Download - Pelan Tindakan Kebakaran 2013 2015
1 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
PELAN TINDAKAN KEBAKARAN
2013/2015
HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN
2 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
KANDUNGAN m/s
BAHAGIAN I : PENGENALAN, OBJEKTIF DAN SKOP PELAN TINDAKAN
A. PENGENALAN 3 B. OBJEKTIF 3 C. SKOP PELAN TINDAKAN 4
BAHAGIAN II: PERSEDIAAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
A. CARTA ORGANISASI 5
B. TANGGUNGJAWAB 7
C. KEMUDAHAN FASILITI DAN SISTEM AMARAN KEBAKARAN 14
BAHAGIAN III: PANDUAN DAN PROSEDUR BERTINDAK
A. PANDUAN BERTINDAK DAN MEKANISMA PANGGILAN 18 KECEMASAN
B. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN 19 C. PROSEDUR DAN PANDUAN EVAKUASI 20
D. CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK MENGHADAPI 23 KEBAKARAN HRPZ II i) CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK MENGHADAPI KEBAKARAN KAKITANGAN 23 ii) CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK MENGHADAPI KEBAKARAN PEGAWAI PENYELARAS WAD 24 iII) CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK MENGHADAPI KEBAKARAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN 25
BAHAGIAN IV: PEMINDAHAN PESAKIT DAN PENEMPATAN SEMULA
A. KATEGORI PESAKIT 26
B. TEKNIK PEMINDAHAN PESAKIT (CONTOH-CONTOH) 27
C. PENEMPATAN SEMULA PESAKIT SELEPAS EVAKUASI 30
LAMPIRAN 1: TEMPAT BERKUMPUL MENGIKUT ZON DAN JABATAN/UNIT
32
LAMPIRAN 2: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN HRPZ II – LOKASI BERKUMPUL
33
3 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
PELAN TINDAKAN MENCEGAH KEBAKARAN DAN
PANDUAN CARA BERTINDAK SEMASA KEBAKARAN
HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II, KOTA BHARU
BAGI TAHUN 2013/2015
BAHAGIAN l:
PENGENALAN, OBJEKTIF DAN SKOP PELAN TINDAKAN A. PENGENALAN
1. Kebakaran premis kediaman, kemudahan awam seperti hospital atau
seumpamanya adalah satu kemalangan tragis yang boleh dihindari atau dicegah sekiranya langkah-langkah keselamatan dan pencegahan diberi keutamaan dan diamalkan. Apabila berlaku kejadian kebakaran, kepantasan bertindak dengan cekap dapat mengurangkan kemusnahan hartabenda dan kehilangan nyawa. Kecekapan bertindak adalah bergantung sepenuhnya kepada kemahiran dan pengetahuan anggota.
2. Bagi memastikan semua anggota mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam menghadapi situasi kebakaran, persiapan rapi adalah perlu dibuat. Persiapan yang perlu termasuklah mempunyai Pelan Tindakan menghadapi kejadian yang merangkumi persiapan anggota dan kemudahan fasiliti.
B. OBJEKTIF
Memastikan organisasi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dalam keadaan sentiasa selamat dari segi bahaya kebakaran dan semua anggota mempunyai kemahiran menggunakan peralatan melawan kebakaran serta berkeupayaan bertindak untuk memberi bantuan menyelamat apabila berlaku kebakaran di samping mengamalkan carakerja yang selamat.
4 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
C. SKOP PELAN TINDAKAN
Panduan ini merangkumi:
1. Organisasi Jawatankuasa Pencegahan Dan Menyelamat Kebakaran
2. Persediaan dan langkah-langkah pencegahan dan menyelamat kebakaran termasuklah:
i. Tanggungjawab anggota.
ii. Kemudahan peralatan melawan kebakaran dan sistem mengesan
kebakaran.
iii. Pemeriksaan dan audit keselamatan berkaitan bahaya kebakaran.
iv. Latihan meningkatkan kemahiran anggota menggunakan
peralatan melawan kebakaran.
3. Prosidur bertindak:
i. Mekanisma panggilan bantuan kecemasan
ii. Evakuasi apabila berlaku kebakaran.
4. Teknik-teknik pemindahan pesakit.
5. Penempatan Semula Pesakit Selepas Evakuasi
5 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
BAHAGIAN ll:
PERSEDIAAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
A. CARTA ORGANISASI
Satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Mencegah dan Menyelamat Kebakaran dibentuk. Penolong Pegawai Keselamatan bertindak sebagai Ketua Penyelaras Kebakaran yang akan dibantu oleh ketua-ketua Jabatan / Unit / Wad sebagai penyelaras unit masing-masing. Jawatankuasa ini bertanggungjawab kepada Sekretariat Bencana dan Keselamatan HRPZ II sebagai jawatankuasa induk yang dipengerusikan oleh Pengarah Hospital.
1. Fungsi jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
i. Menyediakan Pelan Tindakan dan Garis Panduan serta Polisi
berkaitan pencegahan kebakaran HRPZ II
ii. Mempastikan yang kakitangan sedar dan faham mengenai Polisi Mencegah Kebakaran ini.
iii. Membuat audit keselamatan untuk mencegah kebakaran yang
berpunca dari aktiviti kerja dan keadaan persekitaran tempat kerja.
iv. Mendidik kakitangan dan penghuni bangunan akan kepentingan
alat-alat pencegahan kebakaran dan cara penggunaannya.
v. Bekerjasama dengan pihak Radicare (M) Sdn. Bhd, Cawangan Kota Bharu yang bertanggungjawab mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pencegahan kebakaran seperti mengadakan latihan kebakaran, demonstrasi penggunaan alat- alat pencegah kebakaran dan sebagainya sebagaimana perjanjian konsesi penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital.
vi. Bekerjasama dengan Jabatan Bomba untuk mendapat khidmat
nasihat kepakaran berkaitan dengan aktiviti di atas.
