Download - pendidikan latihan dan maklumat
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
Koperasi menjalankan aktiviti yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang
tertentu. Justeru, Jawatankuasa kecil Biro Pendidikan koperasi perlu menyediakan pelan
pendidikan kepada setiap komponen yang ada dalam struktur organisasi koperasi.
Nyatakan jenis kursus dan kenapa kursus tersebut diperlukan berdasarkan peranan
masing-masing (merujuk kepada prinsip Pendidikan, Latihan dan Maklumat).
1.0 PENGENALAN KOPERASI
Koperasi menurut Perikatan Koperasi Antarabangsa atau International Co-operative Alliance
(ICA) membawa maksud sebuah pertubuhan manusia yang berautonomi dan sukarela bagi
memenuhi keperluan dan aspirasi bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya melalui
pertubuhan yang dimiliki secara bersama dan dikawal secara demokratik. Koperasi merupakan
sektor yang terpenting dalam sistem perekonomian bagi sesebuah Negara itu. Sektor koperasi
sebagai sektor yang ketiga dalam perekonomian Negara boleh memainkan peranannya sebagai
“faktor pengimbang” terhadap dominasi dan peranan yang dimainkan oleh kedua-dua sektor
(swasta dan awam) tersebut. Koperasi juga merupakan sebuah entiti yang unik dan tersendiri.
Entiti ini berbeza dengan organisasi perniagaan yang lain. Perbezaan ini dapat dilihat dari segi
tujuan sebuah organisasi itu ditubuhkan. Sebagai contoh, koperasi ditubuhkan adalah untuk
memaksimumkan pendapatan anggota dan sebaliknya bagi organisasi lain pula adalah bertujuan
untuk memaksimumkan pulangan kepada pelaburnya.
Kejayaan dan kegagalan sesebuah koperasi itu adalah bergantung kepada tadbir urus
sebuah koperasi itu sendiri atau jati diri yang perlu ada di setiap koperator iaitu dengan
menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sama ada sebagai anggota koperasi, Anggota
Lembaga Koperasi (ALK), atau sebagai pihak pengurusan koperasi tersebut. Selain daripada itu,
dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah koperasi itu adalah dilihat dari sudut
pengamalan di dalam prinsip-prinsip koperasi yang tujuh (7) iaitu keanggotaan secara sukarela
dan terbuka, kawalan demokratik anggota, penglibatan ekonomi anggota, autonomi dan
kebebasan, pendidikan, latihan dan maklumat, kerjasama antara koperasi-koperasi dan prinsip
terakhir adalah perihatin terhadap komuniti. Sebagai contoh, P.R. Dubashi dalam bukunya yang
berjudul Principle and Philosophy of Co-operation pernah menulis bahawa faktor kejayaan bagi
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
sesebuah koperasi dalam melaksanakan prinsip koperasi ialah sangat bergantung sama ada
koperasi berkenaan telah dapat memenuhi keperluan pendidikan dalam koperasinya atau
sebaliknya. Sesebuah koperasi yang gagal untuk menjalankan sebarang program pendidikan
dalam koperasinya, besar kemungkinan akan gagal juga dalam pelaksanaan prinsip koperasi
yang lain dalam koperasi berkenaan.
2.0 PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT PRINSIP KELIMA KOPERASI
Pelopor Rochdale telah meletakkan pendidikan dan latihan koperasi sebagai satu agenda penting
dan teras kepada perkembangan dan pembangunan koperasi. Selaras dengan itu, pendidikan dan
latihan koperasi telah dimartabatkan sebagai prinsip kelima koperasi. Prinsip ini menegaskan
bahawa koperasi perlu menyediakan pendidikan dan latihan untuk Anggota, Angota Lembaga
Koperasi (ALK) yang dipilih, pengurus dan perkerja yang dilantik agar mereka boleh
menyumbang dengan berkesan terhadap pembangunan koperasi mereka.
Bagi meningkatkan penerimaan masyarakat terhadap koperasi dan menggalakkan
pertumbuhan sektor ini, Dasar Koperasi Negara (DKN) yang dilancarkan pada tahun 2003 telah
menekankan agar ilmu dan kefahaman berkoperasi dipupuk di kalangan masyarakat Malaysia.
