1.0 KONSEP ETNIK, AGAMA DAN BUDAYA
Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang
berlaku di sini terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup
dalam suasana aman dan bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang
pesat serta menuju ke arah status Negara maju melalui cita-cita wawasan 2020 .
Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.
Masyarakat berbilang kaum bermaksud masyarakat yang berbeza dari beberapa
aspek seperti etnik, agama dan budaya. Konsep etnik, agama dan budaya
memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan perpaduan antara rakyat
Malaysia. Konsep-konsep asas ini perlu didedahkan kepada rakyat secara terperinci
bagi mewujudkan kefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia serta mengelakkan
perselisihan faham.
Pertama sekali konsep yang memainkan peranan yang menjadikan
masyarakat malaysia dalam kumpulan-kumpulan tertentu ialan konsep etnik. Istilah
etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu
kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Selain itu,
ahli sosiologi merujuk etnik sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan
kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama, ras, mahupun asal
usulnya. Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional,
makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. Perkongsian nilai telah
menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak langsung membahagikan
masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza. Etnik juga didefinisikan sebagai:
“An ethnic group is defined as a collectivity within a larger society having real
or putative common ancestry, memories of a shared historical past, and
cultural focus on one or more symbolic elements defined as the epitome of
their peoplehood. Examples of such symbolic elements are: kinship patterns,
physical contiguity, religious affiliation, language or dialect forms, tribal
affiliation, nationality, or any combination of these.” (Schermerhorn, R.
1996:17)
Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia. Ia juga tidak
memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu
Page | 1
kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu
sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan
turun-temurun daripada nenek moyang itu.
Pada masa yang sama, etnik dibahagikan kepada dua kategori iaitu
perbezaan budaya dan demografi. Kategori pertama ialah perbezaan budaya yang
bermaksud sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola
keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan
ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang melayu, india, cina, kadazan dusun,
melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Kategori kedua ialah demografi
iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan
Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.
Seterusnya, konsep agama yang memberi identiti kepada kumpulan etnik.
Agama merupakan salah satu prinsip yang dimiliki oleh setiap manusia untuk
mempercayai Tuhan dalam kehidupan mereka. Agama muncul dalam kehidupan
manusia dalam berbagai dimensi dan sejarahnya. Lebih-lebih lagi, agama juga
merupakan suatu sistem kehidupan yang khusus menghubungkan antara manusia
dan tuhan yang merangkumi aspek-aspek kepercayaan, peribadatan dan tatacara
dan kehidupan.
Dari perspektif lain, pergertian agama dari segi bahasa adalah berasal
daripada bahasa Sanskrit yang terdiri daripada dua suku kata ‘a’ yang bermaksud
cara dan ‘gama’ yang bermaksud jalan. Cantuman antara kedua suku kata ini
memberi pengertian agama sebagai cara-cara berjalan atau cara-cara untuk sampai
kepada keredhaan Tuhan. Istilah agama ialah kepercayaan kepada ruh nenek
moyang, kuasa ghaib, dewa, tuhan dan sebagainya.
Disamping itu, sarjan-sarjan barat juga memberi pandangan tentang agama.
Auguste Comte ( 1798-1858 ), merumuskan agama sebagai jawapan dari cara
berfikir manusia dan masyarakat yang cenderung mencari jawapan tepat dari
berbagai masalah alam dan kehidupan. Selain dari itu, Karl Marx ( 1818-1883 ),
anak seorang pengacara yahudi yang dikenal sebagai ilmuwan yang beraliran
sosialis memandang agama bertentangan dengan kemajuan. Bagi mendapatkan
keuntungan kebendaan, atas nama tuhan, pahala, dosa, dan syurga.
Page | 2
Tidak dapat dinafikan bahawa, agama dibahagikan kepada beberapa jenis
menurut kriteria tertentu. Orang ramai biasanya menjeniskan agama kepada agama
yang sahih dan agama sesat. Kriteria pertama ialah dari segi penyebaran. Dari segi
penyebaran sesuatu agama boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu agama universal
dan agama folk. Agama universal merupakan agama-agama yang "besar" dan
mempunyai minat untuk menyebarkan ajaran untuk keseluruhan umat Manusia.
Sasaran agama jenis ini adalah kesemua manusia tanpa mengira kaum dan bangsa.
Contohnya: Agama Islam, Kristian dan Buddha. Agama Folk merupakan agama
yang kecil dan tidak mempunyai sifat dakwah seperti agama universal. Amalannya
hanya terhad kepada etnik tertentu. Contohnya, agama Sikh.
Kriteria kedua adalah dari segi sumber rujukan. Semua agama menganggap
ajarannya kudus. Kekudusan itu berpunca daripada satu sumber yang kudus juga.
Dari segi sumber, agama-agama di dunia boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu
agama bersumberkan wahyu dan agama budaya. Agama bersumberkan wahyu
merujukkan agama yang menuntut dirinya sebagai agama yang diturunkan
daripada Tuhan sendiri. Penurunan ini biasanya melalui seorang Rasul. Daripada
itu, agama yang berkenaan menganggap ajarannya adalah kebenaran yang
muktamad. Contohnya, agama Yahudi, Kristian, Islam. Agama Budaya merujuk
kepada agama yang tidak menuntut kepada sumber wahyu. Agama ini
mengabsahkan dirinya dengan merujuk kepada pelbagai sumber seperti
pembuktian, tradisi, falsafah dan sebagainya. Contohnya, agama Buddha, Hindu.
Kriteria ketiga ialah dari segi tanggapan ketuhanan membawa maksud
bahawa agama-agama yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza
mengenai Tuhan. Perbezaan ini mungkin dari segi nama Tuhan dan sifat Tuhan.
Secara amnya, agama menurut penjenisan ini dapat dibahagi kepada 2 jenis iaitu
agama monoteisme dan agama politeisme. Agama monoteisme merupakan agama
yang menganggap Tuhan hanya satu, yakni mendukung konsep kewahidan Tuhan.
Contohnya, agama Islam. Agama politeisme merupakan agama yang menganggap
bahawa Tuhan wujud secara berbilangan, yakni ada banyak Tuhan atau Tuhan
boleh berpecah kepada banyak bentuk. Contohnya, agama Hindu, Agama Rakyat
China.
