MINDA PENGARAH
MINDA PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Diterbitkan oleh:
Institut Aminuddin Baki Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK
Negeri Sembilan Darul Khusus Tel: 06-7979200
Faks: 06-7979300 Portal:http://.iab.moe.edu.my
e-mel: [email protected]
Urusan Penerbitan Oleh:
Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan
©Hak Cipta Institut Aminuddin Baki 2018
Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu. ISBN: Data Pengkatalogan
Pengurus Penerbitan Nor Ishsan binti Ab. Razak
Marina binti Abas
Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman Nor Ishsan binti Ab. Razak
Mohamad Hanif bin Ramli@Fauzi
ii
JAWATANKUASA PENERBITAN
Penaung
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Penasihat
Pn. Mistirine Radin
Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)
En.Mazlan bin Samsudin Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional)
Ketua Editor Pn. Maryati bt. Athan
Editor Nor Ishsan bt. Ab. Razak
Zainap binti Ibrahim
Penulis Teks
iii
Zuriah binti. Mad Ali Salmah binti Ismail
Mislinah binti Makin Fadzilah binti Abdullah
Netty Yushani binti Yusof Ismail bin Ibrahim@Mat Isa
Ahmad Shahir bin Abd Razak Samihah binti Abdul Rahman
Yong Chee Ken Ismail bin Abd. Aziz Samsiah binti Si-Rajab Kanagarajan a/l Pandian Rashidah binti. Mohd. Said Noor Azimah binti Abd Aziz Abdul Rahim bin Abd. Rashid Sharifah Nor binti Abd Rahman
Editor Teks
Fadzilah binti Abdullah Mislinah binti Makin
Yong Chee Ken
Kandungan
Dari meja editor
Ucapan Alu-aluan
1. Majlis Komensmen NPQEL IAB,Bil.1/ 2017 - 2
2. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-23 Tahun 2016 - 6
3. Asian Network of Training and Research Institutions in
Educational Planning (ANTRIEP) Policy Seminar 2017 - 9
Perasmian Penutupan
1. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-23 Tahun 2016 - 52
Lain-lain
1. Majlis Clock Out Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional) - 59
2. Majlis Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IAB Tahun 2016 - 63
iv
Perasmian
1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB - 13
2. Majlis Perasmian NPQEL Ambilan 1 – 2017 - 18
3. Majlis Perasmian Kursus Npqel Ambilan 2/2017 - 24
4. Kolokium Pemimpin Pertengahan 2017 - 33
5. Program RETREAT IAB 2017
- 45
Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana usaha menghasilkan
Buku Minda Pengarah (Koleksi Ucapan Pengarah Institut Aminuddin Baki 2016-2017) akhirnya
terlaksana. Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Bahasa, Pusat Kepimpinan
Komunikasi dan Pengurusan Pejabat dan Jabatan Penerbitan, Pusat Dokumentasi dan
Sumber Pendidikan serta semua pihak yang terlibat dalanm menghasilkan buku ini.
Buku ini menampilkan koleksi ucapan YBrs. Dr. Zainal Aaalam bin Hassan sepanjang
perkhidmatan beliau di IAB. Buku ini dibahagikan kepada beberapa bab iaitu Kata Alu-aluan,
Ucapan Perasmian, Ucapan Perasmian Penutupan dan ucapan lain-lain majlis.
Pengumpulan siri ucapan ini telah merakamkan peristiwa penting yang berlangsung di IAB.
Selain itu koleksi ini memberi gambaran tentang program yang telah dianjurkan oleh IAB dari
tahun 2016 hingga 2017 sebagai pusat latihan pengurusan dan kepimpinan. Koleksi ucapan
ini diharapkan akan menjadi rujukan kepada warga IAB dan pendidik seluruh negara.
Terima kasih.
MARYATI BINTI ATHAN Ketua Jabatan Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia
V
UCAPAN ALU-ALUAN
UCAPAN ALU-ALUAN
YBRS. DR. HJ. ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah
Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia
MAJLIS KOMENSMEN NPQEL IAB BIL.1/ 2017
Tarikh:
11 Mac 2017
Tempat:
Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia
Nilai, Negeri Sembilan
siBmillahhirrahmanirrahim
hBBa ahsa ailshiaamaAhass aAiiaaaamalassA
Selamat Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa
PENGENALAN
Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia-Nya, Institut Aminuddin Baki (IAB) berjaya mengadakan Majlis
Komensmen NPQEL kali ke-18 ini. Majlis ini amat bermakna kepada seluruh warga IAB dan
para graduan yang akan menerima sijil dan diploma masing-masing pada hari ini.
Bagi pihak IAB, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
YBhg. Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia atas
kesudian YBhg. Tan Sri hadir bagi menyempurnakan majlis penganugerahan sijil dan diploma
kepada para graduan.
2
Kehadiran YBhg. Tan Sri membuktikan bahawa YBhg. Tan Sri amat mengambil berat akan
kualiti pemimpin pendidikan di negara kita. Selain itu, YBhg. Tan Sri juga menunjukkan
sokongan yang padu kepada IAB dalam usaha IAB merealisasikan Anjakan Kelima PPPM
2013-2025.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada graduan yang telah berjaya menjalani
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Majlis
Komensmen ini diadakan untuk meraikan kejayaan para graduan NPQEL Ambilan 1 dan
Ambilan 2 Tahun 2016. Seramai 1,672 orang graduan akan menerima Sijil NPQEL dan
Diploma Pengurusan Pendidikan mereka dalam majlis komensmen ini. Daripada jumlah ini,
871 orang adalah graduan Ambilan 1/2016 dan 801 orang adalah graduan Ambilan 2/2016.
Seramai 382 orang graduan daripada kedua-dua ambilan tersebut telah berjaya mendapat
keputusan cemerlang. Kejayaan dan kecemerlangan yang telah diraih ini diharap akan menjadi
pemacu kepada kecemerlangan sekolah kerana segala ilmu yang telah ditimba sudah tentu
akan dicurahkan ke sekolah sebagai khidmat bakti di tempat para graduan bertugas.
YBhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
TRANSFORMASI NASIONAL 2050
Sistem pendidikan negara juga merupakan perkara penting dalam wacana Transformasi
Nasional 2050 atau TN50. Tiga puluh tahun merupakan satu jangka masa yang penuh dengan
pelbagai perubahan dan ketidaktentuan. Dalam menuju ke TN50 ini, pendidikan merupakan
asas dan landasan bagi menyokong serta membina kekuatan negara. Oleh sebab itu, peranan
warga pendidikan amat penting bagi memastikan kejayaan transformasi nasional yang
berupaya menganjakkan kualiti generasi baharu ke arah pemikiran yang lebih global. Kita mesti
memenuhi hasrat untuk membina pendidikan yang meraikan potensi, keperluan dan
kebolehupayaan murid. Anjakan paradigma ini lebih menjurus kepada transformasi minda yang
membolehkan generasi ini berdaya saing dan mampu berdikari untuk memajukan lagi negara
menjelang tahun 2050.
3
YBhg. Tan Sri dan hadirin yang dihormati,
PERANAN IAB
Menyedari perkembangan dunia pendidikan semasa yang begitu pesat ke arah penguasaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), IAB telah dan sedang merangka reka bentuk latihan
yang berasaskan TMK. Dengan perkataan lain, pada masa akan datang, ada kursus-kursus
kendalian IAB dilaksanakan dalam talian sepenuhnya. Kursus NPQEL juga akan dikaji semula
supaya bersesuaian dengan gagasan transformasi pendidikan.
Pihak IAB sedar bahawa dunia semakin kecil dan rata. Seluruh dunia bagaikan sebuah
perkampungan yang membolehkan seseorang bekerja di lokasi yang beribu-ribu kilometer dari
pejabatnya. Anjakan ini amat kritikal untuk difahami oleh para pemimpin pendidikan.
Pendidikan pada abad ke-21 tidak lagi terhad dalam bilik darjah tradisional sahaja. Kini pelajar
kita boleh belajar serta berhubung dengan pelbagai sumber di merata dunia. Konsep global
sudah berbeza kerana global has become the new local (Currant & Whetherbee, 2014).
Dengan perkataan lain, tempat yang paling jauh pun sudah menjadi amat dekat. Semua murid
kini boleh berkomunikasi serta membina jaringan dengan satu klik sahaja. Senario ini sedang
berlaku di seluruh negara, tetapi kita mahu keadaan ini berlaku secara lebih meluas lagi. TMK
memainkan peranan yang amat penting yang menyediakan anak didik kita menghadapi dunia
baharu.
HASRAT
Tugas ini bukan tugas yang mudah. Walau bagaimanapun, saya yakin dengan adanya
kepimpinan yang berkesan di semua peringkat dan kerjasama sepasukan yang mantap antara
semua pihak berkepentingan, tidak mustahillah untuk kita berjaya. Kita mahu berada sama
taraf dengan negara-negara maju atau menjadi peneraju kepada bidang pendidikan di rantau
ini.
4
PENGHARGAAN
YBhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,
Saya dengan penuh takzim sekali lagi ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas
kesudian YBhg. Tan Sri hadir ke majlis ini. Sesungguhnya kehadiran YBhg. Tan Sri begitu
signifikan buat kami semua. Ucapan tahniah dan syabas kepada semua graduan NPQEL atas
kejayaan yang dicapai.
Layar sudah berkembang, sauh sudah diangkat, tibalah masa untuk kita belayar menempuh
ombak dan badai, menuju ke destinasi impian. Dengan ilmu yang tersemat di dada, saya yakin
para graduan NPQEL 2016 sekalian akan mampu berhadapan dengan apa juga cabaran.
PENUTUP
iAkhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada
ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Komensmen NPQEL kali ke-18 yang telah bekerja keras
bagi menjayakan majlis ini. Tanpa usaha dan sokongan kalian tentunya majlis ini tidak dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.
5
UCAPAN ALU-ALUAN
YBRS. DR. HAJI ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah
Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia
MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
KE-23 TAHUN 2016
Tarikh: 9 Ogos 2016
Tempat:
Auditorium Perdana
Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
Bismillahirrahmannirrahim Assalamu‟alaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa MUKADIMAH
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita
berkumpul dalam Majlis Perasmian Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
Ke-23. IAB sekali lagi meneruskan tradisi dalam menganjurkan seminar ini. Tema seminar
tahun ini ialah Kepimpinan Berwawasan Menerajui Gelombang Kedua PPPM 2016-2020:
Mendepani Cabaran.
6
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri Dr.
Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Berbanyak-banyak terima
kasih atas kesudian Yang Berbahagia Tan Sri meluangkan masa menghadiri majlis perasmian
pembukaan ini. Kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri sesungguhnya menyuntik semangat
kepada semua hadirin dalam meningkatkan lagi ilmu pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
UCAPAN TAHNIAH
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
jawatankuasa pelaksana seminar ini yang telah menunjukkan komitmen yang begitu tinggi bagi
menjayakan majlis ini. Semoga segala perancangan yang telah dibuat oleh jawatankuasa
seminar ini berjalan lancar serta mendapat keberkatan dan kerahmatan-Nya.
Saya juga merakamkan penghargaan kepada penyampai ucaptama, para pembentang kertas
kerja dan semua peserta Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-23 ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
SEJARAH SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan merupakan program tahunan IAB
dengan tema yang berlainan setiap tahun. Seminar ini merupakan platform bagi pengurus dan
pemimpin pendidikan semua peringkat di KPM untuk berkongsi maklumat dan bertukar-tukar
pandangan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan, terutamanya perkongsian
pengetahuan, pengalaman dan amalan-amalan kepimpinan terbaik. Selain itu, seminar ini
mewujudkan peluang untuk membina jaringan dan jalinan kolaboratif antara pemimpin
pendidikan, khasnya dalam menangani isu pendidikan yang semakin mencabar.
Kami juga amat berharap agar pusat repositori ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan
dan kepimpinan pendidikan IAB turut dapat diperkasakan melalui seminar ini. Untuk makluman,
repositori IAB boleh diakses secara percuma tanpa perlu pendaftaran keahlian. Bahan-bahan
dalam repositori ini meliputi bahan-bahan terbitan IAB sendiri. Pengunjung repositori ini boleh
memuat turun bahan-bahan secara percuma.
7
Kami amat berharap agar seminar kali ini dapat memberi impak yang maksimum kepada para
peserta. Dengan beberapa siri pembentangan kertas konsep, kertas kerja dan juga ucaptama
yang akan dikongsi oleh warga pendidik KPM dan institusi pendidikan seluruh Malaysia, saya
yakin bahawa input-input ini akan dapat menjadi panduan untuk peserta dalam mendepani
cabaran Gelombang Kedua PPPM ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Seminar ini diharap akan dapat memberi kesan yang positif kepada pembentang dan juga
peserta. Saya percaya bahawa pemimpin pendidikan perlu sentiasa bersiap siaga untuk
menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam usaha menerajui kepimpinan yang lebih
berwawasan dalam Gelombang Kedua PPPM ini.
Hadirin dan hadirat sekalian,
PENUTUP
Akhir kata, tuan-tuan dan puan-puan diharap dapat memaksimumkan peluang yang ada ini
untuk memanfaatkan segala input baharu yang akan dikongsi oleh para pembentang dalam
seminar ini. IAB mengharapkan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
Ke-23 ini menjadi landasan yang signifikan untuk percambahan idea dan
perkongsian ilmu.
Sekian.
Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.
8
WELCOMING SPEECH
YBRS. DR. HJ. ZAINAL AALAM BIN HASSAN Director of Institut Aminuddin Baki
Ministry of Education Malaysia
OPENING CEREMONY ASIAN NETWORK OF TRAINING AND RESEARCH INSTITUTIONS IN
EDUCATIONAL PLANNING (ANTRIEP) POLICY SEMINAR 2017
Date
3 May 2017
Venue
Dato’ Ismail Razali Auditorium, IAB Genting Highlands
Good Morning
Selamat Sejahtera and Salam Negaraku Malaysia
Excellencies, Distinguished Delegates, Ladies and Gentlemen,
INTRODUCTION
I am honoured and pleased to be here at this seminar today. On behalf of Institut Aminuddin
Baki, I would like to extend a warm welcome to our keynote speaker, Yang Berhormat
Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Deputy Minister of Education I, Malaysia,
ANTRIEP representatives, IIEP representatives and participants of this seminar. Your presence
here at Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands Branch, is appreciated.
