Download - LAPORAN SUKAN TAHUNAN 2013
SK JALAN HANG TUAH 2
55200 KUALA LUMPUR
DOKUMENTASI :
TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK JALAN HANG TUAH 2
2013
15 JUN 2013
1. LAPORAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK
JALAN HANG TUAH 2
1.0 Pendahuluan
Program Sukan Tahunan merupakan salah satu program khas yang dirancang oleh Unit
Kokurikulum adalah bertujuan memperkembangkan dan memajukan lagi kebolehan mereka menerusi
Program Pembangunan Sukan Sekolah.
Melaui program ini juga pihak sekolah dapat mewujudkan pelajar yang sihat, cergas dan aktif
serta mampu bersaing untuk mencapai kejayaan mengikut acara yang dipertandingkan. Selain itu, dapat
memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara para pelajar yang terdiri daripada berbagai
agama, bangsa dan budaya dalam bidang sukan.
Di samping itu, mendidik murid bersikap kerjasama sebagai satu pasukan yang sentiasa bersedia
bertolah ansur dan bantu membantu antara satu sama lain dalam menangani segala masalah samada di
dalam sekolah atau di luar sekolah.
2.0 Rasional
2.1 Tujuan diadakan Program Sukan Tahunan ialah :
2.1.1 Mengenalpasti bakat murid berdasarkan acara yang dipertadingkan untuk tujuan
memperkembangkan dan memajukan lagi kebolehan mereka menerusi Program
Pembangunan Sukan Sekolah.
2.1.2 Memilih wakil sekolah ke Kejohanan MSSMKL Wilayah Bangsar .
2.1.3 Mewujudkan sebuah masyarakat pelajar yang sihat, cergas dan aktif serta mampu
bersaing untuk mencapai kejayaan.
2.1.4 Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara para pelajar yang terdiri daripada
berbagai agama, bangsa dan budaya.
2.1.5 Melaksanakan dan membantu kerajaan dalam usaha melahirkan masyarakat cergas
menuju Wawasan 2020.
3.0 Matlamat
Dokumentasi Temasya Sukan Tahunan SKJHT2 2013
3.1 Melahirkan murid yang sihat tubuh badan di dalam melakukan aktiviti sukan
3.2 Melahirkan peserta yang mempunyai bakat di dalam acara sukan.
3.3 Menerapkan nilai-nilai semangat kesukanan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan dalam semua bidang.
4.0 Kumpulan Sasaran
4.1 Semua Murid SK Jalan Hang Tuah ((2)
4.2 Semua Guru
5.0 Objektif
5.1 Meningkatkan tahap pengetahuan murid dalam bidang sukan.
5.2 Memberi peluang dan ruang kepada murid bersaing secara sihat dengan acara sukan yang
dipertandingkan .
5.3 Mewujudkan kerjasama dan kecintaan terhadap sukan.
5.4 Memantapkan nilai-nilai semangat kenegaraan di kalangan peserta.
6.0 Tarikh / Tempat / Masa
Tarikh : 15 Jun 2013 ( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi sehingga 1.00 petang
Tempat : Padang SK Jalan Hang Tuah (2), Kuala Lumpur
7.0 Atur Cara Program
7.00 pagi : Semua murid melapor diri
: Ketibaan Dif-Dif Jemputan dan PIBG
7.30 pagi : Perhimpunan
8.00 pagi : Perbarisan lintas hormat Rumah Sukan
: Bacaan Doa
Dokumentasi Temasya Sukan Tahunan SKJHT2 2013
: Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah dan Lagu 1 Malaysia
: Ikrar Kejohanan
: Ucapan perasmian oleh YDP PIBG Pn Zawiyah Bt Abdul Karim
8.30 pagi : Acara Sukan Dimulakan
12.00 Tengahari : Acara Sukan Tamat. Murid Berkumpul Di Dataran Arena
: Ucapan Penutup Oleh Guru Besar
( Puan Juriah Bt Abd Jalil )
