PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN BOLASEPAK
KAMPUNG PAYA BEMBAN DENGAN PEMAIN BOLASEPAK JABATAN
PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KELANTAN
NORBAITTI BINTI SULAIMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2
PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN BOLASEPAK
KAMPUNG PAYA BEMBAN DENGAN PEMAIN BOLASEPAK JABATAN
PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KELANTAN
NORBAITTI BINTI SULAIMAN
Laporan projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2003
3
4
DEDIKASI
Istimewa untuk
ayah dan emak tersayang
Sulaiman bin Jusoh
Zainab binti Majid
dan
adik-adik
serta
suami tercinta
Wan Adli bin Wan Abdullah
5
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah SWT Yang Maha Pemurah, Berkuasa lagi Maha
Mengasihani yang telah menunjukkan jalan yang benar dan telah memberikan kekuatan,
kesihatan, masa dan tenaga serta kesabaran di atas jalanNya kepada hambaNya.
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya, Tuan Hj.
A. Hamid bin Rahabah yang banyak membimbing dan memberi teguran yang sangat
berharga sepanjang penyelenggaraan kajian ini. Penghargaan ini juga saya tujukan
kepada En. Mohd Yunos bin Hj. Dahlan di atas nasihat dan bantuan yang telah diberikan.
Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan
Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan kajian ini. Begitu juga
kepada jurulatih dan responden-responden yang terlibat.
Akhir sekali kepada kedua ibu-bapa saya iaitu Zainab binti Majid dan Sulaiman
bin Jusoh, suami saya Wan Adli bin Wan Abdullah serta pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung membantu saya dalam kajian ini, saya merakamkan
penghargaan dan ucapan terima kasih.
6
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk membandingkan tahap ketangkasan di antara
pemain bolasepak yang mewakili kampung dengan pemain bola sepak di Jabatan
Kerajaan. Seramai 18 subjek telah dipilih untuk mewakili kampung Paya Bemban
(KPB) dan 18 orang subjek mewakili Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan
(JPSNK). Dua jenis ujian telah dijalankan untuk menguji tahap ketangkasan iaitu Ujian
Lompat Kuadran dan Ujian Ketangkasan Illinois. Data-data yang diperolehi telah
dianalisis secara statistik pada tahap kesignifikan p = 0.05 untuk menentukan samada
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap subjek yang dikaji. Berdasarkan kepada
analisis data yang diperolehi didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap tahap ketangkasan di antara pemain kampung Paya Bemban (KPB) dengan
pemain Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan (JPSNK).
7
ABSTRACT
The objective of the research is to compare the agility between football players
representing a village and another group from the government agency. 18 subjects have
been chosen to represent the Kampung Paya Bemban football team and another 18
subjects from Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan (JPSNK). Two types of test
had been carried out which are the Quadrant jump Test and Illinois Agility Test. The data
had been analysed based on statistic at the level of significance p = 0.05 to make sure
whether there are significant differences on the subjects. Based on the analysed data, it
was found that there is no significant difference on the leverage of agility between
football players from Kampung Paya Bemban (KPB) and football players from Jabatan
Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan (JPSNK).