9
Ladies and Gentlemen,
It is a great privilege for Institut Aminuddin Baki, Ministry of Education, Malaysia to host this
seminar and we believe that this event provides opportunities for academicians across Asia to
exchange their research findings, ideas, share experiences especially to forge ties in the field of
education. I would also like to thank Asian Network of Training and Research Institutions in
Educational Planning (ANTRIEP) for initiating many collaborative research projects and
workshops on improving school administration and management in Asian countries.
The theme for this seminar is The Implications of The Demographic Transition for
Education Planning and Resource Management in Countries in Asia. Demographic
changes refer to the dynamics in the perceivable population statistics. We seek to understand
the changes in population with regards to the demographic components such as gender, age,
mobility, disability, location and others. As such, the impact of demographic changes on
education and resource is certainly inevitable. This scenario draws us to do researches as
researches these give the insights on how demographic changes affect the education policies
and resource management, and the measures taken in Asian countries.
Ladies and gentlemen,
I am sure that the participants will take home significant information and ideas from this seminar
on the demographic changes and their effects on the education policies. These ideas and
policies can further help to build strong foundation in our respective countries that suits
according to the demographic changes.
I believe, throughout 3 days of sharing, collaborating and exchanging views based on findings
from regional comparative researches undertaken jointly by member countries of ANTRIEP will
put us in the driving seat in to grasp methods, policies and strategies implemented in countries
according to their means and directions.
10
Ladies and gentlemen,
HOPE
I sincerely hope that this seminar would be a very fruitful platform for intellectual discussions
and a stepping stone for more academicians and educators, both local and international to
actively participate by relating their experiences and sharing current researches for mutual
collaboration in the near future.
Ladies and gentlemen,
Before I end my speech, I would like to thank everyone for participating in this seminar. I also
wish to express my heartfelt appreciation to the members of the organizing committee from the
National University of Educational Planning (NUEPA), the International Institute for Educational
Planning (IIEP), the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation UNESCO
and Ministry of Education, Malaysia for their unmeasurable contributions and supports in
making this event a success.
I wish you a wonderful day ahead and a pleasant stay in Genting Highlands, Malaysia.
Thank you.
REFERENCES
1. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Kurban, H., Gallagher, R. M., & Persky, J. J. (2015). Demographic changes and
education expenditures: A reinterpretation. Economics of Education Review, 45, 103-
108.
3. ANTRIEP Report, 2016
4. ANTRIEP Workshop, 2015
5. http://www.nuepa.org/antriep.html
11
PERASMIAN
UCAPAN PERASMIAN
YBRS. DR. HAJI ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah
Institut Aminuddin Baki
MESYUARAT TAHUNAN KE-2
PUSPANITA IAB
Tarikh:
26 Januari 2017
Tempat:
Balai Wacana Institut Aminuddin Baki
Assalamualakum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat sejahtera dan salam sehati sejiwa
SERAUT BICARA
Sidang hadirin yang dihormati. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
izin-Nya kita dapat bersama-sama berhimpun sempena Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA
IAB di Balai Wacana ini.
Pada kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PUSPANITA IAB kerana
sudi menjemput saya untuk memberi sepatah dua kata dalam majlis pada petang ini. ini. Terima
kasih juga kepada Pengerusi PUSPANITA Dr. Norizan bt. Ahmad di atas persiapan majlis
ini dan dapat bersama-sama kita pada hari ini.
Puan-puan sekalian,
Ini merupakan majlis ketiga (3) yang disertai oleh Pengerusi PUSPANITA IAB setelah beliau
secara automatik dilantik untuk menerajui PUSPANITA IAB. Peranan serta tanggungjawab ini
bukan perkara yang mudah kerana PUSPANITA merupakan persatuan rasmi di bawah
naungan isteri Ketua Setiausaha Negara.
13
Saya berharap PUSPANITA akan terus mengorak langkah lebih proaktif sebagai badan amal,
kebajikan dan sosial untuk ahli-ahlinya serta dapat membantu Kementerian dalam pelaksanaan
program-program yang dekat dengan golongan sasaran mahupun masyarakat. Saya yakin
kehadiran ahli PUSPANITA IAB pada petang ini bukan sahaja dapat mengeratkan silatur rahim
malah dapat menjalin kerjasama yang lebih baik demi PUSPANITA IAB yang lebih cemerlang
untuk sesi yang akan datang.
Puan-puan yang saya hormati sekalian
SEJARAH PUSPANITA
PUSPANITA ialah Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia.
Persatuan ini ialah persatuan rasmi yang dinaungi oleh Isteri Ketua Setiausaha Negara.
Keahlian PUSPANITA adalah wajib kepada semua suri dan anggota wanita dalam
perkhidmatan awam. Arahan telah diwartakan agar semua anggota Kerajaan dapat menerima
manfaat apabila menyertai aktiviti kesukarelaan dan ini semua dilaksanakan agar kita dapat
menyediakan satu platform bagi menghubungkan dan merapatkan silaturrahim antara anggota
Kerajaan dan isteri-isteri kakitangan ini. Dengan cara ini, suri-suri dapat mengenal dengan lebih
dekat organisasi tempat berkhidmat suami mereka dan dapat melihat dengan lebih dekat
suasana di tempat kerja agar persefahaman dan toleransi dalam rumahtangga dapat
ditingkatkan.
Platform ini seharusnya digunakan sebaik mungkin bagi menjalankan aktiviti yang menyokong
agenda Kerajaan dan PUSPANITA juga seharusnya dapat menlaksana pelbagai program
pendedahan yang dapat memberi peluang penglibatan kepada ahli agar pendedahan ini dapat
memberi kesan yang positif. Pelaksanaan aktiviti ini, maka ikatan kekeluargaan sesama ahli
dan warga IAB dapat dijalin dan dieratkan dan secara tidak langsung dapat melahirkan satu
semangat berpasukan yang tinggi akhirnya dapat memberi satu impak yang baik kepada
pembangunan organisasi kita. Sebagai sebuah persatuan kebajikan dan sosial, PUSPANITA
mempunyai platform yang cukup jelas dan strategik.
14
Puan-puan yang saya hormati sekalian
HARAPAN
Oleh itu, dalam kesempatan ini, saya menyeru ahli PUSPANITA IAB menggunakan ruang dan
peluang yang ada untuk menjadi Ahli Seumur Hidup dengan membayar yuran sebanyak RM2
sahaja berbanding RM100 sebelum ini. Kepada pegawai dan kakitangan terutamanya kepada
yang masih muda, rebutlah peluang ini. Banyak manfaat yang boleh diperoleh dengan keahlian
dalam PUSPANITA di samping banyak yang boleh dicurahkan oleh puan-puan juga untuk
memastikan PUSPANITA menjadi persatuan yang aktif dan disegani.
IAB amat menitikberatkan pengupayaan modal insan khususnya wanita dan keluarga,
PUSPANITA bolehlah menfokuskan aktiviti dan program yang turut menyentuh isu-isu
kebajikan wanita, keluarga dan masyarakat. Bagi tujuan ini saya pasti PUSPANITA dan Kelab
Kebajikan dan Rekreasi Institut Aminuddin Baki (KKRIAB) boleh bekerjasama sebagai sebuah
lagi platform kebajikan dan sosial untuk warga IAB. Oleh itu, kerjasama erat yang sedia ada
bersama KKRIAB perlu diteruskan.
Peranan PUSPANITA amatlah penting dan begitu besar. Pada saya, PUSPANITA mempunyai
landasan yang cukup baik serta persekitaran yang amat kondusif untuk melaksanakan pelbagai
aktiviti. Sebagai sebuah badan kebajikan sosial, PUSPANITA boleh meluaskan skop bukan
sahaja kepada aktiviti-aktiviti yang berkisar tentang kebajikan mahupun isu-isu wanita, malah
kepada kepentingan masyarakat amnya di peringkat kebangsaan atau antarabangsa sekalipun.
Sememangnya, berpersatuan ini menuntut pengorbanan dan masa kita semua, namun ianya
tidak akan menjadi tanpa keikhlasan kita dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi.
Saya juga sedar kita dihimpit oleh faktor masa dan juga keadaan, oleh itu, ruang untuk
mengadakan aktiviti amatlah terhad tetapi janganlah itu dijadikan alasan kerana yang pastinya,
IAB tidak pernah menyekat atau menghalang sebarang aktiviti yang dilaksanakan.
15
Puan-puan sekalian,
PROGRAM PUSPANITA
Saya difahamkan PUSPANITA IAB telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti yang
bermanfaat kepada ahlinya dan masyarakat khususnya seperti majlis kecemerlangan
akademik, program kem ICT, senamrobik dan sumbangan kepada mangsa banjir.
Selain sumbangan PUSPANITA, ahli dan keluarga (wanita) juga mendapat manfaat seperti:
i) rawatan percuma di Pusat Kesihatan Wanita, Presint 10 di Putrajaya. Begitu juga
dengan bantuan kesihatan melalui Tabung PUSPADARA; dan
ii) sumbangan melalui Program Anugerah Kecemerlangan akademik anak-anak
ahli dalam peperiksaan UPSR,PMR,SPM,STP dan STAM. Program ini diadakan
setiap tahun dengan kerjasama MESCA di peringkat PUSPANITA Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Puan-puan sekalian,
Saya faham, dalam kekangan waktu dan tugas hakiki pegawai dan kakitangan, agak
membataskan penglibatan mereka dalam aktiviti yang dijalankan. Ini juga kadangkala
bertembung dengan program peringkat IAB, Pusat atau Jabatan sendiri. Walau bagaimanapun,
saya mohon ahli-ahli meluangkan sedikit masa untuk menyertai aktiviti yang telah dirancang
kerana ia merupakan satu langkah yang amat penting bagi menjamin kesinambungan aktiviti-
aktiviti yang dirancang oleh PUSPANITA.
Kejayaan PUSPANITA sebenarnya bergantung kepada puan-puan untuk menentukannya.
PUSPANITA IAB bukan milik AJK atau ahli tertentu sahaja, tetapi milik semua ahli berdaftar
yang membayar yuran, dan puan-puan mempunyai hak untuk bertanya dan mendapat manfaat
daripada aktiviti yang dijalankan.
16
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis
petang ini. Kepada semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menyiapkan segala acara
kita hari ini jutaan terima kasih diucapkan. Suka saya maklumkan di sini bahawa barisan AJK
sesi 2015/2016 telah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam memastikan yang terbaik
untuk semua ahli PUSPANITA IAB. Diharapkan kepada AJK baharu yang bakal dipilih bagi
tempoh 2017 hingga 2019 dalam Mesyuarat Tahunan sebentar lagi, dapat memastikan
kesinambungan kecemerlangan ini diteruskan. Berikanlah yang terbaik untuk semua ahli dan
jalankanlah amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan.
Dengan lafaz Bismillahhirrrahmannirrahim, saya merasmikan Mesyuarat Tahunan Ke-2
PUSPANITA IAB bagi Tahun 2017.
Sekian, disudahi dengan Wabillahhittaufiqwalhidayah. Wassalamualaikum wrt wbt.
Terima kasih.
17
UCAPAN PERASMIAN
YBRS. DR. HAJI ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah
Instiut Aminuddin Baki
MAJLIS PERASMIAN NPQEL AMBILAN 1/2017
Tarikh:
7 Februari 2017
Tempat: Auditorium Perdana
Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa
Tuan-tuan dan puan-puan peserta NPQEL Ambilan 1 Tahun 2017 yang saya hormati sekalian.
MUKADIMAH
Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan berkat limpah kurnia-Nya telah mengizinkan kita untuk bersama-sama hadir dalam
Majlis Perasmian Program NPQEL Ambilan 1 Tahun 2017. IAB mengalu-alukan kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan bagi mengikuti Program NPQEL Ambilan 1/2017.
Daripada 6867 permohonan, tuan-tuan dan puan-puan adalah sebilangan daripada 875 orang
yang ditawarkan bagi ambilan kali ini. Peserta yang terpilih adalah peserta yang telah melepasi
pentaksiran pengetua/guru besar. NPQEL merupakan satu lagi tapisan yang perlu dilalui
sebelum tuan-tuan berpeluang dilantik sebagai pengetua/guru besar sekiranya mempunyai
tempat yang bersesuaian.
18
Pernyataan di dalam PPPM 2013-2025 jelas memperakui bahawa Sijil NPQEL merupakan
prasyarat untuk pelantikan pengetua/guru besar mulai Julai 2014. Melepasi NPQEL dengan
lulus cemerlang adalah harapan kami kepada tuan-tuan dan puan-puan. Ini selaras dengan
hasrat Anjakan 5 bagi menempatkan pemimpin berprestasi tinggi di setiap buah sekolah.
Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah amat penting untuk
direalisasi kerana pemimpin sekolah ialah nadi penentu kecemerlangan sesebuah sekolah.
Tuan-tuan dan puan-puan adalah barisan hadapan kepimpinan sekolah yang bakal menggalas
cabaran ini demi kelestarian pendidikan Malaysia.
Tuan-tuan dan puan-puan,
PERANAN IAB DALAM MEREALISASIKAN ANJAKAN 5 PPPM
Sebagai pusat latihan kepimpinan, IAB bertanggungjawab untuk menterjemahkan inisiatif
PPPM tersebut melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. IAB sebagai sebuah Premier Centre
pasti berusaha memperkasakan kepimpinan pendidikan di negara ini. Hal ini penting agar
kepimpinan pendidikan sentiasa relevan dan berada di atas landasan yang betul serta
mematuhi dan memenuhi kehendak pelanggan. IAB sentiasa membuat penambahbaikan
berterusan terhadap modul NPQEL mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Kurikulum NPQEL sentiasa dikemas kini selaras dengan perkembangan teknologi dan
pendidikan global yang seiring dengan keperluan kepimpinan pendidikan masa kini untuk
mendepani cabaran yang semakin rencam.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
PENGERTIAN PEMIMPIN BERPRESTASI TINGGI
Pada penghujung abad ke-20, kita masih menggunakan kamera berfilem selain kamera digital.