Bahkan dasar ini turut memberi keutamaan peningkatan ilmu koperasi dan latihan kemahiran
sebagai strategi untuk membentuk gerakan koperasi yang kompeetitif, mantap dan berdaya saing.
Pendidikan dalam koperasi tidak terbatas kepada pendidikan formal sahaja tetapi
termasuk apa jua yang dapat dipelajari secara tidak langsung melalui proses pembelajaran
sepanjang hayat (Report Of The ICA Commission on Cooperative Principle). Justeru, pendidikan
dan latihan kemahiran mestilah dijalankan sepanjang hayat dalam pelbagai kaedah dan cara
dengan matlamat untuk membangunkan modal insan yang proaktif, cekap dan berdaya saing
dalam gerakan koperasi.
Pendidikan dan latihan dalam koperasi mempunyai peranan untuk memberikan
kefahaman dan membentuk warga koperasi yang dapat menghayati falsafah serta prinsip
berkoperasi disamping mengamalkan nilai-nilai koperasi seperti berdikari, membantu dan hormat
menghormati. Penghayatan pendidikan dan latihan juga dapat membentuk sikap dan tingkah laku
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
warga koperasi serta menjadikan mereka lebih aktif, bertanggungjawab dan komited terhadap
koperasi yang dianggotai.
Pendidikan dan latihan koperasi juga mempunyai peranan untuk mewujudkan pemimpin
dan tenaga kerja koperasi yang produktif, cekap dan professional serta mempunyai pandangan
dan sikap yang lebih terbuka kepada perubahan. Ini akan dapat membolehkan mereka untuk
memimpin mentadbir koperasi dengan lebih cekap dan efektif dan membentuk koperasi menjadi
institusi yang mempunyai daya saing dalam ekonomi tempatan dan global.
Melalui pendidikan koperasi, pemimpin koperasi dapat menterjemahkannya dalam
pentadbiran, dan pengurusan koperasi serta mengenal pasti kekurangan atau permasalahan yang
terdapat dalam koperasi masing-masing. Kemudahan ini perlu dimanfaatkan oleh pemimpin
koperasi untuk diri sendiri dan anggotanya. Kerana agensi luar tidak menawarkan kursus
berkaitan dengan pendidikan koperasi.
2.1 Pendidikan
Pendidikan yang dimaksudkan adalah sebagai proses yang berterusan untuk kemajuan individu
seumur hidup (a life long process) menurut Sharifah Alwiyah Alsagoff yang ada dijelaskan di
dalam bukunya “Falsafah Pendidikan”. Untuk melahirkan koperator yang berpegang teguh
kepada jati diri koperasi, maka program pendidikan terutama pendidikan koperasi perlu
dirancang dan disusun dengan teratur. Koperasi berdaftar perlu mengambil langkah-langkah
tertentu untuk memastikan tidak ada anggotanya tercicir daripada mengikuti program pendidikan
koperasi. Penyusunan dan penyelenggaraan program pendidikan koperasi secara sistematik dan
konsisten akan menjaga imej pergerakan koperasi kerana melalui program ini ia dapat memberi
kefahaman, meningkatkan ketaatsetiaan, meningkatkan anggota baru dan meningkatkan motivasi
di kalangan anggotanya serta membantu pihak pentadbiran dari idea perniagaan.
SKM, MKM dan ANGKASA merupakan agensi yang bertanggungjawab menyediakan
program pendidikan koperasi untuk warga koperasi. Berasaskan modul pendidikan yang
disediakan oleh agensi tersebut, pihak pengurusan dan pentadbiran koperasi perlu mengenal pasti
kesesusaian modul dengan mengikut setiap komponen yang ada di dalam struktur organisasi
sesebuah koperasi itu sendiri bagi memantapkan lagi pergerakan koperasi. Kepentingan
mengadakan program pendidikan koperasi adalah sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
dan mengelakkan perpecahan dikalangan setiap struktur organisasi serta dapat memberi
sumbangan yang positif kepada pihak pentadbiran dan pengurusan. Selain daripada itu, dengan
mengikuti kursus jangka panjang atau pendek, akan membantu pihak koperasi dalam
meyebarkan ilmu koperasi kepaa anggota lain atau orang ramai yang berminatt untuk
mengetahui koperasi.
Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah Negara. Pendidikan
dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi,
budaya, politik, sosial, dan sebagainya. Dengan pendidikan, kehidupan manusia boleh berubah
dalam sekelip mata. Pendidikan juga merupakan asas penting kepada setiap individu. Maka,
pendidikan berupaya mengubah corak kehidupan seseorang ahli dalam sesebuah Negara.
Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang berakhlak tinggi, berpengetahuan
luas, bijaksana dalam membuat keputusan, dan tegas dalam mengendalikan emosi seterusnya
dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah Negara. Di dalam konteks koperasi
pula, dengan adanya pendidikan di kalangan anggota koperasi, ALK serta pihak pengurusan
koperasi, dapat menambahkan pengetahuan, mempertingkatkan daya pemikiran dan kecekapan
untuk berkerja serta menjadikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap koperasi yang
dianggotai oleh mereka. Pendidikan di dalam koperasi juga merupakan pendidikan seumur hidup
sama ada untuk memajukan sesebuah koperasi itu sendiri mahupun diri mereka sendiri.
2.2 Latihan
Latihan merupakan proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin,
bertujuan menambah pengetahun dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa
dalam organisasi mahupun kopersi. Ini dapat dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran
seperti kursus, latihan semasa berkerja dan program mentoring/coaching atau yang seumpama
dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi dan
koperasi.
Kepentingan melibatkan anggota koperasi dalam setiap jawatankuasa merupakan
pendekatan yang perlu diamalkan oleh setiap koperasi. Latihan yang berterusan hendaklah
dirancang secara rapi kepada semua anggot akoperasi, ALK dan pihak pengurusan bagi
memastikan objektifnya tercapai dan hala tuju koperasi masing-masing tidak menyimpang
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
daripada nilai dan prinsip berkoperasi. Koperasi akan ada barisan pelapis yang berupaya
berkhidmat pada bila-bila masa diperlukan sekiranya koperasi mengamalkan prinsip kelima ini
melalui penyediaan latihan sama ada kepada anggota koperasi itu sendiri, ALK atau bahagian
pengurusan koperasi.
2.3 Maklumat
Maklumat adalah sistem yang menterjemahkan mesej supaya dapat disimpan, mendapatkan
kembali dan kemudiannya dimanipulasikan dan akhirnya menjadi sumber akhir yang sedia untuk
digunakan. ALK boleh mewujudkan bulletin bulanan koperasi masing-masing. Maklumat
koperasi yang diperoleh daripada majalah Wawasan (SKM), Dimensi Koop (MKM), dan
Pelancar (ANGKASA) adalah sebagai bahan rujukan mengenai koperasi yang boleh diberikan
kepada anggota koperasi mahupun bukan anggota koperasi. Selain daripada itu, koperasi juga
boleh menyebarkan maklumat mengenai koperasi atau meningkatkan kefahaman berkoperasi
menerusi laman web. Perkongsian maklumat antara koperasi-koperasi merupakan perkara yang
dapat memajukan setiap koperasi.
3.0 SEJARAH PENDIDIKAN KOPERASI
Apabila gerakan koperasi diperkenalkan di Negara ini pada tahun 1922, tiada program secara
formal telah disediakan berkaitan soal latihan dan pendidikan. Walau bagaimanapun terdapat
sedikit latihan yang dianjurkan oleh pegawai Jabatan Kemajuan Kerjasama secara ad-hoc.
Dengan bertambahnya bilangan dan kegiatan koperasi mula dirasakan perlunya program
pendidikan dan latihan koperasi dijalankan secara formal dan tersusun. Maka pada tahun 1956
dengan bantuan kewangan daripada The Development and Welfare Fund, Maktab Koperasi
Malaysia (MKM) ditubuhkan dan bermulalah satu era bagi perkembangan dan peningkatan
koperasi di Malaysia.
Pada tahun 1968, sebuah Akta Parlimen diluluskan bagi menjadikan MKM sebuah badan
berkanun di bawah kementerian pertanian. Perbelanjaan mentadbir MKM disumbangkan oleh
gerakan koperasi di Negara ini mengikut perintah Akta Koperasi 1993, Seksyen 57 (2) yang
menyebutkan bahawa tertakluk kepada subseksyen (7), tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
daripada untung bersih terauditnya bagi tahun kewangan yang sebelumnya, membayar apa-apa
jumlah wang yang ditentukan oleh Menteri kepada mana-mana institusi pendidikan koperasi atau
mana-mana koperasi menegah atau atasan yang telah diisytiharkan oleh Menteri sebagai badan
yang mewakili gerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa atau kepada kedua-
duanya atau kepada kumpulan wang amanah pendidikan koperasi yang ditubuhkan di bawah
peraturan-peraturan bagi memajukan prinsip koperasi.
