BAB ENAM
BAB ENAM
ANALISIS MAKNA PENGKHUSUSAN DALAM
SURAH AL-BAQARAT
6.0 Pendahuluan
Bab ini akan menganalisis bentuk pendepanan yang melibatkan ayat-ayat al-Qur’an
daripada surah al-Baqarat secara terperinci berdasarkan bentuk-bentuk pendepanan yang
berlaku dan cara ia memberi impak terhadap makna serta proses penterjemahan al-Qur’an
al-Karim. Bab ini turut menyatakan terjemahan cadangan bagi ayat-ayat yang mengalami
pendepanan tersebut.
6.1 Latar Belakang Surah al-Baqarat
Surah al-Baqarat diturunkan di Madinah, kecuali ayat 281, yang diturunkan di Mina, iaitu
ketika berlangsungnya Haji Wada‘. Selain itu, sebahagian besar daripada surah ini
diturunkan pada tahun pertama Hijrah dan ia merupakan surah terpanjang dalam al-Qur’an.
Malah ayat terpanjang dalam al-Qur’an juga terdapat dalam surah ini iaitu ayat ke 282
(Ahmad Mustafa: al-Mara:ghiyy,2001:1,27, edisi Terjemahan oleh Muhammad
Thalib). Menurut ‘Akramat: “Surah pertama yang diturunkan di Madinah ialah surah al-
Baqarat” (al-Wa:hidiyy al-Naysa:bu:riyy: 11, dinukilkan oleh al-Zuhayliyy,2001: 1-
2,68).
306
6.1.1 Sebab Dinamakan al-Baqarat
Surah ini dinamakan ‘al-Baqarat’ kerana dalamnya disebutkan kisah penyembelihan lembu
betina yang diperintahkan Allah kepada bani Israil bagi mengenal pasti pembunuh. Ia
dilakukan dengan memukul mayat tersebut dengan satu bahagian daripada lembu betina
tersebut. Lalu, mayat tersebut hidup dan memberitahu mereka pembunuhnya. Kisah
tersebut bermula dari ayat 67 dalam surah ini. Ia merupakan satu kisah yang menarik (al-
Zuhayliyy, 1991: 1-2,71).
6.1.2 Topik Penting dalam Surah al-Baqarat
Surah ini mengandungi dua topik utama yang menjadi pokok perbicangan, iaitu ia
membicarakan pendirian bani Israil terhadap dakwah Islam di Madinah dan cara mereka
menyambut dakwah itu dan menentang Rasulullah s.a.w dan golongan muslimin yang
muncul hasil dari dakwah tersebut.
Dari sudut yang lain pula, ia membicarakan tentang pendirian golongan muslimin pada
awal peringkat pertumbuhannya dan pada peringkat persediaan menyiapkan diri mereka
untuk memikul amanah dakwah dan khilafah (Sayyid Qutb,1992:1,28).
Kandungan surah al-Baqarat ini, pada umumnya terbahagi kepada dua bahagian:
Dalam bahagian yang pertama, kecuali beberapa ayat pada permulaan surah ini yang
menegaskan kebenaran al-Qur’an, menerangkan sifat orang-orang yang beriman, orang-
307
orang kafir dan orang-orang munafik, dan menyeru umat manusia seluruhnya supaya
menyembah Allah Yang Maha Esa dan jangan mempersekutukanNya dengan sesuatu yang
lain, serta diterangkan tentang kejadian manusia, alam langit dan bumi, tentang balasan
baik (nikmat syurga), dan balasan buruk (azab neraka), dan juga tentang perihal Nabi
Adam a.s serta keingkaran iblis. Mulai dari ayat 39, firman Allah s.w.t ditujukan kepada
kaum musyrik Arab dan kaum Yahudi supaya mereka memeluk Islam dengan beriman
kepada Kitab Allah (al-Qur’an) dan kepada RasulNya, Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam bahagian yang kedua diterangkan secara meluas hukum-hukum syarak bagi
mengatur kehidupan umat Islam yang meliputi ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat
serta soal-soal umum yang lain.
6.1.3 Fadilat (Kelebihan) Surah al-Baqarat
Surah al-Baqarat mempunyai fadilat yang banyak. Ia disebut القرآن فسطاط
(Khemah al-Qur’an) disebabkan oleh kebesaran dan kehebatannya. Di samping terdapat
banyak hukum dan peringatan dalamnya (al-Zuhayliyy,2001:1-2,71). Abu: Hurayrat r.a
mengatakan, Nabi s.a.w bersabda: “Jangan kamu jadikan rumahmu bagaikan kubur.
Sesungguhnya rumah yang dibaca dalamnya surah al-Baqarat tidak dimasuki syaitan.”
(Diriwayatkan oleh Muslim dan al-Tarmi:dhiyy, dinukilkan oleh al-Zuhayliyy, ibid). Sahl
bin Sa‘ad mengatakan, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya segala sesuatu ada
bonggol yang tinggi dan bonggol al-Qur’an surah al-Baqarat, dan siapa yang membaca di
rumahnya waktu malam tidak akan dimasuki syaitan tiga malam, dan siapa yang
membacanya siang hari tidak akan dimasuki syaitan tiga hari” (Diriwayatkan oleh Abu:
308
Qa:sim al-Tabra:niyy, Abu: Ha:tim dan Ibn Hibba:n, dinukilkan oleh Ibn
Kathi:r,1990:1,32).
Maqil bin Yasar r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: “Surah al-Baqarat bagaikan bonggol al-
Qur’an, bahkan puncaknya, turun bersama tiap ayat 80 malaikat dan diambilkan ayat kursi
dari bawah Arash untuk disambung dalamnya. Dan surah Ya:sin bagaikan jantung al-
Qur’an, sesiapa yang membaca Ya:sin dengan ikhlas kerana Allah dan mengharap pahala
akhirat pasti diampunkan baginya, dan bacakan Ya:sin bagi orang matimu (akan mati)”
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dinukilkan oleh Ibn Kathi:r,1990: 1,31).
Abu: Hurayrat r.a berkata: Rasulullah s.a.w akan mengirim pasukan tentera yang banyak,
lalu baginda menguji mereka yang membaca al-Qur’an dengan apa-apa yang mereka hafal.
Tiba-tiba ada seorang pemuda yang termuda apabila ditanya oleh baginda, “Apakah yang
kamu hafal?” Jawabnya, “Beberapa surah dan juga surah al-Baqarat”. Nabi s.a.w bertanya
lagi, “Apakah kamu telah menghafal surah al-Baqarat?” Jawabnya, “Ya.” Maka Nabi s.a.w
bersabda, “Pergilah dan jadilah kamu pemimpin mereka” (Diriwayatkan oleh al-
Tarmi:dhiyy, al-Nasa:’iyy dan Ibn Ma:jah, dinukilkan oleh Ibn Kathi:r,1990: 1,32).
Dalam riwayat al-Sha‘biyy, Abdullah bin Mas‘u:d berkata, “Siapa yang membaca sepuluh
ayat dari surah al-Baqarat pada waktu malam maka rumahnya tidak dimasuki syaitan
malam itu, iaitu empat ayat dari mulanya dan ayat kursi serta dua ayat berikutnya dan tiga
ayat terakhir” (Ibn Kathi:r,1990: 1,131).
309
Dalam riwayat yang lain, pada hari itu tidak akan didekati syaitan atau sesuatu yang tidak
disukainya. Bahkan jika dibacakan pada orang gila mungkin akan sembuh (gila yakni
kemasukan syaitan (ibid).
Hadis-hadis yang dinyatakan sebelum ini menunjukkan betapa besarnya fadilat surah al-
Baqarat sehingga ia dianggap sebagai khemah al-Qur’an dan bonggolnya. Malah ia
dijadikan sebagai satu syarat dalam pemilihan pemimpin serta dijadikan sebagai
pendinding diri dan rumah daripada gangguan syaitan dan iblis.
6.1.4 Pemilihan Surah al-Baqarat sebagai Data Kajian
Surah ini dijadikan sebagai data kajian adalah berdasarkan kepada kandungan yang
terdapat dalamnya yang mempunyai hubung kait dengan makna pengkhususan. Kandungan
dalam surah ini menyebut mengenai kekuasan Allah s.w.t dan asas yang paling utama bagi
agama Islam ialah tauhid uluhihiyyah ( ة توحيد األلوهي ) iaitu mengkhususkan Allah s.w.t
sebagai pencipta yang perlu disembah. Kandungannya yang sebegini dilihat sangat
bersesuaian dalam memperlihatkan makna pengkhususan. Ia turut membantu dalam
memperlihatkan bentuk-bentuk pendepanan secara praktikalnya dan kesannya kepada
terjemahan makna al-Qur’an.
Surah ini juga menunjukkan kaedah pendepanan sebagai satu gaya bahasa yang digunakan
dalam al-Qur’an bagi menerangkan hakikat tauhid serta seruan ke arah memperkukuh
hakikat tersebut dalam diri insan. Malah ayat yang mengalami pendepanan bukan sahaja
digunakan untuk menerangkan ketauhidan dan kesempurnaan Allah tetapi turut digunakan
310
untuk menafikan Allah dari sebarang penyekutuan dan keberhalaan. Ia sudah tentu
melibatkan makna pengkhususan.
Surah ini juga menyatakan bahawa punca kebahagian di dunia dan akhirat adalah mengikut
agama dan usul agama yang tiga iaitu beriman kepada Allah dan rasulNya, beriman kepada
hari akhirat dan berbuat amal soleh.
6.2 Analisis Makna Pengkhususan terhadap Terjemahan Arab - Melayu dalam Surah
al-Baqarat
Bagi ayat namaan susunan asalnya ialah dengan mendahulukan subjek daripada predikat.
Manakala struktur asal bagi ayat kerjaan adalah mendahulukan kata kerja daripada pelaku
dan unsur-unsur pelengkap. Struktur ini perlu diikuti kecuali sekiranya terdapat kaedah dan
situasi tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli nahu.
Namun begitu, ahli-ahli balaghah berpendapat bahawa perubahan susunan yang melibatkan
proses pendepanan mana-mana unsur ayat dalam struktur ayat bahasa Arab mempunyai
faedah dan tujuan yang tertentu dari segi semantik. Salah satunya ialah makna
pengkhususan yang berkait rapat dengan aspek balaghah. Oleh itu, ulasan yang akan
diberikan dalam bab ini adalah lebih tertumpu kepada analisis berdasarkan aspek balaghah.
Di samping itu, biarpun bahasa sasaran tidak berupaya sepenuhnya menterjemah unsur-
unsur tersebut dalam bentuk struktur yang sama, mungkin ada cara yang sesuai untuk
menyampaikan makna yang dimaksudkan.
311
Berdasarkan data yang dikumpul dari ayat-ayat al-Qur’an yang terdapat dalam surah al-
Baqarat, unsur pendepanan yang dianalisis adalah melibatkan aspek pendepanan
penyandar, pendepanan pesandar dan pendepanan unsur-unsur pelengkap terhadap agen
fleksi. Penghuraiannya adalah seperti berikut:
6.2.1 Pendepanan Penyandar
Pendepanan penyandar yang dianalisis dalam surah al-Baqarat ialah pendepanan dari
predikat kata kerja. Ia mempunyai tiga bentuk, iaitu:
1. Penyandar tidak melibatkan partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja.
2. Penyandar terletak selepas partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja.
3. Partikel nafi terletak selepas penyandar dan pesandar ialah kata kerja.
6.2.1.1 Penyandar Tidak Melibatkan Partikel Nafi dan Pesandar adalah Kata Kerja
Struktur ayat sebegini menurut ahli balaghah bertujuan untuk (Muhammad Abu:
Mu:sa:,tt,1980:170 dan 176):
1. Penegasan (وكيد (الت2. Pengkhususan
Pendepanan penyandar terhadap subjek kata kerja dalam ayat penyata bertujuan sama ada
bermaksud pengkhususan atau penegasan bersesuaian dengan konteks dan keadaan ayat.
312
Jelas sekali, pengkhususan turut membawa maksud penegasan. Ini kerana setiap
pengkhususan bermaksud penegasan tetapi tidak sebaliknya (Basyu:niyy,1989:77).
Sementara itu, pendepanan penyandar terhadap subjek kata kerja dalam ayat penyata dari
sudut balaghah adalah bertujuan memberi maksud pengkhususan berdasarkan situasi dan
keadaan. Maksud ini dapat dilihat pada ayat-ayat yang mengalami pendepanan sebegini
dalam surah al-Baqarat seperti yang terdapat dalam jadual 6.1 di bawah.
Jadual 6.1Terjemahan pendepanan penyandar tidak melibatkan partikel nafi dan pesandar
adalah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan menurut Pimpinan Ar-Rahman
No. No. Ayat
Ayat al-Qur’an
1. 33 ماوات غيب أعلم إ�ني واألرض السTerjemahan bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi2. 105 يشاء من برحمته يختص والله
Terjemahan Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya;
3. 113 القيامة يوم بينهم يحكم فاللهTerjemahan Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada
hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.4. 212 حساب بغير يشاء من يرزق والله
Terjemahan Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
5. 213 صراط إلى يشاء من يهدي والله مستقيمTerjemahan Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa
yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
6. 216 يعلم واللهTerjemahan Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),7. 220 المصلح من المفسد يعلم والله
Terjemahan dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya.
313
8. 232 يعلم واللهTerjemahan Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk
kamu)9. 235 أنفسكم في ما يعلم الله أن
Terjemahan Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu
10. 245 ويبسط يقبض واللهTerjemahan Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan
(pemberian rezeki) 11. 247 يشاء من ملكه يؤتي واللهTerjemahan Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan
kepada sesiapa yang dikehendakiNya12. 253 يريد ما يفعل الله ولـكنTerjemahan tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.13. 258 مس يأتي الله فإن المشرق من بالشTerjemahan "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur14. 261 يشاء لمن يضاعف واللهTerjemahan Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa
yang dikehendakiNya,15. 268 منه مغفرة يعدكم والله وفضالTerjemahan sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya
serta kelebihan kurniaNya.16. 270 يعلمه الله فإنTerjemahan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya
Jadual 6.1 menunjukkan ayat-ayat dari surah al-Baqarat yang penyandarnya mengalami
proses pendepanan dan membawa maksud pengkhususan. Hanya Allah s.w.t yang
berkuasa melakukan perbuatan-perbuatan tersebut dan tiada yang selainNya mampu
melaku perkara tersebut. Sementara itu, terdapat 16 ayat dalam surah al-Baqarat yang
menunjukkan pendepanan dalam bentuk ini. Jika dianalisis secara terperinci, majoriti ayat
iaitu sebanyak 15 ayat menunjukkan penyandarnya ialah lafaz الله (Allah). Sementara itu,
terdapat satu ayat yang penyandarnya ialah kata ganti nama yang merujuk kepada Allah.
314
Berdasarkan ayat-ayat di atas, majoriti pendepanan penyandar ini memberi kesan terhadap
makna, iaitu menyatakan keesaan yang khusus hanya kepada Allah s.w.t tuhan sekalian
Alam. Hanya Dia yang layak untuk disembah, memperlihatkan keindahan ciptaanNya dan
menolak penyukutuanNya dengan sesuatu yang lain serta penyembahan berhala yang
berleluasa sebelum penurunan al-Qur’an al-Karim. Di samping itu, ia juga memberi kesan
dari sudut makna iaitu menerangkan sifat-sifat yang khusus untuk ketuhanan Allah.
Ayat-ayat yang menyatakan mengenai keesaan Allah ini, menjelaskan bahawa Allah sahaja
tuhan yang disembah, yang menjadikan, yang mencipta dan yang mengurus. Ini dapat
dilihat dalam ayat 29, 105 dan ayat 113 dari surah al-Baqarat:
يشاء من برحمته يختص والله ﴿ ﴾(al-Baqarat: 105)
Pengertiannya: Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
﴾ القيامة يوم بينهم يحكم فالله ﴿(al-Baqarat: 113)
Pengertiannya: Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.
Malah, ayat yang menyatakan mengenai keesaan Allah ini turut mengkhususkan Allah
sebagai tuhan yang berkuasa menganugerahkan nikmat yang banyak kepada hamba-
hambaNya. Ini dapat dilihat dalam ayat 212 dan ayat 245 dari surah al-Baqarat:
315
حساب بغير يشاء من يرزق والله ﴿ ﴾(al-Baqarat: 212)
Pengertiannya: Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
ويبسط يقبض والله ﴿ ﴾(al-Baqarat: 245)
Pengertiannya: Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Sementara itu, ayat-ayat yang menerangkan sifat-sifat yang khusus untuk Allah sebagai
tuhan, menyebut sifat-sifat seperti pemurah, pengasih, pengampun dan mengetahui. Ini
dapat dilihat dalam lima ayat iaitu 213, 216, 220, 261 dan 268 dari surah al-Baqarat:
صراط إلى يشاء من يهدي والله ﴿ مستقيم ﴾(al-Baqarat: 213)
Pengertiannya: Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
يعلم والله ﴿ ﴾(al-Baqarat: 216)
316
Pengertiannya: Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu)
المصلح من المفسد يعلم والله ﴿ ﴾(al-Baqarat: 220)
Pengertiannya: dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya.
يشاء لمن يضاعف والله ﴿ ﴾(al-Baqarat: 261)
Pengertiannya: Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya,
منه مغفرة يعدكم والله ﴿ وفضال ﴾(al-Baqarat: 268)
Pengertiannya: sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya.
Berdasarkan ayat-ayat di atas kita boleh membuat analisis mengenai aplikasi terjemahan
makna pengkhususan yang dilakukan oleh penterjemah adalah seperti yang dinyatakan
dalam jadual 6.2 di bawah.
317
Jadual 6.2Aplikasi terjemahan yang melibatkan pendepanan penyandar tidak melibatkan
partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan
Makna Pengkhususan
Diterjemah Tidak diterjemah Bil. AyatBentuk
3 13
Penggunaan Kata Penegas
- Sahaja -- Cuma -- Hanya -- Jua 3- Yang 3- Semata-mata -- Partikel lah 3
Struktur Teks Sumber
Dikekalkan Tidak dikekalkan Bil. AyatBentuk
3 13
Pendepanan Predikat 3Jumlah Ayat 16
Jadual 6.2 di atas memperlihatkan aplikasi penggunaan kata penegas makna pengkhususan
yang digunakan oleh penterjemah dalam terjemahan surah al-Baqarat yang melibatkan
pendepanan penyandar tidak melibatkan partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja yang
membawa maksud pengkhususan. Pendepanan penyandar terhadap subjek kata kerja dalam
ayat penyata bertujuan sama ada bermaksud pengkhususan atau penegasan bersesuaian
dengan konteks dan keadaan ayat. Jelas sekali, pengkhususan turut membawa maksud
penegasan. Ini kerana setiap pengkhususan bermaksud penegasan tetapi tidak sebaliknya.
Oleh yang demikian, analisis deskriptif ini cuba melihat bentuk pendepanan sebegini yang
diterjemahkan oleh penterjemah secara teknik penterjemahan tidak langsung. Berdasarkan
jadual tersebut, sebanyak tiga ayat telah ditemui dalam terjemahan tersebut yang
318
mengaplikasi makna pengkhususan. Kata penegas jua digunakan sebanyak tiga kali, yang
tiga kali dan partikel lah 3 kali. Manakala pendepanan predikat digunakan sebanyak tiga
kali.
