PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP PERSEDIAAN
MAHASISWA ISLAM TAHUN EMPAT, SARJANA MUDA PENGURUSAN,
FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
NOR AMALIA BINTI RUSLAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
iii
Khas buat Mak dan Abah tersayang,
Terima kasih atas segalanya….
iv
PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia serta izin-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini
dapat disiapkan dengan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia
projek yang dihormati, Ustaz Othman bin Napiah di atas segala nasihat, dorongan dan
bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan PSM ini.
Seterusnya, sekalung terima kasih buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian
Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), UTM, mahasiswa tahun 4 Sarjana Muda
Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), UTM,
Cik Mastura binti Mahfar (kaunselor Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar, UTM), Cik
Fatin Aliah Phang binti Abdullah (pembantu pengajar Fakulti Pendidikan, UTM), rakan-
rakan kongsi Lampe Berger di UTM, dan sahabat-sahabat seperjuangan tahun 4 Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) yang telah memberikan kerjasama dan
sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.
Akhir kata, buat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung, terima kasih diucapkan. Semoga berkat kerjasama ini, Allah s.w.t akan
melipatgandakan pahala amalan kalian seterusnya mengurniakan kejayaan di dunia dan
akhirat. Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pola perancangan kerjaya dan tahap
persediaan mahasiswa terhadap kerjaya mereka di masa hadapan. Seramai 61 orang
mahasiswa Islam tahun empat daripada Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Manusia (FPPSM), UTM terlibat dalam kajian deskriptif ini. Set soal selidik telah
diedarkan kepada responden tiga bulan sebelum mereka menamatkan pengajian. Data
yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan dipersembahkan
dalam bentuk kekerapan, peratusan, min dan crosstabulation. Dapatan menunjukkan
pola perancangan kerjaya berkisar tentang bekerja atau makan gaji. Manakala persediaan
responden terhadap kerjaya pula berada di tahap yang sederhana. Kajian ini diharapkan
dapat membantu semua pihak yang terlibat bagi merangka jalan penyelesaian kepada
permasalahan ini.
vi
ABSTRACT
This research was conducted to define the career planning pattern and the
preparation of undergraduates towards their future career. 61 of forth year Muslim
undergraduates from the Faculty of Management and Human Resource Development
(FPPSM), UTM was involved in this descriptive research. The questionnaires were
distributed among respondents three months before graduation. The data was analyzed
using descriptive statistical method and presented in the mode of frequencies,
percentages, mean and crosstabulation. The findings showed that career planning pattern
of the respondents are revolved around employment. While the degree of the
respondents’ preparation towards career in the medium level. This research is expected
to help those involved in such matters to create a solution for this problem.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
viii
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Perancangan Kerjaya 12
2.2.1 Konsep Perancangan Kerjaya 13
2.2.2 Kepentingan Perancangan Kerjaya 14
2.3 Persediaan Terhadap Kerjaya 18
2.3.1 Persediaan Kendiri 18
2.3.2 Persediaan Mendapatkan Pekerjaan 22
2.4 Peranan Universiti 23
2.4.1 Sukatan Pelajaran Kursus 24
2.4.2 Kokurikulum 25
2.4.3 Unit Khas 26
2.5 Isu: Pendidikan Tinggi Untuk Kerjaya 29
2.6 Kajian Yang Berkaitan 32
2.7 Penutup 32
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 34