Filem yang dihasilkan oleh Kodak amat terkenal ketika itu. Pada tahun 1998, Kodak
mempunyai 170,000 kakitangan, dan syarikat itu menjual 85% daripada kertas foto seluruh
dunia. Walau bagaimanapun, dalam masa cuma beberapa tahun, model perniagaan mereka
lenyap lalu mereka muflis (India Opines, 2017). Kecelakaan yang berlaku terhadap syarikat
Kodak itu sedang dan akan berlaku dalam sesetengah industri dalam masa 10 tahun atau 20
tahun yang akan datang.
19
Dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence), komputer menjadi semakin bijak dalam
memahami urusan duniawi. Di Amerika Syarikat, peguam-peguam muda sudah menganggur
kerana terciptanya perisian yang bernama IBM Watson yang dapat menawarkan khidmat
undang-undang dalam masa beberapa saat, dengan ketepatan setinggi 90% jika dibandingkan
dengan khidmat manusia yang hanya mempunyai 70% ketepatan (India Opines, 2017). Kini,
Facebook sudahpun memiliki satu perisian yang lebih pandai mengecam air muka daripada
manusia. Pada tahun 2030, memang tidak menghairankan jika komputer menjadi lebih pintar
daripada manusia (India Opines, 2017).
Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya ingin menegaskan bahawa dunia pesat berubah setiap hari, setiap jam, setiap minit,
setiap saat. Oleh itu, dunia pendidikan perlu berubah rancak, malah lebih rancak dan dinamik
daripada segala bidang. Sebagai warga pendidik, kita turut merasai kerancakan perubahan
dalam bidang pendidikan tanah air yang mungkin tidak begitu menyenangkan bagi sesetengah
pihak. Kata Jim Knight, “There is always frustration from people who work in schools that things
keep changing but it is an unfortunate truth with the world of work changing as rapidly as it is,
we do have to change.” Kita perlu berubah, khasnya jika kita berperanan sebagai pemimpin
pendidikan. Kita bukan sahaja sebagai pemimpin pendidikan, tetapi kita mesti berusaha gigih
untuk menjadi pemimpin yang berprestasi tinggi.
Pemimpin berprestasi tinggi boleh membawa 1001 macam tafsiran, definisi dan pengertian.
Jika soal selidik diedarkan kepada tuan-tuan dan puan-puan, sudah pasti pelbagai jawapan
yang berbeza-beza akan diperoleh. Tokoh yang lain pula akan memberi pengertian yang
berlainan, misalnya Laurel Delaney (2009) pernah menyenaraikan 10 ciri bagi seorang
pemimpin yang berprestasi tinggi.
Bagi IAB pula, mengikut konteks negara kita, pemimpin yang berprestasi tinggi ialah pemimpin
berwawasan dan mampu membawa perubahan yang berimpak tinggi ke arah kecemerlangan
organisasi melalui keterampilan personal dan profesional.
20
Tuan-tuan dan puan-puan,
CIRI-CIRI PEMIMPIN BERPRESTASI TINGGI
Di IAB, kami berpegang kuat kepada kepercayaan bahawa pemimpin boleh dilatih. Kami mahu
semua graduan NPQEL menjadi pemimpin pendidikan yang berprestasi tinggi semasa
menerajui organisasi masing-masing nanti. Seperti yang dinyatakan oleh Warren Bennis, mitos
kepimpinan yang paling berbahaya ialah pemimpin dilahirkan secara semula jadi. Dengan kata
lain, mitos paling berbahaya ini memperakui kewujudan faktor genetik dalam kepimpinan. Mitos
ini menekankan bahawa ciri-ciri karisma tertentu memang wujud secara semula jadi atau tidak
pada seseorang pemimpin. Walau bagaimanapun, kami percaya bahawa leaders are made
rather than born.
Pemimpin boleh dilatih supaya berwawasan. Tuan-tuan dan puan-puan harus mempunyai
kebolehan untuk pandang ke hadapan dan seterusnya dapat meningkatkan situasi yang sedia
ada ke satu tahap yang lebih cemerlang. Tuan-tuan dan puan-puan seharusnya dapat melihat
sesuatu isu tanpa berat sebelah, serta menganggap sesuatu risiko itu sebagai peluang kerana
pemimpin yang berkesan berupaya melihat kesempatan dalam masalah yang kompleks dan
saling berkaitan. Selain itu, pemimpin yang berprestasi tinggi berfikiran strategik dan pakar
dalam melakukan intervensi. Hasil kajian Olson dan Simerson (2015) menunjukkan bahawa the
best leaders see patterns that others don’t and can turn these observations into unique actions.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Jika tuan-tuan dan puan-puan mampu membawa perubahan yang berimpak tinggi kepada
organisasi, tuan-tuan dan puan-puan digelar pemimpin berprestasi tinggi. Menurut Douglas
Reeves (2009), kepimpinan perubahan menjadi satu-satunya cabaran yang paling besar bagi
organisasi seluruh dunia, termasuk juga organisasi pendidikan selain organisasi perniagaan
dan organisasi yang lain. Jika tuan-tuan dan puan-puan mampu membawa perubahan yang
berimpak tinggi, tuan-tuan dan puan-puan mampu menerajui perubahan dengan tindakan yang
bersepadu. Di samping itu, tuan-tuan dan puan-puan dapat mempengaruhi individu dan
kumpulan staf menuju ke matlamat organisasi melalui penggunaan sumber, peruntukan bajet,
atau cara pembaharuan operasi yang lain. Sudah tentu tuan-tuan dan puan-puan proaktif,
dinamik, bersungguh-sungguh dan bersedia mengambil risiko ke arah penambahbaikan
organisasi.
21
Dengan semua keupayaan ini, tuan-tuan dan puan-puan mencapai kecemerlangan organisasi
kerana tuan-tuan dan puan-puan menggunakan sumber yang ada secara bersepadu dan
berkesan, di samping melakukan peningkatan yang signifikan dari semua aspek.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kita belum boleh benar-benar digelar pemimpin berprestasi tinggi jika kita kekurangan
keterampilan personal dan keterampilan profesional. Sebenarnya pembangunan keterampilan
personal seseorang individu merupakan titik permulaan dalam pembelajaran kepimpinan
(OECD, 2008). Pemimpin pendidikan perlu memahami diri mereka sebagai pemimpin selain
memahami hubungan mereka dengan orang lain dan sistem pendidikan itu sendiri.
Pemahaman tentang diri sendiri merupakan keperluan asas dalam kepimpinan dan juga
perkembangan sebagai seorang pemimpin agar dapat memupuk personaliti unggul. Selain itu,
integriti yang tinggi merupakan elemen yang amat penting yang harus dipegang oleh semua
pemimpin. Di bawah keterampilan personal, pelbagai daya yang tinggi perlu juga dipupuk,
misalnya daya tahan, daya saing, daya juang dan daya maju yang boleh memberi kekuatan dan
ketabahan tekal kepada kita dalam perjalanan kita menuju ke pencapaian kecemerlangan
kerjaya dan organisasi. Dari segi keterampilan profesional, pelbagai kemahiran dan
pengetahuan profesional diperlukan bagi membolehkan kita berperanan sebagai pemimpin
yang berkaliber dan berwibawa, malah kemahiran keusahawanan pun perlu dikuasai dalam
kalangan pemimpin berprestasi tinggi. Di samping itu, kita perlu sentiasa membuat refleksi
yang berkesan supaya kita dapat melakukan penambahbaikan berterusan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
PENUTUP
Cabaran pendidikan negara pada era millennium ini ialah menghasilkan modal insan yang
berupaya menangani persekitaran global yang sentiasa berubah, yang mampu meningkatkan
kualiti hidup dan menyumbang kepada kesejahteraan negara. Sehubungan dengan itu, sistem
pendidikan kita memerlukan pendidik dan pemimpin yang sentiasa proaktif, progresif, kreatif
dan inovatif. Dalam konteks tersebut, Tuan-tuan dan puan-puan sebagai bakal pemimpin
pendidikan ialah juga barisan hadapan transformasi pendidikan negara yang perlu sentiasa
menambah ilmu, mempelbagaikan kemahiran dan sentiasa bersedia mengakses maklumat
terkini agar tidak ketinggalan.
22
Program NPQEL ini merupakan satu wadah untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam
mentransformasikan amalan dan tindakan kita sebagai pemimpin pendidikan yang lebih
produktif dan berdaya saing. Kita perlu amalan yang lebih daripada amalan kebiasaan untuk
berjaya. Saya pasti kehadiran tuan-tuan dan puan-puan di sini adalah untuk menjadi
sebahagian daripada sejarah kecemerlangan pendidikan negara. Pencapaian tuan-tuan dan
puan-puan kelak adalah kayu ukur kepada tercapai atau tidak anjakan yang dihasratkan
melalui PPPM. Maka bertindak dan berusaha gigihlah sesuai dengan harapan dan peluang
yang diberikan kepada Tuan-tuan dan puan-puan.
Akhir sekali, dengan lafaz ‟ Bismillahi rahmanirrahim‟ saya merasmikan Program
NPQEL Ambilan 1 tahun 2017.
Sekian.
Wabillahitaufiqwalhidayah, wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Terima kasih.
23
UCAPAN PERASMIAN
YBRS. DR. HJ. ZAINAL AALAM BIN HASSAN
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
MAJLIS PERASMIAN KURSUS NPQEL AMBILAN 2/2017
Tarikh:
11 Julai 2017
Tempat: Auditorium Perdana
Institut Aminuddin Baki
Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia
PENGENALAN
Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataa‟la kerana dengan limpah kurnia
dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama dalam Majlis Perasmian Program Kelayakan
Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 2/2017 ini.
Syabas dan tahniah diucapkan kerana tuan-tuan dan puan- puan adalah antara 825 insan
terpilih yang telah ditawarkan bagi ambilan kali ini. Tuan-tuan dan puan-puan adalah bakal
pemimpin berprestasi tinggi yang akan ditempatkan di setiap sekolah seperti yang dihasratkan
dalam Anjakan 5, PPPM 2013-2025 dan yang bakal menggalas cabaran dalam dunia
pendidikan
24
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
PERUBAHAN LANSKAP GLOBAL
Pricewaterhouse Coopers (PwC) menggagaskan lima (5) megatrend global yang perlu kita
hadapi pada hari ini (Five Megatrends and Possible Implications, Nov.2013) iaitu: yang
pertama: Ketidaktentuan ekonomi global dimana kelembapan ekonomi dunia kini yang begitu
pahit, namun perlu ditelan oleh semua pihak. International Monetary Fund (IMF) terpaksa
menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2016 dan 2017 sebanyak 0.2 peratus.
Hal ini menggambarkan kadar pertumbuhan ekonomi yang terus menurun terutamanya bagi
negara-negara membangun seperti Malaysia.
Megatrend yang kedua ialah kemunculan pekerja millennials, merujuk kepada kumpulan
pekerja yang lahir antara tahun 1980 dan 2004, yang semakin dominan dalam dunia pekerjaan.
Populasi kumpulan ini semakin berkembang sedangkan pasaran tenaga kerja semakin tepu,
dan kemudahan pendidikan serta pekerjaan menjadi isu utama yang perlu diselesaikan.
Kumpulan yang lahir dan membesar dalam era digital ini serba sofistikated, gemar mencabar
tradisi, bercita-cita besar serta memiliki jaringan sosial yang luar biasa.
Tuan-tuan dan puan- puan,
Megatrend yang ke-3 ialah kepantasan urbanisasi mencipta satu dimensi baharu yang
membuka peluang kepada peningkatan taraf sosio ekonomi penduduk bandar, pada masa yang
sama menimbulkan tekanan dari segi penyediaan kemudahan asas dan keperluan sosial serta
kos pembangunan infrastruktur turut meningkat.
Manakala megatrend yang ke-4 ialah penyusutan sumber atau resource stress. Penduduk
dunia dijangka mencecah 8.5 bilion menjelang tahun 2030 dengan andaian pertambahan
sebanyak 80 juta penduduk setiap tahun. Ledakan populasi dengan pertumbuhan ekonomi
yang perlahan merupakan satu cabaran kepada dunia. Pastinya tanpa perancangan dan
pengurusan yang berkesan, generasi akan datang akan menghadapi satu fenomena yang
dahsyat.
25
Megatrend yang ke-5 ialah revolusi teknologi keempat yang juga dikenali sebagai The Fourth
Industrial Revolution. Pada saat ini, kita sedang berada di ambang revolusi teknologi yang
bakal mengubah norma kehidupan, kerjaya dan hubungan sesama manusia. Transformasi
yang bakal membadai dunia tidak lama lagi merupakan sebuah era revolusi yang tidak pernah
dibayangkan atau dirasai oleh manusia sejagat.
Saya percaya, apabila kita memandang jauh ke hadapan, kita semua boleh menjangka mehnah
dan tribulasi yang lebih perit bakal dilalui.
Tuan-tuan dan puan-puan,
TRANSFORMASI PENDIDIKAN
YAB Perdana Menteri telah mencetuskan gagasan TN50 bagi mencorakkan perjalanan negara
selepas tahun 2020. Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas dalam
menjadikan negara ini antara yang teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan
rakyat dan inovasi.
TN50 menzahirkan suara rakyat dan bukan lagi pemerintah dalam penetapan visi dan misi
negara untuk tempoh tiga dekad yang akan datang.
Dalam menghadapi cabaran dunia dan untuk merealisasi hasrat kerajaan ini KPM telahpun
membina asas yang kukuh dalam diri generasi akan datang melalui Enam Aspirasi Murid yang
diterapkan melalui PPPM. KPM juga bersedia untuk memenuhi aspirasi global kerana
pendidikan yang diamalkan di negara ini adalah amat selari dengan Sustainable Development
Goals (SDG) ke Empat mengenai pendidikan yang menetapkan sasaran enrolmen universal
pada tahun 2030.
Dalam konteks ini, peranan warga pendidikan amat penting bagi memastikan kejayaan
transformasi pendidikan berupaya menganjak kualiti generasi baharu ke arah pemikiran yang
lebih universal. Anjakan paradigma ini lebih menjurus kepada transformasi minda yang
membolehkan mereka berdaya saing dan mampu berdikari untuk membangunkan negara
menjelang tahun 2050 (Menteri Pendidikan, Ucapan Tahun Baru 2017).
26
Tuan-tuan dan Puan-puan cabaran utama kita ialah dalam menghasilkan modal insan minda
kelas pertama yang mampu menggunakan pengetahuan secara proaktif, kreatif dan inovatif.
Modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita perlu berupaya menangani
persekitaran global yang sentiasa berubah, meningkatkan kualiti hidup serta menyumbang
kepada kesejahteraan dan kekayaan negara.
Sejajar dengan itu KPM melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di samping membudayakan unsur
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Calon UPSR pada tahun 2016 merupakan kohort pertama
yang telah mengikuti KSSR dan melalui PBS sejak berada di Tahun 1 pada tahun 2011. Mulai
tahun ini keputusan UPSR tidak lagi akan diumumkan. Pihak sekolah sendiri yang akan
umumkan keempat-empat pencapaian tersebut iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Bilik
Darjah, Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK). (Datuk Dr. Amin Senin, Bicara Tokoh, IAB, 6 Julai 2017).
Perubahan telah berlaku di bilik darjah melalui penerapan 6 Aspirasi Murid. Keseimbangan
ilmu dan akhlak dalam pendidikan akan menyediakan generasi masa depan dengan perubahan
lanskap pendidikan tinggi dan cabaran abad ke-21. Guru perlu memainkan peranan sebagai
fasilitator atau pemudah cara dan guru menggunakan kaedah PdP berpusatkan murid serta
menekankan elemen membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam diri murid,
memandangkan mereka boleh mendapatkan maklumat di hujung jari.
Kementerian juga telah melaksanakan inisiatif Sekolah Transformasi dengan membangunkan
persekitaran sekolah yang lebih berkesan dengan menyediakan suasana bilik darjah yang
kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap
dengan mengutamakan kemenjadian murid. Sekolah transformasi akan diperluaskan pada
tahun ini melibatkan 100 buah sekolah lagi.
27
Pemikiran futuristik dan kemahiran abad ke-21 berkait rapat dengan perkembangan dan
kemajuan sains teknologi terkini dan masa hadapan. Bagi merealisasikan dasar pendidikan
STEM, KPM diberi tanggungjawab menerajui pelaksanaan Inisiatif Perkukuhan Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik untuk meningkatkan minat murid melalui pendekatan
pembelajaran yang baharu dan pemantapan kurikulum yang boleh diaplikasikan melalui
pengetahuan murid dengan konteks dunia sebenar.
Tuan-tuan dan puan-puan,
PEMIMPIN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
Dalam kerancakan KPM melaksanakan transformasi, perkara penting yang perlu diberi
perhatian ialah sejauh mana kesedaran dan kesediaan pemimpin sekolah dan terutamanya
tuan puan sebagai bakal pemimpin untuk berubah agar transformasi pendidikan negara dapat
dicapai dengan jayanya dalam megatrend yang melanda. Kerana perubahan dalam sistem
pendidikan ini berkait rapat dengan kesediaan sekolah sebagai wahana dan platform penggerak
kepada tranformasi.
Tuan-tuan dan puan- puan, tahun 2017 ialah tahun keramat bagi KPM untuk terus memacu ke
arah Agenda Transformasi Pendidikan secara agresif kerana ini merupakan tahun kedua
Gelombang 2 bagi PPPM 2013-2025. Oleh itu satu cabaran dan tanggungjawab besar yang
terletak di bahu para pemimpin sekolah menuntut komitmen yang tinggi untuk tidak kekal di
takuk lama.
Di IAB, kami berpegang kuat kepada kepercayaan bahawa pemimpin boleh dilatih. Kami mahu
semua graduan NPQEL menjadi pemimpin pendidikan yang berprestasi tinggi semasa
menerajui organisasi masing-masing nanti.
Mengikut konteks negara kita, pemimpin yang berprestasi tinggi ialah pemimpin berwawasan
dan mampu membawa perubahan yang berimpak tinggi ke arah kecemerlangan organisasi
melalui keterampilan personal dan profesional.
28
Pemimpin boleh dilatih supaya berwawasan. Tuan-tuan dan puan-puan harus mempunyai
kebolehan untuk pandang ke hadapan dan seterusnya dapat meningkatkan situasi yang sedia
ada ke satu tahap yang lebih cemerlang. Tuan-tuan dan puan-puan seharusnya dapat melihat
sesuatu isu tanpa berat sebelah, serta menganggap sesuatu risiko itu sebagai peluang kerana
pemimpin yang berkesan berupaya melihat kesempatan dalam masalah yang kompleks dan
saling berkaitan. Selain itu, pemimpin yang berprestasi tinggi berfikiran strategik dan pakar
dalam melakukan intervensi. Hasil kajian Olson dan Simerson (2015) menunjukkan bahawa the
best leaders see patterns that others don’t and can turn these observations into unique actions.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Jika tuan-tuan dan puan-puan mampu membawa perubahan yang berimpak tinggi kepada
organisasi, tuan-tuan dan puan-puan digelar pemimpin berprestasi tinggi. Menurut Douglas
Reeves (2009), kepimpinan perubahan menjadi satu-satunya cabaran yang paling besar bagi
organisasi seluruh dunia, termasuk juga organisasi pendidikan selain organisasi perniagaan
dan organisasi yang lain. Jika tuan-tuan dan puan-puan mampu membawa perubahan yang
berimpak tinggi tuan-tuan dan puan-puan mampu menerajui perubahan dengan tindakan yang
bersepadu. Di samping itu, tuan-tuan dan puan-puan dapat mempengaruhi individu dan
kumpulan staf menuju ke matlamat organisasi melalui penggunaan sumber, peruntukan bajet,
atau cara pembaharuan operasi yang lain. Sudah tentu tuan-tuan proaktif, dinamik,
bersungguh-sungguh dan bersedia mengambil risiko ke arah penambahbaikan organisasi.
Dengan semua keupayaan ini, tuan-tuan dan puan-puan mencapai kecemerlangan organisasi
kerana tuan-tuan menggunakan sumber yang ada secara bersepadu dan berkesan, di samping
melakukan peningkatan yang signifikan dari semua aspek.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kita belum boleh benar-benar digelar pemimpin berprestasi tinggi jika kita kekurangan
keterampilan personal dan keterampilan profesional. Sebenarnya pembangunan keterampilan
personal seseorang individu merupakan titik permulaan dalam pembelajaran kepimpinan
(OECD, 2008). Pemimpin pendidikan perlu memahami diri mereka sebagai pemimpin selain
memahami hubungan mereka dengan orang lain dan sistem pendidikan itu sendiri.
Pemahaman tentang diri sendiri merupakan keperluan asas dalam kepimpinan dan juga
perkembangan sebagai seorang pemimpin agar dapat memupuk personaliti unggul.
29
Selain itu, integriti yang tinggi merupakan elemen yang amat penting yang harus dipegang oleh
semua pemimpin. Di bawah keterampilan personal, pelbagai daya yang tinggi perlu juga
dipupuk, misalnya daya tahan, daya saing, daya juang dan daya maju yang boleh memberi
kekuatan dan ketabahan tekal kepada kita dalam perjalanan kita menuju ke pencapaian
kecemerlangan kerjaya dan organisasi. Dari segi keterampilan profesional, pelbagai kemahiran
dan pengetahuan profesional diperlukan bagi membolehkan kita berperanan sebagai pemimpin
yang berkaliber dan berwibawa, malah kemahiran keusahawanan pun perlu dikuasai dalam
kalangan pemimpin berprestasi tinggi. Di samping itu, kita perlu sentiasa membuat refleksi
yang berkesan supaya kita dapat melakukan penambahbaikan berterusan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
PERANAN IAB
Sebagai Pusat Latihan Kepimpinan, IAB bertanggungjawab untuk menterjemahkan hasrat
kementerian dalam melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berprestasi tinggi.
IAB sentiasa berusaha memperkasakan kepimpinan pendidikan di negara ini. Hal ini penting
agar kepimpinan pendidikan sentiasa relevan dan berada di landasan yang betul serta
mematuhi dan memenuhi kehendak pelanggan. IAB sentiasa membuat penambahbaikan
berterusan terhadap modul NPQEL mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Kurikulum
NPQEL sentiasa dikemas kini selaras dengan perkembangan teknologi dan pendidikan global
yang seiring dengan keperluan kepimpinan pendidikan masa kini untuk mendepani cabaran
yang semakin rencam.
IAB percaya pemimpin sekolah berprestasi tinggi yang diharapkan adalah pemimpin
berwawasan dan mampu membawa perubahan yang berimpak tinggi ke arah
kecemerlangan organisasi melalui keterampilan personal dan profesional (IAB,2017).
Maka untuk memastikan NPQEL terus releven dengan perkembangan dan kehendak semasa,
IAB telah mengambil tindakan dan mencadangkan agar satu pendekatan baharu melalui
NPQEL 2.0 yang berteraskan kompetensi/kecekapan (competency based) berbanding kaedah
sedia ada yang lebih berbentuk ilmu pengetahuan (knowledge based).
30
Untuk itu, kaedah 70:20:10 digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) andragogi serta penilaian yang dapat mengesan trait kompetensi bakal pemimpin.
Institut Aminuddin Baki (IAB) melatih bakal pemimpin pendidikan yang memenuhi kriteria untuk
memimpin organisasi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan.
Beberapa kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya dan Universiti Pendidikan Sultan Idris
telah menunjukkan bahawa pengetua/guru besar baru dilantik yang melalui latihan NPQEL
lebih bersedia melaksanakan tugas berbanding mereka yang memegang jawatan tanpa
latihan tersebut. Dapatan ini menunjukkan kepimpinan yang berkualiti dan holistik akan dapat
mengubah sekolah yang hanya dalam keadaan biasa kepada sekolah yang berkesan atau
cemerlang.
Sedarlah kita akan hakikat kesinambungan sebuah kepimpinan seperti yang dinyatakan oleh
Burnison (2015) dalam bukunya The Leadership Journey: How to Master the Four Critical Areas
of Being a Great Leader:
“The journey is never about the leader, but it starts with the leader. Along the way, we as
leaders within our own frontier are the motivators, navigators and coaches – charting the
course, setting the pace, and challenging direction when necessary”.
Hadirin yang dihormati sekalian,
HARAPAN IAB
Untuk itu, saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan, laksanakanlah amanah dan peluang yang
diberikan dengan semangat waja untuk sama-sama memastikan transformasi pendidikan
negara dapat dicapai dengan jayanya.
Kita perlu terus belajar dan berubah ke arah yang lebih produktif untuk kekal relevan dalam
landskap semasa pendidikan negara. Buktikan bahawa tuan-tuan dan puan-puan bukan jaguh
kampung yang bersaing dalam kelompok liga tempatan semata-mata tetapi mampu
menghasilkan modal insan yang unggul dan berdaya saing di peringkat global serta
menghasilkan sistem pendidikan berkualiti seperti yang dihasratkan.
31
Saya sangat optimis, dengan adanya komitmen padu daripada tuan-tuan dan puan-puan seperti
kata Albert Einstein, “Logic will get you from A to B. Imagination will take you everywhere”.
Tidak harus ada rasa enggan, tidak yakin, atau takut untuk menjadi seorang bakal pemimpin
berprestasi tinggi yang boleh mengubah sekolah biasa kepada sekolah yang unggul.
Oleh itu jadilah pemimpin transformasi yang dapat melestarikan dan memperhebat pelaksanaan
semua program pendidikan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
PENUTUP
Akhir kata, saya mendoakan semoga tuan-tuan dan puan-puan sekalian terus beristiqamah dan
beriltizam menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan cemerlang dan berintegriti
sepanjang masa. Semoga segala usaha murni kita untuk memartabatkan pendidikan negara
mendapat keberkatan-Nya dan mencapai matlamat dengan jayanya.
Dengan lafaz yang mulia Bismillahirahmanirrahim saya merasmikan PROGRAM NPQEL
AMBILAN 2/2017 ini.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
32
UCAPAN PERASMIAN
YBRS. DR. HJ. ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah
Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia
MAJLIS PERASMIAN
KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN 2017
Tarikh: 3 Oktober 2017
Tempat:
Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands Pahang
Bismillahhirrahmannnirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia, Negaraku
PENGENALAN
Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataa‟la kerana dengan limpah kurnia
dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama di Majlis Kolokium Pemimpin Pertengahan 2017.
PENGHARGAAN
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak IAB kerana telah berjaya mengadakan
Kolokium Pemimpin Pertengahan (Leadership Course for Middle Leaders, LCML) yang
pertama kali diadakan pada tahun 2017 yang melibatkan seramai 170 orang peserta.
Ucapan penghargaan juga kepada warga IAB yang telah memberi komitmen mereka melalui
modul dan latihan yang dibangunkan dan seterusnya menganjurkan kolokium ini.
33
Mandat yang diberikan untuk melaksanakan kolokium seumpama ini menunjukkan
kebolehpercayaan yang diletakkan di bahu IAB sebagai institut kepimpinan dan pengurusan.
Kolokium yang julung kali dianjurkan ini amat sesuai dengan fungsi IAB sebagai gedung ilmu
pengurusan dan pentadbiran bagi melestarikan hasrat kerajaan dalam melatih pemimpin
pelapis pendidikan yang berprestasi tinggi. Perkara ini termaktub di dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia di bawah Anjakan Ke-5. Saya juga ingin mengucapkan
tahniah kepada para pembentang dan peserta kolokium ini kerana sanggup meluangkan masa
dalam majlis perkongsian ilmu ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada tuan-tuan dan
puan-puan sebagai pemimpin pertengahan di sekolah seterusnya menjadi ruang kepada
perkongsian amalan terbaik dalam organisasi masing-masing.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PERTENGAHAN (LCML)
YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin (1993) pernah berkata “Andainya
seseorang pengurus kilang gagal menghasilkan barangan yang memenuhi piawai yang
ditetapkan, barangan tersebut boleh dibuang, diproses atau dibuat semula. Namun begitu
seandainya pengurusan pendidikan gagal, anak didik yang terbentuk itu tidak mudah dirungkai
atau diolah semula. Di sekolah, pemimpin pertengahan yang terdiri dari ketua panitia dan Guru
Kanan Mata Pelajaran, berfungsi untuk memantau dan mengawal gerak kerja kumpulan
kakitangan yang mengurus sesuatu rutin kerja. Mereka juga bertanggungjawab memastikan
guru-guru menggunakan pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan kebolehan mereka dalam
melaksanakan tugas di sekolah. Pemimpin yang cemerlang berupaya menukarkan 'knowledge'
kepada 'applied knowledge' dalam tugasannya. Sehubungan dengan itu, peranan pemimpin
pertengahan perlu terus diperkukuhkan kerana mereka berperanan sebagai perancang
strategik, menjadi jambatan antara pengurusan kanan dengan pegawai pelaksana, penterjemah
dan pelaksana strategi sekaligus berperanan sebagai pelaksana perubahan. Oleh yang
demikian, IAB telah mengambil inisiatif menambah baik latihan pengurusan pendidikan dengan
mewujudkan Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (Leadership Course for Middle
Leaders, LCML) bagi membangunkan kompetensi Pemimpin Pertengahan di sekolah.
