PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERTAJUK KERJA PAIP
TINGKATAN SATU
MOHAMAD NIZAM BIN ABU
Universiti Teknologi Malaysia
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMATA PELAJARAN BERTAJUK KERJA PAIP TINGKATANSATU.
SESI PENGAJIAN: 2005/2008
Saya MOHAMAD NIZAM BIN ABU( HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di
Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti
berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ()
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanSULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam akta rahsia rasmi 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telahditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikandijalankan)
TIDAK TERHADDisahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: Dr. Yeo Kee JiarNo. 20, Jln. Ixora 1/8, Tmn Ixora, BBST,43900 Sepang Selangor Darul Ehsan .Tarikh: 28 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dantempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Tandatangan : ………………………….
Nama Penulis : DR YEO KEE JIAR
Tarikh : 28 APRIL 2008
i
PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERTAJUK KERJA PAIP
TINGKATAN SATU
MOHAMAD NIZAM BIN ABU
Laporan Projek ini dikemukakanSebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda TeknologiSerta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti PendidikanUniversiti Teknologi Malaysia
April, 2008
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya in adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap – tiap satuny telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ………………………….
Nama Penulis : MOHAMAD NIZAM BIN ABU
Tarikh : 28 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha mengasihani.Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan semesta alam.Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Buat Aruah Ayahanda Dan Bondaku,
HAJI ABU BIN HASSANHAJJAH FATIMAH BINTI HAJI SAAD
Perjuangan dan Pengharapan mu Ku teruskanDemi mendidik anak bangsa menjadi insan
Gemilang, Cemerlang TerbilangAl Fatihah.
Buat Isteri Tersayang
RANITAH BINTI MOHAMED MOKHTARPengorbananmu tiada siapa yang dapat membalasnya
Ketabahanmu menjadi inspirasiku meneruskan perjalanan Ilmu yang tiadanoktahnya.
Kesabaranmu tiada batasannya.
Buat Anak -Anak tersayang
NURNABILAH, NUR NAJIHAH, NUR NADIRAHMUHAMMAD RADHI DAN MUHAMMAD REDZA
Kehadiran kalian menceriakan hidupku
Buat PensyarahDR. Yeo Kee Jiar
Buat Rakan RakanTeruskan Perjuangan dan perjalanan Ke peringkat TertinggiSokongan, bantuan kalian akan ku kenang ke akhir hayatku
Terimakasih
iv
PENGHARGAAN
Segala puji – pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat danhidayahNya, penyelidikan ini dapat di sempurnakan seperti yang diinginkan.Selawat serta salam ke atas jjunjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allahyang amat dikasihi.
Setinggi – tinggi ucapan penghargaan kepada Pensyarah penasihatpenyelidikan, DR YEO KEE JIAR yang telah banyak menghulurkan bimbingan,tunjuk ajar, panduan serta nasihat dan kritikan bermakna dalam proses sayamembuat penyelidikan ini. Dorongan serta gallakan yang diberikan memberimotivasi yang tinggi terhadap penyelidikan ini. Terima kasih tidak terhingga danhanya Allah S.W.T yang mengetahui dan membalas jasa – jasa yang sangatbermakna ini.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Penyelidikan, KementerianPelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Selangor Darul Ehsan. Pengetua, guru – guruserta pelajar – pelajar tingkatan satu Satu Sekolah Menengah Bandar Baru SalakTinggi, Sepang ,Selangor Darul Ehsan. Sekalung budi dan ucapan terima kasihterhadap mereka kerana terlibat secara langsung dalam penyelidikan ini.
Buat isteri tersayang Puan Ranitah Bt. Mohamed Mokhtar serta anak anakyang di kasihi, Pengorbanan kalian serta doa restu mengiringi kehidupanku dimenara gading dan tidak lupa buat Abang, kakak serta adik beradik yang lain , tanpabantuan dan dorongan kalian sukar bagi ku meneruskan pengajian di Kampus ini.Hanya Allah S.W.T yang mengetahui dan membalas jasa – jasa mereka ini.
