MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU
MENGAJAR (ABM) BERTAJUK SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA
MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN TIGA
YAP CHIN KENT
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan
( Biologi )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
iii
DEDIKASI
Untuk ayah, ibu yang disanjungi,
dan keluarga tersayang,
“Pengorbanan kalian menjadi sumber inspirasiku”.
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji
Muslim bin Jonid dan Dr. Arba’at Hassan selaku penyelia Projek Sarjana Muda
kerana sudi membimbing dan menyelia penulis tanpa menjemu-jemu sepanjang
tempoh projek ini sehingga dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tanpa mereka,
projek ini mustahil dijalankan dengan begitu lancar dan baik.
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan dari kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Biologi), kerana
mereka sudi membantu penulis apabila menghadapi masalah semasa menyiapkan
projek ini.
Penghargaan juga diberikan kepada kawan baik penulis yang bernama Ng
Ping dan Mohammad Ali bin Zakaria kerana sentiasa memberi idea yang berguna
serta dorongan kepada penulis semasa menghasilkan projek ini.
Terima Kasih juga diucapkan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak
memberi semangat dan dorongan dalam menghasilkan projek ini.
Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberi bantuan secara langsung atau tidak langsung dalam membantu
penulis menjayakan projek ini.
v
ABSTRAK
Perisian Modul Alat Bantu Mengajar (ABM) bertajuk “Sistem Pembiakan
Manusia” telah dibina berdasarkan Bab 1 dalam sukatan pelajaran Sains tingkatan
tiga berteraskan kepada kurikulum KBSM. Pembinaan perisian ini bertujuan untuk
menambahkan bahan pengajaran berbantukan komputer dalam versi Bahasa Inggeris,
di mana amat kekurangan di pasaran pada masa kini. Salah satu objektif perisian ini
dibina ialah menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan,
bermotivasi, merangsang dan bermakna bagi pengguna khususnya pelajar. Perisian
ini telah dibangunkan supaya pengguna boleh menjadikannya sebagai salah satu
alternatif cara belajar dan juga sebagai cara mendapatkan sumber ilmu. Perisian
Modul ABM ini dibangunkan dengan menggunakan perisian PowerPoint XP sebagai
perisian utama dan perisian-perisian lain iaitu Macromedia Flash MX, Adobe
Photoshop 7.0, Adobe Premiere 5.5, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Gif Animator 5.0,
Herosoft XP 2002 dan Sonic Foundry Sound Forge 4.5. Perisian-perisian tersebut
digunakan untuk menggabungkan grafik, animasi, audio, video dan teks dalam
bentuk yang interaktif yang berupaya menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Perisian ini akhirnya dipakejkan ke dalam
format CD-ROM bagi memudahkan pengedaran. Diharapkan perisian Modul ABM
ini dapat membantu pelajar mengukuhkan kefahaman konsep Sistem Pembiakan
Manusia dan menjadikan pembelajaran Sains lebih bermakna dan menyeronokkan.
