Download - PRAKTIKAL 1 -2
PRAKTIKAL 1 Tarikh: 8 Februari 2012
Topik : Keperluan Asas Tumbuhan
Objektif: Mengenalpasti keperluan asas tumbuhan; cahaya matahari, air dan udara
Hipotesis: Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air dan udara untuk hidup
Pendahuluan: Sebagaimana benda hidup yang lain, tumbuhan juga mempunyai keperluan asas untuk hidup. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air dan udara untuk hidup. Setiap satu daripada keperluan asas ini mempunyai fungsi yang tertentu bagi membantu tumbuhan untuk terus hidup. Cahaya matahari misalnya, diperlukan oleh tumbuhan dalam proses fotosintesis bagi membuat makanannya sendiri. Proses fotosintesis ini akan membebaskan gas oksigen yang diperlukan oleh manusia dan haiwan untuk bernafas. Untuk bernafas, semua hidupan memerlukan udara untuk terus hidup. Gas oksigen diperlukan oleh semua hidupan untuk bernafas dan membebaskan gas karbon dioksida. Air pula diperlukan supaya tumbuhan sentiasa segar. Jika tidak, tumbuhan akan menjadi layu dan akhirnya mati.
(A) Matahari sebagai keperluan asas tumbuhan
Bahan: 1. Pokok sakat. 2. Kertas hitam yang tebal 3. Klip kertas
Prosedur: 1. Pokok sakat yang ingin dijadikan spesimen dipilih. 2. Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk yang disukai dan diletakkan pada kedua-dua permukaan daun sakat, kemudian kertas tersebut diklip dengan klip kertas untuk beberapa hari. 3. Setelah beberapa hari, kertas tersebut dialihkan dan sebarang perubahan pada daun tersebut diperhatikan
Gambar:
(B) Air ialah keperluan asas tumbuhan
Bahan / radas : Kacang hijau, air, kapas, piring petri
Prosedur: 1. Kapas dimasukkan ke dalam dua piring petri 2. Kapas di dalam piring petri pertama dibasahkan dengan air manakala kapas dalam piring petri yang kedua pula dibiarkan kering 3. Kacang diletakkan ke atas kapas dalam kedua-dua piring petri 4. Piring petri diletakkan di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari untuk beberapa hari 5. Sebarang perubahan pada kacang tersebut diperhati dan direkodkan
Kemahiran manipulatif: Segala radas dibasuh dan disimpan serrta bahan-bahan yang digunakan dibuang selepas selesai eksperimen
Gambar:
(C ) Udara ialah keperluan asas tumbuhan
Bahan / radas : Kacang hijau, air, cawan plastik, kapas
Prosedur: 1. Beberapa biji kacang hijau diletakkan di dalam sebuah cawan plastik yang telah dimasukkan kapas basah. 2. Manakala sebuah cawan plastik yang lain dipenuhkan dengan separuh penuh air dan beberapa biji kacang hijau diletakkan ke dalamnya. 3. Kedua-dua cawan tersebut dibiarkan beberapa hari. 4. Sebarang perubahan yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari diperhartikan dan direkod.
Kemahiran manipulatif: Radas dibersihkan dan disimpan manakala kacang hijau dibuang setelah selesai eksperimen
Gambar:
Keputusan: Eksperimen (A) Gambar Keterangan
Tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadap daun pokok sakat. Daun masih lagi hijau dan tidak berubah warna langsung.
Eksperimen (B) Piring petri 1 Piring petri 2
Kacang hijau bercambah dan tumbuh
Kacang hijau tidak bercambah langsung
Eksperimen (C) Cawan 1 Cawan 2
Kacang hijau bercambah dan tumbuh
Kacang hijau hanya bercambah namun tidak tumbuh
Perbincangan: Bagi eksperimen A, keputusan yang sepatutnya tidak dapat diperolehi disebabkan oleh ketebalan daun yang terlalu tebal. Ini menyebabkan tiada sebarang perubahan warna yang berlaku. Bagi eksperimen B pula, hanya kacang hijau yang ditaburkan di atas kapas basah di dalam piring petri 1 sahaja yang bercambah dan tumbuh, manakala tiada perubahan yang berlaku pada kacang hijau yang yang ditaburkan di atas kapas kering dalam piring petri 2. Ini menunjukkan bahawa biji benih memerlukan air untuk bercambah dan tumbuh. Manakala untuk eksperimen C, kacang hijau di dalam keduadua cawan plastik telah bercambah namun hanya kacang hijau di dalam cawan plastik 1 yang terdedah dengan udara sahaja yang tumbuh dengan baik, manakala kacang hijau yang direndam di dalam air di dalam cawan 2 terbantut dan pertumbuhannya terhenti Ini menunjukkan tumbuhan memerlukan udara untuk hidup. Dengan ini, dapat dibuktikan bahawa tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air dan udara untuk hidup. Cahaya matahari diperlukan dalam proses fotosintesis bagi membuat makanan sendiri bagi tumbuh-tumbuhan. Tanpa cahaya matahari, tumbuhan tidak dapat menjalani proses fotosintesis seterusnya membuat makanan sendiri. Manakala air dan udara pula diperlukan oleh tumbuhan untuk terus hidup, sebagaimana hidupan yang lain seperti manusia dan haiwan. Tanpa air dan udara yang mencukupi, tumbuh-tumbuhan tidak dapat hidup dan menersukan proses kehidupan dengan baik.
