Download - Modul Ppg Psv3102
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
1/44
UNIT 1
PENGENALAN BAHASA VISUAL - FALSAFAH,
PENGARUH DAN LATAR BELAKANG DALAM
PELBAGAI BUDAYA.
PENGENALAN BAHASA SENI VISUAL
1.1 Penghayatan Seni Dan Pengalaman Estetik
Seni tampak telah wujud sejak dahulu lagi iaitu bermula dari dinding-dinding
gua hingga kini yang berkembang dan merangsang terhadap penciptaan imej
berbeza dari zaman ke zaman. Ia merupakan satu pengalaman hidup sebagai
lambang kesenian (Cermin Hidup, kepuasan perasaan dan intelek - Seni
Mesir Purba).
Seni mempunyai aneka pengertian antaranya sebagai latihan psikomotor,
satira, mesej, ikon, lambang mistik, bercerita, dokumen. Hasrat artis tercapai
bila karya siap dan diterima adalah kepuasan kedua. Pemerhati bermula di
tempat seniman berhenti, intelek dan emosi pemerhati dan kebolehan untuk
mengamati karya. Seniman menghasilkan seni yang berikutnya menjadi
bahan subjek bagi tindakbalas pemerhati aspek ini boleh dianggap sebagai
sejenis Bahasa.
Bahasa ini juga mempunyai hubungan dengan seniman. Mempunyai
perantaraan yang membawa maklumat yang berasal dari punca karya seni
dan bahasa ini ada penerima dan pemerhati. Sebagai pembaca pemerhati
perlu mengenali dan dapat menghuraikan lambang dan corak bagi
memahami maksud. Seumpama seperti buku bukan semua dapat fahami isi
kandungan bahan.
Pengalaman Estetik merupakan penyatuan daripada sikap subjektif dan
kebolehan pengamatan yang bersifat kompleks. Albert R. Chandler
Apakah yang anda fahami mengenaiseni visual?
Seni Visualadalah merupakan seni tampak yang tidak merujuk kepada kesenianyang lain seperti seni muzik, seni tari, seni teater, seni sastera dan senimempertahankan diri
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
2/44
kepuasan yang didapati dalam seni sebagai pengalaman estetik yang beliau
takrifkan sebagai kepuasan renungan dan sebagai gerak hati yang
memuaskan perasaan.
Kepuasan pula suatu keadaan akal fikiran yg diperlihatkan untuk memanjang
dan mengulangi pengalaman tertentu.
Pengalaman estetik juga berupa interaksi di antara objek seni dan pemerhati.
Kebolehan pemerhati untuk mengamati dan memahami beberapa aspek
atau pengalaman yang turut memberikan sumbangan kpd kepuasan estetik
dan sikap menerima pemerhati.Penghayatan seni melibatkan gerak balas
estetik manakala Pengalaman estetik boleh dicapai melalui pengamatan atau
fokus
Dengan demikian ia akan mewujudkan suasana yang kondusif dankeseragaman yang harmoni-agar pemerhati dapat berinteraksi dengan baik.
Estetik dari bahasa Yunani aisthesis-kepekaan, tumpuan kepada hal-hal
yang
bersangkutan dengan indah dan keindahan (Alexander Gottlieb Baumgarten
1714-1762 & Georg Wilhelm Friedrich Hegel 1770-1831)
Georg Wilhelm Friedrich Hegel Alexander Gottlieb Baumgarten(1770-1831) (1714-1762)
1.2 Pengalaman Pemerhati
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
3/44
Pengamatan tidak berlaku secara otomatik. Dalam sesetengah karya, ia
memerlukan usaha dan latihan seperti seniman perlu bergerak balas dengan
karya tersebut. Seniman yang kreatif akan memulakan rangkaian yang dapat
mencetuskan pengalaman estetik kepada pemerhati. Tanggungjawab
seniman berakhir di studio, di luar studio dipikul oleh pemerhati. Jika
pemerhati tidak bersedia maka sesebuah karya tidak bermakna dan tidak
dapat dirungkai dan difahami.
1.3 Penghayatan Dan Nilai
Penilaian bergantung kepada kebolehan penilai dari segi pengalaman dan
pengetahuan. Penilaian yang baik dapat membantu pemahaman sesebuah
karya dengan lebih jelas. Sebaliknya ini bukan merupakan matlamat kepada
individu tersebut untuk mencari makna dalam seni.
1.4 Objek Seni
Karya seni membawa makna yang luas. Takrif seni Tolstoi pengarang Rusia
abad ke-19 pernyataan atau perhubungan (subjek penggambaran). Clive Bell
ahli estetik- sifat bentuk dan sifat formal (Bentuk bererti). Karya seni sebagai
alat perhubungan. Seniman adalah tukang yang bukan sahaja memanipulasi
bahan seperti seorang tukang yang mahir menggunakan alat dan bahan
untuk mencapai matlamat karyanya atau sebagai alat perhubungan dan alat
peraturan estetik.
Karya seni - satu hasil hasil buatan manusia yang mempunyai bentuk dan
peraturan tertentu yang menyuarakan pengalaman manusia.
Keindahan- tindak balas estetik sama dengan tindak balas emosi yang lain
dan ia berbeza bagi setiap individu. Seni ialah hasil buatan manusia yang
menggunakan bahan yg diatur dengan mahir untuk menyuarakan
pengalaman. Dalam lingkungan takrif ini ada yang dapat mencari keindahan,
kepuasan intelek dan emosi.
