Download - NOTA PANDUAN MENCAMBAH TAUGEH
NOTA PANDUAN BERGAMBAR
MENCAMBAH TAUGEHSECARA AUTOMATIK
DISUSUN OLEH
MUHAMMAD ARID BIN ABDULAHIMDip.Elect/Bsce.Elect/Med.Tech (UTM)Cetakan Pertama Januari 2016
BICARA KATA
Alhamdulillah pujian saya panjatkan kehadirat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya telah memberi kekuatan kepada saya untuk menyusun dan menyiapkan
buku nota panduan mencambah taugeh. Nota panduan ini mengandungi
beberapa proses bagi menghasilkan taugeh yang jika diikuti insya Allah sedikit
sebanyak akan dapat memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pengguna
bagaimana cara taugeh dihasilkan dari pada kacang hijau.
Buku panduaan ini boleh dijadikan panduan kepada pengguna dalam melakukan
kerja-kerja penghasilan taugeh secara auatomatik. Nota ini juga memuatkan
gambar-gambar yang berkaitan agar lebih mudah difahami oleh pengguna.
Penghasilan nota panduan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya
membuat beberapa ujikaji dalam menghasilkan taugeh sendiri. Oleh yang
demikian saya berharap kepada pengguna yang menggunakan nota panduan ini
juga merujuk penulisan-penulisan yang lain agar dapat membantu anda
menghasilkan taugeh yang banyak dan berkualiti.
Saya berharaf individu yang menggunakan buku ini dapat memanfaatkan segala
ilmu yang diperolehi dan menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi dengan
cara dan kaedah yang betul.
Sekian
“HAMBA ALLAH YANG INGIN BERBAKTI”
Muhammad Arid Bin Abdulahim
Taman Sentosa TB2945
Tawau, Sabah
Tel : 0198626910
PROSES MENCAMBAH KACANG HIJAU MENJADI TAUGEH
Persdiaan 01
Menyediakan Peralatan Mencambah Taugeh :-
Tong Sampah Yang Sesuai (Bewarna Hitam)
“Spray Jet”
“Horse” Yang Sesuai
Paip PVC Dan Aksesori
Valve Paip
Timer Digital
Kabel Boleh Lentur
Motor Pump
Tangki Air
Persediaan 02
Menyediakan Bahan Mencambah Kacang Hijau :-
Kacang Hiaju/Merah
Santoso (Cecair Penyubur) Siako (Serbuk Penggalak)
Nota :
Pilih Kacang Yang Baharu, Sihat Dan Bersaiz Besar Akan Mempengaruhi Saiz Taugeh
Apabila Di Cambahkan.
Sentoso Adalah Baja Cecair
Bertujuan Menyuburkan Kacang
Ketika Direndam Dalam Tempoh
Yang Tertentu, Rajah 02.
Siako Ialah Baja Serbuk Berwarna
Putih Ianya Digunakan Setelah Kacang
Yang Direndam Dengan Sentoso Di
Toskan Selama 2 – 3 Jam Rajah 03.
Rajah 01
Rajah 01Rajah 01
Pilih Kacang Hijau Atau Merah Yang Sehat Dan Baharu Dan Sebaik-Baiknya Saiz Kacang Adalah Sekata, Rajah 01
Proses 01
Membasuh Kacang Hiaju :-
Kacang Hijau Yang Dipilih Perlu Ditimbang Terlebih Dahulu
(Catatkan Berat Kacang Hijau Tersebut)
Tujuan Menimbang Ialah Untuk Mengetahui Berat Kacang Hijau Setelah Direndam Dengan
Bajah Cecair (Santoso) Dalam Beberapa Jam.
Basuh Kacang Hijau Tersebut Sekurang-Kuranya Tiga(3) K, Bagi Memastikan Kacang Hijau
Tersebut Bersih Dari Sebarang Kekotoran.