Ini bermakna sesebuah koperasi di Negara ini dimestikan membayar sebahagian daripada
keuntungan bersihnya kepada tabung yang disebut sebagai Kumpulan Wang Amanah Pendidikan
Koperasi yang diseliakan oleh kementerian berkenaan yang mengawasi pembangunan koperasi.
Fungsi MKM termasuklah mengembang dan menggalakkan pendidikan dan latihan koperasi bagi
memenuhi keperluan koperasi di negara ini dan pegawai dari agensi kerajaan yang mengawasi
koperasi. MKM menawarkan kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang.
Selain daripada MKM, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga pernah menyediakan latihan
kepada pegawai mereka terutamanya dalam aspek teknikal dan dasar berkaitan syarikat
kerjasama asas tani. Lembaga kemajuan ikan Malaysia (LKIM) juga pernah menjalankan
kegiatan latihan kepada koperasi berasaskan perikanan di Negara ini. ANGKASA sebagai
organisasi induk kepada gerakan koperasi dan Jabatan Pembangunan Koperasi (SKM) juga
menjalankan pelbagai program pendidikan dan publisiti kepada anggota koperasi. Banyak juga
tumpuan telah diberikan kepada aspek pendidikan kepada anggota koperasi.
4.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KOPERASI
Pendidikan, latihan dan maklumat penting untuk kemajuan dan pembangunan koperasi. Prinsip
ini juga mampu menanam sikap, pengetahuan dan kefahaman yang diperlukan dalam diri
anggota bagi menghadapi cabaran, masalah dan kepentingan diri secara umum. Keduanya
prinsip ini mampu menjana sifat-sifat kepimpinan dan semangat berpasukan dalam kalangan
anggota bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah bersama dengan tindakan secara
berkumpulan dan seterusnya prinsip ini mampu melahirkan kecekapan dan tabiat yang dirasakan
perlu kepada anggota supaya mereka boleh menyelesaikan permasalahan ekonomi dan sosial
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
dalam koperasi dengan cara yang berkesan. Oleh itu, prinsip ini merupakan salah satu prinsip
yang terpenting yang perlu sesebuah koperasi amalkan.
5.0 PELAN PENDIDIKAN KOPERASI
Koperasi menjalankan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang
tertentu mengikut jenis kegiatan atau fungsi sesebuah koperasi itu sendiri. Antara fungsi koperasi
yang terdapat di Malaysia adalah seperti perbankan, kredit, pengguna, perumahan,
pengangkutan, perindustrian, pertanian/perladangan, dan perkhidmatan. Maka, setiap koperasi
perlu menjalankan prinsip pendidikan dan latihan kepada anggotanya atau pihak pengurusannya
sama ada ALK atau pengurusan pentadbiran koperasi. Pelan pendidikan koperasi diperlukan bagi
memastikan setiap komponen di dalam struktur organisasi koperasi terlibat dengan prinsip
koperasi yang kelima ini.
