Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
40
PERANAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN MEMBASMI KEMISKINAN
PETANI: KAJIAN KES DI SELAMA, KEDAH DARUL AMAN
Fazhana binti Arifin
1 & Nor Asmat binti Ismail
1*
1Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia,
11800 Minden, Pulau Pinang.
Abstrak. Di Malaysia, koperasi pertanian ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu petani, terutamanya petani
yang berpendapatan rendah keluar dari kepompong kemiskinan. Membekalkan input-input yang diperlukan oleh
petani seperti biji benih dan baja, membantu dalam proses pengeluaran hasil pertanian dan membantu dalam proses
pemasaran hasil pertanian dari segi pembungkusan, penggredan dan pengangkutan juga merupakan peranan
koperasi. Belum ada kajian yang menganalisis sama ada koperasi pertanian berjaya memainkan peranan dalam
usaha meningkatkan pendapatan petani dan mengangkat pendapatan petani ke atas garis kemiskinan negara. Oleh
yang demikian, kajian ini bertujuan menganalisis peranan yang dijalankan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan
(PPK) membantu petani meningkatkan pendapatan sehingga melepasi garis kemiskinan rasmi negara.Kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 310 orang responden yang juga merupakan petani
ahli PPK Selama, Kedah Darul Aman. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan kaedah
permodelan ekonometrik menggunakan Model Logit. Dapatan kajian berdasarkan analisis deskriptif menunjukkan
bahawa sembilan daripada sepuluh pemboleh ubah bebas signifikan mempengaruhi tingkat pendapatan
petani.Dapatan kajian berdasarkan Model Logit pula mendapati bahawa enam daripada sepuluh pemboleh ubah
bebas signifikan terhadap tingkat pendapatan petani. Secara keseluruhannya, peranan PPK membasmi kemiskinan
petani di Selama, Kedah Darul Aman tercapai.Kajian ini menyarankan agar kerajaan meneruskan PPK untuk
membantu petani kerana dengan adanya PPK nasib petani lebih terbela.
Kata kunci. Kemiskinan, Koperasi Pertanian, Model Logit.
Abstract: In Malaysia, agricultural cooperatives were set up by the Government to help farmers, particularly low-
income farmers to get out of poverty. The agricultural cooperative’s roles are to supply inputs required by farmers
such as seeds and fertilizers, help in the process of production of agricultural products and assist in the marketing of
agricultural products in terms of packaging, grading and transportation. To date, there are no studies that analyze
whether agricultural cooperatives played an effective role to increase Malaysian farmers’ income and raise their
incomes above the poverty line. Therefore, this study aimed to analyze the role played by the Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK) to help farmers increase their income above the national poverty line. This paper used quantitative
methods to collect and analyse data. The samples consisted of 310 respondents which are also members of PPK
Selama, Kedah Darul Aman. Data was analyzed using descriptive statistics and econometric modeling such as the
Logit model. The findings based on descriptive analysis show that nine out of ten independent variables significantly
affect the level of the farmers’ income. By using Logit model, the study found that six out of ten independent
variables significantly influence the level of the farmers' income. Overall, the role of PPK to reduce poverty among
farmers in Selama, Kedah Darul Aman is successful. This study suggests that the Government should continue to
help farmers through agricultural cooperatives such as PPK.
Keywords: Poverty, Agricultural Cooperatives, Logit Model.
*E-mail: [email protected]
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
41
PENGENALAN
Aktiviti pertanian merupakan aktiviti ekonomi negara sejak sekian lama, iaitu sejak era sebelum merdeka
lagi dan masih relevan hingga kini. Walau bagaimanapun, kebanyakan isi rumah luar bandar yang
melakukan aktiviti pertanian sering dikaitkan dengan kemiskinan. Sivar dan Hassan (1994) menyatakan
bahawa petani di luar bandar merupakan golongan termiskin yang mempunyai peratusan yang tinggi
berbanding golongan bukan petani di bandar. Menurut beliau lagi perbandingan indeks kemiskinan di
bandar dan di luar bandar juga menunjukkan bahawa peratusan indeks kemiskinan bagi penduduk luar
bandar lebih tinggi berbanding peratusan indeks kemiskinan bagi penduduk di bandar (rujuk Jadual 1).
Jadual 1: Indeks Kemiskinan (%) Mengikut Strata, Semenanjung Malaysia 1970-2014
Tahun Bandar (%) Luar Bandar (%)
1970 21.3 58.7
1976 15.4 45.7
1979 17.5 45.8
1984 8.5 27.3
1987 8.5 24.8
1989 7.1 21.1
1992 4.7 21.2
1995 3.6 14.9
1997 2.1 10.9
1999 3.3 14.8
2002 2.3 13.5
2004 2.5 11.9
2007 2.0 7.1
2009 1.7 8.4
2010 1.7 8.4
2011 1.7 8.4
2012 1.0 3.4
2013 1.0 3.4
2014 0.5 2.7
(Sumber: Unit Perancang Ekonomi, 2012)
Perbezaan indeks kemiskinan yang sangat ketara antara bandar dan luar bandar telah mendorong kerajaan
menubuhkan koperasi pertanian di luar bandar bagi menangani masalah kemiskinan. Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK), merupakan koperasi pertanian yang beroperasi di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang
(LPP),diberi peranan membantu membasmi kemiskinan petani dan seterusnya mencapai kemajuan dalam
sektor pertanian.Selain itu, PPK yang berada lebih dekat dengan petani juga turutdiberi peranan
membantu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh petani yang tinggal di kawasan luar
bandar.Tujuan utama kajian iniadalah untuk menganalisis kecekapan PPK dalam usaha membasmi
kemiskinan dalam kalangan petani.
KAJIAN KEPUSTAKAAN
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
42
Koperasi pertanian, seperti Pertubuhan Peladang Kawasan ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu
petani, terutamanya yang tinggal di luar bandar meningkatkan taraf hidup. Gerakan koperasi pertanian
telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan penglibatan bumiputera ke tahap yang
lebih tinggi dalam sektor moden ekonomi termasuklah aktiviti perniagaan dan perindustrian ringan
(Hassan, 1998). Peranan koperasi sebagai alat untuk mengurangkan kemiskinan dibincangkan juga oleh
Raya (2002). Beliau mengatakan pemasaran pertanian yang dijalankan oleh koperasi dapat memberi
pulangan keuntungan kepada ahli serta membantu mereka mendapatkan harga yang berpatutan bagi
jualan hasil pertanian. Harga jualan hasil pertanian biasanya lebih tinggi jika adanya koperasi berbanding
dengan harga orang tengah yang seringkali dikatakan mengaut keuntungan yang berlebihan. Oleh itu,
kemiskinan dalam kalangan petani dapat diatasi melalui koperasi.