6 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
2. Carta Organisasi bagi Ahli Jawatankuasa Mencegah dan Menyelamat Kebakaran adalah terdiri daripada :
PENGERUSI Pengarah Hospital
(Dato’ Dr. Hj. Ghazali Hasni b. Hj. Md. Hassan. Ext:*9669)
KOORDINATOR
Timbalan Pengarah (Pengurusan) (Pn. Lim Lee Siew. Ext:*9663)
PENYELARAS LATIHAN DAN KEJURUTERAAN
Pengurus Operasi Radicare Cawangan Kota Bharu (En. Nor Asri b. Mohd Nor. Ext:2538)
KETUA PENYELARAS KEBAKARAN
Penolong Pegawai Keselamatan (Pn. Noraida bt. Md Nor. Ext:*9824)
SETIAUSAHA
Pembantu Keselamatan (i. En. Mohd Sabari b. Mat Rani. Ext:*9071) (ii. Pn.Wan Norlailawati bt. W. Ibrahim. Ext:9076)
AHLI :
i. Timbalan Pengarah (Pembedahan) (Dr. Wan Hazimah bt. Wan Mohamed. Ext:*9661)
ii. Timbalan Pengarah (Klinikal) (Dr. Puteri Nurbaya bt. Mohamad Ismail. Ext:*9664)
iii. Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma (Dr. Razak b. Daud. Ext:*9129)
iv. Ketua Jabatan Farmasi (Pn. Siti Fatimah bt. Abdullah. Ext:*9607)
v. Ketua Jabatan Sajian & Diatetik (Pn. Suriyati bt. Hj. Abdul Rahman. Ext:*9859)
vi. Ketua Jabatan Patologi (Dr. Saleena bt. Awang. Ext: *9514)
vii. Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan (Pn. Zailawati bt. Mamat. Ext:*9997)
viii. Ketua Unit Rekod Perubatan (Pn. Siti Suhana bt. Mustafar. Ext:*9688)
ix. Ketua Unit Perhubungan (PRO) (En. Zaid b. Ahmad. Ext:*9559/*9310)
x. Ketua Penolong Pengarah PPA (Pn. Wee Lip Ping. Ext:*9039)
xi. Ketua Penolong Pengarah Sumber Manusia (Cik Madihah bt Ramli. Ext:*9659)
xii. Penolong Pengarah (Pentadbiran) (Pn. Nor Ilyani bt. Inche Kamaruddin. Ext:*9667)
xiii. Ketua Penyelia Pen. Pegawai Perubatan (Tn. Hj. Mohd Yashim b. Latif. Ext:*9729)
7 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
xiv. Ketua Penyelia Jururawat (Matron Zainun bt. Che Ngah. Ext:*9640)
xv. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (En. Abd. Aziz b. Othman. Ext:*9874)
xvi. Ketua Unit Hasil / Bahagian Daftar Pesakit (Pn. Faizah bt.Hj. Shamsuddin. Ext:*9689)
xvii. Ketua Pasukan Bomba Sukarela HRPZ II (En. Rosdi b. Mat Ali @ Hamad. Ext:*9010)
xviii. Penyelia Pengawal Syarikat Kawalan Keselamatan
(En. Mohd Nasir b. Mustaffar. Ext: 010-5705015)
B. TANGGUNGJAWAB
1. Semua Warga HRPZ II
i. Bertanggungjawab memahami prosedur pencegahan kebakaran.
ii. Mengetahui lokasi alat pemadam api dan kedudukan panel penggera sistem amaran kebakaran (breaks glass) ditempatkan terutama di kawasan berdekatan tempat kerja masing-masing.
iii. Tahu tatacara menggunakan alat pemadam api yang
disediakan.
iv. Boleh bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan alat-alat pemadam api yang berdekatan tetapi tidak membahayakan diri. (Jangan bertindak jika bersendirian dan tidak yakin)
v. Mengetahui laluan menyelamatkan diri/keluar dari kawasan
kerja apabila berlaku kebakaran dan mengetahui tempat berkumpul (assembly point)
vi. Bertangungjawab memaklumkan kepada Ketua Jabatan/ Unit:
a. Jika mana-mana jalan keluar terhalang atau pintu kecemasan
/ rintangan api tidak berfungsi (berkunci tetapi tiada anak kunci kecemasan / anak kunci tidak sepadan dengan kunci yang dipasang)
b. Jika alat pemadam api hilang, terlindung, dirosakkan, melebihi
tarikh pemeriksaan semula atau tidak boleh digunakan lagi.
c. Jika terdapat panel penggera sistem amaran kebakaran (breaks glass) terlindung.
8 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
vii. Jika mendengar pengumuman “BINTANG MERAH.....”
a. Tinggalkan bangunan melalui pintu keluar yang paling berhampiran dengan seberapa segera yang boleh dengan tenang (bagi petugas klinik/wad hendaklah membawa keluar pesakit ke zon selamat sehingga di beri bantuan untuk ke tempat berkumpul / wad lain yang berhampiran – bagi pesakit yang memerlukan rawatan berterusan).
b. Laporkan diri di tempat berkumpul dan pastikan nama anda dipanggil semasa ‘roll call’ atau hitung kepala dijalankan
c. Jangan panik dan terus ke tempat berkumpul
d. Jangan berhenti atau berpatah balik untuk mengambil barang
kepunyaan anda.
e. Bersedia memberi bantuan apabila diminta berbuat demikian
terutama dalam usaha pemindahan pesakit dan peralatan hospital.
viii. Perlu mengetahui zon-zon berkumpul yang ditetapkan.
ix. Mahir dalam teknik-teknik memindahkan pesakit yang
memerlukan bantuan untuk bergerak.
2. Pengarah Hospital
i. Mengetuai dan memantau gerakan menyelamat, memeriksa kemerebakkan api/asap, dan bertanggungjawab menentukan peringkat serta memberi arahan evakuasi apabila perlu;
ii. Bertanggungjawab memastikan pesakit mendapat rawatan
sewajarnya semasa evakuasi;
iii. Bekerjasama dengan Ketua Pasukan Bomba bagi menyelaras kerja-kerja menyelamat;
iv. Mengarahkan Ketua Penyelia Jururawat dan Ketua Penyelia
Penolong Pegawai Perubatan untuk memanggil kakitangan tambahan jika perlu;
v. Membentuk satu Jawatankuasa Mencegah dan Menyelamat
Bencana Kebakaran dengan melantik Ketua Penyelaras dan Penyelaras Unit-unit;
vi. Menyelaras penempatan semula pesakit selepas evakuasi (jika
perlu)
9 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
vii. Menghubungi agensi-agensi luar untuk bantuan, terutama apabila Evakuasi Peringkat 3.
