melanda , menyerang ) jika kita mengambil
makanan yang berlemak tanpa had.
8. Makanan yang seimbang serta vitamin yang mencukupi dapat (
menyihatkan , melegakan ) badan kita.
( %)
C. Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata hubung
yang betul.
1. Suhana berjaya dalam pelajaran __________ dia belajar
bersungguh-sungguh.
2. Adik bersarapan pagi __________ pergi ke sekolah.
3. Kakak menjerit __________ disergah oleh rakannya.
4. Nenek menyapu sampah setiap hari __________ halaman
rumahnya bersih.
5. Anita tidak sombong __________ dia pelajar yang bijak.
6. Mereka berehat seketika __________ mengulang kaji
pelajaran.
selepas kerana apabila supaya walaupun sebelum
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 24
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
( %)
D. Salin semula ayat di bawah dengan membetulkan kata hubung yang
sesuai.
1. Ayah membaca surat khabar supaya menanti ibu memasak.
_______________________________________________
2. Raja suka bermain bola sepak kecuali Alif suka bermain
badminton.
_______________________________________________
3. Ikan itu dimasukkan ke dalam peti sejuk apabila tahan lama.
_______________________________________________
4. Pak Aji mengambil selipar yang terkena lumpur itu sambil
mencucinya.
_______________________________________________
5. Semua murid mengisi borang untuk menghadiri kem motivasi
sementara Rani.
_______________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 25
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Baca petikan di bawah dan senaraikan kata kerja mengikut
kategori. (i-Think)
Pada pukul 5.00 pagi, Encik Yeoh dan isterinya sudah bangun.
Selepas bersiap-siap, mereka ke pasar untuk membeli barang-barang.
Kemudian, Encik Yeoh dan isterinya ke kantin Sekolah Jenis
Kebangsaan (C) Pei Yuan. Encik Yeoh merupakan pengusaha kantin
sekolah. Isteri Encik Yeoh memasak makanan. Sebelum memasak,
Encik Yeoh dan isterinya membersihkan alatan dapur. Mereka juga
mencuci bahan masakan sebelum dimasak. Makanan yang disediakan
juga ditutup agar tidak dihinggapi lalat. Encik Yeoh juga memastikan
pekerjanya berpakaian kemas dan memakai apron serta penutup
kepala. Encik Yeoh melayan murid-murid yang membeli makanan
dengan ramah dan mesra. Murid-murid beratur ketika hendak bayar
di kaunter makanan.
Kata Kerja Transitif Kata Kerja Tidak Transitif
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 26
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
F. Betulkan kesalahan kata hubung yang bergaris dan tuliskan yang
betul. (i-Think)
Ayat Kata Hubung
1. Fatin menasihati adiknya bahawa berhati-hati
menggunakan pisau yang tajam itu.
2. Helmi membubuh baja pada tanaman itu kerana
subur.
3. Kemalangan akan berlaku supaya kita cuai di jalan
raya.
4. Janganlah kita meninggikan suara agar berbual-
bual dengan ibu bapa kita.
5. Guru kelas itu memaklumkan kerana kelas
tambahan pada hari Sabtu ini dibatalkan.
6. Bon Huat dan keluarganya sedang minum petang
agar kami sampai di rumahnya.
7. Kakak menyikat rambut adik dengan rapi kalau
lebih kemas.
8. Kelas Empat Melati akan mengadakan lawatan ke
Perak agar dibenarkan oleh guru besar.
9. Semua murid dibenarkan bermain di padang
manakala Afiq.
10. Ibu menyidai kain itu di luar rumah tetapi cepat
kering.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 27
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Kata Adjektif & Kata Arah
A. Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan ayat-ayat di bawah.
1. Air kopi yang baru dibancuh itu sangat _____ .
A. masin C. lama
B. panas D. cepat
2. Wajah pelakon wanita yang terkenal itu sangat _____ .
A. cantik C. marah
B. kacak D. terang
3. Hujan pada malam itu turun dengan _____ sekali.
A. laju C. lebat
B. pantas D. nipis
4. Dia tidak dapat menjawab soalan yang _____ itu.
A. mudah C. meriah
B. ringan D. susah
5. Kakak suka makan sayur peria walaupun rasanya _____ .
A. pahit B. tawar C. sedih D. pedas
6. Budak _____ itu menangis teresak-esak apabila dimarahi
ayahnya.
A. hebat C. kecil
B. mudah D. tua
7. Kebajikan anak-anak di _____ tanggungan ibu bapa.
A. sudut C. depan
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 28
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. dalam D. bawah
8. Pei Shy menyimpan nombor telefon kawan baiknya ke _____
telefon bimbit.
A. sisi C. penjuru
B. dalam D. puncak
9. Pak Nordin menebas semak di _____ rumahnya.
A. atas C. pinggir
B. sudut D. belakang
10. Kawasan perkelahan itu terletak di _____ sungai.
A. hilir C. bawah
B. antara D. penjuru
11. Bapa berdiri di _____ kereta sambil berbual-bual dengan
kawannya.