3.1 Pendahuluan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 34
3.3 Tempat Kajian 35
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 35
3.5 Instrumen Kajian 37
3.6 Kajian Rintis 39
ix
3.7 Tatacara Kajian 40
3.8 Analisis Data 41
3.9 Penutup 42
BAB 4 ANALISA DATA 43 4.1 Pendahuluan 43
4.2 Analisa Data Bahagian A 45
4.2.1 Latar Belakang Responden 45
4.2.2 Cross-tabulation antara item-item
bahagian A 47
4.3 Analisa Data Bahagian B 48
4.3.1 Perancangan Kerjaya Mahasiswa 48
4.3.2 Cross-tabulation antara item-item
bahagian B 57
4.4 Analisa Data Bahagian C 59
4.4.1 Tahap Persediaan Kendiri 60
4.4.2 Tahap Persediaan untuk Mendapatkan
Pekerjaan 66
4.4.3 Tafsiran Taburan Min 70
4.5 Analisa Data Bahagian D 72
4.6 Penutup 73
x
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 74
5.1 Pendahuluan 74
5.2 Perbincangan 75
5.2.1 Latar Belakang Responden 75
5.2.2 Perancangan Kerjaya Mahasiswa 76
i) Bentuk Perancangan yang Dibuat 76
ii) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Perancangan 81
iii) Keyakinan Terhadap Perancangan 83
5.2.3 Persediaan Terhadap Kerjaya 84
i) Persediaan Kendiri 84
ii) Persediaan Mendapatkan Pekerjaan 85
5.3 Rumusan 86
5.4 Cadangan 87
5.4.1 Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM 88
5.4.2 Universiti 88
5.4.3 Mahasiswa 90
5.4.4 Cadangan Kajian Lanjutan 90
5.5 Penutup 91
SENARAI RUJUKAN 92
LAMPIRAN 98
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36
3.2 Tafsiran Taburan Min 41
4.1 Jantina 45
4.2 Nilai Kumulatif Gred (CGPA) 46
4.3 Kokurikulum 46
4.4 CGPA mengikut penglibatan kokurikulum 47
4.5 Perancangan Utama Selepas Tamat Pengajian 48
4.6 Bekerja Dalam Bidang Yang Sama 49
4.7 Sektor Yang Dikehendaki 50
4.8 Faktor Pemilihan Pekerjaan 51
4.9 Sumber Maklumat Kerjaya 52
4.10 Pengalaman Bekerja 53
4.11 Kebimbangan Untuk Mendapatkan Pekerjaan 54
4.12 Persepsi Terhadap Masalah Pengangguran 55
4.13 Cita-Cita Tertinggi Dalam Kerjaya 56
4.14 Perancangan utama selepas tamat pengajian mengikut
cita-cita tertinggi dalam kerjaya 57
4.15 Perancangan bidang mengikut pengalaman bekerja 58
4.16 Kebimbangan untuk mendapatkan pekerjaan mengikut
persepsi terhadap pengangguran 59
4.17 Item 1 60
4.18 Item 2 60
4.19 Item 3 61
xii
4.20 Item 4 61
4.21 Item 5 62
4.22 Item 6 63
4.23 Item 7 63
4.24 Item 8 64
4.25 Item 9 65
4.26 Item 10 66
4.27 Item 11 66
4.28 Item 12 67
4.29 Item 13 67
4.30 Item 14 68
4.31 Item 15 69
4.32 Item 16 69
4.33 Taburan Min bagi Item 1 hingga 9 70
4.34 Taburan Min bagi Item 10 hingga 16 71
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Faktor Pemilihan Pekerjaan 51
4.2 Sumber Maklumat Kerjaya 52
4.3 Kesediaan untuk Memasuki Alam Kerjaya 72
xiv
SENARAI SINGKATAN
BGC - Bengkel Graduan Cemerlang
CGPA - Collective Gred Pointer Average
FPPSM - Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
HEP - Hal Ehwal Pelajar
IPT - Institut Pendidikan Tinggi
JPT - Jabatan Pendidikan Tinggi
JTK - Jabatan Tenaga Kerja
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KSM - Kementerian Sumber Manusia
MAP - Motivasi Alihan Pelajar
MARA - Majlis Amanah Rakyat
MTEN - Majlis Tindakan Ekonomi Negara
UPSP - Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar
USM - Universiti Sains Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal selidik 99
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
(Fakulti Pendidikan) 106
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
(Perpustakaan Sultanah Zanariah) 107
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan Dua tahun kebelakangan ini, Malaysia telah menunjukkan satu anjakan
paradigma yang positif dalam pertumbuhan ekonomi negara. Kenyataan ini dapat
dibuktikan menerusi laporan pasaran buruh 2002 yang telah dikeluarkan oleh
Kementerian Sumber Manusia (KSM), Malaysia (http://www.mohr.gov.my/new/
pasaran-buruh-thn2002.htm).
