Download - Portfolio Guru Besar 2
PROGRAM SULUH BUDIMANSK PULAU SUMANDI
1. PENDAHULUAN
Penguasaan 3M melalui Program Literasi dan Numberasi Sub NKRA LINUS yang diperkenalkan
pada tahun 2008, masih terdapat lebih kurang 13% (54,000) murid Tahun 1 yang tidak menguasai
2M iaitu Membaca dan Menulis. Perkara ini dianggap amat serius kerana apabila melangkah ke
Tahap II, masih terdapat murid-murid yang tidak menguasai 3M – membaca, menulis dan mengira.
Dapatan kajian juga menunjukkan murid-murid yang tidak menguasai 3M akan menyumbang kepada
peningkatan kadar keciciran di sekolah, selain meingkatkan masalah disiplin. Selain itu, murid-murid
yang tidak menguasai 3M dari peringkat awal akan menyebabkan berlakunya kegagalan akademik
secara kumulatif dan perkara ini amat sukar diperbaiki apabila mereka berada di peringkat yang lebih
tinggi.
Menyedari perkara ini, maka penekanan diberikan kepada penguasaan 3M untuk murid Tahun 1
sehingga Tahun 3. Program LINUS diperkenalkan supaya masalah murid yang tidak menguasai 3M
akan dapat diatasi dan saringan yang dijalankan dalam program ini adalah mengenalpasti masalah
sebenar yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak samada mempunyai masalah pembelajaran atau
murid keperluan khas.
Ini memberi gambaran bahawa mereka tidak diberi pendedahan ilmu asas membaca dan menulis
di rumah oleh keluarga mereka. Antara faktor fenomena ini adalah keluarga miskin, tidak
mementingkan pelajaran, keluarga terumbang-ambing dan keluarga itu sendiri juga buta huruf.
Terdapat beberapa tahap kategori kelemahan penguasaan 2M di antaranya ialah:
1. Kenal huruf tetapi belum boleh membaca.
Ramai kanak-kanak kenal A hingga Z, sama ada melalui cara menghafal huruf tersebut (biasanya
melalui nyanyian) atau mengenal bunyi huruf-hur uf tersebut.
Ini bermaksud mengenali huruf tidak bermakna mereka boleh membaca. Malah, ribuan murid di
sekolah-sekolah mampu mengenal huruf tetapi mereka masih tidak boleh membaca dengan baik.
2. Hanya boleh membaca perkataan dengan dua suku kata.
Sistem pembelajaran membaca di negara ini kebanyakannya berdasarkan binaan dan gabungan bunyi
suku kata serta bermula dengan perkataan dua suku kata terlebih dahulu. Malangnya, kategori murid
yang hanya mampu membaca dua suku kata merupakan majoriti di kalangan kanak-kanak yang maju
ke peringkat seterusnya di sekolah. Mereka mampu membaca perkataan-perkataan dua sukukata ini
dengn lancar dan yakin tetapi hanya terbatas serta belum menguasai kemahiran membaca dengan
sempurna.
3. Mampu membunyi sukukata tetapi tidak boleh membunyikan perkataan.
Ada kanak kanak menghadapi masalah ingatan yang lemah.Mereka terpaksa berpandukan dengan
gambar dikenali supaya boleh menyebut perkataan tersebut. Ini menjadi masalah sekiranya perkataan
atau yang dibaca tidak dibantu dengan gambar.
4. Kelihatan seakan-akan boleh membaca.
Kanak-kanak tertarik kepada gambar berwarna-warni yang menghiasi buku. Ini penting untuk
menarik minat tetapi pada peringkat awal pembelajaran sahaja. Buku seumpama itu mengakibatkan
segelintir murid menghafal cerita tersebut. Ini seolah-olah, anak tersebut boleh membaca dengan
lancar sebaliknya ia hanya menghafal ayat-ayat di dalam buku tersebut. Ibubapa sukar mengesan
tabiat ini dan boleh mengakibatkan murid itu tidak mampu membaca perkataan yang ditulis pada kertas
lain
Sebagai sebuah sekolah rendah di pendalaman masalah penguasaan 2M dikalangan pelajar masih
lagi amat rendah dan agak membimbangkan.Ini berdasarkan kepada keputusan UPSR tahun 2012
mendapati hanya 3 orang sahaja yang lulus daripada 29 orang pelajar yang menduduki peperiksaan
tersebut. Bagi pencapaian ProTim tahun 4 dan tahun 5 agak membimbangkan dimana bagi tahun 4
seramai 15 orang pelajar dari 38 pelajar tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Begitu juga bagi tahun 5 seramai 18 orang pelajar dari 23 orang pelajar tidak menguasai kedua dua
kemahiran tersebut.Ini sudah pasti akan menimbulkan masalah pada tahun 2014 dimana pelajar ini
akan menduduli UPSR.
Jadual1: Pencapaian ProTiM bagi pelajar tahun 4 dan 5 bagi Sk Pulau Sumandi tahun 2013 setakat bulan September.
