Download - Panduan Usahawan Bumiputera 2011-b
KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN
PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN Biar pun siapa anda
ANDA perlu
Transformasi diri & minda
Kenapa dan mengapa anda ceburi bidang keusahawanan?
Minat ?
Pilihan terakhir?
Sejauhmana anda mempunyai ilmu pengetahuan dan membuat kajian
bidang yang diceburi?
Tahap ilmu pengetahuan?
Kejayakinan diri menerahjui? Potensi pasaran?
HINDARI PERKARA INI!
Jangan ceburi bidang keusahawanan tanpa ilmu pengetahuan.
Jangan jadi usahawanan ikutan Jangan anggap bidang keusahawanan boleh maju dengan sekelip mata
Keusahawanan satu bidang yang luas untuk diterokai. Potensi kejayaan bergantung kepada anda untuk menerajui.
Percayalah setiap usaha ada kejayaannya.
Kerajaaan menerusi agensinya sentiasa menggalak dan menyokong penyertaan di
bidang keusahawanan ’Keusahawanan kerjaya Pilihan’ dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti :-
Khidmat nasihat Latihan dan bimbingan
Bantuan kewangan
Geran dan insentif Ikubutor dan premis perniagaan
Program pembangunan usahawan
Peluang perniagaan Promosi poduk di peringkat nasional dan antarabangsa
Anugerah usahawan cemerlang
Dan pelbagai lagi.
Menerusi buku ini diselitkan INFO USAHAWAN, SANTAPAN untuk renungan dan buka
minda dan RAHSIA KEJAYAAN dari pelbagai bidang untuk dijadikan suntikan semangat dan dorongan kepada anda bahawa anda juga boleh berjaya seperti
mereka.
BUKU PANDUAN USAHAWAN
dihasilkan daripada penyelidikan dimana dihimpunkan semua infomasi yang relevan
diambil dari kertas pembentangan seminar / bengkel, laman web, buku risalah, majalah dan akhbar kemudian disusun atur mengikut tajuk bagi memudahkan para
usahawan membuat rujukan dan panduan serta ulangkaji.
Gunalah bagi memantap dan memperkasa diri anda ke arah usahawan berilmu pengetahuan, berdisplin, berdaya saing, tulin, berwawasan, jati diri dan berkualiti.
Berhubunglah dengan agensi-agensi kerajaan untuk mendapatkan infomasi terkini.
DATO’ ROZALI CHE PIN Penyelidik / Editor
DDDEEEFFFIIINNNIIISSSIII
SSSEEEBBBAAAGGGAAAIII
SSSEEEOOORRRAAANNNGGG UUUSSSAAAHHHAAAWWWAAANNN
SUMBER :
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
Kenapa
berniaga?
Berniaga adalah kerjaya mulia.
Usaha ini mempunyai kelas
sendiri, di mana mereka yang
terlibat akan memiliki keselesaan
dari segi material, waktu yang
fleksi dan menjadi majikan
kepada diri sendiri.
Dari perspektif agama sendiri
karier berniaga turut diceburi oleh
junjungan kita Nabi Muhammad
S.A.W.
MUKA SURAT
Beza peniaga dengan usahawan?
Umumnya, peniagaan adalah individu
yang menjual produk dan perkhidmatan.
Manakala, usahawan merupakan mereka
yang memasuki alam perniagaan dengan
perancangan yang teliti dan berencana.
Kaji selidik dan strategi memajukan
perniagaan iserta matlamat halatuju
telah disediakan dengan jelas dan
terancang.
Golongan ini menceburi bidang
perniagaan dengan hasrat untuk
berkembang maju dalam sesuatu
tempoh yang ditetapkan. Mereka
sentiasa berusaha memajukan
perniagaan dengan pelbagai daya dan
kreativiti.
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
MUKA SURAT
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Jati diri usahawan (ciri-ciri usahawan berjaya)
Kajian terhadap perniaga yang berjaya menemui satu
personaliti umum yang dikongsi secara umum oleh
mereka. Ia menglibatkan hubungan multi-arah yang
menjadi dorngan dalaman dan dorongan luaran yang
berterusan.
Dorongan ini boleh datang dari diri sendiri ataupun
persekitaran dan kadangkala strategi. Perkara yang
paling biasa ditemui pada mereka adalah bersikap positif
dalam sebarang keadaaan. Tiada perkataan mustahil
dan bersifat tidak pernah mengalah apabila menghadapi
sebarang rintangan.
Di bawah adalah sebahagian dari ciri-ciri utama yang
terdapat secara umum kepada usahawan yang telah
berjaya:
DORONGAN DALAMAN
a. Semangat Jayadiri
Selalu berfikiran positif, berdikari dan mempunyai
motivasi yang tinggi. Sentiasa ghairah ingin
memperbaiki tahap diri dan meningkatkan
kedudukan ekonomi. Mahu mencari dan
menterjemah peluang-peluang yang ada ke arah
prodiktif.
b. Potensi
Menyedari dan tahu potensi diri sendiri dengan
yakin. Kerana dunia perniagaan adalah berkisar
di persekitaran merealisasikan potensi. Baik dari
segi pontensi diri menterjemah dan termasuk
juga potensi barangan yang diperdagangkan.
MENGAPA
USAHAWAN GAGAL?
Walaupun berniaga sendiri banyak
kelebihannya, ada sesetengah usahawan
gagal menjalankan perniagaan mereka.
Antara faktor dan sebab mengapa
usahawan gagal dijelaskan sebagaimana
yang berikut:-
Gagal merancang dengan baik
ataupun tidak tahu merancang.
Mereka yang gagal merancang,
sebenarnya merancang supaya
gagal. Walaupun rancangan
mungkin dibuat, ia tidak spesifik
dan sekadar, "Saya mahu untung
tahun ini!" Berapa sasaran
untungnya dan bagaimana
merealisasikannya, tidak
ditetapkan. Akhirnya, impian jadi
seperti angan-angan Mat Jenin.
MUKA SURAT
c. Kawalan
Ia merangkumi kawalan berbentuk pribadi dari
sikap negatif seperti tamak, menindas, menipu dan
pelbagai sikap buruk. Pada masa yang sama,
peniaga yang berjaya adalah mereka yang turut
mampu mengawal situasi, harga, kos dan
pelanggan. Mereka boleh mengawal perjalanan diri
dan perniagaan daripada elemen negatif, baik
ketika meniti kejayaan mahupun sewaktu
merudum.
d. Mempunyai halatuju
Usahawan yang berjaya didapati mempunyai pelan
yang sempurna dan halatuju yang jelas. Mereka
sedia maklum dan mahir dalam bidang yang
diceburi serta siaga dalam menangani cabaran
yang telah dijangka. Pelan luar jangka atau pelan
„B‟ telahpun disediakan untuk menghadapi perkara
di luar kawalan. Satu sasaran telah disediakan bagi
mengukur pencapaian dan meningkatkan tahap
perniagaan.
e. Kreatif
Kreativiti amat penting dalam dunia perniagaan
yang merupakan pentas persaingan. Penawaran
barangan dan perkhidmatan yang pelbagai dalam
pasaran akan menyebabkan bakal pembeli dan
pengguna rambang mata. Hanya dengan daya
kreativiti yang tinggi sahaja, berupaya menarik
pelanggan membeli produk yang ditawarkan.
Begitu juga dalam menghadapi kemelesetan,
melalui daya kreativiti usahawan, ia boleh ditangani
dengan berhemah.
f. Kemahiran berkomunikasi
Memang benar pepataah mengatakan „mulut mahu
manis, hati mesti baik‟ adalah kunci merupakan
„kunci kata‟ kepada kejayaan perniagaan. Ia amat
penting kerana proses berniaga adalah merupakan
prosedur menyakinkan pelanggan terhadap produk
yang ditawarkan, sehingga menyebabkan
pelanggan tertarik untuk membeli produk dengan
harga yang ditawarkan. Proses menyakinkan
memainkan peranan utama dalam pemasaran
produk dan membolehkan kita mengatasi pesaing.
Gagal mengurus aliran tunai.
Tiada catatan dan rekod transaksi
yang membolehkan aliran wang
keluar dan masuk diketahui dengan
tepat dan dipantau. Sesetengah
usahawan berpendapat, wang
masuk adalah keuntungan dan
sebagai pemilik perniagaan, mereka
berhak membelanjakan wang bagi
apa saja tujuan, termasuk perkara
yang tidak menguntungkan
perniagaan.
Suka bertangguh. Sikap ini
pada awalnya mungkin tidak
memberikan masalah besar, tetapi
apabila dibiarkan, ia memberi kesan
pada pengurusan perniagaan.
Dokumen jadi bertimbun kerana
lewat diproses, masa terbuang
dengan mencari maklumat dan
akhirnya keputusan yang dibuat
adalah tidak tepat serta merugikan
perniagaan. Mengambil mudah aspek
persaingan. Usahawan
mengambil pendirian, 'rezeki
secupak tidak akan jadi segantang'.
Mereka juga terlalu yakin dengan
kelebihan diri kerana sudah lama
bertapak dan dikenali ramai, tidak
berusaha supaya terus berdaya
saing serta tiada usaha
mempembaharui dan mengunikkan
produk dan perkhidmatan.
Strategi pemasaran yang
tidak berkesan. Strategi
pemasaran yang digunakan tidak
berkesan bagi menarik pelanggan.
Malah, ianya tidak berjaya
mengekalkan pelanggan yang sedia
ada. Pelanggan lebih tertarik
dengan pesaing yang strategi
pemasarannya jauh lebih berkesan.
Khidmat pelanggan yang
tidak cekap. Usahawan hanya
memikirkan bagaimana
mendapatkan pelanggan tetapi
tidak memikirkan cara
mengekalkan pelanggan.
Hakikatnya, mengekalkan
pelanggan adalah lebih sukar
daripada mendapatkan pelanggan.
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
MUKA SURAT
g. Fleksibel dan mudahalih
Daya serapan dalam perniagaan terhadap
perubahan-perubahan pasaran dan keperluan
pengguna serta senario setempat adalah penting.
Menawarkan produk yang baik kepada golongan
sasaran yang silap adalah satu kesilapan yang
selalu dilakukan oleh peniaga IKS. Kerana itu,
kepekaan terhadap keperluan dan sedia
merombak serta ubahsuai bentuk dan bahan
dagangan akan memastikan para peniaga tetap
berdaya saing dan mampu menongkah arus.
Perubahan, peningkatan dan rombakan strategi
mesti dilakukan dari masa ke semasa demi
kelangsungan perniagaan.
DORONGAN LUARAN
a. Cabaran ekonomi
Cabaran ekonomi boleh datang dalam pelbagai
bentuk. Sama ada akibat kehilangan pekerjaan,
pertambahan bilangan keluarga ataupun
kekangan sosial untuk meningkatkan status.
Kadangkala, cabaran-cabaran ini telah melonjak
individu daripada zon selesa mereka dan
menghumban keluar individu daripada kepungan
kepompong alam pekerjaan kepada alam
perniagaan.
b. Kehadiran peluang
Terdapat juga beberapa usahawan yang berjaya
telah didorongkan melalui kewujudan peluang. Ini
termasuk perniagaan yang berkaitan kontrak,
francais, pembekalan dan seumpamanya.
Golongan ini selalunya adalah professional yang
berurusan dengan peniaga-peniaga yang tidak
secara langsung didedahkan dengan dunia
perniagaan.
c. Bimbingan
Memang muttakhir ini, kerajaan telah melahirkan
ramai peniaga dan usahawan yang tergolong
dalam kelas ini. Mereka ini memang dididik dan
menerima bimbingan untuk mencebur diri dalam
bidang keusahaawanan.
tidak cekap dan tidak
amanah. Pekerja diambil tidak
berdasarkan kemahiran dan sikap
yang betul. Usahawan tidak
membuat pelaburan bagi melatih
pekerja dan tidak meluangkan masa
yang cukup bagi menyelia pekerja.
Kemahiran terhad. Usahawan
mahir dalam satu bidang sahaja.
Sebagai contoh, usahawan produk
kraf tangan perlu juga ada
pengetahuan dalam aspek
komunikasi, pemasaran, komputer,
perhubungan awam dan sebagainya.
Lokasi perniagaan tidak
sesuai. Kedai sukar disinggahi
ataupun pelanggan sukar pergi ke
kedai itu. Misalnya, kedai berada di
tengah-tengah persimpangan lampu
isyarat ataupun terlindung,
menggagalkan perniagaan walaupun
barangannya bermutu dan banyak
pilihan. Pelanggan juga mungkin
tidak terperasan apabila kedai
pakaian misalnya, terletak di tingkat
atas bangunan.
Tidak berfikiran jauh..
Usahawan tidak berfikiran global
dan futuristik atau ke hadapan.
Mereka tidak tahu ataupun tidak
ambil tahu perkembangan semasa
pelbagai aspek perniagaan. Barangan yang dijual ataupun
perkhidmatan yang diberikan
mungkin terkebelakang daripada
segi ciri-cirinya dan mempunyai
permintaan yang berkurangan.
Bersambung dimuka surat sebelah
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
PPPEEERRRSSSEEEDDDIIIAAAAAANNN
MMMEEENNNJJJAAADDDIII
UUUSSSAAAHHHAAAWWWAAANNN
Menceburi bidang perniagaan tanpa asas yang kukuh
selalu menjerumus individu ke dalam situasi yang tidak
menentu. Oleh itu, sebaik dan semampu mungkin usaha-
usaha persediaan yang rapi perlu dilakukan demi
menjamin kejayaan mutlak dapat dijana. Penyediaan dan
persiapan yang dilakukan perlu meliputi aspek fizikal,
material dan mental.
PRA-PERNIAGAAN
1. Mengumpul maklumat
Pengumpulan maklumat adalah merupakan „kunci
kejayaan‟ kepada sebarang usahaniaga yang akan
dijalankan. Analogi situasi berkenaan adalah seperti
tentera yang bertempur dengan senjata dan tentera
yang bertempur tanpa senjata.
Sumber maklumat boleh diperolehi dari pelbagai
rujukan. Ia boleh diperolehi melalui program kursus,
seminar, bahan bacaan dan petikan akhbar dan media
elektronik termasuk internet. Dengan kewujudan
pelbagai kementerian dan agensi yang ditubuhkan
kerajaan, urusan untuk mengumpul maklumat adalah
amat mudah dan menjimatkan masa dan wang.
Dari muka surat sebelah
Usahawan perlu menambah ilmu
pengetahuan dari semasa ke
semasa dan ia boleh dilakukan
dengan menghadiri kursus serta
seminar keusahawanan,
mendapatkan nasihat daripada
rakan-rakan serta mereka yang
pakar dan juga membaca majalah-
majalah serta laman web berkaitan
usahawan. Majalah Mingguan
Wanita misalnya, mempunyai
segmen Bina Niaga yang
membicarakan kejayaan usahawan
tempatan. Usahawan juga boleh
membaca majalah Dewan Ekonomi
dan melawat laman web seperti
www.usahawan.com.
Kurang pengalaman. Usahawan
menjalankan perniagaan dalam
bidang yang mereka tidak mahir
ataupun tidak minat. Usahawan
yang bermula daripada bawah,
biasanya lebih berjaya dan kekal
lama kerana mereka
berpengalaman dalam perniagaan
yang dijalankan. pesaing.
Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh
Kurang modal kewangan.
Perniagaan yang dimulakan tanpa
modal yang mencukupi, mungkin
menyukarkan usahawan
berkembang, mengecewakan
pelanggan dan akhirnya
menggagalkan perniagaan. Walau
bagaimanapun, modal yang sedikit
apabila diurus dengan baik, tidak
mustahil rezeki secupak menjadi
segantang.
Bersambung dimuka surat sebelah
MUKA SURAT
2. Pilihan bahaniaga
Pemilihan bahaniaga turut memainkan peranan
penting dalam menentukan tahap kejayaan suatu
bidang perniagaan yang diceburi. Ini dapat
dilakukan apabila kajian keperluan pengguna dan
soalselidik dibuat terlebih dahulu. Ia tidak
semestinya secara formal, tetapi boleh dilakukan
melalui konsep tidak formal seperti tinjauan,
perbualan, panggilan telefon, pemerhatian,
kajiselidik rambang dan juala percubaan.
Teknik lain yang boleh digunakan adalah
mengkaji tahap percapaian pesaing. Tindakan ini
adalah baik dan berkesan kerana dapat
memastikan bukan sahaja tindakbalas pengguna,
tetapi turut mendedahkan kelemahan pesaing,
peluang dan juga nilai pasaran.
3. Pelan perniagaan
Pelan perniagaan adalah merupakan kerangka
kasar yang perlu disiapkan, dikaji, diteliti dan
diberikan pertimbangan sewajarnya, sebelum
sesuatu perniagaan dilaksanakan. Ini mesti
dibuat supaya usahawan mempunyai kesedaran
terhadap risiko dan potensi yang akan diharumi
dalam perniagaan berkenaan.
Dari Muka Surat Sebelah
Tiada sistem mengurus
akaun yang efisien. Hal ini
menyebabkan usahawan tidak tahu
kekuatan sebenar perniagaan dan
mengesan kelemahan perniagaan
pada peringkat awal. Masih ramai
usahawan bumiputera tidak
mementingkan aspek mengurus
akaun dalam perniagaan mereka.
Antara sebabnya adalah, mereka
gagal memahami bagaimana sistem
mengurus akaun yang mantap dapat
membantu mereka mengaut untung
dan mengelak rugi.
Terlalu tamak berkembang.
Usahawan tidak 'mengukur baju di
badan sendiri'. Cawangan yang
dibuka tidak kena pada masanya
dan tanpa kemampuan kewangan
yang mencukupi, menyebabkan
usahawan gagal.
Tiada penyambung kejayaan.
Ada perniagaan gagal bertahan lama
kerana individu yang
bertanggungjawab membangunkan
perniagaan, jatuh sakit ataupun
meninggal dunia. Malangnya, tiada
siapa yang berkebolehan dan
terlatih, dapat mengambil alih
perniagaannya. Ada perniagaan
yang berjaya pada zaman
'pentadbiran' si ayah, tetapi menjadi
kucar kacir apabila tampuk
'pemerintahan' diambil alih oleh si
anak.
Rakan kongsi berpecah. Perniagaan yang berpotensi juga
boleh gagal akibat rakan kongsi
yang tidak sehaluan.
Sikap negatif usahawan.
Perniagaan boleh gagal disebabkan
oleh sifat negatif yang dimiliki oleh
usahawan seperti hasad dengki,
boros, tamak, pemarah,
berprasangka, terlalu berahsia dan
individualistik.
sumber : www.pts.com.my
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Umumnya tujuan pelan atau rancangan perniagaan itu
disediakan adalah kerana:
a. memberikan justifikasi terhadap objektif perniagaan
berkenaan termasuk risiko dan potensinya.
b. Memberikan gambaran kasar mengenai kemampuan
usahaniaga yang bakal dilakukan termasuk daya
majunya.
c. Memberikan anggaran awal terhadap sumber-sumber
yang diperlukan dalam melaksanakan usahaniaga
berkenaan.
d. Menyakinkan pembiaya dan rakankongsi yang akan
menyertai usahaniaga.
e. Menyediakan satu garis panduan pelaksanaan untuk
diikuti supaya tidak tersasar dari maklamat asal,
f. Boleh menganggarkan saiz, bentuk dan lokasi projek
supaya bersesuaian dengan kemampuan modal,
gunatenaga dan kemantapan pasaran
Pelan perniagaan yang mudah dapat disediakan mengikut format dibawah yang mengandungi 7 bahagian :-
Bab / Bahagian
Perkara
Bahagian 1 Tujuan rancangan perniagaan
Bahagian 2 Latar belakang perniagaan
Bahagian 3 Latar belakang ahli kongsi
Bahagian 4 Rancangan pentadbiran
Bahagian 5 Rancangan pemasaran
Bahagian 6 Rancangan operasi perniagaan
Bahagian 7 Perancangan kewangan
Pelbagai agensi sediakan latihan
Oleh Nur Farhana Abdul Manan
[email protected] PELBAGAI peluang pekerjaan boleh didapati di negara ini. Tidak kiralah ia datang daripada bidang perubatan, pendidikan, perniagaan ataupun bidang perhotelan, seseorang graduan perlu bijak mencarinya dan tidak terlalu memilih kerjaya.
Namun, masih ramai graduan mahupun individu berjawatan tinggi tidak mengetahui bahawa pertanian satu bidang yang boleh mendatangkan keuntungan sekiranya mereka berusaha gigih mencapai matlamat diimpikan. Penubuhan pelbagai agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan sedikit sebanyak mampu membantu seseorang itu bergelar usahawan walaupun dalam usia yang masih muda. Antara agensi yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal pemasaran produk pertanian di negara ini ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
Agensi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini bertanggungjawab dalam merealisasikan pertanian menjadi suatu perniagaan bagi individu yang berminat dan mempunyai kemahiran dalam bidang ini.
Ketua Pengarah Fama, Haron A Rahim, berkata jika seseorang graduan tidak mempunyai apa-apa kemahiran dalam bidang pertanian ataupun agrikultur, mereka perlu menghadiri kursus di Institut Latihan Pertanian selama enam bulan hingga dua tahun. “Apa yang penting, mereka mesti mempelajari cara menanam, membaja dan tahu bagaimana memilih baka tanaman yang baik.
“Jika tidak, bagaimana produk berkualiti
dapat dipasarkan secara meluas jika
teknik atau asas penting tidak diketahui,” katanya.
Di Jabatan Pertanian pula, terdapat tiga bidang kursus ditawarkan iaitu Latihan Sijil Pertanian, Pusat Inkubator Pertanian dan Pusat Bimbingan Usahawan.
Dalam Latihan Sijil Pertanian, individu iaitu pelajar lepasan SPM akan diberi latihan selama dua tahun bagi melahirkan tenaga mahir pertanian pada peringkat operasi.
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
4. Lokasi Perniagaan
Bahaniaga yang baik belum tentu mencukupi untuk
menarik pelanggan sekiranya lokasi perniagaan tidak
terletak di tempat yang strategic. Keadaan ini selalu
berlaku sekiranya lokasi perniagaan terletak di pusat
membeli belah. Tinjauan perlu dilakukan dengan teliti
untuk memilih lokasi yang menjadi tumpuan pengunjung.
Sekiranya premis perniagaan ingin ditempatkan di tapak
sendiri di luar pusat membeli telah, pastikan kemudahan
intrastruktur yang cukup terdapat di lokasi. Ini
termasuklah kemudahan pengangkutan, talian telefon, air,
elektrik dan tempat meletak kenderaan. Ini juga mestilah
mudah dilihat dan dihubungi.
Kerajaan menerusi agensinya juga menyediakan
premis perniagaan untuk disewa oleh usahawan
dengan harga yang berpatutan. Sila rujuk dibahagian
PREMIS PERNIAGAAN
5. Mendaftar Perniagaan
Cabaran pertama usahawan IKS adalah untuk
mendaftarkan perniagaan mereka. Kebanyakan individu
mengambil jalan mudah dengan membeli syarikat sedia
ada atau menyerahkannya kepada pihak ketiga untuk
melakukannya.
Ini sudah tentu akan melibatkan perbelanjaan. Secara
tidak langsung ia akan menyusutkan sumber modal sedia
ada. Sedangkan wang berkenaan sepatutnya dapat
digunakan untuk tujuan yang lebih produktif. Panduan
umum dan contoh praktikal bagaimana untuk mendaftar
perniagaan dan borang-borang yang diperlukan mengikut
jenisnya adalah seperti di di muka surat..................
Ia turut ditawarkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di sektor kerajaan dan swasta. Kursus yang memberi bantuan biasiswa ini juga bakal melahirkan usahawan pertanian terlatih. Di Pusat Inkubator Pertanian pula, latihan kemahiran dan pendedahan operasi pengeluaran pertanian secara komersial ditawarkan selama lapan bulan kepada usahawan tani.
Pusat Bimbingan Usahawan (Pemprosesan Makanan) pula akan menjalankan kursus teknikal dan „hands-on‟ dalam pemprosesan dan pengeluaran produk makanan bermutu secara komersial yang menepati amalan pengilangan yang baik (GMP) dan amalan kebersihan yang baik (GHP) selama enam bulan.
Menurut beliau, selepas seseorang individu itu mengetahui cara penanaman, dia boleh merujuk kepada Fama, Jabatan Pertanian ataupun mana-mana agensi pertanian lain untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar secara lebih terperinci. Di Fama, mereka akan dibantu menyediakan susun atur ruang dalam pasaran selain dibantu menangani masalah pemasaran hasil keluaran. Selain itu, pegawai di Fama juga akan membantu sekiranya bakal usahawan tani ingin mendapatkan maklumat mengenai program atau peluang yang ada dalam sektor ini. Menurut Haron, namun semuanya bergantung kepada diri seseorang individu itu sendiri.
“Sekiranya mereka gigih dan sanggup berpenat lelah, pasti akan membuahkan hasil yang lumayan. “Tetapi apa yang penting azam dan kesabaran yang tinggi perlu apabila menceburkan diri dalam bidang ini,” katanya. Tip Lahirkan petani moden
- Latihan Sijil Pertanian: Latihan selama dua tahun untuk melahirkan tenaga mahir pada peringkat operasi dan berpotensi melahirkan bakal usahawan pertanian terlatih. - Pusat Inkubator Pertanian: Memberi latihan kemahiran dan pendedahan operasi pengeluaran pertanian secara komersial selama lapan bulan. - Pusat Bimbingan Usahawan (Pemprosesan Makanan): Menjalankan kursus teknikal dan ‘hands-on’ dalam pemprosesan dan pengeluaran produk makanan bermutu secara komersial yang menepati amalan pengilangan yang baik (GMP) dan amalan kebersihan yang baik (GHP) selama enam bulan
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Turut disenaraikan lokasi, alamat dan nombor telefon
pejabat yang menguruskan pendaftaran perniagaan di
seluruh Negara.
Pengalaman mendaftarkan perniagaan sendiri adalah
amat bermakna dan menjadikan anda lebih matang
serta bersedia untu mengharungi kehidupan sebagai
seorang usahawan.
Untuk mendaftarkan perniagaan tunggal dan
perkongsian ia hanya perlu dilakukan dengan
menggunakan Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang
A). Ia mestilah dilengkapkan mengikut maklumat yang
diperlukan. Berikut adalah perkara-perkara lain yang
perlu disertakan:-
1. Salinan fotostat kad pengenalan setiap
rakankongsi.
2. Bayaran RM25.00 untuk pendaftaran perniagaan
tunggal mengguna nama sendiri.
3. Bayaran tambahan RM60.00 untuk perniagaan
tunggal yang mengguna nama tred dan perniagaan
perkongsian.
4. Bayaran tambahan RM1.00 untuk setiap cawangan
baru yang dibuka.
Nama perniagaan tempahan terhadap nama
perniagaan perlu dilakukan sebelum diluluskan untuk
tujuan pendaftaran kerana dikhuatiri nama-nama
berkenaan menyerupai entiti perniagaan lain atau
bertentangan dengan undang-undang. Borang
pendaftaran nama perniagaan ini menggunakan
Borang PNA 42.
Garis panduan menamakan syarikat boleh dirujuk di
muka surat :………………..
Lain-lain borang yang berkaitan adalah:-
Jenis Borang Kegunaan Borang
Borang B1 Perubahan Alamat Perniagaan
Borang B2 Perubahan Jenis Perniagaan
Borang B3 Perubahan Maklumat Cawangan
Borang B4 Perubahan Maklumat Pemilik
Borang C Menamat dan Menutup Perniagaan
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Petua Kejayaan 1 :
Solat Suboh Dan Keluar Awal Pagi
Sembilan per sepuluh punca rezeki ialah
melalui perniagaan malah Nabi
Muhammad S.A.W juga adalah seorang
peniaga. Apabila kita memutuskan
untuk mencari rezeki melalui
perniagaan, jika kita keluar berniaga
maka adalah rezeki yang masuk. Tetapi
jika kita tidak keluar berniaga, maka
tiada apa yang akan masuk. Ibu bapa
saya selalu berpesan, jika
berkehendakkan rezeki yang banyak,
sembahyang Suboh jangan tinggal dan
keluarlah pada awal pagi.
Antara kelebihan pada waktu pagi
ialah ketika itu fikiran kita masih lagi
kosong, lapang dan segar. Banyak
perkara yang boleh difikirkan dan
dilakukan terutamanya ketika itu
jugalah badan masih terasa segar dan
cergas. Cuaca yang masih sejuk dan
permandangan yang segar boleh
menaikkan semangat yang tinggi dan
ini memberi peluang untuk mencari
rezeki yang banyak.
Jenis –Jenis Perniagaan
Pemilikan Tunggal (Sole- Proprietor)
Perkongsian (Partnership)
Syarikat Sendirian Berhad
dan Syarikat Berhad
Pemilikan Tunggal (Sole- Proprietor)
Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
1956 (Pindaan 1978) (Akta 197). Entiti tunggal
membawa maksud pernagaan ini adalah milik
individu dan tidak melibatkan sebarang perkongsian.
Kebanyakan peniaga kecil mendaftar perniagaan
mereka untuk kali pertama di bawa kategori ini.
Ianya mudah, murah dan praktikal.
Perkongsian (Partnership) Tertakluk dibawah Akta Perkongsian 1961 (Pindaan
1978). Ia bermaksud perkongsian perniagaan di
antara dua individu dan tidak melebihi 20 rakan
kongsi seperti yang ditetapkan oleh Akta Syarikat
1965 [seksyen 14(3)(b)].
Maklumat terperinci seperti kebaikan dan
keburukan syarikat pemilikan tunggal dan
perkongsian, boleh dirujuk di muka surat
:………..
Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Berhad Ia boleh ditubuhkan dengan sekurang-kurangnya 2
orang pemegang saham dan tidak melebihi 50 orang
keahlian. Ia tertakluk di bawa Akta Syarikat 1965
[Seksyen 15(1b)]. Ia merupakan entiti sah dan
terpisah dari segi tanggungan dengan individu-
individu pemilik.
Syarikat Berhad pula adalah syarikat awam yang
dimiliki oleh pemegang-pemegang saham.
Pengawalan dan pengawasan syarikat jenis ini lebih
professional, ketat dan mahal.