Kacang Hijau Yang Kurang Sihat Atau Terapung Ketika Membasuh Perlu Dibuang (Bagi
Memastikan Hanya Kacang Hijau Yang Berkualiti Sahaja Akan Dicambahkan) Rajah 01 &
Rajah 02
Pastikan Basuh Sehingga Bersih Rajah 03
Nota :
Jika Saiz Kacang Hijau Yang Digunakan Sekata Maka Taugeh Yang Terhasil Juga Akan Sekata
(Iaitu Sama Panjang Dan Gebuh Serta Putih). Jangan Basuh Terlalu Lama, Kerana Boleh Merosakkan Kacang Hijau Sebelum Direndam Di
Dalam Tong.
Rajah 01 Rajah 03Rajah 02
Proses 02
Merendam Kacang Hiaju :-
Sediakan Air Jernih Didalam Tong/ Bekas Yang Besar
Campurkan Dengan Sentoso (Baja Cecair)
05ml – 7ml Bagi 5 Liter Air Jika Menggunakan Kacang Seberat 1 Kilo Gram, Rajah 04.
Kacau Air Tersebut Agar Sentoso Sebati Dalam Air, Rajah 05.
Masuk Kacang Hijau Yang Telah Dibasuh Kedalam Bekas Air Yang Dicampurkan Dengan
Sentoso, Rajah 06.
Rendaman Ini Dibiarkan Selama (9 – 11) Jam, Rajah 07.
Pastikan Bekas Yang Digunakan Bertutup (Bagi Mengelak Sebarang Kekotoran Masuk)
Timbang Kacang Hijau Yang Telah Direndam Semalaman Dan Rekodkan Bacaan Agar Mudah
Untuk Diletakkan Dalam Tong-Tong Cambahan Dengan Samarata.
Nota :
Pilih Tong/Bekas Yang Besar Untuk Proses Rendaman Kerana Kacang Hijau Yang Direndam
Biasanya Akan Mengembang (Jika 1Kg Kacang Hijau Akan Menjadi (2 -2.5)Kg Kacang Hijau
Bergantung Kepada Saiz Kacang Hijau,Masa Rendaman Dan Jumlah Bahan Santoso Yang
Digunakan. Bahan Santoso Boleh Didapati “VESCOM VISION ENT, Tel : 0197106698”.
Proses 03
Menggaulkan Kacang Hiaju Dengan Siako :-
Kacang Hijau Yang Telah Direndam Perlu Dibersihkan
Terlebih Dahulu
(Basuh 1 – 2 Kali)
Toskan Kacang Hijau Tersebut (1 – 2) Jam, Rajah 08.
Gaulkan Kacang Hijau Tersebut Dengan Siako (Baja Serbuk : Penggalak)
20ml – 30ml Bagi 1 Kilogram Kacang Hijau, Rajah 09
Gaulkan Sehingga Sekata, Rajah 10 & Rajah 11
Nota :
Jangan Toskan Kacang Hijau Terlalu Lama Ini Boleh Menyebabkan Ianya Akan Kering, Tidak
Baik Untuk Kesuburan Kacang Hijau. Jangan Gunakan Sioko Terlalu Banyak Kerana Boleh Menyebabkan Taugeh Yang Dihasilkan
Berbau (Bergantung Juga Kepada Kaedah Penyiraman). Bahan Siako Boleh Didapati “VESCOM VISION ENT, Tel : 0197106698”.
Rajah 08
Rajah 11Rajah 10Rajah 09
Proses 04
Mencambah Kacang Hiaju:-
Kacang Hijau Telah Digaul Dengan Siako Perlu diletakkan Ke Dalam Tong Pencambah.
Pastikan Kacang Hijau Yang Dimasukkan Dalam Tong Diratakan Dengan Sekata, Rajah 12,
Rajah 13 & Rajah 14.
Siraman Yang Pertama Hendaklah Dilkukan Setelah (5 –7) Jam Kacang Hiaju Diletakkan Dalam
Tong, Rajah 15.
Lakukan Siraman Secara Automatik
4 – 5 Kali Sehari
Kadar Siraman (5 Minit Sekali Siram)
Pusingkan Penutup Tong Pada Arah Yang
Berlainan Setiap Pagi (Cadangan) Biarkan Kacang Hijau Tersebut Di Dalam Tong
Tersebut Selama ( 3 – 4) Hari.