: Majlis Penyampaian Hadiah
1.00 petang : Bersurai
8.0 Jawatakuasa & Bidang Tugas
Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Tahunan 2013
Kali Ke-45
Sk. Jalan Hang Tuah (2), Kuala Lumpur
Penaung : Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
Penasihat : Pn. Juriah Bt. Abd Jalil
Pengerusi : Pn. Norlaili Bt. Muhammad
Naib Pengerusi : En. Ruslan B. Kasim
En. Che Mustafa B. Che Yah
Setiausaha : En. Syahir B. Abdullah
Naib Setiausaha : Pn. Norhashimah Bt. Mohamed
Bendahari : En. Rafizi B. Yaakub
Ajk : En. Muhammad Nur Fikri B. Mohd Zainuri
Pn. Nor Akhirah Bt. Awang Kechik
Pn. Dzullatifah Norsiah Bt. Latip
Dokumentasi Temasya Sukan Tahunan SKJHT2 2013
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
SAMBUTAN DAN PROTOKOL
Ketua : Pn. Juriah Bt. Abd Jalil
AJK : En. Ruslan B. Kasim
En. Che Mustafa B. Che Yah
Pn. Norlaili Bt. Muhammad
BUKU PROGRAM/ DOKUMENTASI
Ketua : En. Syahir B. Abdullah
AJK : Pn. Norhashimah Bt. Mohamed
TEKNIK, PADANG DAN PERSIAPAN TEMPAT
Ketua : En. Syahirman b. Abdullah
AJK : En. Mazlan b. Mohd Zin
: En. Muhammad Nur Fikri B. Mohd Zainuri
KEMUDAHAN DAN PERALATAN
Ketua : En. Ooi Aun Dee
AJK : En. Khairul Laznizam b. Jaafar
: Pengakap
SIARAYA/ SERANTA
Ketua : En. Mohd. Haizul b. Ab. Kadir
AJK : Syahir B. Abdullah
MAKAN / MINUM / JAMUAN VIP GURU MURID
Ketua : Pn. Nik Naimah bt. Nik Mahmood
AJK : Pn. Syafiah bt Mohd Radzi
: Pn. Siti Aminah bt. Mat Ali
PERSEMBAHAN
Ketua : Pn. Nor Akhirah Bt. Awang Kechik
AJK : Pn. Norhashimah Bt. Mohamed
: En. Muhammad Nur Fikri B. Mohd Zainuri
Dokumentasi Temasya Sukan Tahunan SKJHT2 2013
HADIAH DAN CENDERAMATA
Ketua : Pn. Asiah bt. Din
AJK : Pn. Noor Mursyidah bt Mustapha
: Pn. Norraliza Bt. Norrahim
PENGURUS PESERTA
Ketua : Ketua Rumah Sukan
AJK : En. Rafizi B. Yaakub (Persiapan Murid)
: Guru Rumah Sukan
PENGURUS PENERIMA HADIAH
Ketua : En. Ooi Aun Dee
AJK : Pn. Norraliza Bt. Norrahim
: Wakil murid setiap rumah sukan
STATISTIK / PENCATAT
Ketua : Pn. Kalthom Bt. Meskam
AJK : Pn. Nor Akhirah bt. Awang Kechik
: Pn. Tengku Nor Zukiah Bt. Nik Mustapha
: En. Ooi Aun Dee
HAKIM PELEPAS/PENAMAT
Ketua : En. Mazlan B. Zin
AJK : En. Syahir B. Abdullah
SUKANEKA TAHAP 1 DAN 2 DAN ACARA PEGAWAI
Ketua : En. Muhammad Nur Fikri B. Mohd Zainuri
AJK : En. Syahir B. Abdullah
KEBERSIHAN/ KESELAMATAN
Ketua : Pn. Hazlina bt Ismail
AJK : Semua Guru
JURUGAMBAR
Ketua : Pn. Tengku Nor Zukiah Bt. Nik Mustapha
AJK : En. Khairul Laznizam b. Jaafar
Dokumentasi Temasya Sukan Tahunan SKJHT2 2013
PERBARISAN MURID
Ketua : En. Rafizi Yaakub
AJK : En. Mazlan Zin
: Ketua Rumah Sukan
PENGACARA MAJLIS
Ketua : Pn. Norhashimah Bt. Mohamed
AJK : Pn. Noryani Bt. Jusoh
SENARAI BIDANG TUGAS :
Jawatan Kuasa Bidang Tugas
JK Teknikal/ Peralatan
1. Dapatkan senarai peralatan yang diperlukan
daripada setiap jawatankuasa kecil.
2. Menyediakan peralatan yang diperlukan.
3. Memastikan padang berada dalam keadaan baik (trek
larian).
4. Menyediakan borang-borang yang berkaitan.
5. Memastikan program berjalan dengan lancar.
Statistik & Perangkaan
1. Penyediakan papan pameran markah
2. Mendapatkan keputusan daripada hakim penamat.
3. Mengumpul markah daripada setiap rumah selepas
acara tamat.
