Download - Laporan Bina Insan Guru (Benchmarking)
LAPORAN BINA INSAN GURU
FASA 5 / 2015
LAWATAN PENANDA ARAS KE
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) FOON YEW 2,
JALAN TASEK UTARA, 80100 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM.
Pada tarikh 26 Februari 2015 yang lalu, para pelatih guru dari 5 PISMP TESL 3 Ambilan
Januari 2013 dibawah kelolaan Unit GERKO telah menganjurkan satu lawatan penanda aras ke
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Johor Bahru, Johor. Lawatan penanda aras ini
dianjurkan adalah bagi memenuhi satu daripada tugasan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa
5 tahun 2015 dan disamping itu, ianya adalah untuk memberi pendedahan dan menjadi
landasan terbaik bagi memberi ruang dan peluang kepada para pelatih guru untuk memperoleh
dan memantapkan pengetahuan mereka dalam ilmu berkaitan pengurusan professional. Selain
itu, para pelatih guru juga berpeluang untuk menimba ilmu hasil daripada perkongsian
maklumat yang menarik lagi berguna dari pihak sekolah. Program ini disertai oleh kesemua
pelatih guru 5PISMP TESL 3 Ambilan Januari 2013 seramai 22 orang bersama mentor , Cik
Marina Binti A. Majid.
Sebelum bermulanya lawatan penanda aras ini, para pelatih guru telah berkumpul
dihadapan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), IPGKTI untuk menaiki bas ke Sekolah Jenis
Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Johor Bahru, Johor. Sebelum bergerak, taklimat ringkas telah
disampaikan oleh saudara Pengerusi Majlis, Muhammad Sholihin Bin Kamari. Tepat jam 7.45
pagi, bas mula bertolak ke Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon yew 2, Johor Bahru, Johor.
Sebaik sahaja tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew, Johor Bahru, Johor,
para pelatih guru 5 PISMP TESL 3 dan mentor, Cik Marina Binti A. Majid telah disambut mesra
oleh guru bertugas, Puan Mashitah selaku guru cemerlang Bahasa Melayu. Selain beliau, ahli
rombongan lawatan penanda aras ini juga disambut oleh bekas pelatih guru, IPGKTI iaitu Cik
Tan Si Ting yang kini mengajar di sekolah tersebut sebagai guru pemulihan dan juga guru GPK
HEM, Puan Lim Ah Lan.
Sebaik sahaja selesai sesi suai kenal bersama wakil guru- guru ini, program diteruskan
dengan bacaan doa oleh wakil guru pelatih dan ucapan ringkas dari kedua- dua wakil
rombongan dari IPGKTI dan wakil dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Johor
Bahru, Johor. Seterusnya, saudara Pengerusi Program, Muhammad Sholihin Bin Kamari telah
memberikan sedikit taklimat ringkas kepada para pelatih guru dan disambung sedikit
taklimatnya oleh Puan Mashitah selaku guru yang ditugaskan untuk mengiring ahli rombongan
lawatan sepanjang program lawatan penanda aras ini berlangsung.
Program lawatan penanda aras ini dimulakan dengan sesi melawat ke kawasan-
kawasan sekolah dan melihat infrastruktur- infrastruktur yang disediakan di Sekolah Jenis
Kebangsaan (C) Foon Yew 2. Sepanjang sesi melawat sekolah ini, Puan Mashitah telah
memberikan penerangan terperinci mengenai setiap kemudahan, infrastruktur, aktiviti- aktiviti
kokurikulum dan kurikulum serta pencapaian yang telah dicapai di Sekolah Jenis Kebangsaan
(C) Foon Yew 2.
