Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Untuk memetik artikel ini:
Ahmad, A. M., Yusof, F., Mohd Jamil, M. R., & Ishak, M. K. (2017). Melaksanakan aktiviti etika dan nilai: Pendekatan ISM. Simposium
Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).
117
MELAKSANAKAN AKTIVITI ETIKA DAN NILAI: PENDEKATAN
ISM
Abdul Muqsith Ahmad (Pengarang Penghubung)
Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya
Zaharah Hussin
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
Farazila Yusof
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya
Mohd Ridhuan Mohd Jamil
Politeknik Nilai
Ma Kalthum Ishak
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Aspek penerapan etika dan nilai yang berkesan kini muncul sebagai satu bidang yang penting dalam
penyelidikan khususnya di Malaysia. Keperluan ini telah meningkat di sebabkan oleh kerosakan akhlak dan juga
masalah sosial yang semakin berleluasa bagi generasi muda. Justeru itu, kajian ini cuba membangunkan satu
model etika dan nilai berasaskan aktiviti inkuiri bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan
Kemahiran Malaysia dan ianya penting sebagai satu usaha ke arah mengurangkan permasalahan sosial yang
menimpa generasi muda melalui penerapan etika dan nilai berasaskan aktiviti ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.Pelbagai elemen aktiviti berkaitan etika dan nilai telah dikenalpasti daripada kajian
literatur dan dibentangkan kepada sekumpulan pakar bagi mendapatkan konsensus mereka. Konsensus di
peroleh melalui satu set soal selidik dan dijalankan bagi menentukan kedudukan elemen aktiviti tersebut.
Seterusnya, elemen aktiviti ini di pasangkan secara berulang sehingga terbangunnya satu model yang
membentuk elemen aktiviti penerapan etika dan nilai berbantukan perisian concept star.Seramai 9 orang pakar
yang berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang yang terdiri dari pengajar, pembuat dasar, penyelidik
bidang etika dan nilai dan juga pakar kurikulum. Sebanyak 34 elemen aktiviti telah dikenalpasti berdasarkan
literatur dan hasil kesepakatan pakar, hanya 30 elemen yang di masukkan sebagai komponen model.
Berdasarkan model yang dibangunkan, elemen aktiviti yang mempunyai kuasa memandu paling tinggi adalah
elemen pengajar merancang topik pembelajaran dari sumber yang ilmiah dan elemen yang mempunyai kuasa
penggantungan paling tinggi adalah pelajar menjalankan refleksi kendiri selepas sesi pembelajaran.Secara
keseluruhannya, model telah berjaya dibentuk dan ia boleh dijadikan garis panduan serta satu alternatif bagi
menerapkan aspek etika dan nilai.
Kata kunci: Etika; Nilai; Aktiviti; Interpretive Structural Modelling (ISM)
PENGENALAN
Kertas kerja ini merupakan fasa kedua kajian dimana fasa kritikal ini merupakan fasa pembangunan model etika
dan nilai berasaskan aktiviti inkuiri bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia.
Secara keseluruhannya, terdapat tiga fasa dalam kajian ini iaitu analisis keperluan, pembangunan model dan
penilaian kebolehgunaan. Fasa pertama menggunakan kaedah tinjauan telah dijalankan di tiga institut latihan
kemahiran yang mewakili sektor awam, badan berkanun dan swasta. Dapatan telah dianalisa menggunakan
SPSS yang melibatkan 20 soalan berkenaan etika dan nilai. Dan dapatan kajian menunjukkan bahawa 72.91 %
pelajar mengaku terlibat dengan masalah etika dan nilai sekali sepanjang pengajian mereka di Institut Latihan
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
118
Kemahiran. Ini memberi kewajaran agar satu model dibangunkan bagi meningkatkan etika dan nilai dalam diri
pelajar seterusnya nilai tambah kepada pelajar ketika menempuhi alam pekerjaan. Fasa kedua pula melibatkan
penggunaan pendekatan Interpretive Structural Modelling (ISM) yang memerlukan sekumpulan pakar bidang
dalam membuat keputusan secara konsensus. Fasa penilaian kebolehgunaan yang merupakan fasa terakhir
kajian ini telah menggunakan teknik fuzzy Delphi dalam menilai persepsi dan kepuasan para pelaksana terhadap
model yang telah dibangunkan. Oleh yang demikian, artikel ini membincangkan mengenai pembangunan model
etika dan nilai dengan mengaplikasikan teknik Interpretive Structural Modelling (ISM).
LATAR BELAKANG KAJIAN
Dewasa ini, pelbagai kajian yang memfokuskan penerapan aspek pembangunan etika dan nilai telah mula
menjadi salah satu cabang bidang penyelidikan. Penyataan yang di nyatakan oleh Weisul dan Merrit, (2002)
bahawa ‘pelajar hari ini mungkin menjadi penjenayah di masa hadapan’ harus difikirkan secara serius oleh
semua pihak berkepentingan. Jika difikirkan secara mendalam, tiada pihak yang mahukan perkara sedemikian
berlaku. Tujuan sesuatu kursus dibangunkan adalah bagi melahirkan modal insan yang baik. Penyataan
demikian dinyatakan memberikan satu petanda bahawa perlunya satu mekanisme yang berkesan di bangunkan
agar ianya dapat menghindari permasalahan sosial dari terus membarah sehingga merencatkan keharmonian
masyarakat. Mekanisme ini harus disegerakan memandangkan pelajar hari ini merupakan pemimpin masa
hadapan. (Aishah, Junaida & Mahadir, 2012). Bagi tujuan itu, mekanisme yang paling berkesan untuk dijadikan
alternatif dalam mengurangkan permasalahan ini adalah melalui pengajaran dan pembelajaran.
