PANDUAN PENGGUNA
ANTARAMUKA BERPUSAT EZHASIL
- ROAMING PKI -
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
2
Isi Kandungan
BAHAGIAN A: PENGENALAN ................................................................................................................... 3
1. Tujuan ......................................................................................................................................... 3
2. Keperluan Sistem ........................................................................................................................ 3
3. Penyenggaraan Pelayar Web ...................................................................................................... 3
BAHAGIAN B: AKSES KE LAMAN WEB EZHASIL ....................................................................................... 4
1. PENGGUNA KALI PERTAMA ........................................................................................................ 5
1.1 Permohonan No. PIN (bagi pembayar cukai individu dan Organisasi) ............................... 5
1.2 Login Kali Pertama .............................................................................................................. 6
2. MODUL PENGGUNA EZ HASIL ..................................................................................................... 9
2.1 Terlupa Kata Laluan ............................................................................................................. 9
2.2 Pengaktifan Kod Sementara (bagi pembayar cukai Organisasi (OeF)) ............................. 11
2.3 Log Masuk ......................................................................................................................... 13
2.4 Laman Profil ...................................................................................................................... 14
2.5 E-Filing (e-Borang) ............................................................................................................. 15
2.6 Tandatangan Digital. ......................................................................................................... 17
2.7 Penyelenggaraan Sijil Digital –Tukar Kata Laluan ............................................................. 18
2.8 Penyelenggaraan Sijil Digital –Tukar Petunjuk Kata Laluan .............................................. 19
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
3
BAHAGIAN A: PENGENALAN
1. Tujuan
Dokumen ini bertujuan untuk memberi panduan ringkas kepada pengguna yang ingin
menggunakan sistem ezHasil- Antaramuka Berpusat.
2. Keperluan Sistem
Keperluan Butiran
Komputer/Prosesor Sekurang-kurangnya Intel Pentium® III 400Mhz
Memori Sekurang-kurangnya 128 megabait (MB)
Sistem Pengoperasian Sekurang-kurangnya Microsoft Windows® XP
Pelayar Web
Microsoft Internet Explorer 8.0 atau ke
atas
Mozilla
Google Chrome
Safari
enkripsi128-bit
Sijil Digital e-Filing
3. Penyenggaraan Pelayar Web
Bagi pengguna yang menggunakan Pelayar Web daripada Microsoft seperti Internet Explorer 6.0
dan keatas anda perlu menyenggara keatas Pelayar Web anda. Sila ikuti langkah-langkah
berikut :
Membuang pop-up blocker - Ke Tools –> Internet Options –> Privacy –> Pop–up Blocker
–> Buang tanda pada Turn On pop-up blocker.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
4
BAHAGIAN B: AKSES KE LAMAN WEB EZHASIL
Layari laman web rasmi ezhasil di pautan https://ez.hasil.gov.my/ci.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
5
1. PENGGUNA KALI PERTAMA
1.1 Permohonan No. PIN (bagi pembayar cukai individu dan Organisasi)
Fungsi Permohonan No. PIN melalui e-Mel adalah untuk memberi kemudahan kepada
pengguna yang mempunyai alalamt e-Mel yang berdaftar dengan LHDNM untuk memperolehi
No. PIN melalui e-Mel.
i. Layari laman web rasmi ezhasil di pautan https://ez.hasil.gov.my/ci.
ii. Klik menu “Permohonan No. PIN” seperti rajah di atas. Sistem akan memaparkan skrin
seperti di bawah.
ii. Sila ikuti arahan seperti di laman tersebut. Sistem akan menghantar No. PIN pembayar
cukai ke alamat e-Mel yang telah didaftarkan.
iii. Mesej berjaya akan dipaparkan sekiranya pengguna memasukkan maklumat yang tepat.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
6
iv. Pengguna akan menerima e-Mel daripada [email protected]. Sila semak e-
Mel pengguna yang berdaftar untuk mendapatkan No.PIN.
1.2 Login Kali Pertama
Fungsi ini digunapakai oleh pengguna yang ingin menggunakan system ini. Pengguna mestilah
melakukan fungsi Login Kali Pertama terlebih dahulu untuk memastikan pengguna memiliki sijil
digital sama ada individu mahupun Organisasi. Pengguna boleh log masuk seperti biasa apabila
telah berjaya melalukan transaksi ini.
