Download - Leftenan Adnan Wira Bangsa
Leftenan Adnan Wira Bangsa
Sinopsis
Pengarang menceritakan kehidupan Adnan semasa kecil yang membesar di bawah jagaan
bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris di
pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya
menjadi askar Melayu. Peringkat awalnya Adnan digambarkan sebagai seorang anak muda yang
mempunyai ciri-ciri yang istimewa dalam dirinya. Dia mempunyai keberanian yang jarang-
jarang terdapat pada orang yang seusia dengannya. Adnan kemudiannya berkahwin dengan
Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua meletus.
Dalam perkembangan cerita, peristiwa tertumpu pada suasana kehidupan penduduk di
Kampung Sungai Ramal, Kajang yang hidup dalam serba kemiskinan. Kemiskinan penduduk
kampung telah memberikan kesedaran kepada ayah Adnan, iaitu Pak Saidi untuk mengubah
nasib bangsanya. Pak Saidi berpendapat bahawa anak-anak perlu diberikan didikan yang
sempurna agar mereka lebih berpendidikan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada
keluarga, bangsa, dan negara. Pak Saidi diceritakan telah mengambil suatu tindakan yang luar
biasa. Pak Saidi telah menghantar anaknya belajar di Sekolah Inggeris. Penduduk kampung
khuatir anak Pak Saidi akan dikristiankan atau menjadi murtad. Hal ini mengundang rasa kurang
senang penduduk kampung. Mereka ingin menghalau Pak Saidi sekeluarga dari kampung jika
dia meneruskan cita-cita tersebut. Namun Pak Saidi tidak berganjak daripada keputusan yang
telah dibuatnya.
Perumitan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya
Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke
Pasir panjang dan Bukir Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun
berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu. Pasir Panjang dan Bukit Candu
merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital
tentera. Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang
tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan semula
pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C
berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh
tentera Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir
habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri
Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adanan turut tercedera. Tentera
Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun
kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok
ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya
hancur.
Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan
Nagasaki. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah
sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya Sophia berkahwin
dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka. Sohpia meninggal dunia akibat penyakit
leukemia.
Tema
Pengorbanan dan kesanggupan seseorang mempertahankan tanah air tercinta daripada diduduki
oleh pihak lain. Leftenan Adnan sanggup berjuang semata-mata hanya untuk mempertahankan
Tanah Melayu daripada dijajah oleh Jepun. Walaupun bertemu dengan pelbagai cabaran dan
kekurangan dalam perjuangan dengan tentera Jepun, namun semua itu tidak menghalang
Leftenan Adnan untuk meneruskan perjuangan sehingga ke titisan darahnya yang terakhir.
Kewiraan dan kepahlawanan anak muda, Adnan bin Saidi dalam tindakan untuk melindungi
negara ini daripada ditakluk oleh kuasa asing. Semangat keberanian tentera Melayu dalam
menjaga maruah tanah air daripada dihina oleh orang asing.
Tema ini dapat diperhatikan melalui Leftenan Adnan, atau nama sebenarnya Adnan bin Saidi
yang sanggup berjuang bermati-matian hingga titisan darah terakhir untuk mempertahankan
bumi tercinta daripada dijajah oleh tentera Jepun. Lebih-lebih lagi, apabila askar Jepun
melancarkan serangan di Jurong, pertahanan British semakin lemah akibat kebanyakan
tenteranya letih dan takut manakala askar Melayu yang masih bersemangat dan bertenaga.
Mereka tiada mempunyai pilihan lain kerana Tanah Melayu merupakan tanah air mereka.