Kesimpulan: Hipotesis diterima. Cahaya matahari, air dan udara adalah keperluan asas bagi tumbuhan untuk hidup.
Rujukan: 1. Lum How Kee (2000). Biology The Living Science. Singapore: Pearson 2. Mader, Sylvia S (2007). Biology (9th eds.). New York : Mc Graw Hill 3. Muniswaran S, & T.Y. Jiang (2010). Score A in PMR(2010)-Science. Johor Bahru : Pelangi Publishing 4. PMR Bilingual Science Form 1. (2007). Selangor : Arah Pendidikan Sdn Bhd 5. Megan Koehn (2008). Basic Needs of Plants. Dicapai pada 15 Februari 2012 di http://www.slideshare.net/guesta178af0/basic-needs-of-plants-presentation 6. The Needs of Living Things (t.t. & t.p.). Dicapai pada 13 Februari 2012 di http://www.teachersdomain.org/resource/tdc02.sci.life.colt.lp_stayalive/
PRAKTIS 2 Tarikh: 8 Februari 2012
Topik: Ujian Makanan
Objektif: a. Menguji kehadiran kanji, gula penurun, protein, lemak dan dalam sampel makanan. b. Membandingkan kehadiran vitamin C dalam buah-buahan tempatan dan import
Hipotesis: a. Sampel makanan mempunyai kandungan kanji, gula penurun, protein, lemak dan minyak b. Kandungan vitamin C dalam buahan-buahan import lebih tinggi berbanding buahbuahan tempatan
Pendahuluan: Terdapat tujuh kelas makanan iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral, pelawas dan air. Setiap satu daripadanya mempunyai fungsi tersendiri yang diperlukan di dalam tubuh. Sebagai contoh, lemak dan karbohidrat membekalkan tenaga kepada manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka setiap hari. Protein pula penting dalam pembinaan sel baru untuk pertumbuhan. Kandungan nutrien di dalam sampel makanan boleh dikenalpasti dengan melakukan ujian makanan. Sesetengah makanan mempunyai sumber nutrien yang banyak seperti kanji, protein dan lemak. Vitamin pula amat diperlukan untuk fisiologi walaupun hanya diambil dalam amaun yang sedikit sahaja. Kurangnya vitamin di dalam tubuh boleh menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. Misalnya, kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit kulit. Vitamin-vitamin ini mudah didapati di dalam buah-buahan, terutama sekali vitamin C. Walaubagaimanapun, kandungan vitamin C adalah berbeza mengikut jenis buah, yang mana buah-buahan import mempunyai kandungan vitamin C yang lebih tinggi berbanding buah-buahan tempatan. Nutrien-nutrien ini diperlukan oleh badan kita untuk membolehkan pelbagai proses di dalam tubuh kita berlaku. Proses ini penting untuk penjanaan tenaga. Nutrien-nutrien ini juga penting untuk memastikan proses metabolisma berjalan dengan lancar. Makanan yang dikatakan mempunyai gizi seimbang mempunyai nutrien yang meliputi karbohidrat, protein dan lemak dan juga vitamin, mineral dan pelawas.
Walaubagaimanapun, nutrien-nutrien ini perlu diambil secara seimbang agar dapat memenuhi keperluan seharian tubuh badan manusia. Piramid makanan boleh dijadikan panduan untuk mengambil diet yang seimbang dan lengkap setiap hari. Tanpa nutriennutrien ini, tubuh badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
(a) Menguji kehadiran kanji, gula penurun, protein dan lemak dalam sampel makanan
Bahan / radas : Larutan iodin, larutan Benedict, bahan uji Milon, bahan uji Sudan (III), larutan natrium hidroksida, asid hidroklorik, larutan kuprum (II) sulfat, minyak, putih telur, Vaselin, tabung uji, bikar, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, kasa dawai, kertas turas
Prosedur:Jenis makanan Ujian Iodin Kanji Dua titik larutan iodin dititiskan ke atas makanan yang mengandungi kanji. Perubahan diperhatikan dan dicatat. Ujian Gambar rajah
Ujian Fehling atau Benedict 2 ml larutan Fehling atau larutan Benedict ditambahkan ke atas makanan yang Gula penurun mengandungi gula penurun. campuran tersebut digoncang dan dididihkan dalam kukusan air untuk beberapa minit. Sebarang perubahan warna diperhatikan direkod.