Page | 3
Dalam hal ini juga, dapat melihat bahawa agama berfungsi untuk menjaga
kebahagiaan hidup. Manakala, terdapat beberapa fungsi agama dari segi sains
sosial. Fungsi agama pertama ialan memberi pandangan dunia kepada satu-satu
budaya manusia. Hal ini kerana, agama dikatakan memberi pandangan dunia
kepada manusia kerana ia sentiasanya memberi penerangan mengenai dunia dan
juga kedudukan manusia di dalam dunia. Fungsi kedua adalah menjawab pelbagai
soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia. Apa yang dimaksudkan ialah
sesetengah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang
tidak terjawab oleh akal manusia sendiri.
Tambahan pula, fungsi ketiga ialah memberi rasa kekitaan kepada sesuatu
kelompok manusia. Umpamanya, agama merupakan satu faktor dalam
pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah kerana sistem agama menimbulkan
keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang sama, malah tingkah laku,
pandangan dunia dan nilai yang sama. Fungsi agama terakhir adalah memainkan
fungsi kawalan sosial. Seperti mana kebanyakan agama di dunia adalah menyaran
kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan
kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya.
Akhirnya, konsep budaya mementingkan cara hidup manusia yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Konsep budaya mempunyai
perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat malaysia tanpa mengira kaum,
bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan antara budaya
satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya adalah satu cara hidup yang
dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk
terus hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya. Budaya
merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan
agama penganutnya.
Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan
Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa
Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pela ialah perkataan
melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika
dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga
Page | 4
fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim,
1963)
Terdapat beberapa istilah yang mentakrif perkataan budaya. Mengikut sudut
etimologi, perkataan “budaya” berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua
perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan “daya”. Kalimah “budi” bererti cahaya atau
sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan “daya” bertalian dengan
upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang
digerakkan oleh budinya. Dari pandangan inggeris pula, istilah “culture” berasal dari
perkataan Latin “colere” yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau
menanam. Orang Eropah memilih perkataan “culture” untuk menggambarkan
pemikiran mereka di mana salah satu dari maknanya adalah berhubungan dengan
kehidupan mereka yang sangat rapat dengan aktiviti pertanian (agriculture) pada
masa tersebut. Justeru, sesiapa menyebut “cultivated person” merujuk seseorang
yang mempunyai “culture”.
Selain itu, sumber-sumber juga mengandungi maksud kepada perkataan
budaya iaitu Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai,
"The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts,
sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural
features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily noticed
from within".
Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran,
akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh
didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan,
adat resam, sikap dan nilai. Seterusnya mengikut judul ‘Kebudayaan Secara Umum’
oleh Asmad, erti budaya yang paling umum dan mudah difahamkan ialah cara hidup
sesuatu masyarakat atau sesuatu bangsa.
Tambahan pula, terdapat pelbagai pandangan tokoh-tokoh memberikan
pengertian tentang kebudayaan. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw
Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat
Page | 5
mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki
masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi sebagai
fahaman determinisme budaya. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai
sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan
konsep ini disebut sebagai organik lampau.
Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan
pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur
kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang
membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui
oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh
yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila,
undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi
oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara,
iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan
sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.
Intihanya, daripada kesemua pengertian diatas, kebudayaan dapat
disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan
pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani danjasmani yang menjadi amalan
untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.
Sebenarnya, budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya kebendaaan
dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan adalah peralatan dan
kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya.
Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan
orang Inggeris. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat
dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat tersendiri dalam
menjalani kehidupan. Misalnya, dalam adat perkahwinan masyarakat melayu, pihak
lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat india
hantaran perkahwinan diberikan oleh pehak perempuan kepada pihak lelaki.
Justeru, terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya.
Pertama, membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti.
Kedua, memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,
kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu
Page | 6
kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu
keturunan kepada satu keturunan. Oleh itu, budaya dikatakan sebagai satu
himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak
biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannye dengan keadaan
sekeliling.
Namun, budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri-ciri penting bagi
sesuatu budaya ialah boleh dipelajari. Budaya tidak akan lahir secara semula jadi
malah ia perlu dipelajari. Mempelajari budaya melibatkan beberapa proses seperti
difusi, akulturasi, adaptasi, asimilasi dan integrasi. Pembelajaran budaya juga
berlaku dalam keadaan disedari atau tidak disedari, secara langsung atau tidak
langsung serta formal dan tidak formal.
Ciri kedua ialah boleh dikongsi iaitu unsur-unsur budaya dalam sesebuah
masyarakat adalah dikongsi oleh anggotanya. Ini bermaksud setiap perlakuan yang
diamalkan harus dilakukan, disokong, diiktiraf dan dirasai sebagai milik bersama
oleh semua anggota masyarakat. Budaya tidak boleh dianggap sebagai budaya jika
hanya seorang sahaja yang mengamalkannya. Ciri ketiga ialah boleh diwarisi.
Kebudayaan itu juga adalah diwarisi dari generasi terdahulu kepada generasi terkini.
Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalah
lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi
kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung.
Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.
Perubahan merupakan ciri budaya keempat. Budaya sentiasa berubah dan
tidak ada budaya tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada
perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah
digantikan dengan rumah beratap rumbia. Perubahan budaya bukan kebendaan
dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi
kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.
Ciri budaya kelima ialah sejagat. Semua masyarakat di dunia mempunyai
budaya oleh itu menjadikan budaya itu bersifat sejagat atau universal. Namun
begitu, budaya yang dimiliki itu adalah berbeza-beza. Ia disebabkan oleh faktor alam
semula jadi, tahap penyesuaian anggota masyarakat dan pengaruh luar yang
pernah meresap dalam budaya berkenaan. Sebagai contoh setiap masyarakat di
Page | 7
dunia mempunyai bahasa yang tersendiri. Simbolik merupakan ciri budaya keenam.
Simbolik dalam budaya boleh difahami oleh pendokong kepada sesuatu unsur
budaya tersebut. Sebagai contoh ialah keris yang sangat bernilai dalam masyarakat
Melayu yang melambangkan kekuatan dan kepahlawanan dan diletakkan di satu
tahap yang tinggi.
Seterunya sistem perlambangan merupakan ciri budaya ketujuh. Sistem
perlambangan dalam kebudayaan boleh memberi pengertian tertentu kepada
anggotanya, difahami dan dihormati oleh anggota masyarakat yang mendokong
budaya tersebut. Sistem perlambangan dibahagikan kepada lambang (simbol) dan
isyarat. Lambang perlu dihormati sementara isyarat perlu dipatuhi. Lambang bersifat
arbitrari dan mempunyai makna tertentu mengikut kelompok masyarakat. Contohnya
bendera Jalur Gemilang adalah signifikan kepada masyarakat Malaysia. Isyarat pula
merupakan objek dan perlakuan dalam budaya yang memberikan arahan tertentu
seperti menggamitkan tangan membawa maksud mengarahkan seseorang untuk
datang ke arahnya.