Membekalkan input-input yang diperlukan oleh petani seperti biji benih dan baja, membantu dalam
proses pengeluaran hasil pertanian dan membantu dalam proses pemasaran hasil pertanian dari segi
pembungkusan, penggredan dan pengangkutan juga merupakan peranan koperasi (Chambo, 2009). Selain
itu, koperasi pertanian juga memberikan khidmat nasihat bagi membantu petani yang menjalankan
aktiviti pertanian berskala kecil membangunkan diri dan ekonomi mereka. Oleh yang demikian, peranan
koperasi pertanian amat penting dan sangat diperlukan bukan sahaja untuk pemasaran hasil pertanian
tetapi juga untuk membina jati diri petani berskala kecil supaya mereka kekal bermotivasi untuk
memajukan diri dan sekaligus meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Di Amerika Syarikat, koperasi pertanian dikenali sebagai koperasi tawar-menawar. Koperasi pertanian
memainkan peranan penting dalam aktiviti penetapan harga yang berpatutan dan mempunyai kuasa tawar-
menawar. Sejak tahun 1950 koperasi pertanian telah menjadi sebahagian penting dalam pemasaran
komoditi dan produk pertanian tertentu kerana fungsi tawar-menawarnya. Objektif utama koperasi tawar-
menawar adalah untuk meningkatkan pendapatan petani melalui kuasa pasaran. Selain daripada
menjalankan urusan tawar-menawar, koperasi juga membantu petani menentukan harga dari segi jualan
dan bertindak sebagai agen penjualan eksklusif untuk ahli-ahli mereka (Siebert, 2001). Koperasi tawar-
menawar dalam bidang pertanian di Amerika Syarikat telah memberi sumbangan yang besar kepada
ekonomi dan memberikan satu dimensi penting untuk mewakilkan dan membantu petani dalam pasaran.
Selain itu, koperasi ini juga bertindak untuk memperbaiki kedudukan petani tanpa bergantung kepada
subsidi kerajaan. Koperasi ini bertindak sebagai ‘tangan’ kepada petani tanpa menerima sebarang
pampasan dan mengajar petani cara untuk menikmati kemewahan dalam kehidupan (Marcus, 1994).
Peranan koperasi pertanian terbukti berkesan dalam membangunkan sektor pertanian di Jepun, Korea dan
Taiwan. Sebagai contoh 40 peratus pemasaran hasil pertanian di Korea Selatan dikendalikan oleh
koperasi pertanian (Mohd Khusaini, 2010). Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak,
pernah menyarankan agar koperasi pertanian di Malaysia mencontohi koperasi pertanian di Jepun, Korea
dan Taiwan. Kajian empirikal di negara lain, contohnya Nigeria juga menunjukkan koperasi pertanian
memberi impak yang positif kepada ekonomi petani. Kajian Nwanko (2013) mendapati bantuan dalam
sektor pertanian oleh koperasi dengan memberi kadar pinjaman yang lebih murah dapat meningkatkan
pertumbuhan ekonomi negara melalui peningkatan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi.
Kajian empirikal menunjukkan koperasi memainkan peranan yang penting dalam usaha meningkatkan
taraf ekonomi ahli-ahlinya. Rogers dan Petraglia (1994) menguji sama ada penyertaan secara berkoperasi
boleh meningkatkan tahap kejayaan pasaran dalam pemasaran makanan yang di proses. Mereka
mendapati koperasi dapat meningkatkan kejayaan pasaran. Koperasi dapat membantu petani atau
pengilang berskala kecil berhadapan dengan petani atau pengilang yang berskala besar dari segi
pemasaran keluaran mereka.
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
43
Wang, Sun dan Zhang (2012) menguji kecekapan operasi koperasi pertanian di China mendapati bahawa
terdapat 14 koperasi yang mempunyai tahap kecekapan yang sangat cekap. Terdapat 10 koperasi buah-
buahan dan sayur-sayuran yang cekap. Terdapat 12 koperasi penternakan yang cekap. Mereka juga
mendapati koperasi tidak akan menjadi cekap jika tidak terlibat dalam sektor pertanian secara
menyeluruh. Koperasi pertanian merupakan organisasi yang penting untuk meningkatkan kempetensi dan
pendapatan petani. Oleh sebab itu, kecekapan operasi koperasi memberi impak yang besar kepada sektor
pertanian. Beberapa kaedah digunakan oleh pengkaji untuk mengukur kecekapan operasi koperasi. Xu
(2010) mengatakan kecekapan koperasi perlu dinilai menggunakan nilai ekonomi dan nilai etika. Hal ini
kerana sifat semulajadi organisasi dan nilai etika menjadikan koperasi pertanian mempunyai nilai
ekonomi dan nilai etika. Nilai ekonomi berpaksi kepada skala pengeluaran barangan dan perkhidmatan
nilai pertukaran fiskal. Nilai etika ditunjukkan oleh peraturan atau prinsip-prinsip koperasi pertanian
tersebut. Xu, Qiu dan Xiao (2011) mengatakan pengukuran kecekapan koperasi pertanian perlu
mengambilkira penilaian yang komprehensif, yang merangkumi perkhidmatan, integriti dan
pembangunan.