34
Ini selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) anjakan kelima
iaitu mempastikan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah.
Kursus rintis LCML dilaksanakan pada tahun 2016 dengan 2 ambilan peserta yang terdiri
daripada 30 orang Ketua Panitia dari sekolah rendah dan 30 orang Guru Kanan Mata Pelajaran
dari sekolah menengah. Pada tahun 2017 pula, IAB telah melaksanakan kursus tersebut
dengan 14 ambilan peserta yang terdiri dari 268 orang Ketua Panitia dari sekolah rendah dan
150 orang Guru Kanan Mata Pelajaran dari sekolah menengah. Sehingga kini, IAB telah
melatih seramai 298 orang Ketua Panitia dan 180 orang Guru Kanan Mata Pelajaran dari
seluruh negara.
Melalui Kursus LCML ini, Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran diberikan pendedahan
bagaimana untuk menjadi pemimpin pembelajaran yang dapat mengiktiraf dan memodelkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi. Selain itu, pemimpin pertengahan juga
dibimbing dalam membuat penilaian kualiti pengajaran dan pembelajaran sekolah mereka
dengan tepat. Pemimpin pertengahan juga diberikan pendedahan untuk meningkatkan
kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan tugas secara efektif sebagai mentor kepada
rakan guru yang lain dengan menggunakan data secara efektif untuk menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran, serta meningkatkan standard sekolah secara keseluruhan.
Mereka juga dilatih untuk merancang dan memantau penambahbaikan sekolah berterusan
secara berkesan mengikut bahagian yang dipertanggungjawabkan kepada pemimpin
pertengahan tersebut. Diharapkan mereka dapat memberi sumbangan yang efektif terhadap
sistem pengurusan prestasi sekolah melalui pencerapan pengajaran serta pemantauan
terhadap langkah-langkah pembangunan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
Peserta LCML mengikuti kursus secara bersemuka selama lima (5) hari dan diberikan seorang
Pensyarah Pembimbing sebelum meninggalkan IAB. Mereka melaksanakan tugasan individu
iaitu pelan penambahbaikan sekolah dalam bidang tugas mereka selama sebulan di sekolah
masing-masing dan perlu menghubungi Pensyarah Pembimbing sekurang-kurangnya sekali
seminggu bagi memaklumkan status dan membincangkan isu yang dihadapi melalui maya atau
emel. Selepas tempoh sebulan, Pensyarah Pembimbing akan turun ke sekolah peserta LCML
mereka untuk melihat dan membincangkan kemajuan peserta di sekolah masing-masing serta
mengadakan temu bual dengan pihak pengurusan tertinggi.
35
Langkah ini untuk memastikan Pemimpin Pertengahan dapat mengurus pasukan mereka
dengan berkesan dalam memastikan setiap guru merancang, melaksana dan menilai proses
PdPc yang berkesan dan berkualiti berlaku di dalam bilik darjah masing-masing. IAB berharap
tuan-tuan dan puan-puan sebagai pemimpin pertengahan dapat menangani pelbagai cabaran
dan masalah yang adakalanya datang secara mendesak dengan lebih berkesan dengan
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui Kursus LCML tersebut.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
PERANAN PEMIMPIN PERTENGAHAN DI SEKOLAH
Pemimpin pertengahan merupakan kumpulan pengurus peringkat kedua dalam hirarki
sesebuah organisasi. Peranan dan kedudukan mereka penting kerana mereka ialah kumpulan
pemimpin yang menjadi penghubung di antara pemimpin atasan dengan kumpulan operasi iaitu
guru-guru dan staf sekolah. Mereka membantu pihak pemimpin atasan membuat perancangan
strategik dan melaksanakan perancangan tersebut bagi mencapai misi dan visi organisasi.
Dalam masa yang sama kumpulan pemimpin pertengahan berperanan menyelaraskan aktiviti-
aktiviti kumpulan operasi yang membawa kemajuan pembelajaran dalam kalangan pelajar.
Keberkesanan mereka melaksanakan tugas penting ini akan memberi impak secara langsung
kepada kemajuan prestasi pelajar. Selain melaksanakan tugas sebagai guru mata pelajaran,
pemimpin pertengahan menjalankan peranan sebagai pemimpin kurikulum yang akan
menentukan kecemerlangan pendidikan sesebuah sekolah. Sebagai orang tengah, mereka
perlu menjadi penghubung yang berkesan di antara pihak pentadbiran dan guru-guru mata
pelajaran. Oleh yang demikian, pemilihan tema kolokium LCML iaitu Pemimpin Pertengahan
Menerajui Kepimpinan Berprestasi Tinggi bagi Membudayakan Pembelajaran Berkualiti
adalah bertepatan kerana kepimpinan pengajaran adalah berkait rapat dengan kepimpinan
yang memberi kesan langsung terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, melibatkan
hubungan antara pengajaran guru, pembelajaran murid dan kurikulum yang disampaikan.
36
Tuan-tuan dan puan-puan,
PEMIMPIN PERTENGAHAN DALAM MELAKSANAKAN PdPc ABAD KE- 21
Dunia semakin cepat berubah, sistem pendidikan juga perlu berlari seiring dengan perubahan
ini. Sebagai pemimpin barisan pelaksanaan pembelajaran pemimpin pertengahan perlu peka
dan siap siaga dengan perubahan yang dibawa oleh arus gelombang transformasi abad ke-21.
Perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) tradisional kepada pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) adalah antara isu yang menjadi cabaran kepada guru-guru. Bagi
memastikan pelaksanaan perubahan ini dapat diterima dan diadaptasi dengan berkesan oleh
guru-guru maka pemimpin pertengahan sekolah perlu melaksanakan peranan mereka seperti
yang berikut:
1. menyelaras kurikulum,
2. mengawal waktu pembelajaran dan pengajaran,
3. mencerap dan menilai pengajaran guru,
4. menyokong usaha-usaha guru dalam meningkatkan prestasi pelajar,
5. merancang dan melaksanakan perkembangan profesionalisme guru, dan
6. melaksanakan dasar akademik pelajar.
Sehubungan dengan itu pemimpin pertengahan perlu memastikan guru-guru menguasai
kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar, mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah
dan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang
sesuai dengan keperluan pembelajaran murid. Pemimpin pertengahan perlu memastikan
guru-guru peka terhadap kebolehan, minat dan respon murid. Pada masa yang sama guru
perlu membantu murid dalam perkembangan sosial dan emosi mereka.
Tuan-tuan dan Puan-puan
KESESUAIAN PEMIMPIN PEDAGOGI DENGAN TRANSFORMASI SEKOLAH –TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) telah menetapkan beberapa objektif untuk
dilaksanakan di sekolah iaitu:
1. mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
37
2. membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
3. membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan
kemenjadian murid.
Sebagai pemimpin pedagogi, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin pertengahan untuk
memastikan transformasi tersebut dilaksanakan dengan lancar. Peranan sebagai pemudah
cara kepada guru-guru perlu diperkasakan melalui enam (6) tindakan berikut:
Pertama, pemimpin pertengahan perlu merancang Latihan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan untuk guru di bawah kelolaannya. Kursus, seminar serta lawatan benchmarking
dirangka. Ini bertujuan meningkatkan kemahiran serta kompetensi guru dalam pengajaran di
sekolah. Aktiviti seperti “Morning Prayer” atau “coffee talk” boleh difikirkan bagi menggalakkan
guru-guru berkongsi idea, pendapat serta dapatan baharu bersama rakan sebagai input bagi
mempertingkatkan kompentensi pengajaran guru serta membudayakan pembelajaran
sepanjang hayat.
Kedua, pemimpin tersebut perlu merancang dan menyelaras Pelan Strategik Sekolah untuk
jangka pendek dan jangka panjang tiga (3) tahun. Pemimpin pertengahan membantu
mewujudkan visi dan misi sekolah serta berusaha menyampaikannya dengan berkesan.
Ketiga, pemimpin pertengahan perlu memastikan penyelarasan pelaksanaan pencerapan dan
pemantauan dan penilaian pelaksanaan program sekolah dilaksanakan. Pelaksanaan
pemantauan dan penyeliaan ini perlu berfokus kepada operasi dalam bilik darjah secara klinikal
dengan berkesan. Pemimpin tersebut juga membantu menyelia kerja-kerja guru selain dari
membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah.
Keempat, pemimpin pertengahan juga bertanggungjawab untuk melaksanakan bimbingan
dalam peningkatan pedagogi guru sebagaimana yang disebut dalam subtema Kolokium LCML
ini iaitu Pemimpin Pertengahan Penggerak (PLC) ke Arah Kualiti PdPc.
38
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam PLC adalah pengajaran bersama rakan
guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan
rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan
komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching).
Kelima, pemimpin pertengahan juga perlu melaksanakan pemantauan pengurusan kurikulum
supaya selaras dengan pekeliling ikhtisas yang sedang berkuat kuasa. Mereka juga
menyelaras semua program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran
Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pendidikan. Pemimpin pertengahan
membantu merancang takwim sekolah untuk menentukan beban tugas guru, staf sokongan dan
sumber pendidikan agar dapat digunakan secara optimum serta berkesan. Dengan merujuk
kepada data yang diperolehi dari sekolah, pemimpin pertengahan dapat merancang program-
program sekolah dengan lebih berkesan sebagaimana yang dibincangkan dalam subtema
Kolokium LCML iaitu Program Sekolah Berasaskan Data.
Keenam, pemimpin tersebut membantu dalam penyediaan pelaporan aktiviti kurikulum kepada
pemegang taruh. Pelaporan ini penting sebagai indikator kejayaan pelaksanaan perancangan
yang telah dilaksanakan.
Sebagai kesimpulan, pemimpin pertengahan sekarang bukan hanya sekadar menunggu
arahan semata-mata tetapi perlu juga memainkan peranan yang lebih aktif untuk memastikan
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dapat dilaksanakan dengan berkesan demi
kecemerlangan pendidikan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
KEMAHIRAN PEMIMPIN PERTENGAHAN MENERAJUI PdPc BERKESAN
Seiring dengan perkembangan zaman, kaedah PdPc kini berpusatkan murid bagi meransang
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mereka. Murid berperanan sebagai murid yang aktif bagi
menguasai kemahiran dan pengetahuan serta mengamalkan nilai positif.
39
Guru pula berperanan sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong dan penilai
untuk memperkembangkan potensi murid agar dapat menghasilkan pencapaian murid pada
tahap optimum.
.
Jackson (1987) mencadangkan agar pemimpin pertengahan memiliki beberapa kemahiran
yang akan membantu mereka berperanan sebagai pemimpin lapisan ke-2 dalam hirarki
pengurusan organisasi. Kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran konseptual,
kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran membuat keputusan. Mereka
juga turut terlibat dalam proses perancangan, pengawalan, kepimpinan dan pengurusan
sumber manusia.
Kemahiran konseptual merupakan kemahiran intelek, yang dapat melihat organisasi dan
membuat perkaitan antara setiap unit dalam organisasi (Jackson 1987). Melalui kemahiran
konseptual ini, pemimpin pertengahan boleh mengenal pasti perubahan dalam satu unit yang
akan memberi kesan kepada unit-unit yang lain dan juga organisasi keseluruhannya.
Kemahiran teknikal pula adalah kebolehan pemimpin pertengahan mengaplikasikan kaedah-
kaedah, prosedur dan teknik dalam sesuatu bidang. Seterusnya pemimpin pertengahan
mampu menganalisis sesuatu bidang tugas, data, manual kerja dan prosedur kerja. Dengan
itu, pemimpin pertengahan berupaya melaksanakan tugas secara sistematik.
Kemahiran kemanusiaan ialah kebolehan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.
Melalui kemahiran ini pemimpin pertengahan perlu menguasai ketrampilan berkomunikasi
khususnya komunikasi interpersonal. Mereka hendaklah menghormati pendapat dan idea
pekerja, prihatin terhadap masalah pekerja dan sebagai pemudah cara bagi mewujudkan
persekitaran kerja yang harmoni.
Satu lagi kemahiran yang penting dikuasai oleh pemimpin pertengahan adalah kemahiran
membuat keputusan. Dalam amalan pengurusan harian, banyak perkara yang perlu diurus
oleh seseorang pemimpin. Dalam keadaan tertentu seseorang pemimpin pertengahan
dikehendaki membuat keputusan yang segera berkaitan dengan tugas mereka. Mereka perlu
membuat keputusan dengan sistematik, cepat dan cekap mengesan tanda-tanda dan punca-
punca sesuatu masalah dan mengatasinya.
40
Dengan pendedahan kepada tema-tema yang terdapat dalam kursus LCML iaitu Mengurus
Kendiri, Mengurus Tugas Utama dan Mengurus Pasukan. Pemimpin pertengahan dilatih untuk
mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang tersebut supaya mereka berupaya menjadi
pemimpin pertengahan yang cemerlang.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
CABARAN PEMIMPIN PERTENGAHAN
John C.Maxwell, dalam bukunya The 360 Leader, menyatakan bahawa pemimpin
pertengahan sering menguruskan perkara yang beliau namakan “Penghapus Tenaga ABC”.
A ialah Aktiviti Tanpa Hala Tuju iaitu pemimpin tersebut melakukan perkara yang tidak penting.
B ialah Beban Tanpa Tindakan iaitu tidak dapat melakukan perkara yang benar-benar penting.
C ialah Konflik Tanpa Penyelesaian iaitu tidak dapat mengurus perkara yang menjadi punca
kepada masalah.