A. tepi C. hujung
B. dalam D. pinggir
12. Di _____ sungai itu ada sebuah pondok usang.
A. puncak C. atas
B. dalam D. seberang
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 29
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul.
.
1. Cikgu Faridah berasa __________ akan pencapaian murid-
muridnya dalam peperiksaan itu.
2. Ladang nanas yang diusahakan oleh Encik Hamid itu sungguh
__________ .
3. Para pekerja begitu __________ mengusahakan ladang
ternakan itik itu.
4. Mak Cik Kalsom menggoreng kerepek pisang itu sehingga
__________ .
5. Suasana di pameran ekspo pertanian itu sungguh __________
dengan para pengunjung.
6. Orang ramai mendapat __________ pengetahuan tentang
pameran hasil tani itu.
7. Kita perlu menggunakan peralatan elektrik dengan __________
agar tidak membazir tenaga.
8. Udara yang __________ akan menyebabkan pelbagai jenis
penyakit kepada manusia.
( %)
banyak luas kotor rajin
bangga cermat sesak garing
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 30
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Gariskan kata arah yang betul dalam ayat-ayat di bawah.
1. Rumah datuk Ahmad terletak di ( tepi , luar ) sungai.
2. Ibu menjemput kawan-kawannya yang baru sampai masuk ke (
tengah , dalam ) rumah.
3. Negeri Perlis terletak di ( selatan , utara ) Semenanjung
Malaysia.
4. Ribut taufan yang bertiup kencang dari sebelah ( barat ,
penjuru ) telah menyebabkan kemusnahan beberapa buah rumah
di kampung itu.
5. Mereka dipilih dari ( segi , dalam ) kebolehan menguasai
kemahiran bahasa untuk pertandingan pidato.
6. Penyelam itu berjaya menyelam sehingga ke ( dalam , dasar )
tasik itu.
7. Pak Rahim mula mengusahakan tanah di ( belakang , tepi )
rumahnya dengan harapan tanamannya itu dapat membuahkan
hasil yang lumayan.
8. Kanak-kanak yang malang itu lemas kerana terjatuh ke ( sudut ,
dalam ) sungai.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 31
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Tuliskan kata adjektif di bawah mengikut kategori yang diberikan.
(i-Think)
1. Masa
1.
6.
Keadaan/Sifat
1.
2. 2.
3. 3.
4. 4.
2. Warna
1.
7. Cara
1.
2. 2.
3. 3.
4. 4.
3. Perasaan
1.
8. Ukuran
1.
2. 2.
3. 3.
4. 4.
4.
Pancaindera
1.
9. Jarak
1.
2. 2.
3. 3.
4. 4.
5. Bentuk
1.
2.
3.
4.
bulat biru hampir panjang laju manis
pendek jauh pantas sayang rapat
putih cerdik harum cepat lama nipis
bujur marah masam sebentar dekat
halus leper kerap hitam garang segi
empat lambat perlahan merah rajin
tinggi benci rindu sedih
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 32
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
( %)
E. Pilih kata arah yang terdapat dalam kotak di bawah kemudian
isikan pada peta minda yang disediakan. (i-Think)
( %)
Kata Arah
kaki manis sisi halus
dekat pinggir rapat samping
sudut cepat utara selatan
tinggi puncak pangkal penjuru nipis
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 33
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Penulisan
1. Bina Ayat
Latihan 1 :
kosa kata
hobi
mengumpul setem
menyimpan..........album
setem
bertukar setem
berbincang tentang
is kandungan setem
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 34
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 2 :
kosa kata
rajin/tekun menelaah pelajaran
menumpukan perhatian menjawab ..........dengan yakin
memperoleh keputusan cemerlang
diberi hadiah pada ....
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 35
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 3 :
kosa kata
mengunjungi / melawat
membeli
kaunter tiket
meneliti
menerangkan
menumpukan perhatian
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 36
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 4 :
Kosa Kata
melancong / bercuti
bengkang-bengkok
curam
menginap
mendaftar masuk
kaunter pendaftaran
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 37
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Ulasan
Latihan 1:
Rangka Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 38
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 2:
Rangka Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 39
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 3:
Rangka Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 40
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 4:
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 41
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Karangan
(Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Soalan 1 : Melengkapkan Cerita
Akhiri karangan anda dengan penutup berikut :
Aku berasa gembira kerana aku telah membantu Ramli.
Aku berharap Ramli akan berjaya dalam pelajarannya dan
menjadi seorang yang berjaya.
Soalan 2 : Autobiografi
Aku Sebuah Komputer
Soalan 3 : Fakta
Kegunaan Komputer
Soalan 4 : Keperihalan
Mengunjungi Pasar Malam
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 42
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my