LAPORAN ANUGERAH INOVASI
KERAJAAN NEGERI MELAKA (AIKN) TAHUN 2016
PERBADANAN MUZIUM MELAKA
A) PENGENALAN
1.0 PROFIL PERZIM
1.2 Muzium Melaka pertama yang lebih dikenali sebagai Sekolah Gambar mula beroperasi pada
tahun 1954 hasil usaha dan kerja keras pegawai British serta rakyat tempatan melalui
Persatuan Sejarah Melaka dan bantuan bahan dari Muzium Negara. Ianya terletak di Jalan
Kota, Melaka.
1.3 Di bawah Enakmen Lembaga Muzium Melaka 1954 pelbagai usaha dijalankan termasuklah
mengumpul dan mempamerkan koleksi sejarah serta warisan budaya Melaka untuk tatapan
rakyat tempatan dan para pelancong. Pentadbiran hariannya dikendalikan oleh seseorang
berjawatan Setiausaha yang bertugas secara sukarela dan dibantu kakitangan pengawas
dalam kalangan anak jati Melaka yang masih lagi bertugas di Muzium Negara, Kuala Lumpur.
1.4 Pindaan Enakmen dibuat pada tahun 1984 bagi membolehkan bidang permuziuman
diperluas dengan pengwujudan Ketua Eksekutif Lembaga Muzium Melaka iaitu Kurator.
1.5 Sementelah Melaka sebagai sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai warisan sejarah,
melalui Kerajaan Negeri Melaka bidang permuziuman telah dipergiat dan dinaiktaraf. Justeru
itu satu pindaan Enakmen telah diwujudkan pada tahun 1992 iaitu Enakmen Perbadanan
Muzium Melaka bil.11 yang berkuatkuasa pada 1 Mac 1993.
1.6 Penubuhan ini juga membolehkan jawatan Ketua Eksekutif dipinda kepada Pengurus Besar
dan ini membolehkan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menjadi sebuah badan
korporat yang berfungsi memajukan bidang permuziuman dalam konteks pembangunan
pendidikan dan pelancongan.
1.7 Sebagai sebuah perbadanan, PERZIM mula meneroka dimensi baru dari segi pengurusan,
pembangunan dan pengendalian muzium di Melaka selaras dengan moto “WARISAN TERAS
WAWASAN”.
1.8 PERZIM sekarang menguruskan 26 buah muzium, 11 Galeri dan beberapa tapak sejarah di
seluruh negeri Melaka. Adalah menjadi harapan PERZIM agar muzium-muzium ini akan terus
menjadi produk utama pelancongan dan sekaligus menjayakan matlamat Melaka Negeri
Maju pada tahun 2010, Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II, Berkat, Cepat, dan Tepat
seperti disarankan oleh Ketua Menteri Melaka.
2.0 OBJEKTIF PERZIM
2.1 Untuk membantu, mengusaha, memaju dan menyelaraskan perkembangan muzium dalam
negeri serta melaksanakan garis panduan pengendalian muzium dengan berkesan ke arah
melahirkan perkidmatan yang cekap dan berkualiti.
2.2 Untuk mengembangkan, memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi :
2.2.1 Bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah, kebudayaan, flora dan fauna yang
terdapat di Malaysia dan negeri;
2.2.2 Sejarah perkembangan politik, sosial dan ekonomi bagi Malaysia dan negeri;
2.2.3 Sejarah perkembangan sains dan teknologi seterusnya mempamerkan koleksi-
koleksi sedemikian untuk faedah dan makluman awam kearah menjadikan PERZIM
sebagai institusi pendidikan yang inovatif dan efisien;
2.3 Untuk menjadikan PERZIM sebagai pusat penyelidikan dan rujukan saintifik serta kajian
ilmiah mengenai sejarah tamadun manusia yang memberikan tumpuan khas kepada negeri
dan menyebarkan penemuan penyelidikan tersebut.
2.4 Untuk menerbit dan menaja penerbitan majalah berkala, buku kecil dan bahan maklumat
lain berhubung dengan aktiviti permuziuman dalan negeri.