3. Koordinator
i. Menyelaras mesyuarat Ahli Jawatankuasa secara berkala;
ii. Memastikan latihan pencegahan kebakaran dilakukan;
iii. Memastikan latihan evakuasi / pemindahan pesakit (Fire Drill)
dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
4. Pakar Dan Pegawai Perubatan
i. Pakar dan Pegawai Perubatan di wad/unit bertanggungjawab
memastikan pesakit mereka mendapat rawatan perubatan sewajarnya semasa kebakaran dan pemindahan ke tempat selamat;
ii. Bertanggungjawab mengetuai atau menganggotai pasukan-
pasukan perubatan yang dibentuk oleh Pengarah Hospital untuk memberi rawatan segera kepada pesakit-pesakit di zon-zon berkumpul;
iii. Pakar dan Pegawai Perubatan mestilah menjadi contoh kepada
kakitangan lain dan pesakit dengan bersikap tenang dan tidak panik;
iv. Tenangkan pesakit.
5. Pegawai Keselamatan Kebakaran
Bertindak sebagai Ketua Penyelaras Kebakaran dan bertanggungjawab:
i. Menyelaras proses evakuasi mengikut peringkat-peringkat
evakuasi;
ii. Menyelaras tenaga manusia untuk membantu evakuasi dan kerja menyelamat/rawatan;
iii. Menyelaras hitungan kepala di zon-zon pengumpulan. Berhubung
dengan Bomba sekiranya ada kehilangan pesakit / personel;
10 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
iv. Memberi maklumbalas kepada Pengarah Hospital, Bomba dan PRO dari semasa ke semasa;
v. Meminta bantuan dari jabatan / unit hospital yang tidak terlibat
dengan kebakaran untuk membantu memindahkan pesakit atau menjalankan kerja-kerja menyelamat;
vi. Memastikan pesakit di zon-zon berkumpul diberi perhatian /
rawatan sewajarnya;
vii. Menyelaras pentadbiran Bilik Operasi Kebakaran dengan memastikan peralatan dan kakitangan bertugas sepanjang masa kebakaran berlaku;
viii. Memastikan kelancaran lalu lintas dan laluan kenderaan
kecemasan tidak terhalang;
ix. Menutup kawasan yang terlibat;
x. Bekerjasama dengan agensi luar seperti PDRM, Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain agensi penyelamat (jika perlu).
6. Ketua-Ketua Jabatan / Unit / Wad
Bertindak sebagai Penyelaras Kebakaran untuk jabatan / unit / wad dan bertanggungjawab:
i. Sekiranya berlaku kebakaran, hendaklah memastikan Pegawai
Khidmat Pelanggan (PKP) Hospital diberi tahu dengan SERTA MERTA – sekiranya gagal menggunakan telefon, cara-cara lain memberitahu hendaklah dibuat;
ii. Mengetuai tindakan memadam kebakaran dengan menggunakan
alat-alat pemadam api yang disediakan atau tindakan mengawal kebakaran tetapi tidak membahayakan diri. Jangan bertindak bersendirian dan jangan bertindak jika tidak yakin)
iii. Menyelaras pemindahan pesakit / peralatan di unitnya ke tempat
selamat atau menjauhi tempat kebakaran;
vi. Pastikan semua pesakit / kakitangan berada di tempat selamat, mengikut hitungan kepala dan bandingkan dengan senarai pesakit dan kakitangan;
11 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
v. Menyelaras tugas kakitangan jabatan / unit / wad semasa evakuasi;
vi. Memastikan semua suis peralatan elektrik kecuali lampu
dipadamkan semasa kebakaran;
vii. Memastikan rekod-rekod bersama pesakit;
viii. Tenangkan pesakit/pelawat supaya mereka tidak panik;
ix. Memastikan laluan kecemasan tidak terhalang;
x. Memastikan pelan tindakan kebakaran dan laluan kecemasan jabatan / unit / wad diketahui dan difahami oleh kakitangan jabatan / unit / wad;
7. Penyelaras Latihan Dan Kejuruteraan
i. Berkerjasama dengan Ketua Penyelaras Kebakaran dan Bomba untuk memberi latihan dan pengetahuan pencegahan kebakaran kepada warga HPRZ II;
ii. Memastikan peralatan pemadam kebakaran dan sistem peralatan
amaran kebakaran dapat berfungsi dengan baik;
iii. Membantu serta bekerjasama dalam pembentukan dan latihan Pasukan Bomba Sukarela HPRZ II.
8. Anggota Kejururawatan
i. Semua anggota kejururawatan hendaklah melaporkan diri di wad masing-masing apabila berlaku kebakaran dan berada bersama pesakit menunggu arahan untuk bertindak (bergantung kepada situasi). Jururawat hendaklah bertenang dan memberi keyakinan kepada pesakit supaya tidak panik;
ii. Maklumkan kepada pesakit yang tindakan menyelamat sedang
dijalankan.
12 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
9. Unit Perhubungan
i. Apabila diberitahu kejadian kebakaran berlaku di HRPZ II, Pegawai Khidmat Pelanggan hendaklah:-
a. Mengesahkan panggilan atau laporan yang diterima;
b. Membuat pengumuman melalui PA system menggunakan
Teks Pengumuman: “BINTANG MERAH!, BINTANG MERAH! DI…….( nyatakan tempat kebakaran), SILA BERI BANTUAN , DIULANGI ........ (ULANG 2 KALI )
c. menghubungi BOMBA dengan serta-merta dengan
menyatakan:
Nama Pemanggil dari HRPZ II
Lokasi kebakaran
Apa yang terbakar (jika boleh)
Jalan paling mudah untuk Bomba sampai ke lokasi kebakaran (jika boleh)
ii. Setelah BOMBA dihubungi pegawai-pegawai berikut mesti
diberitahu dengan SEGERA melalui panggilan CODE (*xxxx) atau SMS:
a. Pengarah Hospital
b. Ketua Penyelaras Kebakaran (Ketua Unit Keselamatan)
c. Pengurus Operasi Radicare Kota Bharu
d. Timbalan Pengarah Pengurusan dan Ahli Jawatankuasa
Mencegah dan Menyelamat Kebakaran HRPZ II
e. Unit Daftar Masuk
f. Jabatan Kecemasan dan Truma
g. Ketua Jabatan/ unit.
iii. PKP hendaklah mencatat masa setiap mesej diterima dan memberitahu pegawai atasan apabila diminta.
iv. Sentiasa bersedia untuk membuat pengumuman apabila
diarahkan oleh Pengarah Hospital atau Ketua Penyelaras Kebakaran.
13 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
Teks Pengumuman: BINTANG MERAH!, BINTANG MERAH! DI …….. (nyatakan tempat
kebakaran), SILA BERI BANTUAN , DIULANGI ....... (ULANG 2 KALI )
10. Pegawai Perhubungan Awam
Bertanggungjawab sebagai Pegawai Perhubungan bagi pihak hospital dengan agensi-agensi luar seperti media-massa, Jabatan Kebajikan Masyarakat, St. John Ambulan dan lain-lain.