Berdasarkan konsep terjemahan dinamis pula, pendekatan dinamis bukan bersifat
pemadanan satu lawan satu antara bahasa teks sumber dan bahasa teks sasaran. Pendekatan
jenis ini lebih mementingkan kerelevenan konteks dalam budaya teks sasaran
(Nida,1964:159). Di samping itu, terjemahan dinamis bermaksud bahawa mesej teks asal
dipindahkan ke teks asal dengan harapan dan kesan pembacaan terhadap pembaca kedua
sama dengan pembaca teks asal (Nida dan Taber,1969:200).
Berdasarkan prinsip kesan pembacaan terhadap pembaca kedua sama dengan pembaca teks
asal di atas maka penterjemah telah memperlihatkan kesan makna pengkhususan tersebut
dalam ayat 216, 245 dan 247 dari surah al-Baqarat:
Ayat 216; “Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu)”
Ayat 245; “Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan
(pemberian rezeki)”
Ayat 247; “Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan
kepada sesiapa yang dikehendakiNya”.
Dalam terjemahan makna tiga ayat di atas, penterjemah telah menterjemah struktur ayat
yang melibatkan pendepanan penyandar tidak melibatkan partikel nafi dan pesandar ialah
kata kerja yang membawa maksud pengkhususan dengan melibatkan penggunaan kata
penegas yang membawa maksud pengkhususan. Pemilihan kata penegas jua yang
319
digunakan sesuai dalam konteks bahasa sasaran. Penyamaan perkataan jua ialah hanya,
sahaja, juga, pun. Dalam konteks yang diberi dalam penggunaan kata penegas jua di atas
lebih menjurus kepada makna hanya dan sahaja. Di samping itu, dari segi penggunaan
bahasa, penterjemah juga tidak melibatkan pendepanan predikat dalam terjemahannya
kerana struktur pendepanan sebegini adalah sama dengan struktur asal bagi ayat bahasa
Melayu.
Namun begitu, kewujudan ayat-ayat yang diterjemah menggunakan partikel lah yang
disebut partikel pementing predikat dan penggunaannya berkaitan dengan proses
penyongsangan ayat memperlihatkan kesedaran penterjemah tentang peranan pendepanan
penyandar yang membawa maksud pengkhususan dalam struktur ayat bahasa Arab. Apatah
lagi ditambah dengan penggunaan kata yang, yang menurut Za’aba penutur akan
menggunakannya apabila dia bermaksud untuk mengasingkan kata nama atau ganti nama
tersebut daripada kata nama dan ganti nama lain yang tidak bersifat sedemikian. Maksud
yang digambarkan oleh Za’aba bersesuaian dengan maksud pengkhususan itu sendiri.
Berdasarkan pendekatan terjemahan dinamis kerelevenan konteks dalam budaya sasaran
lebih dipentingkan. Struktur ayat yang melibatkan pendepanan penyandar tidak melibatkan
partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan terpaksa
diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai hanya, cuma, sahaja dan jua. Hal ini kerana
unsur pengkhususan tidak terdapat dalam pendepanan struktur ayat bahasa Melayu. Yang
ada hanyalah penyonsangan ayat sebagai tanda fokus utama dan penegasan.
320
Ayat “Allah mengetahui (semua itu)” berbeza dengan ayat “Allah jualah yang mengetahui
(semua itu)” dari segi pendekatan terjemahan. Ayat pertama menggunakan pendekatan
secara penterjemahan langsung manakala ayat kedua menggunakan penterjemahan secara
tidak langsung. Di sini, penterjemah telah menggunakan pendekatan penterjemahan tidak
langsung ketika menterjemah ayat tersebut. Penterjemah telah mengubah proposisi asal
dengan menambah “Allah jualah yang”. Dari segi makna proposisi, “Allah jualah yang”
memberi erti tidak terus yang bermaksud menyatakan Allah s.w.t sahaja yang mengetahui
semua itu dan menafikan selain-Nya. Oleh itu, bagi pembaca Muslim yang beriman dengan
keesaan Allah s.w.t akan bertambah keimanannya serta dapat melihat struktur ayat ini selari
dengan tuntutan konsep tauhid iaitu tiada Tuhan melainkan Allah. Manakala bagi pembaca
yang mempercayai adanya Tuhan tetapi tidak beriman kepada Allah, berdasarkan proposisi
“Allah jualah yang”, akan dapat memahami kepercayaan mereka selama ini telah dinafikan
dalam ayat tersebut. Bahkan Tuhan mereka bukanlah Tuhan yang sebenar kerana Tuhan
tersebut mempunyai sifat kelemahan iaitu sifat tidak mengetahui. Oleh itu, ayat yang
mengalami pendepanan sebegini harus diterjemahkan secara tidak langsung agar pembaca
sasaran dapat merasai kesan yang sama seperti pembaca teks asal. Menurut teori dinamis,
mesej teks asal dipindahkan ke teks sasaran dengan harapan kesan pembacaan terhadap
pembaca kedua sama dengan pembaca teks asal. Malah persamaan itu bukanlah sekadar
pemindahan bentuk bahasa bagi satu perkataan asal sahaja, tetapi haruslah merangkumi
pemindahan sehampir mungkin makna semantik, bentuk umum dan kesan. Oleh itu,
menurut Nida persamaan dinamis ialah persamaan semula jadi yang paling hampir bagi
teks bahasa sumber.
321
Begitu juga dengan ayat 245 “Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang
meluaskan (pemberian rezeki)” dan ayat 247 “Dan (ingatlah), Allah jualah yang
memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya”. Penterjemah
sekali lagi telah mengubah proposisi asal dengan menambah “Allah jualah yang”.
Berdasarkan teori dinamis pendekatan penterjemahan sebegini menunjukkan kerelevanan
konteks dalam budaya sasaran dipentingkan oleh penterjemah. Bahkan penterjemah
mengharapkan kesan pembacaan terhadap pembaca kedua sama dengan pembaca teks asal.
Di samping itu, tugas utama penterjemah ialah menyalin semula maklumat yang
terkandung dalam teks sumber ke dalam bahasa penerima. Justeru itu, dalam proses ini
banyak penyesuaian tatabahasa dan perkataan mesti dilakukan. Di dalam menjalankan
tugasnya, penterjemah juga dikehendaki mencari bentuk-bentuk yang sama, bukan yang
serupa. Dalam perkataan lain tugasnya adalah untuk menyalin semula maklumat, bukan
bentuk bagaimana maklumat itu diungkapkan.
Berdasarkan penterjemahan ini, penterjemah telah melakukan teknik penterjemahan tidak
langsung kerana makna penterjemahannya mempertimbangkan makna implisit struktur ayat
teks sumbernya iaitu pengkhususan. Malah, penterjemah juga telah menggunakan partikel
lah yang disebut partikel pementing predikat dan penggunaannya berkaitan dengan proses
penyongsangan ayat bagi membentuk persamaan seperti yang terdapat dalam teks sumber.
Ini memberi petunjuk kepada kita bahawa penterjemah tahu mengenai peranan yang
dimainkan oleh pendepanan pesandar dalam struktur ayat bahasa Arab dan
mempertimbangkannya dalam terjemahan beliau. Walau bagaimanapun, penterjemah tidak
melakukannya secara menyeluruh dalam terjemahan beliau.
322
Sementara itu, sekiranya kita menterjemah ayat yang melibatkan pendepanan penyandar
dan predikatnya kata kerja, kita perlu melihat kepada konteks ayatnya terlebih dahulu.
Sekiranya konteks ayat menunjukkan bahawa konstruksi tersebut dipilih adalah untuk
bermaksud pengkhususan, sewajarnyalah ayat-ayat di atas seperti ayat 113, 212 dan 213
perlu diterjemahkan sebagai:
“Maka hanya Allahlah yang akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada
hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya”.
(al-Baqarat: 113)
“Dan (ingatlah), cuma Allahlah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang
dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya)”.
(al-Baqarat: 212)
“Dan Allahlah sahaja yang sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa
yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)”.
(al-Baqarat: 213)
Jadual 6.3 di bawah memperlihatkan terjemahan cadangan yang mempertimbangkan makna
pengkhususan iaitu implikasi dari pendepanan penyandar yang tidak melibatkan partikel
nafi dan pesandar ialah kata kerja. Terjemahan yang telah memperlihatkan unsur
pengkhususan sebelum ini dikekal oleh penulis.
323
Jadual 6.3Terjemahan cadangan yang melibatkan pendepanan penyandar tidak melibatkan partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan
No. No. Ayat
Ayat al-Qur’an
1. 33 ماوات غيب أعلم إ�ني واألرض السTerjemahan
cadanganbahawasanya hanya Akulah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi
2. 105 يشاء من برحمته يختص واللهTerjemahan
cadanganPadahal cuma Allahlah yang berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya;
3. 113 القيامة يوم بينهم يحكم فاللهTerjemahan
cadanganMaka Allah sahajalah yang akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.
4. 212 حساب بغير يشاء من يرزق واللهTerjemahan
cadanganDan (ingatlah), hanya Allahlah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
5. 213 صراط إلى يشاء من يهدي والله مستقيمTerjemahan
cadanganDan cuma Allahlah yang sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
6. 216 يعلم واللهTerjemahan
cadanganAllah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),
7. 220 المصلح من المفسد يعلم واللهTerjemahan
cadangandan hanya Allahlah yang mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya.
8. 232 يعلم واللهTerjemahan
cadanganDan (ingatlah), cuma Allahlah yang mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu)
9. 235 أنفسكم في ما يعلم الله أنTerjemahan
cadanganDan ketahuilah sesungguhnya Allah sahajalah yang mengetahui apa yang ada dalam hati kamu
10. 245 ويبسط يقبض واللهTerjemahan
cadanganDan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki)
11. 247 يشاء من ملكه يؤتي واللهTerjemahan
cadanganDan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya
12. 253 يريد ما يفعل الله ولـكن324
Terjemahan cadangan
tetapi Allah jualah yang melakukan apa yang dikehendakiNya.
13. 258 مس يأتي الله فإن المشرق من بالشTerjemahan
cadangan"Sesungguhnya Allah sahajalah yang menerbitkan matahari dari timur
14. 261 يشاء لمن يضاعف واللهTerjemahan
cadanganDan (ingatlah), cuma Allahlah yang akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya,
15. 268 منه مغفرة يعدكم هلوال وفضالTerjemahan
cadangansedang hanya Allahlah yang menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya.
16. 270 يعلمه لهلا فإنTerjemahan
cadanganmaka sesungguhnya Allah sahajalah yang mengetahuiNya
Berdasarkan ayat-ayat yang mengalami pendepanan penyandar yang tidak melibatkan
partikel nafi dan predikat ialah kata kerja dalam surah al-Baqarat ini, kita dapat lihat secara
jelas, keseluruhan ayat-ayat tersebut penyandarnya ialah lafaz Allah dan kata ganti nama
yang merujuk kepada Allah s.w.t. Ayat-ayat tersebut menceritakan kekuasaan Allah s.w.t.
Oleh yang demikian, pendepanan yang berlaku pada struktur ayat tersebut adalah untuk
mengkhususkan kekuasaan tersebut hanya kepada Allah s.w.t dan menafikannya kepada
yang lain. Jelas di sini, ayat-ayat tersebut memenuhi konsep tauhid yang ada pada agama
Islam itu sendiri. Sudah semestinya, dalam menterjemah ayat-ayat sebegini kita perlu
mempertimbangkan makna pengkhususan tersebut agar ia sejajar dengan konsep tauhid
tersebut.
6.2.1.2 Penyandar Terletak Selepas Partikel Nafi dan Pesandar ialah Kata Kerja
325
‘Abd al-Qa:hir al-Jurja:niyy dan kebanyakan ahli balaghah berpendapat pendepanan
penyandar yang didahului oleh partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja hanyalah
membawa maksud pengkhususan (Muhammad Abu: Mu:sa:,1980:277).
Bentuk pendepanan sebegini turut terdapat dalam surah al-Baqarat seperti yang dinyatakan
dalam jadual 6.4 di bawah.
Jadual 6.4Terjemahan pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan pesandar
adalah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan menurut Pimpinan Ar-Rahman
No. No. Ayat
Ayat al-Qur’an
1. 38 يحزنون هم والTerjemahan dan mereka pula tidak akan berdukacita2. 48 ينصرون هم والTerjemahan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang
pertolongan.3. 62 يحزنون هم والTerjemahan dan mereka pula tidak akan berdukacita.4. 86 ينصرون هم والTerjemahan dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.5. 112 يحزنون هم والTerjemahan dan mereka pula tidak akan berdukacita.6. 123 ينصرون هم والTerjemahan dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab
sengsara).7. 262 نيحزنو هم والTerjemahan dan mereka pula tidak akan berdukacita.8. 274 يحزنون هم والTerjemahan serta mereka pula tidak akan berdukacita.9. 277 يحزنون هم والTerjemahan dan mereka pula tidak akan berdukacita.
326
Jadual 6.4 menunjukkan ayat al-Qur’an dari surah al-Baqarat yang mengalami pendepanan
penyandar terletak selepas partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja yang membawa
maksud pengkhususan. Berdasarkan jadual di atas, didapati jumlah ayat yang mengalami
pendepanan sebegini ialah sebanyak sembilan ayat.
Jadual di atas juga menunjukkan terdapat ayat yang sama berulang-ulang beberapa kali.
Ayat يحزنون هم وال disebut sebanyak enam kali, manakala ayat ينصرون هم وال disebut sebanyak tiga kali. Penyandar dalam kesemua ayat ialah kata ganti nama هم (mereka).
Sementara itu, dari segi makna pendepanan penyandar terletak selepas partikel nafi dan
pesandar ialah kata kerja, seperti yang berlaku pada ayat-ayat di atas membawa maksud
pengkhususan. Sebagai contoh firman Allah s.w.t dalam ayat 38 dari surah al-Baqarat:
هداي تبع فمن ﴿ عليهم خوف فال ﴾ يحزنون هم وال
Pengertiannya: maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".
Menurut Abu: Hayya:n, pendepanan ialah (mereka) هم tanda yang menunjukkan
pengkhususan iaitu mengkhususkan mereka dengan dinafikan kesedihan sedangkan orang
selain mereka yang bersedih. Sekiranya ia tidak bermaksud sedemikian maka memadailah
disebut يحزنون ال (Mereka tidak akan berdukacita) (Abu: Hayya:n,2001:1,323). Ini
kerana pengkhususan dalam ayat penyata, menyatakan kata kerja bagi penyandar dan
327
menafikan selainnya. Manakala dalam ayat nafi berlaku sebaliknya iaitu menafikan kata
kerja bagi penyandar dan menyatakannya bagi selainnya.
Ayat يحزنون هم وال terdapat 13 tempat dalam al-Qur'an al-Karim (Fu’a:d ‘Abd al-
Ba:qi:,1994: 254).
Ini dapat juga dilihat dalam ayat 48 dari surah al-Baqarat:
﴿ ينصرون هم وال ﴾
Pengertiannya: dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi pertolongan.
Struktur ayat di atas bertujuan menyatakan pengkhususan terhadap mereka kerana mereka
tidak ditolong dan dibantu pada hari tersebut. Mereka juga tidak mendapat rahmat
sedangkan pada ketika itu orang yang bertakwa secara jelas mendapat dan menikmatinya
(Muhammad Abu: Mu:sa:,1979:178). Sehubungan dengan itu, menurut Abu: Hayya:n
kata ganti nama diulang sebanyak dua kali dalam ayat tersebut sebagai penegasan nafi
(Abu: Hayya:n,2001:1,349). Di samping itu, ayat tersebut bertujuan menyatakan bahawa
mereka khususnya tidak dibantu pada hari tersebut. Mereka tidak sekali-kali akan mendapat
rahmat Allah s.w.t limpahkan kepada kaum lain yang beriman dengan hari tersebut
(Hasan Tabal, t.t:53).
Firman Allah s.w.t ينصرون هم وال telah dinyatakan dalam al-Qur'an pada enam
tempat. (Fu’a:d ‘Abd al-Ba:qi:,1994: 874)
328
Sementara itu, jadual 6.5 di bawah memperlihatkan aplikasi yang digunakan oleh
penterjemah dalam terjemahan yang melibatkan pendepanan sebegini yang membawa
maksud pengkhususan.
Jadual 6.5Aplikasi terjemahan pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan
pesandar ialah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan
Makna Pengkhususan
Diterjemah Tidak diterjemah Bil. AyatBentuk
- 9
Penggunaan Kata Nafi- Bukan -
Struktur Teks Sumber
Dikekalkan Tidak dikekalkan Bil. AyatBentuk
- 9
Pendepanan Predikat -Jumlah Ayat 9
Jadual 6.5 menunjukkan penggunaan kata nafi bukan dan pendepanan predikat bagi
maksud pengkhususan yang ditemui dalam terjemahan surah al-Baqarat yang melibatkan
pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja
yang membawa maksud pengkhususan. Daripada sembilan ayat yang mengalami
pendepanan tersebut ditemui, didapati tidak ada satupun terjemahan yang mengaplikasikan
makna pengkhususan dengan melibatkan penggunaan kata nafi bukan mahupun
pendepanan predikat.
329
Dengan penjelasan di atas, dapatlah dikatakan bahawa penggunaan kata nafi bukan dan
pendepanan predikat langsung tidak digunakan dalam menterjemah maksud pengkhususan
yang melibatkan pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan pesandar
ialah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan. Sebaliknya penterjemah
menggunakan kata nafi tidak yang lebih menjurus kepada menafikan kata kerja selepasnya.
Penterjemah tidak mengetahui perbezaan antara kata negatif bukan dan tidak akan dalam
bahasa Melayu.
Ayat “…dan mereka pula tidak akan berdukacita” berbeza dengan ayat “… dan bukan
mereka yang akan berdukacita” dari segi pendekatan terjemahan. Kedua-dua ayat
menggunakan pendekatan penterjemahan secara tidak langsung. Di sini, penterjemah telah
menggunakan pendekatan penterjemahan tidak langsung ketika menterjemah ayat tersebut.
Penterjemah telah mengubah proposisi asal bahasa sumber dengan meletakkan kata nafi
sebelum kata kerja “tidak akan berdukacita”. Dari segi makna proposisi, “tidak akan
berdukacita” memberi erti tidak terus yang bermaksud menyatakan mereka tidak akan
berduka cita pada hari pembalasan. Berbeza dengan terjemahan kedua, penulis telah
mengekal proposisi asal bahasa sumber tetapi mempertimbangkan konsep makna
pengkhususan dalam ayat nafi iaitu menafikan dan menyatakan. Penulis telah mengekal
proposisi asal dengan menggunakan “bukan …yang”. Ini membawa makna yang amat
berlainan, iaitu ada orang-orang lain yang akan berdukacita, bukan mereka yang dimaksud
dalam ayat asal tersebut. Maksud ini sama seperti yang dinyatakan oleh ahli-ahli tafsir.
Oleh itu, terjemahan kedua didapati memenuhi definisi terjemahan yang dinyatakan oleh
Nida. Mengikut definisi yang dikemukakannya, “penterjemahan ialah penyalinan semula
330
maklumat ke dalam bahasa penerima daripada bahasa sumber dalam bentuk persamaan
yang terdekat dan sejadi; pertama dari segi makna dan kedua daripada segi stailnya”.
Ini bermakna, laras ini apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, perlu menggunakan
kata nafi ‘bukan’, kerana kata nafi ‘bukan’ digunakan sebelum frasa nama. Ayat di atas
apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu akan menjadi: “dan Bukan mereka (yang
bersalah itu) yang akan diberi sebarang pertolongan”.