TAHUN KEMAHIRANJUMLAH
PELAJARITEM L P JUMLAH
4
MEMBACA 38MENGUASAI 10 13 23
T.MENGUASAI 7 8 15
MENULIS 38MENGUASAI 10 13 23
T.MENGUASAI 7 8 15
5
MEMBACA 23MENGUASAI 2 3 5
T.MENGUASAI 9 9 18
MENULIS 23MENGUASAI 2 3 5
T.MENGUASAI 9 9 18
2. KEPUTUSAN MELAKSANAKAN PROGRAM
Memandangkan perkara ini amat serius, maka saya mengambil inisiatif untuk mengadakan
Program Suluh Budiman. Pelajar yang menjadi tumpuan utama ialah pelajar yang masih lagi
dikategori sebagai murid PorTiM di kelas tahun 5 . Keputusan ini dipilih oleh pihak sekolah kerana
pelajar ini akan menghadapi UPSR pada tahun 2014 dan diharapkan sekurang kurangnya pelajar ini
lulus dalam gred C atau D. Modul khas telah dicipta oleh Cikgu Haris Bin Muhammad iaitu Modul
Iqfon telah dijadikan sebagai bahan bantu mengajar membaca. Modul Iq’Qrum digunakan sebagai
bahan untuk pelajar belajar menulis. Guru guru akan menggunakan kedua dua modul ini. Selain itu
beberapa bahan cerita pendek telah dipilh oleh guru dan dijadikan sebagai bahan bacaan untuk
menilai tahap pencapaian bacaan pelajar.Bahan-bahan bantu mengajar ini disediakan oleh guru
penyelaras program dan diberi kepada pelajar untuk dibawa pulang supaya pelajar boleh
mengulangkaji pelajaran di rumah dengan bantuan ibubapa
Pelaksanaan Program Suluh Budiman ini dicetuskan dalam mesyuarat kurikulum sekolah ke tiga
sesi 2013 bagi membantu murid-murid ProTiM tahun 5 yang belum penguasaan 2M. Projek ini
melibatkan 2 orang guru sebagai tenaga pengajar dan mensasarkan 90 % murid-murid ProTiM tahun
5 supaya dapat menguasai kemahiran 2M dalam masa yang ditetapkan. Projek yang mendapat
kerjasama positif daripada warga sekolah terutama Panitia Bahasa Malaysia dan guru pemulihan dan
telah dilaksanakan secara terancang dan sistematik mulai 28hb Okt.hingga 08hb.Nov 2013 pada
sepanjang hari bermula dari jam 7.20 pagi hingga 12.40 tengahari.
Mesyuarat Program Suluh Budiman yang diadakan pada 20/10/2013
3. PELAKSANAAN PROGRAM SULUH BUDIMAN
Program Suluh Budiman merupakan salah satu program yang dilaksanakan di sekolah ini yang
membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 2M. Program Suluh Budiman ini
merupakan satu salah satu usaha murni untuk membantu murid murid yang sangat lemah dalam
penguasaan kemahiran membaca dan menulis.Bahan utama yang digunakan dalam modul ini ialah
Modul IQ Fon yang telah dicipta oleh Cikgu Haris Bin Muhammad yang mengandungi 6 buah buku
iaitu buku 1 hingga 6.Program ini meletakkan sasaran utama pelajar tahun 5 seramai 10 orang yang
menghadapi masalah membaca dan menulis
Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang kenal huruf tetapi lambat atau belum
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid
pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus
Program Suluh Budiman adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa
Melayu secara intensif. Program Suluh Budiman ini akan dijalankan sepenuh masa oleh guru Bahasa
Melayu dan Guru Pemulihan.Program yang dirancangkan ini dijalan selama 2 minggu dan
dibahagikan kepada dua kumpulan dan dibimbing oleh 2 orang guru secara bersemuka.
Gambar : Menunjukkan aktiviti Suluh Budiman dilaksanakan
3.1 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Modul
Modul IQ Fon kaedah belajar membaca yang merangkumi gabungan huruf konsonan dan vokal.
Ia terdiri daripada 6 siri/buku mengikut huruf huruf vokal. Cara pengajarannya ialah dengan
membunyikan sukukata selepas itu daripada sukukata akan membentuk perkataan. Cara penyusunan
dan penyampai bemula dengan belajar bunyi sukukata gabungan konsonan dan vokal a,i,u,o,e
bergabung dengan huruf konsonan b,c,d,f,g,j,k,l,m sehingga z. Setiap satu siri buku, setelah belajar
semua bunyi vokal dengan gabungan konsonan terdapat pengulangan dan himpunan perkataan yang
telah dipelajari.Setelah selesai sesebuah buku sukukata yang telah dipelajari juga akan diulang untuk
gabungan bentuk perkataan.Guru akan membimbing pelajar belajar secara individu dengan teknik
teknik yang tertentu dan bersesuaian mengikut situasi.
3.2. Strategik
Di antara strategik yang digunakan dalam Program Suluh Budiman ialah:
a. Berpusatkan Guru
Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa
yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.
b. Berpusatkan Murid
Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama
ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.
c. Berpusatkan Bahan
Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang
dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan. Bahan
yang disediakan adalah Buku IQ FON,buku bacaan mudah bergambar dan lembaran karangan
pendek.
3.3. Pendekatan
Dalam pelaksanaan Program Suluh Budiman pendekatan secara individu, kumpulan dan juga perlu
digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga
kemahiran yang hendak diajar.
Di antara pendekatan yang digunakan dalam program ini ialah:
1. Pendekatan secara individu
Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk
mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh
digunakan jika perlu.
2. Pendekatan secara berkumpulan
Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategik
pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategik yang berpusatkan murid. Kumpulan kecil
yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama
dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang
disediakan.
3.4. Teknik
Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih
untuk mencapai sesuatu objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat,
mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif
pengajaran guru. Di antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:
1. teknik latih tubi
2. teknik bersoal jawab
3. teknik menyanyi
4. teknik kuiz/imlak
4. PENILAIAN PROGRAM
Program Suluh Budiman yang telah dilaksanakan didapati dapat memenuhi objektif yang diperlukan. Melalui program ini yang telah dijalankan selama 2 minggu diapati ada berlaku peningkatam dalam pembacaan dan juga perubahan tingkahlaku. Mereka dapat menyebut dua sukukata dengan baik serta dapat membaca ayat mudah dengan baik. Apa membanggakan adalah guru guru lain juga turut membantu membimbing pelajar ini ketika mempunyai masa yang terluang malah bersemangat untuk membimbing pelajar.Keberkesanan program ini di nilai melalui 2 cara iaitu:-
4.1. Pemerhatian
Pemantauan telah laksanakan sepanjang masa didapati pelajar dapat membaca dua suku kata dengan baik dan lancar.Selain itu juga mereka dapat menulis perkataan dengan baik dan tulisan mereka dapat diperbaiki daripada sebelumnya. Menurut guru yang membimbing, mereka juga terdapat perubahan tingkahlaku yang positif diantara mereka seperti bertambah keyakinan diri,bersemangat,aktif dalam kelas dan mudah berinteraksi diantara mereka dan juga guru.