5.1 Komponen Di Dalam Struktur Organisasi Koperasi Dan Peranannya
Sistem pentadbiran koperasi dapat dijelaskan dengan lebih mudah berdasarkan struktur
organisasi koperasi. Struktur organisasi menerangkan susunan dan saling berkaitan di antara
komponen-komponen yang terdapat dalam sesebuah organisasi. Struktur organisasi juga
menentukan pembahagian aktiviti-aktiviti kerja dan menunjukkan bagaimana fungsi bagi setiap
aktiviti yang berlainan dihubungkan dan sedikit sebanyak ia juga menunjukkan peringkat
pengkhususan aktiviti-aktiviti kerja tersebut. Ia juga amenjelaskan tentang hierarki dan struktur
autoriti atau kuasa dalam sesebuah organisasi. Struktur organisasi koperasi menerangkan
hubungan kait di antara setiap komponen yang wujud dalam koperasi. Struktur organisasi
koperasi juga menunjukkan pembahagian tanggungjawab setiap komponen secara keseluruhan
yang perlu dipatuhi bagi menentukan kelicinan perjalanan sesebuah koperasi. Struktur organisasi
boleh dilihat dengan jelas melalui carta organisasi. Di dalam carta organisasi, kita boleh
memahami bagaimana rantaian arahan berlaku. Rantaian arahan ini menggambarkan arah aliran
kuasa membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi. Sebagai organisasi yang unik, koperasi
mempunyai struktur organisasinya yang tersendiri. Struktur organisasi koperasi boleh
digambarkan dengan lebih jelas dalam carta organisasi koperasi berdasarkan rajah 1 berikut :
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
Rajah 1 Carta Organisasi Koperasi
Berdasarkan rajah tersebut jelas bahawa sistem pentadbiran dan pengurusan koperasi terbahagi
kepada empat komponen utama iaitu anggota koperasi yang diwakili oleh kuasanya dalam
mesyuarat agung, ALK, JAD, dan pengurusan koperasi iaitu tenaga kerja koperasi. Empat
komponen yang utama ini mempunyai fungsi, tanggungjawab dan kuasa masing-masing dalam
mentadbir dan mengurus koperasi.
5.1.1 Anggota
Peranan anggota adalah penting di dalam pentadbiran koperasi. Maju atau mundurnya koperasi
adalah bergantung kepada sokongan padu anggota-anggotanya yang merupakan pemilik dan juga
pelanggan.
Seksyen 2, Akta Koperasi 1993 mentafsirkan “anggota” termasuklah seseorang atau sesuatu
koperasi berdaftar yang diterima menjadi anggota mengikut peraturan-peraturan dan undang-
undang kecil. Ini menjelaskan bahawa apabila seseorang telah diterima menjadi anggota maka ia
akan terikat dengan undang-undang pertubuhan tersebut. Ini dijelaskan lagi dalam peruntukan
MESYUARAT AGUNG
(Anggota-Anggota)
JURUAUDIT
LUAR
LEMBAGA
(Dilantik Oleh MA) PENASIHAT/
PENAUNG
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
(Dilantik Oleh MA)
J/K Audit Dalaman
(Dilantik Oleh ALK)
JAWATANKUASA
FUNGSI
PENGURUSAN
BELIAN JUALAN KEWANGAN PERJAWATAN STOR
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
Seksyen 17, Akta Koperasi 1993 yang menyatakan bahawa undang-undang kecil hendaklah
mengikat anggota-anggota.
Apabila menyertai koperasi, setiap anggota perlu tahu mengenai peranannya sebagai seorang
anggota koperasi bagi memastikan kemantapan gerakan koperasi. Antara peranan anggota yang
penting adalah sebagai pemilik, penyumbang modal, pengawal dan juga pengguna.
Sebagai anggota, anggota memainkan peranan yang besar dalam memberi pendidikan koperasi
kepada anggota baru. Ini dapat menarik orang ramai untuk menyertai koperasi apabila mereka
mengetahui faedah dan kelebihan berkoperasi. Malahan setiap anggota koeprasi itu sendiri perlu
memahami dengan jelas mengenai kepentingan berkoperasi untuk membolehkan mereka menjadi
anggota yang aktif. Oleh itu, sebagai pemilik koperasi, anggota berupaya untuk mengawasi
perjalanan pentadbiran koprasi supaya tidak terkeluar dari amalan prinsip dan falsafah koperasi
sekiranya prinsip pendidikan latihan dan maklumat diberikan kepada anggota.
5.1.2 Anggota Lembaga Koperasi (ALK)
Anggota Lembaga Koperasi (ALK) diistilahkan sebagai pegawai koperasi yang diamanahkan
oleh anggota untuk menjalankan tugas di bawah kuasa peraturan-peraturan dan undang-undang
kecil koperasi. Barisan ALK dipilih dengan sewajarnya dalam Mesyuarat Agung Tahunan
mengikut kehendak Seksyen 43 Akta Koperasi 1993. ALK bertanggungjawab membuat dasar,
menjalankan pentadbiran sebaik mungkin demi mencapai matlamat penubuhan. Pendidikan.
latihan dan maklumat perlu diberikan kepada ALK untuk memberikan pendedahan yang lebih
baik mengenai kepimpinan dalam berkoperasi.
