PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
MINAT PELAJAR 4SPH DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN
SITI SOLEHA BINTI MISMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
I]NIYERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISO
JT]DTIL: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTORYAI\IGMEMPENGARTIEI MINAT PELAJAR 4SPH DAI,AM BIDAI\TGKDUSAHAWANAN
SESIPENGAIAN: @@
Saya SITI SOLEHA BINTI MISMAN(rIuRUT BESAR)
rengaku membenarkan t€sis (PslvflsarjanalDoktor Falsafah)* ini disimpan di PerpushkaanUnivemiti Teknologi Malaysia &ngan syarat-syarat kegunaan sep€rti berikut:
l. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenar*an membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja3. Perpustakaan dibelrukan menrbuat salinan tesis ini sebagai bahm p€rtukaran ailrtara
instihsi pengajian tinggi.4. t*silatandakan (y' )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepelrtingan fv{al5"asia s€e€rti 5angtermakhrb di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan).
i TIDAK TERIIAD
Ffiev*(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat tetap:KARI'NG BENKUNCL NO 102"&'2OO SENGGARANG.BATU PAHAT.JOHORffi
Disahkan oleh
f* erb(TANDATANGAN PEI.{YELIA)
DR N(X)RAIMOTHMANNamaPenyelia
Tarikh: >1 lo+l>oa1
CATATAN. *rta
PSZ 19:16 (Pind.lM)
Potong yang tidak berkenaan.Jikatesis fud SULIT atauTERHAD, sila lmpirtan suratdripa&pibakberkuasa/oryroimsiberkenaandenganmenyatalcan sebli sebab dmteryohtesis ini perludikelaskan sebagaiSULIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah ffiorFalsafah dan Sarjana s€cara p€nyelidikan,atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporaa ProjekSarjanaMuda (PSM).
ii
PENGtrSAHAN PreNYtrLIA
"Saya/I(amit akui bahawa saya telatr membaca karya ini dan pada palrdangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk
t{uan pengarrug€rahan Sazah Sarjma Muda Teknologi Serta Pendidikan
( KqnahiranHidup )"
Tandatangm :,1&r^ erb
NamaPenyelia : DrNooraini Othman
rafirn , ...?t{.:.y.(.::.1.....
* Potong yang tidak berkenaan
iii
PSRSOPSN TSRflAI'AP tr.AN(f{T}R-TAIffIOR YANG MfMPANGARIIHI MINATPELATAR 4SPII DALAM BIDAT{G KEUSAHAWANA}I
SITI SOLEIIA BTNTI FIISMAN
lirpqm &osid( Iai XliM S€ergii Mi ScbrUaeirn
Deripada Syaret Pengenugenhan lieurh Seriana Muda
Teknologi Sert* Pe*dirlikan (KemU**n Hidry)
fffiiPm$al*en
Univ,crsiti Tdmologi MalaYrin
MEI,209)
lv
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali aukilan daa riagkasan yaag
tiap-trap satwilye telah saya jelaskan surnbemya".
e&w{Tandatangan :
Nama Fenulis : SITI S@LEHA BINTI IIdSMAN
rarikh : ... .........?3..:.1..:.7?.?.2........
v
DEDIKASI
Dengan nama Allah S.W.T. yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T. tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat Ayah dan Ibu,
Misman Bin Karjah
Fatimah Binti Ahmad
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga di atas dorongan dan pengorbananmu
selama ini. Segala hajatmu ingin melihat anakmu berjaya telah tertunai akhirnya dengan
segulung ijazah di tangan sebagai membalas jasa dan penat lelah mu selama ini.
vi
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, saya dapat menyiapkan kajian ini.
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek
sarjana muda Dr. Nooraini Othman di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya
Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Seterusnya kepada rakan-rakan di atas kerjasama dalam menjawab soal selidik
yang diberikan amatlah dihargai dan bantuan, dorongan serta sumbangan idea dan
pendapat dalam menjayakan projek ini.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan,pendapat dan idea dalam
menjayakan projek penyelidikan ini. Segala ganjaran dan pembalasan semuanya ku
serahkan pada Yang Maha Esa.
Terima kasih.
