Pusat Khidmat Maklumat Aksdeoik tr! 4IW. 1tCt'1'1 MALAYSIA SA1tAWAK
P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADHMIK
I II iýlýlýlll ll ill Iil IIIII 1000246024 PENYERTAAN PARA PEMILIK TANAH NCR DALAM PROJEK
KELAPA SAWIT SALCRA DI SANGAI, KEDUP
MAHESHVARI APPALANAIDU
Latihan Ilmiah Ini Dikemukakan Untuk Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat-syarat Pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian
dalam Pengkhususan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan.
FAKULTI SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
1997
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya latihan llmiah ini dapat saya siapkan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan
cabaran.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kzpaca pihak SALCRA dan kakitangannya di Kedup, Serian dan ibu pejabat di Kuching kc-ana sudi membenarkan dan memberikan kerjasama kepada saya untuk menjalankan P: aaiian
ini
sehingga selesai.
Buat Dr. Gabriel Tonga Noweg pensyarah dan selaku penyeli-a- sava. terima kasih atas segala panduan, teguran, nasihat dan membimbing saya di -stpanjang penyediaan latihan ilmiah ini. Tidak lupa juga buat Dr. Dimbab Ngidan` dan Dr. Spencer yang turut memberikan tunjuk ajar dalam penyediaan dan penulis,: -. n latihan ilmiah.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepac:. p_nsyarah- pensyarah dan kakitangan Fakulti Sains Sosial atas segala tunjuk ajar dan b"_ntuan di
sepanjang pengajian selama empat tahun di UNIMAS.
Tidak lupa bagi kedua ibu bapa dan keluarga yang amat kusayan_: sa., -a. Encik Appalanaidu Appanah dan Puan Subuletchumy Samudram, nenek Puar: ThZ: nudama serta keluarga sa, a (Demu, Krishnan, Bala, Letchumy. Naidu. Kali. Siva. Viknesh, Guna, Nageena Rennu, Dinesh Varma, - Ravithraa dan saudara mara saý aý. %-rima kasih yang tidak terhingga kepada kalian kerana doa. restu. sokongan -: oral dan bantuan kewangan anda semua di sepanjang pengajian saya di UNIMAS.
Akhir sekali kepada semua rakan-rakan terutamanya pelajar Perin--is segala suka dan duka tetap kuabadikan. Semoga kesefahaman dan toleransi menge nzkan lagi
erti persahabatan kita.
i
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji taraf sosio ekonomi, penerimaan dan persepsi para
pemilik tanah NCR terhadap projek kelapa sawit SALCRA di Kampung
Sangai, Ladang Kedup, Serian. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh
mana rancangan pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan mendapatkan
sokongan masyarakat bumiputera Sarawak terutamanya orang Bidayuh dan
mengatasi masalah kemiskinan di kalangan golongan tersebut. Seramai 70
orang pemilik tanah NCR yang terdiri daripada 49 orang peserta dan 21 orang
bukan peserta dipilih secara rawak sebagai subjek kajian. Dalam kajian ini
borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Data dianalisis dengan
kaedah analisis frekuensi dan `crosstab' Keputusan kajian mendapati
responden mempunyai persepsi yang baik terhadap SALCRA dan mereka juga
menerima projek tersebut dengan balk. Di samping itu, taraf sosio ekonomi
para peserta projek didapati telah meningkat selepas menyertai projek
berbanding dengan sebelum im. Im menunjukan kerajaan tidak akan
menghadapi banyak masalah pada masa akan datang untuk melaksanakan
projek-projek pembangunan terutamanya di Sarawak.
ii
ABSTRACT
This research was undertaken to investigate the household income, acceptance
and perception of NCR land owners towards SALCRA project. This research
was conducted in Kampung Sangai Kedup Estate, Serian. A total of 70 NCR
land owners were selected as subjects using random sampling. This subjects
are comprising of 49 SALCRA project participants and 21 non-participants.