Jika disorot kembali literatur, permasalahan mengenai etika dan nilai bukanlah sesuatu yang baru. Bagi aspek
etika, laporan kajian di peringkat global menyatakan 70% pelajar di institusi pendidikan tinggi di Romania
mengamalkan tingkah laku yang tidak beretika (Iorga, Ciuhodaru, Romedea, 2013). Selain itu, bukti-bukti yang
diterima menunjukkan permasalahan ini sentiasa meningkat dari semasa ke semasa (Simkin and Mcleod, 2010).
Hasil dapatan kajian luar negara juga menunjukkan keselarian dengan laporan-laporan dalam negara. Hal ini di
buktikan melalui kajian Khalidah, Rohani dan Mashitah (2010) di Intitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
dimana dapatan kajian yang diperoleh mendapati bahawa kelakuan pelajar terhadap aspek tidak beretika adalah
tinggi. Dapatan ini mengukuhkan lagi melalui kajian yang dijalankan Abdul Muqsith et. al., (2016) dimana
kajiannya terhadap pelajar seni mushaf di Kolej Restu mendapati bahawa secara keseluruhannya menunjukkan
penglibatan pelajar terhadap kelakuan yang tidak beretika adalah sangat tinggi dengan mencatatkan 62.94%.
Ditegaskan juga bahawa pelajar seni mushaf ini cenderung untuk melakukan kelakuan yang tidak beretika
sekurang-kurangnya sekali sepanjang pengajiannya. Dapatan ini berbeza dengan dapatan yang diperoleh
Shazaitul Azreen dan Maisarah (2016) dimana kajiannya terhadap para pelajar di Universiti Awam Malaysia
mendapati bahawa kesedaran pelajar terhadap aspek beretika bervariasi iaitu campuran antara tinggi dan rendah.
Namun begitu, kajian ini menunjukkan bahawa pelajar kejuruteraan mempunyai tahap kesedaran yang rendah
berbanding pelajar aliran sains dan sosial sains. Di peringkat domestik pula, kajian berkaitan akhlak begitu
banyak dijalankan oleh para sarjana. Kupasan mengenai konsep, definisi remaja dan belia, konsep akhlak,
konsep akidah dan hubunganya dengan tingkah laku manusia. Penegasan dibuat oleh Rohana dan Norhusni
(2014) menyatakan tingkah laku yang positif adalah berhubung kait serta didorong oleh amalan dan penerapan
nilai-nilai akhlak dan akidah. Kepentingan dalam memantapkan nilai yang ada dalam diri melalui kerohanian
perlu dalam membentuk tingkah laku yang positif dan baik. Hasil kajian yang dijalankan Khairani (2013) pula
menunjukkan bahawa kaedah pembangunan akhlak menurut al-Ghazali boleh digunapakai dan di amalkan oleh
golongan pengajar dalam program tarbiah sekolah agama di negeri Kedah. Pembelajaran ini sangat signifikan
dan releven dalam dalam konteks membentuk akhlak pelajar. Manakala, pendapat Khalim dan Wan Zulkifli
(2009) pula menyatakan bahawa bagi mengatasi permasalahan tingkah laku pelajar, pendekatan Islam adalah
sesuai digunakan. Hal ini dibuktikan hasil dari satu program pemulihan yang telah dianjurkannya. Selain itu
juga Ajmain et. al., (2013) memperihalkan keperluan kurikulum akhlak dalam melahirkan pelajar muslim
berakhlak dalam melahirkan modal insan yang baik dalam konteks Malaysia. Tambahnya lagi, pendidikan
modal insan yang bersifat holistik sangat diperlukan ketika ini dalam melahirkan para ilmuwan yang bukan
sahaj berilmu malah berakhlak mulia melalui penerapan nilai dalam melaksanakan tanggungjawab di muka
bumi ini.
Oleh yang demikian, pengkaji merasakan terdapatnya satu kewajaran bagi membangunkan satu model
pelaksanaan etika dan nilai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini mampu meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan
berketrampilan seterusnya mempunyai akhlak serta nilai yang baik. Saranan keperluan membangunkan model
ini selari dengan cadangan yang dicadangkan oleh Muhammad Khairi, (2016); Abdul Muqsith et al., (2016).
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
119
OBJEKTIF
Hasil kajian literatur yang dijalankan, terdapat keperluan untuk membangunkan sebuah model yang
memfokuskan penerapan etika dan nilai yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi program
kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk :
i. Mengenalpasti elemen-elemen etika dan nilai bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
ii. Membangunkan model berstruktur menggunakan ISM
STRUKTUR KAJIAN
Bahagian seterusnya membincangkan mengenai pengenalpastian pembolehubah atau elemen etika dan nilai
dalam pengajaran dan pembelajaran, metodologi ISM dalam mengenalpasti elemen model dan analisis bagi
mengenalpasti kuasa memandu dan kuasa pergantungan setiap elemen yang terkandung dalam model yang
dibangunkan. Akhir sekali, kesimpulan kajian dibentangkan.
PENGENALPASTIAN ELEMEN ETIKA DAN NILAI
Pada peringkat ini, pengkaji menggunakan Nominal Group Technique (NGT) ubahsuai bagi mengenalpasti isu
dan masalah. NGT klasik yang diperkenalkan oleh Delbecq, Van de Vend dan Gustafson (1975) merupakan satu
proses menyamaratakan pendapat individu dengan konsesus dicapai oleh setiap pakar dengan cara pengundian.
