Download - nota ringkas pendidikan islam tingkatan 4
Bab 1 Manusia Perlu Bersyukur
1. Manusia Perlu Bersyukur
1.1. Intisari ayat
1.1.1. Allah beri peringatan kepada musyrikin Mekah mengambil iktibar terhadap kaum dahulu yang dibinasakan Allah kerana tidak bersyukur nikmat-Nya, bahkan melakukan kemungkaran dan kekufuran. Mereka menerima azab yang pedih.
1.2. Mensyukuri nikmat Allah
1.2.1. Allah menyediakan pelbagai kemudahan dan nikmat tidak terhingga.
1.2.2. Nikmat kurniaan Allah:
1.2.2.1. iman
1.2.2.2. Islam
1.2.2.3. kesihatan tubuh badan
1.2.2.4. akal fikiran
1.2.3. Cara bersyukur dengan nikmat-Nya
HatiSentiasa ingat Allah Merendah diri terhadap kekuasaan-NyaLidahUcap Alhamdulillah
Baca al-Quran, zikir, tasbih
Anggota badanGuna nikmat ke arah kebaikan
1.3. Kemusnahan kaum ‘Ad, Thamud, Lut
1.3.1. Kaum Ad : Allah beri nikmat tanah subur dan hasil tanaman mewah tetapi mereka kufur dan tolak ajaran Nabi Hus a.s. Mereka dibinasakan oleh Allah dengan puting beliung memusnahkan diri dan harta
1.3.2. Kaum Tahmud : Allah beri kekayaan dan hidup mewah tetapi mereka angkuh, tidak beriman dan tuduh Nabi Soleh a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa bumi
1.3.3. Kaum Lut : hidup mewah tetapi tolak ajaran Nabi Lut a.s. dan amalkan homaseks. Mereka binasa dengan diterbalikkan negeri mereka
1.4. Manusia sebagai khalifah Allah
1.4.1. tugas manusia sebagai khalifah
1.4.1.1. beribadat kepada-Nya
1.4.1.2. menegakkan agamaa
1.4.1.3. amar makruf nahi mungkar
1.4.1.4. membangun dan mengurus alam dengan baik berdasar syariat
1.5. Pengajaran ayat
1.5.1. Allah binasakan umat terdahulu kerana kufur dan ingkar
1.5.2. manusia mesti bersyukur nikmat Allah
1.5.3. orang tidak brsyukur diazab Allah
Bab 2 Rasul Penyampai Wahyu
2. Rasul Penyampai Wahyu
2.1. Intisari ayat
Nabi Muhammad manusia biasa dilantik dan diutuskan Allah untuk pimpin manusia ke arah kebenaran. Baginda bkn malaikat atau anak Tuhan tetapi manusia biasa yang tidak ada kuasa terhadap khazanah Allah dan juga tidak tahu perkara ghaib.
2.2. Peranan rasul
2.2.1. membetulkan akidah daripada kesesatan kepada beriman kepada Allah
2.2.2. mengajar cara beribadat dengan betul
2.2.3. mendidik manusia berakhlak mulia
2.2.4. memberitahu tentang perkara ghaib
2.3. Perkara ghaib
2.3.1. prkara ghaib hanya diketahui Allah seperti tarikh kiamat, penentuan rezeki, ajal dan maut seseorang
2.3.2. perkara yang tlh berlaku seperti kisah Nabi dan kemusnahan umat yang menderhaka kepada Allah
2.3.3. perkara yang wujud tetapi tidak dapat dilihat dengan pancaindera seperti malaikat, syaitan, jin, syurga dan neraka
2.3.4. perkara yang akn berlaku seperti kemunculan Nabi Isa a.s., dajjal, Yakjuj dan Makjuj
2.3.5. perkara yang diketahui melalui ilmu dan kajian seperti petroleum, emas, dan jenis tumbuhan yang bleh jadi ubat
2.4. Hikmah kewujudan perkara ghaib
2.4.1. sebagai bukti kebesaran dan kekuasaan Allah
2.4.2. untuk menggalakkan manusia membuat kajian dan penyelidikan
2.4.3. dapat meningkatkan keimanan kepada Allah
2.4.4. supaya manusia sentiasa fikir kebesaran Allah
2.5. Tugas manusia
2.5.1. mengikut ajaran Nabi s.a.w. untuk dapat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat
2.5.2. berusaha dan ikhtiar teroka khazanah Allah sama ada di lautan, daratan, angkasa untuk kepentingan hidup
2.5.3. mencari kurniaan Allah di samping tidak lupa tuntutan kehidupan dunia
2.6. Wahyu Allah
2.6.1. wahyu adlh pengetahuan yang diperoleh seseorang dengan keyakinan bahawa wahyu itu semata-mata daripada Allah melalui perantaraan atau sebaliknya
2.6.2. cara wahyu diturunkan:
2.6.2.1.malaikat memasukkan wahyu ke dalam hati Nabi tanpa disedari
2.6.2.2.malaikat menjelmakan diri sebagai lelaki
2.6.2.3.malaikat menampakkan diri yang sebenar
2.6.2.4.wahyu didengar oleh Rasullulah s.a.w. seperti bunyi loceng dan sebagainya
2.7. Pengajaran ayat
2.7.1. para rasul adlh penyampai wahyu Allah kepada manusia
2.7.2. nabi dan rasul dilantik Allah dalam kalangan manusia
2.7.3. kita hendaklah berfikir berdasarkan wahyu untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat
Bab 3 Larangan Mempersendakan Agama
3. Larangan Mempersendakan Agama
3.1. Intisari ayat
3.1.1. terdpt beberapa gol manusia mempermain dan mempersenda agama
3.1.2. mereka tertipu dengan keseronokan dan keindahan hidup dunia dan mengutamakan dunia daripada laksanakan perintah Allah
3.1.3. gol ini akn dapat azab
3.2. Huraian ayat
3.2.1. mempermain/mempersenda meliputi tindakan lisan atau perbuatan yang merendahkan martabat Islam
3.2.2. perbuatan mempersenda agama
3.2.2.1.bangga melanggar perintah Allah
3.2.2.2.hina gol brtaqwa
3.2.2.3.menyanjung maksiat
3.2.2.4.melanggar syariat seperti tidak solat, puasa, bayar zakat
3.2.3. golongan mempersenda agama
3.2.3.1.musyrikin: menyekutukan Allah dan nenentang agama tauhid
3.2.3.2.munafik : menyembunyi kekufuran, menzahirkan keislaman
3.2.3.3.murtad: keluar agama Islam
3.2.3.4.‘Asi: melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah
3.2.4. akibat mempersenda agama
3.2.4.1.akidah rosak
3.2.4.2.mendapat balasan azab di akhirat
3.2.4.3.jiwa menjadi resah gelisah
3.2.4.4.segala kebaikan menjadi sia2
3.3. Tuntutan memelihara agama
3.3.1. melaksanakan perintah Allah dan menjahi larangan-Nya
3.3.2. melakukan amal solah dan berakhlak mulia
3.3.3. menentang kemungkaran
3.3.4. melahir nilai keislaman dalam masyarakat
3.4. Akibat tidak memelihara agama
3.4.1. umat Islam mundur dan ketinggalan
3.4.2. Islam dihina dan dipermain oleh pihak lain
3.4.3. maksiat berleluasa
3.4.4. umat Islam tidak dihormati dan disisih
3.5. Harta kekayaan dan pangkat sebagai ujian
3.5.1. harta dan kekayaan kurniaan Allah yang kadang-kadang dijadikan ukuran taraf seseorang
3.5.2. Islam menggalakkan mencari harta kekayaan asalkan harta tersebut halal dan berdasarkan prinsip Islam
3.5.3. umat Islam hendaklah jadikan harta sebagai alat kebahagiaan dunia dan akhirat
3.6. Pengajaran ayat
3.6.1. umat Islam wajib menjaga kesucian agama setiap masa
3.6.2. Islam bukan satu alat kepentingan peribadi
3.6.3. orang yang mempersenda aagama akn dapat azab dan seksaan pedih di akhirat
Bab 4 Hidayat Milik Allah
4. Hidayat Milik Allah
4.1. Intisari Ayat
4.1.1. Allah brkuasa beri hidayat kepada siapa yang dikehendaki dengan melapangkn dadanya. Orang yang tidak dapat hidayah berasa sempit dada krna balsan Allah kepada orang yang mendrhaka.
4.2. Hidayat Milik Allah
4.2.1. hidayat adalah cahaya petunjuk Allah ke arh jalan benar dan diredai
4.2.2. sorg yang dapat hidayat berubah tingkah laku dari kufur kepada beriman kepada Allah
4.2.3. contohnya pristiwa Umar Al_khattab
4.2.4. jika dia tidak dikehendaki oleh Allah mnuju jalan yang benar, dia tetap sesat wlw dapat seruan dan ajaran Islam seperti yang berlaku kepada Abu Jahal
4.2.5. kepentingan hidayat:
4.2.5.1. pembimbing kebenaran dan amalan mndaptkan keredaan Allah
4.2.5.2. supaya tindakn yang dilakukn tidak bertentangan dengan ajaran Islam
4.2.5.3.supaya amal ibadat dan kebaikan dapat pahala dan berkat
4.3. Manusia Tidak Berkuasa Beri Hidayat
4.3.1. hanya Allah yang brkuasa beri hidayat. Mnusia kena usaha dptkannya dengan syarat kena benar2 beriman kepada Allah
4.3.2. maksud kelapangan dada adalah cahaya Ilahi yang diletakkan dalam seseorang hingga jd lapang dada
4.3.3. tanda orang memiliki kelapangan dada
4.3.3.1.jiwa cenderung kepada akhirat
4.3.3.2.selalu siap sedia hadapi mati
4.3.3.3.jauhkan diri dari tipu daya dunia
4.3.4. kelebihan dapat hidayat
4.3.4.1.mnikmati kmanisan iman
4.3.4.2.matlamat hidup jelas
4.3.4.3.pegangan akidah dan hidup menepati syariat
4.3.4.4.rajin usaha peroleh kejayaan hidup dunia dan akhirat
4.4. Cara Memperoleh Hidayat
4.4.1. sentiasa zikir ingat kebesaran dan kekuasaan Allah
4.4.2. bertaubat mohon ampun
4.4.3. amal akhlak mulia dan mnjauhi kemungkaran
4.4.4. sentiasa doa mohon hidayat
4.5. Kewajipan Berdakwah
4.5.1. tugas brdakwah tugas seluruh umat
4.5.2. sampaikan dakwah ikut keupayaan
4.5.3. tujuan dakwah
4.5.3.1.memelihara maruah dan kesucian agama
4.5.3.2.menarik orang kafir peluk Islam
4.5.3.3.mncegah kemungkaran dan tegakkan keadilan
4.5.3.4.tingkatkan martabat agama dan umat
4.5.4. berdakwah kena cara betul dan brhikmah supaya tarik minat kafir
4.5.5. dakwah dengan cara ini beri peluang mereka fikir tentang kbenaran Islam
4.6. Kesan Hidayat Allah
4.6.1. merubah seseorang tidak beriman kepada beriman
4.6.2. peningkatan dalam bribadat sama ada fardhu ain atau kifayah
4.6.3. mengamalkan perbuatan baik dan tinggal mungkar
4.6.4. gembira dan tenang jlnkan perintah Allah
4.7. Pengajaran Ayat
4.7.1. hanya Allah yang brkuasa beri hidayat
4.7.2. orang yang dapat hidayat berubah dari tidak beriman kepada beriman
4.7.3. kita hndaklh brdoa pohon hidayah Allah kerna hidayah nikmat terbesar kepada manusia
Bab 5 Akidah Teras Kehidupan
5. Akidah Teras Kehidupan
5.1. Intisari Ayat
5.1.1. umat Islam hendaklah tunaikan solat dan ibadat lain sebagai 1 cara untuk mentaati printah Allah
5.1.2. umat Islam hndaklah serahkan segala urusan hidup kepada Allah
5.1.3. setiap mnusia brtggungjwb atas prbuatan yang dilakukannya
5.1.4. Allah akn balas prbuatan tersebut dengan adil di akhirat
5.2. Huraian Ayat
5.2.1. nikmat iman dan Islam adalah nikmat yang paling agung
5.2.2. cara memelihara nikmat iman dan Islam
5.2.2.1. sentiasa berdoa kepada Allah
5.2.2.2.melakukan ibadat semata2 untuk mndapatkan keredaan Allah
5.3. Matlamat Hidup Mukmin
5.3.1. menyerah diri dan menyembuh Allah
5.3.2. bertawakal, serah urusan hidup hanya kepada allah
5.3.3. melaksanakan tgungjwb brlandaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
5.3.4. berazam untuk memperoleh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup dan akhirat
5.3.5. menegakkan syiar Islam di muka bumi
5.4. Islam Agama Yang Lurus
5.4.1. risalah para rasul tujuannya sama iaitu bimbing manusia ke jalan yang lurus
5.4.2. semua ajaran Islam menekankan prinsip hidup brteraskan akidah tauhid iaitu hablun minallah wa hablun minannas
5.4.3. hablun minallah ialah hubungan dengan Allah seperti solat, puasa, haji
5.4.4. hablun minannas ialah hubungan baik sesama mnusia seperti jual beli, amalan berjiran, berkomunikasi
5.4.5. Islam agama universal dan sesuai bagi semua bangsa, tidak kira warna kulit dan keturunan
5.5. Tugas Dan Tanggungjwb Manusia Dalam 3 Bidang Utama
5.5.1. setiap orang Islam diberi tggungjwb ikut kmampuan masing-masing
5.5.2. tggungjwb manusia
5.5.2.1.Al-Ibadah
5.5.2.1.1. manusia hndaklah abdikan diri kepada Allah dengan tunai ibadat khusus seperti solat atw ibadat umum seperti mempelajari ilmu
5.5.2.2.Al-Khilafah
5.5.2.2.1. membina kekuasaan di muka bumi untuk jalankan perintah Allah dan mentadbir kerajaan dengan berteraskan pengabdian diri kepada Allah
5.5.2.3.Al-imarah
5.5.2.3.1. bina prasarana dalam pelbagai bidang pembangunan spiritual dan material untuk bentuk negara maju dan makmur
5.5.3. tanggungjwb manusia
5.5.3.1.laksana amar makruf nahi mungkar
5.5.3.2.memelihara dan memulihara alam
5.5.3.3.melaksanakan segala syariat Allah
5.5.3.4.mengadakan pembangunan berlandaskan syariat
5.6. Pengajaran Ayat
5.6.1. hanya Islam agama yang benar dan diredhai Allah
5.6.2. manusia brtggungjwb atas semua perbuatannya di dunia
5.6.3. matlamat hidup orang Islam adalah brteraskan syariat Allah
Bab 6 Ciri-Ciri Mukmin Berjaya
6. Ciri-Ciri Mukmin Berjaya
6.1. Intisari Ayat
6.1.1. Allah janjikan kemenangan kepada orang yang tunaikan solat dengan khusyuk, menjauhi daripada perbuatan sia-sia , mengeluarkn zakat, jaga kehormatan diri, bersifat amanah, menepati janji
6.1.2. golongan ini pewaris syurga Firdaus dan kekal di dlmnya untuk selamanya
6.1.3. Islam menyeru umat mencapai kejayaan (aal-Falah) dunia dan akhirat
6.2. Huraian Ayat
6.2.1. ciri-ciri mukmin berjaya
6.2.1.1.beriman kepada Allah
6.2.1.2.solat dengan khusyuk
6.2.1.3.menjauhi perkara keji dan sia-sia
6.2.1.4.keluarkan zakat
6.2.1.5.jaga kehormatan diri
6.2.1.6.tunai amanah dan janji
6.2.1.7.jaga waktu solat
6.3. Khusyuk Dalam Solat
6.3.1. khusuk dalam solat ialah tunduk dan rendah diri dengan tumpukan fikiran, hati dan angota ketika solat semata-mata kerana Allah
