MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN BATU 34, PONTIAN
NORFATIMAH BINTI A. GHANI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN BATU 34, PONTIAN
NORFATIMAH BINTI A. GHANI
Laporan Kajian Ilmiah Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Kesyukuran kupanjatkan Atas segala kurniaan-Nya
Yang tidak terhingga sepanjang usiaku
Yang Teristimewa & Paling Disayangi... Ayahanda & Bonda (A. Ghani Mohamed & Isah Wandi)
Tiada bicara dapat Anakanda ungkapkan Segala pengorbanan kalian berdua
Mengasuh, mendidik & membesarkan Anakanda Perhatian, nasihat serta bantuan kalian
Menjadi pendorong buat Anakanda untuk meneruskan perjuangan ini Anakanda sentiasa berdoa moga kalian
Dipanjangkan usia dan dimurahken rezeki Serta sentiasa di bawah lindungan Allah Taala
Pohonkan kejayaan Anakanda dalam pelayaran ilmu Tiada apa yang dapat Anakanda hadiahkan melainkan
Pastinya segulung Ijazah dari Anakanda Semoga kejayaan sentiasa mengiringi hidup Anakanda
Yang Tercinta & Dihormati...
Kekandaku (Rosli & Roslina, Surati & Md. Zain, Mah, Rokiah & Khairi serta Salem)
Sokongan dari kalian telah membakar semangat Adinda Apa sahaja yang Adinda lakukan
Pasti Adinda lakukan dengan yang terbaik Sekalung penghargaan atas jasa dan bantuan kalian
Serta perhatian yang telah diberikan Untuk Adindamu ini sepanjang pengajian Adinda
Yang Tersayang & Dikasihi...
Adindaku (Hamidon, Hamzah, Rahmah & Yusof) Kini...langkah pertama telah Kekanda lalui
Kalian Kekanda harap menyusul seketika nanti Semoga kita semua menjadi kebanggaan Ayahanda & Bonda
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan Izin-Nya serta Taufiq dan
Hidayah-Nya, saya dapat menyempurnakan tesis ini, walaupun banyak halangan dan
rintangan yang saya hadapi.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang tulus
ikhlas kepada penyelia saya, Encik Johari Bin Surif dan bekas penyelia saya iaitu Prof.
Madya Dr. Shariff Bin Omar, yang telah banyak membantu dan memberi sokongan
padu yang berterusan sehingga tesis ini dapat disempurnakan. Hanya Allah jua yang
mampu membalasnya.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Batu 34 Pontian, Puan Rohana Binti Abdullah kerana memberi kebenaran
kepada saya menjalankan penyelidikan dan juga guru-guru serta pelajar-pelajar
tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 34 di atas kerjasama yang telah
diberikan.
Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung dalam penyelidikan ini, saya merakamkan penghargaan dan jutaan terima
kasih.
Akhir kata, semoga tesis saya dapat memberikan manfaat dan saya memohon
maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam tesis saya ini, sesungguhnya segala yang baik
itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada Allah jua namun
ianya bersandarkan kepada kelemahan diri saya sendiri.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa
Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 34,
Pontian. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian deskriptif. Instrumen yang
digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah soal selidik berdasarkan kepada empat
persoalan kajian iaitu faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris), faktor pengajaran guru
dalam bahasa Inggeris, faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan
faktor persekitaran. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α = .93. Seramai 120
responden dipilih secara rawak yang merupakan pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah
Kebangsaan Batu 34, Pontian. Analisis dapatan kajian menggunakan perisian Statistical
Packages For Social Science (SPSS) yang melibatkan kekerapan, peratusan, min dan
sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan, faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris)
dan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar berada pada tahap yang
rendah dengan purata skor min masing-masing adalah 2.24 dan 2.29, manakala faktor
pengajaran guru dan persekitaran berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan purata skor
min 4.00 dan 3.90. Secara keseluruhannya, ini menunjukkan masalah pembelajaran
Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah disebabkan masalah bahasa
pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Diharapkan
kajian yang dijalankan ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar, guru, sekolah
mahupun ibu bapa serta masyarakat dalam usaha memperbaiki taraf pendidikan
khususnya dalam mata pelajaran Matematik. Semua pihak perlu bekerjasama bagi
menangani masalah ini agar dapat membantu pembelajaran pelajar untuk memahami dan
menguasai Matematik.