4.2. Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian telah dilaksanakan untuk menilai keberkesanan program. Ujian sebelum (Pre Test) diambil dari pencapaian ujian akhir tahun 2013 dan ujian selepas (Post Test)dibuat selepas program ini tamat dilaksanakan.Kertas Ujian yang sama telah diberikan kepada pelajar untuk menjawab ujian selepas(Post Test) dan dijawab mengikut masa telah ditetapkan.
Jadual 2: Ujian Sebelum Dan Selepas Pemahaman Bahasa Malaysia
Bil Nama Calon No. KPPRE
TESTPOSTTES
1 NURUL NADIAH BT ABDUL SAH SB053381 38 D TH TH
2 MOHAMAD AZRUL B. BISLANU 021102120699 28 D 38 D
3 ARNI BINTI NULMAJIN 021116120788 28 D 38 D
4 SITI FAEZAH BINTI ABD MASA 020831120176 25 D 25 D
5 MOHD DALIM BIN PASAIN 021010121387 25 D TH TH
6 SAZRINAH BINTI MAD MAJIH 020718121468 25 D TH TH
7 MAZLAN BIN NULJARI 020630121105 23 D 33 D
8 NURUL SAZUANAH BT SARI 021101121008 20 D 25 D
9 NURIEMAANIZA BINTI GANTIANI 020204120900 20 D TH TH
10 MOHD SEFAN BIN MAD SUPAN 020204120898 20 D 30 D
Jadual 3. Ujian Sebelum Dan Selepas Penulisan Bahasa Malaysia
Bil Nama Calon No. KPPRE
TESTPOSTTES
1 NURUL NADIAH BT ABDUL SAH SB053381 5 E TH TH
2 MOHAMAD AZRUL B. BISLANU 021102120699 5 E 17 E
3 ARNI BINTI NULMAJIN 021116120788 10 E 28 D
4 SITI FAEZAH BINTI ABD MASA 020831120176 8 E 17 E
5 MOHD DALIM BIN PASAIN 021010121387 5 E TH TH
6 SAZRINAH BINTI MAD MAJIH 020718121468 2 E TH TH
7 MAZLAN BIN NULJARI 020630121105 7 E 15 E
8 NURUL SAZUANAH BT SARI 021101121008 8 E 12 E
9 NURIEMAANIZA BINTI GANTIANI 020204120900 3 E TH TH
10 MOHD SEFAN BIN MAD SUPAN 020204120898 5 E 15 E
Jadual 4: Pencapaian terkini Pemahaman Bahasa Malaysia Ujian Pra UPSR 2014Bil Nama Calon No. KP Mar Gred
1 NURUL NADIAH BT ABDUL SAH SB053381 23 D
2 MOHAMAD AZRUL B. BISLANU 021102120699 25 D
3 ARNI BINTI NULMAJIN 021116120788 45 C
4 SITI FAEZAH BINTI ABD MASA 020831120176 TH TH
5 MOHD DALIM BIN PASAIN 021010121387 TH TH
6 SAZRINAH BINTI MAD MAJIH 020718121468 33 D
7 MAZLAN BIN NULJARI 020630121105 40 C
8 NURUL SAZUANAH BT SARI 021101121008 33 D
9 NURIEMAANIZA BINTI GANTIANI 020204120900 13 E
10 MOHD SEFAN BIN MAD SUPAN 020204120898 28 D
Jadual 5: Pencapaian terkini Penulisan Bahasa Malaysia Ujian Pra UPSR 2014Bil Nama Calon No. KP Mar Gred
1 NURUL NADIAH BT ABDUL SAH SB053381 10 E
2 MOHAMAD AZRUL B. BISLANU 021102120699 8 E
3 ARNI BINTI NULMAJIN 021116120788 5 E
4 SITI FAEZAH BINTI ABD MASA 020831120176 TH TH
5 MOHD DALIM BIN PASAIN 021010121387 TH TH
6 SAZRINAH BINTI MAD MAJIH 020718121468 32 D
7 MAZLAN BIN NULJARI 020630121105 20 D
8 NURUL SAZUANAH BT SARI 021101121008 5 D
9 NURIEMAANIZA BINTI GANTIANI 020204120900 5 D
10 MOHD SEFAN BIN MAD SUPAN 020204120898 5 D
4.3. Rumusan Penilaian Program
Pada keseluruhannya, program ini berjaya bukan sahaja meningkatkan pencapaian markah
pelajar malah dari segi pembacaan dan penulisan tetapi juga berlaku perubahan tingkahlaku yang
positif. Merujuk kepada keputusan di atas didapati hampir semua pelajar dapat meningkatkan markah
samaada dalam kefahaman dan penulisan walaupun masa pelaksanaan hanya 8 hari sahaja. Dengan
kejayaan program ini,melalui perbincangan diantara kepimpinan sekolah dengan guru guru maka
program ini telah dilaksanakan pada bulan Januari tahun 2014.
5. REFLEKSI
5.1. Kekuatan Program
Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Kementerian Pendidikan Malaysia
telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan
oleh semua rakyat Malaysia. Ini sudah pasti melibatkan kesemua kepimpinan organisasi, guru guru,
pelajar dan komuniti yang yang hampir dengan sekolah.
Program Suluh Budiman merupakan program yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan
pencapaian pelajar dengan melibatkan kos yang diperuntukkan. Hanya dengan kos sebanyak seratus
ringgit (RM 100.00) sahaja program ini dapat dilaksanakan dan mencapai objektif yang rancang.
Dengan kejayaan program ini sudah pasti setiap ringgit yang diperuntukkan tidaklah sia sia.
Bertepatan dengan Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia menerusi anjakan yang ke sepuluh iaitu
memaksimunkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit melalui program yang jelas.