11. Pengawal Keselamatan
i. Mengawal kawasan kebakaran dengan tidak membenarkan
sesiapa sahaja masuk melainkan dengan kebenaran pihak hospital;
ii. Bertindak memadam dan mengawal kebakaran;
iii. Mengawal lalulintas dan menunjuk arah kepada Bomba lokasi
kebakaran; dan
iv. Mengosong dan mengawal zon berkumpul bagi lokasi yang terlibat.
12. Pasukan Bomba Sukarela HRPZ II
i. Membantu pihak Pengurusan HRPZ II mencegah kebakaran daripada berlaku dan bertindak memadam kebakaran sekiranya berlaku;
ii. Bertindak mengawal kebakaran daripada merebak sementara
menanti kehadiran Bomba bagi mengelak kemusnahan besar- besaran;
iii. membantu kakitangan lain memindahkan pesakit dari zon
kebakaran / bencana ke zon berkumpul;
iv. membantu memindahkan pesakit dari zon berkumpul ke wad penempatan semula selepas evakuasi.
14 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
C. KEMUDAHAN FASILITI dan SISTEM AMARAN KEBAKARAN.
1. Alat Pemadam Api .
i. Alat Pemadam Api Jenis Balang
a. Alat pemadam api ditempatkan di tempat-tempat strategik setiap unit. Terdapat dua jenis alat pemadam api yang disediakan iaitu jenis ‘powder’ dan jenis ’CO2’. Jenis CO2 adalah lebih baik digunakan bagi memadamkan kebakaran peralatan.
b. Anggota hendaklah mahir cara menggunakan alat-alat ini.
Semua alat pemadam api ini diselengarakan secara berkala dan disahkan dalam keadaan baik oleh pihak BOMBA.
c. Urusan mendapatkan pemeriksaan dan pengesahan adalah
tanggung jawab syarikat Radicare Sdn. Bhd.
ii. ‘Hose Reel’
Alat pemadam api ini ditempatkan di lokasi yang strategik dan disambungkan kepada sistem pump air yang akan berfungsi secara automatik apabila tekanan air dalam saluran rendah (paip dibuka). Kemudahan ini diselengarakan secara berkala oleh pihak Radicare sebagaimana HSIP/PPM.
iii. Sprinkler
Alat ini adalah alat yang berfungsi secara automatik apabila ada kebakaran. Peralatan ini dipasang pada bangunan fasa 1 dan 2 sahaja.
15 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
iv. Cara Menggunakan Alat Pemadam Api.
Peringatan Hose Reel (air) Balang CO2 Balang Debu Hubungi BOMBA bila ada kebakaran
Sentiasa isi semula alat pemadam api selepas digunakan
Jenis Kebakaran (bahan terbakar)
Kayu, kertas, kain , sampah sarap
√
√
√
NO
√
√ Flammable liquid,
Petrol, kerosene, oils, alcohol, fats
Flamemmable
C gases, live electrical equipment
NO
√
√
Bagaimana Menggunakan
* Buka dan keluarkan
Pemancut.
* Tarik Hose keluar. * Buka valve dan
halakan ke arah api.
* Tarik pin keluar.
* Halakan kearah api
dan tekan ‘lever’.
* Tarik pin keluar.
* Halakan ke arah
api dan tekan ‘lever’.
Jarak (anggaran) kedudukan dari api
6 Meter
2 meter
3 meter
Tempoh Penggunaan (anggaran)
Tidak Terhad
10 hingga 15 saat
(bergantung kepada saiz)
10 hingga 15 saat
(bergantung kepada saiz)
2. Sistem Amaran Kebakaran (Fire Alarm System)
Sistem Amaran Kebakaran HRPZ II adalah sistem automatik dan manual. Berfungsi untuk mengesan kebakaran di peringkat yang paling awal dan memberi amaran kejadian.
16 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
Bil Jenis alat pengesan kebakaran
Lokasi
Fungsi
1.
Panel kawalan (Master Alarm Panel) Jenis Digital/ Addressable
Panel kawalan ini terletak di bilik operator telefon.
1. Memberi isyarat lampu mengikut zon dan
lokasi. 2. Bila sistem di aktifkan (secara automatik atau
manual) buzzer akan berbunyi “Bip” dan lampu petunjuk menyala mengikut zon dan Lokasi akan paparkan.
2.
Panel Penggera Kebakaran (Panel Breaks Glass)
Biasanya terdapat dilaluan utama dan tempat strategik, berhampiran dengan alat pemadam api.
Bila panel penggera dipecahkan secara manual :
1. Loceng amaran kebakaran akan berbunyi. 2. ‘Flassing Light’ pada lokasi kebakaran akan
menyala menunjuk tempat kebakaran dikesan, dan buzzer di Panel Utama akan berbunyi dan lampu menyala.
3
Pengesan Asap (Smoke Detector)
1. Pengesan Asap(
Smoke Detector) hanya ada di dalam bangunan fasa 1 dan 2.
Pengesan ini akan berbunyi apabila asap dikesan. Anggota yang mendengar bunyi alat ini perlu bertindak memeriksa dan mengaktifkan sistem penggera dengan memecahkan ‘glass panel’ jika perlu.
2. Pengesan asap yang
disambung ke Sistem Amaran Kebakaran dan disambung ke Panel Utama.
Pengesan ini akan memberi amaran secara automatik apabila asap dikesan. Loceng amaran berbunyi dan ditunjukkan pada panel kawalan.
4
Pengesan Haba (kepanasan)
Pengesan haba berada di dalam bangunan fasa 1 dan 2.
Pengesan ini mengesan bila meningkat suhu kepanasan iaitu melebihi 68°C. Alat ini berfungsi secara automatik. Loceng amaran berbunyi dan ditunjukkan pada panel kawalan.
3. Pemeriksaan Dan Audit Keselamatan
i. ALAT Pemadam api hendaklah dihantar untuk pemeriksaan dan pengesahan pihak berkuasa Jabatan BOMBA dan Penyelamat mengikut tarikh yang ditentukan. Pemeriksaan juga perlu dibuat terhadap sistem amaran kebakaran dan pam tekanan air sprinkler serta pintu-pintu rintangan api dan kecemasan secara berkala mengikut HSIP/PPM bagi memastikan ianya sentiasa
17 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
berada dalam keadaan berfungsi dengan baik. Tugasan ini adalah tanggungjawab pihak Radicare (M) Sdn. Bhd. sebagaimana dalam perjanjian penswastaan perkhidmatan sokongan hospital.
ii. Audit keselamatan hendaklah dibuat secara berkala dan
berterusan bagi memastikan carakerja terutamanya dalam penggunaan peralatan elektrik adalah selamat dari bahaya kebakaran. Penyusunan peralatan dan barang-barang tidak menghalang laluan menyelamat. Panduan menyelamat, tunjuk arah dan sebagainya adalah mencukupi.
iii. Ketua Penyelaras Kebakaran bersama Radicare (M) Sdn. Bhd.
hendaklah menguruskan audit keselamatan kebakaran hospital oleh pihak Bomba sekali dalam setahun.
