PENGGUNAAN BURUH ASING DI DALAM INDUSTRI PEMBINAAN DI
SABAH DAN SARAWAK
SHAH NUR FARHANA BINTI BABIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT
Author’s full name : SHAH NUR FARHANA BINTI BABIL
Date of birth : 8 JANUARY 1989
Title : PENGGUNAAN BURUH ASING DI DALAM INDUSTRI PEMBINAAN DI
SABAH DAN SARAWAK
Academic Session: 2013/2014
I declare that this thesis is classified as :
I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows :
1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia.
2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose
of research only.
3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.
Certified by :
_________________________ _______________________________
SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR
IC No : 890108-13-5298 FARA DIVA BINTI MUSTAPA
Date : 13 JANUARY 2014 Date : 13 JANUARY 2014
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret
Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the
organisation where research was done)* OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access
(full text)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NOTES : * If the thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach with the letter from
the organisation with period and reasons for confidentiality or restriction.
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
/
ii
PENGESAHAN PENYELIA
Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan
Tandatangan : …………………………………………
Nama Penyelia I :
Tarikh : ………………………………………….
Tandatangan : ………………………………………..
Nama Pembaca II :
Tarikh : ………………………………………..
FARA DIVA BINTI MUSTAPA
PROF ABDUL GHANI KHALID
PENGGUNAAN BURUH ASING DI DALAM INDUSTRI PEMBINAAN DI
SABAH DAN SARAWAK
SHAH NUR FARHANA BINTI BABIL
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2014
ii
PENGAKUAN
Saya akui tesis yang bertajuk “Penggunaan Buruh Asing di Dalam Industri
Pembinaan di Sabah dan Sarawak” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan : ...........................................................................................
Nama : ……………………………………………………………
Tarikh : ……………………………………………………………
SHAH NUR FARHANA BINTI BABIL
JANUARI 2014
iii
DEDIKASI
YA Allah ! Ya Tuhanku! Aku mohon ilmu yang berguna, rezeki yang baik dan
amalan yang dimakbulkan
Teristimewa buat
Bonda tersayang, Harpah Binti Abang Haji Taha
Ayahanda tercinta, Babil Bin Haji Jais
Terima kasih atas doa yang tidak pernah putus dan lautan kasih sayang yang tidak
pernah kering
Untuk adinda yang disayangi
Shahreena, Shahmaizar, Shahful Nazri dan Syamsul Bahri
Terima kasih atas segala sokongan
Pensyarah pembimbing Puan Fara Diva Binti Mustapa
Terima kasih atas bimbingan, didikan dan tunjuk ajar yang diberikan.
Dan sahabat-sahabat seperjuangan
Afifah, Cecilia, Hayati, Jia Hui dan Roxanne
Terima kasih atas segala sokongan, pembakar semangat kejayaan
Hanya kepada Allah S.W.T aku berserah
Moga diberkati insan-insan yang menjadi nadi perjuanganku ini,
Amin
iv
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kajian ini dapat
disiapkan dengan jayanya. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W
yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
penghargaan kepada semua yang telah membantu dalam proses menyiapkan
penyelidikan ini. Penyelidikan ini tidak akan berjaya tanpa sokongan, pengorbanan
dan sumbangan daripada pelbagai pihak yang bermurah hati.
Seterusnya, saya igin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
bimbingan Puan Fara Diva Binti Mustapa di atas idea-idea yang diberikan, nasihat,
panduan dan tunjuk ajar yang mana membawa saya ke jalan yang betul dalam
melaksanakan kajian ini.
Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada responden di atas pertolongan
dalam mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan pekerja asing di dalam industri
pembinaan di Sabah dan Sarawak.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang
banyak memberi semangat dan semua kawan-kawan yang membantu dalam
menyiapkan penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Pembangunan yang pesat telah meningkatkan perkembangan aktiviti
pembinaan di Malaysia dan sekaligus meningkatkan keperluan guna tenaga buruh.
Industri pembinaan di Malaysia telah bergantung kepada tenaga buruh asing sejak
awal tahun 1980 lagi. Rentetan daripada keadaan tersebut, sektor pembinaan
mengalami kekurangan guna tenaga buruh tempatan lebih-lebih lagi sektor
pembinaan dikenali sebagai pekerjaan 3D iaitu Dirty (kotor), Dangerous (bahaya)
dan Difficult (susah). Berbeza dengan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
mempunyai autonomi dalam aspek kawalan keluar masuk buruh asing dan
pengurusan penggajian buruh asing. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tren
buruh binaan asing di Sabah dan Sarawak, mengenalpasti komposisi buruh asing dan
buruh tempatan di Sabah dan Sarawak dan mengenalpasti faktor penggajian buruh
asing dari perspektif kontraktor. Kajian ini tertumpu kepada firma kontraktor (kelas
G7) di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak. Data dikumpul dengan
menggunakan kaedah dokumen dan borang soal selidik. Seterusnya, dianalisis
menggunakan analisis frekuensi dan skala likert. Hasil kajian menunjukkan bahawa
tren buruh binaan asing di Sabah dan Sarawak semakin bertambah dari tahun 2008
sehingga 2012. Bagi negeri Sarawak, komposisi buruh asing lebih tinggi daripada
buruh tempatan manakala bagi negeri Sabah pula komposisi buruh tempatan lebih
tinggi daripada buruh asing. Buruh asing lasak dan serasi dengan kerja-kerja berat
merupakan faktor yang mempengaruhi penggajian buruh asing oleh syarikat
kontraktor dalam industri pembinaan di Sabah dan Sarawak. Secara kesimpulannya,
tahap pengunaan buruh asing di dalam industri pembinaan masih lagi tinggi bagi
kedua-dua negeri tersebut terutamanya di negeri Sarawak.
vi
ABSTRACT
Rapid development has increased the construction activities in Malaysia.
Thus, these developments require high labour employment. Malaysian construction
industry has relied on foreign labour since the beginning of 1980. Furthermore, the
construction sector experienced shortage on local labour employment especially
when construction sector are known with the 3D perceptions which are dirty,
dangerous and difficult. Unlike with Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak has an
autonomy over the right to controlling the entry and employment management of
foreign labours. This study was conducted to identify the trend of foreign
construction workers in Sabah and Sarawak, identify the composition of foreign
labour and local labour in Sabah and Sarawak and identify employment factors from
the contractors perspective. This study was carried out on contractor (G7’s Class) in
Kota Kinabalu, Sabah and Kuching, Sarawak. Data were collected using
documentation method and questionnaires. Frequency analysis and likert scale was
used to analysis the data. The result of this study shows that the foreign labour trend
in Sabah and Sarawak gradually increases from year 2008 until 2012. The
composition of the foreign labours in Sarawak was showed higher than the local
labours while composition of foreign labours in Sabah was lower than the local
labours. Tough and compatible with heavy work are factors that affect the
employment of foreign labours in the construction industry in Sabah and Sarawak. In
conclusion, the usage of foreign labours in Sabah and Sarawak were still high for
both of the states especially in Sarawak.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 4
1.3 Persoalan Kajian 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Skop Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Kaedah Kajian 9
1.8 Cadangan Organisasi Bab 10
2 KAJIAN LITERATUR 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Industri Pembinaan di Malaysia 12
2.2.1 Definisi 12
viii
2.2.2 Perkembangan Industri Pembinaan di Malaysia 13
2.2.3 Elemen Pembinaan 14
2.3 Permintaan Buruh dan Guna Tenaga 14
2.3.1 Konsep Permintaan Buruh 14
2.3.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Permintaan
Tenaga Kerja 15
2.3.2.1 Faktor Persekitaran 16
2.3.2.2 Faktor Organisasi 17
2.3.2.3 Faktor Tenaga Kerja 18
2.4 Buruh Binaan 19
2.4.1 Definisi Buruh dan Tenaga Kerja 19
2.4.2 Pengurusan Sumber Buruh 20
2.4.3 Kategori Tenaga Kerja 21
2.4.3.1Tenaga Kerja Am 21
2.4.3.2 Tenaga Kerja Separa Mahir 21
2.4.3.3 Tenaga Kerja Mahir 22
2.4.4 Jenis Buruh 23
2.4.4.1 Buruh Asing 23
2.4.4.2 Buruh Tempatan 23
2.4.4.3 Buruh Langsung 24
2.4.4.4 Buruh Subkontrak 24
2.5 Buruh Asing dalam Industri Pembinaan 25
2.5.1 Pengenalan 25
2.5.2 Definisi Buruh Asing 26
2.5.3 Permintaan Buruh Asing 26
2.5.4 Dasar dan Peraturan Pengambilan Pekerja Asing 29
2.5.4.1 Keutamaan Kepada Pekerja Tempatan 29
2.5.4.2 Tempoh Bekerja 30
2.5.4.3 Pemeriksaan Kesihatan 30
2.5.4.4 Had Umur 30
2.5.4.5 Gaji Asas 30
2.5.5 Trend Buruh Asing 31
2.5.6 Prosedur Permohonan Pekerja Asing 35
2.5.6.1 Permohonan Pekerja Asing di 35
ix
Semenanjung Malaysia
2.5.6.2 Permohonan Pekerja Asing di Sarawak 36
2.5.6.3Permohonan Pekerja Asing di Sabah 36
2.5.7 Bayaran yang Perlu Dikemukakan 37
2.5.7.1 Penguatkuasaan Insurans di Malaysia 37
2.5.7.2 Penguatkuasaan Levi di Malaysia 38
2.5.7.3 Kadar Bayaran PLKS dan Proses 40
2.5.8 Sektor Pekerjaan Pekerja Asing 41
2.5.9 Negara Sumber Pekerja Asing 42
2.5.10 Faktor Penggajian Buruh Asing 43
2.6 Kewajipan Memiliki Kad Hijau di dalam 47
Industri Pembinaan
2.7 Rumusan Bab 48
3 METODOLOGI KAJIAN 49
3.1 Pengenalan 49
3.2 Proses Menjalankan Kajian 51
3.2.1 Peringkat Pertama - Pemilihan Tajuk dan 51
Penentuan Objektif
3.2.1.1 Pencetusan Idea 51
3.2.1.2 Pengenalpastian Isu 52
3.2.1.3 Penetapan Objektif dan Tajuk 52
3.2.1.4 Penyataan Isu dan Skop Kajian 52
3.2.1.5 Kepentingan Kajian 52
3.2.2 Peringkat Kedua - Kenal Pasti Data 53
3..2.2.1 Sampel Kajian 53
3.2.3 Peringkat Ketiga - Pengumpulan Data/Maklumat 58
3.2.4 Peringkat Keempat - Analisis Data 59
3.2.4.1 Analisis Kekerapan 60
3.2.4.2 Likert Scaling 60
3.2.5 Peringkat Kesimpulan 63
3.3 Rumusan Bab 63
x
4 ANALISIS KAJIAN 64
4.1 Pengenalan 64
4.2 Maklum Balas yang Diterima 65
4.3 Latar Belakang Respon 66
4.4 Trend Buruh Binaan Asing di Sabah dan Sarawak 68
4.5 Maklumat Buruh Tempatan dan Buruh Asing 74
4.5.1 Komposis Buruh Asing dan Buruh Tempatan 74
Di Sabah dan Sarawak
4.5.2 Bilangan Buruh Tempatan dan Buruh Asing 77
Yang Diambil Bekerja Oleh Syarikat Kontraktor
4.5.3 Bilangan Buruh Tempatan dan Buruh Asing 77
Mengikut Kemahiran
4.5.4 Negara Sumber Pengambilan Buruh Asing 79
4.5.4.1 Sabah 79
4.5.4.2 Sarawak 81
4.6 Faktor Penggajian Buruh Asing di Sabah dan Sarawak 82
4.6.1 Faktor Penggajian Buruh Asing bagi negeri 84
Sabah
4.6.2 Faktor Penggajian Buruh Asing bagi negeri 87
Sarawak
4.7 Kesimpulan 89
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 91
5.1 Pengenalan 91
5.2 Rumusan Am Kajian 92
5.3 Kesimpulan Kajian 92
5.4 Masalah Yang Dihadapi Semasa Melaksanakan Kajian 94
5.5 Cadangan 95
SENARAI RUJUKAN 96
LAMPIRAN 104
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Pecahan Pekerja Asing yang Berdaftar Mengikut 3
Negara
1.2 Pengedaran Pekerja Asing yang Berdaftar Mengikut 3
Sektor
2.1 Guna Tenaga dan Buruh (2008 hingga 2012) 15
2.2 Nilai dan Jumlah Projek Mengikut Sektor 32
2.3 Bilangan Buruh Asing dalam Sektor Pembinaan 33
di Malaysia Pada Tahun 2008 Hingga 2010
2.4 Kadar Bayaran Visa dan Jaminan Insurans 38
2.5 Kadar Bayaran Bagi PLKS dan Proses 39
2.6 Kadar Levi (Lama dan Baru) Bagi Pekerja Asing 40
di Malaysia
2.7 Sektor-Sektor Penggajian Pekerja Asing Mengikut 41
Negeri
2.8 Negara Sumber Pengambilan dan Penggajian 43
Pekerja Asing
3.1 Taburan Kontraktor Kelas G7 di Sabah dan Sarawak 54
3.2 Jadual Krejcie dan Morgan, 1970 55
3.3 Skala Terhadap Pengenalpastian Faktor Penggajian 58
Buruh Asing
3.4 Jadual Kekerapan bagi Pengenalpastian Faktor 61
Penggajian Buruh Asing
3.5 Indeks Skala Tahap Persetujuan bagi Pengenalpastian 63
Faktor Penggajian Buruh Asing
xii
4.1 Bilangan dan Peratusan Maklumbalas yang Diterima 65
4.2 Jumlah Pekerja Asing yang diluluskan Lesen Penggajian 68
Oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam Sektor
Pembinaan pada tahun 2008 – 2012
4.3 Bilangan Projek Diawad Berdasarkan Lokasi Tapak 70
4.4 Bilangan Buruh Tempatan dan Buruh Asing yang 74
diambil Bekerja oleh Syarikat Kontraktor
4.5 Bilangan Personel Binaan yang berdaftar dengan CIDB 75
pada tahun 2008 hingga 2013 dan Jumlah Pekerja Asing
yang diluluskan Lesen Penggajian oleh JTK Sabah dan
Sarawak dalam Sektor Pembinaan
4.6 Bilangan Buruh Tempatan dan Buruh Asing 77
Mengikut Kemahiran
4.7 Negara Sumber Pengambilan Buruh Asing di Negeri 79
Sabah
4.8 Negara Sumber Pengambilan Buruh Asing di Negeri 81
Sarawak
4.9 Indeks Tahap Kekerapan 83
4.10 Faktor Penggajian Buruh Asing bagi negeri Sabah 84
4.11 Faktor Penggajian Buruh Asing bagi negeri Sarawak 87
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Trend Pekerja Asing dalam Sektor Pembinaan 34
di Malaysia
3.1 Potensi Gabungan Kaedah Kuantitatif Dan Kualitatif 50
Aliran Metodologi Kajian
4.1 Jawatan Responden bagi Negeri Sabah dan Sarawak 66
4.2 Pengalaman Responden bagi Negeri Sabah dan Sarawak 67
4.3 Trend Pertambahan Pekerja Asing di dalam 68
Sektor Pembinaan di Sabah dan Sarawak
4.4 Bilangan Pekerja Asing Mengikut Warganegara 72
di dalam Sektor Pembinaan di Sabah, 2008 – 2012
4.5 Bilangan Pekerja Asing Mengikut Warganegara 73
di dalam Sektor Pembinaan di Sarawak, 2008 – 2012
4.6 Peratusan Buruh Tempatan dan Buruh Asing yang 74
diambil Bekerja oleh Syarikat Kontraktor
4.7 Peratusan Buruh Tempatan dan Buruh Asing Mengikut 78
Kemahiran
4.8 Negara Sumber Pengambilan Buruh Asing di Negeri 80
Sabah
4.9 Negara Sumber Pengambilan Buruh Asing di Negeri 81
Sarawak
4.10 Menunjukkan nilai purata indeks bagi faktor penggajian 85
buruh asing bagi negeri Sabah
4.11 Menunjukkan nilai purata indeks bagi faktor penggajian 88
buruh asing bagi negeri Sarawak
xiv
SENARAI SINGKATAN
ABM - Akademi Binaan Malaysia
AP - Surat Kelulusan Secara Dasar
CCFWII - Cabinet Committee of Foreign Workers and Illegal
Immigrants
CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
ETP - Economic Trasformation Program
ILM - International Labour Migration
ILO - International Labour Organization
JIM - Jabatan Imigresen Malaysia
JPPAS - Jawatankasa Panel Perunding Pekerja Asing Sabah
JTK - Jabatan Tenaga Kerja
JTKSM - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
KDN - Kementerian Dalam Negeri
KDNK - Keluaran Dalam Negeri Kasar
MBAM - Master Builders Association Malaysia
NOSS - Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
PKPA - Perakuan Kemahiran Pekerja Asing
PLKS - Pas Lawatan Kerja Sementara
PTK - Pejabat Tenaga Kerja
SKK - Sijil Kecekapan Kemahiran
xv
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran 1 : Borang Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Industri pembinaan merupakan salah sebuah industri yang produktif di mana
banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara Malaysia dan juga
sebagai pemangkin pertumbuhan industri lain. Walaupun industri pembinaan hanya
menyumbang sebanyak lima peratus dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK),
namun industri pembinaan merupakan pemangkin kepada sektor yang lain kerana
mempunyai hubungan ekonomi yang luas sebagai contoh seperti sektor perkilangan,
perkhidmatan professional, perkhidmatan kewangan, pendidikan dan lain-lain (Mohd
Arif et al., 2012). Pada masa kini, industri pembinaan mengalami pertumbuhan yang
sangat rancak. Hal ini dapat dibuktikan dengan perlaksanaan pelbagai projek
Kerajaan yang berterusan, khususnya projek berskala besar seperti Terminal Minyak
dan Gas Sabah (SOGT), Jambatan Pulau Pinang Kedua dan pemasangan saluran paip
luar pesisir pantai Gumusut-Kakap Sabah (Laporan Ekonomi, 2012). Namun begitu,
menurut Presiden MBAM dalam CIDB News Jun 2013, pembangunan pesat industri
ini turut menempuh pelbagai halangan dan masalah. Salah satu daripada halangan
dan masalah tersebut adalah kekurangan tenaga buruh.
2
Menurut Abdul Rahim et al. (2011), sumber buruh adalah penting dalam
memastikan kejayaan penyiapan sesebuah projek. Setiap tahun, hampir 1 juta orang
pekerja pembinaan diperlukan untuk memenuhi permintaan guna tenaga dalam
sektor pembinaan dan majoriti yang mengisi kekosongan jawatan ini adalah buruh
asing. Kepentingan buruh asing dalam industri pembinaan di Malaysia adalah untuk
memenuhi permintaan dan keperluan guna tenaga buruh tidak mahir dan separa
mahir untuk menyokong strategi pertumbuhan ekonomi dan meneruskan strategi
jangka panjang untuk meningkatkan pembangunan ekonomi negara dalam sektor
pembinaan dan pembekalan buruh mahir dalam memenuhi permintaan guna tenaga.
Kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi di Malaysia sejak 3 dekad yang lalu
menjadi faktor penarik buruh asing untuk bermigrasi ke Malaysia bagi memenuhi
permintaan yang tinggi dalam sektor yang memerlukan guna tenaga buruh yang
tinggi terutamanya dalam sektor pembinaan (Navamukundan, 2006). Tahap kualiti
hidup yang rendah di kawasan luar bandar bertindak sebagai faktor ‘penolakan’
untuk pekerja asing keluar daripada kawasan persekitaran yang sedia ada kepada
kawasan persekitaran yang baru dengan mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih
baik untuk meningkat kualiti hidup. Faktor ini bertindak sebagai faktor ‘penarik’
bagi pekerja asing bermigrasi ke Malaysia.
Adalah jelas bahawa pekerja imigran adalah sebahagian daripada populasi
masyarakat Malaysia. Bilangan pekerja imigran di negara ini boleh dianggarkan dan
angka bilangan pekerja imigran telah dikemukakan dari semasa ke semasa. Jumlah
tenaga kerja di Malaysia adalah 10.9 juta daripada jumlah masyarakat sebanyak
27.17 juta orang. Pada tahun 2010, jumlah yang telah dianggarkan oleh Kementerian
Dalam Negeri bagi pekerja imigran yang berdaftar dengan Kerajaan adalah melebihi
1.8 juta orang. Berikut merupakan jadual negara asal pekerja yang bermigrasi di
Malaysia (ILO, 2011).
3
Jadual 1.1 : Pecahan Pekerja Asing yang Berdaftar mengikut Negara
Warganegara Jumlah Pekerja
Indonesia 917,932
Bangladesh 307,366
Nepal 175,810
Myanmar 140,260
India 113,797
Vietnam 74,842
Filipina 18,640
Pakistan 22,989
Thailand 7,102
Lain-lain 24,522
Jumlah 1,803,260
Sumber : Jabatan Imigresen, Malaysia, Februari 2010. Dipetik daripada ILO, 2011
Pekerja asing yang bermigrasi di Malaysia tertumpu pada 5 sektor iaitu
sektor pembuatan, sektor pembinaan, sektor perkhidmatan domestik, perkhidmatan
dan pertanian dan juga terdapat beberapa sektor perkilangan kecil dan sederhana
(ILO, 2011).
Jadual 1.2 : Pengedaran Pekerja Asing yang Berdaftar mengikut Sektor
Sektor 2010
Pembantu rumah/perkhidmatan domestik 12.45 %
Pembuatan 38.20 %
Pembinaan 16.01 %
Perkhidmatan 10.03 %
Perladangan 14.22 %
Pertanian 9.09 %
Sumber : Jabatan Imigresen, Malaysia, Februari 2010. Dipetik daripada ILO, 2011
4
Walau bagaimanapun, bilangan sebenar pekerja asing yang bermigrasi ke
Sabah dan Sarawak agak sukar dianggarkan adalah disebabkan oleh polisi
kemasukan keluar masuk pekerja asing lebih longgar berbanding dengan polisi di
Semenanjung Malaysia (Navamukundan, 2006).
1.2 Penyataan Masalah
Laporan Imigration in Malaysia: Assesment of Its Economic Effects, and A
Review of the Policy and System oleh Ximena Del Caprio (2013) mengatakan
bahawa sebahagian besar pekerja asing tertumpu di sektor yang memerlukan
kekuatan fizikal yang tinggi seperti sektor pembinaan dan pertanian. Kira-kira 32
peratus daripada jumlah semua pekerjaan asing adalah di dalam sektor pertanian
manakala sektor pembinaan mempunyai peratusan kedua tertinggi iaitu sebanyak 14
peratus. Ini diikuti oleh sektor perkhidmatan sebanyak 12 peratus, sektor runcit dan
borong 11 peratus, dan sektor perhotelan 7 peratus.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Bin Haji Yusop
dalam ucapannya pada Parlimen Kedua Belas, jumlah pekerja asing yang sah dan
berdaftar sehingga 31 Julai 2012 adalah seramai 1,581,264 orang di mana jumlah ini
merangkumi pekerja asing yang digaji secara sah dan dikeluarkan Pas Lawatan Kerja
Sementara atau PLKS oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Menurut bekas Presiden MBAM Kwan Foh Kwai dalam laman web MBAM,
projek-projek mega yang akan dijalankan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-
10) dan Program Transformarsi Ekonomi (ETP) akan memerlukan banyak pekerja
mahir iaitu pekerja tempatan dan pekerja asing dalam memastikan projek dapat
disiapkan mengikut perancangan. Pada masa ini, terdapat pekerja binaan yang telah
berumur dan 35 peratus daripada pekerja tersebut berkemungkinan akan bersara
5
pada tahun 2017. Memandangkan keperluan sumber tenaga buruh tidak mencukupi,
MBAM berharap Kerajaan akan mempertimbangkan untuk melonggarkan polisi
pengambilan pekerja binaan dengan melanjutkan permit pekerja asing selama 5
tahun lagi dengan segera dan apa-apa caj untuk ujian kemahiran hendaklah dibuat
secara berpatutan.