4. Menyediakan borang yang berkaitan.
JK Buku Program
1. Menyediakan buku program sebelum program bermula
2. Dapatkan maklumat daripada GPK KOKO
3. Edarkan kepada VIP/AJK PIBG
JK Siaraya & Khemah Tetamu
1. Menyediakan alat siaraya
2. Memastikan alat siaraya berada dalam keadaan baik
sepanjang aktiviti berjalan
3. Memastikan khemah dipasang
4. Menghias tempat duduk dan meja VIP/PIBG
JK Kebajikan, Keselamatan & Kebersihan 1. Menyediakan kotak pertolongan cemas
Dokumentasi Temasya Sukan Tahunan SKJHT2 2013
Jawatan Kuasa Bidang Tugas
2. Membantu pelajar yang mengalami kecederaan semasa
aktiviti dijalankan.
3. Memastikan padang bersih dan selamat.
JK Dokumentasi dan Fotografi
1. Merakam gambar majlis tersebut
2. Menyerahkan rakaman kepada guru dokumentasi.
3. Menyiapkan laporan sukan tahunan yang lengkap.
Teknik, Padang dan Persediaan Tempat
1. Memastikan tapak aktiviti dalam keadaan baik –
khemah, kerusi, meja dan yang berkaitan.
2. Dapatkan kedudukan kerusi VIP, pentadbir sekolah, AJK
PIBG, ibubapa dan guru di tapak aktiviti (Padang
Sekolah)
3. Memastikan penyimpanan setelah tamat program.
JK Hadiah dan Cenderamata
1. Berbincang dengan GPK KOKO bentuk hadiah
2. Dapatkan senarai anugerah yang akan disampaikan
3. Menyelaraskan majlis penyampaian hadiah
JK Pencatat
1. Memastikan semua markah diterima untuk direkod.
2. Mengedarkan markah kepada AJK yang seterusnya
untuk tindakan lanjutan.
Disiplin & Kawalan Murid
1. Memantau disiplin murid
2. Menyusun kedudukan murid sebelum dan semasa
majlis bermula .
Pengacara Majlis
1. Sediakan teks pengacara
2. Berbincang dengan rakan juruacara
3. Dapatkan aturcara program dan senarai nama penerima
hadiah pada Jawatankuasa Statistik dan Perangkaan.
Sambutan & protokol1. Menyambut dan mengalu-alukan kedatangan tetamu
Kehormat dan tetamu jemputan
Bacaan Doa1. Sediakan teks bacaan doa
2. Mengendalikan bacaan doa
Banner 1. Berbincang dengan GPK KOKO jenis banner yang akan
Dokumentasi Temasya Sukan Tahunan SKJHT2 2013
Jawatan Kuasa Bidang Tugas
disediakan.
2. Dapatkan ‘wording’ daripada GPK KOKO
3. Mempamerkan banner di lokasi yang sesuai.
Hakim Pelepas/Penamat
1. Memastikan peserta telah bersedia untuk mengambil
bahagian
2. Menjadi pelepas bagi semua acara yang
dipertandingkan.
3. Sentiasa bekerjasama dengan hakim penamat.
4. Mencatat keputusan dan menyerahkan pada
jawatankuasa Statik dan Perangkaan dengan kadar
segera.
Pengurus Penerima Hadiah
1. Mengumpul penerima hadiah setempat sebelum
penyampaian hadiah.
2. Memastikan penerima hadiah bersedia untuk menerima
hadiah.
3. Memastikan acara penyampaian hadiah berjalan dengan
lancar.
JK Makanan & Minuman (Murid dan
Pegawai)
1. Jamuan Guru & AJK PIBG
2. Mengedarkan makanan murid kepada Ketua Rumah
sebelum program dijalankan.
*Makanan murid- bungkus dan edarkan
makanan untuk setiap murid.
Persembahan Murid dan Sukaneka
1. Menyediakan persembahan murid pada waktu rehat
sukan tahunan.