Pendapat Dang (2015) menegaskan bahawa NGT merupakan kaedah terbaik untuk menjana idea yang
menghubungkan kepada satu isu, masalah atau fenomena. Bagi kajian ini, para pakar yang dipilih telah
dipertemukan dalam sebuah perbengkelan bagi memudahkan kajian dijalankan. Perbengkelan ini akan
dikendalikan oleh seorang moderator bagi memudahkan proses komunikasi dijalankan. Bagi persampelan NGT,
ia boleh dijalankan ke atas satu kohort atau kumpulan yang besar (Lomax & McLeman, 1984; Dobbie et al.,
2004) namun ia boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil agar komunikasi yang efektif dapat
dijalankan. Pandangan Habibah et al. (2016) menyatakan bahawa bilangan ahli yang sesuai bagi Nominal Group
Technique (NGT) adalah 7 hingga 14 orang. Proses NGT yang telah dijalankan bermula dengan pengkaji pada
awalnya menyenaraikan senarai elemen aktiviti yang sesuai dijalankan bagi penerapan elemen etika dan nilai
untuk pelajar kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia. Senarai elemen aktiviti ini tercetus
hasil gabungan tiga model utama (rujuk Jadual 1) serta perbincangan daripada pakar. Senarai awal ini perlu
dirujuk terlebih dahulu kepada pakar sebagai pengesahan dan juga akan digunakan sebagai panduan bagi
memulakan sesi perbengkelan. Hal ini membolehkan masa perbincangan dipendekkan. Namun begitu, pakar
boleh memberi respon samada bersetuju atau tidak bersetuju dengan senarai awal elemen aktiviti yang
dibentangkan. Hanya aktiviti-aktiviti yang mencapai kesepakatan bersama sahaja yang dimasukkan ke dalam
model yang dibangunkan. Pakar-pakar juga di benarkan menyatakan idea-idea tambahan yang difikirkan perlu
bagi model. Senarai akhir elemen untuk model Eni berasaskan aktiviti kemudiannya akan dimasukkan ke dalam
perisian concept star untuk tujuan melihat kepada keutamaan. Bagi konteks kajian ini, terdapat beberapa
langkah asas dalam menjalankan NGT ubahsuai seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ridhuan (2016) dan
Mohd Paris (2016):
i. Penerangan tentang kajian yang akan dijalankan
ii. Proses pencetusan idea oleh peserta kajian
iii. Perkongsian idea di antara peserta kajian
iv. Perbincangan item, tema dan elemen bagi isu yang dikaji
v. Proses pengundian peserta kajian
Jadual 1. Sandaran Tiga Model Utama
Model Inkuiri
(Albert Learning, 2004)
Virtue Theory Model
(Aristotle 384-322 B.C.; Weiss,
2006; Jennings, 2006; Khalidah,
Rohani & Mashitah, 2010)
Model Nilai (Miskawaih 1398;
Al-Ghazali, 1980; Zaharah
Hussin, 2008)
Perancangan Integriti Hubungan dengan Allah
Pengumpulan Maklumat Kejujuran Hubungan dengan Manusia
Pemprosesan Maklumat Hormat Hubungan dengan Alam
Pembentukan Maklumat Kawalan Diri Hubungan dengan Diri
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
120
Perkongsian Maklumat Keberanian
Penilaian
Bersandarkan model-model dalam Jadual 1, pengkaji telah menamakan setiap dimensi bagi tujuan
pemahaman dalam pembentukan elemen aktiviti model ENI berasaskan aktiviti-inkuiri bagi program kemahiran
kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia. Kesemua model ini juga di persetujui oleh kesemua pakar
untuk dijadikan asas kepada pembentukan elemen aktiviti ke atas model ENI yang akan dibangunkan.Jadual 2
menunjukkandapatan data nominal teknik group:
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
121
Jadual 2. Dapatan Data Nominal Teknik Group: Kedudukan keutamaan elemen Model Eni berasaskan aktiviti inkuiri bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan
Kemahiran Malaysia
Elemen Aktiviti Inkuiri P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 Jumlah
Skor
Peratus
(%)
Status
Penilaian
Rank
1 Pengajar bertanggungjawab membimbing pelajar dalam
pencarian maklumat. 7 7 7 6 7 7 7 7 55 98 Terima 1
2 Pengajar amanah dalam memantau rekod kehadiran pelajar
di dalam kelas.
6 7 6 7 7 7 6 7 53 95 Terima 2
3 Pelajar menepati masa dalam menghadiri kelas yang
dijalankan.
6 7 6 7 7 7 6 7 53 95 Terima 2
4 Pengajar menetapkan tempoh masa bagi sesi pembelajaran
untuk ditepati oleh pelajar.
6 7 6 7 6 7 6 6 51 91 Terima 3
5 Pengajar adil dalam membuat penilaian hasil
pembentangan yang dijalankan oleh pelajar.
6 7 6 7 6 6 6 5 49 88 Terima 4
6 Pengajar merancang topik pembelajaran dari sumber
ilmiah.
6 7 6 7 7 7 6 7 53 95 Terima 2
7 Pelajar merekodkan maklumat yang diperoleh dari sumber
yang ilmiah.
6 7 6 7 7 7 7 6 53 95 Terima 2
8 Pengajar secara professional menjalankan pemerhatian
terhadap proses pembelajaran yang berlaku.
7 7 6 7 7 7 7 7 55 98 Terima 1
9 Pelajar mendapatkan bahan yang berkaitan dengan tema
pembelajaran secara bijaksana.
7 7 6 7 7 7 7 7 55 98 Terima 1
10 Pelajar memilih maklumat yang berkualiti berkaitan tema
pembelajaran.