vi
ABSTRACT
This survey aimed to study the problems of learning Mathematics in English
among form 2 students of Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 34, Pontian. This survey
is a descriptive survey. Questionnaires were used as instruments for this survey. The
questions were based on four factors in the research statements which were the use of
English as the medium of instruction, teachers method of teaching in English, students
English proficiency and the environment. Realibility the instruments is α = .93. A total
of 120 respondents were randomly chosen among form 2 students of Sekolah Menengah
Kebangsaan Batu 34, Pontian. The data for this survey were analysed using Statistical
Packages For Social Science (SPSS) which involved the use of frequency, percentages,
mean and standard deviation. The end result of the study revealed that the two factors
namely the teaching of Matehematics in English and students English proficiency were
at low level with mean score average of 2.24 and 2.29. However, the other two factors
namely teachers method of teaching in English and environment were at high level with
mean score average 4.00 and 3.90. Generally, it means that the problems of learning
Mathematics in English among form 2 students are teaching of Mathematics in English
and students proficiency in English. Hopefully, this survey will benefit students,
teachers, school management, parents and other communities in improving the students
of education especially for Mathematics. All authorities have to cooperate in order to
overcome this problem and help students in understanding and mastering Mathematics.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
viii
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Rasional Kajian 8
1.7 Skop Kajian Dan Batasan kajian 10
1.8 Definisi 10
1.9 Rumusan 13
II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Teori-teori Pembelajaran 14
2.3 Masalah Pembelajaran Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
17
2.3.1 Masalah Bahasa Pengantar (Bahasa
Inggeris)
18
2.3.2 Pengajaran Guru Dalam Bahasa
Inggeris
20
2.3.3 Tahap penguasaan Bahasa
Inggeris Di Kalangan Pelajar
21
2.3.4 Persekitaran 23
2.4 Rumusan 26
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 28
3.3 Tempat Kajian 28
3.4 Sampel Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian 29
3.5.1 Bahagian A 30
ix
3.5.2 Bahagian B 30
3.6 Prosedur Kajian 32
3.6.1 Kajian Rintis 32
3.6.2 Kajian Sebenar 33
3.7 Analisis Data 34
3.8 Rumusan 36
IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 37
4.2 Analisis Data bahagian A 38
4.2.1 Jantina
4.2.2 Bangsa
4.2.3 Keputusan UPSR Bagi Mata
Pelajaran Matematik, Sains Dan
Bahasa Inggeris
4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan
Terkini Bagi Mata Pelajaran
Matematik
4.2.5 Pekerjaan Ibu Bapa
38
38
39
41
41
4.3 Analisis Data bahagian B 42
4.3.1 Faktor Bahasa Pengantar (Bahasa
Inggeris) Terhadap Masalah Yang
Dihadapi Oleh Pelajar Semasa Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik Dalam Bahasa Inggeris
4.3.2 Faktor Pengajaran Guru Dalam
Bahasa Inggeris Terhadap Masalah
Yang Dihadapi Oleh Pelajar Semasa
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
43
45
x
Matematik Dalam Bahasa Inggeris
4.3.3 Faktor Tahap Penguasaan Bahasa
Inggeris Di Kalangan Pelajar
Terhadap Masalah Yang Dihadapi
Oleh Pelajar Semasa Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik Dalam Bahasa Inggeris
4.3.4 Faktor Persekitaran Terhadap
Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar
Semasa Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
47
50
4.4 Rumusan 53
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 54
5.2.1 Faktor Bahasa Pengantar (Bahasa
Inggeris) Terhadap Masalah
Pembelajaran Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
5.2.2 Faktor Pengajaran Guru Terhadap
Masalah Pembelajaran Matematik
Dalam Bahasa Inggeris
5.2.3 Faktor Tahap Penguasaan Bahasa
Inggeris Di kalangan Pelajar
Terhadap Masalah Pembelajaran
Matematik Dalam Bahasa Inggeris
55
57
59
61
xi
5.2.4 Faktor Persekitaran Terhadap
Masalah Pembelajaran Matematik
Dalam Bahasa Inggeris
5.3 Rumusan Kajian 64
5.4 Cadangan Untuk Mempertingkatkan
Penguasaan Bahasa inggeris Dan Menangani
Masalah Pembelajaran Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
65
5.4.1 Sekolah
5.4.2 Guru
5.4.3 Pelajar
5.4.4 Ibu Bapa
5.4.5 Kementerian Pendidikan Malaysia /
Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat
Pendidikan Daerah
66
66
68
68
69
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 70
RUJUKAN 71
LAMPIRAN 81 - 110
xii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL TAJUK
MUKA
SURAT
1.1 Keputusan peperiksaan pertengahan
tahun mata pelajaran Matematik,
pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah
Kebangsaan Batu 34, Pontian
6