Mohamed (2004) mengkaji peranan koperasi pertanian di Egypt. Perkara yang dikaji adalah: (1)
kemampuan koperasi pertanian mengagihkan sumber yang ada untuk mencapai aktivitinya. (2)
kemampuan koperasi pertanian menggunakan sumber yang sedia ada. (3) sumbangan koperasi pertanian
kepada pembangunan pertanian. (4) kecekapan organisasi koperasi pertanian dalam pembangunan
pertanian. (5) faedah yang diterima oleh petani daripada koperasi pertanian. (6) atitud petani terhadap
koperasi pertanian. Soalan soal selidik digunakan untuk menjawab persoalan kajian dengan menemuduga
66 pengurus dan 291 ahli koperasi pertanian. Korelasi koefisien Pearson dan korelasi berganda step-wise
digunakan untuk menganalisis data. Beliau mendapati 73% koperasi pertanian tidak mempunyai budget
yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti, 71.2% koperasi mempunyai keupayaan yang rendah untuk
mengagihkan sumber yang ada, 48.5% koperasi mempunyai keupayaan yang rendah untuk menggunakan
sumber yang sedia ada dan 87.9% koperasi memberi sumbangan yang sangat kecil kepada pembangunan
pertanian. Secara umumnya, 69.7% koperasi pertanian menunjukkan kecekapan organisasi yang rendah
dalam pembangunan pertanian. Kajian juga menunjukkan petani hanya mendapat sedikit faedah daripada
aktiviti koperasi pertanian, tahap kepuasan petani terhadap koperasi pertanian adalah rendah dan
peratusan petani yang mempunyai positif atitud terhadap koperasi pertanian adalah rendah. Keputusan
regresi berganda step-wise menunjukkan hampir semua koperasi di Menoufiya Governorate Egypt tidak
memainkan peranan dalam pembangunan pertanian secara cekap seperti yang diharapkan.
Mohamed (2004) mencadangkan koperasi pertanian berskala kecil di Menoufiya Governorate Egypt perlu
dibuat pengubahsuaian untuk menjadikannya lebih cekap, badan yang mampu menguruskan pengurusan
operasi dan kewangannya sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada koperasi pusat. Kerajaan
juga perlu mengadakan kerjasama antarakoperasi dan organisasi lain di kampung dalam usaha untuk
meningkatkan keupayaan dan kecekapan peranan koperasi pertanian dan organisasi lain di kampung
dalam pembangunan pertanian.
Di Malaysia, koperasi pertanian ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu petani, terutamanya petani
yang berpendapatan rendah dari segi mendapatkan input pertanian dan memasarkan hasil pertanian untuk
mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan. Setakat ini tidak ada kajian yang menguji kecekapan
koperasi pertanian di Malaysia. Oleh sebab itu, kajian ini akan menguji kecekapan koperasi pertanian
dengan menguji kecekapan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi, iaitu menguji sama ada koperasi
pertanian (Pertubuhan Peladang Kawasan) berjaya memainkan peranan dalam usaha membasmi
kemiskinan petani.Kajian akan dilakukan di Selama, Kedah Darul Aman.
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
44
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Populasi sasaran kajian adalah seramai 1529
orang petani yang menjadi ahli PPK Selama, Kedah Darul Aman. Pengkaji telah menentukan saiz sampel
kajian berdasarkan kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970). Oleh kerana
populasi responden adalah seramai 1529, maka saiz sampel yang sesuai adalah 310. Jumlah saiz sampel
sebanyak 310 adalah mencukupi untuk mengkaji pendapatan petani PPK dan seterusnya menentukan
sama ada pendapatan yang mereka perolehi dapat melepasi garis kemiskinan negara atau tidak.
Pengumpulan data-data dan maklumat yang dijalankan di dalam kajian ini menggunakan set borang soal
selidik.
Dua kaedah analisis data digunakan, iaitu kaedah statistik deskriptif dan kaedah permodelan ekonometrik
menggunakan Model Logit.Kaedah statistik deskriptif asas yang digunakan ialah nilai minimum, nilai
maksimum, nilai min2 dan nilai sisihan piawai
3. Perbandingan nilai min dan nilai sisihan piawai dilakukan
untuk memudahkan kerja perbandingan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terlibat. Selain itu,
kaedah ini juga digunakan untuk mengetahui tahap signifikan antara pemboleh ubah bersandar
dengan pemboleh ubah bebas. Sekiranya nilai min melebihi nilai sisihan piawai, maka sesuatu
pemboleh ubah yang dikaji itu adalah signifikan (Abu Bakar, 1987).
Model Logit dipilih kerana pemboleh ubah bersandar,iaitu tingkat pendapatan petani hanya mengambil
dua nilai, iaitu melebihi garis kemiskinan rasmi negara (nilai=1) atau tidak melebihi garis kemiskinan
rasmi negara (nilai=0). Garis kemiskinan rasmi negara di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM750
sebulan (Unit Perancang Ekonomi, 2012). Model logit yang digunakan adalah seperti persamaan (1)
berikut:
(1)
dengan,
= Kebarangkalian tingkat pendapatan petani PPK melebihi garis kemiskinan rasmi negara
=Koefisien teranggar
=Pemboleh ubah–pemboleh ubah bebas
= Sebutan ralat
Selain itu, Model Logit juga digunakan untuk menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkat
pendapatan petani.
(2)
2Nilai min digunakan untuk menjelaskan nilai purata tahap persetujuan responden terhadap item-item soalan yang
dikemukakan. 3Sisihan piawai adalah ukuran sejauh mana subjek-subjek yang dikaji berbeza daripada min kumpulan. Sisihan
piawai yang besar menunjukkan titik data adalah jauh dari min dah sebaliknya.
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
45
Kesesuaian Model Logit ini diuji dengan Ujian Statistik Nisbah Kemungkinan (Likelihood Ratio (LR)
Statistic Test), dan Ujian Terhadap Goodness of Fit yang menggunakanUjian Hosmer-Lomeshow (H-L)
Statistic dan Ujian Expected-Prediction Evaluation.Ujian Likelihood Ratio(LR) Statistic, digunakan
untuk melihat kesesuaian pemboleh ubah yang digunakan. Sekiranya pemboleh ubah yang digunakan
didapati tidak sesuai, maka pemboleh ubah tersebut perlu digugurkan daripada model tersebut. Hipotesis
bagi menunjukkan model adalah sesuai atau tidak adalah seperti berikut:
H0: β2 = β3 = β4 = β5 = β6 = β7 = β8 = β9 = β10 = 0 (Model ini tidak sesuai)
H1: β2 ≠ β3 ≠ β4 ≠ β5 ≠ β6 ≠ β7 ≠ β8 ≠ β9 ≠ β10 ≠ 0 (Model ini sesuai)
Ujian Hosmer-Lomeshow (H-L) Statistic pula dilakukan untuk menentukan sama ada nilai yang
dijangka bertepatan dengan nilai sebenar atau sebaliknya. Ujian ini menguji perbezaan antara dua nilai.