3.0 VISI PERZIM
3.1 Untuk menjadikan sektor permuziuman di Negeri Melaka sebagai sektor pendidikan dan
pelancongan bertaraf dunia.
4.0 MISI PERZIM
4.1 Untuk menyemarakkan sektor pendidikan dan pelancongan melalui pembangunan muzium-
muzium dan tapak tanah bersejarah secara professional dan berkualiti.
5.0 MOTO PERZIM
5.1 WARISAN TERAS WAWASAN
Fungsi : Mengumpul, memulihara dan menyalurkan maklumat atau bahan berkaitan warisan
sejarah secara professional dan berkualiti untuk tatapan genarasi sekarang dan akan datang.
6.0 PIAGAM PELANGGAN
6.1 Menjadi muzium sebagai institusi penyebar ilmu yang berkualiti kepada orang ramai.
6.2 Mengadakan pameran tentang sejarah budaya negara melalui pameran tetap yang
berkualiti.
6.3 Mengadakan pameran sementara yang bermutu tidak kurang dari 3 kali setahun serta
seminar, symposium, bengkel tidak kurang dari 2 kali setahun.
6.4 Memberi khidmat rujukan yang cekap, berkesan dan terkini kepada para penyelidikan dan
pengkaji sejarah, pelajar serta orang ramai.
6.5 Memastikan para pelancong dan orang ramai mendapat perkhidmatan penerangan dan
penyebaran maklumat pelancong dengan layanan mesra dan memuaskan.
6.7 Memproses dan membuat keputusan samaada menyokong permohonan dan pelan-pelan
pengubahsuaian bangunan lama dalam tempoh dua minggu dengan syarat dokumen dengan
lengkap dan teratur dikemukakan.
6.8 Menyempurnakan bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh bil-bil tertakluk kepada
pengesahan yang dibuat adalah senmpurna dan memenuhi peraturan.
6.9 Menyediakan dan mengemaskini segala rekod perkhidmatan dan kenaikan gaji dalam masa
satu minggu selepas sesuatu perubahan diperakui.
6.9 Menjawab surat-surat dalam tempoh 7 hari bekerja.
6.10 Memproses dan membuat keputusan untuk tawaran kerja kontrak seperti berikut:
6.10.1 Tender – 60 hari dari tarikh tender ditutup.
6.10.2 Sebutharga – 14 hari dari tarikh sebutharga ditutup.
6.11 Memastikan setiap pentanyaan ataupun aduan diambil tindakan dalam masa dua hari
selepas dilaporkan.
6.12 Menjaga semua harta dan kemudahan-kemudahan dengan sempurna.
7.0 CARTA ORGANISASI
8.0 PENGHASILAN PROJEK
8.1 Kumpulan Inovasi PERZIM telah menghasilkan produk ‘Rak Serbaguna’ (RS) bagi kegunaan
operasi pengurusan pejabat.
9.0 TUJUAN INOVASI
9.1 Tujuan RS diwujudkan adalah untuk memudahan pengunaan pameran bergerak, perletakan
artifak dan keperluan lain seperti membantu penjimatan ruang pejabat dengan peralatan
pejabat yang lain. Masalah ini berlaku disebabkan ruang yang terhad, kos yang tinggi untuk
membeli rak berkualiti dan prosedur yang banyak untuk mendapatkannya. Sebagai contoh,
dengan adanya Rak Serbaguna yang dihasilkan oleh PERZIM dapat membantu fail-fail,
dokumen-dokumen dan peralatan kecil diletakkan di ruang yang sesuai dan efisien.
10.0 OBJEKTIF PROJEK
10.1 Mewujudkan ruang kerja yang selesa dan memberi semangat kepada kakitangan untuk
bekerja dengan baik.
10.2 Melahirkan idea-idea kreatif kepada kakitangan dengan pengunaan RS selain untuk
meletakkan fail-fail pejabat.