Akhir Sekali buat rakan – rakan seperjuangan yang banyak memberidorongan serta sokongan. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibatsecara langsung atau pun secara tidak langsung. Terima kasih di atas segala bantuandan sokongan ikhlas.
v
ABSTRAK
Penggunaan bahan berupa perisian multimedia dalam bidang pendidikan
banyak menyumbang kepada keberkesanan kaedah pengajaran masa kini. Ekoran
daripada perkembangan yang pesat dalam multimedia, maka wujudlah konsep
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK). Walaupun terdapat
pelbagai pilihan perisian multimedia pendidikan pada masa kini, namun perisian
multimedia pendidikan berlandaskan sukatan pelajaran adalah amat terhad
terutamanya bagi matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah.
Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan satu Perisian PPBK dengan
gabungan teks, grafik, animasi dan bunyi bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan Satu bertajuk “Kerja Paip”. Isi kandungan
perisian ini disusun berdasarkan sukatan pelajaran dan buku teks Kemahiran Hidup
Bersepadu Tingkatan Satu. Perisian yang dibangunkan dipaparkan melalui
Macromedia Flash MX 2004 dan Adobe Photoshop. Strategi pengajaran dalam
perisian telah meyepadukan pelbagai media seperti grafik, teks, animasi dan
interaktiviti untuk menghasilkan perisian multimedia yang lebih berkesan dan
menarik. Selain penggunaannya dalam pengajaran, perisian ini juga memberikan
peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran melalui pembelajaran
kendiri. Perisian ini dinilai dari segi reka bentuk program komputer dengan
menggunakan boring soal selidik. Respons soal selidik menunjukkan bahawa
perisian PPBK dalam kajian ini telah berjaya dibangunkan mengikut keperluan
spesifikasi yang telah ditetapkan.
vi
ABSTRACT
The use of multimedia in the field of education has contributed greatly
towards the effectiveness of teaching methods today. As a results of rapid
development in multimedia, it has triggered Computer Assisted Teaching (CATL).
Although there are many choices of sample multimedia software available in the
market, the availability of local software based on syllabus in our country is still
limited especially in the subject of Living Skills. This research intended to produce a
CATL software integrates several media such as graphics, text, animation and
interactivity for the topic Of “Plumbing” in the subjects of Integrated Living Skills
for Form One in Secondary School Integrated Curriculum. The Contents of this
courseware were based on the syllabus and text book of Integrated Living Skill for
Integrated Secondary School Form One. Macromedia Flash MX 2004 and Adobe
Photoshop authoring tool were used to develop this software. Its was able to
integrate several media such as graphics and effective for learning. The development
of this software was aimed to provide teachers with effective teaching aid in the
teaching process. Parallel to this, the software could also enable students to evaluate
their skills and knowledge through self learning. The software developed in this
research was evaluated based on computer program designed by using a set of
questionnaire. The result showed that the CATL software has been successfully
developed in this research in accordance to standard specifications.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN PENYELIDIK ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI LAMPIRAN xii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
PENGENALAN
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Rasional Perisian 5
1.3.1 Menarik Dan Mudah Digunakan 6
viii
1.3.2 Berorentasikan Pengguna 6
1.3.3 Berinteraktif dan Efektif 6
1.4 Pernyataan Masalah 7
1.5 Objektif Projek 7
1.6 Kepentingan Perisian 8
1.7 Skop Perisian 8
1.8 Definasi Istilah 9
1.8.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer 9
1.8.2 Perisian 9
1.8.3 Multimedia 10
1.8.4 Interaktif 11
1.9 Penutup 12
SOROTAN PENULISAN
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Pembelajaran Berbantukan komputer 14
2.2.1 Teks 15
2.2.2 Grafik 15
2.2.3 Animasi 16
2.2.4 Video 16
2.2.5 Audio 16
2.3 Isi pelajaran Kerja Kaip 17
2.4 Aplikasi Teori Teori Pembelajaran PPBK 18