3.1 Item-item soalan 31
3.2 Klasifikasi kekuatan korelasi 33
3.3 Skala pengukuran min 35
3.4 Perubahan mata skala likert 36
4.1 Bilangan dan peratusan responden
mengikut jantina
38
4.3 Keputusan UPSR bagi mata pelajaran
Matematik
39
4.5 Keputusan UPSR bagi mata pelajaran
bahasa Inggeris
40
4.3.1 Skor min bagi faktor bahasa pengantar 43
4.3.2 Faktor bahasa pengantar (bahasa
Inggeris)
44
4.3.3 Skor min bagi faktor pengajaran guru
dalam bahasa Inggeris
45
xiii
4.3.4 Faktor pengajaran guru dalam bahasa
Inggeris
46
4.3.5 Skor min bagi faktor tahap penguasaan
bahasa Inggeris di kalangan pelajar
48
4.3.6 Faktor tahap penguasaan bahasa
Inggeris di kalangan pelajar
49
4.3.7 Skor min bagi faktor persekitaran 50
4.3.8 Faktor persekitaran 51
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.2
Bilangan responden mengikut bangsa
39
4.4 Keputusan UPSR bagi mata pelajaran
Sains
40
4.6 Keputusan ujian atau peperiksaan terkini
bagi mata pelajaran Matematik
41
xv
SENARAI SINGKATAN
BI - Bahasa Inggeris
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PKPSM - Persidangan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam
Bahasa Inggeris
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Packages For Social Science
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
Pengesahan Instrumen Kajian
81
B Soal Selidik 83
C Surat kebenaran menjalankan
penyelidikan Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan (EPRD)
91
D Surat kebenaran menjalankan
penyelidikan Jabatan Pelajaran Negeri
Johor (JPNJ)
93
E Surat kebenaran menjalankan
penyelidikan Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
95
F Surat kebenaran menjalankan
penyelidikan Sek. Men. Keb. Batu 34,
Pontian
97
G Kajian rintis 99
H Dapatan kajian 101
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang sangat penting dan
penggunaannya amat meluas di dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Matematik
yang diajar di sekolah membekalkan ilmu pengetahuan Matematik kepada pelajar untuk
memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah, komunikasi dan pemikiran yang
kritis serta bersistematik.
Di samping itu, Matematik merupakan syarat utama kemasukan ke institusi-
institusi pengajian tinggi. Ini menunjukkan betapa pentingnya Matematik bukan sahaja
dalam kehidupan bahkan dalam menentukan hala tuju kita pada masa akan datang. Ia
juga selaras dengan hasrat negara untuk menuju ke arah negara maju serta membangun
selari dengan matlamat Wawasan 2020. Oleh itu, sudah tentulah asas pendidikan yang
kukuh terutamanya di dalam mata pelajaran Matematik perlu diutamakan.
Menurut Cockroft (1992), pada umumnya, semua orang menerima tanpa ragu-
ragu bahawa Matematik adalah satu bidang pengajian yang sangat mustahak
dimasukkan dalam kurikulum. Sudah berabad lamanya, mata pelajaran Matematik
2
mendapat kedudukan yang utama dalam kebanyakan bidang pengajian baik pada
peringkat sekolah mahupun peringkat yang lebih tinggi.
Walau bagaimanapun bagi kebanyakan pelajar, Matematik adalah satu bidang
yang membosankan, susah untuk diikuti perkembangannya dan dipelajari hanya kerana
mereka tidak mempunyai pilihan lain (Noor Azlan, 1995). Pelajar-pelajar tidak dapat
menguasai Matematik dengan baik dan memperoleh keputusan yang memuaskan sama
ada dalam ujian mahupun peperiksaan. Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar banyak
bermasalah dalam Matematik.
Pelaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik
sejajar dengan perkembangan pendidikan negara menghadapi era globalisasi. Namun
ianya menimbulkan pelbagai masalah dalam proses pembelajaran Matematik. Hal ini
dijelaskan melalui penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik yang telah dikuatkuasakan pada tahun 2003 yang lalu. Ianya melibatkan para
pelajar tahun satu, tingkatan satu dan juga tingkatan enam rendah. Menurut Tan Sri
Musa Mohamad (2002), pemilihan kedua-dua mata pelajaran untuk diajar menggunakan
bahasa Inggeris bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang yang berkaitan
dan juga bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Langkah ini diambil kerana kerajaan
menyedari bahawa penguasaan ilmu Sains dan Matematik serta bahasa Inggeris
bertambah penting dalam era globalisasi dan teknologi maklumat. Penggunaan yang
kerap di sekolah sudah pasti akan membantu pelajar terutamanya pelajar bumiputera
memahirkan diri dalam penggunaan bahasa Inggeris. Cadangan penggunaan bahasa
Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dibuat untuk membantu pelajar
meningkatkan penguasaan bahasa itu di samping memantapkan kefahaman kedua-dua
mata pelajaran tersebut. Ini adalah alasan yang baik untuk berubah. Ia perlu bagi
menyediakan masyarakat Malaysia yang mampu menguasai bahasa Inggeris dan
bersedia menghadapi era globalisasi dengan penuh keyakinan.