2. Mengatur sesi latihan murid
Pengurus Peserta
1. Mencari peserta yang berminat dan berkelayakan
2. Mengatur sesi latihan murid
3. Menyelaras peserta pada hari program dijalankan.
9.0 Acara Yang Dipertandingkan
Dokumentasi Temasya Sukan Tahunan SKJHT2 2013
TAHUN 1, 2 & 3 TAHUN 4,5 & 6
INDIVIDU
1. LARI 50 METER (L) Tahun 1
- 4 PESERTA
2. LARI 50 METER(P) Tahun 1
- 4 PESERTA
3. LARI 50 METER (L) Tahun 2
- 4 PESERTA
4. LARI 50 METER (P) Tahun 2
- 4 PESERTA
5. LARI 50 METER (L) Tahun 3
- 4 PESERTA
6. LARI 50 METER (P) Tahun 3
- 4 PESERTA
INDIVIDU (Balapan)
7. LARI 100 METER (L) Tahun 4
- 4 PESERTA
8. LARI 100 METER(P) Tahun 4
- 4 PESERTA
9. LARI 100 METER (L) Tahun 5
- 4 PESERTA
10. LARI 100 METER (P) Tahun 5
- 4 PESERTA
11. LARI 100 METER (L) Tahun 6
- 4 PESERTA
12. LARI 100 METER (P) Tahun 6
- 4 PESERTA
KUMPULAN (Sukaneka) Permainan :-
1. Campuran Tahun 1( 4 X 6 peserta)
2. Campuran Tahun 1( 4 X 6 peserta)
3. Campuran Tahun 2( 4 X 6 peserta)
4. Campuran Tahun 2( 4 X 6 peserta)
5. Campuran Tahun 3( 4 X 6 peserta)
6. Campuran Tahun 3( 4 X 6 peserta)
KUMPULAN (Sukaneka) Permainan :-
1. Campuran Tahun 4( 4 X 6 peserta)
2. Campuran Tahun 4( 4 X 6 peserta)
3. Campuran Tahun 5( 4 X 6 peserta)
4. Campuran Tahun 5( 4 X 6 peserta)
5. Campuran Tahun 6( 4 X 6 peserta)
6. Campuran Tahun 6( 4 X 6 peserta)
7. Campuran Rimup (L) 6 peserta
8. Campuran Rimup (P) 6 peserta
Kumpulan (Balapan)
1. 4 X 100m (L) Tahun 4 (4 X4 peserta)
2. 4 X 100m (P) Tahun 4 (4 X4 peserta)
3. 4 X 100m (L) Tahun 5 (4 X4 peserta)
4. 4 X 100m (P) Tahun 5 (4 X4 peserta)
5. 4 X 100m (L) Tahun 6 (4 X4 peserta)
6. 4 X 100m (P) Tahun 6 (4 X4 peserta)
Dokumentasi Temasya Sukan Tahunan SKJHT2 2013
Acara Padang
Lompat jauh ( 3 pemenang)
Lompat tinggi (3 pemenang)
Lontar peluru (3 pemenang)
10.0 Anggaran Perbelanjaan
1. Makanan + Minuman
a) Guru & Pegawai ( 30 orang X RM2.50 ) = RM 75.00
b) Murid & murid jemputan ( 222X RM1.00 ) = RM 222.00
Jumlah = RM 297.00
2. Hadiah
a) Medal ( 345X RM3.00) = RM 1035.30
b) Piala (2 X RM10 ) = RM 20.00
c) Eda foam sheet ( 1 rolls) = RM 140.00
d) Pekka Mural cat = RM 440.00
Jumlah = RM 1635.00
3. Sewa khemah (4 X RM75.00) = RM 300.00
4. Hiasan rumah sukan (4 X RM100.00) = RM 400.00
5. Pelbagai = RM 300.00
(Rosset,Banner, bateri Haler,bateri mikropon, pembalut hamper,
Cenderahati perasmi, peralatan sukaneka )
Jumlah =RM 1000.00
6. Jumlah Besar = RM 2932.00
11.0 Sumber Kewangan
Dokumentasi Temasya Sukan Tahunan SKJHT2 2013
a. Peruntukan Kewangan Kokurikulum = RM 1000.00
b. Sumbangan
i. PIBG = RM 500.00
ii. YPC = RM
iii. Lain-lain = RM
JUMLAH BESAR = RM
12.0 Ulasan Program
Secara keseluruhan sambutan termasya sukan tahunan SKJHT 2 2013 berjalan dengan
lancar dan teratur. Walaupan terdapat sedikit kesulitan dan kelewatan perjalanan aturcara
namun segala yang dirancang telah dapat dilaksanakan sebaiknya.
Pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas sokongan dari pihak Balai
Bomba Jeniang, Kuala Lumpur kerana sudi menghulurkan bantuan dari segi penyediaan khemah
untuk tahun ini. Pihak sekolah juga ingin merakamkan penghargaan kepada AJK Persatuan Ibubapa dan
Guru SKJHT 2 kerana turut memeriahkan sambutan termasya sukan tahunan SKJHT2 2013. Tidak lupa
juga, kepada para penyumbang samada dari segi hadiah, pinjaman peralatan, wang ringgit dan
sebagainya, terima kasih diucapkan.