2.4.1 Teori Behaviorisme 18
2.4.2 Teori Konstruktivisme 20
2.4.3 Teori Kognitivisme 22
ix
2.5 Aplikasi Teori Dalam Reka Bentuk Perisian
PPBK
24
2.6 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan Komputer 25
2.6.1 Interaktif dan Merangsang 25
2.6.2 Menarik dan Menyeronokkan 26
2.6.3 Maklum Balas Serta - merta 26
2.6.4 Mudah Alih 26
2.6.5 Pengajaran Individu 26
2.6.6 Pengekalan Informasi Yang berkesan 27
2.6.7 Keseronokan Menggunakan Komputer 27
2.7 Kelemahan Pembelajaran Berbantukan
Komputer. 27
2.7.1 Bergantung Kepada Sistem Main Balik
Komputer 27
2.7.2 Masa Pembangunan Perisian 28
2.7.3 Kepakaran Tinggi 28
2.7.4 Kos Pembangunan PBK 28
2.7.5 Kepintaran Perisian 29
2.7.6 Terlalu Menyeronokkan 29
2.8 Perisian – Perisian Dalam Pengajaran
Berbantukan Komputer ( PPBK ) 29
2.8.1 Macromedia Authourwere 29
2.8.2 Adobe Photoshop 30
2.8.3 Sonic Foundry Sound Forge 30
2.8.4 Ulead Cool 3D 31
2.8.5 VCD Cutter 31
2.9 Penutup 32
x
REKA BENTUK PERISIAN
3 REKA BENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Am 34
3.3 Model Reka Bentuk Am 34
3.4 Perisian – Perisian dalam Pengajaran
Berbantukan Komputer ( PPBK ) 36
3.4.1 Perisian Yang Digunakan 36
3.4.2 Perkakasan 39
3.5 Carta aliran Perisian 41
3.6 Kajian Penggunaan Perisian 42
3.7 Penutup 42
HASIL REKA BENTUK PERISIAN
4 HASIL REKA BENTUK PERISIAN
4.1 Pendahuluan 43
4.2 Pakej Perisian 43
4.3 Reka Bentuk Antara Muka 44
4.4 Kandungan Perisian 47
4.5 Pengujian Perisian PBK 58
4.5.1 Pemprosesan Data Pengujian 56
4.4.2 Dapatan Hasil pengujian Perisian PBK 57
4.6 Penutup. 60
xi
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pendahuluan 61
5.2 Perbincangan 61
5.2.1 Faktor Kepakaran 62
5.2.2 Sub Topik Yang Terhad 63
5.2.3 Faktor Masa 63
5.3 Implikasi 63
5.4 Cadangan 65
5.5 Penutup 66
RUJUKAN 68
xiv
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model Rekabentuk Hannafin Dan Peck 35
3.2 Carta Alir Perisian 40
3.3 Carta Aliran Keseluruhan Operasi 41
4. 1 Daftar Pengguna 45
4.2 Maklumat Pengguna 45
4..3 Memeriksa Login Id Pengguna 46
4..4 Diterima Masuk 46
4..5 Id Salah 46
4.6 Menu Pengguna 47
4.7 Butang Perisian 47
4.8 Mengenai Perisian 48
4.9 Objektif Perisian 48
4.10 Kredit Perisian 49
4.11 Butang Tutorial 49
4.12 Menu Tutorial 50
4.13 Tutorial 1 50
4.14 Tutorial 2 51
4.15 Tutorial 3 52
4.16 Tutorial 4 52
4.17 Soalan Objektif 53
4.18 Soalan Subjektif 53
4.19 Keputusan Kuiz 54
4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54
4.21 Butang Keluar 55
4.22 Menu Keluar 55
xv
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantuan Mengajar
CD - Compact Disk
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PPBK - Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
P & P - Pengajaran dan Pembelajaran
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Teknologi komputer telah mula diperkenalkan di negara kita pada awal tahun
1980-an. Penggunaan komputer di sekolah pada masa itu amat terbatas dan
berfungsi sebagai alat tambahan ataupun untuk tujuan pengajaran literasi komputer
sahaja. Jauh sekali untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Peranan guru pada masa itu adalah sebagai pembekal dan
penyampai maklumat yang mutlak.
Penguasaan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar sekolah merupakan asas
tunjang kepada kemajuan sesebuah negara yang ingin melihat dan mencapai
matlamat menjadikan rakyatnya mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
tinggi. Oleh itu kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran perlulah diubah
supaya seiring dengan negara- negara maju yang menggunakan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang lebih efektif.
Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru
dalam sejarah pendidikan. Sejak dahulu lagi ramai penyelidik telah berusaha untuk
mengkaji serta memperkenalkan cara-cara bagaimana komputer dapat digunakan
untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Akan tetapi, pada masa itu
penggunaan komputer amat terhad disebabkan faktor-faktor seperti harga komputer
yang terlalu tinggi dan kekurangan orang yang pakar dalam bidang penggunaan
2
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kini dengan perkembangan
teknologi moden, segala masalah itu telah dapat diatasi.