Amalan berbahaya perlu diberi perhatian supaya tidak berlaku:
Overload
punca tenaga
Peralatan letrik
tidak
sempurna/rosak
Pembuangan
mancis
ditempat yang
tidak sesuai
Pastikan tiada
pesakit
merokok di
katil/wad
4. Latihan Meningkatkan Kemahiran Anggota
i. Bagi memastikan semua lapisan anggota mempunyai kemahiran dalam kerja menyelamat dan berkebolehan menggunakan peralatan melawan kebakaran, latihan hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.
ii. Latihan ini seeloknya dibuat merangkumi teori dan praktikal.
Kerjasama dan Bantuan dari Jabatan BOMBA dan Penyelamat mungkin diperlukan terutama dalam memberi ceramah dan pemerhati dalam latihan menyelamat dan keselamatan bangunan secara keseluruhan.
18 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
BAHAGIAN III:
PANDUAN DAN PROSEDUR BERTINDAK
A. PANDUAN BERTINDAK DAN MEKANISMA PANGGILAN KECEMASAN
1. Mengawal Keadaan
Adalah amat mustahak semasa terjadi atau dapat mengesan kebakaran langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi memastikan keadaan kelam kabut tidak terjadi dan semua yang terlibat dapat bertenang.
2. Bertindak Dengan Bijak
Apabila mengesan kebakaran adalah amat mustahak untuk mengambil tindakan yang segera bagi mengelak kebakaran dari merebak dan menyelamat orang yang betul-betul terdesak.
3. Tindakan Serta Merta Apabila Mengesan Kebakaran
i. Bunyikan Penggera kebakaran dengan memecahkan panel
penggera sistem amaran kebakaran (break glass) berhampiran yang terdapat di beberapa tempat (jika ada);
ii. Beritahu Jururawat / kakitangan jabatan / unit / wad yang
berhampiran dengan tempat kejadian;
iii. Maklumkan Unit Perhubungan HRPZ II yang seterusnya akan
membuat pengumuman dan menghubungi pasukan BOMBA dengan menyata lokasi kejadian dan jalan masuk ke tempat kejadian. Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) seterusnya memaklumkan kepada Pengarah Hospital dan Ketua Penyelaras Kebakaran;
iv. Pindahkan pesakit dan segala bahan yang mudah terbakar dari
kawasan kebakaran.
4. Cuba Halang Api Dari Merebak
Api atau asap boleh dihalang dari merebak dengan cepat dengan mengalihkan bahan mudah terbakar dari kawasan kebakaran dan dengan cara menutup pintu dan tingkap bilik yang berlaku kebakaran. Tetapi pastikan tiada sesiapa di dalam bilik berkenaan.
19 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
5. Cuba Padamkan Api.
Cuba memadam kebakaran dengan menggunakan alat-alat pemadam api yang berdekatan tetapi tidak membahayakan diri. (Jangan bertindak jika bersendirian dan tidak yakin)
6. Jika Terperangkap
Jangan panik, sentiasa bertenang. Selimutkan badan dengan kain/tuala yang basah (jika ada). Meniarap dan merangkak keluar dari kawasan yang berasap.
B. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN.
1. Selamatkan Pesakit
Pastikan semua pesakit yang berdekatan dengan tempat kebakaran dipindahkan ke tempat yang selamat atau terus lakukan evakuasi apabila diarahkan
2. Pastikan Semua Pesakit dan Kakitangan Meninggalkan Wad
Sebelum meninggalkan wad atau tempat yang berlaku kebakaran Ketua Jabatan/Unit atau wakilnya hendaklah memastikan semua pesakit/kakitangan/pelawat tidak tertinggal di mana-mana bilik.
3. Hitung Kepala
Adalah amat mustahak Ketua Jabatan/Unit membuat hitungan kepala bagi memastikan semua pesakit/kakitangan telah selamat atau sebaliknya dan tindakan menyelamat hendaklah diambil sekiranya pasti ada yang tertinggal.
4. Matikan Peralatan Elektrik
Pastikan semua peralatan dan perkakas yang menggunakan elektrik seperti kipas, cerek dan lain-lain dimatikan.
5. Bekalan Oksigen
Adalah menjadi tanggungjawab kepada Ketua Jabatan/Unit
memastikan sekiranya keadaan terdesak dan tiada pesakit yang menggunakan bekalan oksigen dan lain-lain gas perubatan putuskan
20 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
bekalan dan hubungi Bilik Kawalan Kejuruteraan (Radicare) untuk menutup bekalan oksigen berpusat.
6. Lampu
Sekiranya kebakaran berlaku jangan sekali-kali memadamkan lampu kerana cahaya lampu adalah mustahak dalam melakukan gerakan menyelamat .
7. Menunggu Ketibaan BOMBA
Ketua Penyelaras Kebakaran hendaklah memastikan seorang kakitangan / pengawal keselamatan hendaklah berada di hadapan hospital untuk menunggu pihak Bomba dan menunjuk jalan ke lokasi kebakaran.
C. PROSEDUR DAN PANDUAN EVAKUASI
Evakuasi bermakna pergerakan pesakit atau kakitangan atau orang perseorangan dari hospital atau mana-mana bahagian di hospital yang dibuat dengan cepat dan cara yang selamat kerana sesuatu bencana atau setelah pengistiharan evakuasi dibuat kerana sesuatu bencana.