6.3.2. cara khusyuk dalam solat
6.3.2.1.mangagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah
6.3.2.2.memahami maksud ayat dan lafaz
6.3.2.3.menumpukan pandangan ke tempat sujud
6.3.2.4.tidak bergerak atau berpaling ke kiri dan ke kanan
6.3.2.5.menunaikan solat dengan ikhlas
6.3.2.6.solat dengan tidak tergesa-gesa
6.4. Mengeluarkan Zakat
6.4.1. peranan zakat dalam masyarakat
6.4.1.1.membangunkan ekonomi
6.4.1.2.memberi biasiswa kepada pelajar
6.4.1.3.membantu fakir miskin yang hidup dalam kedaifan
6.4.1.4.memberi latihan kemahiran kepada para penerima zakat
6.5. Menjaga Kehormatan Diri
6.5.1. menjaga kehormatan diri adalah memelihara maruah diri daripada perbuatan yang dilarang Islam
6.5.2. cara jaga maruah diri
6.5.2.1.tutup aurat dengan sempurna
6.5.2.2.jauhi zina dan pergaulan babas
6.5.2.3.hindar diri daripada terlibat dengan perkara keji seperti rasuah, penyelewengan dan penipuan
6.5.2.4.amal akhlak mulia
6.6. Memelihara Amanah Dan Menepati Janji
6.6.1. orang yang mengkhianati janji termasuk dalam golongan munafik
6.6.2. tanda-tanda munafik
6.6.2.1.bercakap bohong
6.6.2.2.mungkir janji
6.6.2.3.pecah amanah
6.6.2.4.melampaui batas ketika bertengkar
6.7. Menjaga Waktu Solat
6.7.1. cara menjaga waktu solat
6.7.1.1.kerjakan solat apabila masuk waktu
6.7.1.2.menjaga segala rukun qalbi (hati), qauli (perkataan) dan fikli (perbuatan)
6.7.1.3.bersungguh-sungguh tunaikan solat
6.8. Pengajaran Ayat
6.8.1. solat hendaklah ditunaikan dengan khusyuk dan ikhlas kerana solat tiang agama
6.8.2. umat Islam hendaklah menjaga maruah dan kehormatan diri setiap masa
6.8.3. menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi Muslim
Bab 7 Nasihat Luqman Al-Hakim
7. Nasihat Luqman Al-Hakim
7.1. Intisari Ayat
7.1.1. Luqman menasihati anaknya supaya bersyukur kepada Allah, tidak mensyirikkan Allah, berbakti kepada kedua ibu bapa, mendirikan solat, melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tidak bersikap sombong dan bersopan ketika berjln. Segala amalan baik dan jahat akan dibalas di akhirat kelak
7.2. Huraian Ayat
7.2.1. Luqman ialah hamba Allah yang solah lagi bertaqwa
7.2.2. beliau dianugerahkan pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman agama yang mendalam, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi
7.2.3. beliau digelar Al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau. Kisahnya menjadi pengajaran dan teladan kepada manusia
7.2.4. nasihat Luqman kepada anaknya
7.2.4.1.jgn meakukan syirik
7.2.4.2.berbuat baik kepada kedua ibu bapa
7.2.4.3.bersabar terhadap bala bencana
7.2.4.4.jgn bersombong
7.2.4.5.melakukan kebaikan dan cegah kemungkaran
7.2.4.6.menunaikan solat
7.3. Tidak Melakukan Syirik
7.3.1. syirik ialah menyekutukan Allah atau menyamakan Allah dengan yang lain sama ada dari segi zat, sifat atau perbuatan-Nya
7.3.2. syirik termasuk dosa besar. Orang yang syirik terbatal iman, ibadat tidak diterima dan mendapat balasan neraka
7.3.3. bahagian syirik
7.3.3.1.syirik jali: syirik terang-terangan seperti sembah berhala, sembah pokok dan puja kubur
7.3.3.2.syirik khafi: syirik tersembunyi (tidak nampak) seperti percaya kepada azimat, tangkal, riak dan takbur
7.4. Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa
7.4.1. sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa
7.4.1.1.ibu bersusah payah mengandungkan anaknya
7.4.1.2.ibu bapa menjaga anaknya hingga dewasa dengan penuh kasih sayang
7.4.1.3.bapa cari nafkah untuk anak
7.4.1.4.sanggup bersusah payah demi kebaikan anak
7.4.2. contoh beradab dengan ibu bapa
7.4.2.1.merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka
7.4.2.2.dengar nasihat mereka
7.4.2.3.mematuhi perintah mereka yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
7.4.2.4.sentiasa menggembirakan mereka
7.4.3. orang yang buat baik kepada ibu bapa akan dapat balasan baik di dunia dan di akhirat manakala orang derhaka akan dapat azab di akhirat
7.5. Menunaikan Kebaikan
7.5.1. setiap mukmin bertanggungjawab menyeru orang lain kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran
7.5.2. bersyukur dan berterima kasih adalah amalan mulia dan kita hendaklah berterima kasih kepada Allah dan manusia
7.6. Tegahan Bersifat Sombong
7.6.1. Islam perintahkan kita tegur sapa dan tunjuk wajah manis serta lihat muka ketika berbicara dengan orang lain
7.6.2. kita erlu berbicara dengan lembut dan berhemah agar pendengar memahami jelas dan menerima dengan hati terbuka
7.7. Sabar Menghadapi Bencana
7.7.1. kepentingan sabar
7.7.1.1.memperoleh kejayan kerana tidak berputus asa
7.7.1.2.reda hadapi dugaan dan ujian Allah
7.7.1.3.melakukan pekerjaan dengan cermat dan bersungguh-sungguh
7.7.1.4.tidak mudah dihasut syaitan
7.8. Pengajaran Ayat
7.8.1. Allah jadikan kisah Luqman sebagai panduan hidup bagi seluruh umat manusia
7.8.2. Islam memberi penghormatan tinggi kepada kedua ibu bapa
7.8.3. umat Islam hendaklah beradab sopan dan berbudi bahasa dalam pergaulan
Bab 8 Makanan Yang Baik
8. Makanan Yang Baik
8.1. Intisari Hadis
8.1.1. Allah perintahkan orang beriman makan makanan baik dan halal
8.1.2. orang Islam dilarang makan makanan haram kerana datangkan kesan buruk
8.2. Huraian Hadis
8.2.1. makanan yang sedap dan lazat tidak semestinya halal kerana halalnya sesuatu makanan bergantung kepada cara pemerolehan dan penghasilan
8.2.2. Kebaikan Makanan Halal
8.2.2.1.menjaga kesihatan badan
8.2.2.2.memelihara kewarasan akal
8.2.2.3.mendpt keberkatan dan keredaan Allah
8.2.2.4.mempengaruhi perangai dan tingkah laku seseorang
8.2.3. Ciri-Ciri Makanan Halal
8.2.3.1.tidak memudarat kesihatan dan kewarasan akal
8.2.3.2.disembelih dengan nama Allah
8.2.3.3.diperbuat daripada bahan halal
8.2.3.4.diusahakan oleh orang islam
8.3. Hikmah Pilih Makanan Dan Minuman Yang Baik
8.3.1. menjaga kesihatan badan supaya sentiasa sihat dan cergas
8.3.2. memelihara kewarasan akal
8.3.3. mendapat pahala kerana ikut sunnah
8.3.4. doa termakbul
8.4. Hubungan Makanan, Minuman Dan Pakaian Dengan Ibadat
8.4.1. kita hendaklah prihatin tentukan makanan, minuman dan pakaian agar dan langgar batasan syarak
8.4.2. Islam suruh umat tutup aurat
8.4.3. semua berkai rapat dengan ibadat yang kita lakukan
8.4.4. punca doa sesorg tidak makbul kerana pengambilan makanan dan minuman yang haram serta berpakaian yang tidak tutup aurat
8.5. Rukhsah Makan Dan Minum Yang Haram
8.5.1. Syarat Diharuskan Makan Dan Minum Yang Haram:
8.5.1.1.hanya terdapat makanan dan minuman yang haram
8.5.1.2.makan dan minum sekadar menyelamatkan nyawa
8.5.1.3.makan atau minum bukan untuk kenyang
8.5.2. Hikmah Diharuskan Makan Makanan Haram Ketika Darurat
8.5.2.1.dapat jaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga
8.5.2.2.memberi kelonggaran kepada umat Islam untuk menyelamatkan nyawa ketika darurat
8.5.2.3.bukti Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umat
8.6. Pengajaran Hadis
8.6.1. umat Islam mestilah prihatin terhadap pengambilan makanan, minuman dan cara berpakaian seharian supaya tidak langgar hukum Allah
8.6.2. Allah tidak terima doa hamba-Nya yang ambil dan minum yang haram
8.6.3. kita wajib pakai pakaian yang bersih, sesuai dan tutup aurat
8.6.4. orang Islam wajib memelihara diri dan keluarganya daripada terjerumus ke lembah kebinasaan
Bab 9 Perpaduan Teras Kemajuan
9. Perpaduan Teras Kemajuan
9.1. Intisari Hadis
9.1.1. umat Islam dilarang bersikap yang membawa kepada perpecahan seperti hasad dengki, menipu, benci-membenci, berpaling muka dan berjual beli atas jualan orang lain
9.2. Huraian Hadis
9.2.1. Antara Sikap Mazmumah
9.2.1.1.dengki (Al-Hasad)
9.2.1.2.menipu (An-Najasyu)
9.2.1.3.benci-membenci (Al-Ghadab)
9.2.1.4.berpaling muka
9.2.1.5.jual beli atas jualan orang lain
9.2.2. Sebab Larangan Dalam Hadis
9.2.2.1.bagi mewujudkan suasana muhibah, kasih syang dan harmoni dalam masyarakat
9.2.2.2.untuk semai ikatan persaudaraan yang kuat dan kukuh dalam umat Islam
9.2.2.3.bagi menghalang perpecahan dalam masyarakat
9.3. Dengki
9.3.1. dengki ialah perasaan kurang senang atau gelisah melihat kelebihan yang ada pada orang lain dan berharap kelebihan itu hilang padanya
9.3.2. Keburukan Dengki
9.3.2.1.menghilangkan amal kebajikan yang dilakukan
9.3.2.2.menimbulkan pergaduhan
9.3.2.3.menyebabkan jiwa dan perasaan seseorang tidak tenteram
9.4. Menipu
9.4.1. perbuatan sama ada melalui tutur kata aatu tingkah laku berkaitan dengan muamalat yang dijalankan secara tidak jujur seperti pembeli menawarkan harga yang tinggi pada sesuatu barang sedangkan dia tidak mahu beli
9.4.2. perbuatan menipu bertujuan menyusahkan orang lain
9.5. Benci-Membenci Dan Berpaling Muka
9.5.1. perasaan marah atau tidak menyenangi orang lain
9.5.2. lahir dari sikap sombong dan angkuh
9.5.3. orang yang bersifat ini sering gelisah, tidak tenteram dan marah kepada orang lain
9.6. Jual Beli Di Atas Jualan Orang Lain
9.6.1. membatalkan jualan atau pembelian orang lain untuk kepentingan diri
9.6.2. perbuatan ini menyebabkan timbul perasaan marah di kalangan penjal dan pembeli yang terlibat
9.6.3. Jual Beli Atas Jualan Orang Lain Dalam Beberapa Situasi
9.6.3.1.penjual menawarkan kepada pembeli harga yang lebih murah atau barang yang lebih baik sedangkan pembeli sedang berurusan dengan penjual yang lain
9.6.3.2.pembeli menawarkan harga yang lebih tinggi kepada penjual sedangkan ketika itu penjual sedang berurusan dengan pembeli lain
9.7. Perpaduan Teras Kejayaan
9.7.1. Langkah2 Memupuk Ke Arah Perpaduan
9.7.1.1.memupuk kasih sayang antara anggota masyarakat
9.7.1.2.amal sikap tolong-menolong dan saling bekerjasama
9.7.1.3.memelihara hak orang lain dengan menghormati maruah dan budaya mereka
9.7.1.4.saling ziarah-menziarahi
9.7.2. Ciri-Ciri Perpaduan Dalam Islam
9.7.2.1.berteras keimanan kepada Allah
9.7.2.2.pengamalan akhlak yang mulia
9.7.2.3.bertujuan ke arah kebaikan bersama
9.8. Pengajaran Hadis
9.8.1. semua umat Islam adalah bersaudara
9.8.2. perpaduan sangat penting untuk kemajuan dan kestabilan negara
9.8.3. kita hendaklah menjauhi perasaan hasad kerana hal ini boleh memecah-belah umat Islam
Bab 10 Perkara-perkara yang Membatalkan Iman
10. Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman
10.1. Pengertian Iman
10.1.1. iman dari segi bahasa bererti percaya. Menurut istilah ahli sunnah wal jamaah ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
10.1.2. Kepentingan Dan Keperluan Iman Dalam Kehidupan
10.1.2.1. membentuk keperibadian Muslim sejati
10.1.2.2. berani tegakkan kebenaran
10.1.2.3. sabar dan reda menghadapi rintangan dan dugaan
10.1.2.4. pencetus semangat jihad
10.2. Perkara Yang Membatalkan Iman
10.2.1. syirik
10.2.2. kufur
10.2.3. riddah
10.2.4. khurafat
10.2.5. sihir
10.2.6. nifak
10.3. Syirik
10.3.1. syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan-Nya
10.3.2. syirik boleh berlaku melalui pemujaan, penyembahan atau permintaan kepada sesuatu selain dari Allah
10.3.3. bahagian syirik
10.3.3.1. syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti sembah berhala, bulan dan sebagainya
10.3.3.2. syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat atau syirik secara sembunyi seperti percaya kepada tangkal, riak, ujub, takbur
10.4. Kufur
10.4.1. kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
10.4.2. orang yang melakukannya adalah kafir
10.4.3. Bahagian Kufur
10.4.3.1. kufur hakikat: ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa Rasulullah. Contoh: tidak mengakui adanya balasan di akhirat, tolak hukum yang ada dalam al-Quran dan menyatakan solat membuang masa
10.4.3.2. kufur nikmat: mengingkari pencipta atau Allah sebagai pemberi nikmat kepada maknusia dan makhluk ciptaan-Nya seperti guna nikmat ke jalan maksiat, tidak keluarkan zakat/sedekah dan sebagainya
10.4.4. Faktor2 Kufur
10.4.4.1. pegangan agama lemah
10.4.4.2. terpengaruh dengan hawa nafsu tg ingin keseronokan dan kebebasan
10.4.4.3. terlalu mengejar kesenangan dunia hingga ketepikan agama
10.4.4.4. kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan perbuatan kufur untuk memenuhi keperluan hidup
10.5. Riddah