Ciri budaya terakhir ialah pandangan dunia. Kehidupan manusia tidak dapat
dipisahkan dengan alam semula jadi. Oleh itu ia mendorong manusia untuk
memberikan tafsiran terhadap alam sekeling ke dalam kehidupan seharian mereka.
Contohnya dalam masyarakat Melayu, untuk menggambarkan sesuatu yang tinggi ia
seringkali dikaitkan dengan gunung; seperti “cita-citanya tinggi menggunung”,
sementara untuk menunjukkan kesungguhan seperti “gunung yang tinggi akan
didaki” dan sebagainya.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan
bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang
sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan
suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Trens konsep Satu
Malaysia yang diamalkan masakini amat sesuai untuk menyatu padukan rakyat
tanpa mengenal etnik, agama dan budaya.
Page | 8
2.0 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENANGANI
DAN MENGURUSKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Malaysia ialah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada masyarakat
majmuk yang diwakili oleh etnik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan kumpulan
etnik minoriti yang lain. Taburan peratus penduduk Semenanjung Mlaysia ialah
Melayu (62%), Cina (29%), India (8%) dan bangsa lain (1%). Ketiga-tiga kaum
utama, iaitu Melayu, Cina dan India ini mempunyai perbezaan antara satu sama lain
dari segi bangsa, agama, bahasa, budaya, tempat tinggal dan cara hidup. Walaupun
terdapat pelbagai kaum, perpaduan amat diberi keutamaan dalam negara kita
supaya dapat mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Kini, terdapat
banyak cabaran yang dihadapi oleh semua pihak dalam menangani dan
menguruskan perpaduan kaum di Malaysia.
Antara cabaran-cabarannya adalah cabaran dari segi sosial, cabaran dari
segi ekonomi, cabaran dari segi politik, cabaran dari segi nilai dan agama serta
cabaran dari segi globalisasi. Cabaran-cabaran tersebut tidak seharusnya dibiarkan
begitu sahaja, malah perlu diberi pertimbangan supaya dapat menyelesaikan
masalah-masalah perpaduan kaum dan seterusnya menjaga identiti dan nama baik
negara Malaysia.
Apabila kita menyentuh cabaran pertama iaitu cabaran dari segi sosial,
pemisahan fizikal menjadi salah satu cabaran untuk menangani dan menguruskan
perpaduan kaum di Malaysia. Isu ini kesan daripada dasar ‘pecah dan perintah’ yang
diperkenalkan oleh penjajah British. Dulu, masyarakat ditempatkan di lokasi-lokasi
yang tertentu mengikut kaum. Contohnya adalah kaum Melayu ditempatkan di
kampung, kaum Cina pula ditempatkan di bandar dan kaum India pula ditempatkan
di estet. Selain itu, masyarakat juga diberi peluang untuk membuat pekerjaan yang
tertentu sahaja baelasdaskan kaum dan tempat tinggal. Sebagai contoh kaum
Melayu mengadakan pertanian kerana mereka tinggal di kampong. Kaum Cina pula
membuat perdagangan dan perniagaan kerana mereka tinggal di bandar. Kaum
India pula berkerja sebagai penoreh getah kerana mereka tinggal di estet.
Keadaan di atas menyebabkan sesuatu golongan etnik atau kaum tersebut
tidak dapat mengenal dan berinteraksi dengan kaum lain kerana tinggal di lokasi-
Page | 9
lokasi yang berbeza. Ia juga merenggangkan hubungan dan persahabatan antara
kaum. Selain itu, keadaan tersebut bukan sahaja menguatkan perasaan kekitaan
malah juga menimbulkan prasangka antara kaum-kaum yang lain. Oleh itu,
pengekalan kejahilan dalam kalangan ahli sesebuah kaum terhadap kaum lain ini
yang menjadi salah satu cabaran sosial dalam menangani dan menguruskan
perpaduan kaum di negara kita.
Seterusnya, peristiwa 13 Mei 1969 juga menjadi salah satu cabaran dalam
menangani dan menguruskan perpaduan kaum di Malaysia. Peristiwa ini
merupakan rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan
di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda
dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969". Peristiwa ini
juga menjadi satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Sebagai kesan, kaum-
kaum lain terutamanya kaum Cina tidak berpuas hati dengan kaum Melayu dan mula
tunjuk kemarahan mereka. Sikap tersebut masih diikuti oleh segelintir masyarakat
dan seterusnya keadaan tersebut menyebabkan mereka kurang berinteraksi antara
satu sama lain. Intihanya, perpaduan kaum masih lagi tida dapat dipertingkatkan lagi
kerana sikap ketidakpuas hati mereka.
Peristiwa Kampung Medan 12 Mac 2001 juga merupakan salah satu
peristiwa yang mencetuskan perselisihan faham antara kaum. Naratif peristiwa
bermula pada 4 Mac 2001 di mana sebuah keluarga Melayu sedang mengadakan
kenduri kahwin dan satu keluarga India yang tinggal berdekatan sedang bersiap
untuk mengebumikan salah satu seorang ahli keluarga mereka yang meninggal.
Salah seorang lelaki India tersebut tidak puas hati melihat khemah dinaikkan di atas
jalan di atas jalan di luar kawasan rumah kenduri kerana menghalang laluan
perarakan mayat tersebut. Dia mengambil tindakan menunggang motosikalnya
masuk ke khemah tersebut dan menendang kerusi dan meja kemudian
meninggalkan tempat tersebut. Kemudian lelaki itu kembali lagi bersama kira-kira 10
orang lelaki bersenjata dan bertindak menyerang bapa pengantin dan salah seorang
keluarga pengantin berkenaan. Keesokan harinya, satu kumpulan orang-orang yang
tidak dikenali pula telah masuk ke kawasan India di situ dan merosakkan beberapa
buah kenderaan. Peristiwa-peristiwa begini yang menjejaskan kewujudan perpaduan
kaum di negara kita.