Penentu utama dalam memastikan kejayaan dan kegagalan sesuatu program adalah peranan
pemimpinnya. Guru Besar sekolah ini En.Ong Yong Heng sentiasa peka dan proaktif dalam
mengesan cabaran dan peluang yang akan menjana keberkesanan organisasinya. Melalui kepimpinan
instruksional, beliau sentiasa memastikan proses pengajaran yang baik dan pembelajaran dijalankan
dengan berkesan melalui pengkongsian pendapat untuk menyelesaikan masalah dengan guru guru
telah menjadikan program ini memberi impak yang positif kepada sekolah.
Selain itu dengan mempamerkan gaya kepimpinan tranfomasi beliau berkebolehan
membentuk dan menterjemahkan tujuan dan matlamat di kalangan pengikut untuk mencapai
perubahan signifikan melalui kepentingan dan tenaga secara kolektif. Beliau menunjukkan
komunikasi berkesan dalam penyampaian dengan cara yang berhemah tetapi tegas. Bagi saya beliau
adalah seorang pemimpin berwibawa dan berkarisma.Kejayaan beliau dapat dibuktikan melalui
peningkatan selama tiga tahun berturut turut melalui Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) mulai
tahun 2011,2012 dan tahun 2013.Beliau telah membawa perubahan yang ketara walau baru tiga tahun
menjawat jawatan sebagai Guru Besar.Ini bertepatan dengan PPPM menerusi anjakan yang yang ke
lima memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di sekolah.
Kepimpinan autokratik dan ciri ciri kepimpinan situasi yang dipamerkan oleh guru besar
banyak membawa kepada kejayaan program ini. Sikap keterbukaan dan keikhlasan serta komitmen
yang tinggi yang ditujukkan oleh guru guru didapati program ini dilaksanakan dengan baik walaupun
menghadapi gangguan bebanan tugas dan aktiviti akhir tahun yang banyak di peringkat sekolah
maupun daerah. Guru guru dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar. Guru guru juga membentuk
pasukan kerja yang berkesan melalui semangat kerjsama erat turut menjadi faktor penting program
ini berjalan lancar dan mencapai matlamat yang diharapkan. Guru guru dapat membentuk kombinasi
melalui komunikasi berkesan dapat memupuk persefaham yang utuh untuk melaksanakan program
ini mencapai kejayaan yang cemerlang.
5.2. Kelemahan Program
Kelemahan kelemahan yang dapat dilihat dalam melaksankan program ini pertama adalah masa.
Masa amat terlalu singkat.Pelaksanaan program sebegini diakhir tahun amatlah kurang sesuai kerana
diakhir tahun banyak tugas yang perlu disiapkan oleh guru dan juga kepimpinan sekolah. Pihak
pentadbir sekolah perlu menyiapkan persiapan perancangan pengurusan sekolah untuk tahun
berikutnya serta aktiviti aktiviti kokurikulum. Kedua guru guru pula terpaksa menyelesaikan aktiviti
akhir tahun seperti pengisian data online sama ada data peringkat sekolah,daerah,negeri serta
kementerian. Selain itu guru guru terpaksa menghadiri kursus kursus yang dianjurkan oleh pejabat
pendidikan daerah dan Negeri. Ketiga kehadiran pelajar ke sekolah amat kurang memuaskan kerana
mereka kurang bermotivasi untuk belajar kerana sudah selesai mengikuti ujian akhir tahun.Ini jelas
dapat dilihat dijadual 3 dan 4 di atas didapati empat dari sepuluh pelajar tidak hadir untuk mengikuti
ujian selepas program. Selain itu masalah yang kelima ialah aktiviti yang laksanakan oleh komuniti
luar seperti aktiviti pemeriksaan gigi,suntikan penyakit dan ceramah dari agensi kerajaan seperti
Jabatan Kesihatan Daerah turut memberi kesan kelicinan pelaksanaan program ini.
5.3.Cadangan Penambahbaikan.
Sebagai pemimpin sekolah perlu melakukan tranfomasi dalam pendidikan demi untuk bersaing
dalam peringkat global. Petikan kata kata Perdana Menteri dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia perlu difahami dengan jelas.
“Bagi mencapai aspirasi yang tinggi di tengah-tengah persekitaran global yang semakin
berdaya saing, kita tidak boleh berdiam diri. Negara memerlukan transformasi sistem pendidikan
yang menyeluruh”
YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (2012)
Untuk ke arah itu, satu perubahan yang besar perlu dilakukan dalam sekolah
Pemimpin sekolah akan menjadi pemimpin instruksional yang cemerlang, dan bertindak sebagai
ejen perubahan. Pemimipin perlu bersikap berani mengambil risiko dan berfikiran strategik seperti
Think Big,Deep and Long bagi mencapai sesuatu matlamat. Pemimpin perlu mengembangkan
program pemulihan sebegini ini kepada subjek lain seperti Bahasa Inggeris,Matematik dan lain lain
lagi dimasa akan datang dan melibatkan komuniti luar terutama ibubapa. Keberkesanan komunikasi
pemimpin amat diperlukan untuk menarik minat komuniti luar mengambil bahagian dalam usaha
membangunkan sekolah.
Membangun kapisiti guru perlu diambil perhatian oleh pemimpin supaya mereka mendapat
kemahiran membimbing pelajar, supaya belajar bukan guru mengajar pelajar tidak belajar. Pemimpin
perlu menerapkan pemahaman konsep kreatif dan inovatif kepada guru supaya elemen ini dapat
diajar melalui pendekatan pengajaran berpusatkan kepada pelajar.Pemimpin juga perlu memupuk
semangat kerja berpasukan supaya menjadikan hubungan rakan sekerja yang erat bagaikan keluarga
dan secara tidak langsung dapat memupuk sikap keseronokan dalam pekerjaan seterusnya dapat
mengupayakan mereka bekerja secara optimum.
Pemimpin perlu merancang program sebegini dengan lebih awal,sebaik baiknya awal tahun.