Justeru itu, kata nafi bukan di samping menafikan konstituen mereka, ia juga
membayangkan secara implikasi semantik bahawa terdapat konstituen lain yang diberi
pertolongan. Bagi penggunaan kata nafi, penterjemah seolah-olah tidak mengetahui
perbezaan antara kata nafi bukan dan tidak dalam bahasa Melayu. Sedangkan terdapat
perbezaan antara kedua-dua nafi ini.
Berdasarkan maksud di atas, ia dapat diterangkan seperti di bawah:
1. Menafikan kesedihan terhadap golongan yang mengikut petunjuk Allah. Ini dapat
dilihat dalam ayat 38 dari surah al-Baqarat.
هداي تبع فمن ﴿ عليهم خوف فال ﴾ يحزنون هم وال(al-Baqarat: 38)
Pengertiannya: maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".
331
2. Menafikan pertolongan terhadap golongan yang bersalah pada hari akhirat kelak. Ini
dapat dilihat dalam ayat 48 dan ayat 123 dari surah al-Baqarat.
﴿ قوا وات يوما فس عن نفس تجزي ال ن شيئا منها يقبل وال شفاعة عدل منها يؤخذ وال ﴾ ينصرون هم وال
(al-Baqarat: 48)
Pengertiannya: Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.
﴿ قوا وات يوما فس عن نفس تجزي ال ن شيئا عدل منها يقبل وال شفاعة تنفعها وال ﴾ ينصرون هم وال
(al-Baqarat: 123)
Pengertiannya: Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara).
3. Menafikan kesedihan terhadap golongan yang beriman kepada Allah, hari akhirat dan
beramal soleh. Ini dapat dilihat dalam ayat 62 dari surah al-Baqarat.
332
ذين إن ﴿ ال ذين آمنوا وال صارى هادوا آمن من والصابئين والنه بالل وعمل اآلخر واليوم هم عند أجرهم فلهم صالحا رب وال
عليهم خوف ﴾ يحزنون هم وال
(al-Baqarat: 62)
Pengertiannya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
4. Menafikan pertolongan terhadap golongan mengutamakan kehidupan dunia dari
kehidupan akhirat. Ini dapat dilihat dalam ayat 86 dari surah al-Baqarat.
ذين أولـئك﴿ ال باآلخرة الدنيا الحياة اشتروا عنهم يخفف فال العذاب ﴾ينصرون هم وال
(al-Baqarat: 86)
Pengertiannya: Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.
5. Menafikan kesedihan terhadap golongan yang menyerah diri kepada Allah. Ini dapat
dilihat dalam ayat 112 dari surah al-Baqarat.
333
ه عند أجره فله محسن وهو لله وجهه أسلم من بلى ﴿ رب وال عليهم خوف ﴾يحزنون هم وال
(al-Baqarat: 112)
Pengertiannya: (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
6. Menafikan kesedihan terhadap golongan yang membelanjakan harta pada jalan Allah
dengan ikhlas. Ini dapat dilihat dalam ayat 262 dari surah al-Baqarat.
ذين ﴿ ثم الله سبيل في أموالهم ينفقون ال ما يتبعون ال أنفقواا من هم أذى وال هم عند أجرهم ل رب عليهم خوف وال هم وال
﴾ يحزنون
(al-Baqarat: 262)
Pengertiannya: Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
7. Menafikan kesedihan terhadap golongan yang mendermakan harta pada waktu malam
dan siang sama ada secara sulit atau terbuka. Ini dapat dilihat dalam ayat 274 dari surah
al-Baqarat.
334
ذين ﴿ يل أموالهم ينفقون ال هار بالل ا والن فلهم وعالنية سرهم عند أجرهم رب عليهم خوف وال ﴾ يحزنون هم وال
)al-Baqarat: 274(
Pengertiannya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
8. Menafikan kesedihan terhadap golongan yang beriman dan beramal soleh, dan
mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat. Ini dapat dilihat dalam ayat 277 dari
surah al-Baqarat.
ذين إن ﴿ ال آمنوا الصالحات وعملوا الصالة وأقاموا كاة وآتوا الزهم عند أجرهم لهم رب عليهم خوف وال ﴾ يحزنون هم وال
)al-Baqarat: 277(
Pengertiannya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Justeru, kata nafi yang perlu digunakan bagi penterjemahan ayat-ayat di atas ialah kata nafi
bukan di samping melibatkan proses penyonsangan ayat iaitu melibatkan pendepanan frasa
predikat. Ayat-ayat di atas perlu diterjemahkan menjadi:
Bukan mereka yang akan berdukacita.
Bukan mereka yang akan ditolong.
335
Dalam hal yang demikian, jadual 6.6 di bawah memperlihatkan terjemahan cadangan bagi
pendepanan yang sebegini yang membawa maksud pengkhususan.
Jadual 6.6Terjemahan cadangan pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan
pesandar ialah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan
No. No. Ayat
Ayat al-Qur’an
1. 38 يحزنون هم والTerjemahan
cadangandan bukan mereka yang akan berdukacita
2. 48 ينصرون هم والTerjemahan
cadangandan bukan mereka (yang bersalah itu) yang akan diberi sebarang pertolongan.
3. 62 يحزنون هم والTerjemahan
cadangandan bukan mereka yang akan berdukacita.
4. 86 ينصرون هم والTerjemahan
cadangandan bukan mereka yang akan diberikan pertolongan.
5. 112 يحزنون هم والTerjemahan
cadangandan bukan mereka yang akan berdukacita.
6. 123 ينصرون هم والTerjemahan
cadangandan bukan orang yang salah itu yang akan ditolong (dari azab sengsara).
7. 262 يحزنون هم والTerjemahan
cadangandan bukan mereka yang akan berdukacita.
8. 274 يحزنون هم والTerjemahan
cadanganserta bukan mereka yang akan berdukacita.
9. 277 يحزنون هم والTerjemahan
cadangandan bukan mereka yang akan berdukacita.
336
Di samping itu, terdapat juga pendapat ahli balaghah yang tidak menghadkan pendepanan
penyandar yang melibatkan partikel nafi sebegini hanya kepada pesandar kata kerja seperti
mana pendapat ‘Abd al-Qa:hir al-Jurja:niyy. Sebaliknya meliputi yang lainnya juga seperti
pesandar kata terbitan. Walau bagaimanapun menurut Ibn ‘A:shu:r pendepanan penyandar
terhadap pesandar kata terbitan tidak bertujuan sebagai pengkhususan menurut kebanyakan
pakar ilmu al-ma:‘ani:, sebaliknya pengkhususan diutamakan bagi pendepanan penyandar
terhadap pesandar kata kerja (http://www.altafsir.com/Tafasir.asp?tMadhNo=0&tTafsirNo
=54&tSoraNo=2&tAyahNo=167&tDisplay=yes&Page=3&Size=1). Bentuk pendepanan
sebegini turut terdapat dalam surah al-Baqarat seperti yang dinyatakan dalam jadual 6.7 di
bawah.
Jadual 6.7Terjemahan pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan pesandar ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan
menurut Pimpinan Ar-Rahman
No. No. Ayat
Ayat al-Qur’an
1. 74 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu
kerjakan.2. 85 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu
lakukan.3. 140 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah
kamu lakukan.4. 144 يعملون عما بغافل الله وماTerjemahan dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.5. 149 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang
kamu lakukan.6. 167 ار من بخارجين هم وما النTerjemahan dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.
337
Jadual 6.7 menunjukkan pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan
pesandar ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud
pengkhususan. Terdapat enam ayat yang mengalami pendepanan sebegini.
Sementara itu, lima daripada enam ayat tersebut adalah ayat yang sama. Ayat-ayat tersebut
ialah ayat 74, 88, 140, 144 dan 149. Contoh ayat tersebut ialah firman Allah s.w.t dalam
ayat 149 dari surah al-Baqarat:
﴾ تعملون عما بغافل الله وما ﴿
Pengertiannya: Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.
Ayat tersebut menyatakan bahawa Allah s.w.t tidak mengabaikan amalan hamba-hambanya
dan tidak lalai mengenainya (Abu: Hayya:n,2001:1,604). Sekiranya lalai itu adalah antara
sifat manusia, ini bermakna penafian sifat tersebut dalam ayat di atas terbatas terhadap zat
tuhan. Malah, sekiranya ia merupakan pembatasan untuk menafikan kelalaian terhadap
penyandar, justeru di sebalik itu, ia merupakan janji yang dahsyat terhadap sesiapa yang
tidak melakukan perintah-perintah Allah. (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006: 3,1022).
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel
nafi dan pesandar ialah kata yang berperanan seperti kata kerja turut membawa maksud
pengkhususan. Ini dapat dilihat menerusi ayat 167 dari surah al-Baqarat.
ار من بخارجين هم وما ﴿ الن ﴾
338
Pengertiannya: dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.
Berdasarkan struktur ayat di atas, keluar dari neraka dinafikan daripada penyandar yang
dikedepankan iaitu kata ganti nama هـم (mereka) yang merujuk kepada orang-orang kafir
yang saling melepaskan diri masing-masing dan dinyatakan untuk orang lain iaitu orang
mukmin yang melakukan maksiat kerana mereka tidak kekal di neraka
(Basyu:niyy,2004:122).
Sementara itu, jadual 6.8 di bawah memperlihatkan aplikasi terjemahan yang digunakan
oleh penterjemah dalam menterjemah maksud pengkhususan yang terhasil daripada
pendepanan sebegini.
Jadual 6.8Aplikasi Terjemahan Pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan
pesandar ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan
Makna Pengkhususan
Diterjemah Tidak diterjemah Bil. AyatBentuk
- 6
Penggunaan Kata Nafi- Bukan -
Struktur Teks Sumber
Dikekalkan Tidak dikekalkan Bil. AyatBentuk
- 6
Pendepanan Predikat -Jumlah Ayat 6
339
Dengan melihat jadual 6.8, dapat diperhatikan penggunaan kata nafi bukan dan pendepanan
predikat bagi maksud pengkhususan langsung tidak digunakan oleh penterjemah dalam
terjemahan surah al-Baqarat yang melibatkan pendepanan penyandar yang terletak selepas
partikel nafi dan pesandar ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa
maksud pengkhususan.
Ayat “…sedang Allah tidak sekali-kali lalai (daripada) apa yang kamu kerjakan” berbeza
dengan ayat “…sedang bukan Allah yang lalai (daripada) apa yang kamu kerjakan” dari
segi pendekatan terjemahan. Di sini, penterjemah telah menggunakan pendekatan
penterjemahan tidak langsung ketika menterjemah ayat tersebut. Penterjemah telah
mengubah proposisi ayat asal dengan meletakkan kata nafi sebelum kata yang berperanan
seperti kata kerja “…sedang Allah tidak sekali-kali lalai (daripada) apa yang kamu
kerjakan”. Dari segi makna proposisi, “Allah tidak sekali-kali lalai” memberi erti tidak
terus yang bermaksud menyatakan Allah s.w.t tidak sekali-kali lalai tanpa menyatakan sifat
lalai terhadap entiti lain. Sedangkan penulis mencadangkan agar proposisi ayat asal
dikekalkan tetapi sebaliknya menggunakan kata nafi bukan. Ayat tersebut mengikut
cadangan penulis akan berbunyi “…sedang bukan Allah yang lalai (daripada) apa yang
kamu kerjakan”. Oleh itu, bagi pembaca Muslim yang beriman dengan keesaan Allah s.w.t
akan bertambah keimanannya serta dapat melihat struktur ayat ini selari dengan tuntutan
konsep tauhid iaitu dengan menafikan sifat lalai terhadap Allah sebaliknya menyatakannya
kepada entiti yang lain. Manakala bagi pembaca yang mempercayai adanya Tuhan tetapi
tidak beriman kepada Allah, berdasarkan proposisi “…sedang bukan Allah yang lalai
(daripada) apa yang kamu kerjakan”, akan dapat memahami kepercayaan mereka selama
ini adalah salah kerana entiti yang mereka anggapkan sebagai Tuhan sebenarnya bersifat
340
lemah iaitu bersifat dengan sifat manusia iaitu lalai. Bahkan Tuhan mereka bukanlah Tuhan
yang sebenar kerana Tuhan tersebut lalai terhadap apa yang mereka lakukan. Entiti yang
mereka anggap sebagai Tuhan sebenarnya langsung tidak setara dengan Allah kerana ia
bersifat lalai.
Menurut teori dinamis, persamaan itu bukanlah sekadar pemindahan bentuk bahasa bagi
satu perkataan asal sahaja, tetapi haruslah merangkumi pemindahan sehampir mungkin
makna semantik, bentuk umum dan kesan. Oleh itu, menurut Nida persamaan dinamis ialah
persamaan semula jadi yang paling hampir bagi teks bahasa sumber. Walaupun teori ini
tidak sepenuhnya dapat mengungkapkan makna perkataan-perkataan linguistik, namun ia
lebih mendasar kepada ransangan dan tindak balas pengguna teks terjemahan yang mana
teks terjemahan ini dihasilkan adalah memberi kesan positif kepada pengguna, iaitu apabila
mereka membacanya, mereka mendapat ransangan untuk bertindak balas dengan
melaksana tuntutan teks terjemahan.
Begitu juga dengan ayat 167 “dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka”.
Penterjemah sekali lagi telah mengubah proposisi asal dengan meletakkan kata nafi selepas
kata yang berperanan seperti kata kerja “tidak akan dapat keluar”. Berdasarkan teori
dinamis tugas utama penterjemah ialah menyalin semula maklumat yang terkandung dalam
teks sumber ke dalam bahasa penerima. Justeru itu, dalam proses ini banyak penyesuaian
tatabahasa dan perkataan mesti dilakukan. Di dalam menjalankan tugasnya, penterjemah
juga dikehendaki mencari bentuk-bentuk yang sama, buka yang serupa. Dalam perkataan
lain tugasnya adalah untuk menyalin semula maklumat, bukan bentuk bagaimana maklumat
itu diungkapkan. Teori dinamis begitu mementingkan maklumat yang terdapat di dalam
341
teks sumber. Dalam ayat di atas penterjemah tidak memindahkan maklumat dari teks
sumber sepenuhnya kerana penafian yang terdapat pada ayat di atas sekadar menafikan
mereka keluar dari neraka tanpa menyatakan ada golongan lain yang dapat keluar dari
neraka. Sedangkan pengkhususan yang melibatkan ayat nafi membawa maksud menafikan
sesuatu dan dalam waktu yang sama menyatakan sesuatu. Oleh itu, penulis berpendapat
adalah lebih baik ayat di atas diterjemahkan dengan menggunakan kata nafi bukan. Dalam
ayat di atas penggunaan kata nafi bukan akan membawa makna ada golongan lain yang
akan keluar dari neraka, bukannya mereka. Ini merupakan penambahan makna yang
dipersetujui oleh ulama tafsir dan sarjana Arab seperti yang dinyatakan sebelum ini. Oleh
itu, ayat di atas lebih sesuai diterjemahkan sebagai “dan bukan mereka yang akan keluar
dari neraka”.
Pemilihan perkataan yang digunakan oleh penterjamah tidak sesuai dalam konteks bahasa
sasaran. Penyamaan perkataan ialah ما tidak dan bukan. Dalam konteks yang ada pada
ayat-ayat di atas bukan lebih sesuai daripada tidak.
Dengan paparan itu, dapat disimpulkan bahawa penggunaan kata nafi bukan dan
pendepanan predikat tidak digunakan oleh penterjemah dan dalam waktu yang sama
penterjemah tidak mempertimbangkan maksud pengkhususan yang terhasil daripada
pendepanan tersebut.
Sewajarnya ayat 167 dari surah al-Baqarat di atas diterjemahkan dengan
mempertimbangkan kesan pendepanan yang ada. Seperti yang diketahui, tujuan
daripadanya bukan sekadar sebagai penafian keluar mereka dari neraka tetapi penyataan
342
kepada tujuan lain iaitu selain mereka ada golongan yang dapat keluar dari neraka.
Sebaiknya ayat di atas diterjemahkan sebagai:
Dan bukan mereka yang akan dapat keluar dari neraka.
Ayat ini menurut mazhab mu‘tazilah tidak bertujuan sebagai pengkhususan kepada orang
kafir dengan tidak keluar dari neraka iaitu kekal di dalamnya kerana orang yang melakukan
dosa besar dalam kalangan orang Islam bagi mereka turut kekal di dalam neraka.
Topik ini mencetuskan perbincangan dalam kalangan para ulama. Al-Zamakhshariyy pada
kebiasaannya menyatakan struktur sebegini menunjukkan makna pengkhususan. Walau
bagaimanapun beliau menafikan makna tersebut untuk ayat ini. Ini kerana ia bertembung
dengan hal yang dipegangnya iaitu mengenai topik orang yang melakukan dosa besar (al-
Subkiyy,2001:1,353). Pendapat ini sebenarnya tidak berapa tepat kerana beliau turut
berpendapat sebegini dalam ayat-ayat yang tiada kaitan dengan kepercayaan mu‘tazilahnya
(Muhammad Abu: Mu:sa:,1988: 334). Menurut Ibn ‘A:shu:r pendepanan penyandar
terhadap pesandar kata terbitan tidak bertujuan sebagai pengkhususan. Ada kalanya ia
membawa maksud pengkhususan disebabkan oleh konteks
(http://www.altafsir.com/Tafasir.asp?
tMadhNo=0&tTafsirNo=54&tSoraNo=2&tAyahNo=167&tDisplay=yes&Page=3&Size=1)
.
Oleh yang demikian, seharusnya kita tidak mengenepikan peranan konteks dan kesannya
dalam menentukan fungsi seperti yang terdapat dalam struktur sebegini. Oleh itu kita perlu
343
melihat kepada konteks struktur tersebut. Apa-apa yang ditentukan oleh konteks dan
bersesuaian, maka maknanya turut sejejar dengannya. (Basyu:niyy, 2004:122).
Justeru itu, jadual 6.9 di bawah memperlihatkan terjemahan cadangan yang melibatkan
pendepanan yang sebegini yang membawa maksud pengkhususan.
Jadual 6.9Terjemahan cadangan pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan
pesandar ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan
No. No. Ayat
Ayat al-Qur’an
1. 74 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan
cadanganSedang bukan Allah yang lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
2. 85 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan
cadanganDan (ingatlah), bukan Allah yang lalai akan apa yang kamu lakukan.
3. 140 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan
cadanganDan (ingatlah), bukan Allah yang lalai akan apa yang telah kamu lakukan.
4. 144 يعملون عما بغافل الله وماTerjemahan
cadangandan bukan Allah yang lalai akan apa yang mereka lakukan.
5. 149 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan
cadanganDan (ingatlah), bukan Allah yang lalai akan segala apa yang kamu lakukan.
6. 167 ار من بخارجين هم وما النTerjemahan
cadangandan bukan mereka yang akan dapat keluar dari neraka.
Lima daripada tujuh ayat yang mengalami pendepanan sebegini dalam surah al-Baqarat
merupakan ayat yang sama. Tujuan penafian yang terdapat pada ayat-ayat tersebut adalah
untuk menafikan Allah s.w.t bersifat dengan sifat lalai dan dalam waktu yang sama
344
menyatakan sifat tersebut ada pada yang lain. Ini berbeza sama sekali jika kita hanya
menafikan sifat tersebut ada pada Allah s.w.t. Penggunaan kata nafi bukan pada terjemahan
di atas akan menyebabkan pembaca terjemahan ini membuat interpretasi bahawa bukan
Allah yang lalai tetapi orang lain.
6.2.1.3 Partikel Nafi Terletak Selepas Penyandar dan Pesandar ialah Kata Kerja
Pendepanan dari jenis ini juga kadang-kadang bermaksud pengkhususan sekiranya terdapat
tanda-tanda yang menyokongnya (Fadl Hasan ‘Abba:s,1992:217). Walau
bagaimanapun struktur ayat sebegini yang menunjukkan makna pengkhususan tidak
terdapat dalam surah al-Baqarat.
6.2.2 Pendepanan Pesandar dan Pendepanan Unsur Pelengkapnya
Pesandar yang dimaksudkan di sini, ialah predikat, predikat كان dan seumpamanya, serta
predikat dan إن seumpamanya. Manakala unsur pelengkap di sini ialah sesuatu yang
predikat berfungsi terhadapnya.
6.2.2.1 Pendepanan Pesandar
Jadual 6.10 akan memperlihat struktur ayat yang mengalami pendepanan pesandar dan
membawa maksud pengkhususan.
Jadual 6.10Terjemahan pendepanan pesandar yang membawa maksud pengkhususan menurut
Pimpinan Ar-Rahman
345
No. No. Ayat
Ayat al-Qur’an
1. 62 هم عند أجرهم فلهم ربTerjemahan maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka2. 107 ماوات ملك له واألرض السTerjemahan Yang Menguasai segala alam langit dan bumi?3. 112 ه عند أجره فله ربTerjemahan maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya4. 115 والمغرب المشرق ول�له�Terjemahan Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat5. 116 ماوات في ما له واألرض السTerjemahan bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi,6. 134 كسبت ما لهاTerjemahan bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan,7. 134 كسبتم ما ولكمTerjemahan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan;8. 139 أعمالنا ولناTerjemahan Bagi kami (faedah) amal kami9. 139 أعمالكم ولكمTerjemahan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan)10. 141 كسبت ما لهاTerjemahan bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan,11. 141 كسبتم ما ولكمTerjemahan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan;12. 142 والمغرب المشرق لله�Terjemahan "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah13. 161 م أولئك اس والمآلئكة الله لعنة عليه� أجمعين والنTerjemahan mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat
serta manusia sekaliannya.14. 233 بالمعروف وكسوتهن رزقهن له المولود� وعلىTerjemahan dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian
kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.15. 233 ذلك مثل الوار�ث� وعلىTerjemahan dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa
tiada).16. 236 ع� على قدره الموس�Terjemahan Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu)
menurut ukuran kemampuannya17. 236 قدره المقت�ر� وعلىTerjemahan dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya18. 247 علينا الملك له
346
Terjemahan dia mendapat kuasa memerintah kami19. 255 ماوات في ما له األرض في وما السTerjemahan Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.20. 262 هم عند أجرهم لهم ربTerjemahan mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka,21. 274 هم عند أجرهم فلهم ربTerjemahan maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka,22. 275 سلف ما فلهTerjemahan maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu)
adalah menjadi haknya23. 277 هم عند أجرهم لهم ربTerjemahan mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka24. 279 أموالكم رؤوس فلكمTerjemahan maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu.25. 284 ماوات في ما له� � ل األرض في وما السTerjemahan Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan
Allah26. 285 �ليك المصير وإTerjemahan dan kepadaMu jualah tempat kembali27. 286 كسبت ما لهاTerjemahan Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya,28. 286 اكتسبت ما وعليهاTerjemahan dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Jadual 6.10 menunjukkan bilangan ayat al-Qur’an dari surah al-Baqarat yang mengalami
pendepanan pesandar yang membawa maksud pengkhususan. Jadual di atas menunjukkan
bilangan ayat yang mengalami pendepanan sebegini adalah sebanyak 28 ayat. Jika
dianalisis secara terperinci, didapati kesemua ayat iaitu sebanyak 28 ayat merupakan
pendepanan pesandar dalam bentuk frasa genetif.
Jadual tersebut juga menunjukkan pendepanan pesandar yang membawa maksud
pengkhususan. Ini dapat dijelaskan menerusi firman Allah s.w.t dalam ayat 62 dari surah
al-Baqarat:
347
ذين إن ﴿ ال ذين آمنوا وال صارى هادوا آمن من والصابئين والنه بالل وعمل اآلخر واليوم هم عند أجرهم فلهم صالحا رب وال
عليهم خوف ﴾ يحزنون هم وال
Pengertiannya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Predikat bagi) لهم mereka) dikedepankan dan subjek pahala) أجــرهم balasannya)
dikemudiankan. Kedua-duanya disambungkan dengan kata ganti nama yang merujuk
kepada orang yang beriman. Ia membentuk penegasan bagi pengkhususan orang-orang
yang beriman dan golongan Yahudi, Nasrani dan Sabi’in yang beriman dengan balasan dan
pahala di sisi Allah (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,315).
Demikian juga dengan firman Allah s.w.t dalam ayat 277 dari surah al-Baqarat:
ذين إن ﴿ ال آمنوا الصالحات وعملوا الصالة وأقاموا كاة وآتوا الزهم عند أجرهم لهم رب عليهم خوف وال ﴾ يحزنون هم وال
Pengertiannya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
348
Subjek أجر (pahala) berhubung dengan kata ganti nama yang merujuk kepada orang yang
beriman dan orang yang melakukan amalan soleh, mendirikan sembahyang dan
menunaikan zakat. Kata ganti yang sama juga berhubung dengan partikel la:m yang
terdapat pada predikat yang dikedepankan. Kesemuanya iani membentuk penegasan kepada
pengkhususan (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,315).
Ayat yang sama iaitu firman Allah s.w.t هم عند أجرهم لهم رب (mereka beroleh
pahala di sisi Tuhan mereka) dapat juga dilihat dalam ayat 262 dan 274 dari surah al-
Baqarat.
Sementara itu firman Allah s.w.t dalam ayat 107 dari surah al-Baqarat, pendepanan
pesandar yang terdapat padanya turut menyatakan maksud pengkhususan:
ماوات ملك له الله أن تعلم ألم ﴿ دون من لكم وما واألرض الس ولي من الله ﴾ نصير وال
Pengertiannya: Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.
Allah s.w.t memerintah urusan-urusan kamu, mentadbirnya dan menjalankannya mengikut
apa-apa yang baik untuk kamu. Dia lebih mengetahui mengenai apa-apa yang kamu
ibadatkan dari segi na:sikh (yang membatalkan) dan mansu:kh (yang dibatalkan) (al-
Zamakhshariyy,1990:1,176). Pendepanan predikat terhadap (Dialah yang menguasai) له
subjek menjelaskan pengkhususan Allah s.w.t dengan segala perkara yang mempunyai
349
kepentingan hamba-hambaNya. Di sebalik pengkhususan tersebut adalah seruan kepada
mempercayai Allah dan tenang di bawah rahmat dan keadilanNya. (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim
‘Awn,2006:2,334)
Oleh yang demikian, orang mukmin hendaklah mempercayai Allah, bertawakkal
kepadanya dan memberi kuasa mutlak kepadanya tanpa mendengar kata-kata orang kafir
dan keraguan mereka terhadap perkara nasakh (Abu: Sa‘u:d, :1,144). Ajakan ini
didatangkan dengan diperkukuhkan oleh ayat pengkhususan predikat ( .(أن
Demikian juga dengan firman Allah s.w.t dalam ayat 112 dari surah al-Baqarat:
ه عند أجره فله محسن وهو لله وجهه أسلم من بلى ﴿ رب وال عليهم خوف ﴾يحزنون هم وال
Pengertiannya: (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Dalam ayat ini terdapat kenyataan yang menyatakan orang selain Yahudi dan Nasrani
masuk ke dalam syurga sedangkan mereka dinafikan daripadanya (al-
Zamakhshariyy,1990:1,305). Pengkhususan berlaku dengan berlakunya pendepanan
predikat له (ia akan beroleh).
Ayat 115 dari surah al-Baqarat di atas,
350
فأينما والمغرب المشرق ول�له� ﴿ وا الله إن الله وجه فثم تول﴾ عليم واسع
Pengertiannya: Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
Pendepanan predikat لله (Allah jualah yang memiliki) bertujuan menyatakan bahawa
negara di timur dan barat serta dunia keseluruhannya adalah milik Allah. Dialah pemilik
dan pentadbirnya (al-Zamakhshariyy,1990:1,306). Ia terhad kepadaNya dan Dia terkhusus
denganNya dan tidak kepada selainNya. Tiada siapa yang berhak untuk menghalang
masjid-masjid Allah kerana ia berada dalam kepunyaanNya yang tidak terhad. Oleh itu,
sesiapa yang menghalang tempat yang tertentu seharusnya tahu bahawa bumi ini
keseluruhannya adalah masjid. Bersembahyang di mana-mana tempat adalah dibolehkan.
Pendepanan predikat tersebut adalah untuk menghadkan sesuatu yang umum kepada Allah
dan mengkhususkan ia kepadaNya.
Bentuk yang hampir sama dapat dilihat dalam ayat 142:
فهاء سيقول ﴿ اس من الس هم ما الن تي قبلتهم عن وال ال كانوا صراط إلى يشاء من يهدي والمغرب المشرق لله� قل عليها
﴾ مستقيم
Pengertiannya: Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka
351
mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".
Maksud daripada pendepanan predikat لله (kepunyaan Allah) ialah pengkhususan, iaitu
mengkhususkan kepunyaan Allah s.w.t dengan tempat yang umum dan mengehadkan ia
kepada Allah sahaja. Allah s.w.t sesungguhnya telah menjadikan setiap umat kiblat dan
semua arah adalah untuk Allah sahaja (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,266).
Selain itu, ayat lain dari surah al-Baqarat yang menunjukkan pendepanan pesandar
membawa maksud pengkhususan ialah ayat 116.
﴿ خذ وقالوا ماوات في ما له بل سبحانه ولدا الله ات واألرض الس﴾
Pengertiannya: Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu), bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi
Ayat di atas menyatakan kepada kita kepunyaan Allah segala bentuk pemilikan, ciptaan
dan penghambaan tersebut. Pemilikan itu menafikan kewujudan anak. Setiap sesuatu yang
ada di langit dan di bumi merupakan milikNya, ciptaanNya dan hambaNya. Oleh itu, secara
tidak langsung mensucikan Allah daripada mempunyai anak dan sekutu. Justeru,
pendepanan predikat didatangkan bersama penyimpangan sesuatu yang sebelumnya
sebagai tanda pengkhususan bagi Allah segala yang ada di langit dan bumi. Ini kerana apa-
apa yang mereka ucapkan sebelum ini ialah penyukutuan. Terdapat pendapat-pendapat
352
yang mengatakan Allah s.w.t mempunyai sekutu lalu gaya bahasa ini digunakan bagi
menafikan penyukutuan dan menyatakan keesaan iaitu melalui gaya pengkhususan.
Lantaran itu, Allah yang satu itu Maha Kaya daripada mempunyai anak dan sekutu (‘Aliyy
Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,266-267). Demikian juga halnya bagi firman Allah s.w.t
dalam ayat 255 dari surah al-Baqarat:
الله﴿ ال هلإ وم الحي هو إال القي سنة تأخذه ال في ما له نوم والماوات ﴾األرض في وما الس
Pengertiannya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Pendepanan له (Dia memiliki) adalah sebagai pengkhususan pemilikan segala yang ada di
semesta ini kepada Allah s.w.t. Bahkan segala yang ada di langit dan di bumi ialah
kepunyaan Allah s.w.t tuhan bagi makhluk (Abu: Hayya:n,2001:2,288). Lantas
sewajarnya hanya Dia yang disembah dan bukan selainnya (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim
‘Awn,2006:2,267).
Menurut Ibn ‘A:shu:r: “Maksud langit dan bumi menenggelamkan kemungkinan
kewujudan yang lain. Ayat tersebut telah menunjukkan kewujudan yang umum melalui
kata hubung dan keterangannya. Apabila ternyata Dia memiliki sesuatu yang umum secara
tidak langsung turut menyatakan tidak mustahil Dia memiliki mana-mana kewujudan, lalu
terhasil maksud pengehadan” (Ibn ‘A:shu:r,t.t:3,20). Beliau berpendapat pendepanan dalam
ayat tersebut adalah untuk menambah kekuatan penegasan yang bertujuan untuk menolak
353
pendapat golongan syirik. Ini kerana pengehadan dengan sesuatu yang umum tidak
memadai untuk menunjukkan pembatalan akidah yang sesat. Ayat tersebut bertujuan
mengajar tauhid berdasarkan keumumannya dan bertujuan membatalkan akidah-akidah ahli
syirik berdasarkan pembatasan yang khusus. Inilah balaghah yang menakjubkan (ibid).
Ternyata penyataan pemilikan Allah terhadap sesuatu yang umum tidak sempurna kecuali
dengan pembatasan yang dinyatakan melalui pendepanan pesandar لله. Manakala,
pengehadan yang dinyatakan oleh sesuatu yang umum adalah suatu lingkungan yang
komprehensif dan bukan pengehadan yang bermaksud pembatasan (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim
‘Awn,2006:2,267).
Tempat-tempat seperti ini yang terdiri daripada subjek موات في ما في وما الس
yang ditakhirkan daripada (segala yang ada di langit dan yang ada di bumi) األرض
predikat له atau banyak terdapat dalam al-Qur'an. Walau bagaimanapun setiap لله
pendepanan mempunyai konteks yang mendorong berlakunya hal tersebut. Begitu juga
keadaannya bagi firman Allah s.w.t dalam ayat 283 – 284 dari surah al-Baqarat:
﴿ وال هادة تكتموا ه يكتمها ومن الش بما والله قلبه آثم فإنماوات في ما �له� � ل. عليم تعملون وإن األرض في وما الس تبدوا
﴾ الله به يحاسبكم تخفوه أو أنفسكم في ما
Pengertiannya: Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu.
354
Pendepanan dan pentakhiran antara subjek dengan predikat diliputi oleh sesuatu yang
berhubung dengan pengetahuan mengenai penyaksian dan sesuatu yang mengelilingi
penyaksian tersebut iaitu berdiam diri dan berterus terang. Bagaimana berlakunya demikian
adalah kerana bagi Allah s.w.t sahaja pentadbiran apa-apa yang ada di langit dan di bumi
(Abu: Hayya:n,2001:2,375). Malah, Allah s.w.t yang menghitung apa-apa yang
dinyatakan atau disembunyi dalam diri seseorang, kerana apa-apa yang terdapat di langit
dan di bumi serta segala amalan dan ilmu insan terbatas di bawah kekuasaanNya sahaja
(‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,268).
Sementara itu firman Allah s.w.t dalam ayat 134 dari surah al-Baqarat:
أمة تلك ﴿ كسبتم ما ولكم كسبت ما لها خلت قد تسألون وال﴾ يعملون كانوا عما
Pengertiannya: Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.
Gaya bahasa yang membawa maksud pengkhususan digunakan bagi menolak pendapat
golongan Yahudi yang berbangga dengan bapa-bapa mereka (al-Sa:wiyy,1999:1,113).
Pendepanan لها (bagi mereka) dan لكم (bagi kamu pula) di dua tempat bertindak sebagai
pengkhususan iaitu mengkhususkan setiap golongan dengan amalannya. Sekiranya amalan
itu baik, maka baiklah ia dan sekiranya amalan itu buruk maka buruklah ia. Ini bermaksud
setiap umat dikhususkan dengan balasan berdasarkan apa-apa yang diusahakan begitu juga
355
dengan kamu yang telah dikhususkan dengan balasan berdasarkan apa-apa yang kamu
lakukan sama ada yang baik dan yang buruk (Abu: Hayya:n,2001:1,576). Makna
pengkhususan ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah s.w.t ﴿ يعملون كانوا عما تسألون وال ﴾ (dan kamu tidak akan ditanya (atau
dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.). Justeru, ayat yang
pertama bermaksud baginya apa-apa yang telah dilakukannya, tidak menjangkau kepada
orang lain. Manakala ayat yang kedua bermaksud bagi kamu apa-apa yang kamu usahakan,
bukan sesuatu yang diusahakan oleh orang lain. Terdapat perbezaan makna antara dua
bentuk pembatasan (al-Alu:siyy,2001:1,389).
Ia bermaksud segala amalan yang dilakukan oleh sesuatu umat tidak melampauinya untuk
sampai kepada orang lain dan segala amalan kamu juga tidak melampaui kamu. Ia adalah
pembatasan yang disebut sebagai pembatasan tambahan ( اإلضافي القصر ) yang
digunakan bagi menukar kepercayaan penerima ujaran yang mereka berpendapat kebaikan
yang dilakukan oleh umat terdahulu boleh menghapus dosa maksiat yang mereka lakukan.
Malah umat yang terdahulu menanggung apa-apa yang mereka lakukan (Ibn
‘A:shu:r,2000:1,715).
Al-Zamakhshariyy berpendapat; maknanya seseorang tidak mendapat faedah daripada
usaha orang lain. Beliau merasakan dalam ayat كسبتم ما ولـكم كسبت ما لـها ialah penghadan atau pengkhususan pesandar terhadap penyandar iaitu كسبها لـها ال
كسبكم ولـكم غيرها كسب غيركم كسب ال (Baginya usahanya bukan usaha
orang lain dan bagi kamu semua usaha kamu dan bukan usaha orang lain) (al-
Zamakhshariyy,1990:1,314).
356
Ayat ini diulang sekali lagi dan turut mengandungi makna pembatasan berdasar
pendepanan. Ini dapat dilihat pada firman Allah s.w.t dalam ayat 141 dari surah al-Baqarat:
أمة تلك ﴿ كسبتم ما ولكم كسبت ما لها خلت قد تسألون وال عما ﴾ يعملون كانوا
Pengertiannya: Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan.
Pendepanan dua pesandar terhadap penyandar adalah sebagai pembatasan penyandar
kepada pesandar. Pengulangan gaya bahasa pengkhususan dalam dua ayat adalah sebagai
penegasan dan penguat (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,270).
Pembatasan yang hampir sama dapat dilihat pada firman Allah s.w.t dalam ayat 286 dari
surah al-Baqarat:
﴿ ف ال نفسا الله يكل ما وعليها كسبت ما لها وسعها إال﴾ اكتسبت
Pengertiannya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
357
Pendepanan لها (Ia mendapat) dan عليها (Ia juga menanggung) bertujuan sebagai
pembatasan. Ayat di atas membawa maksud seseorang itu tidak menaggung dosa yang
dilakukan oleh orang lain malah dia juga tidak menanggung sesuatu yang tidak dilakukan
iaitu yang dibisik oleh dirinya (al-Jamal,1996:1,326).
Pendepanan tersebut membawa maksud pengkhususan iaitu satu-satu umat itu tidak
mengikutinya sesuatu yang dilakukan oleh orang lain. Seolah-olah ayat ini menolak
kepercayaan golongan pada zaman Jahiliyah yang mempercayai Allah menganugerahi
mereka syafaat tuhan (Ibn ‘A:shu:r,t.t:3,139).