Sehingga Mei 2011, kira-kira 1.9 juta pekerja asing bekerja di Malaysia di
dalam semua sektor antaranya di dalam sektor perkilangan (39%), pembinaan (19%),
perladangan (14%), pembantu rumah (12%), perkhidmatan (10%) dan selebihnya
adalah di dalam sektor pertanian. Negara-negara penyumbang utama pekerja asing di
Malaysia adalah daripada Indonesia (50.9%), Bangladesh (17.4%), Nepal (9.7%),
Myanmar (7.8%), India (6.3%) dan selebihnya adalah daripada Vietnam (Abdul
Rahim et. al., 2011). Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein dalam The Malaysian Insider, mengumumkan bahawa kerajaan merancang
untuk mengurangkan bilangan pekerja asing kepada 1.5 juta dalam tempoh 3 tahun.
Namun menurut presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bekalan buruh
tempatan tidak mencukupi untuk mengekalkan pembangunan industri negara di mana
kerajaan merancang untuk ekonomi berpendapatan tinggi di bawah Model Ekonomi
Baru.
Menurut Jabatan Perangkaan pada Jun 2011, industri pembinaan di Malaysia
menggaji 1,214,000 atau kira-kira 10% daripada jumlah guna tenaga negara iaitu
sebanyak 12,116,600. Walau bagaimanapun, sekitar 70%-80% buruh binaan adalah
terdiri daripada buruh asing. Disebabkan kebanjiran buruh asing, majikan lebih
gemar menggaji pekerja asing daripada pekerja tempatan kerana pekerja asing lebih
produktif berbanding pekerja tempatan tanpa mempersoalkan upah yang dibayar
(Aminudin Mokhtar dan Usha, 2008).
Pada tahun 2010, tenaga buruh asing di Malaysia dianggarkan sebanyak 2
hingga 4 juta orang. Terdapat kira-kira 1.817 juta orang pekerja asing yang
memasuki negara secara sah atau mempunyai permit pekerjaan yang sah. Selebihnya
6
dianggarkan sebanyak 1 hingga 2 juta orang adalah pekerja asing tanpa izin. Pada
tahun 2011, bilangan terbesar (82.44 peratus) pekerja asing terdapat di Semenanjung
Malaysia manakala 8.9 peratus lagi di Sabah dan selebihnya di Sarawak. Tiada data
yang kukuh yang menunjukkan saiz sebenar tenaga kerja asing tanpa izin di
Malaysia. Namun di Sabah, jumlah pekerja asing tidak termasuk jumlah pelarian
Filipina yang dianggarkan sekitar 60,000 orang pada tahun 2009. Pelarian Filipina ini
diberikan kebenaran untuk tinggal dan bekerja secara sah di negara ini tetapi tidak
diberikan Pas Lawatan Pekerja Sementara seperti pekerja asing yang lain. Oleh itu,
mereka tidak dikategorikan sebagai pekerja asing (Ximena Del Caprio, 2013).
Menurut Azharudin (2012) di dalam kajiannya mengenai Perlembagaan
Malaysia: Penyertaan Sabah dan Sarawak ke Dalam Malaysia, negeri Sabah dan
Sarawak mempunyai autonomi dalam bentuk kawalan imigresen, kawalan terhadap
sumber kewangan untuk pembangunan, pendidikan serta kuasa legislatif. Polisi
pengambilan dan pengurusan buruh asing binaan di Sabah dan Sarawak adalah
berlainan daripada Semenanjung Malaysia. Ini adalah kerana Sabah dan Sarawak
mempunyai kuasa untuk menentukan polisi imigrasi mereka sendiri berdasarkan 20
perkara semasa pembentukan Sabah dan Sarawak sebagai negara Malaysia pada
tahun 1963 (Asian Development Bank, 2006).
Sabah dan Sarawak mempunyai autonomi dalam aspek kawalan keluar masuk
buruh asing dan pengurusan penggajian buruh asing (Asian Development Bank,
2006). Didapati Sabah dan Sarawak mempunyai polisi yang lebih longgar untuk
kemasukan buruh asing berbanding dengan Semenanjung Malaysia (Navamukundan,
2006).
7
1.3 Persoalan Kajian
Melihat kepada isu-isu kemasukan buruh asing di Sabah dan Sarawak,
terdapat beberapa persoalan yang timbul. Persoalan tersebut adalah :
i. Apakah trend buruh binaan asing di Sabah dan Sarawak?
ii. Apakah komposisi buruh binaan asing dan buruh binaan tempatan di Sabah
dan Sarawak?
iii. Apakah faktor-faktor penggajian buruh asing dari perspektif kontraktor?
Persoalan ini telah dikaji bagi mengenal pasti trend buruh binaan asing di
Sabah dan Sarawak, komposisi buruh binaan asing dan tempatan dan faktor-faktor
penggajian buruh asing dari perspektif kontraktor di Sabah dan Sarawak.
1.4 Objektif Kajian
Matlamat kajian adalah untuk mengenal pasti trend buruh binaan asing di
dalam industri pembinaan di Sabah dan Sarawak, komposisi buruh binaan asing dan
tempatan dan faktor penggajian buruh binaan asing ke Sabah dan Sarawak. Maka,
objektif yang perlu dicapai bagi membolehkan tujuan kajian di capai adalah seperti
berikut :
i. Mengenal pasti trend buruh binaan asing di Sabah dan Sarawak.
ii. Mengenal pasti komposisi buruh asing dan buruh tempatan di Sabah dan
Sarawak.
iii. Mengenal pasti faktor penggajian buruh asing dari perspektif kontraktor.
8
1.5 Skop Kajian
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti trend buruh binaan asing di Sabah dan
Sarawak, komposisi buruh asing dan buruh tempatan di Sabah dan Sarawak dan
faktor penggajian buruh asing dari perspektif kontraktor. Maklumat mengenai
bilangan buruh asing yang mendapat PLKS dan berdaftar sebagai personel binaan
diperoleh melalui pihak Jabatan Tenaga Kerja dan CIDB. Kajian ini juga
merangkumi firma pembinaan atau kontraktor iaitu merangkumi firma pembinaan
yang berdaftar dengan CIDB kelas G7 sahaja. Lokasi firma pembinaan yang terlibat
adalah di sekitar Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.
1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini adalah untuk mengenal pasti trend buruh binaan asing
di Sabah dan Sarawak, komposisi buruh asing dan buruh tempatan di dalam industri
pembinaan di Sabah dan Sarawak dan faktor penggajian buruh asing dari perspektif
Kontraktor ekoran daripada polisi kemasukan buruh asing yang berbeza daripada
Semenanjung Malaysia. Daripada kajian ini, ia dapat memberi maklumat kepada
pihak yang berkaitan mengenai komposisi buruh asing yang ada di dalam industri
pembinaan di Sabah dan Sarawak dan faktor penggajian buruh asing ini dari
perspektif kontraktor.
9
1.7 Kaedah Kajian
Data diperolehi melalui dua sumber yang berikut :
(i) Borang Soal Selidik
Borang soal selidik diedarkan kepada pihak kontraktor untuk
mengetahui komposisi buruh asing dengan buruh tempatan di Sabah dan
Sarawak dan apakah faktor-faktor penggajian buruh asing ini dari perspektif
kontraktor. Data komposisi buruh binaan yang diperoleh daripada pihak
kontraktor dibandingkan dengan data buruh binaan yang diperolehi daripada
CIDB dan JTK. Tujuan borang soal selidik ini adalah bagi menghuraikan
maklumat-maklumat yang diperoleh bagi menjawab objektif kajian.
(ii) Dokumen Analisis
Untuk mengetahui trend buruh binaan asing dan komposisi buruh
tempatan dan buruh asing di Sabah dan Sarawak, data bagi buruh binaan
tersebut diperoleh daripada Jabatan Tenaga Kerja dan CIDB. Bahan-bahan
bercetak seperti buku, journal, surat khabar, artikel, tesis-tesis terdahulu,
laman web dan banyak lagi dapat memberikan maklumat secara tidak
langsung untuk kaedah penyelidikan penulisan teori tentang penggunaan
buruh asing di dalam industri pembinaan di Sabah dan Sarawak di dalam Bab
1, 2 dan 3. Tujuannya adalah untuk memberikan sokongan kepada topik
kajian.
Data-data ini akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam
terhadap perkara yang dikaji kerana setiap pandangan mempunyai maklumat
dan idea-idea-idea yang berbeza-beza dan kefahaman secara menyeluruh
dapat diperoleh.
10
1.8 Cadangan Organisasi Bab
Bab 1 Pengenalan
Mengenalpasti isu /
penyataan masalah
Mengenal pasti objektif
penyelidikan
Skop penyelidikan dan
kepentingan penyelidikan
Bab 2 Kajian Literatur
Pencarian, pengumpulan dan penyelidikan maklumat-maklumat daripada buku,
journal, surat khabar, artikel, tesis-tesis terdahulu, laman web dan banyak lagi bagi
penulisan teori mengenai kajian yang dijalankan dan memastikan tiada kajian yang
serupa telah dibuat.
Bab 3 Metodologi Kajian
Cara atau kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif kajian.
Bab 4 Pengumpulan Data dan Analisis
Data yang telah dikumpul akan dianalisis. Setelah maklumat dianalisis, perbincangan
mengenai keputusan kajian dilakukan.
Bab 5 Kesimpulan dan Cadangan
Menyentuh mengenai kesimpulan yang dibuat hasil daripada keputusan
perbincangan di dalam Bab 4. Membuat cadangan bagi penyelidikan pada masa
hadapan.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Industri pembinaan di Malaysia merupakan salah satu industri utama yang
menyumbang kepada ekonomi negara. Kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi di
Malaysia sejak 3 dekad yang lalu menjadi faktor penarik buruh asing berimigrasi di
Malaysia. Projek-projek pembinaan yang rancak dibangunkan pada masa kini
memerlukan guna tenaga buruh yang tinggi. Bagi menampung keperluan guna tenaga
buruh, kontraktor menggunakan khidmat buruh asing di dalam projek-projek yang
hendak dibangunkan memandangkan negara kita kekurangan pekerja tempatan bagi
memenuhi permintaan guna tenaga di dalam industri pembinaan (Azizah Kassim,
2001).
12
2.2 Industri Pembinaan di Malaysia
Industri pembinaan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan
ekonomi bagi negara yang sedang membangun. Industri pembinaan membina
infrastruktur yang diperlukan untuk pembangunan sosioekonomi di mana menjadi
penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan
(Fadhlin Abdullah et al., 2004).
2.2.1 Definisi
Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994,
mentakrifkan industri pembinaan sebagai industri yang berkaitan dengan kerja
pembinaan, termasuklah reka bentuk, pengilangan, teknologi, bahan, dan mutu kerja
binaan dan perkhidmatan bagi maksud pembinaan.
Mengikut Penjenisan Perusahaan Malaysia 1972 (dikemas kini pada 1979)
dalam Haryati (2009), industri pembinaan ditakrifkan sebagai pembinaan baru,
pengubahan, pembaikan dan perolehan, pemasangan sebarang jenis jentera atau alat
yang sedia ada pada masa pembinaan asas termasuk, serta pemasangan jentera atau
alat selepas pembinaan asas tetapi memerlukan binaan bagi memasangnya.
13
2.2.2 Perkembangan Industri Pembinaan di Malaysia
Industri pembinaan di Malaysia terbahagi kepada dua kategori. Kategori yang
pertama adalah pembinaan secara umum iaitu pembinaan kediaman, pembinaan
bukan kediaman dan kerja-kerja kejuruteraan awam. Manakala kategori yang kedua
pula ialah kerja-kerja pertukangan khas yang terdiri daripada aktiviti-aktiviti kerja
logam, elektrik, perpaipan, pembetungan, kebersihan, penyejukan dan penyaman
udara, pertukangan kayu, jubin, kerja-kerja lantai dan kerja-kerja kaca (Market
Watch Construction Industry, 2012).
Pada tahun 2011, industri pembinaan di Malaysia berkembang sebanyak 14.7
peratus (2010 : 18.9%) dan merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan
industri. Lima inisiatif strategik telah dirangka untuk memajukan lagi industri
pembinaan negara. Lima strategik tersebut ialah meneliti dan menubuhkan akta
berkaitan industri pembinaan, meningkatkan kemajuan dari segi proses dan
teknologi, menguatkan pemahaman dalam teknologi maklumat, meningkatkan tahap
penguatkuasaan dan pemantauan projek serta menambahkan lagi kapasiti kerja di
kalangan profesional, kontraktor dan tenaga kerja. Lima inisiatif ini dirangka bagi
menyokong Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) yang bermula dari tahun 2011
sehingga 2015 (Y.B Dato’ Shaziman Abu Mansor, 2010).
Menurut Y.B Dato’ Shaziman Abu Mansor dalam ucapannya di majlis
perasmian Seminar ‘7th
Malaysia Construction Sector Review and Outlook’, sektor
pembinaan akan bertumbuh pesat sebanyak 3.7 peratus setahun dan menyumbang
kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6 peratus.
Menurutnya lagi, peruntukan sebanyak RM230 billon di bawah Rancangan Malaysia
ke-10 (RMK-10) dan RM138 billion daripadanya akan melibatkan pembangunan
fizikal di bawah sektor pembinaan. Dana sebanyak RM20 billion disediakan oleh
Kerajaan bagi menarik pelaburan daripada sektor swasta berjumlah RM200 billion di
mana sebahagian besarnya melibatkan pembangunan fizikal dalam sektor
pembinaan.
14
2.2.3 Elemen Pembinaan
Setiap projek pembinaan adalah berbeza di antara satu sama lain. Namun
secara asasnya, projek pembinaan bergantung pada 6 sumber asas iaitu pengurusan,
buruh, loji dan jentera, bahan binaan, teknologi dan modal. Sumber asas ini
diperkukuhkan lagi dengan 6 elemen sokongan iaitu pengalaman, profesionalisme
dan pembangunan teknikal dan galakan kerja berpasukan (Mohd Kamal, 2007).
2.3 Permintaan Buruh dan Guna Tenaga
Apabila sesebuah sektor mencatatkan pertumbuhan yang positif maka dengan
secara langsungnya akan meningkatkan permintaan buruh dan guna tenaga dalam
sesebuah sektor tersebut. Menurut Laporan Pasaran Buruh Ogos 2012, kekosongan
pekerjaan yang ditawarkan di dalam industri pembinaan adalah sebanyak 27,319 di
seluruh negeri di Malaysia.
2.3.1 Konsep Permintaan Buruh
Menurut Zulkifly Osman (1989) menjelaskan permintaan merupakan
keinginan untuk memiliki atau menggunakan sesuatu dengan diiringi oleh kuasa beli.
Konsep ini menggambarkan perhubungan antara harga dengan kuantiti. Semakin
rendah harga barangan, maka semakin banyak kuantiti yang diminta. Sebagaimana
konsep penawaran barang, konsep permintaan buruh juga menentukan bilangan
orang yang akan diambil bekerja serta kadar upah yang akan diperoleh oleh mereka.
15
Jumlah pekerja yang diambil untuk bekerja di dalam sesebuah sektor atau
industri pada amnya menggambarkan permintaan buruh untuk sektor tersebut.
Sesebuah firma atau negara corak penggunaan buruh dapat dilihat melalui struktur
guna tenaga di negara tersebut. Sebagai contoh, struktur guna tenaga di Malaysia
mengikut sektor boleh dilihat berdasarkan jadual berikut:
Jadual 2.1: Guna Tenaga dan Buruh (2008 – 2012)
Guna Tenaga Mengikut
Sektor (‘000)
Tahun
2008 2009 2010 2011 2012
Pertanian 1,390.9 1,390.9 1,390.2 1,388.6 1,386.9
Perlombongan dan kuari 42.8 42.3 42.2 41.0 41.1
Pembuatan 3,338.3 3,215.4 3,387.7 3,511.2 3,616.6
Pembinaan 758.4 762.6 766.3 769.5 773.6
Kewangan, Insurans, Harta
Tanah dan Perkhidmatan
Perdagangan
811.9 825.2 841.3 853.6 864.8
Pengangkutan, Penyimpanan
dan Komunikasi 673.2 675.2 683.3 706.7 723.8
Perkhidmatan Kerajaan 1,122.7 1,247.9 1,249.5 1,251.8 1,254.9
Perkhidmatan Lain-lain 3,438.3 3,481.4 3,598.0 3,733.1 3,843.3
Jumlah 11,576.5 11,640.9 11,958.5 12,255.5 12,505.0
Sumber : Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Sumber Malaysia, Laporan
Guna Tenaga dan Buruh Julai 2012.
2.3.2 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Permintaan Tenaga Kerja
Perancangan guna tenaga adalah salah satu langkah penting bagi meramal
permintaan tenaga kerja bagi organisasi. Menurut Rozhan (1991), terdapat tiga faktor
utama yang mempengaruhi permintaan tenaga kerja iaitu faktor persekitaran, faktor
organisasi dan faktor tenaga kerja.
16
2.3.2.1 Faktor Persekitaran
Perkembangan di luar organisasi mempunyai kaitan dengan faktor ini.
Lazimnya ia sukar untuk diramal, lebih-lebih lagi dalam jangka masa panjang.
Antara faktor-faktor persekitaran ialah:
(a) Ekonomi
Perancangan guna tenaga mempunyai kesan terhadap perkembangan
ekonomi. Ia mempengaruhi suasana persaingan, bekalan tenaga buruh dan
aspek-aspek lain yang penting. Dalam keadaan ekonomi yang meleset,
keperluan tenaga kerja sudah tentu berbeza dengan suasana ekonomi yang
membangun. Dalam suasana ekonomi yang membangun, organisasi terpaksa
bersaing bagi mendapatkan tenaga kerja yang mahir.
(b) Sosial, Politik dan Undang-undang
Perkembangan dalam aspek-aspek ini lebih mudah untuk diramal. Namun
demikian, kesan yang muncul daripada perubahan-perubahan ini lebih susah
untuk diramal.
(c) Teknologi
Satu perkara yang sukar untuk diramal dan dinilai adalah perubahan
teknologi. Kesan daripada perubahan teknologi ada kalanya ia mengurangkan
keperluan tenaga kerja dalam sesebuah organisasi atau industri tetapi pada
masa yang sama meningkatkan permintaan dalam organisasi atau industri
yang lain. Perubahan teknologi lazimnya menyebabkan kualiti tenaga kerja
yang diperlukan semakin meningkat.
(d) Persaingan
Organisasi bersikap lebih konservatif dalam perancangan guna tenaga ketika
dalam suasana persaingan. Pekerja-pekerja yang menghasilkan produktiviti
yang tinggi adalah yang diinginkan oleh sesebuah organisasi. Kesan
sebaliknya pun juga akan wujud. Ada kalanya persaingan di antara pembekal
17
bahan mentah akan menyebabkan kos bahan mentah menurun dan ini
mungkin membolehkan organisasi mengambil lebih ramai pekerja.
2.3.2.2 Faktor Organisasi
Faktor organisasi yang dimaksudkan ialah keputusan organisasi yang
mempunyai kesan terhadap perancangan guna tenaga. Faktor-faktor tersebut ialah:
(a) Perancangan Strategi
Perkara yang berkaitan dengan perancangan jangka masa panjang organisasi
dan melibatkan perkara-perkara seperti kadar pertumbuhan, penekanan serta
keutamaan jangka masa panjang dan lain-lain lagi. Ia menyatakan apa yang
ingin dilakukan oleh sesebuah organisasi mengikut sesuatu konteks dan dapat
dilihat jenis-jenis tenaga kerja yang akan diperlukan oleh organisasi dalam
jangka masa panjang.
(b) Belanjawan
Belanjawan organisasi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perancangan
guna tenaga. Gambaran tentang keperluan dan keupayaan organisasi
mengambil pekerja-pekerja baru dapat diberikan. Lazimnya, belanjawan akan
menggambarkan keutamaan dalam perancangan strategi.
(c) Ramalan Jualan dan Pengeluaran
Gambaran tentang keperluan tenaga kerja dalam jangka masa pendek dapat
diberikan walaupun maklumat yang diberikan melalui ramalan jualan atau
pengeluaran mudah berubah. Ia akan menggambarkan tentang tahap aktiviti
yang dijangka oleh organisasi dan jumlah tenaga yang diperlukan untuk
menjayakannya.
(d) Urus Niaga Baru
Sesuatu urus niaga baru bererti keperluan tenaga kerja yang bertambah. Ada
kalanya usaha niaga yang baru ini wujud disebabkan adanya projek-projek
18
baru, pengambilalihan sesebuah syarikat, atau penggabungan dengan syarikat
lain. Kesan terhadap perancangan guna tenaga adalah besar apabila hal ini
terjadi.
2.3.2.3 Faktor Tenaga Kerja
Perkara yang merujuk kepada faktor-faktor yang wujud hasil daripada
perubahan dari segi keadaan tenaga kerja organisasi. Perkara-perkara seperti
peletakan jawatan, keberhentian, pemberhentian, dan kematian di kalangan tenaga
kerja. Kesemua ini akan mempengaruhi jumlah tenaga kerja yang ada dalam
organisasi dan seterusnya mempengaruhi permintaan tenaga kerja. Secara khusus,
terdapat lima perkara yang perlu diambil kira iaitu:
(a) Unjuran pusing ganti tenaga kerja.
(b) Jenis dan mutu tenaga kerja yang diperlukan.
(c) Keputusan organisasi.
(d) Perubahan teknologi dan pentadbiran.
(e) Keadaan kewangan.
Analisis terhadap tiga faktor yang utama iaitu faktor persekitaran, faktor
organisasi dan faktor tenaga kerja perlu dirumuskan dalam bentuk lima maklumat di
atas untuk memberikan gambaran yang lebih khusus tentang keperluan tenaga kerja
organisasi.
19
2.4 Buruh Binaan
Menurut Abdul Ghani et al. (2004), buruh binaan ialah individu yang
menyumbangkan kemahiran serta tenaga fizikal dalam industri binaan. Merekalah
yang mmbantu kumpulan rekabentuk dalam merealisasikan sesuatu rekabentuk
pembinaan. Buruh binaan terdiri daripada buruh binaan asing dan tempatan.