Perancangan awal sekiranya dilaksanakan dapat membantu guru memberi tumpuan sepenuhnya
kepada pelajar yang bermasalah sebegini.Guru dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi dan
dengan masa yang panjang pelajar ini dapat dipulihkan dengan sebaik mungkin.
Lampiran 1
PERANCANGAN STRATEGIK
1Analisis SWOT
Setelah membuat perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru Bahasa Melayu yang
berpengalaman mengajar di sekolah ini, saya mendapati bahawa analisis persekitaran yang dapat
dibina melalui kaedah SWOT bagi bidang pengurusan adalah seperti berikut:
Kekuatan / Strength ( S )
1. 100 % guru-guru Tahap 2 adalah terlatih.
2. Guru-guru masih muda dan sihat fizikal serta mental.
3. Stail kepimpinan yang mantap
4. Sebahagian besar guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik adalah guru opsyen
dengan pengkhususan bidang Bahasa Melayu dan Matematik.
5. 90 % guru memberi sedia memberi kerjasama
6. Pembinaan bahan bantu mengajar dibantu oleh guru-guru
7. Mendapat pandangan dan tunjuk ajar dari guru-guru yang berpengalaman
8. Persekitaran sekolah yang kondusif menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
murid berlangsung dengan aktif.
Kelemahan / Weakness ( W )
1. Pencapaian UPSR masih rendah
2. Keupayaan guru-guru dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan
dan bermakna adalah agak rendah.
3. Pengajaran dan pembelajaran terganggu
4. Guru-guru kurang gemar menggunakan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5. Murid terlalu bergantung sepenuhnya kepada pengajaran guru
Peluang / Opportunities ( O )
1. Hubungan baik PPD & JPN dengan sekolah.
2. PIBG, ibu bapa dan komuniti sedia menyokong program peningkatan kurikulum
3. Kursus jangka pendek untuk guru anjuran Kementerian dan Jabatan4. Majoriti pelajar mempunyai latar belakang keluarga yang baik.
5. Sokongan dan kerjasama yang baik daripada pihak pentadbiran.
6. Kursus jangka pendek untuk guru anjuran Kementerian dan Jabatan7. Mempunyai seorang guru pemulihan yang terlatih.
Cabaran / Treats ( T )
1. Murid selalu ponteng ke sekolah.
2. Murid belajar sambil lewa atau tiada kesungguhan.
3. Tidak bertanggungjawab menjaga bahan bacaan.
4. Tahap kesedaran sebilangan kecil ibu bapa terhadap pencapaian akademik murid masih rendah
2. TOWS Metrik
Pada peringkat ini saya menjana dan memilih strategik yang sesuai. Hasil daripada analisis
SWOT di atas, satu analisis yang dikenali sebagai TOWS Metrik telah dibuat seperti dalam Jadual 6
di bawah. Melalui analisis TOWS Metrik saya dapat menentukan beberapa strategik yang difikirkan
sesuai.
Jadual 6 : TOWS Matrik
DALAMAN
Kekuatan / Strength ( S )
S1. 100 % guru-guru Tahap 2
adalah terlatih berpengalaman.
S2. Guru-guru Tahap 1 masih
muda dan sihat fizikal serta
mental.
S3. Stail kepimpinan yang
mantap
Kelemahan / Weakness ( W )
W1. Pencapaian UPSR masih
rendah
W2. Keupayaan guru-guru
dalam menyampaikan p&p
dengan berkesan dan
bermakna adalah agak
rendah.
LUARAN
S4. Sebahagian besar guru yang
mengajar Bahasa Melayu dan
Matematik adalah guru opsyen
dengan pengkhususan bidang
Bahasa Melayu dan Matematik.
S5. 90 % guru memberi sedia
memberi kerjasama
S6. Pembinaan bahan bantu
mengajar dibantu oleh guru-guru
S7. Mendapat pandangan dan
tunjuk ajar dari guru-guru yang
berpengalaman
S8. Persekitaran sekolah yang
kondusif menggalakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
murid berlangsung dengan aktif.
W3. Kekurangan bahan ABM
yang benar-benar efisyen /
benar-benar membantu atau
bersesuaian.
W4. Guru-Guru kurang
gemar menggunakan ABM
dalam P & P.
W5. Murid terlalu bergantung
sepenuhnya kepada
pengajaran guru
Peluang / Opportunities
( O )
O1. Hubungan baik PPD &
JPN dengan sekolah.
O2. PIBG, ibu bapa dan
komuniti sedia menyokong
program peningkatan
kurikulum
O3. Kursus jangka pendek untuk guru anjuran Kementerian dan JabatanO4. Majoriti pelajar
mempunyai latar belakang
keluarga yang baik.
O5. Sokongan dan
kerjasama yang baik
daripada pihak pentadbiran.
O6. Pentadbir mempunyai
pengetahuan dan kemahiran
berkaitan pengajaran dan
pembelajaran.
O7. Mempunyai seorang
guru pemulihan yang
S1+S2+
+S5+W1+W3+W5+O5+O6
Mengadakan program
menyediakan bahan
bantu belajar dan bahan
bacaan untuk program
ProTiM.
Mengadakan satu projek
khas untuk meningkatkan
tahap penguasaan literasi
S3+W1+O2+O5+T4
Mengadakan Program
Konsultasi untuk
membincang prestasi
anak anak
terlatih.
Cabaran / Treats ( T )
T1. Murid selalu ponteng ke
sekolah
T2. Murid belajar sambil
lewa atau tiada
kesungguhan.
T3. Tidak
bertanggungjawab menjaga
bahan bacaan.
T4. Tahap kesedaran sebilangan kecil ibu bapa terhadap pencapaian akademik murid masih rendah
S3+O2+O1+T4
Mengadakan program
khas kesedaran ibubapa
3 Matrik Ranking
Matrik Ranking dilakukan untuk menentukan strategik yang benar-benar sesuai untuk
mencapai objektif yang ditentukan. Seterusnya pemilihan strategik dibuat berdasarkan pemberatan
yang diperolehi. Jadual 7, di bawah menunjukan matrik ranking yang telah dilakukan.