Di samping itu, askar yang menjadi penjaga benteng Pasir Panjang sentiasa berjaga-jaga
walaupun mereka tidak makan dan minum selama beberapa hari. Pada waktu pagi, tentera Jepun
telah datang ke kawasan pertahanan mereka. Tentera Jepun ingin memaksa Leftenan Adnan
menyerah diri tetapi Leftenan Adnan bersikap berkeras dan mahu mempertahankan kubu Pasir
Panjang. Oleh itu, askar-askar Melayu dan Leftnan Adnan telah menentang tentera Jepun
sehingga mereka gagal menembus kubu Melayu. Dengan itu, Jeneral Yamashita menjadi
semakin marah dan malu.
•Pengarang mengisahkan kehidupan Leftenan Adnan sejak kecil yang dibesarkan di bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Pada mulanya, Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk menjadi askar Melayu. Dalam bahagian permulaan, Adnan dianggapkan sebagai seorang remaja yang mempunyai banyak keistimewaan dalam dirinya. Dia mempunyai keberanian yang susah dijumpa pada orang yang seusia dengannya. Dia berkahwin dengan Sophia dan mempunyai tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.
•Dalam perkembangan novel, cerita ditumpukan kepada suasana kehidupan penduduk di Kampung Sungai Ramal, Kajang yang hidup dalam kesusahan. Kesengsaraan penduduk kampung telah menimbulkan kesedaran kepada bapa Adnan, iaitu Pak Saidi untuk menukar nasib bangsanya. Pak Saidi berpandangan bahawa anak-anak perlu diberikan pendidikan yang lengkap dan sempurna agar mereka lebih mempunyai ilmu pengetahuan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada keluarga, bangsa, dan negara. Pak Saidi diceritakan telah mengambil suatu tindakan yang luar biasa. Pak Saidi telah menghantar anaknya belajar di Sekolah Inggeris. Penduduk kampung khuatir anak Pak Saidi akan dikristiankan atau menjadi murtad. Hal ini mengundang rasa kurang senang penduduk kampung. Mereka ingin menghalau Pak Saidi sekeluarga dari kampung jika dia meneruskan cita-cita tersebut. Namun Pak Saidi tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuatnya.
•Perumitan cerita bermula semasa Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan Perang Dunia Kedua meletus. Leftenan Adnan dan pasukannya daripada Kompeni C telah dihantar ke Pasir Panjang dan Bukit Candu untuk menghalang serangan Jepun yang berjaya mengawal beberapa lokasi di Tanah Melayu. Pasir Panjang dan Bukit Candu adalah laluan ke Alexandria, sebuah simpanan peluru dan hospital ketenteraan. Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.
•Oleh kerana tentera Melayu terus diserang oleh tentera Jepun, tentera Melayu terus berjuang dan tidak menyerah. Oleh itu, kekuatan pertahanan Bukit Candu berkurangan kerana peluru hampir habis dan banyak tentera Melayu terbunuh apabila tentera Jepun mendekati Bukit Candu. Jepun mengalahkan Adnan dan kemudiannya menggantung Leftenan Adnan. Dia telah mengalami cedera parah di pokok ceri dan ditikam dengan bayonet oleh setiap askar Jepun sehingga badannya hancur.
•Jepun menyerah selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada 15 Ogos 1945. Sebelum Sophia berkhidmat sebagai guru di sekolah Sungai Ramal, dia membesarkan anaknya dengan mengerjakan sawah dan menoreh getah. Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka. Sophia meninggal dunia akibat leukemia.
Leftenan Adnan bin
Saidi
•Mendapat pendidikan di sekolah Inggeris pekan Sungai Ramal dan menjadi guru selepas tamat persekolahan.
•Anak sulung daripada tiga orang adik beradik, iaitu Ahmad dan Amarullah. Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya bernama Mak Milah.
•Berturunan Dato Siamang Gagap, seorang pahlawan Melayu yang menahan tanah air daripada dijajah oleh Inggeris.
•Menyertai askar Melayu sejak kecil lagi dan dinaikkan pangkat dari Sarjan ke Leftenan disebabkan ketokohan serta kepimpinannya.