1.5 Seni Sebagai Alat Perhubungan
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
4/44
Perhubungan ialah pemindahan maklumat atau buah fikiran dari sumber
kepada penerima. Dalam hal ini bahasa menjadi perantaraan dan alat yang
diperlukan.
Seniman menggunakan lambang bergambar sebagai lambang kepada
perkataan untuk mencipta makna dengan menggunakan unsur-unsur seni.
Setiap karya seni samada rumit atau mudah apabila digunakan garis sbg
unsur tunggal atau unsur asas akan memperolehi makna daripada cara garis
itu disusun. Seniman menghasilkan karya dengan unsur bahantaranya
dengan bergantung kepada sifat-sifat unsur tersebut.
-Unsur Seni Arca: bentuk, ruang, jalinan, bahan,warna dan garis
-Catan: warna, bentuk, ruang,jalinan (impasto) ,garis (lakaran)
PENGENALAN FALSAFAH SENI
2.1 Pengertian
Perkataan falsafah dikatakan berasal daripada bahasa Yunani atau Greek
Purba yang bermaksud philosophia iaitu cinta akan hikmah atau cinta akan
kebijaksanaan. Istilah philosophia mula digunakan dalam abad ke-7 sebelum
masihi (S.M.) oleh ahli falsafah Yunani yang bernama Pythagoras. Plato juga
merupakan orang yang terawal memberikan takrif dengan lebih khusus. Plato
menegaskan falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atauperkara disebalik sifat luarannya iaitu perkara sebenar yang menjadi asas dan
inti pati pembentukan sesuatu benda atau perkara. Kini terdapat pelbagai
takrif falsafah bergantung kepada sudut pandangan dan pegangan hidup
pentakrifnya.
Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan ilmu yang berasaskan
renungan dan pentaakulan untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan
alam yang dilihat secara keseluruhan. Terdapat pelbagai jenis falsafah
antaranya ialah falsafah nazari atau theoria iaitu pengunaan akal atau fikiran.
Selain itu terdapat juga falsafah amali iaitu praktis atau teknik yang dikatakan
membentuk adab masyarakat. Dalam dunia falsafah terdapat ramai tokoh
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
5/44
terkemuka antaranya adalah Plato yang cukup dikenali oleh pencinta dunia
falsafah yang telah dianggap sebagai pencetus idea falsafah Barat.
Plato: copy of portrait bust by Silanion
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1996) falsafah bermakna:
Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tinggi
yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.
Falsafah Seni pula adalah proses kepada keindahan iaitu memberi gambaran
gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh
pengkarya seni. Menurut Mohd Taib Osman (1988):
Hasil-hasil kesenian menjadi barang dagangan, lambang status sosial,
memenuhi selera mereka yang berkemampuan ataupun santapan rohaniah
bagi golongan intelektual.
2.2 Seni Islam
Khat menekankan tentang perlunya keseimbangan pola(-) dan pola(+)
Arabesque Penekanan terhadap pergerakan & pengulangan serta
keseimbangan objek
Menolak objek yang melambangkan ketuhanan, figura
Insan kamil tidak digambarkan secara tampak
Berikan pendapat anda tentang kepentingan falsafah seni dalam penghasilan
karya-karya seni
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
6/44
2.3 Seni Cina
Ditemui akhir zaman Batu tembikar(logam), tenunan, kaligrafi dan
sebagainya
Tembikar neolitik terbaik dari China
Seni tembikar mengikut zaman Maharaja Cina : Yso & Shun
kemerahan dengan perhiasan hitam
Tembikar ini bermulut tebal & berbadan kecil
Akhir Neolitik: hitam berkilat
Dinasti Chou : lapisan glaze yang terang pada permukaan tembikar
Zaman Wangsa Han : glaze kelabu kekuningan diperbuat dari tanah
hitam dan copper oksid
Zaman Wangsa Shang Seni Tembikar dijadikan peralatan
sembahyang & peralatan rumah yang ditiru
Akhir Zaman Wangsa Chou teknik tuang ditemui dalam 2 bentuk
iaitu bentuk haiwan untuk kegunaan harian dan upacara sembahyang
2.3.1 Catan Cina
Mula dengan gambar binatang
Guna kain sutera/ kertas telap dakwat
Perkembangan seni catan terkenal pada Zaman Wangsa Tang yang
berunsur agama, Taoism dan Confucianisme
Zaman Sung pelukis guna ciri-ciri pemandangan dan kemanusian
Ciri-cirinya:
-Motif terbatas berbanding seni barat
-Panorama alam
-Catan punyai falsafah hubungan manusia dan alam.
2.3.2 Kaligrafi Cina
Ditemui seawal 2000sm pada Zaman Wangsa Shang
Ditulis atas buluh, tulang dan kulit kura-kura.