10.5.1. riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam. Orang yang keluar agama Islam dihukum murtad
10.5.2. Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara:
10.5.2.1. iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam
10.5.2.2. perkataan: mengisytihar keluar Islam
10.5.2.3. perbuatan: menganut agama selain Islam
10.5.3. Faktor Riddah:
10.5.3.1. lemah pegangan agama
10.5.3.2. jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam
10.5.3.3. terpengaruh dengan tawaran kebendaan
10.5.3.4. tidak bimbingan memahami Islam
10.5.4. Kesan Riddah
10.5.4.1. perkahwinan terbatal
10.5.4.2. haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam
10.5.4.3. hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam
10.5.4.4. menjadi penghuni neraka selama-lamanya
10.5.5. Cara Menangani Orang Murtad
10.5.5.1. memberi nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada Islam
10.5.5.2. memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
10.5.5.3. melaksanakan hukum hudud (bunuh)
10.5.6. Hikmah Hukuman Bunuh Kepada Orang Murtad
10.5.6.1. memberi amaran bahawa Islam tidak boleh dipermainkan
10.5.6.2. menghindar masyarakat Islam daripada huru-hara dan berpecah-belah
10.5.6.3. menghalang perbuatan yang mencemarkan kesucian Islam dan perkara-perkara yang memburukkannya
10.6. Khurafat
10.6.1. khurafat ialah kepercayaan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
10.6.2. Contoh Perbuatan Khurafat
10.6.2.1. mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya
10.6.2.2. membuang anjak bagi menghalau hantu
10.6.2.3. mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial
10.6.2.4. mempercayai kubur yang dianggap keramat
10.6.3. Faktor Khurafat Masih Berterusan
10.6.3.1. iman kurang matap terhadap Allah
10.6.3.2. terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan khurafat
10.6.3.3. ambil langkah mudah cepat kaya
10.6.3.4. wujud tempat pemujaan khurafat
10.6.4. Cara Mengatasi Khurafat
10.6.4.1. menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu
10.6.4.2. mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat
10.6.4.3. memberi kesedaran tentang keburukan khurafat
10.6.4.4. mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap keramat
10.6.5. Kesan Buruk Khurafat
10.6.5.1. menyebabkan syirik dan terbatal iman
10.6.5.2. membazir masa, tenaga, harta
10.6.5.3. masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia
10.6.5.4. menyekat akal berfikir logik dan sistematik
10.7. Sihir
10.7.1. sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan
10.7.2. sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia
10.7.3. Akibat Sihir
10.7.3.1. merosakkan akidah dan membatalkan iman
10.7.3.2. memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah
10.7.3.3. pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim
10.7.3.4. membazir wang, masa, tenaga
10.8. Nifak
10.8.1. nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah
10.8.2. orang yang melakukannya digelar munafik
10.8.3. Ciri-Ciri Munafik
10.8.3.1. bercakap bohong
10.8.3.2. khianat apabila diberi amanah
10.8.3.3. mungkir janji
10.8.3.4. melampaui batas apabila bertengkar
10.8.4. Akibat Buruk Munafik
10.8.4.1. menghilangkan sikap percaya-mempercayai
10.8.4.2. melemahkan perpaduan masyarakat
10.8.4.3. menghancurkan kekuatan umat Islam
10.8.4.4. menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam
Bab 11 Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah
11. Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah
11.1. Dosa-dosa besar
11.1.1. Pengertian Dosa
11.1.1.1. Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah S.W.T. dan meninggalkan suruhan-Nya.
11.1.1.2. Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar ‘Asi.
11.1.1.3. Dua Jenis Dosa:
11.1.1.3.1. Dosa besar:kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh
11.1.1.3.2. dosa kecil: kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia
11.1.1.4. Faktor Manusia Melakukan Dosa
11.1.1.4.1. terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
11.1.1.4.2. ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama
11.1.1.4.3. angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki
11.1.1.4.4. memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat
11.1.2. Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari
11.1.2.1. Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa
11.1.2.1.1. Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
11.1.2.1.1.1. melawan percakapan mereka
11.1.2.1.1.2. meniggikan suara ketika bercakap
11.1.2.1.1.3. tidak dengar nasihat dan teguran mereka
11.1.2.1.1.4. melayan mereka dengan kasar
11.1.2.2. Menipu Dan Berbohong
11.1.2.2.1. menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain
11.1.2.2.2. berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat
11.1.2.2.3. menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen
11.1.2.3. Mencuri Dan Merompak
11.1.2.3.1. mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan
11.1.2.3.2. merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin
11.1.2.3.3. Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak
11.1.2.3.3.1. masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
11.1.2.3.3.2. dipandang hina oleh orang
11.1.2.3.3.3. dipulau dan disisihkan masyarakat
11.1.2.3.3.4. timbul pergaduhan dan permusuhan
11.1.2.3.3.5. negara tidak aman dan tenteram
11.1.2.4. Riba
11.1.2.4.1. riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses pertukaran barang, wang, hutang-piutang dan sebagainya
11.1.2.4.2. Jenis2 Riba
11.1.2.4.2.1. riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang sama jenis seperti pertukaran beras dengan beras
11.1.2.4.2.2. riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaran
11.1.2.4.3. Hikmah Pengharaman Riba
11.1.2.4.3.1. membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
11.1.2.4.3.2. mewujudkan kestabilan ekonomi
11.1.2.4.3.3. melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong
11.1.2.4.3.4. mencegah sifat pentingkan diri sendiri
11.1.2.5. Makan Harta Anak Yatim
11.1.2.5.1. anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
11.1.2.5.2. menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah
11.1.2.5.3. Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim
11.1.2.5.3.1. anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
11.1.2.5.3.2. mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta
11.1.2.5.3.3. mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan silaturahim
11.1.2.5.3.4. mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta
11.1.2.6. Lari Dari Medan Perang
11.1.2.6.1. perang jihad ialah peperangan antara orang Islam dengan kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam
11.1.2.6.2. setiap rakyat yang baligh dan berakalserta berkeupayaan menyertai jihad wajib mempertahankan kesucian Islam
11.1.2.6.3. orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besar
11.1.2.6.4. Akibat Lari Dari Medan Perang
11.1.2.6.4.1. dipandang hina
11.1.2.6.4.2. umat Islam ditindas
11.1.2.6.4.3. balasan neraka
11.1.2.6.4.4. merendah martabat agama dan umat
11.1.2.7. Mengumpat Dan Memfitnah
11.1.2.7.1. mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya
11.1.2.7.2. memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti
11.1.2.7.3. Sebab Mengumpat Dan Memfitnah
11.1.2.7.3.1. ingin lihat orang menderita dan susah
11.1.2.7.3.2. tidak mahu mengakui kelebihan orang
11.1.2.7.3.3. takut persaingan hidup
11.1.2.7.3.4. sikap buruk sangka terhadap orang
11.1.2.7.4. Akibat Mengumpat Dan Memfitnah
11.1.2.7.4.1. dibenci dan dipandang hina
11.1.2.7.4.2. berlaku pergaduhan dan permusuhan
11.1.2.7.4.3. masyarakat Islam mundur
11.1.2.7.4.4. hidup menderita dunia dan akhirat
11.1.2.7.5. Cara Mengatasinya
11.1.2.7.5.1. menyemai kasih sayang sesama Islam
11.1.2.7.5.2. reda dengan ketentuan Allah
11.1.2.7.5.3. sentiasa muhasabah diri
11.1.2.7.5.4. meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh
11.2. Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat
11.2.1. Minum Arak Dan Menagih Dadah
11.2.1.1. arak ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada buah yang diperam
11.2.1.2. Faktor Minum Arak
11.2.1.2.1. arak mudah didapati
11.2.1.2.2. terpengaruh dengan rakan yang liar
11.2.1.2.3. tiada penguatkuasaan undang-undang
11.2.1.3. dadah pula ialah sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir seseorang
11.2.1.4. hukuman hudud terhadap peminum arak ialah disebat 40X
11.2.1.5. Hikmah Pengharaman Arak Dan Dadah
11.2.1.5.1. menjaga kewarasan akal fikiran
11.2.1.5.2. elak berlaku pergaduhan dan permusuhan
11.2.1.5.3. kekalkan kesihatan fizikal dan mental
11.2.1.5.4. mengelak penyakit berbahaya seperti AIDS dan sebagainya
11.2.1.6. Langkah Pencegahan
11.2.1.6.1. menagmbil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat
11.2.1.6.2. iba bapa hendaklah prihatin dengan kehidupan anak-anak
11.2.1.6.3. kempen tentang bahaya arak dan dadah
11.2.1.6.4. amal gaya hidup sihat dengan adakan aktiviti kemasyarakatan, riadah dan sebagainya
11.2.1.7. Kesan Minum Arak Dan Menagih Dadah
11.2.1.7.1. Terhadap Individu
11.2.1.7.1.1. membazir wang, masa, harta
11.2.1.7.1.2. menjatuhkan maruah diri dan keluarga
11.2.1.7.1.3. terdedah kepada jenayah
11.2.1.7.1.4. lalai daripada mengingati allah
11.2.1.7.2. Terhadap Negara Dan Masyarakat
11.2.1.7.2.1. menjadi mundur dan tidak tenteram
11.2.1.7.2.2. banyak wang negara dihabiskan bagi sediakan pusat pemulihan
11.2.1.7.2.3. hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat
11.2.1.7.2.4. terdedah kepada penjajahan dan penindasan kuasa asing
11.2.2. Zina
11.2.2.1. zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sah
11.2.2.2. Faktor Zina
11.2.2.2.1. kurang pendidikan agama
11.2.2.2.2. pergaulan bebas lelaki dan perempuan
11.2.2.2.3. mengunjungi tempat maksiat
11.2.2.2.4. membaca dan menonton bahan lucah
11.2.2.3. Kesan Zina
11.2.2.3.1. menjatuhkan maruah diri dan keluarga
11.2.2.3.2. mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala
11.2.2.3.3. penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya
11.2.2.3.4. lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannya
11.2.2.4. Hukuman Penzina
11.2.2.4.1. penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin) direjam hingga mati
11.2.2.4.2. penzina yang belum berkahwin disebat 100X sebatan
11.2.3. Menuduh Zina (Qazaf)
11.2.3.1. menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang saksi yang adil
11.2.3.2. hukumannya 80X sebatan
11.2.3.3. Syarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina:
11.2.3.3.1. berakal
11.2.3.3.2. baligh
11.2.3.3.3. atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa)
11.2.3.3.4. mengetahui haramnya qazaf
11.2.3.3.5. bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh
11.2.4. Liwat Dan Musahaqah
11.2.4.1. liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks/gay)
11.2.4.2. musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan (lesbian)
11.2.4.3. Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah
11.2.4.3.1. terpengaruh dengan budaya liar
11.2.4.3.2. membaca dan melihat bahan lucah
11.2.4.3.3. tiada undang-undang tegas
11.2.4.3.4. kurang didikan dan pengetahuan agama
11.2.4.4. Akibat Liwat Dan Musahaqah
11.2.4.4.1. institusi perkahwinan runtuh
11.2.4.4.2. dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis
11.2.4.4.3. dapat balsan azab di akhirat
11.2.4.4.4. maruah diri, masyarakat, agama tercemar
11.2.5. Membunuh Diri
11.2.5.1. melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri
11.2.5.2. Punca Bunuh Diri
11.2.5.2.1. kecewa dengan rahmat Allah
11.2.5.2.2. anggap bahawa bunuh diri jalan penyelesaian terhadap masalah
11.2.5.2.3. tidak sanggup menghadapi kegagalan hidup
11.2.5.3. Cara Mengatasi Bunuh Diri
11.2.5.3.1. hendaklah yakin dengan rahmat Allah
11.2.5.3.2. berusaha memajukan diri dengan syariat Islam
11.2.5.3.3. memberi pendidikan agama sejak kecil
11.2.5.3.4. mengingati bahawa dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi
Bab 12 Tuntutan Taubat
12. Tuntutan Taubat
12.1. taubat ertinya kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah-Nya.