Page | 10
Di samping itu, hak keistimewaan orang Melayu juga merupakan salah satu
cabaran dari segi sosial yang menjadi masalah yang besar dalam menangani dan
menguruskan perpaduan kaum di Malaysia. Sebagaimana kita tahu, orang Melayu
merupakan majority kumpulan etnik yang tinggi berbanding dengan orang Cina dan
orang India. Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang
sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa
berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan
merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan
di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
Antara kandungan hak-hak keistimewaan orang Melayu adalah tanah khas
untuk orang Melayu. Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran
oleh Kerajaan Negeri kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia
Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa
sebarang syarat. Hak keistimewaan seterusnya adalah jawatan khas dalam
kerajaan. Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu,
mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang
bukan Melayu. selain itu, peruntukan biasiswa juga merupakan salah satu hak
keistimewaan orang Melayu. Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak
untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.
Akhirnya, bantuan-bantuan dari segi ekonomi juga terkandung dalam senarai hak
keistimewaan orang Melayu di negara kita. Peraturan hendaklah dibuat untuk
membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran
tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-
aktiviti ekonomi lain. Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan
Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak
istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak
istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-
hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tetapi, hak keistimewaan ini yang mencetuskan perasaan yang tidak puas
hati dalam kalangan kaum-kaum lain iaitu kaum Cina dan juga kaum India. Perasaan
sebegitu muncul dalam diri mereka kerana orang Melayu diberi keutamaan
berbanding dengan orang Cina dan orang India. Mereka juga menganggap bahawa
Page | 11
kaum mereka tidak diberi kepentingan dan juga diasingkan. Intihanya, perkauman
antara kaum sukar untuk dibina kerana ramai orang tidak senang hati dengan
amalan hak keistimewaan orang Melayu. Oleh itu, cabaran hak keistimewaan
merupakan isu sensitif dan juga serius dalam menangani dan menguruskan
perpaduan kaum.
Satu lagi perkara yang menarik tentang soal hak keistimewaan ini ialah
tentang anggapan orang bukan Melayu terhadap bilangan orang Melayu yang
menikmati hak keistimewaan ini. Dari kajian yang dilakukan di Mukim Labu, tiap-tiap
responden bukan Melayu ditanya :
“Dalam tiap-tiap 10 orang Melayu berapa orang Melayu yang mendapat hak
keistimewaan ini?”.
Reaksi mereka kepada soalan ini dapat dilihat dalam Jadual 1:
JADUAL 1
DALAM TIAP-TIAP 10 ORANG MELAYU BERAPA ORANG MELAYU YANG
MENDAPAT HAK KEISTIMEWAAN INI?
JAWAPAN CINA (R*40) INDIA (R*44) JUMLAH (R*84)
1 – 5 orang 3% 27% 16%
6 – 7 orang 5% 23% 14%
8 – 10 orang 8% 19% 13%
10 orang 47% 6% 26%
Tidak Tahu 37% 25% 31%
R* : bilangan responden
Data di Jadual 1 menujukkan bahawa kebanyakan orang bukan Melayu
mempunyai anggapan bahawa sebahagian besar orang Melayu menerima hak
keistimewaan ini. Malah ramai pula yang berpendapat bahawa semua orang Melayu
menikmati hak keistimewaan ini. Anggapan yang demikian sudah tentu boleh
Page | 12
menimbulkan bermacam-macam perasaan buruk sangka, tidak puas hati, cemburu,
marah dan sebagainya kepada orang Melayu. selain dari itu, jawapan-jawapan ini
juga menunjukkan bahawa 31% daripada responden ini menyatakan yang mereka
tidak tahu langsung tentang pembahagian hak keistimewaan itu. secara umumnya
data ini menunjukkan bahawa ramai sekali dalam kalangan orang bukan Melayu
yang tidak mengetahui kedudukan sebenarnya tentang pemberian hak keistimewaan
ini. Mungkin keadaan ini terdapat juga dalam kalangan orang Melayu sendiri.
Dalam kajian yang sama misalnya, daripada 50 responden Melayu yang dikaji
didapati hanya lima orang atau 10% saja yang menyatakan mereka ada menerima
hak keistimewaan ini; sedangkan 45 orang atau 90% lagi menyatakan tidak pernah
menerima apa-apa bentuk hak keistimewaan. Di antara lima orang ini, dua
daripadanya adalah terdiri daripada golongan berada di Mukim ini dan memainkan
peranan cergas dalam pergerakan politik UMNO tempatan; manakala yang tiga
orang lagi terdiri daripada petani dan pekerja yang berpendapatan rendah.
Sungguhpun begitu mereka ketiga-tiga ini menjadi ahli jawatankuasa ranting UMNO
dalam Mukim ini.
Keadaan ini membuktikan bahawa keadaan sebenarnya tentang
pembahagian hak keistimewaan ini adalah bertentangan dengan anggapan
kebanyakan orang bukan Melayu. hak keistimewaan ini bukan saja dinikmati oleh
satu golongan kecil orang Melayu; tetapi kebiasaanya mere ini dari golongan yang
berada dan sudah keistimewaan kedudukannya serta menjadi orang kuat UMNO
atau sekurang-kurangyan menjadi penyokong kuat kerajaan. Sebaliknya pula, jika
ada orang Melayu yang Benar-benar memerlukan bantuan tetapi bergerak cergas
dalam parti-parti politik pembangkang, maka kebiasaanya harapan mereka untuk
menikmati apa yang dikatakan hak keistimewaan itu adalah tipis sekali.
Pemberian hak keistimewaan ini sebenarnya menguntungkan lagi golongan
orang Melayu yang sudah keistimewaan kedudukannya; sedangkan sebilangan
besar orang Melayu lainnaytidak berubah juga nasibnya. Oleh itu, isu hak
keistimewaan ini merupakan salah satu cabaran yang sensitif dalam menangani dan
menguruskan perpaduan kaum di Malaysia.
Tambahan pula, sistem pendidikan yang tersendiri juga merupakan salah
satu cabaran sosial yang menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Sebagaimana
Page | 13
kita tahu, terdapat tiga jenis sekolah rendah yang utama di negara kita iaitu Sekolah
Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT). Kini, sebahagian ibu bapa memasukkan anak-anak
mereka ke sekolah mengikut kaum. Akibatnya, anak-anak hanya dapat berinteraksi
dengan ahli kaum sendiri sahaja. Selain itu, mereka juga hanya dapat menggunakan
bahasa ibunda mereka sahaja. Intihanya, keadaan ini bukan sahaja menyebabkan
berlakunya perpisahan kaum malah juga menyekatkan mereka daripada berinteraksi
antara kaum-kaum yang lain.