Proses mendaftar syarikat adalah sama sebagaimana
mendaftar perniagaan dan diuruskan oleh pihak yang
sama iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
MUKA SURAT
Sebaliknya orang yang tidur pada
waktu pagi akan merasa badan jadi
letih dan otak menjadi lemah. Banyak
masa telah dihabiskan untuk tidur, jadi
banyak perkara yang tidak dapat
difikirkan dan dilakukan. Cuaca yang
panas apabila terjaga daripada tidur
tidak menggalakkan kita untuk keluar di
samping menampakkan sikap pemalas.
Paling penting sekali yang perlu diingati
ialah rezeki sudah dikaut oleh orang
lain. Petua Kejayaan 2 :
Jangan Bertangguh
Petua pertama ialah bangun
sembahyang Suboh dan keluar seawal
pagi nampak seakan-akan suatu
nasihat yang biasa namun sebenarnya
sukar bagi sesetengah orang. Petua
yang kedua ini pun biasa juga ...
Jangan Bertangguh ... Namun
hakikatnya, ramai orang yang suka
menangguhkan kerja. Bersegera
bermaksud tidak menangguhkan
sesuatu pekerjaan. Orang yang tidak
suka bertangguh adalah sifat orang
yang tidak suka mengharapkan
pertolongan orang lain untuk
membantu kehidupannya. Apa sahaja
yang hendak dilakukan, tidak akan
ditangguh.
Kesan dari sikap suka bertangguh ini,
seseorang itu akan sukar mendapat
apa yang ingin dihajati, rezeki yang
masuk kurang dan akhirnya untung pun
jadi berkurangan. Jadi, fikir-fikirlah .....
Dokumen tambahan yang diperlukan adalah Memorandum
dan Artikel Syarikat. Berikut adalah jadual bayaran yang
dikenakan untuk mendaftar syarikat:
Jumlah Modal Syer
Bayaran Pendaftaran
Kurang dari RM100,000 atau tiada syer
RM1,000.00
RM100,000-RM500,000 RM3,000.00
RM500,001-RM1,000,000 RM5,000.00
RM1,000,001-RM5,000,000 RM8,000.00
RM5,00,001-RM10,000,000 RM10,000.00
RM10,000,001-RM25,000,000 RM20,000.00
RM25,000,001-RM50,000,000 RM40,000.00
RM50,000,001-RM100,000,000 RM50,000.00
Melebihi RM 100,000,000 RM70,000.00
Koperasi
Ia boleh ditubuhkan oleh sekumpulan individu untuk
bekerjasama terutama berkaitan aktiviti yang
bersifat kebajikan dan menjaga kepentingan ahli. Ia
tertakluk di bawah Akta Koperasi 1948 (Pindaan
1993).
Tatacara penubuhannya, sila rujuk di muka
surat ..........
6. Lesen Dan Permit
Selain perlu mendaftarkan perniagaan dengan
pendaftar perniagaan atau pendaftar syarikat, para
peniaga juga perlu mematuhi pelbagai peraturan yang
berkaitan dengan urusniaga mereka. Ini termasuklah
keperluan lesen dan permit yang berkaitan bahaniaga,
bidang perniagaan dan lokasi tapak.
Peraturan ini perlu dipatuhi supaya tidak menimbulkan
sebarang halangan dan kesulitan yang mengganggu
kelancaran perniagaan. Umumnya, lesen dan permit
yang diperlukan adalah daripada Kementerian
Kewangan. Kementerian dan Agensi Kerajaan yang
kita terlibat dalam hubungan perniagaan. Ia
termasuklah daripada pihak berkuasa tempatan yang
meluluskan premis perniagaan, TNB yang meluluskan
bekalan elektrik, Telekom yang menyediakan
sambungan talian telekomunikasi.
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Petua Kejayaan 3 :
Tambah Ilmu
Pengetahuan
Dalam mencari rezeki, yang paling
utama sekali ialah mempunyai ilmu
pengetahuan yang mencukupi dalam
bidang yang diceburi. Tanpa ilmu yang
mencukupi, anda akan mudah kena
tipu terutamanya yang berkaitan
dengan kewangan. Sebagai contoh,
baru-baru ini saya terlibat dengan
Konvensyen QIT ataupun di sektor
kerajaan dipanggil Kumpulan Mutu
Kerja (KMK). Setelah konvensyen
berakhir, saya perlu membayar
sejumlah wang kepada penyedia
makanan. Setelah bayaran dibuat,
saya meminta kakitangan saya untuk
mendapatkan resit bayaran tetapi apa
yang saya terima ialah inbois.
Sebenarnya, ada beza antara inbois
dengan resit tetapi kalau kita tiada ilmu,
sudah tentu kita kata tak ada beza
antara kedua-duanya.
Itu baru satu contoh. Bagaimana pula
kalau seorang doktor yang tidak cukup
ilmu. Sudah tentu dia akan
membahayakan pesakitnya kerana
pesakit memberitahu yang dia
menghidap penyakit lain tetapi doktor
berikan ubat lain. Begitu juga kalau dia
seorang guru. Dia tidak akan dapat
menyampaikan ilmunya dengan baik
kepada pelajar kerana dia pun tak
cukup ilmu. Bagi peniaga pula, sudah
tentulah dia akan mengalami kerugian.
Sekiranya peniaga melibatkan diri dalam produk
makanan dan peruncitan, maka kelulusan permit dari
Kementerian-Kementerian Kesihatan, JAKIM,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal
Pengguna (barang kawalan) adalah diperlukan. Selain
dari itu, perniagaan yang berkaitan import dan eksport
turut memerlukan kelulusan daripada pihak Jabatan
Kastam DiRaja Malaysia.
Sebagai garis panduan, disenaraikan pada muka
surat:………….., kesemua jenis permit, lesen dan
kelulusan yang diperlukan untuk berniaga di
Malaysia.
7. Kursus dan latihan keusahawanan
Sebagai persiapan dan memantapkan diri sebagai
seorang usahawan, ilmu keusahawanan dapat diperolehi
menerusi Kursus dan latihan keusahawanan. Kerajaan
menerusi agensinya menyediakan pelbagai kursus dan
latihan keusahawanan untuk para usahawan, antara
kursus diperingkat mula seperti kursus asas perniagaan
yang dikendalikan oleh MARA di seluruh Malaysia. Maklumat kursus dan latihan, sila rujuk di muka surat…………….
8. Sumber Modal Modal boleh diperolehi dari
dua jenis sumber iaitu
sumber dalaman dan
sumber luaran. Sumber
dalaman adalah
merupakan sumber
peribadi yang diperolehi
daripada hasil tabungan
dan koleksi dalaman.
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Petua Kejayaan 4 :
Tanamkan Rasa Tanggungjawab
Nabi Muhammad S.A.W pernah
bersabda "Setiap kamu adalah
pemimpin dan kamu akan ditanya
sejauh mana kamu telah menjalankan
atau menunaikan amanah di bawah
pimpinan kamu itu."
Suatu kisah yang masyhur bagi
menggambarkan tentang rasa
tanggungjawab ini ialah kisah seorang
yang telah lanjut usia tetapi masih lagi
menanam pokok buah-buahan.
Sahabatnya menegur "Kenapa kamu
masih menanam pokok ini? Bukankah
pokok ini akan mengambil masa yang
lama untuk mendapat hasilnya?"
Orang tua itu menjawab "Jika aku tidak
dapat memakan buahnya, mudah-
mudahan ia dapat dimakan oleh anak
cucu aku yang akan datang."
Manakala sumber luaran pula diperolehi daripada
bantuan dana luaran yang berbentuk samaada pinjaman
berjangka daripada institusi kewangan, bantuan badan
kerajaan, subsidi ataupun geran, pinjaman peribadi dan
pelaburan orang perseorangan atau rakan kongsi.
Untuk kemudahan itu, disertakan senarai penuh
jenis kemudahan dan pihak yang menyediakannya.
Sila rujuk di muka surat :……………..
Manakala pada dibahagian SOKONGAN DAN
DORONGAN KERAJAAN dimuka surat :……………..
disenaraikan Kementerian dan Agensi Kerajaan
yang menguruskan dana dan jumlahnya yang
berkaitan dengan aktiviti keusahawanan sebagai
rujukan.
Selain dari itu kerajaan Malaysia amat komited dalam
usaha-usaha untuk membangunkan masyarakat
perdagangan dan perindustrian bumiputra melalui
pelbagai rancangan dan dasar yang diwujudkan. Dengan
berakhirnya era Dasar Ekonomi Baru kerajaan telah
memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
pada tahun 1991 dengan hasrat meneruskan usaha-
usaha yang masih belum dicapai oleh DEB.
Kerajaan juga telah mewujudkan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra dengan
kerjasama pelbagai kementerian dan agensinya.
Di bawah adalah ptogram-program yang dilaksanakan
dan agensi pelaksananya.
1. Skim Usahawan Luar Bandar – Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
2. Program Vendor Elektronik – Proton
3. Program Pembangunan Francais –
4. Program Kontraktor Wibawa –
5. Program Latihan Keusahawanan
6. Tabung Pembiayaan Perniagaan Kecil, Skim
Pinjaman CGC, MARA, Tabung Ekonomi Belia,
TEKUN dsb
7. Program Usahawan Teknikal MARA
8. Skim Pembiayaan IKS
9. Modal Teroka – PUNB, PNS, MAVCAP
10. Skim Kilang Bimbingan – Bank Pembangunan Dan
Industri, MARA
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Kisah ini menunjukkan bahawa
walaupun dia menyedari usianya sudah
tua dan belum tentu dapat memakan
hasilnya tetapi dia bekerja bukan untuk
dirinya tetapi rezeki yang ditanam
adalah untuk masyarakatnya.
Seseorang itu perlu mencari rezeki untuk
dirinya sendiri kerana ianya berkait
dengan soal maruah, untuk
keluarganya kerana ianya adalah
sebagai suatu tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan manakala untuk
masyarakat pula dikira sebagai amal
jariah ataupun sedekah.
Jadi, apabila kita mencari rezeki, tanya
balik pada diri kita, adakah kita
mencari rezeki ini semata-mata untuk
diri sendiri? Kadang-kadang kita seolah-
olah terlupa, semua rezeki yang kita
perolehi, semuanya digunakan dan
disimpan untuk diri sendiri sahaja.
Bagaimana untuk isteri, anak-anak,
kedua ibu bapa dan masyarakat.
Padahal, keperluan kita bukanlah
banyak manapun. Fikir-fikir ... Ambillah
iktibar daripada cerita yang saya
paparkan tadi.
Petua Kejayaan 5 : Tekun
Mencari rezeki atau harta hukumnya
adalah wajib. Tak kiralah macam mana
kita nak cari rezeki itu. Sesetengah
orang mencari rezeki dengan bertani
dan sesetengah orang mencari rezeki
dengan keluar ke laut mencari ikan. Itu
adalah bidang pekerjaan yang selalu
dikaitkan dengan orang Melayu kita.
11. Program Usahawan Berjaya Utama – MEDEC
12. Skim Mentor–Menti –
13. Program Penswastaan
14. Program Bimbingan Perniagaan
15. Program usahawan Negara
16. Program Kontrak Pusat – Kementerian Kewangan
17. Program Vendor Perabot – Guthrie
18. Program Penyelidikan – MARDI
19. Program Perkampungan Perabot
20. Program Usahawan Muda – SEDC/Miti
21. Program Kaunseling Perniagaan – MEDEC
22. Program Vendor – Petronas, Telekom, TNB
23. Program Wira Mahir, Wira Usaha
24. Kelab Teknologi Bumiputra
Maklumat lengkap, sila rujuk dimuka surat :………………….
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Selain itu, bidang pekerjaan yang selalu
dikaitkan dengan orang Melayu ialah
bekerja makan gaji di sektor kerajaan.
Tidak kiralah apa bidang pekerjaan
yang kita lakukan, yang pentingnya
ialah melakukan sesuatu pekerjaan itu
dengan bersungguh-sungguh, terbaik
dan tekun kerana segala pekerjaan
yang dilakukan akan dikira dan
diperhitungkan oleh Allah.
Usah malu dengan apa yang anda
lakukan walaupun anda bekerja di
pam minyak, potong rumput, bersihkan
longkang, angkut sampah, potong
buah kelapa sawit, kerja pasar malam
dan sebagainya. Ini adalah kerana,
Nabi Muhammad S.A.W sendiri bekerja
sebagai gembala kambing.
Namun, di sebalik itu kadangkala saya
terfikir adakah anda tidak cukup rajin
atau tak cukup tekun untuk menikmati
rezeki yang lebih. Ya, anda memang
cukup rajin dan tekun tetapi perlukan
sedikit kebijaksanaan untuk
memperolehi rezeki yang lebih dengan
menyusun semula strategi. Sebagai
contoh, seorang nelayan akan kekal
menjadi seorang nelayan sampai bila-
bila. Keadaan nelayan yang serba
kekurangan tidak akan bertukar
menjadi lebih bagus seandainya
mereka terus menjual hasil nelayan
kepada orang tengah. Jadi dengan
menukar sedikit strategi seperti menjual
terus hasil nelayan kepada pengguna
di pasar tani dan sebagainya, mereka
akan memperolehi lebih wang. Namun,
ia memerlukan sekikit keberanian
dalam mencorakkan hidup mereka.
Begitu juga dengan mereka yang
sudah terbiasa dengan makan gaji,
sudah tentulah gaji mereka tidak akan
cukup-cukup sampai bila-bila
terutamanya mereka yang bekerja di
sektor swasta.
Kalau di sektor kerajaan, pekerja akan
menikmati kenaikan gaji dan bonus
setiap tahun, tetapi sahabat mereka
yang bekerja di sektor swasta akan
terus tersepit kerana saban tahun
majikan akan memberikan pelbagai
alasan untuk tidak menaikkan gaji.
MMMEEEMMMUUULLLAAAKKKAAANNN
PPPEEERRRNNNIIIAAAGGGAAANNN
STRATEGI PEMASARAN
Gambar hiasan
Apabila semua persiapan untuk menjalankan perniagaan
telah tersedia dan selesai dilaksanakan tibalah saat
memulakan karier perniagaan. Komponen-komponen
perniagaan perlu diberikan perhatian semoga wawasan
dan halatuju perniagaan tidak meleset dan tersasar.
STRATEGI PEMASARAN Konsep pasaran terbuka dan bebas yang diamalkan di
Negara kita dengan kawalan yang amat minima oleh
pemerintah telah membentuk teras pasaran yang
berkecuali. Ini menyebabkan kesemua elemen-elemen
perniagaan terbentuk hasil daripada asas permintaan dan
penawaran produk serta perkhidmatan.
Selain daripada barangan yang tersenarai sebagai barang
kawalan, harga adalah ditentukan oleh pasaran. Oleh itu,
sebagai peniaga dan usahawan yang bijak, kita perlu
cermat dan berhati-hati dalam menyediakan strategi
untuk menawan pelanggan.
Dalam merangka strategi pemasaran beberapa elemen
perlu diberi perhatian supaya tidak terlepas pandang dan
mengakibatkan kerugian kemudian hari.