Komputer sudah menjadi suatu media pengajaran yang membolehkan
pengajaran disampaikan kepada pelajar dengan atau tanpa kehadiran seorang guru.
Maka timbullah istilah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer yang
menyaksikan penggunaan komputer sebagai suatu alat pengajaran yang penting,
begitu juga dengan perisian pengajaran yang digunakan. Menurut pendapat Kelly-
Bootle (2002) , pengajaran atau pembelajaran berbantukan komputer bermaksud
setiap yang dihubungkan secara dalam talian (on-line). Pendapatnya adalah
mengenai interaksi antara pelajar dengan komputer melalui perisian PBK
Dalam negara kita yang sedang menuju ke arah era teknologi maklumat
( IT ), penggunaan komputer menjadi semakin penting dalam kehidupan seharian
kita. Hampir setiap rumah mempunyai sebuah komputer dan bukannya menjadi
perkara yang luar biasa. Kecanggihan komputer pada masa kini membolehkan
pelbagai aktiviti dilakukan menggunakan komputer. Pada masa dahulu komputer
hanya digunakan di pejabat-pejabat, tetapi pada masa kini komputer ianya
digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti pembelajaran, permainan, berhibur,
berhubung dan berniaga disamping harganya tidak lagi mahal. Menurut Dato’ Seri
Dr Mahathir Mohammad, untuk maju seperti negara maju lain, Malaysia harus
menguasai teknologi maklumat dan multimedia ( Berita Harian 1998 ).
Dalam bidang pendidikan Teknik dan Vokasional, penggunaan multimedia
belum digunakan secara menyeluruh lagi terutama dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup berbanding dengan mata pelajaran lain seperti Sains dan Matematik.
Sejak akhir-akhir ini pembinaan perisian untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran amat digalakkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan
pihak sekolah. Semasa di universiti dan di maktab perguruan lagi, bakal-bakal guru
diberikan tunjuk ajar dalam konsep-konsep asas pembinaan perisian berorientasikan
3
pendidikan (Baharuddin Aris; Rio Sumarni Shariffudin; Manimegalai Subramanian
2002). Asas pembangunan perisian tersebut diharap akan diaplikasikan oleh guru –
guru untuk menghasilkan perisian pengajaran yang lebih berkesan
Kemunculan sekolah bestari yang semakin pesat sejak akhir-akhir ini
menyebabkan berlakunya perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan PBK dan multimedia dalam
proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah dan institusi pendidikan menjadi
semakin giat. Pembelajaran berbantukan komputer adalah satu pendekatan yang
menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
Pada lazimnya isi mata pelajaran yang membabitkan mata pelajaran
Kemahiran Hidup memerlukan kefahaman konsep dan teori-teori yang kukuh. Oleh
itu penggunaan komputer adalah amat penting kerana guru dapat menunjukkan
gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu konsep kepada pelajar. Dengan
kemudahan komputer yang disediakan di sekolah-sekolah, penggunaan PBK boleh
diaplikasikan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini dalam pengajaran
mereka. Penggunaan perisian PBK ini boleh ditayangkan kepada pelajar dengan
menggunakan projektor dan layar putih. Selain itu pembelajaran berbantukan
komputer (PBK) adalah satu langkah penyesuaian untuk pelajar dalam konsep
sekolah bestari yang dilaksanakan kelak di negara ini.
Oleh itu para pendidik masa kini harus mengambil peluang untuk menimba
dan melengkapkan diri dengan ilmu untuk menghadapi keadaan ini untuk maju ke
hadapan. Tenaga pendidik juga harus menghadapi cabaran dan perubahan mengurus
dan menangani perubahan secara aktif serta berupaya untuk membimbing anak
bangsa menyesuaikan diri dengan zaman bermaklumat ini dan secara tidak langsung
proses perguruan ini akan dipandang tinggi dan dihormati generasi mendatang.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Datuk Abdul Rafie
Mahat dalam kata - kata aluan Buku Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran
(2002) menyebut bahawa penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran
sudah semestinya menjadi amalan harian seseorang guru. Dunia telah menghasilkan
pelbagai inovasi baru yang berupa produk perkakasan dan perisian pendidikan yang
canggih dalam pelbagai bentuk dan corak. Penghasilan produk tidak akan memberi
apa – apa faedah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya tidak
disusuli dengan proses aplikasi yang bermaksud penghasilan perisian kursus
(courseware).