Sebagai cara penyelesaian, penubuhan sekolah wawasan merupakan cara
yang terbaik dalam memupuk perpaduan kaum. Sekolah Wawasan adalah sekolah
rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama
tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah
rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap
sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu
sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung. Tujuan penubuhannya
adalah mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai
bangsa dan latar belakang serta menggalakkan interaksi yang maksimum antara
semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan
aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Menurut sumber maklumat Kementerian Pelajaran
Malaysia, terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi
dengan jayanya iaitu :
Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak
Bilangan sekolah-sekolah wawasan perlu dipertingkatkan mengikut peredaran masa
supaya bukan sahaja dapat memupuk semangat integrasi antara pelajar dari
pelbagai aliran malah juga boleh melahirkan generasi yang mempunyai sifat
toleransi serta persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang
bersatu padu.
Page | 14
Cabaran seterusnya adalah cabaran dari segi ekonomi. Sebagaimana kita
tahu, terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi iaitu antara kaum-
kaum. Dasar British telah memberikan peluang pekerjaan berdasarkan kaum-kaum
tertentu. Contohnya adalah orang Melayu biasanya menguasai sektor pertanian
seperti tanaman herbal dan sayur-sayuran dan juga perikanan. Orang Cina pula
menguasai perniagaan dan perdagangan. Orang India pula mengusahakan ekonomi
berasaskan ladang. Di samping itu, ekonomi orang Melayu dan orang India sangat
mundur berbanding dengan orang Cina kerana mereka tinggal di luar bandar.
Ekonomi orang Cina pula lebih maju berbanding dengan orang Melayu dan orang
India kerana mereka tinggal di bandar.
Keadaan di atas menyebabkan kaum-kaum tersebut mandominasi dalam
satu-satu bidang pekerjaan sahaja. Contohnya, orang Melayu hanya dapat peluang
untuk mengusahakan ekonomi seperti sektor pertanian, nelayan atau pun
berkhidmat sebagai penjawat awam. Orang Cina pula mempunyai peluang yang
luas untuk mengadakan perlombongan dan perniagaan. Orang India pula hanya
dapat menjadi buruh di estet. Perbezaan ekonomi tersebut manimbulkan rasa tidak
puas hati dalam kalangan masyarakat yang berbeza kaum dan seterusnya
meningkatkan semangat perkauman. Sebagai hasil, mereka masih menghadapi
kesukaran dalam mewujudkan perpaduan antara satu sama lain sampai hari ini.
Cabaran seterusnya yang dihadapi dalam menangani dan menguruskan
perpaduan kaum di Malaysia adalah cabaran dari segi politik. Sebagaimana kita
tahu, terdapat pelbagai parti politik berasaskan kaum-kaum tertentu. Situasi ini
menguatkan lagi identiti kaum dan juga syak wasangka. Kini sesebuah persatuan
hanya memperjuangkan kepentingan kaum yang diwakilinya. Walaupun
pemerintahan sekarang bernaung di bawah satu komponen yang sama, namun
parti-parti politik yang ada masih lagi berasaskan perkauman. Di samping itu, parti-
parti politik tersebut juga menggunakan isu bahasa, kebudayaan, pendidikan dan
juga agama sebagai senjata demi kepentingan kaum-kaum yang manjadi ahli parti-
parti tersebut. Intihanya, keadaan ini menyebabkna gagalnya lahir masyarakat yang
bersatu padu di negara kita. Jadual 2 yang diberikan di bawah menujukkan senarai
parti-parti politik mengikut kaum di Malaysia.
JADUAL 2
Page | 15
SENARAI PARTI-PARTI POLITIK MENGIKUT KAUM DI MLAYSIA
KAUM-KAUM PARTI POLITIK
KAUM MELAYU Pertubuhan kebangsaan melayu bersatu (UMNO)
Barisan jemaah islamiah Se-Malaysia (BERJASA)
Parti islam Se-Malaysia (PAS)
KAUM CINA Parti liberal demokratik sabah (LDP)
Parti rakyat bersatu Sarawak (SUPP)
Persatuan cina malaysia (MCA)
KAUM INDIA Barisan progresif india Se-Malaysia (AMIPF)
Kogres India malaysia (MIC)
Kongres india muslim malaysia (KIMMA)
Parti progresif penduduk malaysia (PPP)
Cabaran keempat yang dihadapi dalam menangani dan menguruskan
perpaduan kaum di Malaysia adalah dari segi budaya dan nilai. Sebagai umum,
masyarakat negara kita merupakan masyarakat yang majmuk iaitu menganuti
pelbagai agama, bangsa, budaya, bahasa dan sebagainya. Pada masa yang sama,
ada juga masyarakat masih mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka
yang diwarisi sejak turun-temurun. Setiap kaum menganggap kebudayaan mereka
sahaja yang terbaik berbanding dengan kebudayaan kaum-kaum yang lain. Situasi
ini bukan sahaja menyebabkan rakyat memilh sahabat dari kaum yang sama sahaja
malah juga menyebabkan munculnya polarisi antara kaum. Selain itu, mereka juga
menjadikan pemahaman etrosentrisme sebagai pegangan dalam setiap kaum dan
seterusnya ia memberikan masalah yang besar dalam membetukkan perpaduan di
negara kita.
Cabaran seterusnya yang dihadapi dalam menangani dan menguruskan
perpaduan adalah cabaran globlisasi. Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa
Page | 16
sempadan dimana perhubungan menjadi semakin pintas dan cepat. Kita boleh
mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala maklumat
boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasi membawa masuk pengaruh dari
Barat dari segi ideologi, budaya hedonism dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains
dan teknologi yang memusnahkan dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi
semua manusia.
Melalui globalisasi, kuasa Barat mengeksport banyak keburukan yang
merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber
manusia dan bahan mentah. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhar dan
pemikiran Barat diterima secara ke dalam masyarakat. Kejayaan mereka ini dibantu
oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah
baik dan moden. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik,
intergrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang
rusuhan kaum. Secara tidak langsung, keadaan ini akan memburukan lagi hubungan
etnik di Malaysia.
Konklusinya adalah cabaran-cabara tersebut bukan sahaja menghalang
kewujudan perpaduan malah juga menjejaskan keharmonian negara kita. Oleh itu,
pihak-pihak yang tertentu harus berganding bahu antara satu sama lain bagi
memupuk perpaduan kaum sejak kecil lagi supaya dapat melahirkan dan
mengekalkan kesejahteraan negara pada masa akan datang.