Sementara itu terdapat juga unsur pengkhususan dalam firman Allah s.w.t dalam ayat 139
dari surah al-Baqarat:
نا وهو الله في أتحآجوننا قل ﴿ كم رب ولكم أعمالنا ولنا ورب﴾ مخلصون له ونحن أعمالكم
Pengertiannya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;
Seperti kamu yang mempunyai amalan-amalan yang terserah kepada Allah s.w.t untuk
memberi penghormatan ataupun tidak, begitu juga dengan kami (al-
Zamakhshariyy,1990:1,316). Malah, kami lebih utama untuk mendapat kemuliaan daripada
Allah kerana kami hanya mentauhidkanNya dan ikhlas mengerjakannya dengan keimanan ﴿
ـه ونحن ـ ون ل ــ مخلص ﴾ (dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas
358
kepadaNya). Pendepanan predikat bagi) لنا kami) dan bagi) لكم kamu) dan
penyambungan kedua-duanya dengan kata ganti nama yang berhubungan dengan subjek di
dua tempat bertujuan menghimpunkan unsur penegasan dan pengkhususan. Ia adalah
pengkhususan yang ditegaskan dan oleh demikian ayat tersebut bermaksud kami lebih
mulia daripada kamu dengan mengkhususkan Allah s.w.t dengan ikhlas. Oleh itu tiada
makna dan tiada faedah bantahan dan penentangan kamu terhadap kami (‘Aliyy Abu: al-
Qa:sim ‘Awn,2006:2,314).
Antara ayat-ayat lain dalam surah al-Baqarat yang menunjukkan makna pengkhususan
yang melibatkan pendepanan pesandar ialah firman Allah s.w.t dalam ayat 161 dari surah
al-Baqarat:
ذين إن ﴿ م أولئك كفار وهم وماتوا كفروا ال الله لعنة عليه�اس والمآلئكة ﴾ أجمعين والن
Pengertiannya: Sesungguhnya orang-orang yang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam keadaan kafir, mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya.
Ayat di atas bermaksud sesungguhnya orang kafir yang mati dalam kekufuran iaitu bukan
orang-orang kafir yang mati dalam keislaman. Mereka telah dikhususkan dengan laknat
Allah s.w.t, para malaikat dan manusia seluruhnya (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim
‘Awn,2006:2,312).
359
Contoh lain yang menunjukkan pendepanan pesandar membawa maksud pengkhususan
ialah firman Allah s.w.t dalam ayat 233 dari surah al-Baqarat:
﴾ بالمعروف وكسوتهن رزقهن له المولود� وعلى ﴿
Pengertiannya: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
Pendepanan predikat ـود على ـ له المول (kewajipan bapa pula) adalah sebagai
pengkhususan kepada bapa agar memberi nafkah kepada isteri-isteri yang diceraikan yang
menyusukan anak mereka. Pemberian makanan dan pakaian kepada isteri sebagai balasan
kepada penyususan adalah wajib bagi suami. Ia adalah terbatas kepada suami dan tidak
kepada selainnya. Pendepanan tersebut menyedarkan suami bahawa mereka dikhususkan
dengan perkara tersebut dan tanggung jawab memberi rezeki yang perlu ditunaikan (‘Aliyy
Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,332).
Demikian juga dengan firman Allah s.w.t dalam ayat yang sama:
﴾ ذلك مثل الوار�ث� وعلى ﴿
Pengertiannya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada).
Tanggung jawab waris suami adalah sama seperti suami iatu wajib memberi makanan dan
pakaian iaitu sekiranya suami meninggal dunia maka warisnya perlu melakukan tanggung
jawabnya memberi makanan dan pakaian isterinya mengikut syarat-syarat tertentu dan
tidak mendatangkan kemudaratan (al-Zamakhshariyy,1990:1,371). Pendepanan predikat
360
الوارث على (waris juga menanggung) adalah sebagai pembatasan tugasan tersebut
kepadanya dan menyeru ia melakukan kewajipannya (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim
‘Awn,2006:2,333).
Sementara itu firman Allah s.w.t dalam ayat 236 dari surah al-Baqarat:
﴿ قتم إن عليكم جناح ال ساء طل وهن لم ما الن أو تمس تفرضواعوهن فريضة لهن ع� على ومت المقت�ر� وعلى قدره الموس�
﴾ المحسنين على حقا بالمعروف متاعا قدره
Pengertiannya: Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.
Pendepanan predikat الموسع على (suami yang senang) dan المقتر على (suami
yang susah) di dua tempat adalah bertujuan menyatakan bahawa kedua-duanya
dikhususkan dengan kemampuan mereka membayar mut‘ah kepada isteri yang diceraikan
yang belum disentuh (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,271).
Orang kaya memberi berdasarkan kemampuannya, bukan kemampuan orang miskin dan
begitulah sebaliknya. Pengkhususan ini tidak menafikan pertimbangan kepada keadaan
isteri juga. Hal ini adalah muktamad menurut mazhab Shafii (al-Sa:wiyy,1999:1,177).
361
Pengkhususan di sini bermaksud pembatasan kemampuan pemberi mut'ah berdasarkan
keadaannya sama ada miskin atau kaya (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,272).
Firman Allah s.w.t dalam ayat 275 dari surah al-Baqarat:
ه من موعظة جاءه فمن ﴿ ب ﴾ سلف ما فله فانتهى ر
Pengertiannya: Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya
Pendepanan dalam ayat di atas adalah sebagai pengkhususan dan di sebalik pengkhususan
tersebut ialah larangan mengambil sesuatu yang diambil sebelum pengharaman. Sekiranya
sesuatu diambil lebih dengan akad riba sebelum pengharaman maka ia tidak perlu
diserahkan kembali (al-Jamal,1996:1,346). Sebaliknya sekiranya ia diambil selepas
pengharaman maka ia ada hukumnya seperti mana firman Allah s.w.t dalam ayat 279 dari
surah al-Baqarat:
أموالكم رؤوس فلكم تبتم وإن ﴿ تظلمون ال ﴾ تظلمون وال
Pengertiannya: Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
Pendepanan predikat لكم (hak kamu) terhadap subjek أموالكم رؤوس (pokok asal
harta kamu) adalah juga bertujuan menyatakan pengkhususan. Di sebalik pengkhususan itu
terdapat larangan daripada melampaui sama ada dengan tambahan atau kekurangan iaitu
362
sekiranya kamu berurusan dengan riba selepas pengharamannya kemudian kamu bertaubat
maka kamu dikhususkan dengan modal asal tanpa ada penambahan atau kekurangan.
Firman Allah s.w.t dalam ayat 285 dari surah al-Baqarat:
نا غفرانك ﴿ �ليك رب ﴾ المصير وإ
Pengertiannya: keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali
Dalam ayat di atas terdapat pengakuan mengenai tempat kembali pada waktu pembalasan.
Allahlah sebagai tempat kembali malah terdapat pengakuan dengan mengkhususkan Allah
s.w.t sebagai tempat kembali. Pendepanan predikat إليك (kepadaMu) yang memperlihat
dan menyatakan maksud tersebut.
Seterusnya dalam jadual 6.11 memperlihatkan kepada kita aplikasi terjemahan pesandar
yang membawa maksud pengkhususan yang dilakukan oleh penterjemah dalam tafsir
Pimpinan Ar-Rahman.
Jadual 6.11Aplikasi terjemahan pendepanan pesandar yang membawa maksud pengkhususan
Makna Pengkhususan
363
Diterjemah Tidak diterjemah Bil. AyatBentuk
6 22
Penggunaan Kata Penegas
- Sahaja -- Cuma -- Hanya -- Jua 2- Yang 5- Semata-mata -- Partikel lah 4
Struktur Teks Sumber
Dikekalkan Tidak dikekalkan Bil. AyatBentuk
25 3
Pendepanan Predikat 25Jumlah Ayat 28
Berdasarkan jadual 6.11 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas dan
pendepanan predikat berdasarkan maksud pengkhususan. Melalui jadual tersebut kata
penegas yang yang telah digunakan oleh penterjemah bagi menjelaskan maksud
pengkhususan sebanyak lima kali. Kemudian diikuti dengan partikel lah sebanyak empat
kali. Selepas itu pula, penggunaan kata penegas jua sebanyak dua kali. Dan akhir sekali
penterjemah mengekal struktur ayat yang melibatkan pendepanan predikat iaitu 25 ayat
dari 28 ayat yang mengalami pendepanan diterjemahkan dalam bentuk pendepanan
predikat.
Ayat yang menggunakan kata penegas sebagai menjelaskan makna pengkhususan ialah:
Ayat 107; “Yang Menguasai segala alam langit dan bumi?”
Ayat 115; “Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat”
Ayat 116; “bahkan Dialah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi,“
364
Ayat 161; “mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat
serta manusia sekaliannya.”
Ayat 255; “Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.”
Ayat 285; “dan kepadaMu jualah tempat kembali”
Keenam-enam ayat di atas yang diterjemah menggunakan kata penegas bagi menjelaskan
makna pengkhususan ialah ayat-ayat yang berkaitan dengan kekuasaan Allah s.w.t dan
Allah sebagai tempat kembali. Ini merupakan ayat-ayat tauhid yang perlu diterjemah
dengan sebaik mungkin. Penterjemah telah melakukannya dengan baik sekali. Namun
begitu, gaya terjemahan beliau ini tidak menyeluruh kepada ayat-ayat lain yang mengalami
pendepanan yang sama dan membawa maksud pengkhususan. Penterjemah telah
melibatkan penggunaan kata penegas jua yang membawa maksud sahaja, hanya dan cuma
ketika menterjemah ayat 115 dan ayat 255. Ini membuktikan penterjemah sedar dengan
konsep makna pengkhususan yang terhasil daripada kesan pendepanan pesandar. Dalam
ayat “Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat”, calon telah mengubah proposisi
asal dengan menambah ‘jualah yang’. Dari segi makna proposisi, ‘jualah yang’ memberi
tidak terus yang bermaksud Allah sahajalah yang memiliki timur dan barat serta bukan
entiti atau Tuhan yang lain. Bagi pembaca muslim ayat terjemahanan ini memperkukuhkan
lagi keyakinan dan keimanan mereka terhadap kekuasaan Allah. Malah ia menyatakan
dengan jelas bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah yang menguasai timur
dan barat. Manakala bagi pembaca yang mempercayai tuhan selain Allah atau entiti lain,
ayat ini menafikan kekuasaan tuhan dan entiti tersebut malah tuhan dan entiti tersebut tidak
layak dianggap sebagai tuhan kerana memiliki sifat yang lemah iaitu tidak dapat menguasai
timur dan barat. Inilah yang disebut dalam teori dinamis sebagai mendasar kepada
365
ransangan dan tindak balas pengguna teks terjemahan yang mana teks terjemahan ini
dihasilkan adalah memberi kesan positif kepada pengguna, iaitu apabila mereka
membacanya, mereka mendapat ransangan untuk bertindak balas dengan melaksana
tuntutan teks terjemahan.
Sementara itu, penterjemah turut menstruktur semula ayat terjemahan dengan tidak
mengekalkan struktur bahasa sumber. Mengikut bahasa sumber ayat tersebut mengalami
pendepanan predikat, tetapi penterjemah menjadikan ayat tersebut dalam struktur yang
tidak mengalami sebarang pendepanan. Ayat tersebut ialah:
Ayat 142; “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah”
Ayat 274; “maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu)
adalah menjadi haknya”
Ayat 284; “Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan
Allah”
Ini menjelaskan kepada kita penterjemah tidak mahu terlalu terikat kepada acuan bahasa
sumber. Ini bagi mengelakkan kesukaran untuk memahami keterangan yang disampaikan
menurut acuan ayat Arab. Penterjemah telah melakukan pendekatan terjemahan tidak
langsung dalam terjemahan beliau. Tidak dinafikan bahasa Melayu yang terlalu terikat
kepada bahasa sumber sesuatu ilmu pengetahuan menyebabkan pemahaman terganggu,
bukan kerana ilmunya. Namun begitu, penterjemah hanya melakukan gaya terjemahan
sebegini pada tiga daripada 28 ayat. Ini menunjukkan penterjemah tidak konsisten dalam
hal tersebut.
366
Di samping itu, dalam bahasa Melayu, ayat-ayat tersebut berbeza binaannya dari segi
tatabahasa tetapi makna dalam binaan itu tidak berubah. Yang berubah adalah fokus pada
binaan-binaan itu. Ini berbeza daripada bahasa Arab dari sudut makna. Perubahan binaan
ayat dalam bahasa Arab bukan sahaja berbeza binaan dari segi tatabahasa tetapi turut juga
membawa kepada perbezaan makna. Salah satunya ialah makna pengkhususan.
Penterjemah telah menterjemah ayat-ayat tersebut dengan tidak terikat kepada acuan
bahasa Arab bagi memberi pemahaman yang betul adalah satu yang baik. Walau
bagaimanapun, penterjemah terlupa untuk mempertimbangkan makna pengkhususan dalam
terjemahan beliau, sedangkan dalam ayat-ayat sebelum ini beliau mempertimbangkannya.
Ini sekali lagi menunjukkan tidak ada konsistensi dalam terjemahan beliau.
Dengan ini dapat disimpulkan, bahawa ayat yang mengalami pendepanan pesandar paling
kerap diterjemahkan oleh penterjemah dengan mengekalkan bentuk pendepanan tersebut
dalam bentuk bahasa sasaran. Manakala kata penegas kurang digunakan bagi
memperlihatkan maksud pengkhususan.
Maksud pengkhususan daripada pendepanan seperti di atas, menurut pendapat al-
Zamakhshariyy bermaksud menghadkan penyandar kepada pesandar. Walau
bagaimanapun, Sa‘d al-Di:n dalam keterangannya bagi al-Kashsha:f menyatakan bahawa
pendapat al-Zamakhshariyy terhadap pendepanan tersebut kadang-kadang dirasakan
bermaksud menghadkan pesandar kepada penyandar.
367
Oleh itu, apabila kita menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu kita patut menggunakan
kata penegas yang membawa maksud pengkhususan seperti hanya, sahaja dan cuma. Jadi,
ayat di atas apabila diterjemahkan akan menjadi:
“Hanya bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan hanya bagi
kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan”.
Ayat tersebut boleh juga diterjemahkan menjadi:
“bagi mereka (balasan) hanya apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu
pula (balasan) hanya apa yang kamu usahakan”.
Jadual 6.12 di bawah ialah terjemahan cadangan oleh pengkaji bagi memperlihatkan makna
pengkhususan yang terhasil daripada pendepanan pesandar.
Jadual 6.12Terjemahan cadangan pendepanan pesandar yang membawa maksud pengkhususan
No. No. Ayat
Ayat al-Qur’an
1. 62 هم عند أجرهم فلهم ربTerjemahan
cadanganmaka hanya untuk mereka pahala di sisi Tuhan mereka
2. 107 ماوات ملك له واألرض السTerjemahan
cadanganTiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah sahaja?
3. 112 ه عند أجره فله ربTerjemahan
cadanganmaka hanya baginyalah pahala di sisi Tuhannya
4. 115 والمغرب المشرق ول�له�Terjemahan
cadanganDan Allah jualah yang memiliki timur dan barat
5. 116 ماوات في ما له واألرض السTerjemahan
cadanganbahkan Dia sahajalah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi,
6. 134 كسبت ما لهاTerjemahan hanya bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan,
368
cadangan7. 134 كسبتم ما ولكمTerjemahan
cadangandan hanya bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan;
8. 139 أعمالنا ولناTerjemahan
cadanganBagi kami (faedah) cuma amal kami
9. 139 أعمالكم ولكمTerjemahan
cadanganbagi kamu pula (faedah) cuma amal kamu (kalau diikhlaskan)
10. 141 كسبت ما لهاTerjemahan
cadanganhanya bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan
11. 141 كسبتم ما ولكمTerjemahan
cadangandan hanya bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan
12. 142 والمغرب المشرق لله�Terjemahan
cadangan"Timur dan barat adalah hanya kepunyaan Allah
13. 161 م أولئك اس والمآلئكة الله لعنة عليه� أجمعين والنTerjemahan
cadanganmereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya.
14. 233 بالمعروف وكسوتهن رزقهن له المولود� وعلىTerjemahan
cadangandan bapa jualah yang berkewajipan memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
15. 233 ذلك مثل الوار�ث� وعلىTerjemahan
cadangandan waris jualah yang berkewajipan seperti yang tersebut (jika si bapa tiada).
16. 236 ع� على قدره الموس�Terjemahan
cadanganIaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) hanya menurut ukuran kemampuannya
17. 236 قدره المقت�ر� وعلىTerjemahan
cadangandan suami yang susah pula cuma menurut ukuran kemampuannya
18. 247 علينا الملك لهTerjemahan
cadanganHanya dia yang berhak memerintah kami
19. 255 ماوات في ما له األرض في وما السTerjemahan
cadanganHanya Dialah Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
20. 262 هم عند أجرهم لهم ربTerjemahan
cadanganhanya untuk mereka pahala di sisi Tuhan mereka,
369
21. 274 هم عند أجرهم فلهم ربTerjemahan
cadanganmaka hanya untuk mereka pahala di sisi Tuhan mereka,
22. 275 سلف ما فلهTerjemahan
cadanganmaka cuma apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya
23. 277 هم عند أجرهم لهم ربTerjemahan
cadanganhanya untuk mereka pahala di sisi Tuhan mereka
24. 279 أموالكم رؤوس فلكمTerjemahan
cadanganDan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu sahaja.
25. 284 ماوات في ما لله� األرض في وما السTerjemahan
cadanganSegala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah sahaja
26. 285 �ليك المصير وإTerjemahan
cadangandan kepadaMu jualah tempat kembali
27. 286 كسبت ما لهاTerjemahan
cadanganIa mendapat hanyalah pahala kebaikan yang diusahakannya,
28. 286 اكتسبت ما وعليهاTerjemahan
cadangandan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya sahaja.
Sementara itu, pendepanan predikat yang terdiri daripada frasa genetif ketika berada dalam
penafian, dan membawa maksud pengkhususan tidak terdapat dalam surah al-Baqarat.
6.2.2.2 Pendepanan Unsur Pelengkapnya
Jadual 6.13 di bawah ialah terjemahan oleh penterjemah Pimpinan Ar-Rahman bagi ayat-
ayat yang mengalami pendepanan unsur pelengkap terhadap pesandar.
Jadual 6.13Terjemahan pendepanan unsur pelengkap terhadap pesandar yang membawa
maksud pengkhususan menurut Pimpinan Ar-Rahman
No. No. Ayat al-Qur’an
370
Ayat1. 46 هم �ليه� وأن راجعون إ
Terjemahan dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.2. 116 قانتون له كل
Terjemahan semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya.3. 133 مسلمون له ونحن
Terjemahan dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)4. 136 مسلمون له ونحن
Terjemahan dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata
5. 138 عابدون له ونحنTerjemahan dan kepadaNyalah kami beribadat6. 139 مخلصون له ونحن
Terjemahan dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya7. 143 سول ويكون شهيدا عليكم الر
Terjemahan dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.
8. 156 ا ا لله إن ـ �ليه� وإن راجعون إTerjemahan Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah
jualah kami kembali
Jadual di atas menunjukkan bilangan ayat yang mengalami pendepanan sebegini adalah
sebanyak 8 ayat. Jika dianalisis secara terperinci, didapati kesemua ayat merupakan
pendepanan unsur pelengkap yang terdiri daripada frasa genetif.
Sementara itu ayat-ayat di atas yang mengalami proses pendepanan sebegini menyentuh
mengenai tauhid secara jelas iaitu kekuasaan Allah s.w.t dan diikuti dengan kenyataan
mengenai Allah sebagai tempat kembali, keistimewaan umat nabi Muhammad s.a.w yang
juga merupakan perkara-perkara yang melibatkan akidah.