Zaman Conficius & Lao Zhu (Zaman Wangsa Chou) menggalakkan
pertumbuhan ilmu & penulisan kaligrafi
928 221sm banyak terdapat batu dan tembaga berukuran sama
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
7/44
3 jenis tulisan zaman Wangsa Han : Tulisan biasa, Tulisan kasar &
Tulisan sambung
2.3.3 Catan Landskap Cina
Catan palaing istimewa Shan Shui iaitu catan landskap cina gunung
& air (Dinasti Sung)
Ciri-cirinya:
-Tidak tertumpu pada realistik lebih kepada ekspresi yang
membawa pengertian pada keseluruhan catan
-Artis dapat berinteraksi dengan catan secara harmoni dan
dapat terjemah falsafah melalui catan
Konsep Yin dan Yang teras kepada catan cina iaitu antara Kelemahan
& Kekuatan
Yin dilambangkan sebagai gunung, kuda hitam & ayam jantan perlu
diseimbangkan dengan Yang melalui perlambangan kabus, air, awan,
bunga dan lembah
2.3.4 Hukum Catan Cina (Prinsip Shi-Vitalize Spirit)
Monokrom penggunaan cat air dengan ton warna terhad untuk dapat
impak dalam
Komposisi mementingkan rangkaian ruang berdasarkan garisan
tegak dan mendatar
Ton & suasana Chi Yun Sheng: ton yang memberi warna ghairah
dan dinamik
Struktur & sapuan berus : sapuan awal berus memberi pengertian
dibuat secara spontan & simbol kepada alam semulajadi
Lakaran: penting sebagai pembentukan awal sesuatu gambaran
Kesesuaian objek dengan lukisan: walaupun catan tidak sama dengan
objek sebenar tetapi perlu ada persamaan dalaman.
2.4 Seni India
Lukisan: bermula dari Dinasti Maurya pada 132sm yang berasaskan
keagamaan
Dijumpai di gua-gua dan kuil: Gua Ajanta, Kuil Kailasantha di Ellora
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
8/44
Motif utama: penggambaran tentang pemburuan percintaan, kombinasi
imej manusia dan tumbuhan
Lukisan pada daun dan kertas pada abad ke 12 16
Pesat dengan tertubuhnya sekolah seni lukis Gujarat & sekolah Budha
di Timur India
Ciri-ciri Byzantine dan seni Islam dalam seni lukis India pada abad ke
16 apabila kedatangan Islam & pengaruh Barat
Persamaan dengan seni Persia(Parsi) yang menggabungkan manusia
dan corak
2.4.1 Arca India
Seni tertua India pada abad ke 16 patung-patung keagamaan.
Diperbuat dari batu marmar.
Gemilang pada Zaman Guptas
Patung Lord Siva telah mendorong penghasilan arca dalam pelbagai
bentuk dan bahan ketika pemerintahan maharaja Mahendra Varman
dari Dinasti Pallavas
2.5 Seni Malaysia
Dari abad ke 10 17 seni di Malaysia terputus-putus
Pengaruh agama Hindu-Buddhisme-Islam
Objek seni menjadi saksi kepada rangkaian agama dan budaya
Daripada objek sejarah menjadi objek seni kepada nilai bentuk dan
fungsi ikonografi : arca gangsa abad ke 9 , Batu Bersurat Trengganu &
istana Mansyur Shah
Motif Tumbuhan dalam rekabentuk seni Melayu berbentuk arabesque
(keunggulan seni Melayu)
Seramik Zaman Neolitik : tembikar & pinggan mangkuk dari tanah liat
(bentuk sederhana). Pembuat miliki pengetahuan asas (Gua Cha,
Kelantan)
Ukiran Kayu batu megalith pedang, bahagian tangga, pintu, dinding,
tiang, batu nisan, daun pintu, tingkat kukur abad ke 19
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
9/44
Genderang Dongsong arca asas ada tekstur yang timbul tenggelam
Patung agama Hindu dan Buddha
Batu Bersurat Khat
Ukiran Jah Hut 1978, (pengubat sakit disebabkan oleh hantu)
sebagai karya seni
Keris estetika Melayu
Motif alam daun, ranting, bunga
2.5.1 Catan Malaysia
Niah Sarawak, Tambun Ipoh
Abad ke 20, catan air teknik barat pemandangan kampung.
Teknik catan Cina dan Barat banyak pengaruhi catan tempatan Sekolah Inggeris & Cina
Prinsip estetika Melayu:
-Halus - kesempurnaan
-Berguna alat kegunaan
-Bersatu ada mula dan ada akhir daun, ranting, buah
(integrasi alam dalaman & luaran)
-Berlawan pertentangan yang terkawal. Licin, kasar, timbul,
lekuk (untuk wujud suasana tegang)-Berlambang keris bawa segala unsur perlambangan
maruah (indah tapi bahaya)
-Bermakna intrinsik (ukiran berbunga) & ekstrinsik (makna
ukiran)
Hasilkan satu esei mengenai falsafah Melayu tradisi berdasarkan seni ukiran kayuMelayu Tradisi. Bincangkan mengenai pendapat mana-mana tokoh ukiran kayuserta pilih 2 jenis ukiran tersebut untuk dianalisa.
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
10/44
Prinsip-prinsip Menganalisa Catan
Bentuk cara seniman mempernyatakan dirinya abstrak/ non
abstrak. Ada berbentuk representasi, realistik
Struktur rangka yang menyatukan bahagian dalam catan. Terbagi
kepada 2
-Super garisan yang menonjol
-Sub garis kecil yang bersatu
Ditonjolkan melalui warna
Imbangan imbangan secara visual menstabilkan kedudukan catan
Komposisi daerah sasaran statik/ non statik yang menangkap mata.
Untuk memastikan ada pusat utk dihayati Warna 2 jenis warna panas & dingin
3 hal tentang warna Hue warna itu sendiri, kroma kebernasan-
merah yang cerah atau malap, value jarak dengan pemerhati,
suasana & udara, keadaan cahaya
Tema hal benda yang dinyatakan seniman
Anda perlu mencari 1 karya seni Barat dan 1 karya seni Jepun. Senaraikan tujuanfalsafah seni tersebut dalam penghasilan karya mengikut kefahaman anda.