3.0 KONSEP SATU MALAYSIA
Page | 17
Malaysia merupakan sebuah negara berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum
dalam satu naungan kuasa raja berperlembagaan yang amat menitikberatkan
semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi dalam setiap diri masyarakatnya.
Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagi menjaga keamanan dan
keselamatan negara. Hubungan antara masyarakat pelbagai kaum seperti kaum
seperti kaum Melayu, Cina, India serta kaum-kaum yang lain ini terjalin erat dan
membentuk masyarakat yang bersatu. Malaysia dikenali di persada dunia
disebabkan keunikannya yang mempunyai pelbagai kaum. Untuk memgekalkan
keamanan dan keunikan ini setiap perdana menteri Malaysia mengambil pelbagai
inisiatif.
Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak telah
memperkenalkan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' sebagai satu gagasan
peribadi pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira
kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-
sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara
evolusi. Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam
membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Ia adalah ramuan serta formula
pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang,
gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan
kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Asas kepada konsep “1 Malaysia” adalah prinsip keadilan untuk semua kaum,
yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-
mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan
kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan
dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada
golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. 1Malaysia adalah
penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat
perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap
penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh.
ASPEK-ASPEK UTAMA KONSEP 1 MALAYSIA.
Page | 18
Rajah 1 : Pendekatan
Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan
Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua
rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang
menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras
Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara
hidup rakyat Malaysia.
Page | 19
Rajah 2 : Aspek Pertama
Konsep 1 Malaysia disandarkan kepada 3 prinsip teras iaitu prinsip
penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial. Ketiga-tiga prinsip
tersebut adalah penting dalam memperkukuhkan perpaduan nasional. Konsep ini
menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu
kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat hidup bersama
dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Di
samping itu, konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara yang
merupakan prinsip kenegaraan telah lama diterapkan semenjak dahulu lagi boleh
pemimpin terdahulu.
Prinsip keadilan untuk semua kaum yang membawa maksud bahawa nasib
semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan juga
menjadi salah satu asas kepada konsep Satu Malaysia. Keadaan ini mestilah
mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh
itu, dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan
pembelaan kepada golongan yang memerlukannya akan tetap dilaksanakan. Prinsip
keadilan sosial dari segi pendidikan pula diperuntukkan dalam Fasal (1) Perkara 12
Perlembagaan Persekutuan27 yang melarang diskriminasi terhadap mana-mana
warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan dan tempat lahir
dalam aspek pendidikan yang antara lainnya mengenai kemasukan pelajar ke
institusi pendidikan dan bantuan kewangan.
Ketiga-tiga teras perpaduan ini pula didokongi oleh nilai- nilai murni termasuk
nilai-nilai seperti hormat-menghormati, rendah diri, kesederhanaan dan berbudi
bahasa. Hormat menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat
resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat menuntut kita agar tidak mengeluarkan
kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-
peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum. Hormat-menghormati
antara setiap kaum yang berlainan budaya, agama, bahasa, dan adat resam agar
Page | 20
dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham yang mampu mengundang
tindakan negative serta menggugat keamanan negara. Contohnya, sebagai rakyat
kita perlu menghormati semua tempat ibadat iaitu masjid, kuil, gereja dan tokong
dengan tidak membuat bising atau sebarang gangguan ketika upacara keagamaan
dijalankan.
Rasa rendah hati atau Tawadhuk mengajar kita erti keinsafan dan kesedaran
bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu
hidup bersama secara harmoni. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita
tunduk atau mengalah dengan orang lain. Segala kemampuan dan kebolehan yang
dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari
masyarakat Malaysia. . Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah
setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri, dan seharusnya
kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk memperkukuhkan
masyarakat dan negara. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai
sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh
terhadap sesuatu prinsip. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa,
keadaan dan tempat.
Kesederhanaan ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang
berbangkit. Malaysia mesti menerima kesederhanaan dan menjadikannya sebagai
amalan dalam semua aspek kehidupan. Ia adalah penting bahawa tingkah laku dan
sikap sederhana yang berasaskan kepada sikap hormat menghormati dan saling
menerima boleh memastikan perubahan positif untuk kebaikan negara. Ekstremisme
dalam apa jua bentuk tidak boleh diterima kerana ia terbukti membawa kerosakan
kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, hanya kesederhanaan yang boleh
membuka jalan bagi keamanan dan keharmonian. Di samping itu, kita dapat melihat
inisiatif Malaysia dengan menjadikan konsep kesederhanaan sebagai amalan
antarabangsa melangkah setapak lagi dengan pelancaran secara rasmi Yayasan
Pergerakkan Kesederhanan Global. Penubuhan ini dikatakan tepat pada masanya
ketika kesedaran terhadap pentingnya amalan kesederhanaan dalam menghadapi
ancaman puak ekstremis di seluruh dunia.
Selain itu,budi-bahasa ialah tutur kata dan tingkah laku yang tertib dan
berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan. Nilai budi bahasa
Page | 21
amat dipentingkan. Media massa memainkan peranannya dengan membuat
pelbagai iklan yang berkaitan dengan nilai budi bahasa agar rakyat dapat
memahami intipati nilai tersebut. Selain itu, nilai ini juga dipupuk melalui pelbagai
slogan seperti “ Budi Bahasa Budaya Kita ”. Kepentingan nilai-nilai ini perlulah
diterap sejak kecil lagi oleh ibu bapa agar anak mereka berbudi pekerti mulia pada
masa akan datang.
Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi
Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1 Malaysia ialah nilai-nilai
yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara
ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam
mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam
persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi
negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.
Page | 22
RAJAH 3 : NILAI-NILAI ASPIRASI
Nilai-nilai aspirasi.
1. Budaya Berprestasi Tinggi
Pengamalan budaya berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap
kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat
dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh
rakyatnya. Budaya berprestasi tinggi memastikan bahawa setiap perkara dan setiap
tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan acuh tak
acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.
Kerajaan kita mengambil pelbagai langkah untuk melahirkan budaya yang
bberpretasi tinggi. Salah satu daripadanya ialah memperkenalkan ‘ Program
Page | 23
NILAI-NILAI ASPIRASI
BUDAYA BERPRETASI
TINGGI
BUDATA KETEPATAN
BUDAYA ILMU
BUDAYA INOVASI
KEBIJAKSANAAN
KESETIAAN
KETABAHAN
INTEGRITI
PERMATA PINTAR ’. Program ini adalah antara insiatif yang diperkenalkan oleh
PERMATA bagi mengenalpasti dan membangunkan kanak-kanak yang berbakat
besar dan semula jadi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik,
seterusnya menjadi modal insan yang membantu negara mencapai status maju
menjelang 2020. Penaung Program PERMATA, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor,
berkata program itu memberi tumpuan dan fokus kepada pembangunan kreatif
melalui pemikiran kritis dan tinggi, kemahiran serta daya kepimpinan.