1. Bagaimana Membuat Keputusan Evakuasi
Beberapa perkara yang mustahak perlu diambil kira dalam membuat keputusan untuk evakuasi. Perkara-perkara tersebut adalah:
i. Lokasi kebakaran
ii. Kemerebakan api/asap
iii. Adanya bahan-bahan mudah terbakar di tempat seperti oksigen,
alkohol dan lain-lain
iv. Jenis pesakit di wad
2. Kuasa Mengistiharkan Evakuasi
i. Pengistiharan evakuasi adalah tanggungjawab Pengarah Hospital
atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa olehnya atas nasihat Pegawai Bomba yang berada di tempat kebakaran. Walau bagaimanapun Pengarah Hospital atau
21 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
wakilnya boleh mengisytiharkan evakuasi demi keselamatan pesakit atau orang ramai sebelum ketibaan BOMBA.
ii. Keputusan untuk menentukan jenis pesakit yang perlu
dipindahkan dahulu semasa evakuasi hendaklah dibuat oleh pegawai terkanan yang berada di wad semasa kebakaran itu seperti Pakar atau Pegawai Perubatan atau Ketua Jururawat.
iii. Sekiranya malapetaka kebakaran yang melibatkan kecederaan
mangsa dengan bilangan orang tercedera melebihi 30 orang mangsa maka Ketua Penyelaras Kebakaran hendaklah memaklumkan kepada Pengarah Hospital untuk pengistiharan “Red Alert” dan tindakan seterusnya adalah sebagaimana yang digariskan dalam buku Panduan Pengurusan Bencana.
3. Peringkat–peringkat Evakuasi
Stage 1 -
Mengeluarkan Pesakit dari Kawasan Bahaya.
Semua personel dan pesakit dikumpulkan pada
jarak yang selamat dari api dan asap. Bila kawasan terbakar dikosongkan, tutup semua pintu bagi menahan api dan asap dari merebak cepat.
Stage 2
-
Membawa Pesakit ke tempat selamat
Jika api dan asap terus merebak, semua pesakit dan personel dipindahkan ke kawasan yang
lebih selamat . Jika bangunan bertingkat, pindahkan ke aras bawah.
Stage 3 - Evakuasi Bangunan Sepenuhnya.
Pelan Skematik : Peringkat Evakuasi
22 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
4. Hitung Kepala.
i. Apabila Evakuasi dilaksanakan penyelaras kebakaran setiap jabatan / unit / wad perlu memastikan pesakit / kakitangan berkumpul pada satu tempat yang telah ditetapkan dan hitungan kepala mesti dibuat untuk memastikan tiada yang tertinggal;
ii. Sekiranya ada pesakit / kakitangan didapati hilang selepas hitung
kepala dibuat, Ketua Penyelaras Kebakaran hendaklah dimaklumkan dengan segera.
5. Red Alert
Sekiranya malapetaka kebakaran yang melibatkan kecederaan mangsa dengan bilangan orang tercedera melebihi 31 orang mangsa maka Ketua Penyelaras Kebakaran hendaklah memaklumkan kepada Pengarah Hospital untuk pengistiharan “Red Alert” dan tindakan seterusnya adalah sebagaimana yang digariskan dalam Panduan Pengurusan Bencana
Teriakan sebegini menyebabkan
suasana panik dan sukar dikawal
JANGAN DIAMALKAN
D. CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK KEBAKARAN
i) CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK KAKITANGAN MENGHADAPI KEBAKARAN HRPZ II
BILA KEBAKARAN DI KETAHUI ATAU DIKESAN
Maklum kepada Ketua Jabatan/Unit/Penyelia/Pegawai Penyelaras
DAPATKAN BANTUAN.
Dapatkan bantuan daripada kakitangan
aPI
TERIAKAN SEBEGINI MENYEBABKAN SUASANA PANIK DAN SUKAR DIKAWAL JANGAN AMALKAN
Pecahkan BREAK GLASS PANEL terdekat
HUBUNGI PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (PKP)
sambungan : 2667
Cuba Padam Api.
LAWAN KEBAKARAN
(Gunakan Alat Pemadam Api atau Hose Reel yang berdekatan).
Halang Api Dari Merebak. (Jauhkan benda-benda yang boleh terbakar).
Selamatkan Diri jika keadaan tak terkawal dan pergi ke Tempat/Zon Berkumpul yang ditetapkan.
LAKUKAN KERJA MENYELAMAT *Pindahkan Pesakit ke Tempat Berkumpul yang ditetapkan *Periksa semua bilik dan pastikan semua pesakit telah keluar ke Tempat
Berkumpul *Tunggu bersama pesakit di Tempat Berkumpul sehingga bantuan tiba.
SELAMATKAN DIRI ANDA
Bertenang, selimutkan badan dengan kain basah.
Merangkak keluar dari kawasan berasap
Bantuan tiba/terus ke Tempat/Zon Berkumpul (apabila diarahkan).
BERKUMPUL DI TEMPAT/ZON BERKUMPUL
KEBAKARAN DIPADAMKAN
Tunggu makluman kebakaran telah dipadamkan oleh Pegawai Penyelaras Wad.
Pindahkan pesakit ke wad penempatan semula sebagaimana yang ditetapkan
Warga HRPZ II kembali bertugas
23 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
24 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
ii) CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK MENGHADAPI KEBAKARAN PEGAWAI PENYELARAS WAD/KLINIK/UNIT HRPZ II
PENYELARAS TERIMA MAKLUMAN MENGENAI
KEBAKARAN
BUAT PEMERIKSAAN DI LOKASI
KEBAKARAN UNTUK PENGESAHAN ARAHKAN SEORANG KAKITANGAN MENGHUBUNGI PEGAWAI KHIDMAT
PELANGGAN (EXT:2667) DENGAN SERTA MENGETUAI TINDAKAN MELAWAN
KEBAKARAN MERTA (JIKA KAKITANGAN BELUM
MENGHUBUNGI)
(JIKA KEBAKARAN TIDAK DAPAT DIKAWAL) ARAHKAN KAKITANGAN UNTUK PROSES
EVAKUASI/PEMINDAHAN PESAKIT
DAPATKAN BANTUAN DARIPADA
WAD-WAD TERDEKAT MEMANTAU/MENYELARAS PROSES
EVAKUASI/PEMINDAHAN PESAKIT MENGIKUT LALUAN YANG DITETAPKAN KE TEMPAT/ZON
BERKUMPUL DI TEMPAT/ZON BERKUMPUL (PEGAWAI PENYELARAS WAD/UNIT BUAT
HITUNGAN KEPALA)
BERKUMPUL
TIADA MANGSA
MELAPORKAN JUMLAH
KAKITANGAN KEPADA BOMBA
ADA MANGSA
TERPERANGKAP TERPERANGKAP
MENUNGGU ARAHAN SELESAI MEMADAM KEBAKARAN DAN MENGESAHKAN BANGUNAN SELAMAT OLEH BOMBA
OPERASI MENYELAMAT MANGSA
TERPERANGKAP OLEH BOMBA
DAPAT ARAHAN SELESAI MEMADAM KEBAKARAN DAN PENGESAHAN BANGUNAN TELAH SELAMAT OLEH BOMBA
PEMINDAHAN PESAKIT KE WAD SEMENTARA DAN BERSURAI
*Ketua Penyelaras di Jabatan /Klinik adalah Ketua Jabatan.