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang
mempengaruhi minat pelajar 4SPH dalam bidang keusahawanan. Kajian ini dijalankan
dengan melihat kepada aspek kurikulum matapelajaran, persekitaran dan galakan
keluarga dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang tersebut. Responden
kajian ini terdiri daripada 127 orang pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup). Rekabentuk kajian adalah menggunakan kaedah
tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan
min. Satu set borang soalselidik telah diedarkan kepada responden bagi mengumpul
data yang diperlukan. Data yang terkumpul telah dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 15.0. Hasil dapatan
menunjukkan faktor persekitaran paling mempengaruhi minat pelajar dalam bidang
keusahawanan, diikuti dengan faktor kurikulum matapelajaran dan faktor galakan
keluarga.
viii
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify factors perception which influence 4SPH
students’ interest towards entrepreneurship. This research studied the aspect of
curriculum of the subject, environment and family support in influencing the students’
interest. The respondents of the study are 127 forth year students from Bachelor of
Technology and Education (Living Skill). The research design involved is survey
method using descriptive statistical mean analysis. A set of questionnaire was
distributed to the respondents for the data collection. The data collected was analysed
using Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 15.0. The finding shows
that environment is the most influential factor in influencing the students’ interest
towards entrepreneurship, followed by the subject curriculum and family support.
ix
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
STATUS PENGESAHAN TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
HALAMAN JUDUL iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
HALAMAN DEDIKASI v
HALAMAN PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
x
BAHAGIAN SATU
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kerangka Konsep 7
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 9
1.10 Penutup 11
BAHAGIAN DUA
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Usahawan dan Keusahawanan 13
2.3 Pengaruh Minat Terhadap Keusahawanan 16
2.4 Pengaruh Kurikulum Terhadap Minat 19
2.5 Pengaruh Persekitaran Terhadap Minat 21
2.6 Pengaruh Keluarga Terhadap Minat 23
2.7 Penutup 26
xi
BAHAGIAN TIGA
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 28
3.3 Persampelan dan Responden 28
3.4 Tempat Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian 29
3.6 Kajian Rintis 31
3.7 Prosedur Kajian 33
3.8 Analisis Data 33
3.9 Penutup 35
BAHAGIAN EMPAT
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 36
4.2 Analisis Bahagian A
(Latar Belakang Responden)
4.2.1 Jantina Responden 37
4.2.2 Bangsa Responden 38
4.2.3 Taraf Tertinggi Pendidikan Ibu/Bapa 39
4.2.4 Pendapatan Keseluruhan Keluarga 40
4.2.5 Keluarga Yang Terlibat Dengan Perniagaan 41
xii
4.3 Analisis Data Bahagian B
(Persoalan Kajian)
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian Pertama 42
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Kedua 45
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Ketiga 48
4.4 Kesimpulan 51
4.5 Penutup 52
BAHAGIAN LIMA
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 53
5.2 Perbincangan 54
5.3 Rumusan Dapatan Kajian 62
5.4 Cadangan 65
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67
5.6 Penutup 68
BIBLIOGRAFI 69
LAMPIRAN
Lampiran A - Soal Selidik 72
Lampiran B - Jumlah Peratus Setiap Item 78
Lampiran C - Analisis Data SPSS Bahagian A 81
Lampiran D - Analisis Data SPSS Min
Bagi 30 Item Soal Selidik 83
Lampiran E - Surat Kebenaran Fakulti 84
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skor dan skala lima mata 30
3.2 Bahagian B dalam borang soal selidik 31
3.3 Tahap peratusan 34
3.4 Skala bagi min 34
4.1 Taburan responden mengikut jantina 37
4.2 Taburan responden mengikut bangsa 38
4.3 Taburan responden mengikut taraf tertinggi
pendidikan ibu/bapa 39
4.4 Taburan responden mengikut pendapatan
keseluruhan keluarga 40
4.5 Taburan responden mengikut ahli keluarga
yang terlibat dengan perniagaan 41
4.6 Maklum balas responden terhadap item
mengenai faktor kurikulum matapelajaran
yang mempengaruhi minat pelajar terhadap
bidang keusahawanan 42
4.7 Maklum balas responden terhadap item
mengenai faktor persekitaran yang mempengaruhi