12.2. Syarat-syarat Taubat
12.2.1. menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
12.2.2. berhenti melakukan perbuatan tersebut dengan segera
12.2.3. berazam tidak akan ulang perbuatan tersebut
12.2.4. memohon maaf jika kesalahan tersebut berkaitan manusia
12.3. Hikmah Taubat
12.3.1. memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali ke jalan Allah
12.3.2. memberi ketenangan hati kepada Muslim yang bertaubat
12.3.3. mendapat keampuan serta petunjuk Allah
Bab 13 Lambaian Kaabah
13. Lambaian Kaabah
13.1. Kewajipan Haji Dan Umrah
13.1.1. Pengertian Haji Dan Umrah
13.1.1.1. haji dari segi bahasa bermaksud mengunjungi tempat yang mulia.
13.1.1.2. dari segi istilah syarak haji bermaksud mengunjungi Baitullah Haram di Makkah kerana mengerjakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat tertentu
13.1.1.3. umrah dari segi bahasa ialah ziarah
13.1.1.4. umrah dari segi istilah syarak ialah menziarahi Baitullah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat tertentu
13.1.2. Upah Haji
13.1.2.1. upah haji bermaksud melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain
13.1.2.2. hukumnya harus sekiranya seseorang memenuhi syarat-syarat wajib menunaikan haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana sebab-sebab tertentu
13.1.2.3. Sebab Diharus Upah Haji
13.1.2.3.1. meninggal dunia
13.1.2.3.2. tidak berkeupayaan fizikal seperti uzur, terlalu tua dan sakit yang tiada harapan untuk sembuh
13.1.2.4. Hikmah Upah Haji
13.1.2.4.1. memberi peluang kepada orang sakit atau orang tua yang terlalu uzur menyempurnakan haji
13.1.2.4.2. anak atau ahli keluarga dapat berbakti kepada ibu bapa atau saudara maranya
13.1.2.4.3. orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya
13.1.3. Hikmah Haji
13.1.3.1. Terhadap Individu
13.1.3.1.1. menghapuskan dosa-dosa kecil
13.1.3.1.2. membersihkan jiwa dari maksiat
13.1.3.1.3. meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
13.1.3.1.4. malatih diri bersifat sabar
13.1.3.2. Terhadap Masyarakat
13.1.3.2.1. dapat saling berkenalan sesama umat Islam
13.1.3.2.2. membantu mempertingkat ekonomi umat Islam
13.1.3.2.3. menjalinkan silaturahim dan membentuk perpaduan di kalangan umat
13.1.3.2.4. menyatukan umat tanpa kira bangsa dari seluruh dunia
13.2. Cara Menyempurnakan Ibadat Haji Dan Umrah
13.2.1. Syarat-Syarat Haji
13.2.1.1. Syarat-Syarat Mewajibkan Haji
13.2.1.1.1. Islam
13.2.1.1.2. baligh
13.2.1.1.3. berakal
13.2.1.1.4. berkuasa
13.2.1.1.5. merdeka
13.2.1.2. Maksud Berkuasa (Istita’ah)
13.2.1.2.1. sihat tubuh badan
13.2.1.2.2. cukup perbelanjaan pergi dan balik
13.2.1.2.3. mempunyai nafkah yang mencukupi untuk tanggungan yang ditinggalkan
13.2.1.2.4. mempunyai kenderaan pergi balik
13.2.1.2.5. terjamin keselamatan pergi balik
13.2.1.2.6. ada kesempatan masa
13.2.1.2.7. mendapat izin daripada suami bagi isteri dan ditemani 2 orang mahram
13.2.2. Rukun Haji
13.2.2.1. rukun haji ialah amalan yang mesti dilakukan dalam haji, jika tertinggal, haji tidak sah dan wajib diulang pada masa akan datang
13.2.2.2. Rukun-Rukun Haji
13.2.2.2.1. Niat Ihram: niat haji di miqat setelah memakai ihram
13.2.2.2.2. Wukuf Di Padang Arafah: berada di Padang Arafah walaupun hanya sekejap antara gelincir matahari 9 Zulhijah hingga terbit fajar pada 10 Zulhijah
13.2.2.2.3. Tawaf: mengelilingi Kaabah 7X dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah.
13.2.2.2.3.1. Jenis Tawaf
13.2.2.2.3.1.1. Tawaf Qudum: tawaf selamat datang. Sunat kepada yang baru sampai
13.2.2.2.3.1.2. Tawah Ifadah: tawaf rukun yang wajib kepada jemaah haji
13.2.2.2.3.1.3. Tawaf Wadak: tawaf selamat tinggal. Sunat dilakukan oleh jemaah haji yang hendak meninggalkan Makkah
13.2.2.2.3.1.4. Tawaf Sunat: tawaf yang boleh dilakukan bila-bila masa
13.2.2.2.3.2. Syarat-Syarat Tawaf
13.2.2.2.3.2.1. tutup aurat
13.2.2.2.3.2.2. suci dari hadas besar
13.2.2.2.3.2.3. 7X, dimulakan di penjuru hajarul aswad
13.2.2.2.3.2.4. menjadikan Baitullah di sebelah kiri
13.2.2.2.3.2.5. dilakukan di dalam Masjidil Haram
13.2.2.2.4. Sai: berjalan berulang alik dari bukit Safa ke Marwah 7X selepas tawaf
13.2.2.2.4.1. Syarat-Syarat Sai
13.2.2.2.4.1.1. dimulakan dari Safa dan disudahi di Marwah
13.2.2.2.4.1.2. dilakukan 7X dengan yakin
13.2.2.2.4.1.3. dilakukan selepas tawaf rukun
13.2.2.2.4.1.4. dilakukan dengan perjalanan biasa, bukan menonggeng kepala atau melintang
13.2.2.2.4.1.5. niat sai ketika di Bukit Safa
13.2.2.2.5. Bercukur: bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai rambut
13.2.2.2.6. Tertib: melakukan rukun-rukun ikut susunan
13.2.3. Hikmah Rukun Haji
13.2.3.1. Niat
13.2.3.1.1. dapat tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah
13.2.3.2. Wukuf
13.2.3.2.1. mengingati semula peristiwa pertemuan Nabi Adam dengan Hawa
13.2.3.2.2. menimbulkan keinsafan bahawa semua manusia sama di sisi Allah
13.2.3.2.3. mengngatkan kita pada perhimpunan agung di Padang Mahsyar
13.2.3.3. Tawaf
13.2.3.3.1. memantapkan keimanan kepada Allah dan menumpukan perhatian terhadap keagungan-Nya
13.2.3.4. Sai
13.2.3.4.1. mendidik manusia supaya tabah dan cekal dalam melakukan sesuatu pekerjaan
13.2.3.4.2. mengambil iktibar peristiwa Siti Hajar cari air untuk anaknya
13.2.3.5. Bercukur
13.2.3.5.1. sebagai simbol membersihkan diri daripada segala sifat tercela
13.2.3.5.2. menghapuskan dosa
13.2.3.6. Tertib
13.2.3.6.1. mendidik umat berdisiplin dalam setiap pekerjaan
13.3. Wajib Haji Dan Umrah
13.3.1. Wajib Haji
13.3.1.1. Wajib haji ialah amalan yang wajib dilakukan oleh jemaah haji. Jika tertinggal salah satu, haji tetap sah tetapi dikenakan dam/denda
13.3.1.2. perkara wajib haji
13.3.1.2.1. Berniat Di Mikat
13.3.1.2.1.1. Mikat ialah sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat ihram atau umrah
13.3.1.2.1.1.1. Mikat terbahagi kepada 2
13.3.1.2.1.1.1.1. Mikat Zamani: sempadan masa bagi jemaah haji memulakan niat ihram. Mikat ini bermula dari bulan Syawal hingga sebelum terbit fajar kedua pada hari ke10 bulan Zulhijah
13.3.1.2.1.1.1.2. Mikat Makani: sempadan tempat bagi jemaah haji memulakan niat
13.3.1.2.2. Bermalam Di Muzdalifah
13.3.1.2.2.1. Muzdalifah ialah tempat antara Arafah dengan Mina. Jemaah haji mesti berada di Muzdalifah selepas separuh mlm ke10 Zulhijah
13.3.1.2.3. Melontar Jamratul Aqabah
13.3.1.2.3.1. waktu melontar ialah selepas tengah mlm pada 10 Zulhijah dan berlanjutan sehingga terbenam matahari 13 Zulhijah
13.3.1.2.4. Bermalam Di Mina
13.3.1.2.4.1. bermalam di Mina pada hari Tasyrik 11, 12, 13 Zulhijah
13.3.1.2.5. Melontar Ketiga-3 Jamrah
13.3.1.2.5.1. melontar di Jamratul Ula, Jamratul wusta dan jamratul Aqabah guna 7 biji anak batu setiap jamrah
13.3.1.2.6. Meninggalkan Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa Ihram
13.3.2. Sunat Haji
13.3.2.1. mandi sunat ketika hendak niat ihram
13.3.2.2. solat 2 rakaat sebelum niat ihram
13.3.2.3. memakai pakaian ihram berwarna putih
13.3.2.4. memotong kuku
13.3.2.5. memperbanyak ucapan talbiah
13.3.2.6. bermalam di Mina pada malam hari
13.3.2.7. berturut-turut 7 pusingan tawaf
13.3.2.8. memperbanyak bacaan tahmid, zikir dan doa
13.3.2.9. keluar ke tempat sai melalui pintu Safa
13.3.3. Perkara Yang Dilarang Ketika Ihram
13.3.3.1. memakai pakaian berjahit bagi lelaki
13.3.3.2. memakai wangi-wangian
13.3.3.3. memotong kuku
13.3.3.4. memotong rambut atau menghilangkan bulu pada anggota badan
13.3.3.5. menutup kepala bagi lelaki
13.3.3.6. menutup muka dan 2 tapak tangan bagi wanita
13.3.3.7. memakai minyak rambut
13.3.3.8. bernikah atau menikahkan
13.3.4. Hikmah Larangan Haji
13.3.4.1. manusia adalah sama sahaja di sisi Allah
13.3.4.2. menguji keimanan dan kesabaran manusia dalam melakukan ibadat kepada Allah
13.3.4.3. jemaah haji dapat memberikan tumpuan dan perhatian kepada ibadat yang dilakukan
13.3.4.4. jemaah haji dapat melupakan perkara dunia semasa beribadat
13.3.4.5. melatih umat Islam supaya lebih berdisiplin
13.4. Cara Mengerjakan Haji Dan Jenis Dam
13.4.1. Cara Mengerjakan Haji
Cara Pengertian KebaikanHaji ifrad Mengerjakan haji dan umrah
secara berasingan sama ada umrah dahulu atau haji dahulu, kemudian umrah
cara yang lebih afdal
tidak dikenakan dam
jemaah haji mengambil masa yang panjang untuk mengerjakan haji
Haji tamattuk
Mengerjakan umrah dahulu pada bulan haji diikuti dengan mengerjakan haji
boleh meninggalkan ihram umrah
dikenakan dam
jemaah haji ada kelapangan dan keselesaan
Haji qiran Mengerjakan haji dan umrah secara serentak
mengambil masa singkat
dikenakan dam
memberi kemudahan dan kesenangan kepada jemaah haji
13.4.2. Dam
13.4.2.1. dam dari segi bahasa ialah darah. Dari segi ibadat haji ialah denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang melakukan perkara-perkara berikut:
13.4.2.1.1. melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah
13.4.2.1.2. meninggalkan perkara wajib haji atau umrah
13.4.2.1.3. melakukan perkara yang dilarang semasa ihram
13.4.2.2. Jenis-Jenis Dam
13.4.2.2.1. Tertib: dam dibayar ikut susunan
13.4.2.2.2. Takdil: dam dibayar ikut nilai harga dam
13.4.2.2.3. Takdir: dam dibayar ikut kadar yang ditentukan ikut kemampuan
13.4.2.2.4. Takhyir: dibolehkan memilih mana-mana jenis dam yang ditetapkan oleh syarak
13.4.2.3. Kesalahan Dan Jenis Dam
Jenis dam Kesalahan DamTertib dan takdil
bersetubuh sebelum tahalul awal bagi haji
dikepung atau ditahan sebelum masuk Makkah setelah niat ihram
sembelih seekor unta, jika tidak mampu
sembelih seekor lembu, jika tidak mampu
sembelih 7 ekor kambing, jika tidak mampu
membeli makanan dengan nilai seekor unta, jika tidak mampu
berpuasa ikut jumlah bilangan cupak makanan nilai seekor unta, jika tidak mampu
menyembelih seekor kambing, jika tidak mampu
membeli makanan yang sama nilainya, jika tidak mampu
berpuasa ikut jumlah bilangan cupak makanan yang dibeli dengan nilai seekor kambing
Tertib dan takdir
melakukan haji tamattuk dan haji qiran
menyembelih seekor kambing,
tidak wukuf di Arafah
tidak melakukan perkara wajib haji
tidak melakukan tawaf Widak
jika tidak mampu
berpuasa 10 hari iaitu 3 hari di Makkah dan 7 hari setelah kembali ke tanah air
Takhyir dan takdil
memburu dan mengusir binatang buruan