*Ketua Penyelaras di Wad adalah Ketua Jururawat U32
* Ketua Penyelaras di Unit adalah Ketua Unit.
25 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
iii) CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK MENGHADAPI KEBAKARAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (PKP) HRPZ II.
TERIMA LAPORAN KEBAKARAN 1. Catatkan Nama dan Lokasi Kejadian
2. Mengesahkan Kejadian dengan Penyelia/Ketua di
Lokasi Kejadian
Pengumuman Melalui P.A.System; Teks ; “BINTANG MERAH, BINTANG MERAH” ( 2 KALI ) SILA BERI BANTUAN DI ……. (NYATAKAN LOKASI KEJADIAN)
Hubungi BOMBA Nyatakan; 1. Nama Pemanggil 2. Lokasi Kejadian 3. Jenis Kebakaran 4. Jalan Pintas Ke
Lokasi Kejadian
Hubungi :-
Ketua Jabatan Pengarah
Pengurus Besar Radicare (M) Caw. HRPZ II
AHLI JAWATANKUASA KEBAKARAN HRPZ II 1. Timb. Pengarah (K) 2. Timb. Pengarah (P) 3. Ketua Jab. A&E 4. Ketua Jab. Farmasi 5. Ketua Jab. Sajian & Diatetik 6. Ketua Jab. Sosial Perubatan 7. Ketua Unit Rekod Perubatan 8. Ketua Unit Perhubungan 9. Penolong Pengarah Pentadbiran 10. Ketua Penyelia Pen.Peg.Perubatan 11. Ketua Penyelia Jururawat 12. Pen. Peg Kesihatan Persekitaran 13. Ketua Unit Hasil/Bhg Daftar Masuk 14. Ketua Pasukan Bomba Sukarela HRPZ II 15. Penyelia Pengawal Syarikat Kawalan
Keselamatan
Keselamatan
Farmasi
Kebajikan
Dapur
Makmal
** Tek Pengumuman: BINTANG MERAH, BINTANG MERAH DI …….( dinyatakan
tempat), SILA BERI BANTUAN , SAYA ULANGI ...
(ULANG 2 KALI)
26 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
BAHAGIAN IV:
PEMINDAHAN PESAKIT DAN PENEMPATAN SEMULA A. KATEGORI PESAKIT.
Disebabkan kesukaran mengerakkan pesakit ke zon-zon yang selamat dengan cepat serta bagi mempastikan pergerakan yang teratur dan terancang semasa berlaku kebakaran, pesakit dikelaskan mengikut kemampuan bergerak sendiri seperti berikut:
KATEGORI
KEBOLEHAN BERGERAK SENDIRI
CATATAN
Kategori 1 Pesakit yang tidak boleh bergerak langsung termasuk bayi-bayi
Boleh gunakan, beds,stretcher, blanket
Kategori 2 Berupaya untuk bergerak menggunakan peralatan dan dengan bantuan.
Boleh gunakan wheel chairs.
Kategori 3 Berupaya bergerak dengan bantuan
Boleh gunakan wheel chairs.
Kategori 4 Berupaya bergerak sendiri dengan menggunakan peralatan
Perlu dibantu semasa bergerak keluar
Kategori 5 Berupaya bergerak sendiri Dipindahkan secara berkumpulan dan dikawal supaya tidak panik dan kelam kabut.
NOTA
Adalah dicadangkan semasa evakuasi pesakit ketegori 5 dipindahkan dahulu, kemudian diikuti dengan kategori 4,3,2 dan 1
27 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
Kaedah ini boleh digunakan
kepada pesakit yang
B. TEKNIK PEMINDAHAN PESAKIT (CONTOH-CONTOH)
1. KAEDAH SATU JURURAWAT/ANGGOTA
1.1 ‘HUMAN CRUTCH (TONGKAT MANUSIA)’
Kaedah ini boleh digunakan bagi pesakit yang boleh bergerak dan memerlukan bantuan minima dan sedia bekerjasama
1.2 ‘REAR-ASSIST APPROACH’
memerlukan bantuan minima tetapi tidak bekerjasama kerana senile atau penyakit jiwa
28 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
1.3 MENGGUNAKAN KERUSI
Kaedah ini menggunakan kerusi untuk memindahkan pesakit
Pesakit berada dalam keadaan duduk di atas katil, dan kerusi diletakkan berhampiran katil. Pindahkan pesakit dari katil ke kerusi
Tarik kerusi bersama pesakit.
Sekiranya pergerakan perlu menuruni tangga dapatkan seorang pembantu bagi mengangkat pesakit menggunakan kerusi
1.4 MENGGUNAKAN SELIMUT
Letakkan selimut di atas lantai sepanjang katil
Pindahkan pesakit dari atas katil ke selimut
Tarik selimut perlahan-lahan ke tempat selamat
Tunggu hingga bantuan tiba
29 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
2. KAEDAH DUA JURURAWAT/ANGGOTA
2.1. ‘FORE AND AFT CARRY’
Kaedah ini mempunyai kelebihan :-
kerana tidak bergantung kepada saiz dan berat pesakit.
Boleh melalui jalan keluar yang sempit atau melalui jalan keluar yang banyak halangan
a. Jururawat pertama berdiri di bahagian belakang pesakit, memeluk pesakit dibahagian bawah ketiak dan memegang pergelangan tangan pesakit.
b. Jururawat kedua berdiri dihadapan pesakit dengan memegang kedua-dua
belah kaki dibawah lutut bersedia untuk mengangkat pesakit. Kedudukan Jururawat kedua adalah diantara kedua-dua kaki pesakit.
c. Untuk menurukan pesakit Jururawat kedua di dalam keadaan
menyangkung dan kemudian Jururawat pertama melepaskan pesakit perlahan-lahan
2.2. ‘SWING CARRY’
a. Kedua-dua jururawat berdiri di sisi pesakit
dan meletakkan tangan pesakit (pergelangan tangan pesakit) di atas leher mereka dan sokong bahagian belakang pesakit dengan memegang lengan antara satu sama lain
b. Kedua-dua jururawat meletakkan tangan
mereka di bawah lutut pesakit dan pegang lengan atau tangan satu sama lain
c. Untuk menurunkan pesakit, kedua-dua
jururawat membongkok dan meletakkan lutut mereka ke atas lantai sehampir yang boleh dengan pesakit dan turunkan pesakit perlahan-lahan.