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
11/44
UNIT 2 ASAS SENI REKA SECARA PERBANDINGAN 1
1. UNSUR SENI
Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam
penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu:
Garisan
Rupa
Bentuk
Jalinan
Ruang
Warna
1.1 Garisan
Garisan adalah salah satu elemen seni reka. Ia adalah kesan titik-titik yang
berlanjutan dan bertindak sebagai titik yang bergerak, dihasilkan
menggunakan alat atau media seni lukis. Garisan terdapat dimana-mana
sahaja samada yang terhasil secara semulajadi atau dihasilkan oleh manusia.
Garisan mempunyai pelbagai jenis sifat dan identiti yang tersendiri serta
memberi pengertian yang berbeza-beza. Jenis-jenis garisan ini juga merujuk
kepada sifat-sifat fizikal sesuatu garisan itu seperti kasar, halus, panjang,
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
12/44
pendek, lurus, bengkok, terang, gelap, tebal, putus dan sebagainya. Garisan
juga mampu menyatakan sesuatu idea atau perasaan. Ia boleh bersifat statik
atau aktif. Garisan menjelaskan secara visual sesuatu objek.Aplikasi pelbagai
jenis garisan yang bersesuaian dapat mencipta rupa, jalinan, ton dan corak
serta menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan.
1.2 Rupa
Rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.Aplikasi
melalui rupa garisan, warna dan jalinan. Mesti mempunyai garisan luar
(outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan
kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang
mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa
bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu
kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim.
Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.
1.3 Bentuk
Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai
keluasan, ketinggian, jisim dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada
satu permukaan. Bentuk mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada
rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada bentuk dua
dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi.
1.4 Jalinan
Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek dan boleh
dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan pada permukaan
objek alam sekeliling dan objek buatan manusia mempunyai kesan tampak
yang berbeza. Tuhan menjadikan setiap objek alam dengan jalinan tertentu
untuk manusia memikirkannya. Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya
tersendiri. Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
13/44
sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek
kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan
tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan,
contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam
buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat
tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan.
1.5 Ruang
Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga
dalam karya seni visual. Objek yang berada di hadapan lebih jelas dan lebih
besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang.
Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan
kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. Manakala dalam
karya seni visual, ruang diwujudkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan,
rupa dan bentuk.
1.6 Warna
Warna pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan.
warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna
sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah
dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.
Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat
dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier
terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.
Aktiviti 1: PERBANDINGAN KARYA
Anda telah didedahkan dengan imej-imej pelbagai budaya dan disusuli
dengan kajian terhadap subjek, tema, teknik dan bahan serta unsur-unsur
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
14/44
seni pada hasil-hasil karya. Aspek-aspek yang disentuh adalah berkaitan
dengan falsafah dan latar belakang masyarakat dalam pelbagai budaya . Ini
termasuklah karya-karya dalam bentuk 2-Dimensi dan juga 3-Dimensi.
Sekarang cuba anda bandingkan kedua-dua karya A dan B dibawah ini.
Karya A Karya B
Setelah anda perhatikan kedua-dua imej karya A dan B di atas, sila baca dua
petikan berikut:-
Petikan 1:
Khen Karan, Prince Riding anElephant, Mughal(Sumber: Art Fundamentals-
10th
.Edition)
Tamadun Islam bertunjang dan berpaksikan kepada konsep tauhid yangmerupakan intipati dalam kehidupan bertamadun masyarakat Islam.
Tamadun Islam adalah akidah, syariah dan akhlak dan merupakan
komponen dalam agama Islam. Sumber dalam tamadun Islam adalah sumber naqli iaitu sumber wahyu.
Sumber aqli iaitu yang berdasarkan akal merupakan sumber sekunderketetapannya mestilah tidak bercanggah dengan sumber naqli.
Aspek kerohanian dalam Tamadun Islam amat dipentingkan.
Kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material) mestilah seimbang danbersepadu.
Kesepaduan ini akan membentuk matlamat Tamadun Islam yang palingutama iaitu mencapai keredaan Allah, manakala material berfungsisebagai wasilah atau alat penghubung dalam mencapai matlamat utamatersebut.
Bamboo in the wind(Sumber: Art Fundamentals-Tenth Edition)
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
15/44
Petikan 2:
Hasil daripada pemerhatian serta penelitian anda terhadap kedua-dua karya
dan petikan di atas, anda akan mendapat satu gambaran tentang pegangan
dan nilai yang ada pada kedua-dua karya tersebut.
Aktiviti 2: ASAS SENI REKA
Cuba perhati dan kaji gambar rajah berikut. Ini akan dapat memberi satu
gambaran tentang bagaimana komposisi sesebuah hasil karya seni visual
dimanipulasikan.
Lao Tze mengemukakan falsafah Tao sebagai suatu kekuatan di manamanusia cuba menjalin dirinya dengan alam.
Konsep ini menyamai konsep Wu-Wei dalam aliran Konfusius yangmendorong manusia mengambil jalan pertengahan antara dua aktivititertinggi dan istirehat tertinggi.
Mereka menafsir bahawa kehidupan yang berlaku di alam ini adalah hasildari pergerakan alam yang berterusan. Seseorang dianggap dapatberhubung dengan alam apabila dia berjaya menghubungkan dirinyadengan Tao melalui pembersihan jiwa atau mengosongkan diri dari duaperkara yang keterlaluan.