Kegagalan memahami peranan sendiri dalam tugas akan menyebabkan pemimpin pertengahan
tidak tahu sempadan autonomi yang jelas dan bidang kuasa yang dipertanggungjawabkan ke
atasnya termasuklah proses membuat keputusan dan akauntabiliti. Keadaan ini
menyebabkan berlakunya pencapahan tugas serta kekeliruan dalam kalangan pemimpin
pertengahan. Kajian Muniandi (1998) iaitu Persepsi Guru Terhadap Kepemimpinan Pengetua
di sebuah sekolah menengah mendapati bahawa ketua panitia mata pelajaran tidak
memahami tugas mereka, akibatnya mereka gagal merancang aktiviti tahunan dengan baik dan
tidak dapat mengelola segala aktiviti yang dirancang dengan sempurna dan kewujudan konflik
tanpa penyelesaian telah menyebabkan guru gagal mematuhi arahan dan peraturan yang
ditetapkan oleh pemimpin sekolah. Disebabkan keadaan ini, pemimpin terpaksa mengalihkan
tumpuan dari akauntabiliti pentadbiran sekolah kepada menguruskan konflik tersebut.
Siti Rahmah(2004) dalam kajian Strategi Penyelesaian Konflik dalam Kalangan Guru dan
Pentadbir menyatakan punca utama konflik yang berlaku adalah berkaitan dengan aspek
menghabiskan sukatan, program perkembangan staf, penggunaan bahan bantu mengajar,
agihan tugas, hubungan sesama rakan kerja dan sikap pelajar. Kesulitan untuk melayan
pelbagai kerenah dan hubungan interpersonal yang kurang harmoni menyebabkan
kepercayaan guru terjejas dan seterusnya mempengaruhi pencapaian sekolah.
41
Sehubungan dengan itu, pemimpin pertengahan perlu mempunyai kemahiran menggerakkan
guru-guru untuk berfikir, merasa, dan bertindak dengan cara-cara tertentu melalui
perbincangan, perkongsian, pencerapan serta coaching. Dalam hal ini, pemimpin
pertengahan harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan
harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan
kekuatan yang ada dalam kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat
masa depan.
Pemimpin pertengahan perlu memahami matlamat kepimpinan itu sendiri, di mana mereka
dapat mengenali, memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengurus dan
pemimpin kurikulum di sekolah dengan berkesan. Mereka juga perlu memahami bahawa
kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi tingkah laku seseorang untuk
menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi ditetapkan (Pusat
Perkembangan Kurikulum, KPM. 2001).
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pemimpin pertengahan yang berkesan adalah pemimpin yang berjaya mengatasi cabaran-
cabaran tersebut dengan menggunakan kekuatan yang dikenal pasti dalam memulakan projek
dan program yang dirancang. Pada masa yang sama, pemimpin tersebut mencari pendekatan
bersepadu bagi mengatasi segala kelemahan yang ada. Ibarat seorang doktor yang memberi
racun ular kepada pesakit yang dipatuk ular sebagai penawar ataupun menggunakan madu
lebah bagi mengubati bisa sengatan lebah.
Tuan-tuan dan puan-puan,
HARAPAN (KOLOKIUM)
IAB berharap kolokium ini dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan berkongsi amalan terbaik
semasa melaksanakan tugas dan membuka minda pemimpin pertengahan ke arah
kecemerlangan organisasi. Selain itu, kolokium ini juga diharap dapat mewujudkan kolaboratif
dan jaringan antara peserta kolokium supaya mereka dapat berkongsi pengetahuan,
pengalaman dan amalan-amalan kepimpinan terbaik bagi dilaksanakan di sekolah masing-
masing.
42
Saya difahamkan bahawa beberapa topik pembentangan yang dipilih untuk kolokium LCML ini
adalah bertepatan dengan senario yang berlaku di sekolah pada masa ini. Antaranya ialah
Membina Budaya Kolaboratif dalam Kalangan Pendidik: Peranan Pengurusan Pertengahan,
Menghadapi Cabaran Pendidikan Abad 21 dalam Menjayakan Transformasi Pendidikan Negara
serta Peranan SKPMg2 STD 4 Kepada Kecekapan Guru dan Pendidikan Cemerlang. Saya
harap dengan pendedahan kepada pembentangan-pembentangan tersebut, tuan-tuan dan
puan-puan dapat input yang terkini yang dapat diaplikasikan dalam pengurusan sebagai
pemimpin pertengahan di sekolah.
Sebagai pemimpin pertengahan yang berpengalaman, tuan-tuan dan puan-puan harus tahu
dan sedar akan tanggungjawab dalam bidang-bidang yang diamanahkan. Hubungan yang baik
dengan guru-guru dan ibu bapa pelajar harus dikekalkan untuk mendapat sokongan yang
diperlukan. Pemimpin pertengahan merupakan rantai penghubung antara pemimpin barisan
pertama dengan guru-guru serta pihak-pihak berkepentingan. Pengetahuan tentang jangkauan
pengurusan dan autoriti yang dimiliki adalah penting supaya pemimpin tersebut dapat
melaksanakan tugas dengan beretika serta mengelakkan diri daripada mengabaikanr barisan
kepimpinan setara yang boleh menjadikan keseluruhan pentadbiran menjadi pincang.
Melalui kepimpinan dan keterampilan tuan-tuan dan puan-puan, saya yakin sekolah dapat
dihidupkan sebagai taman yang berjaya memberi peluang dan suntikan pendidikan kepada
setiap pohon yang akan tumbuh segar menghijau. Bak kata Pendeta Za‟ba, “Kalau kamu
menjadi pohon kayu, jadilah pohon-pohon kayu yang tumbuh gagah di rimba seperti cengal,
meranti, merbau dan jati yang hidupnya sentiasa bersaing dan berjuang dengan pohon-pohon
lain untuk mendapat tempat yang kukuh dan terjamin. Sebaliknya, janganlah menjadi pohon
bunga yang ditanam di dalam pasu yang sentiasa mengharapkan supaya disiram dan dibajai.
Jika tidak ia akan menjadi layu dan seterusnya akan mati.”
Sehubungan dengan itu, saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan akan terus
melaksanakan peranan dengan lebih baik sebagai pemimpin pertengahan yang berwawasan
jauh serta komited untuk memimpin pasukan tuan-tuan dan puan-puan ke arah kecemerlangan
sekolah.
43
Hadirin yang dihormati sekalian,
PENUTUP
Dengan lafaz yang mulia Bismillahirahmanirrahim saya merasmikan KOLOKIUM
PEMIMPIN PERTENGAHAN 2017.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
44
UCAPAN PERASMIAN
YBRS. DR. HJ. ZAINAL AALAM BIN HASSAN Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Pembangunan Profesional Keguruan) Kementerian Pendidikan Malaysia
PROGRAM RETREAT IAB 2017
Tarikh: 25 Oktober 2017
Tempat:
Auditorium Dato’ Razali Ismail IAB Cawangan Genting Highlands
Bismillahhirrahmannnirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian
PENGENALAN
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataa‟la kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama berada dalam Program Retreat IAB 2017.
Tahniah kepada pihak IAB kerana mengadakan Program Retreat 2017 ini sebagai usaha
merapatkan silaturrahim dalam kalangan warga IAB.
Syabas dan tahniah diucapkan warga kerja Program Retreat yang telah bersungguh-sungguh
menjayakan program ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua warga IAB yang berjaya
menghadiri program pada hari ini.
45
Tuan-tuan dan Puan-puan
PROGRAM RETREAT IAB
Apabila retreat disebut, kita akan terbayang penceramah motivasi yang akan menggegarkan
minda kita dengan pelbagai ucapan motivasi dan aktiviti. Walau bagaimanapun retreat boleh
mempunyai fungsi yang lebih daripada itu. Program retreat ini lebih berfungsi untuk memberi
semangat baharu kepada ahli pasukan kita, menyemarakkan kerjasama silang jabatan serta
mengukuhkan ikatan dalaman organisasi. Menurut Meyer (2014), retreat membawa empat
kebaikan iaitu:
i) membina jati diri individu dalam orgaisasi,
ii) merangsang ahli organisasi supaya beusaha ke arah matlamat bersama,
iii) mencungkil bakat terpendam dalam ahli organisasi, dan
iv) mewujudkan satu pasukan yang lebih kukuh.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
KEPIMPINAN PENDIDIKAN DAN ERA KONVERGENS
Kita kini berada di dalam era konvergens iaitu era penggabungan atau pengintegrasian media
yang membawa sumber maklumat daripada pelbagai sumber kepada kita dengan pantas.
Dalam era konvegens, tuan-tuan dan puan-puan sebagai pensyarah IAB, perlu lebih proaktif
daripada sebelumnya. Tuan-tuan dan puan-puan perlu bertindak balas dengan segera
terhadap apa jua input yang diterima sama ada dalam bentuk tradisional iaitu surat menyurat
atau melalui aplikasi media sosial seperti Whats App, Telegram ataupun Instagram. Tuan-tuan
dan puan-puan perlu menguasai kemahiran teknikal dan sosial kerana kemahiran tersebut amat
dianggap sebagai kemahiran teras dalam kepimpinan. Kemahiran ini membolehkan tuan-tuan
dan puan-puan berkomunikasi melalui media sosial yang rancak berubah, agar dapat
melaksanakan fungsi sebagai jurulatih kepimpinan pendidikan yang cekap dan berkesan.
46
Cabaran kini adalah berbeza dan pastinya pendekatan yang digunakan juga adalah
berlainan. Zaman dahulu, pergerakan media hanya terhad pada surat khabar sahaja. Hari ini
dunia bergerak tanpa sempadan. Setiap tindakan yang diambil terus dilihat dengan begitu
kritikal sekali. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan perlu menguasai kemahiran sosial dan
teknikal kerana desakan zaman kerana keperluan jaringan, komunikasi dan koordinasi.
Tuan-tuan dan puan-puan boleh menggunakan pengurusan secara kolaboratif bagi menjayakan
projek yang berkaitan dengan teknologi informasi dan seharusnya berupaya menganalisis
masalah,membuat keputusan, sensitif dan berupaya mengurus organisasi dengan lebih
cemerlang.
Penggabungan teknologi informasi dalam sesi latihan memerlukan kemahiran dan komitmen
pensyarah secara tekal dan berfokus. Peranan pensyarah dalam mengintegrasikan teknologi
informasi terlibat dalam semua peringkat proses sesi latihan bermula dari persediaan sebelum
pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi latihan. Di era konvergens ini, pensyarah
perlu menerapkan budaya teknologi maklumat yang membezakan informasi yang benar dan
tepat seterusnya menepis informasi yang boleh menimbulkan konflik tersebut.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
KEPIMPINAN PENDIDIKAN DAN INDUSTRI 4.0
Apabila kita membicarakan era konvergens, sudah pasti kita tidak boleh mengabaikan industri
4.0. (Revolusi perindustrian keempat) melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu
kepada sektor pendidikan di negara ini. Kita perlu melakukan perubahan agar seiring dengan
transformasi digital untuk kekal berdaya saing. Perubahan in dipacu tiga (3) domain teknologi
utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan tonggak Industri 4.0.
47
Gagasan industri 4.0 telah diserap ke dalam sistem pendidikan tinggi di seluruh negara.
Malaysia merupakan negara pertama yang merangka elemen cabaran Industri 4.0 dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Malaysia merupakan negara
pertama yang menggalakkan perbincangan dan membangunkan pendidikan relevan dan
selaras dengan Industri 4.0. Idea yang dipraktikkan Malaysia merupakan langkah yang paling
inovatif untuk menentukan bagaimana negara akan menjadi pemain signifikan dalam ekonomi
global pada masa hadapan. Di peringkat KPM pula, kita perlu menyediakan murid-murid
yang berkeupayaan untuk menyahut cabaran pengajian tinggi yang berteraskan Industri 4.0.
Dunia pendidikan pada hari ini perlu mendepani cabaran Industri 4.0. Penguasaan elemen
4C iaitu critical thinking and Problem solving, communication, Collaboration dan Creativity pada
semua peringkat harus ditekankan bagi melahirkan pemimpin pendidik yang mampu dan
bersedia menghadapi cabaran masa ini. IAB sebagai pusat latihan dalam membina dan
membangunkan profesionalisme kepimpinan dan pengurusan sekolah perlu bergerak sejajar
dengan perubahan yang berlaku ini. Latihan yang diberikan hendaklah dapat membantu
organisasi pendidikan menghadapi gelombang perubahan Industri 4.0. Sekolah kini perlu
mampu menyediakan para pelajar dalam industri pasaran kerja sebagai tenaga kerja
berkemahiran tinggi, kreatif, dan mempunyai pemikiran kiritis.
Peluang pada era Industri 4.0 terbuka luas dan banyak. Jika kita tahu memanfaatkan semua
peluang yang ada serta sentiasa bersikap kreatif, kita pasti akan terus mara ke hadapan. Kita
harus berani mengemukakan cadangan atau mengambil risiko. Sesuatu perubahan atau
kejayaan tidak akan dspst direalisasikan seandainya kita tidak berani menyahut cabaran yang
mendatang.
Kita perlu memahami secara komprehensif bagaimana teknologi mengubah kehidupan kita,
bahkan bagaimana generasi mendatang menangani aspek ekonomi, sosial, ekologi, dan
budaya. Perindustrian dunia sememang sedang bergerak menuju ke era Industri 4.0. Suka
atau tidak, model baharu pengelolaan tenaga kerja akan dialami dan dihadapi oleh
negara. Oleh itu, kita harus peka dengan perubahan dan keperluan ini. Pemimpin hebat
perlu mempunyai pemikiran yang luar biasa.
48
Namun kita harus sedar, memanusiakan Industri 4.0, ada nilai akhlak dan tempatan bukan
setakat melihat dalam bentuk pemanfaatan dari aspek teknologi semata mata agar selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
KEBERKESANAN LATIHAN IAB DAN DEA
IAB banyak menawarkan program latihan. Selama ini borang penilaian BK9 dan BK10
digunakan untuk mengetahui keberkesanan latihan dan kualiti perkhidmatan IAB. Walau
bagaimanapun, masih ada ruang untuk mendapatkan data dan maklumat demi
penambahbaikan terhadap program latihan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IAB.