7 7 5 6 7 7 7 5 51 91 Terima 3
11 Pengajar ikhlas memuji hasil dapatan pelajar bagi
meningkatkan keyakinan. 7 7 5 6 7 7 6 6 51 91 Terima 3
12 Pengajar jujur membetulkan kesalahan dalam
pembentangan pelajar.
7 6 6 7 7 7 7 6 53 95 Terima 2
13 Pengajar telus dalam menjalankan ujian bagi menguji
pemahaman pelajar.
6 6 6 7 7 7 6 6 51 91 Terima 3
14 Pelajar menghargai teguran yang di lontarkan pengajar
bagi tujuan penambahbaikan.
6 7 6 7 7 7 6 7 53 95 Terima 2
15 Pelajar membentuk kumpulan perbincangan secara adil. 7 7 6 7 7 7 7 7 55 98 Terima 1
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
122
* P = Pakar
*Peratusan Penerimaan ≥ 70%
16 Pengajar meminta pelajar membandingkan maklumat yang
diperoleh dengan rakan secara bekerjasama.
7 7 6 7 7 6 6 7 53 95 Terima 2
17 Pelajar tolong menolong dalam membangunkan semula
maklumat yang diperoleh 7 7 6 7 7 7 7 7 55 98 Terima 1
18 Pelajar yakin mempersembahkan hasil maklumat yang
diperoleh kepada pengajar dan rakan
5 7 6 6 7 7 6 5 49 88 Terima 4
19 Pelajar berkongsi penemuan baru dengan pengajar dan
rakan secara positif.
5 7 6 7 7 7 5 7 51 91 Terima 3
20 Pelajar memberi perhatian terhadap arahan yang
disampaikan oleh pengajar
5 7 6 7 7 7 6 6 51 91 Terima 3
21 Pengajar memandu pelajar dalam proses pengumpulan
maklumat secara sistematik. 5 6 6 7 6 7 5 5 47 84 Terima 5
22 Pengajar merangka tema pembelajaran yang akan
dijalankan.
7 6 6 7 6 7 7 5 51 91 Terima 3
23 Pengajar menyatakan objektif pembelajaran kepada pelajar
dengan jelas.
7 7 6 7 7 7 7 7 55 98 Terima 1
24 Pelajar bersoal jawab secara terbuka bersama pengajar
berkaitan maklumat yang diperolehi.
7 7 6 6 7 7 7 6 53 95 Terima 2
25 Pengajar berdedikasi dalam menyediakan bahan
pembelajaran.
7 7 6 7 7 7 7 7 55 98 Terima 1
26 Pelajar komited membuat rumusan hasil maklumat yang
diperoleh.
6 7 6 7 7 6 6 6 51 91 Terima 3
27 Pengajar memberi penekanan terhadap kriteria jawapan
yang dikehendaki.
6 7 7 7 7 6 7 6 53 95 Terima 2
28 Pengajar kreatif merangsang pemikiran pelajar di dalam
set induksi
6 6 7 7 7 6 6 6 51 91 Terima 3
29 Pelajar berdisiplin menyusun maklumat yang diperoleh
mengikut keutamaan.
6 6 7 7 7 5 5 6 49 88 Terima 4
30 Pelajar menjalankan refleksi kendiri selepas sesi
pembelajaran
6 6 7 7 6 5 5 5 47 84 Terima 5
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
123
Hasil dari pengundian yang dibuat dan dapatan yang diperoleh berdasarkan Jaudal 2, senarai elemen aktiviti
inkuiri mengikut kedudukan keutamaan yang telah disepakati dan diterima oleh kumpulan pakar yang dipilih
untuk digunapakai dalam membangunkan model. Analisa dapatan bagi tujuan ini menggunakan pengukuran
skala 7 mata. Bersandarkan analisis dapatan undian ini, senarai akhir elemen telah disusun mengikut ranking
keutamaan seperti yang disenaraikan. Kedudukan keutamaan ini sangat penting kerana ia merupakan salah satu
prosedur yang mesti dijalankan sebelum dimasukkan ke dalam perisian concept star.
INTERPRETIVE STRUCTURAL MODELLING (ISM)
ISM boleh digunakan sebagai satu alat untuk mengenalpasti atau menyelesaikan masalah yang kompleks
terhadap sesuatu permasalahan dan isu (Warfield, 1974; Sage, 1977). Di samping itu juga, ia memberikan kita
satu tata cara alternatif dalam menyelesaikan kerumitan sebagai contoh mengenalpasti pembolehubah (Mandal
& Deshmukh, 1994; Jharkharia & Shankar, 2005; Luthra, Kumar, Kumar & Haleem, 2011). ISM merupakan
hasil interpretasi atau konsensus dari sekumpulan pakar kajian dalam menentukan hubungan serta perkaitan
sesuatu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Dalam konteks kajian ini, seramai 9 orang pakar yang
terdiri daripada pelbagai kepakaran telah dipertemukan dalam sebuah perbengkelan bagi sesi pengundian bagi
membangunkan satu model pelaksanaan etika dan nilai. Berikut adalah langkah-langkah menjalankan ISM
berdasarkan saranan oleh Kumar et al., (2013):
Langkah 1: Pemboleh ubah atau elemen disenaraikan; dalam kajian ini, elemen penerapan etika dan nilai bagi
program kemahiran kejuruteraan telah dikenalpasti sebagai pembolehubah kajian ini.
Langkah 2: Menentukan frasa hubungan dan frasa kontekstual; dalam konteks kajian ini frasa hubungan dan
frasa kontekstual adalah seperti berikut:
Frasa Hubungan:Keutamaan elemen aktiviti……….. mesti menjadi keutamaan berbanding
elemen aktiviti ………..
Frasa Kontekstual:Bagi penerapan etika dan nilai pelajar kemahiran kejuruteraan………..