Manakala UjianExpected-Prediction Evaluation akan menunjukkan peratusan kepadanan model
tersebut (Good fit).Model yang digunakan di dalam kajian ini berdasarkan model Raya (2002) dengan
beberapa pengubahsuaian dari segi pemboleh ubah yang digunakan untuk penganggaran. Pengkaji
mengambil kira pemboleh ubah yang digunakan oleh penyelidik-penyelidik lain seperti Togap (2006),
Mat Nayan (1997), dan Chambo (2009) dan membentuk model baru seperti Rajah 1.
Pemboleh ubah Bebas Pemboleh ubah Bersandar
Bantuan Teknikal dan Menentukan Tinggi atau Rendah
Perkhidmatan Ekonomi Pendapatan
Rajah 1: Model Konsep ‘Bantuan Teknikal dan Perkhidmatan Ekonomi’
menentukan tahap pendapatan petani.
Berdasarkan Rajah 1, model regresi umum dibentuk sepertiberikut:
Yi = f (PEMASARAN, PENGELUARAN, HARGA, MODAL) (3)
dengan;
Yi = Tingkat Pendapatan Petani
PEMASARAN = Kos Pemasaran
KOPERASI (PPK)
X4-
PenyaluranKreditdan
Modal
PENINGKATAN
PENDAPATAN
PETANI PPK
X3- HargaJualan
X2- Kos Pengeluaran
X1- Kos Pemasaran
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
46
PENGELUARAN = Kos Pengeluaran
HARGA = Harga Jualan
MODAL = Penyaluran Kredit dan Modal
Kos pemasaranterdiri daripada kos penggredan, kos pembungkusan, kos penyimpanan dan kos
pengangkutan daripada PPK. Kos pengeluaran terdiri daripada kos jentera atau traktor, kos benih, baja
dan racun dan kos khidmat nasihat daripada PPK. Harga jualan pula terdiri daripada harga jualan yang
tinggi, harga jualan mengikut gred dan urusan tawar-menawar harga melalui PPK. Akhir sekali,
Penyaluran kredit dan modal pula terdiri daripada perkhidmatan modal daripada PPK dan kesulitan untuk
mendapatkan modal daripada PPK. Model Umum tersebut dikembangkan menjadi model yang lebih
spesifik seperti berikut:
Yi = f(PENGGREDAN, PENGANGKUTAN, JENTRAK, BENIH, NASIHAT, HARGAPPKTINGGI,
HARGAIKUTGRED, TAWARMENAWAR, MODALPPK, SULITPPK) ---------- (4)
Pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas yang penting dalam menentukan tingkat pendapatan
petani serta sifat-sifat pemboleh ubah dirumuskan dan disenaraikan seperti dalam Jadual 2.
Jadual 2: Pemboleh ubah dan sifat-sifat pembolehubah
Pemboleh ubah Bersandar Sifat Pemboleh ubah
Tingkat Pendapatan Petani
(PENDAPATAN)
1:Jumlah pendapatan bulanan Melebihi garis kemiskinan rasmi
negara (lebih daripada RM750),
0:Jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi garis kemiskinan
rasmi negara (kurang daripada RM 750)
Pemboleh ubah PENDAPATAN diukur daripada pendapatan
petani hanya dari ladang, tidak termasuk pendapatan sampingan
atau pendapatan lain.
Pemboleh ubah Bebas Sifat Pemboleh ubah
Khidmat penggredan, pembungkusan
dan penyimpanan daripada PPK.
(PENGGREDAN)
1: Khidmat penggredan, pembungkusan dan
penyimpanan dapat kurangkan kos pemasaran
0: Khidmat penggredan, pembungkusan dan
penyimpanan tidak dapat kurangkan kos pemasaran
Perkhidmatan pengangkutan daripada
PPK
(PENGANGKUTAN)
1: Khidmat pengangkutan dapat kurangkan kos
pemasaran
0: Khidmat pengangkutan tidak dapat kurangkan kos
Pemasaran
Perkhidmatan jentera atau traktor
daripada PPK
(JENTRAK)
1: Khidmat jentera atau traktor dapat kurangkan kos
pengeluaran
0: Khidmat jentera atau traktor tidak dapat kurangkan
kos pengeluaran
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
47
Pemberian benih, baja dan racun
daripada PPK
(BENIH)
1: Benih, baja dan racun didapati dengan harga yang
rendah melalui PPK
0: Benih, baja dan racun didapati dengan harga yang
tinggi melalui PPK
Khidmat nasihat dan tunjuk ajar
daripada PPK
(NASIHAT)
1: Nasihat dan tunjuk ajar dapat membantu petani
mengendalikan pengeluaran pertanian
0: Nasihat dan tunjuk ajar tidak dapat membantu petani
mengendalikan pengeluaran pertanian
Penawaran harga yang tinggi daripada
PPK
(HARGAPPKTINGGI)
1: PPK menawarkan harga yang tinggi daripada
pasaran biasa
0: PPK menawarkan harga yang rendah daripada
pasaran biasa
Penjualan hasil pertanian mengikut
gred melalui PPK
(HARGAIKUTGRED)
1: Hasil pertanian dijual mengikut gred melalui PPK
0: Hasil pertanian tidak dijual mengikut gred melalui
PPK
Menjalankan tawar-menawar harga
daripada PPK (TAWARMENAWAR)
1: PPK menjalankan urusan tawar-menawar harga
0: PPK tidak menjalankan urusan tawar-menawar harga
Perkhidmatan sumber kredit dan modal
daripada PPK
(MODALPPK)
1: PPK menawarkan sumber kredit dan modal
0: PPK tidak menawarkan sumber kredit dan modal
Kesulitan mendapatkan modal daripada
PPK
(SULITPPK)
1: Sukar mendapatkan modal
0: Mudah mendapatkan modal
Kesulitan atau kemudahan mendapatkan modal dari PPK
diukur berdasarkan persepsi responden.
KEPUTUSAN KAJIAN
Analisis Deskriptif
Dalam kajian ini, nilai min digunakan untuk menjelaskan nilai purata tahap persetujuan responden
terhadap pemboleh ubah bebas. Min adalah nilai purata yang diambil sebagai nilai yang mewakili nilai
yang banyak dan ia merupakan kaedah ukuran kecenderungan memusat (Marican, 2009). Nilai min
dibaca bersama dengan sisihan piawai dan tahap signifikan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dicapai
apabila nilai min melebihi nilai sisihan piawai (min > sisihan piawai) (Jadual 3).