Tahun 2000 merupakan tahun kesepuluh selepas tibanya era yang dikenali
sebagai ‘Knowledge Era’ atau ‘Era Pengetahuan’ (Trilling & Hood 1999). Komputer
merupakan satu alat penting dalam mendominasi era pengetahuan. Dengan
kemajuan yang begitu pesat dalam teknologi pengkomputeran dan terciptanya
komputer peribadi yang murah dan berkeupayaan tinggi, komputer telah digunakan
secara lebih meluas dalam bidang – bidang seperti perniagaan, perubatan,
pentadbiran kerajaan, hiburan dan juga pendidikan. Penggunaan komputer pada
masa ini telah mengubah cara manusia berkerja, belajar dan berhibur.
Oleh itu , Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Unit
Teknologi Komputer khusus untuk membina perisian PPBK bagi mata pelajaran
teras iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik (Yusuf Hashim,
1989). Mata pelajaran lain pembinaan perisian pengajaran adalah atas inisiatif guru
sendiri.
Dalam kertas kerja yang bertajuk ‘Alat Mengajar dalam Pelajaran Bahasa’
Noraziah (1981) menerangkan bahawa alat bantu memainkan peranan sebagai salah
satu bahagian yang padu (integral part) dalam proses pengajaran bahasa. Alat bantu
bertujuan menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murid dan
5
antara murid dengan murid serta membantu atau mempercepatkan proses
pemahaman mereka.
1.3 Rasional Pembangunan Perisian
Dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup sama ada di sekolah
rendah mahupun di sekolah menengah, konsep asas sesuatu tajuk amat penting dan
perlu disampaikan secara berkesan supaya pelajar dapat menguasai pelajaran
seterusnya yang memerlukan kefahaman konsep asas. Tajuk ‘Kerja Paip’dalam
matapelajaran kemahiran hidup teras tingkatan 1, merupakan pengajaran dan
pembelajaran yang sewajarnya diiringi penerangan yang jelas melalui ilustrasi. Jika
diajar dengan bantuan ABM tanpa animasi boleh mengelirukan pelajar dan
menimbulkan persoalan dari segi keberkesanannya.
Oleh itu penyelidik memilih tajuk ini sebagai projek multimedia interaktif
bertujuan untuk menghasilkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan dalam penyampaian konsep asas kerja paip.
Perisian PPBK mengenai kerja paip yang dibina oleh pengkaji dalam kajian
ini adalah berdasarkan permasalahan dan keperluan semasa yang dinyatakan oleh
para guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah.
Pembangunan perisian ini dapat memudahkan pengajaran dan pembelajaran tajuk
‘Kerja Paip’ bagi pelajar Tingkatan Satu di sekolah – sekolah menengah tempatan
selain menjadikan pembelajaran lebih efektif, berupaya, berinteraktif dan berjaya.
Tegasnya penyelidikan ini dijalankan untuk membina perisian yang :
6
1.3.1 Menarik dan Mudah Digunakan
Perisian PPBK yang dihasilkan dapat dimainkan berulang kali dan hal ini
dapat membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran sehingga dapat
memahaminya dengan baik. Perkara ini dapat membantu guru kerana agak tidak
munasabah bagi guru untuk mengulangi sesuatu isi pelajaran yang sama sedangkan
banyak lagi sukatan yang perlu di habiskan. Ini secara tidak langgsung membantu
guru untuk menyelia perkembangan pelajaran bagi pelajarnya dan merancang
aktiviti pembelajaran mengikut jadual.
1.3.2 Berorientasikan Pengguna
Dengan penggunaan perisian PPBK pelajar diberi peluang untuk
mempelajari isi kandungan pelajaran secara sendiri mengikut kemampuan masing –
masing. Hal ini penting kerana sebahagian pelajar tidak dapat mengikut pelajaran di
sekolah dengan baik. Faktor ini mungkin disebabkan kemampuan setiap pelajar
adalah berbeza. Dengan adanya bantuan pelbagai media dalam perisian ini,
pemahaman pelajar dapat ditingkatkan, sekali gus memantapkan pembelajaran
mereka berbanding dengan proses pengajaran biasa.
1.3.3 Berinteraktif dan Efektif
Aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan dengan
adanya perisian yang berbentuk multimedia dan interaktif. Sebagai contohnya,
penerangan bagi sesuatu konsep yang disusuli dengan animasi yang menjelaskan
konsep tersebut sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Pelajar hari ini
amat perlu didedahkan kepada penggunaan teknologi, ini memandangkan pada masa
hadapan mereka perlu tahu aplikasi teknologi seperti ini seiring dengan perubahan
zaman.
7
Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah perisian PBK Kemahiran Hidup
Tingkatan 1 bagi satu Subtopik Kerja Paip untuk kegunaan guru-guru yang mengajar
matapelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Satu berdasarkan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM).
1.4 Penyataan Masalah
Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah perisian PBK Kemahiran Hidup
Tingkatan 1 bagi satu Subtopik Kerja Paip untuk kegunaan guru-guru yang mengajar
matapelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Satu berdasarkan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM).
1.5 Objektif Projek
Objektif utama pembangunan perisian berasaskan CD-ROM adalah untuk
menghasilkan satu perisian multimedia pengajaran dan pembelajaran yang bertajuk
‘Kerja Paip’ dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Satu. Secara khusus,
objektif kajian ini adalah seperti berikut :
1.5.1 Membina satu perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) bagi tajuk Kerja Paip dalam matapelajaran kemahiran
hidup tingkatan satu.
1.5.2 Menghasilkan perisian PPBK yang mengandungi elemen – elemen kaedah
terarah kendiri.
1.5.3 Mengukur kepenggunaan perisian kepada guru dan pelajar tingkatan satu
yang mengambil matapelajaran kemahiran hidup.
8
1.6 Kepentingan Perisian
Pembangunan perisian ini diharapkan agar dapat:
i. Menambahkan bilangan perisian PBK yang interaktif dalam matapelajaran
Kemahiran Hidup.
ii. Membantu guru memberi penerangan yang jelas terhadap isi pelajaran dan
dapat menilai pencapaian murid.
iii. Mendorong pelajar belajar secara kendiri walaupun tanpa bantuan guru.
iv. Menambahkan minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Kemahiran
Hidup.
v. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak linear iaitu langkah-
langkah kerja – kerja projek yang sukar dapat ditunjukkan berulang-ulang
kali dengan mudah.
vi. Menerangkan sesuatu konsep dengan kaedah yang menarik dan
memudahkan pemahaman pelajar.
Diharapkan kajian ini akan dapat membantu untuk membentuk satu suasana
pembelajaran yang baru dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran selaras dengan perubahan dalam era teknologi maklumat.
1.7 Skop Perisian
Perisian ini dibina berdasarkan sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup
Tingkatan Satu Kerja Paip yang dibekalkan oleh KPM. Ia melibatkan tajuk –tajuk
kecil seperti :
i Sistem Bekalan Air Di Rumah
9
ii Jenis Paip, Penyambungan Paip, dan Bahan Pemasangan Paip
iii Jenis Dan Kelengkapan Paip
iv Kerja Penyenggaraan
v Latihan
vi Kerja- kerja Projek
1.8 Definisi Istilah
Terdapat beberapa definasi yang diguna pakai dalam membina sesbuah
perisian. Antaranya ialah Pendidikan bebantukan komputer, Perisian Kursus,
multimedia, dan interaktif.
1.8.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK).
Komputer berperanan sebagai alat bantu dalam pengajaran. PBK diasaskan
daripada teknologi pengajaran yang dinamakan Pembelajaran Terancang
(Programmed Learning) yang diilhamkan oleh Skinner B.F. Isi kandungan program
pengajaran terancang ini dibahagi kepada bingkai dan tetingkap. Pelajar yang
mengikuti program ini menjalankan pembelajaran bingkai ke bingkai (Frame to
frame) (Rio Sumarni, 1990).
1.8.2 Perisian
Perisian adalah hasil daripada bahan pengajaran yang telah diprogramkan
dan disimpan dalam media setoran seperti disket, pita, katrij, cakera keras atau CD
ROM (Norhashim et al 1996). Manakala meneurut Kemp et al. (1997) perisian ialah
program komputer yang muncul pada skrin dan mempunyai ciri - ciri seperti
dibawah :