2.4.1 Definisi Buruh dan Tenaga Kerja
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga (2000), buruh didefinisikan
sebagai orang yang bekerja untuk mencari makan. Buruh kasar ditakrifkan sebagai
buruh yang lebih memerlukan tenaga fizikal daripada keupayaan mental dalam
pekerjaannya. Buruh mahir pula ialah buruh yang mempunyai kepakaran khusus
yang diperoleh daripada latihan profesional dalam bidang tertentu manakala buruh
separa mahir ditakrifkan sebagai buruh yang mempunyai kepakaran dalam bidang
tertentu yang diperoleh daripada pengalaman bekerja atau latihan separuh
profesional.
“Pekerja” ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan
dalam jadual yang berikut :
(a) Jadual Pertama Akta Kerja 1955
(b) Jadual Ordinan Buruh Sabah atau
(c) Jadual Ordinan Buruh Sarawak
Tenaga kerja ditakrifkan sebagai setiap seorang lelaki dan perempuan yang
sedang dalam atau akan melakukan pekerjaan baik di dalam mahupun di luar
20
hubungan kerja untuk menghasilkan barang atau perkhidmatan untuk memenuhi
keperluan masyarakat (Nurshazwani, 2010).
2.4.2 Pengurusan Sumber Buruh
Dalam memastikan perjalanan projek berjalan dengan lancar dan teratur
pengurusan projek yang mantap adalah diperlukan. Pengurusan projek yang mantap
adalah seperti merancang, mengorganisasikan, mengarah dan mengawal elemen-
elemen projek seperti masa, kos tenaga buruh, bahan-bahan binaan serta peralatan
dan mesin jentera. Oleh yang demikian, dalam mengelakkan pembaziran terhadap
penggunaan sumber-sumber yang terhad pengurusan projek yang sistematik adalah
diperlukan.
Elemen-elemen projek seperti masa, kos, tenaga buruh, bahan-bahan binaan
serta peralatan dan mesin jentera mestilah diuruskan dengan efektif dan efisien bagi
memenuhi kehendak klien dengan menitikberatkan masa, kos dan kualiti projek
pembinaan tersebut.
Pengurusan sumber buruh merupakan salah satu pengurusan sumber yang
penting dan perlu dititikberatkan kerana ia banyak mempengaruhi kelancaran
sesebuah projek tersebut. Teknik yang digunakan dalam pengurusan sumber buruh
iaitu pelicinan sumber dan pengehadan sumber. Bagi teknik pelicinan sumber, masa
bagi penyiapan projek adalah terhad dan sumber hendaklah dirancang dengan baik
supaya siap mengikut masa aktiviti. Sumber buruh pula adalah kurang penting
berbanding masa siap projek. Manakala bagi teknik pengehadan sumber pula ialah
mempunyai sumber yang terhad. Aktiviti yang dirancang berdasarkan bekalan
sumber buruh yang ada (Mohd Kamal dan Rozana, 2007).
21
2.4.3 Kategori Tenaga Kerja
Menurut Raf Syamir (2004), tenaga kerja boleh dibahagikan kepada tiga
kategori utama iaitu buruh am, buruh separa mahir dan buruh mahir.
2.4.3.1Tenaga Kerja Am
Tenaga kerja am ialah pekerja yang tidak mempunyai sebarang kepakaran
khusus dalam melakukan kerja pembinaan tetapi bekerja di dalam tapak pembinaan
untuk melakukan kerja-kerja asas seperti mengangkut bahan, membersihkan pejabat
tapak dan pelbagai lagi kerja am yang lain. Buruh am hanya bergantung pada arahan
dan perlu sentiasa diawasi (Norzamzila, 2003)
2.4.3.2 Tenaga Kerja Separa Mahir
Tenaga kerja separa mahir ialah pekerja yang mendapat kemahiran dalam
bidang tertentu tetapi tidak mencapai tahap kemahiran yang dimiliki oleh pekerja
mahir. Tenaga kerja separa mahir mempunyai kemahiran dalam satu atau lebih
cabang pembinaan (Ahmad Mahayudin, 2003).
Lazimnya, tenaga kerja separa mahir ini merupakan pembantu kepada pekerja
mahir bagi membantu tugas-tugas buruh mahir agar kerja-kerja di tapak bina dapat
dijalankan dengan cepat. Namun ada ketikanya kerja yang dihasilkan oleh tenaga
kerja separa mahir ini setaraf dengan kerja perkerja mahir (Norzamzila, 2003).
22
2.4.3.3 Tenaga Kerja Mahir
Tenaga kerja mahir merupakan pekerja yang mahir dan cekap dalam
melakukan kerja-kerja pembinaan serta terdedah kepada penggunaan peralatan yang
baru dan juga terdedah dengan kemahiran-kemahiran baru yang penting bagi mereka
untuk melaksanakan kerja yang diamanahkan (Ahmah Mahayudin, 2003). Ini juga
membawa maksud bahawa mereka merupakan pekerja binaan yang terlibat dalam
kerja-kerja yang memerlukan kepakaran.
Pekerja mahir ialah mereka yang telah diiktiraf dari segi kebolehan,
kepakaran, kecekapan, pengalaman dan mutu kerja berkualiti. Seorang yang
mempunyai latarbelakang kemahiran dari institusi-institusi kemahiran tertentu dan
dibuktikan dengan pensijilan (ABM Sarawak, 2013). Menurut CIDB dalam Program
Ujian Kemahiran (Akredatasi) Pekerja Mahir Sektor Binaan, pekerja mahir yang
lulus ujian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) CIDB bagi
pekerja tempatan sahaja atau Perakuan Kemahiran Pekerja Asing (PKPA) bagi
pekerja asing dan penduduk tetap. Hanya pekerja yang mempunyai SKK atau PKPA
layak melaksanakan kerja-kerja yang memerlukan kemahiran di tapak bina. Tujuan
pengiktirafan ini adalah untuk meningkatkan tahap kualiti kerja di tapak bina,
menggalakkan hanya pekerja binaan yang mahir sahaja bekerja di tapak bina,
memastikan pekerja mahir mempunyai Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
(NOSS) dan mengiktiraf dan meningkatkan bilangan pekerja mahir tempatan
sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.
Lazimnya tenaga kerja mahir terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan teknik
atau sekolah vokasional yang mahir dalam melakukan kerja-kerja kimpalan,
pengendalian mesin-mesin serta loji dan sebagainya (Norzamzila, 2003).
23
2.4.4 Jenis Buruh
Secara amnya, buruh boleh dibahagikan kepada empat kategori yang utama
iaitu buruh asing, buruh tempatan, buruh langsung dan buruh subkontrak. Setiap
kategori buruh binaan ini akan melaksanakan kerja-kerja pembinaan di tapak bina
sama ada secara langsung ataupun tidak langsung (Nur Shazwani, 2010).
2.4.4.1 Buruh Asing
Buruh asing ditakrifkan sebagai bukan warganegara Malaysia atau
pemastautin tetap, tidak bermaksud pegawai dagang dan merupakan pekerja separa
mahir dan pekerja am. Buruh asing di Malaysia boleh dikategorikan kepada dua iaitu
Pekerja Asing Dengan Izin (PADI) dan Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI). PADI
adalah pekerja asing yang datang bekerja ke Malaysia dengan melalui prosedur yang
betul dan mendapatkan permit sebelum bekerja di mana-mana sektor pekerjaan di
Malaysia manakala PATI ialah pekerja asing yang datang ke Malaysia secara tidak
sah dan bekerja tanpa mendapatkan permit yang sah daripada kerajaan Malaysia (Nur
Shazwani, 2010).
2.4.4.2 Buruh Tempatan
Buruh tempatan adalah buruh warganegara negara sendiri yang membekalkan
tenaga kerja buruh. Menurut Yahya Buntat (2006), tenaga kerja binaan tempatan
menguasai tred-tred pertukangan seperti tukang jubin, tukang cat dan tukang cermin.
24
2.4.4.3 Buruh Langsung
Buruh langsung boleh ditakrifkan sebagai tenaga kerja binaan yang dimiliki
oleh kontraktor utama. Tenaga kerja binaan ini akan bekerja dengan kontraktor
utama secara tetap dan tempoh perkhidmatannya tidak akan tamat walaupun
sesebuah projek pembinaan itu telah siap (Nur Shazwani, 2010).
Buruh langsung mempunyai kemahiran dan kepakaran tertentu dalam sesuatu
kerja seperti kerja-kerja mekanikal dan elektrikal. Tenaga kerja binaan ini diambil
oleh kontraktor yang mana mempunyai bebanan kerja yang stabil walau
bagaimanapun buruh yang diambil bekerja adalah terhad kepada tukang kayu, tukang
bata, tukang lepa, tukang konkrit dan operator mesin sahaja. Kontraktor juga
mempunyai keperluan kerja yang cukup untuk buruh-buruh yang diambil bekerja,
jika tidak kontraktor akan menanggung bebanan bayaran gaji kepada buruh ini
walaupun tidak ada apa-apa kerja yang dilakukan oleh buruh ini kerana buruh
langsung ini telah menandatangani kontrak pekerjaan dengan kontraktor terbabit
(Nur Shazwani, 2010).
2.4.4.4 Buruh Subkontrak
Buruh subkontrak adalah buruh yang dilantik oleh subkontraktor buruh.
Subkontraktor buruh akan bertanggungjawab terhadap gaji, waktu bekerja, dan
kebajikan buruh-buruh terbabit. Kontraktor utama akan mengupah subkontraktor
buruh untuk membekalkan tenaga buruh dalam sesebuah projek pembinaan.
Subkontraktor buruh akan bertanggungjawab dalam menyediakan peralatan kerja
manakala kontraktor utama akan bertanggungjawab untuk menyediakan bahan
binaan, tempat kerja, penyeliaan dan pengurus tapak (Nur Shazwani, 2010).
25
2.5 Buruh Asing dalam Industri Pembinaan
Menurut Faradiva dan Pasquire (2007), penggajian buruh asing di negara
membangun atau negara yang berasaskan industri semakin meningkat jumlahnya
sejak sedekad yang lalu. Kehadiran buruh asing ini telah membantu masalah
kekurangan tenaga buruh khususnya di dalam indstri pembinaan.
2.5.1 Pengenalan
Migrasi merentasi sempadan bukanlah satu fenomena yang baru terjadi.
Pergerakan besar-besaran rakyat di seluruh benua telah berlaku sejak 5 abad yang
lalu adalah disebabkan oleh perdagangan hamba, peperangan, bencana alam dan
perkembangan kolonialisme yang turut membawa sistem ekonomi kapitalis.
Penjajahan pada abad dahulu, telah memindahkan berjuta-juta rakyat di seluruh
sempadan negara. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran penduduk yang berbilang
kaum seperti di Malaysia (Azizah Kasim, 2005).
Malaysia adalah negara pengeksport serta pengimport buruh, tetapi imigrasi
ke dalam negara Malaysia adalah lebih besar jumlahnya mengatasi jumlah yang
berhijrah keluar daripada Malaysia. Malaysia mengeksport buruh berkemahiran
tinggi dan mengimport buruh am dan buruh separa mahir bagi memenuhi permintaan
guna tenaga yang tinggi di dalam pelbagai industri di Malaysia. Majoriti penduduk
yang berhijrah keluar dari Malaysia adalah dalam jangka masa yang panjang atau
secara tetap. Sementara, bagi pendatang yang berimigrasi ke Malaysia adalah
kebanyakannya dalam tempoh masa sementara atau secara kontrak. Dinamik
International Labour Migration (ILM) di Malaysia telah berubah ekoran daripada
tindak balas kepada polisi dan faktor pasaran, tetapi ciri-ciri utama dikekalkan
(Vijayakumari, 2006).
26
Menurut Hamzah et al. (2012), industri pembinaan di Malaysia telah
bergantung pada tenaga kerja buruh asing sejak awal tahun 1980. Penggunaan buruh
asing bermula dalam sektor perladangan. Buruh asing diperlukan pada ketika itu
dalam sektor perladangan kerana buruh tempatan lebih berminat untuk bekerja di
dalam sektor pembuatan kerana sektor tersebut menawarkan gaji yang lumayan dan
keadaan bekerja yang selesa. Rentetan daripada keadaan tersebut, sektor pembinaan
turut mengalami kekurangan buruh tempatan lebih-lebih lagi sektor pembinaan
dikenali sebagai pekerjaan 3D iaitu Dirty (kotor), Dangerous (berbahaya), dan
Difficult (susah). Pada masa yang sama, mandur dan buruh mahir tempatan telah
berimigrasi ke negara-negara maju yang lain seperti Singapura, Taiwan dan Jepun di
mana mereka ditawarkan dengan gaji yang lebih tinggi untuk kemahiran mereka. Ini
adalah antara faktor mengapa industri pembinaan di Malaysia mempunyai bilangan
buruh asing yang tinggi.
2.5.2 Definisi Buruh Asing
Menurut Akta Kerja 1955 Seksyen 2 mentafsirkan pekerja asing sebagai
pekerja yang bukan warganegara.
Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam
Norzamzila (2005), mentakrifkan pekerja asing sebagai bukan warganegara Malaysia
atau pemastautin tetap, tidak termasuk pegawai dagang (expatriates) dan merupakan
pekerja tidak mahir atau separuh mahir.
2.5.3 Permintaan Buruh Asing
Sektor perladangan minyak kelapa sawit, sektor pembinaan dan sektor
elektronik merupakan enjin pertumbuhan utama ekonomi negara. Sektor-sektor ini
27
banyak bergantung pada guna tenaga buruh asing yang berkemahiran rendah untuk
terus mengekalkan keuntungan dan berdaya saing (Vijayakumari, 2006).
Keperluan fizikal yang tinggi serta kesediaan untuk bekerja dalam keadaan
yang tidak selesa adalah tuntutan pekerjaan di dalam sektor pembinaan. Keadaan
suasana kerja yang tidak selesa dan berbahaya ini menyebabkan buruh tempatan
kurang berminat untuk bekerja di dalam sektor pembinaan. Suasana yang lebih selesa
seperti di pejabat atau kilang yang mana mempunyai hawa dingin menjadi pilihan
buruh tempatan berbanding dengan sektor pembinaan. Selain itu, pekerjaan tersebut
tidak memerlukan keperluan fizikal yang tinggi serta suasana kerja yang selesa yang
mana gaji atau upah yang ditawarkan tidak jauh beza daripada yang ditawarkan di
dalam sektor pembinaan.
Menurut Abdul Rahim et al. (2011), projek pembangunan di bawah
Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP)
termasuk projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) menelan belanja melebihi
RM40 billion. Projek-projek tersebut memerlukan kira-kira 130,000 pekerja mahir di
dalam semua jenis tred kerja. Industri pembinaan Malaysia telah mengalami
kekurangan tenaga kerja manakala pekerja-pekerja tempatan yang ada tidak dapat
memenuhi permintaan pasaran. Oleh itu, kontraktor bersedia untuk mengimport
pekerja asing bagi memenuhi keperluan dan kehendak pasaran buruh dalam sektor
pembinaan. Menurut Presiden Master Builder Association of Malaysia (MBAM)
dalam MBAM Online News 2011, kekurangan pekerja-pekerja binaan mahir adalah
isu yang sangat penting dan kekurangan pekerja mahir dalam industri pembinaan
akan memberikan impak negatif kepada projek-projek pembangunan di bawah
RMK-10 dan ETP (Wong, 2011).
Menurut ABM Sarawak (2013), sebanyak RM740 juta diperuntukkan untuk
pembangunan infrastruktur di Sarawak dan menurut YAB Datuk Seri Panglima
Musa Haji Aman dalam ucapan Bajet 2013, di Sabah pula diperuntukkan sebanyak
RM369 juta bagi pembangunan infrastruktur. Justeru, sektor pembinaan di Sabah dan
28
Sarawak juga akan turut menuntut guna tenaga buruh yang tinggi bagi memenuhi
tuntutan guna tenaga buruh yang diperlukan bagi menyiapkan pembangunan
infrastruktur terbabit.
Menurut Jabatan Statistik Jun 2011 dalam Abdul Rahim et al. (2011), industri
pembinaan di Malaysia menggaji 1,214,000 orang pekerja asing atau 10 peratus
daripada jumlah guna tenaga di negara kita iaitu sebanyak 12,116,600. Walau
bagaimanapun, sekitar 70 hingga 80 peratus sektor pembinaan dimonopoli oleh
buruh asing. Disebabkan kebanjiran pekerja asing, majikan enggan untuk mengupah
pekerja tempatan memandangkan upah atau gaji yang dibayar kepada buruh asing
adalah lebih kurang berbanding dengan pekerja tempatan.
Menurut Ximena Del Carpio (2013), pada Jun 2011, kerajaan telah
mengumumkan program 6P iaitu satu insiatif terbaru kerajaan untuk mengurus
pendatang asing yang tidak sah berada di Malaysia. Nombor 6 mewakili 6 langkah
dalam inisiatif iaitu Pendaftaran (Registration), Pemutihan (Legalization),
Pengampunan (Amnesty), Pemantauan (Monitoring), Penguatkuasaan (Enforcement)
dan Pengusiran (Deportation). Berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh KDN,
sejumlah 2.3 juta pendatang telah menjalani proses 6P pada 3 Ogos 2011 iaitu
sebanyak 1,016,908 pekerja asing yang sah dan 1,303,126 pendatang tanpa izin
(PATI). Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet
Pekerja Asing dan Asing Tanpa Izin ( CCFWII ) mengumumkan inisiatif 6P sebagai
'pakej penyelesaian' kepada masalah pekerja asing di negara ini. Langkah ini
bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah sosial, jenayah dan
kewangan yang berkaitan dengan pendatang tanpa izin.
29
2.5.4 Dasar dan Peraturan Pengambilan Pekerja Asing
Dasar dan peraturan pengambilan pekerja asing haruslah dipatuhi sebelum
menggaji mana-mana pekerja asing untuk bekerja di dalam mana-mana sektor di
Malaysia yang mana dibenarkan untuk pekerja asing bekerja.
2.5.4.1 Keutamaan Kepada Pekerja Tempatan
Menurut Jabatan Imigresen, keutamaan peluang pekerjaan diberikan kepada
pekerja tempatan dan segala usaha telah diambil untuk mendapatkan pekerja
tempatan sebelum membenarkan pengambilan pekerja asing.
Menurut Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, dasar pertimbangan untuk memohon
pekerja asing adalah kekurangan pekerja tempatan untuk memenuhi keperluan
pekerjaan, pekerja tempatan tidak berminat untuk bekerja, pengambilan pekerja asing
tidak menjejaskan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan dan majikan
hendaklah betanggungjawab dalam mematuhi segala peraturan dan mempratikkan
amalan perburuhan yang adil dan prihatin terhadap kebajikan pekerja.
Menurut Jabatan Tenaga Sabah, perniagaan majikan hendaklah sah di sisi
undang-undang dan mempunyai kewangan yang kukuh, majikan tidak pernah
melakukan sebarang kesalahan undang-undang buruh dan undang-undang lain yang
berkaitan, penggajian pekerja asing hendaklah dilindungi di bawah Skim Insurans
Pampasan Pekerja (Akta Pampasan Pekerja 1952), pengambilan perkhidmatan
pekerja asing hendaklah benar-benar diperlukan oleh majikan berkenaan dan kadar
gaji hendaklah sama seperti pekerja tempatan.
30
2.5.4.2 Tempoh Bekerja
Menurut Jabatan Imigresen, tempoh bekerja bagi pekerja asing untuk bekerja
di Malaysia adalah tidak melebihi 5 tahun. Tempoh maksimum penggajian pekerja
asing di Sarawak ialah selama 6 tahun manakala di Sabah pula ialah selama setahun
dan boleh diperbaharui untuk tahun-tahun berikutnya.
2.5.4.3 Pemeriksaan Kesihatan
Menurut Jabatan Imigresen, pekerja asing hendaklah sihat dan bebas daripada
penyakit berbahaya dan berjangkit. Pekerja asing tersebut hendaklah menjalani
pemeriksaan kesihatan sebelum memasuki negeri ini di pusat kesihatan kerajaan atau
swasta yang telah ditetapkan di borang khas dan senarai panel klinik atau hospital di
negara sumber.
2.5.4.4 Had Umur
Had umur pekerja asing yang dibenarkan bekerja di Malaysia adalah dari
lingkungan 18 tahun hingga 45 tahun bagi pekerja am.
2.5.4.5 Gaji Asas
Menurut Perintah Gaji Minimum 2012, kadar gaji minimum yang dibayar
kepada pekerja tempatan dan pekerja asing adalah RM900 bagi kawasan wilayah
Semenanjung Malaysia dan RM800 bagi wilayah Sabah, Sarawak dan Persekutuan
Labuan. Bagi pekerja dalam tempoh percubaan termasuk pakerja asing kadar gaji
minima boleh dilaraskan tidak melebihi 30 peratus daripada gaji minima.
31
2.5.5 Trend Buruh Asing
Menurut Ximena Del Carpio (2013), lebih daripada 80 peratus guna tenaga
buruh tertumpu kepada sektor pembinaan bangunan di mana sektor ini amat
memerlukan penglibatan pekerja asing. Sektor pembinaan di Malaysia telah
berkembang begitu pesat sekali sejak sedekad yang lalu dan dijangka terus
berkembang dengan projek-projek mega seperti Klang Valley Mass Rapid Transit
yang dianggarkan berjumlah RM50 billion, lebuh raya di Wilayah Iskandar dan
Kuala Lumpur Financial District, bangunan baru 100 tingkat yang dikenali sebagai
Warisan Merdeka di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur.
Menurut Sundaraj (2012), projek yang ditawarkan pada tahun 2011 menurun
adalah disebabkan pelaksanaan projek mega yang menelan kos yang sangat tinggi.
Antara projek-projek pembinaan terbesar pada tahun 2011 ialah Manjung Coal Fired
Power Plant Project di Teluk Penchalang, Manjung (RM5.1 billion), Engineering,
Construction Of The Second Polycrystalline Silicon Plant di Sarawak (RM1.8
billion) dan Sabah Ammonia Urea (SAMUR) Project (RM1.4 billion).
Bagi projek di Sarawak pula, pembinaan projek Backbone Trasmission,
pembangunan infrastruktur luar bandar dan pembinaan bangunan industri terutama di
Taman Perindustrian Samalaju Sarawak akan dijalankan pada tahun 2013 ini
(Sundaraj, 2012). Pengurus Besar Petronas Wilayah Sabah dan Labuan Joseph
Padtung berucap di dalam Utusan Online pada 11 Januari 2013, Petronas akan
melaksanakan empat projek mega bernilai RM45 billion di Sabah pada tahun ini iaitu
Terminal Minyak Dan Gas (SOGT) di Kimanis, Projek Pembangunan Bukan
Berkaitan Gas (NAG) Kinabalu, Projek Saluran Paip Gas Sabah dan Sarawak
(SSGP) dan Stesen Janakuasa Kimanis (KPP) dan pembinaan Terminal Gas di Lahad
Datu.
32
Berikut merupakan data projek pembinaan bagi tahun 2008 sehingga suku
pertama 2012 bagi kedua-dua sektor awam dan swasta.