Data were analysed using crosstab, t-test and frequency analysis. The results
indicate that the NCR land owners have a very positive perception towards
SALCRA development project, implying that they accept SALCRA well. It is
also found that the living standard of the participants have improved somewhat
after participating in the SALCRA project.
iii
SENARAIJADUAL
Jadual 1 Kadar Kemiskinan di Malaysia
Jadual 2: Kadar Kemiskinan Mengikut Strata Pada Tahun 1985 dan 1990
Jadual 3 Agama Responden
Jadual 4: Bangsa Responden
Jadual 5 Taraf pendidikan responden
Jadual 6: Bilangan Peserta dan Bukan Peserta Projek SALCRA
Jadual 7: Sebab-sebab Peserta Menyertai Projek
Jadual 8 Sebab-sebab Bukan Peserta Tidak ! vtenyertai Projek
Jadual 9 Bilangan ahli keluarga responden yang bekerja dan tidak bekerja dengan SALCRA dan rasa puas hati mereka terhadap pendapatan yang dibayar kepada mereka oleh SALCRA.
Jadual 10 : Bilangan peserta yang ingin meneruskan tanaman sawit dan cara pengurusan ladang mereka.
Jadual 11 : Jawapan responden terhadap kenyataan bahawa SALCRA telah berjaya membangunkan tanah terbiar.
Jadual 12 : Jawapan responden terhadap kenyataan dengan adanya SALCRA kewujudan kemudahan asas seperti (pengangkutan, komunikasi luar, perkhidmatan pos dan lain-lain) telah menyenangkan penduduk kampung.
Jadual 13 : Jawapan responden terhadap kenyataan SALCRA telah menyediakan kemudahan infrastruktur kepada penduduk kampung.
Jadual 14 : Jawapan responden terhadap kenyataan SALCRA berjaya menyediakan kemudahan seperti pengangkutan anak-anak peserta ke sekolah, klinik dan gotong royong mendirikan rumah dan sebagainya.
Pusat Kbidmat Maklumat Akademik t1NiYEltSTTI MALAYSIA SA1tAWAK
KANDUNGAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSRACT
SENARAI JADUAL
KANDUNGAN
BAB 1: PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Kenyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Kepentingan Kajian 1.5 Definisi Konsep 1.6 Kemiskinan
BAB 2: SOROTAN KAJIAN
i
11
III
iv
V
I 1 2 3 4 5 5
6 2.1 Teori pembangunan 8 2.2 Teori persepsi 8 2.3 Kemiskinan 8 2.4 Usaha pembangunan 15 2.5 Latar Belakang dan rasional penubuhan SALCRA 20
2.5.1 Amalan pertanian pindah di kalangan petani bumiputera Sarawak
2.5.2 Pembangunan tahan hakmilik bumiputera 2.5.3 Membantu mencepatkan arus pembangunan
luar bandar 2.5.5 Meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat terlibat
2.6 Peranan utama dan konsep pembangunan 2.7 Objektif SALCRA dalam pembangunan tanah 2.8 Kajian lepas
20 21
22 22 22 25 25
V
BAB 3: METODOLOGI 3.1 Pendahuluan 3.2 Rekabentuk kajian 3.3 Tempat kajian 3.4 Populasi dan sampel kajian 3.5 Alat kajian 3.6 Penganalisaan data 3.7 Limitasi kajian
32 32 32 32 33 34 36 37
BAB 4: PERBINCANGAN 39 4.1 Pendahuluan 39 4.2 Keputusan ciri-ciri demografi 39
4.2.1 Agama responden 39 4.2.2 Bangsa dan status responden 40 4.2.3 Umur dan tanggungan responden 40 4.2.4 Taraf pendidikan responden 41
4.2.5 Bilangan ahli keluarga responden 42 4.2.6 Pekerjaan responden 43 4.2.7 Pekerjaan responden sebelum bekerja di SALCRA 43
4.3. Penerirnaan responden terhadap projek SALCRA 39
4.3.1 Keluasan tanah yang dimiliki dan diserahkan 44
4.3.2 Kadar penyertaan 44
4.3.3 Sebab-sebab peserta menyertai 45
4.3.4 Sebab-sebab bukan peserta tidak menyertai projek 46
4.3.5 Kepuasan pendapatn ahli keluaraga responden 47
4.3.6 Penerusan projek 48
4.3.7 Pendapatan meningkat 49
4.3.8 Simpanan meningkat 50
4.3.9 Menyesal masuk projek 50
4.3.10 Tidak ada kemajuan 50
4.4 Hasil keputusan persepsi responden 51
4.4.1 Peranan SALCRA 51