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
48
Jadual 3: Statistik deskriptif bagi pemboleh ubah bebas
Pemboleh ubah bebas Pendapatan melebihi
RM750 Sebulan
Pendapatan tidak
melebihi RM750
Sebulan
Jumlah responden
(sampel kajian)
(N=175) (N=135) (N=310)
Min Sisihan
Piawai
Min Sisihan
Piawai
Min Sisihan
Piawai
PENGGREDAN 0.817143
(82%)
0.387659 0.540741
(54%)
0.500193 0.696774
(70%)
0.460395
PENGANGKUTAN 0.851429
(85%)
0.356686 0.777778
(78%)
0.417288 0.819355
(82%)
0.385346
JENTRAK 0.942857
(94%)
0.232781 0.711111
(71%)
0.454934 0.841935
(84%)
0.365391
BENIH 0.880000
(88%)
0.325894 0.696296
(70%)
0.461569 0.800000
(80%)
0.400647
NASIHAT 0.897143
(90%)
0.304644 0.674074
(67%)
0.470465 0.800000
(80%)
0.400647
HARGAPPKTINGGI 0.800000
(80%)
0.401148 0.703704
(70%)
0.458324 0.758065
(76%)
0.428948
HARGAIKUTGRED 0.754286
(75%)
0.431745 0.748148
(75%)
0.435693 0.751613
(75%)
0.432776
TAWARMENAWAR 0.491429
(50%)
0.501361 0.518519
(52%)
0.501518 0.503226
(50%)
0.500798
MODALPPK 0.822857
(82%)
0.382885 0.718519
(72%)
0.451397 0.777419
(78%)
0.416652
SULITPPK 0.342857
(34%)
0.476026 0.503704
(50%)
0.501848 0.412903
(41%)
0.493152
Berdasarkan Jadual 3, seramai 310 orang petani telah diambil sebagai sampel kajian dan hanya 175 orang
petani memperolehi pendapatan melebihi RM750 sebulan manakala 135 orang petani memperolehi
pendapatan yang tidak melebihi RM750 sebulan.Nilai min keseluruhan bagi pemboleh ubah
PENGGREDAN adalah 0.696774 unit, iaitu 70 peratus menyatakan bahawa khidmat penggredan,
pembungkusan dan penyimpanan daripada PPK amat penting untuk meningkatkan pendapatan petani. Ini
disokong oleh 82 peratus daripada 175 orang petani yang memperolehi pendapatan melebihi
RM750,menunjukkan tanda setuju bahawa khidmat tersebut dapat membantu mereka mengurangkan kos
pemasaran dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan mereka. Walau bagaimanapun, petani yang
mempunyai pendapatan kurang dari RM750 juga menunjukkan tanda setuju bahawa khidmat tersebut
dapat membantu mereka mengurangkan kos pemasaran tetapi peratus persetujuannya adalah rendah iaitu
hanya sebanyak 54 peratus berbanding dengan petani yang berpendapatan melebihi RM750. Terdapat
hubungan yang signifikan antara khidmat penggredan, pembungkusan dan penyimpanan daripada PPK
dengan tingkat pendapatan petanikerana nilai min melebihi nilai sisihan piawai (0.696774 > 0.460395).
Bagi pemboleh ubah PENGANGKUTAN pula, 85 peratus daripada 175 orang petani yang memperolehi
pendapatan melebihi RM750 bersetuju bahawa khidmat pengangkutan daripada PPK dapat meningkatkan
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
49
pendapatan mereka. Manakala hanya 78 peratus daripada 135 orang petani sahaja yang bersetuju bahawa
khidmat pengangkutan dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka. Nilai min bagi pemboleh
ubah PENGANGKUTAN ini melebihi nilai sisihan piawai iaitu (0.819355 > 0.385346). Ini menunjukkan
terdapat hubungan yang signifikan antara khidmat pengangkutan daripada PPK dengan tingkat
pendapatan petani.
Bagi pemboleh ubah JENTRAK pula, daripada 175 orang petani yang memperolehi pendapatan melebihi
RM750, 94 peratus daripadanya menyatakan bahawa khidmat jentera dan traktor yang ditawarkan oleh
PPK sangat berfaedah untuk mengurangkan kos pengeluaran. Apabila petani menyewa jentera atau
traktor yang disediakan oleh PPK, pendapatan bulanan petani akan meningkat kerana keuntungan yang
diperolehi dapat dimaksimumkan dan kos pengeluaran dapat diminimumkan. Manakala 70 peratus
daripada 135 orang petani sahaja yang bersetuju dengan khidmat yang disalurkan oleh PPK. Walau
bagaimanapun, nilai min 0.841935 melebihi nilai sisihan piawai 0.365391. Ini menunjukkan bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara perkhidmatan jentera atau traktor daripada PPK dengan tingkat
pendapatan petani.
Dari segi pemboleh ubah BENIH dan NASIHAT pula, keputusan masing-masing menunjukkan 88
peratus dan 90 peratus daripada 175 orang petani yang memperolehi pendapatan melebihi RM750
bersetuju bahawa khidmat penawaran benih, baja dan racun serta khidmat nasihat dan tunjuk ajar
daripada PPK dapat membantu mereka mengurangkan kos pengeluaran dan seterusnya dapat
meningkatkan pendapatan mereka. Manakala 70 peratus dan 67 peratus daripada 135 orang petani yang
berpendapatan kurang dari RM750 masing-masing bersetuju bahawa khidmat yang disalurkan oleh PPK
dapat mengurangkan kos pengeluaran dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan mereka. Tahap
signifikan pula menunjukkan keputusan positif bagi kedua-dua pemboleh ubah ini. Nilai min melebihi
nilai sisihan piawai, iaitu masing-masing 0.80000 melebihi 0.400647. Oleh itu, terdapat hubungan yang
signifikan antara khidmat penawaran benih, baja dan racun serta khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada
PPK dengan tingkat pendapatan petani.
Keputusan juga menunjukkan bahawa 80 peratus daripada 175 orang petani yang memperolehi
pendapatan melebihi RM750 bersetuju bahawa PPK menawarkan harga yang tinggi daripada pasaran
biasa manakala hanya 70 peratus daripada 135 orang petani sahaja yang bersetuju bahawa PPK
menawarkan harga yang tinggi daripada pasaran biasa. Akan tetapi, masih terdapat hubungan yang
signifikan antara penawaran harga yang tinggi daripada PPK dengan tingkat pendapatan petani kerana
nilai min 0.758065 melebihi nilai sisihan piawai 0.428948.