vi
ABSTRACT
The teaching aid facilities software known as “Human Reproduction System”
is developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary School
Integrated Curriculum. The development of this software is aimed to increase
teaching materials through computer aids in English language version, which
currently is less in the market. One of the objectives of this software is created to
make teaching more interesting, motivating, inspiring and meaningful, especially to
students. This software is also created for users to use it as an alternative method of
learning and also a source of knowledge. This software is developed using several
available software such as PowerPoint XP, Macromedia Flash MX, Adobe
Photoshop 7.0, Adobe Premiere 5.5, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Gif Animator 5.0,
Herosoft XP 2002 and Sonic Foundry Sound Forge 4.5. These software were used to
combine graphics, animation, audio, video and texts in an interactive forms resulting
in more attractive and effective teaching and learning processes. Finally, this
software is packaged in CD-ROM format for an easy access and distribution. With
hope that this software will help students learning the concept of Human
Reproduction System in an interesting and unique way, so that learning Science will
indeed a happy and a meaningful experience.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Projek 7
1.4 Kepentingan Projek 7
1.5 Skop Projek 8
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 8
viii
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 10
2.1 Definisi Perisian Modul Alat Bantu 10
Mengajar (ABM)
2.2 Definisi Pembelajaran Berbantukan 11
Komputer (PBK)
2.3 Perbezaan di Antara Perisian Modul 12
ABM dan Perisian PBK
2.4 Buku Elektronik 13
2.5 Jenis-jenis ABM 14
2.6 Kriteria ABM yang Baik 15
2.7 Kepentingan Perisian Modul ABM 16
2.8 Kelebihan-kelebihan Perisian Modul 17
ABM
2.9 Kelemahan-kelemahan Perisian Modul 20
ABM
2.10 Definisi Multimedia dan 21
Elemen-elemennya
2.10.1 Aplikasi Multimedia dalam 24
Pengajaran dan Pembelajaran
2.11 Konsep dan Teori Pembelajaran 26
2.11.1 Teori Behaviourisme 27
2.11.2 Teori Konstruktivisme 27
2.11.3 Teori Kognitivisme 28
2.12 Aspek Pedagogi dalam Menggunakan 29
Perisian Modul ABM
ix
BAB III REKA BENTUK PEMBANGUNAN
3.0 Pengenalan 31
3.1 Penentuan Tajuk dan Skop 31
3.1.1 Objektif Pengajaran 32
3.1.2 Kumpulan Sasaran 32
3.1.3 Isi Kandungan Pelajaran 33
3.1.4 Soalan/ Penilaian Pencapaian 33
3.1.5 Aplikasi teori Pengajaran dalam Perisian 34
3.2 Unsur-unsur Motivasi dalam ABM 35
3.2.1 Strategi-strategi Motivasi dalam 36
Reka bentuk Perisian Modul ABM
3.3 Pemilihan Perisian Pembangunan 37
3.3.1 Pemilihan Perisian Multimedia 39
3.4 Pemilihan Perkakasan 41
3.4.1 Spesifikasi Perkakasan Minimum 41
Pengguna
3.5 Carta Alir Perisian 42
BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN
4.0 Pengenalan 44
4.1 Struktur Asas Perisian 45
4.1.1 Paparan Montaj 45
4.1.2 Paparan Menu Utama 46
4.1.3 Paparan Topik 46
4.1.4 Paparan Penilaian 49
4.1.5 Paparan Laman Web 51
4.1.6 Paparan Glosari 52
4.1.7 Paparan Informasi 52
4.1.8 Paparan Aktiviti 53
4.1.9 Paparan Pemikiran Kritis 54
4.1.10 Paparan Panduan Pengguna 54
x
4.2 Pempakejan Perisian 55
4.3 Cara Menggunakan Perisian 56
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.0 Pengenalan 59
5.1 Perbincangan 59
5.1.1 Masalah dan Kesulitan yang Dialami 60
Semasa Pembangunan Perisian
5.2 Kelebihan Perisian 61
5.3 Kelemahan Perisian 63
5.4 Cadangan 63
5.5 Kesimpulan 64
RUJUKAN 65
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbezaan di antara perisian modul ABM dan 12
perisian PBK
3.2 Model ARCS 35
xii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta alir Perisian Secara Umum 43
4.1 Paparan Montaj 45
4.2 Paparan Menu Utama 46
4.3 Paparan Topik Pengenalan 47
4.4 Paparan Topik Sistem Pembiakan Lelaki 47
4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan Perempuan 48
4.6 Paparan Topik Gamet Manusia 48
4.7 Paparan Topik Proses Persenyawaan 48
4.8 Paparan Topik Perkembangan Embrio 49
4.9 Paparan Topik Kelahiran Bayi 49
4.10 Paparan Penilaian Pengetahuan Sedia Ada 50
4.11 Paparan Penilaian Formatif 50
4.12 Paparan Penilaian Sumatif 51
4.13 Paparan Laman Web 51
4.14 Paparan Glosari 52
4.15 Paparan Informasi 53
4.16 Paparan Aktiviti 53
4.17 Paparan Pemikiran Kritis 54
4.18 Paparan Bantuan Pengguna 55
4.19 Pack and Go Wizard dalam PowerPoint XP 56
4.20 True Type Font 57
4.21 Fail Menu Utama 57
4.22 Fail readme 58
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pada alaf baru ini, teknologi maklumat berkembang dengan begitu pesat
sehingga seluruh pelusuk dunia dapat merasakan ledakan revolusi ini. Menurut
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad: “Masyarakat yang menguasai maklumat akan
menguasai dunia.” Di sini jelaslah teknologi maklumat berupaya memberi pelbagai
kemajuan serta perubahan kepada manusia (Sezali Din,1996).