4.4.2 Kemudahan asas 52
4.4.3 Kemudahan infrastruktur 53
4.4.4 Kemudahan yang disediakan 54
4.4.5 Kepuasan terhadap kemudahan 55
4.4.6 Membangunkan tanah terbiar 55
4.4.7 Tanaman sawit 56
4.4.8 Pendapatan meningkat 56
4.4.9 Kejayaan projek 56
4.4.10 Taraf hiüup meningkat 57
4.4.1 1 Membawa perubahan 57
4.4.12 Membawa kemajuan 58
I
4.5 Pendapatan isirumah 59 4.5.1 Pendapatan responden 59 4.5.2 Gaji cukup 59 4.5.3 Perbelanjaan responden 60 4.5.4 Pendapatan bersih responden 60 4.5.5 Perbezaan pendapatan peserta & bukan peserta 61 4.5.6 Peningkatan dalam pemilikan barang material 61
BAB 5: KESIMPULAN 66 5.1 Pendahuluan 66 5.2 Saranan Kajian 67
BIBLIOGRAFI 69
LAMPIRAN 72
vii
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Malaysia begitu pesat membangun dan bersedia untuk melengkapkan diri bagi
menghadapi cabaran abad ke 21 yang akan menjelang tidak lama lagi. Malaysia
bertekad untuk mencapai Wawasan 2020 dalam masa 23 tahun dari sekarang. Salah
satu daripada matlamatnya itu ialah untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang
maju di rantau ASEAN (Association of South East Asian Nation) khasnya dan di
dunia amnya. Demi mencapai cita-cita tersebut, kerajaan telah melancarkan beberapa
dasar yang menyokong ke arah menjadi negara perindustrian seperti Dasar
Pembangunan Nasional dan sebagainya.
Dalam keghairahan untuk mencapai Wawasan 2020 ini, terdapat beberapa
masalah sosio-ekonomi yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Isu yang ingin
diketengahkan oleh pengkaji ialah mengenai isu kemiskinan terutamanya di kawasan
luar bandar. Pengkaji berpendapat tidak sepatutnya terdapat mana-mana golongan
atau kaum yang ketinggalan dalam usaha untuk menjadi negara maju. Semua
golongan rakyat Malaysia harus berkongsi peluang ekonomi dan pembangunan negara
secara adil dan saksama.
1
2
Salah satu cara untuk mencapai ke arah itu ialah dengan perlaksanaan rancangan
pembangunan di kawasan luar bandar.
1.2 Kenyataan Masalah
Kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa usaha untuk menangani
masalah kemiskinan dan membangunkan penduduk luar bandar. Ini termasuk
penubuhan agensi-agensi pembangunan tanah seperti FELCRA, FELDA, KEDA,
IADP, SALCRA dan sebagainya.
Di Sarawak kerajaan telah menubuhkan SALCRA untuk membangunkan
tanah kaum bumiputera di kawasan luar bandar. SALCRA bertanggungjawab
membangunkan tanah NCR milik kaum bumiputera. SALCRA yang akan
menanggung segala kos pembangunan dan penyelenggaraan ladang projek kelapa
sawit tersebut. Di samping itu, SALCRA juga akan menguruskan ladang tersebut
untuk tempoh 25 tahun seperti yang termaktub dalam surat perjanjian dengan pemilik
tanah. Para pemilik tanah NCR hanya perlu menyerahkan tanah kepada SALCRA
untuk dibangunkan. Para pemilik tanah NCR yang merupakan kaum bumiputera tidak
perlu mengeluarkan wang mereka untuk memajukan tanah mereka. Malahan tidak
wujud masalah kewangan di pihak kerajaan untuk membangunkan tanah NCR.
Namum begitu, kerajaan menghadapi masalah lain di mana masih terdapat segelintir
3
daripada kaum bumiputera Sarawak enggan menyerahkan tanah mereka kepada
SALCRA untuk dimajukan. Ini dapat dilihat daripada kenyataan di bawah. Kajian ini
juga megkaji kadar penyertaan pemilik tanah NCR dan taraf sosio ekonomi para
peserta sebelum dan selepas menyertai projek SALCRA.
1.3 Objektif kajian
Kajian ini adalah mengenai penerimaan, persepsi dan taraf sosioekonomi para
peserta dalam projek pembangunan tanah melalui SALCRA di kawasan penanaman
kelapa sawit di daerah Serian.
Objektif khusus kajian ini adalah untuk
1) mengenalpasti kadar penyertaan penduduk dalam projek SALCRA di
ladang kelapa sawit di Kampung Sangai,
2) mengenalpasti persepsi responden termasuk peserta dan bukan peserta
terhadap projek kelapa sawit SALCRA.
3) menentukan perbandingan taraf sosio ekonomi melalui pemilikan barang
material oleh peserta projek sebelum dan selepas menyertai projek penanaman
kelapa sawit SALCRA. Pengkaji menjadikan pemilikan barangan material
sebagai petunjuk taraf sosio ekonomi dalam kajian ini.
4
1.4 Kepentingan Kajian
Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pihak-
pihak yang memerlukannya. Kajian ini akan meninjau sejauh mana rancangan
pembangunan tanah yang dijalankan oleh SALCRA berjaya meningkatkan taraf hidup
kaum Bidayuh yang tinggal di kawasan Serian amnya dan khususnya di Kedup.
Data dari kajian ini boleh digunakan oleh pegawai kerajaan yang terlibat
dalam perancangan program pembangunan luar bandar di Sarawak. Para perancang
dapat mengetahui kelemahan dan juga kejayaan yang terdapat dalam perlaksanaan
projek kelapa sawit seperti yang dihadapi oleh SALCRA.
Kajian ini boleh dikatakan satu penilaian semula ke atas usaha-usaha yang
telah dijalankan oleh pihak SALCRA untuk mengubah taraf sosio ekonomi. Selain itu
kajian ini dapat menilai sejauhmana usaha pembangunan tanah yang dilaksanakan
berjaya mengubah corak hidup penduduk di luar bandar. Seterusnya dengan penilaian
semula ini diharapkan akan dapat memberi cadangan alternatif kepada masalah-
masalah yang dihadapi oleh SALCRA di dalam usahanya untuk membawa penduduk
luar bandar ke dalam arus pembangunan.
Pusat Kbidmat Maklumat Akademik UNIVERSiTT MALAYSIA SARAWAK
5
1.5 Definisi konsep
Definisi pembangunan adalah satu definisi yang merangkumi aspek-aspek
fizikal, minda, budaya (spritual) dan kemanusiaan. Pembangunan bukanlah semata-
mata pertumbuhan ekonomi yang diukur dengan nilai wang. Pembangunan haruslah
dilihat sebagai pelbagai dimensi termasuk proses mengorganisasi dan mengorientasi
ekonomi dan sistem sosial secara menyeluruh (Todaro 1992).
1.6 Kemiskinan
Kemiskinan secara umumnya bermaksud tidak memenuhi keperluan asas
seperti rumah, pakaian, makanan, bekalan air bersih dan sebagainya. Menurut putaran
ganas (vicious circle) kemiskinan berpunca daripada taraf pendidikan yang rendah.
Tanpa pendidikan yang mencukupi seseorang itu tidak akan mempunyai ilmu
pengetahuan, kepakaran, kemahiran, keyakinan diri dan sebagainya. Akibatnya
individu tersebut tidak dapat menambahkan pengeluaran dan pendapatannya.
Seterusnya individu tersebut tidak dapat lari dari keadaan kemiskinan (Siwar, 1988).
6
BAB 2
SOROTAN KARYA
2.1 Teori pembangunan
Terdapat beberapa teori pembangunan yang berkaitan dengan kajian ini akan
dibincangkan oleh pengkaji dalam bab ini. Di antaranya ialah linear stage theory, neo-
classical structural model dan internatonal dependence model (Todaro 1985).
Teori linear stage dipengaruhi kuat oleh teori Rostow. Menurut Rostow
(1960), sesebuah negara akan melalui 5 peringkat untuk menjadi negara membangun
iaitu:
1. Traditional society. Pada peringkat ini negara tersebut berada dalam keadaan
tradisonal di mana ia mempunyai dua sektor ekonomi sahaja. Ekonomi masih
tradisional dan dasar ekonomi tertutup diamalkan. Pengeluran aktiviti ekonomi seperti
pertanian adalah rendah.
2. Pre-conditions for take-off into self-sustaining growth. Pada tahap ini terdapat
faktor-faktor luaran seperti dasar ekonomi terbuka diamalkan, penggunaan teknologi
moden dalam pertanian dan sektor perindustrian mula berkembang
7
3. The take-off. Pada tahap ini pelaburan meningkat dengan pesat sehingga 10 peratus.
Pertumbuhan ekonomi lebih tinggi daripada pertumbuhan penduduk. Kebanyakan
negara Dunia Ketiga termasuk dalam kategori ini.
4. Drive to maturity. Pada tahap ini sains dan teknologi memainkan peranan yang
penting dalam sektor. Menurut Rostow pelaburan akan meningkat kepada 10-20
peratus daripada pendapatan negara. Negara akan menjalin hubungan dengan luar giat
dalam dagangan antarabangsa.
5. Age of mass consumption. Kuasa pengeluaran sudah meningkat, mempunyai modal
dan kekayaan untuk mempengaruhi negara-negara lain.
Secara kesimpulan Rostow menekan pengumpulan modal sebagai nadi
pertumbuhan ekonomi. Kekurangan modal pada tahap take-off perlu diisi oleh pelabur
asing supaya pertumbuhan ekonomi seterusnya dapat dicapai (Rostow, 1960). Selain
daripada model Rostow, model Harrod-Domar (juga menekankan pelaburan dan
tabungan bagi mencapai pembangunan.
Teori neo klasikal pula memfokus kepada aspek bagaimana perubahan struktur
ekonomi berlaku dari tahap tradisional kepada tahap moden. Model ini berasaskan
model Lewis(1954) clan Chenery (1979). Menurut teori Lewis, ekonomi negara
terbahagi kepada dua sektor iaitu sektor pertanian (tradisional) di luar bandar dan
8
sektor bandar (moden). Menurut teori ini, penghijrahan lebihan buruh dari luar bandar
ke sektor moden akan menggalakkan perkembangan dan pelaburan dalam sektor
perindustrian. Pelaburan modal yang tinggi dalam sektor perindustrian akan
mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk. Guna tenaga penuh
akan dapat dicapai akan menampung keperluan tenaga buruh dalam sektor moden dan
ekonomi negara akan menjadi stabil. (Kasim, 1990)
2.2 Teori persepsi
Pendekatan Gestalt adalah berkaitan dengan persepsi dalam kajian ini.
Menurut teori Mohamed Nazar (1992) gestalt berasal dari perkataan Jerman. Matlin
dan Foley (1992) menyatakan gestalt dapat didefinisikan sebagai rupa bentuk. Melalui
pendekatan gestalt ini kits akan melihat objek secara menyeluruh. Menurut Mohamed
Nazar (1992) teori gestalt amat mementingkan konsep keseluruhan. Dalam kajian ini
persepsi responden merujuk kepada pendapat responden terhadap projek SALCRA.
2.3 Kemiskinan
Masalah kemiskinan bukanlah satu masalah baru yang melanda negara kita.
Masalah ini telah lama wujud sejak beberapa abad yang lalu iaitu sebelum zaman
merdeka lagi. Masalah ini agak ketara di kalangan sesetengah golongan rakyat negara
ini terutamanya yang tinggal di luar bandar. Masalah kemiskinan adalah paling tinggi
9
sehingga tahun 1970 di mana kira-kira 87 peratus daripada isirumah miskin didapati
tinggal di luar bandar dan 83 peratus daripada isirumah miskin tersebut terdiri
daripada kaum bumiputera. Pada masa yang sama didapati 80 peratus daripada
isirumah miskin tersebut, adalah dalam sektor pertanian. Pada tahun 1980 sektor
pertanian mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi iaitu kira-kira 46.1 peratus.
Keadaan ini amatlah serius memandangkan sektor pertanian merupakan sektor utama
dan tulang belakang ekonomi negara kita. (Kementerian Pertanian, 1975)
Menurut Todaro (1992), lebih daripada 65 peratus penduduk di negara-negara
sedang membangun tinggal di kawasan luar bandar. Di kawasan luar bandar tersebut
kadar kemunduran dan kemiskinan berleluasa. Beliau juga berpendapat hampir
kesemua penduduk di kawasan luar bandar ini bergiat dalam sektor pertanian.
Mengikut Wilber dan Jameson (1992) pula, sektor pertanian menjadi asas
kepada proses pembangunan di negara-negara Dunia Ketiga. Berdasarkan Laporan
Pembangunan Dunia dari Bank Dunia didapati 33 peratus daripada jumlah keluaran di
negara Dunia Ketiga diperolehi dari sektor pertanian (World Bank, 1990).