Menurut laporan tersebut, pemulihan ekonomi dunia yang diterajui oleh
Amerika Syarikat menyaksikan ekonomi negara tumbuh pada kadar 4.5 peratus pada
tahun 2002 berbanding 0.4 peratus pada tahun 2001. Guna tenaga pula mencatatkan
pertumbuhan sebanyak 3.2 peratus iaitu 9.8 juta pada tahun 2002 berbanding 9.5 juta
pada tahun 2001. Pada tahun 2002, kadar pengangguran pula menurun sedikit kepada
3.5 peratus berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.
Sehubungan dengan itu, KSM juga turut melaporkan bahawa jawatan kosong
turut meningkat dengan ketara sebanyak 23.8 peratus berbanding peningkatan pada
tahun sebelumnya sebanyak 6.5 peratus. Pada tahun 2002, sejumlah 162,787
kekosongan dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berbanding 131,459
kekosongan yang dilaporkan pada tahun 2000.
Daripada perangkaan tersebut, dapatlah kita simpulkan bahawa kepesatan
ekonomi negara pada masa kini telah membuka ruang yang luas kepada semua
rakyat untuk merebut peluang pekerjaan di negara ini. Malaysia bukan sahaja
memerlukan kuantiti pekerja yang ramai, tetapi yang lebih penting adalah tenaga
kerja yang mahir dalam pelbagai sektor pekerjaan. Ini dipetik daripada kata-kata
bekas Perdana Menteri, Tun Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika
membentangkan Rancangan Malaysia Kelima di Dewan Rakyat pada 21 Mac 1996.
(Koh Ah Moy, 1998: 3)
“ Apa yang diperlukan di Malaysia pada masa kini bukanlah pekerja yang
ramai tanpa kemahiran, tetapi panggilan ini adalah untuk buruh yang
terlatih, disertai dengan kemahiran produktiviti yang tinggi yang diperlukan
oleh industri.”
Sejajar dengan itu, tidak boleh dinafikan lagi bahawa industri pendidikan
adalah penyumbang utama tenaga kerja terlatih. Universiti diberikan mandat untuk
memainkan peranan sebagai pembekal tenaga kerja yang berpotensi. Hal ini
bertepatan dengan misi Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) iaitu memajukan pendidikan tinggi bagi menghasilkan siswazah
berkualiti untuk keperluan guna tenaga negara (http://www2.moe.gov.my).
Seperti yang diketahui, pelbagai inisiatif dan kemudahan telah disediakan
untuk membantu golongan mahasiswa. Maka kini tibalah giliran mahasiswa untuk
melaksanakan tanggungjawab mereka, sekali gus menunjukkan kesungguhan dalam
meningkatkan prestasi diri, seterusnya berkhidmat dan berbakti untuk negara. Maka
dengan sebab itulah, setiap mahasiswa harus mempunyai aspirasi kerjaya yang
tersendiri bagi merealisasikan matlamat ini.
Justeru, strategi perancangan untuk kerjaya haruslah diatur dan disusun
dengan teliti sejak mahasiswa berada di universiti lagi. Walaupun perancangan
kerjaya tidak dapat memberikan jaminan sepenuhnya untuk menyelesaikan semua
masalah atau kesukaran dalam kerjaya, namun ia dapat membantu mahasiswa bagi
menangani masalah baru dengan lebih baik pada masa akan datang (Bruce
Shertzer,1985: 55).
Namun begitu, perancangan tanpa tindakan sudah pasti tidak dapat
memberikan hasil yang baik kepada pelakunya. Oleh sebab itu, setiap perancangan
kerjaya perlulah disusuli dengan langkah-langkah persediaan atau persiapan untuk
merealisasikannya. Terdapat beberapa persediaan yang boleh dilakukan oleh
mahasiswa sewaktu berada dalam pengajian. Maka wajarlah ia dilaksanakan sebelum
mereka melangkahkan kaki ke alam pekerjaan. Persiapan yang rapi akan menjadikan
mahasiswa lebih yakin terhadap dirinya untuk mengharungi kehidupan dalam dunia
yang sebenar.
1.2 Latar Belakang Masalah Dalam membicarakan soal pelajar-pelajar masa kini, pelbagai citarasa cerita
dan irama boleh digendangkan. “Pelajar Melayu rosak akhlak!”, “budak Melayu
zaman sekarang tidak berwawasan”, “remaja Melayu suka berfoya-foya”, “mereka
suka mengikut nafsu dalam tindakan”, ini adalah ungkapan-ungkapan yang
seringkali kedengaran. Golongan ini sering sahaja dikaitkan dengan imej negatif.