Langkah 3: Peringkat ini dijalankan dengan menggunakan bantuan perisian ISM iaitu concept star. Pasangan
elemen aktiviti akan dipaparkan oleh perisian untuk membolehkan para pakar membuat keputusan melalui
pengundian terhadap hubungan elemen yang dipaparkan sebelum paparan elemen seterusnya dipaparkan. Proses
ini berulang sehingga semua elemen telah dipasangkan dan terbinanya model.
Langkah 4:Reachability matrix dilakukan hasil bantuan perisian setelah semua elemen telah berjaya
dipasangkan. Perisian ini pada asasnya diterbitkan hasil sebuah model berasaskan perbandingan konsep
pasangan pintar dan transitif logik. Transitif logik menyatakan bahawa mana-mana antara 3 elemen (A, B, C)
berhubungan apabila :
- A mempunyai hubungan dengan B, (ditulis, A→ B)
- Dan B mempunyai hubungan dengan C, (ditulis B→C)
- Kemudian, A mempunyai hubungan dengan C, (A→C atau A→B→C)
Langkah 5:Reachability matrix yang di peroleh pada langkah 4 kemudiannya dibahagikan kepada beberapa
peringkat pengelasan.
Langkah 6: Pengelasan aktiviti berdasarkan daripada hubungan yang telah diberikan dalam reachability matrix,
ia dibina berdasarkan kluster driving power dandependence power.
Langkah 7: Paparan graf menunjukkan pembentukan model etika dan nilai yang telah dibentuk.
SSIM DAN REACHABILITY MATRIX
Bagi kajian ini, responden yang terlibat adalah terdiri daripada sekumpulan pakar yang mempunyai pengalaman
yang luas dalam bidang pendidikan. Seramai 9 orang pakar telah dipertemukan dalam satu perbengkelan bagi
membolehkan pembangunan model penerapan etika dan nilai berasaskan aktiviti inkuiri dapat dijalankan. Para
pakar terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran termasuklah dari bidang kemahiran kejuruteraan, kurikulum
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
124
pendidikan etika dan pendidikan nilai. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Siti Farhah dan
Saedah (2015) dimana beberapa kriteria perlu dipenuhi oleh seorang pakar adalah (i) individu yang mempunyai
pengetahuan luas serta latar belakang atau pengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan kajian ; (ii)
Kerelaan dan kesesuaian masa untuk mengambil bahagian ; (iii) mempunyai kebolehan komunikasi yang baik ;
(iv) Mempunyai pengalaman melebihi 5 tahun. Bagi konteks kajian ini, SSIM terbina menggunakan aplikasi
perisian concept star. Namun begitu, bagi tujuan pemahaman lanjutan mengenai kuasa memandu dan kuasa
pergantungan, maka kajian ini telah menjalankan reachability matrix bagi melihat perkaitan keutamaan elemen.
Dapatan reachability matrix yang diperoleh dapat dilihat pada Jadual 3.
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
125
Jadual 3:Reachability Matrix
AI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 DP
1 1 1 1 1 1 0 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 24
2 0 1 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 0 0 1 1 1 0 0 0 0 0 1 1 0 0 1 10
3 1 1 1 1 1 0 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 24
4 0 1 0 1 1 0 0 0 0 0 1 1 1 0 0 0 0 1 1 1 1 0 0 1 0 1 1 1 0 1 15
5 0 1 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 0 0 1 1 1 0 0 0 0 0 1 1 0 0 1 10
6 1 1 1 1 1 1 1 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 27
7 1 1 1 1 1 0 1 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 26
8 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 29
9 1 1 1 1 1 0 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 24
10 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 30
11 0 1 0 1 1 0 0 0 0 0 1 1 1 0 0 0 0 1 1 1 1 0 0 1 0 1 1 1 0 1 15
12 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 1 6
13 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 2
14 1 1 1 1 1 0 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 24
15 1 1 1 1 1 0 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 24
16 1 1 1 1 1 0 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 24
17 1 1 1 1 1 0 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 25
18 0 1 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 0 0 1 1 1 0 0 0 0 0 1 1 0 0 1 10
19 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 1 6
20 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 0 0 0 1 1 0 0 0 0 0 1 1 0 0 1 7
21 0 1 0 1 1 0 0 0 0 0 1 1 1 0 0 0 0 1 1 1 1 0 0 1 0 1 1 1 0 1 15
22 1 1 1 1 1 0 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 24
23 1 1 1 1 1 1 1 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 28
24 0 1 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 0 0 1 1 1 0 0 0 1 0 1 1 0 0 1 11
25 1 1 1 1 1 0 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 24
26 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 1 6
27 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 1 6
28 0 1 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 0 0 1 1 1 0 0 0 1 0 1 1 1 0 1 12
29 1 1 1 1 1 0 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 24
30 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1
DEP 15 23 15 18 23 3 5 2 15 1 18 28 29 15 15 15 6 23 28 24 18 15 3 19 15 28 28 19 15 30
Nota : Elemen AI :- Aktiviti Inkuiri DP :- Driving Power DEP: Dependence Power
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
126
Berpandukan pada jadual reachability matrix yang telah dibangunkan bagi model etika dan nilai, ianya akan
diintrepetasikan berdasarkan kuasa memandu (driving power) dan kuasa penggantungan (dependence power).