Kerajaan telah lama sedar akan masalah ini dan sentiasa berusaha dengan
menjalankan berbagai program untuk menangani masalah ini sejak negara kita
10
merdeka lagi. Memandangkan betapa gentingnya masalah ini kerajaan dari awal iaitu
menerusi Rancangan Malaysia Pertama hinggalah Rancangan Malaysia Ketujuh telah
memberi keutamaan kepada projek-projek pembangunan yang bertujuan untuk
menambahkan pendapatan dan memperbaiki taraf hidup petani.
"Pembukaan tanah baru akan terus menjadi alat utama kerajaan untuk
mengarahkan perkembangan dalam bidang pertanian, pembuatan, dan perkhidmatan
di masa depan ke negeri-negeri miskin. " (Unit Perancang Ekonomi 1975)
Di samping itu, kerajaan juga telah berjaya mewujudkan sebanyak 352,300
atau 20.8 peratus peluang pekerjaan dalam sektor pertanian seperti yang termaktub
dalam Rancangan Malaysia Keenam (Unit Perancangan Ekonomi, 1995).
Dijangkakan menjelang tahun 2000 golongan termiskin dapat dihapuskan sepenuhnya
(Unit Perancang Ekonomi, 1996).
Jelas di sini usaha kerajaan untuk mengatasi masalah kemiskinan telah
dijalankan selepas merdeka hingga sekarang. Ini kerana masalah kemiskinan adalah
amat serius jika dibiarkan begitu ia boleh membawa kepada rusuhan dan
ketidakstabilan politik negara. Malahan sejarah negara kita telah membuktikan
implikasi akibat jurang kemiskinan di antara kaum telah menyebabkan peristiwa
11
hitam dalam sejarah Malaysia iaitu peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Bagi
mengelak daripada sejarah berulang lagi, kerajaan telah menjalankan beberapa usaha
seperti melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dari tahun 1970 hingga 1990.
Dasar ini adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat iaitu dengan menghapuskan identiti kaum dengan aktiviti ekonomi
tertentu. Selepas tamat tempoh DEB kerajaan teruskan dengan Rancangan Malaysia
Jangka Panjang iaitu dari tahun 1990 hingga 2000.
Kerajaan Malaysia telah banyak menjalankan usaha-usaha untuk membasmi
kemiskinan di kalangan penduduk terutamanya di kalangan mereka yang tinggal di
kawasan luar bandar. Berdasarkan Jadual 1 di bawah didapati melalui perlaksanaan
usaha-usaha tersebut kerajaan dapat mengurangkan kadar kemiskinan tetapi ia masih
belum lagi dapat dihapuskan sama sekali.
Jadual 1. Kadar Kemiskinan Di Malaysia mengikut tahun
Tahun Kadar (%)
1985 20.7 1990 16.5 1995 8.9
Sumber: Unit Perancang Ekonomi, 1996
12
Kadar kemiskinan mengikut strata penduduk, jelas terbukti bahawa kadar
kemiskinan di luar bandar adalah jauh lebih tinggi daripada kadar kemiskinan di
bandar. Ini jelas dilihat dalam Jadual 2. Walaupun kadar kemisikinan di kedua strata
sudah menurun namun kadar di antara strata masih lagi begitu besar jurangnya.
Jadual 2. Kadar Kemiskinan Di Malaysia Mengikut Strata Pada Tahun 1985 Dan 1990
Strata
Luar bandar Bandar
Peratus Kemiskinan 1985 1990 27.3 21.8
8.5 7.5 Sumber: Unit Perancang Ekonomi, 1996
Di Malaysia isirumah yang memperolehi pendapatan yang kurang daripada
RM 350 sebulan dikategorikan di bawah paras kemiskinan (Sundram, J. K. 1988).
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Satu Kementerian Pertanian, Datuk Zolkipli
Abdul di dalam akhbar Berita Harian 13 September 1993, lebih daripada dua juta
penduduk Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar berada di bawah paras
kemiskinan.
Sumber pendapatan utama penduduk di kawasan luar bandar adalah dari segi
sektor pertanian. Sektor pertanian amat penting memandangkan 62 peratus penduduk
di negara sedang membangun bergiat di dalam sektor tersebut (Todaro 1992). Di
13
Malaysia sendiri, walaupun tidak dinafikan bahawa secara relatifnya kepentingan
sektor pertanian semakin berkurangan namun ia masih lagi memainkan peranan yang
besar di dalam mempengaruhi pertumbuhan dan pembangunan negara.