MUKA SURAT
Jika kakitangan kerajaan menerima
kenaikan gaji, harga barang sudah
pasti akan naik. Bagaimana mereka
yang bekerja di sektor swasta? Sudah
pastilah mereka akan terus dihimpit
dengan beban kenaikan harga
barangan umum ataupun inflasi. Betul
tak? Habis tu macam mana nak hidup?
Kenalah cari sumber pendapatan
tambahan. Barulah boleh cukup nak
menyara isteri dan anak-anak. Saya
akan menyentuh dengan lebih
terperinci tentang idea-idea mencari
sumber pendapatan tambahan dalam
artikel saya yang akan datang.
Petua Kejayaan 6 : Amanah
Anda kenal tak sahabat kita di sebelah
ni? Tak kenal kan ... sebabnya mudah,
dia tidak suka menonjolkan diri
sepertimana para artis kita. Namun,
tahukah anda bahawa dia adalah
pemilik kedai barangan sukan yang
terkenal di seluruh negara ... Al-Ikhsan!
Dulu beliau sama-sama menuntut
dengan saya di UTM. Saya menuntut di
Fakulti Pengurusan manakala dia
menuntut di Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal. Apabila melihat jenama Al-
Ikhsan terpampang di papan iklan di
lebuh raya PLUS, saya turut tumpang
gembira kerana ada seorang sahabat
yang telahpun berjaya dalam
perniagaan.
Bermula dengan berniaga secara kecil-
kecilan di Taman Ungku Tun Aminah,
Skudai, 16 tahun yang lepas, sekarang
ini beliau sudahpun memiliki empayar
perniagaan yang besar.
Terdapat 4 perkara pokok yang menjadi teras dalam
merangka strategi pemasaran:-
1. Produk/barangan dan perkhidmatan
Ia merupakan strategi untuk mengenalpasti
produk/perkhidmatan yang dikehendaki dan sentiasa
mendapat permintaan dari pelanggan.
2. Harga
Penetapan harga pada kadar yang kompetitif
selalunya berhasil menarik pelanggan untuk
berbelanja . Ini telah dibuktiikan oleh hypermarket di
negara ini.
3. Promosi
Tabiat pelanggan biasanya tertarik dengan aktiviti
promosi. Promosi meliputi kerja-kerja mengiklan
atau membuat potongan harga.
4. Agihan/pengedaran
Berkisar bagaimana barangan dagangan sampai
kepada pengguna. Samada melalui peruncit,
panggilan telefon, jualan langsung ataupun
penghantaran ke rumah.
5. Segmen Pasaran
Segmen pasaran adalah proses untuk menentukan
sasaran pasaran barang dan perkhidmatan yang
akan ditawarkan. Ia satu prosedur yang amat
penting dalam mempastikan golongan dan lokasi
sasaran menepati kehendak pelanggan.
Terdapat 3 segmentasi pasaran yang perlu difahami
sebelum keputusan dilakukan bagi tujuan mensasar
bakal pelanggan:
I. Demografi
adalah faktor yang berkaitan dengan struktur
umur,jantina, tahap perkahwinan, kepadatan
penduduk, dan taraf pendidikan. Ianya perlu
diketahui oleh peniaga kerana struktur in kelak
akan mempengaruhi gaya pembelian barangan
dan perkhidmatan yang ditawarkan.
II. Geografi
Struktur geografi adalah merujuk kepada lokasi
tempatan yang melibatkan kemudahan seperti
jalan raya, kedudukan rupa bumi,
bandar/pinggiran Bandar/luarbandar, dan
keadaan iklim. Keadaan ini akan menentukan
pola keinginan dan keutamaan barangan
keperluan penduduk setempat.
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Menurut berita terkini, sudah 59
cawangan dibuka dan beliau
bercadang membuka 2 cawangan
setiap bulan. Wowww! Hebat bukan ...
siapa yang sangka. Dianggarkan setiap
cawangan mampu menjana
pendapatan sebanyak RM200,000.00
sebulan. Jadi cuba kira berapakah
pendapatan beliau. Saya dah cuba
ambil mesin kira, cuba kira tapi tak
cukup ruang.
Perniagaan yang berjaya seperti ini,
sudah tentulah mempunyai resepi yang
baik yang boleh dipelajari. Namun, apa
yang pasti, beliau adalah seorang yang
amanah dan jujur dalam perniagaan
sehingga membuatkan para pembekal
barangan percaya dengan beliau.
Kredit mudah diperolehi dan harga
yang diperolehi juga sangat menarik.
Setiap kali berita mengenai syarikat Al-
Ikhsan muncul di akhbar, saya berasa
sangat gembira kerana ada sahabat
yang telahpun berjaya dalam
perniagaan. Dalam politik pun ada ...
hari ini bertanding di Manek Urai (MU).
Tapi ketika saya menulis, keputusan
belum lagi keluar. Kena tunggu jam 7.00
malam baru tahu. Masing-masing
dengan bidang masing-masing.
Petua Kejayaan 7 :
Ambil Berat Tentang Akhirat
Orang yang bekerja hingga terlupa
melakukan solat lima waktu, rezekinya
tidak diberkati oleh Allah. Akan tetapi,
bila seseorang itu mengambil berat
tentang akhirat, dia akan diberkati oleh
Allah S.W.T
III. Perilaku
Ia merujuk kepada factor sosio budaya, kepercayaan
agama, hobi, minat, personaliti dan status.
Kadangkala pembelian yang akan dilakukan dibuat
berdasarkan perilaku masng-masing. Oleh iu
kepentingan elemen ini tidak boleh dipinggirkan demi
menjamin tahap penawaran maksima.
2. Memahami Pengguna/Pelanggan
Perkara pokok dan keutamaan dalam urusniaga adala
berkisar pada menarik bakal pelanggan untuk membeli
produk yang ditawarkan. Oleh itu memahami
pengguna adalah “kunci” kepada kejayaan. Usaha
meneliti, mengkaji dan menawarkan kepelbagaian
pilihan dan harga produk serta bersedia menerima
maklumbalas dari pengguna akan mempastikan
pelanggan mendapat kepuasan selanjutnya menarik
bakal pelanggan baru.
3. Promosi
Kegiatan mempromosi adala salah satu langkah
berkempen untuk menarik pelanggan supaya membeli
produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Ianya
dilakukan dengan beberapa cara.
1. Memperkenal Produk
Di buat hebahan melalui iklan media, sebarang
tampalan, banner dan seumpamanya.
2. Tawaran Diskaun Harga dan Pakej
Tawaran diskaun atau potongan harga dan
mempakej dengan hadiah tambahan selalunya
berkeupayaan menambat hati bakal pelanggan.
3. Meningkatkan Imej Produk
Kadangkala penguna membeli produk berdaarkan
posisi imej dan jenama barangan itu. Ia banyak
merujuk kepada pelanggan yang mementingkan
kualiti dan status.
4. Memberi Nilai tambah
Nilai Tambah adalah perkhidmatan atau perkara
sampingan yang menambah nilai sebenar barang
yang akan dibeli. Contohnya pembeli kenderaan
selalu tertarik dengan kemudahan khidmat lepas
jualan yan mampu ditawarkan dan bersedia
membeli berdasarkan factor berkenaan.
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Berikut ialah tanda-tanda pekerjaan
yang dalam keberkatan Allah:
1. Apabila wang yang diperolehi
dibelanjakan ke jalan yang benar.
2. Berasa seronok dengan
pekerjaannya.
3. Tugasannya tidak tergantung dan
sentiasa selesai dengan baik.
4. Pekerjanya disenangi orang lain.
5. Sentiasa merasa cukup walaupun
hasil yang diperolehi adalah sedikit.
6. Hati berasa tenang dengan hasil
yang diperolehi.
Jadi bagi mereka yang bergaji besar
seperti RM10,000.00 sebulan masih lagi
tidak cukup-cukup, sendiri faham le ...
maknanya tak berkat tetapi kalau gaji
cuma RM1,000.00 sebulan, walaupun
sedikit tetapi masih lagi cukup,
maknanya gaji yang diperolehi itu
adalah berkat. Saya pernah ditanya
oleh ipar saya, dia berasa hairan
melihat orang keturunan Jawa di
daerah saya di Batu Pahat dan Muar
boleh simpan duit dan pergi haji walhal
pendapatan mereka tidak banyak.
Tetapi orang yang bergaji besar seperti
pengurus bank dan sebagainya masih
lagi tidak cukup duit.
Bagi saya itu bukanlah sesuatu yang
pelik. Masyarakat keturunan Jawa di
Batu Pahat dan Muar kebanyakannya
adalah petani yang membanting
tulang empat kerat untuk memperolehi
hasil pendapatan. Tiada unsur-unsur
penipuan berlaku. Mereka membawa
pulang rezeki yang halal untuk
diberikan kepada ahli keluarga. Dari
situlah keberkatan diperolehi.
Sebaliknya, di pejabat semua orang
berlumba-lumba untuk mendapat
kenaikan pangkat dan gaji. Untuk
mendapat apa yang diidam-idamkan
itu, kadangkala ada unsur penindasan
dan menzalimi orang lain. Jadi macam
mana nak dapat keberkatan!
MMMEEENNNGGGUUURRRUUUSSS
PPPEEERRRNNNIIIAAAGGGAAAAAANNN
Mengurus perniagaan adalah merangkumi kesemua
aspek fizikal perniagaan berkenaan. Ini termasuklah
pentadbiran, prestasi, pengeluaran dan kewangan.
Secara umum untuk satu urusniaga IKS corak
pengurusan berikut adalah satu cara pengurusan terus
yang mudah dilaksanakan.
1. Pentabiran
Ia melibatkan 2 jenis fungsi iaitu pentadiran syarikat,
pentadiran operasi. Pentadbiran syarikat akan
melibatkan kakitangan, dan penyimpanan rekod.
Manakala pentadbiran operasi pula adalah yang
berkait terus dengan pengoperasian perniagaan itu
sendiri seperti pemasaran, penetapan harga,
promosi, pengangkutan dan seumpamanya.
2. Pretasi
Prestasi perniagaan perlu diberi perhatian yan
sewajarnya demi mempastikan syarikat akan
mengekalkan dayasaing dan keuntungannya demi
meneruskan kelangsungan. Ia boleh diukur secara
bulanan, suku tahun, setengah tahun ataupun
tahunan. Semakin kerap ia disemak adalah semakin
baik.
3. Pengeluaran
Sekiranya perniagaan yang dijalankan adalah
bercorak pengeluaran produk, usaha memantau
pengeluaran adalah amat penting bagi mengawal
kualiti dan kuantiti supaya sentiasa mencapai
sasaran. Manakala usahaniaga yang bersifat
perkhidmatan dan jualan pula adalah berkait rapat
dengan jumlah jualan yang mampu dijana dan
sumber baru serta peluang perniagaan lain yang
boleh diteroka.
4. Kewangan
Ini merupakan kelemahan yang paling ketara dalam
IKS dan sering dihadapi oleh usahawan bumiputra.
Oleh itu, ianya disentuh dengan lebih mendalam
dalam bab khusus pengurusan kewangan.
MUKA SURAT
Sebab itu, apabila gaji lambat sedikit,
orang yang pertama yang menelefon
saya ialah orang yang bergaji bersar,
yang gaji kecil tak telefon pun. Kawe
tak dok pitih ni, banyok nok bayo. Fikir-
fikir ...
Petua Kejayaan 8 :
Jauhi Sifat Tamak
Peribahasa Melayu ada
menggambarkan sifat tamak ini "Yang
dikejar tak dapat, yang dikendong
keciciran." Tamak ialah suatu sifat ingin
memperolehi sesuatu dengan banyak.
Bila dah dapat rezeki yang berlebihan
tetapi masih tidak berpuas hati dengan
apa yang dimiliki. Malah harta yang
diperolehi itu tidak mahu pula
disedekahkan atau menolong orang
yang susah.
Jadi bagaimana pula kita nak kata
yang kita ni tak tamak?
1. Tidak menjual barang dengan harga
yang mahal.
2. Melebihkan timbangan.
3. Mencari pekerjaan sejajar dengan
keupayaannya.
4. Tidak mengejar pangkat dan gaji
yang tinggi asalkan pekerjaan yang
dilakukan penuh dengan disiplin dan
ikhlas.
PPPRRROOODDDUUUKKKTTTIIIVVVIIITTTIII
DDDAAANNN
KKKUUUAAALLLIIITTTIII
Dalam perniagaan,
persaingan adalah perkara
lumrah. Kerana itu, bagi
mengekalkan daya saing
pengawalan terhadap
prestasi pengeluaran dan
kualiti barangan perlulah
diamalkan.
Pengiraan produktiviti boleh dibuat dengan cara yang
mudah melalui manual kerja standard. Setiap pekerja
diberikan sasaran kerja, diberikan panduan sera tatacara
dan ditetapkan jadual masa menyiap sudahkan sesuatu
tugas. Melaluinya, mereka boleh diukur secara subjektif
mengenai kemampuan dan produktiviti masing-masing
dalam menentukan pemberian upah, gaji, elaun dan
seumpamanya. Sekiranya produktiviti tidak dikawal,
kejadian curi tulang dan ponteng kerja tidak ketara akan
berlaku.
Dalam menetapkan kualiti IKS di Negara ini masih berada
jauh terkebelakang dengan lain-lain Negara industri.
Bagaimanapun ia perlu diperbaiki secara berperingkat
demi kebaikan bersama. Untuk menentukan kualiti minima
dipatuhi, beberapa perkara perlu diberi perhatian;-
1. Mutu barangan
2. mutu pembungkusan
3. mutu ketahanan
4. mutu perkhidmatan
5. maklumbalas penguna/pelanggan
MUKA SURAT
5. Dalam bekerja, tidak lupa dengan
tanggungjawab kepada ibu bapa,
anak dan isteri, lebih-lebih lagi kepada
Allah.
Orang tua pula selalu berpesan "Orang
tamak selalu rugi." Saya nak bagi
contoh yang mudah, saya pergi ke
pasar malam untuk membeli air tahu.
Apabila sudah beli, saya pun bawa
balik ke rumah untuk minum air tahu
tersebut. Sebaik sahaja meminum air
tahu berkenaan, air tahu itu rasa tawar.
Dalam hati saya, tak berbaloi saya
membelinya.
Satu lagi contoh yang saya nak beri
ialah memberi upah yang terlalu sedikit
atau tidak setimpal dengan apa yang
dilakukan oleh pekerja. Dalam zaman
sekarang ini saya nak tanya, adakah
masih ada orang yang diberikan upah
melakukan kerja sebanyak RM8.00
sehari? Ya ataupun Tidak? Jawapannya
ialah Ya. Kenapa? Sebab orang yang
memberikan upah itu terlalu tamak
sehinggakan sanggup memberikan
upah sebanyak RM8.00 sehari kepada
pekerjanya. Maknanya 1 jam cuma
dapat RM1.00 sahaja. Akibatnya
pekerja berkenaan tidak sanggup
melakukan kerja berkenaan dan
majikan tersebut terpaksa melakukan
kerjanya sendiri. Baru-baru ini, beliau
ditimpa sakit dan tidak boleh berniaga.
Siapa yang rugi? Fikir-fikir ... kan saya
dah kata orang tamak selalu rugi.
Memang rugi pun sebab dah tak boleh
berniaga kerana masalah kesihatan.
