PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN
AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN
FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.
MATNI SUWANTRI BT ARSHAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
iii
PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN
AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN
FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.
MATNI SUWANTRI BT ARSHAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iv iv
v
Teristimewa buat
suami tercinta ....
Mohd Rahim Mhd Isa
ayahanda dan bonda yang disayangi ....
Arshad Ismail & Ambun Hj Ahmad
kekanda dan adinda yang dikasihi ....
Zulkarnin Arshad & Zurita Shamsudin
Anita Kesuma Arshad & Mohd Nazmi serta keluarga
AdiTajaya Arshad & Norjee Shamsudin serta keluarga
Rezal Aezakamas Arshad
Ija Shahrizal Arshad
&
Anakandaku yang bakal dilahirkan tidak lama lagi ....
Kasih sayang, sokongan dan pengorbanan kalian tidak akan kulupakan
Buat sahabatku Mariatul Salmah Mohammad Ismail, tunjuk ajarmu dan bantuanmu
teramat kuhargai
Semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran .... Insyaallah
Terima Kasih
vi
PENGHARGAAN
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada
beberapa pihak yang telah membantu pengkaji untuk menyiap dan menyempurnakan
projek sarjana muda ini.
Terlebih dahulu, penyelidik ingin merakamkan penghargaan kepada pihak
Universiti Teknologi Malaysia yang telah menerima saya sebagai salah seorang
pelajar diantara ribuan yang ada.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada
Dr. Yayha bin Buntat di atas bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan perbincangan yang
telah diberikan sepanjang penyelidikan projek ini.
Tidak ketinggalan juga penyelidik mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan samaada secara langsung atau
tidak langsung dalam proses menyiapkan kertas projek sarjana muda ini.
Akhir sekali penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan di
Universiti Teknologi Malaysia di atas sokongan dan teguran yang bernas dalam
usaha untuk membantu memperbaiki dan menyempurnakan projek sarjana muda ini
dengan jayanya. Semoga apa yang dihasilkan akan memberi manfaat kepada semua
kerana usaha ini adalah kerana tuhan untuk manusia.
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti sama ada Pelajar PerdanaTahun Akhir
mengamalkan pengurusan masa belajar dan aktiviti kokurikulum dengan baik. Di
samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada
Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan mematuhi pengurusan masa yang
dibuat. Seramai 86 orang responden yang terdiri daripada Pelajar Perdana Tahun
Akhir di Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM
telah diambil sebagai sampel. Satu set 30 soalan soal selidik digunakan untuk
mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian ini. Sebelum
digunakan, soal selidik telah diuji kebolehpercayaan melalui kajian rintis. Nilai
kebolehpercayaan soal selidik ini adalah alpha = 0.93. Data maklumat yang
diperoleh telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical
Packages For The Social Science’ versi 14.0 dan penghuraian berdasarkan frekuensi,
peratus dan min. Hasil kajian mendapati bahawa pengurusan masa belajar, aktiviti
kokurikulum dan disiplin mereka di tahap sederhana. Manakala terdapat faktor
persekitaran yang mempengaruhi pengurusan masa Pelajar Perdana Tahun Akhir.
viii
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify whether senior prime student
practicing a good learning and co-curriculum activities time management. Besides,
this study is also looks upon surrounding and focus whether these students
disciplining themselves with time management they had prepared. 86 respondents
consisted of senior year students of Engineering and Technical Education
Department, Education Faculty, UTM are being selected for samples of this study. A
set of questionnaire (30 questions) is used to collect data needed for this study. The
reliability of this questionnaire was tested by pilot test. The reliability was alpha =
0.93. Those data had been analyzed by using the ‘Statistical Packages For The
Social Science’ version 14.0 software and then interpreted into frequencies,
percentages and means. The result of this study shows that the learning and co-
curriculum time management of prime students and their discipline are in average
state. There are some surrounding factors which affected their time management.