Jadual 2.2: Nilai dan Jumlah Projek Mengikut Sektor
Sektor dan Jenis Projek Nilai (RM billion)
2008 2009 2010 2011 1H 2012
Sektor Swasta 48.19 42.01 69.09 72.53 23.27
Sektor Awam 38.81 33.29 19.55 21.54 5.76
Jumlah 87.00 75.30 88.64 94.07 29.03
Sektor dan Jenis Projek
Jumlah Projek
2008 2009 2010 2011 1H 2012
Sektor Swasta 3,843 4,041 5,379 5,277 1,590
Sektor Awam 2,704 3,015 1,869 1,837 460
Jumlah 6,547 7,056 7,248 7,114 2,050
Sumber: CIDB Malaysia, 30 Jun 2012. (Dipetik dari: Sundaraj, 2012)
Nilai projek pembinaan meningkat sebanyak 6.1 peratus kepada RM94.1
billion (2010: RM88.6 billion) pada tahun 2011. Projek swasta meningkat sebanyak
5 peratus kepada RM72.5 billion (2010: RM61.1 billion) seiring dengan ekonomi
negara yang semakin membangun dan pelaburan aktivti pembinaan bagi sektor
swasta yang semakin tinggi dan pemaju telah memulakan aktiviti pembinaan projek
yang baru. Menurut Sundaraj (2012), peningkatan aktivti pembinaan bagi sektor
swasta ini selaras dengan matlamat Kerajaan untuk menjadikan sektor swasta sebagai
pemacu utama ekonomi negara.
Projek-projek bagi sektor awam pula menunjukkan peningkatan sebanyak
10.2 peratus kepada RM21.5 billion (2010: RM19.5 billion) 2011, merupakan tahun
kedua bagi Rancangan Malaysia ke-10 dan projek-projek sektor kerajaan mula
dilaksanakan. Projek-projek ini berada di peringkat perancangan pada tahun 2010.
33
Menurut Sundaraj (2012), kira-kira separuh daripada tenaga kerja bagi sektor
pembinaan adalah pekerja asing. Sektor pembinaan secara keseluruhannya
bergantung kepada pekerja asing di mana kebanyakan daripada mereka adalah
pekerja am dan pekerja sederhana mahir di mana mereka memperolehi pengalaman
apabila diupah untuk membantu pekerja yang lebih berpengalaman.
Berikut merupakan trend jumlah buruh asing di seluruh Malaysia khususnya
dalam sektor pembinaan di antara tahun 2006 sehingga 2010.
Jadual 2.3: Bilangan Buruh Asing dalam Sektor Pembinaan di Malaysia Pada Tahun
2008 Hingga 2010
Tahun Jumlah % Pertambahan / Pengurangan
2006 272,730 -
2007 298,422 9.4
2008 285,845 -4.2
2009 204,237 -28.5
2010 187,743 -8.1
Jumlah Besar 1,248,977
Sumber Jabatan Statistik Malaysia. (Dipetik: Hamzah, 2012)
34
Rajah 2.1: Trend Pekerja Asing dalam Sektor Pembinaan di Malaysia, 2006 – 2010
Trend pertambahan pekerja asing di Malaysia sejak dari tahun 2006 sehingga
tahun 2010 ditunjukkan seperti dalam Rajah 2.1 di atas. Jumlah pekerja asing di
dalam sektor pembinaan di akhir tahun 2010 adalah seramai 187,743 orang. Jumlah
pekerja asing dari tahun 2006 sehingga 2007 meningkat sebanyak 9.4 peratus iaitu
sebanyak 25 ribu orang. Manakala pada tahun 2007 kepada 2008 jumlah pekerja
asing menurun dengan kadar perlahan iaitu sebanyak 4.2 peratus iaitu seramai 12
ribu orang. Pada tahun 2008 sehingga 2009, jumlah pekerja asing terus menurun
secara signifikan iaitu sebanyak 28.5 peratus iaitu sebanyak 81 ribu orang. Pada
tahun 2010, jumlah pekerja asing semakin berkurangan iaitu kepada 187,743 orang.
Dilihat daripada statstik ini, jumlah buruh asing yang berada di sektor pembinaan di
Malaysia semakin menurun. Penurunan penggunaan buruh pada tahun 2010 adalah
mungkin disebabkan jumlah projek pembinaan pada tahun 2010 telah menurun
sebanyak 1.9 peratus kepada 7,114 (2009: 7,248 projek).
272,730
298,422 285,845
204,237 187,743
0
50,000
100,000
150,000
200,000
250,000
300,000
350,000
2006 2007 2008 2009 2010
Bila
nga
n
Tahun
35
2.5.6 Prosedur Permohonan Pekerja Asing
Menurut Ximena Del Carpio (2013), garis panduan mengenai pengambilan
pekerja asing wujud pada awal 1990-an. Garis panduan ini termasuklah penggunaan
sistem levi dan institusi yang berurusan berkenaan dengan pengambilan pekerja
asing. Pelbagai badan berkuasa diwujudkan untuk mengenalpasti, membentuk garis
panduan dan mengurus pekerja. Pada masa kini, agensi kerajaan negeri
bertanggngjawab bagi pengambilan pekerja asing dan mengenal pasti peluang
pekerjaan bagi pekerja asing. Jabatan Imigresen di bawah Kementerian Dalam
Negeri (KDN) adalah sebagai agensi utama bagi memproses permohonan
pengambilan pekerja asing, pembantu rumah dan juga penghantaran pulang pekerja
asing. Perkara berkaitan dengan imigresen di Sabah dan Sarawak adalah di bawah
bidang kuasa kerajaan negeri.
2.5.6.1 Permohonan Pekerja Asing di Semenanjung Malaysia
Prosedur pengambilan pekerja asing adalah melalui Pusat Kelulusan
Setempat (One Stop Centre) Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian
Dalam Negeri. Penguatkuasaan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005. Permohonan
untuk mengambil pekerja asing mestilah lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang
telah ditetapkan dan permohonan ini akan terus disemak, diproses dan diberikan
keputusan pada hari yang sama. Sebelum membuat permohonan untuk pengambilan
pekerja asing, majikan perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Tenaga
Kerja Semenanjung Malaysia bahawa telah menggunakan Job Clearing System
(JCS)/Jobs Malaysia untuk mendapatkan pekerja tempatan dan jika tiada pengesahan
dari JTKSM permohonan tidak akan diproses. Selepas permohonan diluluskan,
majikan hendaklah membayar levi dalam masa 48 jam dari tarikh kelulusan dan
barulah Surat Kelulusan Bersyarat akan diberikan kepada majikan.
36
2.5.6.2 Permohonan Pekerja Asing di Sarawak
Majikan hendaklah menghubungi Pejabat Tenaga Kerja (PTK) untuk
semakan deraf iklan dan menetapan tarikh temuduga pencari kerja di PTK dan
mengiklankan jawatan kosong mengikut format yang telah ditetapkan. Seterusnya
mendaftarkan jawatan kosong berkenaan di Jobs Malaysia secara online. Majikan
juga hendaklah memastikan pekerja asing yang hendak diambil bekerja mempunyai
pengalaman dan kelayakan setaraf atau lebih baik daripada yang diiklankan. Majikan
perlu mendapatkan satu kebenaran bertulis iaitu Surat Kelulusan Secara Dasar (AP)
untuk mendapatkan pekerja asing yang telah ditetapkan bilangannya sebelum
permohonan lesen dipertimbangkan. Keputusan permohonan AP akan diberi dalam
masa 2 bulan dari tarikh permohonan diterima dan hanya sah untuk 2 tahun sahaja.
Lesen di bawah AP menunjukkan maklumat dan butiran peribadi pekerja asing yang
akan digaji. Selepas lesen diperolehi, permohonan untuk PLKS dikemukakan kepada
Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak. Permohonan pembaharuan lesen boleh
dikemukakan 2 bulan sebelum tarikh luput lessen dan lesen gentian boleh dipohon
dalam masa 3 bulan dari tarikh lesen dikeluarkan jika sebilangan pekerja dalam lesen
tidak akan masuk ke Sarawak dan lesen asal belum dipungut di PTK.
2.5.6.3 Permohonan Pekerja Asing di Sabah
Majikan hendaklah memohon di Urusetia di Jabatan Imigresen Malaysia
(JIM) Sabah. Jika tiada calon pencari kerja tempatan yang mengisi kekosongan yang
diiklankan iaitu dalam tempoh satu bulan untuk semua sektor, Sijil Perakuan
Pengesahan Majikan menggunakan perkhidmatan sistem Jobs Malaysia dikeluarkan
kepada majikan. Pendaftaran kekosongan jawatan di dalam Jobs Malaysia dilakukan
di Jabatan Tenaga Kerja Sabah. Selepas mendaftar kekosongan jawatan, majikan
akan hadir temuduga di One Stop Centre di JIM Sabah. Keputusan kelulusan
dikeluarkan oleh Jawatankuasa Panel Perunding Pekerja Asing Sabah (JPPPAS).
Selepas itu, surat kelulusan dikeluarkan oleh JIM Sabah dan lesen untuk menggaji
pekerja asing akan dikeluarkan oleh JTK Sabah. Selepas lesen untuk menggaji
37
pekerja asing dikeluarkan oleh JTK Sabah seterusnya permohonan untuk PLKS
dikemukan kepada JIM Sabah.
2.5.7 Bayaran Yang Perlu Dikemukakan
Berikut merupakan bayaran-bayaran yang perlu dikemkakan oleh majikan
untuk menggaji pekerja asing seperti insurans, levi, visa dan juga kadar bayaran Pas
Lawatan Kerja Sementara dan prosesnya.
2.5.7.1 Penguatkuasaan Insurans di Malaysia
Menurut subseksyen 26(1) Akta Pampasan Pekerja 1952, setiap majikan yang
menggaji pekerja asing hendaklah menginsuranskan pekerja asing tersebut dengan
skim insurans yang telah dilantik di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)
oleh Y.B Menteri. Menurut subseksyen 26(6) Akta Pampasan Pekerja 1952, mana-
mana majikan yang gagal untuk menginsuranskan pekerja asing diambil bekerja
adalah merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan didenda tidak
melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Ketua Pengarah JTK, Datuk Sh. Yahya Sh. Mohamed berkata pada sidang
akhbar di ibu pejabat Imigresen, seramai 440,00 pekerja asing di negara ini tidak
diberikan perlindungan insurans oleh majikan yang menggaji mereka melalui rekod
Jabatan Tenaga Kerja. Beliau berkata lagi majikan yang gagal berbuat demikian akan
didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya. Menurut beliau lagi 31 panel insurans telah dilantik bagi memberikan
perlindungan kepada pekerja asing sepanjang berkhidmat di negara ini daripada
sebarang kemalangan (Utusan Online, 2010).
38
Berikut merupakan kadar bayaran Visa dan jaminan insurans mengikut
warganegara pekerja asing.
Jadual 2.4: Kadar Bayaran Visa dan Jaminan Insurans
Bil WARGANEGARA VISA (RM) JAMINAN INSURANS (RM)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
Indonesia
Bangladesh
Pakistan
Myanmar
India
Filipina
Thailand
Kemboja
Nepal
Vietnam
Sri lanka
China
Laos
15.00
20.00
20.00
19.50
50.00
36.00
Gratis
20.00
20.00
13.00
15.00
30.00
20.00
250.00
500.00
750.00
750.00
750.00
1,000.00
250.00
250.00
750.00
1,500.00
750.00
1,500.00
1,500.00
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia, Disember 2012.
2.5.7.2 Penguatkuasaan Levi di Malaysia
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood
Adam dalam Utusan Online pada 27 Ogos 2011, bermula 1 September 2011 kadar
pertambahan levi untuk semua kategori pakerja asing dinaikkan sebanyak RM50.
Kadar baru levi itu hanya sah untuk permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara
(PLKS) yang tamat dan diluluskan pada atau selepas 1 September 2011 sama ada
untuk permohonan yang baru atau lanjutan. Berikut merupakan kadar levi untuk
seluruh negeri di Malaysia.
39
Jadual 2.5: Kadar Levi (Lama Dan Baru) Bagi Pekerja Asing di Malaysia
Sektor Semenanjung Malaysia Sabah/Sarawak/Labuan
Lama (RM) Baru (RM) Lama (RM) Baru (RM)
PERKILANGAN
PEMBINAAN
PERLADANGAN
PERTANIAN
1200
1200
540
360
1250
1250
590
410
960
960
540
360
1010
1010
590
410
PERKHIDMATAN:
Restoren
Pencuci dan pembersihan
Pengendalian kargo
Dobi
Kedi
Kedai mendandan rambut
Borong dan runcit
Perniagaan tekstil
Logam sekerap/terpakai
Rumah kebajikan
Pulau peranginan
PEMBANTU RUMAH
Pertama
Kedua dan berikutnya
LAIN-LAIN
1800
1800
1800
1800
1800
1800
1800
1800
1800
600
1200
360
540
1800
1850
1850
1850
1850
1850
1850
1850
1850
1850
650
1250
410
590
1850
1440
1440
1440
1440
1440
1440
1440
1440
1440
600
960
360
540
1440
1490
1490
1490
1490
1490
1490
1490
1490
1490
650
1010
410
590
1490
Sumber: Utusan Online, 27 Ogos 2012.
40
2.5.7.3 Kadar Bayaran PLKS dan Proses
Berikut merupakan jadual bagi pembayaran Pas Lawatan Kerja Sementara
dan yuran proses bagi pelbagai sektor.
Jadual 2.6: Kadar Bayaran Bagi PLKS dan Proses
Bil SEKTOR PLKS (RM) PROSES (RM)
1
2
3
4
5
6
7
Perkilangan
Pembinaan
Perladangan
Pertanian
Perkhidmatan (Selain Dari Pulau Peranginan
Dan Rumah Kebajikan)
Perkhidmatan (Rumah Kebajikan)
Pembantu Rumah Orang Asing
60.00
60.00
60.00
60.00
60.00
60.00
60.00
50.00
50.00
10.00
10.00
50.00
50.00
10.00
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia, 2012
41
2.5.8 Sektor Pekerjaan Pekerja Asing
Sektor-sektor yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing mengikut negeri
adalah seperti berikut :
Jadual 2.7: Sektor-Sektor Penggajian Pekerja Asing Mengikut Negeri
Semenanjung Malaysia
(a) Perkilangan
(b) Pembinaan
(c) Perladangan
(d) Pertanian
(e) Perkhidmatan
(i) Sub-sektor Restoran (tukang masak sahaja)
(ii) Sub-sektor Pencucian dan Pembersihan
(iii)Sub-sektor Pulau Peranginan
Sabah
(a) Perladangan
(b) Pertanian
(c) Penternakan
(d) Perikanan
(e) Perkilangan/Pembuatan Berorientasikan Eksport
(f) Pembinaan
Sarawak
(a) Pembuatan
(b) Pertanian
(c) Pembinaan
(d) Pengangkutan
(e) Perkhidmatan – permohonan untuk pekerja am dalam sektor ini boleh
dipertimbangkan bagi Restoran, Kedai makan/kopi dan dobi.
Sumber : Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Jabatan
Tenaga Kerja Sarawak, 2012
42
2.5.9 Negara Sumber Pekerja Asing
Menurut Azizah Kassim (2005), pemilihan negara-negara sumber pekerja
asing dilihat dari semasa ke semasa berdasarkan faktor ekonomi, politik dan sosial.
Pada tahun 80-an, jiran terdekat Malaysia di rantau Asia Tenggara telah diberi
keutamaan untuk pengambilan pekerja asing iaitu daripada negara Indonesia, Filipina
dan Thailand. Pada tahun 90-an pula, pekerja asing digaji daripada negara India,
Pakistan dan Bangladesh dan pada tahun 1998, populasi kedua terbesar pekerja
asing adalah daripada Bangladesh. Sejak tahun 2003, pengambilan pekerja asing
diperluaskan kepada pelbagai negara termasuklah Kemboja, Vietnam, Nepal,
Uzbekistan dan lain-lain. Walaubagaimanapun, bagi negeri Sabah dan Sarawak
sumber buruh adalah terhad. Justeru, untuk beberapa kes-kes tertentu, Sabah
membenarkan pengambilan pekerja asing daripada Indonesia dan Filipina manakala
bagi negeri Sarawak pula kebanyakkan pekerja asing diambil daripada Indonesia
terutamanya daripada Kalimantan, Sulawesi dan Pulau Timur.
Menurut Mohammad Azzam Manan (2006), pekerja asing daripada Indonesia
dan Filipina yang berimigrasi ke Sabah dan Sarawak adalah berlatarbelangkangkan
faktor sosiobudaya dan sosioekonomi. Faktor penolak pekerja asing ini untuk
berimigrasi adalah disebabkan ekonomi di negara asal dan peluang ekonomi yang
menjanjikan kemakmuran sebagai faktor penarik.
Negara sumber yang dibenarkan untuk pengambilan dan penggajian pekerja
asing adalah seperti berikut :
43
Jadual 2.8: Negara Sumber Pengambilan dan Penggajian Pekerja Asing
Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak
Indonesia
Bangladesh
Pakistan
Myanmar
India
Filipina
Thailand
Kemboja
Nepal
Vietnam
Sri Lanka
China
Laos
Indonesia
Filipina
Bangladesh
China
India
Indonesia
Myanmar
Nepal
Pakistan
Filipina
Thailand
Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Jabatan
Tenaga Kerja Sarawak, 2012.
2.5.10 Faktor Penggajian Buruh Asing
(a) Faktor Pekerja Tempatan
Buruh tempatan sukar didapati di dalam sektor industri pembinaan di
Malaysia kerana mereka kurang berminat menyebabkan industri pembinaan
kekurangan guna tenaga buruh. Tuntutan keperluan fizikal yang tinggi dan keadaan
tapak bina yang kotor, berbahaya dan aktiviti pekerjaan yang susah menyebabkan
buruh tempatan tidak berminat untuk melibatkan diri di dalam sektor pembinaan.
Rentetan daripada tuntutan guna tenaga yang tinggi di dalam industri pembinaan
yang mana tidak mampu diisi oleh pekerja tempatan, maka buruh asing diperlukan
bagi memenuhi permintaan tersebut (Mohd Kamal, 2007). Menurut Ximena Del
Carpio (2013), majikan tidak sanggup untuk mengupah pekerja tempatan yang
44
dianggap sebagai kurang bersedia dan tidak komited kepada tugas-tugas yang
ditakrifkan sebagai kotor, sukar dan berbahaya.
(b) Faktor Upah
Menurut Mohd Kamal (2007), industri pembinaan di Malaysia menawarkan
gaji atau upah yang lebih rendah kepada buruh asing berbanding dengan buruh
tempatan. Kadar pertukaran nilai mata wang yang lebih tinggi daripada mata wang
negara asal buruh asing menyebabkan keadaan ini berlaku. Faktor gaji buruh asing
yang lebih rendah daripada gaji buruh tempatan menyebabkan majikan tidak teragak-
agak untuk mengupah buruh asing bekerja.
Majikan juga tidak perlu membayar bonus atau apa-apa bentuk imbuhan
kepada buruh asing berbanding dengan penggunaan buruh tempatan yang mana
memerlukan banyak intensif lain yang mana akan meminimumkan keuntungan
kontraktor.
(c) Faktor Kecekapan dan Kepantasan Bekerja
Buruh asing lebih lasak dan serasi dengan kerja-kerja berat. Ini adalah kerana
buruh asing ini sudah biasa melakukan kerja-kerja berat semasa di negara asal
mereka (Mohd Kamal, 2007). Menurut Nor Ashikin (2010), segelintir buruh asing
yang datang ke Malaysia untuk bekerja mempunyai kemahiran asas dalam sesuatu
kerja dan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai masalah untuk melakukan
kerja-kerja pembinaan dan ini memberi sedikit kelebihan mengapa majikan lebih
gemar menggaji mereka di tapak bina. Kebanyakan buruh asing yang datang bekerja
di dalam industri pembinaan di Malaysia, mereka juga mengambil upah menjadi
tukang untuk membuat rumah dan lain-lain di negara asal mereka.
45
Segelintir daripada buruh asing ini juga sangat mahir dalam melakukan kerja
yang melibatkan ketelitian, kesenian, ketekunan dan daya usaha yang jauh berbeza
dari buruh tempatan. Mereka sudah dibiasakan melakukan kerja-kerja berat dan
panas di tapak bina. Kesusahan yang dialami menjadikan mereka sangat kuat dan
tekun untuk bekerja (Nor Ashikin, 2010).
(d) Faktor Kekurangan Pekerja
Hubungan antara penghijrahan buruh asing dan pembangunan ekonomi
negara adalah kompleks. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pendatang
asing ke negara penerima menyebabkan kebanjiran pekerja asing di negara penerima
contohnya Malaysia. Industri pembinaan di Malaysia telah mengalami kekurangan
tenaga buruh yang teruk sejak 1980-an. Pada masa yang sama, permintaan buruh
sentiasa meningkat dalam industri pembinaan kerana perkembangan pembangunan
ekonomi yang pesat di dalam sesebuah negara (Serneels, 2007).
Kadar gaji di dalam semua kategori pekerjaan meningkat disebabkan oleh
kekurangan tenaga buruh, namun bekalan tenaga buruh tersebut tetap gagal untuk
memenuhi permintaan yang sedia ada. Pekerja asing mengisi ruang pekerjaan yang
kosong sedia ada (Sambasivan dan Lau, 2007).
Walau bagaimanapun, sesetengah majikan memilih untuk mengambil pekerja
asing pada waktu kekurangan tenaga buruh tetapi bukan dengan menaikkan gaji dan
memperbaiki syarat-syarat kerja bagi menarik minat pekerja tempatan (Narayan dan
Lai, 2005).
46
(e) Faktor Keuntungan
Menurut Zakaria (2007), sektor pembinaan menawarkan peluang pekerjaan
yang luas terutamanya bagi mereka yang tidak memilih dan sangat memerlukan
pekerjaan. Sikap ini ada pada pendatang asing yang datang ke Malaysia demi untuk
mencari pekerjaan untuk menyara keluarga mereka. Bagi membenarkan pekerja
asing ini memasuki Malaysia secara sah, beberapa prosedur perlu diambil oleh
kontraktor yang mana melibatkan kos yang tinggi, masa pengurusan yang lama dan
penjagaan asas kebajikan pekerja perlulah diambil kira.
Kebanjiran pendatang asing tanpa izin memberi idea kepada kontraktor untuk
menggunakan khidmat mereka tanpa melalui prosedur-prosedur yang telah
ditetapkan. Perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh :
(i) Buruh asing sanggup menerima apa-apa syarat yang dikenakan ke atas
mereka dan tidak banyak kerenah. Menurut Aminudin Mokhtar
(2008), pekerja asing hanya akan mengambil cuti sekiranya
mengalami masalah kesihatan dan hari cuti hanya diberikan pada hari
Ahad supaya dapat berehat setelah 6 hari bekerja.
(ii) Kebajikan buruh asing tidak perlu dijaga dan diberi perhatian dengan
sempurna. Menurut Aminudin Mokhtar (2008) pencaruman KWSP
terhadap pekerja asing adalah tidak perlu dan majikan hanya perlu
membayar insurans, levi, kos tambang dan kos agen sahaja bagi
pekerja asing yang mendapat lesen penggajian yang sah.