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
16/44
(Sumber: Orvirk, O.G., et. al.(2006) ms : 29/30)
Dengan merujuk kepada kedua-dua karya yang dinyatakan di atas serta
kefahaman tentang komposisi karya seni visual, cuba anda buat satu
evolusi
Bentuk
Peralatan Seni Media
Elemen-elemen SeniGarisan
RupaTon
Jalinan
Warna
dihasilkan mengikut
Prinsip-prinsipSeni Reka
Harmoni Kepelbagaian
melibatkanFaktor kesamaan-pautan visual
Perulangan-Ritma
melibatkanFaktor ketidaksamaan
Kontra-dikembangkanImbanganKadarbanding
PenegasanPergerakan
Ekonomi
mencipta
Ruang
untuk mengujudkanKesatuan
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
17/44
perbandingan berdasarkan unsur-unsur seni dengan mengisi ruang yang
disediakan dalam jadual berikut:-
Bil. Unsur SeniReka
Subjek/IsiKandungan Karya A Karya B
KaitanFalsafah/Budaya/
LatarBelakang
Masyarakat
1. Garisan
2. Rupa
3. Ton
4. Jalinan
5. Warna
Buat ulasan bagi setiap dapatan anda di atas. Berdasarkan dapatan anda
tersebut, bincang bersama rakan kumpulan anda. Buatlah analisis terhadap
karya-karya 2-Dimensi dan 3-Dimensi yang lain.
Bagi pengkarya seni visual seperti pelukis, arcawan, pereka bentuk dan
pandai
tukang, unsur garisan merupakan unsur yang sangat penting. Ini adalah
kerana Garisan menentukan idea awal bagi penjelmaan karya-karya mereka.
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
18/44
Ternyata garisan adalah kajian visual bagi menterjemahkan karya. Terdapat
pelukis yang menggunakan unsur ini sebagai manifestasi karya, misalnya
Jackson Pollock dengan karya renjisan spontan dangan gaya penampilan
Abstrak Expresionis telah menonjolan rentak-rentak garisan. J.Seeley dengan
karya cetakan bertajuk Stripe Song berjaya menonjolkan garisan Op yang
dikenali sebagai aliran Op Art. Pelukis-pelukis di Malaysia juga ada yang
menggunakan garisan sebagai penonjolan imej sepertii Ibrahim Hussein dan
Ismail Latif. Maknanya garisan merupakan unsur sangat signifikan dengan
pengkaryaan pelukis dan pereka.
Stripe Song by J. Seeley, 1981, Jackson Pollock 1
Photo Silkscreen print, 22x30
Antara Sifat Fizikal Garisan ialah:
1. Ukuran Garisan- merujukan kepada panjang dan pendik garisan
2. Jenis Garisan - jenis garisan bergantung kepada luris, bengkok, zigzag,
bengkang bengkong dsb
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
19/44
3. Arah Garisan - dari mana arah garisan itu bermula, mungkin arah dari
pelbagai, arah yang sehala atau bertentangan.
4. Lokasi Garisan- Ukuran, jenis dan Arah garisan tentunya mempunyai
lokasi tertentu bagi menempatkan peranan subjek dalam karya..
5. Karektor garisan - Karetor garisan dapat disempurnakan melalui media.
Ramai pelukis menggunakan media bagi memperlihatkan karektor garisan
sebagai presentasi mesej karyanya.
Karya oleh Pablo Picasso yang bertajuk Mother, Child and Four
Studies of Her Right Hand (1904) dalam Duane & Preble, S (1994),
merupakan kajian kepada figura di dalam catan. Lukisan ini memberikan
penekanan kepada bahagian tangan dan kepala figura dan pemberatan
diberikan kepada perincian jari tangan kanan. Garisan kontur digunakan
untuk menjelaskan rupa asas dan struktur tangan. Kepelbagaian jenis
garisan digunakan untuk membentuk perincian sifat dan ciri figura tersebut,
jalinan pada kulit, keadaan rambut dan kesan cahaya pada kepala dan bahu.
Penggunaan garisan secara bersilang (cross- hatching) digunakan untuk
menghasilkan kesan terang gelap cahaya.
Aktiviti 3 : Kajian Unsur Garisan
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
20/44
Anda dikehendaki mencari satu karya seni tempatan. Cuba anda analisa
karya itu berdasarkan sifat-sifat fizikal garisan dalam karya tersebut.
Aktiviti 4 : Kajian Rupa
Merujuk kepada mana-mana satu karya seni China, India atau tempatan.
Cuba anda analisa karya di bawah berdasarkan sifat-sifat fizikal rupa dalam
karya tersebut.
Rupa
Garisan luar imej dua dimensi atau lingkungan sempadan bahagian dalam
objek tiga dimensi. Terdapat dua kategori rupa iaitu organik dan geometrik
sama ada ianya dirujuk pada alam semulajadi atau objek buatan manusia. Di
dalam sesuatu ruang permukaan. Rupa adalah subjek dan dianggap ruang
positif dan latar belakangnya pula adalah ruang negatif. Perkaitan antara
subjek dan latar merupakan aspek asas dalam persepsi yang membolehkan
berlakunya interpretasi terhadap apa yang dilihat. Pelukis menggunakan rupa
bukan hanya untuk menghasilkan imej-imej tertentu tetapi digunakan sebagai
mewakili sesuatu simbol yang membawa sesuatu makna kepada karya yang
dihasilkan.
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
21/44
Di dalam karya Marc Chagall yang bertajuk, I and The Village (1911)
dalam Duane & Preble, S. (1994), menggunakan struktur bulatan dan segi
tiga untuk menyusun rupa geometrik manusia, binatang dan tumbuhan.
Beliau menggunakan ciri kelembutan pada rupa geometrik untuk
mendapatkan kesan pergerakan di antara setiap bahagian ruang catan.