Jadual 7: Senarai strategik yang telah dijana
Jenis Strategik
SSSWWOO S1 Mengadakan program menyediakan bahan bantu belajar dan bahan bacaan dan tulisan
SSSWWOO S2 Mengadakan satu projek khas untuk meningkatkan tahap penguasaan literasi
SWOOT S3 Mengadakan Program Konsultasi untuk membincang prestasi anak anak
SOOT S4 Mengadakan program khas kesedaran ibubapa
4 . Analisis Pemilihan Strategik Berdasarkan Pemberatan.
Berikut adalah skala pemberatan yang digunakan dalam menentukan pemilihan strategik.
Skala
1 – sangat kurang 2 – kurang 3 – sederhana 4 – tinggi 5 – amat tinggi
Jadual 7 : Analisis pemilihan strategik berdasarkan pemberatan.
Berikut adalah senarai strategik mengikut keutamaan yang diperolehi daripada analisis
pemilihan strategik berdasarkan pemberatan.
Jadual 8 : Senarai strategik mengikut keutamaan
Bil Strategik
1 S2 Mengadakan satu projek khas untuk meningkatkan tahap penguasaan literasi
2S1 Mengadakan program menyediakan bahan bantu belajar dan bahan bacaan dan
tulisan
3 S3 Mengadakan Program Konsultasi untuk membincang prestasi anak anak
4 S4 Mengadakan program khas kesedaran ibubapa
Kriteria pemilkihan S1 S2 S3 S4
Tahap kesukaran proses kerja 4 3 3 3
Kompetensi staf yang bertanggungjawab 3 5 3 3
Sumber kewangan dan kos pembiayaan yang terlibat 4 4 4 3
Kemudahan infrastruktur dan peralatan 4 5 4 4
Andaian keupayaan mengatasi halangan 3 4 3 3
Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk mencapai
objektif, matlamat, misi dan visi3 4 3 3
Rekod keberkesanan yang lepas 3 4 2 2
Kesesuaian dengan persekitaran terkini 3 4 3 3
Jumlah skor 27 33 26 24
Keputusan 2 1 3 4
Ulasan
S2 menjadi keutamaan pemilihan
strategik kerana berada pada tahap
pemberatan yang paling tinggi
dalam potensi mencapai objektif
program.
5 Pelan Strategikk
Berdasarkan Isu, Matlamat, Objektif, KPI serta sasaran yang telah dikenalpasti satu Plan Strategik telah diwujudkan seperti jadual berikut :-
Jadual 9 : Pelan Strategik
Isu strategikk Matlamat ObjektifPetunjuk Prestasi
Utama ( KPI )
Sasaran
2013
(TOV)
2014
(OTI)
2015
(ETR)
ISU 1Peningkatan bilangan murid yang dapat menguasai asas literasi.
Melahirkan murid yang dapat menguasai asas literasi setelah mengikuti pendidikan sebelum ke tahun 6.
Mencapai 100% bilangan murid menguasai kemahiran asas literasi dan numberasi.
90% murid dapat menguasai kemahiran membaca
75% 80% 90%
ISU 2Pertambahan bilangan BBM untuk kegunaan setiap individu murid demi menjana pembelajaran berkesan.
Melahirkan guru yang kreatif dan mempelbagai teknik pengajaran untuk menjana pembelajaran berkesan.
Mencapai 100% murid tahap 2 tidak lagi mengalami masalah lupaan terhadap isi pelajaran yang telah dipelajari.
95% bilangan murid dapat mengingat semula isi pelajaran yang telah diajar .
75% 90% 100%
ISU 3Peningkatan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah.
Menjana komitmen antara waris dengan pihak sekolah dalam bidang pendidikan.
Menambah keprihatinan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak agar berterusan di rumah.
100% bilangan murid dipantau oleh ibu bapa ketika membuat latihan dan kerja sekolah di rumah.
75% 90% 100%
6.Pelan Taktikal
Seterusnya dengan merujuk strategik melalui kaedah matrik ranking satu program telah dikenal pasti ke arah mencapai objektif seperti
mana yang tertera dalam Jadual 10.
Jadual 10 : Pelan Taktikal
ISU STRATEGIK 1 Peningkatan bilangan murid yang dapat menguasai asas literasi.
BIL PROGRAM T/JAWAB TEMPOHKOS/
SUMBERHASIL AKHIR KPI PELAN KONTIGENSI
1Program
Suluh Budiman
GPK KurikulumPenyelaras
ProTiMGuru Pemulihan
Setiap Bulan
January( 2 Minggu)
RM100Sekolah
Murid diajar secara lebih
berfokus terhadap kelemahannya berdasarkan
bacaan dan tulisan
Peningkatan kepada 100%
bilangan murid yang menguasai kemahiran asas
literasi
Kelas PorTiM berfokus dan terancang.
Ditambah sepanjang tahun diluar pdp sekiranya tidak
mencapai objektif
7. Pelan Operasi.
Nama program : Program Suluh Budiman
Matlamat : Melahirkan lebih ramai murid yang dapat menguasai asas literasi sebelum ke tahun 6
Objektif : Mencapai 90% bilangan murid menguasai kemahiran asas literasi
Tempoh : 28.10.2013 hingga 8.11.2013 ( 2 Minggu)
Sasaran : Murid ProTiM Tahun 5
Jadual 11: Pelan Operasi
Langkah Proses kerja Tanggungjawab KPI SasaranStatus / Pelan
Kontegensi
1
Mesyuarat jawatankuasa :
-pembentangan kertas kerja
-perlantikan jawatan kuasakerja
-penetapan tarikh
-anggaran perbelanjaan / sumber
-pengagihan tugas
Setiausaha
Saya NPQEL100 % guru.
