Elektif: Kesusasteraan WarisanTempoh Pengajian: 8 Semester (4 Tahun)
Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
http:/ / f tkw.umk.edu.my/images/kursus/pw_kesusasteraan_warisan.pdf
SINOPSIS PROGRAM
Jabatan Pengajian Warisan turut menawarkan bidang Kesusasteraan Warisan yang menyediakan peluang pembelajaran dalam displin ilmu komprehensif berkaitan perkembangan ilmu kesusasteraan dan warisan budaya negara. Bidang ini menjadi asas dan selaras dengan dasar pembangunan dan keperluan industri kreatif negara.
Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara teori dan praktikal menerusi kaedah pengajaran kuliah, tutorial dan penyelidikan ilmiah bagi memenuhi keperluan
bergraduat. Pencapaian pelajar akan dinilai menerusi kaedah Penilaian Berterusan dan Peperiksaan. Peluang kerjaya dalam bidang ini meliputi Penyelidik, Penulis, Penyair, Pengkritik dan penganalisis karya, Ahli Perunding, Pendidik, Usahawan bahkan Sasterawan. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian dalam bidang Kesusasteraan Warisan adalah tahap praktikal yang paling komprehensif yang ditawarkan di universiti dalam Malaysia. Terdapat kursus-kursus dalam bidang ini antaranya termasuklah Sastera dalam Filem, Kritikan Drama, Sastera Islam, Teori Kesusasteraan, dan Teknik Penulisan Kreatif yang menyediakan graduan untuk kerjaya di
peringkat yang lebih global. Matlamat tertinggi kami adalah untuk melatih usahawan seni dalam setiap disiplin sastera khususnya yang bersifat tradisional dalam usaha memartabatkan nilai warisan dan budaya di Alam Melayu. Bidang ini juga adalah sebagai platform untuk memupuk rasa ingin tahu, keberanian, menggalakkan inovasi dan praktikal demi kelansungan generasi yang cemerlang. Ijazah ini turut mencerminkan kepelbagaian dan keseronokan subjek di alaf baharu dan memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk melihat teori dan amalan prestasi dalam pelbagai budaya media dan konteks.
“Me les ta r i War isan , Mengunggu l i Tekno log i Krea t i f ”