Di sinilah saya melihat keperluan untuk memperkenalkan Data Envelopment Analysis(DEA).
Menurut Cooper, Seiford dan Zhu (2011) Data Envelopment Analysis is a relatively new data
oriented approach for evaluating the performance of a set of peer entities called Decision
Making Units which convert multiple inputs into multiple outputs. DEA merupakan alat
untuk mengukur keberkesanan sesuatu kursus yang dilaksanakan atau dijalankan oleh sesuatu
organisasi. KPM telah mengeluarkan atau membelanjakan wang yang banyak untuk
melaksanakan kursus bagi warga KPM. Walau bagaimanapun, impak kursus yang
dilaksanakan hanya bentuk persepsi peserta.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan yang masih belum mengenali DEA, DEA boleh
digunakan untuk mengukur keberkesanan sesuatu kursus dalam bentuk kuantitatif. DEA ini
mempunyai tiga (3) kelebihan. Program dan kursus dapat ditanda aras dengan lebih cekap,
kerana saranan akan diberikan untuk menambah kecekapan program. Disamping itu, DEA juga
memberi maklumat tentang amalan terbaik yang boleh kita ikuti bagi menghasilkan program
yang paling berkesan. Selain itu, DEA ini merupakan sistem pengurusan penambahbaikan
data.
49
Saya amat yakin kita mempunyai keupayaan dan keghairahan untuk terus berubah dan terus
maju. Pertumbuhan yang berterusan hanya akan dicapai melalui proses inovasi yang berulang
dan penjajaran semula yang berterusan. Disinilah kita perlu menggunakan kebijaksanaan kita
untuk memilih cara penyelesaian yang paling berkesan untuk menangani cabaran yang
dihadapi oleh organisasi kita. Sama-samalah kita teruskan budaya ini dan berusaha untuk
menjadikan IAB satu institusi latihan untuk pemimpin pendidikan yang hebat.
PENUTUP
Saya berharap semua peserta program ini mengambil bahagian dalam semua aktiviti secara
aktif serta memperoleh faedah yang maksimum daripada program ini. Seterusnya yang akan
memberi sepenuh sumbangan bernas kearah menjayakan matlamat retreat ini. Saya berharap
agar tuan-tuan dan puan-puan akan dapat menyelaraskan rentak bagi mewujudkan pasukan
warga kerja IAB yang kukuh, mantap dan cemerlang.
Maka dengan lafaz „Bismillahirahmanirrahim‟ saya merasmikan Program Retreat IAB 2017.
Sekian.
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih
50
PERASMIAN PENUTUPAN
UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN
YBRS. DR. ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah
Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia
MAJLIS PENUTUPAN SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
KE-23 TAHUN 2016
Tarikh: 11 OGOS 2016
Tempat:
Auditorium Perdana Institut Aminuddin Baki
Bandar Enstek Bismillahirrahmanirrahim Assalamu‟alaikum warahmatullahiwabarakatuh Selamat Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa
PENGENALAN
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia izin-Nya, kita dapat bersama-sama
dalam majlis penutupan Seminar Nasional IAB 2016 kali ke-23. Alhamdulillah, seminar ini telah
dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Saya pasti hasil perkongsian ilmu dalam
seminar ini dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir pemimpin sekolah khasnya dan
dunia pendidikan negara kita amnya.
52
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Institut Aminuddin Baki (IAB) kerana
telah berjaya menganjurkan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Ke-
23 ini. Semoga seminar ini telah memberi ruang dan peluang kepada warga pendidik yang hadir
untuk berkongsi input baharu termasuk ilmu dan pengalaman dalam bidang pengurusan dan
kepimpinan pendidikan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kepimpinan Berwawasan Menerajui Gelombang Kedua PPPM 2016-2020: Mendepani
Cabaran
Seminar Nasional ini mempunyai tema utama yang sejajar dengan aspirasi Anjakan Ke-5 yang
akan memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Antara bidang
yang diberi tumpuan utama dalam gelombang pertama ialah memperkasakan kepimpinan
sekolah. Mulai tahun ini, kita telah berada di Gelombang 2 PPPM (2016-2020) dengan tekad
dan azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti pendidikan negara seperti yang
dihasratkan, iaitu dapat memenuhi wawasan dan aspirasi pendidikan negara. Sesungguhnya
transformasi pendidikan merupakan perjuangan yang berterusan, yang memerlukan keazaman
dan komitmen tinggi untuk memacu Gelombang 2 PPPM.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia
Aspirasi untuk menjayakan Transformasi Pendidikan meliputi dua (2) aspek, iaitu keseluruhan
sistem pendidikan dan aspirasi setiap murid. Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha
membangunkan sistem pendidikan yang mampu melahirkan rakyat Malaysia yang berdaya
saing dalam dunia globalisasi abad ke-21. Usaha ini memerlukan pertimbangan semula tentang
pengertian pembelajaran murid dan penjelasan semula tentang jenis kemahiran yang perlu
diterapkan kepada setiap murid.
53
Dalam usaha untuk benar-benar mentransformasikan pembelajaran murid, perubahan perlu
dilakukan di setiap peringkat Kementerian, JPN, PPD, sekolah dan pemimpin sekolah.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kementerian Pendidikan sentiasa memfokuskan usaha mengukuhkan asas sedia ada serta
memastikan inisiatif yang dijalankan pada peringkat awal berhasil. Sistem pendidikan perlu
berkembang daripada pendekatan “satu untuk semua” kepada penyelesaian spesifik mengikut
konteks dalam usaha mencapai kejayaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia beraspirasi untuk memastikan setiap murid mencapai potensi
yang ada. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara
menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam (6) elemen aspirasi murid iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian serta identiti nasional. Aspirasi ini adalah penting dalam mempersiapkan murid
untuk berjaya dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar.
Kepimpinan pengetua dan guru besar yang komited dan cemerlang, yang memberi tumpuan
kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran, amat penting dalam
menentukan keberhasilan murid dan prestasi sekolah. Oleh itu, Kementerian sentiasa
memastikan agar pengetua atau guru besar yang berkualiti tinggi sahaja ditempatkan di setiap
sekolah.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sistem pendidikan tidak boleh berjaya tanpa dedikasi dan iltizam pemimpin sekolah. Perubahan
sebenar tidak akan berlaku tanpa mempertimbangkan secara serius keperluan pemimpin
sekolah dalam mencari kaedah untuk memupuk serta mengekalkan kecemerlangan sekolah.
Maka seminar seperti ini memberi inspirasi kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk
mengembangkan lagi potensi, kaedah atau amalan yang telah berjaya dilaksanakan kepada
satu tahap yang lebih gemilang. Walau bagaimanapun, jika ilmu yang diperoleh itu tidak
diamalkan oleh tuan-tuan, maka hasrat penganjuran seminar ini belum kesampaian.
54
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kepimpinan Distributif Pemangkin Peningkatan Prestasi Sekolah
IAB ialah sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan. IAB berperanan bagi
membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM. Hal
ini menjadikan peranan IAB sangat penting. Amat penting untuk menghasilkan organisasi
pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi maju mengikut acuan
sendiri, Ke arah itu, IAB dengan enam fungsi utamanya iaitu, latihan dan pembangunan,
konsultasi, penyelidikan, penerbitan, pentaksiran dan pasukan pemikir akan mengukuhkan
kecemerlangannya dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan sebagaimana yang
telah dirancangkan dalam Lanskap Premier Centre.
IAB akan memastikan kunci kepada kepimpinan berkesan diperolehi oleh semua pemimpin
pendidikan agar dapat menguasai pelbagai kemahiran daripada proses implementasi sehingga
proses mentadbir. Sehubungan itu, pemimpin sekolah perlu mengamalkan kepimpinan
distributif. Kepimpinan distributif ini memberi peluang kepada pemimpin lain di peringkat
sekolah supaya dapat bekerjasama secara kolaboratif. Melalui agihan kuasa,
penambahbaikan yang mampan kepada organisasi sekolah dan peningkatan prestasi murid
dapat dilakukan. Dapatan banyak kajian menunjukkan bahawa amalan kepimpinan distributif
mampu mewujudkan interaksi yang rapat antara pemimpin dan pengikut di pelbagai peringkat
dalam meningkatkan komitmen guru terhadap sekolah. Kepimpinan ini mendorong guru-guru
melaksanakan tugas mereka dengan semangat yang tinggi, dan berasa sumbangan mereka
lebih dihargai.
Hallinger dan Hecks (2010) dalam kajian mereka ke atas 198 buah sekolah di Amerika Syarikat
selama empat (4) tahun, mendapati bahawa amalan kepimpinan distributif di sekolah dapat
melestarikan usaha penambahbaikan sekolah dengan lebih berkesan. Kerja sepasukan secara
kolektif dan saling kebergantungan dalam soal kerja mewujudkan rasa akauntabiliti untuk
memikul tanggungjawab bersama dalam menentukan keberhasilan organisasi.
Hasrat untuk mewujudkan kepimpinan yang bersifat kolaboratif di sekolah bukanlah perkara
baharu. Kejayaan Sekolah Amanah misalnya adalah hasil daripada amalan kepimpinan sekolah
yang bersifat kolaboratif ini.
55
Kejayaan tersebut telah mendorong KPM untuk meluaskan amalan tersebut melalui inisiatif
Program Sekolah Transformasi. Program ini merupakan satu usaha ke arah melahirkan modal
insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran
murid yang aktif dan bermakna dengan disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan,
guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu.
Melalui Program Sekolah Transformasi ini, pemimpin sekolah didedahkan dengan konsep
kepimpinan distributif dan pembelajaran abad ke-21. Matlamat KPM untuk memastikan semua
sekolah di negara ini melaksanakan transformasi kepada sistem pendidikan yang bersesuaian
dengan Wawasan 2020.
Selain itu, Program Transformasi Daerah turut dilaksanakan. Jurulatih pemimpin sekolah yang
dikenali sebagai Rakan Peningkatan Sekolah (SIPartner+) telah dilantik di setiap Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD). Program ini merupakan satu inisiatif utama bagi memberi bimbingan
dan sokongan kepada pemimpin sekolah. SIPartner+ mengoptimumkan kepakaran pengetua dan
guru besar menerusi amalan perkongsian terbaik, misalnya Program Pembelajaran Rakan
Sekerja (Peer Learning), Program Pembangunan Profesional Berterusan, Dialog Prestasi dan
seumpamanya.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Pembangunan Profesional Berterusan
Pemimpin pendidikan menghadapi cabaran menghasilkan modal insan yang berupaya
menangani persekitaran global yang sentiasa berubah. Sehubungan itu, kita perlu sentiasa
proaktif, progresif, kreatif dan inovatif. Dalam konteks tersebut, pemimpin sekolah perlu
menyusun pelbagai strategi bagi menggalakkan semua warga sekolah untuk belajar dan terus
belajar kerana pendidikan adalah dinamik. Sokongan pemimpin sekolah dalam menyediakan
persekitaran yang kondusif, menyediakan ruang dan peluang pembelajaran akan
menggalakkan pembelajaran dalam organisasi masing-masing. Budaya komuniti pembelajaran
profesional ini akan menghasilkan warga sekolah yang berketerampilan tinggi dari segi
personaliti, pemikiran kritis, kreatif dan strategik yang akhirnya menjadi pemacu yang amat
penting ke arah mencapai Gelombang 2 PPPM.
56
Hadirin yang dihormati sekalian,
Dalam mendepani cabaran Gelombang 2 PPPM, pemimpin sekolah perlu mempunyai
keupayaan untuk mentransformasikan cara berfikir, cara berinteraksi dan cara bertindak seluruh
warga sekolah selaras dengan keperluan semasa dan akan datang. Hal ini amat penting
dalam usaha membentuk sinergi dan pasukan yang mantap bagi memastikan agenda sekolah
terlaksana.
Hadirin yang dihormati sekalian
Harapan
Saya amat percaya bahawa tuan-tuan dan puan-puan juga bersetuju, agenda pelaksanaan
PPPM akan tercapai jika seluruh warga KPM bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap.
Kita perlu mengamalkan amalan yang luar biasa untuk mencapai kejayaan yang luar biasa.
Pencapaian yang kita peroleh harus dijadikan panduan untuk merangka strategi dan
pendekatan yang lebih baik. Marilah kita memantapkan dan memperteguh usaha-usaha
tersebut dengan mempersiapkan diri untuk mengharungi cabaran gelombang 2 PPPM.
Harapan saya semoga Seminar Nasional ini telah memberi manfaat kepada tuan-tuan dan
puan-puan. Mudah-mudahan pelbagai idea yang bernas tercetus semasa menghadiri sesi
pembentangan ucaptama dan kertas kerja dalam seminar ini. Di samping itu, sesi interaksi
secara formal dan informal antara tuan-tuan dan puan-puan pasti telah mendatangkan faedah
kepada tuan-tuan dan puan-puan. Semoga segala faedah ini diimplimentasikan di organisasi
masing-masing.
Akhir sekali, dengan lafaz ‟Bismillahi rahmanirrahim‟ saya merasmikan penutupan
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-23 Tahun 2016 ini.
Sekian, terima kasih.
57
LAIN-LAIN UCAPAN
UCAPAN
YBRS. DR. ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah
Institut Aminuddin Baki
MAJLIS CLOCK OUT
EN. HASHIM BIN MOHD. ZIN TIMBALAN PENGARAH (KHIDMAT PROFESIONAL)
Tarikh: 3 Julai 2017
Masa:
8.00 pagi
Tempat: Auditorium Perdana
Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
Bismillahhirrahmannirrahim hBBa ahsa ailshiaamaAhass aAiiaaaamalassA Selamat Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Taala kerana di atas limpah kurnia-Nya jua,
kita dapat bersama-sama berkumpul pada pagi yang berbahagia ini sempena Majlis Clock Out
En. Hashim bin Mohd. Zin, Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional) yang akan bersara wajib
mulai 4 Julai 2017.
Saya amat berbesar hati atas kesudian tuan yang kita raikan untuk hadir di majlis yang
diadakan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan terhadap tuan yang bersara dari
perkhidmatan awam. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitri kepada semua warga yang beragama Islam.
59
Semoga bulan Syawal yang mulia ini memberi kemenangan untuk kita terus bersatu hati ke
arah kecemerlangan. Murnikanlah bulan yang mulia ini dengan saling bermaaf-maafan bagi
memperkukuh dan mempereratkan lagi silaturrahim.