Ujian Biuret Beberapa titik larutan kuprum sulfat dan beberapa titik larutan natrium hidroksida dicampurkan ke atas putih telur dalam tabung uji. Sebarang perubahan diperhati dan dicatat
Ujian Millon Protein Beberapa titik bahan uji Millon ke atas makanan berprotein yang berbentuk cecair dalam sebuah tabung uji dan panaskan dalam kukusan air hingga mendidih. Pemerhatian direkodkan.
Ujian Kesan Gris Minyak dan Vaselin disapukan pada dua bahagian kertas turas yang berlainan Lemak dan minyak Pemerhatian dicatat.
Ujian Sudan III 2ml minyak dituangkan ke dalam tabung uji Larutan Sudan III dituang ke dalam tabung uji dan perubahan warna diperhatikan
Kemahiran Manipulatif: 1. Tabung uji dipegang dengan menggunakan pemegang tabung uji semasa aktiviti pembakaran dilakukan 2. Bahan uji yang digunakan ke atas sampel makanan digunakan dalam sukatan yang betul dan tepar 3. Semua radas dibasuh dan disimpan manakala semua bahan dan sampel makanan yang telah digunakan dibuang setelah selesai eksperimen
Keputusan:Ujian Gambar Pemerhatian/ Keputusan
Ujian Iodin
Pertukaran warna daripada perang ke biru kehitaman
Pertukaran warna larutan dari biru ke kuning Ujian Fehling atau Benedict dan akhirnya ke warna merah bata
Ujian Biuret
Larutan berubah warna dari biru kepada ungu
Mendakan putih terbentuk dan apabila Ujian Millon dipanaskan, warnanya berubah menjadi merah bata
Ujian Kesan Gris
Tanda lutsinar minyak lebih jelas berbanding Vaselin
Ujian Sudan III Minyak berubah warna menjadi merah
Perbincangan: Melalui ujian makanan yang telah dilakukan, didapati bahawa sampel-sampel makanan mengandungi kanji, gula penurunan, protein, lemak dan minyak. Ujian iodin telah menunjukkan bahawa sengkuang dan kentang mengandungi kanji yang mana sampelsampel tersebut telah bertukar warna menjadi biru kehitaman. Bagi ujian Benedict pula, larutan glukosa mengandungi gula penurunan yang mana telah menukar warna larutan daripada biru kepada merah jingga. Ujian yang menggunakan putih telur pula menunjukkan larutan tersebut berubah daripada biru kepada ungu bagi ujian Biuret, manakala bagi ujian Milon pula, mendakan putih terbentuk terlebih dahulu dan berubah warna menjadi merah bata setelah dipanaskan. Ini menunjukkan bahawa putih telur mengandungi protein. Setelah dibuat perbandingan, ujian kesan gris menunjukkan bahawa minyak membentuk tanda yang lutsinar pada kertas turas manakala Vaselin pula hanya membentuk tanda lutcahaya. Walaubagaimanapun, ini menunjukkan bahawa keduaduanya mengandungi lemak, Cuma minyak mempunyai lemak yang lebih tinggi daripada Vaselin. Bagi ujian Sudan III pula, minyak telah bertukar warna menjadi merah.
Kesimpulan: Hipotesis diterima. Kesemua sampel makanan mengandungi kanji, gula penurun, protein, lemak dan minyak.
(b) Menguji kehadiran vitamin C dalam buah-buahan tempatan dan import.
Bahan: 1.0% larutan dichlorophenolindophenol (DCPIP), 0.1% larutan asid askorbik, jus rambutan, jus betik, jus kiwi, jus lemon, picagari berjarum, bikar
Prosedur: 1. Larutan 1ml 1.0% DCPIP dimasukkan ke dalam tiub spesimen dengan menggunakan 1ml picagari. 2. 0.1% larutan asid askorbik dipenuhi dalam 5ml picagari. 3. Jarum picagari yang mengandungi 0.1% larutan asid askorbik dimasukkan ke dalam larutan 1.0% DCPIP. Asid askorbik dimasukkan perlahan-lahan tanpa mengacau larutan DCPIP sehingga warna biru DCPIP terluntur. 4. Langkah 1-3 diulangi dengan mengantikan larutan asid askorbik dengan jus buahbuahan segar yang baru disediakan. Kuantiti jus buah yang digunakan untuk melunturkan warna DCPIP ditentukan. 5. Keputusan dimasukkan dalam jadual. Peratusan dan kepekatan Vitamin C dalam jus buah-buahan dikira dengan menggunakan formula dibawah.