Subjek semulajadi dipersembahkan dalam bentuk abstrak melalui rupa
geometrik yang dipermudahkan untuk meluahkan kesan visual dan
memberikan makna simbolik.
Bentuk
Merupakan sesuatu yang menarik kepada objek 3 dimensi. Pelukis mungkin
melahirkan bentuk-bentuk tertentu secara ilusi melalui gabungan nilai, warna,
cahaya dabn bayang atau mungkin penggunaan objek sedia ada bagi
menghasilkan sesuatu kesan. Bagi menghasilkan bentuk yang bermakna
pelukis perlu membuat ketepatan pilihan kepada kesan cahaya, susunan,
aras pandangan dan perspektif. Selain itu kesesuaian pemilihan bentuk juga
memainkan peranan dalam memberikan makna-makna tertentu kepada karya.
Saint Serapion (1628) oleh Fancisco de Zurbaran dalam Duane
&Preble, S. (1994), dihasilkan melalui kesan tona yang minima bagi
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
22/44
menguatkan penampilan bentuk imej figura. Tanpa penggunaan tona
pertengahan yang jelas, bahagian terang dan gelap terpisah secara langsung.
Ianya menghasilkan kesan kontras yang kuat di antara terang dan gelap
dalam mengujudkan kesan dramatik untuk menyokong kekuatan makna.
The Great Wave at Kanagawa (from a Series of Thirty-Six Views of Mount Fuji) ,
Edo period (16151868), ca. 183133Katsushika Hokusai (Japanese, 17601849); Published by Eijudo
Polychrome ink and color on paper
Source: Katsushika Hokusai: The Great Wave at Kanagawa (from a Series of Thirty-
Six Views of Mount Fuji) (JP1847) | Heilbrunn Timeline of Art History | The
Metropolitan Museum of Art
Aktiviti 5 : Kajian Bentuk
Merujuk kepada karya seni Jepun di atas. Cuba anda analisa karya itu
berdasarkan sifat-sifat fizikal bentuk dalam karya tersebut.
Aktiviti 6 : KAJIAN HASIL SENI
Berdasarkan situasi persekitaran di sekolah anda, cuba anda perhatikan
hasil-hasil Seni Visual (2-Dimensi atau 3-Dimensi) yang terdapat di
persekitaran tersebut. Contohnya, lukisan mural, papan tanda, lampu hiasan
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
23/44
di pejabat, reka bentuk tiang pagar sekolah, kolam air pancut, motto sekolah,
reka bentuk kerusi di pejabat pentadbir, pasu bunga, poster di papan
kenyataan sekolah, seni arca di taman sekolah dan pelbagai hasil-hasil Seni
Visual yang lain.
Cuba anda pilih salah satu daripada hasil seni tersebut dan rakamkan imej
hasil Seni Visual tersebut. Kemudian buat kajian terhadapnya berdasarkan
perkara-perkara berikut:-
i. Kaitan dengan unsur-unsur seni yang anda tahu.
ii. Pada pandangan anda adakah hasil ciptaan itu di pengaruhi oleh
sesuatu budaya atau kepercayaan sesuatu bangsa ?
Beri ulasan anda.
iii. Adakah hasil ciptaan itu direka berasaskan falsafah tertentu ?
Beri justifikasi kepada jawapan anda itu.
( Tuliskan ulasan anda tidak lebih daripada 150 patah perkataan ).
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
UNIT 3 ASAS SENI REKA SECARA PERBANDINGAN 2
1. PRINSIP REKAAN
gambarfoto
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
24/44
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk
menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.
1.1 Harmoni
Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur
seni yang sesuai dan seimbang
Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau
ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu.
Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian
serta mengurangkan kejanggalan pada sesuatu gubahan, objek atau
imej. Harmoni tidak akan wujud sekiranya terdapat ciri- ciri yang
bercanggah.
Harmoni Dalam Catan
Harmoni Dalam Corak
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
25/44
Harmoni Dalam Pemandangan
Harmoni Dalam Animasi
Harmoni dari segi bentuk Harmoni dari segi rupa
1.2 Kontra
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
26/44
Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau
bercanggah dalam sesuatu gubahan
Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian memberi fokus,
mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan
bahan yang berlainan
Kontra dari segi warna
Kontra dari segi warna
1.3 Penegasan
Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsure yang menonjol,
kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
27/44
Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, member focus dan
mengelakkan kebosanan
Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsure seni yang
kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan
penekanan pada cahaya dan bayang menimbulkan penegasan
penegasan pada objek yang berbeza warna
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
28/44
objek bangunan di tengah menimbulkan penegasan
1.4 Imbangan
Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat,
tarikan dan tumpuan
Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
-Imbangan simetri - unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau
atas dan bawah(garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian
tersebut)
-Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua
bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan
keseimbangan
Imbangan yang Simetri
Imbangan yang tidak simetri
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
29/44
1.5 Irama dan Pergerakan
Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang,
berayun,berpancar, bersinar-sinar dan sebagainya
Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup
dan realistik terhadap sesuatu gubahan
Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan
sebagainya
ulangan objek yang menimbulkan pergerakan
arca pergerakan/irama
1.6 Kepelbagaian
Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea
yang berbeza dalam sesuatu gubahan
Kepelbagaian dapat memberi gaya variasi, tenaga dan daya tarikan
dalam sesuatu gubahan
Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti
garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
30/44
Kepelbagaian warna
Kepelbagaian bentuk dan jenis objek
1.7 Kesatuan
Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur
dalam sesuatu gubahan
Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram teratur dan
selesa
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
31/44
Kesatuan tema kesatuan tema jenis objek dan
warna
Kesatuan warna, objek dan rupa
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
32/44
Aktiviti 1: KARYA SENI 3-DIMENSI
Anda telah didedahkan dengan bahasa visual perbandingan terhadap
pelbagai budaya dan disusuli dengan kajian terhadap Asas Seni Reka pada
hasil-hasil karya. Sekarang cuba anda teliti empat buah karya 3-Dimensi
dibawah ini. Empat buah karya berikut dikategorikan kepada Kategori 1
( Karya-karya Timur ) dan Kategori 2 ( Karya-karya Barat )
Karya 3-Dimensi - Kategori 1
Karya : Vaseapothicaire.(Sumber :http://commons.wikimedia.org)
Karya : Cobalt Blue Bowl(Sumber:
http://www.lacma.org/islamic_art/eip.htm)
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
33/44
Karya 3-Dimensi - Kategori 2
Setelah anda perhatikan kedua-dua imej di atas, cuba anda baca petikan di
bawah ini:
Petikan 1
Arca : Marchesa- Julie Warren
Martin(Sumber: Art Fundamentals
10th
. Edition,.ms: 233)
Arca : Giant Soft Fan- Claes Oldenburg(Sumber :
http//www.flickr.com/photos/elissacorsini)
Nilai-nilai universal dalam Tamadun Asia tertanam dalam ajaran-ajaran
keagamaan yang telah berkembang subur di seluruh Asia; sama ada Islam,agama dan kepercayaan dari Tanah Besar China mahupun dari benua India.Nilai-nilai universal dari tradisi keagamaan ini boleh diringkaskan berdasarkanprinsip-prinsip seperti berikut;
Berlandaskan idea keagamaan Menekankan aspek kemanusiaan dan institusi kekeluargaan Menekankan tatacara dan etika dalam kehidupan Mementingkan kebijaksanaan dalam kepemimpinan Menghargai alam sekitar Mementingkan ilmu dan orang berilmu
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
34/44
Petikan 2
Sumber :Dialog Seni Tampak (1985), ms: 24.
Setelah anda membaca petikan-petikan tersebut, anda dapat merumuskan
bahawa hasil karya seni merupakan manifestasi pemikiran dan budaya
sesuatu kaum. Ekspresi seni yang dijelmakan dalam pelbagai media dan
teknik memperlihatkan hubungan manusia dengan persekitaran serta
tamadun sesuatu bangsa.
Petikan di atas memberi satu gambaran tentang perbezaan pegangan dan
nilai terhadap kedua-dua kategori karya-karya tersebut.
Dalam sebuah karya seni memang boleh dimasukkan kedua-dua unsurbentuk dan unsur penyataan atau perhubungan, malahan kadang-kadangnya ia mungkin perlu dibuat demkian. Bukti-bukti yang kianbertambah menunjukkan bahwa tekanan terhadap sifat bentuk danpenyataan dalam seni adalah berdasarkan kepada sesuatu yang lebihdalam daripada hanya sekadar gerak hati peribadi para ahli falsafah.Kajian psikologi pada tahun-tahun kebelakangan ini telah memberikanbanyak gambaran baharu berhubungan dengan denyutan rasa hatimanusia terhadap estetik dan mengaitkannya dengan keperluan untukberhubung dan untuk mencorak pengalaman. Katalog kajian psikologi
tentang pernyataan kreatif manusia yang kian bertambah itumenunjukkan bahawa semua manusia mempunyai penuh kepayaanuntuk berhubung melalui penggunaan bentuk yang digelar seni ini.
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
35/44
Aktiviti 2: PERBANDINGAN KARYA 3-DIMENSI
Sekarang, cuba anda buat satu perbandingan bagi kedua-dua kategori karya
3-dimensi di atas dengan melengkapkan jadual di bawah :
Bil. Prinsip Karya 2-DimensiKategori 1
Karya 3-DimensiKategori 2
1. Harmoni
2.Perulangan /
Irama
3. Kepelbagaian
4.Kontra /
Penegasan
5. Pergerakan
6. Ekonomi
7. Imbangan
8. Dominan
9. Kadarbanding
Hasil daripada dapatan anda tersebut, bincang dan kongsi bersama rakan
dalam kumpulan anda. Buatlah analisis terhadap karya-karya bentuk 2-
Dimensi dan
3-Dimensi yang lain.
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
36/44
Pyxis of al-Mughira(Sumber:http://www.answers.com/topic/islamic-art-history)
UNIT 4 ANALISIS ASAS SENI REKA DALAM KARYA
Aktiviti 1: HUBUNGKAIT FALSAFAH, PENGARUH DAN LATARBELAKANG
PELBAGAI BUDAYA
Anda telah didedahkan dengan imej-imej pelbagai budaya dan disusuli
dengan pelbagai pandangan serta konsep tokoh-tokoh seni dalam kursus
yang lepas. Sekarang perhatikan pula subjek, tema, teknik dan bahan pada
hasil-hasil karya 2-Dimensi dan juga 3-Dimensi di bawah :
Berdasarkan pemerhatian anda:-
Egyption Glass(Sumber :http://www.lacma.org/i
slamic_art/eip.htm)
Mosaic faience(Sumber :http://www.lacma.org/isla
mic_art)
Lotus and Five Fish(Sumber :http://www.xabusiness.com/chine
se-fish-paintings.htm
Titleber :
//commons.wikimedia.iki/Image)
Nefertiti(Sumber :http://www.crystalinks.com/e
gyptart.html)
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
37/44
Cuba anda hubungkaitkan imej-imej tersebut dengan pegangan
falsafah seni tertentu.