Tuan yang dirai,
Dengan penuh ikhlas, saya mewakili warga IAB merakamkan penghargaan yang tidak
terhingga dan ucapan ribuan terima kasih atas segala khidmat, sumbangan, masa dan tenaga
yang telah tuan berikan sepanjang tempoh berkhidmat di IAB. Sesungguhnya kami akan
kehilangan seorang insan yang berkebolehan dan berpengalaman luas melebihi 30 tahun
dalam bidang pendidikan. Kami amat menghargai jasa tuan dan berharap tuan akan sentiasa
mengingati dan terus memberi sumbangan kepada IAB dan bidang pendidikan khasnya sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Khidmat bakti dan pengalaman yang dikongsi akan
sentiasa berkembang, tidak pudar dan memanfaatkan semua pihak yang terlibat.
Persaraan daripada perkhidmatan awam bukanlah titik noktah bagi seseorang untuk memberi
sumbangan terhadap kemajuan negara. Saya berharap tuan akan sudi untuk terus
menyumbang bakat, kemahiran dan pengalaman yang ada kepada negara khususnya dalam
bidang pendidikan. Pengalaman yang ditimba setelah berkhidmat selama berpuluh tahun amat
bernilai dan menjadi sumber kekuatan yang amat berharga kepada golongan yang masih
berkhidmat yang amat memerlukan bimbingan dan sokongan.
Dengan itu saya menyeru kepada warga IAB yang masih berkhidmat terutama generasi baharu
supaya menjadikan kegigihan, kewibawaan dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh golongan
berpengalaman ini sebagai teladan serta sempadan dalam menunaikan tanggungjawab yang
diamanahkan sepanjang menjadi penjawat awam. Teruskan bersama-sama bekerja sebagai
satu pasukan padu dalam mengejar kecemerlangan. Marilah sama-sama kita jayakan apa juga
program yang digariskan oleh kerajaan dan kementerian pendidikan khasnya. Saya yakin,
sekiranya kita sama-sama saling bantu-membantu, berkongsi pegalaman dan menyemai bakti,
kita akan dapat menjadikan IAB sebagai satu agensi yang menyumbang secara signifikan
dalam pembangunan pengurusan kepimpinan pendidikan.
60
Para hadirin yang dihormati sekelian,
Setelah berkhidmat dalam tempoh melebihi 30 tahun sebagai penjawat awam, saya pasti
tuan telah merencana kehidupan untuk melangkah ke dunia baharu di luar persekitaran
biasa. Fasa persaraan ini memberi ruang waktu kepada tuan melaksanakan program atau
apa jua aktiviti yang diminati yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan kerana keterbatasan
waktu bertugas. Saya berkeyakinan peluang di luar perkhidmatan awam amat luas untuk
diceburi. Segala kemahiran, kepakaran dan pengalaman yang diperoleh semasa berkhidmat
dalam perkhidmatan awam boleh menjadi aset untuk terus aktif dan menggapai lebih banyak
kejayaan selepas persaraan.
Walau apapun arah tuju yang dipilih, manfaatkanlah masa yang ada serta jagalah kesihatan diri
dan keluarga. Amat penting dalam proses penyesuaian diri dengan fasa kehidupan baharu
sebagai seorang YB iaitu Yang Bersara untuk mengamalkan cara hidup sihat seperti
mengawal pemakanan dan kekal aktif. Gunakanlah masa terluang untuk masa berkualiti
bersama-sama keluarga tersayang dan aktiviti yang membahagiakan diri. Sesungguhnya masa
dan kesihatan itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Oleh itu, sementara kita masih
dirahmati dengan kedua-dua nikmat ini, maka jagalah ia dan manfaatkanlah ia.
Para hadirin yang dihormati sekelian,
Sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan
dan khidmat bakti tuan kepada IAB sehingga ke akhir perkhidmatan. Sumbangan dan usaha
tuan akan dikenang dan berharap persahabatan akan terus terjalin. Marilah kita memohon
kepada yang Maha Esa pada syawal yang mulia ini agar En. Hashim bin Mohd. Zin yang
diraikan pagi ini dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan, ditambahkan ilmu
pengetahuan, diberikan rezeki berpanjangan, dipermudahkan segala urusan dan memiliki
kehidupan bahagia bersama-sama keluarga tersayang.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli
Jawatankuasa Pelaksana Majlis yang telah bekerja keras bagi menjayakan majlis ini. Tanpa
usaha dan sokongan padu tentunya majlis ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.
61
Penat menampi pulangnya senja Seharian bekerja habis tenaga Bertahun berkhidmat berpisah jua Budi dan jasa dikenang selamanya Tanam legundi tumbuh kelapa Terbit bunga pucuknya mati Budimu tuan tidak kami lupa Sentiasa terpatri di lubuk hati
Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
62
UCAPAN
YBRS. DR. HAJI ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Sempena:
MAJLIS SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT IAB TAHUN 2016
Tarikh:
4 November 2016
Tempat: Auditorium Perdana
Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
Bismillahirrahmannirrahim Assalamu‟alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa Tuan-tuan, puan-puan warga IAB yang saya hormati sekalian.
MUKADIMAH
Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan berkat limpah kurnia-Nya telah mengizinkan kita untuk bersama-sama hadir dalam
Majlis Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IAB Tahun 2016.
Langkah ini menunjukkan iltizam kita bersama untuk terus memperkasakan dan memartabatkan
bahasa kebangsaan kita, selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan dalam
pembinaan sebuah negara bangsa.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
UCAPAN TAHNIAH
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Jabatan Bahasa dan
Komunikasi, Pusat Kepimpinan, Komunikasi dan Pengurusan Pejabat selaku Jawatankuasa
Pelaksana Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IAB Tahun 2016 yang telah
menunjukkan komitmen yang begitu tinggi bagi menjayakan majlis ini.
63
Syabas saya ucapkan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat
datang ke IAB kepada En. Rosman bin Shafie atau lebih dikenali sebagai LY, tetamu Bicara
Bahasa kita pada kali ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
MEMERTABATKAN BAHASA MELAYU
Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini di peringkat IAB banyak aktiviti telah diatur
seperti kuiz, pantun bertema di udara, pertandingan nyanyian lagu irama Malaysia dan
pertandingan menulis sajak. Kempen ini telah berlangsung sepanjang bulan Oktober. Acara
pertandingan ini diharap dapat menyemarakkan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat
IAB. Pada masa yang sama aktiviti ini telah menggamit semua warga IAB untuk menghayati
dan melestarikan bahasa Melayu sebagai wadah memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu ke
arah membina negara bangsa demi mencapai hasrat 1Malaysia.
Hari ini dianggarkan terdapat 7000 bahasa yang masih dituturkan di seluruh dunia dan 10
daripadanya dipertuturkan oleh lebih 3.6 billion penduduk dunia. Bahasa Melayu, bahasa
perantaraan umum yang berakar umbi di tanah air ini tergolong dalam kumpulan 10 bahasa
tersebut dan dipertuturkan oleh lebih 300 juta manusia. Bahasa Melayu telah didaulatkan
semenjak 2000 tahun lalu apabila wujudnya pelbagai kerajaan Melayu awal antaranya Funan
dan Champa sehingga ke zaman kerajaan Kesultanan Melayu Pasai, Perlak, Inderagiri, Melaka,
Johor, Patani, Brunei dan Acheh.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
BAHASA JIWA BANGSA
Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh
masyarakatnya. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat melalui kesatuan masyarakat terhadap
budaya yang diwarisi sejak turun-temurun. Maka tidak hairanlah kita lihat pada hari ini banyak
negara maju masih kekal menggunakan bahasa mereka sendiri sebagai jati diri seperti negara
Perancis, German, Itali dan Jepun yang telah membuktikan bahawa bahasa mereka berupaya
menjadikan mereka masyarakat yang berdaya maju dan dikagumi oleh masyarakat dunia.
64
Budi bahasa budaya kita, inilah antara ungkapan yang menggambarkan peri pentingnya kita
sebagai penutur bahasa Melayu tanpa mengambil kira latar belakang bangsa di tanah air yang
tercinta ini menjadi masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat yang beradab. Bahasa yang
kita tuturkan berupaya menggambarkan sahsiah kita. Kesantunan berbahasa yang kita
perjuangkan dalam kalangan khalayak penuturnya telah mengangkat martabat masyarakat
negara ini sebagai masyarakat yang peramah, bersopan santun, berbudi pekerti mulia dan
berbudi bahasa.
Kita dikagumi oleh masyarakat dunia kerana perpaduan jitu dalam kalangan masyarakat yang
berbilang kaum dan bangsa. Tanpa melihat perbezaan kaum sama ada Melayu, Cina, India,
Iban, Kadazan, Bajau dan lain-lain lagi, kita menggunakan bahasa yang satu, iaitu bahasa
Melayu tanpa prejudis. Bahasa Melayu berupaya menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia yang
mempunyai ciri keistimewaan tersendiri terutamanya diberi jolokan sebagai masyarakat yang
berbudi bahasa, peramah dan melayan tetamu dengan sopan.
Pantun Melayu ada mengungkapkan yang berbunyi :
Yang kurik itu kundi Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sunguhnya
nenek moyang kita menjaga adab dalam pergaulan terutamanya daripada aspek pertuturan.
Gurindam Melayu juga ada mengingatkan kita akan peri pentingnya kita berswadaya
mengekalkan kesantunan dalam berbahasa. Antara lainnya berbunyi:
Kalau cakap tidak cermat Kalau kelakuan tidak hormat Tentu hidup tidak selamat Hal sedemikian juga tergambar dalam seni kata lagu yang sering diperdengarkan seperti:
Tiada kata secantik bahasa Nak kucurahkan rasa Tiada gambar seindah lukisan Nak kutunjukkan perasaan Tiada bahasa secantik puisi Nak kucurahkan isi hati
65
Bahasa menunjukkan bangsa. Bahasa adalah jiwa bangsanya. Bahasa itu sebahagian roh
bangsanya, mencerminkan sejarah, adab tertib, etika dan etiket bangsa dalam sesuatu
peradaban. Perbendaharaan kata sesuatu bahasa menggambarkan khazanah tamadun,
hubungan silang budaya yang berlaku. Bahasa-bahasa utama dunia memiliki perbendaharaan
kata daripada pelbagai bahasa. Bahasa Melayu juga telah mengasimilasikan perkataan
daripada pelbagai kaum di gugusan Kepulauan Melayu serta perkataan dari Barat dan Timur
seperti Arab, Parsi, Portugis, Belanda, Inggeris, China dan India. Elemen pengaruh
mempengaruhi telah memperkayakan bahasa Melayu menjadikannya bahasa yang hidup,
dinamik dan terus berkembang. Oleh yang demikian, kisah kegemilangan bahasa Melayu pada
zaman silam telah membuana di jagat raya namun sekadar mengagumi sejarah silam tidak
mungkin dapat mengangkat martabatnya jika kita sendiri tidak menghargainya. Justeru tuan-
tuan dan puan-puan marilah kita sama-sama menyayangi bahasa Melayu dengan
menuturkannya dengan lenggok bahasa yang betul serta laras yang betul agar ia
mencerminkan nilai budaya, identiti dan kebanggaan rakyat Malaysia serta citra penuturnya.
Nelson Mandela, mantan Presiden Afrika Selatan, pernah berkata, apabila kita bercakap
dengan seseorang dengan menggunakan bahasa yang difahaminya, dia akan menyimpan
percakapan kita dalam kepala. Sekiranya kita bercakap dalam bahasa ibundanya maka dia
akan memyimpan isi percakapan kita dalam hatinya.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
KEHEBATAN BAHASA MELAYU
Kehebatan Bahasa Melayu dibuktikan apabila Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu
ditawarkan sebagai mata pelajaran dalam beberapa universiti di luar negara seperti
Universiti Nasional Moscow, Universiti Amur dan Universiti Timur Jauh (Victor, 2011
dalam Ku Hasnita et. al., 2013). Malah negara China juga mengiktiraf kehebatan bahasa
Melayu dengan mewujudkan Kursi Pengajian Bahasa Melayu di Universiti Pengajian
Asing Beijing. Perkara ini membuktikan bahawa bahasa Melayu telah diterima dan
mampu berfungsi sebagai bahasa ilmu di persada dunia.
66
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
HARAPAN
Amalan mencintai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan perlu dipupuk sebagai asas
kecintaan kita kepada negara dan citra bangsa agar tidak lenyap ditelan zaman.
Bersama-samalah kita berusaha ke arah memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita agar kekal,
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Hadirin dan hadirat sekalian,
PENUTUP
Tingkap papan kayu bersegi Sampan sarat di pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi bangsa kerana bahasa Selasih mekar di tengah desa Mencelah sama kembang melati Bahasa kebangsaan jiwa bangsa Perpaduan disemai bersatu hati Sekian.
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.
67
Sekalung budi
Pn. Mistirine Radin Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)
En.Mazlan bin Samsudin
Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional
Pensyarah Jabatan Bahasa Pusat Kepimpinan Komunikasi dan Pengurusan Pejabat
Unit Media dan Komunikasi IAB
Penerbitan buku Minda Pengarah IAB ini dapat menambah koleksi bahan bacaan di IAB. Koleksi ucapan ini digarap melalui idea pengarah yang disusun oleh pensyarah yang bertanggungjawab terutama Pensyarah Jabatan Bahasa sesuai dengan majlis. Sesungguhnya setiap ucapan pengarah penuh dengan idea bernas dan harapan beliau dalam setiap program yang dirancang di IAB. Semoga dengan koleksi ucapan ini dapat memberi ilmu dan panduan kepada kita semua.
Koleksi titipan minda Pengarah IAB diharapkan dapat mencetus galakkan percambahan fikiran dalam kalangan warga IAB khasnya dan warga KPM amnya. Ia seharusnya dijadikan sebagai wadah perbincangan profesional yang lebih mendalam dan mampu menyuburkan motivasi diri serta kreativiti ke arah kecemerlangan pendidikan. Titipan minda ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang berstruktur dan terancang.
http://iab.moe.edu.my
PN. MISTIRINE RADIN Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)
EN.MAZLAN BIN SAMSUDIN Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional)