Download - Nota Modul Keusahawan Dan Ict
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
1/24
1
NOTAKEUSAHAWANAN DAN ICT DALAM PENDIDIKAN
Nama Kursus:
Kursus Pembangunan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) bagi GredDG41
1. KEUSAHAWAN
Pengenalan
Keusahawanan merupakan proses penerokaan peluang-peluang baharu yang melibatkan
penggunaan serta penggabung jalinan sumber sedia ada secara optimum. Dalam era globalisasidan pembangunan teknologi yang pesat, keusahawanan amat penting dalam pertumbuhan
ekonomi, peningkatan produktiviti, pengurusan alaf baharu, menjana inovasi serta mewujudkan
idea dan peluang-peluang baharu. Keusahawanan sebenarnya tidak terhad hanya kepada ahli
perniagaan sahaja. Setiap individu termasuk guru mendapat manfaat sekiranya mempunyai sifat
keusahawanan yang tinggi.
Definisi
Keusahawanan ditakrifkan sebagai sifat, nilai, pengetahuan dan kemahiran tertentu yang dimiliki
oleh individu untuk membolehkannya mampu dan cekap untuk meneroka peluang-peluang
baharu, peka kepada perubahan, mengambil risiko dan berupaya untuk menterjemahkan idea
kepada strategi serta menjadikannya satu reality (Harvard Business Review, 2013).
Keusahawanan dalam bidang pendidikan turut melibatkan kreativiti dan inovasi dalam aktiviti
yang dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian murid.
Keusahawanan Dalam Pendidikan
Profesion sebagai guru memberikan faedah secara nyata mahupun abstrak. Selain daripada
memenuhi keperluan material, kerjaya guru memberikan mereka tempat dalam masyarakat,
perasaan nilai kendiri yang tinggi di samping dapat memberikan sumbangan kepada agama,
bangsa dan negara. Amat sedikit sekali bilangan guru yang melihat profesion keguruan dari
sudut kewangan semata-mata. Selalunya guru meletakkan nilai yang tinggi kepada manfaat
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
2/24
2
dalam bentuk abstrak yang didapati daripada profesionnya.
Guru yang mengganggap mereka hanya makan gaji sahaja akan bersikap seperti seorang
pekerja di sesebuah syarikat. Guru seperti ini akan melihat dirinya bekerja untuk sekolah dan
bergantung kepada pentadbir sekolah untuk menentukan masa depan kerjayanya sekiranya ada
sebarang peluang peningkatan kerjaya dan pembangunan kompetensi. Melalui pendekatansebegini, guru secara tidak langsung memberikan kuasa kepada pentadbir sekolah untuk
menentukan masa depan kerjayanya.
Sekiranya guru yang mengambil pendekatan keusahawanan, mereka akan berfikir seperti
seorang pemilik perniagaan yang mempunyai produk untuk dipasarkan iaitu kemahiran yang
dimilikinya. Guru ini akan menganggap diri mereka bekerja sendiri dan rasa bertanggungjawab
terhadap prestasi murid dan sekolah, peningkatan kerjaya dan pembangunan
profesionalismenya. Guru yang mempunyai sifat keusahawanan yang tinggi akan sentiasa
berfikir, dengan menggunakan sumber sedia ada di sekelilingnya, untuk berusaha meningkatkan
prestasi diri, murid mahupun sekolah. Guru yang mempunyai keusahawanan yang tinggi jugamembina hubungan sama ada di dalam dan di luar ruang lingkup organisasinya.
Keusahawanan yang dipamerkan oleh guru termasuk dalam kategori Keusahawanan Sosial.
Usahawan sosial (social entrepreneur) merupakan individu yang berusaha menyelesaikan
sesuatu masalah atau isu sosial secara inovatif. Mereka ialah agen perubahan, berwawasan dan
prihatin dalam merealisasikan visi mereka. Ini menunjukkan bahawa sesiapa juga mampu
melaksanakan perubahan jika mereka tahu bagaimana menukar idea kepada tindakan.
Ciri-ciri Keusahawanan
Terdapat beberapa ciri-ciri keusahawanan yang telah dikenalpasti untuk membina sifat
keusahawanan yang berjaya dan berdaya saing, iaitu:
1. Inisiatif dan bertanggungjawab
2. Komitmen yang tinggi
3. Kreatif dan Inovatif
4. Keyakinan dan optimistik
5. Berdikari (Independent)
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
3/24
3
6. Semangat berpasukan (Team Building)
7. Tahap tenaga yang tinggi (High level of Energy)
8. Fleksibel
9. Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback)
10. Orentasi Peluang (Opportunity Orientation)
11. Mengambil Risiko Secara Sederhana (Moderate Risk Taker)
12. Kemahiran Mengatur(Skilled at Organising)
13. Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)
14. Kebolehan menentukan Visi (Ability to Set Vision)
15. Kawalan Fokus Dalaman (Internal Locus of Control)
Kemahiran Keusahawanan
Kemahiran keusahawanan mempunyai empat tahap seperti berikut:
a. Kebolehan mengenal pasti peluang
b. Kebolehan merangka perancangan
c. Kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang
d. Kebolehan melaksanakan kerja secara kendiri (berdikari)
Oleh kerana keusahawanan sering kali dikaitkan sebagai aktiviti sosial, dan bukan hanya terhad
kepada aktiviti individu, terdapat beberapa kemahiran tambahan yang telah dikenal pasti oleh
para penyelidik seperti berikut:
1. Kemahiran interpersonal Pengaruh (influence)
2. Kemahiran Runding cara (negotiations)
3. Kemahiran Kerja Berpasukan
2. ICT DALAM PENDIDIKAN
Pengenalan
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
4/24
4
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ialah pelbagai jenis peralatan teknologi dan sumber
yang digunakan untuk mewujud, menyebar, menyimpan, mengumpul, dan mengurus maklumat
dan berkomunikasi. Teknologi yang dimaksudkan merangkumi komputer, Internet, teknologi
penyiaran dan transmisi.
ICT Dalam Pendidikan ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong
proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran
(PdP) serta pembelajaran sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam PdP membolehkan aktiviti
PdP dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber
pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses
pendidikan berasaskan kadar kebolehan murid.
Definisi ICT dalam Pendidikan
Dalam konteks pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk
menyelesaikan masalah PdP dan pengurusan dan pentadbiran (PdT) sekolah dengan
menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan peralatan dan bahan teknologi maklumat
dan komunikasi seperti Internet (e-mel, forum, portal, laman wab), video telesidang atau instruksi
berasaskan komputer. Literasi ICT seperti kebolehan mengakses, mencari, memilih, menilai,
menstruktur, membina dan menyusun maklumat untuk tujuan PdP merupakan kemahiran yangperlu ada pada semua guru dalam Zaman Maklumat ini. (Yusup Hashim & Razmah Man, 2006).
Perkembangan ICT Dalam Pendidikan
Penggunaan komputer dalam pendidikan bermula pada tahun 1987 apabila Lembaga
Peperiksaan (LP) menggunakan teknologi komputer dalam urusan pemprosesan data
peperiksaan. Menyedari bahawa pendedahan awal kepada ICT akan menyediakan generasimuda dengan nilai tambah kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi ledakan maklumat
serta mengharungi arus globalisasi, ICT dijadikan mata pelajaran di sekolah pada tahun 1990-an.
Dasar Wawasan 2020 telah memacu penggunaan ICT dengan meluas dalam pendidikan negara
melalui pelancaran projek Koridor Raya Multimedia pada tahun 1997 melalui Projek Sekolah
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
5/24
5
Bestari. Pelbagai usaha membudayakan ICT juga telah diperkenalkan di sekolah bagi
merapatkan jurang digital yang dihadapi oleh negara berbanding negara maju. Projek Makmal
Komputeryang dilengkapi dengan komputer terkini beserta kemudahan LAN dan Internet mula
dilaksanakan pada tahun 1999.
KPM telah melancarkan program pembestarian sekolah bagi tujuan melengkapkan murid dengan
Kemahiran Abad Ke-21 yang menekankan penggunaan ICT sebagai pemangkin. Sejajar dengan
program pembestarian ini, penyediaan capaian Internet jalur lebar melalui Projek SchoolNet
dilaksanakan untuk semua sekolah di seluruh negara. Bagi membudayakan ICT di sekolah dan
meningkatkan penggunaan komputer oleh murid, Projek Pusat Akses Sekolah (PuAS)
diperkenalkan pada tahun 2006. KPM juga telah menambahbaik kaedah penyampaian program
TV Pendidikan dengan pelaksanaan WebTV KPM atau lebih dikenali sebagai eduWebTV pada
tahun 2008. Ia merupakan sumber pendidikan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan
bahan-bahan PdP dalam bentuk audio-visual kepada murid dan guru terutamanya di kawasan
pedalaman.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) digubal untuk memastikan kecemerlangan sistem
pendidikan bagi melahirkan generasi berilmu yang berupaya menyumbang ke arahpembangunan negara.
Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang terkandung dalam DPK menyatakan ICT
sebagai faktor penting untuk membantu pencapaian pembangunan pendidikan dan seharusnya
diintegrasikan dalam P&P serta pengurusan pendidikan. Pernyataan dasar ini meliputi perkara
berikut:
ICT untuk semua murid
ICT sebagai alat P&P, sebagai komponen mata pelajaran dan sebagai mata
pelajaran
ICT digunakan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
6/24
6
sistem pengurusan
Pembangunan ICT Dalam Pendidikan di Malaysia bermatlamat untuk:
meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT
memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT
memperluas kurikulum berasaskan ICT
meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT
menekankan pengintegrasian ICT dalalm PdP
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan murid, tenaga pengajar,
dan personel KPM
meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan
meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT
meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT
meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam
membantu memperkembangkan ICT Dalam Pendidikan
Kemahiran ICT
Kemahiran ICT yang diperlukan oleh guru / setiap individu adalah berbeza. Ini
bergantung kepada keperluan tugas, organisasi, minat dan kecenderungan individu.
Dalam alam pendidikan, kemahiran mengguna aplikasi pemprosesan perkataan seperti
Words, aplikasi paparan seperti Excel, aplikasi penyampaian seperti Powerpoint,
kemahiran mencari maklumat, dan kemahiran mengolah data yang diperoleh menjadi
satu kemahiran asas untuk semua. Pengkhususan selanjutnya bergantung kepada
keperluan tugas individu. Contohnya:
Guru perlu tahu bagaimana berkomunikasi melalui e-mel, serta mengintegrasikan
ICT sebagai satu bentuk sumber pendidikan dalam PdP.
Guru Pendidikan Seni boleh mencuba perisian melukis dan diikuti dengan
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
7/24
7
perisian untuk animasi.
Pentadbir sekolah perlu tahu bagaimana menggunakan ICT untuk memudahkan
kerja pentadbiran, meiningkatkan keberkesanan kerja dan mewujudkan saluran
komunikasi dengan guru dan agensi luar dengan menggunakan e-mel.
Guru Penyelaras Bestari / ICT perlu tahu menyenggara komputer, memasang
dan mengurus rangkaian setempat dan lain-lain.
Guru Perpustakaan dan Media perlu meneroka aplikasi atau perisian terkini
yang boleh dicadangkan kepada guru untuk disesuai dan diintegrasikan dalam
PdP.
Kaedah Meningkatkan Kemahiran ICT
Terdapat pelbagai kaedah dan saluran untuk meningkatkan kemahiran ICT, antaranya:
Menghadiri kursus atau latihan yang dianjurkan oleh KPM atau pihak luar
Menghadiri latihan dalaman sekolah
Meneroka sendiri melalui web atau e-pembelajaran
Belajar sambil bekerja (On-the-job training)
Melalui rakan sejawat
Mengajar
Peningkatan kemahiran bermula dengan minat, kesedaran, keperluan dan motivasi untuk belajar
yang akan menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran individu. Selepas mengikuti latihan
kemahiran, individu mesti menggunakan kemahiran yang diperoleh dalam menjalankan tugas
harian. Secara tidak langsung, seseorang itu akan memperoleh lebih banyak kemahiran.
Kemahiran ini juga boleh dipindah ke penggunaan program yang baharu.
Latihan secara tidak formal seperti on-the-job training dan aplikasi perisian dalam kerja
memainkan peranan yang penting dalam peningkatan kemahiran ICT individu. Perkongsian
pengalaman dan mengajar orang lain pula merupakan cara terbaik untuk mendalami kefahaman
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
8/24
8
berkaitan kemahiran yang diperoleh.
Sumber Pendidikan Digital
Bahan sumber digital terdiri daripada bahan berasaskan Internet, CD-ROM, video dan
audio. Sumber pendidikan digital boleh digunakan untuk tujuan pemulihan, rujukan dan
pengayaan.
Sumber digital mudah diguna, disesuai, diperbanyak dan diedarkan dengan serta merta.
Guru dan murid perlu mempunyai kemahiran mencari, memilih, memproses dan
menggunakan maklumat dan bahan digital.
Dalam Internet, terdapat tiga sumber pendidikan digital, iaitu:
1. Laman web
Bahan sumber dimuatkan dalam pelayan (server) dan disusun mengikut indeks, Bahan ini
boleh dimuat turun dengan menggunakan enjin carian maklumat seperti Google, Yahoo,
Bing dan sebagainya.
2. Portal
Portal ialah pusat sehenti (one-stop centre) yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat khusus contohnya berkaitan pendidikan, ekonomi, alam sekitar, perkhidmatan
seperti berita, forum, dan sebagainya. Portal atau gerbang pendidikan merupakan trenda
pendidikan terkini yang deharusnya dimanfaatkan oleh semua pihak.
3. Pembelajaran Dalam Talian
Pembelajaran Dalam talian (Online learning) merupakan kaedah pembelajaran yang
membolehkan pengguna untuk belajar di mana-mana pada bila-bila masa melalui
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
9/24
9
komputer dan Internet.
4. Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment - VLE)
Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) atau platform pembelajaran ialah sistem e-pembelajaran berasaskan web yang menyediakan akses kepada bilik darjah, kandungan
PdP, pentaksiran, tugasan, sumber pendidikan dan pautan pendidikan, secara maya. VLE
juga menyediakan ruang sosial yang digunakan oleh guru dan murid berkomunikasi dan
berinteraksi antara satu sama lain. Selain daripada pembelajaran secara jarak jauh, VLE
boleh diintegrasikan dalam persekitaran pebelajaran secara fizikal yang selalunya dirujuk
sebagai pembelajaran (blended learning)
5. CD-ROM / VCD / DVD / CD AudioSumber pendidikan digital bagi PdP selain daripada Internet ialah CD-ROM / VCD / DVD /
CD Audio. Bahan ini terdiri daripada perisian kursus, perisian interaktif dan perisian
berbentuk maklumat. Ianya bertujuan untuk membolehkan penggunakan menjalankan
pembelajaran kendiri dan mencari maklumat.
Kemahiran Abad Ke-21
Pakar pendidikan di kebanyakan negara menyedari hakikat bahawa kanak-kanak memerlukan
kemahiran yang lebih daripada 3M (menulis, membaca, mengira) setelah mereka menamatkan
alam persekolahan. Dalam dunia globalisasi pada abad ke-21, keperluan untuk melahirkan modal
insan berkualiti tinggi menjadi semakin penting.
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
10/24
10
Kom ponen Kemahi ran Abad Ke-21
Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang sesuai dengankonteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing pada peringkat
antarabangsa. Untuk itu, kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik, serta
mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja secara berpasukan. Kurikulum
sekolah rendah dan menengah yang dikaji semula akan memastikan keseimbangan
pengetahuan yang penting dengan kemahiran berfikir, dan nilai untuk memastikan kejayaan
murid pada masa akan datang.
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan ICT
Terdapat beberapa strategi pengajaran yang boleh diguna pakai oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran ICT akan menjadi lebih berkesan
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
11/24
11
dengan menggunakan strategi berikut:
1. Pembelajaran Kendiri
Pembelajaran kendiri ini terdiri daripada empat pendekatan iaitu Terarah Kendiri (Self-Directed), Kadar Kendiri (Self-Paced), Akses Kendiri (Self-Accessed) dan Pentaksiran Kendiri
(Self-Assessed) yang lebih berfokuskan kepada pembelajaran berpusatkan murid. Dengan
adanya ICT, konsep pembelajaran ini menjadi lebih mudah untuk direalisasikan. Sebagai
contoh melalui penggunaan perisian kursus dengan terarah kendiri, murid boleh menentukan
apa yang hendak dipelajari mengikut kadar kemampuan sendiri, mampu mengakses sendiri,
malah dapat mentaksir pembelajaran sendiri. Strategi ini membolehkan murid menjadi lebih
bertanggungjawab terhadap pembelajaran, lebih yakin dan tekun untuk mencapai standard
kurikulum.
2. Kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif merupakan pendekatan yang mementingkan kerjasama dan
mengkehendaki murid menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. Dalam ICT, pendekatan ini
boleh dilaksanakan dengan guru memberi tugasan kepada kumpulan-kumpulan yang telah
dikenalpasti. Murid boleh menggunakan emel untuk bertukar-tukar bahan dan menggunakan
perisian persembahan untuk mempersembahkan hasil kerja mereka. Semua ahli kumpulan
akan menyumbang dengan aktifnya pengetahuan, pendapat, kemahiran dan menyelesaikan
masalah bersama.
3. Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu model aktiviti bilik darjah yang berbeza dari
kebiasaan. Pendekatan aktiviti pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yang panjang,
menginterasikan pelbagai disiplin ilmu, berpusatkan murid dan menghubungkaitkan
pengamalan kehidupan sebenar. Projek ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau
siasatan yang teratur yang menjurus kepada matlamat yang spesifik. Murid berupaya belajar
menggunakan ICT semasa proses menyediakan projek dan murid juga boleh meneroka atau
membuat kajian terhadap projek dengan menggunakan ICT.
4. Inkuiri-Penemuan
Pendekatan Inkuiri-Penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran
melalui pengalaman. Inkuiri secara amnya membawa maksud maklumat, menyoal dan
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
12/24
12
menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling. Penemuan merupakan sifat utama
inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan
ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti seperti eksperimen, murid akan mengkaji sesuatu
fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian akan membimbing murid untuk
memahami konsep melalui hasil inkuiri.
Penggunaan ICT dalam Inkuiri-Penemuan berlaku apabila perisian kursus digunakan oleh
murid untuk mencuba atau melaksana ekperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau
bahaya dilaksanakan dengan cara biasa. Dengan menggunakan perisian aplikasi, murid juga
dapat mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. Selain itu,
demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid boleh juga
dilihat dengan mengunakan perisian 3D Modeling.