8
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan masalah 4
1.3 Objektif kajian 5
1.4 Persoalan kajian 5
9
1.5 Tujuan kajian 6
1.6 Hipotesis kajian 6
1.7 Kepentingan kajian 7
1.8 Batasan kajian 8
1.9 Definisi operasional 8
11 SOROTAN KAJIAN 10
111 METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 17
3.2 Tempat kajian 18
3.3 Pemilihan sampel 18
3.4 Instrumen kajian 19
3.5 Prosedur kajian 20
3.6 Rekabentuk kajian 22
3.7 Pembolehubah kajian 23
3.8 Pengumpulan data 24
3.9 Analisis data 24
IV PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 25
4.2 Statistik Diskriptif 26
4.3 Statistik Inferential 38
10
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 43
5.2 Ringkasan kajian 44
5.3 Perbincangan 45
5.4 Rumusan 47
5.5 Cadangan 47
RUJUKAN 49
LAMPIRAN 51
11
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1. Frekuensi berat, tinggi dan umur responden 27
2. Skor responden dalam Ujian Lompat Kuadran 30
3. Skor responden dalam Ujian Ketangkasan Illinois 33
4. Min dan sisihan piawai bagi Ujian Lompat Kuadran 36
dan Ujian Ketangkasan Illinois
5. Hasil ujian t untuk Ujian Lompat Kuadran di antara 39
pemain bolasepak KPB dan pemain bolasepak JPSNK
6. Hasil ujian t untuk Ujian Ketangkasan Illinois di antara 41
pemain bolasepak KPB dan pemain bolasepak JPSNK
12
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1. Frekuensi berat, tinggi dan umur responden 28
2. Skor responden dalam Ujian Lompat Kuadran 31
3. Skor responden dalam Ujian Ketangkasan Illinois 34
4. Min bagi Ujian Lompat Kuadran dan Ujian 37
Ketangkasan Illinois
5. Kedudukan nilai t dalam pengujian hipotesis 40
(Ujian Lompat Kuadran)
6. Kedudukan nilai t dalam pengujian hipotesis 42
(Ujian Ketangkasan Illinois)
13
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A Borang ujian individu 51
B Gambarajah Ujian Lompat Kuadran 52
C Gambarajah Ujian Ketangkasan Illinois 53
D Jadual taburan t 54
E Jadual skala Ujian Ketangkasan Illinois 55
F Borang biodata diri 56
G Surat kebenaran 57
14
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Di Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70 an dengan
kewujudan ujian kecergasan. Dengan kesedaran tentang peranan kecergasan kepada
pembangunan Negara, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melancarkan program
‘Malaysia Cergas’ pada tahun 1985. Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia apabila Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran
teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut menyumbang ke arah kecergasan
dengan kempen-kempen yang telah dilaksanakan seperti Hari Jantung Negara.
Seseorang individu memerlukan aktiviti kecergasan fizikal dalam kehidupan
seharian untuk mencapai kecergasan keseluruhan. Ini lebih penting lagi dalam kehidupan
serba moden ini. Pembangunan yang pesat dan kemajuan teknologi menyebabkan
manusia kurang bergerak dan ini menyebabkan terjadinya masalah kesihatan.
15
Zaman moden ini juga sentiasa dikaitkan dengan kehidupan yang membawa
kepada penyakit hipokinetik. Hipokinetik adalah seperti penyakit kardiovaskular,
kegemukan, kencing manis, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol tinggi, sakit sendi dan
osteoporosis.
Dalan tahun 1996, Laporan Statistik Utama Malaysia (NutriWEB Malaysia,
18.05.2001) menunjukkan bahawa 26% kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan
sakit jantung dan penyakit berkaitan pengedaran darah. Keadaan ini bertambah buruk
dalam tahun 1997 kerana 75% kes masuk hospital kerajaan adalah berkaitan dengan
penyakit tersebut.
Komponen-komponen kecergasan keseluruhan sentiasa berubah, ianya bersifat
dinamik dan bukan bersifat stastik. Sifat ini menyebabkan tahap kecergasan keseluruhan
sentiasa menurun dan menaik mengikut masa. Kecergasan fizikal dapat dikelaskan
kepada dua kategori iaitu kecergasan yang berasaskan kesihatan dan kecergasan yang
berasaskan perlakuan motor/kemahiran.
Membina sukan berdasarkan kecergasan fizikal adalah penting bagi menghasilkan
prestasi dan kesihatan atlit (Hoffman, Sheldahl, and Kraemer 1998). Program yang
komprehensif di mana melibatkan semua aspek kemampuan fizikal dan mental atlit
adalah merupakan kunci bagi mereka untuk berjaya.