Jarang sekali media dapat memaparkan kisah kecemerlangan yang ditempa oleh
pelajar Melayu yang beragama Islam. Seolah-olah budaya negatif sahaja yang
sinonim dengan pelajar-pelajar ini. Tidak kiralah sama ada pelajar yang menuntut di
peringkat sekolah, mahupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT), rata-rata mempunyai
prestasi yang sangat mengharukan. Lantas, pelajar Melayu yang beragama Islam
sering sahaja dianggap gagal dan tewas dengan kecemerlangan pelajar-pelajar bangsa
lain.
Berhubung dengan perkara tersebut, berikut adalah petikan kata-kata seorang
perunding motivasi yang terkenal, Dr Tengku Asmadi b Tengku Mohamad (2003)
dalam ceramahnya sewaktu mengadakan kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP) di
ibu negara baru-baru ini.
“Punca utama anak Melayu gagal bersaing sebab tidak menetapkan
matlamat, atau tidak meletakkan komitmen yang tinggi untuk merealisasikan
matlamat.”
Dalam satu ucapan lain yang disampaikan oleh Prof. Baharuddin Salleh
selaku Timbalan Naib Canselor (Akademik), Universiti Sains Malaysia (USM)
menyatakan,
“Mahasiswa Melayu tidak mempunyai sikap amanah. Kebanyakannya tidak
jujur dalam menimba ilmu sebagai contoh sering lambat atau tidak
menghantar langsung tugasan yang diberikan oleh pensyarah, gemar
ponteng kelas, tutorial, kuliah dan sebagainya…”
(Kursus Bina Tatanegara, 2001)
Dalam satu kajian pembandingan yang telah dibuat oleh Nordin, Syed Syafeq
dan Mansur Abdullah (2000) terhadap 1000 orang pelajar Universiti Teknologi
Malaysia (UTM), hasil dapatan menunjukkan bahawa antara punca pelajar
bumiputera tidak cemerlang ialah, suka menunda kerja (73.5% mahasiswa
bumiputera dan 39.2% mahasiswa non bumiputera), lemah Bahasa Inggeris (70.4%
mahasiswa bumiputera dan 48.6% mahasiswa non bumiputera), tidak mempunyai
cara belajar yang baik (67.2% mahasiswa bumiputera dan 49.9% mahasiswa non
bumiputera) dan lain-lain.
Oleh itu, apakah implikasi yang akan berlaku sekiranya mahasiswa Melayu
terutamanya yang beragama Islam terus mempunyai sikap sebegitu? Adakah sikap
ini akan menjejaskan kerjaya dan masa depan mereka?
Menjawab kepada persoalan tersebut, satu kajian telah dijalankan oleh
Coleman (1990) ke atas sifat semulajadi remaja. Kajian tersebut membuktikan
kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sikap tanggungjawab dan mereka
lebih suka bersuka ria berbanding dengan belajar. Mereka tidak mahu memikirkan
masa depan sehinggalah mereka dipaksa untuk berbuat demikian. Justeru, sikap
“tidak ambil kisah” ini telah memberi kesan yang negatif terhadap pencapaian
akademik dan aspirasi kerjaya mereka. Selain itu, Koh Ah Moy (1998) pula
menyatakan dalam kajiannya, jika kesemua benda diserahkan kepada nasib, individu
tersebut tidak akan mempunyai aspirasi kerjaya yang tinggi dan sebahagiannya tidak
bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kerjaya kerana segala-galanya telah
diserahkan kepada takdir semata-mata.
Di sinilah terletaknya kepentingan merancang dan menyediakan persediaan
yang rapi sebelum melangkah ke alam kerjaya. Perancangan yang dimaksudkan di
sini ialah menyediakan diri dari segala aspek pengetahuan, kemahiran dan
pembangunan diri. Justeru, sikap negatif yang telah disenaraikan di atas akan
menjadikan diri mahasiswa terus lalai dibuai mimpi. Andainya amalan sambil lewa
ini terus berlanjutan, natijahnya mereka akan terus memasuki alam kerjaya tanpa
membuat sebarang perancangan dan persiapan.