Bagi pemboleh ubah HARGAIKUTGRED pula, 75 peratus daripada 175 orang petani yang memperolehi
pendapatan melebihi RM750 bersetuju bahawa hasil pertanian dijual mengikut gred melalui PPK
manakala 75 peratus juga daripada 135 orang petani bersetuju bahawa hasil pertanian dijual mengikut
gred melalui PPK. Nilai min pula melebihi nilai sisihan piawai iaitu (0.751613 > 0.432776). Ini
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penjualan hasil pertanian mengikut gred daripada
PPK dengan tingkat pendapatan petani.
Selain itu, urusan tawar-menawar harga daripada PPK juga memainkan peranan yang penting dalam
meningkatkan pendapatan petani. Hal ini kerana, ia menunjukkan tahap signifikan antara pemboleh ubah
TAWARMENAWAR dengan tingkat pendapatan petani. Nilai min melebihi nilai sisihan piawai iaitu
0.503226 melebihi 0.500798. 50 peratus daripada 175 orang petani bersetuju bahawa PPK menjalankan
urusan tawar-menawar harga dan 52 peratus daripada 135 orang petani juga bersetuju bahawa PPK
menjalankan urusan tawar-menawar harga.
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
50
Perkhidmatan sumber kredit dan modal daripada PPK juga memberi kesan yang signifikan kepada tingkat
pendapatan petani. 82 peratus daripada 175 orang petani bersetuju bahawa PPK menawarkan sumber
kredit dan modal manakala 72 peratus daripada 135 orang petani juga bersetuju bahawa PPK menawarkan
sumber kredit dan modal kepada mereka. Nilai min melebihi nilai sisihan piawai iaitu 0.777419 melebihi
0.416652.
Akhir sekali, 34 peratus daripada 175 orang petani menyatakan bahawa mereka sukar mendapatkan modal
dan sebaliknya 50 peratus lagi menyatakan mereka mudah mendapatkan modal. Pemboleh ubah
SULITPPK ini telah menunjukkan bahawa pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar adalah
tidak signifikan antara satu sama lain kerana nilai min lebih kecil daripada nilai sisihan piawai iaitu
(0.412903 < 0.493152).
Ujian Kesesuaian Model
Ujian Statistik Nisbah Kemungkinan (LR Statistic/Likelihood Ratio) digunakan untuk menunjukkan
kesesuaian model dalam kajian ini. Selain itu, ia untuk membuktikan sama ada pemboleh ubah yang
digunakan dalam kajian ini sesuai untuk model atau tidak. Sekiranya hasil keputusan menunjukkan
bahawa pemboleh ubah yang digunakan tidak sesuai, maka pemboleh ubah berkenaan harus digugurkan
dalam model kajian ini. Hipotesis yang digunakan adalah seperti di bawah:
Ujian Statistik Nisbah Kemungkinan (LR Statistic) menunjukkan nilai (79.27634). Nilai 79.27634 adalah
lebih tinggi daripada 20.05, 10 = 18.31. Maka H0 ditolak. Bermaksud, model yang diguna merupakan model
yang sesuai dan padan (Good fit).Jadual Jangkaan Ramalan4, juga turut membuktikan bahawa model yang
diguna pakai di dalam kajian ini adalah tepat sebanyak 74.52 peratus daripada jumlah sampel. Oleh itu,
model ini adalah sesuai dan padan serta menyokong Ujian Statistik Nisbah Kemungkinan (LR
Statistic/Likelihood Ratio) di atas.Ujian Hosmer –Lomeshow turut menyatakan bahawa model yang
diguna pakai dalam kajian ini adalah sesuai dan padan.
4Sila rujuk Lampiran A
H0: β2 = β3 = β4 = β5 = β6 = β7 = β8 = β9 = β10 = 0 (Model ini tidak sesuai)
H1: β2 ≠ β3 ≠ β4 ≠ β5 ≠ β6 ≠ β7 ≠ β8 ≠ β9 ≠ β10 ≠ 0 (Model ini sesuai)
H0: Model adalah sesuai
H1: Model iniadalah tidak sesuai
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
51
Ujian Hosmer –Lomeshow5 (10.2144) mempunyai nilai probabiliti Chi-Sq (8) = 0.2503. Oleh kerana nilai
probabiliti (0.2503) adalah lebih tinggi daripada paras keertian lima peratus (5%), maka kita tidak
menolak H0. Kesimpulannya, Model Logit yang digunakan di dalam kajian ini adalah sesuai.
Analisis Keputusan Model Logit
Hasil keputusan analisis permodelan ekonometrik yang menggunakan Model Logit menunjukkanbahawa
enam daripada sepuluh pemboleh ubah bebas iaitu PENGGREDAN, JENTRAK, BENIH, NASIHAT,
TAWARMENAWAR dan SULITPPK mempunyai kesan yang signifikan terhadap tingkat pendapatan
petani PPK Selama dalam tempoh sebulan. Ini dijelaskan secara ringkas dalam Jadual 4.
Jadual 4: Ringkasan Keputusan Model Logit Teranggar
Pembolehubah Bebas Koefisien Teranggar Ralat Piawai z-Statistik Probabiliti
Konstant -2.841331 0.736619 -3.857260 0.0001
PENGGREDAN 1.128772 0.308944 3.653645 0.0003
PENGANGKUTAN 0.567915 0.352021 1.613301 0.1067
JENTRAK 1.359760 0.415315 3.274042 0.0011
BENIH 0.607287 0.358058 1.696056 0.0899
NASIHAT 1.362799 0.350668 3.886294 0.0001
HARGAPPKTINGGI 0.273248 0.381835 0.715618 0.4742
HARGAIKUTGRED -0.310700 0.319662 -0.971966 0.3311
TAWARMENAWAR -0.546223 0.310822 -1.757353 0.0789
MODALPPK -0.381076 0.420667 -0.905885 0.3650
SULITPPK -0.706095 0.345315 -2.044783 0.0409
Berdasarkan Jadual 4, terdapat enam pemboleh ubah bebas yang mempunyai kesan signifikan. Kesan
signifikan ini merujuk kepada faktor-faktor yang dapat mempengaruhi tingkat pendapatan petani PPK
Selama sehingga berjaya melepasi garis kemiskinan rasmi negara. Koefisien teranggar bagi faktor
pemboleh ubah PENGGREDAN, JENTRAK dan NASIHAT adalah signifikan pada paras keertian 1
peratus (α = 0.01).