(iii)Kemudahan-kemudahan yang disediakan di bawah tahap keperluan
yang minima. Pekerja asing sanggup membina rumah pondok di
kawasan pembinaan dan tinggal di rumah pondok tersebut sehingga
projek pembinaan selesai. Namun begitu, pekerja tempatan lebih
47
gemar untuk mencari pekerjaan yang berdekatan dengan tempat
tinggal (Amninudin Mokhtar, 2008).
(iv) Buruh asing mudah untuk berpindah-randah.
2.6 Kewajipan Memiliki Kad Hijau di dalam Industi Pembinaan
Menurut CIDB, program Kad Hijau CIDB adalah program intergrasi
melibatkan pendaftaran dan pentauliahan personel pembinaan bagi meningkatkan
tahap keselamatan di tapak bina. Pendaftaran bagi Kad Hijau ini adalah wajib bagi
mana-mana individu yang bekerja di tapak bina atau ingin memasuki tapak bina
tanpa mengira pangkat seseorang termasuklah pekerja asing. Menurut Pekeliling Bil.
3/2001 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH) pekerja binaan
wajib mempunyai kad hijau sebelum memasuki tapak bina. Pengurus CIDB Pahang,
Siti Nor Sarah Mohd Rashid di dalam Sinar Harian berkata sebanyak 200 orang
pekerja tidak memiliki kad hijau diarahkan untuk tidak meneruskan kerja-kerja di
tapak bina dan akan didenda tidak melebihi RM5,000 jika disabit kesalahan
mengikut Seksyen 33 (4) Akta 520 CIDB.
48
2.7 Rumusan Bab
Bab ini membincangkan mengenai trend buruh binaan asing di dalam industri
pembinaan di Malaysia dan faktor-faktor penggajian buruh asing. Selain itu, aspek-
aspek berkaitan seperti permintaan buruh asing, dasar dan peraturan pengambilan
pekerja asing, prosedur permohonan pekerja asing, bayaran yang perlu dikemukakan,
sektor pekerjaan pekerja asing, negara sumber pekerja asing dan juga kewajipan
memiliki kad hijau di dalam industri pembinaan turut dibincangkan.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Sesuatu kajian yang hendak dilakukan mestilah dirancang dengan rapi dan
teliti. Bagi memastikan kajian yang dilakukan berjalan dengan lancar tanpa sebarang
masalah, ianya perlulah dirangka dari peringkat awal. Ini adalah bagi memudahkan
pengumpulan data dan seterusnya pada peringkat menganalisis data yang diperolehi.
Perancangan yang teliti juga adalah untuk mengelakkan timbulnya masalah dari segi
pengurusan masa dan kos. Hasil kajian yang akan diperolehi akan menjadi
penyelesaian kepada permasalahan yang menjadi isu dan menjawab objektif kajian
dengan lebih tepat.
Kajian ini menggunakan kaedah hubungkait. Ianya merupakan gabungan
antara kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam proses mengumpul data. Merujuk
kepada Berg (2004), ‘kajian kuantitatif merujuk untuk kiraan dan ukuran tentang
sesuatu. Berbeza dengan penyelidikan kualitatif merujuk untuk makna-makna,
konsep-konsep, takrif-takrif, ciri, metafora, simbol-simbol dan huraian-huraian
tentang sesuatu’.
50
Bagi menjawab persoalan kajian yang timbul, kajian ini menggunakan
kaedah yang berbeza ke atas data yang dikumpul. Kaedah yang sesuai digunakan
adalah pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Potensi gabungan kaedah kuantitatif dan
kualitatif diterangkan dalam rajah berikut:
Potensi Menggabungkan Kaedah Kuantitatif Dan Kualitatif
Alasan menggunakan data kuantitatif dan kualitatif
Untuk membuat ukuran
Untuk mengenal pasti fenomena yang relevan
Untuk menghuraikan data kuantitatif
Untuk menghuraikan data kualitatif
Untuk mendapatkan persamaan nilai daripada kedua jenis data
Rajah 3.1: Potensi Gabungan Kaedah Kuantitatif dan Kualitatif
Sumber: Cacebeer da Verboef, 1997. (Dipetik dari: Mielniczak dan Sinaga, 2005)
Untuk kaedah kualitatif, kaedah analisis dokumen akan digunakan. Data
jumlah buruh asing yang terdapat di dalam industri pembinaan di Sabah dan Sarawak
diperoleh daripada Jabatan Tenaga Kerja bagi kedua-dua buah negeri tersebut
manakala data bagi buruh binaan asing yang berdaftar sebagai personel binaan
diperoleh daripada CIDB.
Menerusi kaedah kuantitatif, ianya dapat menyokong dapatan kajian melalui
pengagihan borang soal selidik. Pengkaji juga mengedarkan borang soal selidik
kepada kontraktor yang telah dipilih untuk mendapatkan maklumat mengenai
komposisi buruh binaan asing dan tempatan yang digunakan dan juga faktor
penggajian buruh asing menurut perspektif kontraktor.
51
3.2. Proses Menjalankan Kajian
Proses yang akan digunakan di dalam menjalankan kajian ini dibahagikan
kepada lima bahagian iaitu :
i. Peringkat Pertama - Pemilihan tajuk dan penentuan objektif
ii. Peringkat Kedua - Kenal pasti data
iii. Peringkat Ketiga - Pengumpulan data/maklumat
iv. Peringkat Keempat - Penganalisisan data
v. Peringkat Kelima – Peringkat Kesimpulan
3.2.1 Peringkat Pertama - Pemilihan Tajuk dan Penentuan Objektif
Kajian akan dilakukan dengan merujuk buku-buku, tesis-tesis lepas, journal,
kertas-kertas seminar dan sumber-sumber media elektronik dan internet bagi
memahami dan mendapat gambaran sebenar mengenai tajuk kajian yang dikaji.
Setelah tajuk dan objektif yang sesuai telah dipilih, sesi perbincangan telah dilakukan
bersama dengan penyelia bagi mendapatkan gambaran, panduan dan nasihat tentang
bidang kajian yang hendak dibuat. Langkah-langkah yang telah dilaksanakan pada
peringkat pertama adalah seperti berikut:
3.2.1.1 Pencetusan Idea
Dalam memulakan sesuatu kajian, idea memainkan peranan yang paling
penting sebelum langkah-langkah lain diambil. Idea-idea awal diperolehi daripada
pembacaan sumber-sumber bertulis seperti akhbar, jurnal, kertas kerja seminar,
internet dan juga tesis-tesis terdahulu.
52
3.2.1.2 Pengenalpastian Isu
Pengenalpastian isu atau penyataan masalah dalam pemilihan tajuk ini akan
diperkukuhkan lagi melalui pembacaan keratan akhbar, jurnal, kertas kerja seminar,
internet dan juga tesis-tesis terdahulu.
3.2.1.3 Penetapan Objektif dan Tajuk
Apabila isu-isu kajian telah dikenal pasti, objektif akan disusun bagi
menjawab isu-isu yang telah dinyatakan. Tujuan penetapan objektif adalah supaya
tajuk kajian akan dapat ditulis dengan ringkas, tepat dan jelas agar dapat
menggambarkan objektif yang ingin dicapai.
3.2.1.4 Penyataan Isu dan Skop Kajian
Penyataan isu kajian disusun dengan lebih jelas, teratur dan ringkas selepas
latar belakang isu ditentukan. Skop kajian juga ditentukan setelah objektif kajian
telah ditetapkan. Skop kajian dipilih berdasarkan kepada kemampuan untuk
menjalankan serta menyiapkan kajian berdasarkan masa yang telah ditetapkan.
3.2.1.5 Kepentingan Kajian
Sesuatu kajian yang baik dan bermutu adalah kajian yang dapat memberikan
kepentingan kepada pihak lain. Oleh itu, kepentingan kajian perlulah dikenal pasti
agar kajian yang dilakukan dapat memberikan manfaat kepada pihak lain.
53
3.2.2 Peringkat Kedua - Kenal Pasti Data
Setelah peringkat pertama dibuat, proses pengenalpastian data yang ingin
dicari dan diperlukan untuk pengumpulan data utama akan dijalankan. Pengumpulan
data utama dijalankan apabila isu atau masalah kajian, tajuk kajian, objektif kajian
dan skop kajian dikenal pasti.
Pada peringkat ini, segala maklumat yang diperlukan berkaitan dengan tajuk
dan objektif kajian akan dikumpulkan terlebih dahulu. Segala maklumat yang
dikumpulkan adalah tidak terhad dan akan digunakan untuk menjalan kajian tersebut.
Pengumpulan maklumat dilakukan dengan cara pembacaan daripada sumber-
sumber bertulis seperti keratan akhbar, jurnal, kertas kerja seminar, internet dan juga
tesis-tesis terdahulu. Pengumpulan maklumat di dalam kajian literatur adalah
merupakan maklumat sokongan dan maklumat yang berkaitan dengan isu-isu kajian.
3.2.2.1 Sampel Kajian
a) Populasi
Jabatan Tenaga Kerja, CIDB dan kontraktor merupakan responden untuk
kajian ini. Data yang diperoleh daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak adalah
bilangan buruh asing yang mendapat lesen penggajian daripada JTK untuk bekerja di
dalam industrI pembinaan manakala data yang diperoleh daripada CIDB pula ialah
bilangan buruh asing yang mendapat Kad Hijau. Bilangan kontraktor yang berdaftar
di bawah kelas G7 terdapat di Kuching, Sarawak adalah sebanyak 164 orang
manakala bagi Kota Kinabalu, Sabah pula adalah sebanyak 186 orang. Skop populasi
54
kajian ini adalah terhad kepada kontraktor kelas G7 di Kuching, Sarawak dan Kota
Kinabalu sahaja.
Pemilihan Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah sebagai kawasan
kajian adalah kerana industri pembinaan di kawasan ini sedang rancak membangun.
Selain itu, aktiviti pembangunan dan ekonomi banyak tertumpu di dua kawasan ini
dan menggalakkan banyak syarikat kontraktor diwujudkan di kawasan ini. Senarai
jumlah responden diperoleh daripada CIDB seperti dalam Jadual 3.1 yang berikut:
Jadual 3.1: Taburan Kontraktor Kelas G7 di Sabah dan Sarawak.
Negeri Kelas G7
Kuching 164
Kota Kinabalu 186
Dalam menentukan jumlah responden yang perlu diperolehi dalam
memastikan data yang diperoleh mencukupi, jadual Krejcie dan Morgan (1970) telah
dirujuk. Jadual ini bertujuan untuk menentukan jumlah responden yang diperlukan
daripada jumlah populasi yang ada seperti Jadual 3.2 yang berikut:
55
Jadual 3.2: Jadual Krejcie dan Morgan, 1970
Populasi (N) Sampel (n) Populasi (N) Sampel (n) Populasi (N) Sampel (n)
10 10 220 140 1200 291
15 14 230 144 1300 297
20 19 240 148 1400 302
25 24 250 152 1500 306
30 28 260 155 1600 310
35 32 270 159 1700 313
40 36 280 162 1800 317
45 40 290 165 1900 320
50 44 300 169 200 322
55 48 320 175 2200 327
60 52 340 181 2400 331
65 56 360 186 2600 335
70 59 380 191 2800 338
75 63 400 196 3000 341
80 66 420 201 3500 346
85 70 440 205 4000 351
90 73 460 210 4500 354
95 76 480 214 5000 357
100 80 500 217 6000 361
110 86 550 226 7000 364
120 92 600 234 8000 367
130 97 650 242 9000 368
140 103 700 248 10,000 370
150 108 750 254 15,000 375
160 113 800 260 20,000 377
170 118 850 265 30,000 379
180 123 900 269 40,000 380
190 127 950 274 50,000 381
200 132 1000 278 75,000 382
210 136 1100 285 100,000 384
Sumber: Chua, 2006.
56
Bagi kontraktor di Kuching, Sarawak 72 borang soal selidik telah diedarkan
manakala di Kota Kinabalu, Sabah 50 borang soal selidik telah diedarkan. Kegagalan
untuk mencapai jumlah sampel adalah kerana kebanyakan kontraktor tidak memberi
kerjasama yang baik dan juga tidak mempunyai projek semasa yang menyebabkan
pengkaji gagal untuk mendapatkan jumlah sampel tersebut. Maklum balas daripada
responden ini secara langsung dapat memberikan gambaran keseluruhan terhadap
kajian yang hendak dijalankan.
b) Instrument Kajian
Instrument kajian ialah kaedah kajian yang dijalankan atau dilakukan untuk
mendapatkan maklumat. Bagi menjalankan kajian ini kaedah kuantitatif dan
kualitatif digunakan. Menurut Chua (2006), penyelidikan kuantitatif bermaksud
berapa banyak dan bilangannya. Kuantitatif juga dikenali sebagai kuantiti yang
dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan. Kajian dilakukan menggunakan
kajian eksperimental dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan ujian statistik.
Manakala penyelidikan kualitatif merupakan kaedah yang sering digunakan seperti
temu bual berstruktur, pemerhatian dan soal selidik berbentuk esei. Triangulasi data
perlu digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan kajian kerana bilangan
subjek dalam kajian kualitatif adalah kecil.
Kajian ini dilakukan dengan mendapatkan data jumlah buruh binaan asing di
Sabah dan Sarawak melalui Jabatan Tenaga Kerja bagi kedua-dua buah negeri
tersebut dan buruh binaan asing yang berdaftar sebagai personel binaan melalui
CIDB. Pengkaji menghantar borang soal selidik secara terus ke pejabat kontraktor
dan juga melalui emel. Rekaan set soalan dalam borang soal selidik adalah
berdasarkan Bab 2 Kajian Literatur yang telah dibuat bagi membantu mencapai
objektif kedua dan ketiga kajian ini. Soalan-soalan yang dipilih menepati keperluan
objektif kajian ini. Selain itu, ianya memudahkan proses pengumpulan data sesuai
dengan masa kajian dilakukan. Oleh kerana kajian ini untuk mengenalpasti
57
komposisi buruh asing dan buruh tempatan dan faktor-faktor penggajian buruh asing,
instrument ini sangat sesuai digunakan.
Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C.
i. Bahagian A – Latar Belakang Responden
Malumat asas yang diperlukan seperti nama responden, nama
syarikat, alamat syarikat, nombor telefon syarikat, jawatan responden,
pengalaman responden, kelas pendaftaran syarikat (PKK), kelas
pendaftaran syarikat (CIDB), jenis syarikat, tanda tangan dan cop
syarikat.
ii. Bahagian B - Maklmat Buruh Tempatan dan Buruh Asing
Bahagian ini memfokuskan kepada soalan yang berkaitan komposisi
buruh binaan asing dan tempatan yang digunakan oleh syarikat
responden bagi projek pembinaan.
iii. Bahagian C – Faktor Penggajian Buruh Asing
Bahagian ini adalah berkenaan dengan faktor-faktor penggajian buruh
asing menurut perspektif kontraktor. Soalan ini dikemukakan dalam
bentuk skala (likert scale).
Soalan-soalan pilihan pelbagai yang dihasilkan adalah berdasarkan
pengukuran skala likert dalam pengukuran ordinal 1 hingga 5 (Jadual
3.3) dalam turutan menaik terhadap penyataan dalam soalan
berdasarkan tahap persetujuan terhadap soalan yang dikemukakan.
58
Jadual 3.3: Skala Terhadap Pengenalpastian Faktor Penggajian Buruh Asing
Skala Tahap Persetujuan
1 Paling Tidak Mempengaruhi
2 Tidak Mempengaruhi
3 Tidak Pasti
4 Mempengaruhi
5 Paling Mempengaruhi
3.2.3 Peringkat Ketiga - Pengumpulan Data Maklumat
Pengumpulan data adalah salah satu proses yang penting bagi memperolehi
sumber maklumat atau data dan seterusnya digunakan untuk tujuan analisis data.
Pengumpulan data ini diperolehi secara terus daripada Jabatan Tenaga Kerja, CIDB,
dan responden yang telah dikenal pasti telah diedarkan borang soal selidik. Menurut
Naoum (2007), soal selidik merupakan satu kaedah yang paling cepat untuk
menjalankan kajian dan ianya memerlukan kos perbelanjaan yang minmum dari segi
kewangan, sumber manusia, menjimatkan masa dan sebagainya. Pada peringkat ini,
borang soal selidik ini telah mendapat kelulusan daripada penyelia dan diedarkan
kepada pihak responden. Responden yang dipilih untuk kajian penyelidikan ini
adalah terdiri daripada kontraktor G7 sekitar Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu,
Sabah yang menggunakan khidmat buruh binaan asing untuk projek-projek
pembinaan.
Data-data yang diperlukan untuk kajian ini adalah mengenai trend buruh
binaan asing di Sabah dan Sarawak, komposisi buruh binaan asing dan buruh binaan
tempatan yang digunakan di dalam projek pembinaan dan faktor-faktor penggajian
buruh asing dari perspektif kontraktor. Bilangan buruh yang ingin dikaji adalah
terdiri daripada buruh tempatan dan buruh asing serta tahap kemahiran yang berbeza-
beza seperti buruh am, buruh separa mahir dan buruh mahir. Faktor-faktor
penggajian buruh dari perspektif kontraktor pula telah dikenal pasti. Antara faktor-
faktor penggajian buruh asing dari perspektif kontraktor ialah pekerja tempatan tidak
59
berminat untuk bekerja sebagai buruh, upah buruh asing yang lebih rendah,
kecekapan dan kepantasan bekerja, bagi memenuhi keperluan pembinaan dan
memenuhkan kekosongan jawatan sebagai buruh binaan dan memberikan
keuntungan yang berlipat ganda. Borang soal selidik akan diagihkan kepada
kontraktor dan hasil kajian akan diperolehi dan seterusnya dapat memenuhi objektif
kajian.
Responden-responden yang dikenal pasti adalah dipilih secara rawak di
sekitar Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah. Melalui kaedah ini, data akan
diperolehi secara terus dan cepat daripada pihak responden
3.2.4 Peringkat Keempat - Analisis Data
Pada peringkat ini data-data yang telah diperolehi akan dianalisis. Analisis
yang dijalankan adalah bertujuan untuk menjawab objektif kajian yang telah
dinyatakan sebelum ini. Apabila kesemua data telah diperolehi daripada responden
yang telah menjawab borang soal selidik, analisis dan kajian terhadap hasil dapatan
akan dilakukan secara terperinci. Setelah penganalisaan data dilakukan, data tersebut
akan dipersembahkan dalam bentuk penulisan, jadual dan rajah.
Kaedah analisis yang digunakan adalah analisis kekerapan ‘Frequency
Analysis’ dan ‘Likert Scaling’. Semua maklumat yang diperoleh dianalisis
menggunakan perisian Microsoft Office Excel. Setelah semua maklumat dimasukkan
ke dalam Excel data akan dipersembahkan sama ada dalam bentuk jadual, gambar
rajah, carta pai dan juga graf.
60
3.2.4.1 Analisis Kekerapan (Frequency Analysis)
Teknik ini digunakan untuk menentukan hasil-hasil analisis bagi jumlah data
yang terhasil dalam Bahagian A dan Bahagian B. Analisis kekerapan ini digunakan
kerana ianya mudah dan mudah difahami.
Melalui kaedah ini, data-data yang diperolehi akan dikira dalam bentuk
peratusan dengan menggunakan formula di bawah :
Sumber: Izham Shafie, 2000
Seterusnya hasil peratusan ini dipindahkan ke dalam bentuk jadual, graf, carta
pai atau carta bar. Ini bagi memudahkan proses analisis dilakukan ke atas keputusan
yang telah diperoleh.
3.2.4.2 ‘Likert Scaling’
Analisis soalan berbentuk skala likert, pengiraan min dan peratusan
digunakan (Levin dan Rubin, 2000). Teknik ini digunakan untuk menentukan jumlah
skor yang diperolehi dalam soalan bahagian C. Skor yang digunakan adalah
berdasarkan skala 1 – 5. Contoh pengiraan yang menggunakan skala likert adalah
seperti berikut:
Peratusan (%) = Jumlah responden yang bersetuju x 100
Jumlah respon keseluruhan
61
Jadual 3.4: Jadual Kekerapan bagi Pengenalpastian Faktor Penggajian Buruh Asing
Tahap Persetujuan Skala Bilangan
Responden
Pengiraan
Jumlah
Jumlah
Paling Tidak
Mempengaruhi
1 2 1x2 2
Tidak Mempengaruhi 2 4 2x4 8
Tidak Pasti 3 2 3x2 6
Mempengaruhi 4 18 4x18 72
Paling Mempengaruhi 5 4 5x4 20
108
Sumber: M.z Abdul Majid dan R. McCaffer, September 1997
Seterusnya, min skor bagi jumlah di atas dikira seperti berikut:
Min skor = Jumlah
Jumlah responden
= 108
30
= 3.60
Menurut Levin dan Rubin (2000), bilangan kelas bergantung kepada bilangan
titik data dan julat data yang dikumpul. Sekiranya lebih banyak titIk data atau lebih
lebat julat data, lebih banyak selang kelas yang diperlukan untuk membahagikannya.
Sebagai suatu peraturan, ahli statistik jarang menggunakan kurang daripada 6 atau
lebih 15 kelas.
Oleh kerana untuk menjadikan selang kelas atau min perbezaan skor bersaiz
sama, bilangan kelas akan menentukan lebar setiap kelas. Seterusnya, bagi pengiraan
indeks, min perbezaan skor akan dikira seperti berikut:
62
Min Perbezaan Skor = Min Skor Tertinggi – Min Skor Terendah
Nilai Skala yang Digunakan
Indeks = Min Perbezaan Skor + Min Skor
Min Tertingi = 5.00
Min Terendah = 1.00
Oleh itu, min perbezaan skor = 5.00 – 1.00
5
= 0.80
Bahagian Indeks 1 1.000 + 0.800 = 1.800
(1.000 hingga 1.800): Julat indeks bagi Paling Tidak Mempengaruhi
Bahagian Indeks 2 1.800 + 0.800 = 2.600
(1.800 hingga 2.600): Julat indeks bagi Tidak Mempengaruhi
Bahagian Indeks 3 2.600 + 0.800 = 3.400
(2.600 hingga 3.400): Julat indeks bagi Tidak Pasti
Bahagian Indeks 4 3.400 + 0.800 = 4.200
(3.400 ngga 4.200): Julat indeks bagi Mempengaruhi
Bahagian Indeks 5 4.200 + 0.800 = 5.000
(4.200 hingga 5.000): Julat indeks bagi Paling Mempengaruhi
63
Jadual 3.5: Indeks Skala Tahap Persetujuan bagi Pengenalpastian Faktor
Penggajian Buruh Asing
Skala Tahap Persetujuan Indeks
1 Paling Tidak Mempengaruhi 1.00 hingga 1.80
2 Tidak Mempengaruhi >1.80 hingga 2.60
3 Tidak Pasti >2.60 hingga 3.40
4 Mempengaruhi >3.40 hingga 4.20
5 Paling Tidak Mempengaruhi >4.20 hingga 5.00
Sumber: M.z Abdul Majid dan R. McCaffer, September 1997
3.2.5 Peringkat Kesimpulan
Pada peringkat ini, dapatan dan hasil kajian mengenai trend buruh binaan
asing di Sabah dan Sarawak, komposisi buruh binaan asing dan buruh binaan
tempatan di Sabah dan Sarawak dan faktor-faktor penggajian buruh asing dari
perspektif kontraktor telah diperoleh. Seterusnya, kesimpulan akan dibuat
berdasarkan kepada keputusan keseluruhan analisis yang telah dilakukan.