3 Hari Bersamaan 72 Jam (Ketika Cuaca
Lembab)
4 Hari Bersamaan 96 Jam (Ketika Cuaca
Panas)
Rajah 14Rajah 13Rajah 12
Rajah 15
Percambahan Kacang Hijau Dalam Tong
Hari Pertama :Keadaan Kacang Hijau Setelah Melalui Percambahan Pada Hari Pertama Selama 24 Jam, Percambahan Kacang Bagi Membentuk Taugeh Sekitar 1cm, Rajah 16
Hari Kedua :Keadaan Kacang Hijau Setelah Melalui Percambahan Pada Hari Kedua Selama 48 Jam, Percambahan Kacang Bagi Membentuk Taugeh Sekitar 2cm – 3 cm, Rajah 17
Hari Ketiga :Keadaan Kacang Hijau Setelah Melalui Percambahan Pada Hari Ketiga Selama 72 Jam, Percambahan Kacang Bagi Membentuk Taugeh Sekitar 4cm – 6 cm, Rajah 18.
Hari Keempat :Keadaan Kacang Hijau Setelah Melalui Percambahan Pada Hari Keempat Selama 96 Jam, Percambahan Kacang Bagi Membentuk Taugeh Sekitar 7cm – 9 cm, Rajah 19
Rajah 16
Rajah 17
Rajah 18
Rajah 19
Nota :
Letakkan Kacang Hijau Didalam Bekas Berlubang Yang Sesuai Sebelum Diletakkan Di Dalam
Tong Pencambah.
Jangan Letakkan Tong Pencambah Pada Pancaran Matahari, Sebaik-Baiknya Di Tempat Yang
Teduh (Bagi Membantu Percambahan Yang Baik).
Jangan Meletekkan Kacang Hijau Di Dalam Tong Terlalu Banyak, Cadangan 1Kg – 1.5Kg
Bagi Tong Bersaiz 60 Liter.
Percambahan Kacang Hijau Menjadi Taugeh Biasanya Bertambah Dari 1Kg Kepada
3Kg – 4Kg Dalam Tempoh Empat Hari. Meletak Kacang Hijau Terlalu Banyak Di Dalam Tong Boleh Menyebabkan Percambahan
Kacang Hijau Tidak Sekata Dan Akhirnya Menghasilkan Taugeh Yang Tidak Sekata,
(Ini Kerana Kacang Hijau Yang Berada Pada Bahagian Bawah Tidak Terkena Siraman Air
Dengan Kuantiti Yang Sama Dengan Kacang Yang Berda Bahagian Atas). Faktor Siraman Juga Mempengaruhi Percambahan Kacang Hijau, Pastikan “Nozel Spray”
Yang Digunakan Menghasilkan Siraman Yang Sekata Iaitu Tidak Terlalu Kuat dan Juga Tidak
Terlalu Perlahan. Jika Terlalu Kuat Kemungkinan Percambahan Cepat Taugeh Yang Dihasilkan Panjang Dan
Kurus. Jika Terlalu Kerap Siraman Dengan Kadar Yang Kuat Boleh Menyebabkan Kacang Hijau
Terlalu Lembab Dan Taugeh Lambat Mencambah Dan Berbau. Jika Terlalu Perlahan Taugeh Lambat Mencambah Dan Taugeh Mungkin Berbau Kerana
Siako Yang Digunakan Dan Kacang Yang Berada Bahagian Bawah Membusuk. Siraman yang Paling Baik Hendaklah “Nozel Spray” Yang Digunakan Boleh Menghasilkan
Siraman Menyeluruh. Pengubahan “Valve” Pengawal Kelajuan Siraman Juga Boleh Digunakan Untuk Mengawal
Kadar Siraman Pada Tong Pencambah. Pemilihan Masa Siraman Bergantung Kepada Keperluan Tempat Dan Persekitaran Iaitu 4 – 6
Kali Sehari (Bergantung Juga Pada Kadar Tekanan Siraman Pada “Nozel Spray”) Lakukan Pemantauan Apabila Masa Penyiraman Berlaku, Bagi Memastikan Motor Dan Alat
Kawalan Masa Berpungsi.