Negara kita turut serta dalam arus kemajuan teknologi maklumat ini.
Bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam menerima kesan ledakan arus IT bagi
mewujudkan generasi manusia yang peka terhadap perkembangan IT. Peranan
komputer menjadi semakin penting di dalam bidang pendidikan sama ada bagi tujuan
pengurusan dan pentadbiran, mahupun di dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Komputer hendaklah dijadikan satu sumber pengajaran dan
pembelajaran untuk membantu guru mencapai objektif pedagoginya dan memberi
peluang kepada pelajar mencuba sesuatu pembelajaran yang baru.
2
Menurut Kemp (1997), komputer merupakan media yang penting ketika ini.
Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan memupuk interaksi secara
kolaboratif dan komputer juga dapat menambahkan peluang untuk pelajar yang lebih
mahir membantu pelajar yang kurang mahir. Interaksi ini agar sukar diwujudkan
terutamanya dalam kelas sains tradisional.
Menurut Rio Sumarni (1996), melalui kesedaran guru tentang manfaat
komputer menjadikan mereka berminat untuk menggunakannya sebagai alat untuk
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidik perlu diperkenalkan
kepada aplikasi teknologi multimedia agar dapat mengubah cara penyampaian
maklumat dalam usaha memperkemaskan pengajaran guru. Ini amat penting supaya
minat dan motivasi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat dicetuskan
dan seterusnya diharapkan dapat mengurangkan masalah keciciran pelajar dalam
pembelajaran.
Menurut Sharifah Alwiah (1984):
Guru menolong kanak-kanak memperoleh kemahiran yang agak
sukar, dan yang penting ialah kemahiran yang melibatkan
pemikiran dan manipulasi idea-idea… Namun begitu, seorang
guru bebas menentukan kaedah pengajarannya.
Berdasarkan kenyataan di atas, seseorang guru boleh menggunakan kaedah
pengajaran yang dirasai sesuai. Walau bagaimanapun, guru perlu mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan dan mengukuhkan
kefahaman pelajar. Salah satu cara mempelbagaikan kaedah pengajaran di sini
bermaksud menggunakan ABM yang pelbagai jenis.
Menurut Rao (1991), komputer boleh dijadikan ABM yang utama dalam
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran
3
melalui komputer dapat mengekalkan ingatan pelajar menjadi lebih lama kerana ia
dapat memberi kefahaman kepada pelajar dengan lebih jelas dan mudah dengan
gabungan elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video.
Menurut Mak (1997), pakar-pakar pendidikan telah membuat kajian iaitu
75% daripada maklumat yang diperoleh oleh manusia adalah melalui deria
penglihatan, 13% melalui deria pendengaran dan selebihnya melalui deria sentuh dan
bau. Daripada kajian di atas, deria penglihatan dan pendengaran merupakan dua
saluran deria yang penting untuk memperoleh maklumat. Dua deria tersebut haruslah
dijadikan sasaran semasa pengajaran di bilik darjah. Oleh sedemikian, ABM
memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
tujuan untuk memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran.