minat pelajar terhadap bidang keusahawanan 46
xiv
4.8 Maklum balas responden terhadap item
mengenai faktor galakan keluarga yang
mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang
keusahawanan 49
4.9 Taburan purata keseluruhan peratus dan
min persoalan kajian 51
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka konsep 7
xvi
SENARAI SINGKATAN
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
SPSS - Statistical Package For Social Science
IKS - Industri Kecil dan Sederhana
KH - Kemahiran Hidup
IPT - Institut Pengajian Tinggi
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
MeCD - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
NGO - Badan-Badan Bukan Kerajaan
DPMMS - Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Malaysia
Selangor
Insken - Institut Keusahawanan Negara
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik
B Jumlah Peratus Setiap Item Soal Selidik
C Analisis Data SPSS Bahagian A
D Analisis Data SPSS Min Bagi 30 Item Soal Selidik
E Surat Kebenaran Fakulti
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam menuju abad ke-21 kita dapat menyaksikan peranan usahawan sebagai
penggerak utama ekonomi. Walaupun Malaysia kini sudah berjaya dari aspek
keusahawanan tetapi terdapat beberapa isu dan agenda yang berkaitan masih perlu
diberi perhatian. Menurut Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias (1997), terdapat
pandangan yang menyatakan bahawa usahawan ialah orang yang sentiasa bergerak,
bijak mencari peluang baru, sentiasa membawa perubahan dan modal, sumber dan
usaha dalam keadaan yang baru dan yang lebih inovatif. Usahawan dikenalpasti
sebagai orang yang mempunyai tingkah laku inovatif dan akan mempraktikkan
pengurusan strategik dalam perniagaanya.
Menurut Ee Ah Meng (1988), pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan.
Bagi John Dewey dalam Ee Ah Meng (1988) pendidikan ditakrifkan sebagai satu proses
pertumbuhan atau perkembangan. Pendidikan merupakan satu usaha mengaturkan
pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semulajadi yang ada pada seseorang
individu.
2
Usahawan boleh mendapatkan kemahiran-kemahiran baru daripada pembelajaran
atau pendidikan yang diikuti, (Ab. Aziz Yusof, 2001). Ini menjelaskan bahawa tahap
pembelajaran dan pendidikan mempengaruhi peringkat pembangunan keusahawanan.
Oleh yang demikian, ilmu keusahawanan perlu dipelajari oleh semua pelajar walaupun
mereka belajar di dalam bidang yang berlainan seperti bidang kejuruteraan, undang-
undang dan sebagainya. Pengetahuan dan kemahiran dalam keusahawanan boleh
dipelajari untuk menjadi lebih kreatif dan produktif dan dalam pada masa yang sama
dapat menghasilkan individu yang sanggup menghadapi cabaran, berani menanggung
risiko, pandai mengambil peluang yang sedia ada dan inovatif
Daripada gambaran di atas maka dapat disimpulkan bahawa peranan usahawan
dalam pembangunan negara amat penting walaupun usahawan yang sedia ada telah
berjaya memainkan peranan mereka. Pendidikan formal membantu menyediakan
seseorang ke arah menjadi usahawan berjaya kerana melalui pendidikan para usahawan
dapat memahami peluang perniagaan yang boleh diterokai (Zaidatol Akmaliah dan
Habibah Elias, 1997). Namun masih banyak peluang yang belum diterokai dan negara
memerlukan usahawan yang boleh bergerak maju dan berdaya saing di masa hadapan
bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang mapan.
Penerapan ilmu keusahawanan perlu dilakukan sejak peringkat sekolah rendah
bagi mencungkil bakat dan mengasah minat mereka untuk menceburi bidang
keusahawanan (Utusan Malaysia, 28 Julai 2008). Ini bermaksud pembentukan
usahawan perlu bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada peringkat ini, pelajar perlu
didedahkan dengan ilmu keusahawanan supaya timbul minat untuk menceburi bidang
keusahawanan. Pelajar telah diajar secara teori mengenai keusahawanan melalui
matapelajaran KH di tingkatan satu hingga tiga manakala matapelajaran Perdagangan
dan Keusahawanan di tingkatan empat dan lima. Seterusnya pendidikan keusahawanan
boleh diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat IPT dan juga IPTS
khasnya. Kejayaan selalunya mengiringi usahawan yang mempunyai tahap pendidikan
3
yang tinggi melalui dapatan kajian telah membuktikan bahawa tahap pendidikan dalam
bidang perniagaan mempunyai kaitan yang positif dengan tahap kejayaan seseorang
usahawan (Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias, 1997).