Dalam pada itu, kerajaan telah menubuhkan beberapa badan-badan kerajaan
dan separuh kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian. Di antara agensi-agensi
pembangunan tersebut ialah FELDA (Federal Land Development Authority) atau
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri,
Rancangan Kemajuan Tanah untuk Beliawanis (Negeri), SALCRA (Sarawak Land
Consolidation and Rehabilitation Authority), IADP (Intergrated Agricultural
Development Project) dan sebagainya. Pihak swasta secara persendirian dan secara
usahasama dengan kerajaan turut mengambil bahagian dalam rancangan
pembangunan tanah bagi mengurangkan kadar kemiskinan di kawasan luar bandar.
Dalam kertas latihan ilmiah ini penulis hanya memfokuskan masalah
kemiskinan di kalangan kaum Dayak Sarawak terutamanya orang Bidayuh.
Masyarakat bumiputera Sarawak atau kaum Dayak terdiri daripada beberapa suku
kaum seperti than, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu, Kenyah, Kayan, Kelabit dan
sebagainya. Kaum Dayak ini merupakan ethnik yang terbesar mendiami Sarawak.
Hampir 43 peratus daripada keseluruhan penduduk negeri Sarawak yang berjumlah
14
1.8 juts orang terdiri daripada kaum Dayak. Manakala 75 peratus daripada kaum
Dayak ini menjalankan kehidupan harian mereka sebagai petani.
Di Sarawak kerajaan negeri telah menubuhkan SALCRA pada tahun 1973. la
merupakan sebuah badan berkanun separuh kerajaan yang dipertanggungjawabkan
oleh kerajaan untuk membangunkan tanah milik kaum Dayak Sarawak yang dikenali
sebagai Native Customary Rights Land (NCR). Tanah NCR ini adalah sangat luas dan
kebanyakannya dibiarkan begitu sahaja tanpa menjalankan sebarang aktiviti ekonomi
yang menguntungkan. Melihat keadaan ini kerajaan telah membuat rancangan
pembangunan tanah NCR melalui SALCRA. Kerajaan persekutuan dan kerajaan
negeri telah menjalankan pelbagai usaha untuk membaiki taraf sosioekonomi dan
mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan kaum Dayak. Malahan kerajaan negeri
telah membelanjakan wang sebanyak RM6 billion melalui Kementerian Pertanian dan
Pembangunan Komuniti Sarawak sejak dari tahun 1963 (Ngidang 1996). Namun
begitu kejayaan yang diperolehi adalah kecil. Kenyataan akhbar di bawah
membuktikan bahawa kerajaan perlu mencuba alternatif lain untuk membangun
masyarakat miskin negara.
15
2.4 Usaha pembangunan
Kebanyakan negara di dunia telah melaksanakan pelbagai program atau usaha
untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat terutamanya yang menetap di
kawasan luar bandar dan bergiat dalam sektor pertanian. Dalam usaha untuk
meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk luar bandar pihak kerajaan haruslah
mencari satu jalan yang dapat menguntungkan semua pihak dan bersifat kekal. Ini
adalah untuk mengelakkan daripada hanya segelintir daripada golongan sasaran yang
menerima manfaatnya manakala sebahagian besar lagi mengalami kerugian kerana
sebarang langkah yang diambil tidak sepatutnya menjadi sia-sia. Oleh yang demikian,
kebanyakan negara melaksanakan program pembangunan tanah untuk meningkatkan
taraf hidup penduduk terutamanya golongan petani di luar bandar.
Di Amerika Syarikat beberapa usaha membantu para petani telah dijalankan.
Di antara usaha-usaha itu ialah Program Sokongan Harga Ladang di bawah Akta
Penyesuaian Pertanian 1933 (Agricultural Adjustment Act 1933). Melalui program ini
menyediakan kemudahan tempat menyimpan keluaran pertanian dan pinjaman
kepada petani. Namun begitu, kesan yang timbul daripada program ini tidaklah seperti
yang djangkakan. Penyimpan keluaran pertanian yang terlalu banyak dan berlebihan
itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban kos penyimpan yang tinggi. Ini
menyebabkan harga keluaran tersebut meningkat. Di samping itu, program yang