Hubungan positif yang signifikan bagi pemboleh ubah PENGGREDAN menjelaskan bahawa peningkatan
dalam khidmat penggredan, pembungkusan dan penyimpanan yang mengurangkan kos pemasaran
sebanyak 1% akan meningkatkan tingkat pendapatan petani sebanyak 1.13%. Oleh itu, peranan yang
dijalankan oleh PPK ini adalah berjaya dalam membantu petani keluar dari kepompong kemiskinan.
Pemboleh ubah JENTRAK mempunyai hubungan positif secara signifikan. Ini menjelaskan bahawa
peningkatan dalam khidmat jentera atau traktor mengurangkan kos pengeluaran. Pengurangan kos
pengeluaran akibat daripada peningkatan khidmat jentera atau traktor sebanyak 1% akan meningkatkan
tingkat pendapatan petani sebanyak 1.36%. Oleh itu, peranan khidmat jentera atau traktor (JENTRAK)
yang dijalankan oleh PPK adalah berjaya dalam membantu petani meningkatkan pendapatan petani
sehingga melepasi garis kemiskinan negara. Keputusan ini disokong oleh kajian Mat Nayan (1997) dan
Hamid (1990) yang menyatakan penggunaan teknologi pertanian yang kurang menyebabkan pemasaran
5Sila rujuk Lampiran B
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
52
pertanian menjadi lemah dan masalah ini dapat diatasi sekiranya petani melibatkan diri dengan
pertubuhan atau koperasi pertanian yang membantu menyediakan jentera moden.
Pemboleh ubah NASIHAT menunjukkan hubungan positif dan signifikan yang menjelaskan bahawa
peningkatan dalam khidmat nasihat dan tunjuk ajar oleh PPK sebanyak 1 kali akan meningkatkan tingkat
pendapatan petani sehingga melepasi garis kemiskinan negara sebanyak 1.36 kali. Oleh itu, peranan
khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang dijalankan oleh PPK adalah berjaya dalam membantu petani keluar
dari kemiskinan.
Manakala koefisien teranggar bagi pemboleh ubah SULITPPK menunjukkan signifikan pada paras
keertian 5 peratus.Walau bagaimanapun, tanda negatif bagi koefisien teranggar menunjukkan bahawa
apabila kesulitan untuk mendapatkan modal daripada PPK meningkat, kebarangkalian peningkatan
pendapatan petani adalah rendah. Koefisien teranggar bagi pemboleh ubah BENIH dan
TAWARMENAWAR pula adalah signifikan pada paras keertian 10 peratus. Hubungan positif secara
signifikan bagi pemboleh ubah BENIH menjelaskan bahawa peningkatan dalam khidmat penawaran
benih, baja dan racun dengan harga yang rendah melalui PPK dapat meningkatkan pendapatan petani.
Manakala bagi pemboleh ubah TAWARMENAWAR pula, tanda negatif bagi koefisien teranggar
menunjukkan bahawa apabila urusan tawar-menawar meningkat, kebarangkalian pendapatan petani
meningkat adalah rendah.
Pemboleh ubah bebas yang lain iaitu PENGANGKUTAN, HARGAPPKTINGGI dan
HARGAIKUTGRED pula adalah tidak signifikan dalam keputusan Model Logit ini.Pemboleh ubah
PENGANGKUTAN menunjukkan hubungan yang tidak signifikan dengan tingkat pendapatan petani,
tetapi tetap menunjukkan tanda positif bagi koefisien teranggar. Ini menunjukkan bahawa pemboleh ubah
tersebut tidak mempunyai kaitan dengan peningkatan pendapatan petani.
KESIMPULAN
Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa peranan yang dijalankan oleh PPK Selama, Kedah Darul
Aman telah menyebabkan lebih separuh daripada petani berjaya memperolehi pendapatan pada tingkat
RM750 dan ke atas iaitu melebihi paras kemiskinan rasmi negara dan seterusnya PPK berjaya membantu
meningkatkan pendapatan ekonomi mereka. Berdasarkan analisis deskriptif yang dilakukan, sembilan
daripada sepuluh pemboleh ubah bebas adalah signifikan bagi mempengaruhi peningkatan tingkat
pendapatan petani. Analisis permodelan ekonometrik menggunakan Model Logit turut membuktikan
bahawa peranan yang dijalankan oleh PPK dari segi khidmat penggredan, pembungkusan dan
penyimpanan, khidmat jentera dan traktor, pemberian benih, baja dan racun, khidmat nasihat dan tunjuk
ajar, urusan tawar-menawar harga melalui PPK dan kemudahan mendapatkan sumber kredit dan modal
daripada PPK mempengaruhi pendapatan petani. Dapatan kajian juga menunjukkan lebih separuh
daripada 310 orang petani PPK Selama, iaitu seramai 175 orang petani telah berjaya keluar daripada
kepompong kemiskinan kerana tingkat pendapatan yang diperolehi setelah bersama PPK telah melebihi
garis kemiskinan rasmi negara.Walau bagaimanapun, seramai 135 petani lagi yang masih mempunyai
pendapatan tidak melebihi RM750, tetap mengalami kemajuan dan peningkatan dari segi tingkat
pendapatan mereka selepas menjadi ahli PPK. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa tingkat pendapatan
bagi keseluruhan petani di Selama, Kedah Darul Aman meningkat selepas mereka menjadi ahli PPK
Selama, Kedah Darul Aman. Secara keseluruhannya, peranan PPK untuk membantu petani di Selama,
Kedah Darul Aman keluar daripada kepompong kemiskinan dan seterusnya meningkatkan tingkat
pendapatan mereka telah tercapai. Kajian ini menyarankan agar kerajaan meneruskan PPK untuk
membantu petani kerana dengan adanya PPK nasib petani lebih terbela.
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
53
RUJUKAN
Abu Bakar, M. S. (1987). Metodologi Penyelidikan Untuk Ekonomi dan Bidang-Bidang Berkaitan. Bangi,
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Chambo, S. A. (2009). Agricultural Co-Operatives: Role In Food Security and Rural Development. In Expert Group
Meeting on Co-operatives. New York.
Hamid, A. (1990). Photosynthesis, transpiration, dry matter accumulation and yield performance of mungbean plant
in response to water stress. Journal of the Faculty of Agriculture, Kyushu University, 35, 81-92.
Hassan, A. A. G. (1998). Gerakan Koperasi di Malaysia: Peranan dan Strategi Dalam Pembangunan Negara.