ix
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI GRAF xiii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan. 1
1.2 Latar Belakang Masalah. 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian. 5
1.5 Objektif Kajian 5
x
1.6 Rasional/Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop Kajian. 7
1.8 Batasan Kajian. 8
1.9 Definisi Terminologi 8
BAB 2 SOROTAN PENULIS
2.1 Pengenalan. 12
2.2 Kepentingan Pengurusan Masa. 12
2.3 Kajian Berkaitan 1 13
2.4 Pengurusan Masa Belajar 15
2.5 Kajian Berkaitan 2 17
2.6 Kepentingan Jadual Waktu 19
2.7 Kesimpulan 22
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Populasi dan Persampelan Kajian 25
3.4 Instrumen Kajian 25
3.4.1 Kajian Rintis 27
3.5 Prosedur Kajian 28
3.6 Analisis Data 28
3.7 Kesimpulan 29
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 30
4.2 Analisis Data 31
4.3 Analisis Bahagian A : Maklumat dan Profil
xi
Peribadi Responden 31
4.4 Analisis Bahagian B 36
4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 1 : Adakah
Pelajar Perdana Tahun Akhir menguruskan
masa belajar mereka dengan baik? 36
4.4.2 Analisis Setiap Item Persoalan Kajian 2 :
Adakah Pelajar Perdana Tahun Akhir dapat
menguruskan masa mereka untuk aktiviti
kokurikulum (persatuan/kelab) dengan baik? 39
4.4.3 Analisis Setiap Item Persoalan Kajian 3 :
Adakah faktor-faktor persekitaran mempengaruhi
pengurusan masa Pelajar Perdana Tahun Akhir? 41
4.4.4 Analisis Setiap Item Persolan Kajian 4 : Adakah
Pelajar Perdana Tahun Akhir mendisiplinkan diri
mereka dengan mematuhi pengurusan masa yang
dibuat? 43
4.5 Purata Min 46
4.6 Kesimpulan 47
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 48
5.2 Rumusan 49
5.3 Perbincangan 49
5.3.1 Bahagian A : Maklumat dan Profil Peribadi
Pelajar Perdana Tahun Akhir 50
5.3.2 Pengurusan Masa Belajar Pelajar Perdana
Tahun Akhir 50
5.3.3 Pengurusan Masa Pelajar Perdana Tahun
Akhir Bagi Aktiviti Kokurikulum 52
5.3.4 Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi
Pengurusan Masa Pelajar Perdana Tahun Akhir 53
5.3.5 Disiplin Pelajar Perdana Tahun Akhir Dengan
Mematuhi Pengurusan Masa Yang Dibuat 54
xii
5.4 Cadangan 55
5.5 Penutup 57
RUJUKAN 58
LAMPIRAN A 62
LAMPIRAN B 68
LAMPIRAN C 69
xiii
SENARAI GRAF
NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT
Graf 2.1 : Tahap kecergasan bagi peribadi jenis pagi 15
Graf 2.2 : Tahap kecergasan bagi peribadi jenis malam 15
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 : Jumlah Responden Berdasarkan Kursus 25
3.2 : Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian 26
3.3 : Skala Likert 5 Aras 26
3.4 : Tahap Bagi Setiap Nilai Min 29
3.5 Penggabungan Skala Likert 29
4.1 : Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Jantina 32
4.2 : Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Bangsa 32
4.3 : Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Kursus Yang Diikuti 33
4.4 : Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Tempat Tinggal Responden 33
4.5 : Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Penglibatan Diri Dengan Aktiviti Kokurikulum
(Persatuan/Kelab). 34
4.6 : Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Keputusan Pelajar (GPA) 34
4.7 : Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan
keputusan pelajar (CPA) 35
4.8 : Taburan Responden Mengikut Kekerapan,
Peratusan dan Min Bagi Persoalan Kajian 1 :
Pengurusan Belajar Pelajar Perdana Tahun Akhir. 36
xv
4.9 : Taburan Responden Mengikut Kekerapan,
Peratusan dan Min Bagi Persoalan Kajian 2 :
Pengurusan Masa Responden Bagi Aktiviti
Kokurikulum Seperti Menyertai Persatuan atau Kelab. 39
4.11 : Taburan Responden Mengikut Kekerapan,
Peratusan dan Min Bagi Persoalan Kajian 3 :
Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Pengurusan
Masa Pelajar Perdana Tahun Akhir. 41
4.12 : Taburan Responden Mengikut Kekerapan,
Peratusan dan Min Bagi Persoalan Kajian 4 :
Disiplin Pelajar Perdana Tahun Akhir Terhadap
Pengurusan Masa Yang Dibuat. 44
4.13 : Purata Min Bagi Setiap Persoalan Kajian 46
xvi
SENARAI SINGKATAN
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Memohon Maklumat Untuk Projek Sarjana Muda 62
B Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 68
C Soal Selidik Projek Sarjana Muda 69
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Masa itu emas (Omardin, 1998). Ungkapan ini sering kali diucapkan oleh
semua golongan masyarakat. Ini kerana masa itu amat penting dan berharga.
Kitaran masa yang sentiasa berdetik setiap saat, minit dan jam tidak akan dapat
ditambah atau ditolak. Dalam erti kata lain masa yang berlalu tidak mampu lagi
dikembalikan walaupun ditawarkan dengan harta berjuta sekalipun. Seorang saintis
terkenal dari Barat, Thomas Edison (1978) juga mengatakan bahawa time is the most
valuable thing in the world. Begitulah dengan kehidupan setiap individu, pasti akan
melalui masa 24 jam sehari. Tetapi bagaimana kita dapat menguruskan masa dengan
baik tanpa mensia-siakan walaupun sesaat.
Pengurusan masa yang sistematik dapat membantu kehidupan seseorang
dengan lebih terancang, teratur seterusnya menjadikannya berjaya. Pengurusan masa
bukanlah perkara yang asing bagi masyarakat kini. Untuk menguruskan masa
dengan berkesan, seseorang itu perlulah mempunyai disiplin diri yang teguh. Selaras
dengan Wawasan 2020 yang mengharapkan generasi pada masa akan datang akan
cemerlang dan gemilang untuk memimpin negara ke era yang moden.
2
Generasi muda terutamanya pelajar perlu mempunyai tahap kesedaran yang
tinggi dalam menguruskan masa untuk memastikan kejayaan milik mereka. Tidak
dinafikan rutin seseorang pelajar amat padat dipenuhi dengan belajar, mengulang
kaji, menyiapkan tugasan serta melakukan aktiviti rekreasi. Walau bagaimanapun
jika seseorang tersebut bijak menguruskan masa, tempoh 24 jam tersebut akan
mencukupi untuk melakukan segala rutin seorang pelajar. Salihan Sias (1991)
menekankan bahawa, seseorang yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan
dalam akademik dengan cemerlang haruslah bijak menggunakan masa yang mereka
ada.
Sementara itu, Islam juga amat mementingkan masa dalam kehidupan harian.
Allah S.W.T juga telah berfirman dalam surah Al-Ashr ayat 103 yang bermaksud :
‘Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam
kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal
saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan
nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran’
1.2 Latarbelakang Masalah
Ramai pelajar yang mengeluh disebabkan mereka kekurangan masa untuk
belajar termasuk pelajar-pelajar daripada UTM. Teh Liang Gie (1979) dalam Azmi
(2002) juga mengatakan bahawa, satu masalah yang paling utama dihadapi oleh
sebahagian mahasiswa ialah kesukaran dalam mengatur waktu belajar. Paul Treuer
(2002) dari Universiti Minnesota Duluth juga telah menulis bahawa kebanyakan
pelajar mempunyai masalah besar yang selalu dihadapi iaitu gagal menguruskan
masa . Seseorang yang gagal merancang masa dengan sistematik boleh
menyebabkan kegagalan dalam bidang akademik seperti belajar pada saat-saat akhir
3
ketika menjelang peperiksaan dan juga menumpukan lebih banyak masa pada aktiviti
sukan serta rekreasi.
Kajian Mohd Najib dan rakan-rakan (1997) dalam Kajian Prestasi Pelajar di
Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan terdapat pelajar yang tidak mempunyai
masa untuk mengulangkaji pelajaran kerana terlalu banyak tugasan lain. Tambahan
pula jadual waktu yang terlalu padat menyebabkan bebanan mereka semakin
meningkat.