PPRROODDUUKK,,
JJEENNAAMMAA
DDAANN HHAARRGGAA
PRODUK
Produk dikelaskan untuk kemudahan tujuan pemasaran,
promosi dan pameran. Ini amat mudah difahami
sekiranya anda pergi ke pasaraya di mana produk-
produk tidak diletakkan bercampur-baur. Sebaliknya
disetiap kategori diberikan ruang yang berbeza bagi
memudah pengguna melihat, memilih selanjutnya
membuat keputusan pembelian. Terdapat beberapa
pengkelasan mudah produk sebagai asas untuk diikuti:-
1. produk penggunaan diri
2. produk isi – rumah
3. produk kesihatan
4. produk makanan
5. produk bahan mentah/basah
6. produk logam dan pertukangan (hardware)
7. produk pejabat
8. produk elektrik
9. produk pakaian dan kelengkapan jahitan
10. produk hobi dan permainan
MUKA SURAT
Petua Kejayaan 9 :
Jauhi Perkara Haram Dan Syubahat
Adakah anda menyedari perniagaan
apakah yang dilakukan oleh syarikat di
tempat anda bekerja? Anda perlu
ambil tahu dan bukannya setakat
bekerja makan gaji sahaja. Namun apa
yang penting, cuba jauhi bekerja di
syarikat yang jelas membudayakan
rasuah dalam bekerja dan membantu
perniagaan yang ada unsur
penindasan. Anda perlu sedar bahawa
memakan rezeki yang haram akan
menyebabkan:
1. Hati menjadi malas.
2. Anak-anak menjadi degil dan sukar dibentuk.
3. Hati menjadi jauh dari Allah.
4. Segala amalan tidak akan diterima oleh Allah.
5. Doa akan ditolak oleh Allah.
6. Rezeki bukan sahaja tidak diberkati bahkan akan diseksa oleh Allah di akhirat.
7. Bila hendak menunaikan perintah Allah, ada sahaja dolak dan dalih disebabkan sukar mendapat iman.
Oleh sebab itu, pada zaman sekarang, para ibu bapa mengeluh sukarnya mengawal anak yang sedang meningkat usia kerana salah satu sebabnya mereka tidak menitikberatkan rezeki daripada sumber yang halal. Punca rezeki yang halal adalah penting untuk melentur sikap anak.
JJJeeennnaaammmaaa
Jenama pula merujuk kepada identity sesuatu produk
yang dikeluarkan dan pengeluarnya. Ia berkaitan
rapat dengan imej, pengenalan diri, lambang
perniagaan dan kualiti produk yang dikeluarkan. Kita
selalui mengaitkan jenama dengan kualiti, selalunya
untuk jenama import dikaitkan dengan kesemua
elemen-elemen di atas.
Ini adalah paradigma pengguna tempatan yang sukar
dihakiskan. Kerana itu, pengeluar produk perlulah
mengambil pro –aktif dengan meningkatkan kualiti
dan memperbetulkan imej (imej-positioning) supaya
keluaran tempatan mendapat penghormatan dan
tanggapan yang serupa.
Harga
Penentuan harga selalunya berasaskan kepada beberapa
elemen:-
1. permintaan pengguna terhadap barangan tersebut,
2. kuantiti kandungan dalam produk berkenaan.
3. kualiti barangan yang ditawarkan
4. kos pengeluaran
5. kitar hayat produk
MUKA SURAT
Petua Kejayaan 10 :
Muhasabah Diri
Muhasabah diri bermaksud melihat
kelemahan diri. Dengan melihat
kelemahan diri, cuba perbaiki
kelemahan tersebut.
JIka ada seorang yang malas,
berazamlah dan tukarkan diri anda
menjadi seorang yang rajin.
Jika sebelum ini anda mengambil
mudah perkara yang haram,
berazamlah dan tinggallah yang
haram.
Jika anda mudah marah, berazamlah
dan hilangkanlah sifat pemarah itu
kerana orang takut mendekati orang
yang mudah marah.
Jika anda kurang atau cetek ilmu
pengetahuan, berazamlah untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan sama
ada melalui pembacaan buku, blog,
laman web, majalah, menghadiri kursus
ataupun bertanya dengan orang lain
yang lebih tahu. Saya sendiri sebelum ini
bukanlah seorang yang mempunyai
ilmu untuk menulis di blog tetapi saya
berazam untuk meningkatkan ilmu
supaya pada akhirnya saya boleh
menulis atau mempunyai blog sendiri.
Bagi para peniaga dan pengedar, kaedah penetapan
harga adalah selalunya bergantung kepada 3 strategi,
iaitu :-
1. ‘Mark-up’
Yakni menetapkan beberapa peratus keuntungan
kepada sesuatu barangan. Contohnya harga
barangan adalah RM100, ditetapkan untung adalah
sebanyak 30% atau RM30. ini bermakna RM100 +
RM30 = RM130 harga barangan.
2. Telah disediakan harga tersenarai oleh
pengeluar
Pengeluar telah memberikan harga tertentu yang
lebih murah dari harga senarai supaya barangan
berkenaan dijual dengan harga seragam.
2. Menggunakan strategi penembusan dan
pengurangan (Penetration & skimming)
Melalui kaedah penembusan adalah meletakkan
harga yang paling minima bagi mendapatkan
pasaran meluas. Ini selalunya digunakan untuk
memperkenalkan produk baru. Manakala kaedah
pengurangan pula adalah sebaliknya iaitu
meletakkan harga pada tahap maksika. Kemudian
harga diturunkan sedikit demi sedikit bagi
mengekalkan daya saing.
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Cabarannya tetap ada. Pada mulanya saya bertanya dengan mereka yang terlibat dengan bidang IT tetapi kesemuanya tidak mahu berkongsi ilmu dengan saya menyebabkan saya tidak berupaya menulis di blog sehinggalah pada suatu hari saya mengadakan kenduri kerana mendapat cahaya mata ke-4, jiran sebelah rumah saya rupa-rupanya menjadikan bidang IT ini sebagai kerjaya sepenuh masa. Belajar tak sampai setengah jam, saya dah boleh menulis dan mempunyai blog sendiri. Blog yang saya tulis ini adalah hasil daripada tunjuk ajar beliau. Terima kasih En Hairul Nazri Hashim. Jadi cuba kita bayangkan kalau kita tidak berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri kita, sudah tentu sampai bila-bila pun kita tidak akan berjaya. Fikir-fikir ...
PENULIS
EN SALLEHUDIN Fasilitator Kursus Pengurusan Kewangan Untuk Enterpris Kecil Dan Sederhana (H/P 013-6203169)
PPEEMMBBUUNNGGKKUUSSAANN
Pembungkusan dibuat secara prima dan sekunder. Dalam
bahasa mudah ia dikatakan sebagai bungkusan asal dan
pembungkusan semula. Proses membungkus produk
adalah didorong oleh pelbagai tujuan yang di antaranya
adalah;
1. Melindungi barang dari kotoran dan kerosakan
2. Meningkatkan imej dan daya tarikan
3. Memapar jenama dan maklumat berkaitan barangan
4. Mewujudkan perbezaan dengan lain-lain barangan
pesaing
5. Menjadi wadah menampung kuantiti produk yang
seimbang supaya bersesuaian dengan saiznya
Roti gebu Rogayah dapat sambutan menggalakan
ROGAYAH Alias sambil dibantu anaknya Nurashikin Tukiran membuat roti ban di rumahnya di Bukit Batu,
Kulaijaya, Johor, semalam
KULAIJAYA 1 Feb. – Bagi usahawan baru, Rogayah Alias, 53, tempoh masa 10 tahun yang diambil untuk belajar membuat pelbagai jenis roti amat berbaloi apabila roti buatannya kini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
Menurut ibu kepada enam orang anak itu,
tempoh tersebut digunakan untuk dia
memahirkan diri dalam bidang pembuatan roti
agar kualiti rotinya setanding dengan pengusaha
roti lain.
Katanya, seseorang itu perlu sabar dan tekun dalam mendalami ilmu membuat roti kerana ia melibatkan beberapa teknik bagi menghasilkan roti yang gebu dan lembut.
“Kini, alhamdulillah biarpun baru setahun beroperasi, roti yang dihasilkan mendapat sambutan daripada pelanggan yang terdiri daripada masyarakat setempat,”
katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Rogayah kini mengusahakan perusahaan roti ban
secara kecil-kecilan di rumahnya di Kampung
Bukit Batu, di sini dengan dibantu oleh seorang
anak perempuannya, Nurasyikin Tukiran, 24.
Jelasnya, kebanyakan roti itu dihantar ke
sekolah-sekolah dan ada yang diambil sendiri
oleh pelanggan.
MUKA SURAT
PPEENNGGUURRUUSSAANN
KKEEWWAANNGGAANN
Dua perkara pokok yang perlu diberikan perhatian utama oleh usahawan PKS dan sering menjadi punca masalah dalam menguruskan perniagaan mereka adalah:-
1. Pengurusan tunai
2. Pengurusan kredit
Terdapat kecenderungan kepada peniaga
PKS menggunakan sumber jualan mereka
sebagai pendapatan yang diguna untuk
perbelanjaan peribadi. Sedangkan
pendapatan hasil jualan berkenaan
bukanlah keuntungan bersih. Ini akan
memberikan impikasi kepada sumber
modal pusingan mereka kerana berlaku
susutan modal.
Tujuan pengurusan kewangan yang sistematik disediakan adalah untuk:-
1. Merekod data-data transaksi supaya mudah disemak
2. Menterjemah data-data berkenaan untuk tujuan menilaikan prestasi perniagaan
3. Menjadi bukti daya-maju sesebuah perniagaan untu tujuan mendapatkan kemudahan bantuan dan
kewangan daripada sumber pembiaya
Terdapat 3 perkara asa yang perlu diketahui oleh para usahawan dalam proses menguruskan
kewangan perniagaan milik mereka.
Perkara-perkara tersebut adalah:-
1. Imbangan Duga (balance sheet) – ia menunjukkan kedudukan kewangan sebuah usahaniaga
dan kecairannya. Ia merangkumi jumlah asset, tanggungan dan nilai bersih.
2. Penyata Pendapatan – ia kadangkala dikenali sebagai penyata untung rugi.
3. Penyata Aliran Tunai – ia merupakan jumlah kemampuan kewangan tunai yang dimiliki syarikat
untuk sebarang tjuan niaga.
MUKA SURAT
Untuk tujuan merancang pergerakan dan halatuju perniagaan, para usahawan disarankan supaya
menyediakan belanjawan. Ini dapat membantu mereka merangka program perniagaan sepanjang
tahun tanpa sebarang kesulitan.
Terdapat 2 jenis belanjawan digunakan dalam merancang perjalanan usahaniaga iaitu:-
BELANJAWAN OPERASI
PERKARA/BULAN JUN JULAI OGOS
Hasil Jualan RM450,000 RM300,00 RM500,00
Tolak : kos barangan untuk dijual,
Inventori awal
Campur : Belian
Kos barangan sedia ada
Tolak : Inventori Akhir
Kos barangan jualan
50,000
200,000
250,000
*70,000
180,000
70,000
200,000
270,000
50,000
220,000
50,000
200,000
250,000
50,000
200,000
Untung kasar 270,000 80,000 300,000
Tolak : Belanja Operasi
Sewa
Gaji & upah
Belanja Alatulis
Jumlah belanja
3,000
5,000
700
8,700
3,000
5,000
500
8,500
3,000
5,000
900
8,900
Untung Bersih 261,300 71,500 291,100
* Inventori akhir bulan Jun akan menjadi inventori awalbagi bulan Julai begitulah seterusnya.
BELANJAWAN TUNAI
Perkara/ Bulanan Jun Julai Ogos
Aliran tunai masuk
Jualan tunai semasa
Bayaran oleh penghutang
Pinjaman
Penerimaan
RM500,000
35,000
20,000
555,000
RM70,000
25,000
0
95,000
RM10,000
10,000
0
20,000
Aliran tunai keluar
Pembayaran tunai
Bayaran kepada pemiutang
Belanja operasi
Pembayaran
8,000
35,000
8,700
51,700
33,000
10,000
8,500
51,500
388,000
300,000
8,900
688,900
Belanjawan Tunai keluar
Tunai di tangan
Campur penerimaan
Tunai sedia ada
Tolak pembayaran
Tunai di tangan akhir
80,000
555,000
635,000
51,700
583,300
583,300
95,000
678,300
51,500
626,800
626,800
20,000
646,800
688,900
(42,100)
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Perkara lain yang tidak kurang pentingnya adalah proses penyimpanan rekod kewangan atau disebut sebagai penyimpanan akaun/ perakaunan. Ianya mengandungi 4 perkara;-
1. Buku Jualan – ia digunakan bagi tujuan mencatit dan merekodkan transaksi jualan termasuk tunai
dan hutang yang mencatitkan tarikh urusniaga dan jumlah urusniaga.
2. Buku Penghutang – Ia akan mencatitkan penghutang kepada perniagaan termasuk tarikh, jumlah
dan tarikh penjelasan patut dibuat.
3. Buku Pemiutang – Buku ini disediakan bagi tujuan mencatitkan segala hutang yang dibuat oleh
peniagaan kepada pemberi hutang atau kredit. Ia turut mencatitkan tarikh hutang, jumlah dan
tarikh perlu dijelaskan.
4. Buku Tunai – Buku ini merupakan catitan transaksi dalam urusniaga harian. Ia mengandungi
butiran seperti tarikh, perkara, masuk, keluar dan baki. Format asas catitan berkenaan adalah
seperti di bawah:
Tarikh Butiran Masuk Keluar Baki
Kemudian selepas menyelesaikan catitan-caitan diatas selalunya barulah dipindahkan maklumat-
maklumat berkenaan ke dalam Penyata Kewangan yang mengandunginPenyata Untung/Rugi dan Kunci
Kira-kira. Ia dibuat secara berkala. Samada secara mingguan bulanan suku tahunan setengah tahun
ataupun tahunan.
Ramai usahawan yang gigih dan bekerja keras tetapi kurang menyerlah ataupun lebih buruk lagi gagal
dalam perniagaan mereka kerana tidak memberi perhatian dalam pengurusan kewangan. Sekiranya
pengurusan kewangan tidak diberikan perhatian wajar perkara ini mungin akan berlaku:-
a. Penipuan, pecah amanah dan penyelewengan samada oleh kakitangan ataupun rakaniaga.
b. Tidak berupaya mengenalpasti indikator-indikator kedudukan dan prestasi syarikat dan
perniagaannya.
c. Tidak boleh membuat perancangan masa hadapan dengan baik.
d. Mudah terjerumus ke dalam kancah kemusykilan kewangan
e. Sukar untuk beroperasi secara professional, selanjutnya terikat kepada urusan remeh yang tidak
penting.
f. Sukar untuk memperolehi waktu lapang untuk tujuan riadah dan keperluan peribadi.
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Kepentingan pengurusan Akaun
Sumber : www.niaganews.com/Urus-Akaun/138.html
Akta Syarikat 1965
(bagi Syarikat Sdn Bhd)
dan AKta Hasil Dalam
Negeri merupakan akta
yang menggariskan
panalti tersendiri yang
boleh dikenakan keatas
pengusaha perniagaan
yang melanggar Akta
perakuanan dan
kewangan.