Apakah ciri-ciri yang boleh anda kaitkan dengan falsafah-falsafah yang
dinyatakan tadi ?
Cuba anda banding beza antara satu dengan yang lain.
Adakah imej yang dihasilkan mempunyai sedikit persamaan atau
kaitan dengan kehidupan masyarakat sesuatu budaya itu?
Buatkan ulasan anda mengenai persoalan di atas.
( Tuliskan ulasan anda tidak lebih daripada 150 patah perkataan ).
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
Untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut , anda bolehlah melayari
internet serta membuat bacaan dengan berpandukan rujukan yang
disenaraikan
Aktiviti 2 : ANALISIS KOMPOSISI KARYA
Cuba anda analisa pada kedua-dua karya dalam gambarajah 1 dan 2 di
bawah
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
38/44
Gambarajah 1
Gambarajah 2
(Sumber : Knobler.N. (1985).Dialog Seni Tampak :Zakaria Ali, Terj.)
Perhatikan bagaimana komposisi (gubahan) imej itu dibentuk. Lihat susunan
garisan struktur pada hasil karya tersebut. Garisan-garisan itu dikenali
sebagai implied linesatau garisan saranan. Analisa garisan-garisan tersebut
dan perhatikan bagaimana komposisi dalam hasil karya tersebut dihasilkan
secara menyeluruh.
Aktiviti 3 : ANALISIS KARYA
Anda telah didedahkan bagaimana komposisi sesebuah hasil karya
digubah berdasarkan implied lines atau garisan saranan. Sekarang,
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
39/44
cuba anda teliti pula imej dalam karya berikut :
Berdasarkan penelitian anda, cuba anda lakarkan susunan garisan-garisan
saranan . Ini boleh dibuat dalam gubahan imej karya dalam ruang yang
disediakan. Anda gunakan kertas surih ( tracing paper ) dan tekap pada hasil
karya tersebut yang dimuat turun daripada sumber internet. Lakar garisan-
garisan saranan yang berkaitan di atas kertas tersebut.
Hasil daripada analisis anda tadi, anda dapat mengetahui garisan saranan
(implied lines) membentuk komposisi imej dalam gubahan hasil karya itu.
Sekarang, gunakan kefahaman dan pengetahuan anda untuk menganalisis
hasil karya tersebut berlandaskan Asas Seni Reka yang telah anda pelajari
dalam berbentuk ulasan.
( Tuliskan ulasan anda tidak lebih daripada 150 patah perkataan ).
Sati scene at Theur of Ramabai wife ofMadhavrao Peshva, Ca.1771, Deccan paintings-LOS Angles CCU Museum of Art, Calfornia(Sumber:http://ignca.nic.in/asp/showbig.asp?projid=ac13)
Garisan Saranan ( Implied lines)
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
40/44
_______________________________________
_______________________________________
_______________________________________
_______________________________________
Sebagai pengukuhan, anda boleh teruskan aktiviti lakaran garisan saranan
(implied lines) anda pada karya-karya yang lain pula.
Peringatan : Hasil-hasil tugasan kerja anda hendaklah dihantar melalui
e-mel kepada Pensyarah (Tutor) anda seperti mana format yang telah
ditetapkan. Hasil yang telah dibuat pembetulan dan penambahbaikan
akan dijadikan hard-copy untuk diserahkan dalam bentuk portfolio. Ini
penting sebagai satu dokumentasi hasil kerja anda untuk menampakkan
perkembangan pembelajaran reflektif sepanjang mengikuti kursus.
LUKISAN SENI DIGITAL merupakan sejenis bentuk seni baru yang
mempergunakan teknik lukisan tradisional, seperti cat air, cat minyak,
impasto, dan sebagainya untuk pelukisan digital melalui komputer, perisian,
serta tablet pendigitan, dan stilus. Lukisan digital berbeza daripada seni digital
yang lain serta seni komputer terjana, khususnya kerana ia tidak memerlukan
paparan komputer untuk mendapat lukisan realistik daripada suatu model.
Seorang artis digital hanya perlu menggunakan teknik lukisan untuk mencipta
lukisan digital secara langsung dalam komputer.
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
41/44
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
42/44
televisyen, dan permainan video. Terdapat juga pelbagai jenis lukisan digital,
termasuk impresionisme, realisme, dan cat air.
Perisian pelukisan digital seperti Corel Painter, Studio Artist, Adobe
Photoshop, Jasc Paint Shop Pro, ArtRage, dan Open Canvas memberikan
artis-artis digital suatu persekitaran yang sama dengan pelukis fizikal: kanvas,
alat-alat lukisan, palet untuk mencampurkan warna, dan pilihan warna yang
banyak
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
43/44
Karya grafik seperti ini sesuai untuk latarbelakang atau sebagaikertas hiasan dinding bagi menimbulkan suasana 3D. Dihasilkandengan mengapungkan objek-objek 3D atau ilusi 3D. Elemen iniboleh dihasilkan mengguna perisian illustrator, atau untuk kesanyang lebih menarik menggunakan 3D studio Max, Maya atauLightwave.
-
7/29/2019 Modul Ppg Psv3102
44/44
Terdapat beberapa elemen dalam ilustrasi ini merangkumi bentuk matahari
dengan pancaran garisan, kelompok awan yang timbul diiringi garisan ombak
laut serta sekumpulan burung terbang dan sebuah perahu layar.
Berdasarkan ilustrasi tersebut senaraikan lima penghasilan pengeluaran
(outcome) yang anda rasa boleh di tengahkan:
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________