371
Manakala dalam ayat 133, 136, 138,139 dan 156 di atas menyatakan pengakuan orang-
orang yang beriman bahawa Allahlah sahaja tuhan yang disembah dan berserah diri dan
kepadanyalah sahaja kita akan dikembalikan.
Manakala ayat 116 menerangkan bahawa semua yang ada di langit dan di bumi tunduk
kepada kekuasaan Allah sahaja. Di samping itu, ayat 143 menjelaskan keistimewaan yang
dimiliki oleh umat nabi Muhammad yang beriman. Mereka akan mendapat syafaat dan
penyaksian daripada baginda sendiri. Keistimewaan ini tidak dimiliki oleh umat yang lain
sebelum umat nabi Muhammad.
Jadual 6.13 menunjukkan bilangan ayat al-Qur’an dari surah al-Baqarat yang mengalami
pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi ialah predikat yang membawa maksud
pengkhususan. Ini dapat dijelaskan berdasar ayat 46 dari surah al-Baqarat:
ذين ﴿ ون ال هم يظن هم مالقوا أن هم رب �ليه� وأن ﴾ راجعون إ
Pengertiannya: Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
Secara jelas, ujaran dan struktur ayat menunjukkan kata ganti nama yang berada di tempat
genetif merujuk kepada Tuhan (الرب) iaitu yang membawa maksud هم هم إلى وأن رب Sesungguhnya) راجعــون mereka akan kembali kepada tuhan mereka) (Abu:
Hayya:n,2001:1,343). Pendepanan unsur pelengkap terhadap predikat adalah sebagai
pengkhususan iaitu mengkhususkan Allah s.w.t sebagai tempat kembali dengan kematian
372
atau kebangkitan atau pembalasannya, hanya kepadanya dan tidak kepada yang lain (‘Aliyy
Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,580).
Situasi yang sama dapat dilihat dalam firman Allah s.w.t ayat 116.
﴿ خذ وقالوا ه بل سبحانه ولدا الله ات ماوات في ما ل واألرض الس﴾ قانتون له كل
Pengertiannya: Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu), bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya.
Pendepanan kata nama genetif adalah bertujuan sebagai pengkhususan iaitu
mengkhususkan Allah s.w.t dengan ketaatan dan kepatuhan kerana tidak ada satupun yang
boleh menghalang penciptaaan, kekuasaan dan kehendaknya (al-
Zamakhshariyy,1990:1,307).
Tujuan pendepanan sebegini yang membawa maksud pengkhususan dapat dilihat juga
dalam firman Allah s.w.t ayat 133 dari surah al-Baqarat.
شهداء كنتم أم ﴿ الموت يعقوب حضر إذ تعبدون ما لبنيه قال إذ بعدي من قالوا وإسماعيل إبراهيم آبائك وإلـه إلـهك نعبد
﴾ مسلمون له ونحن واحدا إلـها وإسحاق
Pengertiannya: (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah
373
aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".
Iaitu di antara keadaan kami sesungguhnya kami tunduk ikhlas mengesa atau patuh hanya
kepadaNya (Abu: Hayya:n,2001:1,574). Pendepanan ــه (kepadaNya) لـ terhadap
berserah) مسلمون diri) bertujuan membataskan Islam iaitu kepatuhan dan ketaatan
hanya kepadaNya tidak kepada selainnya (ibid:575).
Begitu juga dengan firman Allah s.w.t dalam ayat 136.
﴿ ا قولوا وإسماعيل إبراهيم إلى أنزل وما إلينا أنزل وما بالله آمن أوتي وما وعيسى موسى أوتي وما واألسباط ويعقوب وإسحاقون بي هم من الن ب ر ق ال ﴾مسلمون له ونحن منهم أحد بين نفر
Pengertiannya: Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".
Pendepanan frasa genetif (kepadaNya) لـه terhadap predikat bagi subjek مسلمون (berserah diri) adalah sebagai pengkhususan iaitu mengkhususkan mereka dengan Islam.
Ayat tersebut bermaksud kami berserah diri dan tunduk kepadaNya sahaja, tidak kepada
sesuatu yang lain (al-Kurdiyy,2007:133). Pendepanan لـه (kepadaNya) bertujuan sebagai
pembatasan iaitu tunduk patuh hanya kepadaNya dan tidak kepada selainNya. Kami
374
membataskan keikhlasan kami dan kepatuhan kami kepadaNya sahaja (‘Aliyy Abu: al-
Qa:sim ‘Awn,2006:2,424).
Kita dapati jenis pengkhususan dan pembatasan ini pada firman Allah s.w.t dalam ayat 138
dari surah al-Baqarat.
﴾ عابدون له ونحن صبغة الله من أحسن ومن الله صبغة ﴿
Pengertiannya: (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".
Pendepanan لـه (kepadaNya) terhadap عابدون (beribadat) bertindak sebagai pembatasan
tambahan ke atas golongan nasrani yang dibentuk dengan mengesakan Allah tetapi mereka
menyembah al-Masih (Ibn ‘A:shu:r,t.t:2,745). Orang yang mengesakan Allah hanya
terbatas kepada al-Mutakallimi:n iaitu mereka yang beriman kerana makna عابدون (beribadat) ialah orang yang mengesakan Allah (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,424).
Demikian juga dengan firman Allah s.w.t dalam ayat 139 dari surah al-Baqarat.
نا وهو الله في أتحآجوننا قل ﴿ كم رب ولكم أعمالنا ولنا ورب﴾ مخلصون له ونحن أعمالكم
Pengertiannya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi
375
kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;
Ayat مخلصون له ونحن ﴿ ﴾ (dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas
kepadaNya) menyebut perbezaan yang ada pada orang mukmin iaitu ikhlas kepada Allah
s.w.t dalam beramal dan keyakinan serta tidak mensyirikkanNya seperti yang terdapat pada
orang Nasrani dan Yahudi (Abu: Hayya:n,2001:1,575). Pendepanan (kepadaNya) لـه
terhadap ون (ikhlas) مخلصــ adalah sebagai pengkhususan bagi ikhlas, iaitu
menghadkannya kepada yang layak iaitu Allah s.w.t Yang Maha Pencipta (‘Aliyy Abu: al-
Qa:sim ‘Awn,2006:2,425).
Sementara itu, ayat 143 dari surah al-Baqarat turut menyatakan maksud pengkhususan.
Firman Allah s.w.t:
وسطا أمة جعلناكم وكذلك ﴿ تكونوا اس على شهداء ل ويكون النسول ﴾ شهيدا عليكم الر
Pengertiannya: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu .
Frasa genetif dikemudiankan dari kata yang berperanan seperti kata kerja dalam firman
Allah هداء ﴿ اس على شــ الن ﴾ (orang yang memberi keterangan kepada umat
manusia). Manakala dalam firman Allah ﴿ عليكم شهيد ﴾ (orang yang menerangkan
kebenaran perbuatan kamu) ia dikedepankan kerana tujuan yang pertama menyatakan
376
kaum muslimin menjadi saksi terhadap umat terdahulu, tanpa membawa maksud
penyaksian tersebut khusus umat tersebut. Dalam ayat yang kedua maksudnya
pengkhususan umat Islam dengan tindakan Rasulullah s.a.w sebagai saksi kebenaran
perbuatan mereka dan bukan sekadar penyataan penerangnya sahaja. Demikianlah
perbezaan susunan dua perkataan di dua tempat yang membawa kepada perbezaan yang
besar (Basyu:niyy,2004:193).
Sementara itu pendepanaan perkataan yang difleksi kepada) عليكم kamu) dari agen
fleksinya iaitu berbeza dari susunan asal ,(orang yang menerangkan kebenaran) شهيدا
disebabkan oleh terdapatnya tuntutan balaghah terhadap pendepanan tersebut. Ini kerana
penyampaian Rasulullah s.a.w ialah penyampai yang dikhususkan pada kurun yang
pertama yang disampaikan melalui percakapan baginda kepada umatnya. Sementara
golongan yang datang selepas mereka telah disampaikan kepada mereka melalui golongan
yang pertama. Begitulah seterusnya dari satu kurun ke satu kurun (al-
Mayda:niyy,1996:jil.1,384).
Pendepanan partikel jarr dan kata genetif terhadap agen fleksi adalah untuk menerangkan
pengkhususan Rasulullah s.a.w sebagai penerang kebenaran perbuatan mereka. Ini kerana
baginda ialah penyampai daripada Allah s.w.t agamaNya kepada mereka yang hidup
selepas baginda diutuskan. Tidak ada seorangpun selain baginda yang menyampaikan
agama ini daripada Allah (ibid:538).
Selain itu, firman Allah s.w.t dalam ayat 156 dari surah al-Baqarat turut menyatakan
maksud pengkhususan.
377
ذين ﴿ مصيبة أصابتهم إذا ال ا قالوا ا لله إن ـ �ليه� وإن ﴾ راجعون إ
Pengertiannya: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".
Musibah ialah setiap sesuatu yang menyakiti orang mukmin sama ada pada diri, harta atau
keluarga, kecil atau besar sehingga lampu yang terpadam bagi seseorang yang
memerlukannya turut dinamakan musibah (Abu: Hayya:n,2001:1,624). Ayat ﴿ ا لله إن ﴾
(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah) bermaksud pengakuan terhadap pemilikan
dan penghambaan adalah untuk Allah. Dialah yang menguruskan apa-apa yang berlaku
terhadap kita berdasarkan kepada kehendaknya (ibid:625). Manakala ayat
ا ﴿ راجعون إليه وإن ﴾ (dan kepada Allah jualah kami kembali) ialah pengakuan terhadap
hari kebangkitan dan peringatan kepada musibat kematian yang merupakan musibat yang
sangat besar. Di samping itu ia juga sebagai bukti keredaan seorang hamba terhadap apa-
apa yang akan diturunkan kepadanya selepas itu (ibid).
Pendepanan kata pelengkap bagi راجعون (kembali) adalah sebagai fokus kepada tempat
kembali kata ganti nama yang terdapat pada إليه (kepadaNya) iaitu yang Maha Agung dari
sudut keredaan dengan segala yang diturunkanNya selepas itu dan sabar menempuhinya.
Ia juga adalah sebagai pengakuan terhadap pembatasan urusan kepulangan kepadaNya iaitu
Allah s.w.t pada ketika berlaku musibah dan dilimpahi pahala dan pada ketika berlaku
kematian, yang ia berada di bawah kekuasaanNya dan bukan berada pada orang lain.
Begitu juga pada ketika berlakunya hari kebangkitan iaitu hari kiamat, Allahlah yang
378
menguruskannya bukan orang lain. Allahlah yang dikhususkan dengan urusan kepulangan
dalam segala keadaan (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,561).
Jadual 6.14 di bawah memperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas dalam
menterjemah maksud pengkhususan kesan daripada pendepanan tersebut. Ia juga
memperlihatkan struktur yang digunakan oleh penterjemah ketika menterjemah struktur
ayat al-Qur’an dalam surah al-Baqarat yang mengalami pendepanan sebegini.
Jadual 6.14Aplikasi Terjemahan pendepanan unsur pelengkap terhadap pesandar yang
membawa maksud pengkhususan
Makna Pengkhususan
Diterjemah Tidak diterjemah Bil. AyatBentuk
4 4
Penggunaan Kata Penegas
- Sahaja 1- Cuma -- Hanya -- Jua 1- Yang -- Semata-mata 1- Partikel lah 3
Struktur Teks Sumber
Dikekalkan Tidak dikekalkan Bil. AyatBentuk
3 5
Pendepanan Unsur Pelengkap
3
Jumlah Ayat 8
Berdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas dan
pendepanan unsur pelengkap berdasarkan maksud pengkhususan. Melalui jadual tersebut
379
kata penegas yang terdiri daripada partikel lah dan pendepanan unsur pelengkap telah
digunakan oleh penterjemah sebanyak tiga kali. Kemudian diikuti oleh maksud
pengkhususan dengan penggunaan kata penegas sahaja, jua dan semata-mata sebanyak
sekali. Penterjemah juga turut melakukan pendepanan unsur pelengkap ketika menterjemah
iaitu sebanyak tiga kali.
Ayat yang diterjemah menggunakan kata penegas ialah:
Ayat 133; “dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman) ”
Ayat 136; “dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah
semata-mata”
Ayat 138; “dan kepadaNyalah kami beribadat”
Ayat 156; “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah
kami kembali”
Penterjemah telah menterjemah ayat-ayat yang mengalami pendepanan tersebut dengan
mempertimbangkan makna pengkhususan memandangkan ia berkaitan dengan iktikad dan
keimanan umat Islam. Keempat-empat ayat di atas menerangkan mengenai konsep tawakal,
taat, ibadat dan kematian. Namun begitu, penterjemah tidak konsisten dalam hal ini kerana
ada ayat yang mengalami pendepanan yang sama dan menyatakan perkara yang berkaitan
dengan iktikad dan keimanan orang Islam seperti konsep ikhlas diterjemahkan tanpa
mempertimbangkan makna pengkhususan bukan sahaja dari segi penggunaan kata penegas
bahkan dari segi pendepanan struktur ayat. Ini dapat dilihat pada ayat 139 dari suarah al-
Baqarat yang diterjemah menjadi “kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas
kepadaNya”. Bahkan terdapat ayat yang hampir sama tetapi penterjemah menggunakan
380
pendekatan yang berbeza dalam terjemahannya. Ini dapat diperhatikan dalam terjemahan
ayat 46 “… dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” dan ayat 156 “…dan kepada
Allah jualah kami kembali”. Dalam ayat 46 penterjemah tidak mempertimbangkan makna
pengkhususan lalu tidak melibatkan penggunaan kata penegas seperti jua, sahaja, hanya
dan sebagainya, berbeza dengan ayat 156 penterjemah mempertimbangkan makna
pengkhususann dan melibatkan penggunaan kata penegas jua yang membawa maksud
hanya, sahaja dan cuma. Dalam ayat 156 penterjemah telah mengubah proposisi asal yang
membawa makna bahawa kita akan kembali kepada yang satu sahaja iaitu Allah. Bagi
individu yang mempercayai tuhan atau entiti lain selain Allah akan dapat memahami
maksud ayat tersebut menafikan tuhan atau entiti kepercayaannya kerana ia bukan tempat
kembali. Jika tuhan atau entiti yang dianggap sebagai tuhan itu bukan tempat kembali, ia
merupakan satu ciri kelemahan yang tidak melayakkannya untuk menjadi tuhan.
Oleh sebab itu, dalam teori dinamis apabila sesuatu teks itu dipindahkan daripada satu
bahasa kepada bahasa yang lain perkara-perkara berikut haruslah diambil kira:-
1. isi dan makna;
2. stail atau gaya;
3. bahasa.
Penterjemah haruslah menentukan sama ada isi dalam teks bahasa sumber itu dapat
dipindahkan keseluruhannya ke dalam bahasa sasaran. Adakah isi yang dipindahkan itu
sama berat dengan isi yang terdapat dalam bahasa sumber? Adakah makna-makna
perkataan yang digunakan dalam bahasa sasaran itu menepati maksud yang digunakan
dalam bahasa sumber? Adakah isi terjemahan itu terpesong daripada yang asal?
381
Perkara-perkara ini harus ditimbangkan dengan teliti sekiranya penterjemah-penterjemah
berhasrat mengeluarkan satu terjemahan yang baik. Di samping itu, stail penulisan dalam
terjemahan juga harus diberi perhatian. Sebelum sesuatu terjemahan itu dimulakan
penterjemah hendaklah mengatur strategi yang hendak digunakan di dalam melaksanakan
terjemahannya. Penterjemah harus menentukan prinsip terjemahan yang mana yang hendak
digunakan dalam terjemahnnya itu – sama ada ia hendak mengekalkan stail teks asal
daripada bahasa sumber atau menggunakan stailnya sendiri yang mirip kepada bahasa
sasaran.
Sementara itu, ayat yang diterjemah dengan dilakukan pendepanan unsur pelengkap bagi
predikat ialah tiga ayat daripada ayat-ayat di atas iaitu:
Ayat 133; “dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman) ”
Ayat 138; “dan kepadaNyalah kami beribadat”
Ayat 156; “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah
kami kembali”
Dengan itu, dapat disimpulkan, bahawa wacana yang bermaksud pengkhususan turut
digunakan oleh penterjemah dalam teks terjemahan surah al-Baqarat. Namun begitu,
penggunaannya adalah tidak sekata. Daripada lapan ayat yang mengalami pendepanan
sebegini hanya 4 ayat yang diterjemahkan dengan mempertimbangkan makna
pengkhususan sama ada dengan penggunaan kata penegas atau melalui pendepanan kata
pelengkap.
382
Oleh yang demikian, bagi mempertimbangkan kesan pendepanan ini terhadap terjemahan,
adalah lebih sesuai ayat 143 dari surah al-Baqarat diterjemah “dan Rasulullah
(Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu . ”
diterjemahkan sebagai:
Dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerang kebenaran
perbuatan kamu sahaja.
Jadual 6.15 di bawah adalah terjemahan cadangan daripada pengkaji dengan
mempertimbangkan makna pengkhususan sebagai implikasi kepada pendepanan kata
pelengkap terhadap agen fleksi yang berfungsi sebagai predikat.
Jadual 6.15Terjemahan cadangan pendepanan kata pelangkap terhadap predikat yang
membawa maksud pengkhususan
No. No. Ayat
Ayat al-Qur’an
1. 46 هم �ليه� وأن راجعون إTerjemahan
cadangandan bahawa mereka akan kembali kepadaNya sahaja.
2. 116 قانتون له كلTerjemahan
cadangansemuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya sahaja.
3. 133 مسلمون له ونحنTerjemahan
cadangandan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)
4. 136 مسلمون له ونحنTerjemahan
cadangandan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata
5. 138 عابدون له ونحنTerjemahan
cadangandan kepadaNyalah sahaja kami beribadat
6. 139 مخلصون له ونحنTerjemahan
cadangandan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas cuma kepadaNya
383
7. 143 سول ويكون شهيدا عليكم الرTerjemahan
cadangandan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu sahaja.
8. 156 ا ا لله إن ـ راجعون إليه وإنTerjemahan
cadanganSesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali
6.2.3 Pendepanan Unsur Pelengkap Terhadap Agen Fleksi
Pendepanan yang berkaitan dengan unsur pelengkap terhadap agen fleksi bermaksud
pendepanan yang melibatkan masa dan tempat berlaku kata kerja, partikel jarr dan kata
nama genetif, ha:l dan objek. Pendepanan unsur pelengkap yang berkaitan dengan kata
kerja bermaksud:
1. Berlakunya kata kerja tanpa keraguan.
2. Kata kerja tersebut terikat dengan frasa genetif, kata keterangan atau hal yang telah
dikedepankan.
3. Kata kerja tersebut tidak terikat dengan yang lain.
Pendepanan objek terhadap kata kerja serta dikekalkan keadaan fleksinya sebelum
pendepanan dan tidak disebut kata ganti nama bersama kata kerja membawa maksud
pengkhususan yang mengandungi makna penegasan (Muhammad Husayn ‘Abd al-
Fatu:h,1995:249).
Jadual 6.16 di bawah ialah terjemahan oleh penterjemah Pimpinan Ar-Rahman bagi ayat-
ayat yang mengalami pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi.