Pengurus Besar
UNIT PENTADBIRAN
UNIT PENYELENGGAR
AAN DAN PROJEK
UNIT PAMERAN
UNIT PROMOSI
UNIT KONSERVASI
UNIT ISTANA KESULTANAN
MELAKA
UNIT KOMPLEKS MUZIUM RAKYAT
UNIT KOMPLEKS MUZIUM
SAMUDERA
UNIT KOMPLEKS MUZIUM
SEJARAH DAN ETNOGRAFI
UNIT KOMPLEKS SAMUDERA
UNIT KOMPLEKS
HANG TUAH CENTRE
BAHAGIAN PENGURUSAN DAN SUMBER MANUSIA
S/U PEJABAT
BAHAGIAN PENGURUSAN MUZIUM
BAHAGIAN ANTIKUITI
10.3 Menggalakkan penjimatan kos utiliti meliputi ruang pejabat, kos pembelian rak baharu dan
tenaga kerja.
10.4 Melahirkan organisasi yang mempunyi disiplin yang tinggi samada dalam aspek kebersihan
dan tingkah laku.
11.0 TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK
11.1 Projek penghasilan RS telah dilaksanakan pada Februari 2015. (11 bulan daripada laporan ini
disediakan).
12.0 PROSES PELAKSANAAN
12.1 Peringkat Pertama ( Peringkat menyelesaikan masalah)
12.1.1 Produk RS ini merupakan hasil idea daripada penyertaan konvensyen Kumpulan
Inovatif dan Kreatif (KIK) PERZIM. Projek ini telah diuji tahap keberkesanannya dari
segi ketahanan, keluasan, ketinggian dan material yang digunakan.
(Rujuk Lampiran I)
12.2 Peringkat Kedua (Peringkat mengenal material yang digunakan)
12.2.1 Rak serbaguna ini merupakan adaptasi idea sedia ada yang telah diwujudkan oleh
orang lain dan digunakan oleh PERZIM dengan perbagai fungsi lain seperti kegunaan
pameran berkala dan tempat perletakan artifak yang tidak gunakan oleh muzium-
muzium lain.
12.2.2 Pada peringkat ini, rak serbaguna telah mengunakan bahan teknikal mudah didapati
seperti mengunakan Poli Paip, Polyvinyl klorida (PVC) dan peralatan pertukangan
yang lain. Kos pelaksanaan RS adalah sebanyak RM 150.00 (Ringgit Malaysia Satu
Ratus Lima Puluh Sahaja).
12.2.3 Masa yang diambil untuk menyiapkan RS daripada bahan mentah hingga siap
menjadi produk Rak Serbaguna adalah mengambil masa 8 jam bekerja. Oleh itu, dari
segi pemasangan hanya mengambil masa kurang daripada 8 minit.
12.2.4 Pemasangan produk ini boleh dilakukan seorang atau dua orang tenaga kerja.
12.3 Peringkat Ketiga (Peringkat percubaan)
12.3.1 Pada peringkat ini, RS telah di uji dan diletakkan di pejabat bawah Unit Muzium
Rakyat. Pada peringkat pertama ujian ketahanan produk melepasi tahap percubaan.
Selain itu, ruang pejabat lebih kemas dan teratur serta dapat menjimatkan jumlah
ruang.
12.3.2 RS mudah dibawa disebabkan bahan yang digunakan adalah ringan dan boleh dibuka
pemasangannya menjadi pecahan-pecahan kecil berbanding rak besi yang berat,
yang semestinya memerlukan penyewaan lori dan mengunakan tenaga manusia
yang ramai melebihi 3 orang amnya.
12.4 Peringkat Mampan
12.4.1 RS telah digunakan berdasarkan tempoh percubaan dan ianya telah berjaya
dilaksanakan. Hasil produk ini telah digunakan memandangkan fungsi serbagunanya
untuk keperluan pejabat.
13.0 IMPLIKASI KEWANGAN
13.1 Pengasilan RS tidak melibatkan kos yang tinggi dan bahan yang digunakan mudah
diperolehi selain ianya menjimatkan masa.
14.0 ELEMEN KOLABORASI
14.1 Elemen material bahan yang digunakan adalah mesra alam dan produk yang
dihasilkan juga bersesuaian dengan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.