Remaja kini terutamanya pelajar sering membuang masa dengan melakukan
perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak, membeli belah, berhibur dan
berbagai-bagai lagi. Ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengurusan masa
yang bijak. Saifuddin (1999) juga menyatakan;
i) Pelajar sering keluar membeli belah di pasar raya terutamanya pada
waktu mereka mendapat biasiswa mahupun pinjaman. Ini adalah satu
tabiat pelajar yang tidak boleh diamalkan kerana ianya membazir dan
membuang masa;
ii) Pelajar juga sering bersembang kosong digerai-gerai makan dan
menonton televisyen. Mereka juga pergi ke pusat-pusat hiburan
seperti berkaraoke yang sepatutnya tidak wajar dilakukan.
Kenyataan Omardin (1998) juga mengukuhkan kata-kata Saifuddin (1999)
iaitu manusia banyak membazirkan masa mereka. Mereka menganggap masa itu
adalah masa lapang. Ada yang melepak dan berlagak senang untuk menghabiskan
masa yang terluang itu. Setengah orang suka merayau-rayau membuat kerja yang
kurang berfaedah. Mereka akan merayau-rayau di pusart-pusat membeli belah dan
taman hiburan.
4
Di samping itu juga pelajar yang bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum
perlu mempunyai jadual untuk mengelakkan pelajaran mereka terabai (Azmi Jaafar,
2002) .
Manusia sentiasa melakukan berbagai-bagai kegiatan sepanjang hayat
mereka. Masyarakat Barat juga telah banyak melakukan penyelidikan mengenai
masa di sepanjang hayat mereka. Persoalannya, adakah pelajar menguruskan masa
dengan menggunakan kaedah yang terbaik sekali. Bagaimapun, pelajar sering
diingatkan untuk menguruskan masa secara teratur dalam hal hidup mereka. Dengan
pengurusan masa yang teratur akan menjadikan manusia itu berjaya mencapai
kejayaan dan kesenangan dalam hidup mereka.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan kajian Omardin (1998) dan Mohd Ghani (1992) dalam Aik
(1999) juga mendapati bahawa terdapat berbagai-bagai masalah dan kelemahan dari
segi pengurusan masa pelajar. Ini menunjukkan masa adalah sangat penting dan
mempunyai pengaruh yang besar terhadap prestasi pelajar. Oleh itu penyelidik ingin
meninjau pengurusan masa di kalangan Pelajar Perdana Tahun Akhir Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Awam, Elektrik, Kemahiran Hidup dan
Jentera. Aspek yang ingin dikaji adalah melibatkan pengurusan masa belajar dan
aktiviti kokurikulum seperti menyertai persatuan. Di samping itu juga pengkaji ingin
mengkaji faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi pengurusan masa pelajar
serta melihat aspek disiplin diri terhadap pengurusan masa yang dibuat.
5
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini dilakukan adalah berpandukan kepada beberapa aspek tertentu
seperti berikut :
1.4.1 Adakah Pelajar Perdana Tahun Akhir menguruskan masa belajar
mereka dengan baik?
1.4.2 Adakah Pelajar Perdana Tahun Akhir dapat menguruskan masa
mereka untuk aktiviti kokurikulum (persatuan/kelab) dengan baik?
1.4.3 Adakah faktor-faktor persekitaran mempengaruhi pengurusan masa
Pelajar Perdana Tahun Akhir?
1.4.4 Adakah Pelajar Perdana Tahun Akhir mendisiplinkan diri mereka
dengan mematuhi pengurusan masa yang dibuat?
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut;
1.5.1 Mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana Tahun Akhir dapat
menguruskan masa belajar mereka dengan baik.
6
1.5.2 Mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana Tahun Akhir dapat
menguruskan masa mereka untuk aktiviti kokurikulum
(persatuan/kelab) dengan baik.
1.5.3 Mengenal pasti sama ada faktor-faktor persekitaran mempengaruhi
pengurusan masa Pelajar Perdana Tahun Akhir.
1.5.4 Mengenal pasti disiplin diri Pelajar Perdana Tahun Akhir dengan
mematuhi pengurusan masa yang mereka dibuat.