Kerajaan Malaysia telah banyak membentuk berbagai dasar serta menyediakan
pelbagai kemudahan untuk mereka-mereka di luar sana terutamanya bagi golongan
pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan. Namun sebahagian daripada kita ragu-
ragu tentang kemampuan diri untuk maju dalam aspek keusahawanan dan merasakan
bidang ini terlalu mencabar. Keadaan ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) pada tahun 2004 apabila
hanya 30 orang daripada 2,275 responden siswazah memilih aktiviti perniagaan (Utusan
Malaysia, 28 Julai 2008).
Banyak contoh menunjukkan siswazah yang melibatkan diri dalam perniagaan
biasanya akan menarik diri apabila perniagaan mereka menghadapi masalah. Katakan
jualan mereka tidak menggalakkan dan kadangkala rugi. Mereka biasanya tidak cuba
untuk menyelesaikan masalah. Semangat ingin berjaya patut ditanam dalam hati nurani
generasi muda kita dan seharusnya mereka mempunyai keinginan untuk menjadi
usahawan (Muhamad Salleh Majid, 2003). Sebenarnya apa yang lebih penting ialah
siswazah-siswazah perlu diberi kesedaran bahawa mereka adalah generasi yang
diharapkan untuk mengubah budaya dan corak pekerjaan orang Melayu yang selama ini
terlampau bergantung kepada kerja makan gaji dan mengharapkan pekerjaan tetap
sebagai kakitangan kerajaan. Menurut Muhamad Salleh Majid (2003), suatu orientasi ke
arah mewujudkan lebih ramai usahawan di kalangan siswazah perlu dianjurkan sebagai
alternatif kepada generasi muda untuk kerjaya mereka.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pembangunan Usahawan
Dan Koperasi telah menetapkan sasaran untuk mencapai 150 ribu orang usahawan.
4
Graduan-graduan ini bertanggungjawab untuk memastikan misi mencapai 30 peratus
pegangan bumiputera dalam perniagaan tercapai. Persepsi kebanyakan masyarakat
Melayu yang menganggap keusahawanan sebagai sesuatu yang tidak menjamin masa
depan harus dikikis. Kepada para graduan terutamanya orang Melayu, mereka
seharusnya menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, bukan kerana tiada
pilihan (Utusan Malaysia, 10 Julai 2008).
1.2 Latar Belakang Masalah
Ilmu pengetahuan mengenai keusahawanan sangat penting dalam bidang
keusahawanan. Dalam era globalisasi, penguasaan ekonomi sesebuah negara, organisasi
mahupun individu adalah berdasarkan kekuatan pengetahuan yang berasaskan maklumat
dan ilmu. Usahawan yang berkualiti dan mengamalkan ciri-ciri keusahawanan amat
diperlukan bagi menggerakkan sektor swasta tempatan dalam perkembangan yang
melibatkan industri kecil (IKS) dan sederhana. Kecekapan dalam pengurusan akan
memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang usahawan
tersebut (Ab. Aziz Yusof, 2001). Usahawan yang mengamalkan ciri-ciri keusahawanan
akan lebih berdaya maju dalam perniagaan kerana mereka sentiasa berusaha dan
mencuba meningkatkan dan memperkembangkan lagi perniagaan mereka.
Menceburkan diri dalam bidang keusahawanan adalah sangat mencabar.