Kepada para ibu bapa yang sudi hadir, kekalkanlah momentum kehadiran ini supaya kita
sama-sama dapat melihat anak-anak kita berusaha mencipta kejayaan yang bukan sahaja berlaku dari
sudut kurikulum tetapi juga dari sudut ko-kurikulum. Semoga kehadiran tuan/puan ini akan menjadi
inspirasi kepada mereka untuk terus berusaha. Insya’Allah.
Semua AJK pelaksana telah dapat menjalankan tugas dengan baik dan teratur mengikut
ketetapan dalam mesyuarat yang telah dijalankan. Sesungguh keperihatinan kita semua adalah
merupakan kunci kepada kejayaan yang telah dicapai pada hari ini.
13.0 Cadangan Penambahbaikan
1. Mengurangan tekanan MMI untuk aktiviti latihan rumah sukan dalam waktu PdP
Memandangkan penggunaan padang adalah terhad kerana masalah perkongsian
kawasan sekolah dengan SKJHT 1, adalah dicadangkan agar latihan rumah sukan boleh diadakan
dalam sesi PdP yang mana perkara ini juga turut dibincangkan diperingkat NUTP dengan
Dokumentasi Temasya Sukan Tahunan SKJHT2 2013
menekankan bahawa aktiviti ko-kurikulum juga adalah sebahagian daripada pembelajaran
kepada murid-murid dan hendaklah dianggap bukan sebahagian perkara yang menyebabkan
MMI berlaku di sekolah.
2. Pertingkatkan lagi pemantauan dari segi disiplin murid.
Pelajar perlu diingatkan tentang tingkahlaku serta sahsiah mereka dalam bersama-sama
meraikan sambutan sukan tahunan sekolah. Batas-batas sebagai pelajar muslim perlu dijaga.
Semua guru berperanan dalam menegur serta memantauperjalanan disiplin serta sahsiah
pelajar kita.
3. Kerjasama guru dan murid perlu dipertingkatkan.
Guru yang terlibat perlu memastikan segala permainan dan aktiviti yang dirancang
mendapat kerjasama daripada murid. Perkara ini amat penting ditegaskan kepada semua agar
segala yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut ketetapan masa bagi mengelakkan
sebarang kelewatan.
4. Menceriakan pentas utama penyampaian hadian.
Pihak keceriaan sekolah diminta untuk melakukan ’touch-up’ semula pentas utama
penyampaian hadiah termasuk peralatan terlibat agar lebih ceria khususnya dalam
memeriahkan sambutan acara-acara ko-kurikulum. Keadaan peralatan yang sudah lusuh
boleh mencacatkan pandangan.
5. Mengalakkan pemakaian uniform lengkap atau moskot ketika sambutan sukan tahunan
Murid disarankan untuk memakai pakaian beruniform lengkap (yang terlibat sebagai
pengiring rumah sukan sewaktu perbarisan) ketika sambutan sukan tahunan agar majlis
sambutan lebih ceria dan meriah. Kehadiran moskot yang mencerminkan identiti rumah sukan
juga wajar dititikberatkan kepada setiap rumah sukan.
6. Mohon kerjasama guru untuk bersama-sama dalam majlis rasmi sekolah
Guru diminta untuk bersama-sama memeriahkan acara perasmian dan berada ditempat
duduk yang telah disediakan ketika majlis berlangsung. Protokol majlis rasmi perlu dititik
beratkan bagi mengambarkan tahap profesionalisme staff pendidikan SKJHT 2.
Dokumentasi Temasya Sukan Tahunan SKJHT2 2013
14.0 Kesimpulan
Program Sukan Tahunan ini diharap dapat melahirkan murid yang mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas dalam bidang sukan terutamanya berkaitan Acara Balapan. Selain itu,
dapat menerapkan nilai-nilai murni dan semangat bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan di samping menjadikan tubuh badan yang sihat dan cergas
sementara minda cerdas.
Disediakan oleh: Disahkan oleh :
-------------------------------------- --------------------------------------
( SYAHIR B. ABDULLAH ) ( PN JURIAH BINTI ABD JALIL )
Setiausaha Sukan Tahunan Ke- 45 Guru Besar
SK Jalan Hang Tuah (2) SK Jalan Hang Tuah (2)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Dokumentasi Temasya Sukan Tahunan SKJHT2 2013
Dokumentasi Temasya Sukan Tahunan SKJHT2 2013