5.1.3 Juruaudit Luar
Pemilihan juruaudit luar dicadangkan atau dipilih oleh anggota dalam Mesyuarat Agung
Tahunan dan kemudiannya dilantik oleh ALK. Juruaudit luar sama ada sebuah firma audit
ataupun Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berperanan untk mengaudit atau memeriksa
akaun akhir sesebuah koperasi selepas tamatnya tempoh tahun kewangan. Juruaudit Luar
bertanggungjawab memeriksa kewangan dan pengurusan yang telah dilaksanakan oleh pihak
ALK dalam sesuatu tahun berkenaan. Juruaudit Luar bertanggungjawab untuk membuat laporan
kepada Pendaftar (SKM) dan anggota dalam Mesyuarat Agung Tahunan tentang hasil
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
pengauditannya. Pendidikan boleh diberikan kepada Juruaudit Luar memandangkan ada
sesetengah firma audit tidak mampu untuk melakukan audit koperasi kerana kurangnya
pengetahuan mengenai kewangan koperasi itu sendiri.
5.1.4 Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD)
JAD dilantik oleh ALK dan tempoh perkhidmatannya adalah selama setahun. JAD
dipertanggungjawabkan untuk memastikan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan koperasi
dengan mengadakan satu sistem kawalan dalaman yang baik. JAD berperanan memeriksa rekod
perakaunan dan rekod yang lain yang berkaitan dengan urus niaga koperasi. JAD perlu
memastikan petadbiran dan pengurusan sesebuah koperasi selaras dengan matlamat penubuhan,
perundangan koperasi dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan. Untuk memantapkan lagi
sistem kawalan dalaman koperasi, JAD boleh terlibat di dalam pendidikan dan latihan yang
berkaitan dengan ruang lingkup tugas sebagai JAD.
5.1.5 Pengurusan
Pengurusan merupakan tenaga kerja yang dilantik oleh ALK untuk menguruskan perjalanan atau
operasi harian koperasi. Pengurusan koperasi perlu mempunyai kemahiran dan kelayakan
tertentu untuk melaksanakan dasar, keputusan dan tindakan yang telah ditentukan oleh ALK dari
semasa ke semasa. Pendidikan dan latihan dapat membantu pihak pengurusan koperasi
melaksanakan dasar dan keputusan yang telah dibuat oleh ALK dengan menghadiri kursus-
kursus yang bekaitan dengan setiap fungsi pengurusan.
5.2 Mengenalpasti Sasaran Peserta Pendidikan Dan Latihan Koperasi
Dalam pelaksanaan Pelan Strategik Pendidikan dan Latihan dalam Koperasi, mengenalpasti
sasaran peserta adalah penting kerana untuk memastikan Pendidikan atau Latihan atau Kursus
yang diberikan itu adalah bersesuaian di dalam setiap komponen struktur organisasi koperasi.
Sasaran peserta membawa maksud kepada siapa latihan dan pendidikan ini diberikan
berdasarkan kepada tugas dan tanggungjawabnya. Keperluan latihan dan pendidikan kepada
warga koperasi dapat menyokong gerakan koperasi untuk mencapai prestasi yang lebih baik.
Antara sasaran peserta yang terlibat di dalam pendidikan dan latihan adalah mereka yang terdiri
daripada warga koperasi iaitu ; Anggota, ALK, JAD, dan pihak pengurusan koperasi.
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
i. Anggota Koperasi
Anggota merupakan ahli yang telah mendaftarkan diri dalam sesebuah koperasi dan telah
diterima menjadi anggota koperasi mengikut perundangan koperasi. Untuk menjadi
seorang anggota koperasi, mengikut Undang-Undang Kecil seseorang itu harus berusia
18 tahun bagi koperasi dewasa dan 12 tahun bagi koperasi sekolah. Selain daripada itu,
anggota layak menjadi anggota koperasi apabila seseorang itu bermaustatin atau
mempunyai tanah dan berkerja di kawasan operasi koperasi.
ii. AnggotaLembaga Koperasi (ALK)
Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dilantik oleh anggota di dalam Mesyuarat Agung
Tahunan. Anggota memberikan kuasa kepada ALK yang dilantik untuk mentadbir
koperasi. ALK adalah daripada anggota koperasi itu sendiri yang terdiri daripada
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dan juga beberapa Jawatankuasa Anggota Lembaga
yang lain.