3
Perubahan dasar itu mula dilaksanakan pada sesi persekolahan 2003 yang
bermula pada 6 Januari 2003. Sebagai permulaan, semua pelajar tahun satu, pelajar
tingkatan satu dan pelajar tingkatan enam rendah akan mula belajar mata pelajaran itu
dalam bahasa Inggeris. Ia akan diteruskan secara berperingkat sehingga tahun 2008
apabila semua pelajar dalam semua tahap persekolahan akan menggunakan bahasa
Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran berkenaan.
Sewajarnya Matematik perlulah dikuasai dan digunakan dengan sebaik-baiknya
pada peringkat persekolahan lagi. Bagi mencapai tujuan ini perlulah ditinjau dan dikaji
faktor-faktor yang menjadi masalah kepada pembelajaran Matematik di sekolah pada
ketika ini. Faktor-faktor tersebut adalah seperti bahasa pengantar yang sekarang ini
menggunakan bahasa Inggeris, pengajaran guru, penguasaan bahasa Inggeris pelajar dan
persekitaran. Melalui penemuan faktor-faktor ini diharapkan pihak-pihak yang tertentu
seperti guru-guru, pelajar dan sebagainya bersama-sama mengambil inisiatif bagi
meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kita selalu mendengar tentang rungutan pelajar mengenai kesukaran mata
pelajaran Matematik. Apakah punca menyebabkan perkara ini berlaku? Mungkinkah ia
berpunca dari kesukaran mata pelajaran tersebut ataupun pelajar sendiri lemah dalam
menguasai sesuatu konsep berkaitan?
Persoalan ini perlu dijawab terutamanya oleh pihak pelajar, pendidik, sekolah,
jabatan pendidikan, kementerian pendidikan mahupun oleh masyarakat sendiri.
Kegagalan dalam menangani atau mengatasi masalah ini akan menyebabkan
kemerosotan dalam penguasaan mata pelajaran Matematik ini akan berterusan.
Tambahan pula, isu kelemahan di dalam mata pelajaran Matematik ini semakin hangat
diperkatakan terutamanya setelah keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM
4
diumumkan. Adalah tidak wajar situasi ini hanya menjadi bahan rungutan masyarakat
sedangkan tiada jalan penyelesaian untuk mencari punca sebenar masalah tersebut.
Walaupun perhatian yang serius diberikan terhadap pendidikan Matematik dan
telah bermacam-macam usaha dilakukan oleh pelbagai pihak, namun kebolehan pelajar
dalam menguasai Matematik masih pada tahap yang kurang memuaskan. Adalah amat
menyedihkan setelah berpuluh tahun mata pelajaran Matematik ini diberi perhatian
tetapi masih ramai pelajar yang belum dapat menguasai kemahiran asas Matematik yang
diharapkan.
Sejajar dengan perkembangan kemajuan negara, kurikulum mata pelajaran
Matematik turut diperkasakan bagi meningkatkan nilai saintifik dan pemikiran kritis
masyarakat khususnya para pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan dasar kurikulum baru iaitu penggunaan bahasa Inggeris dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik. Namun yang demikian, pelbagai masalah yang timbul
kesan dari dasar pelaksanaan kurikulum baru tersebut.
Salah satu daripada masalah yang tersebut ialah penguasaan bahasa Inggeris di
kalangan pelajar pada masa kini semakin lemah dan mencapai tahap yang
membimbangkan. Ramai pelajar hanya tahu untuk berkomunikasi dengan menggunakan
bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Apabila
mereka ingin mencari maklumat ataupun ilmu baru tentang Sains dan Matematik pada
mana-mana bahan rujukan yang menggunakan bahasa Inggeris terutamanya di internet,
ini akan menjadi satu masalah besar bagi mereka untuk mendapatkan maklumat atau
ilmu yang dikehendaki disebabkan tahap penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris
yang lemah.