Semua guru yang
terlibat.Selesai dilaksanakan.
2 Taklimat kepada jawatan kuasa kerja. Saya NPQELSemua jawatan
kuasa.
Jawatan kuasa yang
terlibat.Selesai dilaksanakan.
3Mempromosikan projek
-mengedarkan surat pemberitahuan.
-mengadakan perjumpaan dan taklimat
Setiausaha
Penyelaras
Guru-guru dan murid
yang terlibat-guru-guru
-murid ProTimSelesai dilaksanakan.
4 Penyediaan modul bacaanSaya NPQEL -AJK Penyediaan
bahan/modul bacaan
AJK Penyediaan
bahan/modul bacaan
Selesai dilaksanakan
secara berperingkat.
6 dan 7 Pelancaran PorgramGuru Besar,Penyelaras
Saya NPQEL10 pelajar ProTiM Berjaya dilaksanakan
8 Penilaian, Pelaporan dan Post Mortem Saya NPQEL -Penyelaras Semua guru Telah dilaksankan
8. Carta Gantt
Bidang 2 : Pengurusan Kurikulum
Topik : Program Suluh Budiman
Perkara : Peningkatan bilangan murid yang dapat menguasai asas literasi
Jadual 12: Carta Gantt
Proses kerjaMinggu
1Minggu
2Minggu
3Minggu
4Minggu
5Minggu
6Minggu
7Minggu
8Mesyuarat jawatankuasa :-pembentangan kertas kerja-perlantikan jawatan kuasa kerja-penetapan tarikh-anggaran perbelanjaan / sumber-pengagihan tugasTaklimat kepada jawatan kuasa kerja.
Mempromosikan projek-mengedarkan surat pemberitahuan.-mengadakan perjumpaan dan taklimat.Penyediaan modul bacaan.
Pelancaran Porgram
Penilaian, Refleksi,Pelaporan dan Post Mortem
9.Carta Aliran Proses Kerja Suluh Budiman Jadual 13: Carta Aliran Kerja
Menjalan ujian PostMentyemak ujian post Membuat Analisis keputusan
ujian
Menjalan ujian PostMentyemak ujian post Membuat Analisis keputusan
ujian
Memantau perjalanan programSerta
Membuat penilaian dari masa ke semasa
Memantau perjalanan programSerta
Membuat penilaian dari masa ke semasa
Melaksanakan ProgramMelaksanakan Program
Surat perlantikan dan Taklimat Pelaksanaan Program kepada
guru yang terlibat
Surat perlantikan dan Taklimat Pelaksanaan Program kepada
guru yang terlibat
Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa
- Penetapan tarikh- Pembentangan kertas
cadangan/perlatikan AJK
Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa
- Penetapan tarikh- Pembentangan kertas
cadangan/perlatikan AJK
Mengadakan perbincangan rumusan dapatan program
Membuat laporan program kepada Guru besar
Mengadakan perbincangan rumusan dapatan program
Membuat laporan program kepada Guru besar
Perbincangan/Taklimat mengenai program serta
penetapan tarikh dengan Guru Besar
Perbincangan/Taklimat mengenai program serta
penetapan tarikh dengan Guru Besar
Menyediakan- Ujian Pra(ujian Akhir tahun)- Menyemak ujian pre test- Menyediakan bahan program
Menyediakan- Ujian Pra(ujian Akhir tahun)- Menyemak ujian pre test- Menyediakan bahan program
Taklimat kepada pelajar dan menghantar surat makluman kepada ibubapa pelajar yang
terlibat
Taklimat kepada pelajar dan menghantar surat makluman kepada ibubapa pelajar yang
terlibat
Lampiran 2
SK.PULAU SUMANDI
W.D.T. 71
91309 SEMPORNA SABAH
KERTAS CADANGANPengenalan
Projek Suluh Budiman merupakan projek yang mendukung program Protim peringkat sekolah. Projek ini adalah salah satu usaha murni untuk membantu murid murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis, selain dari dari program khas sekolah iaitu pemulihan. Bahan utama dalam melaksanakan program ini ialah menggunkan modul yang dicipta khas En.Haris Bin Muhammad dari Sk Bukit Lalang.
Pelaksanaan program ini adalah menggabungkan kaedah pengajaran tradisional dan pendekatan pembelakjaraan masteri yang telah diakui keberkesanannya. Tenaga penggerak untuk program ini terdiri daripada guru dan ibubapa/penjaga murid selain murid itu sendiri sebagai individu penting terhadap pelaksanaan program ini.
Tujuan Membantu murid Protim menguasai kemahiran 2M iaitu membaca dan menulis Bimbingan guru secara bersemuka melalui modul yang telah cipta khas. Setiap murid sentiasa mendapat tunjuk ajar, bimbingan dan perhatian. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru.
Objektif 90 % murid yang terlibat akan menguasai kemahiran membaca dan menulis Meningkatkan keyakinan keyakinan murid dalam pembelajaran Meningkatkan prestasi UPSR tahun 2014 Mengurangkan masalah protim di sekolah
Sasaran. 10 0rang murid yang terlibat dalam Program Portim
Jangka masa projek. Dilaksanakan selama 2 minggu mulai 28/10/2013 hingga 8/11/2013
Kos perbelanjaan. Segala perbelanjaan menjalankan projek adalah diambil daripada peruntukkan PCG
panitia mata pelajaran Bahasa Malaysia/Sumbangan PIBG. Anggaran perbelanjaan RM100.
Tempat pelaksanaan.Di bilik pemulihan Dan Bilik jQAF
Cara pelaksanaan. Murid membaca Modul IQ Font yang dibekalkan secara beramai ramai dengan suara
yang kuat tanpa bimbingan guru Murid akan dipanggil oleh guru satu persatu untuk membaca buku Seorang guru akan membimbing 5 orang pelajar yang dipilih dengan menggunakan
modul IQ Fon Selepas membaca, murid akan diberikan aktiviti menulis ayat ayat mudah. Guru akan menetapkan muka surat dan murid membaca bahan di rumah dengan
bimbingan ibubapa dan mengulang semula bacaan tersebut di sekolah pada hari berikutnya
Pelaksanaannya akan dibuat setiap hari Isnin hingga Jumaat . Masa pelaksanaan bermula jam 7.20 hingga 12.40 tgh dan jam 11.30 pada hari Jumaat Guru bertugas akan membimbing pelajar membaca,menulis dan merekodkan pencapaian
pelajar setiap hari selepas Konsultasi bersama ibubapa/penjaga murid secara bersekala.