Selain itu, “PERMATA SENI” mensasarkan kanak-kanak yang memiliki bakat
dalam seni persembahahan termasuklah koir, muzik dan tarian yang berumur antara
tujuh hingga 15 tahun yang dilatih oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan yang berjaya memukau penonton dengan persembahan mereka di serata
dunia. “PERMATA INSAN” pula menggabungkan pembelajaran A-Quran dan
Sunnah dengan seni, sains, alam sekitar dan teknologi. Inisiatif yang lain
diperkenalkan ialah PERKASA REMAJA yang bertujuan memperkasakan golongan
belia bermasalah dengan membangunkan bakat untuk tujuan lebih produktif,
sekaligus mencegah mereka daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat.
Tambahan lagi, untuk meningkatkan lagi daya tahan dan daya saing negara,
adalah penting kita memupuk budaya berprestasi tinggi di semua lapisan tenaga
kerja di sektor awam dan swasta ke arah ini, pelaksanaan petunjuk prestasi utama
telah dimulakan di dalam sektor perkhidmatan awam dan juga di bawah program
transformasi dengan memberi keutamaan kepada sistem ganjaran berasaskan
prestasi bagi semua tenaga kerja. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk
meneruskan agenda ekonomi berasaskan pengetahuan, adalah penting untuk
memastikan lebih ramai tenaga pekerja mahir berkhidmat di negara ini dan untuk
membendung brain drain rakyat Malaysia.
2. Budaya Ketepatan
Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju,
rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati
waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan
kewajipan. Sebuah masyarakat yang percaya kepada prinsip ketepatan merupakan
satu salah satu nilai dalam Budaya Kecemerlangan. Ketepatan pengukuran,
Page | 24
menguruskan masa, jadual penyampaian, dari segi kualiti amatlah penting. Jika
Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan
kecemerlangan, maka setiap produk dan perkhidmatan yang berasal dari Malaysia
akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh
dunia. Y.A.B. Perdana Menteri berharap dapat memberi penekanan kepada
kepimpinan berasaskan prestasi.
Sekiranya mahu mengubah Malaysia, perubahan mestilah berteraskan
kepimpinan yang berasaskan prestasi. Ini bermakna matlamat-matlamat khusus,
dan prestasi seseorang boleh diukur. Pengawasan, pemantauan, pembetulan dan
membuat sebarang perubahan jika perlu boleh dilaksanakan. Misalnya pengertian
waktu, ‘waktu Malaysia’, yang sering dijadikan bahan jenaka orang ramai. Beliau
berpendapat, ketepatan masa merupakan antara perkara-perkara yang boleh
ketengahkan, meningkatkan kesedaran untuk merubah di mana perlu. Pernyataan
seperti ‘lebih kurang’ –sepatutnya tidak wujud lagi dalam perkataan-perkataan yang
diguna pakai seharian. Kita perlu lebih tepat dalam setiap perbuatan, pertuturan,
dalam apa sahaja yang ingin dicapai.
3. Budaya Ilmu
Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk
sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu
sepanjang hayat. Sepanjang sejarah, hanya empayar yang berteraskan akal yang
terus wujud berbanding dengan sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan
tentera tidak mampu bertahan. Pendidikan dan pengetahuan perlu dilihat dalam
konteks holistik dan disepadukan dengan nilai. Bukan saja kerajaan, tetapi juga
masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca. Budaya
membaca, sama ada melalui buku atau pun internet, akan berupaya membuka
minda masyarakat Malaysia.
Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang
berbeza di dalam negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian,
kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah
ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya
kekuatan dan masalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk
Page | 25
membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan
dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa
Cina akan memasuki sekolah Cina dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan
memasuki sekolah kebangsaan. Walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika
dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita
akan bertemu.
Untuk memastikan budaya ilmu kerajaan kita telah mengambil pelbgai langkah.
Antaranya ialah pemberiaan baucer buku. Kerajaan mencadangkan peruntukan
sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar
berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang
pelajar. inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat
Malaysia. Selain itu, kerajaan juga memberikan biasiswa 1 Malaysia kepada pelajar
cemerlang. Nilai pendidikan dalam konsep 1 Malaysia disokong oleh Akta
Pendidikan 1996 [Akta 550]. Akta 550 diwujudkan untuk mengadakan peruntukan
bagi pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Kerajaan juga telah
memberikan kepada semua siswa untuk mengurangkan beban mereka.
4. Integriti
Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan
sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan
dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan
cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab. Adalah
penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan
rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini
perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat
tanpa mengira kedudukan.
Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau
salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Menepati janji dan
masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh
mengikis kepercayaan dan kesetiaan. Kerajaan kita sangat menepati janji dengan
mengotakan janji yang dibuat. Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang
terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan
dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan
Page | 26
kesalahan yang dilakukan. Contoh program yang dilaksanakan kerajaan ialah
Konvensyen Integriti Nasional 2012 yang bertemakan “Menangani Persepsi Rakyat
Terhadap Integriti Agensi Penguatkuasaan” pada 6 November lalu di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 [Akta 694] menyokong nilai integriti dalam konsep 1 Malaysia.
5. Ketabahan
Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat
Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki
keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang
yang diceburi. Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan
dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan
negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala
rintangan dan dugaan. Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan
cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.
Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi
segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu
matlamat. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah
bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan yang ada dan
perlu dibaiki. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu
dikikis jika ingin maju dan berjaya. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang
berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar
dan menakjubkan.
6. Kesetiaan
Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada
Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh
setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan
kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan
kelompok sendiri. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu
organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan
dan. Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi
Page | 27
antara dua pihak. Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu
dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap semua perhubungan. Kritikan dan
pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan
kepada kejayaan.
Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan
cemerlang. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada
keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap
perhubungan. Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang
kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara
mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering
mengambil kesempatan. Kesetiaan dapat ditingkatkan melalui Program Latihan
Khidmat Negara. Selain itu, bidang pendidikan melalui pengajaran mata pelajaran
Sivik, Moral dan Sejarah nilai kesetiaan dan patriotisme dipeertingkatkan.