Didapati ramai dikalangan pengusaha IKS gagal mengadakan sistem
simpankira perniagaan yang sempurna. Punca kegagalan ini diantaranya
ialah:-
1) Kurangnya kesedaran tentang kepentingan mengadakan sistem simpankira perniagaan yang sempurna dikalangan pengusaha-pengusaha utama
2) Tidak mempunyai staf yang cekap dan berkebolehan. Kebanyakkan daripada mereka tidak mampu untuk mengajikan kerani akaun yang berkebolehan. Sebaliknya menyerahkan tugas ini kepada kerani am yang tidak mempunyai pengetahuan tenatang simpankira.
3) Kegagalan pengusaha untuk menghantar staf yang berkenaan mengahdiri latihan yang berkaitan bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang simpankira.
Diantara akibat dan kesulitan yang akan timbul daripada kegagalan
pengusaha IKS untuk menyediakan sistem simonakira perniagaan yang
sempurna ialah:-
1) Gagal untuk membuat pengawasan yang berkesan ke atas kedudukan kewangan perniagaan menyebabkab perniagaan mengalami masalah kekurangan tunai untuk menampung operasinya
2) Gagal untuk menyiapkan penyata kewangan akhir seperti yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 (bagi Syarikat Sdn Bhd) dan AKta Hasil Dalam Negeri. Kedua-dua akta ini telah menggariskan panalti tersendiri yang boleh dikenakan keatas pengusaha perniagaan yang melanggar Akta ini.
3) Sukar bagi institusi kewangan untuk menimbangkan bantuan kewangan sekiranya pengusaha perniagaan tersebut berbuat demikian kerana ketiadaan penyata kewangan lalu atau penyata kewangan yang dikemukakan tidak tepat.
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
MMMEEENNNAAANNNGGGAAANNNIII
KKKRRRIIISSSIIISSS
DDDAAANNN
KKKEEEMMMEEELLLEEESSSEEETTTAAANNN
Memasuki alam perniagaan
mendedahkan seseorang kepada pelbagai risiko. Ada yang
mengibaratkannya seperti berkahwin,
belayar dilautan bergelora dan yang
paling buruk adalah seperti berjudi. Memang benar alam perniagaan hanya
boleh menjanjikan 2 perkara sahaja
kepada bakal peniaga. Iaitu samada
memperolehi kejayaan atau menempuh
kegagalan.
MUKA SURAT
Tiada individu mahu menempuh
kegagalan tetapi gagal dalam
usahaniaga bukanla bererti kita
telah tewas. Usahawan yang
berjaya dewasa ini
kebanyakkannya telah menempuh
kegagalan sebelumnya. Tambahan
pula pada ketika mereka
berkecimpung dalam dunia
keusahawanan dahulu tidak
terdapat sebarang imbangan yang
boleh diperolehi secara formal.
Kesemuanya diusahakan melalui
inisiatif sendiri dan berasaskan
kredibiliti masing-masing.
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Terdapat beberapa gejala boleh diperhatikan dalam
bidang perniagaan kita sebelum berlaku sebarang
kesulitan. Gejala inilah yang selalunya gagal diberi
perhatian ataupun tidak disedari oleh kita sehingga
apabila telah sedar ianya telah terlewat. Berikut adalah
sebahagian gejala yang boleh dijadikan gais panduan:
a. Keuntungan Semakin Susut
Ia boleh dipastikan apabila kita melihat bahawa
kadar pulangan terhadap pelaburan (Internal Rate Of
Return) merosot. Kita boleh membandingkannya
samada dengan pencapaian yang diperolehi pada
tahun-tahun sebelumnya ataupun dengan pesaing
dalam bidang yang sama.
b. Hutang Meningkat
Ia tergambar melalui nisbah hutang dengan ekuiti
telah melebihi angka 1 (negatif)
c. Penurunan Jualan
Jualan samada merosot atau tidak berkembang
langsung.
d. Kakitangan sering berhenti
Ia akan memberi kesan terhadap produktiviti kerana
skill dan kemahiran pekerja baru akan mengambil
masa untuk menjadi mantap.
e. Perubahan permintaan
Bahaniaga yang ditawarkan telah menjadi samada
kurang relevan atau langsung tidak lagi relavan
kerana telah mempunyai alternatif.
Sekiranya gejala-gejala diatas terdapat didalam
usahaniaga kita, maka langkah-langkah perlu
dilakukan dengan segera untuk membendungnya
supaya tidak menjadi musibah. Ia perlu dilakukan
dengan teliti dan berhati-hati bagi mengelakkan
krisis. Program pembaik pulihan sepatutnya
dilakukan melalui proses dalaman.
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
SSTTRRAATTEEGGII
PPEEMMUULLIIHHAANN
Dalam usaha „turn around‟ sesuatu perniagaan perkara
pertama yang mesti dilakukan adalah melakukan bedah
siasat (post mortem) sebab-sebab kegagalan usahaniaga
berkaitan. Antara yang perlu diperhatikan adalah:
1. Punca yang menyebabkan berlakunya kegagalan
usahaniaga tersebut
2. Sejauh manakah buruknya krisis yang dihadapi dan
implikasi terhadap kedudukan perniagaan.
3. Jenis perniagaan yang sedang dijalankan samada
masih relevan dan mempunyai potensi
4. Kedudukan kewangan syarikat dan tanggungannya
5. Kos untuk membaikpulih perniagaan
6. Peluang dan program yang sesuai untuk dilaksanakan
Setelah membuat kajian menadalam mengenai
perkara-perkara diatas, strategi pemlihan melalui satu
atau pelbagai pendekatan mengikut kesesuaian.
1. Pendekatan pengurusan – Pengurusan yang tidak
cekap adalah punca kepada kemerosotan
perniagaan maka rombakan sistem pengurusan
perlu dilakukan. Contohnya bahagian pemasaran
tidak efektif dan kurang efisyen maka bahagian
berkenaan perlu diubahsuai termasuk mengambil
pengurusan professional.
2. Proses – Sekiranya proses pengeluaran,
pengendalian barangan ataupun pengangkutan dan
sebagainya yang berkaitan dalam aliran dan urusan
niaga yang menjadi punca kepada kegagalan,
maka satu carta proses baru perlu dikaji supaya
ianya boleh dimaju dan diperbaiki untuk
meningkatkan produktiviti serta memaksimakan
untng. Ia kadangkala dipanggil “Business Process
Re engineering” (BPR).
3. Menurunkan Kos – Kajian kos keseluruhan operasi
dikaji dengan teliti dan dimana mungkin dibuat
pengurangan untuk menghasilkan kos operasi yang
minima.
MUKA SURAT
MANIES- Jenama Produk Makanan Tradisional Malaysia
Niaganews 16 August, 2008 09:55:00
Pemilik MANIES, Norhaja Masno bersama produk keluaran syarikat
Resepi tradisional yang digunakan sejak 1950 ini, dijual pada harga runcit RM7.90 sekotak. Sebagai ahli persatuan PERDASAMA, MANIES kini berjaya mengembangkan kawasan pemasarannya dan membina rangkaian pembekal makanan Melayu Tradisional.
MANIES Usaha Enterprise merupakan syarikat
pengeluar dan pembekal makanan tradisional Melayu
yang beroperasi di Kampung Sinaran Baru Skudai,
Johor.
Syarikat yang ditubuhkan sejak 2007 ini
mengeluarkan 3 produk utama iaitu Dodol berperisa
Lemak/Durian, Kuih Sepit dan kuih siput dibawah
jenama MANIES.
Syarikat yang berkembang dibawah program Groom
Big SIRIM ini berjaya menghasilkan dan manaiktaraf
jenama kuih melayu Tradisonal melalui sentuhan
resepi, pembungkusan dan pemasaran yang berkesan.
Pengusahanya Norhaja Masno berkata, produk
MANIES merupakan makanan istimewa Melayu
yang paling mendapat sambutan oleh
masyarakat Malaysia dan sesuai untuk pelbagai
majlis, cenderahati, koporat gift, dan musim
perayaan. Disamping rasanya yang enak dan
berkualiti, MANIES merupakan makanan
alternatif kesihatan bagi menggantikan makanan
segera. Produk yang ringkas, sedia dimakan,
mudah untuk dihidangkan, Tanpa bahan
pewarna dan pengawet, dan 100% keluaran
produk Muslim Malaysia.
4. Melupuskan asset – mana-mana aset seperti
mesin, jentera, kenderaan dan seumpamanya
yang kurang diperlukan bolehlah dijual. Ini akan
mendatangkan sumber tunai dan mengurangkan
tanggungan serta perbelanjaan tambahan yang
tidak diperlukan.
5. Merombak pengurusan kewangan – Banyak
perusahaan dan perniagaan PKS didapati kurang
cekap dalam pengurusan kewangan. Untuk
mempastikan kewangan diuruskan secara cekap
dan professional pegawai kewangan yang mahir
perlu dilantik secara tetap ataupun diberikan
kepada syarikat bertauliah yang boleh membantu
mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Pada
waktu ni terdapat juga system perakaunan
berkomputer yang murah dan mudah boleh
didapati di pasaran.
6. Membuat peningkatan imej dan posisi di pasaran-
Ia dapat dilakukan dengan strategi harga,
memperkenal produk baru, menambah baik
produk sedia ada termasuk menukar
pembungkusan, penampilan dan seumpamanya.
7. Melantik juruperundng professional – Perlantikan
syarikat perunding yang berkelayakan dan mahir
adalah antara langkah yang baik. Ini membantu
dari segi pendekatan, kerana kebanyakan
usahawan gagal mengesan masalah kerana
terbelenggu dengan kepompong pemikiran
setempat dan hanya mengkaji mengikut
pengalaman persendirian. Manakal perunding
selalu melihatnya dari pelbagai skop dan
pendekatan yang lebih luas dan bersifat
komersial.
Cendikiawan menyatakan bahawa perbuatan
mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh itu
tidak ada yang lebih baik daripada membuat
langkah-langkah pencegahan semenjak awal
memulakan perniagaan daripada membuat
pemulihan di kemudian hari apabila ditimpa
bencana.
Terdapat beberapa tips dalam mengawal selia
operasi perniagaan supayatidak tersasar dan
menghadapi masalah di kemudian hari;
a. Menyeliakan inventori terhadap produk dan
penyimpanan dengan teliti.
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Dibawah jenama MANIES, nama makanan Tradisonal Melayu dipertingkan kepada Triangle Biscuit, Roll Biscuit, Sweet Malaysian Candy tanpa merubah keaslian makanan tradisonal Melayu ini.
Resepi tradisional yang digunakan sejak 1950 ini,
dijual pada harga runcit RM7.90 sekotak. Sebagai
ahli persatuan PERDASAMA, MANIES kini berjaya
mengembangkan kawasan pemasarannya dan
membina rangkaian pembekal makanan Melayu
Tradisional.
Ketika ini, MANIES mudah didapati di ruang jualan di Amcorp MALL Petaling Jaya dan di bangunan
MATRADE Kuala Lumpur. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi rakan niaga MANIES, boleh menghubungi Norhaja Masno di talian 019.728.4436
atau melayari
b. Mengawal dengan teratur aliran tunai syarikat
supaya tidak berlaku penyelewengan dan
terlebih belanja kepada perkara yang tidak
perlu.
c. Mengelakkan pembelian asset yang tidak bijak
dan berbentuk mewah
d. Mengikuti dan mengkaji dengan teliti
perkembangan pasaran melalui bacaan,
seminar dan kursus dari masa ke semasa.
e. Menjaga kualiti perkhidmatan dan produk
supaya sentiasa menepati kehendak pengguna.
f. Memastikan pasukan pengurusan adalah terdiri
daripada mereka yang cekap dan sentiasa
berusaha dengan gigih
g. Meningkatkan kaedah pemasaran melalui
pelbagai caa yang inovatif dan kreatif
h. Mengamalkan dasar perhubungan awam yang
pro aktif dan sentiasa agresif demi menjamin
hubungan baik dengan semua pihak.
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Anita kongsi rahsia Kopi Nikmat Perawan
WAN Anitabanun bersama-sama produk Pesona Anita
Kata Anita, beliau mengambil masa selama dua tahun sebelum berani mengeluarkan minuman kopi. Sebelum itu, beliau berkesempatan bertemu dengan seorang raja herba yang juga pendakwah serta saudara baru, Muhammad Abdullah, yang menerangkan kepada Anita akan kebaikan herba daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Muhammad juga membekalkan herba-herba yang diperlukan oleh syarikat-syarikat besar bagi menghasilkan produk minuman atau perubatan yang berasaskan herba.
Tambah Anita, kemudian beliau terfikir kenapa beliau tidak mengeluarkan kopi herba sendiri. Kebetulan beliau sendiri memang suka minum kopi dan menjadi minuman kemestian sebaik bangun tidur.
Bagaimanapun, sebelum minuman kesihatan ini dihasilkan, banyak penyelidikan dan kajian yang dilakukan kerana beliau mahu hasilnya biarlah memuaskan hati penggunanya.
„„Kopi Nikmat Perawan ini adalah khusus bagi wanita dan boleh diminum baik bagi yang sudah berkahwin mahu pun oleh anak dara. Salah satu daripada bahan istimewa yang terdapat di dalamnya ialah ubi bidadar,‟‟ jelasnya yang menjalankan perniagaan tersebut bersama-sama adiknya, Wan Anira Banun.
MMMEEENNNGGGUUURRRUUUSSS
KKKEEEJJJAAAYYYAAAAAANNN
BBBEEERRRTTTEEERRRUUUSSSAAANNN
Perpatah ada mengatakan adalah mudah untuk
mencipta kejayaan tetapi untuk
mengekalkannya adalah sebaliknya. Walaupun
ramai usahawan dan para peniaga yang telah
mengalami masa turun naik dan jatuh bangun,
tetapi adalah lebih manis sekiranya kejayaan
yang dikecapi adalah bersifat kekal dan boleh
diwariskan kepada generasi akan datang.
Banyak kes usahawan bumiputra yang naik
begitu mendadak hingga ke tahap multi
nasional, tetapi tiba-tiba merudum dan hilang
hingga sukar dikesan. Inilah yang menjadi
mimpi ngeri kerajaan dalam usaha-usaha
membangunkan golongan usahawan bumiputra
di Negara ini.
Penelitian yang dilakukan telah menyimpulkan bahawa
perkara-perkara di bawah boleh dijadikan panduan
untuk mengekalkan daya saing dan mewujudkan
kesinambungan usaha-usaha perniagaan yang sedang
dijalankan:-
a. Mengukuhkan jaringan perniagaan dalam dan luar
Negara
b. Meningkatkan daya saing dari masa ke semasa
c. Menjadikan kajiselidik sebagai budaya baru demi
memperbaiki produk supaya mampu mengekalkan
permintaan.
d. Sentiasa meninjau peluang dan urusniaga baru yang
berpontensi.
e. Membentuk budaya menabung dan melabur untuk
memantapkan kedudukan aset syarikat
f. Mengelakkan dari melimpahkan kemewahan kepada
perkara yang membazir
g. Membantu usaha-usaha perniaga lain yang
berpotensi atas konsep perkongsian pintar.