Jika dirujuk pada jadual 3, jumlah nombor yang di tunjukkan pada bahagian hujung paksi mendatar mewakili
kuasa memandu (driving power) manakala bagi paksi yang menegak pula, jumlah nombor yang ditunjukkan
mewakili kuasa penggantungan (dependence power). Contohnya, kuasa memandu bagi elemen aktiviti 1 adalah
24 yang bermaksud aktiviti ini mesti dijalankan terlebih dahulu sebelum elemen aktiviti yang lain dijalankan
kecuali elemen 6,7,8,10,17 dan 23. Manakala kuasa penggantungan bagi elemen aktiviti 1 pula adalah 15.
Seterusnya, reachability matrix yang telah dibina akan dipecahkan mengikut tahap pengaruhnya. Kesemua
elemen aktiviti akan dipecahkan mengikut reachibility set dan antesedent set seperrti yang ditunjukkan dalam
Jadual 4. Pecahan ini penting jika sekiranya ISM dijalankan secara manual tanpa bantuan perisian concept star.
Namun begitu, pecahan ini dijalankan ke atas model etika dan nilai sekadar bertujuan untuk mengkaji serta
mentafsir model ini dengan lebih mendalam.
Jadual 4. Level of Partition
Ele
me
n
Reachability Set Antesedent Set Persilangan Le
vel
1 1,2,3,4,5,9,11,12,13,14,15,16,18,19,20,
21,22,24,25,26,27,28,29,30 1,3,6,7,8,9,10,14,15,16,17,22,23,25,29
1,3,9,14,15,
16,22,25,29 9
2 2,5,12,13,18,19,20,26,27,30 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,14,15,16,17,18,21,
22,23,24,25,28,29 2,5,18 5
3 1,2,3,4,5,9,11,12,13,14,15,16,18,19,20,
21,22,24,25,26,27,28,29,30 1,3,6,7,8,9,10,14,15,16,17,22,23,25,29
1,3,9,14,15,
16,22,25,29 9
4 2,4,5,11,12,13,18,19,20,21,24,26,27,28
,30
1,3,4,6,7,8,9,10,11,14,15,16,17,21,22,23,
25,29
4,11,21 8
5 2,5,12,13,18,19,20,26,27,30 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,14,15,16,17,18,21,
22,23,24,25,28,29 2,5,18 5
6 1,2,3,4,5,6,7,9,11,12,13,14,15,16,17,18
,19,20,21,22,24,25,26,27,28,29,30 6,8,10,23 6 12
7 1,2,3,4,5,7,9,11,12,13,14,15,16,17,18,1
9,20, 21,22,24,25,26,27,28,29,30 6,7,8,10,23, 7 11
8
1,2,3,4,5,6,7,8,9,11,12,13,14,15,16,17,
18,19,20,
21,22,23,24,25,26,27,28,29,30
8,10 8 14
9 1,2,3,4,5,9,11,12,13,14,15,16,18,19,20,
21,22,24,25,26,27,28,29,30 1,3,6,7,8,9,10,14,15,16,17,22,23,25,29
1,3,9,14,15,
16,22,25,29 9
10 1,2,3,4,5,9,10,11,12,13,14,15,16,18,19,
20,21,22,24,25,26,27,28,29,30 10 10 15
11 2,4,5,11,12,13,18,19,20,21,24,26,27,28
,30
1,3,4,6,7,8,9,10,11,14,15,16,17,21,22,23,
25,29 4,11,21 8
12 12,13,19,26,27,30 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,14,15,16,17,18,
19,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29 12,19,26,27 3
13 13,30 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,
18,19,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29 13 2
14 1,2,3,4,5,9,11,12,13,14,15,16,18,19,20,
21,22,24,25,26,27,28,29,30 1,3,6,7,8,9,10,14,15,16,17,22,23,25,29
1,3,9,14,15,
16,22,25,29 9
15 1,2,3,4,5,9,11,12,13,14,15,16,18,19,20,
21,22,24,25,26,27,28,29,30 1,3,6,7,8,9,10,14,15,16,17,22,23,25,29
1,3,9,14,15,
16,22,25,29 9
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
127
Jadual 4. Level of Partition(sambungan)
Ele
me
n
Reachability Set Antesedent Set Persilanga
n
Le
ve
l
16 1,2,3,4,5,9,11,12,13,14,15,16,18,19,20,
21,22,24,25,26,27,28,29,30 1,3,6,7,8,9,10,14,15,16,17,22,23,25,29
1,3,9,14,15,
16,22,25,29 9
17 1,2,3,4,5,9,11,12,13,14,15,16,17,
18,19,20,21,22,24,25,26,27,28,29,30 6,7,8,10,17,23 17 10
18 2,5,12,13,18,19,20,26,27,30 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,14,15,16,17,18,21,
22,23,24,25,28,29 2,5,18 5
19 12,13,19,26,27,30 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,14,15,16,17,18,
19,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29 12,19,26,27 3
20 12,13,19,20,26,27,30 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,
14,15,16,17,18,20,21,22,23,24,25,28,29 20 4
21 2,4,5,11,12,13,18,19,20,21,24,26,27,28
,30
1,3,4,6,7,8,9,10,11,14,15,16,17,21,22,23,2
5,29 4,11,21 8
22 1,2,3,4,5,9,11,12,13,14,15,16,18,19,20,
21,22,24,25,26,27,28,29,30 1,3,6,7,8,9,10,14,15,16,17,22,23,25,29
1,3,9,14,15,
16,22,25,29 9
23 1,2,3,4,5,6,7,9,11,12,13,14,15,16,17,18
,19,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29,30 8,10,23 23 13
24 2,5,12,13,18,19,20,24,26,27,30 1,3,4,6,7,8,9,10,11,14,15,16,17,21,22,23,2
4,25,28,29 24 6
25 1,2,3,4,5,9,11,12,13,14,15,16,18,19,20,
21,22,24,25,26,27,28,29,30 1,3,6,7,8,9,10,14,15,16,17,22,23,25,29
1,3,9,14,15,
16,22,25,29 9
26 12,13,19,26,27,30 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,14,15,16,17,18,
19,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29 12,19,26,27 3
27 12,13,19,26,27,30 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,14,15,16,17,18,
19,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29 12,19,26,27 3
28 2,5,12,13,18,19,20,24,26,27,28,30 1,3,4,6,7,8,9,10,11,14,15,16,17,21,22,23,2
5,28,29 28 7
29 1,2,3,4,5,9,11,12,13,14,15,16,18,19,20,
21,22,24,25,26,27,28,29,30 1,3,6,7,8,9,10,14,15,16,17,22,23,25,29
1,3,9,14,15,
16,22,25,29 9
30 30 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,
18,19,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29,30 30 1
PENJANAAN MODEL
Akhir sekali, selari dengan reachability matrix yang terhasil, model berstruktur di hasilkan dan dikenali sebagai
diagraf. Berbantukan perisian ISM, model pelaksanaan etika dan nilai telah berjaya dibangunkan bagi program
kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia. Berdasarkan model yang dibangunkan pada Rajah
1, elemen yang menjadi keutamaan adalah elemen aktiviti pengajar merancang topik pembelajaran dari sumber
yang ilmiah.