5. Penyelesaian Masalah
Kaedah penyelesaian masalah merupakan satu kaedah pembelajaran berasaskan masalah
sebenar dan murid dapat menyelesaikan masalah dengan keupayaan mereka sendiri.
Kaedah ini boleh dijalankan secara kolaboratif dan berpusatkan murid. Murid perlu kenal pasti
masalah, cari kaedah penyelesaian, laksanakan operasi penyelesaian masalah dan menilai
kaedah penyelesaian masalah yang digunakan. Dalam konteks ICT, kaedah ini akan
melibatkan murid untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah. Sebagai contoh,
murid ingin menyiapkan sesuatu tugasan yang memerlukannya memasukkan imej. Murid
dapati imej yang diperlukan tidak ada dalam komputernya. Maka untuk mengatasi masalah
itu, murid hendaklah berbincang dengan rakan bagi mencari penyelesaiannya. Guru
berperanan sebagai fasilitator dengan memberi panduan kepada murid dalam proses
penyelesaian sesuatu masalah pada peringkat awal.
6. Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus
kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pendekatan ini
murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri
serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Sumber-sumber ICT seperti
penggunaan papan putih interaktif, tayangan video, perisian kursus, permainan komputer
pendidikan dan bahan-bahan Internet yang terpilih dapat membantu murid menguasai
pengetahuan dan kemahiran yang spesifik.
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
13/24
13
7. Konstruktivisme
Pembelajaran secara konstruktivisme ialah satu kaedah dimana murid dapat membina sendiri
pengetahuan atau konsep baru secara aktif berdasarkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan
pengalaman yang telah diperolehi dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui
pembelajaran konstruktivisme murid menjadi lebih kreatif dan inovatif. Murid gunakan TMK
untuk mendapatkan data, maklumat dan pengetahuan.
8. Pembelajaran Penerokaan
Pembelajaran Penerokaan membolehkan murid belajar melalui penerokaan berdasarkan
pengalaman yang sedia ada. Murid secara aktif mencari dan mengakses maklumat dalam
mencapai objektif pembelajaran mereka dalam konteks yang terkawal. Sehubungan itu, ICT
merupakan alat yang paling berkesan dalam menterjemahkan konsep pembelajaran
penerokaan memandangkan ianya dapat mencapai maklumat dan pengetahuan dengan
cepat bagi membolehkan murid menganalisis dan memproses maklumat yang diingini dalam
situasi pembelajaran yang berbentuk penyelesaian masalah, kajian masa depan dan
simulasi.
Perkembangan Terkini
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada abad ke-21 seperti Web 2.0membenarkan pengguna berinteraksi dan berkolaboratif sesama sendiri melalui platform
media sosial. Pengguna boleh mencipta kandungan baharu sebagai pencipta yang aktif
dalam komuniti maya berbanding sebagai pengguna laman web yang hanya melihat
kandungan secara pasif. Aplikasi Web 2.0 merangkumi laman media sosial, blog, wiki,
laman perkongsian video dan sebagainya.
Pengenalan
Globalisasi dan perubahan teknologi yang pesat telah mewujudkan ekonomi baharu yang dipacu
oleh pengetahuan. Sehubungan itu, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and
Communications Technology - ICT) telah menjadi pengupaya penting ekonomi berasaskan
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
14/24
14
pengetahuan bagi kebanyakan negara. Kerajaan di seluruh dunia sememangnya mengakui
kesan positif ICT terhadap pembangunan sosial dan ekonomi masyarakatnya. Justeru, semakin
banyak kerajaan telah mula membuat pelaburan yang ketara dalam ICT untuk membangunkan
modal insan agar mereka mampu menangani cabaran dalam era digital dan maklumat.
Pelaksanaan ICT dalam Pendidikan Melalui Penubuhan Sekolah Bestari dan Konsep
Pembestarian Sekolah
ICT dalam Pendidikan bermula dengan pelancaran Aplikasi Perdana Sekolah Bestari, iaitu salah
satu daripada tujuh aplikasi utama dalam Koridor Raya Multimedia (MSC), pada tahun 1997, oleh
YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sekolah Bestari
merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi pelaksanaanpengajaran dan pembelajaran (PDP) serta pengurusan sekolah melalui penggunaan teknologi
pendidikan termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sesuai dengan
perkembangan semasa yang bertujuan meningkatkan minat, kreativiti, pengetahuan dan
kemahiran murid.