Kemahiran manipulatif: 1. Sukatan jus DCPIP diambil mengikut sukatan yang telah ditentukan 2. Semua radas dicuci manakala bahan-bahan lain dibuang selepas selesai eksperimen
Gambar rajah:
Keputusan:Kuantiti jus buah yang diperlukan untuk melunturkan warna DCPIP Larutan/Jus buah
Peratusan Vitamin C dalam jus buah
Kepekatan Vitamin C dalam jus buah
1 Larutan asid askorbik Jus rambutan 1.0
2 1.1
3 1.0
Purata 1.0 1.0/1.0 x 0.1 = 0.01% 1.0/6.2 x 0.1 =0.02% 1.0/10.2 x 0.1 =9.80% 1.0/2.4 x 0.1 =0.04% 1.0/2.1 x 0.1 =0.05% 1.0/1.0 = 1.0
6.1
6.3
6.2
6.2
1.0/6.2 = 0.16
Jus betik
10.0 10.5 10.2
10.2
1.0/10.2 = 0.09
Jus lemon
2.5
2.4
2.3
2.4
1.0/2.4 = 0.42
Jus kiwi
2.0
2.1
2.2
2.1
1.0/2.1 = 0.48
Perbincangan: Vitamin C mudah diperolehi di dalam buah-buahan. Walaubagaimanapun, kandungan vitamin C adalah berbeza mengikut jenis. Kepekatan kandungan vitamin C di dalam buah-buahan ditentukan dengan adanya larutan DCPIP. Vitamin C menurunkan DCPIP dan menyahwarnakannnya. Sekiranya ini berlaku, ni bermakna lebih banyak asid askorbik diperlukan untuk menurunkan larutanDCPIP dan dengan itu tidak dapat digambarkan kandungan vitamin C yangsebenar dalam buah.2. Sekiranya kepekatan vitamin dalam buah tinggi, maka hanya sedikit jus buah diperlukan untuk melunturkan warna 1 ml larutan DCPIP. Dalam eksperimen ini, terdapat dua jenis spesimen yang digunakan; buah-buahan tempatan yang diwakili oleh buah rambutan dan buah betik, manakala buah-buahan import pula diwakili oelh buah kiwi dan buah lemon. Setelah dibuat eksperimen, didapati bahawa kandungan hanya sedikit sahaja amaun jus lemon dan kiwi yang diperlukan untuk menyahwarnakan larutan DCPIP manakala jus rambutan dan betik pula diperlukan di dalam amaun yang banyak untuk melunturkan warna DCPIP. Ini menunjukkan bahawa buah-buahan import mempunyai kandungan vitamin C yang lebih banyak berbanding buah-buahan tempatan. Oleh yang demikian, hanya sedikit sahaja dos jus buah-buahan import yang diperlukan untuk melunturkan larutan DCPIP berbanding jus buah-buahan tempatan.
Kesimpulan: Hipotesis diterima. Buah-buahan import mempunyai kandungan vitamin C yang lebih banyak berbanding buah-buahan tempatan. Oleh yang demikian, dos yang diperlukan oleh jus buah-buahan import untuk menyahwarnakan larutan DCPIP lebih sedikit berbanding jus buah-buahan tempatan.
Rujukan: 1. Lee S.C, Liew S.L, Choong N.M (2004). Success in Biology for STPM Vol.2. Kuala Lumpur : Fajar Bakti 2. Lum How Kee (2000). Biology The Living Science. Singapore: Pearson 3. Kaskel, Albert and Hummer, Paul J (2003). Biology an everyday experience. New York : GlencoeMcGrraw Hill 4. Food Test (t.t. & t.p.). Dicapai pada 15 Februari 2012 di http://www.biotopics.co.uk/nutrition/footes.html 5. Food Chemistry Testing (t.t. &t.p). Dicapai pada 14 Februari 2012 di http://www.sciencecompany.com/sci-exper/food_chemistry.htm 6. Vitamin C (t.t. & t.p.). Dicapai pada 16 Februari 2012 di http://en.wikipedia.org/wiki/Vitamin_C