15.0 KATEGORI INOVASI
15.1 Kategori inovasi yang dilakukan oleh PERZIM adalah ketegori pengurusan yang
melibatkan :
15.1.1 Inovasi pentadbiran dan organisasi, iaitu mengalakkan penghasilan cara
kerja lebih teratur dan berdisiplin.
15.1.2 Sistematik inovasi perkhidmatan, iaitu, pengunaan ruang yang tidak teratur
akan menyukarkan pergerakan perkhidmatan dan servis yang diberikan
menurun. Selain itu, mudah mencari semula peralatan yang diletakkan.
16.0 ELEMEN INOVASI
16.1 Idea ini merupakan proses tambahbaik dan digunakan oleh organisasi bagi
memudah dan menyelesaikan masalah pengurusan dan pentadbiran dengan baik
berbanding sebelumnya.
Rak Serbaguna ini telah menjadikankan ruang yang terlibat kelihatan lebih kemas
dan teratur berbanding bahan sedia ada diletakkan di atas lantai sahaja yang boleh
mengundang kepada kerosakan dokumen dan mencacatkan pandangan pengurusan.
16.2 RS relevan untuk dihasilkan memandangkan penjimatan kos, penjimatan masa
perolehan bahan-bahan dan hanya melibatkan seorang atau dua orang bagi kerja-
kerja pemasangannya. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan juga adalah mesra
alam. (Rujuk kepada Lampiran II & III)
B) IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
17.0 SEBELUM INOVASI
17.1 Sebelum penghasilan idea ini malahan perbincangan masalah, cara dan tatacara
kerja seharian tidak menitik-beratkan tentang aspek keselamatan dan kekemasan di
ruang tempat kerja. Malahan dokumen-dokumen juga berserakan di atas dilantai.
Hal ini berlaku disebabkan penangguhan pembelian rak berkualiti disebabkan kos
dan mengambil masa yang lama untuk urusan pengurusannya.
18.0 SELEPAS INOVASI
18.1 Penghasilan rak sebaguna ini telah meningkatkan cara kerja kakitangan yang
mengendalikan fail-fail dan dokumen. Selain itu, rak serbaguna ini boleh dibawa oleh
unit pameran untuk pameran berkala kerana alat ini mudah dibawa, ringan dan
tidak perlu melibatkan tenaga kerja yang ramai untuk pemasangannya.
18.2 Kesan penghasilan inovasi ini telah menghasilkan cara kerja lebih teratur dan
sistematik berbanding cara kerja sebelum inovasi.
C) IMPAK INOVASI
19.0 IMPAK PERZIM
19.1 Galakkan Inovasi daripada Kerjaan telah member kesan penghasilan idea kepada kakitangan.
Oleh itu, kesan penghasilan rak serbaguna ini telah membantu tatacara kerja yang lebih teratur
kepada kakitangan PERZIM.
PENUTUP
Kesimpulannya adalah Rak Serbaguna membawa penambahbaikan kepada organisasi PERZIM
terutama unit pengurusan dan pemuziuman. Oleh itu, produk ini ingin dipertandingkan ke peringkat
Negeri dalam Pertandingan Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka (Kategori Bukan ICT).
Disediakan oleh :
(NORZAIFIRAH BINTI ZAINI)
Kurator PERZIM
Tel : 06-2826526 / 06-29300028
Emel : [email protected]
Lampiran I
Peringkat Pertama (Perbincangan ahli kumpulan bagi menyelesaikan masalah)
Perbincangan data ingin dikumpul kesan daripada produk
Peringkat Pertama (Lakaran dan ukuran produk)
Lakaran Idea
Lampiran II
(Bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk)
(Poli paip yang digunakan)
Lampiran III
(Bahan yang digunakan penghasilan produk)
(Peralatan yang digunakan untuk menghasilkan produk)
Lampiran IV
(Peralatan mengukur yang digunakan)
(Peralatan yang digunakan untuk menghasilkan produk)
Lampiran V
(Kertas pasir digunakan bagi membuang lebihan sisa potongan)
(Peralatan yang digunakan untuk menghasilkan produk)
Lampiran VI
(Bahan dan peralatan lain yang digunakan)
(Cara pemasangan)
Lampiran VII
Lampiran VIII
Lampiran IX
Lampiran X