Tambahan lagi kurangnya pendedahan kepada generasi muda adalah punca kegagalan
usahawan dalam bidang perniagaan. Penyebab kegagalan tersebut adalah kurangnya
mendapat ilmu dan maklumat serta pengalaman yang cetek dalam bidang ini. Justeru itu
budaya keusahawanan seharusnya dipupuk dan diberi pendedahan kepada generasi muda
bermula di alam persekolahan lagi. Ini bertujuan untuk menghasilkan usahawan yang
bukan sahaja mempunyai pengetahuan tetapi kemahiran yang boleh diperolehi secara
5
formal dan tidak formal melalui aktiviti atau program yang dijalankan. Menurut Alwi
Ibrahim Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MeCD, walaupun program
pembangunan keusahawanan telah dijalankan oleh Institut Keusahawanan Negara
(Insken) bersama IPT, namun sambutan daripada graduan masih kurang. Menurutnya,
langkah itu sejajar dengan hasrat kerajaan membudayakan keusahawanan di kalangan
1.5 juta bumiputera dengan tumpuan kepada pelajar, belia, siswazah, usahawan wanita
dan masyarakat (Utusan Malaysia, 28 Julai 2008). Sehubungan itu semangat
keusahawanan yang diterapkan melalui sesuatu program di kalangan penduduk akan
mewujudkan suatu budaya keusahawanan. Budaya keusahawanan boleh dipupuk
melalui penglibatan pelajar secara aktif dan faktor minat itu sendiri dalam kegiatan yang
berunsurkan keusahawanan.
Bidang keusahawanan berpotensi untuk diterokai dan faktor minat mendorong
seseorang individu berdaya maju khususnya dalam bidang keusahawanan. Ini
bertepatan dengan langkah Kementerian Pelajaran Malaysia yang memperkenalkan
matapelajaran Perdagangan dan Keusahawanan di sekolah menengah dan
kesinambunganya di pusat pengajian tinggi. Pengukuhan sifat-sifat dan kemahiran
keusahawanan ini boleh diterapkan bermula di akar umbi bagi memupuk minat dan
keterlibatan pelajar di dalam bidang keusahawanan.
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini berdasarkan kepada persepsi terhadap faktor-faktor yang
mempengaruhi minat pelajar dalam bidang keusahawanan. Menurut Ab. Aziz Yusof
dan Zakaria Yusof (2004), perkara utama yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan
itu adalah bergantung kepada kemampuan dan kesungguhan dalam mencapai matlamat
yang telah ditetapkan. Ini bermaksud minat perlu ada sebagai asas kepada bidang
6
keusahawanan. dan seringkali dikaitkan sebagai pengaruh utama kepada seseorang
individu dalam melakukan apa jua perkara. Minat juga dikatakan sebagai satu
kecenderungan bagi seseorang untuk mengetahui, mempelajari sesuatu perkara yang
menjurus mereka kepada pilihan yang diinginkan. Terdapat tiga faktor utama yang
menyumbang kepada minat pelajar iaitu faktor kurikulum matapelajaran, faktor
persekitaran dan faktor galakan keluarga terhadap bidang ini. Dalam kajian ini,
penyelidik ingin mengkaji faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang
keusahawanan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti faktor kurikulum matapelajaran dalam mempengaruhi minat
pelajar terhadap bidang keusahawanan.
1.4.2 Mengenalpasti faktor persekitaran dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap
bidang keusahawanan.
1.4.3 Mengenalpasti faktor galakan keluarga dalam mempengaruhi minat terhadap
bidang keusahawanan.
1.5 Persoalan Kajian
Secara khususnya, kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan–persoalan berikut:
7
i. Adakah faktor kurikulum matapelajaran mempengaruhi minat pelajar
terhadap bidang keusahawanan?
ii. Adakah faktor persekitaran mempengaruhi minat pelajar terhadap
bidang keusahawanan?
iii. Adakah faktor galakan keluarga mempengaruhi minat pelajar
terhadap bidang keusahawanan?
1.6 Kerangka Konsep
Rajah 1.1: Rangka Konsep
Persepsi terhadap faktor-faktor yang
mempengaruhi minat pelajar dalam bidang
keusahawanan
Faktor kurikulum matapelajaran
Faktor persekitaran
Faktor galakan keluarga
1.7 Kepentingan Kajian
Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti antara faktor
manakah yang mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang keusahawanan. Hasil kajian
ini akan dapat dimanfaatkan dan dapat memberikan maklumat yang lebih lanjut kepada
pihak-pihak tertentu.