Bill Foran (1998) melaporkan bahawa banyak faktor yang telah dipertimbangkan
adalah penting untuk kecergasan dalam sukan seperti dayatahan kardiovaskular, kekuatan
otot, koordinasi dan sebagainya. Bagaimanapun, darjah kepercayaan bagi setiap
16
komponen adalah bergantung kepada kekhususan setiap sukan atau sesetengah kes dalam
sukan yang sama. Sifat bagi kecergasan dalam sukan merangkumi saiz fizikal dan sifat
biologikal yang ada pada atlit seperti kuasa, kekuatan, kelajuan, ketangkasan, koordinasi,
kelembutan dan sebagainya.
Di dalam permainan bolasepak, bola keranjang, hoki dan kebanyakan aktiviti
sukan yang popular di Malaysia, faktor kecergasan dititikberatkan kerana ia merupakan
penentu yang penting bagi mencapai kejayaan. Kecergasan yang berasaskan
motor/kemahiran seperti ketangkasan merupakan salah satu komponen yang memainkan
peranan utama dalam menentukan sesuatu permainan itu dapat berjalan dengan lancar
dan meraih kejayaan.
Ketangkasan melibatkan penggunaan sepenuhnya anggota badan bagi kemahiran
dalam sukan. Sesetengah sukan juga memerlukan kemampuan untuk bergerak dengan
menggunakan peralatan sukan. Sebagai contoh, dalam suatu kajian dalam perlawanan
tenis, pemain menunjukkan ketangkasan yang lebih baik apabila menggunakan raket
berbanding tanpa menggunakan raket. Ini menunjukkan pola motor adalah lebih tinggi
dengan menggunakan peralatan.
Kesimpulannya, dalam membangunkan dan meningkatkan mutu sukan
terutamanya permainan bolasepak dalam sesebuah pasukan, pelbagai cara telah
dilaksanakan untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam pertandingan. Maka setiap pemain
yang terlibat dalam permainan bolasepak perlu mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki
untuk menjadi seorang pemain yang berjaya. Selain daripada faktor bakat dan kebolehan,
ciri seperti faktor kecergasan juga perlu diambil kira untuk membolehkan seorang pemain
bolasepak itu bermain dengan cemerlang. Bagi mencapai tujuan ini, kita seharusnya
memiliki pengetahuan dan pendekatan yang lebih efektif supaya pembangunan dan
penyelidikan lebih berlandaskan kepada prinsip-prinsip sains sukan. Aspek-aspek dan
17
faktor-faktor genetik, biomekanik sukan, latihan, psikologi serta motivasi perlu diberi
perhatian kerana ia memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan kejayaan
pemain dan pasukan.
1.2 Penyataan Masalah
Setiap jurulatih perlu mengambil tindakan segera dalam melaksanakan program
kecergasan fizikal yang berkesan di samping meningkatkan tahap ketangkasan atlit
terutamanya dalam permainan bolasepak kerana permainan ini memerlukan tahap
ketangkasan yang tinggi bagi membolehkan permainan itu berjalan dengan lancar, pantas
dan berkesan.
Seseorang atlit yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi bukan sahaja
menunjukkan prestasi yang baik dalam permainan tetapi juga mempunyai keupayaan
untuk menyempurnakan tugas atau kerja hariannya dengan penggunaan tenaga yang
minimum tanpa merasa letih dengan cepat. Mereka juga masih mempunyai tenaga untuk
melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi dan mampu bertindak jika berlakunya sebarang
kecemasan.
18
1.3 Objektif Kajian
Dalam konteks ini, dua objektif telah dikenalpasti seperti berikut :
1.3.1 Untuk menguji tahap ketangkasan di kalangan pemain bolasepak yang mewakili
Kampung Paya Bemban (KPB) dan pemain bolasepak Jabatan Pengairan dan
Saliran Negeri Kelantan (JPSNK).
1.3.2 Bertujuan untuk membuat perbandingan tentang tahap ketangkasan di antara
pemain bolasepak Kampung Paya Bemban (KPB) dengan pemain bolasepak
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan (JPSNK).
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan yang akan diselidiki berdasarkan masalah kajian adalah untuk
mendapatkan nilai tahap ketangkasan di antara pemain bolasepak Kampung Paya
Bemban (KPB) dengan pemain bolasepak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan
(JPSNK) bagi tahun 2003.