Menurut Tengku Razaleigh (2004), banyak kajian oleh pelbagai pihak berhubung
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
telah mendapati banyak masalah yang berbangkit daripada pelaksanaan dasar itu.
5
Kajian itu mendapati wujud kegelisahan di kalangan guru dan murid yang dipaksa
mengajar dan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Malah kebanyakan
guru dan pelajar Melayu, terutama di sekolah luar bandar tidak bersemangat dan malas
untuk mengajar dan belajar mata pelajaran terbabit dalam bahasa Inggeris. Sekiranya
pelajar Melayu sekolah rendah mahupun sekolah menengah gagal dalam mata pelajaran
Sains dan Matematik, ia bukan disebabkan mereka tidak mempunyai kebolehan untuk
belajar Sains dan Matematik dalam bahasa mereka, tetapi kerana mereka gagal dalam
bahasa Inggeris dan kelemahan kaedah pengajaran.
Sebahagian besar pelajar gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik,
khususnya pelajar-pelajar Melayu luar bandar (Tengku Razaleigh, 2004). Terdapat juga
di kalangan ibu bapa yang bimbang anak-anak mereka akan tercicir sekiranya kedua-dua
mata pelajaran tersebut diajar dalam bahasa Inggeris. Isu utama yang harus dikenal pasti
ialah guru yang mampu menguasai bahasa ini untuk mengajar mata pelajaran tersebut
kerana kegagalan mengajar dengan baik akan dikhuatiri melibatkan kurangnya minat
pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
Menurut Azlina (2003), Matematik adalah antara mata pelajaran yang dianggap
sebagai ‘killer subject’. Bermula tahun 2003, pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-
dua mata pelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris telah menimbulkan
banyak masalah dan pelbagai reaksi terutamanya kepada para pelajar yang terlibat. Bagi
para pelajar yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik tentunya mereka dapat
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Bagaimana dengan pelajar
yang lemah dalam bahasa Inggeris khususnya pelajar-pelajar sekolah luar bandar?
Adakah mereka dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut dengan
baik?
Hal ini dibuktikan melalui pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik
dan merujuk kepada Jadual 1.1, didapati tidak ramai pelajar yang memperolehi
keputusan yang cemerlang dengan mendapat gred A dalam peperiksaan pertengahan
6
tahun di kalangan pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 34, Pontian.
Majoriti pelajar mendapat gred C dan terdapat juga pelajar yang gagal. Permasalahan
yang dikemukakan di atas jelas menunjukkan wujudnya masalah pembelajaran
Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Jadual 1.1 : Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Mata Pelajaran
Matematik, Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 34, Pontian
1.3 Pernyataan Masalah
Isu penggunaaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik
yang telah pun dilaksanakan pada tahun 2003 yang lalu, hingga kini masih lagi hangat
diperkatakan. Ini menimbulkan pelbagai masalah seperti di kalangan pelajar-pelajar
yang terlibat. Ini menyebabkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik berada pada tahap yang kurang memuaskan dan terdapat juga pelajar yang
gagal. Sehubungan dengan itu, pelajar sekolah menengah mencatatkan tahap kelulusan
sederhana dan kelemahan ketara telah dikesan di sekolah luar bandar. Oleh itu,
penyelidik melaksanakan satu kajian tentang apakah masalah-masalah yang dihadapi
oleh pelajar berkenaan melalui pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata
pelajaran Matematik? Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu
34, Pontian yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 2 dan memfokuskan kepada
sukatan mata pelajaran Matematik KBSM tingkatan 2.
Gred A B C D E Jumlah
Bilangan 21 40 59 23 15 158
Peratus (%) 13.29 25.32 37.34 14.56 9.49 100
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah
yang dihadapi oleh pelajar berkenaan dengan penggunaan bahasa Inggeris semasa proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik. Masalah-masalah adalah
berdasarkan kepada faktor-faktor seperti berikut :
i. Faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris)
ii. Faktor pengajaran guru dalam bahasa Inggeris
iii. Faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar
iv. Faktor persekitaran
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang menjadi asas kepada kajian adalah untuk mengenal pasti
i. Adakah faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris) merupakan masalah
yang dihadapi oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris?
ii. Adakah faktor pengajaran guru merupakan masalah yang dihadapi oleh
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Matematik dalam bahasa Inggeris?
iii. Adakah faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar
merupakan masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris?
iv. Adakah faktor persekitaran merupakan masalah yang dihadapi oleh
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Matematik dalam bahasa Inggeris?