3.3 Rumusan Bab
Keseluruhan bab ini menjelaskan kaedah atau metodologi kajian untuk
keseluruhan kajian yang dijalankan. Bermula daripada pemilihan tajuk dan
penentuan objektif, kenal pasti data, pengumpulan data dan maklumat, analisis data
dan juga kesimpulan. Analisis dibuat hasil daripada data jumlah buruh yang terkini
diperoleh daripada JTK Sabah, JTK Sarawak dan juga CIDB manakala borang soal
selidik telah diedarkan kepada responden yang terlibat. Statistik atau hasil daripada
bahagian ini diperolehi daripada kajian literatur yang menerangkan secara asas
matlamat yang perlu dicapai.
BAB 4
ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan dengan terperinci hasil keputusan kajian yang telah
dijalankan melalui analisis statistik daripada data yang dikumpulkan daripada
responden. Data bilangan pekerja asing yang terdapat di sektor pembinaan di Sabah
dan Sarawak diperolehi daripada JTK Sabah dan JTK Sarawak dan bilangan personel
binaan asing yang berdaftar diperoleh daripada CIDB. Sebanyak 35 email dan 87
borang soal selidik telah diedarkan iaitu di Kuching, Sarawak sebanyak 20 emel dan
52 borang soal selidik dihantar secara terus ke pejabat kontraktor manakala di Kota
Kinabalu, Sabah sebanyak 15 emel dan 35 borang soal selidik telah dihantar secara
terus kepada pihak kontraktor. Responden yang dipilih adalah kontraktor berdaftar
dengan CIDB Gred 7 di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.
65
4.2 Maklum Balas yang Diterima
Jadual 4.1 menunjukkan bilangan dan peratusan maklumbalas yang diterima
daripada pihak kontraktor. Berdasarkan jadual yang ditunjukkan di bawah, 56 respon
yang telah diterima daripada kontraktor di Kuching, Sarawak tetapi hanya 30 orang
kontraktor yang ada menggunakan buruh asing dan 26 orang kontraktor lagi hanya
menggunakan khidmat buruh tempatan sahaja untuk projek pembinaan. Di Kota
Kinabalu, Sabah pula sebanyak 37 respon diterima daripada kontraktor tetapi hanya
30 orang kontraktor yang menggunakan buruh asing manakala 7 orang lagi hanya
menggunakan buruh tempatan sahaja di dalam projek pembinaan.
Jadual 4.1: Bilangan dan Peratusan Maklumbalas yang Diterima
Skop Kajian Borang Soal Selidik
Yang Telah Dihantar
Kaedah
Penghantaran
Respon Yang Diterima
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Kuching,
Sarawak
52 100
Secara Terus
Ke Pejabat
Kontraktor
50 96.15
20 100 Emel 6 30.00
Kota
Kinabalu,
Sabah
35 100
Secara Terus
Ke Pejabat
Kontraktor
30 85.71
15 100 Emel 7 46.66
66
4.3 Latar Belakang Responden
Latar belakang responden ini mengandungi maklumat mengenai nama
responden, nama syarikat, alamat syarikat, nombor telefon syarikat, jawatan
responden, pengalaman responden, kelas pendaftaran PKK, kelas pendaftaran CIDB,
jenis syarikat, tandatangan responden dan cop syarikat telah diperoleh bagi
membuktikan kesahihan maklumat yang telah diterima.
Rajah 4.1: Jawatan Responden bagi Negeri Sabah dan Sarawak
Rajah 4.1 menunjukkan jenis jawatan responden yang telah menjawab soal
selidik yang telah diedarkan di dalam organisasi masing-masing. Bagi negeri Sabah,
peratusan tertinggi responden ialah Pegawai Pentadbiran (Admin) sebanyak 43
peratus, Pengurus Projek (Site Supervisor) iaitu sebanyak 27 peratus dan peratusan
yang terendah iaitu Pengarah Syarikat (Director), Jurutera (Engineer), dan Jurukur
Bahan (Quantity Surveyor) masing-masing sebanyak 10 peratus.
Bagi negeri Sarawak pula, peratusan tertinggi responden ialah Pengurus
Projek (Site Supervisor) iaitu sebanyak 37 peratus, Jurutera (Engineer) sebanyak 23
10%
10%
10%
27%
43%
Jawatan Responden Bagi
Negeri Sabah
Pengarah
Syarikat
Jurutera
Jurukur
Bahan
Pengurus
Projek
Pegawai
Pentadbiran
13%
23%
7%
37%
20%
Jawatan Responden Bagi
Negeri Sarawak
Pengarah
Syarikat
Jurutera
Jurukur
Bahan
Pengurus
Projek
Pegawai
Pentadbiran
67
peratus, Pegawai Pentadbiran (Admin) sebanyak 20 peratus, Pengarah Syarikat
(Director) sebanyak 13 peratus dan peratus yang terendah ialah Jurukur Bahan
(Quantity Surveyor) iaitu sebanyak 7 peratus.
Rajah 4.2: Pengalaman Responden bagi Negeri Sabah dan Sarawak
Rajah 4.2 menunjukkan tempoh pengalaman responden di dalam industri
pembinaan. Bagi negeri Sabah, peratusan tertinggi bagi tempoh pengalaman
responden ialah sebanyak 67 peratus iaitu kurang dari 5 tahun, manakala bagi
tempoh 6 hingga 10 tahun sebanyak 27 peratus dan peratusan yang terendah ialah
sebanyak 3 peratus bagi tempoh pengalaman 11 hingga 15 tahun dan 21 hingga 25
tahun.
Bagi negeri Sarawak pula, peratusan tertinggi bagi tempoh pengalaman
responden ialah sebanyak 43 peratus iaitu kurang dari 5 tahun, 27 peratus bagi
tempoh 6 hingga 10 tahun, 17 peratus bagi tempoh 11 hingga 15 tahun, 7 peratus
bagi tempoh 16 hingga 20 tahun dan bagi peratusan yang terendah ialah 3 peratus
iaitu bagi tempoh 21 hingga 25 tahun dan lebih dari 25 tahun tempoh pengalaman.
43%
27%
17%
7% 3% 3%
Tempoh Pengalaman
Responden bagi Negeri
Sarawak
Kurang dari 5
tahun
6 - 10 tahun
11 - 15 tahun
16 - 20 tahun
21 - 25 tahun
Lebih dari 25
tahun
67%
27%
3% 3%
Tempoh Pengalaman
Responden bagi Negeri Sabah
Kurang dari 5
tahun
6 - 10 tahun
11 - 15 tahun
21 - 25 tahun
68
4.4 Trend Buruh Binaan Asing di Sabah dan Sarawak
Bahagian ini menfokuskan kepada objektif yang pertama kajian iaitu
mengenal pasti trend buruh binaan asing di Sabah dan Sarawak. Data buruh asing
yang terdapat di Sabah dan Sarawak diperoleh daripada Jabatan Tenaga Kerja bagi
negeri tersebut dan data bagi projek yang telah diawad diperoleh daripada CIDB.
Analisis dilakukan untuk mengetahui trend buruh binaan asing yang terdapat di
Sabah dan Sarawak. Dalam bahagian ini kaedah dokumen analisis dan analisis
frekuensi digunakan.
Jadual 4.2: Jumlah Pekerja Asing yang diluluskan Lesen Penggajian oleh Jabatan
Tenaga Kerja (JTK) Sabah dan Sarawak dalam Sektor Pembinaan
Tahun Sabah Sarawak
Bilangan Indeks % Pertambahan Bilangan Indeks % Pertambahan
2008 1,863 100.0 - 4,058 100.0 -
2009 3,191 171.3 71.3 5,939 146.4 46.4
2010 6,940 372.5 117.5 9,626 237.2 62.1
2011 7,597 407.8 9.5 8,574 211.3 -10.9
2012 13,788 740.1 81.5 12,453 306.9 45.2
Jumlah 33,379 40,650
Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Sarawak, tahun 2008-2012
Jadual 4.2 dan Rajah 4.3 menunjukkan trend pertambahan pekerja asing di
Sabah dan Sarawak sejak tahun 2008 hingga 2012. Jumlah pekerja asing yang
mendapat lesen penggajian di Sabah telah meningkat dari 1,863 orang pada tahun
2008 menjadi 13,788 orang pada tahun 2012. Jumlah pekerja asing di Sarawak yang
mendapat lessen penggajian juga telah meningkat dari 4,058 orang pada tahun 2008
menjadi 12,453 orang pada tahun 2012.
69
Rajah 4.3: Trend Pertambahan Pekerja Asing di dalam Sektor Pembinaan di Sabah
dan Sarawak
Trend pertambahan pekerja asing yang mendapat lesen penggajian daripada
JTK Sabah telah meningkat sebanyak 71.3 peratus kepada 3,191 orang (2008: 1,863
orang) pada tahun 2009. Kemudian kadar pertambahan semakin meningkat iaitu
sebanyak 117.5 peratus menjadikan jumlah pekerja asing sebanyak 6,940 bagi tahun
2010. Peningkatan sebanyak 9.5 peratus kepada 7,597 orang bagi tahun 2011.
Sehingga tahun 2012, bilangan pekerja asing yang mendapat lesen penggajian
meningkat secara signifikan iaitu sebanyak 84 peratus menjadikan jumlah semuanya
seramai 13,788 orang.
Trend pertambahan pekerja asing yang mendapat lessen penggajian daripada
JTK Sarawak pula telah meningkat sebanyak 46.4 peratus kepada 5,939 orang (2008:
4,058) pada tahun 2009. Kemudian kadar pertambahan semakin meningkat sebanyak
62.1 peratus kepada 9,626 orang bagi tahun 2010. Penurunan sebanyak 10.9 peratus
bagi tahun 2011 menjadikan jumlah pekerja asing seramai 8,574 orang. Sehingga
tahun 2012, bilangan pekerja asing yang mendapat lesen penggajian meningkat
sebanyak 45 peratus menjadikan jumlah pekerja asing seramai 12,453 orang.
0
2,000
4,000
6,000
8,000
10,000
12,000
14,000
16,000
2008 2009 2010 2011 2012
Sabah Sarawak
70
Jadual 4.3: Bilangan Projek Diawad Berdasarkan Lokasi Tapak
Tahun 2008 2009 2010 2011 2012
Johor 866 940 1,058 1,062 912
Kedah 325 217 335 336 209
Kelantan 187 175 144 147 105
Melaka 285 215 322 370 257
Negeri Sembilan 257 232 287 319 237
Pahang 401 348 433 458 376
Pulau Pinang 384 257 482 508 415
Perak 405 350 502 551 392
Perlis 66 68 55 61 47
Selangor 1,396 1,081 1,664 1,494 1,037
Terengganu 354 209 266 280 242
Sabah 453 417 524 604 309
Sarawak 359 333 486 496 333
Kuala Lumpur 573 437 744 673 580
Labuan 16 2 0 0 0
Sumber: CIDB Buletin Statistik Pembinaan, tahun 2008-2012
Jadual 4.3 pula menunjukkan bilangan projek yang diawad berdasarkan
lokasi tapak di setiap negeri di seleruh Malaysia. Bilangan pekerja asing di negeri
Sabah meningkat sebanyak 71.3 peratus kepada 3,191 orang (2008: 1,863 orang)
pada tahun 2009, namun jumlah projek yang diawad pada tahun 2009 menurun
sebanyak 7.9 peratus kepada 417 buah projek (2008: 453 buah projek). Peningkatan
sebanyak 117.5 peratus kepada 6,940 orang (2009: 3191 orang) pada tahun 2010
adalah kerana peningkatan jumlah projek yang diawad sebanyak 26 peratus iaitu
524 buah projek (2009: 417 buah projek). Pada tahun 2011, penggunaan pekerja
asing telah meningkat sebanyak 9.5 peratus iaitu 7,957 orang seiring dengan
peningkatan jumlah projek yang telah diawad sebanyak 604 buah projek dengan
peningkatan sebanyak 15.3 peratus berbanding tahun 2010. Pada tahun 2012 pula,
penggunaan pekerja masih lagi meningkat kepada 84 peratus iaitu 13,788 orang,
namun bilangan projek yang diawad pada tahun 2012 menurun sebanyak 48.9
peratus iaitu 309 buah projek sahaja.
Bilangan pekerja asing di negeri Sarawak pula meningkat sebanyak 46.4
peratus kepada 5,939 orang (2008: 4,058 orang) pada tahun 2009, namun jumlah
71
projek yang diawad pada tahun 2009 menurun sebanyak 7.2 peratus kepada 417 buah
projek (2008: 359 buah projek). Projek yang telah diawad meningkat sebanyak 15.3
peratus kepada 604 buah projek (2010: 524 buah projek) namun berlaku terhadap
penurunan jumlah pekerja asing iaitu sebanyak 10.9 peratus kepada 8,574 orang
(2010: 9,626 orang) pada tahun 2011. Pada tahun 2012 pula, penggunaan pekerja
masih meningkat kepada 45 peratus iaitu 12,453 orang, namun bilangan projek yang
di awad pada tahun 2012 menurun sebanyak 32.9 peratus kepada 333 buah projek
sahaja.
Ini menunjukkan bahawa senario yang berlaku pada tahun 2011 menyaksikan
penurunan buruh asing sebanyak 10.9 peratus di negeri Sarawak adalah kerana pada
ketika itu pihak berkuasa menjalankan proses pemutihan yang mana diumumkan
pada Jun 2011. Namun demikian, di negeri Sabah jumlah buruh asing pada tahun
tersebut terus meningkat. Pada tahun 2012, bilangan projek yang ditawarkan
menurun daripada tahun sebelumnya adalah disebabkan pelaksanaan projek mega
yang menelan kos yang sangat tinggi. Dua projek mega yang sedang dilaksanakan di
Sabah dan Sarawak pada tahun 2011 adalah Engineering Construction Of The
Second Polycrystalline Silicon Plant di Sarawak (RM1.8 billion) dan Sabah
Ammonia Urea (SAMUR) Project (RM1.4 billion). Pertambahan buruh asing di
dalam industri pembinaan di Sabah dan Sarawak adalah kerana kemungkinan
kurangnya penyertaan pekerja tempatan di dalam industri pembinaan atau majikan
tidak sanggup untuk mengupah pekerja tempatan yang dianggap sebagai kurang
bersedia dan tidak komited kepada tugas-tugas yang ditakrifkan sebagai kotor, sukar
dan berbahaya.
72
Rajah 4.4: Bilangan Pekerja Asing Mengikut Warganegara di dalam Sektor
Pembinaan di Sabah, tahun 2008 – 2012
Rajah 4.4 menunjukkan jumlah pekerja asing yang diluluskan lesen
penggajian oleh Jabatan Tenaga Kerja (Sabah) dari tahun 2008 sehingga tahun 2012
adalah seramai 33,379 orang. Daripada jumlah buruh asing dari tahun 2008 sehingga
2012 tersebut, 12,684 berasal dari Filipina dan 20,695 berasal dari Indonesia. Rajah
4.4 jelas menunjukkan pekerja asing dari Indonesia semakin meningkat secara
signifikan dari tahun 2008 sehingga 2012 berbanding pekerja asing dari Filipina.
2008 2009 2010 2011 2012
INDONESIA 1,260 2,159 4,467 4,555 8,254
FILIPINA 603 1,032 2,473 3,042 5,534
0
2,000
4,000
6,000
8,000
10,000
12,000
14,000
16,000
73
Rajah 4.5: Bilangan Pekerja Asing Mengikut Warganegara di dalam Sektor
Pembinaan di Sarawak, tahun 2008 – 2012
Rajah 4.5 menunjukkan jumlah pekerja asing yang diluluskan lesen
penggajian oleh Jabatan Tenaga Kerja (Sarawak) dari tahun 2008 sehingga tahun
2012 adalah seramai 40,650 orang. Daripada jumlah buruh asing dari tahun 2008
sehingga 2012 tersebut, 35,648 orang berasal dari Indonesia, 6,558 orang berasal dari
China, 5,811 orang berasal dari India, 1,776 berasal dari Thailand, 1,411 orang
berasal dari Filipina, 1,080 orang berasal dari Bangladesh dan bakinya dari lain-lain
negara iaitu Pakistan, Nepal, Vietnam, Taiwan dan Korea. Rajah 4.5 jelas
menunjukkan majoriti pekerja asing yang mendapat lesen penggajian daripada JTK
Sarawak adalah datangnya dari negara Indonesia.
2008 2009 2010 2011 2012
VIETNAM 1 0 0 10 104
THAILAND 0 191 322 93 440
TAIWAN 0 0 7 9 6
PAKISTAN 0 27 170 98 134
NEPAL 46 25 24 48 50
MYANMAR 0 0 0 76 509
KOREA 3 3 0 0 0
INDONESIA 3,246 4,210 6,106 6,276 8,234
INDIA 0 0 498 1,110 1,714
FILIPINA 1 24 54 33 526
CHINA 535 1,109 2,117 752 680
BANGLADESH 226 350 328 69 56
0
2,000
4,000
6,000
8,000
10,000
12,000
14,000
74
4.5 Maklumat Buruh Tempatan dan Buruh Asing
Bahagian ini menfokuskan kepada objektif yang kedua kajian iaitu mengenal
pasti komposisi buruh asing dan buruh tempatan di Sabah dan Sarawak. Analisis
dilakukan untuk mengetahui mengenai jumlah buruh asing dan buruh tempatan yang
digaji oleh syarikat kontraktor. Dalam bahagian analisis ini juga menunjukkan negara
sumber pengambilan buruh asing yang diambil bekerja oleh kontraktor. Data buruh
yang diperoleh daripada kontraktor ini adalah mengikut data buruh yang digunakan
untuk projek semasa terkini. Data tersebut kemudiannya dibandingkan dengan data
pekerja asing yang berdaftar dengan JTK dan CIDB. Dalam bahagian ini analisis
frekuensi digunakan.
4.5.1 Komposisi Buruh Asing dan Buruh Tempatan Di Sabah dan Sarawak
Jadual 4.4 dan Rajah 4.6 menunjukkan peratusan buruh tempatan dan buruh
asing yang digaji oleh syarikat kontraktor di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu,
Sabah.
Jadual 4.4: Bilangan Buruh Tempatan dan Buruh Asing yang Diambil Bekerja oleh
Syarikat Kontraktor
Sabah Sarawak
Jumlah % Jumlah %
Buruh Tempatan 945 59 1,673 65
Buruh Asing 867 41 1,264 35
75
Data ini menunjukkan jumlah buruh tempatan yang diambil bekerja oleh
syarikat kontraktor di Sarawak iaitu sebanyak 65 peratus manakala di Sabah pula
sebanyak 59 peratus. Pengambilan buruh asing pula adalah sebanyak 41 peratus di
Sabah dan di Sarawak pula mencatatkan pengambilan sebanyak 35 peratus.
Rajah 4.6: Peratusan Buruh Tempatan dan Buruh Asing yang Diambil Bekerja oleh
Syarikat Kontraktor
Jadual 4.5: Bilangan Personel Binaan yang berdaftar dengan CIDB pada tahun 2008
hingga 2013 dan Jumlah Pekerja Asing yang diluluskan Lesen Penggajian oleh JTK
Sabah dan Sarawak dalam Sektor Pembinaan
Tahun
Sabah Sarawak
CIDB - Personel Binaan JTK
CIDB - Personel Binaan JTK
Asing Tempatan Asing Tempatan
2008 3,388 7,723 1,863 319 5,337 4,058
2009 2,235 8,336 3,191 349 6,717 5,939
2010 2,510 7,947 6,940 420 6,984 9,626
2011 3,684 12,417 7,597 660 6,621 8,574
2012 5,930 13,065 13,788 860 6,162 12,453
Jumlah 17,747 49.488 33,379 2,608 31,821 40,650
Sumber: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan JTK
Sabah dan Sarawak
59% 65%
41% 35%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
Sabah Sarawak
Buruh Tempatan Buruh Asing
76
Jadual 4.5 menunjukkan bilangan personel binaan asing dan tempatan yang
berdaftar dengan CIDB pada tahun 2008 sehingga tahun 2012 iaitu sebanyak 17,747
orang pekerja asing dan 49,488 orang orang pekerja tempatan bagi negeri Sabah
manakala di negeri Sarawak pula sebanyak 2,608 pekerja asing dan 31,821 pekerja
tempatan. Jumlah personel binaan tersebut adalah terdiri daripada pekerja mahir,
pekerja separa mahir, pekerja am dan pekerja binaan. Manakala, jumlah pekerja
asing yang mendapat PLKS daripada JTK adalah sebanyak 33,379 orang di negeri
Sabah dan 40,650 orang di negeri Sarawak dari tahun 2008 sehingga 2012.
Penglibatan buruh tempatan yang digaji oleh syarikat kontraktor adalah lebih
tinggi daripada jumlah penggajian buruh asing di tapak bina. Jadual 4.5 juga jelas
menunjukkan jumlah personel binaan tempatan lebih tinggi daripada jumlah personel
binaan asing. Namun demkian, berbeza pula dengan data pekerja asing yang
mendapat PLKS daripada JTK mencatatkan jumlah yang sangat tinggi daripada
personel binaan asing yang berdaftar dengan CIDB iaitu perbezaan sebanyak 38,042
orang (Sarawak) dan 16,632 orang (Sabah).
Bagi negeri Sarawak, jumlah buruh binaan asing mencatatkan jumlah yang
lebih tinggi iaitu 40,650 orang daripada 31,821 orang buruh tempatan. Manakala
bagi negeri Sabah, buruh tempatan mencatatkan jumlah yang lebih tinggi iaitu
sebanyak 49,488 orang berbanding dengan buruh asing sebanyak 33,379 orang.
Perbezaan jumlah buruh asing yang mendapat PLKS daripada JTK Sabah dan JTK
Sarawak adalah sangat tinggi berbanding dengan jumlah buruh asing yang berdaftar
dengan CIDB. Menurut Pekeliling Bil. 3/2001 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP/DOSH) pekerja binaan wajib mempunyai kad hijau sebelum
memasuki tapak bina.
Namun, bilangan pekerja asing yang tidak berdaftar dengan CIDB bekerja di
dalam sektor pembinaan adalah sangat besar jumlahnya terutama bagi negeri di
Sarawak iaitu sebanyak 38,042 orang dan di Sabah sebanyak 15,632 orang. Daripada
data tersebut, jelas menunjukkan bahawa jumlah buruh asing yang tidak berdaftar
77
dengan CIDB adalah tinggi sedangkan penguatkuasaan undang-undang terhadap
pendaftaran Kad Hijau telah dikuatkuasakan.
Ini menunjukkan bahawa tahap pengunaan buruh asing di dalam industri
pembinaan masih lagi tinggi bagi kedua-dua negeri tersebut terutamanya di Sarawak
walaupun buruh asing tersebut tidak berdaftar dengan CIDB namun mendapat PLKS
untuk bekerja di dalam industri pembinaan Sabah dan Sarawak. Buruh asing
memenuhi permintaan guna tenaga buruh di dalam industri pembinaan di Sabah dan
Sarawak dengan mengisi kekosongan yang gagal dipenuhi oleh buruh tempatan
kerana sektor pembinaan menggunakan keperluan fizikal yang tinggi dan keadaan
tapak bina yang kotor, berbahaya dan aktiviti pekerjaan yang susah menyebabkan
buruh tempatan tidak berminat untuk melibatkan diri di dalam sektor pembinaan.
4.5.3 Bilangan Buruh Tempatan dan Buruh Asing Mengikut Kemahiran di
Sabah dan Sarawak
Jadual 4.6: Bilangan Buruh Tempatan dan Buruh Asing Mengikut Kemahiran
Sabah Sarawak
Asing % Tempatan % Asing % Tempatan %
Mahir 157 18 447 35 351 37 580 35
Separa Mahir 219 25 440 35 391 41 559 33
Am 491 57 377 30 203 22 534 32
Jumlah 867 100 1264 100 945 100 1673 100
Jadual 4.6 dan Rajah 4.7 peratus menunjukkan pecahan buruh tempatan dan
buruh asing mengikut kemahiran oleh syarikat kontraktor di sekitar Kuching,
Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah. Data pecahan buruh tempatan di Kota Kinabalu,
Sabah adalah sebanyak 35 peratus buruh mahir, 35 peratus buruh separa mahir, dan
30 peratus buruh tidak mahir manakala pecahan bagi buruh asing pula ialah 18
peratus buruh mahir, 25 peratus buruh separa mahir dan 57 peratus buruh tidak
mahir. Data pecahan buruh tempatan di Kuching, Sarawak pula adalah sebanyak 35
78
peratus buruh mahir, 33 peratus buruh separa mahir dan 32 peratus buruh tidak mahir
manakala pecahan bagi buruh asing ialah 16 peratus buruh mahir, 41 peratus buruh
separa mahir dan 43 peratus buruh tidak mahir.
Rajah 4.7: Peratusan Buruh Tempatan dan Buruh Asing Mengikut Kemahiran
Penglibatan buruh tidak mahir asing di Kota Kinabalu Sabah menunjukkan
pencapaian paling ramai yang bekerja tapak bina iaitu sebanyak 491 orang daripada
867 orang buruh asing manakala penglibatan buruh mahir tempatan menunjukkan
pencapaian paling ramai iaitu sebanyak 447 daripada 1,264 orang buruh tempatan.
Penglibatan buruh mahir yang ramai di tapak bina dikenalpasti untuk memastikan
kerja-kerja di tapak bina dapat dilaksanakan mengikut spesifikasi kerja yang telah
ditetapkan bagi mencapai binaan yang berkualiti. Penglibatan buruh am pula
berfungsi untuk melakukan kerja-kerja asas di tapak bina sebagai contoh
mengangkut bahan seperti batu-bata dari tempat simpanan bahan bagi memudahkan
buruh mahir melakukan kerja-kerja mengikat bata.
Penglibatan buruh separa mahir asing di Kuching, Sarawak menunjukkan
pencapaian paling ramai yang bekerja di tapak bina iaitu sebanyak 391 orang
18%
35% 37% 35%
25%
35%
41%
33%
57%
30%
22%
32%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
Sabah Buruh Asing Sabah BuruhTempatan
Sarawak Buruh Asing Sarawak BuruhTempatan
Mahir Separa Mahir Tidak Mahir
79
daripada 945 orang buruh asing manakala penglibatan buruh mahir tempatan
menunjukkan pencapaian paling ramai iaitu sebanyak 580 daripada 1,673 orang
buruh tempatan. Penglibatan buruh separa mahir asing digunakan bagi membantu
pekerja mahir agar kerja-kerja di tapak bina dapat dijalankan dengan cepat mengikut
masa yang telah ditetapkan bagi setiap elemen kerja.
Ini menunjukkan bahawa kebergantungan terhadap buruh asing masih lagi
tinggi di dalam industri pembinaan di Sabah dan Sarawak kerana penyertaan buruh
tempatan masih lagi gagal untuk memenuhi guna tenaga penuh industri pembinaan
bagi kedua-dua negeri tersebut. Kontraktor terpaksa menggaji buruh asing untuk
memenuhi tuntutan guna tenaga buruh untuk menyiakan projek tepat pada masa yang
telah ditetapkan.
4.5.4 Negara Sumber Pengambilan Buruh Asing
Berikut merupakan negara sumber pengambilan buruh asing oleh syarikat
kontraktor di Sabah dan Sarawak.
4.5.4.1 Sabah
Jadual 4.7: Negara Sumber Pengambilan Buruh Asing oleh Syarikat Kontraktor di
Negeri Sabah
Negara Bilangan Orang %
Filipina 653 75
Indonesia 214 25
Jadual 4.7 dan Rajah 4.8 menunjukkan negara sumber bagi pengambilan
buruh asing oleh syarikat kontraktor di negeri Sabah. Peratusan tertinggi iaitu
80
sebanyak 75 peratus buruh asing diambil bekerja daripada negara Filipina manakala
25 peratus dari negara Indonesia.
Rajah 4.8: Negara Sumber Pengambilan Buruh Asing di Negeri Sabah
Penglibatan buruh asing daripada negara Filipina adalah yang paling tinggi
iaitu seramai 653 orang adalah kerana faktor sosioekonomi dan sosiobudaya yang
hampir sama dengan negeri Sabah. Tambahan pula, kontraktor hanya boleh
mengambil buruh asing daripada dua buah negara iaitu Indonesia dan Filipina kerana
hanya dua buah negara tersebut yang dibenarkan oleh Kerajaan negeri Sabah untuk
menggaji buruh asing bekerja di dalam industri pembinaan.
75%
25%
Negara Sumber Pengambilan Buruh Asing Bagi Negeri Sabah
Filipina
Indonesia
81
4.5.3.2 Sarawak
Jadual 4.8: Negara Sumber Pengambilan Buruh Asing oleh Syarikat Kontraktor di
Negeri Sarawak
Negara Bilangan Orang Peratus
Bangladesh 16 2
China 2 0.21
Filipina 52 6
Indonesia 730 77
Myanmar 20 2
Lain-lain 125 13
Jadual 4.8 dan Rajah 4.9 menunjukkan negara sumber bagi pengambilan
buruh asing oleh syarikat kontraktor di negeri Sarawak. Peratusan tertinggi iaitu 77.6
peratus buruh asing diambil bekerja daripada negara Indonesia manakala peratusan
terendah ialah 1.49 peratus daripada negara Bangladesh manakala bagi buruh asing
daripada Korea Utara sebanyak 13.27 peratus, daripada Filipina sebanyak 5.52
peratus dan daripada Myanmar sebanyak 2.12 peratus.
Rajah 4.9: Negara Sumber Pengambilan Buruh Asing oleh Syarikat Kontraktor di
Negeri Sarawak.
2% 0.21%
6%
77%
2%
13%
Negara Sumber Pengambilan Buruh Asing Bagi Negeri
Sarawak
Bangladesh
China
Filipina
Indonesia
Myanmar
Lain-lain
82
Penglibatan buruh asing daripada negara Indonesia adalah yang paling ramai
iaitu seramai 730 orang kerana Indonesia mempunyai latar belakang sosiobudaya
yang hampir sama dengan Malaysia dan bahasa yang mudah difahami agar lebih
mudah menyesuaikan diri di dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
83
4.6 Faktor Penggajian Buruh Asing di Sabah dan Sarawak
Bahagian ini akan menfokuskan kepada objektif yang ketiga kajian iaitu
mengenal pasti faktor penggajian buruh asing dari perspektif kontraktor. Analisis
dilakukan untuk mengetahui faktor penggajian buruh asing. Dalam bahagian ini
penggunaan skala likert digunakan. Setelah siap pengiraan, indeks tahap kekerapan
adalah seperti yang berikut.
Jadual 4.9: Indeks Tahap Kekerapan
Skala Kekerapan Indeks
1 Paling Tidak Mempengaruhi 1.000 hingga 1.800
2 Tidak Mempengaruhi hingga
3 Tidak pasti hingga
4 Mempengaruhi hingga
5 Paling Mempengaruhi hingga
Jadual 4.9 menunjukkan indeks tahap kekerapan. Indeks tahap kekerapan
yang paling tinggi ialah Paling Mempengaruhi iaitu sebanyak >4.200 hingga 5.000
manakala indeks yang paling rendah ialah Paling Tidak Mempengaruhi sebanyak
1.000 hingga 1.800.
84
4.6.1 Faktor Penggajian Buruh Asing bagi negeri Sabah
Jadual 4.10: Faktor Penggajian Buruh Asing bagi negeri Sabah
Bil Faktor Penggajian Buruh Asing Min Mak Min
skor
1 Pekerja tempatan tidak berminat untuk bekerja sebagai
buruh 1 4 3.83
2 Upah buruh asing lebih rendah. 5 4 3.1
3 Tidak perlu membayar bonus atau apa-apa imbuhan
kepada buruh asing. 5 2 2.4
4 Buruh asing lasak dan serasi dengan kerja-kerja berat. 1 4 4.17
5
Mahir melakukan kerja yang melibatkan ketelitian,
kesenian, ketekunan dan daya usaha yang jauh berbeza
dari pekerja tempatan.
1 4 3.93
6
Permintaan buruh yang meningkat di dalam industri
binaan dan jumlah buruh tempatan tidak mampu
memenuhi permintaan tersebut.
1 4 3.97
7 Kadar gaji dinaikkan namun bekalan buruh gagal
memenuhi permintaan yang sedia ada. 1 3 3.97
8 Majikan lebih gemar untuk memilih pekerja asing pada
waktu kekurangan tenaga buruh. 1 4 3.67
9 Buruh asing sanggup menerima apa-apa syarat yang
dikenakan ke atas mereka dan tidak banyak kerenah. 1 4 3.93
10 Kemudahan-kemudahan yang disediakan di bawah tahap
keperluan minima. 1 4 3.57
11 Kebajikan buruh asing tidak perlu dijaga dan diberi
perhatian dengan sempurna. 5 4 3.17
12 Buruh asing mudah berpindah randah. 1 4 3.8
Jadual 4.10 dan Rajah 4.10 menunjukkan faktor penggajian buruh asing bagi
kontraktor di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Setiap kontraktor memberikan jawapan
yang berbeza bagi faktor penggajian buruh asing. Analisis ini mendapati bahawa
faktor yang mempengaruhi Kontraktor untuk menggaji buruh asing adalah buruh
asing lasak dan serasi dengan kerja-kerja berat mencatatkan nilai min skor tertinggi
85
iaitu 4.17 manakala faktor yang tidak mempengaruhi penggajian buruh asing ialah
tidak perlu membayar bonus atau apa-apa imbuhan kepada buruh asing mencatatkan
nilai min skor terendah iaitu 2.40.
Rajah 4.10: Menunjukkan nilai purata indeks bagi faktor penggajian buruh asing
bagi negeri Sabah
Kontraktor bersetuju bahawa faktor penggajian buruh asing yang
mempengaruhi kontraktor dalam menggaji buruh asing ialah buruh asing lasak dan
serasi dengan kerja-kerja berat. Industri pembinaan yang singnifikan dengan sindrom
3D (difficult, dirty and dangerous) dan buruh asing dapat menyesuaikan diri dengan
tiga sindrom ini. Justeru, buruh asing menjadi pilihan kontraktor sebagai memenuhi
guna tenaga buruh di tapak bina.
Kajian ini mendapati bahawa kebanyakan kontraktor tidak bersetuju bahawa
faktor tidak perlu membayar bonus atau apa-apa imbuhan kepada buruh asing tidak
mempengaruhi dalam menggaji buruh asing. Justeru, faktor tidak perlu membayar
bonus atau apa-apa imbuhan kepada buruh asing tidak mempengaruhi kontraktor
dalam menggaji buruh asing untuk berkhidmat dalam sektor binaan.
3.83
3.10
2.40
4.17
3.93
3.97
3.97
3.67
3.93
3.57
3.17
3.80
0.00 0.50 1.00 1.50 2.00 2.50 3.00 3.50 4.00 4.50
Faktor 1
Faktor 2
Faktor 3
Faktor 4
Faktor 5
Faktor 6
Faktor 7
Faktor 8
Faktor 9
Faktor 10
Faktor 11
Faktor 12
Faktor Penggajian Buruh Asing bagi negeri Sabah
86
Tidak dinafikan juga bahawa permintaan buruh yang meningkat di dalam
industri pembinaan dan jumlah buruh tempatan tidak mampu memenuhi permintaan
dan walaupun kadar gaji dinaikkan namun bekalan buruh gagal memenuhi
permintaan yang ada antara faktor yang mempengaruhi penggajian buruh asing. Pada
tahun 2011, Sabah Ammonia Urea (SAMUR) Project (RM1.4 billion) telah
dimulakan pembinaannya. Pada tahun 2013 pula, perlaksaan empat projek mega
bernilai RM45 billion iaitu Terminal Minyak Dan Gas (SOGT) di Kimanis, Projek
Pembangunan Bukan Berkaitan Gas (NAG) Kinabalu, Projek Saluran Paip Gas
Sabah dan Sarawak (SSGP) dan Stesen Janakuasa Kimanis (KPP) dan pembinaan
Terminal Gas di Lahad Datu akan dijalankan.
87
4.6.2 Faktor Penggajian Buruh Asing bagi negeri Sarawak
Jadual 4.11: Faktor Penggajian Buruh Asing bagi negeri Sarawak
Bil Faktor Penggajian Buruh Asing Min Mak Min
skor
1 Pekerja tempatan tidak berminat untuk bekerja sebagai
buruh 1 4 3.6
2 Upah buruh asing lebih rendah. 3 4 3.5
3 Tidak perlu membayar bonus atau apa-apa imbuhan
kepada buruh asing. 1 4 3.2
4 Buruh asing lasak dan serasi dengan kerja-kerja berat. 1 4 3.9
5
Mahir melakukan kerja yang melibatkan ketelitian,
kesenian, ketekunan dan daya usaha yang jauh berbeza
dari pekerja tempatan.
1 4 3.27
6
Permintaan buruh yang meningkat di dalam industri
binaan dan jumlah buruh tempatan tidak mampu
memenuhi permintaan tersebut.
1 4 3.63
7 Kadar gaji dinaikkan namun bekalan buruh gagal
memenuhi permintaan yang sedia ada. 5 4 3.3
8 Majikan lebih gemar untuk memilih pekerja asing pada
waktu kekurangan tenaga buruh. 5 2 2.7
9 Buruh asing sanggup menerima apa-apa syarat yang
dikenakan ke atas mereka dan tidak banyak kerenah. 1 4 3.4
10 Kemudahan-kemudahan yang disediakan di bawah tahap
keperluan minima. 1 2 2.9
11 Kebajikan buruh asing tidak perlu dijaga dan diberi
perhatian dengan sempurna. 5 2 2.47
12 Buruh asing mudah berpindah randah. 1 4 3.33
Jadual 4.11 dan Rajah 4.11 menunjukkan faktor penggajian buruh asing bagi
kontraktor di sekitar Kuching, Sarawak. Setiap kontraktor memberikan jawapan yang
berbeza bagi faktor penggajian buruh asing. Analisis ini mendapati bahawa faktor
yang mempengaruhi adalah buruh asing lasak dan serasi dengan kerja-kerja berat
mencatatkan nilai min skor tertinggi iaitu 3.90 manakala faktor yang tidak
88
mempengaruhi penggajian buruh asing ialah kebajikan buruh asing tidak perlu dijaga
dan diberi perhatian dengan sempurna mencatatkan nilai min skor terendah iaitu
2.47. Faktor buruh asing lasak dan serasi dengan kerja-kerja berat dipersetujui oleh
semua kontraktor di Kuching, Sarawak dan juga Kota Kinabalu, Sabah.
Rajah 4.11: Menunjukkan nilai purata indeks bagi faktor penggajian buruh asing
bagi negeri Sarawak
Kontraktor bersetuju bahawa faktor penggajian buruh asing yang
mempengaruhi kontraktor dalam menggaji buruh asing ialah buruh asing lasak dan
serasi dengan kerja-kerja berat. Industri pembinaan yang singnifikan dengan sindrom
3D (difficult, dirty and dangerous) dan buruh asing dapat menyesuaikan diri dengan
tiga sindrom ini. Justeru, buruh asing menjadi pilihan kontraktor sebagai memenuhi
guna tenaga buruh di tapak bina.
Kajian ini mendapati bahawa kebanyakan kontraktor tidak bersetuju bahawa
faktor kebajikan buruh asing tidak perlu dijaga dan diberi perhatian dengan sempurna
tidak mempengaruhi dalam menggaji buruh asing. Justeru, penggajian buruh asing
juga memerlukan penjagaan dan perhatian yang sempurna dari segi kebajikan buruh
asing iu sendiri ketika berkhidmat dengan kontrator terbabit. Buruh asing yang
3.60
3.50
3.20
3.90
3.27
3.63
3.30
2.70
3.40
2.90
2.47
3.33
0.00 0.50 1.00 1.50 2.00 2.50 3.00 3.50 4.00 4.50
Faktor 1
Faktor 2
Faktor 3
Faktor 4
Faktor 5
Faktor 6
Faktor 7
Faktor 8
Faktor 9
Faktor 10
Faktor 11
Faktor 12
Faktor Penggajian Buruh Asing bagi negeri Sarawak
89
berkhidmat dengan kontraktor yang mendapat Lesen Penggajian Pekerja Bukan
Pemastautin akan dilindungi di bawah skim insurans yang telah diluluskan oleh
Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pampasan Pekerja Asing (Insurans) 2005) bagi
pekerja-pekerja bukan pemastautin.
Tidak dinafikan juga bahawa permintaan buruh yang meningkat di dalam
industri pembinaan dan jumlah buruh tempatan tidak mampu memenuhi permintaan
antara faktor yang mempengaruhi penggajian buruh asing. Ini dibuktikan dengan
perlaksanaan projek mega yang bermula pada tahun 2011 iaitu Engineering,
Construction of The Second Polycrystalline Silicon Plant di Sarawak (RM1.8
billion). Pada tahun 2013 pula, pembinaan projek Backbone Trasmission,
pembangunan infrastruktur luar bandar dan pembinaan bangunan industri terutama di
Taman Perindustrian Samalaju Sarawak akan dijalankan.
4.7 Kesimpulan
Trend pekerja asing dalam sektor pembinaan bagi kedua-dua buah negeri
Sabah dan Sarawak semakin meningkat dari tahun 2008 sehingga 2012. Namun pada
tahun 2011, berlaku penurunan jumlah pekerja asing di negeri Sarawak dan
dipercayai punca penurunan jumlah pekerja asing tersebut adalah kerana program 6P
dijalankan pada ketika itu. Kadar pertambahan buruh asing yang semakin meningkat
dari tahun ke tahun menunjukkan sektor pembinaan di Sabah dan Sarawak masih lagi
bergantung kepada guna tenaga pekerja asing untuk memenuhi tuntutan keperluan
projek. Jumlah pekerja asing dari Indonesia mencatatkan bilangan yang paling ramai
bagi kedua-dua buah negeri tersebut.
90
Penglibatan buruh tempatan yang digaji oleh kontraktor masih banyak lagi
digunakan kerana jumlah peratusan menunjukkan penggunaan buruh tempatan lebih
tinggi daripada jumlah peratusan penggnaan buruh asing. Namun, data yang
diperoleh daripada CIDB juga menunjukkan jumlah personel binaan tempatan lebih
tinggi daripada jumlah personel binaan asing iaitu bagi negeri Sabah 17,747 (buruh
asing) dan 49,488 (buruh tempatan). Negeri Sarawak pula mencatakan 2,608 (buruh
asing) dan 31,821 (buruh tempatan). Namun demkian, berbeza pula dengan data
pekerja asing yang mendapat PLKS daripada JTK mencatatkan jumlah yang sangat
tinggi berbanding dengan jumlah personel binaan asing yang berdaftar dengan CIDB
iaitu perbezaan sebanyak 38,042 orang (Sarawak) dan 16,632 orang (Sabah). Ini
menunjukkan, keperluan buruh asing amat diperlukan dalam industri pembinaan di
Sabah dan Sarawak. Syarikat kontraktor di Sabah menunjukkan penggunaan buruh
asing am adalah yang paling banyak digunakan manakala bagi syarikat kontraktor di
negeri Sarawak pula penggunaan buruh asing separa mahir mencatatkan bilangan
yang paling banyak mengikut kategori penggunaan buruh asing. Negara sumber
pengambilan buruh asing yang paling banyak diambil oleh kontraktor dari Sabah
adalah Filipina dan di Sarawak pula adalah Indonesia.
Faktor buruh asing lasak dan serasi denga kerja-kerja berat mencatatkan min
skor tertinggi bagi negeri Sabah dan Sarawak. Kontraktor berpendapat buruh asing
yang lasak dan serasi dengan suasana kerja di tapak bina yang signifikan dengan
sindrom 3D (difficult, dirty and dangerous) menjadi faktor utama penggajian buruh
asing oleh kontraktor.
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan mengenai rumusan daripada hasil kajian yang telah
lengkap. Hasil kajian ini adalah berdasarkan kepada data-data dan maklumat
daripada pihak responden, Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Jabatan Tenaga Kerja
Sarawak dan CIDB. Selain itu, bab ini juga akan turut membincangkan mengenai
cadangan yang bertujuan untuk memperbaiki lagi kajian pada masa hadapan.
92
5.2 Rumusan Am Kajian
Secara keseluruhannya, kajian yang dilaksanakan ini menekankan mengenai
tren buruh buruh binaan asing di Sabah dan Sarawak, komposisi buruh asing dan
juga buruh tempatan di Sabah dan Sarawak dan faktor penggajian buruh asing dari
perspektif kontraktor. Maklumat mengenai kajian ini dapat dilihat dengan jelas
sepertimana yang telah dibincangkan di dalam Bab 2.
5.3 Kesimpulan Kajian
Trend pertambahan pekerja asing dalam sektor pembinaan bagi kedua-dua
buah negeri Sabah dan Sarawak semakin meningkat dari tahun 2008 sehingga 2012.
Kadar pertambahan buruh asing yang semakin meningkat dari tahun ke tahun
menunjukkan sektor pembinaan di Sabah dan Sarawak masih lagi bergantung kepada
guna tenaga pekerja asing untuk memenuhi tuntutan keperluan projek. Jumlah
pekerja asing dari Indonesia mempunyai bilangan yang paling banyak bagi negeri
Sabah dan Sarawak iaitu sebanyak 20,695 orang daripada 33,379 orang dan 35,648
orang daripada 40,650 orang jumlah pekerja asing yang mendapat PLKS daripada
Jabatan Tenaga Kerja bagi kedua-dua buah negeri tersebut. Peningkatan buruh asing
di dalam industri pembinaan adala disebabkan pelaksanaan projek mega bagi kedua-
dua negeri tersebut. Dua projek mega yang sedang dilaksanakan di Sabah dan
Sarawak bermula pada tahun 2011 adalah Engineering, Construction Of The Second
Polycrystalline Silicon Plant di Sarawak (RM1.8 billion) dan Sabah Ammonia Urea
(SAMUR) Project (RM1.4 billion). Pertambahan buruh asing di dalam industri
pembinaan di Sabah dan Sarawak adalah kerana kurangnya penyertaan pekerja
tempatan di dalam industri pembinaan atau majikan tidak sanggup untuk mengupah
pekerja tempatan yang dianggap sebagai kurang bersedia dan tidak komited kepada
tugas-tugas yang ditakrifkan sebagai kotor, sukar dan berbahaya.
93
Penglibatan buruh tempatan yang digaji oleh syarikat kontraktor di negeri
Sabah dan Sarawak masih lagi banyak digunakan kerana jumlah peratusan
penggunaan buruh tempatan lebih tinggi daripada jumlah peratusan buruh asing.
Bagi negeri Sabah penglibatan buruh tempatan adalah sebanyak 59 peratus manakala
buruh asing pula ialah 41 peratus. Bagi negeri Sarawak pula penglibatan buruh
tempatan adalah sebanyak 65 peratus manakala buruh asing pula sebanyak 35
peratus. Namun, penglibatan buruh tempatan bagi negeri Sabah dan Sarawak belum
dapat memenuhi guna tenaga buruh yang diperlukan dan kekosongan yang masih ada
perlu diisi oleh buruh asing. Di Sabah, penggunaan buruh asing yang paling tinggi
ialah buruh asing am iaitu sebanyak 57 peratus dan bagi negeri Sarawak pula
penggunaan buruh asing separa mahir mencatatkan bilangan yang paling tinggi iaitu
sebanyak 41 peratus. Bagi penggunaan buruh tempatan pula, kedua-dua negeri iaitu
Sabah dan Sarawak mencatatkan penggunaan buruh mahir yang paling tinggi iaitu
sebanyak 35 peratus. Negara sumber pengambilan buruh asing yang paling banyak
diambil oleh kontraktor di Sabah adalah dari Filipina dan di Sarawak pula adalah dari
Indonesia.
Namun, berbeza pula dengan data pekerja asing yang mendapat PLKS adalah
sangat tinggi jumlahnya daripada personel binaan asing yang berdaftar dengan CIDB
iaitu perbezaan sebanyak 38,042 orang (Sarawak) dan 16,632 orang (Sabah). Ini
menunjukkan, tahap pengunaan buruh asing di dalam industri pembinaan masih lagi
tinggi di kedua-dua negeri tersebut terutamanya di Sarawak walaupun buruh asing
tersebut tidak berdaftar dengan CIDB namun mendapat PLKS untuk bekerja di
dalam industri pembinaan Sabah dan Sarawak. Buruh asing memenuhi permintaan
guna tenaga buruh di dalam industri pembinaan di Sabah dan Sarawak dengan
mengisi kekosongan yang gagal dipenuhi oleh buruh tempatan kerana sektor
pembinaan menggunakan keperluan fizikal yang tinggi dan keadaan tapak bina yang
kotor, berbahaya dan aktiviti pekerjaan yang susah menyebabkan buruh tempatan
tidak berminat untuk melibatkan diri di dalam sektor pembinaan.
Faktor buruh asing lasak dan serasi denga kerja-kerja berat mencatatkan min
skor tertinggi oleh syarikat kontraktor di negeri Sabah dan Sarawak iaitu sebanyak
94
4.17 dan 3.90. Kontraktor berpendapat buruh asing lasak dan serasi dengan suasana
kerja di tapak bina yang mana memerlukan keperluan fizikal yang tinggi dan
keadaan tapak bina yang kotor, berbahaya dan aktiviti pekerjaan yang susah menjadi
faktor utama dalam menggaji buruh asing. Rentetan daripada tuntutan guna tenaga
yang tinggi di dalam industri pembinaan yang kurang mendapat sambutan daripada
pekerja tempatan maka buruh asing diperlukan bagi memenuhi permintaan tersebut.
Ekoran daripada itu, majikan tidak sanggup untuk mengupah pekerja tempatan yang
dianggap sebagai kurang bersedia dan tidak komited kepada tugas-tugas yang
ditakrifkan sebagai kotor, sukar dan berbahaya.
5.4 Masalah yang Dihadapi Semasa Melaksanakan Kajian
Dalam menjalankan kajian ini, antara masalah-masalah yang dihadapi ialah:
1. Pada peringkat awal, pengumpulan data dilakukan dengan menelefon
responden dan menyerahkan borang soal selidik melalui emel iaitu sebanyak
20 borang selidik. Namun tidak mendapat maklum balas daripada kontraktor
walaupun kontraktor telah dimaklumkan mengenai borang soal selidik
tersebut. Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk menyerahkan borang
soal selidik secara terus ke syarikat responden di Sabah dan Sarawak.
2. Semasa menghantar borang soal selidik melalui serahan tangan, kebanyakkan
pihak responden tidak memberi layanan yang baik. Ini adalah kerana
kebanyakkan pihak kontraktor sibuk dan tidak mempunyai masa untuk
mengisi borang soal selidik tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat juga
sesetengah pihak kontraktor yang sanggup meluangkan masa walaupun
singkat dan berkongsi pendapat mengenai kajian ini dan ada juga sesetengah
kontraktor yang tidak dapat menjawab sendiri menyerahkan pihak
pentadbiran syarikat bagi menjawab borang soal selidik tersebut.
95
3. Kebanyakan alamat syarikat kontraktor Gred G7 di CIDB tidak diperbaharui.
Hal ini demikian kerana terdapat lebih daripada 10 alamat syarikat kontraktor
di Sabah Gred G7 tidak sama dengan alamat didaftarkan di CIDB seperti
contoh di Damai Plaza, Sabah kerana telah berpindah ke lokasi yang lain. Ini
bukan sahaja menyebabkan pembaziran masa berlaku namun turut
menyukarkan pengkaji ketika mengedarkan borang soal selidik ini kerana
pengkaji tidak begitu biasa dengan kawasan di Sabah dan menyukarkan
pengkaji untuk bergerak ke kawasan tempat syaikat responden tersebut
berpindah.
5.5 Cadangan
Cadangan yang dikemukakan ini adalah bertujuan untuk memastikan kajian
yang lebih baik dapat dilaksanakan pada masa hadapan. Sepanjang menjalankan
kajian ini, banyak perkara yang telah diperoleh dan kajian ini boleh dilanjtkan
dengan memperincikan dan skop yang lebih kecil. Antara cadangan bagi kajian
selanjutnya ialah:
Memfokuskan industri pembinaan di Sabah atau Sarawak sahaja
memandangkan Sabah dan Sarawak mempunyai pembahagian daerah yang
banyak dan kajian boleh dilakukan sama ada komposisi pekerja asing yang
bekerja di dalam sektor pembinaan banyak terdapat di kawasan pedalaman
ataupun kawasan bandar.
Melakukan kajian kes terhadap penggunaan buruh tempatan dan buruh asing
untuk beberapa projek mega di Sarawak ataupun Sabah untuk melihat
komposisi buruh yang digaji.
96
RUJUKAN
Abd. Ghani Khalid, Razali Adul Hamid, Zakaria Mohd Yusoff Dan Mohd
Saidin Misnan, 2007. Data Base: Harga Binaan Dan Harga Buruh
Binaan. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan Akhir Projek
Penyelidikan Kontrak.
Abdul Rahim Abdul Hamid, Bachan Singh, Aminah Md Yusof and Nur
Ashikin M. Abdullah, 2011. The Employment of Foreign Workers at
Construction Sites. 2nd International Conference on Construction and
Project Management, vol.15, halaman 126-130.
Ahmad Mahayudin Bin Ismail, 2003. Penggunaan Buruh Asing Dalam
Projek Pembinaan. Fakulti Kejuruteraan Awam. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sarawak, 2013. Taklimat Khas Latar
Belakang dan Peluang Latihan Kemahiran/Pengiktirafan. Program
Kursus Integrtiti Kontraktor Industri Pembinaan Kuching. Tidak
Diterbitkan.
Akta Kerja 1955. Akta Kerja (Pindaan) 2012. Seksyen 2(d).
Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994. Pindaan
Seksyen 2(2).
Aminudin Mokhtar, dan Usha A/P Thamotharan, 2008. Pekerja Asing Di
Malaysia: Faktor-Faktor Yang Mendorong Majikan Mengambil
Pekerja Asing. Prosiding Perkem III, Jilid 1, halaman 42-48.
97
Asian Developmen Bank, 2006. Workers' Remittance Flows in Southeast
Asia. Philippines: Asian Developmen Bank.
Asrul Hadi Abdullah Sani. Foreign Workers Levy Hike in 2011. The
Malaysian Insider online. Dipetik daripada laman web:
www.malaysianinsider.com, pada 4 April 2013.
Azharudin Mohamed Dali, 2012. Perlembagaan Malaysia: Penyertaan Sabah
dan Sarawak ke Dalam Malaysia. Seminar Perlembagaan Malaysia:
Di Antara Sejarah dan Tuntutan Semasa. Arkib Negara Malaysia, 5
Julai 2012. Universiti Malaya: Jabatan Sejarah, halaman 1-14.
Azizah Kassim, 2001. Intergration of Foreign Workers and Illegal
Employment in Malaysia. International Migration in Asia, halaman
113-136.
Azizah Kassim, 2005. Cross-Border Movement of Foreign Workers in
Malaysia: A Comparative Analysis. Master Builders 3rd
Quarter,
halaman 78- 91.
Berg, B.L., 2004. Qualitative Research Methods For the Social Sciences. 5th
Edition. Boston, Mass: Pearson.
Chua Y.P., 2006. Kaedah Penyelidikan Buku 1. Mc-Graw-Hill (Malaysia)
Sdn. Bhd.
CIDB News, 2013. The Big Boys Take On The Challenge. CIDB News, June
2013. Halaman 21
CIDB, 2013. Program Ujian Kemahiran (Akredatsai) Pekerja Mahir Sektor
Binaan. Dipetik daripada laman web:
https://www.cidb.gov.my/cidbv2/images/pdf/Akreditasi_Form.pdf
98
Fadhlin Abdulllah, Chai V.C., Kharul Anuar dan Tan TS., 2004. An
Overview On The Growth and Development of The Malaysian
Construction Industry. Workshop on Construction Contract
Management, halaman 1-12.
Fara Diva Mustapa dan Pasquire C.L., 2007. Immigrant Construction
Workers and Economic Leakages. The Third Scottish Conference for
Postgraduate Researchers of the Built and Natural Environment
(PRoBE07), halaman 351-359.
Garis Panduan Mengenai Pengeluaran Lesen Penggajian Pekerja Bukan
Pemastautin di bawah Seksyen 119 Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)
Hamzah Abdul Rahman, Chen Wang, Lincoln C. Wood dan Shu Fung Low,
2012. Negative Impact Induced By Foreign Workers: Evidence In
Malaysian Construction Sector. Habitat International, Vol. 36,
halaman 433-443.
Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa, dan Nadia MOHD Ghazali,
2009. Masalah Buruh Asing Dalam Industri Pembinaan Dari
Perspektif Kontraktor: Kajian Kes Di Johor Bharu, Johor. Malaysia
Labour Review, Vol. 3(1), halaman 163-191.
ILO Asia and the Pacific Working Paper Series, 2011. Research on
Occupational Safety and Health For Migrant Workers in Five Asia
and The Pacific Countries: Australia, Republic of Korea, Malaysia,
Singapore and Thailand. Thailand: International Labour
Organization.
Izham Shafie, 2000. Pengantar Statistik. Edisi Pertama. Universiti Utara
Malaysia. Halaman 143-149.
99
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011. Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh.
Malaysia: Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Ketiga 2000.
Laporan Ekonomi, 2012. Bab 3: Prestasi Ekonomi dan Prospek. Malaysia:
Kementerian Kewangan Malaysia.
Laporan Guna Tenaga dan Buruh, 2012. Guna Tenag dan Buruh Malaysia.
Malaysia: Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Sumber
Manusia, Malaysia.
Laporan Pasaran Buruh, 2012. Malaysia: Kekosongan Mengikut Negeri Dan
Industri, Ogos 2012. Malaysia: Jabatan Perangkaan.
Market Watch, 2012. “Market Watch 2012” Construction Industry in
Malaysia.
MBAM, 2011. Critical Shortage Faced By The Construction Sector On
Foreign Workers. MBAM Online News, Mac 2011. Dipetik daripada
laman web: www.mbam.org.my
Mielniczak A. dan Sinaga S., 2005. Shall We Go To The Spa? The Spa
Trends In Gothenburg And Its Region. School of Business, Economics
and Law. Goteborg University: Tesis Sarjana.
Mohammad Azzam Manna, 2006. Perkembangan Penghijrahan Masuk Buruh
Perikanan Asing ke Sabah. Jati, Vol. 11, halaman 75-96.
Mohd Arif Marhani, Hamimah Adnan, Har Einur Baharuddin, Mohd Reza
Esa, dan Ahmad Arzlee Hassan, 2012. Dependency of Foreign
Workers in Malaysian Construction Industry. Built Environment
Journal. Vol. 9, No. 1, halaman 39-50.
100
Mohd Kamal Bin Mohd Arif, 2007. Kajian Penggunaan Buruh Asing di
Tapak Bina. Fakulti Kejuruteraan Awam. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
M.Z. Abdul Majid dan R. McCaffer, 1997.Assesment of Work Performance
of Maintenance Contractors in Saudi Arabia. Journal of
Manangement in Engineering. Vol 13, No. 5, September/October
1997.
Narayan S. dan Lai Y.W., 2005. The Causes and Consequences of Immigrant
Labour in the Construction Sector in Malaysia. International
Migration, Vol. 43, halaman 31-57.
Navamunkundan, A., 2006. Labour Migration In Malaysia - Trade Union
Views. Labour Education On Line. Labour Education 2002/4, No.
129, halaman 115-119.
Norshazwani Binti Bakar, 2010. Penglibatan Tenaga Kerja Tempatan dan
Tenaga Kerja Asing Dalam Projek Pembinaan UTM. Fakulti Alam
Bina. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Norzamzila Binti Mustafa, 2005. Pengambilan Buruh Asing Dalam Industri
Pembinaan. Fakulti Kejuruteraan Awam. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Naoum G.S., 2007. Dissertation Research and Writing For Construction
Students. Edisi Kedua. Elsevier Ltd.
Nur Ashikin Binti M. Abdullah, 2010. Pengambilan Buruh Asing Dalam
Pembinaan. Fakulti Kejuruteraan Awam. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
101
Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga, 2012. Dipetik
daripada laman web: http://www.parlimen.gov.my, pada 4 April 2013.
Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2012.
Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin, Jabatan Tenaga Kerja Sabah.
Permohonan Pekerja Asing, Portal Rasmi Kerajaan Malaysia.
Raf Syamir @ Amir Bin Rosli, 2004. Masalah Kontraktor Bumiputera di
Sabah. Fakulti Kejuruteraan Awam. Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana Muda.
Rozhan Othman, 1991. Pengurusan Personel dan Perancangan Guna Tenaga.
Edisi Pertama. Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 15-18.
Sambasivan, M. dan Yau, W. S., 2007. Causes and Effects of Delays in
Malaysian Construction Industry. International Journal of Project
Management, Vol. 25(5), halaman 517-526.
Serneels, P. M., 2007. The Nature of Unemployment Among Young Men in
Urban Ethiopia. Development Economics, Vol. 11(1), halaman 170-
186.
Siti Sakinah Abdul Latiff, 2010. Skilled Manpower Shortage Need Urgent
Attention. MBAM Online News, 4 August 2010. Dipetik daripada
laman web: www.mbam.org.my.
Sundaraj G., 2012. Sustainable Practices In Construction. 18th Asia Construct
Conference. Marina Bay Sands, Singapore, 10-11 Oktober 2012.
Halaman 1-36.
102
Utusan Online, 2010. 440,000 Pekerja Asing Tidak Dilindungi Insurans.
Utusan Online, 30 Julai 2010. Dipetik daripada laman web:
http://www.utusan.com.my. pada 4 April 2013.
Utusan Online, 2011. Levi semua pekerja asing naik RM50. Utusan Online,
27 Ogos 2011. Dipetik daripada laman web:
http://www.utusan.com.my. pada 4 April 2013.
Utusan Online, 2013. Petronas Laksana 5 Projek Mega RM45 billion di
Sabah pada Tahun Ini. Dipetik daripada laman web:
http://www.utusan.com.my. pada 4 April 2013.
Vijayakumari Kanapathy, 2006. Migrant Workers in Malaysia: An Overview.
Workshop on an East Asian Cooperation Framework for Migrant
Labour. Disember 2006. Kuala Lumpur, halaman 1-24.
Wong P.M., 2011. Worker Shortage Could Hit ETP Plans. MBAM Online
News, 16 Mac 2011. Dipetik daripada laman web:
www.mbam.org.my. pada 4 April 2013.
Ximena Del Carpio, 2012. Immigration in Malaysia: Assessment of its
Economic Effects, and a Review of the Policy and System. Malaysia:
ILMIA dan Kementerian Sumber Manusia.
Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, 2013. Ucapan Bajet 2013.
Persidangan Dewan Undangan Negeri. Dipetik daripada laman web:
http://www.sabah.gov.my/press/docs. pada 4 April 2013.
Y.B Dato’ Shaizman Abu Mansor, 2010. The Construction Sector at the
Onset of the 10th Malaysia Plan Keynote and Opening Address. The
7th Malaysia Construction Sector Review And Outlook Seminar. Putra
World Trade Centre, Kuala Lumpur, 3 Ogos 2010. Halaman 1-7.
103
Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin dan Zakaria Mohd Yusuf, 2006.
Penglibatan Tenaga Kerja Tempatan di Sektor Pembinaan di
Malaysia - Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan
Penyelidikan.
Zakaria Mohd Yusof dan Muhammad Rashid Hj. Rajuddin, 2007. Pendidikan
Vokasional dan Latihan Dalam Melahirkan Tenaga Kerja Tempatan
Dalam Industri Pembinaan. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan
Penyelidikan
Zulkifly Osman, 1989. Ekonomi Buruh: Teori Permintaan dan Penawaran.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 14.
104
LAMPIRAN 1
BORANG SOAL SELIDIK
105
106
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKULTI ALAM BINA
BORANG SOAL SELIDIK
TAJUK KAJIAN :
KAJIAN PENGGUNAAN BURUH ASING DI DALAM INDUSTRI
PEMBINAAN DI SABAH DAN SARAWAK
Saya adalah pelajar tahun akhir bagi program Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di
Universiti Teknologi Malaysia. Saya sedang menjalankan kajian bagi Projek Sarjana
Muda dalam bidang Ukur Bahan. Objektif kajian ini dijalankan adalah :
iv. Mengenal pasti trend buruh binaan asing di Sabah dan Sarawak.
v. Mengenal pasti komposisi buruh asing dan buruh tempatan di Sabah dan
Sarawak.
vi. Mengenal pasti faktor penggajian buruh asing dari perspektif kontraktor.
NAMA : SHAH NUR FARHANA BT BABIL
NO. KAD PENGENALAN : 890108-13-5298
KURSUS : 3SBEQ
(SARJANA MUDA UKUR BAHAN)
NO. MATRIK : B11BE0062
NO. TELEFON : 010-9444854
PENYELIA : FARA DIVA MUSTAPA
Segala maklumat yang diberikan adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan
kajian ilmiah semata-mata. Borang soal selidik ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian
iaitu, Bahagian (A) adalah Latar Belakang Syarikat, Bahagian (B) adalah Maklumat
Buruh Tempatan, dan Buruh Asing, dan Bahagian (C) pula adalah Faktor Penggajian
Buruh Asing. Sila isi jawapan anda pada ruang kosong yang disediakan dan tandakan
() pada petak berkenaan.
107
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN
Nama Responden : _________________________________________
Nama Syarikat : _________________________________________
Alamat Syarikat : _________________________________________
_________________________________________
No. Telefon Syarikat : _________________________________________
Jawatan Responden : _________________________________________
Pengalaman Responden :
Kurang dari 5 Tahun 6 – 10 Tahun
11 – 15 Tahun 16 – 20 Tahun
21 – 25 Tahun Lebih dari 25 Tahun
Kelas Pendaftaran Syarikat (PKK) :
Kelas A Kelas D
Kelas B Kelas E
Kelas C Kelas F
Kelas Pendaftaran Syarikat (CIDB) :
Kelas G1 Kelas G4 Kelas G7
Kelas G2 Kelas G5
Kelas G3 Kelas G6
Jenis Syarikat : Persendirian Perkongsian
Sdn. Bhd. Berhad
Tandatangan Responden : _________________________________________
Cop Syarikat :
108
BAHAGIAN B: MAKLUMAT BURUH TEMPATAN DAN BURUH ASING
1. Berapakah bilangan buruh tempatan dan buruh asing yang diambil bekerja oleh
syarikat tuan :
Buruh Tempatan
Buruh Asing
2. Bilangan buruh tempatan dan buruh asing mengikut kemahiran :
Buruh Tempatan Buruh Asing
Mahir
Separa Mahir
Tidak Mahir
3. Negara sumber pengambilan buruh asing :
Negara Sumber Bilangan Buruh
Bangladesh
China
Filipina
India
Indonesia
Myanmar
Nepal
Pakistan
Thailand
Lain-lain sila nyatakan :
109
BAHAGIAN C: FAKTOR PENGGAJIAN BURUH ASING
Bagi setiap item, sila bulatkan jawapan yang paling tepat untuk menyatakan
pendapat tuan mengikut skala yang diberikan.
Paling Tidak
Mempengaruhi
Tidak
Mempengaruhi
Tidak
Pasti Mempengaruhi
Paling
Mempengaruhi
1 2 3 4 5
Bil. Faktor Penggajian Buruh Asing
1
2
3
4
Faktor Pekerja Tempatan
i. Pekerja tempatan tidak berminat untuk
bekerja sebagai buruh.
Faktor Upah
i. Upah buruh asing lebih rendah.
ii. Tidak perlu membayar bonus atau apa-apa
imbuhan kepada buruh asing.
Faktor Kecekapan dan Kepantasan Bekerja
i. Buruh asing lasak dan serasi dengan kerja-
kerja berat.
ii. Mahir melakukan kerja yang melibatkan
ketelitian, kesenian, ketekunan dan daya
usaha yang jauh berbeza dari pekerja
tempatan.
Faktor Kekurangan Pekerja
i. Permintaan buruh yang meningkat di dalam
industri binaan dan jumlah buruh tempatan
tidak mampu memenuhi permintaan tersebut.
ii. Kadar gaji dinaikkan namun bekalan buruh
gagal memenuhi permintaan yang sedia ada.
1
1
1
1
1
1
1
2
2
2
2
2
2
2
3
3
3
3
3
3
3
4
4
4
4
4
4
4
5
5
5
5
5
5
5
110
Jutaan terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang diberikan.
5
iii. Majikan lebih gemar untuk memilih pekerja
asing pada waktu kekurangan tenaga buruh.
Faktor Keuntungan
i. Buruh asing sanggup menerima apa-apa
syarat yang dikenakan ke atas mereka dan
tidak banyak karenah.
ii. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di
bawah tahap keperluan minima.
iii. Kebajikan buruh asing tidak perlu dijaga dan
diberi perhatian dengan sempurna.
iv. Buruh asing mudah berpindah randah.
1
1
1
1
1
2
2
2
2
2
3
3
3
3
3
4
4
4
4
4
5
5
5
5
5