Proses 05
Membersihkan Taugeh:-
Setelah Tempoh Empat Hari Kebiasaannya Kacang Hijau Yang Dicambah Menjadi Taugeh,
Rajah 20 & Rajah 21
Timbang Taugeh Tersebut (Untuk Mengetahui Hasilnya)
Bersihkan Taugeh Tersebut Dari Sebarang Kekotoran Dan Kulit Kacang Hijau.
Rajah 20 Rajah 21
Memebersihkan Taugeh Didalam Bekas Berair Bagi Mengasing Kulit-Kulit Kacang Hijau, Rajah 22
Rajah 22 Rajah 23
Taugeh Yang Telah Dibersihkan Disimpan Dalam Bekas Yang Bersih, Rajah 23
Taugeh Yang Ttelah Dibersihkan Hendaklah
Dibasuh Sebelum Diletakkan Didalam Tong Bersih
Yang Berisi Air, Rajah 24.
Tujuan Menyimpan Taugeh Yang Telah
Dibersihkan Dalam Tong Berisi Air Bagi Menjamin
Kesegaran Dan Hayat Taugeh.
Nota :
Jika Taugeh Yang Telah Bersih Disimpan Semalam Di Dalam Tong, Air Dalam Tong Tersebut
Perlu Digantikan 1 – 2 Kali Bagi Mengekalkan Kesuburan Taugeh Dan Mengelak Dari Pada
Taugeh Berbau. Jika Taugeh Disimpan Di Dalam Tong Pastikan Penutup Tidak Menutup Secara Rapat Bagi
Tuuan Pengudaraan Taugeh. Pastikan Taugeh Yang Disimpan Di Dalam Tong Diletakkan Ditempat Yang Terling Daripada
Pancaran Matahati Bagi Memastikan Kesegaran Taugeh. Jika Disimpan Di Dalam Peti Sejuk bagi Jumlah Yang Sedikit Perlu Diletakkan Dalam Bekal
Berisi Air Dan Perlu Digantikan Setiap Hari (Jangka Hayat Penyimpanan di Dalam Peti Sejuk
4 – 6 Hari). angan Tutup Tong Tersebut
Jangan Gunakan Sioko Terlalu Banyak Kerana Boleh Menyebabkan Taugeh Yang Dihasilkan
Berbau (Bergantung Juga Kepada Kaedah Penyiraman).
Rajah 24
Proses 06
Membersihkan Peralatan:-
Pastikan Tong Pencambah Dibersihkan Dari Sebarang Kekotoran Dan Bau, Rajah 25.
Pastikan Kawasan Tong Juga Dibersikan.
Pastikan Peralatan Lain Juga Yang Digunakan Dibersihkan.
Nota Tambahan
Saiz Taugeh Yang Dapat Dihasilkan Melalui Kaedah Ini, Rajah 26 & Rajah 27
Rajah 25
Rajah 27Rajah 26
Jenis Tekanan Siraman Pada Tong.
Kecil :Bukaan “Valve” Kecil Menghasilkan Tekanan Siraman Yang Kecil, Sesuai Untuk Siraman Yang Kerap Tetapi Kadar Siraman Tidak Sekata Dan Lambat Sampai Kebahagian Bawah Kacang Yang Dicambah.
Sederhana :Bukaan “Valve” Sederhana Menghasilkan Tekanan Siraman Yang Pertengahan, Sesuai Untuk Siraman Yang Kerap Tetapi Tidak Sekerap Siraman Yang Kecil. Siraman Sedikit Sekata Dan Kemungkinan Kacang Yang Berada Pada Bahagian Bawah Tidak Mencambah Dengan Baik berbanding Bahagian atas.
Kuat :Bukaan “Valve” Besar Menghasilkan Tekanan Siraman Yang Kuat, Sesuai Untuk Siraman Yang Tidak Kerap. Siraman Sekata Dan Sampai Kebahagian Bawah Dengan Cepat. Kacang Hijau Akan Mencambah Sekata.
SELAMAT MENCUBADAN
SELAMAT MAJU JAYA
BERTAWAKKALLAH HANYA KEPADA ALLAH