Apabila seseorang itu gagal untuk merancang, maka dia sebenarnya
merancang untuk gagal. Ketidaktelitian dalam perancangan akan menyebabkan
pelbagai masalah tidak dapat diatasi di masa hadapan. Tidak hairanlah sekiranya
negara sering menerima rungutan daripada para majikan seumpama siswazah
universiti tidak berkualiti, graduan IPT tidak menunjukkan kesungguhan dalam
kerjaya dan sebagainya. Ini semua berpunca daripada sikap mahasiswa itu sendiri
yang tidak membuat persediaan yang rapi sewaktu berada di universiti.
Bukan setakat itu sahaja, lebih malang lagi apabila kemungkinan besar
jumlah siswazah Melayu yang menganggur akan bertambah dari hari ke hari. Ini
dikuatkan dengan kenyataan daripada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)
berikutan kajian yang dibuat terhadap isu pengangguran di negara ini. Hasil tersebut
mendapati hampir 94 peratus penganggur adalah melibatkan siswazah tempatan
(http://www.tv3.com.my/news, 6 Mac 2003).
Cerdik pandai pernah mengatakan, jika ingin melihat masa depan sesebuah
negara, maka lihatlah pemuda-pemudi atau belia di kawasan tersebut. Jika cemerlang
pemuda-pemudinya, maka bakal gemilanglah masa depan negara tersebut. Begitu
juga sebaliknya. Masakan tidak, pemuda-pemudi adalah aset sesebuah tamadun yang
bakal mewarisi tonggak kepimpinan dalam mencatur kehidupan di masa hadapan.
Jelasnya, peranan golongan mahasiswa sebagai wacana ke arah merealisasikan
wawasan negara adalah sangat penting.
Akan tetapi, sekiranya mahasiswa tidak mengatur strategi perancangan dan
persediaan dengan berkesan, negara akan terus melahirkan generasi yang tidak pro
aktif dan tidak berdaya saing di persada dunia. Ternyata bahawa perkara ini amat
merugikan negara. Selain pembaziran wang berjuta-juta ringgit, negara juga akan
turut mengalami kerugian yang besar dari sudut pembangunan sumber manusia.
Sedangkan untuk memastikan kestabilan ekonomi, politik dan sosial, negara amat
memerlukan golongan tenaga kerja yang berpendidikan. Oleh itu, wajarlah
permasalahan ini dibendung sebelum ianya semakin parah di kemudian hari.
1.3 Pernyataan Masalah Sikap negatif mahasiswa Melayu yang beragama Islam pada masa kini telah
menjadikan mereka leka dan alpa sehingga perancangan dan persediaan memasuki
alam kerjaya dilakukan tanpa ketelitian dan kesungguhan. Kesannya, mahasiswa
akan menghadapi lebih banyak masalah dan kesukaran pada masa akan datang serta
fenomena ini sedikit sebanyak turut memberi impak negatif yang besar kepada
kemajuan negara.
Dengan itu, kajian dibuat untuk memastikan bahawa adakah benar
mahasiswa telah merangka perancangan kerjaya sewaktu berada di univesiti lagi.
Jika ya, apakah perancangan yang telah dibuat setakat ini dan sejauhmanakah
persediaan yang telah dilakukan oleh mereka selaku mahasiswa tahun akhir untuk
memasuki alam pekerjaan. Segala persoalan akan cuba dikupas dalam kajian ini.
1.4 Persoalan Kajian Bagi menjalankan penyelidikan ini, perkara tersebut telah difokuskan kepada
beberapa persoalan penting. Persoalan tersebut ialah:
1.4.1 Adakah mahasiswa telah mempunyai perancangan kerjaya?
1.4.2 Apakah perancangan mahasiswa untuk memasuki alam kerjaya?
1.4.3 Bagaimanakah tahap persediaan mahasiswa untuk memasuki alam
kerjaya?
1.5 Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini dijalankan ialah untuk :
1.5.1 Mengetahui sama ada mahasiswa telah mempunyai perancangan
kerjaya ataupun belum.
1.5.2 Mengenal pasti pola perancangan mahasiswa untuk memasuki alam
kerjaya dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
1.5.3 Menganalisis tahap persediaan mahasiswa untuk memasuki alam
kerjaya.