PenutupHarapan agar Projek Suluh Budiman ini dapat mencapai matlamatnya dan mendapat
sokongan, kerjasama serta idea daripada semua pihak. Semoga program ini dapat membantu sekolah mengatasi maslah celik baca seterus meningkatkan prestasi sekolah dalam ujian UPSR serta digunakan oleh guru pemulihan bagi menyelesaikan masalah linus tegar.
Disediakan oleh,
..................................................... HASSAN BIN MAT PK PENTADBIRANMERANGKAP PESERTA KURSUS NPQEL
Disahkan oleh,
...........................................................EN.ONG YONG HENGGURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SUMANDI SEMPORNA.
Lampiran 3AHLI JAWATANKUASA INDUK
PROJEK ‘SULUH BUDIMANSK PULAU SUMANDI BAGI TAHUN 2013
PENASIHAT
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SEMPORNA.
PENGERUSI
EN.ONG YONG HENG @ MOHD FIRDAUSGURU BESAR
N. PENGERUSI
EN.HASSAN BIN MATGPK PENTADBIRAN
(SAYA NPQEL)
PENYELARAS PROJEK
EN. MUHMMAD RATIB MATALKETUA PANITIA BAHASA MALAYSIA
PENOLONG PENYELARAS
EN. SUHAIRA BIN HASSANGURU PEMULIHAN
SETIAUSAHA
EN. MD. ZAIDY BIN OMARSETIAUSAHA KURIKULUM
AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU
Lampiran 4
SENARAI AJK PELAKSANAPROJEK ‘SULUH BUDIMAN
SK PULAU SUMANDI BAGI TAHUN 2013
PENGERUSI
EN.HASSAN BIN MATGPK PENTADBIRAN
PENYELARAS PROJEK
EN. MUHMMAD RATIB MATALKETUA PANITIA BAHASA MALAYSIA
PENOLONG PENYELARAS
EN. SUHAIRA BIN HASSANGURU PEMULIHAN
SETIAUSAHA
EN. MD. ZAIDY BIN OMARSETIAUSAHA KURIKULUM
PENOLONG SETIAUSAHA
EN.ALMMI BIN MOHD.NURIHGURU BAHASA MELAYU
AHLI JAWATANKUASA KECIL
SEMUA GURU SK PULAU SUMANDI
SENARAI NAMA MURID
KUMPULAN 1 ( Cikgu Muhmmad Ratib Bin Matal)
1. ARNI BINTI NULMAJIN2. MAZLAN BIN NULJARI3. MOHD AZRUL BIN BISLANU4. MOHD DALIM BIN PASAIN5. NURIEMAANIZA BINTI GANTIANI
KUMPULAN 2 (Cikgu Suhaira Hassan)
1. MOHD SEPAN BIN MAD SUPAN2. NURUL NADIAH BINTI ABDUL SHAH3. NURUL SAZUNAH BINTI SARI4. SAZRINAH BINTI MAD MAJIH5. SITI FAEZAH BINTI ABD MASA
Lampiran 5
Rujukan : XBA336/600/1/1(04)Tarikh:____________________
Kepada:
____________________________________________________
Tuan/Puan
PROGRAM KONSULTASI IBUBAPAMerujuk kepada perkara di atas dimajukan untuk perhatian dan tindakan
02. Dimaklumkan bahawa anak tuan telah terpilih mengikuti Program Suluh Budiman peringkat
sekolah yang akan diadakan mulai 28 hingga 8/11/2013 ini,dipohon tuan/puan untuk hadir
pada ketetapan berikut:
2.1. Tarikh : 28/10/2013(Isnin)
2.2. Masa: 8.00 pagi
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SUMANDIW.D.T 71, 91309 SEMPORNA
TEL: 089-786895
2.3Tempat: Bilik Pemulihan/jQAF
03. Kehadiran tuan /puan adalah diwajibkan kerana untuk membantu anak tuan berjaya melalui
program di atas.
Sekian Kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan demi anak anak tuan
Sekian Terima Kasih
Yang Menjalankan tugas
……………………………
Lampiran 6
MEMO DALAMANSEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SUMANDI
W.D.T 71, 91309 SEMPORNATEL: 089-786895
Rujukan: XBA336/600/1/1(03) Tarikh: _________________
Semua Guru GuruSk Pulau Sumandi
Tuan
MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM SULUH BUDIMAN
Merujuk kepada perkara di atas dimajukan untuk perhatian dan tindakan tuan selajutnya
02. Sukacita dimaklumkan tuan/puan diwajibkan hadir ke mesyuarat di atas pada ketetapan seperti berikut:-
Tarikh : 22 Okt 2013Hari : SelasaMasa :12.30 Tgh
03. Agenda mesyuarat:3.1. Ucapan Pengerusi3.2. Pembentangan Program Suluh Budiman3.3. Perlantikan AJK3.5. Lain lain Hal
Sekian Segala perhatian mengenai perkara ini diucapkan ribuan terima kasih
Sekian Terima Kasih
“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”
…………………………………..
Sk. SU Kurikulum.
_______________________________________________________________________________“ NOTHING IS IMPOSSIBLE”
Lampiran 7
Majlis Taklimat Program Kepada pelajar dan Guru Guru
Lampiran 8
Mesyuarat Pelaksanaan Program Suluh Budiman
Lampiran 9
Pelaksanaan Program Suluh Budiman
Lampiran 10
Lampiran 11
Lampiran 12