Home » Community (/community) » Community (/community) »Mahasiswa UMP Hulur Sumbangan, Timba Pengalaman Sosio Budaya Masyarakat Kemboja
Mahasiswa UMP Hulur Sumbangan, TimbaPengalaman Sosio Budaya Masyarakat Kemboja
/
Kemboja, 30 November – Seramai 10 orang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) daripada Fakulti Kejuruteraan
Awam & Sumber Alam dan Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli yang menyertai misi Mobiliti Asean Kemboja 2018 baru-
baru ini memberikan mereka peluang menimba pengalaman mengenai sosio budaya masyarakat dan mengadakan program
COMMUNITY (/COMMUNITY)
30 November 2018 0 Comments (/community/mahasiswa-ump-hulur-sumbangan-timba-pengalaman-sosio-budaya-masyarakat-kemboja/#comments)
(http://mygift.ump.edu.my/index.php/ms/wakaf-kolej-kediaman)
Tak pernah berjauhan (/harian-metro/tak-pernah-berjauhan)Harian Metro Kosmo
khidmat komuniti di sana. Program dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) ini bertujuan mendekatkan
mahasiswa dengan masyarakat global dalam perkongsian teknologi dan pengetahuan selain dapat meningkatkan kemahiran
insaniah dalam diri mahasiswa.
Bagi pengarah program, Ahmad Firdaus Ahmad Asri, kunjungan mereka ke Kampung Chnang yang merupakan salah satu
perkampungan Islam sangat menginsafkan. Kedudukan kampung yang agak jauh iaitu jaraknya 130 km dari pusat bandar
dari pusat bandar menyebabkan kampung ini agak ketinggalan dari sudut pembangunan. Malahan kebanyakan mereka
masih mengunakan perigi dan pam air untuk mendapatkan sumber air bersih. Begitu juga dengan keadaan madrasah dan
surau juga serba kekurangan dari segi kelengkapan dan keselesaan untuk belajar dan melaksanakan ibadah.
“Program seperti ini dapat memupuk semangat kemasyarakatan secara berkumpulan. Aktiviti yang dijalankan seperti sesi
pembelajaran, perkongsian teknologi dan pemberian sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan dan kemahiran
diharapkan sedikit sebanyak mampu untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di sini,” katanya.
Selain itu dengan adanya program seperti ini mampu mewujudkan semangat jati diri dan persefahaman yang tinggi dalam
kalangan mahasiswa. Misalannya, kesulitan yang dirasai bersama mampu melahirkan sebuah kumpulan yang sentiasa
memahami dan bertoleransi antara ahli kumpulan, memberikan kesedaran bahawa tidak semua orang mampu merasai
kesenangan dan bersyukur dengan nikmat kesenangan yang kita perolehi. Aktiviti seperti ini mampu mewujudkan rasa
bertimbang rasa dan berkongsi apa yang dimiliki. Bukan itu sahaja, program ini juga membolehkan mahasiswa mempelajari
keunikan budaya, bahasa, perkembangan teknologi dan sebagainya yang ada di Kemboja.
“Kami juga mengadakan aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk Kampung Chnang, Trolach serta menyerahkan
sumbangan kepada beberapa naskah Al-Quran dan Risalah Buku Surah Yasin, rak buku, telekung, sejadah dan wang tunai
hasil sumbangan warga UMP,” katanya. Mereka turut menyampaikan 30 unit lampu solar dan mengadakan taklimat tentang
penggunaan dan demonstrasi penggunaan lampu solar ini juga disampaikan kepada penduduk kampung.
Dalam pada itu mereka juga berkunjung ke Madrasah Al-Falah, Phnom Penh bagi sesi pembelajaran bersama 60 pelajar
madrasah yang tergolong dalam pelbagai peringkat umur antara 7 hingga 16 tahun. Sudut pengetahuan juga disediakan dan
dipenuhi dengan pelbagai poster informasi bagi membolehkan pelajar madrasah ini diperkenalkan dengan kehidupan
kampus di universiti khususnya di UMP. Kesempatan ini juga memberikan mereka peluang berkunjung ke Norton University
yang merupakan universiti swasta pertama di Kemboja.
Program dijayakan bersama A�qa Abd Kadir, Nuraini Mahali, Tengku Ha�datul Husna Tengku Anuar, Fahad Amirul Aziz
Baharuddin Aziz, Muhammad Hasnun Hasib Mohd Ari�n, Nur Qurratul Ain Nadzirah Mohd Nasir, Zaidatul Ismaniza Ismail,
Nurul Nadiah Abdul Halim dan Muhammad Ha�z Abu Talip yang terpilih mengikuti program ini.
Disediakan oleh Emma Melati Burhanuddin daripada Fakuti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam.
TAGS / KEYWORDS
MOBILITI ASEAN (/mobiliti-asean)
JHEPA (/jhepa)
MAHASISWAUMP (/mahasiswaump)
KHIDMATKOMUNITI (/khidmatkomuniti)
(/#facebook) (/#twitter) (/#google_plus) (/#whatsapp)
UMP the �rst public university in the country to use Blockchain Technology for certvalidation for its 2,773 graduates (/index.php/convocation/ump-�rst-public-university-country-use-blockchain-technology-cert-validation-its-2773)
/
JJIM Rai Anak-Anak Tah�z Madrasah Al-Quran Darul Mukhlasin (/index.php/community/jjim-rai-anak-anak-tah�z-madrasah-al-quran-darul-mukhlasin)
/
UMP bakal jalin kerjasama dengan universiti Thailand (/index.php/moumoa/ump-bakal-jalin-kerjasama-dengan-universiti-thailand)
/
Sukarelawan UMP gotong-royong bantu pasca banjir (/index.php/community/sukarelawan-ump-gotong-royong-bantu-pasca-banjir)
/
180 undergraduates from 13 public universities participate in the World Software Testing Program(/index.php/academic/180-undergraduates-13-public-universities-participate-world-software-testing-program)
/
CONVOCATION (/INDEX.PHP/CONVOCATION) 16 Nov 18
COMMUNITY (/INDEX.PHP/COMMUNITY) 11 Jun 18
MOU/MOA (/INDEX.PHP/MOUMOA) 19 Jan 18
COMMUNITY (/INDEX.PHP/COMMUNITY) 19 Jan 18
ACADEMIC (/INDEX.PHP/ACADEMIC) 15 Jan 18
STICKY NEWS
Connect w i th us
(https://www.facebook.com/universiti.malaysia.pahang) (https://twitter.com/umpmalaysia)
(https://www.youtube.com/user/umpmedia)
Please submit your news to us.
Submit News
Manage your newsletter subscriptions
e-CREATE
(http://fkm.ump.edu.my)
TRIVIA PEKAN
GOT NEWS?
E-NEWSLETTER
Universiti Malaysia Pahang (http://www.ump.edu.my)Copyright © 2018 . All rights reserved
e-PEKAN REVIEW
Select the newsletter(s) to which you want to subscribe or unsubscribe.
The subscriber's email address.
SUBSCRIBE Unsubscribe
Universiti Malaysia Pahang
Vice-Chancellor's O�ce
My Gift
My Community
My Green
Corporate Communication Division
Pekan, Pahang
(+609) 424 5000
[email protected] (mailto:[email protected])
LINK
CONTACT US