1.1 Latar Belakang Masalah
Menurut Abdul Rahim (1998), guru masih mengamalkan cara pengajaran
yang tradisional yang berpusatkan kepada guru dengan tumpuan utamanya untuk
menyampaikan isi kandungan pelajaran. Walaupun guru-guru menggunakan bahan
pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kebanyakannya adalah terhad
kepada jenis bahan cetak sahaja.
Menurut Ng (1979) menemui beberapa sebab media teknologi kurang
digunakan. Antaranya ialah guru lebih cenderung mengekalkan nilai tradisi dalam
pengajaran mereka dan “takut” kepada inovasi teknologi. Kekurangan pakar media
juga menjadi faktor penghalang.
4
Menurut Abdul Rahim dan Ismail (1990), alat yang digunakan oleh
kebanyakan guru masih lagi berpusatkan kepada buku teks, papan kapur, buku tulis
dan kaedah “cakap dan tulis” dan kaedah “tulis dan tulis” yang begitu disesuaikan
atau menjadi pilihan yang baku di kalangan guru-guru.
Menurut Raja Maznah (1993), kelemahan di sekolah sekarang ialah dari segi
penggunaan sumber pembelajaran sama ada yang berasaskan teknologi elektronik
atau yang tidak elektronik.
Menurut Yeo (1996), berdasarkan kajian yang dijalankan oleh UNESCO, di
kebanyakan negara di rantau ini, termasuk Malaysia masih terdapat kaedah
pengajaran guru yang autokratik, formal dan tradisional. Kebanyakan penyampaian
hanya dalam bentuk satu hala dengan guru bercakap, membaca dan berkuliah,
manakala pelajar hanya merupakan peserta yang pasif.
Menurut Azman (1990), pembelajaran merupakan suatu proses yang
memerlukan interaksi 4 komponen utama iaitu pelajar, pengajar, pendekatan dan
bahan pembelajaran. Dalam era sains dan teknologi ini, bahan pembelajaran bukan
sahaja terhad kepada buku dan alat tulis tetapi ia juga meliputi alat-alat elektronik
yang canggih seperti video dan komputer. Alat-alat teknologi ini dengan sendirinya
tidak boleh berbuat apa-apa tetapi cara ia digunakan dan apa yang disampaikan
melaluinya yang boleh menghasilkan pembelajaran.
Okey (1985) menyatakan pelajar akan hilang minat terhadap pelajaran
disebabkan oleh beberapa faktor seperti bahan pembelajaran tidak menepati objektif
pengajaran, organisasi isi kandungan tidak tersusun, persekitaran pembelajaran yang
kurang memuaskan dan pendekatan yang statik.
5
Penggunaan ABM yang baik dan berkesan akan menarik minat golongan
pelajar untuk menerokai setiap ilmu yang ada dengan kerelaan hati mereka sendiri.
Guru-guru hendaklah menggunakan pendekatan pengajaran yang bijaksana atau
berkesan sekiranya mereka ingin menarik minat pelajar.
Pelajar-pelajar masa kini memerlukan pelbagai rangsangan untuk
meningkatkan prestasi mereka. Kaedah pengajaran secara lama menimbulkan rasa
bosan dan kurang menarik jika dibandingkan dengan penggunaan ABM yang sesuai
yang dibina oleh guru, diyakinkan boleh menimbulkan rangsangan positif dalam
pembelajaran.
Kekurangan perisian tempatan untuk pengajaran dan pembelajaran menjadi
persoalan utama dalam melaksanakan pendidikan teknologi di negara kita.
Kebanyakan perisian yang dihasilkan di negara lain mempunyai masalah dari segi
bahasa, kesesuaian dengan sukatan pelajaran, penerapan nilai dan tidak mencirikan
budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.
1.2 Pernyataan Masalah
Menurut Rio Sumarni (1996), menyatakan kesanggupan guru untuk membina
perisian adalah tidak menggalakkan. Ini mungkin disebabkan oleh kesibukan
seseorang guru dalam bidang tuanya serta kekurangan kepakaran di antara guru.
Justeru itu, faktor sedemikian telah menjadi satu punca kekurangan perisian
tempatan.