Jadual 6.16
384
Terjemahan pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja yang membawa maksud pengkhususan menurut Pimpinan Ar-Rahman
No. No. Ayat
Ayat al-Qur’an
1. 3 ا م ينفقون رزقناهم وم�Terjemahan serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang
Kami berikan kepada mereka.2. 28 �ليه� ثم ترجعون إTerjemahan akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi
segala yang kamu kerjakan).3. 40 �ياي فارهبون وإTerjemahan dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut,
(bukan kepada sesuatu yang lain).4. 41 �ياي قون وإ فاتTerjemahan dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.5. 57 ولـكن يظلمون أنفسهم كانواTerjemahan tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.6. 71 بالحق جئت اآلن قالواTerjemahan Mereka berkata: “Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan
sifat-sifatnya yang sebenar”.7. 85 يامة� ويوم العذاب أشد إلى يردون الق�Terjemahan dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa
yang amat berat.8. 172 �ياه كنتم إن تعبدون إTerjemahan jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.9. 187 باشروهن فاآلنTerjemahan Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu.10. 203 كم �ليه� أن تحشرون إTerjemahan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.11. 210 األمور ترجع الله� وإ�لىTerjemahan dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.12. 245 �ليه� ترجعون وإTerjemahan dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.13. 267 وال نه الخبيث تيمموا تنفقون م�Terjemahan Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu
kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat).
Jadual di atas menunjukkan bilangan ayat yang mengalami pendepanan sebegini adalah
sebanyak 12 ayat. Jika dianalisis secara terperinci, didapati majoriti ayat iaitu sebanyak
385
lima ayat merupakan pendepanan kata keterangan yang terdiri daripada partikel jarr dan
kata nama genitif, sama ada kata ganti nama atau kata nama. Manakala empat ayat
merupakan pendepanan objek, satu ayat pendepanan kata keterangan masa dan satu ayat
pendepanan ha:l.
Jadual 6.16 menunjukkan bilangan ayat al-Qur’an dari surah al-Baqarat yang mengalami
pendepanan yang boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
1. Pendepanan objek
2. Pendepanan frasa genetif
3. Pendepanan kata keterangan
6.2.3.1 Pendepanan Objek
Pendepanan objek terhadap agen fleksi kata kerja turut memberi implikasi yang membawa
maksud pengkhususan. Ini dapat dijelaskan pada ayat 40 dan 41 dari surah al-Baqarat.
�ياي ﴿ ﴾ فارهبون وإ
Pengertiannya: dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).
Pendepanan tersebut tidak mempunyai maksud lain selain pengkhususan. Ini kerana agen
fleksi اي ـ boleh berada di belakang (kepada aku) إي اي ـ .(kepada aku) إي Sekiranya ia
berada di depannya, maka objek tidak mengalami pendepanan dan ia tidak membawa
maksud pengkhususan (Baha:’ al-Di:n al-Subkiy,2001:1,476).
386
�ياي ﴿ قون وإ فات ﴾
Pengertiannya: dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
Pada kedua-dua ayat di atas berlaku pendepanan objek terhadap kata kerja. Pendepanan ini
bertujuan untuk membawa maksud pengkhususan dan pengehadan. Ayat di atas bermaksud
‘ ركاء من غيري ترهبوا ال الشــ ’ (Jangan kamu takut selain aku sahaja daripada
sekutu yang lain) dan قوا وال ركاء من غيري تت الش (Jangan kamu bertakwa selain
aku sahaja daripada sekutu yang lain). (al-Mayda:niyy,1996:1,382).
Pendepanan objek untuk tujuan pengkhususan dapat juga dilihat dalam firman Allah s.w.t
ayat 57 dari surah al-Baqarat.
لنا ﴿ لوى المن عليكم وأنزلنا الغمام عليكم وظل والس من كلوابات ولـكن ظلمونا وما رزقناكم ما طي يظلمون أنفسهم كانوا
﴾
Pengertiannya: Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.
Mereka tidak menzalimi kami dengan kekufuran kerana kemudaratannya tidak melampaui
mereka. Pendepanan objek menunjukkan pembatasan yang selari dengan nafi sebelumnya
387
(al-Jamal,1996:1,82). Ia merealisasikan pembatasan dari dua sudut yang dihimpunkan iaitu
antara nafi dengan penyata serta pendepanan objek (Ibn ‘A:shu:r,t.t:2,512). Bersama dua
sudut ini pengkhususan diperkukuhkan.
Ini dapat diperhatikan juga pada ayat 172 dari surah al-Baqarat.
ها يا ﴿ ذين أي ال آمنوا بات من كلوا رزقناكم ما طي لله واشكروا�ياه كنتم إن ﴾ تعبدون إ
Pengertiannya: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.
Pendepanan kata ganti nama yang berfungsi sebagai objek daripada kata kerja ibadat adalah
sebagai pengkhususan iaitu mengkhususkan Allah s.w.t dengan ibadat kerana ibadat hanya
kepadaNya (al-Kurdiyy,2007:77). Ayat tersebut bermaksud sekiranya benar kamu semua
mengkhususkanNya dengan penyembahan (al-Khati:b al-Qazwi:niyy,1993:2,164) dan
memperakui bahawasanya Dia ialah pemberi nikmat (al-Zamakhshariyy,1990:1,329).
Pendepanan objek adalah sebagai pengkhususan memandangkan agen fleksinya berada di
hujung ayat (al-Jamal,1996:1,206). Menurut Abu: Hayya:n ia dikedepankan agar agen
fleksi berada di hujung ayat bagi menunjukkan kepentingan dan kebesaran keadaanNya
kerana ia merujuk kepada Allah s.w.t (Abu Hayya:n,2001:1,660). Abu Hayya:n tidak
menentang pendapat al-Zamakhshariyy yang berpendapat tujuan pendepanan tersebut
adalah sebagai pengkhususan. Beliau telah menyebutnya tanpa sebarang ulasan. Pendapat
beliau yang mengatakan pendepanan tersebut bertujuan sebagai menunjukkan kepentingan
388
juga tidak bertentangan dengan pengkhususan. Walau bagaimanapun pengkhususan adalah
lebih jelas di sini (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,609).
Pendepanan اه dalam ayat tersebut berfungsi sebagai pengkhususan. Ini (kepadanya) إيـ
kerana pendepanan objek terhadap kata kerja ibadat dalam ayat di atas berlaku kerana
ibadat adalah khusus untuk Allah s.w.t. Pendepanan objek berlaku kerana Allah s.w.t
inginkan pengkhususan kepadanya ketika hambanya beribadat dan menjuruskan hati hanya
kepadanya. Di samping itu, jangan diarahkan hati melainkan kehadratNya sahaja
(Muhammad Abu: Mu:sa:,tt,cet.3:291).
6.2.3.2 Pendepanan Frasa Genetif
Sementara itu, pendepanan frasa genetif terhadap kata kerja yang merupakan agen fleksi
yang membawa maksud pengkhususan terdapat dalam firman Allah s.w.t ayat 3 dari surah
al-Baqarat.
ذين ﴿ ا الصالة ويقيمون بالغيب يؤمنون ال م ينفقون رزقناهم وم�﴾
Pengertiannya: Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Pendepanannya adalah sebagai pengkhususan. Pengkhususan itu adalah sebagai bukti
kepentingannya seperti yang dinyatakan oleh al-Zamakhshariyy (1990:1,132). Dalam pada
389
itu, ia didatangkan dengan pendepanan adalah sebagai pengkhususan agar tidak ada
sangkaan keharusan memberi sedekah sesuatu yang bukan milik mereka dengan
pentakhirannya (al-Tu:fiyy,1977:155). Pendepanan tersebut juga turut mengkhususkan
rezeki itu adalah daripada Allah dan membataskan pemberian sedekah kepada sesuatu
rezeki yang Allah anugerahkan kepada hambanya (al-Alu:siyy,2001:1,121). Pendepanan
frasa genetif terhadap kata kerja bersesuaian dengan pendepanan rezeki terhadap pemberian
sedekah, rezeki daripada Allah, pemberian sedekah daripada hamba yang mukmin untuk
mencari keredaan Allah, justeru itu ia melibatkan perkara daripadaNya dan kepadaNya.
Lantas, tiada sebarang bantahan untuk menunaikannya (Muni:r Sulta:n,t.t:138).
Pendepanan unsur pelengkap yang terdiri daripada frasa genetif yang membawa maksud
pengkhususan dapat diperhatikan dalam firman Allah s.w.t ayat 28 dari surah al-Baqarat.
ه تكفرون كيف ﴿ وكنتم بالل يحييكم ثم يميتكم ثم فأحياكم أمواتا�ليه� ثم ﴾ ترجعون إ
Pengertiannya: Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
Pendepanan unsur pelengkap ــه (kepadanya) إلي dari agen fleksi bertujuan sebagai
pembatasan iaitu pembatasan hakiki yang ditujukan kepada penerima ujaran agar mereka
mengetahui sekiranya mereka ingkar dalam hal tersebut, ia merupakan kekecewaan bagi
mereka untuk mendapat faedah daripada berhala-berhala mereka. Ini kerana orang
390
musyrikin selalu berhujah kepada orang Islam bahawa apabila mereka dibangunkan dan
dihimpunkan, tuhan-tuhan mereka akan membantu mereka (Ibn ‘A:shu:r,2000:1,372).
Demikian juga dengan firman Allah s.w.t dalam ayat 210 dari surah al-Baqarat.
ينظرون هل ﴿ من ظلل في الله يأتيهم أن إال والمآلئكة الغمام﴾ األمور ترجع الله� وإ�لى األمر وقضي
Pengertiannya: (Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu (balasan azab yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.
Pendepanan frasa genetif الله إلى (kepada Allah) bertindak sebagai pengkhususan. Ia
mengkhususkan Allah s.w.t dengan hari tersebut kerana pada hari tersebut Dia
berseorangan bertindak, menghukum dan memerintah (Abu: Hayya:n,2001:2,135) iaitu
semua perkara kembali hanya kepadaNya (al-Jamal,1996:1,250). Makna pengkhususan
jelas terdapat pada ayat tersebut, sekiranya ayat tersebut disusun tidak berdasarkan
pendepanan seperti الله إلى األمور ترجع (Segala urusan kembali kepada Allah)
berkemungkinan berlaku tempat kembali tidak kepada Allah dan ini adalah suatu yang
mustahil (‘Abd al-‘Azi:z ‘Ati:q,1985:141-142). Pendepanan tersebut menunjukkan bahawa
tempat kembali segala urusan adalah kepada Allah sahaja (‘Abd al-Ra:ziq Abu:
Zayd,t.t:121-122). Begitu juga dengan firman Allah s.w.t dalam ayat 245 dari surah al-
Baqarat:
�ليه� ويبسط يقبض والله ﴿ ﴾ ترجعون وإ391
Pengertiannya: Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Sementara itu ayat lain yang memperlihatkan pendepanan sebegini ialah firman Allah s.w.t
dalam ayat 203 dari surah al-Baqarat:
﴿ قوا كم واعلموا الله وات �ليه أن ﴾ تحشرون �إ
Pengertiannya: dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.
Pendepanan partikel jarr dan kata nama genetif adalah sebagai pengkhususan iaitu
mengkhususkan Allah s.w.t dengan urusan perhimpunan hanya kepadaNya dan tidak
kepada yang lain.
Kita juga dapati tujuan pengkhususan dalam pendepanan frasa genetif terhadap kata kerja
dalam firman Allah s.w.t ayat 267 dari surah al-Baqarat.
ها يا ﴿ ذين أي ال آمنوا بات من أنفقوا أخرجنا ومما كسبتم ما طي األرض من لكم وال نه الخبيث تيمموا ﴾ تنفقون م�
Pengertiannya: Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat),
392
Frasa genetif منه (daripadanya) adalah unsur pelengkap bagi تنفقون (kamu dermakan)
dan kata ganti nama merujuk kepada Ia dikedepankan bertujuan .(yang buruk) الخبيث
sebagai pengkhususan. Larangan telah dinyatakan bagi seorang lelaki yang mengeluarkan
sedekahnya khusus dari hartanya yang buruk sahaja. Manakala pengeluaran dari yang baik
dan yang buruk tidaklah ditegah (Ibn ‘A:shu:r,t.t:3,56-57). Dalam larangan hasrat memberi
yang buruk tanpa yang baik mengandungi kecaman dan celaan bagi sesiapa yang
melakukannya sehinggalah dia berhenti. Abu: al-Sa'u:d berpendapat: “Pengkhususan
tersebut adalah untuk mengecam mereka kerana memberikan sedekah daripada yang buruk
secara khusus tanpa membenarkan pemberiannya bersama sesuatu yang baik” (Abu: al-
Sa‘u:d,1994:1,261). Sebenarnya tidak ada percanggahan antara kecaman terhadap sesiapa
yang berhasrat memberi sedekah dari harta yang buruk tanpa yang baik dan antara
mengharuskan pemberian dari kedua-dua bahagian kerana larangan jelas bagi sesiapa yang
berhasrat memberi sedekah dari yang buruk.
6.2.3.3 Pendepanan Kata Keterangan
Pendepanan kata keterangan untuk tujuan pengkhususan terdapat dalam firman Allah s.w.t
ayat 71 surah al-Baqarat.
ه قال ﴿ ها يقول إن بقرة إن األرض تثير ذلول ال الحرث تسقي والمة مسل فيها شية ال وما فذبحوها بالحق جئت اآلن قالوا كادوا
﴾ يفعلون
Pengertiannya: Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk
393
membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
Pendepanan kata keterangan dalam ayat di atas adalah mengenai haqiqat gambaran lembu
betina tersebut dan tiada lagi masalah berkaitannya (al-Zamakhshariyy,1990:1,288), (Ia
telah dibezakan dengan sesuatu yang selainnya dan kami tidak mempunyai sebarang
kesamaran mengenainya berbeza dengan dua kali sebelum ini, apa-apa yang Engkau
datangkan tidak mencapai tahap penentuannya setara ini) (Abu: al-Sa‘u:d,1994:1,112).
Jelas di sini bahawa pendepanan kata keterangan (الظرف) adalah sebagai pembatasan
kedatangan kenyataannya dengan kebenaran tidak seperti waktu-waktu sebelumnya. Ia
mengkhususkan zaman (waktu) sekarang dengan sifat-sifat yang sebenar bagi lembu betina
tersebut (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:3,742).
Demikian juga halnya kita dapat perhatikan pengkhususan pada pendepanan kata
keterangan dalam firman Allah s.w.t ayat 187 dari surah al-Baqarat.
كم لباس هن ﴿ هن لباس وأنتم ل كم الله علم ل تختانون كنتم أن﴾ باشروهن فاآلن عنكم وعفا عليكم فتاب أنفسكم
Pengertiannya: Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu
394
Pendepanan kata keterangan pada ayat di atas bermaksud pada waktu ini iaitu malam
berpuasa kamu gaulilah mereka (isteri-isteri kamu). Maksudnya harus disebabkan ia
dinyatakan selepas larangan dan sepakat ijmak terhadapnya (Abu Hayya:n,2001:2,56).
Maksud gaulilah ialah jimak (al-Zamakhshariyy,1990:1,338). Tujuan pendepanan kata
keterangan ialah sebagai pembatasan keharusan jimak pada bulan Ramadan hanya pada
waktu malam dan tidak waktu-waktu selainnya, iaitu mengkhususkan malam bukan siang
pada keadaan puasa dengan keharusan jimak padanya (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim
‘Awn,2006:3,742).
Demikian situasi dalam ayat 85 dari surah al-Baqarat.
يامة� ويوم ﴿ ﴾ العذاب أشد إلى يردون الق�
Pengertiannya: dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat.
Dalam ayat di atas pendepanan kata keterangan القيامة يوم (pada hari kiamat) terhadap
agen fleksinya العذاب أشد إلى بردون (Mereka akan ditolak ke dalam azab yang
amat berat) bertujuan sebagai pengkhususan penolakan ke dalam azab seksa yang amat
berat berlaku pada hari kiamat. Ia merupakan pembatasan hakiki (al-
Zamakhshariyy,1990:1,288).
Jadual 6.17 di bawah memperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas dan pendepanan
unsur pelengkap oleh penterjemah ketika menterjemah ayat yang mengalami pendepanan
unsur pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja yang membawa maksud pengkhususan.
395
Jadual 6.17Aplikasi Terjemahan pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja
yang membawa maksud pengkhususan
Makna Pengkhususan
Diterjemah Tidak diterjemah Bil. AyatBentuk
6 7
Penggunaan Kata Penegas
- Sahaja 2- Cuma -- Hanya 1- Jua 1- Yang -- Semata-mata -- Partikel lah 2
Struktur Teks Sumber
Dikekalkan Tidak dikekalkan Bil. AyatBentuk
8 5
Pendepanan Unsur Pelengkap
8
Jumlah Ayat 13
Berdasarkan jadual 6.17, terdapat 9 ayat yang diterjemahkan menggunakan kata penegas
dan pendepanan unsur pelengkap oleh penterjemah dalam menterjemahkan ayat yang
mengalami pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja yang membawa
maksud pengkhususan. Dengan melihat jadual tersebut, didapati kata penegas sahaja
digunakan sebanyak dua kali, hanya dan jua sebanyak sekali. Manakala partikel lah
sebanyak dua kali. Sementara itu penterjemah turut melakukan pendepanan unsur
pelengkap dalam bahasa sasaran ketika menterjemah iaitu sebanyak lapan kali.
Ayat yang diterjemah menggunakan kata penegas ialah:
396
Ayat 40; “dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan
kepada sesuatu yang lain).”
Ayat 41; “dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. ”
Ayat 172; “jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. ”
Ayat 210; “dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.”
Ayat 71; “Mereka berkata: “Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan
sifat-sifatnya yang sebenar”.
Ayat 245; “dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. ”
Sementara itu, ayat yang dilakukan terjemahan dengan melibatkan pendepanan unsur
pelengkap dalam bahasa sasaran ialah:
Ayat 40; “dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan
kepada sesuatu yang lain).”
Ayat 41; “dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. ”
Ayat 71; “Mereka berkata: “Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan
sifat-sifatnya yang sebenar”.
Ayat 85; “dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang
amat berat. ”
Ayat 187; “Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu. ”
Ayat 210; “dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan. ”
Ayat 245; “dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. ”
Ayat 267; “Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu
kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat). ”
397
Berdasarkan ayat-ayat di atas, penterjemah didapati menggunakan pendekatan
penterjemahan langsung dan penterjemahan tidak langsung dalam hasil penterjemahan
beliau. Beliau menggunakan pendekatan penterjemahan langsung dengan mengekalkan
bentuk struktur ayat teks sumber dalam bentuk struktur ayat teks sasaran. Ini dapat dilihat
dalam ayat 40 dan 41 surah al-Baqarat iaitu “dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu
merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).” dan “dan kepada Akulah sahaja
hendaklah kamu bertaqwa. ”. Penterjemah telah mengekalkan struktur teks sumber dalam
teks terjemahan beliau dengan mengekalkan proposisi asal kepada akulah. Malah,
penterjemah turut menggunakan pendekatan penterjemahan tidak langsung dengan
menambah kata penegas lah dan sahaja terhadap proposisi asal tersebut bagi
mempertimbangkan makna pengkhususan yang terhasil kesan daripada pendepanan unsur
pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja. Ini membuktikan persamaan itu bukanlah
sekadar pemindahan bentuk bahasa bagi satu perkataan asal sahaja, tetapi haruslah
merangkumi pemindahan sehampir mungkin makna semantik, bentuk umum dan kesan.
Oleh itu, menurut Nida persamaan dinamis ialah persamaan semula jadi yang paling
hampir bagi teks bahasa sumber. Sementara itu, persamaan dinamis bermaksud prinsip
terjemahan mengikut kesesuaian penterjemah untuk menterjemah maksud susunan
perkataan bahasa sumber, agar dapat mencetuskan kesan yang sama kepada penerima
budaya sasaran, sebagai mana susunan perkataan lakukan terhadap penerima teks sumber.