MUKA SURAT
Tahukah Anda
Kerajaan
telah sediakan
ANUGERAH
CEMERLANG
Dalam Industri
Keusahawanan
setiap tahun
h. Sentiasa peka kepada perubahan dan
perkembangan perniagaan global seperti implikasi
AFTA dan WTO
i. Komitmen yang tinggi dan sentiasa sedar bahawa
disamping obligasi perniagaan, kita turut
mempunyai obligasi keagamaan dan nasional.
Melalui pendekatan di atas, adalah dipercayai
bahawa kegemilangan yang dikecapi akan berjaya
bukan sahaja dikekalkan bahkan bertambah dan
meningkat dari masa ke semasa.
PANDUAN USAHAWAN – DEFINISI USAHAWAN
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari
Dari ZERO
menjadi HERO…
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari…
Umur – 53 tahun
Pendidikan – SPM
Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Nilai dirinya -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg.
Pelepas,BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muamalat
Kereta – Proton Perdana
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian
untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-
Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,
pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Ta!
bung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat
Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
Bagaimana sumbangan sosialnya bermula – Bila mana ibunya
menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00)
pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran
yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan.
Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu
kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang
malam bulan Ramadhan.
Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran
Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti
tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-
kerja kemasyarakatan itulah antara
sebabnya. Saya mahu meninggalkan
warisan untuk anak bangsa yang kekal
berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak
mengapa tapi orang Melayu kena berdam!
ping dengan orang politik sedikit-sedikit.
Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui
kesusahan; banyak yang mahu senang
dengan mendampingi orang politik
semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba
Allah biasa, budak dangau macam saudara
semua juga. Tuhan jadikan manusia ini
sama sahaja. Proses kematangan saya
yang membezakannya. Saya percaya
sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja
asalkan mereka berusaha dengan tekun.
Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada
jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan
saya. Apa yang tidak mampu buat saya
akan minta orang lain tengok-tengokkan.
Saya melalui jalan yang susah tapi itulah
jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran
mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh
lebih maju dan mahir daripada kita. Apa
yang kita kurang faham kita berkongsi
dengan tujuan untuk belajar dengan
mereka. Apabila sudah faham baru kita
boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok
di Kedah. Saya ada cita-cita mahu
memodenkan sekolah pondok. Kita kena
maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana
saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang
kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar
tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan
saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun
suka tengok dunia, ke Tokyo, New York
dan London. Saya pun suka pakai baju
elok. Tapi kita hendak bermewah setakat
mana, hendak pakai baju banyak mana,
hendak tidur dalam berapa rumah satu
malam, hendak makan pun sampai larat
mana?
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – KISAH KEJAYAAN
Jutawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary
adalah seorang yang perahsia. Jarang sekali, beliau ingin berkongsi
kisah peribadinya dan lebih banyak tersenyum dan memerhati.
Mokhtar merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu
yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau
mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya
menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.
Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951, beliau memulakan
perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun
1970.Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat
dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan,
infrastruktur dan pelabuhan
Usahawan Melayu terkaya berusia 58, juga dipilih sebagai Tokoh Melayu
Terbilang 2009 tahun ini dan tersenarai antara 10 lelaki terkaya di
Malaysia. Pemilihannya dibuat berdasarkan pelbagai kejayaan yang
ditempa selama 43 tahun di dalam bidang perniagaan selain sumbangan
amalnya.
Syed Mokhtar pernah dipilih sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat
Kebangsaan 1429 Hijrah/2008 Masihi, menjadikan beliau individu
Melayu kelima menerima anugerah berkenaan sejak ia diperkenalkan
pada tahun 2005.
JIWA DERMAWAN DIPUPUK IBU AYAH
Sifat dermawan dalam diri Syed Mokhtar dipupuk oleh bapanya, Syed
Nor AlBukhary dan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat.
Kisah hidupnya bermula ketika membantu ibu bapanya berniaga lembu
sekitar 1960-an sebelum beralih kepada perniagaan perkhidmatan lori
pada 1970-an selepas mendapat bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Daripada perniagaan lori, anak muda yang ketika itu masih pada usia
awal 20-an mula berniaga beras secara kecil-kecilan. Pendapatan
pertama daripada perniagaan diusahakan sendiri yang dibawa balik ke
rumah ialah sebanyak RM1,500. Pada 1970-an, jumlah itu agak lumayan
dan pastinya hati begitu gembira dengan wang sebanyak itu.
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada
status; ada masa di atas, ada masa di
bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita
kena turun ke bawah, tengok mana-mana
yang boleh dibantu. Allah beri rezeki
melalui kita untuk kita tolong orang lain.
Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil
balik. Jika ada orang korporat Melayu
yang tidak mahu turun ke bawah mungkin
kerana bayangan duit itu lebih kuat
daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu.
Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita
tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang
Melayu kita tidak mahu bekerjasama
kerana perasaan dengki menguasai diri.
Sudahlah tak mahu berusaha, apabila
orang lain berusaha mereka marah
14.Saya ada emotional attachment kepada
agama, bangsa dan ummah. Saya bukan
individualistik. Diri saya tidak penting.
Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak
mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini.
Saya malu kerana orang Cina kaya
beratus-ratus kali ganda daripada saya.
Tapi saya tahu orang Melayu kalau
hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira
siang malam. Kita ada kekuatan yang
tuhan beri melebihi daripada bangsa lain.
Tetapi untuk maju kita perlu berusaha
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.
minta tolong daripada orang. Saya tidak
malu. Saya bukannya mencuri. Saya
usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu
ini yang orang Melayu kena atasi. Kita
kena berani kerana benar. Apabila kita
dapat keuntungan dan rezeki lebih,
bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri.
Kaya itu adalah kepada kumpulan
perniagaan ini, kepada bangsa dan
kepada orang ramai. Saya hanya
memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan
kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit
ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya
perkara yang baik yang kita lakukakan
akan kekal. Bukan duit yang akan
melindungi saya nanti tapi apa yang saya
lakukan sekarang.
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – KISAH KEJAYAAN
Namun, apabila ibunya memberitahu bahawa setengah daripada
pendapatan itu digunakan untuk adik yang lain, sementara setengahnya
pula perlu diberi kepada 15 keluarga miskin, Syed Mokhtar tidak
membantah.
Masa beliau bawa balik pendapatan pertama, ibunya beritahu RM750
akan digunakan untuk adik dan RM750 lagi kena bagi pada 15 keluarga
jiran yang susah, orang tua dan lain-lain. Setengah pendapatan itu
diambil ibunya untuk beri orang yang kurang kemampuan.
Dari situlah jiwa dermawan dipupuk ibu bapa. Walaupun dari segi
hukum, zakat pendapatan hanya 2.5 peratus, tetapi pendapatan Syed
Mokhtar diambil 50 peratus. Selebihnya diberi kepada 15 keluarga dan
sehingga kini beliau masih meneruskan amalan jariah membantu 15
keluarga berkenaan.
Kawan beliau, Syed Abdullah yang ditugaskan mengagih wang itu sejak
mula pun sudah bercucu. Namun hingga kini beliau masih
melaksanakan tanggungjawab itu. Dan lori serta syarikat berasnya
masih beroperasi di Kedah.
Ramai yang tidak mengetahui Syed Mokhtar hanya sempat tamatkan
pendidikan sehingga Tingkatan Lima, tetapi tidak berpeluang
mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tidak mempunyai
wang untuk membayar yuran peperiksaan.
Kisah yang dilalui pada zaman sekolah ini mendorong beliau untuk
menjayakan Program Tuisyen Albukhary pada 2001. Ketika itu,
perniagaan yang dimulakan sejak 30 tahun lalu berbekalkan jerit perih
sudah maju dan berkembang pesat dan Yayasan Albukhary sudah
ditubuhkan sejak 1996.
YAYASAN ALBUKHARY
Matlamat penubuhan yayasan itu sebagai memenuhi impian orang tua,
terutama ibu yang mendidik beliau mencari rezeki bukan saja untuk diri
sendiri tapi membangunkan ummah dan membantu golongan miskin.
Walaupun tidak dapat peluang melanjutkan pelajaran, Syed Mokhtar
sedar kejayaannya pada hari ini kerana berjaya dalam bidang
perniagaan. Atas kesedaran ini, beliau terfikir untuk memberi budak
kampung yang miskin dan kurang cerdik mengikuti tuisyen secara
percuma.
Guru yang mengajar digajikan satu jam RM40 untuk ajar budak-budak
dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan subjek lain yang mereka
tidak mahir. Pusat tuisyen sudah berjalan empat tahun dan 22,000
pelajar sudah mendapat manfaat untuk maju dalam pelajaran.
Bukan setakat itu saja, Syed Mokhtar turut menyediakan Biasiswa
Albukhary kepada pelajar miskin yang cerdik daripada 47 negara yang
umat Islamnya adalah kumpulan minoriti untuk melanjutkan pengajian
pada peringkat universiti.
Biasiswa Albukhary, program pendidikan antarabangsa itu sudah
berjasa kepada 372 pelajar yang ada antara mereka cemerlang di
persada antarabangsa.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan
perniagaan lain supaya kita terus dapat
bantu orang lain mengembangkan diri
masing-masing. Saya bukan buat semua
ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat
dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat
itu yang jadi masalah kononnya Syed
Mokhtar sapu semua. Bangsa lain
memegang pelbagai kepentingan dalam
ekonomi, siapa pun tak ata apa. Ini
masalah orang Melayu. Di kampung orang
Melayu berpecah kerana politik, di bandar
berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri
kepada saya ia bukan untuk saya tetapi
untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu
banyak syarikat yang saya ada ini gagal
dan tidak maju kepada saya tetapi orang
tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti
ada RM10 juta atau RM20 juta dalam
tangan baru hidup boleh selamat. Ini
yang menyebabkan mereka hanyut
daripada menolong orang lain. Mereka
lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa
bahawa kekayaan tidak boleh membantu
selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak
hutang. Orang berniaga mana yang tak
berhutang. ! Tapi mesti tahu bagaimana
hendak meminjam dan membayarnya
semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti
sudah fikir bagaimana hendak
membayarnya balik. Mesti ada
tanggungjawab. Banyak orang mahu
senang tapi tidak ramai yang mahu
bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki).
Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok
bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-
hal asas. Kalau mahu saya minta terus
dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan
fikiran. Kalau hendak pakai baju dan
seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang
dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar
balik dan buat amal jariah). Kalau hendak
dibandingkan dengan bangsa lain,
perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi
walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu
ada berkatnya.
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – KISAH KEJAYAAN
Selain bidang pendidikan, Yayasan Albukhary turut mengambil
tanggungjawab membina masjid dan memastikan pengurusannya
berjalan lancar. Setakat ini, yayasan itu sudah membina 20 masjid di
bandar dan luar bandar di seluruh negara.
Ayah kepada empat orang anak ini mengambil inisiatif membaik pulih
Masjid Negara yang menjadi satu daripada destinasi pelancongan
negara supaya sentiasa terang dan bercahaya seperti cerahnya Muzium
Kesenian Islam Malaysia yang didirikan yayasan, bersebelahan Masjid
Negara.
Daripada muzium, masjid, perniagaan berkembang dan rezeki Syed
Mokhtar bertambah. Berkat dengar nasihat ibu, setengah kena bagi
balik, beliau mendapat keinsafan. Keinsafan itu juga mendorongnya
membina Kompleks Albukhary di Kedah yang menempatkan rumah
anak yatim, hospital dan pusat dialisis yang semuanya diberi secara
percuma kepada golongan kurang berkemampuan supaya mereka dapat
hidup selesa.
Syed Mokhtar berkata, semua yang dilakukan datang daripada jiwa dan
didikan asal ibu bapa, selain gerak hatinya, ikhlas kerana Allah.
Semua yang dilakukan dengan niat satu tujuan untuk membantu mereka
yang memerlukan. Atas inisiatif beliau juga, beliau memohon kuota haji
untuk menghantar kumpulan yang difikirkannya sudah layak, tetapi
tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah kerana
tidak mempunyai wang seperti imam, bilal dan siak masjid.
Hartawan berusia 58 tahun itu berkata, beliau tidak pernah melihat
dirinya seorang yang kaya kerana prinsip beliau ialah manusia ini
hamba Allah dan Allah Yang Maha Kaya. Segala usaha, pelbagai dugaan
serta cabaran dilalui sejak lebih 40 tahun lalu baginya adalah rezeki
Allah. Dan rezeki itu dikongsi bersama 67,700 tenaga kerjanya.
Bagi Syed Mokhtar, jika seseorang itu rajin berusaha, dengan izin Allah
mereka akan berjaya. Jadi, jika sesiapa bertanyakan apakah resipi
kejayaan, jawapannya ialah menggunakan nikmat Allah untuk faedah
orang ramai terutama dalam pencarian ilmu.
Beliau pernah dipetik berkata, "Saya bersyukur saya sudah rasa semua
nikmat Allah melainkan mati, belum rasa lagi. Saya sudah dapat lebih,
apa lagi yang saya hendak. Jadi, apabila Allah beri, kita perlu gunakan
nikmat itu untuk faedah orang ramai.
"Apabila melihat pertubuhan Kristian, Buddha dan wat Siam yang
banyak di Kedah, saya terfikir kenapa kita orang Islam tidak boleh
berkembang. Alhamdulillah, saya dapat buat semua dan berkembang
seperti hari ini, walaupun terpaksa melalui pahit maung," kata Syed
Mokhtar.
Kini, Yayasan Albukhary yang diasaskan Syed Mokhtar berjaya
memartabatkan Malaysia sebagai negara prihatin yang sentiasa
membantu masyarakat dibelenggui kemiskinan, perang saudara dan
bencana alam.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya
dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih
melihat anak orang alim yang
sesetengahnya lupa diri setelah mendapat
kekayaan. Saya pun sama seperti orang
lain suka hendak ke luar negara tetapi kita
tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul
kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-
jiran yang perlukan bantuan.
30. …..kalau tidak mungkin saya sudah ke
Haatyai dan jadi bakal. Saya manusia yang
banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf,
beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya
ada kesedaran mahu mengekalkan hak
kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana
itu saya terpaksa bersusah sedikit pun
tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk
saya menolong orang lain pula. Saya
percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini
kita tolong orang, esok lusa orang akan
tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun
seperti saya berilah sedikit masa untuk
faham selok belok perniagaan, Insya! Allah
boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa
boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan
semula semangat untuk bangkit balik.
Jangan jadikan agama hanya satu tempat
untuk kita bergantung apabila kita susah.
Tanggungjawab ibadah adalah tugas
seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang
kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak
semestinya saya tidak boleh turun ke
kelab.Orang Melayu kalau hendak ke
depan mesti ada cara hidup yang fleksibel,
boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit.
Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang
saya pakai Proton Perdana untuk sokong
kereta nasional. Kereta itu pun cukup
untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak
boleh maju. Ini saya berani perang dengan
sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju.
Kalau saudara jadi wartawan saudara kena
tanam semangat suatu hari nanti mahu
ambil alih akhbar ini. T! idak ada sebab
kenapa ia tidak boleh berlaku.
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – KISAH KEJAYAAN
ANAK KELAHIRAN DEB
Kejayaan yang dinikmati Syed Mokhtar adalah hasil daripada langkah
kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Kata beliau, DEB telah memberi peluang kepadanya untuk bersaing
dengan kaum lain dan seterusnya membuktikan bahawa anak Melayu
juga mampu muncul sebagai konglomerat berjaya di pentas
antarabangsa.
"Saya adalah anak kelahiran DEB. Melalui bantuan Majlis Amanah
Rakyat (Mara) serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi
terpaksa melalui proses pahit maung dahulu.
"Tiada jalan singkat untuk berjaya walaupun dengan bantuan kerajaan.
Bumiputera harus mengambil peluang ini dan membuktikan mereka
juga mampu berjaya," katanya.
Ketika ditanya sumbangan amalnya selepas mengumpul pelbagai
anugerah, Syed Mokhtar berkata, rezeki yang diperolehinya digunakan
untuk kebajikan lebih 67,800 kakitangan Kumpulan Albukhary dan
selebihnya membantu golongan miskin.
Kesempitan hidup yang terpaksa dilaluinya ketika zaman kanak-kanak
menyebabkan beliau kini berusaha membantu golongan yang
memerlukan terutama pelajar dan anak-anak yatim.
BINA 7 MASJID BARU DI NEGERI SEMBILAN
Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak
lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan
tersohor ini.
Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi;
Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah,
Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.
Beliau berkata, pembinaan masjid di Rantau berharga kira-kira RM7.9
juta yang boleh menampung 2,500 jemaah akan dibina menerusi derma
dan sumbangan Yayasan Albukhary di Taman Ekar.
Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu
menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang
disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
38 Kejayaan dan kelemahan orang Melayu
bukan disebabkan oleh bangsa kita dan
agama kita. Ia berkait dengan sikap dan
cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak
mudah putus asa merupakan kunci
kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang
wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa
saja yang bekerja kuat. Apa yang ada
pada saya ini hanya usaha. Kalau anak
dangau macam saya boleh, tidak ada
sebab orang lain terutama mereka yang
dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang
perkara yang boleh memberikan kesan
psikologi negatif kepada orang Melayu
(kereta dan rumah besar. Kita kena
kurangkan bercakap tentang kereta besar
dan rumah besar. Sesiapa pun mahu
pakai kereta mewah tapi bukan itu
matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena
membantu diri sendiri, kena bekerja keras
dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada
dalam diri seseorang wal! au setinggi
mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial)
semuanya bermula daripada didikan
orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga
dan buat sumbangan amal jariah. Saya
tak mahu tunggu hutang habis baru
hendak buat semua ini. Saya takut kalau
hutang habis saya pun mati dan apa pun
tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak
berubah, dari dulu beginilah. Saya terima
apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah.
Tidak ada segelas air, ada setengah gelas
pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka
lulus peperiksaan dan hidup mereka
menjadi lebih baik, saya sudah gembira.
Saya tidak boleh buat banyak.
Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit
daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
PANDUAN USAHAWAN – KISAH KEJAYAAN
MUKA SURAT
DARI BIDANG PENGANGKUTAN KE TOKOH KORPORAT
Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan
yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara
tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat
meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah
salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan
Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh
yang sebentar.
Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan
(Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium
Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak
menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri
Kedah dan Perak.
Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf
International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai
kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun.
Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah
firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad
(MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport
Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn.
Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya
mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5
billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan
ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan
majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
Nama Tan Sri Syed Mokhtar turut tersenarai dalam senarai '40 Individu
Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini.
Syed Mokhtar dilaporkan mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86
bilion). Meskipun susut dari AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) pada tahun
lalu, beliau masih mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dalam
senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.
Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang
dimilikki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan
nikmat Allah.
Malah, Syed Mokhtar mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat
yang Allah kurniakan.
"Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita
kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Albukhary
menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan
diri kita," pesan Syed Mokhtar.
Susunan ZIEMAN
48. Saya gembira dapat membantu. Saya
mahu orang lain merasai (kesenangan)
apa yang saya pernah rasa. Saya tahu
bagaimana perasaanya. Saya kata kepada
diri saya, apa yang saya dapat saya mesti
beri orang lain merasainya sama. Jangan
beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang
membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih
daripada ini. Saya kata kepada kawan-
kawan ini baru warm-up saja; kita belum
berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu
banyak ketinggalan
MUKA SURAT
PANDUAN USAHAWAN – KISAH KEJAYAAN
ARKIB : 04/06/2006
Perkasakan usahawan Melayu
Oleh Izham Yusoff
BETULKAH orang Melayu tak pandai berniaga?
Betulkah berniaga bukan budaya orang
Melayu? Betulkah orang Melayu selayaknya
cuma boleh menjadi guru atau polis atau
penjawat awam semata-mata?
“Tepuk dada, tanya selera”. Suka atau tidak, kemampuan
orang Melayu menjadi usahawan dan peniaga berjaya
sering dipersoalkan. Anehnya, mereka yang
mempersoalkan kebolehan orang Melayu dalam bidang
perniagaan dan keusahawanan ini termasuk orang
Melayu sendiri.
Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan 35 tahun
lalu, ramai bumiputera khususnya Melayu cuba mencebur
diri dalam bidang perniagaan. DEB memberi peluang
kepada Melayu menerokai pelbagai bidang perniagaan,
termasuk sektor yang tradisinya tidak ada usahawan
Melayu.
Melalui DEB, lahirlah golongan usahawan Melayu hebat
dan berjaya sebagai tambahan kepada kejayaan
beberapa kerat usahawan Melayu sebelumnya. DEB
memberi kita harapan menyaksikan kelahiran lebih ramai
Melayu hebat dalam perniagaan dan keusahawanan.
Malangnya, melalui DEB juga kita menyaksikan kegagalan
ramai usahawan Melayu dan lebih menyedihkan apabila
ada dalam kalangan yang hebat dan berjaya juga tidak
dapat bertahan dan hilang kegemilangannya. Akhirnya
kita kerap mendengar cerita kegagalan Melayu dalam
perniagaan berbanding kisah kejayaan.
Ekonomi negara terus berkembang pesat,
tetapi kita masih sukar menyenaraikan
usahawan Melayu berjaya. Usahawan
Melayu terpaksa berdepan keadaan yang
mana mereka tidak boleh menang. Jika
berjaya dalam perniagaan, tidak
dihormati kerana dikatakan bergantung
kepada tongkat sakti sepanjang masa.
Apabila gagal, pasti dicemuh kerana
masih tidak mampu berjaya walaupun
sudah diberi bantuan.
Usaha merobah minda Melayu terhadap
bidang keusahawanan perlu bermula dari
awal, di bangku sekolah, di peringkat
universiti. Isu pengangguran siswazah
terutama dari institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) bukan perkara baru. Ia
berpunca daripada pelbagai aspek
termasuk kecilnya peluang pekerjaan
yang ditawarkan sektor awam.
Mengapa tidak IPTA melengkapkan
siswazah agar apabila tamat pengajian
mereka menepati tuntutan pekerjaan atau
untuk bergelar usahawan? IPTA tidak
dinafikan menawarkan pelbagai
pengajian yang memenuhi kehendak
keilmuan, tuntutan negara, industri dan era
globalisasi.
Satu petanda positif, sejak kebelakangan ini, hampir
semua IPTA mewujudkan Bahagian Keusahawanan Siswa
(BKS) sebagai pendedahan awal mahasiswa mengenai
dunia perniagaan dan keusahawanan. Kebanyakan BKS
diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)
untuk memastikan keberkesanannya, manakala
sesetengah IPTA meletakkannya di bawah Pusat
Pembangunan Mahasiswa agar tidak terlalu
membebankan Jabatan HEP.
Gambar hiasan : Pelajar yang mengikut Program
Usahawan Muda (PUM)
Kita harus memupuk minat berniaga di
kalangan anak-anak Melayu dari
peringkat awal lagi kerana antara punca
utama kegagalan bumiputera terutama
Melayu dalam perniagaan dan
keusahawanan ialah kerana kurangnya
pengetahuan dan pengalaman dalam
bidang keusahawanan.
Justeru pembudayaan keusahawanan perlu dimulakan di
peringkat sekolah rendah lagi. Sebagai contoh, perlu
diterapkan unsur keusahawanan di dalam kokurikulum
atau buku teks di mana kerjaya sebagai usahawan
digambarkan secara positif. Protagonis stereotaip Melayu
selama ini perlu ditukar ganti dengan seorang usahawan
yang berjaya.
Tahap kejayaan terbatas dalam pembangunan usahawan
bumiputera, khususnya Melayu menyebabkan kerajaan
sentiasa memperbaiki kaedah bantuan supaya usahawan
lebih berdaya tahan, maju dan berdaya saing. Kesilapan
dan kegagalan masa lalu dijadikan panduan untuk
mengurangkan kegagalan.
Mantap
Malangnya, manusia mempunyai ingatan
panjang bagi perkara negatif. Orang lebih
mudah dan gemar mengingati kisah
kelemahan dan kegagalan usahawan
Melayu. Ini menyebabkan timbul
tanggapan Melayu umumnya memang
tidak pandai berniaga.
Kalau Orang Melayu sendiri kurang
percaya akan keupayaan bersaing
sebagai usahawan, tentunya usaha untuk
menarik kepercayaan bukan Melayu,
pelabur luar negara dan institusi kewangan
menjadi lebih sukar.
Apa pun, hakikatnya bidang
keusahawanan bukan perkara baru atau
asing bagi orang Melayu. Siapa tidak kenal
Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, Pengerusi
Eksekutif Sapura Holdings Berhad. Beliau
adalah tokoh korporat yang
bertanggungjawab membawa teknologi
telekomunikasi ke Malaysia melalui lesen
pembuatan kelengkapan telefon, telefon
awam menggunakan syiling dan kad
telefon.
Selain itu, beliau juga memulakan jabatan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Sapura
Holdings untuk membangunkan produk telekomunikasi
untuk pasaran tempatan serta eksport. Beliau berjaya
sebagai usahawan dan kemudiannya berjaya pula
mendidik pewarisnya, generasi kedua untuk meluaskan
lagi perniagaan supaya menjadi lebih mantap.
Jika dikaji secara teliti, tiada sebab sebenarnya
kenapa Melayu tidak boleh berjaya sebagai peniaga
dan usahawan. Sebagai umat Islam, usahawan
Melayu seharusnya sudah jauh ke depan kerana nilai
dan peradaban Islam menyediakan asas kukuh untuk
berjaya. Usahawan Melayu perlu bina keyakinan
bahawa mereka boleh lakukan apa yang dilakukan
orang berjaya.
Cara terbaik membina keyakinan diri ialah menambah
ilmu dan pengalaman. Ilmu digandingkan dengan
sikap dan nilai yang betul akan meletakkan mereka di
landasan kejayaan.
Perkongiaan bijak ‘ share the cake’
Orang Melayu perlu bekerjasama untuk
menjamin kejayaan bersama. Kita perlu
mengikis sikap iri hati apabila melihat
kejayaan rakan niaga kita. Begitu juga bagi
mereka yang telah berjaya adalah menjadi
tanggungjawab mereka untuk membantu
usahawan baru untuk sama-sama menikmati
kejayaan.
Cuba lihat kekuatan rangkaian pengusaha Cina yang
telah diceritakan dengan jelas di dalam buku
Bamboo Network. Cara yang sama juga diamalkan di
Jepun melalui sistem keintetsunya dan di Korea
Selatan melalui sistem chaebolnya.
Hakikatnya, sejak kebelakangan ini
penyertaan bumiputera dalam sektor korporat
atau pemilikan ekuiti berada pada tahap
hampir sama iaitu 18 peratus, jauh ketinggalan
berbanding bukan bumiputera.
Harapan kerajaan ialah untuk meningkatkan
penyertaan bumiputera antara 20 ke 25
peratus menjelang 2010. Kita mahu melahirkan
usahawan yang dinamik dalam suasana
persekitaran ekonomi yang sentiasa berubah.
Setakat ini, kita belum mencapai tahap
melahirkan golongan pengusaha bumiputera
dalam jumlah yang besar secara kritikal
walaupun sudah lapan kali Rancangan
Malaysia dilaksanakan.
Pada masa sama matlamat penubuhan
Institut Keusahawanan Negara (Insken) dan
Majlis Pembangunan Usahawan Daerah
(MPUD) tidak akan tercapai jika pemikiran
usahawan Melayu masih pada takuk lama,
selain menganggap bidang perniagaan
sebagai batu loncatan untuk cepat kaya.
Langkah kerajaan melancarkan dua badan
khusus – Insken dan MPUD mempercepatkan
penguasaan ekuiti bumiputera dalam sektor
korporat, sekurang-kurangnya 25 peratus
menjelang 2010 dan 30 peratus menjelang
2020 adalah sasaran munasabah. Malah,
iltizam kerajaan mewujudkan lebih ramai
usahawan besar menerusi program
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB) membuktikan keprihatinan kerajaan
untuk melihat bumiputera terus kuat dan
berkembang dalam sektor ekonomi negara.
Bumiputera, khususnya orang Melayu perlu
juga menganalisis sejauh mana pembabitan
dan sumbangan mereka dalam setiap
kemajuan, pencapaian dan statistik yang
diumumkan. Kita tidak mahu keadaan yang
mana orang Melayu turut bersorak tanpa
menyedari kampung sudah tergadai. Apabila
negara jadi cemerlang biarlah orang Melayu
dan bumiputera lain juga sebahagian besar
daripada kecemerlangan itu.
Kita tidak mahu tatkala Malaysia mencapai
tahap negara maju pada tahun 2020,
keadaan orang Melayu terus ibarat „melukut di
tepi gantang‟. Ini sesuatu yang amat malang
dan orang Melayu sendiri tidak harus
mengizinkan ia daripada berlaku.
Gambar Hiasan
Usahawan Melayu khususnya, perlu sedar bahawa secara keseluruhan mereka
masih dalam keadaan lemah. Bilangan usahawan Melayu yang cemerlang masih
terlalu kecil. Pegangan usahawan Melayu dalam kemewahan ekonomi negara
masih sedikit dan tidak setanding dengan jumlah mereka sebagai majoriti
penduduk. Kewujudan berterusan usahawan Melayu dalam senario ekonomi
negara sangat penting untuk kesejahteraan negara.
Tetapi kewujudan ini tidak dapat dijamin jika usahawan Melayu gagal mempertingkatkan
kemampuan menyesuaikan diri dengan perubahan bagi membina kelebihan bersaing.
Kunci kepada semua kemajuan ialah ilmu pengetahuan yang diamalkan. Kita tidak dapat bersaing
tanpa ilmu pengetahuan. Apabila sudah ada ilmu, kita dapat mencuba sesuatu dan ini memberi kita
pengalaman yang diperlukan untuk menambah daya saing dan daya maju. Usahawan Melayu mesti
berusaha menguasai semua cabang ilmu supaya dapat kekal bersaing.
Segelintir usahawan Melayu yang sudah cemerlang wajib membantu usahawan sebangsa untuk
melahirkan masyarakat perdagangan Melayu berkesan dan berjaya. Kita perlu kewujudan usahawan
Melayu sebagai satu masyarakat, bukan sekadar beberapa kerat individu.