Selepas berakhir sesi melawat ke sekitar kawasan sekolah, para pelatih guru dan
mentor di jemput ke bilik gerakan untuk sesi minum pagi dan sesi ceramah bersama guru
cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Puan Mashitah, guru cemerlang
Bahasa Melayu. Sebelum sesi ceramah bermula, GPK 1 iaitu Encik Chong Su Min telah
memberikan ucapan kata alu- aluan kepada rombongan IPGM Kampus Temenggong Ibrahim,
Johor atas lawatan penanda aras yang dilakukan disekolah ini. Dengan berakhinya sesi ucapan
dari GPK 1, sesi ceramah bersama Puan Mashitah dimulakan. Dalam sesi ceramah ini, beliau
telah membentangkan pembentangan beliau mengenai pencapaian akademik dan kokurikulum
sekolah, organisasi sekolah, penglibatan sekolah dalam program jaringan antara sekolah lain
dan program jalinan antara institusi- institusi. Seterusnya, beliau telah berkongsi pengalaman
beliau ketika beliau mula mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2 dan rintangan
yang perlu dihadapi apabila ditempatkan untuk mengajar di sekolah yang majoritinya murid
berbangsa cina. Seterusya, beliau berkongsi ilmu yang berguna kepada para pelatih guru untuk
dijadikan panduan kepada para pelatih guru. Seterusnya, sesi soal jawab antara para pelatih
guru dan pihak sekolah. Soalan yang telah diutarakan dijawab sepenuhnya oleh Puan Mashitah
dan juga GPK HEM, Puan Lim Ah Lan.
Dengan berakhirnya sesi ceramah dan sesi soal jawab, program diteruskan lagi dengan
sesi penyerahan cenderamata kepada pihak sekolah oleh Cik Marina Binti A. Majid selaku
mentor 5 PISMP TESL 3 dengan diiringi oleh Pengerusi Program, saudara Muhammad Sholihin
Bin Kamari. Seterusnya, penyerahan cenderamata dari pihak sekolah kepada pihak IPGM
Kampus Temenggong Ibrahim, Johor oleh GPK HEM, Puan Lim Ah Lan. Program diteruskan
lagi dengan ucapan dari wakil pelatih guru yang disampaikan oleh Pengerusi Program, saudara
Muhammad Sholihin Bin Kamari. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian dan
layanan baik yang diberikan oleh pihak sekolah kepada para rombongan IPGM Kampus
Temenggong Ibrahim. Dengan berakhirnya ucapan dari saudara Pengerusi Program, sesi
beramah mesra dan sesi fotografi dijalankan sebelum bersurai.
Dengan berakhirnya sesi fotografi, maka berakhir lawatan penanda aras ke Sekolah
Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Johor Bahru, Johor bagi program Bina Insan Guru Fasa 5
tahun 2015. Para pelatih guru mula bertolak pulang ke IPGM Kampus Temenggong Ibrahim,
Johor pada jam 1.30 petang.
SWOT 1: BENCHMARKING
KEKUATAN
(STRENGTH)
Memberi pendedahan kepada guru pelatih akan ciri- ciri sekolah
berprestasi cemerlang.
Para guru pelatih didedahkan tentang sekolah abad 21.
Menjalin dan mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim.
Memberi semangat kepada guru pelatih akan suasana disekolah
ketika berpraktikum.
Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru pelatih dengan guru
dan juga pensyarah pembimbing.
Membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.
KELEMAHAN
(WEAKNESS)
Disiplin guru pelatih yang masih tidak sempurna.
Sifat malu untuk bertanya dalam kalangan guru pelatih.
Tidak berkesempatan untuk melihat cara guru disekolah tersebut
mengajar dengan menggunakan alat multimedia yang canggih yang
telah disediakan.
PELUANG
(OPPORTUNITIES)
Dapat berinteraksi bersama guru cemerlang dan pihak pentadbir
sekolah dan berkongsi pengalaman mereka bersama pelajar.
Dapat mengenalpasti ciri-ciri sekolah berprestasi cemerlang dan
sekolah abad 21 yang pastinya bermanfaat kepada pelajar di masa
hadapan.
Berinteraksi bersama pelajar dan mendapatkan pendapat mereka
tentang sekolah.
Mendapatkan nasihat daripada guru dan pihak pentadbir mengenai
disiplin dan cara mengawal pelajar dan pengajaran.
Guru cemerlang menceritakan pengalaman beliau mengajar di
sekolah yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa
pengantar.
BAHAYA
(THREAT)
Para guru pelatih berlegar di sekitar kawasan sekolah dan
menganggu fokus murid- murid dan sesi Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) guru di sana.
Murid- murid berlari sewaktu pertukaran kelas di tangga.
REFLEKSI
Pada 26 Februari 2015 yang lalu, para pelatih guru dari 5 PISMP TESL 3 bersama
mentor, Cik Marina Binti A. Majid telah menjalankan satu program lawatan penanda aras ke
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Johor Bahru, Johor. Lawatan penanda aras ini
merupakan salah satu tugasan program Bina Insan Guru Fasa 5 tahun 2015. Lawatan ini
merupakan program jalinan antara IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor dengan
kerjasama Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Johor Bahru, Johor.
Sepanjang lawatan ini berlangsung, kami berpeluang untuk melihat sendiri kecanggihan
infrastruktur yang terdapat di sekolah ini. Sekolah ini merupakan salah satu contoh sekolah
yang mengamalkan sistem pembelajaran alaf ke 21. Selain itu, kami berkesempatan untuk
melihat sendiri guru- guru disekolah ini menggunakan alat multimedia yang canggih lagi terkini
yang telah disediakan dalam sesi pengajaran mereka. Kami berasa sangat terpegun dan teruja
kerana tidak semua sekolah mempunyai kemudahan seperti ini. Selain itu, suasana disekolah
ini amat bersih, tersusun, kemas dan ceria. Gurunya juga ramah walaupun majoriti disekolah ini
berbangsa cina. Guru iringan yang membantu kami sepanjang lawatan ini iaitu Puan Mashitah
amat membantu kami. Beliau telah memberikan penerangan yang terperinci mengenai sekolah
ini dan setiap pencapaian cemerlang yang dicapai oleh sekolah ini. Beliau sendiri juga
merupakan guru cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu di sekolah ini.
Antara manfaat yang dapat diperolehi daripada lawatan penanda aras ini ialah para guru
pelatih dapat melihat sendiri keadaan sekolah jenis kebangsaan yang jarang sekali dilihat.
Selain itu, para pelatih guru dapat melihat budaya sekolah jenis kebangsaan yang amatlah
berbeza dengan sekolah kebangsaan biasa. Guru dan pelajarnya sendiri fokus ketika sesi PdP
berlangsung. Apa yang dapat dilihat, para pelajarnya dan gurunya tidak terganggu dengan
kehadiran para pelatih guru apabila Puan Mashitah membawa para pelatih guru meronda
melihat ke kelas- kelas dan kawasan sekitarnya. Selain itu, guru-gurunya amat berdedikasi dan
fokus dalam menghasilkan pelajarnya yang cemerlang. Buktinya, sekolah ini berjaya meraih
banyak pencapaian yang cemerlang dari segi akademik mahupun kokurikulumnya. Malah,
pelajarnya sangat aktif bilamana ketika rombongan kami sampai, para pelajarnya sedang
berlatih persembahan tarian untuk dipersembahkan ke Australia sebagai wakil dari Malaysia.
Selain itu, penglibatan PIBG sangat aktif dan mereka sanggup memberi sumbangan dari segi
kewangan untuk sekolah ini.
Kelemahan yang dapat saya katakan dari lawatan ini ialah tiadanya aktiviti yang
melibatkan interaksi bersama pelajar. Kami tidak berkesempatan untuk berinteraksi antara
mereka dan mengenali pelajar yang berlainan bangsa.
Secara keseluruhan, lawatan ini telah membuka mata dan minda kami yang kejayaan
sesebuah sekolah itu bukan dapat dibina hanya sekelip mata. Usaha dari guru- guru, pihak
pentadbiran sekolah, dan para pelajar memainkan peranan penting dalam mencipta kejayaan
disamping pengorbanan dan kerjasama ibu bapa. Akhir kata, setiap orang perlulah memainkan
peranannya dalam memastikan kejayaan yang dicapai dapat dikekalkan.