Perhatian:
Nombor Pengenalan Peribadi atau No. PIN boleh didapati melalui fungsi Permohonan No. PIN
atau pada Borang Nyata Cukai Pendapatan yang telah dihantar kepada Pembayar Cukai atau
juga boleh di dapati melalui mana-mana kaunter atau Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri
malaysia atau LHDNM yang berdekatan.
i. Klik Login Kali Pertama. Skrin berikut dipaparkan.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
7
ii. Masukkan No.PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik “Hantar”. Skrin berikut akan
dipaparkan.
iii. Isikan maklumat yang dikehendaki dan klik butang Setuju. Skrin seperti di bawah akan
dipaparkan.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
8
iv. Klik butang Hantar untuk teruskan.
v. Klik di sini untuk log masuk sistem.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
9
2. MODUL PENGGUNA EZ HASIL
2.1 Terlupa Kata Laluan
Fungsi Terlupa Kata Laluan digunakan untuk menukar semula kata laluan bagi pengguna
yang telah terlupa kata laluan.
i. Layari pautan https://ez.hasil.gov.my/ci.
ii. Klik menu Terlupa Kata Laluan. Skrin seperti dibawah dipaparkan.
iii. Masukkan No.Rujukan (No.Pengenalan) dan klik butang Hantar. Skrin berikut akan
dipaparkan.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
10
iv. Masukkan alamat e-Mel yang berdaftar dengan LHDNM dan klik butang Hantar. Sistem
akan memberikan pautan untuk menukar kata laluan baru melalui alamat e-Mel
tersebut.
v. Pengguna juga mempunyai pilihan lain dengan menggunakan Petunjuk Kata Laluan
untuk menukar kata laluan baru dengan hanya klik pautan sini seperti skrin di atas.
Sistem akan memaparkan skrin seperti berikut.
vi. Masukkan No.Rujukan (No.Pengenalan), pilih Petunjuk Kata Laluan dan isikan Jawapan
kepada petunjuk kata laluan dan klik butang Hantar.
Peringatan: Anda dibenarkan untuk mencuba sebanyak LIMA (5) kali sahaja.
vii. Skrin berikut dipaparkan sekiranya maklumat yang diberikan adalah tepat.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
11
viii. Masukkan Kata Laluan Baru, ulangi kata laluan yang sama dan klik butang Hantar.
ix. Mesej berjaya akan dipaparkan. Pengguna boleh menggunakan kata laluan baru untuk
log masuk system.
2.2 Pengaktifan Kod Sementara (bagi pembayar cukai Organisasi (OeF))
Fungsi Pengaktifan Kod Sementara digunapakai oleh pembayar cukai Organisasi yang telah
terlupa kata laluan bagi tujuan reset kata laluan. Pengguna perlu mengaktifkan dahulu Kod
Sementara yang diperolehi daripada cawangan LHDNM bagi tujuan reset kata laluan.
i. Klik menu Pengaktifan Kod Sementara. Skrin berikut dipaparkan.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
12
ii. Masukkan No.Rujukan (No.Pengenalan) dan Kod Sementara yang diperolehi daripada
cawangan LHDNM. Seterusnya klik butang Hantar. Sekiranya No. Rujukan (No.
Pengenalan) dan Kod Sementara yang dimasukkan adalah sah, skrin berikut akan
dipaparkan.
iii. Masukkan Kata Laluan baru dan ulangi semula Kata Laluan yang sama. Klik butang
Hantar. Mesej berjaya akan dipaparkan sekiranya kedua-dua kata laluan adalah sama.
Kata Laluan mestilah diantara lapan (8) sehingga dua belas (12) aksara.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
13
2.3 Log Masuk
Fungsi ini digunapakai oleh pengguna samada individu atau organisasi. Setiap pengguna
mestilah mengaktifkan No.PIN dahulu pada Login Kali Pertama bagi memperoleh sijil digital
terlebih dahulu.
i. Layari pautan https://ez.hasil.gov.my/ci.
ii. Masukkan No.Pengenalan dan juga Kata Laluan yang tepat, dan klik butang Hantar.
Sistem akan memaparkan laman profil pengguna seperti di bawah.
iii. Pengguna boleh melihat senarai perkhidmatan dengan klik menu Perkhidmatan seperti
atas.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
14
2.4 Laman Profil
Pengguna akan dipaparkan laman profil diri apabila telah berjaya log masuk sistem. Selain itu
bagi pengguna yang ingin melihat profil diri semula boleh klik menu Profil di menu bar di
sebelah atas kanan skrin.
Di Laman profil pengguna, sistem akan memaparkan :
Maklumat Asas - Nama, No.Rujukan, No. Cukai Pendapatan, Alamat, No.Telefon, dan
cawangan.
Maklumat Sijil individu - Status Sijil dan Tempoh Sijil.
Maklumat Sijil Digital Organisasi - Status Sijil dan Tempoh Sijil serta maklumat Organisasi
di dalam bentuk jadual (Bagi individu yang memiliki sijil digital Organisasi).
NOTA: Individu yang memiliki sijil digital individu dan juga Organisasi hanya akan dapat
melihat maklumat kedua-dua jenis sijil apabila kata laluan yang digunakan adalah sama bagi
kedua-dua jenis sijil.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
15
2.5 E-Filing (e-Borang)
Fungsi ini digunakan untuk pengguna yang ingin mengisi borang bagi tujuan membayar
cukai.
i. Klik Perkhidmatan, menu disebelah kiri skrin akan dipaparkan seperti dibawah.
ii. Klik e-Filing e-Borang. Skrin berikut akan dipaparkan.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
16
iii. Pilih borang taksiran dan pilih Tahun Taksiran terkini atau yang dikehendaki. Sistem
akan memaparkan borang taksiran pada tahun yang dikendaki.
Contoh: Bagi individu pemastautin yang tiada punca pendapatan, pilih Tahun Taksiran
(2014) seperti dalam rajah diatas. Sistem akan memaparkan Borang BE 2014 bagi
individu tersebut.
NOTA: Bagi setiap borang yang hendak dihantar. Pengguna dikehendaki menandatangani
borang tersebut secara digital dengan menggunakan Sijil Dijital (Roaming PKI) bagi tujuan
tersebut. Untuk keterangan lebih lanjut sila ke fungsi Tandatangan Digital.
Contoh Borang Organisasi. Skrin berikut akan dipaparkan apabila pengguna teleh memilih
tahun taksiran.
i. Pengguna dikehendaki untuk memasukkan No.Cukai Pendapatan atau No.Rujukan
(No.Pendaftaran) dan klik butang Teruskan.
ii. Pengguna juga dibenarkan membuat pilihan Tahun Taksiran semula pada skrin ini.
iii. Jenis borang yang telah dipilih akan dipaparkan.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
17
2.6 Tandatangan Digital.
Fungsi ini digunapakai untuk menghantar borang yang telah diisi dengan lengkap. Setiap
borang tidak boleh dibaiki lagi apabila proses tandatangan digital telah berjaya dilakukan.
Pengguna dinasihati untuk menyemak semula maklumat yang telah diisi sebelum membuat
penghantaran. Skrin berikut akan dipaparkan sekiranya sekiranya pengguna bersetuju
menyatakan maklumat yang telah diisi adalah benar.
Masukkan No.Rujukan (No.Pengenalan) dan Kata Laluan bagi tujuan pengesahan. Seterusnya
skrin pengesahan penerimaan akan dipaparkan seperti contoh di bawah.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
18
2.7 Penyelenggaraan Sijil Digital –Tukar Kata Laluan
Terdapat dua fungsi utama dibawah menu Penyelenggaraan Sijil Digital iaitu Tukar Kata
Laluan dan Tukar Petunjuk Kata Laluan. Fungsi ini boleh didapati di bar menu di atas seperti
berikut. Fungsi Tukar Kata Laluan digunakan bagi pengguna yang ingin menukar kata laluan
sedia ada kepada yang baru.
i. Klik Penyelenggaraan Sijil Digital dan klik Tukar Kata Laluan Menu. Skrin seperti dibawah
dipaparkan.
ii. Masukkan No.Rujukan (No.Pengenalan), Kata Laluan dan Kata Laluan Baru dan klik
butang Hantar. Kata Laluan mestilah diantara lapan (8) hingga dua belas (12) aksara.
iii. Mesej berjaya akan dikeluarkan.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat versi 1.0.
19
2.8 Penyelenggaraan Sijil Digital –Tukar Petunjuk Kata Laluan
Fungsi Tukar Petunjuk Kata Laluan digunapakai apabila pengguna ingin menukar petunjuk
kepada kata laluan.
i. Klik Penyelenggaraan Sijil Digital dan klik Tukar Petunjuk Kata Laluan di bar menu di atas
skrin. Laman seperti di bawah akan dipaparkan.
ii. Masukkan No. Rujukan dan Kata Laluan, pilih Petunjuk Kata Laluan (Baru) dan isikan
Jawapan dan ulangi jawapan yang sama semula. Klik butang Hantar.