iii. Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD)
Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) dilantik oleh Anggota Lembaga Koperasi di dalam
mesyuarat lembaga. JAD dipertanggungjawabkan dalam urusan mengaudit segala rekod-
rekod kewangan mahupun rekod-rekod yang berkaitan dengan urus niaga koperasi.
iv. Pengurusan
Pengurusan di dalam koperasi adalah pihak yang menguruskan operasi koperasi
berdasarkan kepada keputusan dan arahan yang telah dilakukan oleh pihak Anggota
Lembaga. Pengurusan terdiri daripada Penyelia atau Pengurus Koperasi, Kerani atau
Kakitangan Koperasi dan sebagainya.
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
5.3 Pendidikan Dan Latihan Koperasi Setiap Struktur Organisasi Koperasi
Pendidikan dan latihan koperasi adalah penting bagi setiap struktur organisasi koperasi kerana
dapat memberikan pendedahan yang lebih baik lagi kepada struktur organisasi mengenai ilmu
dalam pengurusan koperasi. Selain daripada itu, dengan pengamalan prinsip koperasi yang
kelima ini, koperasi dapat melahirkan koperator yang hebat dan berdaya saing baik dari segi nilai
dan jati diri koperasi dan juga pengurusannya di dalam koperasi. Jadual 1 menunjukkan
pendidikan dan latihan atau kursus yang bersesuaian dengan setiap struktur organisasi.
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
Jadual 1 Pendidikan dan Latihan Mengikut Komponen Struktur Organisasi Koperasi
KOMPONEN
STRUKTUR
ORGANISASI
PERANAN
PENDIDIKAN/
LATIHAN/
KURSUS
TUJUAN
PENDIDIKAN/
LATIHAN/
KURSUS
Ahli Lembaga Koperasi
(ALK) & Jawatankuasa
Audit Dalaman (JAD)
- Mentadbir koperasi dan menguruskan koperasi sebaik mungkin demi mencapai matlamat penubuhan.
- Memimpin koperasi.
- Mengkaji dan meluluskan strategi, perancangan perniagaan dan dasar-dasar serta memantau tahap kerja pihak pengurusan yang mengendalikan perniagaan koperasi.
- Memastikan pentadbiran selaras dengan matlamat penubuhan.
- Mengadakan mesyuarat agung dan mengemukakan laporan auditnya kepada Lembaga, Mesyuarat Agung dan SKM.
- Menjalankan tugas-tugas mengaudit dan membuat laporan
Kursus Wajib 1, 2, 3, 4
Pengurusan Dan Pentadbiran Koperasi (wajib 1).
Pengurusan Kewangan Koperasi (wajib 2)
Pengurusan Strategik (wajib 3)
Tatacara Pengauditan Dan Perakaunan Koperasi (wajib JAD)
- Memberi pendedahan berkaitan ciri-ciri pentadbiran koperasi serta amalan pengurusan yang baik.
- Memberikefahaman berkaitan kepentingan.
- Memberi pendedahan berkaitan teknik-teknik analisis, pemilihan dan kawalan pengurusan strategik.
- Mengenal pasti impak dan hasil amalan pengurusan strategik ke atas peserta dan kopearsi yang telah mengikuti program di MKM
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
KOMPONEN
STRUKTUR
ORGANISASI
PERANAN
PENDIDIKAN/
LATIHAN/
KURSUS
TUJUAN
PENDIDIKAN/
LATIHAN/
KURSUS
Pengurusan
(Kakitangan)
- Tenaga kerja yang dilantik oleh Lembaga untuk menguruskan perjalanan atau operasi harian Koperasi.
- Segala dasar dan keputusan yang ditentukan oleh anggota lembaga akan dilaksanakan oleh pihak pengurusan dengan cara terbaik.
- Melakukan tugas seperti menguruskan hal ehwal keanggotaan, aktiviti perniagaan dan Pengurusan kewangan.
- Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi (Wajib 1) – Pengurus Koperasi
- Penyediaan Laporan Tahunan Koperasi
- Memberi pendedahan berkaitan ciri-ciri pentadbiran koperasi serta amalan pengurusan yang baik.
- Memberi kefahaman mengenai penyediaan laporan tahunan koperasi mengikut peruntukan Undang-Undang Koperasi
Anggota - sebagai pemilik koperasi, pengguna atau pelanggan koperasi.
- mengambil tindakan apabila dirasakan perlu bagi mengelakkan koperasi mengalami kerugian atau kegagalan.
- mematuhi dan memahami undang-undang kecil koperasi
- Memahami Undang-Undang Kecil Koperasi
- Kem Pemantapan Kepimpinan Koperasi
- memahami peruntukun undang-undang kecil koperasi mengenai hak dan kewajipan anggota.
- memberi pendedahan kepada anggota berkaitan dengan kepentingan kerja dalam koperasi.
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
6.0 KEBERKESANAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN KOPERASI
Program latihan yang berkesan merujuk kepada keupayaan program latihan tersebut mencapai tujuan
dan objektif kursus yang telah digariskan. Menurut Newstorm (1980), bagi mendapatkan program
latihan yang berkesan, perancangan program latihan haruslah direka bentuk bersesuaian dengan
masalah yang dihadapi dan berlandaskan kepada keperluan semasa.
Bagi organisasi dan individu yang menjayakan latihan, penilaian sama ada latihan telah Berjaya
mambawa sesuatu perubahan positif atau kebaikan seperti yang dilakukan oleh pelatih adalah sangat
penting bagi maklumbalas untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti latihan pada masa hadapan
(Leslie Rae, 1992). Begitu puan, penilaian haruslah dianggap sebagai satu alat kepada pendidikan dan
latihan yang berkesan.
Dalam koperasi, keberkesanan pendidikan dan latihan mampu dilihat dari segi bagaimana
koperasi itu ditadbir dan diuruskan baik pihak pengurusan koperasi itu sendiri, Anggota Lembaga
Koperasi, dan juga anggota koperasi. Sekiranya sebuah koperasi itu berjaya mengamalkan tadbir urus
koperasi yang baik, maka koperasi itu telah dapat memenuhi keperluan pendidikan dan latihan dalam
koperasinya. Sesebuah koperasi yang gagal untuk menjalankan sebarang program pendidikan dalam
koperasinya pula, besar kemungkinan akan gagal juga dalam pelaksanaan prinsip koperasi yang lain
dalam koperasi berkenaan.
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
7.0 KESIMPULAN
Aspek pendidikan dan latihan diutamakan dalam koperasi selaras dengan natural koperasi sebagai
sebuah organisasi yang berasaskan kepada keanggotaan. Tanpa pendidikan dan kefahaman yang
jitu, seseorang anggota koperasi tidak akan komited dan menyokong koperasinya. Justeru itu,
anggota, pemimpin dan tenaga pengurusan koperasi perlu diberi pendidikan dan latihan yang
secukupnya. Modal insan yang terlatih akan menghasilkan koperasi yang berkualiti dan berdaya
saing. Tanggungjawab mendidik dan melatih anggota terletak kepada koperasi masing-masing. Walau
bagaimanapun, di Negara ini terdapat institusi khusus bagi melatih dan mendidik warga koperasi iaitu
MKM. Bidang Latihan dan pendidikan koperasi di Malaysia sangat mencabar memandangkan
keperluan untuk menyediakan tenaga terlatih dan profesional dalam setor koperasi begitu mendesak,
selaras dengan hasrat kerajaan dan DKN.
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
8.0 RUJUKAN
Idris Ismail, Mohd Safaai Said., 2012. Pengenalan Koperasi: Utusan Publications & Distributtors Sdn
Bhd.
Pusat Pentadbiran dan Perundangan Koperasi Pusat Penyelidikan dan Konsultasi., 2006. Pentadbiran
Koperasi:Maktab Kerjasama Malaysia
Hayati Md.Salleh, Asha’ari Arshad, Ahmad Faizal Ashaarani, Norbiha Kasmuri., 2008. Gerakan
Koperasi Di Malaysia: Maktab Kerjasama Malaysia
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
9.0 LAMPIRAN
Takwim Pendidikan dan Latihan,Maktab Koperasi Malaysia
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
Contoh Borang KursusMKM
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI
Contoh BorangPusat Latihan Koperasi (PULAKOP),
SKM
16
MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI