Download - Laporan Sambutan Hari Guru 2015
-
LAPORAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
2015
SK PARIT PENGHULU
Pada 18 Mei 2015 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah mengadakan
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan Hari Guru pada tahun ini turut
mendapat perhatian daripada PIBG SKPP. Pada sambutan tahun ini pihak PIBG SKPP
telah diminta untuk menguruskan jamuan kepada guru-guru dan staff sekolah.
Alhamdulillah , pihak persatuan telah bersetuju untuk memberikan khidmat bakti
demi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru dan staff sekolah. Pihak
persatuan telah berjaya mengatur dan menjayakan jamuan seperti yang diminta oleh
pihak sekolah. Diharapkan kerjasama dan ukhuwah yang terbina ini akan terus
berkekalan dan mendapat keberkatan dari Allah. Berikut adalah gambar-gambar
yang dapat diambil sekitar sambutan ini berlangsung.