Komponen Sekolah Bestari
Pengajaran dan Pembelajaran
P&P Sekolah Bestari, jantung atau nadi sekolah adalah berkaitan dengan kurikulum,
pedagogi, bahan P&P dan pentaksiran untuk membantu murid belajar dengan cekap dan
berkesan.
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
15/24
15
Kom ponen Sekolah Bestari
Pengurusan dan Pentadbiran
Pengurusan dan pentadbiran sekolah berbantukan teknologi sebagai pemandu atau
pemacu pengoperasian Sekolah Bestari memastikan pengurusan yang cekap dan
berkesan di sekolah.
Modal Insan, Kemahiran dan Tanggungjawab
Modal insan yakni guru, pentadbir dan staf sokongan, ibu bapa, komuniti serta agensi
swasta memainkan peranan secara aktif untuk membangun profesionalisme dan
pengetahuan warga sekolah demi peningkatan prestasi sekolah.
Proses
Sekolah Bestari dibekalkan dengan pelbagai sumber (input) untuk menjana keberhasilan
(outcomes) yang dikehendakki.
Teknologi
Teknologi digunakan sebagai pengupaya dalam P&P, pengurusan dan pentadbiran serta
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
16/24
16
komunikasi dengan pihak luar.
Dasar
Dasar diwujudkan untuk keperluan Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah.
Ciri-Ciri Sekolah Bestari
Ciri-ciri Sekolah Bestari adalah seperti berikut:
Guru berperanan sebagai pemudah cara atau fasilitator
Murid belajar secara akses kendiri, terarah kendiri, dan kadar kendiri menjurus
kepada pembelajaran sepanjang hayat
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) menarik, berkesan dan berpusatkan murid
Sekolah membudayakan penggunaan ICT dalam pengurusan dan PdP
Sekolah mewujudkan rangkaian dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak
Pembestarian Sekolah
Pembestarian Sekolah ialah proses memperluaskan konsep Sekolah Bestari ke semua sekolah
dengan mengambil kira manfaat (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedang dilaksanakan oleh
KPM. Proses ini dijalankan secara berterusan untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan
sekolah serta PDP secara interaktif berasaskan ICT.
Pembestarian Sekolah telah memanfaatkan (leveraging) semua inisiatif ICT yang telah
dan sedang dijalankan oleh KPM seperti Projek SchoolNet, Projek Makmal
Pengkomputeran, Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris(MBMMBI), TV Pendidikan melalui web (EduWebTV), Pusat Akses Sekolah, Pusat
Sumber Sekolah dan lain-lain inisiatif.
Matlamat Pembestarian Sekolah adalah seperti berikut:
Meningkatkan kadar pembelajaran berpusatkan murid
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
17/24
17
Membangunkan modal insan yang berkemahiran ICT untuk memenuhi keperluan
masa hadapan;
Menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Tahap Bestari Sekolah diukur berasaskan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance
Indicator) melalui aplikasi Smart School Qualification Standards (SSQS). Empat (4)
bidang utama SSQS ialah modal insan (pembangunan kompetensi ICT pentadbir, guru
dan murid), penggunaan ICT (integrasi ICT dalam pengurusan serta PDP), aplikasi
(sistem yang digunakan di sekolah) dan infrastruktur (teknologi sedia ada di sekolah).
Fokus Dan Hala Tuju Pembestarian Sekolah
Fokus dan hala tuju Pembestarian Sekolah dilaksanakan berpandukan kepada beberapa
dasar pendidikan seperti berikut:
1. Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) digubal untuk memastikan kecemerlangan
sistem pendidikan bagi melahirkan generasi berilmu yang berupaya menyumbang ke
arah pembangunan negara.
Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang terkandung dalam DPK
menyatakan bahawa ICT sebagai faktor penting untuk membantu pencapaian
pembangunan pendidikan dan seharusnya diintegrasikan dalam P&P serta
pengurusan pendidikan. Pernyataan dasar ini meliputi perkara berikut:
ICT untuk semua murid
ICT sebagai alat P&P, sebagai komponen mata pelajaran dan sebagai mata
pelajaran
ICT digunakan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
sistem pengurusan
2. Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pendidikan
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
18/24
18
Dasar ICT dalam Pendidikan yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri
Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada 12 Oktober 2010 menyarankan kerangka
untuk menyusun transformasi sistem pendidikan negara melalui penggunaan ICT di sekolah,
penglibatan dan kerjasama kelompok pakar, perkongsian dengan sektor awam dan swasta
serta penglibatan komuniti.
Matlamat Dasar ICT dalam Pendidikan adalah untuk melahirkan modal insan yang
berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru bagi menjana kekayaan
negara.
Asas-asas Dasar ICT dalam Pendidikan melibatlkan perkara berikut:
Pembangunan modal insan secara berterusan selaras dengan keperluan
kemahiran abad ke-21,
Penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk mengintegrasikan inisiatif ICT
sedia ada dalam pendidikan, dan
Transformasi proses P&P dan pengurusan pendidikan di sekolah melalui
penggunaan teknologi sebagai pengupaya.
3. Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011- 2020 digunapakaisementara menantikan blueprint Hala Tuju dan Transformasi Pendidikan Negara yang
sedang dibangunkan siap sepenuhnya. Pelan Strategik ini merangkumi 14 inisiatif
strategik atau teras strategik untuk mencapai visi dan misi KPM.
Bagi memastikan matlamat ini dicapai, dua (2) pendekatan utama dalam Pelan
Strategik telah dikenal pasti iaitu:
Pemantapan pengupaya inisiatif sedia ada untuk memacu perubahan dalam
sistem pendidikan
Pembaharuan dan lonjakan dimensi-dimensi baharu bagi mencapai
kecemerlangan
KPM berpandangan bahawa penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam bidang pentadbiran dan
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
19/24
19
pengurusan sekolah dan institusi pendidikan adalah prasyarat bagi Malaysia untuk
menjadi negara yang berpendapatan tinggi. Juteru, keperluan mewujudkan ruang
belajar baru, iaitu ruang belajar maya perlu ditekankan.
Pembelajaran Maya ialah pembelajaran secara online yang diperoleh pada bila-bilamasa di mana juga (ubiquitous learning). Pembelajaran bentuk ini menggalakkan
semua guru dan murid menggunakan teknologi berasaskan web untuk mengajar dan
belajar. Fokus utama e-pembelajaran ialah murid perlu berdikari dan
bertanggungjawab ke atas pembelajarannya. Suasana e-pembelajaran mendorong
murid memainkan peranan lebih aktif dalam pembelajarannya.
4. Pelan Strategik ICT KPM 2011-2015
KPM melihat ICT sebagai wadah yang menyumbang kepada pembangunan modalinsan supaya dapat merancakkan lagi kemajuan negara. Selain daripada
keperihatinan KPM berkaitan ekuiti dan akses, ICT merupakan wahana kepada
penyampaian dan penerimaan maklumat secara pantas dan penyediaan kaedah yang
lebih cekap dan berkesan dalam pelaksanaan tugas. ICT juga dapat menyediakan
persekitaran P&P yang dinamik, mengurangkan jurang digital dan menyediakan
peluang pendidikan untuk semua.
ICT Dalam pendidikan akan mengukuhkan lagi kapasiti sumber manusia,
menggalakkan kreativiti dan inovasi, pemikiran kritis san pembuatan keputusan yang
secara langsung akan membina keupayaan individu untuk mengenal pasti
kemampuan dirinya dalam ekonomi berasaskan teknologi. Penggunaan meluas ICT
dalam pendidikan juga akan mengoptimumkan pengurusan dan pengoperasian KPM
dalam usaha menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat Malaysia.
Pelan Strategik ICT KPM dirangka untuk tempoh lima tahun (2011-2015) berteraskan
kepada lima inisiatif yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-
10) dan ke arah melaksanakan perancangan pendidikan yang telah digariskan dalamBidang Keberhasilan Utama (National Key Result Area NKRA). Program dan aktiviti
ICT akan berdasarkan skop Projek Perkhidmatan 1BestariNet.
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
20/24
20
Lima Inisiat i f Utama Pelan Strategik KPM 2011-2015
5. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025)
Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem
pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan
Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kementerian telah mengenal pasti 11
anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh
semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberikan impak kepada sekurang-
kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, seperti akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan, dan kecekapan.
Anjakan khusus untuk ICT dalam Pendidikan termaktub dalam Anjakan ke-7 iaituMemanfaatkan ICt Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia. Fokus
anjakan ini mencakupi perkara berikut:
Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
21/24
21
1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013
Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula
dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata
pelajaran kritikal pada 2013
Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan
kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus
Status Semasa Pelaksanaan Pembestarian Sekolah
Beberapa inisiatif ICT baharu KPM sedang rancak dilaksanakan di seluruh negara.
Kesemua inisiatif ini merupakan lonjakan perdana Pembestarian Sekolah dalam Fasa
Kestabilan dan Kelestarian menjelang 2020.
1. Perkhidmatan 1BestariNet
1BestariNet merupakan perkhidmatan rangkaian End To End(E2E) bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran bagi 10,000
sekolah di Malaysia.
Perkhidmatan yang dilaksanakan di bawah projek 1BestariNet KPM adalah seperti
berikut:
Capaian Lebar Jalur 2 sehingga 4 Mbps setahun
Capaian Lebar Jalur 4 sehingga 10 Mbps setahun
Capaian Labar Jalur sehingga 50 Mbps setahun (hanya di BTP sahaja 1
lokasi)
Persekitaran Pembelajaran Maya (PPM)
Penyenggaraan Aplikasi PPM
Perkhidmatan Keselamatan Terurus Perkhidmatan Hosting Terurus
Project Management Office
2. Persekitaran Pembelajaran Maya (PPM)
Persekitaran Pembelajaran Maya (PPM) atau Virtual Learning Environment (VLE)
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
22/24
22
mengupayakan PdP di mana-mana dan pada bila-bila masa. Pelantar
pembelajaran yang mantap ini:
Berupaya membantu KPM melaksanakan student prof i l ingbagi tujuan
psikometrik
Berupaya menjadi pelantarperkongsian dan kolaborasi PdP
Mengupayakan guru untuk membangunkan objek pembelajaran yang
interaktif
Mempunyai keupayaan antaramuka perisian aplikasi atau application
programming interface (API) bagi pengintegrasian dengan aplikasi KPM
sedia ada
Keserasian dengan piawaian teknologi e-pembelajaran
3. Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan satu komponen dalam
Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah
mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan
pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil
kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM),
Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan
Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS).
Penyeragaman sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang
terkandung dalam Data DictionarySektor Awam (DDSA).
4. Makmal Bahasa
Dasar MBMMBI ialah satu dasar yang penting dan berhasrat untuk melahirkan warga
Malaysia yang petah berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Oleh
itu, pelaksanaan dasar dasar ini bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang fasih
dan yakin untuk menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris standard dalam
komunikasi, urusan rasmi, penerokaan ilmu, dan alam kerjaya.
Tumpuan juga diberi dalam pembinaan modal insan yang berminda kritis, kreatif dan
inovatif serta mampu mengakses pelbagai media seperti teknologi maklumat dan
komunikasi. Individu ini akan mempunyai jati diri yang kuat, progresif, dinamik dan
mampu bersaing pada peringkat antarabangsa ke arah mencapai negara maju.
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
23/24
23
5. Penggunaan MBMMBI
Bahan CD digital MBMMBI dibekalkan di sekolah rendah dan juga sekolah menengah
bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digunakan semasa PDPdi dalam bilik darjah. Sementara Perisian Makmal Bahasa MBMMBI dibekalkan di
sekolah yang mempunyai makmal bahasa yang lebih menekankan kemahiran mendengar
dan kemahiran bertutur.
6. Hala Tuju Pembestarian Sekolah
Bagi menghadapi pembelajaran abad ke-21, kemahiran spesifik perlu dikuasai melaui
PDP berteraskan pengetahuan kandungan, kepakaran dan literasi ICT dengan sokongan
sistem inovatif. Justeru Pembestarian Sekolah ialah satu usaha berterusan KPM untuk
melengkapkan generasi muda dengan kemahiran abad ke-21 supaya mereka dapat
bersaing dalam dunia tanpa sempadan, dan berfungsi sebagai k-workers bagi menjana
ekonomi berasaskan pengetahuan. Dengan itu, kelestarian Pembestarian Sekolah amat
bergantung kepada usaha-usaha berikut:
Menyediakan infrastruktur ICT yang terkini dan sesuai dengan tujuan
PDP
Memastikan capaian internet tersedia untuk semua sekolah
Bahan sumber pembelajaran tersedia untuk guru dan murid
Pembelajaran sepanjang hayat dan ubiquitous diutamakan dalam
sekolah dan luar sekolah
Membangun modal insan yang holistik, berpengetahuan serta berfikiran,
kreatif, kritis dan berinovatif
Menanda aras amalan terbaik peringkat antarabangsa untuk melonjak
kecemerlangan pembestarian
-
5/26/2018 Nota Modul Keusahawan Dan Ict
24/24
24
Penutup
KPM akan terus berusaha menjadikan ICT sebagai alat / sumber pendidikan untuk meningkatkan
keberkesanan pelaksanaan pengurusan sistem pendidikan negara. Perancangan rapi yang diikutidengan strategi pelaksanaan yang utuh dan bersepadu diharap dapat memastikan aspirasi ini
dapat dicapai bagi merealisasikan matlamat untuk melahirkan warganegara yang seimbang dari
segi rohani dan jasmani, berpengetahuan dan berkemahiran menggunakan ICT.
Pembestarian Sekolah ialah satu usaha berterusan KPM untuk menyediakan generasi muda
dengan kemahiran abad ke-21 supaya mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa sempadan dan
seterusnya menyediakan k-workers bagi menjana ekonomi berasaskan pengetahuan. Kelestarian
(sustainability) Pembestarian Sekolah amat bergantung kepada sokongan, sumbangan sertakomitmen semua pihak.
Disusun oleh:
Fadzliaton binti Zainudin
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jun 2013