7. Kebijaksanaan
kebijaksanaan membuat sesuatu keputusan dengan tepat, tahu membezakan
yang baik dan buruk, memiliki pemikiran dan pandangan yang tepat, bijak meletak
sesuatu kena pada tempatnya serta tidak mudah terpengaruh dengan nafsu dan
kepentingan sendiri. Untuk memiliki nilai ini, beberapa ciri perlu dimiliki antaranya
mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, cerdik, tetap dengan pendirian, memiliki
kemahiran mendengar, berdisiplin dalam berfikir serta sentiasa siap sedia tanpa
perlu terburu-buru. Pelbagai program dan kempen dijalankan oleh kerajaan di
peringkat sekolah untuk mencungkil bakat dan kebijaksanaan para pelajar.
8. Budaya Inovasi
Menerusi konsep 1Malaysia, budaya inovasi diberi keutamaan sebagai satu
daripada nilai aspirasi masyarakat Malaysia. Dengan kata lain, semua pihak perlu
memahami dan mencari kaedah melakukan inovasi dalam kehidupan harian dan
berkerjaya. Sementara peranan agensi seperti Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (Mosti), pada hemat saya menyediakan ekosistem inovasi lebih fokus
menerusi rantaian nilai tinggi terhadap penciptaan produk, kaedah, sistem, perisian,
pendekatan dan pemikiran baru.
Page | 28
Dato’ Sri Najib turut menyarankan agar anggota perkhidmatan awam perlu
berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dengan mencari
penyelesaian kreatif dan inovatif sehingga menjangkau pemikiran dan keberanian
untuk bereksperimen dengan menggunakan kaedah kerja baru di luar kotak
kelaziman. Contoh impak hasil inovasi yang telah berjaya ialah MyKAD di JPN
Melaka yang telah berjaya mengurangkan tempoh menyiapkan setiap MyKAD dari
10 hari/80 jam kepada 1-2 jam.Hospital Putrajaya juga telah berjaya melaksanakan
inovasinya dengan pesakit dapat mengambil ubat serta-merta di kaunter Take N Go
dan 95% pesakit Farmasi Klinik Pakar mendapat ubat dalam masa 30 minit
berbanding hanya 64% sebelum inovasi dijalankan.
Selain itu,Imigresen juga telah menunjukkan satu impak yang besar dalam
pengurusan E-pasport. Inovasi yang dijalankan oleh mereka telah menaik taraf
pejabat penerima pasport Malaysia kepada Pejabat Pengeluar Pasport di pejabat
cawangan negeri dalam tempoh 1 jam hingga 2 jam berbanding tiga hari sebelum
inovasi diperkenalkan. Tambahan lagi, mulai tahun 2010, kerajaan telah bersetuju
memperkenalkan Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) sebagai anugerah
sektor awam yang terunggul dan berprestij bagi mengiktiraf penghasilan inovasi
yang benar-benar signifikan dan berimpak tinggi. Langkah - langkah yang diambil
dan diperkenalkan oleh kerajaan dapat meningkatkan budaya inovasi di negara kita.
Kesimpulan
Kesimpulannya, konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan
pemimpin memainkan peranan masing-masing. Rakyat daripada pelbagai kaum dan
agama di negara ini perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing sebagai
satu bangsa Malaysia. Konsep ini juga menyarankan pemimpin kerajaan
menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi
kepentingan rakyat dan memenuhi segala keperluan serta hak rakyat tanpa mengira
kaum dan agama.
Page | 29
4.0 RUMUSAN
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang
kaum sejak sekian lama. Dalam kepelbagaian etnik, agama dan budaya di malaysia
masyarakatnya mampu hidup sebelah menyebelah dengan harmoni. Sebagai
rumusannya, ternyata persoalan hubungan antara etnik di Malaysia adalah sesuatu
yang unik dan kompleks. Hal ini kerana, perhubungan tersebut berlaku secara
beransur-ansuran dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor daripada demografinya
hinggalah kepada persepsi dan psikologi. Keadaan inilah yang telah membentuk
plurality masyarakat Malaysia seperti mana yang ada pada hari ini.
Page | 30
Bagi tujuan memahami sifat, bentuk dan jenis interaksi dan hubungan antara
etnik di Malaysia secara khusus, beberapa elemen penting hendaklah diberi
perhatian. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang dinyatakan di atas
termasuklah sejarah, sosial dan budaya, ekonomi, politik setempat, bahasa,
sentiment dan psikologi. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang yang mahu
memperkatakan hubungan kaum dan kepelbagaian yang terdapat di Malaysia,
memiliki kesedaran dan pengetahuan tentang latar belakang agama, sejarah dan
pelbagai selok-belok lain mengenai bagaimanakah plurality yang terdapat di
Malaysia ini berlaku dan terjadi. Tidak kurang juga pentingnya adalah seorang itu
perlu mengetahui latar belakang dan konsep berkenaan dengan etnik, agama dan
juga budaya bagi melahirkan unsure keharmonian antara satu sama lain.
Di samping itu, masih banyak cabaran yang sedang dan akan dihadapi dalam
menangani dan menguruskan persoalan perpaduan kaum. Malaysia sebagai negara
majmuk masih perlu banyak melakukan usaha bagi menyuburkan integrasi antara
kaum. Isu hubungan kaum masih lagi merupakan isu sensitif dan boleh
menimbulkan keadaan yang tidak harmoni sekiranya tidak ditangani dengan cara
bijaksana. Banyak ikhtibar dan pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa
ketegangan kaum yang berlaku di tempat lain sekiranya hal ini tidak ditangani
dengan sebaliknya. Pengajaran dari sejarah dan pandangan para sarjana dan
ilmuan boleh dijadikan panduan dalam menguruskan soal perpaduan kaum.
Intihanya, semua pihak perlu memainkan peranan dalam kapasiti masing-masing
bagi menyuburkan integrasi kaum.
Akhirnya, Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk
memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin
perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara
yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat
menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami
dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan
negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia
di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di
mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati
pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
Page | 31
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan
fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui
konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-
mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia
yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia
adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran
secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga
sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina
negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi
dan kesetiaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus memberi kerjasama dalam
usaha kerajaan supaya semua etnik dapat dibawa ke dalam proses politik dan
pentadbiran negara untuk mempercepatkan pembentukan 1 Malaysia.
5.0 POWERPOINT
Page | 32