•Seorang yang berani – Walaupun tidak menpunyai sebarang senjata, Leftenan Adnan sebagai seorang anggota tentera yang memiliki keberanian yang luar biasa telah berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu dan melawan tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir.
•Seorang yang rajin – Sejak Leftenan Adnan berusia 10 tahun, dia sering rajin menolong ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi.
•Seorang penyayang - Leftenan Adnan sangat menyayangi isterinya dan berasa suram mahupun tidak sanggup apabila meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia beranjak ke Singapura untuk berjuang menghalang kedatangan Jepun.
•Seorang yang bijaksana - Leftenan Adnan cerdik mengesan muslihat tentera Jepun yang telah menyamarkan dirinya sebagai tentera India apabila menentang askar Melayu di Pasir Panjang.
•Seorang yang cinta akan negara – Walaupun Leftenan Adnan bekerja sebagai seorang cikgu, namun dia sanggup melepaskan kerjayanya hanya untuk melibatkan diri dalam bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
Pak Saidi
•Suami kepada Mak Milah dan cucu kepada Dato Siamang Gagap.
•Perkerjaannya ialah pesawah dan duduk di Kampung Sungai Ramal.
•Menguasai dalam seni bela diri.
•Seorang yang berpandangan jauh – Walaupun di kampungnya mempunyai sekolah Melayu dan sekolah pondok, tetapi beliau sanggup menghantar anaknya, iaitu Adnan ke sekolah Inggeris yang agak jauh dari rumahnya agar masa depan Adnan lebih cerah.
•Seorang yang rajin - Setiap pagi, beliau rajin menjalankan tugasnya seperti menorah getah, mengerjakan sawah, dan berkebun.
•Bertanggungjawab – Sebagai seorang bapa, dia memainkan peranannya dengan penuh tanggungjawab dan sanggup mengayuh basikal untuk menghantar anaknya, Adnan ke sekolah Inggeris sebelum bekerja di sawah padi di samping menjemputnya balik pada waktu tengah hari setiap hari.
WATAK & PERWATAKAN
Sophia Pakih Muda
• Isteri kepada Leftenan Adnan dan ibu kepada 3 orang anak.
• Seorang guru di sekolah Sungai Ramal sebelum berkahwin dan selepas suaminya Adnan meninggal dunia kerana terpaksa menyara diri dan anak-anaknya.
• Seorang yang bertanggungjawab – Sophia memainkan tugasnya sebagai seorang ibu dan menjaga anak-anaknya selepas kematian Adnan dengan bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula.
• Seorang yang menyayangi ahli keluarga - Sophia sangat sayang akan Adnan dan telah menitis air mata semasa hendak berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.
• Seorang yang tabah – Dia tabah menghadapi masalah dan cabaran kehidupan seperti kematian suaminya di Bukit Candu.
Mamat
• Kawan yang terdekat kepada Leftenan Adnan.
• Melibatkan diri dalam pasukan askar Melayu.
• Seorang yang setia kawan – Mamat tidak peduli dengan latar belakang Adnan dan sanggup berkawan dengannya walaupun Adnan telah dipulau oleh rakan lain kerana sejak kecilnya telah bersekolah di sekolah Inggeris.
Mak Milah
• Isteri kepada Pak Saidi dan ibu kepada Adnan.
• Seorang penyayang – Sebenarnya, dia tidak mahu anaknya, Adnan menyertai pasukan tentera Melayu, tetapi dia hanya mendiamkan dirinya dan tidak melawan pilihan Adnan.
PERSOALAN NILAI MURNI PENGAJARAN LATAR
MASYARAKAT
CONTOH PERISTIWA
Kepentingan
mempertahankan
maruah negara
Keberanian Kita perlu berani
dalam
mempertahankan
tanah air kita.
Masyarakat yang
berani dalam
berjuang untuk
negara
Walaupun tidak menpunyai
sebarang senjata, Leftenan
Adnan sebagai seorang anggota
tentera yang memiliki
keberanian yang luar biasa telah
berjuang untuk kemerdekaan
Tanah Melayu dan melawan
tentera Jepun sehingga ke titisan
darah terakhir.