Menurut teori dinamis, biarpun teori ini tidak sepenuhnya dapat mengungkapkan makna
perkataan-perkataan linguistik, namun ia lebih mendasar kepada ransangan dan tindak
balas pengguna teks terjemahan yang mana teks terjemahan ini dihasilkan adalah memberi
kesan positif kepada pengguna, iaitu apabila mereka membacanya, mereka mendapat
398
ransangan untuk bertindak balas dengan melaksana tuntutan teks terjemahan. Dalam ayat
40 dan 41 daripada surah al-Baqarat di atas, penambahan kata penegas lah dan sahaja
memberi kesan positif kepada pengguna yang beragama Islam dan beriman kepada Allah
s.w.t. Mereka akan bertindak balas dengan melaksanankan tuntutan teks terjemahan iaitu
hanya takut serta bertaqwa kepada Allah dan tidak kepada entiti yang lain. Manakala bagi
pembaca yang tidak beragama Islam dan takut serta bertaqwa kepada entiti yang lain akan
mendapati kepercayaan mereka selama ini bertentangan dengan kepercayaan golongan
yang beriman dengan Allah s.w.t. Kepercayaan ini secara tidak langsung adalah salah. Ini
kerana berdasarkan konsep pengkhususan dalam bahasa Arab, ia menyatakan sesuatu dan
dalam waktu sama menafikan sesuatu yang lain.
Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa penterjemah menggunakan pendekatan
penterjemahan secara langsung iaitu dengan mengekalkan struktur asal teks terjemahan dan
dalam waktu yang sama turut menggunakan pendekatan penterjemahan secara tidak
langsung dengan mempertimbangkan maksud pengkhususan ketika menterjemah ayat al-
Qur’an yang mengalami pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja yang
membawa maksud pengkhususan.
Berdasarkan struktur ayat di atas dan dibantu dengan konteks ayat, ayat tersebut bermaksud
hanya kepada Allah kita perlu berasa gerun, bertaqwa dan beribadat dan pada hari kiamat
sahaja azab seksa yang amat berat akan diperlihatkan. Apabila diterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu ia perlu menggunakan kata penegas yang membawa maksud pengkhususan
seperti cuma, hanya dan sahaja. Ayat-ayat di atas kita dapati terjemahannya turut
mengambil kira kesan pendepanan objek dari kata kerja yang membawa maksud
399
pengkhususan. Malah, kata penegas yang membawa maksud pengkhususan digunakan
dalam terjemahan tersebut, iaitu hanya dan sahaja. Ini jelas dapat dilihat dalam terjemahan
ayat 40,41 dan 172 di atas iaitu:
dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada
sesuatu yang lain).
dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.
Jadual 6.18 di bawah menjelaskan terjemahan cadangan daripada pengkaji yang
mempertimbangkan implikasi pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi yang
membawa maksud pengkhususan.
Jadual 6.18Terjemahan cadangan pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja
yang membawa maksud pengkhususan
No. No. Ayat
Ayat al-Qur’an
1. 3 ينفقون رزقناهم ومماTerjemahan
cadanganserta membelanjakan (mendermakan) hanya sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
2. 28 ترجعون إليه ثمTerjemahan
cadanganakhirnya kamu dikembalikan hanya kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
3. 40 اي فارهبون وإيTerjemahan
cadangandan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).
4. 41 اي قون وإي فاتTerjemahan
cadangandan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
5. 57 ولـكن يظلمون أنفسهم كانواTerjemahan
cadangantetapi sebenarnya mereka menganiaya diri mereka sendiri sahaja.
6. 71 بالحق جئت اآلن قالواTerjemahan Mereka berkata: “Hanya Sekarang baharulah engkau dapat
400
cadangan menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”.7. 85 العذاب أشد إلى يردون القيامة ويومTerjemahan
cadangandan hanya pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat.
8. 172 كنتم إن تعبدون اهإيTerjemahan
cadanganjika betul kamu beribadat cuma kepadanya.
9. 187 باشروهن فاآلنTerjemahan
cadanganMaka setubuhilah isteri-isteri kamu pada ketika ini sahaja.
10. 203 كم تحشرون إليه أنTerjemahan
cadanganketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya sahaja.
11. 210 األمور ترجع الله وإلىTerjemahan
cadangandan hanya kepada Allah kembalinya segala urusan.
12. 245 ترجعون وإليهTerjemahan
cadangandan cuma kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
13. 267 وال تنفقون منه الخبيث تيممواTerjemahan
cadanganDan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya sahaja (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat).
Antara sebab pendepanan sesetengah lafaz ialah sebagai pengkhususan iaitu penentuan dan
pembatasan. Ini termasuklah pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi adalah kata
yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan. Jadual 6.19 di
bawah memperlihatkan pendepanan sebegini dalam surah al-Baqarat.
Jadual 6.19Terjemahan pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan menurut
Pimpinan Ar-Rahman
401
No. No. Ayat
Ayat al-Qur’an
1. 187 يام� ليلة لكم أحل فث الص نسآئكم إلى الرTerjemahan Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur
(bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu2. 238 قانتين ل�له� وقوموا
Terjemahan dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
Pendepanan kata keterangan terhadap kata yang berperanan seperti kata kerja yang
berbentuk kata nama terbitan dan membawa maksud pengkhususan dapat dilihat dalam
firman Allah s.w.t ayat 187 dari surah al-Baqarat.
يام� ليلة لكم أحل ﴿ فث الص كم لباس هن نسآئكم إلى الر لهن لباس وأنتم ﴾ ل
Pengertiannya: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.
Tujuan dari pendepanan adalah untuk membataskan persetubuhan pada waktu puasa hanya
pada waktu malam. Dalam ayat ini juga memperlihatkan pendepanan kata nama keterangan
terhadap pengganti pelaku (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:3,786).
Dalam firman Allah s.w.t ayat 238 dari surah al-Baqarat.
﴿ الوسطى والصالة الصلوات على حافظوا قانتين ل�له� وقوموا﴾
402
Pengertiannya: Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
Kata nama genetif terikat dengan (taat) قــانتين dan partikel la:m adalah sebagai
pengkhususan. Pendepanan kata genetif memperlihatkan pengkhususannya iaitu Allah s.w.t
dengan ketaatan dan sebagai penegasan kepada kandungannya (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim
‘Awn,2006:3,780).
Jadual 6.20 di bawah memperlihatkan kekerapan penterjemah mempertimbangkan maksud
pengkhususan dengan penggunaan kata penegas atau pendepanan unsur pelengkap.
Jadual 6.20Aplikasi terjemahan pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi ialah kata
yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan
Makna Pengkhususan
Diterjemah Tidak diterjemah Bil. AyatBentuk
- 2
Penggunaan Kata Penegas
- Sahaja -- Cuma -- Hanya -- Jua -- Yang -- Semata-mata -- Partikel lah -
Struktur Teks Sumber
Dikekalkan Tidak dikekalkan Bil. AyatBentuk
2 -
Pendepanan Unsur Pelengkap
2
Jumlah Ayat 2
403
Jadual 6.20 di atas menjelaskan bahawa penterjemah tidak menggunakan kata penegas
dalam menterjemah ayat yang mengalami pendepanan kata pelengkap terhadap agen fleksi
ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan
sebaliknya penterjemah mengekalkan struktur ayat asal dengan melakukan pendepanan
unsur pelengkap tersebut.
Dengan paparan ini, dapat disimpulkan bahawa penterjemah tidak menggunakan kata
penegas yang membawa maksud pengkhususan ketika menterjemahan ayat yang
mengalami pendepanan sebegini. Walau bagaimanapun struktur ayat asal dikekalkan pada
struktur ayat terjemahan iaitu dengan turut melakukan pendepanan unsur pelengkap. Ini
menunjukkan penterjemah menggunakan pendekatan penterjemahan tidak langsung ketika
menterjemah ayat-ayat di atas. Pada ayat 187: “Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari
puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu.”, penterjemah mengekalkan
struktur asal ayat teks sumber tetapi tidak mempertimbangkan makna pengkhususan yang
ada. Sedangkan ayat tersebut bersangkut paut dengan hukum syarak mengenai waktu
diharuskan melakukan persetubuhan pada waktu puasa, iaitu mengkhususkan pada waktu
malam sahaja. Penterjemah hanya menyatakan pada malam hari puasa tanpa
mengkhuskannya sedangkan struktur ayat tersebut menunjukkan makna pengkhususan.
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini makna pengkhususan membawa maksud
menyatakan sesuatu dan dalam waktu yang sama menafikan. Di sini, berdasarkan struktur
ayat di atas penterjemah menyatakan sesuatu tetapi tidak menafikannya. Penterjemah tidak
melakukan tugas utama penterjemah dengan baik iaitu menyalin semula maklumat yang
terkandung dalam teks sumber ke dalam bahasa penerima. Sedangkan tugas utama
404
penterjemah ialah menyalin semula maklumat yang terkandung dalam teks sumber ke
dalam bahasa penerima. Justeru itu, dalam proses ini banyak penyesuaian tatabahasa dan
perkataan mesti dilakukan. Di dalam menjalankan tugasnya, penterjemah juga dikehendaki
mencari bentuk-bentuk yang sama, buka yang serupa. Dalam perkataan lain tugasnya
adalah untuk menyalin semula maklumat, bukan bentuk bagaimana maklumat itu
diungkapkan.
Seharusnya ayat-ayat yang mengalami pendepanan sebegini perlu melibatkan kata penegas
yang membawa maksud pengkhususan yang bersesuaian dengan struktur ayat seperti kata
penegas hanya, sahaja dan cuma. Penggunaan kata penegas tersebut akan memberi tindak
balas kepada pembaca bahawa hanya pada malam puasa sahaja diharuskan melakukan
persetubuhan tidak pada waktu siang iaitu waktu berpuasa. Menurut teori dinamis ia lebih
baik kerana ia lebih mendasar kepada ransangan dan tindak balas pengguna teks terjemahan
yang mana teks terjemahan ini dihasilkan adalah memberi kesan positif kepada pengguna,
iaitu apabila mereka membacanya, mereka mendapat ransangan untuk bertindak balas
dengan melaksana tuntutan teks terjemahan. Bagi Nida, ketepatan dalam terjemahan
bergantung pada penghasilan kesan yang sama dalam budaya bahasa sasaran. Penerima
sebuah terjemahan sepatutnya memahami teks yang diterjemahkan kepada suatu tahap
mereka dapat memahami bagaimana penerima asal sepatutnya telah memahami teks asal.
Begitu juga dengan ayat 238: “dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu)
dengan taat dan khusyuk.” , penterjemah telah setia dengan struktur asal teks sumber.
Penterjemah telah mengekalkan proposisi asal iaitu “dan berdirilah kerana Allah” tanpa
menambah kata penegas hanya, sahaja dan cuma. Ini membawa makna suruhan
405
mendirikan sembahyang itu hendaklah dilakukan dengan taat dan khusyuk kerana Allah
tanpa mengkhususkanNya. Ia hanya menyatakan kerana Allah tetapi tidak menafikan
kemungkinan kerana entiti yang lain. Ini menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Oleh
itu, berdasarkan teori dinamis dalam menjalankan tugas penterjemah dikehendaki mencari
bentuk-bentuk yang sama, buka yang serupa. Dalam perkataan lain tugasnya adalah untuk
menyalin semula maklumat, bukan bentuk bagaimana maklumat itu diungkapkan. Lantaran
itu, penterjemah harus menggunakan kata penegas hanya, sahaja dan cuma dalam
penterjemahan ayat di atas dan melakukan penstrukturan semula ayat. Menurut teori
dinamis juga, penterjemah hendaklah membuat terjemahan yang menggunakan ciri-ciri asli
bahasa penerima dan tidak boleh memaksa bahasa penerima mengambil bentuk-bentuk
tatabahasa atau ungkapan bahasa sumber yang asing baginya. Ia akan melahirkan
terjemahan yang tidak berbau terjemahan apabila dibaca, malah terasa seolah-olah ia telah
ditulis terus ke dalam bahasa penerima. Oleh itu, ayat di atas adalah lebih baik dinyatakan
sebagai “dan berdirilah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk hanya
kerana Allah.” Penggunaan persamaan dinamis dalam terjemahan seringkali menyebabkan
bentuk teks asal berubah. Namun begitu, selagi perubahan itu mengikut dasar tranformasi
bahasa sumber, dasar konteks yang tidak berubah ketika pemindahan dan dasar tranformasi
dalam bahasa penerima, mesej tersebut terpelihara dan terjemahan itu berjaya. Di samping
menggunakan pendekatan linguistik dalam terjemahan, Nida turut memberi tumpuan
kepada mesej teks atau kualiti semantik. Oleh yang demikian beliau berusaha untuk
memastikan mesej-mesej ini jelas dalam teks sasaran. Penterjemah mestilah seseorang yang
mampu menghilangkan perbezaan linguistik dan budaya supaya orang ramai boleh melihat
dengan terang kerelevanan mesej teks asal (Nida dan De Waard,1986).
406
Oleh yang demikian, jadual 6.21 di bawah menjelaskan terjemahan cadangan daripada
pengkaji mengenai ayat-ayat yang mengalami pendepanan kata pelengkap terhadap agen
fleksi ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan.
Jadual 6.21Terjemahan cadangan pendepanan kata pelengkap terhadap agen fleksi ialah kata
yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan
No. No. Ayat
Ayat al-Qur’an
1. 187 يام� ليلة لكم أحل فث الص نسآئكم إلى الرTerjemahan
cadanganDihalalkan bagi kamu, hanya pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu
2. 238 قانتين ل�له� وقومواTerjemahan
cadangandan berdirilah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk hanya kerana Allah.
Sementara itu, jadual 6.22 di bawah menjelaskan pertimbangan secara menyeluruh yang
dilakukan oleh penterjemah ketika menterjemah ayat-ayat yang mengalami pendepanan
unsur tertentu dan membawa maksud pengkhususan. Ia meliputi pendekatan penterjemahan
tidak langsung iaitu melibatkan penggunaan kata penegas dalam menterjemah makna
pengkhususan dan pendekatan penterjemahan langsung iaitu mengekalkan struktur teks
sumber dalam hasil penterjemahan.
Jadual 6.22Bilangan dan peratusan pendekatan penterjemahan tidak langsung dan
penterjemahan langsung
Makna Pengkhususan
Diterjemah Tidak diterjemahBilangan Ayat 19 63Peratus 23.17% 76.83%
Struktur Teks Sumber
407
Dikekalkan Tidak dikekalkanBilangan Ayat 41 41Peratus 50% 50%
Jumlah Ayat 82
Berdasarkan jadual 6.22, kita dapati daripada 82 ayat yang mengalami pendepanan unsur
tertentu yang membawa maksud pengkhususan, penterjemah mempertimbangkan maksud
tersebut dengan melibatkan penggunaan kata penegas dalam 19 ayat iaitu 23.17%.
Manakala 63 ayat yang lain iaitu sebanyak 76.83% diterjemahkan tanpa melibatkan
penggunaan kata penegas. Seperti mana yang kita ketahui ayat-ayat tersebut meliputi
semua ayat nafi dan beberapa ayat penyata. Sementara itu daripada jumlah keseluruhan
ayat yang mengalami pendepanan unsur tertentu yang membawa maksud pengkhususan
iaitu sebanyak 82 ayat, penterjemah telah mengekalkan struktur teks sumber dalam 41 ayat
iaitu sebanyak 50%. Ini bermakna penterjemah mengunakan pendekatan penterjemah
langsung dan penterjemahan tidak langsung dalam hasil terjemahan beliau yang melibatkan
penstrukturan ayat..
6.3 Penutup
Struktur ayat mempunyai peranan penting dari segi makna dalam bahasa Arab. Terutama
sekali sekiranya ia melibatkan ayat-ayat al-Qur’an. Pendepanan merupakan salah satu topik
yang berhubung kait dengan struktur ayat bahasa Arab. Ia memberi implikasi yang besar
dalam proses terjemahan Arab-Melayu khususnya dari segi makna.
Pengkhususan dan penegasan merupakan dua kesan penting dari tindak balas pendepanan
unsur-unsur ayat dalam bahasa Arab. Kedua-dua makna ini perlu diterjemahkan bagi
408
menghasilkan terjemahan yang padu dan memberi kesan kepada pembaca. Apatah lagi
sekiranya ayat-ayat yang diterjemahkan ke bahasa Melayu itu merupakan ayat-ayat suci al-
Qur’an al-Karim. Ini kerana ada kalanya ayat-ayat tersebut ada hubung kait dengan syariat
Islam dan akidah umat Islam seperti kekuasan Allah s.w.t, hari akhirat dan konsep tawakal.
Dengan mengambil kira kesan yang terhasil daripada pendepanan unsur ayat terjemahan
yang dihasilkan dapat memberi pemahaman dan kesan yang lebih kepada pembaca.
Dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan kata penegas yang membawa maksud
pengkhususan tidak kerap digunakan oleh penterjemah dalam terjemahan makna
pengkhususan yang melibatkan pendepanan penyandar tidak melibatkan partikel nafi dan
predikat ialah kata kerja. Selain daripada itu, pemilihan kata penegas jua yang digunakan
sesuai dalam konteks bahasa sasaran. Penyamaan perkataan jua ialah hanya, sahaja, juga,
pun. Dalam konteks yang diberi pada penggunaan kata penegas jua di atas lebih menjurus
kepada makna hanya dan sahaja. Di samping itu, dari segi penggunaan bahasa,
penterjemah juga tidak kerap melibatkan pendepanan predikat dalam terjemahannya kerana
struktur pendepanan sebegini adalah sama dengan struktur asal bagi ayat bahasa Melayu.
Namun begitu, kewujudan ayat-ayat yang diterjemah menggunakan partikel lah yang
disebut partikel pementing predikat dan penggunaannya berkaitan dengan proses
penyonsangan ayat memperlihatkan kesedaran penterjemah tentang peranan pendepanan
penyandar yang membawa maksud pengkhususan dalam struktur ayat bahasa Arab.
Ini memberi petunjuk kepada kita bahawa penterjemah tahu mengenai peranan yang
dimainkan oleh pendepanan pesandar dalam struktur ayat bahasa Arab dan
409
mempertimbangkannya dalam terjemahan beliau. Walau bagaimanapun, penterjemah tidak
melakukannya secara menyeluruh dalam terjemahan beliau.
Penggunaan kata nafi bukan dan pendepanan predikat langsung tidak digunakan dalam
menterjemah maksud pengkhususan yang melibatkan pendepanan penyandar yang terletak
selepas partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan.
Sebaliknya penterjemah menggunakan kata nafi tidak yang lebih menjurus kepada
menafikan kata kerja selepasnya. Penterjemah tidak mengetahui perbezaan antara kata
negatif bukan dengan tidak akan dalam bahasa Melayu.
Di samping itu, ayat yang mengalami pendepanan pesandar paling kerap diterjemahkan
oleh penterjemah dengan mengekalkan bentuk pendepanan tersebut dalam bentuk bahasa
sasaran. Manakala kata penegas kurang digunakan bagi memperlihatkan maksud
pengkhususan.
Penterjemah turut mempertimbangkan maksud pengkhususan ketika menterjemah ayat al-
Qur’an yang mengalami pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja yang
membawa maksud pengkhususan.
410