Sintok, Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research. Educational and Psychological
Measurements, 30, 607-610.
Marcus, L. (1994). Auto/biographical discourses: criticism, theory, practice. Oxford, Manchester: Manchester
University Press.
Marican, S. (2009). Penyelidikan Sains Sosial:Pendekatan Pragmatik. Puerto Rico: Edusystem Sdn Bhd.
Mat Nayan, S. A. (1997). Pengeluaran dan pemasaran sayur-sayuran di SemenanjungMalaysia:Kajian Kes di
Pusat Pengumpulan Ladang (PPL). Gelugor, Pulau Pinang: Univesiti Sains Malaysia.
Mohamed, F. A. (2004). Role of agricultural cooperatives in agricultural development: The case of Menoufiya
Governorate, Egypt. Unpublished PhD thesis, Rheinischen Friedrich-Wilhelms University. Retrieved from
http://hss.ulb.uni-bonn.de/2004/0469/0469.pdf.
Mohd Khusaini, A. (2010). Menjadikan Unit Peladang Sebagai Teras Pembangunan Sosioekonomi Ahli-ahli PPK.
Kuala Lumpur: Lembaga Pertubuhan Peladang.
Nwanko, O. (2013). Agricultural financing in Nigeria: An empirical study of Nigerian agricultural co-operative and
Rural Development Bank: 1990-2010. Journal of Management Research, 5, 28-44.
Raya, U. R. (2002). Koperasi Nelayan Kecil-Kecilan dan Kemiskinan: Analisis Peranan Koperasi Nelayan, Daerah
Semporna dan Kuala Penyu, Sabah. Gelugor, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Rogers, R. T. & Petraglia, L. M. (1994). Agricultural cooperatives and market performance in food manufacturing.
Journal of Cooperatives. Retrieved from
http://ageconsearch.umn.edu/bitstream/46399/2/Vol%209%201994%20Article%201.pdf.
Siebert, J. B. (2001). The Role of Bargaining Cooperatives in a Global Market Economy. Working Paper Series
No.10. Berkeley: University of California.
Sivar, C. & Hassan, S. K. (1994). Ekonomi Malaysia 4th Eddition. Petaling Jaya: Addison Wesley Longman.
Togap, T. (2006). Pola Restrukturisasi Usaha Pertanian dan Usaha Kecil Pedesaan serta Implementasinya Terhadap
Reposisi Kelembagaan Koperasi. Jurnal Pengkajian Koperasi, 1, 18-27.
Unit Perancang Ekonomi. (2012). Statistik Socio-Ekonomi. Retreived from http//www.epu.gov.my
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
54
Wang, X., Sun, L. & Zhang, Y. (2012).The empirical study on operating efficiency of agricultural cooperatives in
Langao. International Journal of Business and Management, 7, 60-69.
Xu, H. (2010). Analysis of the influencing factors of the farmer cooperatives rural human capital team’s formation-
based on Hubei 173 family’s date of 5 city. Chinese Agricultural Science Bulletin, 26, 342-346.
Xu, F., Qiu, L., & Xiao, L. (2011).Game analysis of the planting and breeding industry farmers’ professional
cooperative subject relationship under the background of accelerating development in agriculture
industrialization. Journal of Jiangxi Agricultural University, 6, 31-35.
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
55
LAMPIRAN A
JADUAL JANGKAAN-RAMALAN
**Percent of incorrect (default) prediction corrected by equation
Expectation-Prediction Evaluation for Binary Specification
Equation: EQ01
Date: 03/30/12 Time: 22:54
Success cutoff: C = 0.5
Estimated Equation Constant Probability
Dep=0 Dep=1 Total Dep=0 Dep=1 Total
P(Dep=1)<=
C 79 23 102 0 0 0
P(Dep=1)>C 56 152 208 135 175 310
Total 135 175 310 135 175 310
Correct 79 152 231 0 175 175
% Correct 58.52 86.86 74.52 0.00 100.00 56.45
% Incorrect 41.48 13.14 25.48 100.00 0.00 43.55
Total Gain* 58.52 -13.14 18.06
Percent
Gain** 58.52 NA 41.48
Estimated Equation Constant Probability
Dep=0 Dep=1 Total Dep=0 Dep=1 Total
E(# of
Dep=0) 77.29 57.71 135.00 58.79 76.21 135.00
E(# of
Dep=1) 57.71 117.29 175.00 76.21 98.79 175.00
Total 135.00 175.00 310.00 135.00 175.00 310.00
Correct 77.29 117.29 194.59 58.79 98.79 157.58
% Correct 57.25 67.02 62.77 43.55 56.45 50.83
% Incorrect 42.75 32.98 37.23 56.45 43.55 49.17
Total Gain* 13.71 10.57 11.94
Percent
Gain** 24.28 24.28 24.28
*Change in "% Correct" from default (constant probability) specification
Arifin & Ismail, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(2), 40-56
56
LAMPIRAN B
UJIAN HOSMER-LOMESHOW
Goodness-of-Fit Evaluation for Binary Specification
Andrews and Hosmer-
Lemeshow Tests
Equation: EQ01
Date: 03/30/12 Time: 22:55
Grouping based upon predicted risk (randomize ties)
Quantile of Risk Dep=0 Dep=1 Total H-L
Low High Actual Expect Actual Expect Obs Value
1 0.0142 0.1672 29 27.9475 2 3.05248 31 0.40252
2 0.1672 0.3098 21 23.6709 10 7.32908 31 1.27473
3 0.3209 0.4645 23 18.6343 8 12.3657 31 2.56408
4 0.4645 0.5542 17 15.2322 14 15.7678 31 0.40338
5 0.5546 0.6258 9 12.4460 22 18.5540 31 1.59409
6 0.6258 0.7051 13 10.3656 18 20.6344 31 1.00584
7 0.7051 0.7428 6 8.53325 25 22.4668 31 1.03768
8 0.7428 0.7721 7 7.14794 24 23.8521 31 0.00398
9 0.7721 0.8222 4 6.58355 27 24.4164 31 1.28722
10 0.8222 0.8887 6 4.43873 25 26.5613 31 0.64093
Total 135 135.000 175 175.000 310 10.2144
H-L Statistic 10.2144 Prob. Chi-Sq(8) 0.2503
Andrews Statistic 22.1139 Prob. Chi-Sq(10) 0.0145