Kebijaksanaan
menggunakan
taktik dalam
peperangan
Kebijaksanaan Kita patut bijak
menggunakan akal
fikiran ketika
berhadapan dengan
situasi yang
genting.
Masyarakat yang
bijak
menggunakan
taktik dalam
peperangan.
Leftenan Adnan cerdik
mengesan muslihat tentera
Jepun yang telah menyamar
sebagai tentera India apabila
menentang askar Melayu di
Pasir Panjang.
Semangat cinta
akan negara
Cinta akan negara Kita perlulah
memiliki semangat
cinta akan negara
yang tinggi.
Masyarakat yang
cinta akan tanah
air.
Walaupun Leftenan Adnan
bekerja sebagai seorang cikgu,
namun dia sanggup melepaskan
kerjayanya hanya untuk
melibatkan diri dalam bidang
ketenteraan demi cinta akan
tanah air.
Tanggungjawab
seorang bapa
terhadap anak
Bertanggungjawab Kita mesti
melakukan tugas
kita dengan penuh
tanggungjawab
Masyarakat yang
menjalankan tugas
dengan penuh
tanggungjawab
Sebagai seorang bapa, Pak Sadi
memainkan peranannya dengan
penuh tanggungjawab dan
sanggup mengayuh basikal
untuk menghantar anaknya,
Adnan ke sekolah Inggeris
sebelum bekerja di sawah padi
di samping menjemputnya balik
pada waktu tengah hari setiap
hari.
Pandangan jauh
seorang ketua
keluarga
Rasional Kita perlulah
memiliki wawasan
dan berpandangan
jauh
Masyarakat yang
mementingkan
ilmu pengetahuan
Walaupun di kampungnya
mempunyai sekolah Melayu dan
sekolah pondok, tetapi Pak Saidi
sanggup menghantar anaknya,
iaitu Adnan ke sekolah Inggeris
yang agak jauh dari rumahnya
agar masa depan Adnan lebih
cerah.
Kasih sayang
antara ahli
keluarga
Kasih sayang Kita hendaklah
menyayangi ahli
keluarga kita
dengan sepenuhnya
Masyarakat yang
mengamalkan
kasih sayang ahli
keluarga
Leftenan Adnan sangat
menyayangi isterinya dan berasa
suram mahupun tidak sanggup
apabila meninggalkannya di
Sungai Ramal sebelum dia
beranjak ke Singapura untuk
berjuang menghalang
kedatangan Jepun.
Kerajinan dalam
menuntut ilmu
pengetahuan
Kerajinan Kita perlulah rajin
melengkapkan diri
dengan ilmu
pengetahuan
Masyarakat yang
tekun menuntut
ilmu
Pak Said sering rajin membaca
dan mendapatkan ilmu daripada
hasil penulisan Syed Syeikh al-
Hadi dalam majalah Al Imam dan
risalah yang diterbitkannya.
Latar tempat • Warung Pak Samad - Di sinilah penduduk
kampung berkongsi maklumat dan cerita dan merupakan tempat untuk Nordin bermain bersama-sama dengan rakan-rakannya.
• Sekolah Inggeris - Di sinilah Adnan bersekolah dan menunjukkan sikap yang baik serta sering dipuji oleh Cikgu Anderson.
• Pasir Panjang - Di sinilah Leftenan Adnan memimpin Kompeni C dengan memberi tentangan kuat terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur.
Latar masa • Tahun 1937 – Pangkat Leftenan Adnan
dinaikkan menjadi Sarjan dan juga dia berkunjung ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI.
• Waktu pagi - Sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
• Waktu petang - Tentera Jepun menjalankan muslihat dan serangan berhelah dengan menyamar diri sebagai tentera India yang berturban.