Menurut Lokman (1997), kerajaan menaruh harapan yang begitu tinggi
kepada institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan untuk melahirkan pakar-pakar yang
6
mampu membangunkan kandungan perisian agar tidak terlalu bergantung kepada
hasil dari negara maju.
Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan (1992) menyatakan guru perlu
mempelbagaikan teknik pengajaran dan tidak bergantung semata-mata dengan buku
teks. Pelajar yang serius belajar sebenarnya ingin menguasai beberapa konsep yang
sukar serta mendapatkan maklumat tambahan mengenai isi kandungan yang diajar.
Sekiranya guru terlalu bergantung kepada buku teks, ini akan menyebabkan pelajar
bertindak pasif, membuat bising serta mengganggu pelajar yang lain.
Kajian yang dilakukan oleh Sumilah Marto (1995) mendapati bahawa faktor-
faktor yang menghalang penggunaan media ialah beban tugas guru, kurang
pendedahan dan kemahiran dalam bidang media pendidikan, kekurangan
kemudahan fizikal dan infrastruktur serta kekurangan koleksi sumber media.
Pembinaan perisian multimedia untuk pendidikan adalah satu tugas yang
berat bagi para pendidik untuk dilaksanakan ekoran negara kita pada masa kini masih
lagi baru dalam penghasilan multimedia yang berunsurkan pendidikan.
Daya imaginasi dan tahap kognitif bagi pelajar adalah berbeza-beza. Kadang
kala pelajar sukar membayangkan sesuatu perkara abstrak yang ingin disampaikan
oleh guru. Guru juga menghadapi kesukaran menerangkan sesuatu konsep yang
abstrak secara berkesan tanpa menggunakan ABM yang baik.
Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, sebuah perisian modul ABM
akan dibina untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
7
1.3 Objektif Projek
Objektif pembinaan perisian modul ABM berasaskan komputer ini ialah:
i) Membangunkan sebuah perisian modul ABM berasaskan PowerPoint XP
bertajuk Sistem Pembiakan Manusia dalam mata pelajaran Sains tingkatan
tiga yang bersesuaian dengan kehendak KBSM.
ii) Menambahkan koleksi perisian modul ABM yang menggunakan Bahasa
Inggeris dalam penyampaian isi pelajaran.
1.4 Kepentingan Projek
Perisian multimedia ini akan memperkaya dan mempelbagaikan lagi perisian
untuk mata pelajaran Sains Tingkatan Tiga KBSM yang dianggap kurang di pasaran.
Perisian ini juga menjadi pemangkin dalam menjayakan matlamat pendidikan untuk
Sekolah Bestari.
Perisian multimedia ini berupaya meringankan beban guru di samping
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perisian ABM ini
membantu pelajar memahami konsep asas dalam tajuk sistem pembiakan manusia
dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka.
Perisian multimedia ini bertujuan memberi gambaran yang lebih jelas kepada
pelajar tentang konsep sistem pembiakan manusia. Beberapa konsep yang abstrak
berupaya dipersembahkan melalui grafik, animasi, video dan audio. Unsur yang
8
menarik memberi peluang kepada pelajar meningkatkan ingatan jangka pendek
kepada ingatan jangka panjang.
1.5 Skop Projek
Skop projek adalah membangunkan sebuah perisian modul ABM bagi topik
Sistem Pembiakan Manusia yang bersesuaian dengan mata pelajaran Sains KBSM
Tingkatan Tiga. Antara isi kandungan dalam modul ABM berasaskan komputer ini
meliputi sistem pembiakan lelaki, sistem pembiakan perempuan, gamet manusia,
proses persenyawaan, perkembangan embrio dan kelahiran bayi.
Penilaian formatif dan sumatif dimasukkan ke dalam perisian ini untuk
menguji pengetahuan pelajar dari semasa ke semasa. Beberapa maklumat tambahan
turut disertakan untuk memberi pengetahuan tambahan kepada pelajar-pelajar.