memotong, menebang, atau mencabut pokok di tanah haram yang tumbuh sendiri
sembelih binatang yang sama dengan binatang yang diburu
memberi sedekah makanan mengikut nilai binatang yang disembelih
berpuasa ikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai binatang sembelihan
Takhyir dan takdir
mencabut mana-mana bulu atau memotong rambut
memotong kuku
memakai pakaian yang dilarang semasa ihram
memakai minyak rambut
memakai bau-bauan
melakukan perkara yang mendorong kepada persetubuhan
bersetubuh kali kedua
bersetubuh selepas tahalul pertama
boleh pilih:
menyembelih seekor kambing atau
bersedekah kepada enam orang fakir miskin dengan 2 cupak seseorang atau
berpuasa 3 hari
13.4.2.4. Hikmah Dam
13.4.2.4.1. jemaah haji dapat menunaikan haji dengan teratur
13.4.2.4.2. bersungguh-sungguh-sungguh menumpukan perhatian semasa ibadat haji
13.4.2.4.3. sentiasa berdisiplin dalam menunaikan ibadat haji
13.4.2.4.4. manusia bertanggungjawab atas kesalahannya
Bab 14 Sembelihan
14. Sembelihan
14.1. Pengertian Sembelihan
14.1.1. menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah
14.1.2. sembelihan wajib dengan tujuan dimakan dagingnya
14.2. Rukun Sembelihan
14.2.1. Penyembelih
14.2.1.1. Islam
14.2.1.2. tidak dalam ihram haji atau umrah
14.2.2. Binatang Yang Disembelih
14.2.2.1. halal dimakan
14.2.2.2. mati dengan sekali sembelihan ( putus urat halkum dan urat merih)
14.2.3. Alat Sembelihan
14.2.3.1. benda yang tajam kecuali gigi, tulang, kuku, rambut, tali
14.2.4. bagi orang Islam yang berada di negeri ahli kitab, mereka diharuskan makan daging sembelihan ahli kitab
14.3. Syarat Sah Sembelihan
14.3.1. niat sembelih kerana Allah
14.3.2. memutuskan urat halkum dan urat merih
14.3.3. menggunakan alat-alat sembelihan tajam selain tulang, gigi, rambut
14.3.4. menyembelih binatang yang halal dimakan dan masih hidup
14.3.5. binatang yang disembelih mati dengan sekali sembelihan
14.3.6. disembelih orang Islam atau ahli kitab
14.3.7. tidak dilakukan semasa berada dalam ihram haji atau umrah
14.4. Perkara-Perkara Sunat Sembelihan
14.4.1. menyebut nama Allah
14.4.2. menggunakan alat sembelihan yang tajam
14.4.3. melakukan sembelihan di siang hari
14.4.4. memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan di kanan leher supaya lebih cepat mati
14.4.5. menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah ke sebelah rusuk kiri
14.5. Perkara-Perkara Makruh Sembelihan
14.5.1. alat sembelihan yang tumpul
14.5.2. menampakkan alat sembelihan kepada kepada binatang sembelihan
14.5.3. melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang hendak disembelih
14.5.4. tidak menghadap kiblat
14.5.5. tidak membaca basmalah
14.5.6. mematahkan leher binatang sembelihan sebelum nyawanya hilang
14.6. Hikmah Sembelihan
14.6.1. boleh mematikan binatang dengan cara cepat dan selamat
14.6.2. memastikan daging yang dimakan bersih dan bermutu
14.6.3. sembelihan dengan nama Allah untuk memelihara akidah
14.6.4. membezakan antara daging yang halal dengan daging yang haram
14.6.5. dapat mengeluarkan semua darah binatang dengan cepat dan membersihkan daging daripada darah yang mengalir bagi menghindari penyakit
Bab 15 Korban Amalan Mulia
15. Korban Amalan Mulia
15.1. Pengertian Korban
15.1.1. menyembelih binatang ternakan (Al-an’am) yang dilakukan pada hari Aidiladha atau hari Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah
15.1.2. hukumnya sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar
15.1.3. waktu menyembelih adalah lepas naik matahari pada pada hari raya korban dan berakhir apabila terbenam matahari pada hari 13 Zulhijah.
15.2. Sunat-Sunat Korban
15.2.1. membaca basmalah atau bertakbir.
15.2.2. Membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
15.2.3. Menghadap binatang ke arah kiblat.
15.2.4. memilih binatang yang gemuk.
15.2.5. menyembelih sendiri bagi lelaki
15.3. Syarat-Syarat Sah Korban
15.3.1. mengorbankan binatang yang cukup umur
15.3.2. melakukan sembelihan pada waktu korban
15.3.3. sembelihan oleh orang Islam
15.3.4. mengorbankan binatang yang sihat dan tidak cacat
15.3.5. niat korban kerana Allah
15.3.6. binatang ternakan halal dimakan
15.4. Binatang Yang Dijadikan Korban
15.4.1. biri2 atau kibas berumur 1 tahun atau lebih
15.4.2. kambing, sapi, lembu, kerbau berumur 2 tahun atau lebih
15.4.3. unta berumur 5 tahun atau lebih
15.5. Pengagihan Daging Korban
15.5.1. daging hendaklah dibahagikan kepada orang Islam terutamanya fakir miskin setempat
15.5.2. sebahagiannya boleh dimakan oleh orang yang berkorban
15.5.3. daging korban haram diberikan pada orang kafir
15.5.4. Cara Pengagihan Daging Korban Yang Sebaik-Baiknya:
15.5.4.1. 1/3 disedekah kepada fakir miskin
15.5.4.2. 1/3 untuk orang ramai
15.5.4.3. 1/3 dimakan oleh orang yang berkorban
15.6. Hikmah Berkorban
15.6.1. mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail
15.6.2. menimbulkan rasa kesyukuran atas nikmat Allah
15.6.3. memupuk perasaan muhibbah dan silaturahim
15.6.4. fakir miskin berpeluang bersama-sama menikmati daging korban
Bab 16 Akikah
16. Akikah
16.1. Pengertian Akikah
16.1.1. menyembelih binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah
16.1.2. hukumnya sunat muakkad dan wajib jika bernazar
16.1.3. Sebaik-Baik Akikah:
16.1.3.1. 2 ekor kambing untuk bayi lelaki
16.1.3.2. 1 ekor kambing untuk bayi perempuan
16.1.4. akikah afdal dilakukan pada hari ke 7 tapi boleh dikemudiankan asalkan belum baligh. Jika sudah baligh boleh melakukan akikah untuk diri sendiri
16.2. Syarat-Syarat Akikah
16.2.1. niat akikah ketika menyembelih
16.2.2. menyembelih binatang ternakan yang halal dan tidak cacat
16.2.3. menyembelih binatang yang cukup umur
16.2.4. memenuhi syarat-syarat sembelihan
16.3. Daging Sembelihan Akikah
16.3.1. tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin
16.3.2. sunat dimasak manis dan dibuat jamuan
16.3.3. sunat tidak mematah-matahkan tulang akikah
16.3.4. mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah
16.3.5. dilakukan hari ke7 kelahiran bayi
16.4. Hikmah Akikah
16.4.1. tanda kesyukuran kepada Allah atas kurniaan zuriat
16.4.2. mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat
16.4.3. mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam
16.4.4. menghebahkan kepada anggota masyarakat tentang anugerah yang dikurniakan Allah
Bab 17 Jual Beli dan Sewa
17. Jual Beli dan Sewa
17.1. Pengertian Jual Beli
17.1.1. jual beli (Al-Bai’) ialah menukarkan barang dengan barang ikut cara yang tertentu
17.1.2. hukum jual beli adalah harus
17.2. Rukun Jual Beli
17.2.1. Penjual Dan Pembeli
17.2.1.1. mukallaf
17.2.1.2. kemahuan sendiri
17.2.1.3. merdeka
17.2.1.4. bukan golongan yang ditahan hartanya (bankrap)
17.2.1.5. beragama Islam
17.2.2. Barang
17.2.2.1. bersih dan suci
17.2.2.2. berfaedah
17.2.2.3. kepunyaan penjual atau wakilnya
17.2.2.4. tahu jenis, kadar dan sifat barang jualan
17.2.3. Harga
17.2.3.1. bersih
17.2.3.2. milik pembeli
17.2.3.3. tahu jenis mata wang yang digunakan
17.2.4. Ijab Dan Kabul
17.2.4.1. tidak diselangi dengan perbuatan lain
17.2.4.2. bersamaan ijab dan kabul walaupun berlainan lafaz
17.2.4.3. tidak boleh dihadkan masa
17.2.4.4. tidak boleh ditaklikkan
17.3. Jenis-Jenis Jual Beli
17.3.1. Jual Beli Yang Dilarang Dan Tidak Sah
17.3.1.1. haram menjual atau memperdagagangkan benda yang disimpan bagi tujuan maksiat seperti menjual patung berhala, babi, arak dan sebagainya
17.3.1.2. tidak dimiliki dengan sempurna seperti menjual burung2 di udara atau ikan di laut
17.3.1.3. menjual buah yang masih muda dan belum nyata masaknya
17.3.1.4. menjual daging dengan daging
17.3.1.5. menjual suatu barang dengan bersyarat
17.3.2. Jual Beli Yang Dilarang Tetapi Sah
17.3.2.1. membeli barang dengan tujuan menyekat pembelian orang lain daripada membeli barang tersebut
17.3.2.2. membeli barang yang sedang dibeli oleh orang lain walaupun masih dalam tempoh pilihannya
17.3.2.3. menipu semasa menjual sama ada melalui sukatan, timbangan dan sebagainya
17.3.2.4. membeli barang supaya orang lain tidak dapat menjualnya (monopoli)
17.3.2.5. berjual beli barang yang halal tetapi digunakan untuk maksiat
17.4. Sewa
17.4.1. sewa (Al-Ijarah) adalah satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang yang diterima dengan bayaran yang sesuai mengikut perjanjian yang ditentukan
17.4.2. hukumnya harus
17.4.3. Rukun Sewa
17.4.3.1. Penyewa
17.4.3.1.1. akil baligh
17.4.3.1.2. kemahuan sendiri
17.4.3.1.3. kedua-duanya tidak bersifat membazir
17.4.3.2. Bayaran Sewa
17.4.3.2.1. dengan wang
17.4.3.2.2. wang bayaran dikeahui oleh kedua-dua pihak dari segi kadar, jenis dan sifatnya
17.4.3.3. Manfaat
17.4.3.3.1. berharga
17.4.3.3.2. diketahui kadar dan jangka masa
17.4.3.3.3. dapat diberikan oleh yang mengambil upah
17.4.3.4. Syarat Sah Sewa
17.4.3.4.1. kedua-dua pihak bersetuju mengadakan kontrak sewa
17.4.3.4.2. barang yang diberi sewa dapat memberi manfaat
17.4.3.4.3. manfaat yang tercatat dalam kontrak boleh digunakan
17.4.3.4.4. barang sewaan bukan menjadi kewajipan kepada penyewa seperti menyewakan rumah kepada isteri
17.4.3.5. Tamat Kontrak Sewa
17.4.3.5.1. barang yang disewa hilang, rosak, atau musnah
17.4.3.5.2. batal kontrak
17.4.3.5.3. tamat tempoh
17.4.3.5.4. tidak menepati syarat-syarat kontrak
Bab 18 Gadaian dan Syarikat
18. Gadaian dan Syarikat
18.1. Gadaian (Ar-rahn)
18.1.1. gadaian bererti menahan sesuatu. Menurut istilah syarak adalah sesuatu barangan yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya bagi mendapatkan pinjaman
18.1.2. Rukun Gadaian
18.1.2.1. penggadai
18.1.2.2. pemegang gadai
18.1.2.3. barang yang digadaikan
18.1.2.4. ijab dan kabul
18.1.2.5. barang yang diberikan kepada penggadai
18.1.3. Syarat Sah Gadaian
18.1.3.1. harta yang digadai boleh dijual beli
18.1.3.2. penggadai dan pemegang gadai akil
18.1.3.3. gadaian dengan kerelaan sendiri
18.1.3.4. barang gadaian kepunyaan sendiri
18.1.3.5. tidak boleh merugikan penggadai dan orang yang menerima gadaian
18.1.4. Perkara-Perkara Yang Membatalkan Gadaian
18.1.4.1. barang yang digadai diserah semula kepada pengadai
18.1.4.2. penggadai telah membayar semua hutangnya
18.1.4.3. barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah
18.1.4.4. pemegang gadai membatalkan gadaian
18.1.4.5. penggadai meninggal dunia
18.1.4.6. barang yang digadai rosak
18.1.4.7. barang yang digadai telah disewa dan disedekahkan kepada orang lain
18.1.5. Hikmah Gadaian
18.1.5.1. memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan
18.1.5.2. memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang
18.1.5.3. peluang kepada umat Islam mengembangkan ekonomi
18.1.5.4. melahirkan sifat kerjasama dan perasaan kasih sayang sesama umat
18.1.5.5. memudahkan seseorang mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan
18.1.6. Perbezaan Antara Gadaian Secara Islam Dengan Gadaian Secara Konvensional
Gadaian secara Islam Gadaian secara konvensional barang gadaian tetap menjadi hak pemilik asal
barang yang digadai akan lupus jika tidak ditebus dalam tempoh bayaran
perlu membayar barang dan upah
membantu meringankan kesusahan
perlu membayar nilai barang gadaian termasuk faedah
membebankan kerana membayar faedah dan terdapat unsur riba dan gharar
18.2. Syarikat (As-syarikah)
18.2.1. syarikat dari segi bahasa ialah bercampur atau berkongsi
18.2.2. dari segi istilah adalah perkongsian terhadap sesuatu yang dilaksanakan antara dua pihak
18.2.3. penubuhan syarikat diharuskan
18.2.4. Rukun Syarikat
18.2.4.1. Ahli Syarikat
18.2.4.1.1. berakal, baligh, merdeka dan dengan kemahuan sendiri
18.2.4.2. Modal
18.2.4.2.1. harta dan kepakaran
18.2.4.3. Lafaz Akad
18.2.4.3.1. mengandung erti izin untuk membelanjakan harta syarikat
18.2.5. Perkara Yang Membatalkan Syarikat
18.2.5.1. salah seorang rakan kongsi membatalkan syarikat
18.2.5.2. kematian salah seorang rakan kongsi
18.2.5.3. salah seorang rakan kongsi murtad
18.2.5.4. hilang kelayakan seperti gila
18.2.5.5. salah seorang rakan kongsi membatalkan penyertaan
18.2.6. Hikmah Syarikat
18.2.6.1. salah satu cara untuk memajukan ekonomi negara
18.2.6.2. dapat mengadakan perniagaan yang lebih besar
18.2.6.3. mengeratkan silaturahim antara ahli syarikat
18.2.6.4. dapat membimbing masyarakat untuk hidup bekerjasama antara satu dengan yang lain
Bab 19 Hutang, Insurans Dan Saham
19. Hutang, Insurans Dan Saham
19.1. Hutang (Al-Qaradh)
19.1.1. hutang adalah memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang. Barang atau manfaat perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang membayar dengan jumlah yang sama
19.1.2. hukum memberi hutang asalnya sunat tetapi menjadi wajib dalam keadaan tertentu. Membayar hutang adalah wajib
19.1.3. Rukun Berhutang
19.1.3.1. penerima dan pemberi hutang. Kedua-duanya mesti mengadakan saksi atau perjanjian bertulis
19.1.3.2. barang yang diberi hutang adalah milik pemberi hutang sepenuhnya
19.1.3.3. sighah iaitu akad pemberian hutang
19.1.4. Hikmah Diharuskan Berhutang
19.1.4.1. membantu golongan yang susah
19.1.4.2. orang miskin berpeluang membaiki taraf eknomi mereka
19.1.4.3. mengelakkan berlakunya penindasan terhadap golongan miskin
19.1.4.4. mengelakkan sikap malas dan suka meminta-minta
19.2. Insurans (At-Takaful)
19.2.1. insurans bererti faedah yang diperoleh apabila satu kumpulan berikrar untuk menggembleng tenaga serta mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tolong-menolong apabila ditimpa musibah
19.2.2. amalan insurans diharuskan
19.2.3. Jenis-Jenis Insurans
19.2.3.1. insurans hayat atau nyawa: memberi perlindungan risiko ke atas kematian dan hilang upaya
19.2.3.2. insurans am: memberi perlindungan kepada mereka yang menghadapi kerugian pendapatan dan harta
19.2.4. Prinsip2 Insurans
19.2.4.1. tiada unsur ketidakpastian (gharar) pada bayaran sumbangan dan manfaat
19.2.4.2. pemegang polisi saling bekerjasama bagi mengadakan manfaat bersama
19.2.4.3. merupakan satu perjanjian bantu-membantu dalam kalangan pemegang polisi
19.2.4.4. bertujuan memberi keuntungan yang saksama di kalangan ahli
19.2.4.5. menjamin dan melindungi antara satu dengan yang lain daripada kehilangan atau kerugian
19.2.5. Tujuan Diharuskan Insurans
19.2.5.1. mendapatkan segala kemudahan perlindungan berupa manfaat, pampasan, atau ganti rugi apabila berlaku musibah
19.2.5.2. membantu pihak yang ditimpa musibah yang memerlukan sejumlah manfaat keuntungan sebagai pampasan
19.2.5.3. dapat menampung kos pembaikan kenderaan yang rosak apabila terlibat dalam kemalangan
19.3. Saham (As-Sahmu)
19.3.1. saham adalah sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan
19.3.2. 3 Sumber Modal Yang Boleh Didapati
19.3.2.1. pemegang saham
19.3.2.2. pinjaman
19.3.2.3. kadar tertentu daripada keuntungan syarikat
19.3.3. pemegang saham adalah pemilik bersama bagi sesuatu syarikat
19.3.4. Antara Syarat-Syarat Saham Yang Diharuskan
19.3.4.1. saham bebas dari unsur riba
19.3.4.2. tiada unsur perjudian atau terlibat dengan perkara haram
19.3.4.3. tidak mempunyai unsur spekulasi
19.3.4.4. saham bukan dari jenis yang dilaburkan dalam akaun simpanan tetap atau simpanan dalam bank konvensional
Bab 20 Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin
20. Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin
20.1. Pengenalan Ringkas Khulafa Ar-Rasyidin
20.1.1. khalifah ialah orang yang memegang jawatan sebagai ketua negara Islam
20.1.2. tempoh pemerintahan 29 tahun (11-41 H)
20.1.3. Khulafa Ar-Rasyidin ialah gelaran kepada 4 sahabat yang memegang jawatan dalam negara selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. iaitu:
20.1.3.1. khalifah Abu Bakar
20.1.3.2. khalifah Umar Al-khattab
20.1.3.3. khalifah Usman bin Affan
20.1.3.4. khalifah Ali bin Abi Talib
20.2. Khalifah Abu Bakar (11-13H/ 632-634M)
20.2.1. Riwayat Hidup
20.2.1.1. nama sebenar Abdullah bin Abi Quhafah
20.2.1.2. lahir 2 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
20.2.1.3. keturunan Bani Tamim
20.2.1.4. digelar As-Siddiq kerana mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa Israk dan Mikraj
20.2.1.5. orang pertama memeluk Islam
20.2.1.6. seseorang yang jujur, pekerti baik dan perangai yang terpuji
20.2.1.7. wafat 23 jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan dimakamkan di Madinah berhampiran dengan makam Rasulullah
20.2.2. Pelantikan Menjadi Khalifah
20.2.2.1. Rasulullah s.a.w. tidak menetapkan seseorang sebagai pengganti selepas kewafatan baginda. Oleh itu, berlaku perselisihan antara golongan Ansar dengan Muhajirin di Saqifah Bani Saidah
20.2.2.2. Abu Bakar mencadangkan Umar Al-Khattab atau Ubaidah sebagai pengganti selepasnya
20.2.2.3. kedua-duanya membantah lalu mereka berjabat tangan dengan Abu Bakar dan terus memberi bai’ah melantik Abu Bakar sebagai khalifah
20.3. Khalifah Umar Bin Al-Khattab (13-23H/ 634-644M)
20.3.1. Riwayat Hidup
20.3.1.1. nama sebenar Umar bin Al-Khattab bin Naufal
20.3.1.2. lahir 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah s.a.w.
20.3.1.3. berketurunan Bani A’dy
20.3.1.4. digelar Al-faruk bermaksud “Pemisah antara kebenaran dengan kebatilan”
20.3.1.5. terkenal sebagai seorang yang berani, tegas dan berterus-terang
20.3.1.6. memeluk Islam tahun ke6 selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
20.3.1.7. wafat akhir bulan Zulhijah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun setelah memerintah selama lebih kurang 10 tahun
20.3.2. Pelantikan Menjadi Khalifah
20.3.2.1. Umar menjadi khalifah melalui wasiat yang dibuat oleh Abu Bakar bagi mengelakkan perpecahan umat Islam
20.3.2.2. wasiat tersebut ditulis oleh Usman bin Affan
20.3.2.3. pelantikan Umar dipersetujui oleh seluruh umat Islam
20.4. Khalifah Usman Bin Affan
20.4.1. Riwayat Hidup
20.4.1.1. dilahirkan 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah
20.4.1.2. berketurunan Bani Umaiyah
20.4.1.3. sejak kecil terkenal dengan peribadi mulia, lemah lembut, hartawan, dermawan dan memiliki semangat jihad yang tinggi
20.4.1.4. digelar Zunnurain kerana mengahwini 2 orang puteri Rasulullah
20.4.1.5. wafat pada 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah ketika berumur 80 tahun kerana dibunuh oleh pemberontak
20.4.2. Pelantikan Sebagai Khalifah
20.4.2.1. semasa khalifah Umar sakit, beliau mencadangkan 6 orang sahabat sebagai pengganti beliau iaitu Usman, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqqas dan Abdul Rahman bin Auf
20.4.2.2. Talhah, Zubair, Saad dan Abdul Rahman menarik diri
20.4.2.3. berdasarkan pendapat para sahabat dan orang ramai, Abdul Rahman bin Auf mengisytiharkan Usman bin Affan sebagai khalifah
20.5. Khalifah Ali Bin Abi Talib
20.5.1. Riwayat Hidup
20.5.1.1. nama penuh: Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim
20.5.1.2. lahir tahun ke10 sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
20.5.1.3. bersifat berani, tegas dan menguasai pelbagai ilmu dengan mendalam
20.5.1.4. kanak-kanak pertama peluk Islam
20.5.1.5. wafat 40 Hijrah setelah memerintah kira-kira 5 tahun
20.5.2. Pelantikan Sebagai Khalifah
20.5.2.1. beliau menerima jawatan khalifah atas desakan orang ramai bagi mententeramkan pergolakan akibat pembunuhan khalifah Usman
20.5.2.2. keluarga Umaiyah tidak setuju dengan pelantikan tersebut termasuk Muawiyah bin Abi Sufian
20.6. Dasar Pentadbiran Khulafa Ar-Rasyidin
20.6.1. undang-undang dan perlembagaan negara berasaskan al-Quran dan sunnah
20.6.2. khalifah berkuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli syura dan ijtihad
20.6.3. khalifah bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan memerintah dengan adil
20.6.4. khalifah adalah ketua negara
20.6.5. gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan
20.6.6. pemimpin dan rakyat bertanggungjawab membangun dan memajukan negara
20.6.7. rakyat wajib taat pemerintah yang taat perintah Allah
20.7. Pembaharuan Dalam Pentadbiran Negara
20.7.1. Majlis Syura
20.7.1.1. ahli syura dikenal sebagai ahli ‘Al-Hallu Wal-Aqdu” yang bermaksud pandai menghurai dan membuat keputusan
20.7.1.2. fungsi Majlis Syura pada zaman Rasulullah s.a.w. amat terhad kerana keputusan yang dibuat Rasulullah s.a.w. adalah daripada wahyu kecuali beberapa perkara yang memerlukan pandangan sahabat
20.7.1.3. pada zaman khalifah Umar, satu Majlis Syura khas ditubuhkan yang bertanggungjawab menentukan pelantikan khalifah. Majlis ini terdiri daripada sahabat Rasulullah s.a.w.
20.7.2. Pentadbiran Wilayah
20.7.2.1. Umar telah mewujudkan jawatan gabenor bagi setiap wilayah Islam yang baru dibuka
20.7.2.2. gabenor bertanggungjawab memerintah dengan adil
20.7.2.3. jawatan baru diperkenalkan bagi memantapkan pentadbiran negara seperti ketua setiausaha, pegawai polis, ketua hakim, dan pegawai cukai
20.8. Polisi Pentadbiran Khulafa Ar-Rasyidin
20.8.1. Polisi Khalifah Abu Bakar
20.8.1.1. memerangi golongan murtad iaitu golongan yang terpengaruh dengan nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat
20.8.1.2. menggerakkan tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan yang membunuh utusan Rasulullah s.a.w.
20.8.1.3. melantik khalifah selepasnya bagi memelihara perpaduan supaya tidak timbul perselisihan untuk melantik khalifah selepas beliau meninggal dunia
20.8.2. Polisi Khalifah Umar
20.8.2.1. beliau menyusun semula pentadbiran tanah yang dikuasai oleh tentera Islam
20.8.2.2. tidak membenarkan sahabat keluar atau meninggalkan kota Madinah kecuali mendapat keizinan khalifah
20.8.3. Polisi Khalifah Usman
20.8.3.1. memberi peluang terbuka kepada sesiapa yang ingin berjihad demi menyebarkan agama dan memperluas pengaruh Islam
20.8.3.2. para sahabat tidak dilarang meninggalkan kota Madinah
20.8.3.3. melonggarkan syarat penggunaan harta Baitulmal
20.8.3.4. menetapkan al-Quran dibaca menggunakan lahjah Quraisy
20.8.3.5. melantik gabenor dalam kalangan Bani Umaiyah tapi masih mengira kelayakan dan kepimpinan
20.8.4. Polisi Khalifah Ali
20.8.4.1. menukarkan pegawai yang berketurunan Umaiyah yang dilantik pada zaman khalifah Usman
20.8.4.2. meneruskan Majlis Syura walaupun mendapat tentangan daripada golongan Khawarij
20.9. Sumbangan Dan Jasa Khulafa Ar-Rasyidin
Khalifah SumbanganAbu Bakar As-siddiq memerangi golongan murtad, nabi
palsu dan golongan yang enggan bayar zakat
membebaskan negeri di bawah pengaruh Rom dan Parsi
mengumpulkan tulisan al-QuranUmar bin Al-Khattab menyusun harta dan kekayaan
untuk pertahanan negara
menyusun undang-undang tanah negara
perkenal kalendar tahun Hijrah
menubuh pasukan polis dan tenteraUsman bin Affan menyumbang harta dan kekayaan
untuk pertahanan negara
mengumpul dan membukukan al-Quran dalam satu naskhah
membesarkan angkatan tentera laut dan darat
Ali bin Abi Talib menerima jawatan khalifah ketika negara dalam kekecohan dan tidak tenteram
20.10. Kemajuan Sosial, Ekonomi Dan Perluasan Kawasan
20.10.1. Kemajuan Sosial
20.10.1.1. Penduduk: terdapat 3 golongan
20.10.1.1.1. masyarakat Islam di Semenanjung tanah Arab yang memeluk Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w.
20.10.1.1.2. masyarakat Islam yang berada di luar tanah Arab
20.10.1.1.3. golongan kafir zimmi
20.10.1.2. Pendidikan
20.10.1.2.1. para khalifah amat ambil berat hal ehwal pendidikan rakyat
20.10.1.2.2. selain memberi bantuan pembelajaran, mereka melantik tenaga pengajar
20.10.1.3. Kebajikan Sosial
20.10.1.3.1. kebajikan Islam dan kafir dipelihara
20.10.1.3.2. 1 pasukan khas ditubuh untuk jaga keselamatan negara
20.10.1.3.3. pelbagai kemudahan disedia untuk kesenangan rakyat
20.10.2. Kemajuan Ekonomi
20.10.2.1. bermula zaman khalifah Umar hingga awal pemerintahan Usman kesan daripada perluasan kuasa
20.10.2.2. negara memiliki banyak kawasan pertanian dan sumber ekonomi yang mantap
20.10.2.3. pengurusan Baitulmal dikemaskinikan
20.10.2.4. undang-undang tanah negara diperkenal
20.10.3. Perluasan Kawasan
20.10.3.1. wilayah Islam semakin uas kesan kejayaan tentera Islam
20.10.3.2. pengaruh dan wilayah Islam semakin tersebar
20.11. Kesan Positif Kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin
20.11.1. corak pemerintahan: pemimpin negara merupakan ketua agama yang mendaulatkan Islam
20.11.2. sifat kepimpinan: pemimpin dipilih daripada mereka yang berakhlak dan berwawasan
20.11.3. pertahanan: pertahanan diberi keutamaan bagi memastikan negara bebas daripada serangan luar
20.11.4. Ekonomi: dasar ekonomi digubal secara adil
20.11.5. Sosial: ilmu pengetahuan diberikan perhatian yang penting sama ada ilmu akli ataupun nakli. Rakyat dilayan sama rata.
20.12. Akibat Membelakangkan Kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin
20.12.1. ketua negara Islam selepas Khulafa Ar-Rasyidin dilantik secara warisan
20.12.2. negara Islam terdedah kepada fitnah dan peperangan sesama sendiri
20.12.3. orang munafik berpeluang memecah belah umat
20.12.4. timbul perpecahan aliran akidah seperti ahli sunnah dan syiah
20.13. Iktibar Daripada Sejarah Pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin
Aspek akidah kehidupan berpandukan akidah yang benar
berpegang teguh kepada Islam
berusaha meningkatkan tahap keimanan kepada Allah
mementingkan ilmu pengetahuanAspek syariat hidup berlandaskan syariat Islam
sanggup berjihad dan mengorbankan nyawa dan harta demi memperoleh keredaan Allah
membangunkan ekonomi untuk perluasan dakwah dan kemajuan negara
semua lapisan mendapat perhatianAspek akhlak digelar Qudwatun Hasanah kerana
merealisasikan tuntutan al-Quran melalui perkataan dan perbuatan dalam kehidupan seharian
rakyat diberi kebebasan untuk amal agama masing-masing
Bab 21 Kerajaan Bani Umaiyah
21. Kerajaan Bani Umaiyah
21.1. Penubuhan Kerajaan Bani Umaiyah
21.1.1. selepas kemangkatan Ali bin Abi Talib 14 Hijrah, penduduk Kufah melantik Hasan bin Ali sebagai pengganti ayahandanya
21.1.2. walaubagaimanapun, beliau terpaksa menyerahkan jawatan tersebut kepada Muawiyah bin Abu Sufian kerana tidak dapat menyelesaikan huru-hara dan pertumpahan darah yang berlaku dalam negara
21.1.3. Penyerahan Dibuat Dengan Syarat-Syarat :
21.1.3.1. Muawiyah mesti memerintah berdasar al-Quran dan as-sunnah
21.1.3.2. sentiasa menghormati dan memualiakan keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
21.1.3.3. pemilihan jawatan khalifah selepasnya mestilah berdasarkan Majlis Syura
21.1.4. Peringkat Pemerintahan
21.1.4.1. zaman kelahirannya bermula dengan pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian (40-60H) dan berakhir dengan pemerintahan Yazid (64H)
21.1.4.2. zaman pemerintahan keturunan Marwan bin Al-Hakam yang dikenal sebagai ‘zaman kemajuan’ (65-86H) hingga zaman kejatuhannya (127-132H)
21.1.4.3. diasaskan oleh Abdul Rahman Ad-Dahlil hingga pemerintahan Hisyam (137-399H)
21.2. Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah Kepada Tamadun Islam
21.2.1. Perkembangan Ketenteraan
21.2.1.1. Muawiyah sangat mengambil berat tentang pertahanan negara. Beliau mengemaskini angkatan tentera dengan meniru corak gerakan tentera daripada Parsi
21.2.1.2. Beliau Membahagikan Tentera Kepada Lima Bahagian
21.2.1.2.1. pasukan teras diletakkan di tengah-tengah (Qalbu Al-Jaisy)
21.2.1.2.2. sayap kanan (Al-Maimunah)
21.2.1.2.3. sayap kiri (Al-Maisarah)
21.2.1.2.4. pasukan hadapan (Al-Muqaddimah)
21.2.1.2.5. barisan belakang (Safah Al-Jaisy)
21.2.1.3. kerajaan turut tubuhkan angkatan perang yang teratur dan dilengkapi dengan peralatan moden dan canggih
21.2.2. Perkembangan Pendidikan
21.2.2.1. khalifah sangat ambil berat terhadap perkembangan ilmu pengetahuan
21.2.2.2. khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Umar bin Abdul Aziz merupakan ulama yang alim dalam bidang al-Quran, tafsir, hadis dan nahu yang menjadi tumpuan utama pendidikan pada ketika itu
21.2.2.3. Kota Basrah menjadi terkenal sebagai pusat penyebaran ilmu. Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi kerajaan
21.2.2.4. disiplin ilmu yang kekenal sebagai ‘At-Tadwin’ wujud kesan daripada kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan
21.2.3. Ekonomi
21.2.3.1. kekuatan ekonomi negara bergantung kepada pertanian dan perdagangan
21.2.3.2. Hasil Negara:
21.2.3.2.1. kharaj
21.2.3.2.2. jizyah
21.2.3.2.3. zakat
21.2.3.2.4. usyur
21.2.3.2.5. fai
21.2.3.2.6. ghanimah
21.2.3.3. Faktor Kegemilangan Tamadun Islam
21.2.3.3.1. kecekapan dan kebijaksanaan khalifah
21.2.3.3.2. penguasaan ilmu pengetahuan
21.2.3.3.3. ekonomi yang stabil
21.2.3.3.4. kekuatan tentera
21.3. Faktor Kejatuhan
21.3.1. sikap beberapa orang pemerintah yang mengabaikan ajaran Islam
21.3.2. pemilihan pemerintah tidak dilakukan melalui majlis Syura
21.3.3. pemerintah bersikap tidak adil dan membezakan orang Arab dengan bukan Arab
21.3.4. pemerintah yang dilantik tidak berkelayakan
Bab 22 Imam Abu Hanifah r.h.
22. Imam Abu Hanifah r.h.
22.1. Riwayat Hidup
22.1.1. nama sebenar Nukman bin Thabit
22.1.2. lahir di Kufah tahun 80 Hijrah (699M)
22.1.3. berketurunan Parsi dan anak kepada seorang peniaga kain
22.1.4. beliau salah seorang ulama Islam terkenal dan pengasas Mazhab Hanafi
22.1.5. Beliau Digelar Abu Hanifah Kerana:
22.1.5.1. sentiasa bawa ke mana saja tintanya (pen) untuk mencatat ilmu
22.1.5.2. salah seorang anaknya bernama Hanifah
22.1.5.3. Hanifah juga bermaksud cenderung kepada agama
22.1.6. beliau seorang yang berakhlak mulia, pemurah, ikhlas, berani, suka memberi nasihat, rajin berusaha dan bercita-cita tinggi
22.1.7. beliau seorang yang berani dan tegas dalam mempertahan agama
22.1.8. Ujian Yang Dihadapai Daripada Pemerintah:
22.1.8.1. dihukum penjara
22.1.8.2. disebat kerana tolak jawatan kadi di Kufah
22.1.9. Meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi ketika usia 70 tahun
22.2. Pendidikan
22.2.1. beliau berpeluang menuntut ilmu sejak kecil hingga ke peringkat tertinggi
22.2.2. beliau belajar pelbagai ilmu terutama undang-undang Islam
22.2.3. berguru dengan beberapa orang ulama yang hidup sezaman dengannya
22.2.4. guru yang paling banyak memberi sumbangan ialah Imam Hammad bin Ali Sulaiman selama 18 tahun
22.2.5. pernah berguru dengan sahabat Nabi Muhammad s.a.w.: Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Aufa, dan Abdullah bin Abi Al-Hasan
22.3. Sumbangan Kepada Tamadun Islam
22.3.1. masanya banyak dihabiskan untuk memberi pengajaran di masjid
22.3.2. berfikiran kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fikah
22.3.3. ulama pertama menyusun kitab fikah ikut bab dan fasal dengan tersusun
22.3.4. kitab karangan beliau yang terkenal: Al-Fikah Al-Akbar dan Kitab Faraid
22.3.5. seorang yang amat teliti dalam tentukan hukum ikut martabat hadis
22.4. Pengaruh Mazhab Abu Hanifah
22.4.1. aliran mazhab dikenali sebagai aliran mazhab Hanafi
22.4.2. mazhab ini berpengaruh di Ira dan mazhab rasmi kerajaan Uthmaniah
22.4.3. muridnya yang terkenal sebagai tokoh ulama turut menyebarkan ilmu melalui kuliah dan penulisan khususnya dalam bidang fikah dan perundangan Islam
Bab 23 Imam Malik r.h.
23. Imam Malik r.h.
23.1. Riwayat Hidup
23.1.1. nama sebenar beliau ialah Malik bin Anas bin Amir Al-Harith
23.1.2. dilahirkan di Madinah pada tahun 93 Hijrah bersamaan 713 Masihi
23.1.3. berketurunan Arab yang terhormat dan berasal daripada keluarga yang susah
23.1.4. mempunyai pandangan yang bernas, berpendirian teguh, bijaksana, cerdas dan kuat ingatan
23.1.5. seorang yang berbudi bahasa, lemah lembut, dan suka menziarahi orang sakit
23.1.6. beliau tidak pernah menunggang kuda di Madinah kerana menghormati bumi yang ada jasad Rasulullah s.a.w.
23.1.7. meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 M ketika usia 86 tahun
23.2. Pendidikan
23.2.1. banyak mendampingi ulama sejak kecil
23.2.2. boleh hafal hadis Rasulullah s.a.w. sejak kecil
23.2.3. guru pertama ialah Abdul Rahman bin Harman iaitu ulama besar Madinah
23.2.4. beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’tabiian
23.3. Imam Malik Sebagai Guru
23.3.1. mempunyai tahap keilmuan yang tinggi
23.3.2. mula mengajar ketika berusia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik
23.3.3. kebanyakan majlis pengajian dilakukan di Masjid nabawi
23.3.4. beliau sanggup bersusah payah memberi kefahaman kepada anak muridnya tentang sesuatu ilmu
23.4. Sumbangan
23.4.1. sumbangan beliau yang terbesar ialah kitab Al-Muattok
23.4.2. beliau pengasas mazhab Maliki
23.4.3. banyak kumpul dan analisis hadis-hadis
23.4.4. menghasilkan beberapa buah buku agama yang tinggi nilainya yang terdapat di pusat-pusat pengajian tinggi sebagai rujukan kepada pelajar Islam
Bab 24 Imam As-Syafie rh
24. Imam As-Syafie R.H.
24.1. Riwayat Hidup
24.1.1. nama sebenar ialah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas ra. bin Usman bin syafie’ bin As-Sa’ib
24.1.2. beliau sama keturunan dengan Nabi Muhammad s.a.w. di sblh datuknya Abdul Manaf
24.1.3. lahir di Ghazzah, Palestin tahun 150 H (767M)
24.1.4. bapanya meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan
24.1.5. biliau digelar ‘As-Syafie’ sempena nama datuknya Syafie bin Sa’ib
24.1.6. seorang yang kuat ingatan, terang hati, rajin dan peribadinya yang sangat tinggi
24.1.7. beliau meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204 Hijrah (820M) di Mesir
24.2. Pendidikan
24.2.1. imam As-Syafie mula belajar Al-Quran ketika berusia 5 tahun dan dapat hafaz al-Quran ketika usia 9 tahun
24.2.2. ketika usia 12 tahun, beliau hafal kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik
24.2.3. beliau banyak menghabiskan masa remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram
24.2.4. beliau belajar dengan beberapa tokoh ulama hadis yang masyur seperti imam Malik bin Anas dan Ibrahim bin Abi Yahya As-Sami
24.2.5. beliau juga mengembara ke Iraq, Parsi, Palestin dan Yaman untuk menuntut ilmu
24.3. Sumbangan
24.3.1. mengasas kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum
24.3.2. tidak terima kaedah istihsan
24.3.3. mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan sesuatu
24.3.4. berijtihad mengikut tempat dan suasana
24.3.5. berhujah dengan golongan antihadis. Perdebatan ini disebutkan dalam kitab Ar-Risalah
24.3.6. beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadat
24.3.7. pengasas mazhab Syafie
Bab 25 Imam Ahmad bin Hanbal rh
25. Imam Ahmad bin Hanbal rh
25.1. Riwayat Hidup
25.1.1. nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
25.1.2. beliau satu keturunan dengan Nabi Muhammad s.a.w. di sebelah neneknya.
25.1.3. imam Ahmad lahir di Baghdad pada bulan Rabiulawal tahun 164Hijrah (780M)
25.1.4. beliau lahir dalam keadaan yatim serta miskin. Bapanya hanya meninggalkan sebuah rumah dan tanah yang kecil
25.1.5. beliau mengambil upah jual kain dan membawa barang-barang di jalanan untuk menyara hidup
25.1.6. beliau seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan
25.1.7. beliau tidak sombong dan bongkak. Beliau mengasihi seseorang kerana Allah
25.1.8. beliau seorang yang bertaqwa, baik hati, kurang makan dan minum serta banyak melakukan ibadat
25.1.9. Antara Ibadatnya:
25.1.9.1. baca 1/7 al-Quran pada setiap hari
25.1.9.2. menghafaz lebih daripada 700000 hadis
25.1.9.3. khatam al-Quran sekali seminggu
25.1.9.4. mengerjakan solat sunat hingga 300 rakaat setiap hari
25.1.10. beliau meninggal dunia pada tahun 855 M di Baghdad ketika berusia 77 tahun
25.2. Pendidikan
25.2.1. sejak kecil beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu dan rajin belajar
25.2.2. beliau akan membawa alat tulis dan kertas untuk menulis sesuatu yang berfaedah ke mana-mana saja beliau pergi
25.2.3. sebahagian besar hidupnya adalah untuk mencari ilmu
25.2.4. beliau mengembara ke beberapa buah negeri untuk menuntut ilmu seperti Kufah, Basrah, Syam, dan Yaman
25.2.5. guru beliau yang masyhur ialah Imam As-Syafie, Sufian bin Uyainah dan Yahya bin Said
25.2.6. Cara Imam Ahmad Mengihtinbatkan Hukum
25.2.6.1. berpegang teguh dengan hadis yang sahih saja dan menolak hadis dhaif
25.2.6.2. amat berhati-hati memilih hadis yang berhubung kait dengan masalah halal dan haram sama ada dari segi matan atau sanadnya
25.3. Sumbangan
25.3.1. imam Ahmad bin Hanbal memberikan sumbangan yang besar dalam bidang hadis dan perundangan Islam
25.3.2. Beliau Meninggalkan Beberapa Kitab Yang Mashyur Dan Menjadi Rujukan Hingga Ke Hari Ini:
25.3.2.1. kitab Al-Musnad- mengandungi 40000 hadis
25.3.2.2. Tafsir al-Quran
25.3.2.3. An-Nasakh wal Mansukh
25.3.2.4. kitab At-Tarikh
25.3.2.5. kitab Al-Ilah
25.3.3. beliau adalah pengasas mazhab Hanbali
Bab 26 Imam Al-Bukhari rh
26. Imam Al-Bukhari rh
26.1. Riwayat Hidup
26.1.1. nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail
26.1.2. lahir hari Jumaat, 13 Syawal tahun 194 Hijrah (810M)
26.1.3. kedua ibu bapanya orang yang soleh
26.1.4. gelaran ‘Al-Bukhari’ adalah diambil sempena nama tempat kelahirannya
26.1.5. beliau terkena penyakit mata semasa kecil hingga menjadi buta. Berkat doa ibunya, akhirnya beliau dapat melihat semula
26.1.6. beliau meninggal dunia pada tahun 256 Hijrah bersamaan 870 Masihi ketika usia 62 tahun
26.2. Pendidikan
26.2.1. beliau mendapat pendidikan yang baik sejak kecil daripada ibunya sendiri
26.2.2. beliau seorang yang tekun dan gigih mencari ilmu dan sangat menghormati hadis
26.2.3. ketika umur 11 tahun, beliau telah membetulkan kesilapan gurunya yang mengajar hadis. Ketika itu, beliau telah pun menghafaz al-Quran
26.2.4. ketika usia 16 tahun, beliau telah menghafal kitab-kitab yang ditulis oleh Ibnu Mubarak dan Waqi’
26.2.5. beliau mula tulis kitab mengenai hadis daripada para sahabat dan perawi-perawi hadis ketika berumur 18 tahun
26.2.6. Imam Al-Bukhari merantau selama 16 tahun untuk menuntut dan mencari ilmu pengetahuan
26.2.7. beliau mengarang kitab Sahih Al-Bukhari
26.2.8. Beliau Mensyaratkan Hadis Sahih Dengan Syarat:
26.2.8.1. sanadnya mestilah bersambung terus dengan Rasulullah s.a.w.
26.2.8.2. perawinya mestilah orang Islam, bersifat thiqah serta mempunyai ngatan dan akal yang kuat
26.3. Sumbangan
26.3.1. kitab sahih Al-Bukhari adalah sumbangan beliau yang terbesar
26.3.2. kitab ini disusun setelah beliau benar-benar mendalami bidang hadis
26.3.3. beliau telah berjaya mengumpulkan 600000 hadis dalam kitab sahih Al-Bukhari
26.3.4. Keistimewan Sahih Al-Bukhari:
26.3.4.1. himpunan hadis-hadis nabi yang paling sistematik dan penting sebagai rujukan umat Islam selepas kitab al-Quran
26.3.4.2. Imam Al-Bukhari ambil masa selama 16 tahun dalam usahanya menyelidik, mengumpul, menapis dan menyusun hadis-hadis untuk dimuatkan dalam kitab ini
26.3.5. beliau seorang mujtahid dan ijtihadnya tidak cenderung kepada mana-mana mazhab fikah
Bab 27 Imam Al-Ghazali rh
27. Imam Al-Ghazali r.h.
27.1. Riwayat Hidup
27.1.1. Nama sebenar beliau ialah Abu Hamad bin Ahmad Al-Ghazani At-Tusi.
27.1.2. Dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi.
27.1.3. Dikenal sebagai'Al-Gazali bersempena dengan nama kampung kelahirannya,Ghazalah
27.1.4. Asal daripada keluarga miskin.Bapanya seorang yang soleh dan bekerja sebagai pemintal bulu kambing.Beliau ingin melihat anaknya menjadi alim dan soleh
27.1.5. Beliau seorang yang bijaksana,kuat ingatan,berpegang teguh kepada syariat Islam,tekun belajar dan bijak berhujah
27.1.6. Beliau kuat beribadat,warak,zuhud,dan tidak menyukai kemewahan
27.1.7. Digelar ‘Hujjatul Islam’ kerana kecekapan,kemasyhuran dan kekuatannya membela Islam
27.1.8. Imam Al Ghazali adalah seorang ulama,ahli fikir, dan ahli falsafah Islam yang terkemuka
27.1.9. Meninggal dunia di Tus pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah bersamaan 1111(M)
27.2. Pendidikan
27.2.1. Pada peringkat awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma daripada beberapa orang guru kerana kemiskinannya
27.2.2. Beliau belajar di sekolah yang didirikan oleh Perdana Menteri Nizam Al-Mulk di Tus
27.2.3. Beliau melanjutkan pelajaran dari Tus ke Jarjan dan Naisabur
27.2.4. Beliau belajar pelbagai bidang ilmu fikah,ilmu kalam dan ilmu falsafah daripada Imam Al-Harmain di Naisabar
27.2.5. Beliau belajar tasawuf daripada beberapa orang guru
27.2.6. Beliau dilantik sebagai tenaga pengajar kanan di Universiti Nizamiah di Baghdad
27.2.7. Kegigihan Menuntut Ilmu
27.2.7.1. Tabah dan bersemangat kuat untuk menuntut ilmu
27.2.7.2. Berjaya menghafaz Al-Quran dalam usia yang muda
27.2.7.3. berusaha mempelajari dan menguasai beberapa bahasa seperti bahasa Arab dan Parsi
27.2.7.4. menguasai ilmu al-Quran, hadis, mantik, usuluddin, tasawuf dan falsafah
27.2.7.5. sanggup mengembara untuk mendapatkan ilmu
27.3. Sumbangan
27.3.1. penasihat agung kepada Perdana Menteri Nizam Al-Mulk
27.3.2. menjadi tenaga pengajar kanan di universiti Nizamiah di Baghdad dan Naisabur
27.3.3. menyokong fahaman Al-Isyairah atau dikenal sebagai mazhab ahli sunnah waljamaaah
27.3.4. menolak fahaman ahli falsafah yang meresap dalam ilmu kalam
27.3.5. pelopor kepada golongan sufi
27.3.6. Menghasilkan Buku:
27.3.6.1. Ihya Ulumuddin
27.3.6.2. Al-Munkaz minal Dhalal
27.3.6.3. Tuhafutul falsafah
27.3.6.4. Al-Wajiz
Bab 28 Akal Cahaya Kehidupan
28. Akal Cahaya Kehidupan
28.1. Nikmat Akal
28.1.1. manusia dijadiakan Allah dengan sebaik-baik kejadian yang dilengkapi dengan akal fikiran
28.1.2. akal dapat bezakan antara manusia dengan haiwan
28.1.3. manusia hendaklah berfikir berasaskan al-Quran dan as-sunnah kerana hal ini dapat bezakan antara yang benar dengan yang batil
28.1.4. Islam menggalakkan umatnya selalu berfikir kerana berfikir dapat memantapkan iman
28.2. Adab Berfikir
28.2.1. berfikir hendaklah berdasarkan wahyu dan syariat Islam
28.2.2. berfikir menggunakan akal fikiran supaya dapat bezakan antara baik dengan yang buruk
28.2.3. berfikir berdasar bukti kajian saintifik yang dapat meneroka bidang-bidang ilmu praktikal
28.2.4. berfikir berpandukan maklumat dan fakta yang benar dan tepat
28.2.5. bermatlamat jelas supaya berfikir lebih berfokus dan terancang
28.3. Cara Berfikir Dalam Islam
28.3.1. mengetahui perkara yang difikirkan serta tujuan berfikir
28.3.2. mengetahui batasan dan kemampuan akal
28.3.3. mengetahui cara untuk mencapai matlamat
28.3.4. mengetahui risiko yang akan berlaku
28.4. Hikmah Berfikir
28.4.1. memantapkan iman yang boleh menjadikan seseorang itu cemerlang hidup dunia dan akhirat
28.4.2. menginsafi kebesaran dan kekuasaan Allah melalui ciptaan-Nya
28.4.3. dihormati dan disanjungi oleh masyarakat
28.4.4. melahirkan masyarakat yang berdaya maju dan proaktif