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
128
Rajah 1. Aplikasi ISM terhadap Model Etika dan Nilai
PERBINCANGAN
Penerapan etika dan nilai boleh dijadikan alternative kepada penyelesaian permasalahan sosial yang melanda
pelajar masa kini. Sebanyak 30 elemen yang telah dipersetujui oleh pakar yang dilantik sebagai senarai elemen
bagi membentuk satu model pelaksanaan etika dan nilai bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan
Kemahiran Malaysia. Metodologi ISM telah digunakan dalam membangunkan model serta melihat keutamaan
elemen aktiviti yang diperlukan. Sebanyak lima belas elemen aktiviti telah dikenalpasti sebagai kuasa memandu
manakala terdapat lima belas elemen aktiviti juga dikenalpasti sebagai kuasa pergantungan. Di samping itu juga,
didapati bahawa elemen aktiviti pengajar merancang topik pembelajaran dari sumber yang ilmiah telah
dikenapasti sebagai elemen aktiviti yang paling menjadi keutamaan beserta sub-sub elemen lain bagi
membentuk model etika dan nilai.
BATASAN DAN CADANGAN
Model yang telah dibangunkan dalam kajian ini menggunakan pandangan pakar. Pendapat pakar
berkemungkinan berat sebelah. Dapatan kajian yang diperoleh dalam kajian ini berkemungkinan berbeza dengan
keadaan dunia sebenar. Pengkaji telah mencadangkan sebanyak 30 elemen aktiviti yang membentuk sebuah
model etika dan nilai untuk di implementasikan di Institut Latihan Kemahiran Malaysia. Sepanjang proses
pembangunan, terdapat elemen yang ditambah dan ditolak yang mungkin penting bagi membentuk etika dan
nilai pelajar. Oleh yang demikian, terdapat beberapa cadangan untuk dilaksanakan di masa hadapan untuk
pengkaji lain iaitu; 1. Menjalankan ujian kesahan mengunakan structural equation modelling (SEM) ; 2. Ujian
keberkesanan model; 3. Ujian kebolehgunaan model.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa terdapat 30 elemen yang terkandung dalam model penerapan
etika dan nilai berasaskan aktiviti inkuiri. Elemen keutamaan yang tertinggi adalah elemen Pengajar merancang
topik pembelajaran dari sumber ilmiah manakala elemen keutamaan terakhir adalah Pelajar menjalankan
refleksi kendiri selepas sesi pembelajaran. Pembangunan model penerapan etika dan nilai berasaskan aktiviti
inkuiri menunjukkan hubungan keutamaan sub-elemen antara satu sama lain. Dalam menangani masalah sosial,
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
129
pembangunan model ini boleh dijadikan salah satu alternatif bagi membantu menangani masalah sosial pelajar
ketika ini. Justeru itu, kesedaran dan kepentingan akan aspek etika dan nilai harus diutamakan di semua
peringkat pembelajaran.
PENGHARGAAN
Pengkaji ingin berterima kasih kepada para penilai serta editor dalam proses menilai artikel ini. Sekalung
penghargaan juga diucapkan kepada penyelia dan rakan-rakan serta para pakar yang telah memberikan tunjuk
ajar dan kerjasama dalam penghasilan kertas kajian ini. Tidak lupa juga kepada penaja, Universiti Malaya
melalui Skim Biasiswa Universiti Malaya (SBUM) dan juga Geran PPP (PG092-2015B) dalam memberikan
segala bentuk bantuan sepanjang pengajian ijazah tinggi.
Rujukan
Abdul Muqsith, A., Zaharah, H., Farazila, Y., Mohd Ridhuan, M. J., Maisarah, A. M. (2016). Persepsi Pelajar
Seni Mushaf Terhadap Kelakuan Tidak Beretika: Kajian Di Kolej Restu. Persidangan Kebangsaan Isu-
Isu Pendidikan Islam (ISPEN-i). Universiti Malaya.
Aishah, M., Junaida, I., & Mahadir L. (2012). Undergraduates’ Ethical Behaviour. International Journal of
Humanities and Social Science. Vol. 2 No. 5. 297-302.
Ajmain. S., Aminuddin R., Ahmad Marzuki M., Idris I., (2013) Kurikulum Akhlak Dalam Melahirkan Saintis
Muslim Beretika: Tinjauan Di Malaysia. Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi
Malaysia. Proceedings of SSIT, Yogyakarta-Indonesia.
Alberta Learning, Learning and Teaching Resources Branch. (2004).focus on inquiry: A teacher's guide to
implementing inquiry-based learning. Alberta, Canada.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad (1980). Ihya Ulum al-Din. Jilid 3 dan 6. Beirut: Dar al-Fikr.
Dang, V. H. (2015). The Use of Nominal Group Technique: Case Study in Vietnam. World Journal of
Education, Volume 5(4), 14-25
Delbecq, A. L., Van de Ven, A. H., & Gustafson, D. H. (1975). Group techniques for program planning.
Glenview, IL: Scott, Foresman, and Co.
Dobbie, A., Rhodes, M., Tysinger, JW. & Freeman, J. (2004). Using a Modified Nominal Group
Technique as a curriculum evaluation tool, Family Medicine 36 (6), 402-406.
Habibah @ Artinie R., Zaharah H., Saedah S., Mohd Ridhuan M. J., Ahmad Arifin S., Norshahrul M. N., (2016)
Aplikasi Teknik NGT (Nominal Group Technique – Teknik Kumpulan Nominal) Dalam Penyelidikan
Pendidikan Islam. Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam.
Ibn Miskawaih (1398H). Tahdzib Al-Akhlak, Beirut. Mansyurat Dar Maktobat Al Hayat
Iorga M., Ciuhodaru T., Romedea S. (2013) Ethic and unethic. Students and the unethical behavior during
academic years. Procedia - Social and Behavioral Sciences 93. 54 – 58.
Jennings, M.J. (2006), Business Ethics (5th Ed.), United States of America: Thomson/ West.
Jharkharia S., & Shankar, R. (2005). IT enablement of supply chains: understanding the barriers. Journal of
Enterprise Information Management, 18(1), 11-27.
Khairani Z., (2012), Kaedah Pembangunan Akhlak Remaja Menurut Imam Al-Ghazali : Aplikasinya Dalam
Program Tarbiyah Sekolah-Sekolah Menengah Aliran Agama Berasrama Di Negeri Kedah, Malaysia,
Jurnal Atikan 2 (1).
Khalim, Z., & Wan Zulkifli, W. Z., (2009). Pendekatan Islam dalam menangani masalah disiplin tegar dalam
kalangan pelajar sekolah: Satu Kajian Kes.Journal of Islamic and Arabic Education, 1(2), 1-14.
Khalidah K. A., Rohani, S., & Mashitah, S. (2010). A study on the level of ethics at a Malaysian private higher
learning institution: comparison between foundation and undergraduate technical-based
students. International Journal of Basic and, Applied Statistics, 10(8), 35-49.
Kumar N., Kumar, S., Haleem A., & Gahlot P. (2013). Implementing Lean Manufacturing Systems : ISM
Approach. Journal of Industrial Engineering and Management (JIEM). 995-1012.
Lomax, P. & McLeman, P. (1984). The uses and abuses of nominal group technique in polytechnic course
evaluation, Studies in Higher Education, 9 (2), 183-190.
Luthra, S., Kumar, V., Kumar, S., & Haleem, A. (2011). Barriers to implement green supply
chain management in automobile industry using interpretive structural modelling technique-An Indian
perspective. Journal of Industrial Engineering and Management, 4(2), 231-257.
Mandal, A., & Deshmukh, S.G. (1994) Vendor selection using interpretive structural modelling (ISM).
International Journal of Operations and Production Management, 14(6), 52-59.
Mohammad Khairi, O., (2016). Pembentukan Akhlak Pelajar Menerusi Aplikasi Teknik-Teknik Penerapan Nilai
dalam Pengajaran. Online Journal of Islamic Education. Volume 4, Issue 1.
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
130
Mohd Ridhuan, M. J., (2016). Model kurikulum latihan SkiVes bagi program pengajian kejuruteraan
pembelajaran berasaskan kerja (WBL) Politeknik Malaysia. (Doctoral dissertation, University of
Malaya).
Mohd Paris S. (2016). Model Pengajaran M-Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Menengah (Doctoral
dissertation, University of Malaya).
Rohana T., Norhusni Z. A. (2014) Akidah, akhlak dan hubunganya dnegan tingkahlaku belia di institusi
Pengajian Tinggi. Edusentris, Jurnal Ilmu Pendidikan dan Pengajaran. Vol 1 No. 1.
Sage, A.P. (1977). Interpretive Structural Modeling: Methodology for Large-Scale Systems. New York, NY:
McGraw-Hill.
Shazaitul Azreen R., & Maisarah M. S. (2016). Ethics of Undergraduate Students: A Study in Malaysian Public
Universities. International Journal of Information and Education Technology, 6(9), 672.
Simkin, M. G., & McLeod, A. (2010). Why do college students cheat? Journal of Business Ethics, 94(3), 441–
453.
Siti Farhah A. A. & Saedah S. (2015). Pembangunan Model Objektif Kurikulum Berasaskan Taman Buah-
Buahan Dan Sayur-Sayuran Berkhasiat Untuk Sekolah Rendah Orang Asli. Jurnal Kurikulum dan
Pengajaran Asia Pasifik. Bil 3 Isu 3. 1-13
Warfield, J.W. (1974) Developing interconnected matrices in structural modeling. IEEE
Transcript on Systems. Men and Cybernetics, 4(1), 51-81.
Weisul, K. and Merritt, J.(2002, Dec. 9).You mean cheating is wrong? Business Week,8.
Zaharah Hussin (2008). Pembinaan kandungan kurikulum Pendidikan Akhlak untuk latihan Perguruan
Pendidikan Islam. Tesis Ijazah Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan
Malaysia,Bangi, Selangor.