30 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
C. PENEMPATAN SEMULA PESAKIT SELEPAS EVAKUASI
1. Kebakaran Di Bangunan Lama
WAD ASAL
PERPINDAHAN SELEPAS KEBAKARAN
PICU
TERATAI / ICU
WAD PEDIATRIK
(WAD 1, 4 & 5)
ANGGERIK
WAD PEDIATRIK
(WAD 2, 3 & PHDW)
WAD 2 KE WAD MELATI
WAD 3 KE WAD TERATAI
WAD PHDW KE WAD TEMENGGONG
O & G
MAWAR / GYNECOLOGY
WAD 8, 9 & 10
MENGIKUT DISIPLIN
WAD 26
WAD 29 / 30
PESAKIT PEREMPUAN KE WAD 28
WAD-WAD BERSALIN
PUTERI / HUSM
WAD 6
MEMINIMUMKAN PESAKIT
(DISCAJ YANG TIDAK KRITIKAL)
DEWAN BEDAH ZAMRUD
DEWAN BEDAH INTAN / FAIRUZ
KLINIK PEDIATRIK
KLINIK DEMATOLOGI
KLINIK ENT / OTOPEDIK / OFTAMOLOGI / BEDAH MULUT / PERUBATAN
KECEMASAN DAN TRUMA
RADIOLOGI LAMA
RADIOLOGI BARU
FARMASI
FARMASI SETELIT
JABATAN / SETOR FARMASI
SETOR FARMASI PENGKALAN CHEPA
FORENSIK
HOSPITAL DAERAH
31 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
2. Kebakaran Di Bangunan Baru Fasa 1 dan Fasa 2
KLINIK / WAD ASAL
PERPINDAHAN SELEPAS KEBAKARAN
DEWAN BEDAH INTAN / FAIRUZ
WAD ICU / HDW / CRW / CCU
HUSM
CSSU
HOSPITAL DAERAH TERDEKAT
PATOLOGI
HOSPITAL DAERAH / HUSM
WAD TERATAI
HUSM
WAD ANGGERIK
WAD 1, 4 & 5 / MEMINIMUMKAN PESAKIT (DISCAJ YANG TIDAK KRITIKAL)
WAD-WAD PERUBATAN
WAD 8, 9 & 10 / MEMINIMUMKAN PESAKIT (DISCAJ YANG TIDAK KRITIKAL) / MENGIKUT DISIPLIN
WAD MELATI
HOSPITAL DAERAH / HUSM (MENGIKUT DISIPLIN)
WAD MAWAR
WAD 11, 12, 24, 25 DAN HUSM
A & E
KLINIK KESIHATAN BANDAR (KKB)
RADIOLOGI
RADILOGI LAMA / HOSPITAL DAERAH
PSIKATRI
HUSM / MINIMUMKAN PESAKIT
(DISCAJ YANG TIDAK KRITIKAL)
HEMODALISIS
SAJIAN & DIATETIK
SUMBER LUAR/ SWASTA
32 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
LAMPIRAN 1
TEMPAT BERKUMPUL MENGIKUT ZON DAN JABATAN/UNIT
ZON TEMPAT
BERKUMPUL
JABATAN/UNIT/WAD
A
Jalan Masuk Utama
HRPZ II
Wad 1, 2, 3, 11, 12, Farmasi, Klinik ENT, Unit Rekod, Stor Rekod, Unit X-Ray Lama, Klinik Pakar Kanak-Kanak,Klinik O&G, Klinik Dermatologi, Klinik Orthopedik dan Klinik Bedah Mulut.
B
Jalanraya Hadapan
Dewan Bersalin
Wad 4, 5, 24, 25, Dewan Bersalin, Dewan Ibnu Sina, Dewan Syarahan CAPD, Dewan Bedah Zamrud, Klinik Respiratory, Stor Klinikal Waste, Rumah Doktor ‘On-Call’, dan Unit Respiratory Pediatrik.
C
Kawasan Parkir Belakang Balai
Pelawat
Wad 6, Bilik Matron Perubatan, Fisioterapi, Stor Farmasi, Wad Paliatif (Wad 26), Wad CRW/ICU Pediatrik, Makmal Perubatan, Bilik Ketua Jururawat Atas Panggilan (On-Call), Klinik & Wad Rehabilitasi, Surau Wad 6, Klinik Wound Care, Pejabat Cleansing, Unit Linen/Laundri, Jabatan Forensik dan Radicare.
D
Kawasan Parkir
Hadapan Jabatan Psikiatri
Kompleks Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental
E
Jalan Utama
Hadapan Balai Pelawat
Wad 8, 9, 10, 28, 29, 30, Jurupulih Carakerja, Balai Pelawat, Surau Balai Pelawat, Kantin, Perpustakaan,Unit Kawal Selia, Klinik Pakar Perubatan, Unit Keselamatan, Unit Perhubungan, Taska Corner, Dewan Bedah Fairuz, Unit Hasil/Bhagaian Daftar Masuk Pesakit, Unit Pendidikan Jarak Jauh USM,Jabatan Kecemasan&Trauma, Hemodialisis, Endoscopy, Kedai Hospimart, Jabatan Anestesiologi, Bilik Doktor ‘On-Call’, Wad ICU, Unit Kerja Sosial Perubatan, Dewan Bedah Intan dan tempat menunggu lelaki & perempuan.
G
Kawasan Parkir Tabung Darah
Jabatan Radiologi, MRI, Mamography, Tabung Darah, Jabatan Patologi, X-Ray (baru), CSSU dan Pusat Panggilan Kecemasan (OCC).
H
Kawasan Parkir
Kuarters
Pejabat Pengarah, Asrama Doktor Pelatih dan Kuarters Kakitangan
J
Kawasan Parkir
Dusun Muda
Wad Anggerik, Wad Teratai, Wad Cempaka, Wad Dahlia, Wad Mawar, Wad Melati, Wad Puteri, Wad HDW/Temenggong, Wad Bendahara, Wad Panglima, Wad Mahsuri, Wad CCU/CRW, CRC, Klinik SOPD, Farmasi Satelit, CCP, Jabatan Sajian dan Diatetik, Unit Kerja Sosial Perubatan, dan Unit Angkut.
Lampiran 2
PELAN TINDAKAN KEBAKARAN HPRZ II- LOKASI BERKUMPUL, KOTA BHARU
33 Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran